esaimen moral

26
Isi Kandungan m/s 1.0 PENGHARGAAN...................................................... 2 2.0 PENDAHULUAN...................................................... 3 3.0 PENGENALAN....................................................... 4 4.0 TUGASAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (HORMAT).....................5 5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN......................................6 6.0 LAMPIRAN........................................................ 10 6.1 Lampiran 1.....................................................10 6.2 Lampiran 2.....................................................11 6.3 Lampiran 3.....................................................12 6.5 Lampiran 5.....................................................14 7.0 JAWAPAN......................................................... 16 8.0 REFLEKSI........................................................ 17 9.0 RUJUKAN......................................................... 18 1

Upload: sahrul-hafizi

Post on 22-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Esaimen Moral

TRANSCRIPT

Isi Kandungan m/s

1.0 PENGHARGAAN22.0 PENDAHULUAN33.0 PENGENALAN44.0 TUGASAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (HORMAT)55.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN66.0 LAMPIRAN106.1 Lampiran 1106.2 Lampiran 2116.3 Lampiran 3126.5 Lampiran 5147.0 JAWAPAN168.0 REFLEKSI179.0 RUJUKAN18

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Pn. Faridah Anum binti Abdul Wahid dan Pn. Zainun binti Abu Bakar selaku pensyarah matapelajaran Pedagogi PSV KBSR/KSSR (PSV3073) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal."Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Mata pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, mempunyai perwatakan yang mulia, bersopan santun dan menyumbang secara produktif terhadap masyarakat dan negara.Mata pelajaran Pendidikan Moral juga membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang tekanan rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran tersebut akan membantu murid membina daya tahan, menghadapi cabaran dan tekanan hidup dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab dalam kehidupan harian.Untuk merealisasikan hasrat mata pelajaran Pendidikan Moral, Kurikulum Standard Pendidikan Moral sekolah rendah digubal. Kurikulum Standard Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid. Kurikulum tersebut memberi fokus terhadap pemahaman, penghayatan dan amalan nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum, dan perundangan di negara ini. Kurikulum ini menyediakan satu panduan hidup kepada murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial terhadap masyarakat .

3.0 PENGENALAN

FOKUS MATAPELAJARAN

Kurikulum Standard Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domain iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Fokus kurikulum ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

PERLAKUAN

i. Penaakulan Moral Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif.

ii. Perasaan MoralKesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

iii. Perlakuan MoralTindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.

4.0 TUGASAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (HORMAT)

Nilai hormat ialah menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial. Definisi yang lain bagi hormat juga ialah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorangdengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim. Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

6. HormatMenghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial. 6.1 Menghormati warga sekolah dan pelawat.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 6.1.1 Menyatakan cara menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.2 Menyenaraikan kepentingan menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.3 Menceritakan perasaan apabila menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.4 Mengamalkan perlakuan saling menghormati dalam kalangan warga sekolah dan pelawat.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata PelajaranPendidikan Moral

TahunTahun 3 Amanah

Tarikh12 Jun 2014

Masa8.00 -9.00 pagi (60 minit)

Bilangan murid25 orang

Tajuk PelajaranHormat

Standard Kandungan6.1 Menghormati warga sekolah dan pelawat

Standard Pembelajaran6.1.1 Menyatakan cara menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.2 Menyenaraikan kepentingan menghormati warga sekolah dan pelawat.6.1.4 Mengamalkan perlakuan saling menghormati dalam kalangan warga sekolah dan pelawat.

Pengetahuan sedia adaMurid telah didedahkan dengan persekitaran dan warga sekolah.

Hasil PembelajaranKognitif:1. Menyatakan 2 cara menghormati warga sekolah dan pelawat. 2. Menjelaskan 2 kepentingan menghormati warga sekolah dalam masyarakat.Afektif:3. Melahirkan sifat sahsiah dan nilai yang baik.Tingkah Laku:4. Mengamalkan sikap hormat kepada komuniti sekolah.

GabungjalinMuzik

Penyerapan/NilaiNilai menghormati

KBATMenjana idea yang kreatif

Sumber PdP LCD, Audio, Komputer, kad gantung bernama

Langkah/MasaIsi PelajaranStrategi/ Aktiviti Guru MuridCatatan

Set Induksi (8 Minit)1. Guru menayangkan video lagu Terima Kasih Cikgu- upin ipin.(Lampiran 1)

2. Guru bersoal jawab tentang tajuk pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid dan komuniti di sekolah.

1. Murid diminta supaya menyanyikan lagu tersebut mengikut lirik lagu yang ditayangkan.

2. Murid berfikir dan menjawab soalan yang ditanya oleh guru.

Gabungjalin:Muzik

Teknik:Soal Jawab

BBM:LCD, Audio

Kemahiran Berfikir

EMK:Teknologi TMK

Langkah 1(15 Minit)1. Guru bertanya kepada murid tentang siapakah komuniti di sekolah.

