kajian oum 2010

Upload: ahmad-humaizi

Post on 30-Oct-2015

359 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

2

1.2

Latar belakang masalah

3

1.3

Penyataan masalah

5

1.4

Persoalan kajian

5

1.5

Objektif kajian

5

1.6

Kepentingan kajian

6

1.7

Batasan kajian

6

1.8

Terminologi kajian

7

1.9

Kesimpulan

9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

10

2.2

Solat

10

2.3

Kepentingan solat

11

2.4

Kepentingan rukun solat

14

2.5

Kepentingan Pendekatan Permainan

24

2.6

Kepentingan Kurikulum Islam Kebangsaan27

2.7

Hasil Kajian Lepas

28

2.8

Kesimpulan

30

BAB 3

METHODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

31

3.2

Tempat Kajian

32

3.3

Rekabentuk Kajian

33

3.4

Populasi dan Sampel

33

3.5

Instrumen Kajian

34

3.6

Tatacara Kajian

35

3.7

Analisis Data

36

3.8

Kesimpulan

37

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang keberkesanan solat murid-murid tahun 4 menggunakan kaedah permainan di kalangan murid-murid sekolah. Seramai 25 orang murid Tahun 4 telah dijadikan sampel di dalam kajian ini. Murid-murid yang terlibat adalah berumur 10 tahun. Mereka yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 4 Jaya, Sek. K eb. Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dibuat menggunakan soal selidik soalan penguasaan rukun solat(bacaaan dan perbuatan) serta pemerhatian tingkah laku. Soal selidik dan pemerhatian tingkah laku dilakukan sebelum dan selepas kaedah permainan dijalankan.

Kajian dilakukan dengan kerjasama guru Pendidikan Islam SK (F) Air Tawar 1.

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Solat dari sudut bahasa ertinya doa atau permohonan kepada Allah. Manakala dari sudut syarak pula ertinya beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat yang tertentu. Solat atau sembahyang merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian umat Islam bagi melahirkan generasi yang bertaqwa. Namun hari ini, solat bukan lagi agenda penting untuk difikirkan . Kebanyakan dikalangan pelajar hanya tahu solat tetapi tidak memahami konsep solat itu. Mereka mengetahui perkara rukun tetapi tidak dapat membezakan antara perkara sunat dalam solat. Sekiranya perkara ini berlaku , ia akan merugikan murid itu sendiri. Ini kerana setiap perbuatan rukun yang ditinggalkan dalam solat akan mengakibatkan solat tidak sah dan menjadikan sia-sia. Manakala sekiranya tertinggal atau meninggalkan perkara sunat, solat tidak terjejas, tetapi perkara sunat itu dapat menampung kekurangan solat kita tadi dan dapat menambahkan pahala serta mendisiplin diri agar melakukan sesuatu amalan dengan lebih teratur dan sempurna.1.1 Latar belakang masalah

Pemasalahan ini berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya , masalah ini berpunca dari sifat malas, ragu-ragu dan keliru dalam menentukan masalah tersebut, sedangkan pengetahuan mengenai solat amat penting bagi menjaminkan solat yang berkualiti. Bagi mereka setiap perbuatan solat mempunyai kepentingan yang sama antara satu sama lain.

Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan kemahiran mengingat dan menghafal, sedangkan amalan ini amat membosankan murid, khususnya murid lemah. Justeru itu, saya cuba mengenengahkan. Kajian ini dengan menggunakan satu kaedah yang membolehkan mereka mengingati dan menghafaz dengan cara yang mudah tetapi berkesan. Saya berusaha untuk mengubah perlaziman corak pengajaran dan pembelajaran yang mungkin membosankan murid dengan cara yang lebih menarik dan berkesan. Disamping itu, ia mampu untuk menarik minat murid dengan memberi keseronokan dalam belajar.1.2 Penyataan masalah

Kajian ini dibuat berfokus kepada meningkatkan kefahaman perkara rukun dalam solat. Secara tidak langsung sasaran dapat mengenalpasti sekiranya meninggalkan perkara rukun, maka sembahyang menjadi tidak sah. Manakala ia berbeza dengan perkara sunat sekiranya tidak dilakukan solat masih dianggap sah. Sekiranya murid tidak dapat membezakan antara kedua-duanya, maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid dalam melaksanakan solat seharian,dikhuatiri jika meninggalkan salah satu perkara rukun sedangkan ianya dianggap sebagai perkara sunat dalam sembahyang, maka perbuatannya itu sia-sia.

Oleh itu satu kajian perlu dilaksanakan terhadap mereka untuk mengetahui tahap penguasaan perkara rukun dan apakah masalah yang mereka hadapi dalam menguasai perkara rukun dalam solat.

