nota lompat tinggi

29
LOMPAT TINGGI PENGENALAN Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :- i) Gaya Gunting (Scissors) ii) Gaya Eastern Cut-off iii) Gaya Guling Barat (Western Roll) iv) Gaya Guling Pelana (Straddle) v) Gaya Fosbury Flop Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi. SEJARAH Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam

Upload: lowchen-ochen

Post on 20-Dec-2015

194 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PISMP note for those who need a not for minor high jump, in institute.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Lompat Tinggi

LOMPAT TINGGI

PENGENALAN

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan

sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun

1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan

Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan

digunakan oleh para atlit.

Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula

jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri

atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-

i) Gaya Gunting (Scissors)

ii) Gaya Eastern Cut-off

iii) Gaya Guling Barat (Western Roll)

iv) Gaya Guling Pelana (Straddle)

v) Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah

diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

SEJARAH

Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan

Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara

lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang

pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada

abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara

segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam

Page 2: Nota Lompat Tinggi

pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William

Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan

sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam

pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat

setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh

berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang

yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak

pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki

sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta

seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.

Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari

semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang

turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika

pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat

dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi

palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta

menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal

yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan.

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam

sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di

pelbagai peringkat.

Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik

dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta

Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan

menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi

Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat

tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.

Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus

dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat

yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya

Page 3: Nota Lompat Tinggi

malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun

1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju

menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan

Fosbury atau Fosbury Flop.

Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai

gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of

Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi

yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan

ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6

kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia

ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan

setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk

membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur

sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum

pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti

berikut :-

i) Tiang lompat tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa

pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan,

hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.

Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan

tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

ii) Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun

bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang

hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan

Page 4: Nota Lompat Tinggi

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah

dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

iii) Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi

perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa

teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan

yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan,

kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan

dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi

ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk

segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul

selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh

digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan

oleh setiap peserta. Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan

selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik

digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan

tepat.

UKURAN

i) Tiang lompat tinggi

Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau

maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

ii) Palang lompat tinggi

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang

yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah

berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

Page 5: Nota Lompat Tinggi

iii) Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut

bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar

dan 1 meter tebal.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh

peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.

Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu

ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan

diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan

termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi

ini dibincang dengan ringkas :-

a) Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-

i) Pergerakan Mendatar (Linear Motion)

ii) Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada

pergerakan menegak.

A – Pergerakan Mendatar

B – Pergerakan Menegak

C – Vektor Resultant

1) Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.

Page 6: Nota Lompat Tinggi

2) Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

3) Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan

layangan dalam bentuk parabola C.

b) Momentum

Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.

Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang

dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka

momentum jasad itu akan bertambah.

Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya

hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat

tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan

pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong

melonjakkan badan ke atas.

c) Daya Sentrifugal

v Daya Sentrifugal

v Daya Sentripetal

v Daya Ikut Tangan

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.

Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan, pada

hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan

satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang

bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini

dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.

Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan

dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik

bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Page 7: Nota Lompat Tinggi

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan

konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .

d) Putaran

Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang

adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan ‘inderect’. Putaran ‘direct’ dicapai semasa atlit ada

kontrak dengan bumi manakala putaran ‘indirect’ semasa atlit tidak mempunyai

kontrak dengan bumi.

Putaran ‘indirect’ dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas

setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

e) Graviti dan Pusat Graviti

Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan

pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya

supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.

Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat

graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gaya-

gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-

atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti

masing-masing agak jauh di atas palang. Manakala dalam jasad C, terdapat

kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada

palang.

PRINSIP AKSI – REAKSI

Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki

meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam

badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan

mengikut itu di angkat.

Page 8: Nota Lompat Tinggi

Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan

sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian

badan yang lain.

Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan

seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik

masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah

kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang,

pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki

melepasi palang dengan mudah.

Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat,

reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan

menegak. Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :-

1) Hukum Inertia (Hukum Pertama)

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan

halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang

mengubah keadaannya.

2) Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan

pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.

3) Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya

tetapi pada arah yang bertentangan.

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN

Teknik Gaya Gunting

Page 9: Nota Lompat Tinggi

Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney

telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan

sebelum ini. Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada

sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada

ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.

Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang

kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan

para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu

adalah seperti berikut :

i. Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut

keselesaan sendiri.

ii. Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki

hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.

iii. Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi

menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.

iv. Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua

beah kaki tanpa menjatuhkan badan.

Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama

( 1914 – 1945 ), malah menjadi satu – satunya cara yang digunakan oleh hampir

semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti

Sukan Olimpik.

Teknik Western Roll

Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan

kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian

maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah

mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta

akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang,

iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta

sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai

Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika

Page 10: Nota Lompat Tinggi

Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang

melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu gaya

lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.

Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta

dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta

berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan

ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana

Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang

berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan,

kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.

Pendekatan larian landas

Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan

seperti berikut :

i. untuk membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta

mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang

maksimum.

ii. Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.

iii. Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat

lonjakan.

Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke

tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu

biasanya antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian

tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke

hujung kaki.

Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta akan melepasi

palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang.

Page 11: Nota Lompat Tinggi

Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena

palang. Oleh itu sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 – 45 darjah.

Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk

melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan menyuruh

atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari sebelah kiri

tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah

ke arah palang seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah.

Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan

palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki

menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum

melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke

depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam

keadaan agak bengkok.

Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50

cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak

dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari

ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan

sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh.

Seterusnya lari kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat

yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak

antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan

dating.

Lonjakan

Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya.

Teknik melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut

kiri dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang

serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah

terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki

kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta.

Page 12: Nota Lompat Tinggi

Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang

mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya

lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang.

Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali

melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang

hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi

palang.

Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang

dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan

kiri dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta

akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu

pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan

melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup sekadar

mengekalkan posisi bengkoknya .

Pendaratan

Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke

kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring

kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )

Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir

diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat

iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat

tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari

kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk

melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk

gaya plana.

Page 13: Nota Lompat Tinggi

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa

murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan,

guru mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan

semasa pelajaran atau latihan.

Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu

oleh seseorang pelompat iaitu :

1. Fasa penujuan.

2. Fasa lonjakan.

3. Fasa layangan.

4. Fasa pendaratan.

Fasa penujuan ( larian landas )

Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang

sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa

seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan

fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :-

i) Kelajuan :- Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju

yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang

kerana tinggi palang.

ii) Arah :- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah

hingga 30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari

landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan untuk

mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.

Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut;

i) Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang

optima seperti Dick Fosbury.

ii) Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah

terakhir.

Page 14: Nota Lompat Tinggi

iii) Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.

Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi

untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada

ketinggian peserta dan keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam

gaya ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka

teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian pada kebiasaannya adalah

berbentuk garisan lengkung.

Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu

daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar

badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan.

Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya

lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian

peserta dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut.

Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta

biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari

bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan

untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah

hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk

melompat.

Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang

bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti

gambar rajah di bawah :

Fasa lonjakan

Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak

serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka

pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir

dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di

posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan

peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang

apabila sudah melompat.

Page 15: Nota Lompat Tinggi

Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta

ketika melompat. Gaya ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat

bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang.

Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke

hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang.

Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak ) mula menujah

badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal

pergerakan badan ke atas palang.

Kaki yang akan melonjak hendaklah berada dalam posisi seperti gambarajah di

bawah:

Rajah 2 Kedudukan kaki semasa melonjak

Fasa layangan.

Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba

melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan

selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat

melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan

membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan

pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.

Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di

mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan

berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan

bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan

untuk pendaratan.

Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh

akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma

bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan

momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan

memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti.

