tesis 1 azran-jqaf.doc

10
TAHAP PENGUASAAN AL QURAN MURID-MURID TAHUN ENAM MELALUI MODUL KHATAM AL QURAN PROGRAM JQAF KAJIAN DI SEKOLAH KURANG MURID DAERAH RAUB AZRAN BIN JAAFAR @ RAMLI 731025065177 FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI 1

Upload: azran-jaafar

Post on 18-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAHAP PENGUASAAN AL QURAN MURID-MURID TAHUN ENAM

MELALUI MODUL KHATAM AL QURAN PROGRAM JQAF

KAJIAN DI SEKOLAH KURANG MURID DAERAH RAUBAZRAN BIN JAAFAR @ RAMLI731025065177

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014

1. PENDAHULUANProgram j-QAF yang telah diperkenalkan pada tahun 2005 merupakan salah satu usaha penting ke arah memartabatkan al-Quran di kalangan pelajar- pelajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Salah satu objektif utama program ini dalam bidang tilawah al-Quran adalah ingin melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bacaan al-Quran dengan baik malah khatam al- Quran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan membuktikan kesungguhan dan usaha kerajaan Malaysia dalam menambahbaik serta meningkatkan kualiti penguasaan al-Quran di kalangan pelajar. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam iaitu melahirkan modal insan yang mampu mentadbir dan memakmurkan alam sejagat. Sehubungan itu, bagi mencapai hasrat ini, gurulah yang memainkan peranan penting yang mendidik pelajar-pelajar bukan sahaja mampu membaca al-Quran, malah menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup mereka seharian. Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberi kesan dan perubahan positif diri pelajar.

2.PERNYATAAN MASALAHKajian ini bertitik-tolak daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran. Ia berfokus kepada ketidakupayaan mereka menguasai tahap kemahiran membaca al-Quran yang bertepatan dengan hukum tajwid, makhraj, sifat dan fasahah yang baik. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, kolej, atau institusi-institusi pengajian tinggi. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengatasi masalah yang semakin membimbangkan ini. Kemuncak kepada usaha-usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral telah merangka program j-QAF bagi memantap dan memperkasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Namun, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan seperti Mohd Naim (2003), Mohd Aderi (2004) dan Aderi & Rohani (2009) yang memfokuskan tentang kelemahan penguasaan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar walaupun mereka telah melalui enam tahun pembelajaran di sekolah rendah. Ianya menyokong hasil dapatan kajian Mohd Faisal et al. (2008), pelajar yang mengikuti model Enam Bulan Khatam Al-Quran menunjukkan 75.8% mencapai objektif dan 15% masih tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran. Ini menunjukkan masalah kelemahan dalam penguasaan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar masih terus berlanjutan walaupun melalui pelaksanaan program j-QAF. Kini, Program j-QAF telah hampir sembilan tahun diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Namun penilaian terhadap hasil dan keberkesanannya belum dikaji secara menyeluruh. Kajian ini bakal menyingkap tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF melalui Model Khatam al Quran. Melalui kajian ini juga, kita berupaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengajaran Tilawah Al-Quran setelah sembilan tahun program ini dilaksanakan. Semoga satu pendekatan baru yang lebih sempurna dapat diambil dan dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan program ini disamping mengekalkan kekuatan sedia ada yang telah diterapkan menerusi model-model yang telah diperkenalkan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengetahui status tahap penguasaan pelaksanaan Modul Khatam al-Quran di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid daerah Raub, Pahang. Ianya terbahagi kepada beberapa skop iaitu :

i.Menilai kualiti bacaan al Quran dalam kalangan murid tahun enam di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid dalam daerah Raub, Pahang.

ii.Menilai peningkatan prestasi murid enam bulan pertama dan enam bulan kedua terhadap tahap penguasaan bacaan al-Quran murid-murid tahun enam di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid dalam daerah Raub.