Selain daripada itu masalah berkaitan yang sering timbul mengikut penelitian penyelidik seperti berikut:

a. Alat bantu mengajar yang bersesuaian dan menarik minat atau ABM yang digunakan tidak membosankan murid

b. Kaedah - cara pengajaran seseorang guru, kebanyakan daripada mereka kurang menggunakan pemilihan kaedah yang sesuai.

c. Perkara rukun dalam solat

d. Pemerhatian.-melalui pemerhatian kelas semasa pengajaran dan pembelajaran , kumpulan sasaran ini juga dilihat melalui respon kepada pemeriksaan buku tulis, kerja rumah dan ujian pra.

e. Perkara rukun dalam solat

Perkara rukun perlu kepada kemahiran menghafal dan mengingat bagi

membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat.

f. Hukum Solat

Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang hukum solat adalah wajib

fardu ain ke atas orang islam lelaki dan perempuan yang baligh dan berakal.

1.3 Persoalan Kajian.

Dalam mengkaji sejauh mana penguasaan perkara rukun dalam solat dalam kalangan pelajar tahun 4 Jaya di Sek. Keb LKTP (F) Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor secara terperinci maka persoalan kajian yang akan diutarakan ialah:1. Bagaimanakah pelajar dapat menguasai perkara rukun dalam solat.

2. Sejauh manakah pelajar dapat menguasai perkara rukun dalam solat.

3. Apakah faktor-faktor yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai perkara rukun dalam solat.

1.4 Objektif Kajian

Pada dasarnya, kajian ini adalah untuk mengetahui setakat mana penguasaan pelajar Tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1 terhadap penguasaan perkara rukun dalam solat. Di samping itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca permasalahan ini. Kajian ini adalah bertujuan:

1. Mengenalpasti sikap pelajar Tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1 terhadap penguasaan perkara rukun dalam solat.

2. Mengenalpasti masalah dan cabaran dalam menguasai perkara rukun bagi pelajar tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang dapat membantu mereka dalam menguasai perkara rukun dalam solat.1.5 Kepentingan kajian

Kajian ini dibuat berfokus kepada meningkatkan kefahaman perkara rukun dalam solat. Secara tidak langsung sasaran dapat mengenalpasti sekiranya meninggalkan perkara rukun, maka sembahyang menjadi tidak sah. Manakala ia berbeza dengan perkara sunat sekiranya tidak dilakukan solat masih dianggap sah.Ini diguanakan sebagai satu kaedah dan pendekatan kepada pelajar dalam prosese pengajaran dan pembelajaran. Ekoran daripada itu, , adalah amat penting meningkatkan kefahaman kepada para pelajar untuk menyempurnakan solat dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan hal tersebut , kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang isu penguasaan perkara rukun dalam solat bagi pelajar tahun 4 Jaya .Penyelidik mengambil kira sikap pelajar dan pemasalahan mereka dalam menguasai perkara rukun.Oleh itu maklumat yang diperolehi akan membantu bagi mengenalpasti punca kelemahan penguasaan perkara rukun yang secara langsung boleh membawa kepada kemerosotan kefahaman perkara rukun kini.1.6 Batasan kajian

Kajian ini merupakan satu kajian kecil yang dijalankan terhadap murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan LKTP (F) Air Tawar 1 yang terdiri daripada 41 orang murid dari satu kelas Tahun 4 iaitu dari kelas 4 Jaya sahaja.

Aspek yang dikaji adalah dibatasi kepada mengetahui sejauhmana tahap penguasaan perkara rukun dalam solat dan mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi serta faktor-faktor yang dapat membantu untuk mengatasinya.

1.7 Terminologi /kajian .

Kajian ini mempunyai beberapa istilah yang digunakan oleh penyelidik.Antara istilah penting yang perlu dijelaskan ialah :-

1.7.1 Perkara rukun Menurut kamus dewan (2007) mentakrifkan perkara sebagai sesuatu yang harus diselesaikan atau pokok perbincangan atau pokok pertelingkahan dan lain-lain.

Manakala rukun pula ditakrifkan sebagai agama dasar atau tiang Agama Islam ( Syahadat, sembahyang fardu, zakat,puasa ramadhan dan mengerjakan haji).

1.7.2 Pendekatan permainan .

Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan serta melaksanakan tugas bagi menggatasi masalah. Menurut Friendrich Froebel,main dibawah konteks pendidikan , merupakan aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran psikomotor,bahasa, muzik dan ekspresi kendiri murid pada peringkat awal. Kajian terhadap permainan sebagai teknik mengajar telah menunjukkan bahawa permainan adalah penentu penting dalam perkembangan intelek, jasmani ,rohani, ssial serta daya cipta murid . Menurut kamus dewan (2007) mentakrifkan pendekatan sebagai kaedah atau cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan atau melaksanakan tugas atau mengatasi masalah.

1.7.3 Permainan Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Menurut Caplan dan Caplan 1973, permainan sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. 1.7.4 Pelajar.

Kamus dewan (1984) , mentakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar atau orang yang mengaji. Manakala menurut Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, pelajar membawa penuntut, murid, mahasiswa-mahasiswa, pelatih, perintis dan kadet. Pelajar di dalam kajian ini ialah murid tahun 4 Jaya di Sek. Keb. LKTP (F) Air Tawar 1, Kota Tinggi. 1.8. Kesimpulan .

