moral elm3103

86
KONSEP ASAS MORAL Moral Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu

Upload: samadmahden

Post on 23-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

KONSEP ASAS MORAL

MoralMoral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut,Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh. (Mohd. Janib Johari, 1994).

AkhlakAkhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitu linguistic(kebahasaan) dan pendekatan terminologic(peristilahan). Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan arab, khuluq yang bermaksud budi pekerti. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.

Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Merujuk Ibn Miskawih(w. 421 H/1030 M) yang terkenal sebagai pakar bidang akhlak terkemuka menerangkan takrif akhlak dari sudut istilah sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan. Manakala menurut Imam Al-Ghazali (1015-1111 M) yang lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam(pembela Islam) telah mentakrifkan akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan seperti pokok dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Jika rosak akar, maka akan rosaklah pokok dancabangnya. Contoh ini dikukuhkan lagi dengan firman Allah Subhanahuwataala:Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. (Al- Araf: 58)

EtikaDefinisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris Ethic dan bahasa Greek Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya.

Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.

Contohnya, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Perbezaan Akhlak, Moral dan Etika

Akhlak secara umumnya ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara itu, etika ialah sistem tingkah laku manusia bersumberkan selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat pula dinamakan moral.

Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia, manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. Akhlak juga mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain. Moral pula hanya mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Nilai-nilai yang terdapat dalam akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara. Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif Islam ialah dari segi pemakaian, pemakaian bagi seseorang muslim mengikut Islam mestilah menutup aurat dan jika individu muslim tersebut tidak menutup aurat, mereka dikatakan tidak berakhlak kerana telah melanggar ajaran yang ditetapkan tetapi mengikut pandangan moral jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, mereka masih dianggap bermoral.

Moral merupakan sebahagian daripada etika. Masalah etika adalah berkaitan dengan sesuatu yang membuahkan hasil yang salah atau sesuatu yang tidak adil. Ruang lingkup perbincangan etika adalah lebih luas berbanding dengan moral. Fokus etika lebih luas mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Etika mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip tanggungjawab dan menilai tindakan yang berkaitan dengan kemanusiaan. Moral pula merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak, manakala etika adalah falsafah moral berkaitan dengan masalah betul atau salah. Contohnya adalah seperti penggodaman atau hack. Permasalahan ini bukan masalah berkaitan etika tetapi adalah kesalahan moral untuk mendapatkan capaian yang tidak mendapat kebenaran.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait rapat dengan kaedah seikap baik dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi. Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokan. Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahatn buruk dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.

Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Sebagai contoh, dapat kami berikan disini ialah dalam permainan bola sepak. Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Pada pendapat kami, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat. Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Teori ini banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan. Antaranya ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah faham, koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang ada kerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.

Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu sukar untuk berlaku.

Sebagai contoh, undang-undang yang digunakan dalam Institut Perguruan Tuanku Bainun, iaitu tidak membenarkan penggunaan alatan elektrik dalam asrama. Perkara ini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar atau guru pelatih. Perkara ini banyak menyusahkan guru pelatih untuk menggunakan alatan seperti seterika dan juga alat pemanas air. Guru pelatih memerlukan satu penampilan yang baik. Memang telah disediakan alatan seperti itu, namun alatan itu sudah usang dan buruk serta tidak menjamin keselamatan guru pelatih untuk menggunakannya.

Namun, guru pelatih terpaksa melakukan perkara yang melanggar undang-undang institut. Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku. Bagaimana seorang guru ingin mengikut peraturan jika peraturan itu menyusahkan mereka sendiri? Jadi, contoh inilah yang dapat kami berikan.

TEORI DEONTOLOGIKAL (EKSISTENSIALISME DAN PRINSIP KEWAJIPAN)

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan atau diwajibkan (Davis dalam Singer, 1991). Teori ini menafikan konsep Teori Teleologikal kerana golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak percaya dengan akibat. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori ini, nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya iaitu hasil atau kebaikan yang akan didapati kerana kesudahan sesuatu tindakan adalah tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan tersebut dibuat tetapi bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia merupakan seorang ahli falsafah yang sering dikaitkan dengan Teori Deontologikal ini. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita tetapi motif atau niat tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

Teori Deontologikal ini terbahagi kepada dua aspek iaitu deontologikal tindakan (eksistensialisme) dan deontologikal peraturan (prinsip kewajipan). Eksistensialisme bermaksud kebebasan moral bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu merangkumi aspek kebebasan; kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral. Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada. Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre yang menekankan kebebasan iaitu manusia bebas memilih tindakannya. Individu bebas buat pilihan atau keputusan moral dan tidak membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain.

Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice) iaitu membuat pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang sentiasa berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal dan individualistik. Contohnya, seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru, tetapi merupakan pilihan individu tersebut untuk menjadi guru atau pekerjaan lain. Begitu juga dengan pelaksaan tindakan lain oleh seseorang yang dirasakan yakin dan betul untuk dilaksanakan. Aspek ini mementingkan kebebasan individu untuk memilih tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi masih dalam konteks rasional membuat pemilihan.

Prinsip kewajipan pula membawa maksud sesuatu tindakan dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab yang diakui. Erti kata lain, prinsip ini menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan kewajipan. Sebagi contoh, menunaikan janji yang telah dikotakan. Seorang ayah yang telah berjanji akan memberi hadiah atau ganjaran kepada anaknya sekiranya berjaya di dalam peperiksaan, perlu menunaikan janjinya. Jika tidak si anak akan hilang kepercayaan terhadap ayahnya dan berputus asa untuk meneruskan kejayaannya kerana janji yang dikotakan tidak dilaksanakan. Bagi mengambil sesuatu tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut: Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan (rujukan Maxim) = Tindakan Bermoral.

