topik 6 khsr-oum

19
119 OUM TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK Norizah Taib PENGENALAN K e h i d u p a n s e p a t u t n y a m e n g e m b i r a k a n P e k e r j a a n s e p a t u t n y a m e n d a p a t i m b u h a n P E M B E L A J A R A N s e p a t u t n y a M E N Y E R O N O K K A N ! ! ! Bagaimana menjadikan pembelajaran menyeronokkan? Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting! Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh guru. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik serta perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu diselaraskan untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru-guru perlu menukarkan paradigma daripada amalan pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka di samping menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

Upload: mdkhusni

Post on 27-Jun-2015

1.108 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 6 KHSR-OUM

119OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK Norizah Taib

PENGENALAN

Kehidupan sepatutnya mengembirakan

Pekerjaan sepatutnya mendapat imbuhan

PEMBELAJARAN sepatutnya MENYERONOKKAN!!!

Bagaimana menjadikan pembelajaran menyeronokkan? Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting! Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh guru. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik serta perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu diselaraskan untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Guru-guru perlu menukarkan paradigma daripada amalan pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka di samping menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

Page 2: TOPIK 6 KHSR-OUM

120OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

OBJEKTIF

1. memahami makna strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran;

2. mengenalpasti klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran;

3. membanding beza ciri-ciri bagi setiap klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran;

4. mengklasifikasikan kaedah dan teknik mengikut strategi yang betul; dan

5. gambaran keseluruhan topik.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERPUSATKAN MURID

STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

BERPUSATKAN

GURU

BERPUSATKAN

BAHAN

Kaedah dan Teknik

Simulasi

Lakonan

Permainan

Lawatan

Projek

Inkuiri penemuan

Perbincangan

Sumbangsaran

Pembelajaran melaluipengalaman

Kaedah dan Teknik

Syarahan

Kuliah

Penerangan

Demonstrasi/ tunjuk cara

Bercerita

Kaedah dan Teknik

Pembelajaran Bermodul

Tayangan Video

Tayangan slaid

Page 3: TOPIK 6 KHSR-OUM

121OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.1 DEFINISI

6.1.2 Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan kepada objektif jangka panjang.

6.1.3 Strategi

Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancangkan dan digunakan dalam satu-satu pengajaran. Dengan itu, strategi pengajaran-pembelajaran merangkumi semua kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru. Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dapat digambarkan seperti pada Rajah 6.1.

6.1.4 Kaedah

Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik.

6.1.5 Teknik

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung didalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Rajah 6.1: Perkaitan di antara pendekatan, strategi, teknik dan kaedah Sumber: Ee Ah Meng, 1989

Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

Page 4: TOPIK 6 KHSR-OUM

122OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Gabungan semua kaedah dan teknik akan membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai objektif jangka panjang bagi sesuatu pendekatan.

6.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai seorang guru, anda perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mempelbagaikan strategi. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merangkumi aspek teori dan amali yang tidak boleh diabaikan. Penyepaduan aspek teori dan amali amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti hasrat FPK di samping penerapan nilai murni.

Pada amnya tiga komponen utama dalam proses pendidikan terdiri daripada guru, murid dan pengetahuan. Ketiga-tiga komponen ini saling bergantung antara satu sama lain. Peranan utama guru ialah menyediakan satu persekitaran pembelajaran atau iklim pembelajaran yang dapat menyalurkan ilmu secara optimum. Ini memerlukan usaha dan pengurusan yang efektif sama ada dari segi fizikal bilik darjah mahupun strategi untuk menyampaikan pengetahuan itu sendiri. Beberapa kriteria perlu diambil kira semasa memilih strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kriteria-kriteria tersebut ialah:

(i) Faktor kesediaan dan gaya pembelajaran murid-murid.

(ii) Strategi yang menggalakkan pemindahan pembelajaran

(iii) Strategi yang mewujudkan motivasi

(iv) Strategi yang mengekalkan ingatan

(v) Strategi yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan

(vi) Strategi yang berdaya fikir

(vii) Strategi yang memupuk nilai dan sikap

Page 5: TOPIK 6 KHSR-OUM

123OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.2.1 Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

(i) Strategi Pemusatan Guru Strategi pemusatan guru hanya menekankan pada penyampaian guru dan tidak

melibatkan penyertaan murid. Di dalam bilik darjah, guru mengusai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah syarahan/kuliah merupakan contoh bagi melaksanakan strategi ini.

