topik 4 lompat tinggi

21
PENGENALAN Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak. Lompat tinggi mula diperkenalkan pada tahun 1887 dan pada tahun 1896 acara ini telah diperkenalkan di dalam Sukan Olimpik. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah mencapai kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini disebabkan oleh kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria utama dalam acara lompat tinggi. T T o o p p i i k k 4 4 Lompat Tinggi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan sejarah acara lompat tinggi; 2. Menerangkan pelaksanaan acara lompat tinggi; 3. Membezakan ciri fasa pergerakan dan gaya lompat tinggi; 4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lompat tinggi; 5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan dengan berkesan; 6. Membincangkan kesalahan-kesalahan, langkah-langkah keselamatan dan peraturan-peraturan dalam acara lompat tinggi; dan 7. Mengenal pasti peralatan yang digunakan dalam acara lompat tinggi. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: hadi-newrole

Post on 27-Dec-2015

346 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

� PENGENALAN

Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak. Lompat tinggi mula diperkenalkan pada tahun 1887 dan pada tahun 1896 acara ini telah diperkenalkan di dalam Sukan Olimpik. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah mencapai kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini disebabkan oleh kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria utama dalam acara lompat tinggi.

TTooppiikk

44

� Lompat Tinggi

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan sejarah acara lompat tinggi;

2. Menerangkan pelaksanaan acara lompat tinggi;

3. Membezakan ciri fasa pergerakan dan gaya lompat tinggi;

4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lompat tinggi;

5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan denganberkesan;

6. Membincangkan kesalahan-kesalahan, langkah-langkah keselamatan dan peraturan-peraturan dalam acara lompat tinggi; dan

7. Mengenal pasti peralatan yang digunakan dalam acara lompat tinggi.

HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 79

SEJARAH ACARA LOMPAT TINGGI

Kemunculan acara lompat tinggi dalam Sukan Olimpik kuno tidak dapat dipastikan seperti sejarah acara lompat jauh. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 di mana suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara golongan profesional sukan di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang lelaki berbangsa Scotland, William Tivendale telah berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Lompatan tertinggi yang dibuat oleh peserta itu belum pernah dibuat oleh orang lain. Bagaimanapun, cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlet pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak. Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peraturan atau undang-undangnya. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan. Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah International Association of Athletics Federations (IAAF) terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop. Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930 dan gaya itu dipopularkan oleh Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 1.87 meter, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 2.11 meter. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 2.13 meter dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 2.14 meter.

4.1

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 80

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara tetap dalam setiap kali kejohanan olahraga diadakan di pelbagai peringkat. Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya dalam kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun suku pertama abad ke-20. Pemegang rekod dunia bagi acara lompat tinggi lelaki dipegang oleh Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45 meter yang dilakukan di Salamanca, Sepanyol pada tahun 1993. Sementara itu, Charles Austin dari Amerika Syarikat merupakan pemegang rekod Sukan Olimpik dengan ketinggian 2.39 meter yang dilakukan pada Sukan Olimpik Atlanta, 1996. Pemegang rekod dunia bagi acara lompat tinggi wanita dipegang oleh Stefka Kostadinova dari Bulgaria dengan ketinggian 2.09 meter dilakukan di Rome pada tahun 1987 manakala Yelena Slesarenko dari Russia merupakan pemegang rekod Sukan Olimpik dengan ketinggian 2.06 meter yang dilakukan pada Sukan Olimpik Athens, 2004.

Rajah 4.1: Lee Hup Wei di Sukan Olimpik Beijing 2008

Lee Hup Wei (lihat Rajah 4.1) memecahkan rekod kebangsaan lompat tinggi berusia 13 tahun iaitu 2.24 meter yang ditetapkan oleh Loo Kum Zee dalam Sukan SEA Chiang Mai pada tahun 1995 apabila beliau melakarkan catatan 2.27 meter dalam Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008.

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 81

PRINSIP MEKANIK DALAM LOMPAT TINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas dari aspek seperti berikut:

4.2.1 Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu: (a) Pergerakan mendatar (linear motion)

(b) Pergerakan menegak (vertical motion)

Rajah 4.2: Prinsip asas mekanik semasa melakukan lompat tinggi

Secara ringkasnya, seseorang atlet perlu memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak semasa fasa penujuan dan lonjakan. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar. Lonjakan dari landas menghasilkan pergerakan menegak. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola (lihat Rajah 4.2).