Tekad baik dapat diterangkan lebih jelas dengan tindakan manusia dalam melakukan tugas dan tanggungjawabnya semata-mata kerana desakan nilai dalaman yang dipanggil good will atau tekad baik dan bukan disebabkan oleh motif-motif lain seperti ganjaran, hukuman atau tekanan. Jika seseorang melakukan tugas dan tanggungjawabnya disebabkan keseronokan, simpati atau kasihan tetapi bukan disebabkan good will, maka tindakannya dikatakan tidak mempunyai nilai moral walaupun mendapat sanjungan dan pujian.

Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu categorikal imperative (perintah mutlak) dan practical imperative. Categorical imperative atau perintah mutlak menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Terdapat tiga prinsip utama dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya. Practical imperative (Praktikal Imperatif) menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Malah, kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengan categorical imperative atau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Hasil daripada pembacaan dan pemahaman saya berkaitan Teori Deontologikal ini, dapat saya ulaskan bahawa setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat, tujuan dan motif, bukan pada apa yang dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya. Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas kerelaan hati dan motif tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan kerana paksaan atau desakan. Sekiranya disebabkan desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai moral yang buruk. Selain itu, setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti menderma, menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan untuk menderma. Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik jika dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati penderma. Namun, menderma masih menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai yang buruk jika berlaku desakan yang memaksa penderma untuk menderma.

EGOISMEEgoisme di bahagikan kepada dua iaitu egoism psikologi dan egoisme etika. Egoisme psikologi ialah satu teori deskriptif mengaitkan bagaimana orang melakukan tindakan. Egoisme etika pula ialah memberitahu bagaimana mereka perlu bertindak. Ia di takrifkan sebagai teori yang menganggap nilai baik itu menguntungkan diri sendiri dan nilai buruk itu merugikan diri sendiri. Factor egoism individu ialah pengaruh alam sekitar sosial sikap mengagumi diri sendiri dan psikologi yang menganggap adanya ketiadaan jalan dalam motif dan dorongan.

UTILITARIANISME

Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna. Istilah Utilitarianisme membawa maksud tingkah laku moral yang menghasilkan kebaikkan yang maksimum ke atas semua pihak. Orang yang mempelopori teori ini menurut Warnock(dalam Mills 1964), ialah Jeremy Bentham(1748-1832). Beliau telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisis kuantiti keseronokan iaitu kalkulus hedonistik. Beliau memperuntukkan setiap faktor dengan satu nilai yang boleh dianalisis.

Berdasarkan analisi tersebut,tingkah laku bermoral dapat di tentukan. Tingkah laku yang dapat member kegembiraan dan keseronokkan kepada semua pihak dikatakan satu tingkah laku yang baik dan bermoral. Untuk menentukan tingkah laku bermoral atau tidak,setiap unsur moral/nilai dianalisis,mengikut kuantiti tertentu dari segi kesengsaraan dan keseronokannya. Agak sukar untuk menentukan tahap keseronokkan(nilai betul) dan kesengsaraan (nilai salah) sesuatu tindakan itu kerana mungkin sesuatu tindakan itu dianggap betul dan diterima oleh sesuatu masyarakat tetapi dianggap salah dan tidak diterima oleh masyarakat lain.

Bagi menentukan salah atau betul sesuatu tindakan itu,aspek peraturan moral perlu diambil pertimbangan sewajarnya. Untuk menentukan keseronokkan dan kesengsaraan , sesuatu tindakan mestilah bersesuaian dengan peraturan atau undang-undang moral universal. Undang-undang universal ini mesti mengandungi tiga elemen penting iaitu yang pertama ialah sesuatu prinsip atau peraturan mestilah diterima dan dipatuhi setiap masa. Kedua ialh menghormati manusia bukan memperalatkan manusia. Yang terakhir ialah pihak yang bertanggungjawab menerima tindakan sekiranya berada di tempat yang teraniaya.

Walaupun agak sukar untuk mengukur tahap keseronokkan dan kesengsaraan Bentham mengemukakan satu kaedah mengukur keseronokkan dan kesengsaraan melalui kalkulus hedonistic. Beberapa elemen telah dikenalpasti boleh digunakan untuk menentukan tahap keseronokkan dan kesengsaraan.

Ada tujuh elemen yang perlu diberi pertimbangan bagi mengukur tahap keseronokkan dan kesengsaraan. Setiap elemen ditentukan tahap keseronokkan dan kesengsaraan dengan satu skala ukuran iaitu -1 hingga -10 dan t1- t10. Tanda di hadapan menunujukkan tahap kesengsaraan manakala tanda t di hadapan nombor menunjukkan tahap keseronokkan. Tujuh elemen yang yang perlu dipertimbangkan itu ialah Kedalaman (intensity), Kelamaan (duration), Kepastian certainly), Kesegeraan (propinquity), Kesedaran (fecundity), Keberkesanan (purity) dan Had (axtent).Bagi menjelaskan utilitarianisme, teliti kes yang berikut:

Anda sebagai ejen di sebuah syarikat ski cepat kaya(SCK), berasa lega kerana telah mendapat peratus keuntungan kerana berjaya mendapatkan pelabur baru,walaupun anda sedar bahawa pelabur itu telah tertipu. Sementara itu,pelabur yang anda pujuk telah menjual tanah dan keretanya demi untuk melabur dengan harapan mendapat pulangan dengan cepat dan mudah. Peringkat awal syarikat anda member pulangan yang telah dijadualkan. Bagaimanapun,akhirnya syarikat anda tidak memberi apa-apa pulangan lagi,bahkan pelaburan pokok pun dilesapkan. Kedalaman ialah kesan pengalaman pelabur melabur satu kesengsaraan kerana menjual harta benda untuk melabur katakan -10 menggambarkan kesengsaraan tersebut. Bila mendapat dividen/pulangan hasil daripada pelaburannya dalam masa yang singkat, pelabur berasa seronok. Untuk itu tahap keseronokkannya adalah +7. Bagaimanapun, setelah diseimbangkan,pelabur masih sengsara kerana pulangan yang diterima tidak dapat menampung pelaburan yang dikeluarkan. Tahap kesengsaraan itu ialah -3 iaitu kesengsaraan awal -10 dan keseronokkan mendapat dividen t7. Bagi pihak anda pula, keseronakkan t10 berlaku kerana mendapat keuntungan bila mendapat pelabur baru.

