hsk 203/3:: sejarah teori dan kaedah

22
ISI KANDUNGAN Tajuk m/s 1.0 Pengenalan. 2- 3 2.0 Analisis dan persoalan pentakrifan sejarah menurut sarjana R. G Collingwood, E. H. Carr dan F. J Teggart. 3- 11 3.0 Kesimpulan. 12 4.0 Rujukan. 13 1 | Page

Upload: iamnew

Post on 08-Nov-2015

341 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Dengan merujuk kepada pandangan para sa rjana seperti R. G Collingwood, E. H Carr dan F. J Teggart bincangkan apa kah yang ditakrifkan sebagai sejarah.

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Tajuk m/s

1.0 Pengenalan.2-32.0 Analisis dan persoalan pentakrifan sejarah menurut sarjana R. G Collingwood, E. H. Carr dan F. J Teggart.3-113.0 Kesimpulan. 12 4.0 Rujukan. 13

** Soalan: Dengan merujuk kepada pandangan para sarjana seperti R. G Collingwood, E. H Carr dan F. J Teggart bincangkan apa kah yang ditakrifkan sebagai sejarah.

1.0 Pengenalan.Secara umumnya perkataan sejarah ini berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud Syajaratun iaitu pohon. Perkataan sejarah (history), yang asalnya dari perkataan Yunani yang bermaksud penyelidikan iaitu dimaksudkan sebagai peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu dan juga ingatan yang tercatat mengenai masa lalu itu.[footnoteRef:1] Pendefinisian sejarah adalah berbeza mengikut sarjana misalnya menurut Prof. Dr. H. Muhammad Yamin sejarah adalah cabang ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan fakta- fakta. Manakala, menurut Dr. R. Ruslan Abdul Gani sejarah adalah cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara sistematik perkembangan masyarakat serta manusia di masa lampau berserta kejadian-kejadian yang berlaku pada masa lampau. [1: Lihat W. E. Caldwell, The Ancient World (New York: Holt, Rinehart and Winston Press, 1965), Introduction, hlm ix. dlm E. H Carr, Pengertian Sejarah, 1986, (terjemahan oleh Muhd Yusof Ibrahim), hlm 6.]

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sejarah dapat diertikan sebagai asal usul (keturunan), salasiah; peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dogeng itu menjadi fakta; dan ilmu kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh.[footnoteRef:2] [2: Lihat Dewan Bahasa dan Pustaka, asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah, hlm. 1411-1412.]

Walau bagaimanapun, menurut R. Suntharalingam (1985) dalam bukunya Pengenalan Kepada Sejarah, beliau menyatakan bahawa definisi yang diberikan ini tidak memberi keterangan yang lengkap atau hanya memberi keterangan yang singkat, dan menyatakan beberapa definisi yang berlainan yang boleh menimbulkan kekeliruan.[footnoteRef:3] [3: R. Suntharalingam. Pengertian Sejarah. Dalam Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur, Marican & Sons, 1985, hlm. 3.]

Lantas, bagi mendapatkan pengertian sejarah secara luas dan tepat, penulis akan menganalisis dan membincangkan takrifan sejarah ini dengan merujuk pandangan para sarjana seperti R.G Collingwood, E. H Carr dan F. J Teggart.

2.0 Analisis dan persoalan pentakrifan sejarah merujuk sarjana R. G Collingwood, E. H Carr dan F. J Teggart. Sains menyelidiki sesuatu perkara dan dari segi itu sejarah adalah sejenis sains[footnoteRef:4]. [4: Lihat dalam karya R. Suntharalingam dalam bukunya Pengenalan Kepada Sejarah, yang mengulas mengenai pandangan R. G Collingwood dalam Bab 1: Pengertian sejarah, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 4]

