tesis 2015

49
LATIHAN BEBANAN MENINGKATKAN KUASA TUJAHAN LONTAR PELURU DALAM ACARA OLAHRAGA. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. . Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke- 19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu. 1

Upload: tayep1234

Post on 09-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

1234

TRANSCRIPT

LATIHAN BEBANAN MENINGKATKAN KUASA TUJAHAN LONTAR PELURU DALAM ACARA OLAHRAGA.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu.Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kuasa, kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum.Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan pertandingan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, Turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

1.2 Pernyataan MasalahBerdasarkan pemerhatian penyelidik yang mengajar di salah sebuah sekolah di Jasin dan merupakan guru yang bertanggungjawab terhadap perkembangan individu dalam bidang fizikal, penyelidik mendapati bahawa murid-murid sukar untuk menguasai kemahiran lontar peluru. Bahkan semasa kejohanan sukan dan padang yang diadakan di peringkat Daerah Jasin juga mendapati sebahagian atlet sekolah rendah yang terlibat didapati melakukan kesalahan teknikal disamping jarak lontaran yang tidak jauh. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani, penyelidik merasakan adalah tanggungjawab besar dan perlu melakukan sesuatu agar situasi ini dapat diatasi. Secara umumnya, mereka lebih cenderung untuk mendapatkan jarak yang jauh tanpa mengira kesalahan-kesalahan teknikal yang mereka lakukan. Berdasarkan respon yang diterima oleh responden di sekolah pengkaji, punca kepada permasalahan ini ialah tangan yang tidak kuat untuk melontar dengan jauh dan alatan ini berat. Pengkaji juga merasakan bahawa mungkin kaedah pengajaran yang disampaikan tidak berkesan ke atas peningkatan kuasa selain daripada alatan yang disediakan tidak mencukupi.Dengan itu, pengkaji rasa terpanggil untuk melakukan perubahan akan keadaan ini. Bagi mengatasi permasalahan ini, pengkaji telah merancang beberapa langkah yang boleh diambil dan dilaksanakan segera bagi meningkatkan kuasa mereka.

Rajah 1.2 : Permasalahan murid

Pengajaran guru bersifat sama dan lebih bersifat tradisonalPerkembangan Psikomotor yang kurang matang

Murid rasa bosan dengan pengajaran guru dan tidak mempunyai motivasi diri untuk berubah

Murid tidak berupaya meningkatkan keupayaan mereka

1.3 Tinjauan AwalSemasa sesi pengajaran pendidikan jasmani Tahun 5, penyelidik mendapati bahawa sebilangan besar murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran melontar peluru dengan teknik yang betul. Bahkan kelihatan mereka tidak berupaya untuk melontar dengan jarak yang sesuai. Selain itu, kebanyakan mereka seperti membaling lontar peluru tersebut untuk mendapatkan jauh jarak dari tempat lontaran. Pada masa inilah penyelidik mendapati permasalahan yang berlaku iaitu mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan tujahan ke atas lontar peluru.Oleh yang demikian, penyelidik perlu mengambil langkah untuk murid-murid dapat meningkatkan kuasa mereka. Kuasa merupakan kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ia juga merupakan kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan ang pantas (mengejut/explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Keadaan ini terjadi adalah hasil daripada kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat. Zaireey Khairuddin (2009), didalam blognya menyatakan bahawa kuasa adalah keupayaan otot menguncup pada tahap maksimum dalam jangka masa yang singkat yang dipetik daripada Barror dan Mc Gee (1979). Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap sukan adalah melalui latihan(Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun terdapat pendapat atau kaedah latihan lain yang biasa digunakan, penyelidik berpendapat bahawa kaedah latihan bebanan adalah yang paling sesuai digunakan untuk meningkatkan kuasa ke atas tujahan lontar peluru.. Latihan bebanan adalah suatu sistem latihan yang sistematik dimana otot-otot secara beransur-ansur dilatih menggunakan beban dan seterusnya memperbaiki fungsi-fungsi dalam tubuh. Menurut Nur Indri Rahayu,(2003) dalam artikelnya menyatakan bahawa latihan bebanan merupakan suatu sistem dimana beberapa bentuk latihan berat digunakan untuk mendapatkan kuasa, kekuatan, kepantasan dan daya tahan. Noriati A. Rashid (2010),perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama untuk meningkatkan pencapaian melalui amalan penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Melalui amalan-amalan telah dijalankan, pengkaji mempunyai satu pegangan dan nilai dalam keguruan bahawa seseorang murid boleh menguasai sesuatu ilmu, bukan sahaja mereka yang lemah, tetapi guru perlu mengubah suai sedaya upaya bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat memperoleh sesuatu ilmu yang dipelbagaikan.1.4 Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :Objektif AmMengamalkan teknik lontaran yang betul semasa melakukan aktiviti melontar peluru.Objektif KhususMeningkatkan kuasa tujahan tangan ketika melontar peluru untuk mendapatkan jarak yang jauh.

