sampingan khsr

14
BUNGA KERATAN KHAIRIL ANUAR BIN BAHAROM MOHD ZULHAFIZ BIN KAMARUDDIN NURHANADIA BINTI AB WAHAB NURSHAHIDA BINTI AHMAD

Upload: dekoida15

Post on 13-Jun-2015

679 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: sampingan KHSR

BUNGA KERATAN

KHAIRIL ANUAR BIN BAHAROMMOHD ZULHAFIZ BIN KAMARUDDIN

NURHANADIA BINTI AB WAHABNURSHAHIDA BINTI AHMAD

Page 2: sampingan KHSR

Nama Biasa: Ros

Nama Keluarga : Rosaceae

Nama Saintifik: Rosa hybrida

Bunga ros banyak tumbuh di kawasan yang tinggi seperti Cameron Highlands, Ranau dan Kundasang. Ini adalah kerana tumbuhan ini sesuai dengan iklim yang sejuk. Nama bunga ini berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘rosa’ dan bahasa Creek ‘rhodon’.

Page 3: sampingan KHSR

Nama Biasa: Lily

Nama Keluarga: Liliaceae

Nama Saintifik: Lilium candidum

Bunga lily adalah berasal daripada Balkans dan Barat Asia. Ia tumbuh daripada pencambahan biji benih. Panjang batang bunga lily adalah antara 1.2 meter kepada 2 meter tinggi. Bunga lily berwarna putih dan mempunyai serpihan warna kuning pada bahagian dalam kelopak bunganya. Mengikut sejarah, bunga lily adalah terkenal dengan simbol keagamaan.

Page 4: sampingan KHSR

Nama Biasa: Daisy

Nama Keluarga: Asteraceae

Nama Saintifik: Bellis perennis

 

Bunga daisy adalah berasal daripada barat dan selatan Eropah. Bunga ini adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang pendek yang menjalar dan daun sejala yang berukuran antara 2 cm hingga 5 cm serta menutupi bumi. Diameter kelopak bunga daisy adalah antara 2 cm hingga 3 cm dan terdapat bahagian yang berwarna kekuningan yang berfungsi sebagai agen pendebungaan.

Page 5: sampingan KHSR

Nama Biasa: Bunga Matahari

Nama Keluarga: Asteraceae

Nama Saintifik: Helianthus annuus

 

Bunga matahari adalah berasal daripada Amerika dan suatu bunga yang menghasilkan bunga yang terbesar. Batang bunga matahari boleh tumbuh sehingga menjangkau 3m ataupun 10 kaki dan diameter kelopak bunga matahari adalah 30 cm ataupun 11.8 inci beserta biji benih di tengah-tengah kelopak bunga tersebut. Pokok bunga matahari adalah sejenis tumbuhan saka yang dapat hidup dalam jangka masa yang lama.

Page 6: sampingan KHSR

Nama Biasa : Lavender

Nama Keluarga: Lamiaceae

Nama Saintifik: Lavandula angustifolia

Bunga lavender adalah sejenis tumbuhan aromatik yang rendah dan tumbuh setinggi 1cm hingga 2cm. Ia mempunyai daun yang hijau, 2 cm hingga 6 cm panjang dan 4 cm hingga 6 cm lebar. Bunga lavender berwarna merah jambu dan ungu. Tumbuhan ini banyak digunakan dalam bidang perubatan herba.

Page 7: sampingan KHSR

Nama Biasa : Dahlia

Nama Keluarga: Asteraceae

Nama Saintifik: Dahlia hortensis

Dahlia adalah tanaman yang bersifat tahunan. Ia berbunga pada musim panas sehingga musim luruh. Bunga dahlia merupakan bunga kebangsaan bagi negara Mexico yang juga merupakan negara asal bagi bunga ini. Ia juga merupakan bunga rasmi bagi Kota Seattle dan Washington serta Amerika Syarikat.

Page 8: sampingan KHSR

Nama Biasa : Carnation / Teluki

Nama Keluarga: Caryophyllaceae

Nama Saintifik: Dianthus caryophyllus

 

Bunga teluki atau ‘carnation’ adalah sejenis bunga beriklim sederhana yang berasal daripada kawasan Mediteranean. Penanaman bunga teluki di Malaysia adalah di tanah tinggi Cameron Highland. Ia juga dapat hidup selama 18 hingga 20 bulan. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Bunga ini tumbuh secara menegak dan ia perlu diikat sebagai penyokong.

Page 9: sampingan KHSR

Nama Biasa: Kekwa

Nama Keluarga: Asteraceae

Nama Saintifik:Chrysanthemum morifolium

 

Pokok bunga kekwa terdiri daripada 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal daripada Asia dan Eropah timur laut. Ia juga merupakan tumbuhan saka herba yang boleh tumbuh setinggi 50 cm sehingga 150 cm. Daunnya berbentuk seperti cuping dan mempunyai kelopak bunga yang besar. Bunga kekwa mempunyai warna yang pelbagai, antaranya warna putih, kuning dan merah jambu bagi spesies yang liar.

Page 10: sampingan KHSR

Nama Biasa: Chamomile

Nama Keluarga: Compositae

Nama Saintifik: Anthemis nobilis

Bunga ‘chamomile’ atau ‘manzanilla’ biasanya digunakan dalam bidang perubatan. Ia dapat mengurangkan stres, demam dan gangguan menstruasi. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar gula dalam badan manusia.

Page 11: sampingan KHSR

Nama Biasa : Mawar

Nama Keluarga : Lauraceae

Nama Saintifik : Litsea grandis

Sejenis pokok berbunga angiosperm. Bunga mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan yang lain. Ini mungkin menyebabkan bunga mawar tidak mempunyai banyak persaingan dalam sektor ekonomi. Dalam kebudayaan barat dan melayu, bunga mawar melambangkan bunga cinta.

Page 12: sampingan KHSR

Nama Biasa: Tulip

Nama Keluarga: Liliaceae

Nama Saintifik: Tulipa hybrid

Bunga tulip berasal daripada Asia Tengah dan tumbuh secara liar di kawasan pergunungan Pamir dan Hindu Kush serta Stepa di Kazakhstan. Di Belanda, ia terkenal sebagai negara yang kaya dengan bunga tulip. Ia merupakan bunga kebangsaan bagi negara Iran, Turki. Ia juga tumbuh secara bermusim dan ketinggiannya antara 10 cm sehingga 70 cm. Bunga tulip mempunyai daun yang berlilin, memanjang dan berdaun hijau.

Page 13: sampingan KHSR

Nama Biasa : Bunga Orkid Aranthera

Nama Keluarga : Orchidaceae

Nama Saintifik : Aranthera Anne Black

Bunga orkid Anne Black merupakan sejenis orkid labah-labah (Kacukan Arachnis). Ia merupakan salah satu contoh orkid jenis kacukan. Pokoknya boleh tumbuh setinggi 3 meter atau 4 meter. Bunganya berjambak atas tangkai yang panjang. Ini memberi bunga ini nilai sebagai bunga hiasan. Bunga ini juga bertahan lama selepas dipotong.

Page 14: sampingan KHSR

SEKIAN TERIMA KASIH