Menurut R. G Collingwood sejarah ialah unsur pemikiran. Pada pendapat penulis jika kita analisis pengertian sejarah ini menurut pandangan R. G Collingwood ini membawa maksud sejarah ini ada kaitannya dengan unsur pemikiran[footnoteRef:5]. Persoalan penulis pertama ialah penulis tertanya-tanya unsur pemikiran yang bagaimanakah dikatakan ianya sebagai sejarah?, persoalan kedua pula, adakah unsur pemikiran ini dianggap penting dan boleh diiktiraf sebagai fakta sejarah?. Oleh itu, untuk mendapat jawapan bagi setiap persoalan penulis, maka kita lihat menurut Collingwood sejarah sebagai unsur pemikiran ini merujuk kepada teologi ataupun sains semula jadi dan perkara ini ialah satu bentuk pemikiran yang khusus seperti pernyataan di atas. Unsur ini juga telah membezakan sejarah sains semula jadi. Hal ini juga beliau mentakrifkan sejarah ini ialah mengkaji tindak- tanduk manusia dari dua segi iaitu lahiriah dan dalaman. Unsur-unsur ini ianya terangkum dalam elemen pemikiran tidak wujud atau timbul dalam sains semula jadi. Unsur dalaman ini merujuk kepada pemikiran manusia yang mencetuskan sesuatu peristiwa sejarah[footnoteRef:6]. Manakala unsur lahiriah ini pula merujuk kepada aspek fizikal tindakan tindak- tanduk sesuatu peristiwa itu sendiri[footnoteRef:7]. [5: R. G Colingwood, The Idea of History (Terj.) Muhd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur 1985, hlm 117-120] [6: Lihat, R. Suntharalingam, Pengertian Sejarah: Ruang Lingkup Sejarah, dlm. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons, 1985, hlm. 15.] [7: R. Suntharalingam, op. cit. (buku yang telah disebut di atas), yakni hlm. 16]

Oleh itu, dalam isu ini kita lihat contohnya peristiwa yang ditulis oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali yang bertajuk Tentangan Terhadap Pentadbiran British di Perak 1874-1875. Dalam tulisan ini memberi tumpuan kepada pembunuhan J. W W Birch di Pasir Salak pada 2 hb November 1875. Jika dinilai melalui pandangan R. G Collingwood iaitu pertama aspek dalaman ialah merujuk kepada faktor-faktor yang membawa kepada perancangan tindakan membunuh itu. Oleh itu, menurut Abdullah Zakaria pembunuhan dilakukan kerana British melaksanakan dasar-dasar yang menggugat politik dan kedudukan pembesar Melayu serta memperkenalkan sistem Residen di Perak. Dari segi lahiriah pula merujuk cara-cara rancangan membunuhnya, siapakah membunuhnya, bagaimana Birch dibunuh, apakah senjata yang digunakan dan sebagainya[footnoteRef:8]. Selaras dengan idea Collingwood menyatakan bahawa ruang lingkup sejarah ialah ahli sejarah akan mengambil kira hal-hal yang melibatkan nasib manusia. [8: Abdullah Zakaria Ghazali, Tentangan Terhadap Pentadbiran British di Perak 1874-1875, Malaysia dari segi Sejarah, 1981, hlm. 103-116.]

Namun begitu, berdasarkan analisis penulis terhadap takrifan sejarah Collingwood ini juga mendapat kritikan. Menurut penulis unsur-unsur pemikiran ini sebenarnya sukar atau tidak dapat dikesan atau diperoleh bukan itu sahaja malah, kajian sejarah mengikut unsur ini nampaknya adalah sukar untuk dilakukan berdasar unsur lahiriah dan dalaman yang menceritakan keseluruhan aspek kajian sejarah. Hal ini juga disokong oleh F. J Teggart yang menyatakan unsur ini tidak perlu dikaji kerana mereka hanya tertumpu kepada tindakan individu semata-mata.[footnoteRef:9] Maka jelas bahawa unsur dalaman dan lahiriah tidak mendapat tempat dalam kajian F.J Teggart. Malah, Profesor W. H Walsh dalam bukunya juga menyatakan bahawa Collingwood telah secara sengaja menyempitkan istilah pemikiran ini dan bantahan kepada usaha Collingwood untuk menyingkirkan soal perasaan dan emosi dari lingkungan sejarah. [footnoteRef:10] [9: R. Suntharalingan, op. cit. (buku yang telah disebut di atas di halaman yang sama, yakni hlm. 15)] [10: W. H. Walsh, An Introduction to Phisolophy of History, London, 1979, hlm. 210-217.]

