teori an moral lawrence kohlberg

23
Latar belakang Teori Perkembangan Moral Kognitif Pemahaman tentang perkembangan moral pelajar dipercayai dapat memberi satu sumbangan yang signifikan terhadap pendidikan moral di sekolah. Menurut Abdul Rahman dan Chang (1994), pengetahuan ini akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah. Dengan mengetahui dan mengenal pasti peringkat-peringkat penaakulan moral pelajar, guru mampu meningkatkan lagi perkembangan moral mereka ke satu peringkat seterusnya yang lebih tinggi melalui aktiviti perbincangan dilemma moral di dalam bilik darjah. Ini bermaksud kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan peringkat perkembangan moral pelajar mungkin dapat merangsangkan pemikiran yang rasional. Teori perkembangan moral kognitif telah mula-mula dicadangkan oleh John Dewey. Teori ini bercorak kognitif kerana ia mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif pelajar terhadap isu-isu dan membuat keputusan yang berkaitan dengan moral (Kohlberg, 1975). Dewey telah mengenal pasti tiga peringkat perkembangan moral iaitu: (1) Peringkat pramoral (prakonvensional) di mana sesuatu perlakuan itu dimotivasikan oleh dorongan biologikal dan sosial yang mengakibatkan moral. (2) Peringkat konvensional di mana seorang individu menerima standard atau norma-norma masyarakatnya tanpa banyak tentangan. (3) Peringkat autonomous di mana perlakuan seseorang itu adalah dibimbing oleh pemikiran dan pertimbangannya tentang sama ada sesuatu matlamat itu baik atau tidak. Menurut Mosher (1980), Piaget, selepas menjalankan penyelidikan, telah menjelaskan semula peringkat-peringkat penaakulan moral Dewey kepada

Upload: loh-ai-san

Post on 05-Jul-2015

2.607 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Latar belakang Teori Perkembangan Moral Kognitif

Pemahaman tentang perkembangan moral pelajar dipercayai dapat memberi

satu sumbangan yang signifikan terhadap pendidikan moral di sekolah. Menurut

Abdul Rahman dan Chang (1994), pengetahuan ini akan membantu guru-guru

memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat

perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah. Dengan

mengetahui dan mengenal pasti peringkat-peringkat penaakulan moral pelajar,

guru mampu meningkatkan lagi perkembangan moral mereka ke satu peringkat

seterusnya yang lebih tinggi melalui aktiviti perbincangan dilemma moral di

dalam bilik darjah. Ini bermaksud kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang selaras dengan peringkat perkembangan moral pelajar mungkin dapat

merangsangkan pemikiran yang rasional.

Teori perkembangan moral kognitif telah mula-mula dicadangkan oleh

John Dewey. Teori ini bercorak kognitif kerana ia mengakui bahawa pendidikan

moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif pelajar terhadap

isu-isu dan membuat keputusan yang berkaitan dengan moral (Kohlberg, 1975).

Dewey telah mengenal pasti tiga peringkat perkembangan moral iaitu:

(1) Peringkat pramoral (prakonvensional) di mana sesuatu perlakuan

itu dimotivasikan oleh dorongan biologikal dan sosial yang mengakibatkan

moral.

(2) Peringkat konvensional di mana seorang individu menerima

standard atau norma-norma masyarakatnya tanpa banyak tentangan.

(3) Peringkat autonomous di mana perlakuan seseorang itu adalah

dibimbing oleh pemikiran dan pertimbangannya tentang sama ada

sesuatu matlamat itu baik atau tidak.

Menurut Mosher (1980), Piaget, selepas menjalankan penyelidikan, telah

menjelaskan semula peringkat-peringkat penaakulan moral Dewey kepada

peringkat-peringkat berikut:

Page 2: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

(1) Peringkat pramoral di mana seseorang itu tidak mempunyai obligasi

terhadap peraturan. Pada peringkat ini, pelajar belum lagi memahami

fungsi sesuatu peraturan.

(2) Peringkat heteronomos iaitu sesuatu yang betul itu merupakan

ketaatan kepada peraturan. Seseorang itu sudah mula menerima

peraturan dan mempunyai obligasi dan kepatuhan terhadap kuasa dan

hukuman.

