inovasi kurikulum khsr

Upload: muhammad-rizam-hj-bakri

Post on 11-Jul-2015

677 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH RBT 3103

ESEI INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHNAMA : HARMIZI BIN MUSA : 890305-07-5677 : MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI : 900421-12-6693 NO. MATRIK KUMPULAN : 7924/ 7925 : 2 PISMP RBT 3

KOD DAN M/P : RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KHSR NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: DR TAJUL ARIFFIN BIN YANG HUSSIN TARIKH SERAHAN: 23 JULAI 2010

BIODATA DIRI

Nama

:

HARMIZI BIN MUSA 890305-07-5677 7924 Balik Pulau, Pulau Pinang [email protected] Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dr. Tajul Ariffin Bin Yang Hussin Sentiasa Berusaha Hingga Mencapai Kejayaan.

No kad pengenalan : No matrik Negeri kelahiran Alamat e-mail Subjek Pensyarah Prinsip hidup : : : : : :

BIOGRAFI

NAMA : MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI NO. KAD PENGENALAN : 900421-12-6693 NOMBOR MATRIK : 7925 ALAMAT : NO. 11203 TAMAN KUHARA INDAH LORONG 3, BATU 2 JALAN KUHARA, 91000, TAWAU, SABAH KELAS : 1 PISMP RBT 3 HOBI : BERMAIN PERMAINAN PC DAN X-BOX NOMBOR TELEFON : 019-8011437

ABSTRAK Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (Khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilahsegala puji-pujian itu hanya untuk Allah S.W.T tuhan alam semesta dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kami panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Berbekalkan semangat dan berkat kesabaran kami sepanjang menyiapkan tugasan ini, maka dapatlah kami menyiapkan tugasan ini seperti yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, kami ingin memanjatkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih khususnya kepada pensyarah Kajian Kurikulum kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu Dr. Tajul Ariffin Bin Yang Hussin yang tidak jemu memberikan

tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Keperihatinan tuan amat kami sanjungi. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan khususnya pelajar-pelajar RBT3 yang banyak berkongsi idea yang bernas serta komen-komen yang dapat memberansangkan agar kami menghasilkan tugasan yang lebih baik. Akhir kata,kami hulurkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang tidak jemu memberikan sokongan dan juga bantuan kewangan. Semoga apa yang telah dilakukan adalah dengan niat yang ikhlas dan suci demi kemajuan agama,bangsa dan negara serta diredhai-Nya.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

Sekian , Terima kasih.

Isi KandunganPERKARA M/S

BIODATA ABSTRAK PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM 1.0 Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara" ( PPK, 1988 )

Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ; i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv.

Program

pendidikan

yang

menitik

beratkan

pendidikan

umum

diperkenalkan. v. vi. vii. viii. ix. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. xi. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )

2.0 Kehendak masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occurring." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid : - menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. - menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. - menguasai kemahiran mengira - menguasai Bahasa Inggeris - membina dan memupuk akhlak yang mulia - meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam - dapat bergaul dalam masyarakat mengembangkan bakat dan daya kepimpinan

3.0 Faktor politik Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.

Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran

Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspekaspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

4.0 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962)

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

5.0 Faktor perubahan sosial Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan muridmurid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

6.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa.

Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat

diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

7.0 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial ( Ee Ah Meng, 1995).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

8.0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.

Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.

9.0 Pengaruh psikologi pendidikan Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikologi fakulti. Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan kemahiran hidup sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan klemahiran ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum kemahiran hidup yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup ditekankan kepada fahaman binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. (Nik Aziz Nik Pa, 1992)

PENUTUP Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu

menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau

mencetuskan tamadun baru.

Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum.

Proses merancang, melaksana dan menilai kurikulum bagi memenuhi matlamat, tujuan dan objektif pendidikan yang sentiasa berubah.

Merancang: melahir, mereka bentuk dan menghasilkankurikulum Melaksana: menterjemah rancangan kepada tindakan Menilai: menaksir hasil perancangan dan tindakan

Proses ini melibatakan prosedur sedia ada dan baru Terdapat dalam berbagai pendekatan dan model perkembangan kurikulum

Pendekatan Teknikal dan Bukan Teknikal dalam Perkembangan Kurikulum

Pendekatan Teknikal Melihat perkembangan kurikulum sebagai suatu perancangan rasional untuk memilih, menyusun dan menyampaikan kurikulum. Komponen yang terlibat boleh dikenalpasti dan dipetakan mengikur (carta) alir tertentu.

Pendekatan Bukan-teknikal Melihat perkembangan kurikulum sebagai suatu aktiviti yang subjektif dan dinamik, berdepan dengan ketidaktentuan Bergantung kepada intuisi

Perkembangan Kurikulum: Apa yang diperkembangkan? TIGA KOMPONEN: Isi kandungan Apa yang patut dimasukkan, apa yang patun ditinggalkan? Pengalaman Pembelajaran Apakah pengalaman pembelajaran yang sepatutnya? Persekitaran Pembelajaran Apakah yang patut memudahkan pengalaman pembelajaran?

