tugasan oum

32
NORLIYANA BINTI RUBANI 760504-01-6930 HBSC1103 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBSC 1103 TAJUK KURSUS : TEACHING AND LEARNING OF SCIENCE NO. MATRIKULASI : 760504016930001 NO. KAD PENGNEALAN : 760504-01-6930 NO. TELEFON : 0137457014 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

Upload: shahruddin-subari

Post on 26-Jul-2015

1.139 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2012

KOD KURSUS : HBSC 1103

TAJUK KURSUS : TEACHING AND LEARNING OF SCIENCE

NO. MATRIKULASI : 760504016930001

NO. KAD PENGNEALAN : 760504-01-6930

NO. TELEFON : 0137457014

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

Page 2: Tugasan OUM

Abstrak

Tugasan yang disediakan ini merupakan satu bentuk penulisan berkaitan dengan

teori-teori pembelajaran kognitif,behaviorisme dan konstruktivisme dalam pengajaran sains.

Perbincangan yang dibuat adalah berkisar kepada persamaan dan perbezaan di antar teori

teori tersebut serta bagaimana teori-teori tersebut dapat digunapakai di dalam pengajaran

sains.Perbincangan ini juga menyatakanjuga pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pendidik

untuk mengaplikasikan teori-teori yang digunakan di dalam pengajaran sains.

Page 3: Tugasan OUM

Pendahuluan

Matapelajaran sains seperti fizik ,kimia dan biologi mempunyai teori-teori dan konsep utama

yang membentuk kerangka ilmu dalam setiap matapelajaran itu.Teori dan konsep tersebut

merupakan struktur di dalam matapelajaran tersebut. Dalam tugasan ini,penulis akan

membincangkan teori-teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behaviorisme ,

kontruktivisme dan teori kognitif.Seterusnya mengaplikasikan teori-teori pembelajaran di

dalam pengajaran sains.

Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu teori yang dibina daripada penyelidikan oleh Piaget.Selain itu

juga terdapat ahli psikologi yang boleh dikelaskan sebagai mempunyai pemikiran

konstruktivisme seperti John Dewey,Lev Vygotsky,Jerome Bruner dan Seymour

Papert(2001).Menurut Borich dan Tombari (1997),dalam bukunya Educational Psychology A

Contemporary Approach (ms 177),menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran

konstrutivisme ialah “

Contrustivism ia an approach to learning in which learners are provided the opportunity to

construct their own sense of what is being learned by building internal connections or

relationships among the ideas and facts being taught”

Definisi ini menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang

menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang

dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea dan fakta dipelajari.Oleh

itu ,konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan.

Asas teori ini ialah kanak-kanak dapat membina ilmu mereka sendiri secara

aktif.Kanak-kanak tidak hanya menerima sahaja idea-idea yang dibicarakan oleh pendidik

iaitu dengan menghafal.Sebaliknya kanak-kanak ini boleh mereka cipta idea mereka

sendiri.Mereka akan menyerap maklumat baharu kepada pemikiran sedia ada yang mudah

dan membuat pindaan ke atas pemikiran mereka.Melalui proses itu,pemikiran mereka

menjadi bertambah kompleks.Mereka kemudian berupaya membentuk pemikiran kritikal

Page 4: Tugasan OUM

berhubung cara bagaimana mereka berfkir dan apa yang diketahui mereka. Proses

pemindahan pemikiran sedia ada kanak –kanak berdasarkan maklumat baharu yang diterima

akan menghasilkan pemahaman yang mendalam dan terperinci berhubung dunia mereka.

Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif

seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman

baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan dapat membina konsep

dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan

yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion. Selain itu, konsep-konsep

yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang dialaminya

dan ini dikenali sebagai penalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-

konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi, iaitu berdasarkan

pengetahuan yang ada padanya. Menurut Gagne, Yekovich, dan Yekovich (1993) konsep

baru juga boleh dibina dengan menggabungkan konsep-konsep yang sedia ada pada

seseorang dan ini dikenali sebagai parcing. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam

prosespembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan

menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada

mereka. Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu

perkara.

