pend moral

28
http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/pengenalan- pendidikan-moral.html 1.1 PENGENALAN Perkembangan sistem pendidikan kini semakin berkembang pesat dan acapkali diberi pembaharuan. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh ahli psikologi dan para rasionalis bagi mengenalpasti tingkahlaku, pemikiran, perkembangan kognitif dan sosial manusia. Penemuan-penemuan berdasarkan kajian- kajian ini telah memberikan impak yang positif dan mewujudkan pelbagai teori-teori yang dapat membantu para pendidik dalam mendidik modal insan kini. Hasil kajian ini juga telah membantu para cendekiawan untuk mengenalpasti beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan murid dari segi mental, fizikal, emosi dan juga moral. Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral, pendekatannya telah dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira tahap kematangan pemikiran moral murid, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang hendak diterapkan dalam satu pengajaran. (Rahmad Sukor bin Ab Samad, 2006). Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru di alaf baru ini perlu beriltizam, berorentasikan maklumat, berwawasan, berpandangan global dan positif serta berpengetahuan dan mahir dalam teknologi pendidikan. Justeru guru haruslah mendalami pendekatan dalam pendidikan moral demi mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik, kondusif serta berkesan. PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Upload: fatimah90

Post on 22-Jun-2015

283 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pend Moral

http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/pengenalan-pendidikan-moral.html1.1 PENGENALAN

Perkembangan sistem pendidikan kini semakin berkembang pesat dan acapkali diberi pembaharuan. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh ahli psikologi dan para rasionalis bagi mengenalpasti tingkahlaku, pemikiran, perkembangan kognitif dan sosial manusia. Penemuan-penemuan berdasarkan kajian-kajian ini telah memberikan impak yang positif dan mewujudkan pelbagai teori-teori yang dapat membantu para pendidik dalam mendidik modal insan kini. Hasil kajian ini juga telah membantu para cendekiawan untuk mengenalpasti beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan murid dari segi mental, fizikal, emosi dan juga moral.

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral, pendekatannya telah dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira tahap kematangan pemikiran moral murid, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang hendak diterapkan dalam satu pengajaran. (Rahmad Sukor bin Ab Samad, 2006).

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru di alaf baru ini perlu beriltizam, berorentasikan maklumat, berwawasan, berpandangan global dan positif serta berpengetahuan dan mahir dalam teknologi pendidikan. Justeru guru haruslah mendalami pendekatan dalam pendidikan moral demi mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik, kondusif serta berkesan.

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Page 2: Pend Moral

1.0 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Di dalam pengajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diguna pakai dan disesuaikan dengan tajuk yang akan diajar. Terdapat tujuh pendekatan bagi pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.

1.1 PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

Pendekatan Bertimbang Rasa adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang dikendaki, yang mana nilai-nilai itu pula dipandang sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkahlaku yang berpunca daripada budaya atau masyarakat. D.P. Superka (1976). Pendekatan ini digunakan bagi mengajar pola perlakuan positif bagi amalan seseorang.

Kebaikan pelaksanaan pendekatan ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran moral adalah ia dapat memupuk pelajar untuk bersikap perihatin terhadap orang lain dan belajar membuat keputusan dengan mengambil kira perasaan orang lain. Murid juga belajar untuk mengambil tindakan yang sesuai dan betul dan sesuatu situasi.

Pendekatan ini juga dapat menyemai nilai bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan serta kepentingan diri sendiri dan juga orang lain. Dalam erti kata lain murid tidak bersikap pentingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan.

Dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu situasi murid didedahkan dengan proses

Page 3: Pend Moral

membuat pilihan dengan mengenalpasti pilihan, menimbangkan kesan pilihan tersebut serta membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak.

Pelaksanaan pendekatan ini juga merangkumi pelbagai teknik dapat memudahkan guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai mengikut pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid.

Keburukan pendekatan ini pula, murid cenderung untuk memikirkan kepentingan orang lain terlebih dahulu sebelum diri mereka. Dikhuatiri murid akan meminggirkan kepentingan diri sendiri demi menjaga kepentingan orang lain.

Selain dari itu jika guru memilih untuk melaksanakan pendekatan ini, guru haruslah menggabungkannya dengan pendekatan yang lain agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seimbang. Ini kerana pendekatan ini tidak menggunakan penggabungjalinan pendekatan kognitif, fizikal dan sosial.

1.1 PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik moral.

Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.

Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan murid dan guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. Disamping itu, melalui pendekatan ini juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini.

Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang hendak dijalankan.

Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

Selain dari itu pelaksanaan pendekatan ini juga melibatkan sumber yang besar bagi sesetengah projek yang dilaksanakan.

Page 4: Pend Moral

1.2 PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF

Menurut penulisan Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon (2002), Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai (lebih dari satu) dan memberikan sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:i) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk murid berfikir tentang beberapa alternatif dalam dilemma tersebut.ii) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.iii) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moraliv) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

PENUTUP

Menurut Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.Justeru sebagai pendidik dari kalangan yang digelar professional, guru haruslah peka

Page 5: Pend Moral

akan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah kelolaan mereka agar murid mendapat manfaat semaksimum yang mungkin semasa pembelajaran tersebut dijalankan. Pembelajaran bermakna amat ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak didik memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat diamalkan di dalam kehidupan mereka. Walaupun pendidikan moral merupakan satu mata pelajaran minor di sekolah ia penting bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial.Oleh yang demikian pendekatan, teknik, kaedah dan strategi pelaksanaan bagi sesuatu mata pelajaran haruslah dikuasai oleh pendidik agar dapat merangka dan menyusun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan menarik dan berkesan

http://tuanmat.tripod.com/moral.html

TAJUK : KESAN FAKTOR-FAKTOR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN              PENDIDIKAN MORAL TERHADAP PENAAKULAN MORAL   