(3) Peringkat autonomos di mana seseorang itu mempunyai keupayaan

untuk menimbang di antara tujuan dan kesan-kesan sesuatu peraturan.

Obligasi terhadap peraturan adalah berasaskan kepada amalan timbal

balik dan pertukaran.

Kohlberg dalam tahun 1955 telah mengenalpasti tiga tahap

perkembangan moral dan setiap tahap dibahagikan pula kepada dua peringkat.

Lawrence Kolhberg dianggap sebagai pelapor utama dalam memperkatakan

teori perkembangan moral. Teori perkembangan moral yang dikemukakan oleh

Lawrence Kolhberg berasaskan kepada pemikiran Jean Piaget dan John Dawey

yang menekan pertumbuhan manusia secara falsafah dan psikologi dalam

bentuk yang positif.

Teori ini berpandangan bahawa penalaran moral, yang merupakan dasar

dari perilaku etis, mempunyai enam tahapan perkembangan yang dapat

ditentukan. Ia mengikuti perkembangan dari keputusan moral seiring

penambahan usia yang semula diteliti Piaget, yang menyatakan bahawa logika

dan moralitas berkembang melalui tahapan-tahapan konstruktif. Kohlberg

memperluas pandangan dasar ini, dengan menentukan bahawa proses

perkembangan moral pada prinsipnya berhubungan dengan keadilan dan

perkembangannya berlanjut selama kehidupan, walaupun ada dialog yang

mempertanyakan implikasi filosofis dari penelitiannya.

Page 3: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg (1927 – 1987)

Kohlberg (1975) mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam

merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika dia membuat keputusan

terhadap isu-isu moral. Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini ialah cerita-

cerita yang mengandungi dilema moral. Dilema-dilema moral tersebut

membincangkan isu-isu moral yang berbeza dan melibatkan nilai-nilai yang

berkonflik antara satu sama lain seperti undang-undang, peraturan sosial dan

perintah autoriti. Mengikut Zieler (1990), tugas guru yang mengemukakan dilema

moral adalah untuk mencari “alasan-alasan yang betul” dan bukannya “jawapan-

jawapan yang betul”. Daripada kajian-kajian pelbagai penyelidik (Rest, 1974;

Nisan & Kohlberg, 1982; Walker & Thomas, 1991), dapat disimpulkan bahawa

perbincangan dilema moral dapat mengembangkan penaakulan moral pelajar di

dalam bilik darjah.

Antara isu moral yang dihadapi guru apabila dia masuk ke bilik darjah sekolah

rendah (kanak-kanak berumur enam tahun) ialah murid-murid akan

mempersoalkan keadilan pembahagian (Damon, 1994 dalam Woolfolk, 2004).

Guru akan mendengar aduan seperti, ‘mariam dapat plastisin lebih daripada

saya, ini tidak adil’ atau ‘Cikgu tak adil sebab beri saya lima markah dan beri

Amin 10 markah sedangkan kerja yang kami buat sama’. Satu lagi aspek

perkembangan moral yang penting ialah kanak-kanak perlu memahami dan

mematuhi peraturan. Piaget, 1965 (dalam Woolfolk, 2004) menamakan keadaan

ini sebagai ‘realisme morale’. Kanak-kanak mula memahami adanya peraturan

yang tidak akan berubah. Apabila kanak-kanak membesar dan bergaul dengan

orang lain, mereka berkebolehan memahami perspektif orang lain dan akan

memahami bahawa terdapat peraturan yang berbeza-beza di kalangan individu

atau moraliti kerjasama (morality of cooperation). Contohnya di rumah datuk,

makan perlu bersila di atas tikar tetapi di bandar, tempat dia tinggal, makan perlu

di meja makan . Individu memahami bahawa peraturan adalah dibuat oleh orang

yang berautoriti dan boleh ditukar.

Page 4: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Intipati Teori Perkembangan Moral Kognitif

Teori Perkembangan Moral Kognitif Lawrence Kolhberg membahagikan

peringkat perkembangan moral kepada 3 peringkat yang utama. Setiap moral

dibahagikan kepada 2 tahap. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti

berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga

tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina

teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang

dialaminya.