Bab ini menghuraikan latar belakang bagi kajian ini. Perbincangan juga menyentuh berkaitan objektif , kepentingan , persoalan dan batasan kajian bagi mengenalpasti tahap penguasaan perkara rukun dalam solat. Secara umumnya kajian ini difokuskan untuk mendapatkan maklumat dan persepsi pelajar terhadap penguasaan mereka dalam aspek kepentingan solat dan proses mengamalkan solat dalam kehidupan seharian sebagai perkara fardhu yang wajib dilakukan oleh setiap insan yang bergelar Muslim.BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan .

Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan secara ringkas tinjauan literatur kajian yang dibuat. Maklumat yang diperolehi daripada buku, jurnal, majalah , hasil bengkel atau tesis atau pengkaji terdahulu.Segala maklumat adalah berkaitan dengan objektif kajian.

2.1 Solat.

Sayid Qutub berkata: Jika seseorang itu menghadapi ketakutan yang tidak memberi peluang untuk mendirikan solat dengan menghala ke kiblat, maka solat hendaklah ditunaikan terus tanpa terhenti. Dan di sini yang menunggang binatang dan yang berjalan kaki dan sibuk bertempur dan menghindari bahaya dibenarkan menghadap ke arah mana sahaja yang sesuai dengan keadaannya dan bolehlah ia membuat isyarat-isyarat yang ringan untuk sujud dan rukuk. Solat ini berlainan daripada solat yang dinyatakan kaifiatnya di dalam surah an-Nisa. Kerana solat yang diterangkan di dalam surah an-Nisa' itu adalah dikerjakan dalam keadaan, di mana kedudukan medan perang membenarkan diletakkan satu saf makmum yang mengawalnya, kemudian datang pula saf yang kedua pula bersembahyang serakaat sementara saf yang pertama yang telah telah bersembahyang kali yang pertama tadi berdiri mengawal. Tetapi jika keadaan ketakutan itu bertambah dan pertempuran sedang berlaku, maka solat yang disebut dalam surah al-Baqarah di sini yang diamalkan. Perintah solat ini amat mengkagumkan. Ia menunjukkan bagaimana pentingnya solat pada pandangan Allah yang menyarankan kepada hati kaum Muslimin bahawa solat selaku senjata untuk menghadapi ketakutan dan kesusahan. Oleh sebab itu solat tidak seharusnya ditinggal di saat-saat ketakutan yang sedang memuncak.

Solat adalah senjata. Oleh kerana itu ia ditunaikan oleh pejuang Islam di medan pertempuran ketika pedang terhunus di tangannya dan ketika pedang (musuh) menghayun di atas kepalanya. Ia tetap menunaikan solat kerana solat adalah senjata Mukmin sama seperti pedang yang terhunus di tangannya. Solat adalah perisai Mukmin sama seperti perisai yang melindunginya. Ia menunaikan solat untuk berhubung dengan Allah di saat-saat yang paling diperlukannya, di saat-saat yang dirasakannya paling dekat kepada Allah, iaitu ketika ketakutan mengepung di sekelilingnya.2.2 Kepentingan Solat

Sayid Qutub berkata: Agama ini sungguh mengkagumkan. Ia adalah agama ibadat, iaitu ibadat dalam segala bentuk rupa dan solat itulah judul utamanya, dan menerusi ibadat manusia dapat sampai ke makam yang setinggi-tingginya.

Menerusi ibadat juga Allah mengukuhkan pendiriannya di dalam kesusahan dan mendidik dirinya dengan baik di dalam kesenangan dan kemewahan. Seterusnya melalui ibadat juga Allah memasukkannya ke dalam kedamaian dengan seluruh jiwa raganya dan melimpahkan ke atasnya nikmat keamanan dan kesejahteraan.

FIRMAN Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 239). Oleh sebab itulah ibadat solat diberi perhatian yang begitu tinggi walaupun ketika pedang terhunus di tangan dan pedang musuh mengancam di lehernya. Apabila berada dalam suasana aman, maka hendaklah mereka dirikan solat biasa yang diajarkan Allah kepada kaum Muslimin dan hendaklah mereka mengingati Allah sebagai bersyukur terhadap apa yang diajarkan Allah tentang hal-hal yang tidak diketahui mereka. Firman Allah Taala: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, Al-Mawardi berkata: Ulama telah khilaf kadar solat mereka. Jumhur telah berpendapat dengan dua rakaat. Sedangkan al-Hassan satu rakaat sahaja jika dalam ketakutan.

Firman Allah Taala: Kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna),

Al-Baghawi berkata: Maksud zikrullah ialah solat lima waktu yang sempurna dengan segala haknya.

Ibnu al-Arabi berkata: Allah s.w.t. memerintahkan supaya solat dipelihara dalam segenap keadaan, sama ada ketika sihat, sakit, bermukim, bermusafir, ketika kuat, ketika lemah, ketika takut dan ketika aman. Kewajipan solat tidak gugur daripada orang yang mukalaf dengan apa keadaan sekalipun dan kefarduannya tidak terjejas sedikitpun.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Solatlah sambil berdiri, kalau engkau tidak mampu solatlah sambil duduk, kalau engkau tidak mampu solatlah sambil mengiring.

