2.0 kemahiran dalam lompat tinggi

Upload: michelle-hew

Post on 06-Mar-2016

342 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hmk

TRANSCRIPT

1.0

2.0 KEMAHIRAN DALAM LOMPAT TINGGI2.1Fasa Lompat TinggiSemua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan iaitu:

a) Penujuan larian menghala ke palangb) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badanc) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat

2.2Gaya Lompat TinggiTerdapat lima gaya lompat tinggi iaitu : Gaya gunting Gaya pelana Gaya guling barat Gaya timur Gaya Fosbury FlopGAYA GUNTINGGaya Gunting juga dikenali sebagai Gaya Sweney kerana pada waktu itu, gaya jongkok telah digunakan. Pada tahun 1880. gaya jongkok telah digantikan dengan Gaya Gunting. Antara fasa lompatan untuk Gaya Gunting ialah : -

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

GAYA PELANAGaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

GAYA GULING BARATGaya Guling Barat diciptakan oleh G.Horin (Amerika) tahun 1912. Gaya ini tidak dapat berkembang, kerana peraturan pada saat itu. Gaya ini mempamerkan posisi kepala yang lebih rendah dari paras pinggul, hal ini tidak sah dan telah disfikualifikasikan. Oleh itu, gaya ini tidak digunakan atau dipertandingkan. Semua pelompat terpaksa menggunakan gaya gaya sebelum ini. Namun demikian, bagi peningkatan prestasi, peraturan yang menghalang penggunaan gaya guling barat digugurkan pada tahun 1934. Prestasi yang pernah dicapai dengan gaya guling barat ini ialah 2.03m direkodkan oleh Johnson dari Amerika.

Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

GAYA TIMUR

Dalam gaya ini, pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Pelompat akan menggunakan tujuh hingga Sembilan langkah dalam lompat tinggi. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan dan juga ada sesetengah pelompat akan melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.Semasa lonjakan, pelonjak akan melonjak dengan kaki luar dan semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul du hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. Seterusnya dalam layangan, kaki bebas pelonjak mesti dihayun kuat ke atas, selari dengan palang dan juga bahu. Kaki lonjak dihayun ke atas. Dengan itu, semasa mendarat pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.GAYA FOSBURY FLOPGaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

2.3 Ansur Maju Dalam Lompat TinggiAKTIVITI MENDORONGa) Berjalan dengan lutut tinggi.b) Berlari dengan lutut tinggi.c) Berlari dalam bulatan.d) Berlari mengikut laluan angka lapan.e) Melonjak.f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.

LATIHAN LOMPATANa) Memulakan lompatan dengan gaya gunting.b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L,kaki selari dengan palang.c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah.d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki menghala ke arah palang.e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat ,melompat secara dirian dan mendarat.f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.g) Ulang (f) dengan papan anjal.h) Menentukan titik semak.i) Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

ANSUR MAJU

Langkah 1:Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan

Gambar 6: Melompat melepasi halangan

Langkah 2:Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan

Gambar 7: Melompat dengan tambah bilangan halangan Langkah 3 :Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.

Gambar 8: Melangkah halangan dengan satu kaki

Langkah 4 :Membuat langkah besar melepasi halangan

GGambar 9: Membuat langkah besar melepasi halangan

Langkah 5 :Melompat melepasi kon - kon menggunakan sebelah kaki serta melompat menggunakan kedua- dua belah kaki dengan lutut dibawa tinggi

Gambar 10: Melompat melepasi halangan

Langkah 6 :Larian dalam bentuk selekoh melalui kon kon sepanjang 5 hingga 8 meter

Gambar 11: Larian selekoh

Langkah 6 : Ansur Maju Fasa Lari LandasLarian membentuk nombor lapan atau Figure - 8

Gambar 12: Larian Figure-8

Langkah 7 :Larian dalam bentuk selekoh melalui kon kon sepanjang 5 hingga 8 meter

