topik 2 lompat jauh

Upload: hadi-newrole

Post on 03-Jun-2018

562 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    1/23

    PENGENALAN

    Kebanyakan pelajar memang sudah biasa dengan berbagai-bagai aktiviti yangmemerlukan mereka melompat ke atas atau pun ke hadapan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sering diperkenalkan oleh guru juga mempunyai ciri-ciri acaralompat jauh seperti lompat setempat, berlari, melompat, lompat jauh berdiri,lompat ketingting dan sebagainya. Pengalaman ini secara tidak langsung telahmemberikan mereka kemahiran asas dalam acara lompat jauh. Oleh itu,pelajaran lompat jauh bolehlah dianggap sebagai sambungan atau lanjutankepada pelajaran pergerakan asas yang telah mereka pelajari.

    TTooppiikk

    22 Lompat Jauh

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan sejarah mengenai lompat jauh;

    2. Membezakan ciri-ciri dalam teknik lompatan dalam lompat jauh;

    3. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lompat jauh danprinsip asasnya;

    4. Mengenal pasti latihan ansur maju dalam lompat jauh;

    5. Menerangkan penggunaan peralatan dan kawasan lompat jauhserta pengukuran jarak lompat jauh; dan

    6. Membincangkan undang-undang asas acara lompat jauh dan aspekkeselamatannya.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    2/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH32

    SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH

    Rajah 2 1: Seorang atlet melakukan acara lompat jauh

    Sejarah awal acara lompat jauh dikesan sejak dari zaman masihi lagi. Lompatanawal yang dicatatkan dalam rekod ialah oleh Chionis sejauh 7.05 meter padatahun 656 Masihi. Bagaimanapun terdapat perbezaan cara lompatan pada zamankuno dengan zaman sekarang, di mana didapati pada zaman kuno, lompatandilakukan berkali-kali.

    Apabila Sukan Olimpik moden dimulakan pada tahun 1896, acara lompat jauhtermasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu, ia terus diterima sebagaisalah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan diperingkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan juga diperbaiki dari semasa kesemasa sehinggalah kepada teknik lompatan yang diamalkan seperti sekarang(lihat Rajah 2.1).

    Walaupun acara lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajariberbanding dengan acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semuapelajar mampu melakukan lompatan dengan baik. Teknik lompatan danperaturannya perlu dipelajari agar pelajar dapat mengurangkan risiko

    kecederaan.

    Pada Sukan Olimpik moden pertama yang diadakan pada tahun 1896, lompatjauh merupakan salah satu acara utama yang dipertandingkan. Rekod duniadalam acara lompatan dicipta oleh Bob Beamon dari Amerika Syarikat sejauh8.90 meter. Bagaimanapun Mike Powel, dari Amerika Syarikat berjayamemecahkan rekod dunia berdasarkan lompatan beliau sejauh 8.95 meter padatahun 1991 di Tokyo. Rekod dunia dalam acara lompat jauh kategori wanita puladipegang oleh Galina Chistyakova dari Russia dengan lompatan sejauh 7.52

    2.1

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    3/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 33

    meter pada tahun 1988 di Leningrad, Russia. Pemegang rekod kebangsaan bagiacara ini dipegang oleh Josbert Tinus dari Sabah dengan lompatan sejauh 7.88meter yang dilakukan dalam Terbuka Thailand pada tahun 2007.

    Objektif utama dalam acara ini ialah untuk mencapai jarak lompatan yangsemaksimum mungkin yang mampu dilakukan oleh atlet. Acara ini memerlukanatlet untuk menggabungkan larian pantas dan lompatan serta lonjakan yang

    baik. Ini memerlukan koordinasi kemahiran yang ada iaitu larian pantas danlonjakan dan juga ciri fizikal atlet seperti fleksibiliti.

    FASA LOMPATAN ACARA LOMPAT JAUH

    Gaya lompatan bagi acara ini terdiri daripada empat fasa utama iaitu fasa larilandas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa mendarat. Rajah 2.2 menunjukkanfasa pergerakan penuh lompat jauh.