Kedalam ialah elemen untuk menentukan lamanya keseronokkan atu kesengsaraan itu berakhir. Mendapat dividen atau pulangan daripada pelaburan adalah pengalaman yang menyeronokkan (katakan t10) terutama jika semua dividen itu dibelanjakan. Keseronokkan ini menjadikan pelabur bersifat tamak dan mahu melabur lagi(katakan 50% dilaburkan lagi). Ini bermakna satu kesengsaraan(-5) kerana sebahagian dividen yang sepatutnya dibelanjakan telah dilaburkan kembali. Setelah diseimbangkan tahap keseronokkan pelabur hanyalah t5. Bagi anda pula,keseronokkaan yang amat sangat dirasai(t10) kerana bila pelabur kembali melabur,bermakna satu keuntungan bagi anda.Kepastian(certainly) ialah keseronokkan peringkat awal bertukar menjadi kesengsaraan bila pelabur hilang harta benda dan pelaburannya -10. Anda berasa kerugian kerana sentiasa diganggu oleh pelabur untuk bertanya tentang dividend an pelaburan yang telah dijanjikan dahulu.(katakan -7).Kesegeraan (propinquity) ialah apabila pelabur mendapat kesengsaraan apabila mengeluarkan duit untuk pelaburan() manakala anda mendapat rasa seronok t10 kerana mendapat keuntungan hanya dengan memujuk pelabur tanpa mengeluarkan sesen pun modal.Kesedaran(fecundity) pula adalah apabila pelabur berasa seronok kerana mendapat dividen,tetapi bertukar kepada sengsara kerana hilang kesemua pelaburannya -10, manakala anda juga tidak merasa seronok (katakana -8) kerana sentiasa dikejar oleh pelabur tersebut.Keberkesanan (purity)bagi pelabur berlaku apabila bukan sahaja idak mendapat pulangan tetapi wang pokok juga tidak diperolehi lagi, jadi tahap kesengsaraan -10. Bagi anda,perasaaan bersalah wujud kerana tidak dapat memberi pulangan kepada pelabur dan aktiviti terhenti kerana syarikat muflis. Bagaimanapun ,mungkin perasaan itu tidak seteruk pelabur kerana banyak mendapat keuntungan di peringkat awal (katakana -5).

Had (extent) yang dapat dijadikan contoh dalam cerita diatas adalah ,kedua-dua pihak pelabur dan penganjur akan berasa sengsara kerugian sekiranya anda ditangkap polis katakana -10 kerana pelabur hilang pelaburannya manakala anda di dakwa. Pada pihak yang lain pula seperti ahli keluarga kedua-dua pihak pelabur dan penganjur akan menerima kesan secara tidak langsung kehilangan harta dan akan didakwa. Tahap kesengsaraan pihak lain (katakan -3).Tahap kesengsaraan dan keseronokkan boleh dikira dengan membuat satu jadual seperti berikut:ELEMEN PERTIMBANGAN KESPELABURANDA

1Kedalaman / Intensity-7t 10

2Kelamaan / Durationt 5t 10

3Kepastian / Cetainly-10-7

4Kesegeraan / Propinquity-10t 10

5Kesedaran/ fecundity-10-8

6Keberkesanan / Purity-10-5

7Had / Extent-10-3

JUMLAH-57t 7

Didapati tahap kesengsaraan -52 lebih tinggi berbanding tahap keseronokkan iaitu hanya t7. Jadi jelaslah bahawa perlakuan memujuk pelabur itu adalah perlakuan yang tidak bermoral kerana kesengsaraan berkali ganda tingginya berbanding dengan keseronokkan.

Kelemahan kalkulus hedonistic Bentham ialah:a) Intensiti keseronokkan bersifat subjektif sebab perasaan individu berbeza.b) Kualiti keseronokkan seseorang tidak samac) Mengukur kuantiti keseronokkan dan kesakitan amat sukar pada masa yang berlainan dengan pengalaman yang berlainan.

PENGERTIAN AKHLAK

Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan khulq yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran. Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Menurut Ibnu Maskawih, Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu. Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

Akhlak berasal dari perkataan Al Khuluq. Al-Khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.

Tepatlah apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia.

Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya, sepertimana pokok, apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Apabila rosak akar, maka akan rosaklah pokok dancabangnya.

Allah Subhanahuwataala berfirman:

Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.(Al- Araf: 58)

Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dalam hadisnya (yang bermaksud, antara lain:

Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Quran dalam firman Allah:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung(Al-Qalam: 4)

Juga dalam firman Allah swt. lagi:

Orang orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.(Al Hajj, 22 : 41)

Firman Allah swt. lagi:

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anakanak yatim, orang-orang miskin, (yang memerlukan pertolongngan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah, 2:177)

Akhlak yang mulia adalah merupakantanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak. Sebuah athar menyatakan (antara lain, bermaksud):

Bukanlah iman itu hanya dengan cita cita tetapi iman itu ialah keyakinan yangtertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan

Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah ditanya:Apa itu agama?Baginda menjawab:Kemuliaan akhlaq (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda menjawab:Akhlak yang buruk (Suul khalq).

Diriwayatkan dari Annawas bin Saman ra. berkata, Saya bertanya kepada Rasulullah saw. Tentang bakti dan dosa, maka jawab Nabi saw. Bakti itu baik budi pekerti, dan dosa itu ialah semua yang meragukan dalam hati dan tidak suka diketahui orang. (HR. Muslim)

Abu Darda berkata, Bersabda Nabi saw, Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik). (HR. At Tirmidzi)

Aisyah ra. Berkata, Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam. (HR. Abu Daud)

Jabir ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya. (HR. At Tirmidzi).