PERINGKAT TAHAP

(Ramlah J, 2002)

TAHAP

(Ee Ah Meng, 1988:74)

i) Pra-konvensional

Tahap 1: Orientasi dendaan

dan kepatuhan

Tahap 1: kemoral

heteronomous

Tahap 2: Orientasi ganjaran

peribadi

Tahap 2: Individualisme,

Tujuan dan

pertukaran

ii) Konvensional

Tahap 1: Orientasi harmoni

antara peribadi

Tahap 1: Harapan saling

memahami

antara individu

perhubungan

dan persetujuan

antara individu

Tahap 2: Orientasi undang-

undang dan

peraturan

Tahap 2: Sistem sosial dan

kata hati

iii) Pos-konvensional

Tahap 1: Orientasi

kontraksosial

Tahap 1: Kontrak sosial/

utility dan hak-hak

individu

Tahap 2: Orientasi prinsip

etika sejagat

Tahap 2: Prinsip etika

sejagat

(sumber: Ramlah J& Mahani, R, 2002:55

Page 5: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

: Eh A.M, 1988:74-77

: Kolhberg, L 1979:34-35)

i) Peringkat Pra- konvensional

Peringkat pra-konvensional dari penalaran moral umumnya ada pada anak-

anak, ( 0 hingga 9 tahun ) walaupun orang dewasa juga dapat menunjukkan

penalaran dalam tahap ini. Seseorang yang berada dalam tingkat pra-

konvensional menilai moralitas dari suatu tindakan berdasarkan akibatnya

langsung. Peringkat pra-konvensional terdiri dari dua tahapan awal dalam

perkembangan moral, dan murni melihat diri dalam bentuk egosentris. Ciri

penaakulan di pra konvensional ialah kepercayaan bahawa apa yang dianggap

betul ialah mematuahi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pemikir

lebih menekankan kepentingan diri serta kesan satu-satu tingkah laku itu.

Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan

Pada peringkat ini, pemikiran moral adalah berorientasikan egosentrik di mana

selarasan moral adalah untuk diri sendiri. Morality di peringkat ini juga terbentuk

berdasarkan kepada prinsip Hedonisme.

Kanak-kanak percaya bahawa perlakuan yang baik akan mendapat reaksi

yang baik juga. Dalam persepsi kanak-kanak, apa yang penting adalah kesan

fizikal dan bukan kesan psikologi ke atas orang lain. Kanak-kanak pada

peringkat ini akan mematuhi peraturan. Pada masa yang sama, kanak-kanak

juga akan melanggar peraturan sekiranya mereka rasa mereka boleh terlepas

dari dikenakan hukuman ataupun ditangkap.

Tahap 2: Ganjaran Peribadi

Peringkat ini juga dikenali sebagai “Hedoisme” utilitarian di mana seseorang

menilai sesuatu tingkahlaku berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran

atau balasan baik. Tindak balas yang selesa diertikan sebagai baik dan tidak

Page 6: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

selesa diertikan sebagai tidak baik. Konsep keadilan pada kanak-kanak di

peringkat ini adalah apabila semua orang mendapat semua benda yang sama.

ii) P eringkat Konvensional

Peringkat konvensional umumnya ada pada seorang remaja atau orang dewasa.

Orang di tahapan ini menilai moralitas dari suatu tindakan dengan

membandingkannya dengan pandangan dan harapan masyarakat. Tingkat

konvensional terdiri dari tahap ketiga dan keempat dalam perkembangan moral.

Pada peringkat konvensional, yang betul ialah tingkah laku yang dianggap baik

oleh sebahagian besar masyarakat. Penekanan adalah pada dorongan kendiri

untuk melakukan apa yang diterima dan diharapkan oleh masyarakat. Pendapat

orang ramai, taat setia dan persetujaun orang lain adalah penting.

Tahap 3: Harmoni antara Peribadi

Kanak-kanak pada tahap perkembangan moral ini sudah boleh menerima norma

masyarakat. Sesuatu tindakan yang dilakukan akan dinilai baik atau buruk

berdasarkan sokongan atau persetujuan orang lain. Perlakuan yang baik

ditafsirkan sebagai perlakuan yang disukai oleh orang lain dan mereka akan

berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran atau pujian daripada orang lain.