2. Guru meminta murid untuk melakukan aktiviti simulasi tentang cara menghormati diantara satu sama lain dengan warga sekolah.

3. Guru menunjukkan kad gantung bernama (Guru, Pelawat, murid, pekebun, pekerja pembersih) sebagai watak lakonan.(Lampiran 2)

1. Guru bertanya siapakah komuniti yang ada di sekolah.

2. Murid diminta untuk melakonkan watak-watak yang didapatinya dan melakonkan watak itu dengan bermotifkan hormat.

3. Guru bersoal jawab mengapa perlu menghormati antara satu sama yang lain.EMK:Kreativiti

BBM:Kad gantung bernama

Teknik:SimulasiSoal jawab

Langkah 2(17 Minit)1. Permainan (Rebut Kerusi)(Lampiran 3)

2. Murid yang tidak dapat kerusi rebut akan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

1. Murid diminta untuk menyusun kerusi berbentuk bulat di ruangan kelas dan kurangkan satu kerusi daripada jumlah murid dalam kelas.

Contoh soalan:1. Menyatakan 2 cara menghormati warga sekolah dan pelawat.2. Menyatakan perasaan apabila menunjukkan rasa hormat kepada warga sekolah.3. Menjelaskan 2 kepentingan menghormati warga sekolah.4. Cara menasihati kawan yang tidak hormat dengan warga sekolah.5. Akibat tidak menghormati warga sekolah.

BBM:Audio, Kad soalan, kerusi.

Aktiviti:Permainan

Teknik:Soal jawab

KBT:KBAT

Langkah 3(10 Minit) 1. Murid melakukan aktiviti sumbangsaran.

2. Guru meminta murid untuk membuat peta pemikiran (i-Think). (Lampiran 4)

Aktiviti Pemulihan(lampiran 5)Aktiviti Pengayaan(lampiran 6)

1. Guru bertanyakan tentang cara menghormati warga sekolah sebagai aktiviti sumbangsaran.

2. Guru memberi latihan membuat peta minda (i-Think) kepada murid sebagai lembaran kerja.Aktiviti:Lembaran kerjaMembuat peta pemikiran (i-think)

Konsep 5P:Aktiviti PemulihanAktiviti Pengayaan

KBT:KBAT

Penutup(10 Minit)1. Guru menegaskan supaya murid harus menghormati antara satu sama lain.

2. Murid menyanyikan kembali lagu Terima Kasih Cikgu- Upin Ipin dengan iringan muzik.

1. Guru menyemai sikap nilai-nilai hormat menghormati kepada murid.

2. Murid menyatakan kembali tentang kefahaman isi pelajaran pada hari itu.

3. Murid diminta menyanyikan kembali lagu Terima Kasih Cikgu- Upin IpinGabungjalinMuzik

BBM:Audio

EMKNilai murni hormat menghormati

6.0 LAMPIRAN6.1 Lampiran 1Lirik Lagu Terima Kasih Cikgu Najwa Latif feat Upin IpinTulus setiamu cikgu telah mengajar kamiMembekalkan ilmu untuk masa depanDari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kiraTak terhingga pengorbananmuHingga aku besar kan ku ingat selaluTerima kasih pada mu cikguJasa mu akan ku kenang selaluTak pernah lelah tunjuk ajarkuTerima kasih ku kepada mu cikguTerima kasih cikguKaulah pelita hidup bagi kami semuaMenuju jalan ke arah yang benarPenuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajarUntuk memastikan kami berjayaTak terhingga pengorbanan muHingga aku besar kan ku ingat selaluTerima kasih pada mu cikguJasa mu akan ku kenang selaluTak pernah lelah tunjuk ajarkuTerima kasih ku kepada mu cikguTerima kasih cikguTak terhingga pengorbanan muHingga aku besar kan ku ingat selaluTerima kasi pada mu cikguJasa mu akan ku kenang selaluTak pernah lelah tunjuk ajar kuTerima kasih ku kepada mu cikguTerima kasih pada mu cikguJasa mu akan ku kenang selaluTak pernah lelah tunjuk ajar kuTerima kasih ku kepada mu cikguTerima kasih cikguTerima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)Jasa mu akan ku kenang selaluTak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)Terima kasih ku kepada mu cikguTerima kasih cikgu6.2 Lampiran 2Kad Gantung Berwatak(Guru, Pelawat, murid, pekebun, pekerja pembersih)

PekebunMuridGuru

6.3 Lampiran 3Permainan Rebut Kerusi (Musical Chairs)Penerangan/peraturan permainan:1. Semua murid terlibat dalam permainan ini.2. Permainan dimulakan dengan meletakkan 24 buah kerusi (mengikut bilangan 25 orang murid dalam kelas) dalam satu bulatan. 3. Semua murid akan berdiri di hadapan kerusi dan bergerak apabila guru memainkan muzik.4. Apabila muzik dihentikan, kesemua murid perlu berebut kerusi untuk mendapatkan kerusi yang ada dan duduk.5. Murid yang tidak berjaya mendapatkan kerusi hendaklah menjawab soalan yang akan diberikan oleh guru.6. Permainan diteruskandan tidak perlu mengasingkan pelajar yang telah menjawab soalan keluar daripada permainan sehingga guru menghabiskan kesemua soalan yang disediakan.