1.5 Soalan Kajian1.5.1 Adakah aplikasi kaedah latihan bebanan dapat membantu meningkatkan kuasa terhadap tujahan lontar peluru dan jarak lontaran?

1.6 Kepentingan KajianTujuan kajian-kajian yang bersangkutan menunjukkan bahawa kebanyakan kajian mengenai latihan bebanan telah dijalankan terhadap kuasa, kekuatan, kelajuan dan daya tahan. Secara amnya adalah dipercayai bahawa kekerapan, pengulangan dan ansur maju terhadap sesuatu kemahiran akan membantu responden menguasai kemahiran dengan lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui aplikasi latihan bebanan yang betul untuk meningkatkan kuasa terhadap daya tujahan lontar peluru. Hasil kajian ini mungkin akan dapat memberi maklumat yang berguna kepada guru-guru, jurulatih dan peserta olahraga dalam mempertingkatkan kemahiran murid-murid melalui aplikasi latihan bebanan yang betul dan akhirnya akan meningkatkan elemen kecergasan, memberi keyakinan dan keberanian mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti.

1.7 Batasan KajianKajian ini dibataskan kepada murid-murid Tahun 5 yang dikenalpasti mempunyai masalah dalam aktiviti melontar peluru. Subjek kajian ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Intervensi yang diberikan kepada subjek kajian lebih kepada meningkatkan kuasa yang mempunyai kombinasi kekuatan dan kelajuan. Bentuk latihan bebanan adalah ansur maju., pengulangan dan tambah beban.

1.8 KesimpulanWalaupun terdapat pelbagai kaedah latihan dalam meningkatkan kuasa terhadap daya tujahan, penyelidik mengfokuskan kepada kaedah latihan bebanan kerana penyelidik percaya kaedah latihan sebegini mampu untuk memberikan impak positif terhadap keupayaan subjek yang dipilih.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Asas Penjelasan Masalah KajianHasil daripada pemerhatian penyelidik sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran, ramai murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran melontar yang betul. Bahkan melalui pemerhatian semasa acara melontar di peringkat daerah juga, hampir separuh daripada atlet yang terlibat dibatalkan penyertaannya akibat daripada kesalahan-kesalahan yang berlaku semasa melontar peluru. Kebanyakan mereka cuba untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh menyebabkan mereka melakukan kesalahan teknikal. Paling ketara ialah mereka seolah-olah membaling. Tingkahlaku yang sama juga berlaku di sekolah pengkaji. Pengkaji bertanyakan beberapa soalan lisan kepada subjek untuk mendapat kepastian mengapa mereka tidak dapat melontar dengan baik tetapi membaling. Jawapan yang diterima daripada mereka menyatakan tangan mereka tidak kuat untuk menolak atau menujah lontar peluru. Pengkaji juga bertanyakan adakah dengan cara membaling dapat menyebabkan jarak balingan jauh dengan menggunakan lontar peluru. Mereka menyatakan tidak malahan menyebabkan bahu mereka terasa sakit. Disebabkan kesedaran tersebut, pengkaji merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk mereka memahami konsep melontar dan bagaimana untuk meningkatkan kuasa ke atas tujahan lontar peluru agar risiko kecederaan tidak berlaku seterusnya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka.

