pjbl sebagai strategi p&p
TRANSCRIPT
PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA PROJEK SEBAGAI STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Chan Giew Hee
PENGENALAN
Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti kepimpinan mempunyai tahap pencapaian
akademik yang lebih tinggi dan menunjukkan perubahan peribadi berbanding dengan
pelajar-pelajar yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sedemikian (Astin, 1993).
Pembangunan kemahiran dan keupayaan kepimpinan di kalangan murid menduduki tempat
yang unggul dalam pernyataan misi institusi pelajaran sebagai suatu aspek penting dalam
pembentukan individu yang dilatih secara vokasional (Clark, 1985; Roberts, 1997). Cress et
al. (2001) melaporkan bahawa perubahan-perubahan peribadi murid adalah seperti
peningkatan kemahiran kepimpinan, penyelesaian konflik, komitmen terhadap
tanggungjawab sivik, kesedaran tentang kepelbagaian budaya, pemahaman teori-teori
kepimpinan serta nilai-nilai individu dan sosial.
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek (Project-Based Learning) adalah satu teknik
dalam pengajaran dan pembelajaran yang masih baru diperkenalkan. Kerja projek
(Cortellessa, 2006) melibatkan perkongsian dan pembelajaran nilai, sumber dan cara
melaksanakan kerja. Interaksi dalam kumpulan bergantung kepada rasa hormat-
menghormati dan saling memberi dorongan. Kekuatan kumpulan adalah pada keupayaan
memperkembangkan idea-idea yang diberi dan kesedaran tentang konflik. Dalam erti kata
lain, kerja projek merupakan pengalaman pembelajaran bersifat kolaboratif dan koperatif.
1
Objektif utama kerja projek adalah apa yang dipelajari dan dihasilkan. Daya kepimpinan
semakin berkembang dan memerlukan langkah-langkah pembentukan yang lebih teratur.
Menurut Astin (1985 dalam Jacob, 2006), jumlah pembelajaran murid dan
perkembangan individu adalah berkadar langsung kepada kualiti dan kuantiti penglibatan
murid-murid dalam proses pembelajaran, termasuk penglibatan dalam aktiviti dan
pengalaman kepimpinan. Jacob (2006) meyatakan bahawa potensi kepimpinan wujud pada
setiap murid, maka institusi pelajaran perlu menyediakan, mempromosikan dan melibatkan
murid-murid dalam latihan kepimpinan dan program-program pendidikan. Pengalaman-
pengalaman kokurikulum ini dapat menambah kemahiran kepimpinan, keupayaan dan
pengetahuan murid, Cress et al. (2001) menyatakan bahawa murid-murid yang terlibat
dalam kepimpinan menunjukkan perkembangan dalam tanggungjawab sivik.
Astin (1985) menyatakan amaun pembelajaran dan perkembangan peribadi murid
adalah berkadar langsung dengan kualiti dan kuantiti penglibatan murid dalam proses
pembelajaran, termasuk penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan pengalaman kepimpinan.
Daya kepimpinan murid boleh diperkembangkan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan
kokurikulum, contohnya kerja projek. Hasil penyelidikan melaporkan bahawa penglibatan
murid dalam aktiviti-aktiviti bidang akademik dan interpersonal mempunyai korelasi yang
signifikan dengan perkembangan murid (Pace, 1984, 1987, 1990) termasuk perkembangan
daya kepimpinan (Kezar & Moriarty, 2000). Malangnya hanya sebilangan kecil sahaja
murid yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum berbanding dengan bilangan sebenar
murid di sekolah (Mashitah, 1994).
2
Pembentukan nilai dan kemahiran kepimpinan untuk penglibatan sivik yang efektif
selalunya menjadi fungsi sekunder, dan bukannya fungsi utama bagi instituisi pendidikan.
Kebanyakan institusi pendidikan secara tradisinya memberi tumpuan minima terhadap
pembentukan kepimpinan murid melalui program kepimpinan yang spesifik (Cress et al,
2001). Namun, kajian menunjukkan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti kepimpinan
mempunyai tahap yang tinggi dalam pencapaian akademik dan penambahan nilai-nilai
individu seperti keinginan untuk memupuk persefahaman kauman, berbanding dengan
pelajar-pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti sedemikian (Astin, 1993).
2.0 KEPIMPINAN
2.1 Kepentingan Kepimpinan
Pemimpin merupakan individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan
dan berkarisma. Proses membentuk pembentukan pemimpin yang unggul
memerlukan jangka masa yang panjang. Pemimpin yang unggul tidak dilahirkan
sebagai pemimpin secara semulajadi, sebaliknya perlu melalui proses pembentukan
daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah, 1991).
