teks ucapan pengerusi bina insan guru semester 5

Upload: ummi-kalthom-abdullah

Post on 02-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Teks Ucapan Pengerusi Bina Insan Guru Semester 5

    1/2

    TEKS UCAPAN PENGERUSI BINA INSAN GURU SEMESTER 5

    Terima kasih kepada saudara/saudari pengacara majlis

    Assalammualaikum dan selamat pagi,

    Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Kubang Kerian 3, Guru Penolong Kanan, Guru-guru,

    Pensyarah Pembimbing serta rakan-rakan sekalian.

    Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya jua ,kita dapat bersama-

    sama berkumpul di pagi ini. Saya mewakili pihak ipg ksm mengucapkan jutaan terima kasih

    kepada pihak tuan guru besar dan semua guru kerana sudi menerima kunjungan kami warga

    ipg ksm.

    Tujuan lawatan kami ke sekolah ini adalah untuk memenuhi syarat program ijazah sarjana

    muda kami iaitu kami perlu mengikuti program bina insan guru. Untuk pengatahuan pihak tuan,

    program ini wajib disertai oleh semua guru pelatih. Program bina insan guru kali ini berfokuskan

    kepada lawatan atau benchmarking ke sekolah cemerlang, sekolah harapan Negara dan

    sekolah inovasi atau dengan kata lain iaitu sekolah yang mempunyai pencapaian yang

    cemerlang dalam semua bidang.

    Objektif program ini adalah untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengurusan

    dan pengelolaan dari pihak sekolah iaitu pihak tuan. Kami memilih sekolah ini kerana

    reputasinya yang sangat cemerlang dan sewajarnya dijadikan contoh terbaik bagi guru-guru

    pelatih seperti kami untuk mempelajari tentang pengurusan di sekolah agar dapat kami

    gunakan pada masa akan datang. Ilmu ini juga penting kerana ia dapat memberi pendedahan

    awal kepada kami tentang pengurusan pentadbiran sekolah sebelum kami ditempatkan di

    sekolah suatu hari nanti.

    Lawatan ini adalah bertujuan bagi mendedahkan kepada guru-guru pelatih mengenai

    pengurusan sekolah tersebut yang merangkumi visi serta misi yang hendak dicapai berasaskan

    tindakan atau sistem perancangan akademik sekolah. Selain itu, guru-guru pelatih juga akan

    dapat gambaran mengenai kepimpinan yang cemerlang sehingga Berjaya mewujudkan

    pencapaian yang cemerlang selaras dengan aspirasi pendidikan di Negara Malaysia. Program

    seperti ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk melibatkan diri dalam

    perancangan dan pengelolaan sesuatu program dan seterusnya mengaplikasikan di sekolah

  • 7/27/2019 Teks Ucapan Pengerusi Bina Insan Guru Semester 5

    2/2

    apabila tamat kursus nanti. Selain itu, guru pelatih dapat mempelajari konsep mengurus

    sesuatu aktiviti dengan lebih efektif.

    Sekolah kebangsaan kubang kerian 3 telah menjadi sekolah contoh negeri Kelantan kerana

    seramai 84 orang pelajar telah mendapat keputusan 5A dalam ujian UPSR. Dari segi

    pentadbiran, saya memang berbangga berada di sini kerana tuan guru besar iaitu puan seri

    dewi binti mohd Ibrahim telah menerima beberapa anugerah atas kecemerlangan beliau dalam

    mentadbir sekolah. Beliau telah menerima Anugerah Bidang Keberhasilan Utama Negara

    (NKRA) (Guru Besar Cemerlang) bagi 2010.

    Kebetulan juga kami akan menempuhi praktikum fasa satu pada bulan april ini. Secara tidak

    langsung kami akan terlibat dengan warga sekolah tempat kami ditempatkan bagi sesi

    praktikum fasa satu nanti. Oleh itu, ilmu seperti ini juga akan membantu kami dalam

    menguruskan sesuatu kerja jika diberi tugas oleh guru di sekolah nanti. Sedikit sebanyak ilmu

    yang kami perolehi hari ini akan dapat kami gunakan semasa kami berada di sekolah dalam

    sesi praktikum yang akan dijalankan selama sebulan.

    Kami berharap agar pihak tuan sudi memberi info-info dan tunjuk ajar kepada kami supaya kami

    lebih memahami tentang cara mengurus sekolah dengan baik. Kami juga berharap agar pihak

    tuan tidak keberatan memberi dan berkongsi ilmu-ilmu yang berguna kepada kami dalam

    menguruskan pentadbiran sekolah.

    Program bina insan fasa ke-5 ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan daya

    ketahanan yang tinggi bagi menghadapi reality dunia pengajaran yang sebenar kelak.

    Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protocol dan etika

    sosialsebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru

    bercirikan personaliti yang unggul serta memiliki profesionalisme yang tinggi.

    Sebelum saya akhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan

    terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjung kami pada hari ini. semoga

    jasa baik pihak tuan akan dibalas dengan pahala oleh Allah. Sekian dahulu dari saya,

    assalammualaikum dan terima kasih.