Page 16: Nota Lompat Tinggi

Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu. Kepala haruslah

didongak ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke

belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch. Apabila

pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui

merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan

membolehkannya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah

itu, luruskan kaki. Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi

melalui tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat.

Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.

Rajah.4 Fasa clearance

Fasa pendaratan

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan

dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat

mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).

Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi.

Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah.

Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua

lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit

lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada

bahunya.

Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke

belakang untuk menyerap hentakan impact.

LATIHAN ANSUR MAJU

Gaya Straddle

Langkah 1 :

Page 17: Nota Lompat Tinggi

Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan.

Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah

melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.

Langkah 2 :

Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan

di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang

telah dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3 :

Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.

Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan

berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan

lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.

Langkah 4 :

Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang

agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di

tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan

tahap lompatan.

Langkah 5 :

Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan

arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh

penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah

dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.

Langkah 6 :

Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk

melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;-

a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

Page 18: Nota Lompat Tinggi

c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan

dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan

penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi

memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya

loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :

Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang

menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya

straddle.

Langkah 8 :

Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran.

Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat

putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan

menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan

memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki

sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke

arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah

diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.

Langkah 9 :

Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil

di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang

belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk

beberapa langkah.

Langkah 10 :

Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian

landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

Page 19: Nota Lompat Tinggi

LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1. Latihan Garisan

Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat

pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat

melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah

untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2. Latihan Pergerakan Kaki

Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah

digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi

palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki

hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan

menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).

3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu

objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan

berhati-hati kerana ia agak merbahaya.

4. Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian

kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya

untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

5. Latihan Gulingan Badan

Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di

bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat

gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului

pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh

dicapai melalui latihan ini.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Page 20: Nota Lompat Tinggi

Langkah 1 :

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa

mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan

aktiviti-aktiviti seterusnya.

Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang.

Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya

diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan

untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak.

Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk

keyakinan seterusnya.

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan

badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu

ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan,

semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola

sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan,

bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk

hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam

keadaan kangkang sedikit.

Langkah 2 :

Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan.

Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki

dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat

badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat

lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk

peneguhan dan keyakinan.

Langkah 3 :

Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.

Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan.

Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu

diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.

Page 21: Nota Lompat Tinggi

Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut

dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke

atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam

langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan

palang yang sebenar.

Langkah 4 :

Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit

dengan layangan.

i) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk

mendapatkan daya putaran pada badan.

ii) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya

mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.

Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai

suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :

Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.

Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas

dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah.

Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima

langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan

sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan.

Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari

landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan

agak laju.

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN

1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.

Page 22: Nota Lompat Tinggi

Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati

dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh

memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.

Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya

untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada

perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK

GAYA FOSBURY FLOP

BIL PERKARA FORMULA PENERANGAN

1Hukum newton

ke tigaF1 = F2

1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah

kaki ke bumi

2. Hayunan tangan dan kaki hendaklah

berhampiran dengan badan supaya

mencapai lonjakan yang maksimum

2 Pusat graviti

1. Semasa pusingan badan, pelompat

mengekalkan pusat gravity

untukmencapai stability.

2. Pelompat menahan pergerakan ke

bawah sebelum melonjak ke atas

supaya pusat gravity beralih ke

bahagian hadapan melibatkan

komponen menegak.

3 stabiliti

1. Badan dilentikkan ke belakang

semasa lonjakan untuk offset pusat

gravity supaya pelompat sentiasa

cuba mencari stability.

2. Larian dilakukan secara perlahan

kemudian pantas, langkah pendek ke

langkah panjang sebelum membuat

lonjakan.

Page 23: Nota Lompat Tinggi

4 Geseran

1. Kasut hendaklah jenis spike supaya

menghasilkan daya yang lebih besar

dengan permukaan trek semasa

larian.

5 momentum

Mv

Momentum =

masa x halaju

1. Pelompat hendaklah mempunyai

jarak larian yang cukup supaya

pelompat dapat halaju yang

maksimum bagi menghasilkan

momentum yang maksimum.