Pembangunan kepimpinan merupakan proses sepanjang hayat tetapi tempoh
masa kritikalnya adalah pada masa persekolahan (Omatsu, 2002). Daya
kepimpinan murid dapat dibentuk melalui program-program dan aktiviti-aktiviti
yang berbentuk kepimpinan (Kezar & Moriarty, 2000). Dengan pendedahan yang
mencukupi, dan bimbingan daripada guru, murid-murid sekolah rendah dapat mula
membangunkan daya kepimpinan mereka. Murid-murid di sekolah perlu diberi
ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu
3
agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Kerja projek mempunyai peranan dalam pembentukan personaliti pemimpin
pada diri pelajar. Dapatan ini disokong oleh Omardin (1996) yang menegaskan
aktiviti kokurikulum yang diadakan bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan
murid. Berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan yang dinyatakan terdahulu
dan kepentingan yang dinyatakan di atas maka kajian tentang tahap penglibatan
murid dalam aktiviti kepimpinan seperti kerja projek dan pembentukan daya
kepimpinan didapati amat penting.
2.2 Daya Kepimpinan
O’Dannel dan Wairich (1992) menyatakan daya kepimpinan adalah satu keupayaan
dan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi tingkahlaku individu lain sama ada
melalui pemikiran, pelaksanaan atau tindakan. Ia adalah keupayaan sesuatu
pengaruh, kaedah atau tanggapan proses dalam mempengaruhi orang ramai supaya
mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat.
Setiap insan adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
negara. Daya kepimpinan boleh dibentuk oleh individu sama ada melalui
pengalaman atau dipelajari. Daya kepimpinan seseorang individu boleh dijangka
dan boleh dianalisa melalui ukuran tertentu. Abdullah Hassan and Ainon Mohd.
(2005) menyatakan salah satu tugas pemimpin yang paling penting ialah membuat
keputusan. Pemimpin yang berkesan berkebolehan membuat keputusan yang baik.
4
Keupayaan membuat keputusan dalam kajian ini merujuk kepada berani, bersedia
untuk membuat keputusan, memberi nasihat dan peringatan dan bertanggungjawab
terhadap keputusan yang telah dibuat.
Ab. Aziz (2003) berpendapat masalah adalah cabaran dan peluang bagi
mempertingkatkan diri seorang pemimpin. Menyelesaikan masalah melibatkan
usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin untuk merapatkan jurang perbezaan yang
terdapat sama ada antara ahli, kumpulan atau organisasi dan juga masalah yang
timbul semasa berhubungan dengan organisasi lain. Kebolehan menyelesaikan
masalah adalah daya kepimpinan yang penting dalam menentukan pencapaian
matlamat aktiviti atau organisasi. Apabila ditimpa masalah dan kesukaran,
seseorang pemimpin akan mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah
secara logik dan kritis. Setiap kali seseorang pemimpin berjaya menyelesaikan
masalah, potensi pemimpin akan meningkat. Dalam masa yang sama, pengalaman
akan bertambah dan keyakinan diri juga akan meningkat. Kebolehan
menyelesaikan masalah dalam kajian ini merujuk kepada kebolehan berfikir secara
kritikal, logik dan kreatif, iaitu boleh mengambil tindakan yang wajar mengikut
situasi.
Terdapat murid-murid yang berlagak sebagai pemimpin dengan
menunjukkan kemampuan merancang, melaksanakan dan mengambil keputusan
berkaitan aktiviti yang dilakukan bersama-sama rakan sebaya di sekolah. Itulah
tanda murid itu ada daya terpendam yang perlu dicungkil dan disuburkan. Daya itu
perlu dikembangkan lagi kepada aktiviti yang mendatangkan kebaikan. Selain
5
membentuk daya kepimpinan, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan
kemampuan berkomunikasi, kerjasama dan membina ketahanan minda dan fizikal
yang dapat membantu murid menjadi lebih cergas dan bijak.
Jaafar (1997) mengatakan kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu
supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau sesuatu
tujuan tertentu yang ingin dicapai atau diselesaikan melibatkan pertalian antara
beberapa orang dan melibatkan penggunaan pengaruh oleh pemimpin kepada orang
yang dipimpin. Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja akan memberikan
kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua ahli atau pengikut, malah
menentukan kestabilan organisasi dan kejayaan pencapaian matlamatnya.
3.0 KERJA PROJEK
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek adalah teknik pembelajaran yang lebih tertumpu
kepada murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan kemahiran.
Teknik ini memerlukan murid berinteraksi dengan amalan dunia sebenar mereka. Ini
memberi peluang kepada murid untuk memahami suatu perkara. Ini merupakan ilmu
pengetahuan yang sebenar. Melalui kerja projek, murid menjelajah pengetahuan-
pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada
semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna (K.P.M., 2007). Menurut Sylvia
Chard, teknik Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek merupakan suatu penyelidikan topik
dunia sebenar secara mendalam yang amat berbaloi atas perhatian dan usaha yang diberikan
oleh kanak-kanak (Ministry of Education, Malaysia, 2006).
6
3.1 Latar belakang Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek
Menurut Buck Institute For Education (2009) dalam artikel “Introduction to Project
Based Learning”, bagi tempoh masa seratus tahun yang lepas, pakar pendidikan
seperti John Dewey (1859 – 1952) telah melaporkan pelbagai manfaat berkenaan
dengan pembelajaran yang berasaskan pengalaman, hands-on dan pembelajaran
secara langsung oleh murid. Kebanyakan pendidik, yang mengenali nilai-nilai
berkenaan dengan pengikatan dan penglibatan dalam projek-projek yang mencabar
untuk murid-murid, telah merancangkan lawatan lapangan, penyelidikan makmal,
dan aktiviti-aktiviti interdisiplinari yang telah memperkayakan dan melanjutkan
kurikulum. “Melaksanakan projek” telah menjadi suatu tradisi yang berkekalan
dalam pendidikan Amerika Syarikat.
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek merupakan hasil daripada dua
perkembangan yang penting bagi tempoh masa dua puluh lima tahun yang lepas.
Pertama sekali adalah berlakunya revolusi dalam teori pembelajaran. Penyelidikan
dalam neurosains dan psikologi, yang menyokong kepada arahan terus tradisional,
menunjukkan bahawa pengetahuan, pemikiran, perbuatan dan konteks pembelajaran
adalah suatu ikatan yang tidak dapat diasingkan. Pembelajaran adalah sebahagian
daripada aktiviti sosial. Ia berlaku dalam lingkungan konteks budaya, komuniti dan
pengalaman yang lepas. Murid-murid tidak sahaja bertindak balas dengan memberi
maklum balas, mereka juga menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menjelajah,
merunding, menginterpretasi dan menghasilkan sesuatu (Buck Institute For
Education, 2009).
7
Kedua, dunia sudah berubah. Budaya perindustrian telah membentuk
organisasi dan kaedah sekolah pada kurun ke-19 dan kurun ke-20. Murid-murid
memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk menjayakan diri. Keperluan ini
bukan sahaja digerakkan oleh permintaan tenaga kerja bagi pekerja-pekerja yang
berprestasi tinggi, di mana mereka berkebolehan untuk merancang, berkolaborasi
dan berkomunikasi, tetapi juga oleh keperluan untuk membantu generasi muda
mempelajari tanggungjawab sivik dan menguasai peranan-peranan baru mereka
sebagai rakyat global. Pembelajaran berasaskan projek boleh dilihat sebagai cara
untuk mengorganisasikan kerja. Oleh it, pembelajaran Berasaskan Kerja Projek
menjadi semakin popular pada hari ini adalah disebabkan wujudnya keperluan
pendidikan bagi penyesuaian terhadap dunia yang kerap berubah ini (Poell, Yorks &
Marsick, 2009).
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) dalam proses mengambil pelbagai
langkah demi memastikan pendekatan bercorak inovatif instruksional yang telah
digunakan secara meluas di negara-negara membangun ini berlaku di sekolah-
sekolah di negara kita. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran dan
menurut dokumentasi “Malaysia Smart School Conceptual Blueprint”, pelaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek tentunya dapat memenuhi keperluan
kurikulum dan mempertingkatkan pendekatan-pendekatan baru untuk penilaian
murid (Ministry of Education, Malaysia, 2006).
8
3.2 Matlamat Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek
Matlamat utama Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek adalah untuk menghasilkan
murid-murid yang dapat mencapai kefahaman bagi setiap bidang disiplin.
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek adalah berdasarkan teori konstruktivitism
Piaget dan pergerakan keseluruhan bahasa (whole-language movement).
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek membantu murid-murid mencapai
pembelajarn yang lebih bermakna dan pemahaman melalui pendedahan kepada
cabaran-cabaran berkenaan maklumat baru, pengalaman-pengalaman atau
pendedahan kepada dunia sebenar pada masa sekarang dan dibentuk berasaskan
pemahaman-pemahaman yang lama (Ministry of Education, Malaysia, 2006).