Baginda bersabda dalam hadis sahih daripada riwayat Ibnu Umar berkaitan solat ketika takut:Jika ketakutan itu lebih kuat daripada yang demikian, maka solatlah sama ada secara berdiri atau berkenderaan, menghadap kiblat atau tidak mengadap kiblat.

Rasulullah s.a.w. pernah menunaikan solat khauf (semasa dalam ketakutan ) beberapa kali dengan pelbagai cara. Kami telah menyebutkannya secara terperinci dalam kitab-kitab hadis. Tujuannya untuk memberitahu bahawa solat hendaklah didirikan bagaimana cara yang terdaya dan kewajipannya tidak gugur dalam keadaan apa sekalipun. Meskipun ia hanya mampu dilakukan secara mengisyaratkan dengan anak mata maka ia mesti dilakukan.

Begitu juga jika tidak mampu, digerakkan anggota tubuh yang lain. Dengan pengertian ini maka solat berbeza daripada ibadat-ibadat yang lain. Hal ini kerana ibadat yang lain gugur kewajipannya apabila terdapat keuzuran dan diberikan rukhsah (keringanan) yang lemah. Sebab itulah para ulama kami mengatakan solat ialah persoalan yang paling besar: Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dihukum bunuh kerana solat menyerupai imam yang tidak boleh gugur dalam apa jua keadaan. Mereka menyatakan solat salah satu tunggak agama Islam yang tidak boleh digantikan dengan batang tubuh orang lain atau harta benda. Orang yang meninggalkannya perlu dihukum bunuh. Tunggak asalnya ialah dua kalimah syahadah.

Abu Hanifah mengatakan: Berperang menyebabkan solat itu menjadi rosak (batal). Kami telah menolak pandangannya dengan mengemukakan dalil melalui jalan periwayatan Ibnu Umar dan keterangan zahir ayat al-Quran ini merupakan dalil terkuat yang dapat menolak pandangan beliau.

Sonhaji berkata: Tetapi jika telah berada dalam keadaan aman kembali atau tidak berada dalam ketakutan lagi maka sembahyanglah seperti biasa. Sebutlah dan ingatlah kembali kepada Allah.

Firman Allah Taala: Sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Al-Alusi berkata: Faedah menyebut maf'ul fih di sini sekalipun manusia tidak mengetahui kecuali apa yang tidak diketahui secara jelas dengan menyebut keadaan jahil yang berpindah daripadanya. Maka ia lebih nyata dalam kurniaan.

Sebagaimana Dia telah mengajarkan kamu apa yang kamu tidak ketahui yakni mengisyaratkan bahawa Allah mengurniakan kita nikmat ilmu pengetahuan, kalaulah tidak dengan adanya hidayat dan tunjuk ajar-Nya tiadalah dapat kita mengetahui sesuatu. Maka kepada-Nya terserah segala pujian.

2.3 Kepentingan Rukun Solat.

Rukun solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada beberapa bahagian. Kategori itu ialah rukun qalbi, fi'li dan qauli.

Kategori rukun Rukun qalbi ( - iaitu berasal daripada perkataan - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.

Rukun fi'li ( - iaitu berasal daripada perkataan - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.

Rukun qauli ( - iaitu berasal daripada perkataan - qaul bermaksud kata-kata) dalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan. No.RukunKategoriNo.RukunKategori

1NiatQalbi8Duduk antara dua sujudFi'li

2Berdiri betulFi'li9Bacaan tahiyat akhirQauli

3Takbiratul ihramQauli10Duduk tahiyat AkhirFi'li

4Membaca al-FatihahQauli11Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhirQauli

5RukukFi'li12SalamQauli

6I'tidalFi'li13TertibQalbi

7SujudFi'li

Rukun-rukun(a) NiatNiat dalam solat merupakan rukun qalbi tetapi turut termasuk dalam rukun fi'li (lihat Takbiratul ihram). Niat solat mempunyai tiga bahagian yang disyaratkan dalam solat fardhu tetapi hanya dua sahaja bagi solat sunat manakala untuk solat sunat mutlak (tiada sebab dan bila-bila masa), hanya satu daripadanya disyaratkan.

Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:

1. Qasad () - Menyengajakan solat

2. Ta'ridh () - Menyengajakan fardhu

3. Ta'yiin () - Menyengajakan waktu

Untuk melihat bahagian-bahagian yang diaplikasikan dalam niat solat, berikut adalah contoh:

Solat fardhu:

Sahaja aku solat fardhu Zuhur tunai kerana Allah Ta'alaNiatMaknaBahagian

Sahaja aku solatQasad

FardhuTa'ridh

ZuhurTa'yiin

Solat sunat:

Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'alaNiatMaknaBahagian

Sahaja aku solatQasad

DhuhaTa'yiin

Solat sunat mutlak:

Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Ta'alaNiatMaknaBahagian

Sahaja aku solatQasad

(b) Berdiri betulBerdiri betul atau berdiri tegak adalah diwajibkan dalam solat bagi mereka yang berupaya untuk beridir tegak. Bagi yang tidak upaya, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk mereka sama ada untuk solat dalam keadaan duduk (hanya jika tidak mampu berdiri), mengiring pada rusuk kanan sambil mengadap kiblat (hanya jika tidak mampu berdiri dan duduk), atau jika tidak mampu berdiri, duduk mahupun mengiring, orang yang ingin mengerjakan solat itu dibenarkan baring menelentang dengan kaki dan perut dihalakan ke kiblat.

Syarat bagi rukun ini hendaklah ditegakkan tulang belakangnya dan tidak bleh bongkok ke depan atau ke belakang (jika mampu).

(c) Takbiratul ihramTakbiratul ihram ( ) ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat. Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar ( ) adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya. Bagi mereka yang tidak boleh menuturkannya ataupun tidak dapat mempelajarinya, dia diharuskan untuk menyebutnya dengan terjemahan dalam bahasa yang lain. Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu. Muqaranah () atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:

Muqaranah Urfiyyah ( ) - Menyertai niat kepada sebahagian daripada takbiratul ihram iaitu berniat ketika mula ataupun akhir bahagian takbiratul ihram

Muqaranah Haqiqah ( ) - Menyertai niat kepada keseluruhan takbiratul ihram iaitu berniat dari mula sehingga akhir takbiratul ihram

Bagi kebanyakan orang awam, adalah lebih mudah mengerjakan muqaranah urfiyyah kerana muqaranah haqiqah mudah dihinggapi rasa syak atau was-was kerana penyertaan niat mengambil masa keseluruhan takbiratul ihram itu. Adalah disunatkan untuk membaca doa iftitah atau tawajjuh selepas takbiratul ihram.

(d) Membaca Surah al-FatihahDalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah yang diwajibkan. Surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat dan bacaannya hendaklah tertib mengikut susunan ayat yang betul dan hendaklah dijaga tajwidnya. Bacaan basmalah diwajibkan kerana ayat itu juga sebahagian daripada surah berbanding isti'azah yang tidak diwajibkan.

Setiap ayat surah ini wajib dibaca secara berturutan dan tidak diselangi oleh apa-apa perbuatan ataupun ayat yang lain mahupun diam yang agak lama yang cukup untuk memutuskan bacaan al-Fatihah itu.

Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak berupaya untuk membacanya dengan sempurna kerana baru memeluk agama Islam, maka hendaklah dia membaca tujub ayat Quran yang berturutan atau tujuh ayat yang tidak berturutan (atau berasingan) yang tidak kurang bilangan huruf dalam al-Fatihah. Jika masih tidak mampu membaca mana-mana ayat Quran, dia dikehendaki membaca zikir yang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah. Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa bacaan Fatihah itu sendiri.

Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah ialah tujuh ayat yang kesemuanya mempunyai dua puluh lima perkataan bersama bilangan huruf sebanyak 156 huruf. Maka, zikir yang diriwayatkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. digunakan bagi menggantikan bacaan untuk orang yang tidak berupaya atau tidak tahu membaca ayat Quran.

Subhanallah - Walhamdulillah - Wa la ilaha illallah - Wallahu akbar - Wa la haula wala quwata illa billah - Ma sya Allahu kana - Wa maa lam yashaa u lam yakun

Ayat tersebut hendaklah dibaca dua kali untuk menyamai bilangan huruf surah al-Fatihah.

(e) RukukPerbuatan rukuk adalah membongkok ke hadapan dengan sekurang-kurangnya hingga tapak tangannya mencapai ke lutut. Rukuk yang sempurna ialah menyamakan belakangnya dan tengkuknya pada satu garis lurus dan meluruskan kakinya (iaitu betis dan peha) dan memegang kedua lututnya dengan menjarangkan antara jari-jari tangan. Bagi mereka yang solat secara duduk, memadai rukuk itu dengan membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan kepala lututnya. Untuk lebih sempurna bagi solat duduk, rukuknya adalah membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan tempat sujud.

Rukuk adalah salah satu rukun yang disertakan dengan tama'ninah. Tama'ninah dalam rukuk adalah dalam keadaan tetap semua anggota badannya hingga cukup masa untuk membezakan perlakuan membongkok dan bangun daripadanya.

(f) I'tidalI'tidal adalah kembali daripada keadaan rukuk kepada berdiri tegak iaitu keadaan asal ketika solat. Jika keadaan asalnya ialah duduk menegak, maka hendaklah orang itu kembali duduk menegak. Tama'ninah turut disertakan dalam perbuatan i'tidal. Maka, untuk melengkapkan i'tidal, hendaklah tama'ninah dengan menetapkan anggota badan pada keadaan sebelum rukuk dalam masa yang cukup untuk membezakan keadaan selepas bangun dari rukuk sebelum turun untuk sujud.