ABSTRAK Kertas ini membincangkan kesan faktor pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral terhadap penaakulan moral pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah harian biasa. Seramai 600 orang pelajar Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 24 orang guru Pendidikan Moral terlibat dalam kajian ini. Kaedah tinjauan dan temu bual telah diguna untuk mengumpul data. Alat terpiawai SRM-SF yang dibina oleh Gibbs, Basinger dan Fuller (1992) telah diguna untuk mengukur tingkat penaakulan moral pelajar. Analisis data menunjukkan bahawa 87% subjek kajian menaakul pada tingkat matang. Selain daripada itu, antara 13 pembolehubah bebas yang dikaji, 5 pembolehubah iaitu amalan pendekatan mengajar Pendidikan Moral oleh guru, jantina pelajar, pencapaian Bahasa Melayu, sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral dan persepsi pelajar terhadap keberkesanan guru Pendidikan Moral mempengaruhi penaakulan moral pelajar secara signifikan. Tambahan, analisis regresi berganda telah mengenal pasti sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral sebagai peramal utama penaakulan moral pelajar. Berdasarkan keputusan tersebut, jelas bahawa faktor pengajaran Pendidikan Moral kurang mempengaruhi penaakulan moral pelajar berbanding dengan faktor pembelajaran  Pendidikan Moral. Akhir sekali, kertas ini memberi cadangan-cadangan untuk mempergiatkan lagi keberkesanan pengajaran Pendidikan Moral dalam hal peningkatan penaakulan moral pelajar.

Pendahuluan Dalam penghidupan, seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut Berk (1989), proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral individu. Beliau menyenaraikan komponen-komponen tersebut sebagai penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral

Page 6: Pend Moral

behavior). Ketiga-tiga komponen tersebut adalah berbeza tetapi saling berkait. Penaakulan moral dan emosi moral mempengaruhi tingkah laku moral individu. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting. Pendidikan Moral telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran formal dalam kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 kepada semua pelajar bukan Islam di darjah satu. Pelajar tingkatan satu mula belajar Pendidikan Moral pada tahun 1989. Pendidikan Moral juga mula bertaraf mata pelajaran peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 1993. Sudah 12 tahun Pendidikan Moral diajar di sekolah menengah. Apakah kesan Pendidikan Moral terhadap proses perkembangan moral pelajar ? Memandangkan kekangan masa dan ruang, kertas kerja ini hanya memilih untuk meninjau kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral terhadap perkembangan penaakulan moral pelajar sahaja.

Pengertian dan kepentingan penaakulan moral (Moral Reasoning) Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Kajian ini menggunakan definisi yang diutarakan oleh Gibbs, Basinger dan Fuller (1992). Mereka telah mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988 ), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral. Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral (Jeevajothi 1997).

Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.  Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. 

Antara lain, Kohlberg (1975) telah menyokong pendiriannya dengan dapatan berikut. Beliau dan Krebs mendapati bahawa hanya 15% subjek kajian yang beroperasi di tingkat poskonvensional meniru dalam sesuatu peperiksaan berbanding dengan 55% subjek kajian yang beroperasi di tingkat konvensional dan 70% subjek yang beroperasi di tingkat prakonvensional. Ini bermaksud, semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral.

Dalam perkembangan yang sama, Blasi membuat rumusan tentang 72 kajian yang mengkaji hubungan antara penaakulan moral, masalah delinkuen dan ciri-ciri yang berkaitan dengan delinkuen (Kitwood 1990). Beliau mendapati bahawa tingkah laku moral adalah berkait dengan penaakulan moral. Misalnya subjek delinkuen menaakul di tingkat yang lebih rendah.   

Page 7: Pend Moral

Objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral  Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk sekolah menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988), objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral sekolah menengah adalah supaya pelajar dapat :

i. memperkukuh dan mempertingkat amalan tabiat dan tingkah laku yang selaras dengan sikap dan nilai moral yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah ; ii. menyedari, memahami dan menghayati norma dan nilai murni masyarakat Malaysia ; iii. membentuk pemikiran yang rasional berasaskan prinsip-prinsip moral ; iv. memberi sebab-sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan moral dalam membuat sesuatu keputusan ; dan  v. menggunakan pertimbangan yang berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan dalam amalan kehidupan seharian.

Penilaian terhadap objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral tersebut menunjukkan bahawa pemupukan penaakulan moral dan tingkah laku moral adalah ditekankan dan emosi moral telah diabaikan. Mengikut sukatan pelajaran, pelajar-pelajar perlu belajar membuat pertimbangan moral (moral judgement) dan mereka memerlukan satu kod nilai untuk dijadikan piawai dan asas dalam penaakulan moral mereka. 

Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak dan remaja (Loganathan 1995). Stoll dan Beller melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai (Loganathan 1995). Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Masalah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Mengikut Ruslin (1996), Pendidikan Moral dikira sebagai satu mata pelajaran yang agak baru diperkenalkan pada tahun 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan 1989 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Beberapa masalah adalah dijangkakan. Antara masalah-masalah tersebut adalah kekaburan konsep moral, masalah kurikulum, kekurangan kemahiran guru-guru Pendidikan Moral, kekurangan bahan pengajaran serta kelemahan penilaian dalam bidang moral. Misalnya, kajian oleh Zarin Ismail (1990) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Moral di daerah Hulu Langat masih kabur tentang istilah penting dalam mata pelajaran tersebut. Subjek kajian juga mengatakan bahawa kursus Pendidikan Moral yang dihadiri kurang berkesan.

