folio moral

25
FOLIO MORAL Tajuk: Perayaan Kaum Di Malaysia Nama: Tay Chee Fu Tingkatan : 3 Bestari Guru Penilai : Puan Ang Lay Geok

Upload: tayfu1

Post on 02-Jul-2015

731 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Moral

FOLIO MORAL

Tajuk: Perayaan Kaum Di Malaysia

Nama: Tay Chee Fu

Tingkatan : 3 Bestari

Guru Penilai : Puan Ang Lay Geok

Page 2: Folio Moral

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut

tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada

kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan

kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan

kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau

dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang

baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun

baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi

dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum

keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging

salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat

golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi

melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada

mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singaakan

diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari

selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan

dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki

oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong

Page 3: Folio Moral

Kong, Indonesia,Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand,

dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan

bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai

takwim qamari Cina),

termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia(Tsagaan

Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Mitos

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian"

Page 4: Folio Moral

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai

Page 5: Folio Moral

awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

GAMBAR – GAMBAR TAHUN BARU CINA

Page 6: Folio Moral
Page 7: Folio Moral
Page 8: Folio Moral

Krismas

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar

untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25

Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran

Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria(Virgin

Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini

menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang

penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah

untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun

beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang

lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya)

menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan

(kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan

keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok

Krismas,lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran

Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang

sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa

dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-

unsurMitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya

dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh

ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu

perayaankebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana

pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan

kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas

menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Sejarah

Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.

Page 9: Folio Moral

[2] Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah

bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.[3] Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh

Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim

sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22

Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[5] Pada tahun

1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai

sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung

Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[7] tarikh ekuinoks musim bungamengikut takwim Rom.[8] Pendapat inkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan hari

kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi

mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula

Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9]

Dies Natalis Solis InvictiHermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan

bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol

Invictus.[11] Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan

demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut

agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi

mereka.[11] Dies Natalis Solis Invicti , "Kelahiran Dewa Matahari," disambut

pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus,

menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya

termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria;Sol, dewa

maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi

Parsi.[12] Maharaja Elagabalus(218–222) memperkenalkan pesta tersebut

dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta

tersebut sebagai cuti umum.[13]

GAMBAR-GAMBAR

Page 10: Folio Moral

Thaipusam

Page 11: Folio Moral

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Muruganatau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Page 12: Folio Moral

Tujuan

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar [1]  dan menebus dosa atau memohon ampun

di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan

menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika

permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling

suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga

berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan

dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu

membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala

dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan

bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung

di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang

di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama

kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki ,

perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada

kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu

khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap

kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-

tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah

berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil

hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang

mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.

Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm.

Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata

pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar

Page 13: Folio Moral

GAMBAR GAMBAR.

Page 14: Folio Moral
Page 15: Folio Moral

PESTA TANGLUNG

Pesta Tanglung (Cina   ringkas : 元宵节; Cina   tradisional : 元宵節;

 pinyin: Yuánxiāojié atau Cina   ringkas : 上元节; Cina   tradisional : 上元節; pinyin: S

hàngyuánjié;Vietnam: Tết Nguyên tiêu; Hán tự: 節元宵) adalah suatu

pesta Cina diperayaikan pada har kelima belas dalam tahun

bulan dalam kalendar Cina. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan

Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi

seperti Singapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke

pekong membawa tanglung kertas (Cina   ringkas : 兔子灯; Cina   tradisional : 兔子燈; pinyin: tùzidēng) dan menyelesai riddles di tanglung (Cina   ringkas : 猜灯谜;

 Cina   tradisional : 猜燈謎; pinyin: cāidēngmí). Ia secara rasmi menamatkan

perayaan Tahun Baru Cina.

Pada zaman kuno, tanglung-tanglung adalah sederhana, kerana

hanya maharaja dan kerabat bangsawan mempunyai yang berhias; pada zaman

moden, tanglung telah dihias dengan banyak reka bentuk kompleks. Contohnya,

tanglung-tanglung kini sering dibuat dalam bentuk-bentuk haiwan.

Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan akhirnya

turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina.

Di Vietnam, pesta ini, datang selepas Tahun Baru, Tết, dan digelar "Tết Thượng

Nguyên" atau "Tết Nguyên Tiêu".