Kekuatan akhlak lahir melalui proses panjang yang memerlukan kesediaan untuk sentiasa memberi komitmen dengan nilai-nilai Islam. Seorang ulama menjelaskan thariqah (jalan) untuk membina akhlak islami adalah dengan kemahuan untuk melaksanakan latihan (tadribat) dan pendidikan (tarbiyah). Setiap muslim memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk, masalahnya adalah sejauh mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan Islam bagi melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justeru menjadi punca lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman. Gejala keruntuhan akhlak yang berlegar di sekeliling kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpamanya meruntun jiwa kita selaku pendokong agama. Keruntuhan yang tidak dikawal pada satu tahap yang minima membawa insan kepada bertuhankan nafsu, lantas melupakan terus Pencipta Yang Maha Esa. Islam adalah ajaran yangbenar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman. Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwataala berfirman :Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Rad: 11) Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.

PRINSIP KEWAJIBAN

TEORI PRINSIP KEWAJIBAN (Immanuel Kant)

Definisi Teori Deontologikal

Teori Prinsip Kewajipan tergolong dalam Teori Deontologi. Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan seseorang individu. Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil/ kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

Pengasas Teori Deontologikal

Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah german (1724-18040 yang pernah mengajar di Universiti of Konigsberg di bahagian Barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang member nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindkan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan oleh itu kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

Ciri-ciri Teori Prinsip Kewajipan

Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori deontologist iaitu golongan yang tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja berkenaan.

Berdasarkan kepada teori di atas Laksamana Hang Tuah boleh dijadikan contoh dari perspektif tempatan. Laksamana Hang tuah sekitar pemerintahan Empayar Melaka dahulu digambarkan sebagai seorang pembesar yang taat kepada raja. Ketaatannya dikatakan melulu tanpa melihat akibat atau implikasi daripada ketaatannya. Umpamanya, peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang perlu dinilai semula.

Menurut Kant, tumpuan diberi dan diletakkan atas niat, tujuan dan motif seseorang dan bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semulajadi. Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindkannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

Kant juga berpendapat prinsip kemoralan ialah kewajipan. Kecuali atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat. Tead baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untu melaksanakan prinsip atau peraturan). Kant menyatakan bahawa bakat minda seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan, hadiah atau pemberian alam dan ciri watak seperti keberanian, ketabahan hati dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara.

Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat. Menurut pandangan ahli falsafah Immanuel Kant, Kantian/hak pemandangan mengandaikan bahawa di dalam suatu prinsip moral yang universal, setiap orang mempunyai hak asas yang tertentu:

a. Hak Penyetujuan Bebas (The right of free consent)Setiap orang berhak untu dilayan sekiranya merea bersetuju dan bersedia untuk dilayan.

b. Hak kebersendirian (The right of privacy)Setiap orang mempunyai hak untuk membuat seperti apa yang mereka mahu di dalam kehidupan peribadi mereka dan mereka ada hak untuk mengawal apa yang didedahkan tentang ativiti peribadi mereka.

c. Hak Kebebasan Hati Nurani/Suara Hati (The right of freedom of conscience)Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu seiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang.

d. Hak untuk kebebasan (The right of freedom)Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat mengkritik etika sesebuah organisasi, selagi kritikan mereka tidak mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi tersebut.

e. Hak proses berpatutan (The right of due process)Jika seseorang percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama.

Di dalam Kantian/rights, dari segi akhlak, sesuatu tindakan adalah betul apabila ianya meminimumkan pencabulan hak. Untuk menyelesaikan sebuah dilemma mengikut etika daripada pendapat ini, seseorang mesti menganggap yang mana pemegang saham terjejas oleh tindakan dan ke takat apa hak mereka boleh dicabuli.

a. Kategorikal Imperatif kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral iaitu Kategorikal Imperatif atau perintah mutlak/tanpa syarat. Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya.b. Praktikal Imperatif. Satu formula yang penting ialah Praktikal Imperatif yang menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan ita membuat melakukan yang berlainan.

Kewajipan prima facie yang dimaksudkan oleh Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji, mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain dan sebagainya. Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya.

Aplikasi Prinsip Kewajipan dalam Kehidupan Harian

Prinsip kewajipan menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu meupakan satu tanggungjawab. Untuk mengambil sesuatu tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut: Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanan + Pilihan (rujukan Maxim) = Tindakan Bermoral

Konsep tekad baik adalah merupakan sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada sesuatu tindakan itu adalah baik atau betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang penegcualian atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utamaiaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

PROFIL INSAN BERMORAL

PENGENALAN:

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya ketimuran seperti berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, nilai-nilai ketimuran dapat dipupuk kepada setiap pelajar awal-awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Budi Bahasa Budaya Kita yang boleh direalisasikan melalui amalan nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral. Untuk itu, peranan Guru Pendidikan Moral adalah amat penting dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.

Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral?

Menurut modul HBME3103 Pendidikan Moral tahun 4, pada halaman 6, menyatakan insane bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya, insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamalkan dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi factor utama dalam melahirkan insane bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan aku tetap aku walau apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dang tingkah laku moral.

Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperolehi dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan dapat mewujudkan satu masyaakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri.

Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dengan memahami nilai rajin, bantu-membantu, baik hati dan semangat bermasyarakat, maka individu itu menyertai aktiviti gotong-royong (ini adalah penaakulan moral induksi). Aktiviti seperti gotong-royong dapat memperlihatkan nilai yang diamalkan individu yang menyertainya iaitu nilai rajin, bantu-membantu, baik hati dan semangat bermasyarakat (ini adalah penaakulan moral deduksi).

Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentiment, simpati, empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani. Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan lain perkataan, mendahulukan fikiran daripada perasaan.

Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional. Anda perlu tahu bahawa sebenarnya emosi dan penaakulan moral adalah sama penting dari segi perlakuan moral.

Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu kita mesti membantu orang dalam kesusahan. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral.

Kupperman (1983) dalam Modul OUM HBME3103, melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sntiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan moral. Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil.

Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama, perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya mengikut perintah atau arahan daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya telah bertentangan dengan keluhuran hatinya.

