teknik menjawab bahasa melayu penulisan 1

3
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN A. Memindahkan Maklumat 1. Bacalah arahan denga teliti. 2. Teliti dan lihat bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar bersiri. 3. Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumat-maklumat tersurat sahaja. 4. Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea keseluruhan gambar tersebut. 5. Binalah lima ayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk. 6. Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian. 7. Nomborkan setiap ayat yang dibina. 8. Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca. LANGKAH-LANGKAH 1. Fikirkan lima kata tanya (siapa/mana/apa/mengapa/bagaimana)

Upload: zai-muhd

Post on 14-Apr-2017

386 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik menjawab bahasa melayu penulisan 1

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHAGIAN A. Memindahkan Maklumat

1. Bacalah arahan denga teliti.

2. Teliti dan lihat bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar bersiri.

3. Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumat-maklumat tersurat sahaja.

4. Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea keseluruhan gambar tersebut.

5. Binalah lima ayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.

6. Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian.

7. Nomborkan setiap ayat yang dibina.

8. Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca.

Page 2: Teknik menjawab bahasa melayu penulisan 1

LANGKAH-LANGKAH

1. Fikirkan lima kata tanya (siapa/mana/apa/mengapa/bagaimana)

i. Siapa - berkaitan dengan orang yang adaii. Mana - berkaitan dengan tempatiii. Apa - berkaitan dengan aktiviti yang berlakuiv. Mengapa - berkaitan dengan sebab / penyebab sesuatuv. Bagaimana - berkaitan dengan cara berlaku sesuatu

2. Bulat dan Catatkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang terdapat dalam gambar. (kata kerja)

3. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti/situasi/keadaan tersebut dengan menggunakan kata kerja tadi.

4. Baca semula ayat-ayat tersebut. Betukan semua kesalahan tatabahasa terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

5. Elakkan bina ayat yang panjang meleret-leret tapi tiada makna.

B. Menulis Karangan

1. Baca dan fahami kesemua tajuk yang diberikan.

2. Pilihlah tajuk karangan berserta formatnya yang benar-benar dikuasai.

3. Pastikan dapat menghuraikan tajuk tersebut sehingga menjadi karangan yang sempurna.

4. Sediakan rangka karangan supaya fakta yang anda kemukakan tidak berulang.

5. Pastikan terdapat pendahuluan, isi-isi penting dan penutup pada karangan anda.

6. Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan tajuk.

Page 3: Teknik menjawab bahasa melayu penulisan 1

7. Kembangkan isi-isi penting dalam bentuk beberapa perenggan. Setiap perenggan seharusnya mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain.

8. Isi-isi perenggan perlu diberikan huraian dan disertakan dengan contohnya.

9. Karangan anda mestilah mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk.

10.Setelah selesai menulis karangan, semaklah karangan yang tertinggal, contoh yang kurang tepat, kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya.

C. Membina ulasan

1. Bacalah arahan soalan denga teliti dan kenal pasti kehendak soalan.

2. Soalan meminta lima ulasan yang berkaitan aspek-aspek tertentu. Misalnya, pengajaran, nilai murni, amalan baik, kebaikkan, faedah dan sebagainya.

3. Tulis ulasan anda itu dalam satu perenggan sahaja yang panjangnya tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

4. Gunakanlah penanda wacana bagi memperlihatkan kelancaran idea karangan anda.

5. Pastikan ayat-ayat gramatis.

6. Semaklah ulasan supaya tiada kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya.