teori moral

37
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN BSS 3033 ( TUGASAN KUMPULAN) KUMPULAN A NAMA NO.MATRIK SITI KAMALIAH BINTI ABDUL MUIN D20091034276 KARTINI BINTI ANDI PADELI D20091034298 MAZLIA BINTI MAT JUSOH D20091034300 NUR IZATI BINTI SULAIMAN D20091034330 RINA RASDIANA BINTI SAHAR D20091034369 TAJUK: TEORI MORAL SEMESTER 2 (SESI 2010/2011)

Upload: kartini-andi

Post on 30-Jun-2015

3.779 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI MORAL

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN

BSS 3033

( TUGASAN KUMPULAN)

KUMPULAN A

NAMA NO.MATRIK

SITI KAMALIAH BINTI ABDUL MUIN D20091034276

KARTINI BINTI ANDI PADELI D20091034298

MAZLIA BINTI MAT JUSOH D20091034300 

NUR IZATI BINTI SULAIMAN D20091034330

RINA RASDIANA BINTI SAHAR D20091034369

TAJUK: TEORI MORAL

SEMESTER 2 (SESI 2010/2011)

DR. ABDUL HALIM ALI

Page 2: TEORI MORAL

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 OBJEKTIF 3

3.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN

Kaedah Penulisan 3

Sumber Data (Metodologi) 4

Penulisan Laporan Kajian 4

4.0 HASIL KAJIAN

Asal-usul teori moral 5

Ciri-ciri teori moral 6

Perkembangan teori sebelum merdeka 9

Teori Etika 10

Perkembangan Teori Etika 11

Penyataan Dalam Teori Etika 12

Teori dan Aliran Pemikiran 13

Penilaian dalam Etika 15

Aspek dalam Etika 15

Subjektivisme Etika 15

Objektivisme Etika 16

Kelas Am Teori Etika 16

Sumbangan teori moral 17

Tokoh 20

5.0 RUMUSAN 21

BIBLIOGRAFI 22

2

Page 3: TEORI MORAL

1.0 PENDAHULUAN

Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah

wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada falsafah-

falsafah umum. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah Idealisme, Realisme, Pragmatisme

dan Eksistensialisme. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika

barat ialah pemikiran yang rasional.

Moral dalam bahasa Latin disebut moralis, mos, moris atau mores merujuk kepada adat,

istiadat, kebiasaan, cara, tingkah laku, kelakuan, tabiat, watak, akhlak dan cara hidup.

Maksud tersebut mempunyai beberapa pengertian iaitu moral dihubungkaitkan dengan kegiatan-

kegiatan manusia yang dipandang sebagai baik atau buruk, benar atau salah dan tepat atau tidak

tepat. Pengertian lain termasuklah unsur yang sesuai dengan peraturan atau prinsip yang diterima

berhubung dengan yang benar, adil, cekap dan berkebajikan. Hal ini termasuklah kemampuan

untuk menginsafi yang benar dan salah serta mendidik orang lain dengan peraturan yang sesuai

sama ada tingkah laku itu betul atau salah semasa berhubungan dengan orang lain. Dengan kata

lain, moral ialah unsur mendidik dan memberi pengajaran yang mempunyai nilai yang baik atau

buruk serta menjadi dasar sesebuah karya sastera.

Etika yang berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘ethos’ membawa maksud ilmu

berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau

sesuatu kumpulan. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbangan- pertimbangan yang

menentukan baik, buruk, benar dan salah sesuatu tindakan moral atau etika ialah pemikiran

rasional (rational thinking) yang berlandaskan akal fikiran manusia semata-mata.

3

Page 4: TEORI MORAL

Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal manusia adalah terbatas

kerana manusia sememangnya diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan. Ini kerana,

manusia hanya mampu menggunakan pancaindera yang ada untuk melihat sesuatu perkara itu

secara zahir dan terhad. Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal

(metafizik) adalah lebih luas skopnya. Metafizik yang berada di bawah lembayung ontologi

merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai

segala yang di luar alam tabii yang tidak diketahui rahsia isi keseluruhannya.

Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam sekalipun adalah semata-mata

berdasarkan pemikiran yang rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang berlandaskan pemikiran

rasional manusia semata-mata sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana pemikiran akal

manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik.

Aspek moral melalui kesusasteraan sering dikemukakan oleh pengkritik yang bersikap

komited terhadap masyarakat atau terhadap manusia seluruhnya. Para pengkritik moral

berpendapat bahawa kesusasteraan sesuai dijadikan alat untuk mengajar dan mendidik

masyarakat atau manusia agar menerima nilai-nilai yang baik. Oleh itu, pengkritik akan mencari

nilai-nilai yang baik dalam karya sastera yang dikajinya dan jika nilai itu amat kurang maka

pengkritik akan menegur dan berpesan kepada pengkarya agar menghasilkan karya-karya yang

bermoral pada masa akan datang. Justeru dalam pendekatan ini, sesebuah karya sastera yang

baik itu harus bermoral.

Dalam konteks dunia kritikan kesusasteraan, ditegaskan bahawa pendekatan moral itu

bertolak dari dasar pemikiran karya sastera itu tanpa mengira genre apa pun dianggap sebagai

4

Page 5: TEORI MORAL

sebagai wacana yang ampuh dan efektif dalam usaha membina moral dan keperibadian sesuatu

kelompok masyarakat. Menurut Muslim Burmat (1999), sebagai hasil sastera, apa jua bentuk

tulisan itu harus kita bahaskan dalam konteks sastera walaupun yang kita lihat adalah moral.

Hal ini subjektif kerana jika karya itu mementingkan gaya tanpa moral, sudah pasti isinya

hambar dan tidak ada sumbangan kepada bangsa.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengkaji dan memahami tentang teori moral melalui sejarah dan

perkembangannya.

2.2 Mengenal pasti sumbangan teori moral dalam perkembangan teori dan kritikan

kesusasteraan.

2.3 Mengkaji tentang perkembangan teori moral dalam bidang kritikan

kesusasteraan di Malaysia dari sebelum merdeka hingga selepas merdeka.

3.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN

a) KAEDAH PENULISAN

Kaedah penulisan yang digunakan dalam kajian kami ialah laporan kajian atau

penyelidikan. Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang

menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya

juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan

rujukan perpustakaan.

5

Page 6: TEORI MORAL

b) SUMBER DATA (METODOLOGI)

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu

penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu

karya sains (Adam dan Schvaneveldt, 1985). Secara umumnya, Fielding dan Schreier

(2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu kajian

kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian hybrid. Berdasarkan kajian kami, kami telah

menggunakan kaedah kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan

terhadap masalah yang telah dikenal pasti berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang

digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor dan dianalisa

menggunakan teknik statistik (Neuman, 2000). Kaedah kajian kuantitatif juga dikenali

sebagai kajian eksperimental dan kajian tinjauan (Fellow dan Liu, 1997). Kumpulan kami

telah banyak menggunakan bahan-bahan rujukan di perpustakaan semasa menjalankan

kajian kami ini.

c) PENULISAN LAPORAN KAJIAN

1. Asal usul teori moral

2. Ciri-ciri teori moral

3.Perkembangan teori sebelum merdeka

4. Teori Etika

5. Perkembangan Teori Etika

6. Penyataan Dalam Teori Etika

7. Teori dan Aliran Pemikiran

8. Penilaian dalam Etika

6

Page 7: TEORI MORAL

9. Aspek dalam Etika

10. Subjektivisme Etika

11. Objektivisme Etika

12. Kelas Am Teori Etika

13. Sumbangan teori moral

14. Tokoh

4.0 HASIL KAJIAN

Asal-usul teori moral.

Dalam kritikan sastera, pendekatan moral ini boleh dianggap tua. Pendekatan ini telah digunakan

sejak dari zaman Greek lagi. Pendekatan ini pernah digunakan oleh Aristotle, sementara Plato

pernah menggunakan pendekatan ini dalam membuat penilaian puisi pada zamannya. Sasterawan

Barat berpendapat bahawa hasil kesusasteraan yang baik mestilah bermutu, menggambarkan

kebenaran dan memperlihatkan kesungguhan yang tinggi serta sesuai dengan iklim dan amalan

masyarakat pada zaman itu. Dalam tahun-tahun 1950-an, golongan moralis adalah merupakan

golongan pengkritik yang sangat aktif. Antara tokohnya adalah seperti D.H.Lawrence, John

Middleon Murray, G. Ornell, F.R. Leavis, dan T.S.Elliot. Kebanyakan mereka berpendapat

kritikan moral bergantung pada nilai baik dan buruk di mata masyarakat.

Dalam zaman Kegelapan Eropah atau Dark Ages, telah muncul genre Morality Play, yang

menceritakan kisah-kisah nabi daripada Bible, membicarakan tanggungjawab paderi di gereja

dan mengemukakan cara-cara untuk memperbaiki perangai manusia. Karya sastera khasnya

7

Page 8: TEORI MORAL

drama pada masa itu memberikan panduan kepada pengkaji untuk membina teori nilai dan

sastera dalam kritikan sehingga prinsip kritikan ditentukan oleh isi dan moralitinya.