3.3 Konsep Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek adalah satu teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran yang masih baru diperkenalkkan. Ia adalah satu model bagi aktiviti
pengajaran dan pembelajatan dalam bilik darjah yang berlainan daripada apa yang
ada sekarang. Teknik pembelajaran ini lebih bertumpu kepada murid, memerlukan
masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan kemahiran. Teknik Pembelajaran
Berasaskan Sekolah memerlukan murid berinteraksi dengan amalan dunia sebenar
mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk memahami suatu perkara. Ini
merupakan ilmu pengetahuan yang sebenar. Melalui Pembelajaran Berasaskan
Kerja Projek, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat
pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang
telah diperolehi secara bermakna (K.P.M., 2007).
9
“We are living in a new economy – powered by technology, fueled by
information, and driven by knowledge”
(US Department of Labour, 1999 dalam Ministry of Education, 2006).
Ini bermakna penggunaan Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek ini membantu
murid untuk membina kemahiran dan ketrampilan dalam menghadapi masyarakat
masa depan yang lebih berasaskan kepada maklumat dan teknologi. Bagi
menyelesaikan permasalahan yang kompleks misalnya, murid memerlukan
kemahiran-kemahiran asas dan kemahiran zaman digital. Melalui kemahiran-
kemahiran ini, murid mampu mengurus pembelajaran kendiri secara lebih berkualiti
dan berkesan. Maka faktor seperti keupayaan sendiri, struktur organisasi,
kepimpinan merupakan faktor sejauh manakah pelajar akan menggunakan
pembelajaran kearah kendiri perlu diambilkira (Poell, Yorks & Marsick, 2009).
Menurut Fanter (2006), gaya pembelajaran murid-murid menjurus ke arah
kumpulan kecil atau kerja projek untuk mempertingkatkan pengalaman
pembelajaran murid. Ini adalah kerana murid dapat dilibatkan secara aktif dalam
proses pembelajaran. Murid-murid juga dapat menghargai nilai kolaborasi dalam
kerja projek. Kerja projek biasanya bermula dengan mesyuarat pertama di mana
ahli kumpulan berkongsi maklumat perhubungan dan menyusun suatu jadual
mesyuarat yang umum. Ini diikuti dengan perbincangan, merangka objektif projek
dan pembahagian tugas termasuk bidang penyelidikan, data organisasi, analisa,
persediaan dan pembentangan hasil kerja.
10
Menurut Crystal (2009), Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek adalah
berpusat kepada murid dan membolehkan murid-murid dengan peluang untuk
menjalankan penyelidikan secara mendalam bagi topik-topik yang berkenaan.
Murid-murid adalah lebih berautonomi kerana mereka mereka mengkonstruk
artifaks-artifaks yang mewakili pembelajaran meraka, maka ini membawa makna
kepada individu berkenaan. Pelbagai penyelidikan juga menunjukkan kecerdasan
bukanlah suatu keupayaan yang boleh diukur tetapi merupakan suatu set kecerdasan
atau kebolehan yang boleh diperkembangkan dan boleh dinilai. Gardner (2004)
dalam “Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences” menghuraikan tujuh
jenis kecerdasan pelbagai di mana manusia berfikir, belajar dan memproses
maklumat. Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek member peluang kepada murid-
murid untuk mengembang dan mengaplikasikan ketujuh-tujuh kecerdasan, maka ia
dapat menampung pelbagai gaya pembelajaran.
3.4 Tata Cara Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek
Terdapat enam langkah dalam melaksanakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Kerja Projek di sekolah-sekolah (K.P.M., 2007). Langkah-langkah tersebut
dihuraikan secara ringkas di bawah.
i. Mendapatkan Topik Penyiasatan
Topik hendaklah diambil daripada Huraian Sukatan Pelajaran. Topik yang
dipilih mestilah berkisar dengan kehidupan sebenar dan sesuai dengan murid.
ii. Membuat Perancangan
11
Pada tahap ini, murid membuat sumbang saran tentang aktiviti yang akan
dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan pelaksanaannya dibina oleh
murid sendiri dengan pengawasan guru sebagai fasilitator.
iii. Membuat Penjadualan
Bagi melaksanakan projek, murid harus membuat jadual bagi keseluruhan
projek serta had masa untuk setiap aktiviti. Jadual ini haruslah disetujui
bersama oleh ahli kumpulan.