Rumusannya, insane yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insane yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insane yang bermoral adalah insane yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya. (sumber: Modul HBME3103: Pendidikan Moral Tahun 4).Peranan Guru dalam membentuk insane bermoral

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk member kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara.

Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mempu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenarnya dikelaskan sebagai:

a. Al-Muallim: Menyampaikan ilmu yang benarb. Al-Murabbi: menjayakan proses tarbiahc. Al-Muaddib: mengajarkan adab dan budi pekertid. Al-Mursyid: membentuk kepimpinan insane. Al-Mudarris: menitipkan pelajaran dan kemahiran

Seorang guru yang cemerlang tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tingg. Antara peranan guru dalam melahirkan insan bermoral adalah:

a. Menyampaikan Ilmu (Muallim)

Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insane yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian Pendidikan yang menekankan nilai-nilai murni merentasi kurikulum.

b. Menjayakan Proses Pendidikan/Tarbiah (Murabbi)

Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah. Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh membaca sehinggalah menjadi pemimpin Negara. Guru murabb pula adalah guru segala-galanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiaa peka kepada perubahan. Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang berlaku di sekelilingnya. Guru murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta member teladan kepada murid-muridnya. Guru Murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia. Beliau menjadikan tempat kerja (sekolah) sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya.

c. Memperkembangkan Kemahiran (Mudarris)

Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam tulisannya Success depends on Teachers memberi ulasan terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang merangkumi empat aspek utama iaitu:i. Kemahiran sikap peribadi (personal attributes)ii. Kemahiran penampilan diri (interpersonal)iii. Kemahiran menyelesaikan masalahiv. Kemahiran membuat keputusan

Bagi tujuan kursus ini, kita hanya akan sentuh dua aspek pertama. Kemahiran sikap peribadi melibatkan kemahiran berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan ornag-orang lain serta persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara negative seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka.

Kemahiran penampilan diri (Interpersonal) pula berkaitan kemahiran seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lain perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pengajaran. Contohnya guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya guru menggunakan peralatn bantu mengajar terkini seperti computer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan seharusnya mencapai misi nasional.

d. Mendidik Adab dan Budi Pekerti (Muaddib)

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insane yang berakhlak mulia, seimbang dari segi inteleks, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru muaddib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap cemerlang. Ini adalah keranan guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci Allah seperti firmannya; Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan. (Surah Ash-Shaff, ayat 3)

Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seseornag guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang muaddib akan memandang ke hadapan dan tidak menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikiran Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan ajdi, sama ada dalam gelap atau dalam terang. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan dating.

e. Melahirkan Pemimpin Generasi Akan Datang (Mursyid)

Guru adalah pemimpin, bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang beliau ada menyatakan, jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seornag presiden sebuah Negara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Tugas membentuk kepmpinan insane merupakan tugas yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah Negara kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru dan para pemimpin mendapat didikan daripada guru. Oleh yang demikian, sejarah membuktikan bahawa guru mursyid adalah pemimpin dan pembentuk kepimpinan insaniah. Kesimpulannya, guru di dalam masyarakat dan Negara adalah penyampai imu yang benar, pengamal sifat yang luhur, pengembangan kemahiran individu, pelaksana proses tarbiah, pemimpin dan pengikut yang setia.

Ini bersesuaian dengan slogan pemimpin yang baik adalah pengikut yang baik. Dengan lain perkataan, guru adalah perubah zaman sama da secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya guru membentuk muridnya sejak di peringkat kanak-kanak lagi hingga dewasa dan setelah dewasa, kanak-kanak ini dapat mengenal erti kehidupan yang sempurna. (sumber: Modul HBME3103: Pendidikan Moral Tahun 4)

Peranan Masyarakat Di Dalam Melahirkan Insan Bermoral

Selain daripada guru, masyarakat juga mempunyai peranan di dalam membentuk insane bermoral. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yangs erius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakt harus memberikan maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.

Penglibatan anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta pihak polis harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat.

Konsep School-HomeCommunity Partnership perlu diterapkan dengan mengadakan program-progan pemuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekola kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

Kesimpulan

Adalah menjadi tanggungjawab bersama antara komuniti guru dan anggota masyarakat dalam membentuk pelajar supaya mempunyai jati diri dan kaya dengan nilai-nilai moral sejajar dengan Falsafah Pendidikan Nasioanl iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi inteleks, rohani, emosi dan asmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Pengenalan:

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan, manakala dari sudut epistemology, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud asas hikmah. Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat dikesan dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual.

Menurut Kamus Dewan, budi membawa maksud sifat dan perlakuan yang baik serta akhlak dan tingkahlaku yang terpuji. Manakala budi bahasa pula membawa definisi kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajiak yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Maksudnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaian dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain.

YAB Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada 11 Januari 2005 di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang 2020 dapat mempamerkan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu.

Sejajar dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita, ia merupakan satu amalan yang bertujuan untuk melahirka masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika dan keperibadian mulia. Teori Keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 SM). Bagi Aristotle, virtue atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini.

Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tunttan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya.

Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana seseorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri.

Beberapa ciri-ciri dalam keperibadian mulia telah dikenalpasti. Antara cirri-ciri keperibadian mulia ialah:-

1. Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian. Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan tentang adab member salam dan menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam kehidupan seharian mereka sehingga dewasa.2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifat orang itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu.3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu. Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah matematik atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.4. Keperibadian mulia adalah baik, ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia, kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita.

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia

Kebaikan

Terdapat beberapa kritikan terhadap teori ini. Antara kebaikan teori ini ialah ianya mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia yang mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.

Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian, kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada keadilan. Kebaikan seterusnnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat.

Contohnya seseorang itu hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu. Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik.

Kelemahan

Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang neutral itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa insane seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu,peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh masyarakat sosial, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik.

Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak member ansihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan.