Kemudian muncul zaman Renaissance iaitu zaman kebangkitan Eropah yang meletakkan

manusia mempunyai taraf lebih tinggi daripada haiwan dan yang membezakannya ialah sifat

taakulan dan moralnya. Pada zaman ini karya sastera harus menghidupkan watak yang benar-

benar rasional dan bermoral. Oleh itu, terciptalah aliran humanisme atau kemanusiaan yang

meletakkan manusia ialah pusat kehidupan alam yang bertaraf tinggi dibanding dengan makhluk

yang lain. Ketinggian taraf manusia itu adalah ditentukan oleh moral dan moral itu

menentukan manusia perlu mempunyai peraturan, disiplin dan batasnya. Sejak dari itu,

humanisme dan moral mulai mendapat perhatian daripada para pengkritik yang berpendekatan

moral untuk dijadikan dasar kritikan.

Pendekatan moral lebih menekankan kepada penilaian moral dan hubungan budaya iaitu

penilaian bercorak agama, kebudayaan dan falsafah. Penekanan dalam kritikan lebih kepada soal

baik buruknya sesuatu unsur yang terdapat dalam sesebuah karya. Adakah unsur-unsur itu

bertentangan dengan agama, kebudayaan dan falsafah. Unsur-unsur negatif akan dikecam

sebaliknya unsur-unsur yang positif dan membina akan disanjung dan dipuji.

Ciri-ciri teori moral

Menurut Atar Semi, pendekatan moral bertolak dari dasar pemikiran bahawa sesuatu

karya sastera dianggap sebagai suatu medium yang paling berkesan dalam membina moral dan

keperibadian sesuatu kelompok masyarakat (Rahman Shaari, 1994:72). Moral dihubungkaitkan

dengan kegiatan-kegiatan manusia yang dipandang baik atau buruk. Aspek moral merupakan

salah satu unsur mendidik yang memberi pengajaran dan perlu menjadi dasar sesebuah karya

8

Page 9: TEORI MORAL

sastera. Para pengkritik moral berpendapat bahawa kesusasteraan sesuai dijadikan alat untuk

mengajar dan mendidik masyarakat atau manusia untuk menerima nilai-nilai yang baik. Antara

pendekatan yang digunakan dalam teori moral adalah dengan memberikan penekanan kepada isi

teks yang dihubungkan dengan prinsip-prinsip moral berbanding bentuknya.

Aspek isi ialah cerita dan persoalan yang menjadi isu semasa dan bentuk hanyalah

sebagai alat untuk menyampaikan isi atau moral. Pengkritik akan menghubungkan isi teks

dengan realiti di luar teks untuk mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik. Mereka

beranggapan bahawa, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi melalui isi

dan matlamatnya mampu menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan

sempurna. Hal ini dapat dilihat melalui pernyataan T.S. Eliot seperti yang dinyatakan oleh

Rahman Shaari (1994:74) :

The greatness of literature cannot be determined solely by literary standards, thought we must remember that whether it is literature or not can be

determined only by literary standard.

Melalui pernyataannya, T.S.Eliot berpendapat bahawa terdapat fungsi lain dalam kesusasteraan

selain daripada fungsi seni atau fungsi estetik.

Pendekatan moral juga berpendapat bahawa hasil sesebuah karya sastera adalah ciptaan

yang harus disanjung dan dimuliakan. Karya yang baik seharusnya bermoral dan keunggulan

sesebuah karya adalah bergantung kepada ketinggian moral dalam karya tersebut manakala karya

yang tidak bermoral pula dianggap tidak bernilai. Hal ini berlaku kerana para pengkritik moral

beranggapan bahawa kesusasteraan sesuai dijadikan alat untuk mengajar dan mendidik

masyarakat untuk menerima nilai-nilai yang baik. Oleh itu, pengkritik akan mencari nilai-nilai

yang baik dalam sesebuah karya yang dikaji dan sekiranya tiada atau kurangnya nilai yang baik

9

Page 10: TEORI MORAL

dalam sesuatu karya, maka pengkritik akan berpesan kepada penulis agar menghasilkan karya

yang lebih bermoral pada masa akan datang. Ukuran moral merupakan sesuatu yang subjektif

dan bergantung kepada nilai sesuatu masyarakat kerana setiap masyarakat mempunyai nilai dan

etikanya yang tersendiri. Pendekatan moral mengambil kira idea Plato yang sangat menekankan

aspek moral dalam karya seni sastera.

Dalam teori moral juga mereka menganalisis sesebuah karya sastera melalui sudut

didaktik. Didaktik merujuk kepada karya-karya sastera yang mempunyai unsur pengajaran,

didikan dan pembentukan akhlak yang baik yang boleh dijadikan panduan kepada pembacanya.

Hal ini demikian kerana kesusasteraan dikatakan mempunyai tanggungjawab etika iaitu sebagai

alat untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai moral masyarakat. Oleh itu, untuk melakukan

kritikan berdasarkan teori moral, pengkritik perlu berusaha mengkaji dan menganalisis teks serta

menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan memberi penekanan kepada nilai moral dan kesan

didaktiknya kepada masyarakat. Horace turut menitikberatkan unsur didaktik sebagai keperluan

yang perlu ada dalam karya dan bukan sekadar hiburan semata-mata.