    Rajah 2 2

    : Fasa pergerakan penuh lompat jauh

    (a) Fasa Lari Landas

    Rajah 2 3

    : Pergerakan fasa lari landas

    2.2

    SEMAK KENDIRI 2.1

    Terangkan secara ringkas tentang sejarah acara lompat jauh.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    4/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH34

    Fasa ini memerlukan seseorang peserta berlari dengan kepantasan yangoptimum dan terkawal. Bilangan langkah larian ini berbeza antaraindividu. Faktor yang penting ialah bilangannya mesti membolehkan

    peserta mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkanlonjakan yang berkesan. Gaya berlari untuk lompat jauh adalah samadengan gaya lari pecut. Apabila peserta menghampiri papan lonjak, diamesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir peserta harusmerendahkan sedikit bahagian badannya untuk mendapat tolakan yang

    berkesan daripada kaki yang dibengkokkan (lihat Rajah 2.3).

    Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatanyang kuat dan jauh. Jika ada yang berpendapat larian tidak begitu pentingdalam acara lompat jauh, maka pendapat ini adalah salah kerana tanpalarian yang optimum kelajuannya, tidak mungkin seseorang itu dapatmelompat dengan jauh. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkanperkara berikut:

    (i) Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh mengganggulompatan.

    (ii) Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat.

    (iii) Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaranpada papan pelepas, yang boleh menyebabkan lompatan batal.

    Jadual 2 1:

    Cadangan Bilangan Langkah Semasa Fasa Lari Landas Mengikut Umur

    Umur Bilangan Langkah

    11 tahun ke bawah 11

    12-13 tahun 13

    14-15 tahun 15

    16-17 tahun 17

    18 tahun ke atas 21

    Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Kelajuan larian secaramendatar dan stabil adalah penting dan akan membantu pergerakanmenegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larianmendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.Biasanya, larian yang baik diambil pelompat mengandungi antara 18 dan22 langkah atau jarak 25 hingga 40 meter (rujuk Jadual 2.1). Manakalauntuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuatlompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikanketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    5/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 35

    Terdapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompatharus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papanpelepas. Bagi tujuan ini, seorang rakan pelajar diperlukan untuk

    menandakan titik bagi penandaan agar sesuai dengan langkah yang bakaldibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papanpelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak lariansehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidaksesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat kerana akan menjejaskankonsistensi larian yang telah diukur tadi.

    Pastikan anda menerapkan teknik lari pecut ketika cubaan lompatan.Apabila anda telah menghampiri papan lonjak, pastikan ketika itu andasudah bersedia untuk melakukan lonjakan. Ketika anda berada pada

    langkah paling akhir, anda perlu merendahkan sedikit bahagian badan. Inibertujuan untuk membantu anda mendapatkan tolakan yang berkesanmelalui kaki yang telah dibengkokkan.

    (b) Fasa Lonjakan

    Rajah 2 4: Pergerakan fasa lonjakan

    Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papanlonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang

    terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumithujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saatakhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan ini,kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan

    bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada masa yang sama, kedua-dua belahtangan hendaklah diayun ke hadapan dan ke atas untuk membantumencapai lonjakan yang lebih tinggi (lihat Rajah 2.4).

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    6/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH36

    Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentummenegak maksimum dan kesan seterusnya dalam membuat lompatandengan baik dan berkesan. Kesesuaian dalam aspek kelajuan larian dan

    daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkanpelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa pelompat akan

    berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untukmenentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.

    Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan menunjukkanbahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripadamomentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat.Kaedah pengurangan momentum ini dikenali sebagai sudut hentian.Penghasilan sudut hentian yang selaras dengan corak larian akan dapat

    mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahanpergerakan daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan suduthentian yang sesuai dapat dilakukan melalui aplikasi teknik yang baik.Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-

    jaguh lompat jauh terkemuka di peringkat antarabangsa, teknik berikutdisarankan iaitu:

    (i) Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahappelepasan lompatan.