6

Daya

centrifugal dan

centripetal

1. Badan hendaklah melentik ke

belakang semasa melepasi palang,

kaki diluruskan manakala kepala

mendongak ke atas bagi memastikan

lompatan yang sempurna.

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:

1. Fasa penujuan ( Approach )

2. Fasa lonjakan ( Take-off)

3. Fasa layangan ( Bar Clearance )

4. Fasa Pendaratan ( Landing )

1. Fasa penujuan

Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung

( Curved )

Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.

Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )

Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.

Page 24: Nota Lompat Tinggi

Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung

lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.

Teruskan penambahan kelajuan larian.

2. Fasa Lonjakan

langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat

aksi ‘ acceleration ‘

Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan

hadapan kawasan mendarat.

Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan

mengekalkan kedudukan begitu.

Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3. Fasa Layangan

3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan

horizontal.

3.2 Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.

3.3 Angkat pinggul semasa melepasi palang.

3.4 Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.

4. Fasa Pendaratan

Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

Jarakkan lutut semasa mendarat.

PROSEDUR LOMPATAN

Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta

juga boleh memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan

Page 25: Nota Lompat Tinggi

yang sesuai seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi

membuat lompatan.

Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan

oleh pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang

untuk membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi

palang selepas tiga peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan.

Pemenang akan ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan yang tinggi.

Sekiranya terdapat keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.

Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:

Nama 1 2 3

Ali X X /

Abu X / /

Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala

Abu pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai

pemenang walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal

melepasi ketinggian berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang

diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang.

Ukuran diambil dari bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian,

pengadil akan mengukur ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat.

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Pertandingan

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan

undian.

2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada

peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan

Page 26: Nota Lompat Tinggi

dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang

pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.

Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.

a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.

b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.

Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b)

dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat

pertandingan.

3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan

menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5. Seorang peserta gagal jika:

a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya

kerana aski peserta tersebut ketika melompat

b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang

tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang

tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan

mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk

dianggap sebagai gagal.

6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya

keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras

tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja

kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan

lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah

untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua

dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua )

masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak

melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu,

melainkan jika terdapat seri.

Page 27: Nota Lompat Tinggi

7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para

peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod,

hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada

ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod

seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.

NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan

bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu

hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih

melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya

adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim

atau referi berkenaan.

NOTA. Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

9. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri

untuk tempat pertama.

10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan

dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat

11. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan.

Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya

ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah

berukuran25 m.

12. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak

boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.

13. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan

semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat

hendaklah rata dengan permukaan tikar

Page 28: Nota Lompat Tinggi

14. Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda

( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi

membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak

disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau

sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan

kesan yang kekal.

Alat-alat.

15. Tiang-tiang. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-

cagak hendaklah dipasang dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang

ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan

dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang

daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

16. Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan,

melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat

tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan

setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

17. Palang. Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti “ fiber

glass”, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan

rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut

ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian

bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-

bahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran

lebar 30 – 35 mm dan panjang 15 – 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang.

Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan

getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran

di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila

diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2

cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang

ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

Page 29: Nota Lompat Tinggi

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah

terakhir.

2) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka

langkah semasa melencong.

3) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak

penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

4) Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.

5) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu

dekat dengan palang semasa melonjak.

6) Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

7) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

8) Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan

cara melipat tumit.

9) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan

mendongak semula di fasa pemulihan.

11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau

termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1) Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau

mudah jatuh.

4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan

supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

Page 30: Nota Lompat Tinggi

KESIMPULAN

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik.

Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi

undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan

lagi acara lompat tinggi.

Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara

lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju

yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.

Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman

sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang

pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi

dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi

untuk memantapkan atlit.

Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan

teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.

Copyright © 2011 nota pelajar PISMP | Powered by Blogger

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium

Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India;

\

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/kkbikkp-lompat-tinggi-full.html