Gambar 13: Larian selekoh

Langkah 8 :Lari menggunakan penanda lurus dan selekoh

Gambar 14:Larian landasLangkah 9 :Lari menggunakan penanda lurus dan selekoh lonjakan seterusnya membuat lonjakan dengan mencapai palang gol

Gambar 15: Larian landasan dengan lonjakan

Langkah 10 :Melangkah melalui gelung melonjak dan mencapai palang gol

GGambar 16: Larian dalam gelung

Langkah 11 : Flop BerdiriUntuk memperbaiki fasa melepasi palang dan seterusnya lonjak ke atas tilam

Gambar 17: Flop berdiri

Langkah 12 : Flop BerdiriUntuk memperbaiki fasa melepasi palang. Pelajar berdiri di atas bangku dan melonjak ke atas tilam

Gambar 18: Flop berdiri menggunakan bangkLangkah 13 : Ansur Maju LonjakanMembuat lonjakan ke atas tilam dengan menggunakan getah sebagai halangan

Gambar 19: Lonjakan menggunakan tali getah sebagai halangan

Langkah 14 : Ansur Maju LonjakanMembuat lonjakan ke atas tilam dengan menggunakan palang sebagai halangan

Gambar 20: Melompat dengan palang sebenarLangkah 15 : Fasa KeseluruhanTambah ketinggian palang. Ia hendaklah dilakukan dengan ulangan mengikut prinsip tambah beban

Gambar 21: Fasa keseluruhan

LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1. Latihan GarisanPalang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45 darjah digunakan.Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama.Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.2. Latihan Pergerakan KakiPalang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan KakiLarian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.4. Latihan MelonjakPalang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.5. Latihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.

LATIHAN ANSUR MAJU GAYASTRADDLE

Langkah 1 Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.Langkah 2 Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.Langkah 3 Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.Langkah 4 Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan.Langkah 5 Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.Langkah 6Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagigayaini adalah seperti berikut ;-a)Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.b)Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.c)Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.d)Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.Langkah 7 Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalahgayastraddle.Langkah 8 Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.Langkah 9 Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.Langkah 10Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Latihan 1 Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ). Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan. Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

Latihan 2 Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

Latihan 3 Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

Latihan 4 Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Latihan 5 Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop. Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA PELANAa) Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun kedua-dua belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki bebas ke atas aras tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di dalam latihan (b) . Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.d) Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c). Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.e) Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).f) Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang sebenarnya(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang pantas.

2.4Prinsip Mekanik dalam Acara Lompat TinggiSecara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga. Antara prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini ialah : -a) Kelajuanb) Ketinggianc) Sudutd) Keseimbangan

KELAJUANKelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur. Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak. Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut: Kelajuan kaki yang berkurang ketika langkah kedua yang terakhir sebelummelonjak. Berhenti dengan kaki lonjakan. Membiarkan kedudukan pinggang terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju. Konsep Kelajuan Lonjakan Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan. Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila melakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak. Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak. Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan. Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan. Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat. Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna. Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur. MomentumHadlaju dan momentum adalah konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan hadlaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

KETINGGIANSetiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUTSudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama. Sudut lonjakan dihasil daripada kelajuan larian. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan.

KESEIMBANGANAspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

2.5Undang-undang Dan Peraturan2.5.1AlatanDalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-TIANG LOMPAT TINGGI

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

PALANG LOMPAT TINGGI

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

KAWASAN MENDARAT

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

PITA PENGUKUR

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

LANDAS LARI DAN KAWASAN LONJAK

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan yang jarak minimumnya ialah 20m. Jika keadaan mengizinkan, jarak minimum ini sepatutnya 25m. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan manual trek dan Padang IAAF.Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan. Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. Sangga Palang pula hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4sm x 6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak betul betul di bawah setiap hujung palang.

2.5.2 Sektor dan Balapan Lompat Tinggi

2.5.3Penghakiman / Undang Undang Lompat Tinggi