Secara amnya, sentimen terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral di kalangan pelajar kini adalah kurang positif. Pandangan ini disokong dengan rungutan melalui artikel dan surat-surat yang ditulis ke akhbar tentang kelemahan perlaksanaan Pendidikan Moral di sekolah. Salah satu artikel adalah seperti yang terdapat di New Straits Times (9-7-1999). Antara surat-surat tersebut pula adalah seperti yang ditulis oleh Concerned Parent (1999) dan Chan (2000). Antara beberapa rungutan adalah seperti

Page 8: Pend Moral

sukatan pelajaran yang berulang-ulang dan sistem penilaian yang terlalu ketat dan mengelirukan.

Pengkaji berpendapat bahawa terdapat kekurangan penyelidikan sistematik terhadap bidang Pendidikan Moral berbanding dengan mata pelajaran lain di Malaysia. Usaha untuk meneroka situasi sebenarnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia amat diperlukan. 

Persoalan kajian

Kajian ini mempunyai beberapa persoalan utama seperti berikut :

1. Apakah tahap penaakulan moral pelajar sekolah menengah harian biasa? 

2. Adakah aspek latar belakang guru seperti jantina, pengalaman mengajar serta pengalaman berkursus Pendidikan Moral mempengaruhi penaakulan moral di kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa ?

3. Adakah aspek pengajaran Pendidikan Moral seperti fahaman asas guru Pendidikan Moral terhadap perkembangan moral pelajar, amalan pendekatan mengajar Pendidikan Moral serta interaksi dan layanan guru terhadap pelajar mempengaruhi penaakulan moral  pelajar mereka?

4. Adakah aspek latar belakang pelajar seperti jantina, pencapaian akademik, pencapaian Bahasa Melayu, gred sekolah dan status sosioekonomi keluarga mempengaruhi penaakulan moral  di kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa?

5. Adakah aspek pembelajaran Pendidikan Moral seperti sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral dan persepsi pelajar terhadap keberkesanan guru Pendidikan Moral mempengaruhi penaakulan moral di kalangan pelajar sekolah menegah harian biasa ?

6. Di antara latar belakang guru, aspek pengajaran Pendidikan Moral, latar belakang pelajar serta aspek pembelajaran Pendidikan Moral, aspek manakah yang menjadi peramal terbaik dalam pemupukan penaakulan moral di kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa ? Metodologi Kajian

Seramai 600 orang pelajar Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 24 orang guru Pendidikan Moral mereka dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di Negeri Sembilan terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual untuk mengumpul data. Alat terpiawai Sociomoral Reflection Measure-Short Form (SRM-SF) yang dibina oleh Gibbs, Basinger dan Fuller (1992) yang telah diubahsuai dan diterjemah adalah diguna untuk mengukur tingkat penaakulan moral pelajar. Selain daripada itu, lima subskala telah dibina oleh pengkaji sendiri untuk mengukur pembolehubah-

Page 9: Pend Moral

pembolehubah lain. Antara 24 orang guru yang terlibat, 12 orang telah ditemu bual berkenaan dengan topik kajian. 

Dapatan Kajian dan Perbincangan Bahagian ini akan melaporkan dapatan kajian dan perbincangan seterusnya berdasarkan persoalan kajian.

I. Tahap penaakulan moral pelajar sekolah menengah harian biasa

Berdasarkan SRM-SF, tahap penaakulan moral dibahagi kepada dua tingkat, iaitu tingkat kurang matang dan tingkat matang. Setiap tingkat pula dibahagi kepada dua peringkat. Penerangan setiap peringkat adalah seperti berikut :

i. Tingkat Kurang Matang  a. Peringkat 1  :  Kepatuhan kepada Kuasa Fisikal Individu yang menaakul pada peringkat 1 tunduk kepada kuasa fisikal.

b. Peringkat 2  :  Pertukaran dan Instrumental Peringkat 2 melihat individu kurang dipengaruhi oleh aspek fisikal seperti pihak berkuasa. Individu di peringkat ini mula membandingkan keuntungan dan kerugian sebelum melakukan sesuatu tingkah laku.

ii. Tingkat Matang a. Peringkat 3  :  Saling Bergantung dan Prososial Individu yang menaakul di peringkat ini mula mengambil kira kebajikan dan perasaan orang lain.

b. Peringkat 4  :  Sistem dan Piawai Masyarakat Peringkat ini melihat individu faham tentang peranannya sebagai seorang ahli masyarakat, hak kebebasan yang dia ada dan tanggungjawab serta sumbangannya terhadap masyarakat.

Data berpanjangan Kohlberg menunjukkan bahawa untuk remaja yang berumur 15 tahun, 35% menaakul pada peringkat 2,  55% menaakul pada peringkat 3 dan 10% menaakul pada peringkat 4 (Kitwood 1990). Pengkaji telah membuat perbandingan dan dapati bahawa peringkat-peringkat penaakulan yang terdapat dalam SRM-SF adalah menyerupai skima Kohlberg (1975) kecuali peringkat 4 dalam SRM-SF yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam peringkat 4 dan 5 skima Kohlberg. 

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa antara 600 orang responden pelajar, 87.1% menaakul pada tingkat penaakulan moral matang dan 12.9% yang lain menaakul pada tingkat penaakulan moral kurang matang.  Kajian ini mendapati bahawa sebilangan kecil sahaja pelajar (12.9%) yang menaakul pada peringkat 2. 

