90949360 teori moral kohlberg 1

23
Teori Perkembangan Moral Kohlberg Fungsi moral adalah untuk menyediakan panduan asas dalam menyelesaikan konflik di antara individu dan untuk memaksimumkan faedah sesama individu yang tinggal bersama di dalam kelompok masyarakat. Teras kepada moral adalah berdasarkan kepada tradisi Kohlberg yang berkonsepkan keadilan serta rasa hormat kepada hak orang lain yang menekankan kepada kesamaan dan timbang rasa. Sesetengah tahap keadilan melibatkan nilai kebajikan, perhatian dan mengambil berat terhadap kebajikan orang lain.

Upload: buenaventura-casimiro-arlyana

Post on 19-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Teori Moral Kohlberg 1

TRANSCRIPT

Page 1: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

Teori Perkembangan Moral Kohlberg

• Fungsi moral adalah untuk menyediakan panduan asas dalam menyelesaikan konflik di antara individu dan untuk memaksimumkan faedah sesama individu yang tinggal bersama di dalam kelompok masyarakat.

• Teras kepada moral adalah berdasarkan kepada tradisi Kohlberg yang berkonsepkan keadilan serta rasa hormat kepada hak orang lain yang menekankan kepada kesamaan dan timbang rasa.

• Sesetengah tahap keadilan melibatkan nilai kebajikan, perhatian dan mengambil berat terhadap kebajikan orang lain.

Page 2: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Kohlberg telah menggunakan keadilan sebagai Corner Stone.

• Teori moral memastikan kebebasan dalam prinsip seseorang itu adalah berdasarkan kepada kajian psikologi dalam pembangunan manusia dan menyediakan pendekatan falsafah yang sewajarnya kepada moral.

• Teori Kohlberg adalah suatu gabungan antara teori keadilan Rawls dan teori perkembangan moral Piaget.

Page 3: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Kohlberg menyatakan bahawa seseorang individu itu menilai yang mana benar atau salah dengan mentafsirkan situasi dan menggabungkan maksud psikologi serta moral kepadanya sebelum membuat pertimbangan moral.

• Kohlberg (1981) telah membina peringkat-peringkat dalam perkembangan moral seseorang individu. Beliau telah menggariskan enam (6) peringkat dalam penilaian moral seseorang. Peringkat ini dapat dilihat melalui Jadual 2.1.

Page 4: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

Jadual 2.1 : Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

TahapKeterangan perkara yang betul untuk dilakukan

Keterangan sebab untuk melakukan yang betul

PrakonvensionalTahap 1Orientasi dendaan dan kepatuhan (kesan-kesan fizikal menentukan perkara yang baik dan yang jahat)Tahap 2Orientasi instrumental relativis (perkara yang memuaskan keperluan diri sendiri adalah lebih baik)

Untuk mengelakkan melanggar peraturan kerana takutkan dendaan. Kepatuhan perlu berlaku secara semulajadi dan mengelakkan kerosakan fizikal kepada manusia lain dan harta benda.Mematuhi peraturan hanyalah yang bersesuaian dengan kecenderungan peribadi, bertindak untuk mencapai kepentingan sendiri dan membiarkan orang lain membuat hal yang sama. Yang betul adalah yang adil, pertukaran yang sama dalam perjanjian dan persetujuan bersyarat.

Mengelakkan hukuman dan kuasa pihak yang berwajib.Untuk memuaskan keperluan/minat seseorang dan harus juga menyedari tentang minat dan kehendak orang lain.

Page 5: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

KonvensionalTahap 3Orientasi persetujuan antara individu atau ‘good boy-nice girl, (perkara yang menyenangkan atau membantu orang lain adalah baik)Tahap 4Orientasi undang-undang atau peraturan (memelihara sosial order, melaksanakan tugas atau tanggungjawab adalah baik)

Menjalani kehidupan seperti mana yang diharapkan oleh orang yang mempunyai hubungan rapat dengan kita mungkin sebagai anak yang baik, bapa, kawan. Berbuat baik adalah penting dan bermakna mempunyai motif yang baik, menunjukkan keperihatinan terhadap orang lain, memelihara hubungan baik seperti saling mempercayai, setia dan hormat-menghormati. Menyempurnakan kewajipan sebenar kepada orang yang dipertanggung jawabkan ke atas kita. Undang-undang mestilah dipatuhi melainkan dalam kes-kes tertentu apabila terdapat konflik dengan tugas sosial. Perkara yang benar (right) termasuk juga menyumbang kepada masyarakat atau institusi.