    (ii) Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangandari atas ke bawah dan pada kaki pula sudut hentian yang wujudperlulah diubah.

    (iii) Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengankedua-duanya diangkat ke atas.

    (c) Fasa Layangan

    Rajah 2 5: Pergerakan fasa layangan

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    7/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 37

    Gaya badan dan pergerakan pelompat pada fasa ini bergantung pada gayayang hendak digunakan. Tujuan utamanya ialah supaya pelompat dapat

    berada pada fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.

    Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambiltempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini, bagaimanapuntelah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awalpelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan,iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada

    badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah kecilberbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untukmengatasi rintangan ini, teknik larian di udara dan mengayuh (hitch-kick)

    biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum (lihat

    Rajah 2.5).

    Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan olehseseorang pelompat jauh semasa berada di udara iaitu:

    (i) Gaya tendang kayuh: anda seolah-olah seperti melangkah di udaradan badan anda berada dalam posisi tegak.

    (ii) Gaya layar: melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan danbadan akan dicondongkan ke hadapan dan tangan dihulur hingga kehujung kaki.

    (iii) Gaya gantung: mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-olah seperti sedang bergantung di udara. Kedua-dua kaki puladiangkat ke belakang.

    (d) Fasa PendaratanSemasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti memberi perhatian kepadaimbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dansewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkanuntuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan serta tangan dihayun keatas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus

    menuju ke hadapan (lihat Rajah 2.6).

    Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukanpencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahajamampu menghasilkan jarak tetapi dapat mengelakkan gangguan padamomentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yangdikenali sebagaijack-knifingadalah disarankan untuk tujuan ini.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    8/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH38

    Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan denganpendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratanyang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki

    dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapatpada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dansebahagian kecilnya ke tangan.

    Rajah 2 6: Pergerakan fasa mendarat

    GAYA LOMPATAN ACARA LOMPAT JAUH

    Secara umumnya terdapat tiga gaya lompatan dalam acara lompat jauh iaitugaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

    (a) Gaya Layar

    Rajah 2 7: Teknik gaya layar

    Teknik ini sesuai untuk pelajar yang baru menceburi acara ini keranateknik lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan pelajarmengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasalayangan (lihat Rajah 2.7).

    2.3

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    9/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 39

    (i) Fasa lari landas

    Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari antara21 dan 23 langkah atau jarak 35 hingga 45 meter.

    Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah ke empat yangtelah ditandakan.

    Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badanmenjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.

    (ii) Fasa lonjakan

    Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.

    Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi

    menambah kelajuan menegak.(iii) F

    asa layangan

    Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas danke hadapan.

    (iv) Fasa mendarat

    Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mulajatuh.

    Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.

    Condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

    (b) Gaya Gantung

    Rajah 2 8: Teknik gaya gantung

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    10/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH40

    Teknik ini memerlukan lentikkan badan dan kedudukan kepala yangmendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki kedepan diikuti badan dan kaki semasa mendarat (lihat Rajah 2.8).

    (i) Fasa lari kandas

    Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Laridengan 21 hingga 23 langkah atau jarak 35 hingga 45 meter.

    Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yangtelah atlet ditandakan.

    Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badanmenjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.

    (ii) Fasa lonjakan Lonjak dengan kuasa kaki maksimum.

    Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan padamasa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi kehadapan.

    (iii) Fasa layangan

    Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badansupaya kelihatan keadaan seperti tergantung.

    Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.

    Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan kehadapan untuk persediaan mendarat.

    (iv) Fasa mendarat

    Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yangdirapatkan ke hadapan.

    Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan kehadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    11/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 41

    (c) Gaya Tendang Kayuh

    Rajah 2 9

    : Teknik gaya tendang kayuh

    Teknik ini lebih sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorangpeserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah diudara pada fasa layangan sebelum mendarat (lihat Rajah 2.9).

    (i) Fasa lari kandas

    Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Laridengan 21 hingga 23 langkah atau jarak 35 hingga 45 meter.

    Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yangtelah ditandakan.

    Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badanmenjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.

    (ii) Fasa lonjakan

    Lonjak dengan kuasa kaki maksimum.

    Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan padamasa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi kehadapan.

    (iii) Fasa layangan

    Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau duasetengah langkah.

    Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah bermuladengan:

    Langkah 1: Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas dihadapan.

    Langkah 2: Kedua-dua kaki berada bertentangan denganlangkah 1. Kaki bebas dan kaki lonjakan untukmendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan.Tangan lurus ke hadapan.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    12/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH42

    Langkah 3: Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untukmendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan,tangan lurus ke hadapan.

    (iv) Fasa mendarat

    Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.

    Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.

    Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasamendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

    (d) Menentukan Kaki LonjakanPelajar mesti menggunakan kaki yang dominan sebagai kaki lonjakan. Ada

    beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan:(i) Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak

    jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripadarebah. Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

    (ii) Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. Bmenolak A dari belakang tanpa isyarat. Kaki pertama yangmelangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

    Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansurmaju.

    PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH

    Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mendapat jarak lompatan yangmaksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusulidengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Larian yang pantas dan kuat bolehmempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akanmenyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana

    jarak lompatannya dapat ditentukan. Segala perlakuan oleh pelompat semasa

    berada pada fasa layangan ini tidak dapat membantu memanjangkannya semasaberada di udara. Sebenarnya, gaya badan semasa berada pada fasa layanganadalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuatpersediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

    2.4

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    13/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 43

    LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT JAUH

    Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk mempertingkatkemahiran dalam acara ini, antaranya:

    2.5.1 Ansur Maju Lari Landas

    (a) Secara berpasangan. Pelajar A berlari dari tempat permulaan ke papanlonjakan.

    (b) Pelajar B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kakilonjak pelajar A menapak di papan lonjak.

    (c) Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarakukuran di tempat permulaan.

    (d) Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempatpermulaan ke belakang satu atau dua langkah.

    (e) Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satuatau dua langkah ke hadapan.

    (f) Ulang sebanyak enam kali di tempat permulaan yang baru.

    Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.

    (a) Kawal kelajuan semasa berlari.

    (b) Jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian. Langkah pertama adalahsangat penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.

    (c) Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.

    (d) Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit danlutut diangkat tinggi.

    (e) Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidakkurang daripada empat langkah dari papan lonjakan.

    2.5

    1. Apakah fasa yang terlibat dalam lompat jauh?

    2. Bandingkan setiap gaya lompat jauh bagi setiap fasa yang

    terlibat acara ini.

    SEMAK KENDIRI 2.2

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    14/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH44

    (f) Ketika berada di penanda terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuanyang terkawal.

    (g) Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah

    berangka ganjil.

    2.5.2 Ansur Maju Lari Landas

    (a) Ansur maju 1:

    (i) Lonjak dari papan lonjakan.

    (ii) Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.

    (iii) Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.

    Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakandan mendarat dengan rumit.

    (b) Ansur maju 2:

    (i) Melonjak dari hujung bangku.

    (ii) Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.

    (iii) Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggiyang termampu.

    (iv) Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan

    tumit.

    (c) Ansur maju 3:

    (i) Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali. Rentangkan seutas tali diatas pasir berjarak 1 hingga 1.5 meter dari papan lonjakan.

    (ii) Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali ataukayu dan mendarat.

    2.5.3 Ansur Maju Layangan dan Mendarat

    (a) Ansur maju 1:

    (i) Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

    (ii) Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakandari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendaratdengan tumit.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    15/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 45

    (b) Ansur maju 2:

    (i) Mencecah bola dengan hujung tangan.

    (ii) Gantung sebiji bola pada jarak 1 hingga 2 meter dari papan lonjakandi kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.

    (iii) Lari sebanyak lima hingga enam langkah dan melonjak dengan kakilonjakan.

    (iv) Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.

    (v) Mendarat dengan tumit.

    (c) Ansur maju 3:

    (i) Mencecah bola dengan dahi.