2.2 Teori dan Model Berkaitan Kuasa merupakan kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ia juga merupakan kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan yang pantas (mengejut/explosive) dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.Zaireey Khairuddin (2009), yang dipetik daripada Barror dan Mc Gee (1979) menyatakan bahawa kuasa adalah keupayaan otot menguncup pada tahap maksimum dalam jangka masa yang singkat. Oleh yang demikian, penyelidik perlu mengambil langkah ke atas murid-murid bagaimana untuk mereka meningkatkan kuasa tujahan ketika melontar peluru. Menurut Nur Indri Rahayu,(2003) yang dipetik dalam artikelnya menyatakan bahawa latihan bebanan merupakan suatu sistem dimana beberapa bentuk latihan berat digunakan untuk mendapatkan kekuatan, kepantasan, kuasa dan daya tahan. Latihan bebanan melibatkan latihan rintangan yang progresif dengan berulang-ulang untuk meningkatan kederasan pergerakan., kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan kekuatan. Ia juga merupakan satu aktiviti latihan untuk perkembangan keseluruhan badan dalam meninggikan kebolehan jasmani dan keupayaan otot untuk melakukan sesuatu aktiviti pendidikan jasmani, sukan dan permainan.Kaedah latihan bebanan ini juga mampu untuk menghasilkan kecergasan secara keseluruhan kerana dapat menyatukan beberapa komponen latihan yang lain. Selain daripada itu., latihan bebanan mampu untuk meningkatkan perlakuan motor ke arah yang lebih baik. Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap sukan adalah melalui latihan(Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun terdapat pendapat atau kaedah latihan lain yang biasa digunakan, penyelidik berpendapat bahawa kaedah latihan bebanan adalah yang paling sesuai digunakan untuk meningkatkan kuasa ke atas tujahan lontar peluruPembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan (Gagne ,1970). Oleh yang demikian, penyelidik perlu mengambil langkah untuk membuat perubahan pada kemahiran murid-murid yang bermasalah kepada kemahiran lontaran yang betul bagi memastikan pembelajaran berlaku ke atas mereka. satu-satunya cara untuk meningkatkan prestasi dalam setiap sukan adalah melalui latihan(Ibeatbrucelee,2007). Walaupun terdapat pendapat atau kaedah lain lain yang juga biasa digunakan untuk meningkatkan prestasi lontaran, namun kaedah latihan bebanan menjadi pilihan pengkaji bagi memastikan kiasa dapat dipertingkatkan. Noriati A. Rashid (2010),perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama untuk meningkatkan pencapaian melalui amalan penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Melalui amalan-amalan telah dijalankan, pengkaji mempunyai satu pegangan dan nilai dalam keguruan bahawa seseorang murid boleh menguasai sesuatu ilmu, bukan sahaja mereka yang lemah, tetapi guru perlu mengubahsuai sedaya upaya bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat memperoleh sesuatu ilmu yang dipelbagaikan

2.3 Kaedah Latihan BebananPenyelidik harus menentukan objektif yang ingin dicapai untuk meningkatkan komponen-komponen kecergasan seperti. kuasa, daya tahan dan kelenturan. Latihan adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip latihan bebanan yang dijalankan berdasarkan kaedah ansur maju yang progresif. Prinsip latihan yang perlu diikuti ialah overload iaitu pertambahan intensiti latihan dijalankan secara beransur-ansur mengikut kemampuan subjek itu sendiri. Keduanya ialah latihan urutan dimana bentuk latihan difokuskan kepada otot-otot besar terlebih dahulu kemudian baru diikuti dengan otot-otot kecil. Ketiganya ialah pengkhususan latihan iaitu haruslah khusus kepada otot-otot yang terlibat dalam aktiviti melontar peluru. Keempat yang perlu diberi perhatian ialah kekerapan latihan. Kekerapan latihan haruslah berselang hari untuk memberikan masa yang mencukupi untuk pemulihan otot. Jika terjadi kecederaan, tahap kekuatan optima tidak akan tercapai. Kelima dalam prinsip latihan bebanan ialah ansur maju. Beban latihan ditambah mengikut masa yang tertentu. Peningkatan beban kerja yang sistematik megakibatkan pertambahan dalam kekuatan daya tahan otot.ia juga boleh mencegah daripada berlakunya kecederaan otot.

2.4 Kemahiran Melontar2.4.1 Pegangan peluruPeluru harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking member sokongan sisian.Pergelangan tangan haruslah membengkoklurus (flexed).Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:i.Teknik memegang peluru dengan tiga jari .Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.ii.Teknik memegang peluru dengan lima jariKelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

2.4.2 Menyokong peluruLetakkan peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher dengan pangkal tangan menghadapke luar dan siku berada jauh sedikit daripada badan.