(g) Sujud

Sujud

Sujud adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat (atau satu rukuk) adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.

Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka tapak tangan dan jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya (iaitu muka hujung jari-jari kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.

Adalah sunat untuk menghalakan kesemua jari ke arah kiblat Bagi lelaki, disunatkan juga meregangkan kedua lutut dan dua tapak kaki, menjarakkan perut daripada peha dan menjauhkan sedikit siku daripada rusuk. Bagi perempuan pula, sunat untuk merapatkan kedua-dua lutut dan kaki, merapatkan perut dengan peha dan siku ke rusuk.

Wajib tama'ninah pada sujud iaitu tetap seluruh anggota badan dalam keadaan sujud untuk satu jangka masa yang cukup untuk membezakan perbuatan turun dan naik daripada sujud. Sujud itu tidak sah jika sujud di atas tempat yang boleh bergerak jika orang itu bergerak seperti tilam.

(h) Duduk antara dua sujudDuduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di atas lutut. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.

(i) Membaca tahiyat akhirRukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat. Bacaan tersebut hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.BacaanSebutanMakna

Penghormatan dan kesejahteraan At-tahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lulillahSegala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah

As-salamu 'alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuhSemoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya

As-salamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihinSemoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh.

Penyaksian (Syahadah) Asyhadu anl laa ilaaha ilallahAku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah

Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullahDan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah

(j) Duduk ketika membaca tahiyat akhirDuduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam.

(k) Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir.BacaanSebutanMakna

Selawat kepada nabiMuhammad dan keluarga Allahumma salli 'ala MuhammadYa Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad

Wa'ala aali MuhammadDan kepada keluarga Muhammad

Kama solaita 'ala IbrahimSebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim

Wa'ala aali IbrahimDan kepada keluarga Ibrahim

Keberkatan kepada nabiMuhammad dan keluarga Wa baarik 'ala MuhammadYa Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad

Wa'ala aali MuhammadDan kepada keluarga Muhammad

Kama barakta 'ala IbrahimSebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim

Wa'ala aali Ibrahim fil 'alaminDan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini

Penutup(Pujian bagi Allah) Innaka hamiidum majiidSesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

(l) SalamUcapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum "- "sejahtera kepada kamu semua") tetapi untuk lebih sempurna, ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah ( - "sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan"). Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.

(m) TertibTertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang dahulu didahului serta yang kemudian, dilakukan kemudian

2.4 Kepentingan Pendekatan Permainan

Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain. Mengikut Vygotsky (1967), Play is helpful in the development of language and thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from reality. They are thus allowed to engage in higher order thought processes through play. (Spodek. Et.al, 1989,ms 181). Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid. Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

2.5 Kurikulum Pendidikan Islam Kebangsaan

Pendidikan prasekolah telahpun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal dan sosial pelajar.

Kurikulum bukan sahaja meliputi mata-pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).

Ling Chu Poh (1990) menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan

pengalaman melalui aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada

contoh permainan itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan fantasi,main peranan, tiruan, tematik dan interaktif.

Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang

bersepadu dan mengambil kira perkembangan pelajar di semua bidang: fizikal, emosi, sosial dan kognitif (Almy, 1975; Biber, 1984; Elkine, 1986; Forman & Kuschner, 1983; Skeen, Garner & Cartwright, 1984; Spodek, 1985). Dalam merancang kurikulum, penekanan perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif, interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan-bahan (Biber, 1984; Fein, 1979; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera, 1986).

2.6 Hasil Kajian Lepas

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kadkad bergambar, catur dan sebagainya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian pelajar. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Almy (1984, Fagen) menyatakan pelajar bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, pelajar mendapat tingkah laku yang baru. pelajar melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta . ( Fergus 1995,2).

Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181).

Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, pelajar meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

2.7 Kesimpulan.

Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai kaedah yang boleh diamalkan oleh guru untuk membentuk sahsiah, kemahiran sosial, perkembangan kognitif dan afektif pelajar-pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa guru perlu peka terhadap perkembangan diri pelajar untuk perkembangan kognitif, afektif , sosial dan emosi bagi membolehkan guru merancang dan memilih strategi pengajarannya dengan lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran pelajar tersebut. Oleh kerana peranan amalan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran serta menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar sekolah rendah penting, maka kajian yang dijalankan ini akan difokuskan kepada pemerhatian pengajaran guru pendidikan Islam untuk melihat pendekatan yang dijadikan amalan mereka dalam mendidik para pelajar.

Walaubagaimanapun, dalam pelaksanaan pendekatan ini perlu pemantauan yang berkesan daripada guru besar. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri, serta pegawai-pegawai lain yang terlibat sama bagi meninjau perlaksanaan kaedah ini. Guru besar perlu meluangkan masa memantau guru-guru ini samada melaksanakan atau tidak kaedah pengajaran.

