assgment cuaca oum

21
HBSC4203 EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA MAY 2015 SEMESTER NAMA : ABD. LATIFF B. MOHD NOOR NO. MATRIKULASI : 810530075275 NO. KAD PENGENALAN : 810530-07-5275 NO. TELEFON : 017-2327682 E-MEL : [email protected] TUTOR PENYELIA : EN. MOHD FAIRUZ BIN MD JANI PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA LEARNING CENTER 1

Upload: latiff33

Post on 02-Feb-2016

305 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja kursus bumi dan alam semesta semester 11

TRANSCRIPT

Page 1: assgment cuaca oum

HBSC4203 EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA

MAY 2015 SEMESTER

NAMA : ABD. LATIFF B. MOHD NOOR

NO. MATRIKULASI : 810530075275

NO. KAD PENGENALAN : 810530-07-5275

NO. TELEFON : 017-2327682

E-MEL : [email protected]

TUTOR PENYELIA : EN. MOHD FAIRUZ BIN MD JANI

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA LEARNING CENTER

1

Page 2: assgment cuaca oum

KANDUNGAN

1.0pengenalan 1

2.0 Objektif kajian 3

3.0 Kawasan kajian 4

4.0 Kaedah kajian 8

5.0 Dapatan kajian 9

6.0 Faktor perubahan cuaca luar biasa 19

7.0 Kesan perubahan cuaca luarbiasa

2

Page 3: assgment cuaca oum

1.0 PENGENALAN

Malaysia banyak menyaksikan perubahan cuaca yang dilihat ekstrem sejak kebelakangan ini, ada

antaranya tidak pernah dilihat sebelum ini.Dengan negara terletak di kawasan Khatulistiwa,

Malaysia sudah lazim dengan iklim tropika. Suhu pada puratanya 27 Celsius dan kadar

kelembapan adalah antara 70-90 peratus menjadikan Malaysia panas dan lembab sepanjang

tahun.Bagaimanapun, sejak setahun kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan pelbagai fenomena

cuaca yang dianggap agak luar biasa.Ini termasuk cuaca panas yang terlalu terik sehingga

mencapai 41 Celsius, hujan yang turun dengan jumlah yang terlalu tinggi ketika Monsun Timur

Laut hingga berlaku banjir besar, suhu sejuk seperti yang berlaku di Kelantan pada awal tahun

serta kejadian puting beliung yang kerap berlaku pada akhir 2014.

Pelbagai kajian dijalankan untuk menentukan impak perubahan cuaca di seluruh dunia.

Bagaimanapun, adalah masih sukar untuk menentukan punca perubahan aliran cuaca di

Malaysia.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penyelidikannya menunjukkan panas

di Malaysia meningkat sejak lebih 40 tahun dan meramalkan paras air hujan juga akan

meningkat.Laporan Panel Antara Kerajaan dan Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan bahawa

suhu permukaan bumi meningkat daripada 1.1 Celsius kepada 6.4 Celsius pada abad ke-21

dengan peningkatan ketara pada tahun 1990-an.Bumi yang lebih panas juga menyebabkan ais di

kutub terutama di zon Artik mula mencair. Ini seterusnya menyaksikan lebih banyak lagi

perubahan iklim berlaku yang dikaitkan dengan pemanasan global.Fenomena-fenomena iklim

seperti kitaran monsun dijangka berubah, dengan El-Nino mengakibatkan lebih banyak banjir,

kemarau, dan gelombang panas.Bagaimanapun, pakar meteorologi tempatan yang juga Pengarah

Pusat Penyelididkan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu

Samah berpendapat perubahan cuaca yang dihadapi Malaysia sekarang bukan suatu yang

aneh.Ini kerana sistem cuaca adalah sentiasa berubah dan tidak statik.Beliau juga berkata banjir

yang berlaku terutamanya di Kelantan bukan suatu yang luar biasa kerana ia fenomena yang

berlaku hampir setiap tahun.Ia menjadi luar jangkaan kerana ribut dan hujan lebat datang secara

serentak dengan air pasang besar.Dengan kadar hujan yang melebihi 1,000mm, turun dalam

empat hingga lima hari itu adalah mustahil tidak akan menyebabkan banjir. Namun yang menjadi