Ansur maju untuk gaya berdiriBahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar peluru.1.Berdiri dengan kaki terbuka,lutut dibengkokkan,punggung ke dalam dan tangan berada di pinggul.Berat badan dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki kanan).Kaki kiri diletakkan dengan ringan di atas tanah.(rajah a).

(a)

2. Semasa menolak dari kaki belakangberat badab harus dinaikkan (semasa kaki belakang diluruskan) memutar dan bergarak ka hadapan di atas kaki depan (kaki kiri).Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki yang masih menyentuh tanah.(rajah b)

3.Dengan atau tidak memegang peluru,ambil posisi berdiri seperti digambarkan di sebelah.(rajah c)

4.Menolak lengan (dengan atau tanpa peluru) ke hadapan dan ke atas.(rajah d).

(d)

5.Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang.Lengan kiri dibengkokkan dengan siku berada tinggi.(rajah e).

6.Putarkan batang tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.Selapas tolakan kaki dan tarikan badan diperolehi,di mana pergerakan untuk mendapatkan semula imbangan adalah diperlukan untuk mencengah faul,langkah pemulihan patut dipelajari.(rajah f)

7.Pemulihan:kedua-dua kaki bertukar posisi,iaitu kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki belakang sampai ke papan penahan.(rajah g)

2.5 Kajian LepasDalam Kajian yang dijalankan oleh Hafizah Harun dan Rohana Hashim,(2010), terhadap kesan latihan bebanan mendapati bahawa subjek yang terlibat mengalami pertambahan prestasi apabila kesemua mereka dapat meningkatkan kekuatan otot atas badan. Kajian yang dijalan oleh Hendro Kusworo (2012) dalam Jurnal Health and Sport telah mengkaji tentang pembinaan fizikal atlet tenis menggunakan latihan bebanan. Kesan daripada program latihan yang sistematik telah menunjukkan peningkatan dalam pembinaan otot atlet tenis dan secara tidak langsung mampu untuk melakukan aktiviti dalam intensiti yang tinggi.Menurut kajian yang dijalankan oleh Abdul Hafidz Bin Hj. Omar dan Aderemy Bin Minhat (2011), telah menjalankan kajiannya tentang Mengukur Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi Komponen Kekuatan dan Ketahanan Otot Atlet Tenpin Bowling. Antara ujian yang dijalankan ialah bangkit tubi dan tekan tubi. Ujian pos telah menunjukkan berlaku peningkatan terhadap kesemua subjek yang terlibat melalui kekerapan latihan.Tambah beban adalah penting untuk meningkatkan kecergasan. Tubuh badan kita akan menyesuaikan diri dengan beban yang dikenakan itu. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi prinsip tambah beban agar dapat disesuaikan dengan tubuh badan iaitu kekerapan, intensiti, tempoh dan ulangan. Kekerapan merupakan bilangan seseorang itu melakukan aktiviti di dalam seminggu. Blanksby (1987) menegaskan bahawa kesan positif melakukan aktiviti akan diperolehi jika kekerapan bersenam dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu.2.6 Kerangka Kajian2.6.1 PerancanganMerancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti sebagai fokus kajian. Penyelidik telah menyediakan satu program latihan secara berterusan untuk kemahiran ini semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani agar peserta kajian berpeluang menguasai kemahiran ini. Perlaksanaan dan pemantauan adalah berdasarkan program latihan yang telah dirancang sebelum ini.

2.6.2 Program LatihanMenurut Bompa (1999), latihan yang bersistematik dengan menggunakan pendekatan yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet olahraga. Sesuatu program latihan perlu merangkumi factor-faktor asas latihan iaitu persediaan taktikal, teknik dan persediaan psikologi. Perkara yang penting dalam menghasilkan program latihan olahraga yang berkesan ialah kefahaman jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan ciri-ciri komponen latihan dan bentuk latihan yang khusus serta prinsip-prinsip latihan mengikut peringkat-peringkat latihan.

2.6.3 Analisis Data KajianSetelah data-data dikumpulkan, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah penyelidik menganalisis data-data tersebut. Tujuan menganalisis data ialah untuk mendalami data dan hasil dapatan kajian secara jelas. Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan data sama ada dengan menggunakan graf, carta pai, jadual dan sebagainya. Dengan menganalisis data, pengkaji dapat melaporkan mhasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden ( Shamsina., 2013). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan jadual untuk menunjukkan data-data yang diperolehi.

