teori perkembangan moral lawrence kohlberg

4
TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG LAWRENCE KOHLBERG (1927- 1987) Dianggap sebagai pelopor utama dalam teori perkembangan moral Beliau adalah ahli psikologi perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan Merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi social Universiti Harvard. Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu. Beliau mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan merupakan pengkaji yang masyur dalam bidang ini. Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat bahawa penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak mrnjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang . Perkembangan moral oleh Kolhberg dikupad ddengan lebih terperinci di dalam tiga peringkat utama. Setiap tahap mengandungi 2 peringkat penaakulan moral. PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG TAHAP 2: KONVENSIONAL PERINGKAT 3: ORIENTASI PERLAKUAN BAIK PERINGKAT 4: AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL DAN ETIKA PERATURAN TAHAP 1: PRA- KONVENSIONAL PERINGKAT 1: ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN . PERINGKAT 2: ORIENTASI GANJARAN PERIBADI

Upload: mohd-hazwan-zulkifli

Post on 11-Dec-2014

90 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

LAWRENCE KOHLBERG (1927- 1987)

Dianggap sebagai pelopor utama dalam teori perkembangan moral Beliau adalah ahli psikologi perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam bidang

pendidikan Merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi social Universiti Harvard. Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu. Beliau mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan merupakan

pengkaji yang masyur dalam bidang ini. Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat bahawa penaakulan moral berkait

dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak mrnjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang .

Perkembangan moral oleh Kolhberg dikupad ddengan lebih terperinci di dalam tiga peringkat utama. Setiap tahap mengandungi 2 peringkat penaakulan moral.

PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG

TAHAP 3: POS-KONVENTIONALPERINGKAT 5:

ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDUPERINGKAT 6:

ETIKA PRINSIP SEJAGAT

TAHAP 2: KONVENSIONALPERINGKAT 3:ORIENTASI PERLAKUAN BAIK

PERINGKAT 4: AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL DAN ETIKA

PERATURAN

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONALPERINGKAT 1: ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN

.

PERINGKAT 2: ORIENTASI GANJARAN PERIBADI

Page 2: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL

Tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. terdapat 2 peringkat. iaitu:

PERINGKAT 1: ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN

Pada peringkat ini,pemikiran moral kanak-kanaklebih mementingkan diri sendiri. Mereka mematuhi dan mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan

diterima sekiranya melanggar peraturan.

PERINGKAT 2: ORIENTASI GANJARAN PERIBADI

Pada peringkat ini, individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.

Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana ganjaran yang bakal diterima. Contoh: “apakah yang akan saya dapat sekiranya saya melakukan apa yang disuruh”

TAHAP 2: KONVENSIONAL

Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi 2 peringkat, iaitu:

PERINGKAT 3: ORIENTASI PELAKUAN BAIK

Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang persekitaraan.

Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan,

Mereka ingin melihat diri mereka sebagai ‘anak yang baik’mengikut arahan.

Page 3: Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

PERINGKAT 4: AKUR KEPADA ALIRAN SISTEM SOSIAL DAN ETIKA PERATURAN

Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.

Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang. Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga

kesejahteraan komuniti.

TAHAP 3: POS-KONVENSIONAL

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Terdapat 2 peringkat dalam tahap ini, iaitu:

PERINGKAT 5: ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDU

Pada peringkat ini, individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk

mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat.

Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternative.

Undang-undang dipatuhi jika ia menepati hak-hak asasi individu.

PERINGKAT 6: ETIKA PRINSIP SEJAGAT

Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang.

Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.

Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semu individu dan menghormati maruah dan prinsip individu yang lain.