Tahap 4: Orientasi Undang-undang dan peraturan

Merujuk kepada kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam

masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang sedia ada. Pada peringkat ini,

perlakuan yang baik adalah perlakuan yang boleh membawa kepada

keharmonian kelompok. Individu biasanya merujuk kepada norma-norma

masyarakat, peraturan dan undang-undang sebagai sesuatu yang mutamad dan

seluruh masyarakat mestilah patuh kepada peraturan dan undang-undang.yang

telah ditetapkan.

Page 7: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

iii) Peringkat Pos-konvensional

Peringkat Pos-konvensional, juga dikenal sebagai peringkat berprinsip, terdiri

dari tahap lima dan enam dari perkembangan moral. Kenyataan bahawa

individu-individu adalah entitas yang terpisah dari masyarakat kini menjadi

semakin jelas. Perspektif seseorang harus dilihat sebelum perspektif

masyarakat. Akibat ‘hakikat diri mendahului orang lain’ ini membuat tingkatan

pasca-konvensional sering tertukar dengan perilaku pra-konvensional

Pada peringkat pos-konvensional, apa yang dianggap betul ialah yang sejajar

dengan hak manusia sejagat, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang perlu

ditahankan oleh masyarakat dan individu. Individu memahami prinsip-prinsip dan

tujuan sesuatu peraturan.

Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial

Pemikiran moral pada tahap ini berfokus kepada usaha-usaha mempertahankan

hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang perhubungan sosial yang telah

dipersetujui dalam masyarakat. Peraturan dan undang-undang yang digubal

adalah hasil persetujuan orang ramai dan boleh membawa kebaikan kepada

masyarakat. Mereka yang mengakui bahawa peraturan yang digubal adalah

fleksibel dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan norma-norma

masyarakat atau apabila tidak diperlukan lagi.

Tahap 6: Orientasi Etika Sejagat

Peringkat ini merupakan peringkat yag tertinggi dalam pemikiran moral

seseorang kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. Individu

pada peringkat ini sering mempertikaikan nilai dan norma. Apa yang dianggap

betul ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan kendiri yang sesuai untuk

semua manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Walau

bagaimanapun, prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata

berdasarkan penerimaan sosial sahaja, malah adalah prinsip-prinsip yang perlu

adalah dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan

Page 8: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

menghormati maruah individu. Justeru, adalah salah sekiranya setiap undang-

undang atau manusia mesti dihormati dalam segala aspek.

Peringkat ini adalah lebih baik daripada peringkat rendah (peringkat 1)

yang dianggap kurang matang kerana hanya patuh kepada peraturan atau takut

dikenakan tindakan atau hukuman. Contohnya : Ali sedang memandu di suatu

persimpangan yang mempunyai lampu isyarat dan kamera perakam. Ali telah

memberhentikan kenderaannya apabila lampu isyarat merah menyala. Sebuah

kenderaan meluncur laju melepasi lampu merah tersebut. Beberapa saat

kemudian, kereta itu terbalik dan terbakar. Ali telah menampak beberapa orang

meronta-ronta dalam kenderaan tersebut.

Apakah tindakan yang sepatut Ali lakukan? Adakan dia patut mematuhi

lampu isyarat merah atau menghadapi tindakan undang-undang kerana

melanggar lampu isyarat untuk membantu mangsa kemalangan. Jika Ali memilih

untuk mematuhi lampu isyarat dan melihat sahaja kemalangan tersebut kerana

mematuhi undang-undang, ini bererti Ali hanya berada di peringkat pertama dan

belum mencapai orientasi sejagat.

Menurut Kohlberg, peringkat-peringkat perkembangan moral itu

mempunyai beberapa ciri. Antaranya ialah:

a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat “hierarchial integrations.” Apabila

seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih tinggi, ini

bermakna bahawa dia telah melalui peringkat-peringkat moral yang lebih rendah.

b) Peringkat-peringkat itu adalah “structured wholes” kerana ia merupakan

sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisis dan

menginterpretasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah moral

dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan

moral secara keseluruhan.