Keperluan untuk menjadi insan yang baik pada penilaian sendiri dan orang lain juga. Keperihatinan terhadap orang lain. Percaya kepada satu peraturan mutlak dan keinginan untuk mengekalkan peraturan dan menyokong pihak yang mahukan tingkahlaku yang baik.Memastikan institusi berterusan sebagai satu kesatuan, mengelakkan berlakunya perpecahan sekiranya semua orang melakukannya, kesedaran terhadap tanggungjawab dan kepatuhan seseorang.

Page 6: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

PascakonvensionalTahap 5Orientasi contract-legalistic (nilai yang dipersetujui masyarakat, termasuklah hak-hak individu atau peraturan untuk mencapai persetujuan, menentukan perkara yang benar)Tahap 6Orientasi prinsip etika sejagat (perkara yang benar adalah suara batin yang harmoni dengan prinsip sejagat iaitu keadilan)

Menyedari bahawa manusia mempunyai pelbagai nilai dan pendapat, nilai utama dan peraturan adalah relatif kepada sesuatu kumpulan. Peraturan relatif ini hendaklah dipatuhi, bagaimanapun hendaklah daripada persetujuan keseluruhan entiti kerana ia adalah kontrak sosial. Sesetengah pendapat yang terkeluar daripada peraturan relatif kumpulan haruslah juga digunapakai walaupun tidak mendapat sokongan majoriti.Mengikut prinsip etika sendiri. Undang-undang tertentu atau persetujuan sosial selalunya sah kerana ia berlandaskan kepada prinsip tertentu. Prinsip ini adalah prinsip yang universal kerana ia berlandaskan keadilan, kesaksamaan dalam ‘human right’ dan hormat kepada kemanusiaan sebagai seorang individu.

Berkewajipan kepada undang-undang kerana ikatan kontrak sosial untuk mematuhi undang-undang untuk kebajikan dan perlindungan kepada semua orang. Satu komitmen kontraktual yang dilakukan secara sukarela terhadap keluarga, persahabatan, kewajipan kepada kerja dan kepercayaan. Mengambil kira undang-undang dan tugas berdasarkan rasional kebaikan untuk semua.Kepercayaan sebagai insan yang rasional dalam prinsip moral universal yang mutlak dan perasaan komitmen individu terhadapnya.

Page 7: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Peringkat-peringkat ini menentukan satu peningkatan bagaimana seseorang individu membangunkan nilai-nilai moralnya dari semasa ke semasa. Peringkat yang lebih tinggi menunjukkan perkembangan moral yang lebih baik. Peringkat ini secara umumnya didefinisikan oleh Kohlberg (1981) seperti berikut :Peringkat 1 : Hukuman dan ketaatanPeringkat 2 : Penukaran instrumenPeringkat 3 : Keperluan interpersonalPeringkat 4 : Sistem sosial dan pemeliharaan

kesedaranPeringkat 5 : Hak utama dan penjanjian sosialPeringkat 6 : Prinsip etika sejagat

Page 8: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Rest (1994) menjelaskan peringkat ini berdasarkan kepada pemahaman individu tentang bagaimana untuk menguruskan kerjasama dalam masyarakat apabila sesuatu isu moral dipertimbangkan.

• Dua peringkat terlibat dalam setiap tahap pembabitan moral. Tahap yang paling asas ialah tahap I yang dikenali sebagai prakonvensional.

• Seperti yang dilihat dalam peringkat 1 dan 2 di jadual 2.1, seseorang individu pada tahap taakulan moral ini masih belum memahami tentang peraturan dan tanggapan masyarakat terhadap kelakuan mereka. Perspektif mereka adalah lebih kepada egosentrik yang memfokuskan kepada diri mereka sendiri secara tetap.

Page 9: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Sementara tahap kebiasaan moral atau tahap II (Peringkat 3 dan 4) adalah berdasarkan kepada perspektif ahli dalam masyarakat. Pemikiran tahap ini melibatkan peraturan-peraturan setempat dan tanggapan orang lain. Seseorang individu pada tahap ini mungkin akan menyokong perjanjian untuk berada pada posisi pihak yang berkuasa.