Dalam membicarakan pemikiran teori moral, seringkali pemikiran agama ditonjolkan.

T.S. Eliot yang merupakan seorang penyair dan pengkritik Inggeris turut merujuk kepada aspek

agama ketika membicarakan tentang kesusasteraan. Pada pendapat beliau, nilai sastera perlu

dilihat melalui aspek etika dan agama dan pendekatan moral perlu diiringi dengan pendekatan

keagamaan. T.S. Eliot turut mengakui hakikat bahawa penilaian moral ini bersandar pada etika

sesuatu masyarakat. Menurut beliau dalam Rahman Shaari, (1994:114) :

Our religion imposes our ethics, our judgement and criticism of ourselves, and our behavior towards our fellow men.

10

Page 11: TEORI MORAL

Pendekatan moral lebih menekankan kepada penilaian moral dan hubungan budaya iaitu

penilaian bercorak agama, kebudayaan dan falsafah. Penekanan dalam kritikan lebih kepada soal

baik buruknya sesuatu unsur yang terdapat dalam sesebuah karya. Melihat sama ada unsur –

unsur tersebut selari atau bertentangan dengan agama, kebudayaan, dan falsafah. Unsur-unsur

negatif akan dikecam manakala unsur-unsur positif dan membina akan disanjung dan dipuji.

Perkembangan teori sebelum merdeka

Menurut Mana Sikana dalam buku sejarah kritikan puisi melayu moden (1995), apabila

dikaitkan kesusasteraan dengan moral, karya yang baik haruslah bermoral. Kritikan berdasarkan

teori moral mementingkan isi berbanding bentuknya dan sesebuah karya haruslah disanjung

tinggi dan dimuliakan. Penulisan kritikan yang mementingkan penilaian isi karya berdasarkan

pendekatan yang telah lama muncul ini lebih mudah dan sesuai digunakan oleh para pengkritik.

Hal ini terbukti melalui tulisan yang dihasilkan oleh beberapa orang pengkritik antaranya Abdul

Salam. Beliau menganalisis sajak ‘Manusia Liar’ karya Merayu Rawan. Dalam kritikannya,

beliau menerangkan tentang manusia yang tidak mempunyai pegangan agama diibaratkan

sebagai haiwan liar. Kehidupan tanpa pegangan pula dikatakan seperti anak yang tidak

mengenang jasa ibu bapa, bangsa, negara, agama, dan tuhan.

Persoalan moral juga jelas tergambar dalam kritikan Abdul Salam melalui sajak ‘Kasih

dan Rindu’ karya Tongkat Warrant dengan memberi tumpuan kepada dua baris berikut:

Masih terasa lagi panas bibirmu, dalam kucupan di malam berpisah dulu,

Menurut Abdul Salam, maksud yang cuba disampaikan oleh penulis dalam kedua-dua baris

tersebut tidak dapat diterima umum kerana keinginan penyair untuk menyuarakan kebebasan

jiwanya bukan bererti bebas daripada landasan nilai-nilai agama dan peradaban mulia. Abdul

11

Page 12: TEORI MORAL

Salam memberi perhatian terhadap karya yang bermoral iaitu unsur yang dapat memberikan

kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat. Hakikat ini jelas tergambar apabila Abdul Salam

mengkritik sajak ‘Ombak’ karya Kalam al-Mahmudi Kedah. Beliau amat menyenangi dan

menerima sajak itu sebagai sebuah karya yang baik kerana mengemukakan isi tentang

pembangunan, iaitu pembangunan jiwa rakyat agar insaf akan penderitaan golongan nelayan

yang hidup dalam serba kedaifan.

Dalam kesusasteraan Melayu, kritikan dalam tahun 30-an hingga 40-an adalah tidak

begitu berkembang tetapi masih dapat dilihat kecenderungan membicarakan aspek moral dalam

sastera. Contohnya, Abdullah Basmeh ada menyentuh aspek moral dalam memberi kritikan

terhadap novel Atheis karya Achdiat K.Mihardja yang dikatakan dapat merosakkan kesucian

agama Islam. Penulis-penulis novel, cerpen, dan puisi Melayu pada awal pertumbuhan sastera

Melayu moden memang cenderung menerapkan nilai-nilai moral dalam karya mereka. Namun,

dalam bidang kritikan kita lebih banyak menemui kritikan yang menggunakan pendekatan

sosiologi. Hal ini disebabkan kerana konsep pendekatan sosiologi itu sendiri lebih luas dan turut

merangkumi bidang moral. Oleh itu kritikan menggunakan pendekatan moral dan sosiologi

adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

Teori Etika

Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Ahli falsafah

mendapati ia adalah subjek yang rumit. Teori etika diasaskan kepda andaian bahawa manusia

adalah rasional dan bebas membuat pilihan. Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah,

keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia

bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak

12

Page 13: TEORI MORAL

beretika, walaupun tidak melanggar undang-undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita.

Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah

moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

French dan Granrose (1995) menyatakan teori etika sebagai set panduan atau peraturan

bertingkah laku iaitu menyelesaikan konflik terhadap keinginan. Buchnloz (1989) pula

menyatakan teori etika sebagai sistem kepada panduan tingkah laku. Shea (1988) menyatakan

pendapatnya dengan menyatakan bahawa teori etika merupakan prinsip bertingkah laku yang

mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku.

Perkembangan Teori Etika

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan

tumpuan kepada kebaikan moral. Terdapat beberapa tokoh dalam teori etika ini yang

menyatakan pendapat masing-masing mengenai teori etika ini iaitu Socrates, Plato dan Aristotle.

Socrates menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya

untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh. Idea utama Socrates tentang etika adalah

berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia. Socrates menyatakan bahawa

kebahagiaan adalah mustahil diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak

beretika yang akan menganggu orang lain, malah beliau menganggap orang yang tidak beretika

sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.

Plato pula telah menjalankan kajian terhadap hubungan etika dengan personaliti manusia.

Menurutnya lagi, kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni dalam kalangan perbezaan

yang wujud dalam roh. Beliau turut menambah, kebaikan moral berada pada bahagian dalaman

intelektual. Berdasarkan pendapat Aristotle pula, beliau mempunyai pendapat yang berbeza

13

Page 14: TEORI MORAL

dengan Plato dan Socrates dengan menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan

yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti. Plato dan

Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan rapat antara kebaikan moral dan

personaliti yang sihat. Bagaimanapun, ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan

seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan seseorang itu.

Sekiranya pada zaman terdahulu etika dahulu menekankan kebaikan moral dan

rasionalnya, etika moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi

tindakan. Etika moden telah membentuk dua persaingan, iaitu tindakan yang mempunyai sifat

etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat dan

tindakan itu sama ada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan kini

dikenali sebagai Deontologikal iaitu pendekatan kepada etika.

Penyataan Dalam Teori Etika

I. Etika deskriptif

Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral.

Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus bertingkah laku, apakah

peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya. Etika

deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat pelbagai sistem moral yang bersifat relatif

di muka bumi ini iaitu etika Kristian, Budhha, Islam, Yahudi, Hindu dan sebagainya. Etika

deskriptif menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat

penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap sistem tersebut.

14

Page 15: TEORI MORAL

II. Etika Normatif

Merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan

jahat. Ianya juga menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan

dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral

yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik,

bukan undang-undang moral sedia ada dan sedia diterima. Etika normatif mengemukakan

sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada. Etika normatif menyedarkan kita

bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus

kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai

mutlak dan biasanya berkait rapat dengan agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip

etika normatif klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, maka kita

perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain.

Teori dan Aliran Pemikiran

I. Teologi

Teori ini melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itu tidak

diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya.

II. Deontologi atau non consequentialist

Teori ini berasaskan kepada prinsip asas iaitu kewajipan manusia. Teori ini berasal daripada

perkataan Greek, deon iaitu duty yang merujuk kepada kewajipan individu.

15

Page 16: TEORI MORAL

III. Subjektif

Penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri sendiri. Individu berhak

meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan peribadi terlibat dalam menilai dan

menentukan baik buruk sesuatu tindakan.

IV. Objektif

Kod moral adalah bebas daripada kepentingan individu. Baik dan buruk tidak bersandar

kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya.

V. Naturalisme

Sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung kepada pengalaman keseronokan. Baik

perlu dijelaskan dalam bentuk kualiti fakta alam seperti memenuhi keperluan manusia,

mendatangkan kebahagiaan, kenikmatan dan sebagainya kepada manusia.

VI. Non Naturalisme

Moral adalah sesuatu yang unik dan tidak boleh dikelaskan. Sesuatu perlakuan itu baik

kerana ianya memang baik.

VII. Relativisme

Sesuatu yang dianggap baik oleh suatu masyarakat tidak mungkin dianggap sedemikian oleh

masyarakat yang lain. Ini bererti masyarakat yang berlainan memberikan nilai moral yang

berbeza bagi tingkah laku yang serupa.

16

Page 17: TEORI MORAL

VIII. Absolutisme

Prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain. Bagaimanapun, prinsip asas

sejagat adalah sama. Misalnya, semua masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada

kebaikan.