Sejarah itu ialah suatu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau[footnoteRef:11] . [11: E. H. Carr, What is History?. (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 17-20.]

Seterusnya pula, takrifan sejarah menurut E. H Carr. Berdasarkan pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pengkajian sejarah ini tidak pernah selesai sampai bila-bila kerana ianya merupakan tugas ahli sejarah. Oleh itu menurut E. H Carr kajian oleh ahli sejarah ini merupakan kajian sebab musabab (causation). Beliau juga menyatakan sudah menjadi tugas ahli sejarah untuk mencari semua sebab-musabab yang mencetuskan sesuatu peristiwa dan mengaturnya dengan hierarki yang munasabah agar ia dapat menjelaskan apa-apa yang sebenarnya yang berlaku. Hal demikianlah menurut beliau sejarah ini proses interaksi antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya kerana dalam kajian sejarah beliau menyatakan bahawa semasa susunan-susunan fakta perlu dilakukan, yang dianggap sebab utama didahulukan dan dianggap sebagai sebab sampingan dikemudiankan. Semasa penghuraian fakta pula, faktor utama itu dijelaskan dengan terperinci dengan faktor-faktor sampingan itu dikaitkan juga.[footnoteRef:12] Oleh itu, E. H. Carr juga menyatakan juga sejarah terdiri daripada sekumpulan fakta fakta yang telah diteliti dan dipastikan kebenarannya. Fakta fakta tersebut telah dikumpulkan oleh ahli sejarah daripada dokumen-dokumen, surat-surat dan sebagainya untuk mendapatkan bukti agar sesuatu perkara itu benar- benar berlaku. [footnoteRef:13] [12: E. H. Carr, (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm. 93-97] [13: E. H. Carr, (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm. 4.]

Selain itu, E. H Carr mentakrifkan sejarah ini dengan merujuk sejarah ini kepada bidang yang rasional tentang pemikiran manusia. Dalam menganalisis pentakrifan ini maka timbul persoalan oleh penulis yang utama iaitu adakah hanya kajian sejarah yang didorong oleh unsur pemikiran sahaja akan dikaji?. Persoalan kedua bagaimanakah sejarah dianggap sebagai bidang yang rasional dan berkaitan pula dengan pemikiran manusia?. Persoalan ketiga adakah pemikiran manusia ini akan menentukan sesuatu kajian sejarah itu?. Maka untuk menjawab persoalan yang diutarakan ini perkara yang penting menurut E. H Carr ialah dalam pengkajian sejarah memerlukan kita menghuraikan fakta-fakta yang diperoleh. Oleh itu, fakta-fakta ini bukanlah diperoleh secara tetap kemudian ahli sejarah tinggal menghuraikan sahaja tetapi fakta- fakta ini E. H Carr ibaratkan sebagai ikan yang banyak dalam sebuah samudera yang luas dan bukan semua perkara sampai ahli sejarah.[footnoteRef:14] Maka ianya bergantung pada apa-apa yang ditangkap oleh ahli sejarah yang bergantung pada nasib ataupun pemikiran ahli sejarah yang menentukan fakta sejarah itu dipilih untuk dikaji atau dihuraikan maka, secara jelas pemikiran ahli sejarah dalam tuntutan fakta ini mempengaruhi kajian sejarah dan perkara inilah yang akan dikaji. [14: E. H. Carr, (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm 20]