persoalan kenapa air hujan itu tidak boleh mengalir ke laut,

3

Page 4: assgment cuaca oum

Untuk kajian lapangan saya pada kali ini yang memerlukan saya menjalankan kajian

mengenai satu kawasan yang telah dilanda cuaca yang ekstrem dan mengkaji factor-faktor

terjadinya keadaan itu dan kesan kepada social,ekonomi dan geografi kawasan itu.untuk kawasan

ataupun tempat kajian saya telah memilih kawasan lading sawit yang terletak berhampiran

lebuhraya AMJ di kawasan Kampung Bukit Durian Melaka.Untuk menjalankan kajian ini,

pertama sekali . Saya berbincang dengan tutor di dalam kelas untuk mendapatkan gambaran

tentang kajian yang hendak dibuat.setelah memahami format dan tempat kajian telah di kenal

pasti saya telah menjalankan kajian ini selama lebih kurang 13 hari bermula 28 Jun-.10 Julai

2015.Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang

dikumpulkan di lapangan dan orang perseorangan.

Di samping itu, saya telah melakukan perbandingan kajian lapangan saya dengan

rakan saya untuk mendapatkan maklumat dan bertukar pendapat mengenai kajian yang dibuat.

Selain melayari internet untuk mendapatkan punca dan faktor dari Jabatan Meteoroloji untuk

maklumat yang lebih tepat dan sumber yang boleh dipercayai mengenai cuaca. Hasil daripada

maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melengkapkan kerja kursus ini.

2.0 Objektif Kajian

Saya menjalankan kajian ini untuk :

(a) Mengenal pasti faktor-faktor cuaca ekstrem yang telah melanda tempat kajian.

(b) Mengkaji kesan cuaca ekstrem terhadap geografi,social dan ekonomi setempat.

(c) Menyatakan kesan-kesan jangka panjang

(d) Mencadangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini

4

Page 5: assgment cuaca oum

3.0 Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung Bukit Durian yang terletak dalam mukim Umbai di

daerah Jasin Melaka .Berkoodinat 2° 11' 0" North, 102° 21' 0" EastJaraknya dari bandar Melaka

adalah kira-kira 10 kilometer. Keluasan kawasan kajian saya ialah kira-kira 5 ekardi ladang

kepala sawit bersebelahan dengan lebuhraya AMJ dan bilangan penduduk di sini lebih kurang

1500 orang.

Kawasan ini merupakan kawasan berbukit dan oleh sebab itu, kawasan ini dianugerahi

tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian terutamanya menanam

sawit.Kebanyakkan penduduk di kawasan ini adalah petani yang mengusahakan ladang

sawit.Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk

kampung ini seperti tadika Kemas, Sekolah Agama Rakyat , balai raya, dan bekalan elektrik.

Peta Negeri Melaka dan Daerah

5

Page 6: assgment cuaca oum

Peta Kawasan kajian Kampung Bukit DurianBerkoodinat 2° 11' 0" North, 102° 21' 0" East

Kampung Bukit Durian adalah sebahagian dari Kampung Paya Dalam kerana sebelum

Kampung Paya Dalam mendapat namanya, telah wujud beberapa buah kampung-kampung kecil

yang pada peringkat awalnya lebih dikenali sebagai solok.

Solok-solok yang ada-ada peringkat awal ialah Solok Lapis, Solok Bukit Kecil, Solok

Budkit Nibong, Solok Batu Putih dan Solok Surau Batu. Kemudiannya muncul pula Solok

Tanjung Mak Midah, Solok Paya Meranti, Solok Paya Redan, Solok Paya Tanjung dan Solok

Fajar.Keseluruhan solok-solok inilah yang membentuk keseluruhan Kampung Paya Dalam yang

terletak dalam Mukim Bukit Lintang di Daerah Melaka Tengah.