Penilaian dalam Etika

Penilaian terhadap perbuatan yang baik adalah melalui peningkatan terhadap kesedaran dan

pembangunan rohani individu hasil daripada perbuatannya. Etika mengambil kira penilaian ke

atas suatu tindakan itu berbanding hanya dengan melabelkan perbuatan yang baik jika ianya

memenuhi kehendak dan keperluan manusia sahaja, melabelkan perbuatan jika ianya

meningkatkan kehidupan dan melabelkan sebaliknya jika perbuatan itu memusnahkan

kehidupan.

Aspek dalam Etika

Terdapat dua aspek dalam etika. Aspek pertama iaitu keupayaan menilai yang baik dan buruk,

dosa dan pahala atau sesuai dan sebaliknya. Aspek yang kedua pula melibatkan komitmen dalam

melakukan apa yang baik dan bersesuaian. Etika tidak lagi semata-mata satu topik perbualan dan

isu yang diperdebatkan tetapi memerlukan tindakan dan susulan.

Subjektivisme Etika

Subjektivisme etika adalah bergantung kepada faktor kemahuan sama ada individu atau pencipta

sebagai subjeknya. Jika manusia merupakan kemahuannya, badan perundangan akan

menentukan suatu keputusan itu dari segi undang-undang. Jika kemahuan itu menjadikan Tuhan

17

Page 18: TEORI MORAL

sebagai subjeknya, maka hukuman lebih berbentuk kepada pembalasan Tuhan. Pengampunan

dan pembalasan atas dosa yang dilakukan atau pahala atas kebaikan yang dibuat adalah antara

manusia dan Tuhan.

Objektivisme Etika

Menurut objektivisme etika, nila-nilai moral merupakan suatu kebaikan. Undang-undang tidak

dicipta dan tidak berasaskan subjek sama ada manusia atau tuhan. Salah satu bentuk

objektivisme etika ialah nilai mutlak moral (moral absolutism). Hukuman yang dikenakan adalah

muktamad. Untuk mengelakkan hukuman, seseorang perlulah melengkapkan kehidupan masing-

masing serta mematuhi undang-undang. Hukum Karma dan kelahiran semula merupakan

gambaran kehidupan dalam objektivisme etika yang mencapai sifat lengkapnya.

Kelas Am Teori Etika

Ahli falsafah lazimnya membahagikan teori etika kepada tiga kelas am iaitu meta etika, etika,

normative dan etika gunaan. Metaetika mengkaji asal prinsip-prinsip etika dan penggunaannya.

Adakah prinsip etika merupakan suatu rekaan sosial? Adakah prinsip-prinsip etika ini merupakan

gambaran hasil daripada emosi individu? Meta etika menjawab persolan ini yang memfokuskan

kebenaran universal, ketentuan Tuhan, alasan kepada penilaian etika dan definisi istilah-istilah

berkaitan etika itu sendiri.

Etika normatif lebih kepada praktikal. Misalnya dalam menentukan piawai moral

terhadap tindakan yang betul atau salah. Etika gunaan pula melibatkan penyelesaian ke atas isu-

isu kontroversi seperti isu pengguguran, pembunuhan anak, pencemaran alam, homoseksual dan

18

Page 19: TEORI MORAL

peperangan nuklear. Etika gunaan mengaplikasikan garis panduan konseptual dalam meta etika

dan etika normatif untuk menyelesaikan isu-isu ini.

Sumbangan teori moral

I. Mengiktiraf sesebuah karya sastera.

Sumbangan pertama teori moral dalam dunia kesusasteraan ialah teori ini mengiktiraf sesebuah

karya sastera. Teori ini mengatakan bahawa karya sastera adalah ciptaan yang harus disanjung

dan dimuliakan. Ia berbeza dengan hasil seni yang lain seperti nyanyian, ukiran, lukisan dan

tarian. Bidang penulisan bukan sahaja memerlukan bakat dan kemahiran sastera semula jadi,

malahan seseorang pengarang itu harus juga mempunyai visi, aspirasi dan perjuangan dalam

penyuguhan karyanya. Ilham yang datang terlebih dahulu mestilah diteliti dan difikirkan buruk

baiknya, kemudian dituliskan dengan penuh kesedaran. Kemuliaan sesebuah karya adalah

disebabkan oleh adanya unsur-unsur falsafah, pemikiran atau premis yang menjadi tulang

belakang karya tersebut.

Karya yang baik haruslah bermoral dan ketinggian sesebuah karya pula bergantung

kepada ketinggian moral tersebut. Tuntasnya, sesebuah karya sastera itu wajib mempunyai moral

kerana ia sebagai neraca yang menentukan nilainya. Karya-karya yang tidak mementingkan

moral dianggap tidak bernilai. Contohnya, dalam sesuatu zaman yang menganggap bahawa

moral yang baik terletak pada pemeliharaan maruah jantina, maka sastera bercorak seks tidak

boleh diterima masyarakat. Oleh itu, karya sastera yang dihasilkan mestilah penuh dengan nilai

moral yang tinggi, bukannya diisi dengan perkara-perkara yang remeh dan sia-sia. Teks yang

tidak bermutu dan bermoral dianggap sebagai teks yang tidak ada nilainya pada pandangan teori

moral.