Rajah 2.6 : Kerangka Kajian Tindakan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Metodologi merupakan unsur penting dalam kajian tindakan agar kajian tindakan yang ingin dilaksanakan bersistem dan mencapai objektifnya. Metodologi kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan bagaimana sesuatu maklumat itu diperolehi. Menurut Azizi et.el(2006), metodologi kajian penting untuk dalam menentukan himpunan data yang diperlukan dalam perlaksanaan serta cara perlaksanaan tersebut. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Penyelidik akan membincangkan dan menghuraikan secara terperinci mengenai reka bentuk kajian, subjek kajian, instrumen kajian, serta proses pengumpulan dan penganalisisan data. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang murid murid perempuan dan 4 orang murid lelaki yang dikenalpasti oleh penyelidik mempunyai masalah penguasaan kemahiran melontar peluru di salah sebuah sekolah di Kawasan Jasin. Terdapat 3 instrumen yang digunakan dalam mengumpulkan data iaitu pemerhatian, senarai semak dan rakaman video. Data dikumpulkan dalam 3 kitaran melalui 3 pengujian yang dikenalpasti. Kaedah analisis secara kualitatif digunakan dalam kajian.

3.2 Subjek KajianKajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki. Kesemua responden berumur 11 tahun. Penyelidik memilih subjek kajian berdasarkan pemerhatian penyelidik terhadap prestasi mereka semasa aktiviti fizikal. 3.3 Instrumen KajianKajian ini berbetuk kualitatif yang melibatkan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. penyelidikan kualitatif dijalankan kefahaman yang lebih jelas tentang sikap, kepercayaan, tingkahlaku dan emosi individu mahupun sekumpulan peserta kajian. Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Menurut Kemiis dan Mc Taggart (1988), Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi yang dilakukan oleh subjek kajian bertujuan untuk memperbaiki atau meningkatkan amalan yang dilakukan. Menurut model penyelidikan tindakan ini, empat langkah yang disarankan berdasarkan gelungan (cycle) iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

Rajah 3.3: Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Merancang Membuat tinjauan awalMengenalpasti Masalah

RefleksiMenilai keberkesanan kaedah.Membuat refleksi

TindakanMenjalankan intervensi latihan bebanan

MemerhatiMemerhati dan merekodMenganalisis data

Proses kajian tindakan bermula dengan penyelidik menjalankan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Seterusnya penyelidik menyediakan satu tindakan yang sesuai untuk untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Selepas pelan disediakan., penyelidik melaksanakan pelaan yang dihasilkan. Dalam proses perlaksanaan pelan tersebut, penyelidik membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku yang dilakukan. Amalan refleksi pula membolehkan penyelidik membuat analitik., kritis dan kreatif semasa menilai semula amalan pengajaran yang dilakukan. Dengan ini, penyelidik akan dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan dan menentukan justifiksi untuk mengubah tingkahlaku dan amalan penyelidik. Keseluruhan proses perlaksanaan itu disifatkan sebagai gelungan pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka penyelidik bolehlah memulakan dengan gelungan seterusnya sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan.Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik, beberapa perkara telah dipertimbangkan semasa menjalankan penyelidikan.

3.4 PROSEDUR KUTIPAN DATAPenyelidik telah memilih untuk menggunakan cara pengumpulan data melalui ujian pra, pemerhatian dan ujian pos. Pengumpulan data melalui ujian pra membolehkan penyelidik mengenalpasti masalah dan memberikan maklumat kepada penyelidik berkaitan masalah ini.