Page 9: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak varian, iaitu pergerakan

dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke depan dan tidak

pernah undur.

Berdasarkan kepada kajian-kajiannya yang dijalankan dibeberapa negara

seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, Mexico dan Yucatan, Kohlberg (1973)

mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah sejagat dan

merentas budaya iaitu

“All individuals in all cultures use the same thirty basic moral

categories, concepts or principles and all individuals in all cultures

go through the same order or sequence of gross stage development,

though they vary in rate and terminal point of development”.

Menurut Kohlberg (1975), tingkahlaku moral adalah bersifat

“developmental”. Justeru, kanak-kanak dari kategori umur yang berlainan juga

diharapkan berbeza dalam perkembangan serta tingkah laku moral mereka

Dilema Moral Kohlberg

Teori Kohlberg dikembangkan berasakan perkembangan kognitif dalam Teori

Piaget (Lester, 1997, dalam Woolfolk, 1997). Kolhberg memperoleh maklumat

yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang

bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek

dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja

daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai

sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu

mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang

betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta

tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan

manusia. Dalam kajiannya, beliau telah mengemukakan dilema moral dalam

usaha mendapatkan pandangan dan sikap kanak-kanak, remaja dan orang

Page 10: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

dewasa tentang moraliti. Dilema moral merupakan cerita atau hipotesis yang

dibina bukan berlandaskan kisah benar.

Dilema moral Heinz adalah sepeti berikut:

‘In Europe a woman was near death from a special kind of cancer. There

was one drug that the doctors thought might save her. It was a form of

radium that a druggist in the same townhas recently discovered.. the drug

was expensive to make but the druggist was charging ten times what

the drug cost him to make. He paid $200 for the radium and charged

$2,000 for a small dose of the drug. The sick woman’s husband, went to

everyone he knew to borrow the money, he could only get together about

$1,000... He told the druggist that his wife was dying ans asked him to sell

him cheaper or let him pay later. But the druggist said: “ No, I discovered

the drug and I am going to make money from it.” So Heinz got

desperate and broke into the man’s store to steal the drug for his wife.

Should the husband have done that?’

Sumber: Springthall dan Oja 1998; ms.194

Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg

bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau

tidak. Haruskah Heinz mencuri ubat? Adakah mencuri ubat tersebut benar atau

salah? Patuhkah suami yang baik itu mencuri? Kohlberg tidak hanya ingin

mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana

subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau,

Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-

tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.

Kohlberg telah mengemukakan hipotetikal moral atau cerita tersebut

kepada responden kajianya. Kohlberg mendapati gerak balas responden bukan

sahaja berbeza mengikut peringkat umur tetapi juga berbeza alasan mengenai

tindakan yang perlu diambil. Pendapat responden adalah seperti dalam Jadual

3.2.

Page 11: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Jadual 3.2 Peringkat dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg

Tahap Peringkat Menyokong tindakan Heinz

Membantah tindakan

HeinzI:Prakonvensinal – didorong oleh kepentingan diri (self interest).

Peringkat IOrientasi Dendaan dan Kepatuhan – didorong oleh perasaan mengelak hukuman.

Peringkat IIOrientasi Ganjaran Peribadi – didorong oleh perasaan ingin mendapat hadiah atau pujian.

‘Kalau kamu biarkan isteri kamu mati, kamu akan dapat susah.’

‘Tak apalah kamu masuk penjara asalkan dapat dadah itu sebab apabila kamu keluar daripada penjara, isteri kamu dah sihat.’

‘Kamu tak sepatutnya mencuri dadah itu sebab sekiranya kamu ditangkap, kamu akan dipenjarakan.’

‘Dia mungkin dapat hukuman ringan kerana mencuri dadah itu, tetapi bagaimana kalau mati juga sebelum dia keluar penjara, jadi lebih baik dia usah mencuri.’

II: Konvensional – didorong oleh peraturan dan undang-undang konvensional.

