sejarah lompat tinggi

Upload: lee-chai-lin

Post on 08-Jan-2016

293 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lompat tinggi

TRANSCRIPT

Sejarah Lompat Tinggi

Pengenalan Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 .Dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.Terdapat beberapagayadalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-i)GayaGunting (Scissors)ii)GayaEastern Cut-offiii)GayaGuling Barat (Western Roll)iv)GayaGuling Pelana (Straddle)v)GayaFosbury Flopgaya guling (straddle) dangayafosbury flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

Gaya gunting

Guling timur

Guling Barat

Gaya pelana

Gaya pelana darat

Gaya fosbury flop

Sejarah Lompat TinggiCatatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi.Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.Lompatan yang dibuat oleh beliau merupakan rekod yang tertinggi pada masa itu.Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah.

Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa.Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang.Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut.Pasir digunakan sebelum tilam digunakan untuk keselamatan.Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialahgayastatik dengan lompatan menegak.Gayapelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu.Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 diMexico.IAAF menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.gayaguling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of Southern California dalamKejohananNationalCollegedalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci.Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.Kini, Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian Grand Prox di Chennai India.objektif Rekod-rekod acara lompat tinggi yang pernah dicatat:Rekod dunia

Lelaki Javier Sotomayar : 2.45 meter, 27 Julai 1993 di Salamanca, Sepanyol.Wanita Stefka Konstadinova (Bulgeria): 2.09 meter, 30 Ogos 1981 di Rome, Itali.

Stefka Konstadinova

Rekod Kebangsaan

Lelaki Loh Kum Zee: 2.24 meter, 14 Disember 1995 di Chiangmai, Thailand.Wanita Nor Aishah Ismail:1.77 meter, 15 Julai 1990, di Kuala Lumpur. Loh Kum ZeeNor Aishah Ismai

Kelengkapan Seluar pendeksingletKasut lariPita pengukur 30 meterKapur atau tepungMembuat tandaan