Page 16: Folio Moral

Sejarah

Hari ke-15 pada bulan bulan yang pertama adalah Pesta Tanglung Cina kerana hari pertama bulan bulan digelar bulan yuan dan pada zaman kuno orang menggelar malam Xiao. Pada hari ke-15 adalah malam pertama untuk melihat bulang pebuh. Jadi hari itu digelar Pesta Yuan Xiao di China. Menurut dengan tradisi Cina, pada permulaan tahun baru, apabila bulan penuh terang berada di langit, eharusnya beribu-ribu tanglung berwarna-warni digantung untuk orang lain menghargainya. Pada waktu ini, orang akan cuba menyelesaikan teka-teki di tanglung dan makan yuanxiao (元宵)(bola pulut) dan mendapatkan semula keluarga-keluarga mereka bersatu dalam atmosfera meriang.

Page 17: Folio Moral

Asal-usul terawal

Ada banyak kepercayaan berlaian tentang asal-usul Pesta Tanglung. Tetapi satu perkara

pastinya adalah bahawa ia berkenaan sesuatu dengan perayaan dan menuaikan hubungan

positif di antara orang, keluarga, semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka

memberpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun.

Satu legenda memberitahu kita bahwa ia adalah suatu waktu untuk menyembah Taiyi, Tuhan

Syurga dalam zaman kuno. Kepercayaan itu adalah bahawa Tuhan Syurga mengawal takdir

dunia manusia. Dia telah mempunyai enam belas naga di beknya dan memganggil dan dia

berkeputusan bila hendak memberikan kemarau, ribut, famine atau pestilence terhadap manusia.

Bermula denganQinshihuang, maharaja pertama untuk menyatukan negara, kesemua maharaja

memerintahkan upacara hebat sekali tiap tahun. Maharaja akan meminta Taiyi untuk mebawa

cuaca yang menggemarkan dan kesihatan baik padanya dan rakyatnya.

Maharaja Wudi dari Dinasti Han mengarahkan perhatian khas pada upacara ini. Pada 104 SM,

dia mengumumkannya sebagai salah satu perayaan yang terpenting dan upacara akan menahan

sepanajng malam. Mereka menbersihkannya pada waktu pagi.

Suatu lagi lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa

Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama

bulan berkenaan bulan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan, jadi para

pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib baik.

Suatu lagi lagenda umum menguruskan dengan asal-usul Pesta Tanglung mengatakan seekor

burung cantik yang terbang bawah ke bumi dari syurga, yang diburu dan dibunuh orang

sesetnegah orang kampung. Ini memarahi Maharaja Jed kerana burung itu adalah

kegemarannya. Oleh itu, dia merancangakan suatu ribut api yang memusnahkan kampung

mereka pada hari ke-15 lunar. Anak perempuan Maharaja Jed mendengari rancangan ini, dan

memberik amaran pada orang kampung mengenai rancangan bapanya untuk memusnahkan

kampung mereka. Kampung itu berada dalam keadaan kelam kabut kerana tiada orang

megetahui bagaimana mereka harus melarikan diri dari kebinasaan yang tidak lama lagi akan

berlaku. Meskipun, seorang lelaki bijaksana dari satu lagi kampung bercadangkan bahawa setiap

keluarga seharusnya menggantung tanglung merah di keliling rumah mereka, melakukan unggun

api di jalan, dan meletupkan mercun pada hari ke-14, 15 dan 16 lunar. Ini akan memerikan

Page 18: Folio Moral

kampung itu kelihatan telah berada dalam kebakaran ke Maharaja Jed. Pada hari ke-15 lunar,

tentera yang dikirimkan dari syurga yang misinya untuk membinasakan kampung melihat bahawa

kampung telah dibakar, dan pulang ke syurga untuk melapornya ke Maharaja Jed. Pusa hati,

Maharaja Jed berkeputusan untuk tidak membakar kampung. Sejak hari itu, orang merayaikan

ulang tahun pada hari lunar ke-15 tiap hari dengan membawa tanglung merah di jalan dan

meletupkan mercun dan bunga api.

Ada banyak cerita tentang bagaimana pesta ini didirikan. Satu lagi cerita adalah tentang seorang

pembantu. Sewaktu Dinasti Han, En. Timur adalah seorang penasihat kegemaran maharaja.

Satu hari musim sejuk, dia pergi ke kebun dan mendengar seorang anak perempuan menangis

dan berseida untuk melompat ke dalam perigi untuk membunuh diri. En. Timur menghentikannya

dan bertanya mengapa. Perempuan itu berkata bahawa dia adalah seorang pembatu di istana

maharaja dan namanya adalah Yuan-Xiao. Dia tidak pernah mempunyai kesempatan untuk

bertemu keluarganya selepas dia bermula bekerja di istana. Dia sangat rindu pada mereka tiap

bulan ke-12 lunar. Jika dia tidak berkesempatan untuk menunjukkan ketaatannya dalam hidup ini,

dia lebih baik mati. En. Timur berjanji dengannya untuk mencari suatu jalan supaya dia dapat

bersatu dengan keluarganya. En. Timur meninggalkan istana dan mendirikan sebuah gerai

tengok nasib dan menyamarkan dirinya sebagai seorang tukang telek. Oleh kerana reputasinya,

banyak orang menanyakan nasib mereka. Tetapi tiap orang mendapatkan ramalan yang sama -

suatu kemalangan kebakaran besar pada hari ke-15 lunar. Khabar angin tersebar secara cepat.