Perkara kedua pula ialah sesuatu yang lebih lazim, iaitu tentang perlunya ahli sejarah mempunyai kefahaman imaginatif terhadap pemikiran orang-orang zaman tengahan atau zaman dahulu kerana ianya perlu rasional untuk menceritakan sejarah zaman dahulu. Contohnya kita merujuk kepada karya oleh J. Burckhardt menyelitkan kefahaman imaginatif terhadap peristiwa zaman lampau Contohnya kajian mengenai Perang Tiga Puluh Tahun: dengan jelas menyatakan Adalah memalukan sesuatu kepercayaan. Tidak kira sama ada Katholik atau Protestant, bagi mengutamakan untuk menyelamatkan dirinya sendiri lebih daripada maruah bangsa.[footnoteRef:15] Oleh sebab itulah E. H Carr menyatakan sejarah inilah bidang yang rasional tentang pemikiran manusia apabila ahli sejarah menulis sejarah dengan mempunyai pemahaman fikiran masa lampau. [15: Lihat J. Burckhardt, Judgements on History and Historians, menerangkan secara menyeluruh dan pandangannya mengenai Perang Tiga Puluh Tahun, 1959, hlm. 179]

Maka, kita dapat lihat bahawa kajian sejarah tidaklah hanya sekadar menghurai dan mengungkapkan fakta sejarah sahaja, tetapi pemikiran ahli sejarah juga menggambarkan pendedahan motif, niat, dorongan, kaedah dan pengaruh yang mencetuskan keadaan itu. Maka terjawablah bahawa pemikiran ahli sejarah kepada satu peringkat ini telah menghuraikan motif dan sebab sesuatu pelaku yang mengatasi kejadian yang dikaji. Seterusnya penulis akan membincangkan pula takrifan sejarah menurut pandangan sarjana F. J Teggart. Secara umumnya, jika kita membaca karya beliau berjudul Theory and Processes of History kita dapat melihat pandangan beliau mengenai takrifan sejarah adalah mengkaji sesuatu perkara yang memberi impak kepada rakyat atau negara yang dianggap penting. Maknanya peristiwa yang tidak memberi kesan kepada rakyat tidak dikaji. Misalnya Teggart menyangkal tanggapan bahawa sejarah mengkaji nasib individu-individu, ataupun perubahan-perubahan berkenaan dengan kehidupan peribadi orang-orang.[footnoteRef:16] Kenyataan ini dapat dikukuhkan menerusi karya hasil tulisan beliau Theory and Processes of History, beliau menyatakan bahawa, [16: R. Suntharallingan. Pengenalan Kepada sejarah. Kuala Lumpur 1985, Hlm 9.]

it is a point borne in upon us by the events of the events of t he last few decades that history is concerned, not with the everyday life of individuals, but with happenings which affect the welfare of communities in a higher sense than the vicissitudes of mens private fortunes.[footnoteRef:17]. [17: Frederick J. Teggart. Theory and Processes of History. Gloucester: Mass, 1972, hlm. 18]

Maka berdasarkan analisis ini timbul persoalan bagaimanakah pula tentang nasib sejarah golongan dari bawah?. Adakah tidak dikaji sama sekali contohnya sejarah sumbangan kaum wanita di Tanah Melayu semasa zaman pemerintahan Jepun?. Adakah kajian ini hanya tetap kepada sejarah yang memberi kepada masyarakat dan negara sahaja?. Kerana pernyataan di atas menjelaskan bahawa suatu tindakan manusia dapat mempengaruhi nasib bangsa serta tindakan tersebut perlu berkaitan dengan kebajikan masyarakat barulah sejarah tersebut akan dikaji. Untuk menjawab persoalan ini diperkukuhkan dengan jelas dalam karya beliau misalnya, jika kita analisis berdasarkan karya Theory of History, F.J Teggart menyatakan bahawa bidang kajian sejarah hanya tertumpu kepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan terhadap sesuatu kelompok seperti rakyat atau negara.[footnoteRef:18] Tindak-tanduk ini merupakan tindakan atau perilaku yang membawa maksud langkah, perbuatan atau perlakuan.[footnoteRef:19] Maka berdasarkan pandangan ini, dalam makna kata lain menyatakan bahawa pensejarahan atau suatu peristiwa sejarah itu dianggap sebagai sejarah, apabila adanya tindakan manusia seperti seseorang individu yang mempunyai pengaruh besar dalam suatu peristiwa atau kejadian. Tindakan ini seterusnya memberi kesan terhadap komuniti masyarakat sekeliling dan seterusnya kepada negara itu sendiri. [18: R. Suntharalingam, loc. cit. (buku yang telah disebut di atas di halaman yang sama), yakni hlm. 9] [19: Lihat Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, 1. apa-apa yang dilakukan; perbuatan. 2. segala tingkah laku (perbuatan,kelakuan), 2007, hlm. 168. ]