    (ii) Gantungkan bola pada jarak 1 hingga 2 meter dari papan lonjakan dikawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.

    (iii) Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan sertatangan ke atas.

    (iv) Cuba sentuh bola dengan dahi.

    (v) Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkankepala ke atas.

    (vi) Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan danhamburkan badan ke hadapan.

    1. Jelaskan apakah latihan yang boleh anda gunakan untuk tujuanpeningkatan kemahiran dalam acara lompat jauh.

    2. Sebagai seorang guru bincangkan apakah persediaan pentingyang perlu dilakukan sebelum latihan ansur maju dimulakan.

    SEMAK KENDIRI 2.3

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    16/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH46

    PERALATAN DAN KAWASAN LOMPAT JAUH

    Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan yang banyak.

    Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompatjauh.

    (a) Lorong Larian

    Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai untuk membuat pecutan,larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45m x 1.22m dantidak kurang 40m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan ataugangguan bagi peserta membuat lompatan.

    (b) Papan Melonjak

    Papan melonjak digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan.Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22m panjang dan 20sm lebaryang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasanpendaratan (lihat Rajah 2.10). Papan ini biasanya diwarnakan putihseluruhnya atau warna yang senang dilihat.

    Rajah 2 10: Papan lonjak

    (c) Penanda PlastisinDigunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan semasalonjakan dibuat. Diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak.Ukuran antara 98mm hingga 102mm lebar (lihat Rajah 2.11). Plastisin inidiletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yangterdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidakdikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

    2.6

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    17/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 47

    Rajah 2 11: Penanda plastisin

    (d) Kawasan PendaratanKawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satulompatan. Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalamsetiap acara lompat jauh. Kawasan ini diisikan pasir halus dandilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m panjang dan2.75m lebar. Lebar kawasan ini sekurang-kurangnya 2.75m dan 9m panjang(lihat Rajah 2.12).

    Rajah 2 12: Kawasan mendarat

    (e) Pita Pengukur

    Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan (lihatRajah 2.13). Jarak lompatan diukur dari hujung papan pelepas ke hujungterdekat tempat pendaratan peserta dalam kotak pendaratan. Kini, dalamkejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telahdigantikan dengan alat pengukur elektronik yang menjadikan pengukuranlebih mudah, cepat dan tepat.

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    18/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH48

    Rajah 2 13: Pita pengkur

    Bendera IsyaratBendera digunakan oleh hakim yang mengawasi sesuatu lompatan.

    Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih danbendera merah. Bendera putih untuk lompatan yang berjaya, manakalabendera merah untuk lompatan yang telah dibatalkan.

    (f) Pengukur Halaju Angin

    Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketikasatu-satu lompatan dibuat (lihat Rajah 2.14). Ia penting untuk menentukansama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun,untuk kejohanan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.

    Rajah 2 14: Pengukur halaju angin

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    19/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 49

    PENGUKURAN JARAK LOMPAT JAUH

    Rajah 2 15

    : Cara mengukur lompatan

    Ukuran jarak lompatan diukur dari titik sentuhan atau pendaratan pada mana-mana bahagian anggota badan dengan tepi papan lompatan (lihat Rajah 2.15).Lompatan yang dikira sah adalah diukur daripada tepi papan ke tanda yangtelah anda buat dalam ruangan tambak (pit) yang berhampiran ke arah papanlonjak (lihat Rajah 2.16 dan 2.17). Pastikan juga sebelum sebarang lompatandibuat, pasir berada dalam keadaan rata. Ini bertujuan untuk membantumemudahkan pengukuran dibuat dengan jelas dan tepat.

    Rajah 2 16: Mengukur lompatan di tengah tambak

    2.7

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    20/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH50

    Rajah 2 17: Mengukur lompatan di sebelah sisi tambak

    UNDANG-UNDANG ASAS ACARA LOMPAT JAUH

    Bagi acara lompat jauh, IAAF telah menggariskan beberapa undang-undangyang digunakan dalam pertandingan. Antara undang-undang tersebut ialah:

    (a) Giliran atau susunan peserta yang melakukan lompatan hendaklah diunditerlebih dahulu.