6.4 Lampiran 4Lembaran Kerja Peta Buih (Peta Pemikiran i-Think)

6.5 Lampiran 5LEMBARAN KERJA PEMULIHANNAMA:___________________________________________TAHUN:___________________________________________

Warnakan kelakuan yang menunjukkan tingkah laku hormat terhadap warga di sekolah.Memberi salam Mengutuk guru dan rakan-rakan

Rosakkan harta benda sekolahMenolong warga sekolah

6.6 Lampiran 6 LEMBARAN KERJA PENGAYAANNAMA:___________________________________________TAHUN:___________________________________________

Nyatakan tiga cara bagi murid mengatasi masalah di atas supaya tidak berlaku lagi di sekolah;1. 2. 3.

7.0 JAWAPAN

LAMPIRAN 51. Memberi salam2. Menolong warga sekolah

LAMPIRAN 61. Menegur rakan-rakan yang terlibat dengan gejala gangterisma demi keselamatan diri dan warga sekolah.2. Memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa murid yang terlibat.3. Sekiranya masih diulangi perbuatan itu haruslah segera melaporkan kepada pihak polis.

8.0 REFLEKSI Saya telah membuat tajuk hormat seperti yang terkandung didalam Dokumen Standard Pendidikan Moral Tahun 4 iaitu cara menghormati warga sekolah dan pelawat. Didalam aktivitinya pula di variasikan lagi dengan menyatakan perasaan apabila menunjukkan rasa hormat kepada warga sekolah, menjelaskan kepentingan menghormati warga sekolah, cara-cara menasihati kawan yang tidak hormat dengan warga sekolah, akibat tidak menghormati warga sekolah dan melakonkan cara-cara menghormati warga sekolah dan pelawat.Semester ini adalah pengalaman saya yang pertama membuat RPH moral. Saya banyak belajar di dalam kelas bagaimana untuk menghasilkan RPH yang sempurna dengan tunjuk ajar En Zaradi dan En Aleas. Pendidikan moral adalah satu mata pelajaran yang dapat memberikan kita pengajaran selain dapat memberikan pengajaran yang baik kepada diri sendiri bagi membina sahsiah diri kita. Dalam tugasan pada kali ini, kami diminta supaya mengaplikasikan elemen KBAT dan membuat satu set permainan dalam PdP. Dengan adanya kedua-dua elemen ini, ianya agak menyukarkan saya untuk menyempurnakan rph ini. Walauapapun, saya menganggap itu adalah sebagai satu cabaran bagi saya untuk mencapai matlamat FPK yang dihasratkan oleh kerajaan.Cara bagi mewujudkan KBAT ialah pertama, murid didedahkan dengan pelbagai teknik belajar seperti menyanyi, berlakon, bermain permainan kecil (rebut kerusi), membina peta minda (i-think) dan menjawab soalan guru berdasarkan soalan KBAT yang guru berikan kepada murid. Elemen KBAT dapat dijalankan pada sesi simulasi dan bermain rebut kerusi dengan menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Dalam aktiviti itu, murid diminta supaya berfikiran kreatif dan kritis bagi menjawab soalan tersebut. Unsur KBAT juga dapat dilihat apabila murid mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding baik dan buruk, menganalisis soalan yang diberikan dan membuat inferens yang berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran. Aspek KBAT dapat dikuasai dengan baik dan ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu murid belajar. Seterusnya, ia dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaiki kelemahan diri. Onosko & Newmann (1994), mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat. KBAT menggalakkan murid berfikir dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Proses berfikir memainkan peranan penting dalam menjana proses pemikiran murid dengan cara perbincangan, penyoalan dan penyelesaian masalah.Bagi strategi dan teknik dalam PdP, saya membuat Soalan Terbuka (Open-ended questions) kepada murid. Dengan adanya teknik ini, murid akan berlumba-lumba untuk memberikan jawapan kepada saya agar ada budaya berdaya saing dengan rakan sekelas dapat dilangsungkan. Seterusnya ialah Teknik Penyoalan, saya juga menujukan soalan kepada murid yang saya panggil namanya. Saya menggunakan teknik tuju nama ini kerana saya akan memastikan murid yang pasif didalam kelas dapat bersama dan tidak tercicir semasa proses PdP dijalankan. Tambahan lagi, saya menggunakan teknik perbincangan. Contohnya murid