TEORI BEHAVIORISME

Teori fahaman behavorisme lebih dikenal dengan nama teori belajar, kerana seluruh

perlakuan manusia adalah hasil belajar. Teori belajar behaviorisme adalah sebuah teori yang

dicetuskan oleh  Gage dan  Berliner  tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari

pengalaman . Belajar ertinya perubahan tingkahlaku sebagai pengaruh persekitaran.

Behaviorisme tidak mahu mempersoalkan apakah manusia baik atau jahat. Behaviorisme

hanya ingin mengetahui bagaimana tingkahlaku dikendalikan oleh faktor-faktor persekitaran.

Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000:143).

Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya.

Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output

yang berupa respon. Dalam definasi teori belajar,ia lebih menekankan pada tingkah laku

manusia. Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberi respon terhadap

persekitaran. Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk tingkahlaku mereka. Oleh itu,

Page 5: Tugasan OUM

timbulah konsep ”manusia mesin” (Homo Mechanicus). Teori behavioristik dengan model

hubungan stimulus-responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai individu yang pasif.

Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau pembiasaan

semata. Munculnya perilaku akan semakin kuat bila diberikan penguatan dan akan

menghilang bila dikenai hukuman.

Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pebelajar, sedangkan respon

berupa reaksi atau tanggapan pebelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut.

Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan karena tidak

dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh

karena itu apa yang diberikan oleh guru(stimulus) dan apa yang diterima oleh pelajar (respon)

harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran

merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku

tersebut. Ciri dari teori ini adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil, bersifat

mekanistis, menekankan peranan persekitaran, mementingkan pembentukan reaksi atau

respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil

belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah

munculnya kelakuan yang diinginkan. Pada teori belajar ini sering disebut S-R psikologis

ertinya bahwa tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran atau hadiah dan penguatan

atau reinforcement dari persekitaran . Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat

jalinan yang erat antara reaksi-reaksi behavioural dengan stimulusnya. Guru yang mengikuti

pandangan ini berpandapat bahawa tingkahlaku pelajar merupakan reaksi terhadap

persekitaran dan tingkah laku adalah hasil belajar.

Tokoh-tokoh aliran behavioristik di antaranya adalah Thorndike, Watson, Clark

Hull, Edwin Guthrie, dan Skinner. Berikut akan dibahas karya-karya para tokoh aliran

behavioristik dan analisis serta peranannya dalam pembelajaran. Menurut Thorndike, belajar

adalah proses interaksi antara stimulus dan respon. Stimulus adalah apa yang merangsang

terjadinya kegiatan belajar seperti pikiran, perasaan, atau hal-hal lain yang dapat ditangkap

melalui alat indera. Sedangkan respon adalah reaksi yang dimunculkan peserta didik ketika

belajar, yang dapat pula berupa pikiran, perasaan, atau gerakan/tindakan. Jadi perubahan

tingkah laku akibat kegiatan belajar dapat berwujud konkrit, iaitu yang dapat diperhatikan,

atau tidak konkrit iaitu yang tidak dapat diperhatikan. Meskipun aliran behaviorisme sangat

mengutamakan pengukuran, tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana cara mengukur

tingkah laku yang tidak dapat diperhatikan.

Page 6: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

Eksperimen-eksperimen yang tokoh-tokoh behaviorisme jalankan menjadi asas

kepada prinsip dan idea tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan

sumbangan mereka kepada 2 kategori : -

1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson

2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner.

HUKUM LATIHAN

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh:

pengulangan meletakkan kucing di dalam sangkar.)

HUKUM KESAN

Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang

memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari

aspek fizikal, mental, emosi ataupun sosial. Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas

diikuti oleh sesuatu yang tidak menyenangkan (hukuman).

HUKUM KESEDIAAN

Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara

psikologi. HUKUMAN

• Akan melemahkan kekerapan gerak balas.

• Dua jenis hukuman :

1. Dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas – menyebabkan gerak balas tadi akan

dihentikan / diturunkan kekerapan.

Contoh: Mencuri – dirotan.

2. Sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak

disenangi.

Contoh: Membuat bising – tidak boleh keluar rehat.

Namun begitu,walaupun Skinner memberikan jenis-jenis hukuman, beliau tidak begitu

bersetuju dengan kaedah hukuman dalam pembelajaran.

Page 7: Tugasan OUM

Teori Kognitif

Teori kognitif dikembangkan oleh Jean Piaget,seorang ahli psikologi yang hidup pada tahun

1896- 1980.Teori-teorinya adalah berkaitan perkembangan konsep kecerdasan .Menurut teori

ini,belajar adalah perubahan persepsi dan pemahaman yang tidak selalu berbentuk

tingkahlaku yang selalu dilihat. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kali dikenal sebagai

ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka

yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan

sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan

kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan

berperingkat-peringkat.Peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan

peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi

asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses

perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada

empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :

1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )

2) Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )

3) Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )

4) Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )

Persamaan Dan Perbezaan Antara Teori Kognitf,Behavior dan Konstruktivsme

Dari beberapa penjelasan teori belajar di atas, baik dari aliran behaviouristik mahupun

dari aliran kognitif  (gestalt), dapat kita tarik suatu perbezaan yang mendasar, iaitu di mana

para ahli psikologi behaviouristik lebih menitik beratkan proses hubungan"Stimulus-respon-

reinforcment" sebagai sebahagian terpenting dalam belajar . Pendapat tersebut di tentang oleh

para ahli psikologi kognitif, menurut mereka tingkah laku atau belajar seseorang sentiasa

didasari pada keadaan kognitifnya atau mentalnya ,  iaitu tindakan mengenal dan memahami

situasi di mana tingah laku itu terjadi.Mereka berpendapat bahawa tingkah laku seseorang

bergantung pada  "Insight" daripada "Trial and error" terhadap hubungan- hubungan yang

Page 8: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

ada di dalam suatu situasi. Orang yang belajar, menurut ahli kognitif lebih mengamati stimuli

dalam keseluruhan yang terancang ,bukan dalam bahagian-bahagian yang berasingan.

Ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran pelbagai yang berfokus

pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang berbeza. Jadi, teori-teori pembelajaran

kognitif berasaskan prinsip dan andaian masing-masing dan tidak melahirkan peraturan am

sepertimana yang dirumuskan dalam teori-teori pembelajaran behaviorisme. Bergerak

daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt sehingga munculnya pendekatan

konstrukturvisme, didapati pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya

berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara

pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur konitif yang

semakin kompleks dan berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap

berkisar pada kajian bagaimana seseorang individu berfikir, mempelajari konsep dan

menyelesaikan masalah (eg., Ausubel, 1963; Bruner, Goodnow & Austin 1956).

Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses

pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif

menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,

penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan

berhasil daripada latih-tubi dan peneguhan sepertimana menurut teori behaviorisme, tetapi

lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan

keadaan baru, yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Dengan

perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya

yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang

Berbeza dengan teori kognitif dan konstruktivisme,teori behaviour tidak mampu

menjelaskan proses belajar yang kompleks. Tidak semua hasil belajar boleh diperhatikan dan

diukur, paling tidak dalam tempoh seketika.Seandainya bahawa semua hasil belajar yang

berupa perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, maka ini akan dianggap terlalu

memudahkan masalah belajar yang sebenar.  Bagi ahli konstruktivisme pula memandang

bahawa pengetahuan bukan sebenar dan bersifat sementara iaitu selalu

berubah.Pembelajaran adalah penyusunan pengetahuan dari pengalaman konkrit, aktiviti

kolaboratif dan refleksi serta tafsiran .Seseorang yang belajar akan mempunyai pemahaman

yang berbeza terhadap pengetahuan.

Page 9: Tugasan OUM

Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Sains Sekolah Rendah.

1.Model Lima Fasa Needham

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's

Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-

tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau

semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang

aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi

peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah

idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh

mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea,

murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan

fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa

terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa

terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan

merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea

mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I

Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana

Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

IIPencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar

tentang idea terdahuluAmali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

III Penstrukturan semula idea

i. Pernjelasan dan pertukaran

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru.

Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

Page 10: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

iii. Pembinaan idea baru

iv. Penilaian

idea sedia ada sendiriMenguji kesahan idea-idea sedia ada

Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea

Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina

IVPenggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang

telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

V

Renungan kembali

Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

Jadual 1.0 Model 5 Fasa Needham.

Contoh aplikasi Model 5 Fasa Needham dalam pengajaran sains.

Tajuk : Sifat – sifat bahan

Fasa 1 : Orentasi

Fasa orentasi adalah fasa untuk menimbulkan minat para pelajar untuk memulakan

pembelajaran.Guru boleh memulakan pelajaran dengan menayangkan video-video klip

peralatan yang digunakan untuk mengelap seperti mop lantai.

Fasa 2 : Pencetusan Idea

Fasa ini adalah di mana guru cuba mengetahui miskonsep pelajar berkaitan bahan yang

boleh menyerap air.Guru akan menunjukkan bahan-bahan seperti tuala ,tisu ,kertas,

polesterina,papan,cermin untuk pelajar kenalpasti dan mengelas bahan yang boleh menyerap

air atau kalis air.Murid-murid akan menulis jawapan di dalam jadual yang disediakan. Oleh

itu,guru akan mengetahui akan pengetahuan sedia ada murid dan juga konsep yang difahami

oleh murid berkaitan topik.

Fasa 3 : Penstrukturan Semula Idea.

Pada fasa ini guru cuba membawa murid-murid kepada penambahanbaikan ataupun

mengubah miskonsep pelajar yang telah dikenalpasti.Guru boleh melakukan aktiviti

eksperimen secara berkumpulan menggunakan bahan-bahan tersebut untuk menentukkan

bahan-bahan bersifat kalis air atau kebolehan menyerap air.Hasil kajian boleh ditulis oleh

murid di dalam buku laporan mereka dan dibentangkan untuk dibincangkan antara kumpulan

Page 11: Tugasan OUM

dan rakan.Di sinilah di sebut sebagai konstruktivisme di mana individu itu bukan sahaja perlu

menerima idea namun boleh memberikan idea.

Fasa 4 : Aplikasi idea

Pada fasa ini guru perlu menyediakan aktiviti untuk menyelesaikan suatu masalah dengan

menggunakan konsep baru yang telah pelajar perolehi.Guru boleh menayangkan situasi

seperti bayi membuang air kencing di lantai maka pelajar dapat menyelesaikannya dengan

mengelap lantai menggunakan mop,kain dan bayi itu perlu dipakaikan lampin pakai

buang.Situasi lain seperti gambar individu berhujan maka pelajar menyelesaikan masalah

dengan menyatakan penggunaan paying atu baju hujan.

Fasa 5 : Refleksi /Renung Kembali

Fasa ini adalah fasa akhir dalam model konstruktivisme ini.Pada fasa ini pelajar dapat

mengetahui idea asal mereka telah berubah.Guru boleh memberikan soalan-soalan berbentuk

kuiz secara interaktif dengan itu murid dapat meningati kembali idea-idea baru yang telah

mereka pelajari dengan tidak memilih jawapan yang salah sepertimana mereka sangkakan

sebelum aktivi pembelajaran berlaku.

2.Model 5E Learning Cycle

Model 5E Learning Cycle adalah pendekatan pengajaran konstruktivisme yang mempunyai

5 tahap seperti yang dikemukakan oleh Anthony W. Lorsbach dari Illinois State University.

