mklmt moral

28
Amalan Terbaik dalam Pendidikan Moral merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang diamalkan oleh guru cemerlang dan berpengalaman dalam mata pelajaran ini. Amalan terbaik mata pelajaran Pendidikan Moral dikenal pasti selepas beberapa kaedah P & P yang diamalkan oleh guru-guru didapati berkesan dalam bilik darjah. Antara amalan terbaik yang dikenal pasti ialah pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran berdasarkan kecerdasan pelbagai, pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta Theory of Constraints (TOC). Kaedah Dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Moral Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral adalah berasaskan aktiviti yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Oleh itu guru perlu merancang P & P supaya aktiviti di bilik darjah berjalan lancar. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan guru dalam P & P Pendidikan Moral seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pengaplikasian kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan TOC. Guru digalakkan menggabungkan pelbagai kaedah P & P supaya aktiviti P & P di bilik darjah menarik dan berkesan. Selain kaedah-kaedah tersebut, terdapat pelbagai teknik P & P yang boleh dijalankan oleh guru-guru di bilik darjah. Antara teknik yang kerap digunakan dalam P & P Pendidikan Moral adalah seperti yang berikut. 1. Aktiviti Lisan o Sumbang saran o Perbincangan berpasangan (Think-pair-share) o Perbincangan kumpulan o Bercerita o Nyanyian o Perbahasan o Main peranan o Drama atau lakonan o Simulasi 2. Aktiviti Penulisan Interaktif

Upload: fatinah-r

Post on 03-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penyelesaian masalah

TRANSCRIPT

Page 1: Mklmt Moral

Amalan Terbaik dalam Pendidikan Moral merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang

diamalkan oleh guru cemerlang dan berpengalaman dalam mata pelajaran ini. Amalan terbaik mata

pelajaran Pendidikan Moral dikenal pasti selepas beberapa kaedah P & P yang diamalkan oleh guru-

guru didapati berkesan dalam bilik darjah. Antara amalan terbaik yang dikenal pasti ialah

pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran

berdasarkan kecerdasan pelbagai, pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

serta Theory of Constraints (TOC).

Kaedah Dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Moral

Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral adalah berasaskan aktiviti yang memerlukan

penglibatan murid secara aktif. Oleh itu guru perlu merancang P & P supaya aktiviti di bilik darjah

berjalan lancar.  

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan guru dalam P & P Pendidikan Moral seperti

pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pengaplikasian

kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan TOC. Guru digalakkan

menggabungkan pelbagai kaedah P & P supaya aktiviti P & P di bilik darjah menarik dan berkesan.

Selain kaedah-kaedah tersebut, terdapat pelbagai teknik P & P yang boleh dijalankan oleh guru-guru di

bilik darjah. Antara teknik yang kerap digunakan dalam P & P Pendidikan Moral adalah seperti yang

berikut.

1. Aktiviti Lisan 

o Sumbang saran

o Perbincangan berpasangan (Think-pair-share)

o Perbincangan kumpulan

o Bercerita

o Nyanyian

o Perbahasan

o Main peranan

o Drama atau lakonan

o Simulasi

2. Aktiviti Penulisan Interaktif

Page 2: Mklmt Moral

o One-minute paper

o Aktiviti penulisan koperatif

o Mencatat nota berdasarkan maklumat yang disampaikan guru

o Melakarkan carta, peta konsep, rajah, gambar

3. Pembelajaran Berasaskan Visual

o Pembelajaran berdasarkan demonstrasi dan tayangan filem/video/tv

o Persembahan menggunakan OHP/sofware

4. Pembelajaran Berorientasikan Penyelesaian Masalah

o Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning) atau dilema moral

o Permainan (games)

o Kajian kes

Berikut  ialah amalan terbaik dalam Pendidikan Moral yang dihasilkan oleh guru-guru pakar Pendidikan

Moral yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum  telah

mengambil inisiatif mendokumentasikan hasilkerja guru-guru pakar ini untuk dikongsi bersama bagi

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah.

Unit Pendidkan Moral

Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pendidikan Moral : Fungsi dan kepentingannya

Pengenalan

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan

dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang

penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan.

Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral

memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan

menjadi contoh (role model)kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang

individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu

proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan

mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam

kehidupan mereka.

Page 3: Mklmt Moral

Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara

langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di

sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung

juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang

dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai

manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah

organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung

kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu

generasi kepada generasi yang lain.

Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam mempengaruhi

pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi. Oleh sebab itu, mengikut

sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988), penaakulan moral

merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral.

Agen Perubahan Sosialisasi Individu

Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan

dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.

Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang sentiasa memberi galakkan dan

perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam

menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya membentuk pola-pola tingkah laku pelajar. Faktor-

faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak

serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian

akademik anak-anak yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan

bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Di samping itu, ibu bapa juga dikaitkan sebagai satu

faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sosialisasi

khususnya yang berkaitan dengan personaliti dan sahsiah mereka. Tak syak lagi pepatah Melayu

mengatakan, “jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sehubungan dengan itu

Mohd. Azhar et.al, (2001)  menyatakan bahawa ketika kecil dan dalam keluarga pendidikan asas

serta pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh.

Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja

telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentkan tindakannya sendiri,

namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok

teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya juga diakui dapat mempengaruhi

pertimbangan dan keputusan seseorang remaja tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya

dilihat mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka sebaya di

sekolah dapat mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak

Page 4: Mklmt Moral

mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan

mematuhi peraturan, begitulah juga sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif

rakan sebaya akan menghasilkan seseorang ndividu yang amat menekankan nilai moral dalam

satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan

sebaya juga memainkan peranan penting bagi membentk konsep diri, sikap dan pandangan

seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun sebaliknya di sisi masyarakat.

Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan

sebagainya.

Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh

sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Apabila kanak-

kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Di sekolah kanak-

kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi

ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah

seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing

dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar

mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, strutur ganjaran dan

hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan perubahan dalam proses sosialisasi

mereka. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah turut mempengaruhi perkembangan personaliti

pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau Guru Besar yang tegas melaksanakan disipln pasti

menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan

sesuatu tugasan sebaliknya pengetua atau Guru Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang

negatif pula (Rosiadi et.al, 2008).

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat

agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati pelajar yang

menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada pelajar yang tidak menghadiri kelas agama.

Ramai berpendapat pelajar-pelajar menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses

perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang

yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan

mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini

diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan

melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan

membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk

membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di

dalam agama Islam. Keadaan ini sekaligus membentuk proses sosialsasi dalam diri individu serta

membawa perubahan besar dalam hidup mereka.

Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama

kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar,

majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas

sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media

massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-

rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang

Page 5: Mklmt Moral

yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan

dapat membantu perkembangan pertimbangan moral pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar patut

digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung

jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik pelajar-pelajar supaya mereka tahu

memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk

mereka.

Peranan Guru Pendidikan Moral

Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada

pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena

perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks

institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam

kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan

perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab

dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke

sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan

masyarakat.

Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat

tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus

perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip

hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat

disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003)  di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja

berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus

di bentuk ke arah profesionalisme.

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral

Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus

kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak membantu

membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam

(Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih

tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat

pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah ‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang

menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh

diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang

dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).

Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi

terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini.

Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan

pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll &

Page 6: Mklmt Moral

Beller dalam Loganathan (1995) turut  melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa

sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi adalah

mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah

menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan

dipelajari.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber

pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan

bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak lanagsung kepada

pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan

bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua

pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti

pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk,

struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah

disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan

tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai

dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral di

sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh

pernanan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap

guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu

usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan

pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)

mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang

menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang

pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.  Kohlberg membicarakan

bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir

tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus

bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar

mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995)

penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan

pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif

seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah

rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran

Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.[1] Selaras dengan Falsafah

Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-

unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru

Page 7: Mklmt Moral

itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang

menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini

sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral

judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya

tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii)

pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif

atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai

tentang kecenderungan sendiri.

            Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika

Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini.

Ikrar dalam EPP, ‘.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak

muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila

berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi

sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat

dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang

bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar

tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.

Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas pertama” adalah

masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti

dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya,

kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal

terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.

Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa

dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan

nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.

            Menyentuh tentang konsep ‘Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara’ di mana telah

meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan

(EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru

berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping

menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak

sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar

ditonjolkan  dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi

pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang

bertanggungjawab dan berwawasan.

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Konflik

Page 8: Mklmt Moral

Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung

dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu bakal melahirkan generasi yang sedar dan insaf

dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-

masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, pendidikan

berfungsi sebagai alat untuk memenuhi kepeluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama

ada politik, ekonomi dan sosial.

            Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan kepentingan

aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan engeluaran idea yang kreatif dalam

kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran yang pelbagai serta

mengintegrasikan unsur-unsur lain[2] supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Antaranya ialah

kaedah penyelesian koflik. Di samping itu, peranan guru yang kreatif dan inovatif[3] amat penting

dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Menurut Abd.

Rahim (1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah  atau metod pengajaran

mencorakkan  perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Manakala inovatif pula

ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem

pendekatan dan sebagainya.

            Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar membina daya pemikiran yang

analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Ungkapan di bawah

menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada

para pelajarnya.

“As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant prosess of change. Every single time you  “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges”

(Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang, 2002 )

            Pengajaran dan pembelajaran adalah proses   yang berterusan dan tidak statik selari

dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini, perkembangan

ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru mendalami inovasi dalam

pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti sebagai seorang pendidik. Bagi

mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam menjana idea kreatif 

para pelajar, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian konflik.

            Penyelesaian konflik dalam bentuk sumbang saran (brainstorming) adalah satu bentuk

perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara

spontan dan berkelompok. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk

perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang

kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang

tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.

Page 9: Mklmt Moral

Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka

mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi. Mereka

berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan cara-cara

penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan mereka? Adakah

mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak sebagaimana  yang mereka

persetujui dalam perbincangan? Contoh isu-isu yang boleh dibincangkan ialah gejala melepak,

lumba haram, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang masa yang berharga dan

sebagainya. Berikut merupakan model pengurusan grafik bagi teknik perbincangan (sumbang

saran) yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian konfik.

Rumusan

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan

amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui beberapa

kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah

mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan

masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat

lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya,

sekolah (institusi), agama dan media massa.

Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek

kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam

pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan

pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian,

kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam

menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata

pelajaran Pendidikan Moral.

[1] Nilai-nilai murni ‘merentasi’ kuriklum di sekolah.[2] umpamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan (pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbentuk Komputer (PPBK).[3] Sesuatu perubahan atau pembangunan dari segi idea, alatan atau latihan berbanding dengan keadaan sebelumnya (Bieimans, 1992).Posted by MARAN RAMPING at 21:34 http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.html

Theory of Constraints (TOC) Untuk Pendidikan

Theory of Constraints (TOC) merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan

perkakas pemikiran berlandaskan common sense.

Page 10: Mklmt Moral

Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai

kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif.

Matlamat:

Meningkatkan kemahiran pemikiran dan berkomunikasi

Meningkatkan cara pembelajaran murid-murid dan proses memperolehi maklumat

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan

Terdapat tiga kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah

The Cloud/Awan

The Branch/Dahan

The Tree/Pokok

The Cloud/Awan

Untuk menyelesaikan konflik supaya mencapai matlamat yang sama.

The Branch/Dahan

Untuk menganalisa kesan dan akibat dalam sesuatu situasi. 

Page 11: Mklmt Moral

The Tree/Pokok

Untuk membina satu rancangan atau pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Ini bererti tidak ada lagi isu:

‘No more me against you and you against me because of the problem; But you and me against the

problem’

Ini yang mewujudkan landasan kepada situasi...  menang-menang.

Pelbagai aspek lain berkait terus dengan TOC untuk pendidikan:

Penyelesaian konflik

Pendekatan secara holistik

Kerja berpasukan

Mewujudkan pelajar yang berdikari

Page 12: Mklmt Moral

Proses perkembangan/kemajuan yang berterusan

Pemikiran yang membawa perubahan

http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=49

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

(Adaptasi: Prof. Dr. Chang Lee Hoon)

Pendahuluan

Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara ekeltik.

Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:1. Pemupukan Nilai2. Perkembangan Moral Kognitif3. Analisis Nilai4. Penjelasan Nilai5. Pendekatan Penyayang (Caring)6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif

Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.

1. Pendekatan Pemupukan NilaiFokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:

(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki.

Page 13: Mklmt Moral

Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira  pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life)berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbanganmoral(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekananyang setara.

3. Pendekatan Analisis Nilai

Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan.

Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.

Page 14: Mklmt Moral

(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat

Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatanlain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

4. Pendekatan Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.

Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:

I Proses memilih:(i) memilih secara bebas(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan

II Proses menghargai(iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil(v) menyatakan secara terbuka

III Proses bertindak(vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya.

Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.

5. Pendekatan Penyayang (Caring)

Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu

Page 15: Mklmt Moral

mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.

Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.

(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.

(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregivingbukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.

6. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif

Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut:

Pembelajaran berkumpulan secara koperatif:Saling pengantungan positifAkauntabiliti individuKumpulan yang heterogenousBersama-sama memimpinBersama-sama bertanggungjawabPenekanan kepada tugas dan prosesKemahiran sosial diajar secara langsungGuru memerhati dan membimbingKumpulan menilai keberkesanan kendiri(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)

Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang berikut:

berfikir-berpasangan-berkongsi

Page 16: Mklmt Moral

permainanmain perananprojekjigsaw

Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

KesimpulanPendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.

RujukanAbdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia.

Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan

kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’s development. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota.

Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press.

Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.

Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.Posted by Pensyarah Cemerlang, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan at 00:34 No comments: http://drabdshatar.blogspot.com/2012_07_01_archive.html

. Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint

Page 17: Mklmt Moral

 

PengenalanTheory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

Apakah TOC?TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Kelebihan TOCMenerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.• menyelesaikan masalah dengan berkesan.• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.• berkomunikasi dengan baik dan• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;• kemahiran berfikir secara kritis• kemahiran berfikir secara kreatif• kemahiran generik

plikasi TOC dalam pendidikanDalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;• kandungan kurikulum.• pengajaran dan pembelajaran konsep.• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;

• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Teknik dalam TOCDalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;

• Teknik Awan ( The Cloud )• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )

Page 18: Mklmt Moral

Teknik Awan ( The Cloud )

Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.

Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

 Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Teknik Awani.       Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang      wujud.

ii.      Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik.iii.     Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.iv.      Kenal pasti pula matlamat bersama.v.       Murid akan mencari penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapainya matlamat bersama.

Teknik Penyelesaian Masalahi. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada teks yang dikemukakan.ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat.iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran supaya matlamat dapat dicapai.

Kesimpulan

Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik .

Page 19: Mklmt Moral

 

2.     Pembelajaran Aktif

 

Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru

 

Dr. Vishalache Balakrishnan

Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan

Universiti Malaya

[email protected]

 

Pengenalan

Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.

 

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?

Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.

Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.

 

Mengapakah pembelajaran aktif diberikan keutamaan?

Page 20: Mklmt Moral

Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih lama and berasa seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti yang ditunjukkan di bawah:  

Kon Pembelajaran

 

 

Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?

Menggunakan pembelajaran aktif boleh menjadi satu cabaran kepada guru dan murid yang tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Berikut adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:

 

Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.

 

Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan kamufeedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

 

Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.

 

Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan.

 

Page 21: Mklmt Moral

Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

 

Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.

 

Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.

 

 

Kebaikan menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:

Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba strategi tersebut dalam keadaan “power sharing” dan “empowerment”. Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila mereka mengajar antara satu sama lain.

 

Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?

 

Arahan berpusatkan murid

Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

 

Komuniti diskusi

Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.

 

Page 22: Mklmt Moral

Refleksi

Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.

 

 

 

 

Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran

Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

 

Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran

Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.

 

Penilaian autentik

Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.

 

Peranan guru sebagai fasilitator

Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid mereka.

 

Page 23: Mklmt Moral

Menggunakan masalah autentik

Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.

 

Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR

Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

http://blogallimalai.blogspot.com/2012/11/nota-ulangkaji-topik-5-elm3102.html