Setiap orang bimbang akan masa hadapan dan meminta En. Timur untuk pertolongan. En. Timur

berkata, "Pada hari ke-13 lunar, Dewa Api akan kirim seorang pari-pari wanita dalam merah dan

membakar bandar. Jika anda melihat seorang wanita memakai baju merah dan seluar hijau

menunggang kuda pada hari itu, ana seharusnya meminat pengasihannnya." Pada hari itu, Yuan-

Xiao berpura-pura untuk menjadi wanita pari-pari dalam baju merah itu. Apabila orang meminta

pertolongan darinya, dia berkata, "Saya adalah utusan Dewa Api dan akan datang untuk

memeriksa bandar dan saya akan kirim kebarakan pada hari ke-15. Ini adalah perintah dari

Maharaja Jed. Dia akan memerhati dari syurga. Saya akan memberi salinan dikri kemaharajaan

Dewa Api. Anda seharusnya meminta maharaja anda untuk mencari jalan keluar." Selepas dia

berangkat, rakyat pergi ke istana untuk menunjukkan maharaja dikri yang bertulis "Ibu negara

berada dalam masalah. Api membakar istana, dan kebakaran dari Syurga membakar sepanjang

malam pada hari ke-15." Maharaja Dinasti Han sangat terkejut. Dia memanggil dan meminta

nasihat dari En. Timur. Selepas merenung untuk sementara, En. Timur berkata, "Saya

mendengar bahawa Dewa Api suka makan Tang-Yuan (Ladu manis). Adakah Yuan-Xiao sering

masak Tang-Yuan untuk Tuanku? Pada hari lunar ke-15, biarkan Yuan-Xiao membuat Tang-

Yuan. Tuanku akan menugaskan upacara pujaan dan Tuanku akan memberikan perintah pada

Page 19: Folio Moral

semua rumah untuk menyediakan Tang-Yuan untuk menyembah Dewa Api pada waktu yang

sama. Juga, kirimkan suatu lagi perintah untuk meminta tiap rumah di kota untuk gantung

tanglung merah dan meletupkan mercun. Akhirnya, setiap orang dalam istana dan orang di luar

kota seharusnya membawa tanglung mereka di jalan untuk melihatkan hiasan tanglung dan

mercun. Jika semua berjalan secara ini, Maharaja Jed akan ditipukan. Selepas itu setiap orang

dapat mencegah kemalangan kebakaran."

Maharaja secara bergembira mengikut rancangan itu. Tanglung-tanglung berada di mana-mana

tempat di ibu kota pada malam ke-15 hari lunar. Rakyat berjalan di jalan. Mercun tetap membuat

banyak bunyi bising. Ia kelihatan keseluruhan kota berada dalam kebakaran. Ibu bapa Yuan-Xiao

pergi ke istana untuk memerhatikan hiasan tanglung, dan Yuan-Xiao membuat sebuah tanglung

besar dan menulis namanya pada tanglung itu. Mereka bersatu secara bergembira selepas ibu

bapanya memanggil namanya. Setiap orang selamata pada malam itu. Maharaja Jed mempunyai

perintah baru bahawa rakyat seharusnya melakukan yang sama setiap tahun. Sejak Yuan-Xiao

memasak Tan-Yuan yang terbaik, rakyat memanggil hari itu Pesta Yuan-Xiao.

Pemuda dan pemudi chaperoned di jalan-jalan mengharapkan mendapat kekasih. Para telangkai

bertindak sibuk dalam berharap menyatukan pasangan. Tanglung-tanglung yang paling terang

adalah tanda nasib baik dan harapan. Apabila waktu telah berlalu, pesta itu tidak lagi mempunyai

implikasi seperti itu.

Mereka yang tidak membawa tanglung sering menikmati memerhati perarakan tanglung.

Tambahan pada memakan tangyuan (Cina   ringkas : 汤圆; Cina   tradisional : 湯圓;

 pinyin: tāngyuán), suatu lagi aktiviti masyhur pada pesta ini adalah meneka teka-teki tanglung

(yang mana menjadi sebahagian dari pesta itu sewaktu Dinasti Tang), yang sering mengandungi

pesanan nasib baik, kesatuan semula keluarga, penuairan yang amat banyak, kemakmuran dan

kecintaan.

Page 20: Folio Moral

GAMBAR-GAMBAR

Page 21: Folio Moral
Page 22: Folio Moral

TAMAT