82.6% pelajar menaakul pada peringkat 3 yang beristilah Orientasi Saling Bergantung dan Prososial. Peringkat 3 merupakan peringkat penaakulan moral yang paling dominan

Page 10: Pend Moral

bagi responden-responden kajian ini. Ini bermaksud, 82.6% pelajar dalam kajian ini mempunyai ciri-ciri yang disebutkan oleh Gibbs, Basinger dan Fuller (1992), iaitu pelajar sudah mula faham norma moral dan nilai murni masyarakat. Semasa membuat keputusan, mereka juga boleh mengambil kira kebajikan dan perasaan orang lain. Mereka lebih senang meletakkan diri dalam keadaan orang lain dan menunjukkan keperihatinan.

Dapatan kajian ini menepati norma yang terdapat dalam kajian berpanjangan Kohlberg. Dapatan kajian ini juga menyerupai dapatan kajian di China, India, Israel, Mexico, Taiwan dan Turkey (Kitwood 1990) dimana peringkat 3 adalah peringkat paling dominan. Dengan itu, bolehlah dirumuskan bahawa golongan remaja dalam kajian ini adalah konsisten dengan dapatan Kohlberg dan menepati norma antarabangsa. Ini merupakan satu pencapaian yang memuaskan. Analisis keputusan peperiksaan Pengetahuan Moral dan perbandingannya dengan keputusan kajian ini menunjukkan bahawa rungutan pelajar, guru serta ibu bapa memang munasabah. Keputusan peperiksaan Pengetahuan Moral untuk calon Negeri Sembilan sejak 1995 hingga 1999 sentiasa menunjukkan taburan pencong positif di mana bilangan calon yang gagal dan yang hanya berjaya memperolehi peringkat lulus (7 & 8) adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan bilangan calon yang mendapat kepujian (3 hingga 6) dan calon yang mendapat cemerlang (1 & 2). Secara purata, calon yang berjaya memperolehi cemerlang adalah kurang daripada 3% setiap tahun. Fokus peperiksaan Pengetahuan Moral adalah pengujian kematangan penaakulan moral. Keputusan peperiksaan tersebut adalah jauh berbeza daripada dapatan kajian ini di mana 87% responden pelajar menaakul pada tingkat matang. Secara kasar, kumpulan tersebut seharusnya berada di lingkungan yang menerima pangkat kepujian dan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam kata lain, keputusan peperiksaan Pengetahuan Moral tersebut seolah-olah tidak mencerminkan keadaan penaakulan moral calon peperiksaan dengan tepat. 

II.  Kesan aspek latar belakang guru terhadap penaakulan moral pelajar Aspek latar belakang guru yang dikaji adalah seperti jantina guru Pendidikan Moral, pengalaman mengajar serta pengalaman berkursus Pendidikan Moral. Analisis ujian t menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah tersebut tidak mempengaruhi peringkat  penaakulan moral pelajar secara signifikan. Akan tetapi, data menunjukkan bahawa guru yang pernah menghadiri kursus Pendidikan Moral adalah lebih tinggi fahaman asas tentang proses perkembangan moral pelajar dan lebih mahir mengamalkan pendekatan mengajar Pendidikan Moral.

III. Kesan aspek pengajaran Pendidikan Moral terhadap penaakulan moral pelajar Aspek pengajaran Pendidikan Moral yang dikaji adalah fahaman asas guru terhadap proses perkembangan moral pelajar, amalan pendekatan mengajar Pendidikan Moral dan interaksi serta layanan guru Pendidikan Moral.  Keputusan ujian t menunjukkan bahawa fahaman asas guru dan interaksi serta layanan guru Pendidikan Moral gagal mempengaruhi peringkat penaakulan moral pelajar secara signifikan. Akan tetapi, amalan pendekatan mengajar Pendidikan Moral oleh guru dapat mempengaruhi penaakulan moral pelajar secara signifikan. Guru Pendidikan Moral yang mahir mengamalkan pendekatan mengajar Pendidikan Moral menyaksikan peringkat penaakulan moral yang

Page 11: Pend Moral

lebih tinggi di kalangan pelajar mereka berbanding dengan pelajar yang diajar oleh guru yang kurang mahir.

Data menunjukkan bahawa kebanyakan guru yang mahir mengamalkan pendekatan mengajar Pendidikan Moral pernah menghadiri kursus Pendidikan Moral. Nampaknya, kehadiran kursus Pendidikan Moral dapat meningkatkan fahaman asas guru tentang proses perkembangan moral pelajar dan juga menajamkan kemahiran guru ke arah peningkatan penaakulan moral pelajar mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa ada faedahnya guru menghadiri kursus Pendidikan Moral.

IV. Kesan aspek latar belakang pelajar terhadap penaakulan moral mereka Aspek latar belakang pelajar yang dikaji adalah jantina pelajar, pencapaian akademik, pencapaian Bahasa Melayu, gred sekolah di mana pelajar belajar serta status sosioekonomi keluarga pelajar. Keputusan ujian t dan analisis varians menunjukkan bahawa jantina pelajar dan pencapaian Bahasa Melayu mempengaruhi penaakulan moral pelajar secara signifikan. Pelajar perempuan adalah lebih tinggi peringkat penaakulan mereka berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar yang lebih tinggi penguasaan Bahasa Melayu juga menaakul pada peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang rendah penguasaan Bahasa Melayu. 

Dapatan kajian ini menyokong dapatan Rest (dlm. Gage & Berliner 1988) yang mendapati bahawa perempuan menaakul pada peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki jika kedua jantina mempunyai taraf pendidikan yang sama. Di sebaliknya, dapatan kajian ini adalah berbeza daripada dapatan kajian yang mengatakan bahawa wanita lebih condong beroperasi pada peringkat yang lebih rendah berbanding dengan orang lelaki mengikut corak perkembangan Kohlberg (Hersh et al. 1979).  Dapatan kajian ini juga berbeza daripada dapatan kajian tempatan oleh Loganathan (1995), Ruslin (1996) dan Jeevajothi (1997).  Mereka mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam peringkat penaakulan moral mereka. 