4.2.2 Momentum

Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Semakin bertambah halaju atau jisim, maka semakin meningkat momentum jasad.

4.2

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 82

Halaju juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan. Misalnya melalui ayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga membantu melonjakkan badan ke atas melepasi palang.

4.2.3 Daya Sentrifugal

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak, terdapat juga daya sentrifugal yang mempengaruhi pergerakan. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk sesuatu bulatan, terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar pula dikenali sebagai daya sentripetal. Kedua-duanya dilaksanakan apabila terdapat geseran pada bumi di pusat bulatan. Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal yang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu. Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlet itu haruslah menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal agar mendapat momentum yang mencukupi untuk melepasi palang.

4.2.4 Putaran

Terdapat dua jenis pergerakan putaran bertujuan mendapatkan layangan merentasi palang iaitu pergerakan putaran langsung dan tidak langsung. Putaran langsung berlaku semasa atlet menyentuh bumi, manakala putaran tidak langsung pula adalah semasa atlet tidak menyentuh bumi. Putaran tidak langsung berlaku melalui kekuatan kaki yang bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

4.2.5 Graviti dan Pusat Graviti

Daya graviti bumi sangat penting kerana daya ini mempengaruhi dan memberikan kesan kepada atlet dan bagaimana mereka boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperoleh lompatan yang paling berjaya. Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 83

bagaimanapun, gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini akan menyebabkan atlet mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

4.2.6 Prinsip Aksi dan Reaksi

Titik pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi. Namun demikian, pengubahsuaian segmen-segman badan yang tertentu boleh mengaplikasikan hukum reaksi apabila segmen-segmen badan diangkat dalam fasa layangan. Prinsip aksi dan reaksi menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan pada bahagian badan yang lain. Apabila kedua belah tangan atlet diayun dengan kuat semasa fasa lonjakan, seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan, seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah yang membolehkan atlet mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah. Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan ditanam dengan kuat; reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip yang telah dibincangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlet untuk mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

FASA PERGERAKAN LOMPAT TINGGI

Bagi acara lompat tinggi fasa lompatan adalah terdiri daripada empat fasa utama yang dipecahkan seperti berikut:

(a) FFasa Penujuan: Membuat larian ke arah palang;

(b) FFasa Lonjakan: Menentukan pergerakan kaki untuk menaikkan badan;

(c) FFasa Layangan: Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang; dan

(d) FFasa Pendaratan: Bahagian badan akan menyentuh tempat mendarat.

4.3

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 84

Gaya Lompat Tinggi

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi antaranya seperti berikut: (a) GGaya Gunting

Rajah 4.3: Gaya gunting

Pelompat perlu berlari menuju ke palang secara bersudut dan mencuba untuk melonjak menggunakan kaki yang sedang berada di luar dari kawasan palang. Ketika sedang melepasi palang, anda perlu berada dalam posisi duduk berlunjur (lihat Rajah 4.3).

(b) GGaya Timur

Rajah 4.4: Gaya timur

4.4

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 85

Ketika penujuan dibuat ke arah palang anda perlu berada lurus dari hadapan (90À). Semasa fasa lonjakan dibuat, ayunkan kaki bebas secara tegak ke bahagian hadapan badan dan ketika sedang melepasi palang posisi anda berada dalam keadaan mengiring (lihat Rjah 4.4).

(c) GGaya Guling Barat

Rajah 4.5: Gaya guling barat

Gaya ini memiliki persamaan dengan gaya gunting di mana anda perlu menuju ke arah palang secara bersudut. Anda perlu cuba melonjak dengan menggunakan kaki yang paling hampir dengan palang. Pastikan ketika ini, kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa sedang "berguling" selari dengan palang untuk membuat pelepasan (lihat Rajah 4.5).

(d) GGaya Pelana

Terdapat persamaan dalam gaya ini, di mana ia mirip dengan gaya guling barat. Penujuan ke palang juga perlu dibuat secara bersudut. Ketika telah melepasi palang pastikan muka anda sedang memandang ke arah bawah dan kedudukan posisi badan seperti sedang meniarap di atas palang.

(e) GGaya Fosbury Flop

Rajah 4.6: Gaya Fosbury Flop

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 86

Gaya ini mula diperkenalkan dalam tahun 1968 oleh Dick Fosbury. Gaya yang diperkenalkan ini memerlukan anda melepasi palang menggunakan bahagian belakang bahu terlebih dahulu dan diikuti dengan fasa pendaratan yang menggunakan belakang badan serta hampir dengan bahagian tengkuk (lihat Rajah 4.6).