(ii) Strategi Pemusatan Murid Di bawah strategi ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses

pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Guru merupakan fasilitator yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukan kepada aktiviti pembelajaran murid.

(iii) Strategi Pemusatan Bahan Strategi pemusatan bahan pula menekankan pada penggunaan bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran seperti slaid, carta, modul, pita rakaman dan sebagainya. Strategi yang digunakan dalam kursus yang diikuti oleh anda ini ialah strategi pemusatan bahan. Anda menggunakan modul sebagai bahan pembelajaran yang terancang.

Gambarkan diri anda ketika di bangku sekolah. Cuba ingat kembali cara guru anda mengajar. Pernahkah guru anda bercerita atau menyanyi di dalam kelas? Adakah ia menyeronokkan? Bolehkah anda menggunakan teknik menyanyi atau bercerita dalam kelas Kemahiran Hidup? Mari kita lihat seterusnya!

Mari kita lihat apakah perbezaan antara strategi pemusatan guru dan pemusatan murid terlebih dahulu.

STRATEGI P&P

Berpusatkan

Guru

Berpusatkan

Murid

Berpusatkan

Guru

Page 6: TOPIK 6 KHSR-OUM

124OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

(a) Perbezaan Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru dan Pemusatan Murid

Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid

1. Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelalajaran.

2. Komunikasi sehala. Guru bercakap murid mendengar.

2. Komunikasi berbentuk dua hala. Guru sebagai pemudahcara, murid melakukan aktiviti pembelajaran.

3. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran.

3. Menekankan pembelajaran kendiri, pengarahan kendiri dan kaedah dapatan dan inkuiri penemuan.

4. Lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

4. Lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.

5. Perkembangan intelek sahaja berlaku. Aspek jasmani, emosi, rohani kurang berkembang.

5. Menekankan perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, jasmani dan intelek.

6. Menekankan ujian sumatif untuk menggredkan murid.

6. Menekankan ujian formatif. Menggunakan hasil ujian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan murid.

7. Murid mudah bosan. 7. Murid lebih berminat terhadap pelajaran yang dipenuhi aktiviti.

8. Murid kurang berupaya membuat generalisasi kerana pembelajaran menekankan ingatan dan hafalan.

8. Murid lebih berupaya menggunakan segala yang telah dipelajari serta memindahkan kepada situasi-situasi yang baru.

9. Murid cepat berasa puas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru.

9. Naluri ingin tahu murid dapat diperkembangkan lagi.

10. Sifat-sifat sosial murid kurang dipupuk.

10. Sifat-sifat sosial murid yang positif dapat diperkembangkan seperti bekerjasama, bertimbang rasa, tolong menolong dan sebagainya.

11. Murid kurang kreatif dan tidak berimaginatif

11. Murid lebih kreatif dan inovatif.

Page 7: TOPIK 6 KHSR-OUM

125OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Cuba anda teliti perbezaan strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid. Bincang dengan rakan anda strategi yang manakah menepati hasrat FPK?

6.2.2.2 Strategi Pembelajaran Bestari

Berikut adalah jenis-jenis strategi pembelajaran yang boleh anda gunakan didalam bilik darjah, iaitu:

1. Strategi Direktif Strategi ini berperanan untuk membantu murid memperolehi maklumat, pengetahuan

dan kemahiran. Murid diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Murid menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan terhadap sesuatu kemahiran/konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan diikuti dengan ujian menilai kefahaman. Contoh: demontrasi, kuliah dan latih tubi.

Strategi ini berpusatkan guru dan pembelajaran adalah secara tradisional. Prinsip asas pada strategi ini ialah:

(a) Penstrukturan informasi (b) Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai (c) Penyediaan rancangan (d) Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan (e) Membuat peneguhan

2. Strategi Koperatif Murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi

maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi di antara satu sama lain secara berstruktur

3. Strategi Pemerhatian Murid membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan

tantang sesuatu kemahiran.

4. Strategi Metakognitif Murid melalui proses berfikir semasa proses pembelajaran, rancangan

pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.