Maka jelas kerana penulis menganalisis pernyataan pandangan F.J Teggart bahawa persoalan kedua yang ditimbulkan penulis tidak dikaji kerana seperti kita sedia maklum bahawa tindak-tanduk individu ini kebiasaannya adalah terdiri daripada golongan lapisan utama, golongan pemerintah atau golongan atasan. Pendek kata, kajian dan pandangan yang diberikan oleh F.J Teggart merupakan kajian pensejarahan yang berkisar atau tertumpu kepada golongan pemerintah atau tokoh dalam politik. Walaupun begitu, menjawab persoalan ketiga F.J Teggart juga menyatakan kajian merangkumi kepentingan terhadap nasib bangsa iaitu tindakan yang dilakukan oleh manusia yang akan memberi kesan dan dapat pengaruhi nasib sesuatu bangsa dan negara juga akan dikaji. Ianya tidaklah semata-mata hanya mengkaji tentang politik sahaja. Selain itu, F.J Teggart berpendapat bahawa peristiwa sejarah yang sahih kejadiannya perlu merangkumi kesepaduan dan keterikatan antara bahagian permulaan, pertengahan dan pengakhiran peristiwa. Hal ini lebih menjurus kepada tindakan kepada isu perjuangan dan pertengkaran antara kelompok masyarakat dan akhirnya memberi impak terhadap masyarakat tersebut. Sebagai contohnya, dalam kajian sejarah di Eropah pada abad ke 19, beliau menitikberatkan kebangkitan fahaman nasionalisme dan usaha negara-negara untuk mempertahankan kemerdekaan mereka, terutamanya melalui peperangan.[footnoteRef:20] [20: R. Suntharalingam. loc. cit. (buku yang telah disebut di atas di halaman yang sama), yakni hlm. 9.]

Jika kita melihat pada sejarah yang berlaku di negara kita, pandangan F.J Teggart ini boleh diguna pakai melalui peristiwa di mana tentera Jepun datang menawan Tanah Melayu sekitar tahun 1941-1945. Tindakan yang dilakukan oleh tentera Jepun yang melakukan kekerasan terhadap masyarakat tempatan telah menyebabkan masyarakat pada masa itu hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Sebagai contoh, masyarakat Tanah Melayu dipaksa mencatu makanan akibat sistem catuan yang diperkenalkan oleh pemerintahan Jepun. Kesannya, masyarakat bangkit menentang pentadbiran Jepun di Tanah Melayu melalui gerakan-gerakan seperti MPAJA, Force 136 dan Askar Wataniah. Melalui contoh ini, dapat diringkaskan bahawa F.J Teggart melihat ruang lingkup sejarah terbatas kepada ap-apa yang boleh disifatkan sebagai tindakan manusia, baik yang dilakukan oleh sesuatu kelompok mahupun seseorang individu. Contoh peristiwa lain yang sesuai dengan pandangan F. J Teggart ialah peristiwa 13 Mei 1967 yang memberi kesan kepada bangsa dan negara misalnya dalam buku Goh Cheng Teik. [footnoteRef:21] [21: Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, Kuala Lumpur, 1971, hlm. 5-27.]