Memperkembangkan Isi Kandungan dan Erti Isi Kandungan, sama ada: Traditionalis - sebagai pengetahuan daripada pelbagai disiplin ilmu Konstruktivisme - sebagai pengetahuan yang terbina dalam minda manusia Existentialism - sebagai pengalaman unik individu

Memperkembang Isi Kandungan: Antara Proses vs Isi Pengetahuan Deklaratif: Pengetahuan tentang Apa Fakta, konsep, generalisasi, prinsip, teori Pembelajaran yang pasif, sebagai menyerap maklumat Pengetahuan Prosedur: Pengetahuan tentang Bagaimana Cara mengetahui, berfikir, inkuiri, menghasil dan mengguna pengetahuan Pembelajaran aktif, memajukan pengetahuan Memperkembangkan Isi Kandungan: Bagaimana Menyusunnya Secara logikal berdasarkan aturan dan konsep Berdasarkan struktur disiplin, yang ditetapkan oleh sarjana Secara psikologikal berdasarkan bagaimana kita belajar Berdasarkan teori-teori psikologi Secara politikal berdasarkan kepentingan isi kandungan Berdasarkan tuntutan kumpulan pendesak agar isi kandungan tertentu diberi penekanan, secara tertentu Praktikal berdasarkan cara yang optima Berdasarkan cara belajar yang paling maksimum, mudah, cekap, pantas, murah

Memperkembangkan Isi Kandungan: Apa yang dipilih dan berdasarkan apa? Mencukupi (Self-sufficient) Membantu pelajar belajar dengan sendiri Signifikan Menyumbang ke arah matlamat kurikulum Sah Benar, autentik, tepat Perlukan verifikasi (penentusah)

Minat Bermakna kepada pealajar dan menarik minat seterusnya Utiliti Kebergunaan kepada pelajar dan masyarakat pada masa depan Kebolehbelajaran Boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja? Fisibiliti (Boleh Menjadi) Dari segi masa, ruang dan sumber

Memperkembang Pengalaman Pembelajaran: Kurikulum Sebagai Kata Kerja Kata Kerja: Menyampai kurikulum Pengalaman yang dirancangn bagi pelajar untuk terlibat,membina makna, dan mengerti tentang kurikulum.

Interaksi guru-pelajar melibatkan isi kandungan kurikulum Pedagogi/Kaedah pengajaran: Berpusatkan guru lwn Berpusatkan Pelajar Aktiviti Pembelajaran: Pasif lwn Aktif aktiviti

Memperkembang Persekitaran: Menyediakan persekitaran pembelajaran Adakah persekitaran menggalakan pembelajaran isi kandungan dan pengalaman yang dipilih dan disusun?

Saiz sekolah dan ruang yang optima Sekolah kecil, saiz kelas kecil, dengan kemudahan tersedia dalam ruang tertentu

Budaya sekolah yang mengalakkan pembelajaran Sinergi pembelajaran; komuniti pembelajaran; ethos Suasana yang aktif, hidup, selamat, kondusif

Memperkembang Persekitaran: Criteria Reka Bentuk Kecukupan: Ruang yang cukup untuk perbagai tujuan dan aktiviti? Kesesuaian: memenuhi kehendak yang dihasratkan? Kecekapan: menggalakan pembelajarn maksimum? Ekonomik: penggunaan yang maksimum bagi mencapai pembelajaran maksimum Lain-lain: Akoustik, Pencahayaan, Suhu, Komunikasi,Penyudahan (Finishing)

Inovasi kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah Perlaksanaan inovasi kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah.

Teknik dan konteks inovasi kurikulum Model CIPP Salah satu model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulum ialah Model CIPP yang diutarakan oleh Stufflebeam et. al. (1974) Rajah 8: Model CIPP.PENILAIAN KONTEKS

PENILAIAN INPUT

PENILAIAN PROSES

PENILAIAN PRODUK

PENYEDIAAN DAN PENSTURKTURAN KURIKULUM

PELAKSANAAN KURIKULUM

Penilaian Konteks Melibatkan analisis masalah dan keperluan dalam pendidikan seperti persekitaran, iklim, budaya institusi, dan sebagainya.

Penilaian Input Melibatkan penganalisaan bahan sumber dan strategi yang perlu untuk mencapai matlamat dan objektif program seperti pensyarah, kakitangan, kurikulum,

kemudahan, pelajar dan lain-lain.

Penilaian Proses Melibatkan kajian mengenai proses pelaksanaan seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemudahan bilik kuliah, kemudahan sokongan, dsb.