5. Strategi Generatif Murid digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif. Murid berhadapan dengan

proses pembelajaran yang menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran murid diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta dapat melahirkan seorang individu yang bersifat intutif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

Page 8: TOPIK 6 KHSR-OUM

126OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6. Strategi Mediatif Pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan

masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian, membuat inferens dan hipotesis. Strategi ini memberi peluang untuk menentukan secara sistematik konsep dengan mengaplikasikan dan membuat kategori. Pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan lepas dan sekarang. Pelajar membuat kategori ciri utama dan membina konsep mengikut kefahaman mereka.

7. Strategi Konteks Luar Murid belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu masa seperti

menghadiri seminar, bengkel, mengendalikan projek serta melalui proses latih amal.

8. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik

yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab.

Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, BPG, 2002.

Strategi-strategi pembelajaran yang dinyatakan di atas merupakan strategi yang diaplikasikan dalam pedagogi bestari. Pedagogi bestari harus menggabungkan pelbagai strategi pembelajaran. Penggabungan ini untuk membolehkan pelajar mencapai tahap kompetensi ‘mastery’ dan perkembangan diri yang menyeluruh. Strategi pembelajaran bestari mengambil kira perbezaan individu, gaya pembelajaran, minat dan kebolehan pelajar untuk menggalakkan kreaviti dan keseronokan belajar. Strategi ini membantu individu belajar tanpa kawalan secara beransur dan dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup.

Refleks perkara-perkara berikut dan bincang dengan rakan anda!

Page 9: TOPIK 6 KHSR-OUM

127OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Anda telah mempelajari strategi pengajaran pada unit 6.2. Apakah pula kaedah yang boleh digunakan dalam setiap strategi itu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

6.3.1 Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Murid

Berikut ialah kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam P&P. Walaubagai manapun, bahagian ini akan menerangkan beberapa kaedah dan teknik yang sesuai digunakan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

(a) Simulasi: Main Peranan dan Lakonan Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar. Dengan kaedah ini, murid-murid melakukan sesuatu perkara secara olok-olok dalam satu keadaan yang teratur. Simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang sangat menarik, menggalakkan serta menyeronokkan. Simulasi boleh digunakan untuk menguasai kemahiran membina pemikiran kritis dan dapat mengaitkan simulasi tersebut dengan isi pelajaran supaya lebih mudah difahami serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Adakah manusia sama 10 tahun yang lalu, 50 tahun yang lalu ataupun 100 tahun yang lalu?

Adakah murid sekarang penat dengan aktiviti?

Adakah murid sekarang lebih bijak berbanding kita pada umur mereka dahulu?

Apakah strategi pembelajaran yang sesuai untuk

murid-murid sekarang?

Page 10: TOPIK 6 KHSR-OUM

128OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Prinsip-prinsip Simulasi

Satu situasi bermasalah secara bertulis atau lisan diberikan.

Penerangan diberi tentang: - masalah yang hendak di selesaikan - peranan diagihkan kepada watak-watak berlainan - arahan yang perlu diberikan - tempoh masa sesi simulasi ditetapkan

Ketika simulasi sedang berjalan guru hanya memerhati.

Selepas simulasi, murid diminta memberi pandangan tentang cara-cara penyelesaian masalah melalui simulasi.

Perbincangan di antara guru dan murid diadakan di peringkat akhir untuk mencapai satu rumusan.

Langkah-langkah Menjalankan Simulasi

Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut:

1. Guru mewujudkan situasi yang bermasalah.

2. Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan.

3. Guru memilih murid untuk memainkan peranan.

4. Murid-murid memainkan peranan sambil menyelesaikan masalah dalam situasi itu.

5. Guru berbincang dengan murid-murid cara penyelesaian masalah yang telah dibuat.

6. Satu kesimpulan atau rumusan dibuat tentang simulasi yang dijalankan.

Page 11: TOPIK 6 KHSR-OUM

129OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Tujuan-Tujuan Simulasi

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai tujuan seperti berikut:

Kelebihan Simulasi

1. Membenarkan murid mempraktikkan kemahiran dalam keadaan yang selamat.

2. Pembelajaran adalah berkesan kerana murid boleh bersedia dengan rapi.

3. Peluang untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa.

4. Maklum balas tentang prestasi murid dalam satu-satu situasi dapat dikesan dengan cepat.

5. Murid-murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru.

6. Suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

7. Sikap dan perasaan murid dapat dilihat semasa simulasi.

8. Ia dapat memupuk daya cipta murid.

9. Murid-murid didedahkan dengan pengalaman yang menyerupai situasi sebenar.

10. Menggalakkan interaksi antara murid-murid.

Tujuan

Simulasi

Membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah

Membina sikap positif

Murid dapat menguasai kemahiran

Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek

efektif

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran

Murid dapat membina pemikiran secara analitis

dan kritis

Page 12: TOPIK 6 KHSR-OUM

130OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Kaedah pengajaran yang berfokuskan aktiviti pembelajaran mestilah berpusatkan murid, merentas pelbagai cabang disiplin dan menyepadukan isu-isu dunia kehidupan sebenar.

(b) Lawatan

Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang menepati pendekatan pembelajaran kontekstual.

Pelajar biasanya dibawa ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium atau organisasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran.

Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerja-kerja susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada murid-murid. Di samping itu, anda boleh menyediakan soalan-soalan berkaitan tentang aspek-aspek penting tempat yang dilawati. Cara ini dapat membantu murid-murid memberi perhatian kepada perkara-perkara penting yang harus diperhatikan semasa lawatan itu.

Prinsip-prinsip Lawatan

1. Tempat lawatan hendaklah sesuai dengan topik pelajaran dan murid-murid

2. Guru perlu merancang dengan teliti pengisian semasa lawatan

3. Sediakan soalan yang berkaitan untuk dijawab oleh murid semasa lawatan

4. Perbincangan dan refleksi hendaklah dibuat selepas lawatan.

Kebaikan-kebaikan Lawatan

1. Lawatan memberikan murid-murid dengan pengalaman secara langsung dan menarik.

2. Kesedaran murid-murid tentang alam sekitar akan bertambah.

3. Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.

4. Kaedah lawatan sesuai untuk semua mata pelajaran

5. Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

Kelemahan-kelemahan Lawatan

1. Tanggungjawab membawa murid-murid adalah berat.

2. Masalah disiplin murid-murid mungkin wujud

3. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi

Page 13: TOPIK 6 KHSR-OUM

131OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Langkah-langkah melaksanakan lawatan:

(i) Sebelum lawatan

Memilih tempat yang sesuai

Dapatkan kebenaran pihak berkaitan seperti Pengetua, ibubapa, pihak polis dan tempat yang hendak dilawati.

Menyediakan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tampat lawatan

Sediakan jadual lawatan

Sediakan panduan yang harus dipatuhi oleh murid-murid

Sediakan soalan berkaitan untuk dijawab oleh murid-murid

(ii) Semasa lawatan

Berikan keterangan mengenai tempat, tempoh dan perkara yang perlu diberi perhatian kepada murid-murid.

Memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif

Kawalan ke atas murid-murid perlu untuk mengelakkan kemalangan atau kesalahan disiplin

(iii) Selepas lawatan

Perbincangan dan refleksi diadakan bersama murid-murid

Aktiviti susulan boleh diberikan kepada murid-murid

(c) Projek

Kaedah projek adalah suatu kaedah yang mana murid-murid melakukan kegiatan dalam situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil. Melalui kaedah ini, murid-murid boleh belajar melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Kaedah ini biasa dijalankan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid-murid menanam sayur-sayuran, membina landskap dan membina rak serba guna sebagai projek dalam mata pelajaran ini.

Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Projek

1. Pastikan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan disediakan atau mudah diperolehi oleh murid-murid.

2. Murid-murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan projek mereka.

3. Objektif-objektif sesuatu projek dijelaskan.

4. Penyeliaan perlu untuk memastikan projek berjaya dilaksanakan.

5. Penilaian projek dibuat oleh guru dan murid-murid turut diberi peluang untuk menilai.

Kebaikan-kebaikan Kaedah Projek

1. Kaedah ini melibatkan domain afektif, kognitif dan psikomotor.

2. Penyertaan murid-murid dalam perancangan digalakkan, ini menambahkan lagi minat dan motivasi mereka.

Page 14: TOPIK 6 KHSR-OUM

132OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

3. Projek dapat mengembangkan sikap tanggungjawab, nilai kepimpinan dan inisiatif murid-murid.

4. Murid-murid belajar melalui pengalaman mereka semasa menjalankan projek.

5. Menyediakan peluang murid-murid bekerja di dalam kumpulan. Kolaborasi antara murid-murid akan memupuk semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat.