Di samping itu, F.J Teggart telah merujuk pada kajian pensejarahan yang dilakukan oleh bapa sejarah dunia iaitu Herodotus. Dalam kajian tersebut, Herodotus mengkaji tentang Perang Parsi yang melibatkan nasib masyarakat atau orang Yunani dan Parsi, manakala Polybius dan Livy pula mengkaji tentang kebangkitan Rom dalam usaha menjadi kuasa besar dunia.[footnoteRef:22] Hal ini membuktikan bahawa pandangan F.J Teggart ini boleh diterima kerana ia selari dengan pandangan tokoh-tokoh sejarah tersebut yang sehingga kini masih diguna pakai dalam pengkajian sejarah iaitu pengkajian tentang sebab musabab sejarah.. [22: R Suntharalingam, op. cit. (buku yang telah disebut di atas), hlm. 9- 12.]

Persoalan penulis juga, dapat pendapat F. J Teggart ini dipertahankan?. Benarkah sejarah hanya ingin mengkaji tindakan sosial manusia yang meninggalkan kesan ke atas rakyat atau negara?. Oleh itu, satu lagi bukti yang boleh digunakan untuk menerima pendapat F.J Teggart dalam aliran yang dibawanya ialah menerusi karya nukilan R.J Wilkinson, A History of Peninsular Malays yang berkisar tentang penghijrahan orang Melayu ke Semenanjung, kegiatan awal kaum itu, kemunculan Kesultanan Melaka, kedatangan dan perluasan kekuasaan politik kuasa-kuasa barat di negeri-negeri Melayu.[footnoteRef:23] Perjalanan ini akhirnya diceritakan memberi kesan kepada masyarakat Melayu. Dalam karya ini, Wilkinson hanya menceritakan perihal tindakan sosial Parameswara sebagai pengasas negeri Melaka. Oleh itu, Pandangan yang dibawa oleh Teggart ini perlu difahami dan diteliti untuk mengetahui ruang lingkup sejarah yang dibawa olehnya. [23: R. J Wilkinson (penyunting), Papers on Malay Subjects. Selected and Introduced by P. L Burns, Kuala Lumpur 1971, hlm 15-132, dalam R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, 1985, hlm. 10-11.]

Namun begitu berdasarkan analisis penulis bahawa takrifan sejarah oleh F. J Teggart juga terdapat banyak kelemahan dan kritikan yang dibawa oleh beliau. Penulis berpendapat bahawa aliran pensejarahan F.J Teggart hanya berkisar tentang tindak-tanduk manusia sahaja. Misalnya, menurut R. Suntharalingam, pandangan F.J Teggart ini telah menyempitkan ruang lingkup kajian sejarah. Hal demikian kerana ia hanya menumpukan perhatian terhadap tindak-tanduk tokoh-tokoh atau golongan atasan seperti raja, bendahara, menteri, panglima, ahli politik dan sebagainya. Golongan ini dikatakan dapat mencetuskan sesuatu yang memberi kesan terhadap masyarakat dan negara walaupun F. J Teggart menyatakan bahawa individu yang memberi kesan atau sumbangan yang membawa perubahan kepada negara juga dikaji. Sebaliknya, menurut penulis penceritaan sejarah tentang masyarakat marhaen yang berada pada kelas bawahan tidak diceritakan atau dikaji dengan lebih mendalam sedangkan mereka juga memberi sumbangan yang besar terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya, golongan petani, pekerja kilang, hamba abdi dan wanita telah memberi kesan yang besar terhadap kegiatan ekonomi. Penceritaan tentang hal-hal yang melibatkan nasib peribadi juga tidak diberi tumpuan.Berbalik pada karya tulisan Wilkinson yang menjadi pegangan Teggart untuk mempertahankan pendapatnya, Wilkinson telah menolak tepi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal peribadi seperti perkahwinan, hubungan dengan ibu bapa dan saudara-mara. Hal ini demikian kerana perkara-perkara ini tidak mempunyai perkaitan dengan sejarah walaupun sebenarnya, keperibadian itu menjadi asas kepada tindak-tanduk seseorang individu.Lantaran itu, pendapat penulis kita perlu memperluaskan ruang lingkup pensejarahan dengan mengkaji pandangan-pandangan yang dibawa oleh tokoh-tokoh sejarah yang lain seperti Karl Max, Lucien Febvre, Ranke, Collingwood dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengetahui secara keseluruhan teori pensejarahan dengan lebih meluas. Tokoh-tokoh ini juga mempunyai pandangan dan pendapat mereka tersendiri dalam mentafsir makna sejarah dan pensejarahan.