BAB 3METHODOLOGI KAJIAN.3.0 Pendahuluan Bahagian ini membincangkan tentang pengkaedahan kajian . Aspek-aspek yang disentuh adalah yang berkaitan dengan subjek kajian, alat kajian serta kriteria bagi mengukur penguasaan perkara rukun di kalangan pelajar, disamping mengkaji apakah faktor yang mempengaruhi penguasaan perkara rukun serta cara-cara untuk mengatasi masalah penguasaan perkara rukun. Selain itu turut dimuatkan juga cara pengumpulan dan menganalisis data. Bahagian ini juga mengandungi sub-sub topik seperti tempat kajian, reka bentuk kajian , populasi dan sampel kajian , instrumen kajian ,tatacara kajian dan analisis data

Menurut Mohd Majid Konting( 1990) , kaedah penyelidikan merujukkepada cara untuk mendapatkan maklumat yang boleh mencapai tujuan atau objektif sesuatu penyelidikan. Cara maklumat diperolehi haruslah dengan cara yang paling berkesan , iaitu dengan menggunakan perbelanjaan yang paling ekonomi. 3.1 Tempat Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan LKTP(F) Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Rasional pemilihan tempat kajian dibuat adalah seperti berikut:3.1.1Sekolah ini terletak dalam satu kawasan luar bandar dalam kelompok Gugusan Felda daerah Kota Tinggi. Ia terletak 23 km dari Bandar Kota Tinggi. Masyarakatnya masih lagi kuat pegangan akidahnya dan mengamalkan ajaran agama dengan baik . Disamping mendapat pendidikan Agama Islam di sekolah kerajaan ,muridnya juga merupakan pelajar Sekolah Agama(KAFA) yang secara keseluruhannya belajar Pendidikan Islam . Namun apa yang menyedihkan, terdapat ramai murid yang masih tidak boleh menguasai perkara rukun dengan baik. Komitmen yang ditunjukkan oleh Ibu Bapa terhadap pelajaran agama juga cukup memberansangkan , tetapi masih lagi anak mereka tidak boleh menguasai perkara rukun dalam solat.

3.1.2Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terdapat di dalam Gugusan Felda daerah Kota Tinggi dimana muridnya berketurunan Melayu . Kedudukannya terpelihara dari arus pembangunan manusia yang menular. Mereka tidak terdedah dengan gejala sosial yang melampau. Namun, didapati kebanyakan daripada mereka hanya mengetahui solat tetapi tidak memahami konsep solat itu. Kelemahan ini yang membuatkan saya memilih sekolah ini.3.1.3Kajian juga dibuat ke atas sekolah ini kerana saya merasakan ia lebih ekonomi. Responden akan dapat dilihat dan diketahui perkembangannya dari semasa ke semasa. Penyelidik juga dapat mengetahui latarbelakang respondennya serta dapat mengetahui tahap kemampuan responden menguasai perkara rukun dalam solat secara amali.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah satu kajian diskriptif, ia bertujuan untuk menerangkan berlakunya satu budaya dikalangan pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penguasaan perkara rukun solat. Kaedah soal selidik,ujian pos dan ujian pra digunakan dalam memenuhi tujuan dan matlamat kajian.Kaedah pengumpulan data yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang telah dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary,Jacobs& Razavieh,2002)Brown & Brown & Dowling, 1998). Selain daripada itu , data juga diperolehi dari perpustakaan pusat sumber , arkib dan sebagainya.3.3 Populasi dan Sampel

Populasi dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar Tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar, Kota tinggi. Pemilihan sampel ini adalah secara sampelan bertujuan merangkumi kedua-dua jantina iaitu 18 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Perbezaan ini dibuat mengikut penelitian pelajar perempuan lebih cepat menguasai sesuatu benda dengan baik berbanding pelajar lelaki. Penyelidik memilih murid Tahun 4 iaitu dari Tahun 4 Jaya kerana mereka belajar Pelajaran Pendidikan Islam. 3.4 Instrumen Kajian

Instrument kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik . Menurut Ee Ah Meng( 1996), soal selidik mempunyai beberapa kebaikannya. Antaranya adalah:

3.4.1 Soal selidik boleh digunakan dalam satu kumpulan yang ramai dan maklumat mereka akan diambil sekaligus.

3.4.2Penjimatan masa dan perbelanjaan .

3.4.3. Tidak memerlukan ramai kakitangan untuk mengendalikannya.

3.4.4.Soal selidik boleh dicuba terlebih dahulu menentukan sama ada responden dapat menjawabnya dengan senang atau sebaliknya.

Selain dari itu soal selidik juga dapat meningkatkan kebenaran dan ketetapan subjek terhadap soalan-soalan yang diberi. Soal selidik juga digunakan telah pun diubahsuai dari penyelidik-penyelidik terdahulu. Satu set soal selidik yang disediakan terdiri daripada tiga bahagian iaitu A, B , C dan D.