FASA PENUH GAYA LOMPAT TINGGI

Gaya gunting dan Fosbury Flop dalam acara lompat tinggi mempunyai empat fasa yang lengkap iaitu penujuan, lonjakan, layangan dan pendaratan. Fasa-fasa di dalam kedua-dua gaya lompat tinggi ini akan dijelaskan secara terperinci seperti berikut:

4.5.1 Fasa Penuh Gaya Gunting

(a) PPenujuan

(i) Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30°.

(ii) Menggunakan 7 hingga 9 langkah.

(iii) Pelompat melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.

(iv) Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

(b) LLonjakan

(i) Pelompat perlu melonjak dengan menggunakan kaki luar.

(ii) Ketika lonjakan dibuat, pastikan kaki yang digunakan untuk melonjak berada di depan pinggul dan pinggul bahagian hadapan bahu dicondongkan semasa membuat lonjakan.

4.5

1. Bagaimanakah acara lompat tinggi bermula?

2. Apakah empat fasa utama dalam acara lompat tinggi?

3. Senaraikan empat gaya yang sering digunakan dalam acara lompat tinggi dan bincangkan perbezaan yang terdapat dalam acara ini.

SEMAK KENDIRI 4.1

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 87

(c) LLayangan

(i) Kaki yang tidak digunakan untuk lonjakan atau bebas diayun kuat ke atas, selari dengan palang.

(ii) Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.

(iii) Kemudian diikuti oleh kaki lonjakan yang kemudiannya dihayun ke atas.

(d) PPendaratan

(i) Pelompat perlu mendarat di atas punggung atau menggunakan kedua-dua belah kaki.

4.5.2 Fasa Penuh Gaya Fosbury Flop

(a) PPenujuan Gaya ini memerlukan pelompat bersedia untuk mengambil langkah dalam kiraan tujuh hingga sembilan langkah di mana langkah larian yang tiga terakhir dilakukan dalam bentuk lengkungan. Rasional larian secara lengkungan ini dapat membantu menyediakan pelompat melepasi palang pada bahagian belakang terlebih dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop adalah seperti dalam Rajah 4.7:

Rajah 4.7: Fasa penujuan gaya Fosbury Flop

(b) LLonjakan

(i) Lonjakan yang dibuat perlu pantas dan cepat di mana setelah

pelompat mengakhiri larian melengkung tindakan seterusnya ialah melonjak dengan kuat menggunakan kaki luar dan apabila

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 88

menghampiri tanda pemijak lonjakan perlu dilakukan hampir selari dengan palang.

(ii) Selepas itu, pastikan kedua-dua belah tangan pelompat dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut pelompat perlu dilaraskan secara melintang bagi membantu pusingan badan yang baik ketika berada di udara. Tujuan utama lutut dilintangkan adalah bagi memastikan bahu menjadi selari dengan palang.

(c) LLayangan

Ketika sedang berada di udara, pelompat perlu memalingkan muka ke arah belakang dan memandang ke arah palang sambil melentikkan badannya. Lentikkan badan ini pula akan membantu bahagian punggung pelompat untuk melepasi palang. Setelah pelompat melepasi bahagian palang pastikan kedua-dua belah kaki pelompat diluruskan serta diangkat secara menegak ke atas. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memastikan kaki tidak tersangkut pada palang dan telah bersedia untuk mendarat.

(d) PPendaratan Kaki yang diangkat lurus dan tegak kemudiannya akan diikuti dengan tindakan pantas menarik kepala dan dada ke arah kaki. Dalam masa yang sama pastikan juga kedua-dua belah tangan telah diayunkan ke atas dan kemudian mendarat sepenuhnya dengan bahagian belakang badan (lihat Rajah 4.8).

Rajah 4.8: Pendaratan sepenuhnya

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa latihan di dalam latihan ansur maju lompat tinggi seperti latihan persediaan, gaya straddle dan latihan lompatan gaya Fosbury Flop. Latihan-latihan ini diterangkan secara terperinci seperti berikut:

4.6

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 89

4.6.1 Latihan Persediaan

(a) LLatihan Garisan Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45� digunakan. Kaki diayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk pelajar yang baru mempelajari gaya ini.

(b) LLatihan Pergerakan Kaki Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45� digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat.

(c) Latihan Kepantasan dan Kekuatan KakiLarian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

(d) LLatihan Melonjak Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelajar. Dengan cara ini, pelajar dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

(e) LLatihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelajar. Keadaan ini akan membolehkan pelajar membuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.