• Tahap yang paling tinggi iaitu tahap III yang dikenali sebagai pascakonvensional (Peringkat 5 dan 6) yang lebih mengutamakan kepada masyarakat. Tahap ini ditentukan oleh pemikiran, mengatasi peraturan dan tanggapan masyarakat serta keputusan asas kepada prinsip yang telah dipilih oleh individu (Evans., 1998). Pada tahap III, penilaian moral adalah berdasarkan kepada kesejagatan prinsip-prinsip keadilan (Nucci dan Pascarella, 1987).

Page 10: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Selain itu, Kohlberg juga menambah subperingkat yang dipanggil peringkat A dan B pada setiap peringkat.

• Subperingkat A dijelaskan oleh Kohlberg dan rakan-rakannya sebagai orientasi heteronomous yang ditentukan oleh fokus individu kepada ketaatan terhadap pihak yang berautoriti.

• Subperingkat B pula dijelaskan sebagai orientasi autonomous yang bercirikan fokus kepada hak-hak dan kebajikan (Evans, 1998).

Page 11: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Individu yang mendapat markah seperti yang digunakan dalam taakulan subperingkat A menunjukkan kekurangan konsisten di antara pemikiran moral dan tindakan moral.

• Sebaliknya individu yang mendapat markah pada subperingkat B menunjukkan kesamaan antara pemikiran moral dan tindakan moral mereka (Kohlberg dan Cardee, 1984).

Page 12: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

Pertimbangan Moral Menurut Perspektif Islam

• Menurut Islam, pertimbangan moral adalah melibatkan persoalan ijtihad yang telah ditentukan dalam syariat Islam.

• Ijtihad adalah suatu pertimbangan akal untuk membuat sesuatu keputusan apabila tidak ada sebarang petunjuk melalui al-Quran atau al-Hadith (al-Qardawi, 2002).

• Pertimbangan akal yang dimaksudkan oleh al-Qardawi (1992) ialah pertimbangan antara sesama al-Masalih (kebaikan), antara sesama al-mafasid (keburukan dan kerosakan) dan pertimbangan antara al-masalih dan al-mafasid.

Page 13: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Pertimbangan moral dalam Islam merupakan proses penaakulan yang berpunca daripada kebebasan berfikir dan ketajaman akal fikiran (Aswati Hamzah, 2007).

• Definisi ijtihad ialah suatu percubaan yang bersungguh-sungguh atau berusaha keras untuk mengikuti cara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan meletakkan segala. permasalahan baru dalam kaedah-kaedah silam yang dirumuskan daripada sabda baginda (Abdul Halim Mahmud, 1995).

Page 14: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Islam membincangkan tentang persoalan ijtihad melalui aspek usul al-Fiqh yang banyak menjelaskan tentang persoalan hukum syarak.

• Menurut al-Amidi (1985), takrif ijtihad ialah mencurahkan seluruh kemampuan untuk memperoleh hukum syarak yang bersifat zanni sehingga merasakan dirinya sudah tidak mampu untuk melakukan tambahan daripada kemampuannya tersebut.

• Hasil daripada proses taakulan dapat dilihat dalam bentuk pemerolehan fatwa tertentu dalam sesuatu perkara yang berbangkit (Mohammad Hashim Kamali, 1999).

Page 15: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Aspek proses kognitif pula menghuraikan ijtihad berlaku dalam bentuk taakulan deduktif (deductive reasoning) (Sidi Gazalba, 1983).

• Kenyataan ini bermaksud bahawa sesuatu perkara yang dibuat berasaskan hukum yang khusus yang terdapat sama ada di dalam al-Quran atau al-Hadith kemudiannya diberikan huraian yang jelas pada sesuatu kes yang khusus dalam kehidupan seharian (Aswati Hamzah, 2007).

Page 16: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Kenyataan ini selari dengan pernyataan al-Qardawi (2002) yang menjelaskan bahawa seseorang mujtahid perlu memenuhi syarat-syarat tertentu iaitu :

– mengetahui al-Quran.– mengetahui al-Hadith.– menguasai bahasa Arab.– mengetahui hukum-hukum ijma’.– memahami usul al-Fiqh.– memahami objektif syariat.– mengenal manusia serta persekitaran.– bersifat adil dan taqwa.