Pembukaan Kampung Paya Dalam yang merangkumi Kampung Bukit Durian adalah

berkait rapat dengan kedatangan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu secara besar-besaran yang

dipercayai berlaku pada pertengahan abad ke-19 sehingga meletusnya Perang Dunia ke-

2 .Orang-orang Jawa yang tertarik dengan suasana hidup yang lebih baik di Tanah Melayu telah

datang dengan ramainya dan telah bermastautin tanah-tanah di kawasan pantai Barat Tanah

Melayu dari Johor sehingga ke Negeri Perak. Walaupun penempatan masyarakat Jawa di

Melaka telah wujud seawal era Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 namun penempatan

6

Page 7: assgment cuaca oum

orang-orang Jawa di negeri Melaka tidaklah begitu ramai dan hanya terdapat di kawasan Sungai

Rambai, Paya Dalam, Tambak Paya dan Kampung Tehel. Antara keempat-empat kawasan

penempatan Jawa yang terawal, Kampung Paya Dalam dianggap sebagai kawasan penempatan

Jawa paling ramai di Negeri Melaka ini jika dibandingkan dari sudut demografik.

4.0 Kaedah Kajian

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah :

(a) Pemerhatian : Saya menggunakan kaedah ini untuk memerhati dan merekod data suhu di

tempat kajian menggunakan terrmometer yang diambil bacaanya setiap

hari dan gambar-gambar untuk mengetahui tahap kepanasan dan

kekeringan kawasan yang di kaji bagi membuat analisa tentang cuaca

panas yang melampau di kawasan itu.

(b) Temu bual : Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual

Ketua Kampung Bukit Durian iaitu Encik Budin Bin Abu danKemajuan

dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung BukitDurian iaitu Encik

Raman Takim.

(d) Rujukan : Saya mengumpulkan maklumat tambahan dengan membuat rujukan di

Perpustakaan Melaka dan sumber internet

7

Page 8: assgment cuaca oum

5.0 Dapatan Kajian

Graf dapatan kajian

Daripada hasil kajian yang di jalankan di kawasan ini selama lebih kurang 13 hari

berkenaan suhu setempat yang dapat di rekodkan di dapati suhu purata bagi kawasan ini adalah

31° C dengan suhu yang paling tinggi di catatkan pada 9 Julai iaitu 34°C ketika kajian dijalan

kan di kawasan ladang sawit ini di dapati keaadaan poko sawit kurang subur di sebabkan cuaca

yang kering dan panas tanpa hujan sudah lebih kurang hampir 2 minggu dan di jangkakan

berlarutan sehingga september dan pada bulan ramadhan tahun ini dijangkakan paling kering dan

panas.Kawasan ladang sawit ini kelihatan daun menjadi keperangan dan kering ada juga

kawasan ladang sawit yang terbakar akibat terlalu kering dan memusnahkan hampir seratus

pokok sawit.mengikut hasil temubual dengan pemilik kebun sawit En. Rahmat Bin Daud

kejadian fenomena yang berlaku ini disebabkan oleh cuaca yang amat kering menyebabkan

kebakaran mudah berlaku dan senang merebak ini kerana tanaman sawit di tanam di tanah

gambut yang mudah terbakar dan sukar di padam yang menyebabkan kerugian kerana banyak

pokok sawitnya mati dan terbakar.dari segi pengeluaran sawit pula cuaca yang panas ekstrem

dan kering menyebabkan menyebabkan tanaman yang mempunyai akar serabut ni kekurangan

8

Page 9: assgment cuaca oum

air dan merencatkan tumbesaran buah sawit.Ketika berlaku cuaca panas yang kering seperti

sekarang, banyak hasil pemilik sawit turun. Bukan setakat pekebun kecil, malah pemilik ladang

sawit besar juga terkena.Kita bayangkan sekiranya kita kehausan. Bila kita haus, semua kerja

susah nak buat. Kita jadi rasa lemah.Begitu juga dengan pokok sawit. Bila kemarau, sawit

kehausan dan kurang berupaya untuk bertindak balas menghasilkan buah.Lalu pokok sawit

berada dalam keadaan ‘tidur’. Ketika inilah terjadinya sawit melawas teruk yang menyebabkan

hasil tuaian buah sawit merosot dan banyak pokok sawit tidak berbuah.menurut En. Budin

sebagai Ketua Kampung Bukit Durian pada masa ini ramai pemilik kebun mencari alternatif lain

untuk mengurangkan kesan sawit melawas dengan Susun tandan sawit kosong pada keliling

pokok jika pokok kecil,Buat pelaburan untuk sistem parit tertutup, Elakkan meracun bagi

menghalang tanah tandus dan Rawat tanah menjadi gembur agar dapat menyimpan air dengan

banyak usaha ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung

akibat sawit melawas.