19

Page 20: TEORI MORAL

II. Membentuk masyarakat dengan sifat sastera yang didaktis.

Menurut Karl Beckson dan Arthur Ganz (1972), didaktis dalam sastera ialah karya yang

mengandungi unsur-unsur pengajaran dan doktrin yang boleh memandu para pembaca ke sesuatu

arah dan tujuan. Arah tersebut sama ada arah dan tujuan kepada sosial, pendidikan dan politik

atau apa jua, yang penting karya itu mempunyai unsur-unsur yang boleh mengajak para pembaca

untuk berfikir dan mengikut landasan yang telah ditentukan. Sesungguhnya moral itu bererti

mendidik, mengajar dan membimbing serta memandu pembaca dan penulisnya juga. Sesuai

dengan fungsi didaktisnya, teori ini memberi keutamaan kepada karya yang penuh dengan

pengalaman benar dan fakta serta berisi dengan kebijaksanaan dan kepintaran yang akan

dijadikan sebagai bahan pemikiran oleh para pembacanya. Walaupun kriteria pengalaman dan

kebijaksanaan satu cara biasa mendekati hasil sastera, tetapi pendekatan moral ini

mengkhususkan penilaiannya terhadap aspek tersebut.

Masyarakat sebeginilah yang ingin dilahirkan oleh sesebuah negara. Masyarakat yang

mempunyai nilai-nilai moral yang jitu dan sayang akan negaranya. Masyarakat sebegini juga

sanggup untuk mempertahankan negaranya daripada ancaman musuh luar. Mereka sanggup

berkorban demi kedaulatan negara mereka.

III. Mendidik para penulis

Selain pembaca, pengarang juga mestilah menjadi golongan moralis. Setiap pengarang

hendaklah berkarya dengan penuh kejujuran, bersih hati dan sedia untuk belajar. Teori moral

juga tidak dapat menerima pengarang yang mengalami ‘neorosis’ atau ‘psikosis’ di bawah

kesedaran mereka, di samping menggunakan bahan-bahan yang memabukkan bagi melahirkan

karya yang baik. Hal ini disebabkan bukan sahaja karya sastera menjadi contoh ikutan oleh

20

Page 21: TEORI MORAL

masyarakat, malah gaya hidup penulisnya demikian juga. Penulis yang menulis sesebuah karya

yang penuh dengan unsur moral perlulah menunjukkan gaya hidup yang sihat sesuai dengan

karya yang dihasilkannya.

Penulis mesti bermoral dan tidak memakai bahan-bahan yang mengkhayalkan seperti

alkohol bagi menghasilkan karya yang penuh bermoral.

Sekiranya terjadi juga keadaan seperti itu, ia umpama mencemarkan karya moral yang telah

dihasilkan tadi. Oleh itu, para penulis juga sebenarnya terdidik melalui teori moral ini. Cumanya,

moralis menekankan norma yang menentukan sikap dan contoh itu ditentukan oleh masyarakat

zaman penulis itu sendiri.

IV. Mencemerlangkan aspek pensejarahan sesuatu bangsa.

Kesusasteraan sebenarnya mempunyai fungsi pensejarahan. Hal ini terbukti apabila manusia,

tamadun dan sejarah itu tidak dapat dipisahkan. Karya yang besar selalunya mempunyai motif

moral yang dapat merangkumi ketiga-tiga aspek ini. Inilah yang telah diaplikasikan oleh Leo

Tolstoy, melalui karya besarnya War And Peace atau Harun Aminurrasyid dalam Panglima

Awang. Tidak sahaja genrenya berbentuk sejarah, tetapi karya-karya tersebut telah membina

sejarahnya sendiri dalam posisi dan hierarki karya yang baik dan menjadi lambang zaman. Teori

moral melihat sejauh mana sesebuah karya itu dapat memberikan sumbangan ke arah

mencemerlangkan persejarahan sesuatu bangsa. Shakespeare dengan 43 buah drama sepanjang

hayatnya telah dapat mengangkat bangsa Inggeris sebagai bangsa besar, berdaulat dan dihormati.

Shahnon Ahmad dengan novel-novelnya yang cemerlang seperti Ranjau Sepanjang Jalan

dan Renting telah menjadikan bangsa Melayu sesuatu bangsa yang bermaruah. Teori moral

memberikan penghargaan yang tinggi kepada pengarang yang menyumbangkan baktinya

21

Page 22: TEORI MORAL

sehingga bangsa itu menjadi besar dan menghargai karya yang telah mencipta sejarahnya sendiri.

