olahraga tahun 5 (lompat tinggi)

12
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 Tunjang : Kemahiran Tajuk : Olahraga Sub tajuk : Acara Padang / Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop Fasa 1. Lari Landas 2. Lonjakan 3. Layangan 4. Mendarat Objektif : Di akhir pengajaran,murid dapat Psikomotor : Dapat melakukan larian landas, lonjakan, layangan dan pendaratan yang betul dalam teknik lompat tinggi gaya Fosbury Flop dengan betul dan selamat.

Upload: atsani-katmin

Post on 18-Dec-2014

146 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

Tunjang : Kemahiran

Tajuk : Olahraga

Sub tajuk : Acara Padang / Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop

Fasa

1. Lari Landas

2. Lonjakan

3. Layangan

4. Mendarat

Objektif : Di akhir pengajaran,murid dapat

Psikomotor : Dapat melakukan larian landas, lonjakan, layangan dan pendaratan yang betul dalam teknik lompat tinggi

gaya Fosbury Flop dengan betul dan selamat.

Kognitif : Mengenali otot-otot utama bagi menghasilkan lonjakan yang kuat. Mengetahui beberapa aktiviti kelenturan

yang dapat meningkatkan prestasi lompatan.

Afektif : Mengamalkan sikap bertolak ansur dan kerjasama.

ABM :

1. Tilam mendarat

2.Tiang dan palang

3.Skital

Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi / Ilustrasi

Page 2: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

1. Fasa 1.1 Fasa penujuan – Larian landas

1.2 Fasa Lonjakan

1.3 Fasa Layangan

Pelompat bersedia disebelah kanan atau kiri mengikut kesesuaian diri.

Pelompat mengambil sembilan hingga sebelas langkah larian di mana empat atau lima langkah terakhir itu dalam larian adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

Tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila menjejak tanda lonjakan yang hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang ( memandang palang ) sambil

Page 3: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

1.4 Fasa Pendaratan

2. Ansur Maju

2.1 Lengkungan larian

melentikkan badannya. Tangan diletakkan disisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikkan badan akan membantu bahagian punggung melepasi palang. Setelah melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskankan dan diangkat tegak ke atas supaya kaki tidak tersangkut pada palang.

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas belakang badannya.

Murid melakukan larian di celah skital atau dalam bentuk 8 dengan

Page 4: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

2.2 Lengkungan larian dengan Lonjakan

2.3 Lompat gunting

2.4 Deburan berdiri

2.5 Deburan dari lutut tinggi

2.6 Urutan keseluruhan

menitikberatkan kecondongan badan ketika membelok.

Sebelum membuat larian landas. Pelompat perlu menandakan garis mula lengkungan larian dan garis lonjakan.

Berdiri hampir dengan palang dan melakukan lompat gunting setinggi paras peha.

Susun tilam setinggi paras dada. Berdiri statik membelakangkan tilam. Bengkokkan lutut hayun tangan ke atas dan lonjak ke belakang sambil meledingkan badan. Apabila murid sudah mahir kurangkan jumlah tilam.

Tandakan lengkungan dan titik permulaan. Gunakan 5 atau 7 langkah dengan lutut tinggi pada permulaan penujuan. Lakukan lonjakan dengan ledakan yang kuat pada aras pinggang.

Melakukan lompat tinggi Gaya Fosbury Flop sebenar.

Page 5: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

Tunjang : Kemahiran

Tajuk : Olahraga

Sub tajuk : Acara Padang / Lompat Tinggi Gaya Pelana

Fasa :

1. Larian landas

2. Lonjakan

3. Layangan

4. Pendaratan

Objetif : Di akhir pengajaran,murid dapat

Psikomotor : Dapat melakukan larian landas, lonjakan, layangan dan pendaratan yang betul dalam teknik lompat tinggi

gaya pelana dengan betul dan selamat.

Kognitif : Mengenali otot-otot utama bagi menghasilkan lonjakan yang kuat. Mengetahui beberapa aktiviti kelenturan

yang dapat meningkatkan prestasi lompatan.

Afektif : Mengamalkan sikap bertolak ansur dan kerjasama.

ABM :

1. Tilam mendarat ,Tiang dan palang ,Skital

Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi / Ilustrasi1. Fasa

Page 6: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

1.1 Fasa Penujuan – Larian landas

1.2 Fasa Lonjakan

1.3 Fasa Layangan

Pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30 – 45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

Sebaik kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas aras palang.

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang

Page 7: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

1.4 Fasa Pendaratan

2. Ansur Maju

2.1 Lengkungan larian

di bawahnya. Badan bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

Pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian badan

Murid melakukan larian di celah skital atau dalam bentuk 8 dengan menitikberatkan kecondongan badan

Page 8: Olahraga Tahun 5 (Lompat Tinggi)

2.2 Lengkungan larian dengan Lonjakan

2.3 Lompat Pelana

ketika membelok.

Sebelum membuat larian landas. Pelompat perlu menandakan garis mula lengkungan larian dan garis lonjakan.

Berdiri hampir dengan palang dan melakukan lompat pelana setinggi paras peha.