6.0 Faktor-faktor perubahan cuaca luar biasa

Peta suhu dunia disiarkan AccuWeather yang menunjukkan Malaysia

berada pada warna merah iaitu skala 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

9

Page 10: assgment cuaca oum

Mengikut maklumat dari Jabatan Meteorologi fenomena perubahan cuaca ini berkaitan

akviti manusia melalui perindustrian, permotoran serta pembakaran hutan secara tidak terkawal

menyumbang kepada perubahan iklim berikutan peningkatan gas-gas rumah hijau.Walaupun

perubahan iklim menjejaskan seluruh dunia, mereka yang tinggal di kawasan tropika lebih

terdedah kepada gas rumah hijau ini.Kawasan tropika seperti Malaysia adalah pintu utama gas

rumah hijau masuk ke atmosfera. Apabila semakin banyak penyingkiran ozon di atmosfera

fenomena lubang ozon boleh berlaku yang akan mendedahkan manusia kepada sinaran UV

berbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia .Malaysia telah memasuki fasa

Monsun Barat Daya pada pertengahan Mei yang lalu. Monsun Barat  Daya yang dicirikan oleh

angin permukaan yang bertiup secara tetap dari arah barat daya di mana cuaca secara relatifnya

adalah lebih kering berbanding musim-musim lain. Semasa tempoh tersebut, keadaan atmosfera

secara relatifnya adalah lebih stabil. Situasi ini akan menyebabkan kebanyakan kawasan di

seluruh negara akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan berbanding hari hujan.Di sebelah

Pantai Timur iaitu barat Kelantan, Terengganu dan sebahagian besar pedalaman Pahang telah

menerima jumlah hujan di bawah paras purata dengan jumlah hujan terkumpul kurang daripada

200 mm. Keadaan yang sama didapati berlaku di negeri Selangor dan barat Kedah dengan

pengurangan peratusan anomali sebanyak 20% sehingga melebihi 60% daripada paras purata.

Pada masa yang sama, terdapat kawasan yang telah menerima hujan yang banyak. Pedalaman

negeri Kelantan, Perak dan Melaka telah merekodkan jumlah hujan di atas paras purata dengan

pertambahan peratusan anomali sebanyak 20% sehingga melebihi 60%. Bagi kawasan-kawasan

lain hujan pada paras purata telah direkodkanSecara amnya kebanyakan bandar utama diramal

mencatat suhu purata 34 darjah Celcius pada sebelah tengah hari.Berbanding bacaan pada

Disember tahun lalu yang hanya mencatat suhu 25 hingga 32 darjah Celcius.Menurut statistik

Jabatan Meteorologi, hari paling panas di Malaysia dicatat pada 18 Mei tahun lalu iaitu di

Chuping, Perlis dengan suhu mencecah 38.9 darjah Celcius manakala beberapa tempat di Melaka

turut mencatat tahap kepanasan 38 darjah Celcius.

  Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan

berlarutan sehingga April depan.Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak

dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di

10

Page 11: assgment cuaca oum

atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.Pengarah

Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan

menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.Penipisan lapisan ozon kini,

maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang

semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.Pada masa

ekuinoks ini sebenarnya, matahari  akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.Jadi apa

yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34

minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16

hingga ke 34 minit.Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari

itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan

mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini,

belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun

tidak.

7.0 Kesan fenomena cuaca luar biasa

7.1 Kesihatan

Melalui fenomena pemanasan global, manusia terdedah dengan pelbagai masalah

kesihatan.Antara masalah kesihatan yang dihadapi oleh manusia ialah terdedah kepada kenser

kulit dan penyakit ketarak.Kulit dan mata manusia mudah terdedah kepada sinaran matahari

kerana malakukan kerja harian.Jika dalam keadaan yang normal, atmosfera bumi dapat menahan

95% sinaran ultra unggu yang sampai ke mukabumi.Namun, pada masa kini, bumi menghadapi

penipisan lapisan ozon yang pesat.Hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada cuaca yang

terlampau panas dan sinar radiasi ultra unggu hasil daripada penipisan lapisan ozon dan

menyebabkan sel kulit dan kronea pada mata manusia rosak. Keadaan ini dapat dibuktikan

dengan kematian manusia iaitu sekitar 29 orang di Paris, Perancis pada Julai 2006 dan

dilaporkan juga sepanjang 2003, sekurang-kurangnya 15 ribu orang maut di Perancis dan 20

ribu orang lagi di Itali akibat serangan penyakit yang dikaitkan dengan cuaca panas yang

melampau.(Zurin M.Zain, 2007:12)