Sementara itu, karya-karya yang tidak mengkhususkan skop pembacanya, malah untuk seluruh

manusia sejagat dan selalu menyuguhkan persoalan-persolan yang berbentuk universal dalam

pengertian, karya itu boleh diterima atau difahami oleh semua kerana sumber dan fokusnya

adalah mengenai alam kehidupan. Sering pula ia melontarkan pemikiran-pemikiran yang

berbentuk universal. Karya seumpama ini akan diberi penghormatan oleh teori moral. Aspek

universalisme bererti karya itu diterima oleh umum, sama ada dari aspek temanya atau karya itu

telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Tokoh

Kaya sastera yang telah dinilai berdasarkan moral sebenarnya telah dibicarakan sejak zaman

Greek lagi. Plato sangat menekankan aspek moral dalam karya seni sastera. Plato dalam

Republic sudah menegaskan syarat bahawa mesej atau perutusan sesebuah karya adalah penting.

Tanpa mesej, karya itu tidak mempunyai apa-apa pengertian. Karya yang tidak bermesej seperti

karya yang tidak ada fungsinya. Karya sebegini hanya dibaca untuk hiburan dan mengisi masa

lapang semata-mata. Karya tanpa mesej tidak menyumbang langsung dalam membentuk

personaliti mesej yang bermoral. Plato tidak menginginkan karya sebegini. Sebaliknya, Plato

amat mementingkan karya yang penuh dengan pengisian yang berguna untuk masyarakat.

Horace juga menitikberatkan unsur-unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya

di samping untuk tujuan berhibur. Horace dalam Ars Poetica menegaskan bahawa di samping

unsur hiburan, sesebuah karya sastera mestilah mengandungi unsur pendidikan. Selain itu, Paul

Elmer More telah menggunakan teori moral pada abad ke-20. Kemudian, usaha itu telah

dilanjutkan oleh Norman Forester, G.R Elliot, Robert Shafer, Graham Munson dan ramai lagi.

22

Page 23: TEORI MORAL

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, teori moral menekankan aspek nilai murni yang tinggi dalam proses

menghasilkan karya sastera oleh para penulisnya. Teori ini amat mementingkan nilai dan

pengajaran yang baik demi tamadun bangsanya. Apabila para pembaca membaca karya sastera

yang berunsurkan moral yang tinggi, maka pembaca tadi dapat dibentuk sahsiahnya menjadi

sahsiah yang cemerlang. Sekalipun sesebuak karya itu baik, tetapi jika sekiranya karya itu

kekurangan moral, maka ia tidak dapat dianggap sebagai sebuah karya yang besar. Dalam

banyak hal, moral ditentukan oleh nilai masyarakat. Menurut teori ini, salah satu ciri sastera ialah

mengandungi sikap hidup dan semangat zaman yang dibentuk oleh zaman masyarakat.

Tegasnya, teori ini melihat kesusasteraan sebagai suatu gerakan ke arah memenuhi keperluan

kemanusiaannya. Undang-undang sastera terbentuk ke arah memberikan perkhidmatan yang

cemerlang supaya manusia sentiasa berbaik-baik antara satu sama lain. Sesungguhnya kritikan

teori moral mahukan hasil karya yang bertindak sebagai guru dan menjadi contoh untuk

diamalkan oleh pembaca.

23

Page 24: TEORI MORAL

BIBLIOGRAFI

Elias, J. L (1989). Moral education: secular and religious. Florida: Robert E. Krieger Publishing Co., Inc.

Hashim Awang (1988). Kritikan kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kohlberg, L (1971). Moral Education of psychological view. Dlm Lee C. Deighton : The Encyclopedia of Education, Vol 6. The Macmillan Company.

Kohlberg, L (1971). Stages of moral development as a basis of moral education. Dlm. Beck, C.M., Crittenden, B.S. & Sullivan, E.V.(pnyt.). Moral education: interdisciplinary approaches: 23-92. New York: Newman Press.

Kohlberg, L (1977). The cognitive-developmental approach to moral education. Dlm. Rogrs, D. Issues Lungdren, L. 1994. Cooperative Learning in The Science Classroom. New York: McGraw Hill Companies.

Mana Sikana (1998). Teori dan kritikan sastera pascamodenisme. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mana Sikana (Ed.). (1988). Kritikan sastera masalah dan penigkatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana (2006). Kritikan sastera melayu moden. Singapura: UTS Network Service.

Mohamad Mokhtar Hassan (1995). Sejarah kritikan puisi Melayu moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Salleh (Ed.). (1987). Kumpulan kritikan sastera: Timur dan Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari (1994). Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Reimer, J. et al (1979). Promoting moral growth from piaget to kohlberg. New york & London: Longman Inc.

Sohaimi Abdul Aziz (2003). Teori dan kritikan sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teori etika (2011). Diperoleh pada Mac 2, 2011 daripada http://www.ftsm.ukm.my.

Umar Junus (1996). Teori moden sastera dan permasalahan sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24