3.0 Kesimpulan.Kesimpulannya ialah menurut penulis analisis dalam pentakrifan sejarah kali ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pembaca dan penulis sendiri tentang ciri-ciri takrifan sejarah mengikut sarjana-sarjana yang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Analisis kali ini penulis membuat takrifan sejarah dengan merujuk kepada ketiga-tiga tokoh yang dinyatakan iaitu R. G Collingwood, E.H Carr dan F. J. Teggart untuk menilai setiap pandangan yang berbeza oleh ketiga-tiga sarjana ini. Maka dalam penilaian ini juga penulis telah timbulkan beberapa persoalan terhadap takrifan setiap sarjana ini adakah ianya bersesuaian atau tidak untuk diterima serta dikemukakan juga contoh-contoh peristiwa dan tokoh-tokoh yang menyokong persoalan yang diutarakan. Oleh itu, secara ringkasnya pandangan penulis sendiri berdasarkan tokoh-tokoh tersebut kita dapat lihat bahawa pengertian sejarah ini telah memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu sejarah ini bersifat kajian dan kajian dilakukan oleh sarjana sendiri dengan menyelidik fakta-fakta yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa sesuai dengan ungkapan R. G Collingwood. Perkara kedua bahawa sejarah ini ditujukan kepada tindakan sosial manusia serta kesan sejarah yang memberi impak kepada bangsa dan negara dan hasil kajian itu disampaikan melalui tulisan yang dibuat oleh ahli sejarah seiring dengan pembawaan F. J Teggart yang menekankan perkara dinyatakan itu. Perkara ketiga dapat yang penulis dapat analisis dan untuk pembaca sama-sama faham bahawa sejarah ini perlulah rasional terhadap sesuatu perkara yang berlaku sesuai dengan zaman yang dikaji atau berfikiran imaginatif agar sejarah ini rasional seiring dengan pemikiran manusia seperti yang dilaung-laungkan oleh E. H Carr. Maka secara keseluruhannya bahawa pentakrifan ketiga-tiga tokoh ini sememangnya boleh digunakan namun ahli sejarah itu perlulah menyampaikan sejarah itu berdasarkan fakta-fakta dan sumber yang tepat supaya sejarah dihasilkan mempunyai nilai tersendiri dan sebagaimana ia benar-benar berlaku.

4.0 Rujukan.

4.1 Buku Abd. Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Abdullah Zakaria Ghazali. (1981).Tentangan Terhadap Pentadbiran British di Perak 1974- 1875. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Burckhardt, J. (1958). Judgements on History and Historians. United State: Beacon Press.

Caldewell, W. E. (1965).The Ancient World. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Collingwood, R. G. (1966). The Idea of History. London: Oxford University Press.

Carr, E. H. (1965).What is History. Middlesex, England: Penguin Books Ltd.

Goh Cheng Teik (1971). The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Suntharalingam, R. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.

Teggart, F. J. (1960). Theory and Process of History. United State: Yale University Press.

Teggart, F. J. (1960). Theory of History. United State: Yale University Press.

Walsh, W. H. (1951). An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson University Press.

Wilkinson, R. J. (1971). Papers on Malay Subjects. Selected and Introduced by P. L Burns. Kuala Lumpur.

4.2 Kamus.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi ke-4). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14 | Page