Kelemahan-kelemahan Kaedah Projek

1. Projek biasanya mengambil masa yang panjang.

2. Bahan dan sumber terhad.

3. Murid mungkin melakukan kesilapan kerana kekurangan pengetahuan.

4. Masalah disiplin mungkin timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

6.3.2 Kaedah dan Teknik dalam Strategi Pemusatan Guru

(a) Kaedah Syarahan/Kuliah

Syarahan adalah kaedah pengajaran yang tradisional atau konvensional. Guru

menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang autokratik kepada murid-murid. Guru

memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi

adalah sehala di mana guru bercakap dan murid mendengar.

Guru lebih mementingkan pencapaian objektif pembelajaran (intelek) bukan kepada perkembangan aspek jasmani, emosi, rohani murid-murid. Kesan daripada itu murid:

Mudah bosan

Kurang berupaya membuat generalisasi kerana pembelajaran menekankan ingatan dan hafalan

Murid cepat berasa puas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru.

Sifat-sifat sosial murid kurang dipupuk.

Murid kurang kreatif dan tidak berimaginatif

Kaedah ini adalah tidak sesuai digunakan di sekolah. Kaedah ini tidak menggalakkan

perkembangan insan yang seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Kaedah pengajaran seperti ini biasa dilakukan di universiti dan lain-

lain institut pengajian tinggi. Ini adalah kerana kaedah ini lebih sesuai untuk

menyampaikan isi pelajaran dalam kelompok yang mengandungi bilangan pelajar yang

ramai. Pelajar di peringkat pengajian tinggi pula lazimnya mampu mencatatkan sendiri

nota-nota penting hasil daripada syarahan yang disampaikan.

Page 15: TOPIK 6 KHSR-OUM

133OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

(b) Demonstrasi/Tunjuk Cara

Tunjuk cara atau demonstrasi merupakan suatu kaedah pengajaran di mana sesorang guru menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan, proses atau cara di hadapan murid-murid. Kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Beberapa prinsip perlu diberi perhatian dalam kaedah ini, iaitu:

Tujuan demontrasi dan hasil-hasil yang diharapkan dijelaskan kepada pelajar

Perancangan dan persiapan awal hendaklah dibuat terlebih dahulu.

Bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan supaya setiap pelajar dapat mendengar dan melihat dengan jelas.

Ulang semula demontrasi jika terdapat pelajar yang menunjukkan kekeliruan.

Galakkan penyertaan murid dengan meminta mereka pula melakukan aktiviti seperti demontrasi tersebut.

Pada akhir demontrasi, adakan perbincangan atau rumusan tentang langkah-langkah yang terlibat.

Dalam kaedah demontrasi, terdapat pelbagai jenis model yang boleh digunakan. Model-model tersebut ialah:

Model Hidup

Model Simbolik

Model Persepsi

Kebaikan-kebaikan demontrasi/tunjukcara ialah:

1. Melibatkan pelbagai deria iaitu murid-murid dapat melihat, mendengar dan merasa apa yang ditunjukkan oleh guru.

2. Dapat mengekalkan tumpuan murid-murid.

3. Lebih mudah untuk murid memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.

4. Tunjuk cara amat berkesan dalam mata pelajaran teknikal di mana guru dapat menunjukkan langkah-langkah yang sistematik terutamanya dalam menghasilkan sesuatu.

Page 16: TOPIK 6 KHSR-OUM

134OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

(c) Bercerita

Teknik bercerita mudah menarik perhatian murid-murid. Pembelajaran berlaku dalam situasi yang menyeronokkan. Anda perlu mengikuti beberapa prinsip untuk menggunakan teknik ini. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

Pilih cerita yang sesuai dengan minat, pengalaman, kebolehan dan umur murid.

Semasa bercerita, guru mewujudkan suasana yang selaras dengan cerita. Suara dan gerak-geri guru hendaklah sesuai.