Kesimpulan

Etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (19730 telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu. Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat, sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat dan negara. TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET

Latar Belakang:

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget merupakan seorang profesor Sastera dalam bidang sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Piaget merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah Piaget melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Piaget mula meminati psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua Swiss Society for Psychologist.

Dalam bidang psikologi, piaget merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, piaget tidak berminat untuk melihat hasil ajwpaan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetai lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah.

Pada pandangan piaget, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Tahap-tahap di dalam Teori Piaget

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutamakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah:

1. SkemaIa merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri amnesia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewkatu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta menggerakkan tangan dan kaki.

Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contohnya, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

2. AsimilasiAsimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan sebiji epal.

3. AkomodasiMerupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan (penyesuaian) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

4. AdaptasiIa merupakan satu keadaan di mana wujud kesimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilaluinya. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL SERTA APLIKASINYA DALAM ILMU PENGETAHUAN ALAM

Definisi Moral

Moral memiliki erti yang begitu luas, sehingga banyak pula penafsiran yang berusaha menjelaskan makna moral secara luas hingga begitu definitif. Moral berasal dari perkataan latin mores yang bererti tatcara, kebiasaan dan adat. Perilaku moral dikendalikan konsep-konsep moral. Peraturan perilaku telah menjadi kebiasaan bagi anggota suatu budaya dan yang menentukan pola perilaku yang diharapkan dari seluruh anggota kelompok. Perilaku tak bermoral ialah perilaku yang tidak sesuai dengan harapan sosial. Perilaku sedemikian tidak disebabkan ketidakacuhan akan harapan sosial melainkan ketidaksetujuan dengan standart sosial atau kurang adanya perasaan wajib menyesuaikan diri. Perilaku bermoral atau tidak bermoral lebih disebabkan ketidakacuhan terhadap harapan kelompok sosial daripada pelanggaran sengaja terhadap standard kelompok. Beberapa perilaku anak kecil lebih bersifat bermoral daripada tidak bermoral (Hurlock E.B.,1978).

Menurut Suciati (2006) moral adalah istiadat, kebiasaan, tatacara kehidupan yang berkaitan dengan aturan dan konvensi tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam berienteraksi dengan orang lain. Berkaitan juga dengan kemampuan seseorang untuk memebzakan antara perbuatan yang benar dan yang salah. Dengan demikian, moral juga melandasi dan mengendalikan seseorang dalam bersikap dan bertingkah laku. Perilaku moral bererti perilaku yang sesuai dengan kod moral kelompok sosial. Jadi, suatu tingkahlaku dikatakan bermoral apabila tingkahlaku itu sesuai dengan nilai-nilai moral yang berlaku dalam kelompok sosial dimana seseorang itu tinggal.

Secara ringkasnya, moral adalah ajaran tentang baik buruk sesuatu perbuatan dan kelakuan akhlak, kewajiban dan sebagainya. Dalam moral diatur segala perbuatan yang dinilai baik dan perlu dilakukan serta sesuatu perbuatan yang dinilai tidak baik dan perlu dihindari. Moral berkaitan dengan kemampuan seseorang itu untuk membezakan antara perbuatan yang benar dan yang salah. Dengan demikian, moral juga mendasari dan mengendalikan seseorang dalam bersikap dan bertingkahlaku. Moral juga merupakan sifat (hal-hal) yang penting dan berguna bagi kemanusiaan atau tradisional yang dapat mendorong pembangunan yang perlu dikembangkan dalam keadaan mental yang dapat membuat seseorang tetap berani, bersemangat, berdisiplin atau dengan isi hati sebagaimana diterjemahkan dalam perbuatan. (Soetjiati,1996).

Penjelasan makna moral yang begitu beragam memiliki persamaan di mana moral merupakan istiadat, kebiasaan, tatacara kehidupan yang berlaku dalam lingkungan masyarakat untuk mampu berinteraksi dengan sesamanya, peraturan perilaku telah menjadi kebiasaan bagi anggota suatu budaya.

Tahap Perkembangan Moral Yang Dialami oleh Manusia

Tahap perkembangan moral juga memiliki pelbagai pendapat. Berikut akan dijelaskan pelbagai teori perkembangan moral yang memiliki kaitan khusus dengan pembentukan peribadi manusia, dalam perkembangan moral berikut akan ditemukan pelbagai pelafalan perkembangan moral dalam pelbagai kata, namun memiliki makna datau pengertian yang sama iaitu perkembangan moral.

Perkembangan Psikoseksual

Teori psikoanalisa pertama kali dikembangkan oleh Sigmund freud, salah seorang pakar teori keperibadian. Di dalam mengembangkan pendekatannya terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan keperibadian manusia, Freud memutuskan bahawa karekter dan morality seseorang akan lebih nampak dengan jelas pada masa dia bergaul dan berhubungan dengan orang lain. Freud yang mengemukakan tahap-tahap perkembangan morality iaitu:

a. The Oral Stage: Tahap ini berkembang sekitar usia 1 tahun. Dalam tahap ini anak lebih berorientasikan kepada pemuasan keperluan semata-mata.b. The Anal Stage: Tahap ini berkembang sekitar usia 2 hingga 3 tahun yang umumnya berpusat pada pengenalan cara-vara bagaimana mengatur kebersihan atau toilet training.c. The Phallic Stage: Tahap ini berkembang pada usia 4 hingga 6 tahun, dalam tahap di mana anak lebih merespon terhadap daya tarikan seks yang berbeza, serta mulai timbul sikap cemburu terhadap orang tua yang mempunyai organ seks yang sama (Oedipus Complex).d. Latency Period: Pada usia 6 hingga 14 tahun anak-anak mulai memasuki peringkat yang disebut latency period atau peringkat diam, tidak bereraksi atau tidak bergerak.e. The Genial Stage: Mulai usia 14 tahun kanak-kanak akan memasuki tahap di mana rasa cinta terhadap orang lain mulai berkembang.

