pembentangan moral

25
NILAI-NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD SYAQFIQ IZUDIN FATIN ATHIRAH HAZIRAH NORIZATI

Upload: fatin-athirah

Post on 20-Oct-2015

99 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Moral

NILAI-NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

DISEDIAKAN OLEH:MUHAMAD SYAQFIQ IZUDIN

FATIN ATHIRAHHAZIRAHNORIZATI

Page 2: Pembentangan Moral

HINDUISMEBerasal dari subbenua India dan kawasan

sekeliling yang berhampirandi kenali juga sebagai Dharma Vaidika (Veda)Agama yang tertua di dunia. Kitab pertama agama ini ialah VedaHinduisme berkembang dengan pesat di

India dan Nepal.Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-

bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza

Page 3: Pembentangan Moral

Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa.

Mereka menganggap dewa dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman).

Ada juga penganut yang menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.

Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.[4]

Page 4: Pembentangan Moral

Dalam Bahasa Parsi kata Hindu berakar dari kata Sindhu (Bahasa Sanskerta).

Dalam Reg Weda, bangsa Arya menyebut wilayah mereka sebagai Sapta Sindhu (wilayah dengan tujuh sungai di barat daya benua India, yang salah satu sungai tersebut bernama sungai Indus)

Hal ini mendekati dengan kata Hapta-Hendu yang terkandung dalam Zend Avesta (Vendidad: Fargard 1.18) - sastera suci dari kaum Zoroaster di Iran. 

Hindu juga merujuk kepada masyarakat yang hidup di wilayah sungai Sindhu dan agama ini baru terbentuk setelah Masihi ketika beberapa kitab Weda digenapi oleh para brahmana.

Pada zaman munculnya agama Buddha, agama Hindu sama sekali belum muncul semuanya masih mengenal sebagai ajaran Weda.

Page 5: Pembentangan Moral

KEPERCAYAAN HINDUHindu seringkali dianggap sebagai agama yang

beraliran politeisme kerana memuja banyak DewaDalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan

tersendiri.Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada

duanyaDalam salah satu ajaran falsafah Hindu, Adwaita

Wedanta menegaskan bahawa hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang ada (Brahman), yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam pelbagai bentuk

Page 6: Pembentangan Moral

Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha.

Kelima keyakinan tersebut ialah:a) Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan

segala aspeknyab) Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap

makhlukc) Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-

akibat dalam setiap perbuatand) Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran

semula (kelahiran semula)e) Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi

merupakan tujuan akhir manusia

Page 7: Pembentangan Moral

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden (mengangungkan Tuhan)

Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara).

sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.

Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).

Page 8: Pembentangan Moral

Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu:

a) Brahma: Penciptab)Vishnu: Pemeliharac) Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran

semula.

Page 9: Pembentangan Moral

Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:a) Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan

Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

b) Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama danKrishna.

c) Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

Page 10: Pembentangan Moral

KITAB-KITAB UTAMATerdapat empat Veda (Rig, Atharva,

Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan.

 Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau ajaran asas agama Hindu

 Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manu menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial

Page 11: Pembentangan Moral

Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva.

Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.

Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu.

 Rama merupakan simbol dharma (amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan adiknya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman

Page 12: Pembentangan Moral

 Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang anasir yang jahat yang tamak dan mempunyai sepuluh(10) kepala (RAVANAN).

 Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.

Page 13: Pembentangan Moral

SIKHISME

Page 14: Pembentangan Moral

Sikhisme juga dikenalo sebagai agama Sikh adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guri lain di Punjab, India pada abad ke-15.

 Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia, dengan lebih daripada 23 juta penganut.

Agama ini berkembang terutamanya pada abad ke-16 dan 17 di India. 

Kata Sikhisme berasal dari kata Sikh, yang bererti “murid” atau “pelajar”.

Page 15: Pembentangan Moral

Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India.

 namun kini pengikutnya juga dapat ditemukan di berbagai penjuru dunia yang mempunyai komuniti India. 

Di Asia Tenggara, umat Sikh banyak ditemukan di Malaysia dan Singapura. 

Pengasas agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru.

 Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. 

Page 16: Pembentangan Moral

Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan

Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematianGobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Grant.

teks ini tidak hanya tetap menjadi kitab suci para pemeluk sikh, tetapi juga dianggap oleh mereka sebagai perwujudan yang hidup dari ke-Sepuluh Guru.

Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K“

Sikh dapat dikenali melalui namanya yang kebanyakan diakhiri Singh untuk lelaki dan Kaur untuk wanita.Sri Guru Granth Sahib adalah Guru para pemeluk agama Sikh.

Page 17: Pembentangan Moral

KEPERCAYAANKepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan

dalam Waheguru- yang digambarkan menggunakan simbol suci ēk ōaṅkār, iaitu Tuhan Universal.

Kalimat pembuka dalam naskah-naskah Sikh hanya sepanjang dua kata, dan mencerminkan kepercayaan dasar seluruh umat yang taat pada ajaran-ajaran dalam Sikhisme: Ek Onkar(Satu Tuhan

Sikhisme menggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan

Ajaran Sepuluh Guru Sikh (serta para cendekiawan Muslim dan Hindu yang diterima) dapat ditemukan dalam Guru Granth Sahib. 

Page 18: Pembentangan Moral

 Agama ini juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa)

Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib.

Penggubalan penulisan enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut dan mengandungi karya-karya yang ditulis oleh orang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomik dan agama.

 Teks dalam Guru Granth Sahib telah didekri oleh Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang terakhir. 

 Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum penceraian India dan Pakistan, jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan

Page 19: Pembentangan Moral

Sikhisme dipengaruhi pergerakan perubahan dalam agama Hindu (misalnya Bhakti, monisme, metafisika Weda, guru ideal, dan bhajan) serta Islam Sufi.

 Agama ini berangkat dari adat-adat sosial dan struktur dalam agama Hindu dan Islam (contohnya sistem kasta dan purdah).

 Falsafah dalam Sikhisme bercirikan logika, keseluruhan (bersifat komprehensif), dan pendekatan yang sederhana terhadap masalah-masalah spiritual mahupun material. 

 Teologinya penuh kesederhanaan. Dalam etika Sikh, tidak ada konflik antara tugas peribadi terhadap diri sendiri dengan masyarakat.

Page 20: Pembentangan Moral

Lima ‘K’Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang

masa kerana diarahkan pakai oleh mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Singh Ji. 

Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib dan Hari itu dinamakan Vasakhi.

Lima K ini termasuklah:a) kesh (rambut yang tidak dipotong)b) kanga (sikat)c) kara (gelang ditangan kanan)d) kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)e) kachha (seluar dalam pendek)Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi

penganut Sikh

Page 21: Pembentangan Moral

HARI-HARI KEAGAMAANAgama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi

sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami

isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini.

Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. 

Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit"sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan

Page 22: Pembentangan Moral

 Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu:

a) Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)b) Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)c) Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)d) Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)e) Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama KristianPertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan

diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

Page 23: Pembentangan Moral

ADAT ISTIADATAdat istiadat bermula sejak kelahiran

sehinggalah kematian penganut Sikh.Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk

menyambut kelahiran bayi dan Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran

Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas.

Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu.

Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur.

Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri”

Page 24: Pembentangan Moral

Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian serban.

Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogam

Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Page 25: Pembentangan Moral