3.4.1 Perancangan Kaedah Menganalisis DataSetelah mengenalpasti masalah yang hendak penyelidik atasi., satu perancangan telah penyelidik lakukan. Penyelidik telah menj.alankan satu program latihan yang berterusan untuk latihan meningkatkan kuasa ini melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Program latihan ini diserapkan dalam pengajaran pendidikan jasmani agar semua subjek kajian berpeluang menguasai kemahiran ini. Perlaksanaan dan pemantauan adalah berdasarkan program latihan yang telah dirancang sebelum ini.Dalam kajian ini, penyelidik telah membuat analisis data melalui buku rekod penyelidik dimana rekod tersebut akan dipindahkan dalam bentuk graf melalui komputer. Data yang diambil ialah jarak lontaran dari tempat bermulanya subjek melontar.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan Penganalisisan data adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat daripada data mentah yang melibatkan proses pemilihan., penjadualan dan pengaturan (Azhar Muhammad, 2006). Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif kerana bersandarkan hasil maklumat yang diperolehi melalui jarak lontaran. Kajian yang dijalankan bagi meningkatkan kuasa otot tangan subjek . Selepas kajian ini dijalankan, penyelidik mendapati adanya perubahan terhadap jarak lontaran subjek yang dikaji. 4.2 Konteks Kajian Subjek kajian kajian yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan seperti jadual dibawah Subjek Kajian Jantina Ciri-Ciri Fizikal Pengalaman dalam sukan

Tinggi (cm)Berat (kg)

Subjek 1L13228X

Subjek 2L13233X

Subjek 3L15968/

Subjek 4L13941X

Subjek 5L14868/

Subjek 6L15254/

Subjek 7P14638X

Subjek 8P25131X

Subjek 9P31146/

Subjek 10P30145/.

4.3 Struktur PerlaksanaanRajah 2 : Struktur Perlaksanaan Kajian Tindakan

FASA 1Ujian Pra

FASA 3Ujian PosFASA 2IntervensiKaedah latihan bebanan

REFLEKSI

4.3.1 Perancangan Langkah-langkah Tindakan Semasa sesi pengajaran pendidikan jasmani Tahun 5, penyelidik mendapati bahawa sebilangan besar murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran melontar peluru dengan teknik yang betul. Bahkan kelihatan mereka tidak berupaya untuk melontar dengan jarak yang sesuai. Selain itu, kebanyakan mereka seperti membaling lontar peluru tersebut untuk mendapatkan jauh jarak dari tempat lontaran. Penyelidik juga bertanyakan soalan secara lisan bagi mendapatkan maklumbalas dari aktiviti yang mereka lakukan. Sebahagian besar daripada mereka menyatakan tangan yang tidak kuat dan alatan yang digunakan berat. Pada masa inilah penyelidik mendapati permasalahan yang berlaku iaitu mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan tujahan ke atas lontar peluru.Oleh yang demikian, penyelidik perlu mengambil langkah untuk murid-murid dapat meningkatkan kuasa mereka. Kuasa merupakan kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ia juga merupakan kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan ang pantas (mengejut/explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Keadaan ini terjadi adalah hasil daripada kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat. Zaireey Khairuddin (2009) yang dipetik daripada Barror dan Mc Gee (1979), menyatakan bahawa kuasa adalah keupayaan otot menguncup pada tahap maksimum dalam jangka masa yang singkat.Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap sukan adalah melalui latihan(Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun terdapat pendapat atau kaedah latihan lain yang biasa digunakan, penyelidik berpendapat bahawa kaedah latihan bebanan adalah yang paling sesuai digunakan untuk meningkatkan kuasa ke atas tujahan lontar peluru.. Latihan bebanan adalah suatu sistem latihan yang sistematik dimana otot-otot secara beransur-ansur dilatih menggunakan beban dan seterusnya memperbaiki fungsi-fungsi dalam tubuh. Menurut Nur Indri Rahayu,(2003) dalam artikelnya menyatakan bahawa latihan bebanan merupakan suatu sistem dimana beberapa bentuk latihan berat digunakan untuk mendapatkan kuasa, kekuatan, kepantasan dan daya tahan. Noriati A. Rashid (2010),perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama untuk meningkatkan pencapaian melalui amalan penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Melalui amalan-amalan telah dijalankan, pengkaji mempunyai satu pegangan dan nilai dalam keguruan bahawa seseorang murid boleh menguasai sesuatu ilmu, bukan sahaja mereka yang lemah, tetapi guru perlu mengubahsuai sedaya upaya bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat memperoleh sesuatu ilmu yang dipelbagaikan4.3.2 Langkah PerlaksanaanBerikut adalah tindakan atau langkah yang diambil untuk menjalankan aktiviti latihan bebananLangkah Aktiviti Tujuan

1.Bertemu bual dengan GPK Kokurikulum, Pn. Saadiah Bte Syukur.Mendapatkan kebenaran mengkaji.