iv. Pemerhatian dan Pemantauan
Guru sebagai fasilitator haruslah berperanan aktif sebagai fasilitaor. Guru perlu
membimbing murid dalam semua aspek yang memerlukan kemahiran sebelum
murid melakukan sebarang aktiviti.
v. Membuat Penilaian
Penilaian dibuat secara berterusan sepanjang proses. Malah setiap aktiviti yang
dilakukan oleh murid harus dinilai melalui penggunaan rubrik. Alat-alatan
penilaiannya terdiri daripada skala pengkadar, satu set kriteria penilaian dan
descriptor (Ministry of Education, Malaysia, 2006).
vi. Penilaian Keseluruhan
Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat
secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam
kumpulan amat berkesan bagi penilaian semula projek, memperbaiki mana-
mana bahagian yang kurang lengkap serta membuat perkongsian pengalaman
yang dilalui.
Langkah-langkah yang dihurai di atas dapat diringkaskan seperti Rajah 1.
12
Rajah 1: Steps in Project Based Learning
(Dipetik daripada: PROJECT-BASED LEARNING HANDBOOK: Educating the
Millennial Learner
Educational Technology Division, Ministry of Education, Malaysia, 2006, pg 22)
3.5 Manfaat-manfaat Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek
Crystal (2009) menyenaraikan beberapa manfaat yang boleh diperolehi daripada
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek, iaitu :
i. Menyediakan pelbagai cara bagi murid-murid untuk mengambil bahagian dan
mendemonstrasikan pengetahuan mereka.
ii. Menampung pelbagai jenis kecerdasan, contohnya kecerdasan kinesthetic.
iii. Boleh dikait kepada gaya pembelajaran murid, sama ada pembelajaran kendiri
seperti membaca dan menaksir, atau pembelajaran berkumpulan seperti
membaca dan membincang.
iv. Memberi peluang kepada murid sebagai pemimpin dalam tugasan.
v. Menggalakkan penguasaan alatan-alatan teknologi. Projek menyediakan suatu
konteks yang idea untuk mmempelajari penggunaan teknologi pengkomputeran
dan alatan grafik kesenian, yakni memperlanjutkan keupayaan murid dan
Plan
1
2
Schedule3
4
5
6
Monitor
Assess
Evaluate
Essential Question
13
memperlengkapkan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran bagi
menghadapi alam dunia selepas tamat persekolahan.
vi. Bertindak sebagai suatu media untuk melibatkan murid-murid yang biasanya
tidak mengambil bahagian dengan aktif.
vii. Menggalak murid-murid berkolaborasi dan pada masa yang sama menyokong
pembelajaran kendiri.
viii. Menawarkan pengalaman pembelajaran yang menarik pada pemikiran dan
perkongsian usaha bagi beberapa individu.
ix. Membantu murid-murid memperkembangkan kemahiran-kemahiran sosial yang
berkenaan dengan kerja kumpulan dan berunding.
x. Membantu memperdalami konsep-konsep, nilai-nilai dan mode pemikiran,
khususnya yang melibatkan kerja sama dan penyelesaian konflik.
3.6 Perkembangan Kepimpinan Murid
Perkembangan kepimpinan murid adalah proses yang melibatkan murid-murid di
dalam dan di luar bilik darjah melalui cara-cara yang bermakna (Sacerdote, et al.,
2003 dalam SABES, 2007). Peluang-peluang disediakan kepada murid-murid untuk
mempamerkan bakat, kemahiran dan minat mereka, dan pada masa yang sama
memperkembangkan kemahiran-kemahiran baru. Ia juga agak menyerupai memberi
murid-murid lebih kuasa kepunyaan atas projek yang mereka hadiri.
Kepimpinan murid dapat dikembangkan melalui projek. Pertama sekali,
input murid-murid dapat memperkukuhkan projek-projek yang dijalankan dengan
memberi tenaga baru dan idea-idea baru. Kedua, kepimpinan muridmenyediakan
14
peluang-peluang untuk murid-murid melibatkan diri dan mempelajari kemahiran-
kemahiran yang dapat dipindahkan ke tempat kerja atau kominiti. Akhirnya,
kepimpinan murid dapat mendalami komitmen setiap murid ke alam kedewasaan
dan menambah peluang-peluang bagi murid meneruskan proses pembelajaran.