Dalam proses penaakulan moral, pelajar menggunakan bahasa untuk menyusun fikiran dan menganalisis situasi. Mereka juga menggunakan bahasa untuk menyuarakan pendapat dan perasaan mereka. Di sini, peranan bahasa dalam proses penaakulan moral tidak boleh dinafikan. Tahap penguasaan bahasa seseorang individu mempengaruhi tahap penaakulan moral individu. Lebih tinggi tahap penguasaan bahasa, pasti lebih senang individu menaakul. Maka tidak hairan bahawa pelajar yang lebih tinggi pencapaian Bahasa Melayu juga lebih tinggi peringkat penaakulan moral berbanding dengan pelajar yang lebih rendah pencapaian Bahasa Melayu.

V. Kesan aspek pembelajaran Pendidikan Moral terhadap penaakulan moral pelajar Aspek pembelajaran yang dikaji adalah sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral dan persepsi pelajar terhadap keberkesanan guru Pendidikan Moral. Keputusan ujian t menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah tersebut mempengaruhi penaakulan moral pelajar secara signifikan. Pelajar yang bersikap positif dan berpersepsi positif menaakul pada peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang

Page 12: Pend Moral

bersikap dan berpersepsi negatif. Analisis regresi berganda juga mengidentifikasikan sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral sebagai peramal utama penaakulan moral pelajar. 

Dalam kajian ini, 39.5% pelajar bersikap negatif terhadap pembelajaran Pendidikan Moral. Antara sebab-sebab mungkin adalah kerana mereka menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang kurang penting berbanding dengan mata pelajaran lain. Dengan sukatan pelajaran yang terdiri daripada kajian 16 nilai murni  sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5, mungkin pelajar juga berasa bosan. Selain daripada itu, kesukaran untuk memperoleh gred peperiksaan Pengetahuan Moral yang memuaskan dalam  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana skima pemarkahan yang terlalu ketat juga menghampakan ramai pelajar khususnya mereka yang berpencapaian akademik tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang berpersepsi negatif (42.5%) adalah agak tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa lebih ramai pelajar perempuan memegang persepsi negatif terhadap keberkesanan guru Pendidikan Moral mereka berbanding dengan pelajar lelaki. Selain daripada itu pelajar yang berpencapaian akademik tinggi juga mempunyai persepsi yang paling negatif terhadap guru Pendidikan Moral mereka berbanding dengan pelajar yang berpencapaian akademik sederhana dan rendah. 

Salah satu sebab yang mungkin menyebabkan pelajar berpersepsi negatif terhadap guru Pendidikan Moral adalah kualiti dan mutu perkhidmatan guru Pendidikan Moral. Data temu bual dengan guru Pendidikan Moral juga ada melaporkan bahawa guru sendiri mengaku antara masalah yang dihadapi adalah mereka kekurangan pengetahuan tentang falsafah, psikologi serta pedagogi yang khusus untuk mengajar Pendidikan Moral. Dalam konteks ini, latihan dan kelengkapan guru Pendidikan Moral perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan.   

Cadangan dan Penutup Berdasarkan dapatan tersebut, jelas bahawa faktor pengajaran kurang memberi kesan terhadap penaakulan moral pelajar berbanding dengan faktor pembelajaran yang dibawa oleh pelajar sendiri.  Maka kajian ini melihat ada keperluan meningkatkan lagi fahaman asas guru Pendidikan Moral terhadap proses perkembangan moral pelajar serta kemahiran guru mengamalkan pendekatan mengajar Pendidikan Moral. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, maka adalah dicadangkan supaya guru Pendidikan Moral diberi latihan yang berkaitan untuk melengkapkan mereka untuk mengajar Pendidikan Moral. Juga adalah dicadangkan supaya Pendidikan Moral hanya dikendalikan oleh guru-guru yang terlatih untuk mengajar Pendidikan Moral.

Kajian ini juga telah mengenal pasti perbezaan pelajar dalam penaakulan moral. Misalnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki adalah lebih rendah penaakulan moral berbanding dengan pelajar perempuan. Pelajar berpencapaian Bahasa Melayu rendah adalah lebih rendah penaakulan moral berbanding dengan mereka yang

Page 13: Pend Moral

berpencapaian sederhana dan tinggi. Tambahan lagi, pelajar yang bersikap negatif terhadap pembelajaran Pendidikan Moral dan berpersepsi negatif terhadap keberkesanan guru Pendidikan Moral juga adalah lebih rendah penaakulan moral berbanding dengan mereka yang bersikap dan berpersepsi positif. Guru Pendidikan Moral perlu memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan-kumpulan tersebut tanpa mengabaikan mereka yang lebih tinggi peringkat penaakulan moral.

Berkenaan dengan pendekatan Pendidikan Moral yang sesuai untuk meningkatkan peringkat penaakulan moral pelajar, kajian ini mendapati bahawa perbincangan dilema moral mengikut pendekatan perkembangan kognitif oleh Kohlberg (1975) merupakan pendekatan utama yang diamalkan oleh guru Pendidikan Moral.  Banyak kajian luar negeri melaporkan bahawa perbincangan dilema moral memang boleh meningkatkan peringkat penaakulan moral (Gage & Berliner 1988). Kajian tempatan oleh Ruslin (1996) dan Jeevajothi (1997) juga mendapati pendekatan tersebut memang berkesan untuk meningkatkan penaakulan moral pelajar di sekolah menengah tempatan. Dengan bukti-bukti empiris tersebut, maka amalan pendekatan perkembangan kognitif patut diteruskan. Akan tetapi, kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan guru melaksanakan pendekatan tersebut tanpa fahaman yang dalam tentang falsafah dan psikologi di belakang pendekatan tersebut. Ini membantutkan keberkesanan perlaksananya. Fahaman guru terhadap pendekatan tersebut perlu diperdalamkan supaya keberkesanan penggunaannya dapat dijamin.