Penilaian Produk Menentukan setakat mana matlamat program telah dicapai seperti bilangan dan kualiti lulusan, pengiktirafan yang diperolehi dan sebagainya.

Model Tyler Model Tyler atau Model Objektif diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dan dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila membentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas, yang lebih dikenali sebagai Tylers Rationale, perlu dijawab. Soalan-soalan tersebut adalah:

1. What educational purposes should the school seek to attain? 2. What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes? 3. How can these educational experiences be effectively organized? 4. How can we determine whether these purposes are being attained?

Berdasarkan kepada Tylers Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangan kurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah berikut: Rajah 4: Langkah-Langkah Dalam Model Tyler. Menentukan matlamat dan objektif.

Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif.

Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik.

Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi menentukan pencapaian objektif. Proses ini boleh digambarkan seperti di dalam Rajah 5.

Rajah 5: Proses Perkembangan Kurikulum.

OBJEKTIF

KANDUNGAN

KAEDAH

PENILAIAN

Menentukan Objektif Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan: keperluan pelajar. keperluan semasa masyarakat. pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.

Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, ianya hendaklah dibentuk berdasarkan kepada: falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada. psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya. Objektif yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas: apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian. apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar, bagi menentukan pencapaian objektif.

Pemilihan Kandungan Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kaedah Penyusunan Kandungan Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:

Prinsip Kesinambungan

Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh. Prinsip Ketertiban

Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam. Prinsip Kesepaduan Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar

pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Pengalaman pembelajaran yang disusun berdasarkan ketiga-tiga prinsip tersebut akan dapat memastikan pengetahuan yang dipelajari kekal dan berkesan.

Penentuan Penilaian Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum kerana; sistematik dan mudah digunakan. Ianya

melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif, pemilihan kandungan, penentuan kaedah penyusunan dan penyampaian, dan menentukan kaedah penilaian. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1-Meningkatkan kualiti dan keberkesanan kepimpinan kurikulum sekolah Melalui peningkatan kualiti dan keberkesanan pemimpin kurikulum di sekolah,ini secara tidak langsung akan membantu institusi pendidikan berkembang dan kurikulum dapat disampaikan dengan sempurna. 2-Membangunkan potensinya sekolah ke tahap prestasi yang tinggi berasaskan

Ahli jawatankuasa sentiasa berganding bahu dan mengadakan kolaborasi serta mesyuarat untuk meningkatkan potensi pengurusan kurikulum di sekolah.sekolah mempunyai matlamat dan halatuju untuk meningkatkan prestasi kurikulum pelajar di sekolah rendah terutamanya KHSR. 3-Meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam dari segi kuantiti dan kualiti Peperiksaan awam menjadi penanda aras dalam penyampaian kurikulum yang disampaikan kepada pelajar.penilaian dari segi kualiti dan kuantiti menjadi petunjuk akan halatuju dan keberkesanan penyampaian kurikulum. 4-Memastikan penguasaan kemahiran asas dalam kalangan murid sekolah rendah. Kemahiran yang diterapkan dalam kurikulum KHSR seperti aktiviti hands-on dalam sesuatu penerapan pendidikan kurikulum KHSR akan membantu pelajar menguasai akan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan. Kemahiran asas merupakan kemahiran yang terpenting sebelum pelajar menguasai sesuatu kurikulum yang disampaikan. 5- Memperkembang kurikulum mengikut halatuju serta objektif yang rasional KHSR diperkembangkan seiring dengan dunia masa kini serta mengikut matlamat dan halatuju yang relevan. Rasional akan sesebuah kurikulum KHSR akan membantu pelajar mendapat akan penyampaian KHSR yang disampaikan oleh guru.