Frasa-frasa yang menarik perlu dihafal untuk dinyatakan semasa bercerita.

Alat bantu mengajar seperti kad gambar, patung dan sebagainya boleh digunakan untuk lebih menarik perhatian murid.

Pandang ke arah murid secara bergilir-gilir semasa bercerita.

Wujudkan peluang untuk penyertaan murid.

Antara objektif teknik bercerita ialah:

Memotivasikan murid-murid untuk belajar

Dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan.

Boleh memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid-murid.

Murid-murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Kesan Teknik Bercerita

Pembelajaran menjadi satu proses yang menarik dan bermakna.

Keberkesanan pembelajaran akan meningkat kerana penglibatan murid-murid dapat dikekalkan dalam P&P.

Perhatian dan tumpuan murid dapat dikekalkan dalam P&P.

Pembelajaran adalah lebih berkesan apabila suasana sosio-emosi adalah sihat, selesa dan menyeronokkan.

Pengukuhan pembelajaran berlaku kerana minat murid-murid terhadap satu-satu cerita.

Tahap motivasi murid-murid terhadap pembelajaran adalah tinggi. Ini menggalakkan pemikiran imaginatif dan kreativiti murid-murid.

Objektif P&P mudah tercapai kerana motivasi yang tinggi di kalangan murid-murid.

Page 17: TOPIK 6 KHSR-OUM

135OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Contoh Teknik Bercerita bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Aktiviti 6.1

Melalui definisi yang diberi, pilih mana-mana topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran, cuba anda fikirkan strategi, kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan P&P bagi topik yang telah anda pilih itu.

Children need to be motivated to learnChildren need practical answers to their questions Children need to relate “the” answers to the real world Children need support for their own decisions Children need to work and compliment one another Children need to be employer ready

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Topik : Reka bentuk Tahun : 5 Amali : Membuat frame gambar ABM : Frame gambar mempunyai motif arnab dan kura-kura Topik cerita : Arnab dan Kura-kura

Langkah :

1. Sebelum bercerita guru bertanya soalan berkaitan arnab dan kura-kura kepada murid-murid.

2. Dengan menggunakan frame gambar dan motif yang terdapat pada frame, guru bercerita dengan cerita yang bertopik ‘arnab dan kura-kura’.

3. Guru mengaitkan cerita dengan motif yang terdapat pada frame dan meminta murid-murid memikirkan ciri-ciri (motif) yang sesuai untuk frame yang akan mereka buat nanti. Murid-murid digalakkan menggunakan cerita-cerita yang pernah didengar untuk menghasilkan motif pada frame tersebut.

4. Guru menggunakan carta “Langkah Membuat Frame’ untuk menerangkan cara-cara membuat frame kepada murid-murid.

Page 18: TOPIK 6 KHSR-OUM

136OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

RUMUSAN

1. Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik. Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung didalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

2. Strategi diklasifikasikan kepada tiga iaitu strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan.

3. Kaedah dan teknik berpusatkan guru terdiri daripada syarahan, kuliah, penerangan, demonstrasi/ tunjuk cara dan bercerita

4. Kaedah dan teknik berpusatkan murid terdiri daripada s imulasi, lakonan, permainan,

lawatan, projek, inkuiri penemuan, perbincangan, sumbangsaran, pembelajaran melalui pengalaman

5. Kaedah dan teknik berpusatkan bahan terdiri daripada tayangan slaid, tayangan video dan pembelajaran bermodul.

GLOSARI

Bersifat intutif

Celik akal

UJIAN 1

1. Terangkan maksud strategi, kaedah dan teknik.

2. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran?

3. Berikan empat perbezaan ciri strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid.

4. Penyerapan unsur pembelajaran bestari sangat diberi tumpuan pada ketika ini, berikan strategi-strategi yang digunakan dalam pembelajaran bestari.

Page 19: TOPIK 6 KHSR-OUM

137OUM

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

UJIAN 2

1. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi berpusatkan guru.

2. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi berpusatkan murid.

3. Apakah kelebihan demontrasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

4. Kaedah lawatan merupakan satu kaedah yang sangat efektif. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat belajar melalui pengalaman sebenar. Berikan dua topik yang sesuai diaplikasikan melalui kaedah ini dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.