dimensi moral

22
DIMENSI MORAL OLEH : NUR AMIRAH BT MOHD YUSOF SITI FILZAH BT UMAR UNIT : PISMP KS JAN 08 PENSYARAH : EN DZULKIFLI B AB SAMAD

Upload: amynamy9

Post on 23-Jun-2015

1.672 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

DIMENSI MORALOLEH : NUR AMIRAH BT MOHD YUSOF SITI FILZAH BT UMAR UNIT: PISMP KS JAN 08 PENSYARAH: EN DZULKIFLI B AB SAMAD

PENAAKUL AN MORAL

Kebolehan seseorang individu berfikir secara logik terhadap sesuatu isu. Proses kematangan dalam membuat keputusan atau pertimbangan terhadap sesuatu situasi tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Gibbs, Basinger dan Fuller (1992), mereka mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral

Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988 ), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.

Umumnya..

Penaakulan Moral (Moral Reasoning) .Setiap insan moral berupaya membuat penaakulan moral, iaitu suatu proses di mana seseorang individu memperkembangkan kebolehan membuat pertimbangan dan/atau keputusan moral yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain dalam suatu situasi moral.

semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral.Kohlberg (1975)

Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara berperingkat, dari peringkat seorang mematuhi peraturan moral supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke peringkat dia, sebagai orang yang berautonomi (bebas), akan menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang sejagat

kajian luar negeri melaporkan bahawa perbincangan dilema moral memang boleh meningkatkan peringkat penaakulan moral (Gage & Berliner 1988). Kajian tempatan oleh Ruslin (1996) dan Jeevajothi (1997) juga mendapati pendekatan tersebut memang berkesan untuk meningkatkan penaakulan moral pelajar di sekolah menengah tempatan

Perlu mempunyai kebolehan

Memahami sesuatu isu moral. Kenal pasti alternatif yang ada dan kesannya. Memberi pertimbangan yang adil terhadap setiap pilihan alternatif. Memikirkan konsep nilai sejagat dan rasionalnya.

Contoh situasi: 1) Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut mempunyai tiga anak kecil yang masih memerlukan perhatian.

EMOSI MORAL

Emosi Moral memberi perangsangan kepada seorang untuk bertindak secara bermoral dengan yakin Merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam suatu keputusan dan tindakan moral kerana manusia mempunyai perasaan.

Menunjukkan kehalusan perasaan individu seperti simpati, empati, murah hati, motivasi dsbnya. Melibatkan kepentingan harga diri, kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi & disayangi. Menjadikan seseorang bertindak secara positif.

Bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral, emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang "betul" yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi.

Untuk menyuburkan emosi moral,seseorang perlu: Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri dalam sesuatu situasi moral. Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-perasaan yang timbul dalam situasi itu. Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang betul bukan perasaan yang tidak munasabah dalam situasi itu.

Emosi moral dapat merapatkan jurang perbezaan di antara keputusan dan tingkah laku.

TINGKAH LAKU MORAL

Tingkah Laku Moral ialah segala yang dilakukan oleh individu berkaitan dengan peraturan moral. Tingkah laku moral tidak terhad kepada mematuhi sesuatu peraturan sematamata kerana ia satu peraturan, tetapi haruslah berdasarkan pemahaman sebab yang baik dan munasabah.

Tindakan & keputusan yang ditunjukkan dengan penuh rasa tanggungjawab berdasarkan penaakulan & emosi moral. Merupakan dimensi yang menterjemahkan penaakulan & emosi moral.

Orang yang mempunyai penaakulan moral tetapi tanpa tingkah laku akan menjadi orang yang "cakap tak bikin". Begitu juga orang yang mempunyai emosi tanpa tingkah laku hanya mementingkan keselesaan diri sendiri sahaja.

DEMENSI MORAL

Penaakulan Moral

Emosi Moral

Perlakuan Moral

Pemikiran dan Pertimbangan

Emosi dan Perasaan

Tingkah laku dan Tindakan

Rasional Inovatif Bebas Normatif Tepat Kreatif kritis

Empati Berjiwa simpati Murah hati Kasih syang Belas kasihan

Bertanggungjawab Berdedikasi Perihatin bekerjasama