REFLEKSI Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat serta limpahan rahmatNYA dapat juga saya menyelesaikan tugasan berkaitan huraian sukatan pelajaran KHSR (kemahiran hidup sekolah rendah) ini dengan jayanya. Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya telah menemui pelbagai perkara yang amat berguna untuk dijadikan panduan pada diri saya yang akan bergelar bakal guru kelak. Sebagai seorang bakal guru RBT yang berwibawa dan berkarismatik saya mestilah mampu untuk menganalisis huraian sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah bagi memudahkan saya menyampaikan ilmu yang optimum kepada para pelajar serta dapat menjadikan saya guru yang mempunyai penguasaan sukatan pelajaran yang sempurna. Dalam melaksanakan tugasan berkaitan tajuk inovasi kurikulum kamahiran hidup sekolah rendah ini, saya telah menemui pelbagai kekuatan dan kelemahan pada diri saya antara masalah awal yang timbul ialah semasa saya mencari maklumat berkaitan teori-teori dalam kurikulum, semasa mencari maklumat berkaitan teori-teori dalam kurikulum adakalanya maklumat yang saya cari tidak bertepatan dan adakalanya sukar untuk saya menganalisisnya. Namun berkat kesungguhan saya dalam melaksanakan tugasan yang berkesan saya akhirnya berjaya mentafsir maklumat tersebut bagi memastikan ianya bertepatan dan sentiasa memenuhi kriteria soalan. saya juga sebelum ini tidak pernah membuat dan menggubal huraian sukatan pelajaran kemahiran hidup dan adakalanya masalah timbul kerana maklumat yang dicari tidak bertepatan dengan kehendak soalan, bagi menyelesaikan masalah ini saya telah bertanyakan kepada pensyarah penasihat saya iaitu Dr. Tajul mengenai bagaimana hendak memulakan proses penambahbaikan terhadap huraian sukatan pelajaran yang telah sedia ada, berkat tunjuk ajar dan nasihat dari pensyarah penasihat telah dapat membantu saya merangka draf awal bagi tugasan ini. Pada pertengahan melaksanakan tugasan ini saya telah turut menunjukkan rangka kerja dan ternyata terdapat sedikit kesalahan yang dapat diperbetulkan oleh Dr. Tajul sendiri. Berkat dari tunjuk ajar oleh pensyarah pembimbing dan dorongan rakanrakan seperjuangan membuatkan saya mampu melaksanakan tugasan ini hingga akhirnya. Saya juga amat berterima kasih kepada pensyarah penasihat saya iaitu

Dr. Tajul Ariffin kerana banyak memberikan tunjuk ajar yang berguna dan kepada rakan-rakan seperjuangan terima kasih atas kerjasama anda samada secara langsung dan tidak langsung.

Sekian terima kasih.

_________________ (HARMIZI BIN MUSA)

REFLEKSI

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus yang diberikan mengikut tempoh yang di tetapkan. Melalui kerja kursus yang diberikan ini kami telah banyak mempelajari pelbagai input baharu kepada diri kami sendiri. Sebagai contoh ,kami telah mempelajari bagaimana untuk berkerjasama dengan baik di dalam kumpulan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain serta menjalankan aktiviti secara kolaboratif dengan pensyarah pembimbing iaitu Dr Tajul Ariffin Bin Yang Hussin. Pelbagai input dan ilmu yang saya perolehi dalam menghasilkan tugas ini. Misalnya menganalisis maklumat dan mencari bahan rujukan yang bersesuaian dengan tugasan, selain itu saya telah mengaplikasikan bahan-bahan rujukan itu kepada alatalat berfikir iaitu peta minda dan pengurusan grafik. Namun, terdapat beberapa permasalahan dan kekeliruan berhubung dengan tugasan yang diberikan. Antara kekeliruan yang kami hadapi ialah mengenai tajuk tugasan kami. Hal ini kerana terdapat pertembungan antara tajuk tugasan kami dengan rakan yang lain apabila kami sudah melaksanakan tugasan mengikut tajuk yang kami terima. Namun semua itu dapat diselesaikan dengan sikap positif yang harus diamalkan iaitu tolak ansur untuk membina suasana harmoni di dalam kalangan rakan guru pelatih. Selain itu, kami menghadapi halangan lain iaitu mengumpul bahan maklumat. Hal ini kerana kami tidak mempunyai bahan-bahan rujukan yang mencukupi. Akan tetapi segalanya dapat diselesaikan dengan bantuan pensyarah pembimbing kerana telah memberikan nota-nota yang berkaitan dengan tugasan esei Inovasi Kurikulum KHSR serta memberikan nasihat dan dorongan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Selain itu, pensyarah turut memberi tunjuk ajar dan menyarankan beberapa buah buku yang bersesuaian dengan tajuk tugasan ini. Selain itu, kesibukan dalam menyiapkan tugasantugasan lain juga sedikit sebanyak menganggu fokus kami bagi menyiapkan tugasan ini namun kami telah memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan ini. Namun, berkat usaha dan semangat Malaysia boleh!, kami telah lakukan dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya saya berjaya mengatasi segala halangan tersebut. Hal ini kerana

dengan time management yang baik,kami telah menyiapkan semua tugasan yang di berikan pada masa yang ditetapkan dengan sempurna. Alhamdulillah. Harapan kami suatu hari nanti dengan maklumat yang diperolehi ini dapat membantu individu-individu melalui pencarian demi pencarian maklumat yang kami perolehi dapatlah ilmu yang sedikit ini di kongsikan bersama rakan-rakan serta anak bangsa kelak untuk lebih meminati pelajaran ini. Harapan kami agar ilmu ini dapat digunapakai pada generasi akan datang dan mendidik serta mencurahkan ilmu kepada mereka.

Sekian terima kasih.

___________________________ (MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI)

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP. Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World. Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company.