Bahagian A menggunakan soalan mengenai demografi responden. Ia meliputi mengenai latar belakang responden atau pelajar seperti kelompok jantina, pekerjaan ibu dan bapa, pendapatan Ibu Bapa,taraf pendidikan ibu dan bapa, kali pertama belajar perkara rukun.

Manakala bahagian B pula mengandungi 20 item yang merangkumi berbagai aspek mengenai penguasaan perkara rukun dan faktor-faktor yang dapat membantu pelajar menguasai perkara rukun. Pada bahagian ini pengkaji menggunakan Skala Likert untuk membuat pengukuran bagi mendapatkan maklumat yang tepat terhadap penguasaan perkara rukun di Sekolah Kebangsaan LKTP (F) Air Tawar 1.

Berdasarkan skala tersebut , pengkaji membahagikan pula kepada empat pangkat iaitu mewakili Sangat Tidak Setuju,Tidak setuju, Sederhana Setuju,Setuju dan Sangat Setuju.

Dalam bahagian ini soalan yang akan dikemukakan adalah berkaitan dengan sikap pelajar Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1 ,terhadap perkara rukun dan faktor-faktor yang membantu mereka dalam penguasaan perkara rukun.Manakala bahagian C pula mengandungi ujian bertulis(Ya dan Tidak) perkara rukun bagi mengetahui tahap penguasaan perkara rukun . Ujian ini diedarkanselepaspelajar menjawab bahagian A dan bahagian B.Bahagian D Rekod Catatan Amalan Solat Fardu Dengan Tertib.Hasil daripada dapatan ujian tersebut,pengkaji dapat mengenalpastikan tahap penguasaan perkara rukun bagi pelajar Tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1 .3.5 Tatacara Kajian

Kajian ini bermula pada semester oktober 2010. Mengemukakan beberapa tajuk untuk dibuat kajian kepada penyelia. Akhirnya memilih tajuk Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai perkara rukun dalam solat melalui kaedah permainan dalam kalangan pelajar Tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1. Selepas mendapat persetujuan dari penyelia, kajian lapangan mula dijalankan bagi mendapat maklumat dan bahan yang diperlukan. Kerja-kerja untuk menyempurnakan kertas Projek Sarjana Muda ini dilakukan dengan bantuan dan bimbingan dari penyelia.

Soal selidik akan diedarkan kepada responden pada awal semester kedua. Soal selidik diberikan terus kepada responden agar ia mendapat makluman yang segera dari mereka. Penyelidik amat mengharapkan agar jawapan yang diberikan mestilah ikhlas dan tidak didorong dengan perasaan malu. Ini membolehkan penyelidikan menerima jawapan lebih telus dan mewujudkan suasana yang idea untuk penyelidikan.3.6 Analisis Data

Bahagian sanalisis data merupakan aspek penting yang menjadi inti kepada kajian yang dilakukan. Menurut Mohd Shaffie Abu Bakar ( 1987),fungsi penganalisian data dalam penyelidikan adalah untuk menentukan hubungan diantara pembolehubah-pembolehubah dan seterusnya mengukur kekuatan hubungan ini. Ini bermaksud kaedah inilah yang akan menjadi penentu kepada kesahihan keputusan penyelidikan yang akan dikemukakan nanti. Dalam konteks kajian ini analisis data yang dilakukan akan membantu pengkaji mendapat jawapan terhadap persoalan-persaoalan yang dikemukakan pada awal kajian. Ia juga akan membantu pengkaji mencapai mencapai objektif atau tujuan kajian ini dilakukan.

Dalam menentukan kaedah analisis data yang bertepatan, pengkaji telah memilih cara pemprosesan data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienses Window 11.0(SPSS for windows). Rasionalnya pengkaji menggunakan perisian ini kerana ia mudah ditadbir dan memberikan data yang tepat. Data pula adalah dalam bentuk kuantitatif dan dipaparkan dalam jadual kekerapan dan peratus. Keputusan kajian dibincangkan berpandukan soalan kajian.

3.7 Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik telah menghuraikan metodologi kajian yang akan digunakan. Kajian telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar Tahun 4 Jaya Sek. Keb. LKTP(F) Air Tawar 1 . Alat ukur bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada item-item yang terdapat di dalam soal selidik yang akan diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perincian SPSS 11.0 dan ia dinyatakan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan.BIBLIOGRAFI

Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab . Hamid, (2009). Indahnya Hidup

Bersyariat.Malaysia : Telaga Biru Sdn. Bhd.Ibrahim Saat (1995), Isu Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan PustakaKamaruddin Hussin (2004), Psikologi Bilik Darjah: Asas Pedagogi, Kuala Lumpur: Utusan

Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Uzair Taufik, (2002). Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu dengan Bacaan serta

Doa dalam Tulisan Rumi. Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.Mok Soon Sang (1994), Psikologi Pendidikan 2, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Othman

Lebar (2009) Modul Kajian Tindakan.Open University Malaysia. Fakulti Pendidikan dan Bahasa (2010). HBEF 2503, Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor. : Meteor Doc. Sdn. Bhd.Sulaiman Endut, (2005). Asas-asas Fardhu Ain. Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.2