Page 17: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Menurut al-Qardawi, syarat yang ketujuh iaitu mengenal manusia dan persekitaran merupakan syarat baru.

• Hal ini kerana seseorang mujtahid perlu berijtihad berasaskan realiti seseorang individu atau masyarakat dalam pelbagai bentuk kehidupan.

• Perkara ini secara langsung membolehkan seseorang mujtahid mengaplikasikan konsep pertimbangan moral terhadap sesuatu isu yang melibatkan konflik moral di dalam kehidupannya.

Page 18: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Oleh itu, seseorang mujtahid seharusnya memiliki kekuatan moral dan keutuhan sifat kerohanian sebagai pemangkin dan penggerak terhadap masyarakat Islam untuk lebih berani berdepan dengan perubahan dan cabaran kehidupan masyarakat moden

• Keberanian dan keyakinan ini akan melahirkan masyarakat Islam yang kukuh akidah (pegangan), murni akhlak, tinggi ilmu pengetahuan, berprinsip, menyemarakkan semangat kejiranan, bertolak ansur, menerima kehidupan majmuk, kebebasan beragama dan sentiasa memberi sumbangan positif ke arah pembangunan masyarakat dan kemakmuran negara

Page 19: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Masyarakat Islam yang mempunyai moral yang tinggi dan sifat kerohanian yang utuh sebenarnya seperti pohon yang kukuh sepertimana yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran:

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada tiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat

(Surah Ibrahim (14) : 24-25).

Page 20: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang individu muslim mestilah menggunakan pertimbangan akal (moral) berdasarkan kepada tuntutan Islam

• Hal ini kerana prinsip, nilai, rohani dan akhlak merupakan akar yang teguh bagi sesebuah masyarakat Islam (Mohd Nakhaie Ahmad, 1998)

• Pertimbangan akal menurut Islam sangat berkait rapat dengan konsep roh yang mempunyai empat fungsi iaitu hati, akal, jiwa dan roh (Nik Aziz Nik Pa, 1999)

• Pertimbangan akal (moral) yang tinggi ialah memahami makna sesuatu dengan tepat iaitu sesuatu perkara yang diperoleh keterangan tentangnya dengan jelas (Mustafa Abu-Sway, 2004).

Page 21: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Orang yang menggunakan pertimbangan akal ialah orang yang mengetahui, memahami dan menyedari akan sesuatu kebenaran serta menghayati kebenaran itu. Apabila mereka menerima kebenaran daripada Allah S.W.T., maka mereka memahami kebenaran itu dan seterusnya beriman dengannya dengan penuh iltizam (Mohd Nakhaie Ahmad, 1998). Hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T iaitu :

Dan sesungguhnya, Kami mencampakkan kebanyakan manusia dan jin, lantaran mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya, mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya, mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya. Mereka itu adalah seperti binatang-binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu adalah orang yang lalai.

(Surah al-A’raf (7) : 179)

Page 22: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Akal dengan keupayaannya yang terbatas tidak boleh dipisahkan dengan petunjuk dan bimbingan syarak dalam memahami kebenaran dan nilai-nilai yang baik dan buruk.

• Hal ini kerana syarak dapat memelihara akal daripada sesat dan keliru.

• Dengan menjadikan syarak sebagai neraca pertimbangan dalam pembentukan moral, akal dapat menghasilkan kemantapan dalam menggerakkan manusia dan mengembangkan potensi akhlak untuk mencapai kehidupan yang luhur (Mohd Nakhaie Ahmad, 1998).

Page 23: 90949360 Teori Moral Kohlberg 1

• Menurut Islam, akal merupakan alat yang amat penting dalam menilai dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

• Hal ini kerana pertimbangan akal yang tinggi akan memberikan kesan yang baik terhadap hati, jiwa dan roh dalam diri seseorang sebelum melakukan sesuatu keputusan.

• Sebaliknya, pertimbangan akal yang tidak rasional akan mempamerkan ciri-ciri yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

• Keadaan ini secara langsung memberikan implikasi yang buruk terhadap jiwa, roh dan hati di dalam diri seseorang (Muhammad Uthman El-Muhammady, 1984).