11

Page 12: assgment cuaca oum

Selain penyakit kenser kulit dan ketarak, akibat fenomena pemanasan global juga manusia

terdedah kepada penyakit penyakit paru obstruktif yang kronik.Hal ini disebabkan cuaca yang

terlalu panas akibat pemanasan global.Rata-rata suhu di dunia meningkat sebanyak 0.8o

celcius.Namun, di beberapa tempat, suhu meningkat telampau tinggi dan menyebabkan kawasan

yang bertekanan rendah.Angin mudah terbetuk dengan adanya perbezaan tekanan iaitu angin

bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah. Tiupan angin kencang

yang membawa udara yang kering menyebabkan berlaku percikan api dan akhirnya berlaku

kebakaran hutan. Kebakaran hutan menyebabkan timbulnya asap tebal memenuhi ruangan udara.

Debu halus dan pelbagai gas menyebabkan manusia gangguan penafasan iaitu asma dan lebih

teruk lagi menyebabkan penyakit paru obseftif yang kronik. Selain itu, asap tersebut membawa

racun dioksin menimbulkan kenser paru-paru dan gangguan kehamilan. Fenomena jerebu juga

turut menyumbangkan kepada berlakunya kenser paru-paru dan penyakit paru obstraktif yang

kronik.Fenomena jerebu terbentuk apabila habuk dan patikel terampai terlalu banyak di udara

menyebabkan ganguan kesihatan seperti batuk kering kepada manusia.

Fenomena pemanasan global juga boleh menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit

demam denggi berdarah, demam kuning,malaria dan demam chikungunya. Penyakit tersebut

disebabkan oleh udara yang panas dan lembab yang menjadi habitat paling digemari oleh

nyamuk terutama nyamuk jenis anopheles, aedes dan aegypti.Nyamuk jenis ini merupakan

penyebar parasit meleria dan virus denggi.Jika duhulu, nyamuk tersebut hanya kerap muncul

pada perubahan musim hujan dan musim kemarau, namun kini nyamuk tersebut menyerang

hampir kesemua musim sepanjang tahun.Fenomena suhu bumi yang lebih panas dapat

memendekkan kitaran hidup nyamuk dan mengurangkan tempoh matang kuman yang ada di

dalam nyamuk. Oleh yang demikian, manusia akan lebih terdedah kepada jangkian penyakit

yang dibawa oleh nyamuk.

Selain itu, akibat daripada pemanasan global juga manusia terdedah dengan masalah kesihatan

iaitu cirit-birit.Pemanasan global menyebabkan pola hujan yang tidak stabil.Hal ini

mempengaruhi penyebaran mikroorganisme penyebar penyakit. Hujan dikatakan dapat

menyebabkan air tercemar disebabkan ia membawa bahan kumbahan manusia dan haiwan ke

sungai dan menyebabkan sungai tercemar dan membentuk habitat mikroorganisma pencemar.

Air sungai merupakan punca utama bekalan air untuk kegunaan manusia.Jesteru itu, manusia

12

Page 13: assgment cuaca oum

mudah berjangkit dengan penyakit cirit-birit melalui organisma yang dikaitkan dengan penyakit

tersebut iaitu kriptospordium, giardia dan e-coli.Kajian pada tahun 2006 menunjukkan Sungai

Klang, Selangor mempunyai tahap e-coli yang tinggi disebabkan pencemaran najis khinzir akibat

kandang ternakan khinzir yang berdekatan kawasan tersebut.Selain itu, penyakit cirit birit

dikaikan dengan fenomena banjir yang menyebabkan sistem air tercemar.Hal ini menyebabkan

manusia tidak mendapat bekalan air bersih dan menyebabkan mudah dijangkiti sakit perut dan

cirit-birit.