Perkembangan Psikososial Erikson:

Mengenai tahap-tahap perkembangan psikososial ini, Erikson mengemukakan lapan tahap perkembangan seperti berikut:

a. Trust vs Mistrust: Tahap pertama dari Erikson ini perlu memperolehi perhatian khusus oleh kerana ia berkaitan dengan apa yang patut dipercaya dan sebaliknya masalah-masalah apa yang tidak patut untuk dipercayai.b. Autonomy vs Doubt: Dalam hubungan ini Erikson menidelaisasikan pertumbuhan sifat-sifat positif (autonomy) mahupun yang negative (doubt) secara bersama-sama.c. Initiative vs Guilt: Erikson mengungkapkan bahawa konflik yang paling menonjol dalam tahap ketiga ini adalah berkembangnya inisiatif terhadap satu sasaran atau tujuan dan kemungkinan tumbuhnya guilt dalam upayanya untuk mencapai sasaran atau tujuan yang lain.d. Industry vs inferiority: Tahap keempat adalah merupakan satu tahap di mana anak-anak mulai mampu menggunakan cara berfikir deduktif, di samping kemahuannya untuk belajar mematuhi aturan-aturan.e. Identity vs Role Confusion: Menurut Freud, proses identity diri akan tumbuh dalam diri seorang kanak-kanak pada saat mereka sudah memasuki tahap Phallic di mana pada waktu kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun akan memperolehi kepuasan atau memperoelah kekuasaan dengan jalan mengimaginasikan hubungan yang erat antara dirinya dengan orang lain ataupun orang tua yang mempunyai kelamin sejenis.f. Intimacy vs isolation: Erikson melihat intimasi sebagai suatu kemampuan seseorang untuk berlaku baik dan bergaul secara harmonis dengan orang lain. Sementara itu isolasi adalah merupakan kebalikannya di mana seseorang tidak lagi mampu berlaku baik dan bergaul secara harmonis dengan orang lain.g. Generativity vs Self-Absorption: Dalam hubungan ini Erikson memperkenalkan istilah generativity yang dipertentangkan dengan self-absorption. Yang pertama, berkaitan perluasan wawasan seseorang mengenai kesejahteraan orang lain atau masyarakatnya, sementara yang kedua berkaitan dengan wawasan seseorang mengenai keperluan dirinya sendiri.h. Integrity vs Despair: Seseorang dikatakan sudah memiliki integrity apabila dia sudah mampu merancang kehidupannya sebagai suatu kenyataan yang sangat berguna dan berfaedah. Sebaliknya ada pula seseorang yang menganggap kehidupannya sebagai suatu hal yang sia-sia dan tanpa harapan (despair).

Piaget: Dua Tahap Perkembangan Moral

Dalam teorinya mengenai perkembangan moral, Piaget menegaskan bahawa kanak-kanak akan berkembang melalui peringkat pertumbuhan dalam penalarannya yang tidak jarang masih abstrak sifatnya. Melaluinya Piaget sangat berkeyakinan bahawa semua kanak-kanak akan berkembang melalui urutan yang sama tanpa harus bergantung kepada tahap pengalaman, keadaan keluarganya ataupun kebudayaanya. Perkembangan mental dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi boleh jadi merupakan satu keadaan keluarga yang diperlukan, walaupun tidak selalu, untuk mengubah atau meningkatkan tahap perkembangan moralnya.

Piaget mengemukakan dua tahap perkembangan moral. Yang pertama disebut tahap Heteronomous atau Tahap Realisme Moral, dalam tahap mana seorang anak cenderung menerima begitu sahaja peraturan-peraturan yang diberikan leh orang-orang yang berkompeten untuk itu. Yang kedua disebut tahap Autonomous Morality atau Independen Moral, dalam tahap mana seorang anak akan memandang perlu untuk mengubah peraturan-perauran untuk disesuaikan dengan situasi dan keadaan yang ada.

Kohlberg: Perluasan Pendekatan Kognitif Piaget

Kohlberg mengemukakan tiga peringkat perkembangan moral yang dilewati seorang anak, meliputi:

a. Tingkat Prekonvensional:Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak sangat responsif terhadap norma-norma budaya ataupun lebel-label kebudayaan lain.b. Tingkat Konvensional: Pada peringkat perkembangan moral ini,upaya memenuhi harapan-harapan dari keluarga, kelompok ataupun masyarakat bangsanya dianggap sebagai satu hal yang terpuji.c. Tingkat Poskonvensional atau Prinsiple: Pada peringkat ini, sudaha da usaha yang jelas dalam diri seorang anak untuk menentukan nilai-nilai dan prinsip-prinsip moral yang memiliki validitas yang diwujudkan tanpa harus mengaitkannya dengan autoritis kelompok atau peribadi-peribadi yang mendukung prinsip-prinsip tersebut, sekaligus terlepas dari identifikasi seseorang terhadap kelompok.

Rajah 1: Tahap perkembangan Moral Kohlberg

Soetjiati: Perkembangan Moral pada masa Remaja

Juga menjelaskan tahap perkembangan moral yang memfokuskan diri pada tahap perkembangan moraliti semasa remaja. Tahap perkembangan semasa remaja adalah seperti berikut:

a. Pandangan moral individu semakin lama menjadi lebih abstrak dan kurang konkrit.b. Keyakinan moral lebih berpusat pada apa yang benar dan kurang pada apa yang salah. Keadilan akan dating sebagai kekuatan moral yang dominan.c. Penilaian moral menjadi lebih kognitif, ini mendorong remaja lebih berani menganalisis kod sosial dan kod peribadi dari pada masa kanak-kanak dan berani mengambil keputusan atas pelbagai masalah moral yang dihadapinya.d. Penilaian moral kurnag menjadi egosentrik.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Moral