2.Menjalankan pemerhatian melalui P&PMengenalpasti masalah-murid-murid.

3.Menjalankan aktiviti melambung dan menyambut medicien ball 3 kg dalam jarak 1 meter. Merangsang otot biseps dan triseps

4.Menjalankan aktiviti melambung dan menyambut medicien ball 4 kg.Meningkatkan keupayaan otot terhadap tekanan yang lebih tinggi.

5.Mengangkat medicien ball 3 kg sebelah tangan diluruskan dari bawah tinggi ke atas kepala (berulang kali) (sebelah tangan)Meningkatkan keupayaan otot biseps, triseps, deltoit dan trapezeus.

6.Mengangkat medicien ball 4kg sebelah tangan diluruskan dari bawah tinggi ke atas (berulang kali) Meningkatkan keupayaan otot terhadap tekanan yang lebih tinggi.

7.Melontar peluru yang diubahsuaiMemperbetulkan teknik lontaran

8.Membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid.Menilai tahap keupayaan dan keseronokan murid semasa aktiviti.

9.Menjalankan ujian pos kepada muridMelihat dan menilai tahap penguasaan murid dan keupayaan mereka.

4.4 LINGKARAN PERTAMA 4.4.1 Dapatan dalam Fasa 1Dapatan melalui ujian pra menunjukkan kebolehan dan keupayaan murid-murid dalam melakukan aktiviti melontar peluru sebelum intervensi diberikan. Penyelidik menggunakan borang permarkahan untuk mendapatkan data sejauh manaka lontaran dapat dibuat. Subjek KajianJantinaJarak Lontaran (M)

Subjek 1L4.5

Subjek 2L4.3

Subjek 3L5.4

Subjek 4L5

Subjek 5L3.8

Subjek 6L6.2

Subjek 7P3.5

Subjek 8P2.8

Subjek 9P3.3

Subjek 10P4.1

Jadual 2 : Ujian Pra

4.4.2 Dapatan Dalam Fasa 2Dalam fasa 2 ini., subjek diberikan intervensi untuk meningkatkan keupayaan kuasa mereka. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian terhadap intervensi yang diberikan kepada subjek agar semua subjek diberikan intervensi yang sama.

4.4.3 Dapatan Dalam Fasa 3Dalam fasa ini, penyelidik menjalankan ujian pos untuk melihat keberkesanan hasil intervensi keatas subjekJadual 3 : Analisa dapatan selepas intervensiSubjek KajianJantina Jarak Lontaran (M)

Subjek 1L5.6

Subjek 2L5.2

Subjek 3L6.4

Subjek 4L6.8

Subjek 5L5.2

Subjek 6L7.3

Subjek 7P4.4

Subjek 8P3.9

Subjek 9P4.1

Subjek 10P5

Jadual : Ujian Pos

Jadual 3 : Perbezaan Sebelum dan selepas intervensi diberikan.

