oum pendidikan jasmani
DESCRIPTION
OUM PJTRANSCRIPT
1. Pengenalan
Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan
kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada
pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan
program ‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran
teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Kehidupan yang serba moden pada masa kini telah banyak menyebabkan manusia kurang
melakukan pergerakan- pergerakan yang menyihatkan. Bagi mengekalkan kesihatan kita perlu
bersenam. Senaman yang sesuai hendaklah ditentukan dengan menilai tahap kecergasan
semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap
manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman
beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan.
Di peringkat sekolah Pendidikan Jasmani merupakan satu pendidikan yang menyumbang
kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara menyeluruh melalui pilihan
aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani pula terdiri daripada tiga tunjang utama iaitu tunjang kecergasan, tunjang
kemahiran dan tunjang kesukanan.
1.1 Definisi Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan
ii. Kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor.
Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi
fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman
penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan, dan
pelbagai penyakit otot dan tulang. Selain itu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
mempunyai komponen seperti:
a)Kecergasan kardiovaskular- Daya tahan otot khas yang melibatkan terutamanya
jantung, saluran darah dan paru-paru. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem
pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan
keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang.
b)Kecergasan otot- Otot-otot tubuh mempunyai kekuatan, daya tahan dan berkuasa
untuk melakukan pergerakan-pergerakan bagi menghasilkan daya yang banyak untuk
membolehkan manusia melakukan kerja dengan senang.
c)Kelenturan dan Kelonggaran- Kelembutan dan kelenturan tubuh badan adalah satu
komponen kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai dengan
meregangkan otot dan sendi tertentu.
d)Komposisi lemak badan- Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah
lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan
peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan
tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah
kegemukan
Kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan
individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan,
berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor
bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang
minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima. Antara komponen
kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor adalah:
a)Kuasa- Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya
adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive)
yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah
hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan
gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.
b)Ketangkasan- Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan
berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh menukar
kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah
c)Kelajuan kepantasan- Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-
turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu
berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari
hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.
d)Koordinasi- Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan
tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua
anggota badan.
e)Masa tindak-balas- Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau
bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang
menguntungkan.
f)Imbangan- Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti
seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah
2. Latar Belakang Ujian
2.1. Konsep Pengukuran dan Penilaian
Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh
mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri, prestasi tahap fizikal,
pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah
suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai
kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis
dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.
Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk:
1. Memfokuskan kepada setiap orang murid.
Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan
kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan
jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
2. Menentukan status semasa murid
Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
3. Memilih wakil sekolah.
Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil
sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan
dilaksanakan dengan lebih saksama.
4. Memotivasikan murid.
Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan
positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan maka
kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus
asa.
5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan
jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan.
Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran
bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain.
Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain. Penilaian yang telah dibuat
akan digunakan oleh pihak lain sebagai bahan kajian. Mereka boleh menambahbaik kajian
yang telah kita lakukan ataupun membanding-beza dengan keputusan kajian mereka.
2.2 Sejarah Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani
Penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di
sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran pembelajaran sesuatu mata
pelajaran.
Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan
Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk
mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertama kalinya,
markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar.
Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur
melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan
buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi
6 aktiviti iaitu :
a) Ujian Kelembutan
b) Baling bola sofbol
c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak)
d) Mendagu
e) Lari ulang-alik
f) 600 ela lari/jalan
Ujian tersebut dirasakan tidak sesuai untuk digunakan kerana ia mengambil norma daripada
Amerika Syarikat. Justeru pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melancarkan satu program yang dinamakan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaann
(SEGAK). Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi
persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara
peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan ini sangat berguna kerana ianya memberi
maklumat tentang tahap kecergasan murid. Melalui program ini murid akan lebih bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
2.3 Butir- Butir Ujian
Saya telah memilih dewan sekolah sebagai tempat untuk saya mengadakan ujian kerana
kawasan tersebut luas, selamat untuk digunakan dan mempunyai kawasan yang boleh
berbaring. Sampel ujian saya adalah terdiri daripada murid-murid tahun 5 seramai 20 orang
yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Ujian yang saya pilih adalah
bagi menguji kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dengan aktivitinya ringkuk tubi separa.