dikehendaki berbincang terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti simulasi. Selain itu juga saya telah memasukkan aktiviti membuat Pengurusan Grafik. Contohnya apabila saya meminta murid untuk membina peta pemikiran i-Think sebagai lembaran kerja. Kaedah Penyelesaian Masalah pula telah saya masukkan apabila saya meminta murid untuk memberikan cadangan cara-cara menasihati seseorang rakan tidak menghormati warga sekolah."Jika kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif dan merangsangkan, kita sebagai guru mesti menggalakkan murid bertanya soalan aras yang lebih tinggi." ( Soalan Bukan Rutin) ( Karron G Lewis)Antara kelemahan yang akan terdapat pada sesi PdP saya ialah ianya agak sukar bagi saya mengajar dalam situasi di mana kelas mempunyai pelajar yang ramai dan sempit. Semasa melakukan aktiviti bermain rebut kerusi dan simulasi, ruang dipersekitaran kelas sangat sempit dan agak membimbangkan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada murid sekiranya tidak diawasi. Oleh kerana itu, murid terpaksa mengehadkan pergerakan. Ruang persekitaran yang tidak kondusif akan melambatkan sesi PdP saya. Oleh kerana kurang selesa apabila sesi PdP dijalankan, murid pasti akan bising dan secara tidak langsung menggangu tumpuan saya semasa mengajar.Sebagai penutup dan penambahbaikan yang telah saya kaji, guru sememangnya perlu berfikir secara kreatif bagi merancang PdP di dalam kelas. Memang tidak dapat dinafikan, murid-murid lebih berminat untuk bermain daripada belajar. Motivasi dan kaedah PdP yang pelbagai dan menyeronokkan harus dirancang bagi menarik minat murid. Maka guru perlu pelbagaikan jenis kaedah permainan kecil didalam kelas supaya murid dapat melibatkan diri dalam sesi PdP sehingga ke minit terakhir PdP dijalankan. Tambahan lagi, perancangan aktiviti juga harus mengambil kira tahap kebolehan murid. Memandangkan ianya murid tahun 3, aktiviti bebas harus diambil kira dalam pengajaran. Mereka tidak boleh terlalu dipaksa untuk melakukan aktiviti formal dalam bilik darjah. Keseronokkan semasa belajar harus dipupuk dalam diri murid supaya mereka akan terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.9.0 RUJUKANBUKUAbdullah Zhidi (2014). Pedagogi dan Pentaksiran Moral. Penerbitan Multimedia sdn. Bhd. Puchong.Abdul Rahman, (1999), Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia. Serdang.Aroff, a. r. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti sdn. bhd.Lam. S. K.(2006). Pendidikan Moral Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Meng E. A. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Fajar Bakti sdn. Bhd. Petaling Jaya.Munirah. T. (2007). Pendidikan Moral Tahun 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh (2005),Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

INTERNETChekguisza (Julai 5, 2011),Soalan Pendidikan Moral Tahun 3,dilayari pada Ogos 30, 2014,Daripada,http://chekguisza.blogspot.com/2011/07/soalan-pendidikan-moral-tahun-3.htmlLauser (2010, Disember 15). Perkembangan Afektif. Dilayari pada Ogos 31, 2014, daripada http://paktehdanmakteh.blogspot.com/2010/12/perkembangan-affektif.htmlMaznah.AB (November 2012), Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro, dilayari pada 31 Ogos 2014, daripada http://maznah12.blogspot.com/2012/11/jenis-kemahiran-dalam-pengajaran-mikro_16.htmlNoraini.A (Mac 2009), Senarai Nilai Moral, dilayari pada Ogos 30, 2014, daripada .http://norainiamran.blogspot.com/2009/03/senarai-nilai-moral_11.htmlPanitia Pendidikan Moral (10 Januari 2013), 36 Nilai dalam Pendidikan Moral, dilayari pada Ogos 30, 2014,Daripada, http://panitiapendidikanmoralsmkbj.blogspot.com/2013/01/36-nilai-dalam-pendidikan-moral.htmlPermainan Kecil (Jun 2012), Peraturan Permainan Rebut Kerusi, dilayari pada Ogos 30, daripada http://prasekolahkucomel.blogspot.com/2012/06/permainan-rebut-kerusi.htmlRakan Ilmu, (30 September 2013),BAGAIMANA CARA MENGHORMATI GURU, dilayari pada Ogos 30, 2014, daripada http://mohamadazemi2013.blogspot.com/2013/09/esei-bagaimana-cara-menghormati-guru.html3