Sikap terhadap pembelajaran Pendidikan Moral telah dikenal pasti sebagai peramal utama penaakulan moral pelajar. Salah satu sebab yang menyebabkan sikap negatif pelajar adalah pandangan bahawa Pendidikan Moral kurang penting berbanding dengan mata pelajaran lain dan sistem penilaian Pengetahuan Moral yang kurang menyeluruh di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Antara cara-cara lain adalah guru Pendidikan Moral perlu sentiasa menegaskan kepentingan dan faedah belajar Pendidikan Moral. Usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak pentadbir, seluruh masyarakat sekolah dan masyarakat luar. Sistem penilaian Pengetahuan Moral juga perlu diteliti semula demi memberi suatu penilaian yang lebih menyeluruh dan tepat.    

RUJUKAN

Berk, L.E. 1989.  Child development. Boston : Allyn and Bacon.  

Chan, K.Y. 2000. Need for quality teachers. Surat. Sunday Star, 23 Januari : 6.

Concerned Parent. 1999. No flexibility in marking for Moral Studies. Surat kepada editor. Sunday Star, 8 Ogos: 6.  

Page 14: Pend Moral

Gage, N.L. & Berliner, D.C. 1988.  Educational psychology.  Boston : Houghton Mifflin Company.

Gibbs,J.C., Basinger, K.S. & Fuller, D. 1992. Moral maturity, measuring the development of sociomoral reflection. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.  

Hersh, R.H., Paolitto, D.P. & Reimer, J. 1979. Promoting moral growth, from Piaget to Kohlberg. New York : Longman.

Jeevajothi, N. 1997. Keberkesanan perbincangan dilema moral dalam perubahan peringkat penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan IV. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.  

Kitwood, T. 1990. Concern for others, a new psychology of conscience and morality. London : Routledge.  

Kohlberg, L. 1975. The cognitive-developmental approach to Moral Education. Phi Delta Kappan LVI (10) : 670  677.

Loganathan, R. 1995. Peringkat perkembangan moral di kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.  

New Straits Times. 1999. Youth Quake : Down with Moral Studies. 9 Julai :1.  

New Straits Times. 1999. Teachers and parents have their say. 9 Julai : 3.  

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Sukatan pelajaran sekolah menengah :  Pendidikan Moral. Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Rest, J.R. 1976. The research base of the cognitive developmental approach to Moral Education. Dlm. Hennessy, T.C. (pnyt.). Values and moral development, hlm. 102 123. New York : Paulist Press.  

Ruslin Amir. 1996. Kesan teknik perbincangan dilema moral ke atas tahap pertimbangan moral pelajar-pelajar tingkatan 4 Sek. Men. Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.  

Page 15: Pend Moral

Wilson, J. 1973. The assessment of morality. Great Britain : NFER Publishing Company Ltd.  

Zarin Ismail. 1990. Kajian tentang tanggapan mengenai masalah pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://sdmtponorogo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=95:merancang-pendidikan-moral-dalam-pendidikan-formal&catid=3:newsflash&Itemid=18

Pendidikan Moral dalam Pendidikan Formal Thursday, 03 September 2009 07:02 administrator

Sumber daya manusia menempati posisi sentral dan strategis dalam pelaksanaan pembangunan nasional, sehingga diperlukan adanya pengembangannya secara optimal. Pengembangan SDM dapat dilakukan melalui pendidikan mulai dari dalam keluarga, hingga lingkungan sekolah dan masyarakat

Page 16: Pend Moral

Salah satu SDM yang dimaksud bisa berupa generasi muda (young generation) sebagai estafet pembaharu merupakan kader pembangunan yang sifatnya masih potensial, perlu dibina dan dikembangkan secara terarah dan berkelanjutan melalui lembaga pendidikan sekolah. Beberapa fungsi pentingnya pendidikan sekolah antara lain untuk : 1) perkembangan pribadi dan pembentukan kepribadian, 2) transmisi cultural, 3) integrasi social, 4) inovasi, dan 5) pra seleksi dan pra alokasi tenaga kerja ( Bachtiar Rifai). Dalam hal ini jelas bahwa tugas pendidikan sekolah adalah untuk mengembangkan segi-segi kognitif, afektif dan psikomotorik yang dapat dikembangkan melalui pendidikan moral. Dengan memperhatikan fungsi pendidikan sekolah di atas, maka setidaknya terdapat 3 alasan penting yang melandasi pelaksanaan pendidikan moral di sekolah, antara lain : 1). Perlunya karakter yang baik untuk menjadi bagian yang utuh dalam diri manusia yang meliputi pikiran yang kuat, hati dan kemauan yang berkualitas, seperti : memiliki kejujuran, empati, perhatian, disiplin diri, ketekunan, dan dorongan moral yang kuat untuk bisa bekerja dengan rasa cinta sebagai ciri kematangan hidup manusia. 2). Sekolah merupakan tempat yang lebih baik dan lebih kondusif untuk melaksanakan proses belajar mengajar. 3).Pendidikan moral sangat esensial untuk mengembangkan sumber daya manusia (SDM) yang berkualitas dan membangun masyarakat yang bermoral (Lickona, 1996 , P.1993). 