Latihan yang berterusan terhadap kaedah latihan bebanan telah menunjukkan kesan positif terhadap peningkatan kuasa terhadap tujahan lontar peluru. Walaupun terdapat sedikit kesalahan teknik melontar yang ditunjukkan oleh subjek namun objektif untuk meningkatkan kuasa terhadap tujahan telah dapat dicapai. Ini terbukti dengan peningkatan graf dimana subjek pertama telah meningkat jarak lontaran sebanyak 19.6%. subjek kedua pula menunjukkan peningkatkatan sebanyak 17.3%. Subjek ketiga mengalami peningkatan sebanyak 15.6%. Untuk Subjek keempat pula peningkatan yang berlaku ialah 26.5%. Subjek kelima telah mengalami peningkatannya dengan 27%. Subjek keenam berlaku peningkatan prestasi sebanyak 15.1%. Bagi subjek ketujuh pula yang merupakan subjek perempuan, berlaku juga peningkatan terhadap keupayaannya dengan 20.5%. Subjek kelapan pula mengalami peningkatan sebanyak 28.2%. Untuk Subjek kesembilan, subjek telah meningkatkan keupayaannya sebanyak 19.5% dan subjek yang terakhir iaitu kesepuluh telah menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 18%.BAB 5PERBINCANGAN, RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan 5.1..1 Adakah aplikasi kaedah latihan bebanan dapat membantu meningkatkan kuasa terhadap tujahan melontar peluru dan jarak lontaran?Dapatan kajian menunjukkan hasil usaha yang berterusan telah memberikan kesan positif terhadap kaedah latihan bebanan yang dilaksanakan oleh subjek. Berdasarkn refleksi awal yang dijalankan., penyelidik merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan kecergasan terutama dalam elemen berkaitan kuasa keatas tujuhan tangan dalam aktiviti melontar. Melalui intervensi yang penyelidik telah jalankan, subjek kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi kuasa ke atas tujahan melontar peluru. Subjek juga merasakan alatan yang digunakan untuk melontar sudah menjadi semakin ringan dari sebelum ini. Ini bermakna latihan bebanan telah meningkatkan kuasa yang merangkumi kelajuan dan kekuatan otot.5.2 RumusanSelepas melakukan intervensi selama 4 minggu program latihan, keputusan menunjukkan kesan positif terhadap kaedah latihan bebanan oleh subjek kajian. Perbezaan analisis data yang dicatatkan menunjukkan program latihan ini telah membuahkan hasil. Kaedah latihan bebanan yang berunsurkan ansur maju dan tambah beban telah meningkatkan kuasa, membina kemahiran dan keupayaan subjek kajian. 5.3 Cadangan Kajian LanjutanAdalah didapati bahawa kaedah latihan bebanan mampu untuk memberikan impak yang positif dalam meningkatkan kuasa, pengkaji merasakan ingin meneruskan kajian tindakan ini tentang isu melempar cakera pula memandangkan aktiviti ini juga melibatkan kuasa untuk mendapatkan jarak lemparan yang jauh.

5.4 PenutupPenyelidik telah diberi peluang untuk mengajar Pendidikan Jasmani dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Penyelidik juga seorang jurulatih sukan dan permainan serta balapan dan padang sekolah. Justeru, penyelidik mudah untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah dari segi penglibatan, kemahiran dan kecergasan. Sikap keterbukaan pihak sekolah juga telah memberi ruang kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ke atas subjek yang dipilih. Kerjasama seumpama ini satu yang amat bermakna kepada penyelidik dimana kolaboratif terjalin antara penyelidik dengan warga sekolah.Perkembangan positif ini diharap dapat meningkatkan lagi motivasi subjek untuk terus meningkatkan tahap kecergasannya dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam mencari atlet-atlet olahraga yang berkemampuan dari segi jasmaninya.

9.0 RujukanAnafariza Bahari (2013 ), Panduan Asas Menyediakan Laporan Kajian Tindakan, Universiti Pendidikan Sultan Idris : www.academia.edu/

Atan Long. (1981) Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur ; Penerbit Bakti Sdn. Bhd

Lee Cheah Liang (2011), Lontar Peluru, Universiti Pendidikan Sultan Idris : http://lcl0902.blogspot.com/2011/12/lontar-peluru.html

Mohad Anizu Mohd Noor & Mohd Nasir Bin Lajewah ( 2008), Keberkesanan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang SUKMA Johor: eprints.utm.my/11937/1/Keberkesanan_Latihan_Bebanan_Terhadap_Kekuatan_Otot_Tangan_Bagi_Atlet_Renang_SUKMA_Johor.pdf

Mohd Majid Konting (1990).. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka

Nur Indri Rahayu (2003), Kebugaran Jasmani Lanjutan, Pendidikan Kesehatan dan Rekreasi : file.upi.edu/Direktori/FPOK/JUR._PEND._KESEHATAN_&_REKREASI/PRODI._KEPERAWATAN/198110192003122NUR_INDRI_RAHAYU/KEBUGARAN_JASMANI_LANJUTAN_ARTIKEL.pdf

Rohani Abdullah. (2011). Perkembangan Kanak-kanak penilaian secara portfolio ; Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Wee Eng Hoe ( 2002 ), Panduan Pengajaran Olahraga, Kepegawaian dan Kejurulatihan : Siri Pendidikan Perguruan, Karisma Publication Sdn. Bhd.Hafizah Harun & Rohana Hashim (2008 ) Kesan Latihan Pliometrik dan latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan, Fakulti Pendidkan Universiti Teknologi Malaysia.http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com/2014/08/keberkesanan-latihan-bebanan-terhadap.htmlhttp://www.slideshare.net/yatingodoh/kajian-tindakan

3