Dalam artikelnya yang berjudul The Learning Cycle as a Tool for Planning Science

Instruction, Anthony W. Lorsbach mengemukakan bahwa “model Learning Cycle terbahagi

ke dalam lima tahap,iaitu tahap engage, explore, explain, extend dan evaluate (Lorsbach:

2006). Tahap-tahap dalam Learning Cycle yang dikemukakan oleh Anthony W. Lorsbach ini

disebut 5E, kelima – lima tahap itu adalah:

1.Engage

Tahap ini merupakan tahap awal dari Learning Cycle 5E. Pada tahap ini guru

berusaha membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu pelajar tentang topik yang akan

diajarkan. Hal ini dilakukan dengan cara menyoal mengenai permasalahan yang

berhubungan dengan topik akan diajarkan. Dengan demikian pelajar akan memberikan

respon atau jawapan, kemudian jawapan pelajar dapat dijadikan panduan oleh guru untuk

Page 12: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

mengetahui pengetahuan sedia ada berkaitan topic yang ingin disampaikan.Selepas itu, guru

perlu mengenalpasti sama ada terdapat kesalahan konsep pada pelajar atau sebaliknya.

Sebagai contoh guru ingin mengajar topik agen penyebaran biji benih tumbuhan bagi

pelajar tahun 4 maka guru boleh menyoal pelajar berkaitan nama –nama tumbuh-tumbuhan

atau mengenalpasti tumbuhan berdasarkan gambar yang disediakan.Dapatan daripada

jawapan murid tersebut dapatlah guru mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan

dengan tumbuhan iaitu murid pernah melihat dan mengetahui tumbuh-tumbuhan tersebut.

2. Explore (menyelidiki)Tahap ini merupakan tahap kedua dari Learning Cycle 5E. Pada tahap ini pelajar

diorganisasikan ke dalam beberapa kumpulan pelajar.Mereka diberi peluang untuk

bekerjasama dalam kumpulan dalam melakukan tugasan.Pelajar didorong untuk

membuktikan hipotesis, melakukan pemerhatian , mengumpulkan data, berbincang dalam

kumpulan dan membuat suatu kesimpulan. Pada tahap ini guru berperanan sebagai fasilitator

dan motivator.

Sebagai contoh pengajaran agen penyebaran biji benih tumbuhan tersebut,guru

mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan

maujud iaitu beberapa biji benih seperti rambutan,pong pong,kemuncup,lalang,keembung dan

lain-lain.Setiap kumpulan diminta memerhati,mengkaji , mengelas dan membuat kesimpulan

kumpulan agen penyebaran biji benih tersebut.Guru akan membimbing setiap kumpulan.

3.Explain (menjelaskan)Tahap ini merupakan tahap ketiga dari Learning Cycle 5E. Pada tahap ini guru

mendorong pelajar untuk menjelaskan konsep-konsep yang telah diperoleh ketika tahap

explore dengan pemikiran sendiri. Guru meminta bukti dan penjelasan dari pelajar dan

mengarahkan aktiviti perbincangan . Dengan adanya perbincangan , guru akan memberi

definisi dan penjelasan tentang konsep yang dibincangkan dengan menggunakan penerangan

pelajar.

Sebagai contoh dalam pengajaran agen penyebaran biji benih tumbuhan maka setelah

pelajar dapat hasil penyelidikan mereka maka guru akan meminta pelajar setiap kumpulan

membentang hasil kumpulan masing-masing.Dengan itu,terjadilah suatu perbincangan

berkaitan topik di mana murid akan menyatakan semua maklumat yang dikumpulkan serta

kesimpulan mereka.Guru akan menerangkan konsep seperti air adalah agen penyebaran biji

Page 13: Tugasan OUM

benih bagi pokok pong-pong serta menambah maklumat-maklumat yang tidak disampaikan

oleh pelajar seperti ciri-ciri biji benih.

4. Elaborate (memperluas)

Tahap ini merupakan tahap keempat dari Learning Cycle 5E. Pada tahap ini pelajar

menerapkan konsep dan keterampilan yang telah dipelajari dalam situasi baru. Pada tahap ini

pelajar akan menggunakan konsep yang telah dikuasai untuk menjawab pertanyaan,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Contohnya guru akan memberikan satu masalah atau situasi iaitu menunjukkan

gambar buah kelapa yang dihanyutkan di sungai.Maka pelajar perlu menggunakan konsep

yang dipelajari dengan menyatakan bahawa buah kelapa akan tumbuh di tempat lain atau

jauh dari pokok induk kerana biji benihnya dipencar oleh air di mana buahnya mempunyai

sifat yang sesuai seperti terapung,sabut kalis air dan mempunyai ruang udara.Oleh itu,pelajar

telah menggunakan pengetahuan mereka tentang konsep penyebaran pokok pong pong

dengan memahami juga konsep penyebaran pokok kelapa.Maka pelajar telahpun

menyelesaikan masalah berdasarkan gambar dan membuat keputusan menggunakan konsep

yang dipelajari.