3.7 Tahap Penglibatan
Astin (1984) mengukur tahap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum ialah
sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman
kokurikulum. Terdapat empat unsur penting iaitu:
i. Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi dalam
pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan.
ii. Penglibatan berlaku secara berterusan. Tahap penglibatan murid berbeza untuk
setiap individu walaupun dalam aktiviti yang sama.
iii. Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh mana
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur secara kuantitatif
dan kualitatif.
iv. Banyaknya pembelajaran murid dan perkembangan kendiri berkaitan dengan
mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan kuantiti dan
kualiti penglibatan murid.
Kepimpinan berlaku apabila seseorang cuba untuk mempengaruhi
tingkahlaku seseorang individu, sesuatu kumpulan atau sesuatu organisasi (Hersey
& Blanchard, 1988). Ia merupakan satu proses pengaruh dalam keadaan dan
15
tempoh masa yang khusus di mana individu, ahli-ahli dalam kumpulan atau ahli-ahli
organisasi dirangsang untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat
bersama. Kepimpinan yang cekap dan berkesan boleh menentukan maju
mundurnya sesebuah organisasi (Gribben, 1972).
Kajian-kajian pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek masih
agak kurang dijalankan di negara kita, maka Laporan Pelaksanaan Projek Rintis
Project-Based Learning Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007 adalah
dirujuk. Projek Rintis ini melibatkan tujuh (7) buah sekolah menengah di negeri
Sabah. Dalam melihat sejauh mana keberkesanan rancangan kokurikulum
mempengaruhi kualiti kepimpinan, Salmah (1993) telah membuat kajian di
Universiti Sains Malaysia dan mendapati rancangan kokurikulum di institusi
pengajian tinggi banyak memberi manfaat kepada pelajar. Penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum boleh melatih pelajar-pelajar menjadi seorang pemimpin yang
berkaliber, boleh mengawal diri dalam keadaan tertekan, berupaya membentuk
warganegara yang sejahtera, rasa berjaya dan rasa termilik. Beliau juga mendapati
melalui aktiviti kokurikulum berjaya melahirkan pemimpin yang lebih
mengutamakan pandangan dan perasaan ahli-ahli sebelum melaksanakan sesuatu
rancangan yang melibatkan rakan sebaya atau masyarakat luar.
Salmah (1993) juga menyatakan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum khususnya aktiviti kepimpinan masyarakat mempunyai aspirasi yang
tinggi untuk melanjutkan pelajaran dengan persepsi yang cemerlang. Kenyataan ini
telah di disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Kuek (1990) yang
16
merumuskan wujudnya perkaitan yang positif di antara penglibatan pelajar dalam
kokurikulum dengan pembentukan aspirasi dan daya kepimpinan pelajar.
Kajian-kajian yang dikemukakan oleh pengkaji di atas sebenarnya bukan
merupakan satu kesimpulan yang menyeluruh tentang pengaruh penglibatan
seseorang pelajar dalam kerja projek. Aktiviti dalam kerja projek dapat melatih
murid patuh kepada disiplin, bekerjasama, kebolehan mengarahkan orang lain,
boleh mengendalikan mesyuarat, menguruskan kewangan, membina semangat
gigih, dan daya saing serta bijak mengatur strategi bagi mencapai kemenangan
dalam sesuatu pertandingan. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar dalam aktiviti
kerja projek sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada pembinaan murid dengan
unsur-unsur pembentukan kepimpinan yang memberikan nafas baru dan kekuatan
dalaman.
Kajian-kajian pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek masih
agak kurang dijalankan di negara kita, maka Laporan Pelaksanaan Projek Rintis
Project-Based Learning Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007 adalah
dirujuk. Projek Rintis ini melibatkan tujuh (7) buah sekolah menengah di negeri
Sabah.
Berikut adalah petikan daripada Bab 5: Dapatan Pelaksanaan Projek Rintis
Project-Based Learning dalam Laporan Pelaksanaan Projek Rintis Project-Based
Learning Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007 (K.P.M., 2007) :
Melalui projek yang telah diberikan, murid telah memperoleh banyak manfaat:-
17
i. Projek yang telah diberikan kepada murid telah memberikan banyak faedah
kepada semua ahli pasukan secara keseluruhannya. Banyak pengalaman dan
kemahiran baru ditempuhi dan dipelajari. Murid mengalami keseronokan dan
kepuasan semasa dan selepas melaksanakan projek yang diberikan.
ii. Pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk mempelajari suatu topik
yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) secara mendalam.
iii. Murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran ICT semasa melaksanakan
projek. Misalnya, kemahiran membuat carian di internet, membangunkan
multimedia, PowerPoint, menggunakan Window Movie Maker dan perisian
grafik seperti Adobe Photoshop.