Pelaksanaan pendidikan moral ini sangat penting, karena hampir seluruh masyarakat di dunia, khususnya di Indonesia, kini sedang mengalami patologi social yang amat kronis. Bahkan sebagian besar pelajar dan masyarakat kita tercerabut dari peradaban eastenisasi (ketimuran) yang beradab, santun dan beragama. Akan tetapi hal ini kiranya tidak terlalu aneh dalam masyarakat dan lapisan social di Indonesia yang hedonis dan menelan peradaban barat tanpa seleksi yang matang. Di samping itu system pendidikan Indonesia lebih berorientasi pada pengisian kognisi yang eqivalen dengan peningkatan IQ (Intelengence Quetiont) yang walaupun juga di dalamnya terintegrasi pendidikan EQ (Emotional Quetiont). Sedangkan warisan terbaik bangsa kita adalah tradisi spritualitas yang tinggi kemudian tergadai dan lebih banyak digemari oleh orang lain di luar negeri kita, yaitu SQ (Spiritual Quetiont). Oleh sebab itu, perlu kiranya dalam pengembangan pendidikan moral ini eksistensi SQ harus terintegrasi dalam target peningkatan IQ dan EQ siswa.

Page 17: Pend Moral

Akibat dari hanyutnya SQ pada pribadi masyarakat dan siswa pada umumnya menimbulkan efek-efek social yang buruk. Bermacam-macam masalah sosial dan masalah-masalahh moral yang timbul di Indonesia seperti : 1). meningkatnya pembrontakan remaja atau dekadensi etika/sopan santun pelajar, 2). meningkatnya kertidakjujuran, seperti suka bolos, nyontek, tawuran dari sekolah dan suka mencuri, 3). berkurangnya rasa hormat terhadap orang tua, guru, dan terhadap figur-figur yang berwenang, 4). meningkatnya kelompok teman sebaya yang bersifat kejam dan bengis, 5) munculnya kejahatan yang memiliki sikap fanatik dan penuh kebencian, 6). berbahsa tidak sopan, 7). merosotnya etika kerja, 8). meningkatnya sifat-sifat mementingkan diri sendiri dan kurangnya rasa tanggung jawab sebagai warga negara, 9). timbulnya gelombang perilaku yang merusak diri sendiri seperti perilaku seksual premature, penyalahgunaan mirasantika/narkoba dan perilaku bunuh diri, 10). timbulnya ketidaktahuan sopan santun termasuk mengabaikan pengetahuan moral sebagai dasar hidup, seperti adanya kecenderungan untuk memeras tidak menghormati peraturan-peraturan, dan perilaku yang membahayakan terhadap diri sendiri atau orang lain, tanpa berpikir bahwa hal itu salah (Koyan, 2000, P.74).

Untuk merespon gejala kemerosotan moral tersebut, maka peningkatan dan intensitas pelaksanan pendidikan moral di sekolah merupakan tugas yang sangat penting dan sangat mendesak bagi kita, dan perlu dilaksanakan secara komprehensif dan dengan menggunakan strategi serta model pendekatan secara terpadu, yaitu dengan melibatkan semua unsur yang terkait dalam proses pembelajaran atau pendidikan seperti : guru-guru, kepala sekolah orang tua murid dan tokoh-tokoh masyarakat. Tujuan pendidikan moral tidak semata-mata untuk menyiapkan peserta didik untuk menelan mentah konsep-konsep pendidikan moral, tetapi yang lebih penting adalah terbentuknya karakter yang baik, yaitu pribadi yang memiliki pengetahuan moral, peranan perasaan moral dan tindakan atau perilaku moral (Lickona, 1992. P. 53 )

Pada sisi lain, dewasa ini pelaksanan pendidikan moral di sekolah diberikan melalui pembelajaran pancasila dan kewarganegaraan (PPKn) dan Pendidikan agama akan tetapi masih tampak kurang pada keterpaduan dalam model dan strategi pembelajarannya Di samping penyajian materi pendidikan moral di sekolah, tampaknya lebih berorientasi pada penguasaan materi yang tercantum dalam kurikulum atau buku teks, dan kurang mengaitkan dengan isu-isu moral esensial yang sedang terjadi dalam masyarakat, sehingga peserta didik kurang mampu memecahkan masalah-masalah moral yang terjadi dalam masyarakat Bagi para siswa,adalah lebih banyak untuk menghadapi ulangan atau ujian, dan terlepas dari isu-isu moral esensial kehidupan mereka sehari-hari. Materi pelajaran PPKn dirasakah sebagai beban, dihafalkan dan dipahami, tidak menghayati atau dirasakan secara tidak diamalkan dalam perilaku kehidupan hari-hari.

Dalam upaya untuk meningkatkan kematangan moral dan pembentukann karakter siswa. Secara optimal ,maka penyajian materi pendidikan moral kepada para siswa hendaknya dilaksanakan secara terpadu kepada semua pelajaran dan dengan mengunakan strategi dan model pembelajaran seccara terpadu, yaitu dengan melibatkan semua guru, kepala sekolah ,orang tua murid, tokoh-tokoh masyarakat sekitar. Dengan demikian timbul pertanyaan,bahan kajian apa sajakah yang diperlukan untuk merancang model pembelajaran pendidikan moral dengan mengunakan pendekatan terpadu ?

Untuk mengembangkan strategi dan model pembelajaran pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan terpadu ,diperlukan adanya analisis kebutuhan (needs assessment) siswa dalam belajar pendidikan moral. Dalam kaitan ini diperlukan adanya serangkaian kegiatan, antara lain : (1) mengidentifikasikan isu-isu sentral

Page 18: Pend Moral

yang bermuatan moral dalam masyarakat untuk dijadikan bahan kajian dalam proses pembelajaran di kelas dengan menggunakan metode klarifikasi nilai (2) mengidentifikasi dan menganalisis kebutuhan siswa dalam pembelajaran pendidikan moral agar tercapai kematangan moral yang komprehensif yaitu kematangan dalam pengetahuan moral perasaan moral,dan tindakan moral, (3) mengidentifikasi dan menganalisis masalah-masalah dan kendala-kendala instruksional yang dihadapi oleh para guru di sekolah dan para orang tua murid di tua murid dirumah dalam usaha membina perkembangan moral siswa,serta berupaya memformulasikan alternatif pemecahannya, (4) mengidentifikasi dan mengklarifikasi nilai-nilai moral yang inti dan universal yang dapat digunakan sebagai bahan kajian dalam proses pendidikan moral, (5) mengidentifikasi sumber-sumber lain yang relevan dengan kebutuhan belajar pendidikan moral.