Peringkat IIIHarmoni antara Peribadi (Budak baik) – didorong oleh perasaan ingin mendapatkan persetujuan ibu bapa dalam sesuatu yang ingin dilakukan.

Peringkat IVOrientasi Peraturan dan Undang-undang

‘Tiada sesiapa fikir kamu jahat tetapi jika kamu tidak curi, kamulah suami yang tiada perikemanusiaan.’

‘Sekiranya kamu mempunyai harga diri, kamu tidak akan

‘Bukan sahaja penagih menganggap kamu penjenayah tetapi semua orang juga.’

‘Kamu akan rasa bersalah selamanya

Page 12: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

– didorong oleh perasaan memenuhi tanggungjawab dan mengelak rasa bersalah.

benarkan isteri kamu mati dan kamu takut melakukan perkara yang dapat menyelamatkannya.’

kerana telah tidak amanah dan melanggar undang-undang.’

III:Poskonvensional – didorong oleh prinsip moral yang abstrak.

Peringkat VOrientasi Kontrak Sosial – didorong oleh perasaan untuk bertindak rasional, berasaskan prinsip persetujuan bersama.

Peringkat VIPrinsip Etika Sejagat – didorong oleh perasaan ingin mempertahankan prinsip kemanusiaan sendiri dan mengelak menyalahkan diri sendiri.

‘Sekiranya kamu membiarkan isteri kamu mati, ia disebabkan perasaan takut kamu bukan disebabkan alasan yang munasabah.’

‘Kalau kamu tidak mencuri dadah itu...Benar kamu telah mematuhi peraturan tetapi ia bertentangan dengan perasaan hati kecil kamu.’

‘Kamu akan hilang pendirian dan kehormatan dalam masyarakat sebab melanggar undang-undang.’

‘ Kalau kamu curi dadah, kamu akan benci diri kamu sebab tidak mematuhi undang-undang dan tidak mematuhi hati kecil kamu.’

(Sumber: Diubah suai daripada Lawrence Kohlberg, The Philosophy of Moral Development (Volume 1) dalam Lester, 1997, m.s.127.

Kelebihan dan Fakta-Fakta yang Mendukung Teori Perkembangan Moral

Kohlberg

Teori perkembangan moral Kohlberg dipengaruhi oleh tradisi formal dalam

filsafat dan tradisi strukturalis dalam psikologi, sehingga dia memusatkan pada

hirarki perkembangan moral, yang mana penalaran moral individu dapat

digolongkan dalam tahap-tahap menurut pemecahan mereka terhadap dilema

moral yang diajukan.

Page 13: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Salah satu kelebihan teori perkembangan moral dari Kohlberg adalah

pada tahap-tahap perkembangan itu sendiri yang memudahkan orang dalam

memahami perkembangan moral. Adanya ketahapan juga memudahkan orang

untuk membuat jangkaan tentang perkembangan moral seseorang. Secara

praktis, dengan adanya tahap-tahap perkembangan memudahkan orang dalam

memberikan stimulasi yang tepat untuk meningkatkan penalaran moral seorang

anak.

.

Teori Kohlberg merupakan sebuah teori perkembangan kognitif klasik,

yang memberikan catatan tentang sifat yang integrated.Beberapa penelitian

yang mendukung teori Kohlberg tersebut di atas antara lain penelitian Kohlberg

sendiri (dalam Durkin, 1995) yang menemukan bahawa dengan meningkatnya

usia, maka subjek juga cenderung mencapai penalaran moral yang lebih tinggi.

Beberapa penelitian lain dengan menggunakan prosedur skoring dari Kohlberg

ataupun prosedur yang lebih objektif yang dikembangkan oleh Rest (dalam

Durkin, 1995) menunjukkan hasil adanya konsistensi antara menigkatnya usia

dengan peningkatan penalaran moral. Snarey (dalam Durkin, 1995), yang

membuat tinjauan 44 penelitian dalam 26 budaya berbeza di seluruh dunia,

menemukan adanya lintas budaya antarabangsa dalam tahap penalaran moral.