iii. Menilai tahap penguasaan murid tahun enam yang khatam secara hakiki dan murid yang khatam kaedah Baca Ikut Guru ( BIG) terhadap keberkesanan modul Khatam al Quran j-QAF di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid dalam daerah Raub.4.PERSOALAN KAJIANPenyelidikan ini akan cuba menjawab persoalan persoalan kajian di bawah :

i..Adakah wujud signifikan kualiti bacaan al-Quran dengan tahap pencapaian literasi al-Quran dalam kalangan murid tahun enam di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid daerah Raub ?

ii..Adakah wujud signifikan antara kebolehan model enam bulan pertama dan enam bulan kedua terhadap tahap penguasaan bacaan al-Quran murid-murid tahun enam di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid dalam daerah Raub?

iii. Adakah wujud perbezaan yang signifikan tahap pencapaian murid khatam secara hakiki dan murid khatam secara kaedah Baca Ikut Guru (BIG) terhadap keberkesanan Modul Khatam al-Quran j-QAF murid-murid tahun enam di sepuluh buah sekolah Sekolah Kurang Murid dalam daerah Raub?

5.KEPENTINGAN KAJIANKajian ini secara langsung atau tidak langsung dapat memberi pendedahan dan gambaran yang sebenar tentang tahap pencapaian sebenar bacaan al quran murid dalam kalangan murid tahun 6 di 10 buah sekolah kurang murid di daerah Raub. Berbagai maklumat yang melibatkan prestasi bacaan murid di Sekolah Kurang Murid dijangkakan dapat memberi kesedaran kepada mereka yang membaca kajian ini dan hasilan yang didapati ini diharap boleh meransang kepada mereka dan juga saya untuk berusaha dengan lebih kuat untuk memperbaiki kelemahan sendiri dalam bidang PdP.Kepada pihak sekolah, hasil kajian ini diharapkan akan membolehkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mengenal pasti prestasi dan tahap penguasaan bacaan al Quran pelajar dengan lebih dekat,kelemahan dan permasalahan yang menghantui murid. Dengan pendedahan dalam kajian ini, pihak sekolah boleh melihat keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan ianya dapat membantu pentadbir sekolah merancang berbagai keperluan pelajar.Seterusnya kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah, melakuka gerak gempur untuk meransang dan meningkatkan minat membaca al Quran. Kepada guru-guru yang berkaitan, pihak sekolah boleh memberi latihan dari masa ke semasa agar dapat meningkatkan ilmu dalam supaya tugas mereka menjadi lebih sempurna disamping mereka dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong sebagai penghalang kepada pencapaian murid dalam aspek bacaan al Quran.

6.METODOLOGI KAJIANKajian ini, pencapaian merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru ketika mengaplikasikan Modul Khatam al-Quran terhadap murid-murid tahun 6. Hasil diperoleh dengan melihat pencapaian khatam al-Quran daripada bulan Januari sehingga Oktober 2014 yang direkodkan oleh guru dalam perisian e-Pelaporan.Menurut Mohamad Najib (1999) dalam Mohd Tarmizi (2007), penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian yang berkaitan Oleh itu kajian ini akan menumpukan kepada tahap pencapaian murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran Modul Khatam al Quran di sepuluh buah Sekolah Kurang Murid dalam daerah Raub yang melibatkan 100 orang murid di kelas tahun enam.Murid-murid tahun enam merupakan sampel yang dipilih kerana penyelidik ingin mempastikan hasil dapatan mempunyai kebolehanpercayaan yang tinggi. Murid tahun enam ini mempunyai usia yang sama dan tingkahlaku yang hamper serupa. Ini dapat membantu pengkaji supaya tidak berat sebelah dalam membuat kajian atau analisa. Selain itu, pemilihan ini dibuat kerana mereka ini adalah murid-murid yang telah melalui Modul Khatam al Quran selama enam tahun, iaitu telah diperkenalkan program jQAF sejak 2005 lagi. Oleh yang demikian, hasil dapatan ini akan lebih bermakna kepada murid atau generasi pertama atau kedua yang telah menggunakan Modul Khatam al Quran. Hasil dapatan ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

2