iv. Murid memperoleh kemahiran berkomunikasi terutama sekali semasa sesi temu
bual dan pembentangan dalam sesi POL. Kemahiran berkomunikasi juga dapat
dipertingkatkan semasa perbincangan dan refleksi kumpulan.
v. Selain daripada itu, murid juga dapat mempertingkatkan lagi kemahiran
mereka dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
vi. Murid juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, semangat
setiakawan dan belajar untuk memperkukuhkan motivasi individu serta
kumpulan.
vii. Mempertingkatkan lagi keyakinan untuk membuat pengucapan awam dan
memperoleh kemahiran dalam menangani soalan-soalan yang dikemukakan
semasa POL.
viii. Murid juga memperoleh kemahiran dalam menganjurkan suatu projek seperti
lawatan, temu bual dan mengusahakan sesi pembentangan hasil p’laksana prjk
rintis (i-50) 35 05/31/2032, 9:09 AM projek di sekolah sebagai latihan sebelum
18
POL sebenar. Ini memberikanpeluang kepada murid untuk membuat sesuatu
keputusan, berfikiran kritikal dan kreatif dan terbuka.
ix. Memahami suatu perkara secara pengalaman sebenar dan bukan secara teori
sahaja. Ini memberikan kesan pembelajaran yang mendalam dan tekal.
Kebaikan-kebaikan yang tersenarai ini masing-masing merupakan kualiti-
kualiti yang amat diperlukan oleh seorang pemimpin murid, sama ada ia merupakan
kualiti interpersonal atau intrapersonal, di mana kemahiran berkomunikasi,
kemahiran berICT, kemahiran mengurus telah dilibatkan. Penggunaan
Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek lebih dipraktikkan di peringkat kolej dan
university di Malaysia. Md. Baharuddin Haji Abdul Rahman et al. (2009)
menjalankan kajian di Politeknik Kota Bharu dengan modul Pembelajaran
Berasaskan Kerja Projek dalam subjek pembangunan projek untuk kejuruteraan
mekanikal. Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek membolehkan
pelajar merancang, bekerja secara kolaboratif dengan pemantaun yang minima
dearipada pensyarah dan telah berjaya menyiapkan projek pada masa yang
ditetapkan. Daripada dapatan ini, dapat dilihat pelajar mempunyai sifat kepimpinan
dalam diri untuk menjayakan kerja projek kumpulan. Roslan Hashim & Mokhtar
Azizi Mohd Din. (2009) mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam kompetensi
pelajar semasa Pembelajaran Berasaskan Kerja Projek. Ini juga menunjukkan
bahawa terdapat sifat usaha diri dan kepimpinan dalam Pembelajaran Berasaskan
Kerja Projek.
Kesimpulan
19
Rekabentuk kurikulum yang berasaskan kerja projek perlu dimulakan sejak dari sekolah
lagi. Kemahiran yang dikuasai oleh pelajar akan dapat bantu mereka maju jaya dalam dunia
kerja yang semakin memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah dan menjayakan
projek. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk melihat rekabentuk kurikulum yang
berasaskan kerja projek yang sesuai dalam konteks pendidikan Malaysia.
Aktiviti dalam kerja projek dapat melatih murid patuh kepada disiplin, bekerjasama,
kebolehan mengarahkan orang lain, boleh mengendalikan mesyuarat, menguruskan
kewangan, membina semangat gigih, dan daya saing serta bijak mengatur strategi bagi
mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Oleh yang demikian, penglibatan
pelajar dalam aktiviti kerja projek sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada pembinaan
murid dengan unsur-unsur pembentukan kepimpinan yang akan memberikan nafas baru dan
kekuatan dalaman.
RUJUKAN:Ab. Aziz Yusof. (2003). Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya:
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2005). “Bakat Dan Kemahiran Mempimpin.” Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.Astin, A. (1984). “Student Involvement:A Developmental Theory For Higher Education.”
Journal Of College Student Personnel. July. Dalam Cress, C.M. Astin, H.S., Oster, K.Z., & Burkhardt, J.C.. (2001). Developmental Outcomes of College Student’s Involvement in Leadership Activities. Journal of College Student Development.
Astin, A. W. (1985). Achieving educational excellence: A critical assessment of priorties and practices in higher education. San Francisco: Jossey-Bass.
Astin, A. W. (1993). What matters in college: Four critical years revisited. Dalam Jacob, A. (2006). Implementing an Effective Leadership Development Program for Community College Students. Hamilton: Mohawk College of Applied Arts and Technology.