Rajah 1.0 pokok kelapa

Page 14: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

5. Evaluate (menilai)

Tahap ini merupakan tahap akhir dari Learning Cycle 5E. Pada tahap ini guru dapat

melihat pemahaman pelajar . Pelajar dapat melakukan penilaian kendiri dengan bertanya

dan mencari jawapan berdasarkan bukti dan penerangan yang telah diperolehi. Selain itu,

pelajar dapat mengetahui kekurangan atau kelebihannya dalam proses pembelajaran yang

telah dilakukan. Pada tahap ini guru dapat memberikan pertanyaan yang akan menggalakkan

mereka untuk melakukan kajaian yang lebih lanjut dimasa yang akan datang.

Contohnya,guru boleh bertanya kepada pelajar tentang agen-agen penyebaran biji

benih yang telah dipelajari.Guru juga boleh memberikan tugasan untuk menilai pemahaman

murid seperti memberikan mereka tugasan portfolio berkaitan agen penyebaran biji benih

tumbuhan.

Tahap Model 5ELearning Cycle

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Engage(Penglibatan)

Membangkitkan minat danPerasaan ingin tahu pelajar

Mengembangkan minat dan rasa ingin tahu terhadap pembelajaran

Mengajukan pertanyaanmengenai permasalahan yangberhubungan dengan materiyang akan diajarkan

Memberikan respon terhadappertanyaan guru

Explore

(Meneroka)

Membentukkan kumpulanSupaya dapat bekerjasama dalam kumpulan secara mandiri

Berkelompok dan berusahabekerja dalam kelompok

Guru berperanan sebagaifasilitator

Membuktikan hipotesis yangsudah dibuat pada tahapsebelumnya, mencuba alternative pemecahannya dengan melakukan pemerhatian

Page 15: Tugasan OUM

mengumpulkan data, perbincangan dalam kumpulan dan membuat kesimpulan

Explain

(Penerangan)

Mengalakkan pelajar untukmenjelaskan konsep denganperkataan mereka sendiri

Cuba memberikan penjelasan terhadap konsep yang ditemui

Meminta bukti dari penerangan pelajar

Menggunakan data hasilpemerhatian dalam memberi penerangan

Mendengar secara kritispenjelasan antara pelajar

Melakukan pembuktian terhadap konsep yang diajukan

Membimbing perbincangan Melakukan perbincanganMemberi definisi dan penjelasan tentang konsep yang dibahas dengan menggunakan penerangan pelajar

Mendengarkan dan memahami penerangan guru

Elaborate

(Menghurai)

Memberi penjelasan alternatif dan mempertimbangkan data ketika mereka mengeksplorasi situasi baru

Menerapkan konsep danketerampilan dalam situasi baru dan menggunakan label dan definisi formal.

Mendorong pelajar untuk menerapkan konsep dalam situasi yang baru

Menyelesaikan masalah, membuat keputusan, melakukan ujian dan pemerhatian.

Evaluate

(Menilai)

Menilai pengetahuan ataupemahaman pelajar

Penilaian kendiridengan mengajukan soalandan mencari jawapan dari bukti dan penjelasan yang telah diperoleh sebelumnya

Mendorong pelajar melakukan penilaian kendiri

Membuat kesimpulan pelajaran yang dipelajari

Mendorong pelajar memahami kekurangan atau kelebihan dalam aktiviti pembelajaran

Melihat dan menganalisiskekurangan atau kelebihandalam aktiviti pembelajaran

Jadual 1.1 Tahap model 5E LC

3.Model Meramal- Memerhati – Menerangkan (POE)