    (b) Lompatan paling jauh akan dikira daripada beberapa lompatan yangdilakukan oleh setiap peserta.

    (c) Jika jumlah peserta adalah lebih daripada lapan orang, maka setiap pesertaakan diberi tiga kali lompatan. Lompatan yang terbaik akan diambil danlapan peserta terbaik akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya dandiberikan tiga lompatan lagi.

    (d) Peserta hendaklah melakukan larian di lorong yang dibenarkan sahaja.

    (e) Setiap peserta didapati melakukan kesalahan sekiranya:

    (i) Kaki peserta melebihi papan lompatan (papan lonjakan) denganmana-mana bahagian tubuh sebelum lompatan dibuat.

    (ii) Ketika lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh di luarkawasan tepi papan lompatan.

    (iii) Berundur melalui kawasan lompatan selepas melompat.

    2.8

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    21/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 51

    ASPEK KESELAMATAN LOMPAT JAUH

    Dalam acara lompat jauh, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan

    keutamaan dari aspek keselamatan. Langkah ini adalah perlu untukmengelakkan seseorang pelajar daripada mengalami kecederaan. Langkah-langkah yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:

    (a) Pelajar hendaklah memakai pakaian serta peralatan seperti kasut yangsesuai.

    (b) Aktiviti memanaskan badan hendaklah dijalankan, manakala aktivitiregangan hendaklah memberikan tumpuan khusus kepada otot-otot yangterlibat.

    (c) Pastikan papan lonjak mengikut ketebalan yang mengikut spesifikasi serta

    kuat dan separas dengan permukaan tanah.

    (d) Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang halus, bersih danbebas daripada benda-benda yang boleh mendatangkan kecederaankepada pelajar.

    (e) Pembantu atau rakan mestilah sentiasa berada di kawasan yang ditentukanoleh guru bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa selamat digunakan.

    (f) Semasa pelajar membuat lompatan, kawalan kawasan lompatan hendaklahdiberikan bagi mengelakkan gangguan kepada pelajar tersebut.

    (g) Sistem giliran lompatan hendaklah dilaksanakan dengan betul agar tidakberlaku pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kemalangankepada pelajar lain.

    2.9

    1. Jelaskan peralatan yang digunakan untuk mengukur jaraklompatan dalam lompat jauh.

    2. Apakah undang-undang yang perlu dipatuhi dalam acara lompat

    jauh?

    SEMAK KENDIRI 2.4

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    22/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH52

    Objektif utama dalam acara lompat jauh ialah untuk mencapai jaraklompatan yang semaksimum mungkin yang mampu dilakukan oleh atlet.

    Acara ini memerlukan atlet untuk menggabungkan larian pantas danlonjakan yang baik.

    Ini memerlukan koordinasi kemahiran larian pantas dan lonjakan serta ciri-ciri fizikal atlet.

    Fasa yang terlibat dalam acara lompat jauh ialah fasa penujuan, lonjakan,layangan dan mendarat.

    Terdapat tiga gaya lompatan acara lompat jauh iaitu gaya layar, gayagantung dan gaya tendang kayuh.

    Ukuran jarak lompatan diukur dari titik sentuhan atau pendaratan mana-mana bahagian anggota badan dengan tepi papan lompatan.

    Ruang dan peralatan yang diperlukan dalam acara lompat jauh adalahlorong larian, papan melonjak, penanda plastisin, kawasan pendaratan, pitapengukur, bendera isyarat dan pengukur halaju angin.

    Lari landas

    Penujuan

    Lonjakan

    Gaya layar

    Gaya gantung

    Layangan

    Mendarat

    Ansur maju

    Gaya tendang kayuh

  • 8/12/2019 Topik 2 Lompat Jauh

    23/23

    TOPIK 2 LOMPAT JAUH 53

    Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

    Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.

    Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

    Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruanMalaysia. Selangor: Pearson Education.