Azizah Nordin. (1991). Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Diri Individu Secara Menyeluruh. Jurnal Pendidikan Guru. 7, 33-42.
Buck Institute For Education. (2009). Introduction to Project Based Learning. Dipetik dari http://www.rwnc.org/problem-based-learning/2-pbl-intro
Clark, K.E. (1985). Teaching Ungergraduates to be Leaders. Di dalam Cress, C.M., Astin, H.S., Oster, K.Z,. & Burkhardt, J.C. (2001). Developmental Outcomes of College
20
Student’s Involvement in Leadership Activities. Journal of College Student Development.
Cress, C.M. Astin, H.S., Oster, K.Z., & Burkhardt, J.C.. (2001). Developmental Outcomes of College Student’s Involvement in Leadership Activities. Journal of College Student Development.
Crystal, P.H. (2009). What is Project Based Learning? Dipetik dari http://www.yesnet.yk.ca/schools/wes/what_is_pbl.html
Cortellessa, C (2006). Group Projects for School. Dipetik dari http://kidshealth.org/kid/feeling/school/group_projects.html
Fanter, A. (2006). Working with & Learning from Classmates. World Wide Leam Columnist.
Gardner, H. (2004). Frames of Minds : The Theory of Multiples Intelligences. New York: Basic Books, Perseus Books Group.
Gribben, J. J. (1972). Effective Managerial Leadership. New York: American Management Association.
Hersey & Blanchard. (1988). Managing Change in Organizations: Leadership in Practice. UK: Prentice Hall International (UK).
Jaafar Muhamad. (1997). Kelakuan Organisasi Kuala Lumpur: Leeds Publications.Jacob, A. (2006). Implementing an Effective Leadership Development Program for
Community College Students. Hamilton: Mohawk College of Applied Arts and Technology.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis : Project-Based Learning – Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan.
Kezar, A., & Moriarty, D. (2000). Expanding our understanding of student leadership development : A study of gender and ethnic identity. Journal of College Student Development, 41(1), 55-69.
Kuek, Sook Seem. (1990). Kajian Mengenai Pertalian Antara Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Dengan Perkembangan Personaliti Murid: Kajian Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mashitah Hj. Ghazali (1994). Kegiatan Kokurikulum Di sekolah Membantu Membina Daya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar Menengah Atas Kolej Sultan Abdul Hamid. Tesis Sarjana. Jitra: Universiti Utara Malaysia.
Md. Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, Kamaruzaman Jusoff, & Nik Azida Abd Ghani. (2009) Project Based Learning (PjPL) Practices at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Education Studies, 2(4), 140-148. Retrieved from http://www.ccsenet.org/journal.html
Ministry of Education, Malaysia. (2006). Project-Based Learning : Educating the Millennial Learner. Kuala Lumpur: Educational Technology Division.
O’Dannel, K.H., & Wairich, H. (1992). Pengurusan: Terjemahan Mohd. Salmi Mohd. Soned dan Siti Nazdrah Sheikh Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashari. (1996). Pengurusan Sekolah: Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Omatsu, G. (2002). Student Leadership Training Booklet”. Dipetik dari http://www.csun.edu/eop/htdocs/leadership_booklet.pdf
Pace, C. (1990). The undergraduates: A report of their activities and progress in college in the 1980;s. Los Angeles : University of California, Center for the study of Evaluation.
21
Pace,C. (1984). Measuring the quality of college student experiences. Los Angeles: University of California, Higher Education Research Institute.
Pace,C. (1987). Good things go together. Dalam Jacob, A. (2006). Implementing an Effective Leadership Development Program for Community College Students. Hamilton: Mohawk College of Applied Arts and Technology.
Poell, R.F., Yorks, L., & Marsick, V.J. (2009). Organizing project-based learning in work contexts: A cross-cultural cross analysis of data from two projects. Adult Education Quarterly, 60(1), 77-93. Retrieved from Ebscohost database.
Robert, D.C. (1997). The Changing Look of Leadership Programs. Concepts & Connections. A Newsletter of Leadership Educators, 5(2), 1-14.
Roslan Hashim & Mokhtar Azizi Mohd Din. (2009) Implementing outcome based education using project based learning at University of Malaya. European Journal of Scientific Research. 26(1). 80-86. Retrieved from http://www.eurojournals.com/ejsr.htm
SABES. (2007). Student leadership materials. System for Adult Basic Education Support. Dipetik dari http://www.sabes.org/student/student-leadership-packet.pdf
Salmah Hj. Ayob. (1993). Keberkesanan Perancangan Kokurikulum. Kajian Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
22