4.6.2 Gaya Straddle

Berikut merupakan langkah-langkah gaya straddle. Langkah 1: Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang lebih kuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan.

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 90

Langkah 2: Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian dilakukan dan terus membuat lonjakan di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan. Langkah 3: Asingkan antara pelajar yang menggunakan kaki kiri dengan mereka yang menggunakan kaki kanan. Kedudukan pelajar yang menggunakan lonjakan kaki kanan perlu berada di sebelah kanan menghadap palang; sebaliknya pelajar yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri menghadap palang. Langkah 4: Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang untuk memberi keyakinan kepada pelajar. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan. Langkah 5: Arahan diberikan agar pelajar bergerak ke hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki bebas diayun setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan dari aras pinggang sehinggalah paras bahu. Langkah 6: Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut:

(a) Badan hendaklah disandarkan ke belakang.

(b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh ke hadapan yang boleh.

(c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

(d) Pada masa yang sama, kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang diayunkan ke atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan kepada lonjakan ke atas. Aksi layangan tidak perlu diberikan tumpuan lagi, semasa aksi ini dilakukan. Langkah 7: Kesemua langkah di atas dilakukan dan dipraktikkan dengan menggunakan tali getah yang menggantikan palang. Maklumkan kepada pelajar bahawa gaya yang dipraktikkan adalah gaya straddle.

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 91

Langkah 8: Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran berpasangan. Satu demontrasi pengenalan cara membuat putaran dilakukan. Pelajar akan menendang sebelah kaki ke atas pasangan. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara automatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan perlu diturunkan. Langkah 9: Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki diayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas tilam. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa kali tanpa bangku. Langkah 10: Bila teknik ini telah dikuasai, teknik larian landas pula diperkenalkan dengan menggunakan lima hingga tujuh langkah mengikut keselesaan.

4.6.3 Gaya Fosbury Flop

Berikut merupakan langkah-langkah gaya Fosbury Flop. Langkah 1: Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati perlakuan mendarat dan keyakinan kepada mereka melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan demonstrasi bagaimana cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ia diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar diarahkan untuk berdiri di atas kotak ini dengan keadaan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya. Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah diayunkan ke belakang. Sebagai aktiviti pengalihan, sebiji bola (saiz bola sepak) digunakan. Dengan memegang bola tersebut, bola itu dibaling ke belakang semasa jatuhan bertujuan untuk ayunan tangan ke belakang yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 92

Langkah 2: Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu. Pelajar diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki dan diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan. Langkah 3: Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pelajar menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki lonjakan dan sambil melonjak mengayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahawa tangan perlulah diayun seperti dalam langkah kedua. Setelah beberapa kali mencuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar. Langkah 4: Aktiviti ini menitikberatkan perkara yang berkaitan dengan fasa layangan.

(a) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah dikilas bebas untuk mendapatkan daya putaran badan.

(b) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan ketinggian yang sempurna.

Selepas mendapati aktiviti ini dapat dijayakan, barulah palang digunakan untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini. Langkah 5: Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada pada paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas itu, lakukan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas sembilan hingga sebelas langkah. Larian hendaklah dilakukan dengan agak laju dalam aktiviti ini.

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 93

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar seperti lompatan gagal ataupun palang terjatuh. Antara sebabnya adalah seperti berikut: (a) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada tiga

langkah terakhir.

(b) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan pelajar terpaksa membuka langkah semasa melencong.

(c) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan sudutnya terlalu kecil.

(d) Pelajar menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.

(e) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.

(f) Terlalu cepat membongkokkan badan ke palang.

(g) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

(h) Kaki belakang terkena palang kerana ayunan lutut tidak disempurnakan dengan cara melipat tumit.

(i) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

(j) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula pada fasa pemulihan.

(k) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Beberapa langkah keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan berlaku. Antaranya adalah seperti berikut: (a) Memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.

(b) Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

(c) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.

4.8

4.7

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 94

(d) Palang mestilah diletakkan di bahagian sebelah belakang tiang supaya ia jatuh ke bawah mengikut arah tempat pendaratan bila disentuh dan tidak menyekat peserta ketika melompat.

(e) Aspek disiplin, peraturan, giliran dan cara melakukan pergerakan wajib diberi perhatian dan penegasan.

