lompat tinggi (waj 31221)

Download Lompat Tinggi (WAJ 31221)

Post on 09-Aug-2015

169 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. Pengenalan Lompat Tinggi merupakan satu acara sukan yang mengunakan ketinggian sebagai penentu kejayaan. Acara lompat tinggi ini sudah lama bertapak di arena sukan olahraga dalam dikategorikan dalam acara padang. Acara lompat tinggi memberi kebebasan kepada peserta untuk memilih gaya lompatan yang sesuai dengan daya serta keupayaan mereka. Menyorot kembali perkembangan acara lompat tinggi, cara dan teknik lompat tinggi telah mengalami perubahan daripada aspek gaya lompatan, pusingan dan juga flop. Banyak gaya lompatan terdapat dalam acara ini seperti gaya gunting dan gaya timur. Namun setelah melalui beberapa transisi, atlit pelompat tinggi sekarang lazimnya mengunakan teknik lompatan Fosbury Flop. Di Malaysia, antara atlet lompat tinggi terbaik adalah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.
  2. 2. Sejarah Lompat Tinggi Perkembangan domestik acara lompat tinggi ini menyaksikan negara telah melahirkan beberapa atlit lompat tinggi yang berwibawa bukan sahaja di peringkat negara namun juga di peringkat Asia. Nama-nama seperti Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail cukup sinonim dengan acara sukan ini. Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian Grand Prox di Chennai India. Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inchi. Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke- 19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali. Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga Irish- American M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya menciptakan teknik yang bekersan dan menciptakan rekod 6 5 5/8 (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.
  3. 3. Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya. Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini. Di antara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.
  4. 4. Peralatan Lompat Tinggi Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :- 1. Tiang Lompat Tinggi Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah- ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
  5. 5. 2. Palang Lompat Tinggi Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. 3. Kawasan Mendarat
  6. 6. Kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. 4. Pitar Mengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat. Ukuran 1. Tiang Lompat Tinggi Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4m atau maksimum 4.04m dari bahagian dalam. 2. Palang Lompat Tinggi Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang. 3. Kawasan Mendarat
  7. 7. Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5m panjang dan 4m lebar dan 1m tebal. 4. Pita Pengukur Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah. Peraturan Asas Acara Lompat Tinggi 1. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. 2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. 3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat . 4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. 5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan. 6. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.
  8. 8. Gaya Lompat Tinggi Terdapat lima gaya lompat tinggi 1. Gaya gunting 2. Gaya pelana 3. Gaya guling barat - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 4. Gaya timur - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan
  9. 9. (90). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 5. Gaya Fosbury Flop - diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk.
  10. 10. Fasa Lompat Tinggi Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu 1. Penujuan - larian menghala ke palang. 2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan. 3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. 4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. Fasa Lompat Tinggi Gaya Gunting 1. Penujuan Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7 -9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. 2. Lonjakan
  11. 11. Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. 3. Layangan Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas. 4. Pendaratan Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki. Fasa Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop 1. Penujuan Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.
  12. 12. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Butiran lain seperti gaya gunting. 2. Lonjakan Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan. 3. Layangan Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas. 4. Pendaratan Pelompat mendarat di atas bahagian belaka