Ujian tersebut telah diadakan pada 30 Januari 2012 pada pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.
3.0 Prosedur Ujian
Nama ujian : Ringkuk Tubi Separa
Objektif ujian : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Alatan : Pita lekat bersaiz 2.5 cm, pita ukur, jam randik
Keselamatan :
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan
fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita
adalah 10 cm.
Rajah 1: Jarak antara pita pelekat
Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh
lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar
pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua
tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan
asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.
10. Guru merekodkan pencapaian ujian murid di dalam borang pemarkahan.
Panduan guru :
Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
10 cm
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul:
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.
4.0 Dokumentasi Bergambar Ujian
4.1 Gambar kawasan ujian
Sekolah Kebangsaan Lebur Remun mempunyai sebuah dewan serbaguna. Saya telah memilih
untuk menggunakan dewan sekolah kerana ianya sesuai dan selamat untuk digunakan.
Gambarajah 1: Kawasan dewan sekolah
4.2 Gambar aktiviti murid
a) Sesi orientasi
Gambarajah 2: Sesi orientasi
Semasa sesi ini dijalankan, saya telah mengambil kehadiran dan memastikan murid-murid
adalah sihat serta memakai pakaian sukan yang lengkap.
b) Sesi memanaskan badan
Sebelum memulakan ujian saya mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti memanaskan
badan. Ini bertujuan bagi membolehkan tubuh badan murid lebih bersedia untuk melakukan
ujian kecergasan fizikal dan mengelakkan kecederaan. Saya telah melantik seorang murid
bagi mengetuai aktiviti memanaskan badan. Antara aktiviti-aktiviti memanaskan badan
sebelum memulakan ujian kecergasan ini adalah seperti berikut:
Gambarajah 3: Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.
c) Sesi ringkuk tubi
Gambarajah 4: Fasa pertama
Ujian ringkuk tubi separa bermula dengan murid berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah
dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. Kemudian murid dikehendaki untuk membuka kaki
seluas bahu. Selepas itu saya akan memastikan kedua-dua belah tangan adalah lurus di sisi
dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
gambar
Gambarajah 5: Fasa kedua
Pada setiap ringkuk, bahu murid hendaklah diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
Gambarajah 6: Fasa ketiga
Fasa seterusnya ialah bahagian bawah atau belakang badan murid hendaklah rata pada
permukaan lantai dan jari tengah murid menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
Turutan fasa-fasa ringkuk tubi yang dilakukan oleh pelajar lelaki
Fasa 1: Sedia Fasa 2: Ringkuk Fasa 3: Kedudukan asal
Turutan fasa-fasa ringkuk tubi yang dilakukan oleh pelajar perempuan
Fasa 1: Sedia Fasa 2: Ringkuk Fasa 3: Kedudukan asal
d) Sesi menyejukkan badan
Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti:
Gambarajah 7: Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.
Gambarajah 8: Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.
Gambar
5.0 Pengumpulan dan Analisis Data
Saya telah memilih untuk mentadbir ujian yang mengukur kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan iaitu ujian ringkuk tubi separa. Keputusan yang diperolehi oleh murid telah saya
catatkan di dalam borang pemarkahan.
Rajah 2: Borang pemarkahan
Bil Nama murid Bilangan ringkuk tubi
1. Andreas 28
2 Balim 27
3 Bracker 18
4 Brendnel 17
5 Catherina 19
6 Clarryza 6
7 Fernado 27
8 Florence 18
9 Haruchika 34
10 Jason 30
11 Jeffson 6
12 Liza 7
13 Mary 24
14 Melfiana 20
15 Raveena 21
16 Richie 7
17 Rohanges 29
18 Samuel 27
19 Sebastian 28
20 Shelvie 27
Jadual 1: Jadual bilangan ringkuk tubi murid tahun 5
Nama murid:_____________
Bilangan Ringkuk tubi yang dilakukan dalam seminit
Bagi memudahkan lagi data yang diperolehi di analisis, saya telah membina sebuah carta
yang menunjukkan bilangan ringkuk tubi murid bagi tahun 5. Paksi x ialah bilangan ringkuk
tubi yang dilakukan murid dalam seminit. Paksi y pula mewakili nombor murid seperti yang
terdapat dalam jadual 1 di atas.