Dengan memperhatikan kegiatan yang perlu dilakukan dalam proses aplikasi pendidikan moral tersebut, kaitannya dengan kurikulum yang senantiasa berubah sesuai dengan akselerasi politik dalam negeri, maka sebaiknya pendidikan moral juga dilakukan penngkajian ulang untuk mengikuti competetion velocities dalam persaingan global. Bagaimanapun negeri ini memerlukan generasi yang cerdas, bijak dan bermoral sehingga bisa menyeimbangkan pembangunan dalam keselarasan keimanan dan kemajuan jaman. Pertanyaannya adalah siapkah lingkungan sekolah (formal-informal), masyarakat dan keluarga untuk membangun komitmen bersama mendukung keinginan tersebut ? Karena nasib bangsa Indonesia ini terletak dan tergantung pada moralitas generasi mudanya.

 

http://www.google.com.my/search?q=kajian+pendidikan+moral&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&ei=r393TLWTE5DWvQOu4dWiBg&start=40&sa=N

Pendidikan Karakter Solusi ajaran Moral Efektif Thursday, 19 August 2010 01:50 administrator

Pemerhati Pendidikan Karakter Dr Ratna Megawangi mengatakan salah satu solusi untuk membuat pendidikan moral menjadi efektif adalah dengan melakukan pendidikan karakter karena pendidikan moral biasanya hanya menyentuh aspek pengetahuan saja dan belum sampai pada aspek perilaku.

Page 19: Pend Moral

"Pendidikan karakter dapat membentuk perilaku yang baik, jujur, dan berakhlak mulia," kata salah satu pendiri Indonesia Heritage Foundation (IHF) itu saat menjadi pembicara di acara "Nasionalisme Kita: Berharap pada Pendidikan Karakter, Mungkinkah?" di Aula PP Muhammadiyah, Jakarta, Rabu petang.

Menurut dia, kondisi Indonesia saat ini cukup memprihatinkan, sering kali terjadi tindak kekerasan, korupsi, manipulasi, kebohongan, dan konflik. Hal itu menjadi bukti bahwa institusi pendidikan belum dapat mewujudkan tujuan pendidikan yang diamanatkan dalam Undang-Undang Nomor 2 Tahun 1989 Pasal 24 tentang tujuan pendidikan di Indonesia dan Pasal 3 UU No.20/2003 tentang Sisdiknas.

Ia menilai salah satu kegagalan pendidikan di Indonesia karena sistem pendidikan nasional belum mempunyai kurikulum pendidikan karakter, namun hanya ada mata pelajaran tentang pengetahuan karakter (moral) yang tertuang dalam pelajaran Agama, Kewarganegaraan, dan Pancasila.

"Apalagi proses pembelajaran yang dilakukan oleh peserta didik hanya hafalan sehingga tidak bisa mengubah perilaku menjadi baik," katanya.

Ia mengatakan upaya yang dilakukan oleh binaan IHF yang bergerak di bidang pendidikan karakter dengan melaksanakan model "Pendidikan Holistik Berbasis Karakter" di tingkat TK, SD, SMP, dan TK nonformal Semai Benih Bangsa (SBB), memiliki tujuan membangun manusia utuh yang cakap menghadapi dunia yang penuh tantangan dan cepat berubah, serta memiliki kesadaran emosional dan spiritual.

"Pendekatan yang dilakukan oleh sekolah-sekolah konvensional sangat berbeda dengan sekolah karakter. Sekolah konvensional hanya dengan pendekatan menghafal dan metode `drilling` atau `rote learning`," katanya.

Oleh karena itu, pihak sekolah dan guru memiliki peranan yang penting agar pendidikan karakter bisa dilakukan di sekolahnya sehingga para peserta didiknya memiliki sifat yang jujur, bertanggung jawab, santun, hormat, dan kasih sayang.

"Peran serta orang tua dan lingkungan sekitar juga penting agar anak memiliki perilaku yang baik," ucapnya.

Di tempat yang sama, Wakil Menteri Pendidikan Nasional Fasli Djalal mengatakan hampir semua kurikulum sekolah mengajarkan soal kejujuran, memiliki moral yang baik, bertanggung jawab, tidak merusak lingkungan, dan lainnya, seperti pelajaran Agama, Ilmu Pengetahuan Alam (IPA), Pancasila, dan Matematika.

"Sebenarnya tidak usah ada kurikulum pendidikan karakter juga bisa asalkan guru di setiap mata pelajaran bisa mengajarkan tentang perilaku yang baik kepada anak didiknya," katanya.

Page 20: Pend Moral

Namun, untuk menjadikan peserta didik memiliki perilaku yang baik cukup sulit tanpa ada peran dari keluarga dan lingkungan sekitar.

Menurut dia, saat ini Kemendiknas tidak mengatur tentang kurikulum apa saja yang harus ada di sekolah. Namun, pengaturan kurikulum diserahkan kepada masing-masing sekolah, sesuai dengan kompetensi pengajaran dan kelulusan siswa.

"Kita hanya mengatur kompetensinya saja, namun masalah kurikulum diserahkan kepada sekolah," ucapnya. (ant/saf)