Hasil penelitian lain mendukung pendapat Kohlberg tentang pentingnya

konflik sosio kognitif dan iklim moral lingkungan sosial dalam meningkatkan

penalaran moral. Penelitian Speicher (1994) menunjukkan hubungan positif

antara penalaran moral orang tua dengan penalaran moral anak-anaknya. Pola-

pola perkembangan menunjukkan bahwa selama remaja, penalaran moral orang

tua berhubungan dengan penalaan moral anak-anaknya, tetapi lebih kuat pada

anak perempuan dibandingkan anak laki-Iaki. Namun pada usia dewasa muda,

penalaran moral ayah dan pendidikan merupakan petunjuk yang paling kuat bagi

penalaran moral anak laki-laki mahupun perempuan.

Page 14: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Dari teori perkembangan moral Kohlberg yang telah dijelaskan

sebelumnya, tampak bahawa Kohlberg tidak melihat pentingnya aspek

keperibadian dalam mempengaruhi penalaran moral seseorang, kecuali

kemampuannya dalam melakukan ambil alih peranan. Sementara itu dari

penelitian Hart dan Chmil (1992) menunjukkan bahawa kepribadian remaja,

khususnya pola mekanisme pertahanan diri, mempengaruhi penalaran moral

sampai usia dewasa.

Kepentingan Teori Perkembangan Moral

Menurut Armstrong (1993), sekolah boleh memainkan peranan penting dalam

memajukan pemikiran pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, adalah

pentingnya guru di sekolah mengetahui peringkat penaakulan moral pelajar-

pelajar terlebih dahulu sebelum merancangkan pengajaran. Ini adalah kerana

pengetahuan sedemikian dapat membantu guru memilih strategi pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut Stoll dan Beller (1993), kaedah

pengajaran yang sesuai boleh membawa perubahan dalam perkembangan

moral, baik dari segi kognitif mahupun tingkahlaku.

Justeru itu, adalah baik jika guru di sekolah dapat diberi pendedahan

tentang cara-cara menentukan tahap dan peringkat penaakulan moral para

pelajar agar strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran dapat

mengembangkan peringkat penaakulan moral pelatih ke peringkat yang lebih

tinggi. Kemahiran menentukan tahap dan peringkat penaakulan moral ini juga

boleh didedahkan kepada guru pelatih yang merupakan bakal guru Pendidikan

Moral di sekolah agar pengajaran dan pembelajaran moral dapat meninggikan

daya pemikiran dan penaakulan murid-murid sekolah.

Pengetahuan tentang peringkat penaakulan moral pelatih juga boleh

membantu guru menyediakan soalan-soalan yang boleh menggalakkan pelajar

berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Kohlberg (1976), guru harus

mengetahui kemahiran menyoal ketika mengemukakan dilemma moral kerana

Page 15: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

soalan-soalan “probe” boleh menggalakkan pelajar berfikir dan seterusnya

mempengaruhi perkembangan penaakulan moral.

Kritik terhadap Kohlberg

Teori perkembangan moral Kohlberg yang provokatif tidak berlalu tanpa

tentangan. Kritik mencakup hubungan antara penalaran moral dan perilaku

moral, kualitas penelitian, pertimbangan yang memadai tentang peranan

kebudayaan dalam perkembangan moral, dan pengabaian perspektif

pengasuhan.

 

1. Pemikiran Moral dan Perilaku Moral

Teori Kohlberg dikritik kerana memberi terlalu banyak penekanan pada

penalaran moral dan kurang memberi penekanan pada perilaku moral.

Penalaran moral kadang-kadang dapat menjadi tempat perlindungan bagi

perilaku immoral. Seperti para penipu, koruptor, dan pencuri mungkin

mengetahui apa yang benar, tetapi masih melakukan apa yang salah.

 

2. Kebudayaan dan Perkembangan Moral

Kritik lain terhadap pandangan Kohlberg ialah bahawa pandangan ini secara

kebudayaan bias. Suatu tinjauan penelitian terhadap perkembangan moral di 27

Negara menyimpulkan bahawa penalaran moral lebih bersifat spesifik

kebudayaan daripada yang dibayangkan oleh Kohlberg dan bahawa sistem skor

Kohlberg tidak mempertimbangkan penalaran moral tingkat tinggi pada

kelompok-kelompok kebudayaan tertentu. Penalaran moral lebih dibentuk oleh

nilai-nilai dan keyakinan-keyakinan sesuatu kebudayaan daripada yang

dinyatakan oleh Kohlberg.