Berdasarkan carta 1 di atas, di dapati murid yang paling banyak melakukan ringkuk tubi
dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 9 iaitu Haruchika iaitu 34 kali dalam masa
seminit. Murid yang paling sedikit melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit ialah murid
yang bernombor 6 dan 11 iaitu Clarryza dan Jeffson dengan catatan 6 kali.
Saya juga telah membuat analisis ringkuk tubi yang dilakukan mengikut jantina. Carta bar 2
dan 3 yang berikut menunjukkan bilangan ringkuk tubi yang dilakukan oleh murid lelaki dan
murid perempuan tahun 5. Paksi x ialah bilangan ringkuk tubi yang dilakukan murid dalam
seminit manakala paksi y pula mewakili nombor murid seperti yang terdapat dalam jadual 1
di atas.
Berdasarkan carta 3 di atas murid yang bernombor 9 iaitu Haruchika merupakan murid lelaki
yang paling banyak melakukan ringkuk tubi sebanyak 34 kali. Murid lelaki yang paling
sedikit dapat melakukan ringkuk tubi adalah murid yang bernombor 11 iaitu Jeffson dengan
catatan 6 kali. Nilai min iaitu purata ringkuk tubi bagi murid lelaki ialah sebanyak 23.16 kali.
Melalui carta 4, murid perempuan yang paling banyak melakukan ringkuk tubi dalam masa
seminit adalah murid yang bernombor 20 iaitu Shelvie dengan catatan sebanyak 27 kali.
Murid perempuan yang paling sedikit melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah
murid yang bernombor 6 iaitu Clarryza dengan catatan sebanyak 6 kali. Nilai min atau purata
ringkuk tubi bagi murid perempuan pula ialah sebanyak 17.75 kali.
6.0 Perbincangan Norma Perbandingan
Norma- norma yang saya gunakan bagi menentukan prestasi murid-murid saya ialah norma
yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan
Kokurikulum dalam bukunya yang berjudul Draf Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan bagi sekolah menengah dan rendah. Jadual di bawah menunjukkan norma piawai
ringkuk tubi untuk murid yang berumur 11 tahun.
Gred
Jantina
Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Usaha lagi
Lelaki 29 ke atas 19-28 8-18 1-7 0
Perempuan 29 ke atas 20-28 7-19 1-6 0
Jadual 2: Norma piawai ringkuk tubi murid berumur 11 tahun
Berdasarkan norma piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di
atas, didapati seramai 3 orang murid lelaki mendapat gred cemerlang. 5 orang pula mendapat
gred sangat baik manakala 2 orang mendapat gred baik dan 2 orang mendapat gred sederhana.
Nilai min ataupun purata bilangan ringkuk tubi yang dilakukan oleh murid lelaki boleh
dikategorikan sebagai sangat baik.
Bagi murid perempuan pula, tiada seorang pun yang berjaya mendapat gred cemerlang. 4
orang berjaya mendapat gred sangat baik sementara 3 orang mendapat gred baik dan seorang
mendapat gred sederhana. Nilai min bagi murid perempuan adalah dalam lingkungan gred
baik.
Kesimpulannya, melalui prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 5 tersebut, 83%
murid lelaki mempunyai kecergasan fizikal yang baik iaitu mempunyai daya tahan dan
kekuatan otot abdomen yang baik. Pencapaian murid perempuan juga amat baik dengan 90%
mempunyai daya tahan dan kekuatan abdomen yang baik.
7.0 Rujukan
Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran danPenilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2003. Panduan Guru Penilaian Kecergasan Fizikal Sekolah Rendah. Kuala Terengganu
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2003. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1-6. Kuala Terengganu, JPNT
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum
Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal.Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2006. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah danTinggi. Ipoh : Fajar Bakti.
Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : FajarBakti.
Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam :Karisma Publications.
http://www.topendsports.com/testing/tests.htmhttp://www.fitness.gov/getfit.pdfhttp://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.htmlhttp://www.brianmac.co.ukhttp://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htmhttp://www.bodpod.comhttp://www.1st4sport.comhttp://www.thesportjournal.org