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan moral begitu luas. Beberapa faktor yang diyakini mempengaruhi perkembangan moral menurut Hurlook (1991) ialah:

a. Perlaksanaan Pendidikan Formal

Pada masa remaja, lelaki dan perempuan telah mencapai apa yang dikatakan piaget sebagai tahap perlaksanaan formal dalam kemampuan kognitif. Sekarang remaja mampu mempertimbangkan semua kemungkinan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan bertanggungjawab ke atasnya berdasarkan satu hipotesisi. Jika ia dapat memandang masalahnya dari beberapa sudut pandang dan menyelesaikannya dengan mengambil kira banyak factor sebagai pertimbangan.

b. Kelenturan dalam keyakinan moral

Menurut Kohlberg dalam Hurlock (1991), individu harus yakin bahawa ada kelenturan dalam keyakinan moral sehingga berkemungkinan adanya pembaikan dan perubahan standard moral apabila hal ini menguntungkan anggota-anggota kelompok secara keselruruhan.

c. Rasa hormat terhadap orang lain

Individu menyesuaikan diri dengan standard sosial dan ideal dan diinternalisasi lebih untuk menghindarkan hukuman terhadap diri sendiri dari sensor sosial. Dalam tahap ini, morality didasarkan pada rasa hormat kepada orang-ornag lain dan bukan pada keinginan yang bersifat peribadi.

d. Bimbingan tentang bagaimana membuat konsep khusus kepada umum

Dengan percaya bahawa remaja telah mempelajari prinsip asas tentang benar dan dalah, orang tua dan guru jarang menekankan dalam usaha membina remaja untuk melihat hubungan antara prinsip khusus yang dipelajari sebelumnya dengan prinsip umum yang penting untuk mengendalikan perilaku dalam kehidupan orang dewasa. Hanya dalam bidnag baru dalam tingkah laku seperti hubungan dengan lawan jenis, orang dewasa merasa perlu memberikan pendidikan moral ebih lanjut.

e. Jenis disiplin yang diterapkan di rumah dan di sekolah

Orang tua dan guru selalu mengandaikan bahawa remaja mengetahui apa yang benar. Maka penekanan kedisiplinan hanya terletak pada pemberian hukuman pada yang salah yang dianggap sengaja dilakukan.Penjelasan mengenai salah atau tidak suatu teingkahlaku jarang ditekankan, bahakan jarang memberikan ganjaran kepada remaja yang bertingkahlaku benar.

f. Karektor diri

Karektor diri yang boleh mengawal tingkah laku moral manusia dntara lainnya ialah kebijaksanaan, kemampuan menahan diri (kepuasan), kemampuan memusatkan perhatian, kemampuan mengendalikan fantasi yang tidak boleh diterima masyarakat dan kadar penghargaan terhadap dirinya sendiri.

Jadi, secara ringkasnya prinsip-prinsip perkembangan dalam pertimbangan moral dinyatakan dalam beberapa andaian dan bersifat menurut teori perkembangan. Tujuan pendidikan dalam pertimbangan moral adalah untuk mengusahakan perkembangan yang optimal bagi setiap individu. Faktor-faktor yang berpengaruh terhadap perkembangan moral di atas secara ringkas dapat digolongkan dalam faktor eksternal dan faktor internal. Faktor eksternal meliputi: perlaksanaan pendidikan formal, bimbingan tentang bagaimana membuat konsep khusu berlaku umum dan jenis disiplin yang diterapkan di rumah dan di sekolah. Sedangkan factor internal meliputi; kelenturan dalam keyainan moral, rasa hormat terhadap orang lain dan karekteristik diri.

Fator-fator yang mempengaruhi perkembangan moral tentunya memiliki beberapa kekurangan atau ambiguistik dalam hal penggolongannya, namun apa yang jelas hal penting yang mempengaruhi perkembangan moral adalah lingungan sosial, perkembangan kognitif, empati dan konflik kognitif. Lebih jauh daripada itu, pendidikan tampak jelas berperanan penting dalam penelitian yang menunjukkan bahawa anak-anak yang selama bertahun-tahun tidak berkembang rupa-rupanya akan terhenti pada tahap mereka, disebabkan factor pendidikan yang tidak berjalan secara maksima.

Menurut teori pendidikan, suatu pendekatan pendidikan yang berhasil dalam menangani perkembangan moral tidak akan mengutamakan strategi-strategi tradisional iaitu memberikan contoh, nasihat, ganjaran dan hukuman, melainkan didasarkan atas implikasi-implikasi dari sifat-sifat dalam teori perkembangan seperti berikut:

a. Perkembanagan terjadi langkah demi langkah, ertinya tahap-tahap itu bersifat invariant.b. Perkembangan dapat berhenti pada tahap manapun. Peranan pendidi adalah menciptakan suasana yang memberikan stimulasi supaya setiap individu dapat berkembang secara maksima, terutama dengan menstimulasikan tahap-tahap penalaran yang lebih tinggi.c. Seseorang individu dapat terarik oleh penalaran dari suatu tahap ke suatu tahap yang secara dominan mewarnainya.d. Perkembangan tidak ditentukan oleh umur.e. Perkembangan kognitif perlu tetapi tidak merupakan keadaan yang mencukupi untuk perkembangan moral. Kemampuan berfikir abstrak adalah esensial untuk mendapatkan alternatif-alternatif dalam penalaran moral dan esensial untuk menyusun keutamaan dalam bermacam-macam nilai.f. Empati juga perlu tetapi bukan kondisi yang mencuupi untuk perkembangan moral. Justeru dengan empati inilah orang memperkembangkan suatu pengertian mengenai apakah masyarakat itu dan mulai menilai tindakan sebagai benar atau salah atas dasar rasa hormat timbal balik.

Aplikasi Moral Dalam Ilmu Pengetahuan Alam

Menurut Sutomo (2009) moral memiliki kaitan dengan perkembangan ilmu pengetahuan alam. Perkembangan ilmu pengetahuan alam yang semakin pesat memiliki dua wajah yang berkebalikan. Satu sisi memiliki tujuan positif iaitu untuk kesejahteraan manusia, namun satu sisi negative lainnya adalah daripada IPA tanpa dilandasi moral akan menghilangkan tujuan utama tersbeut atau bahkan menghilangk