7.2 Ekonomi

Pemanasan global memberi impak kepada aktiviti manusia termasuklah kegiatan ekonomi

manusia.Cuaca yang terlampau panas memberi kesan yang besar kepada kegiatan ekonomi

pertanian.Hal ini disebabkan cuaca yang panas dapat menyebabkan tumbesaran tanaman yang

diusahakan oleh petani terbatut dan menyebabkan pengeluaran terhadap hasil pertanian

menurun.Ini dapat dilihat daripada kegiatan pertanian sayur yang terjejas akibat fenomena

pemanasan global.Keadaan ini menyebabkan keluaran hasil sayuran menurun berbanding dengan

pemintaan terhadap sayuran tinggi. Oleh yang demikian, harga sayur-sayuran dan barang-barang

hasil daripada keluaran sayur-sayuran dan makanan di pasaran akan meningkat. Selain itu, Hal

ini menyebabkan kos-kos barangan yang lain akan meningkat menyebabkan berlaku inflasi

terhadap keluaran pertanian. Hal ini dapat dibuktikan dengan kehilangan bekalan tepung hampir

setahun disebabkan kemarau, manakala di Amerika Syarikat dan Eropah, cuaca sejuk juga

menyebabkan bijirin tidak dapat dituai menyebabkan harga makanan tersebut meningkat di

peringkat global sebanyak 40 peratus pada tahun 2007. Menurut Pertubuhan Pertanian dan

Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu, keadaan tersebut menimbulkan protes dikalangan negara

Myamar, Indonesia, Malaysia dan Pakistan.

7.3Sosial

Pemanasan global juga menyebabkan dampak negatif terhadap sosial manusia. Kemarau akan

menyebabkan tanaman- tanaman yang diusahakan oleh manusia musnah dan akan menyebabkan

manusia kekurangan makanan. Hal ini menyebabkan masalah kebuluran terhadap

manusia.Sebagai contoh, di Afrika berlaku masalah kebuluran kerana penduduk di kawasan

tersebut kekurangan makanan.

13

Page 14: assgment cuaca oum

7.4 Keperluan Biodiversiti

Cuaca yang terlampau panas juga boleh menyebabkan berlakunya impak negatif kepada

keperluan biodiversiti manusia iaitu menyebabkan keperluan air semasa berkurang.Hal ini

disebabkan sejatan terhadap air melebihi air yang turun ke muka bumi. Hal ini dapat dibuktikan

dengan dengan di Malaysia, pada Mac 2007 kerajaan negeri Selangor mengadakan catuan air di

negeri Selangor berikutan penurunan mendadak aras air di empangan takungan air di Selangor.

7.5 Implikasi Pemanasan Global Terhadap Alam Sejagat

Realitinya, pemanasan global dapat menyebabkan implikasi terhadap alam sekitar.Elemen Alam

sekitar yang menerima impak daripada pemanasan global ialah geomorfologi bumi, atmosfera,

hidrologi global dan biosfera bumi.

7.6Geomoforlogi Bumi

Umumnya pemanasan global menyebabkan banyak dampak negatif terutama dari segi

geomofologi bumi atau perubahan fizikal pada bentuk muka bumi. Disebabkan suhu yang

terlampau panas menyebabkan pencairan ais di kawasan kutub. Hal ini menyebabkan

peningkatan aras laut dan membanjiri kawasan- kawasan rendah seperti negara Belanda dan

Bangladesh. Selain itu, dianggarkan bahawa jika litupan salji setebal 1.6 kilometer di benua

Antartika mencair, seluruh benua eropah akan tenggelam. Peningkatan aras laut menyebabkan

kawasan pinggir pantai akan mudah mengalami kadar hakisan yang giat. Hal ini disebabkan

peningkatan aras laut menyebabkan pembentukan ombak pembinasa iaitu hasil daripada

peningkatan tenaga kinetik dan peningkatan tenaga potensi pada arus lautan tersebut. Proses

hakisan yang giat di pnggir pantai menyebabkan kawasan daratan akan menjadi lebih kecil pada

jangkamasa yang panjang. Selain daripada kawasan kutub, pencairan ais di gunung juga turut

berlaku akibat daripada pemanasan global. Hal ini akan menyebabkan kejadian glasiar dan

runtuhan salji yang giat di kawasan gunung. Sebagai contoh di kawasan gunung-gunung yang

berais seperti gunung Everest, Klimanjaro, dan gunung-gunung di banjaran Alps.

14