 

3. Gender dan Perspektif Kepedulian

Carol Gilligan percaya bahawa teori perkembangan moral Kohlberg tidak

mencerminkan secara memadai relasi dan kepedulian terhadap manusia lain.

Perspektif keadilan (justice prespective) ialah suatu perspektif moral yang

Page 16: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

berfokus pada hak-hak individu; individu berdiri sendiri dan bebas mengambil

keputusan moral. Teori Kohlberg ialah suatu perspektif keadilan. Sebaliknya,

perspektif kepedulian (care perspective) ialah suatu perspektif moral yang

memandang manusia dari sudut yang berkait dengan manusia lain dan

menekankan komunikasi interpersonal, relasi dengan manusia lain, dan

kepedulian terhadap orang lain. Teori Gilligan ialah suatu perspektif kepedulian.

Menurut Gilligan, Kohlberg kurang memperhatikan perspektif kepedulian dalam

perkembangan moral. Dia percaya bahawa hal ini mungkin terjadi kerana

Kohlberg seorang laki-laki, kerana kebanyakan penelitiannya adalah dengan laki-

laki daripada dengan perempuan, dan kerana ia menggunakan respons laki-laki

sebagai suatu model bagi teorinya.

Page 17: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

BibliografiAbdul Rahman Md. Aroff dan Chang L.H. (1994). Pendidikan moral. (Dinamika

Guru). Siri Pendidikan Longman: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Armstrong, D. (1993). Developing and documenting the curriculum. Boston: Allynand Bacon.

Durkin, Kevin. 1995. Developmental Social Psychology. Massachussetts: Blackwell Publishers Inc.

Ee, A.H. (1998). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Hart, D. & Chmiel, S. 1992. Influence of Defense Mechanism on Moral JudgmentDevelopment: A Longitudinal Study. Developmental Psychology, 28 (4), 722-730.

Kohlberg, L. (1973). Collected papers on moral development and moral education. Cambridge, Mass: Lab of Human Development, Harvard University.

Kohlberg, L. (1973). Moral stages and moralization: the cognitive development approach. Dalam T. Lickona (ed.). Moral development and behavior: theory research and social issues. New York: Holt , Rinehart& Winston.

Kohlberg, L. (1975). The just community approach to corrections: A theory.Journal of Moral Education, 4(3), 243-260.

Kohlberg, L. (1976). “Moral stages and moralization: the cognitive developmentalapproach,” in Lickona, T. (ed.), Moral development: theory, research andsocial issues. Holt, Rinehart & Winston, pp 31 – 53.

Mosher, R. L.(1980). Moral education: A first generation of research anddevelopment. New York: Praeger Publishers.

Nisan, M., & Kohlberg, L. (1982). Universality and Variation in moral judgement:A longitudinal and cross-sectional study in Turkey. Child Development,53,865-876.

Rest, J., Cooper, D., Coder, R., Masanz, J., & Anderson, D. (1974). Judging theimportant issues in moral dilemmas - An objective measure ofdevelopment. Developmental Psychology, 10(4), 491-501.

Speicher, B.. 1994. Family Patterns of MoralJudgment DuringAdolescense andEarlyAdulthood. Developmental Psychology, 30 (5), 624-632.

Page 18: Teori an Moral Lawrence Kohlberg

Sprinthall, R.C., Sprinthall, N.A., dan Oja, S.N. (1998), Educational Psychology A Developmental Approach, Boston: McGraw-Hill Company.

Walker, L. J., & Thomas, J. (1991). Moral reasoning in a communist Chinesesociety. Journal of Moral Education, 20(2),139-155.

Woolfolk, A. (1997), Educational Psychology, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc. (2004), Educational Psychology, 9th Edition, Boston: Pearson Education.

Zieler, D. L. (1990). Values, morality & STS issues: A developmentalperspective. Paper presented at the Annual Meeting of the NationalAssociation for Science, Technology & Society. (ERIC DocumentReproduction Service No. ED 324246),