(f) Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati dan membuat penerangan kepada atlet jika ada sesuatu perkara yang boleh diperbaiki lagi dalam lakuan lompatan.

(g) Pelajar-pelajar yang lain digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya untuk mendapat teknik yang betul. Mereka juga perlu memberi perhatian sekiranya ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan mereka.

PERATURAN LOMPAT TINGGI

Setiap acara olahraga mempunyai peraturan-peraturannya yang tersendiri. Begitu juga dengan acara lompat tinggi. Peraturan-peraturan dalam acara lompat tinggi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peraturan asas dan peraturan 171.

4.9.1 Peraturan Asas dalam Acara Lompat Tinggi

(a) Peserta mesti melonjak dengan menggunakan sebelah kaki.

(b) Peserta boleh mula melompat dari mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya.

(c) Jika peserta telah menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang ketika lompatan ataupun telah menyentuh kawasan tempat mendarat semasa lompatan yang tidak berjaya maka kesemua keadaan yang disebut ini akan menyebabkan lompatan terbatal.

(d) Jika peserta gagal untuk melompat dan melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut maka ini bermakna peserta telah terkeluar daripada pertandingan.

(e) Peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.

(f) Ukuran ketinggian lompatan dibuat secara menegak bermula dari paras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang.

4.9

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 95

4.9.2 Peraturan 171

Berikut adalah peraturan-peraturan Peraturan 171. (a) Peserta perlu mencabut undi untuk menentukan giliran lompatan.

(b) Sebelum pertandingan bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian

permulaan dan kenaikan seterusnya.

(c) Peserta boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang telah ditetapkan. Ini bermakna peserta boleh memilih untuk tidak melompat.

(d) Selepas gagal percubaan kedua atau ketiga (selepas gagal percubaan pertama atau kedua) dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya.

(e) Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2sm atau lebih sehingga keadaan berikut berlaku:

(i) Terdapat hanya seorang pelompat tertinggal.

(ii) Terdapat seri pada kedudukan pertama.

(f) Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja. (g) Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut:

(i) Palang jatuh;

(ii) Sebelum peserta melepasi palang, kawasan sebelah hadapan tiang disentuh; dan

(iii) Gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut.

(h) Landasan larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 96

PERALATAN LOMPAT TINGGI

Acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut: (a) TTiang Lompat Tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu mengubah kedudukannya, perubahan perlu dilakukan selepas semua peserta tamat satu pusingan. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. Tiang lompat tinggi hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

(b) PPalang Lompat Tinggi Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai berbentuk bulat atau segi tiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. Berat maksimum palang ini ialah 2kg. Alat sokongan yang digunakan hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4sm lebar dan 6sm panjang.

(c) KKawasan Mendarat Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, tempat pendaratan perlu disediakan dengan sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini menggunakan tilam atau pengalas lembut bergetah. Tilam beranjal atau pengalas lembut bergetah ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi dan sesuai untuk pendaratan peserta dalam acara ini. Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam beranjal atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segi empat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

4.10

TOPIK 4 LOMPAT TINGGI � 97

Rajah 4.9: Peralatan lompat tinggi (d) PPita Pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya

dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat. Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur dari bahagian tengah palang ke aras tanah.

1. Jelaskan mengikut fasa pergerakan dalam gaya Fosbury Flop. 2. Apakah kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam acara

lompat tinggi? 3. Nyatakan beberapa langkah keselamatan yang sepatutnya diberi

perhatian oleh pelajar, guru dan jurulatih. 4. Apakah peraturan asas bagi acara lompat tinggi? 5. Apakah isi kandungan Peraturan 171? 6. Senaraikan peraltan yang digunakan dalam acara lompat tinggi.

SEMAK KENDIRI 4.2

� TOPIK 4 LOMPAT TINGGI 98

� Bagi lompat tinggi objektif utama pelompat ialah untuk melompat setinggi

mana yang boleh dilakukan. � Terdapat empat fasa utama dalam lompat tinggi iaitu Fasa Penujuan di mana

peserta perlu membuat larian ke arah palang. Fasa Lonjakan akan menentukan pergerakan kaki untuk menaikkan badan. Fasa Layangan merupakan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. Fasa Pendaratan pula adalah fasa akhir di mana bahagian badan akan menyentuh tempat mendarat.

� Lima jenis gaya yang popular dalam acara lompat tinggi adalah gaya

gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

Aspek keselamatan

Lari landas

Lonjakan

Layangan

Mendarat

Fosbury Flop

Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.

Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.