Model Meramal-Memerhati – Menerangkan dikenali sebagai Pendekatan

POE.Pendekatan ini pada umumnya diterapkan dalam mempelajari sains.Pendekatan POE

ini lebih sesuai dengan kaedah demonstrasi untuk mengajar berkaitan dunia fizikal dan

material dalam kurikulum sains. Pendekatan POE ini dapat digunakan bagi memudahkan

pelajar mendapat idea, menyediakan maklumat untuk guru mengetahui cara berfikir pelajar,

Page 16: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

mencetuskan perbincangan , memotivasikan pelajar untuk meneroka pengetahuan konsep

pelajar,mencetuskan minat pelajar untuk melakukan penyiasatan (Falmer, 2010). Secara

teori, pendekatan POE ini memusatkan pembelajaran konstruktivisme, yang menganggap

bahawa pelajar boleh mengembangkan ilmu yang dimiliki dengan adanya pembelajaran yang

baru.

Tahapan Pembelajaran POE

POE ini sering juga disebut sebagai suatu strategi pembelajaran di mana guru

mencungkil pemahaman pelajar dengan cara meminta mereka untuk melaksanakan tiga tugas

utama, iaitu meramal (predict), memerhati (observe), dan memberikan penerangan (explain)

(Indrawati, 2009:53). Secara lebih terperinci ,tahap-tahap POE dapat dihuraikan seperti

berikut.

a. Terlebih dahulu siswa diajak untuk meramal apa yang akan terjadi, mereka tidak

dikehendaki untuk memerhati dengan lebih mendalam

b. Menuliskan apa yang memotivasi ramalan mereka untuk mengetahui jawapannya.

c. Menyoal kepada pelajar alasan ramalan berdasarkan teori yang mereka sampaikan. Hal

ini untuk mengetahui miskonseps atau pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan itu, guru

dapat merancang pembelajaran seterusnya.

d. Menerangkan dan menilai tentang ramalan pelajar serta mendengar ramalan pelajar lain

untuk menilai pemahaman mereka dan mengkonstrukskan pengetahuan mereka yang baru

(Kearney, 2010). Aktiviti yang harus dilakukan oleh guru adalah mengatur demonstrasi

yang berhubung dengan topik pembelajaran dan menyampaikan apa yang harus dilakukan

oleh pelajar .

Tahap 1 : Predict (membuat ramalan)a. Meminta pelajar untuk menulis ramalan mereka tentang sesuatu yang akan

terjadi secara bebas.Contohnya di dalam topik pengembangan dan pengecutan iaitu udara

boleh mengembang dan mengecut, murid diminta meramal apakah yang akan berlaku

sekiranya boleh pin pong yang kemik dimasukkan ke dalam air panas.

Page 17: Tugasan OUM

b. Guru akan menyoal pelajar berkaitan apa yang apa yang telah mereka fikirkan untuk

menjawab ramalan mereka.Seperti menyoal :Berikan sebab bagi jawapaan yang telah kamu

tulis.

Tahap 2: Observe (Memerhati)a. Melakukan aktiviti eksperimen secara demonstrasi.

b. memberikan masa kepada pelajar untuk memerhati demonstrasi tersebut.

c. Meminta pelajar untuk menuliskan hasil pemerhatian mereka.

Contohnya ,guru membuat tunjuk cara atau demonstrasi satu eksperimen berkaitan bola ping

pong yang kemik,kemudian direndam di dalam air yang dipanaskan .Hasilnya ialah bola ping

pong tersebut akan kembali kepada bentuk asal.Demonstrasi tersebut telah diperhatikan oleh

murid dan mereka menulis hasil pemerhatian berdasarkan tunjuk cara tersebut.

Rajah 1.1 Demonstrasi

Tahap 3: Explain (Memberi penerangan)

a.Meminta pelajar untuk mengubah atau menambahkan penjelasan yang telah mereka buat

semasa meramalkan aktiviti berdasarkan pemerhatian demonstrasi tersebut.

b. Pelajar berbincang atau membuat pembentangan untuk menerangkan pemerhatian yang

telah mereka fahami bersama-sama. (Zuziwe, 2010)

Pada tahap akhir ini,murid telahpun mengetahui bahawa bola ping yang kemik dapat di

kembalikan kepada bentuk asal dengan merendamnya ke dalam air panas.Mereka akan

berbincang bersama-sama dan juga bersama guru bagi mendapatkan alasan kejadian

tersebut.Pada akhirnya murid dapat mengaitkan penyiasatan tersebut dengan sifat udara yang

boleh mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.

Sebelum Selepas

Page 18: Tugasan OUM

NORLIYANA BINTI RUBANI

760504-01-6930 HBSC1103

Cabaran Pengapikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme

sememangnya sangat memberi kesan dalam menggalakkan pengembangan ilmu melalui

pembelajaran yang bermakna.Namu begitu terdapat beberapa cabaran yang perlu di

ambilkira untuk melaksanakan pengajaran tersebut.

Antaranya ialah kemudahan prasarana/peralatan yang terhad di mana aktiviti-aktiviti

yang memusatkan murid melalui kaedah eksperimen sukar dilaksanakan dengan berkesan.Ini

adalah kerana apabila aktiviti kumpulan dilaksanakan maka terdapat pelajar yang hanya

memerhati rakan membuat aktiviti kerana alat/radas tidak mencukupi.Ini bermakna tidak

semua pelajar menimba pengalaman yang sama.Walaupun aktiviti boleh dijalankan melalui

POE namun keberkesanannya adalah kurang kerana demonstrasi hanya dilakukan oleh guru

manakala pelajar hanya memerhati.

Selain itu,kekangan waktu mengajar di dalam melaksanakan pendekatan

konstrukvisme 5E LC atau 5 fasa Needham.Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan

pendekatan tersebut sememangnya memerlukan masa yang panjang kerana terdapat beberapa

aktiviti hands on perlu dilaksanakan .Di samping itu,bilangan pelajar yang ramai sehingga 36

pelajar satu kelas juga melambatkan aktiviti yang diaturkan.Ini juga menimbulkan suasanan

pembelajaran yang kurang kondusif untuk mencapai objektif pelajaran.

Namun begitu secara umumnya ,pendekatan konstruktivisme masih lagi yang terbaik

bagi mengendalikan pelajaran sains yang melibatkan semua struktur iaitu kognitif,behaviour

dan sosial.

Penutup

Teori-teori pembelajaran yang di dokong oleh tokoh-tokoh psikologi pembelajaran

kognitif behaviour ,konstruktivisme, sosialisme dan humanisme adalah penting kepada guru-

guru sains di dalam merancang aktiviti pengajaran di dalam kelas.Pemahaman para guru

dalam mengaplikasikan setiap teori –teori pembelajaran yang dicetuskan akan membantu

para belajar untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih bermakna.Walaupun terdapat

perbezaan di antara teori-teori pembelajaran tersebut namun terdapat isu-isu yang dapat

Page 19: Tugasan OUM

digabungjalinkan untuk disuaikan di dalam pengajaran.Guru perlu mengambilkira pelbagai

aspek seperti mental,psikomotor,sahsiah dan lain-lain untuk menjadikan para pelajar

individu yang seimbang.Akhirnya guru sepatutnya bijak mengarabkan teori-teori

pembelajaran dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pelajaran sains supaya pelajar

terdorong untuk meminati pelajaran sains.

Rujukan :

Azizah Ngah Tasir .(2011).Teaching and Learning of Science.Selangor:Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Hanizah Ibrahim.(2011).Complete Reference UPSR Science.Selangor :Chee Leong Press

Khadijah Rohani Mohd Yunus (2003) Psikologi Pendidikan .Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn Bhd

Norhayati Hj Alwi.(2003). Perancangan Kurikulum Pendidikan Sains.Kuala Lumpur : Excel Printing Supplies Sdn Bhd

http://web.usm.my/education/publication/JPPSubadrah%20(21-42)B.pdf

http://syufaal.blogspot.com/2010/08/implikasi-teori-pembelajaran-kognitif.html

http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivisme-dalam.html