teori-teori, strategi, kaedah

10
Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah: 1. Kaedah inkuiri Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai. 2. Kaedah Perbincangan. Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh. Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas. Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak

Upload: aerieattha

Post on 20-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Teori-teori, strategi, kaedah

TRANSCRIPT

Page 1: Teori-teori, Strategi, Kaedah

Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

1. Kaedah inkuiriGuru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

2. Kaedah Perbincangan.Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

3. Kaedah SumbangsaranTeknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan

Page 2: Teori-teori, Strategi, Kaedah

diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.

4. Kaedah Main PerananTeknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.

5. Kaedah Simulasi.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

6. kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)

Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para

Page 3: Teori-teori, Strategi, Kaedah

guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.

Main Peranan

Pengenalan

Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.  Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

Matlamat

- murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.- Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu

memahami diri sendiri dengan mendalam.- Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan

mengalami sendiri sesuatu situasi.- Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial.- Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas

mengikut situasi watak.- Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri.- Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.- Membantu murid berkomunikasi secara berkesan.- Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

Main Peranan

- Satu teknik mengajar dalam bilik darjah.- Merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa

menggunakan sebarang skrip.  

Page 4: Teori-teori, Strategi, Kaedah

- Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

- Dengan kata lain ain peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid2 lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

- Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

- Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannyamelalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

- Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran bertutur dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secara pantas dan terkawal.

Prinsip-Prinsip Main Peranan.

- Untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan, senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan.

- Peranan pelajar dalam main peranan hendaklah jelas agar perjalanan main peranan berjalan lancar.

- Peserta diberikan masa yang cukup untuk mebuat persediaan.- Masa yang paling sesuai diperuntukkan untuk aktiviti main peranan adalah

antara 15-20 minit.

Jenis-Jenis Main Peranan.

1. Memerihal- Salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan sesuatu masalah- Contoh : pelajar meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan

satu lawatan sambil belajar.

2. Demonstrasi

Page 5: Teori-teori, Strategi, Kaedah

- Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi.

3. Latihan- Melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur

dalam situasi perbualan formal.

4. Cerminan- Menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang lain.

5. Kepekaan- Mewujudkan kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap sesuatu situasi

ataupun orang lain

Tujuan 

Untuk kuasai kemahiran.  Melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan    Melatih murid kemahiran menyusun ayat menggunakan sebutan yang tepat.  Untuk membina pemikiran secara analitis dan kitis. Murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk mengambarkan

cara penyelesaian yang dilakukan Untuk membina sikap positif. Masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal melibatkan unsur2

pertentangan sosial. Melalui simulasi, konflik ini dapat diselesaikan. Untuk kaitkan isi pelajarandengan aspek afektif. Melalui lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat

menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. Untuk membawa situasa yang sebenar ke dalam bilik darjah. Menjelaskan konsep ‘demokrasi’ murid2 boleh berlakon penggundi2 dalam

situasi pilihan raya yang direka. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa boleh dicapai melalui aktiviti perbincangan

dalam aktiviti kumpulan. Membantu murid mempertingkatkan penuasaan kemahiran bahasa dengan

berkesan.

Page 6: Teori-teori, Strategi, Kaedah

Prinsip2 Pelaksanaan Simulasi

Guru rancang situasi yang bermasalah dan wujudkannya secara bertulis/ lisan di dalam kelas.

Sebelum jalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkasa tentnag masalah, peranana watak2 tempoh masa sesi simulasai perlu diberikan.

Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Skrip lakonan disediakan & diedarkan kepada murid2 yang dipilih untuk berlakon

untuk berlakon terlebih dahulu. Sediakan alatan seperti topeng untuk  berlakon (jika perlu). Semasa sesi berlangsung, guru pastikan murid lain menjadi penonton benar2

menumpukan perhatian terhadap cara penyelesaian masalah. Selepas sesi simulasi, bermaindisediankan Suatu rumusan harus dicapai

Ciri-Ciri Model Bandura.

Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai

model. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang

berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah

laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

 Langkah2 Pelaksanaan Simulasi

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan. Guru terangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah peranan watak2 &

tempoh lakonan. Guru memilih murid2 menjadi pelakon2 Murid2 berdasarkan watak2, mainkan peranan merekamereka dalam sesi

simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya. Guru bincang dengan murid tentang prestasi pelakon2 & cara menyelesaikan

masalah.

Page 7: Teori-teori, Strategi, Kaedah

Guru membimbing murid2 membuat rumusan.

Contoh2 SIMULASI

1.     Pemusatan kepada masalah.

- Murid berbincabg tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.

- Contoh2 situasi: a. Menetukan lokasi sesuai untuk pembinaan komdominium.b. Vandelisme harta benda sekolah.

2.    Pemusatan kepada penerbitan.

- Murid berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan suatu projek atau penerbitan.

- Contoh2 situasi:a. Menerbitkan majalahb. menerbitkan rancangan berita televisyen.

Contoh Pelajaran Melalui Teknik Simulasi

- Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan moral

Tajuk               : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup secara berkelompok.

Watak-watak   : Harimau, anak kerbau, sekumpulan lembu.

LANGKAH2 MENGAJAR :

1.     Permulaan.

-          Guru Wujudkan Satu Situasi.

-          Cth: Seekor Anak Kerbau Diburu Oleh Seekor Harimau. Bagaimana Anak Kerbau Deapat Diselamatkan?

Page 8: Teori-teori, Strategi, Kaedah

2.    Sesi simulasi (lakonan)

-          Seorang murid memakai topeng harimau mrngejar seorang murid yang memakai patung anak kerbau.anak kerbau berlari dengan perasaan takut tetapi bsempat dilindungi oleh murid2 yang memainkan peranan sebagai kerbau hidup sekelompok.

-          Kerbau membentuk satu bulatan melindungi anak kerbau di dalamnya.

-          Harimau cuba masuk bulatan tetapi tidak Berjaya dan akhirnya meninggalkan sekumpulan kerbau dengan perasaan kecewa.

3.    Penutup:

-          Guru bincang dengan murid tentang lakonan yang telah selesai dijalankan.

-          Guru bombing nurid membuat rumusan yang mengaitkannya dengan konsep perpaduan rakyat.