teknik menjawab bahasa melayu-azlina ahmad
TRANSCRIPT
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 1
1. Pastikan kamu dapat kertas jawapan dengan kod mata pelajaran yang betul 011
Bahasa Melayu Kertas 1.
2. Semak angka giliran, nombor sijil
beranak atau kad pengenalan pada kertas jawapan.
3.Gunakan pensel 2B sahaja untuk menghitamkan jawapan.
TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 1. Jawab soalan tatabahasa dahulu iaitu soalan 1 hingga soalan 30.
2. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan nombor soalan..
3. Setiap soalan hanya boleh menghitamkan satu ruang jawapan sahaja.
4. Padamkan jawapan dengan bersih sebelum menghitamkan jawapan yang baru jika ingin mengubah jawapan.
5. Murid-murid dinasihati menghitamkan jawapan sebaik sahaja menjawab setiap soalan. Jawapan pada kertas soalan tidak akan diberi markah.
6. Tinggalkan soalan yang susah dahulu supaya tidak membuang masa. Bulatkan nombor soalan yang ditinggalkan pada kertas soalan.
7. Murid boleh menjawab soalan yang ditinggalkan ini setelah selesai menjawab soalan-soalan lain.
8. Setelah selesai menjawab soalan tatabahasa, barulah menjawab soalan petikan pemahaman.
9. Jawab soalan tatabahasa ini dalam masa 30 minit sahaja.
ASPEK TATABAHASA YANG DIUJI
1. KATA NAMA
2. KATA KERJA
3. KATA ADJEKTIF ( GOLONGAN KATA )
4. KATA TUGAS
5. KATA TUNGGAL
6. KATA TERBITAN ( PEMBENTUKAN KATA )
7. KATA MAJMUK
8. KATA GANDA
9. JENIS-JENIS AYAT ( AYAT
TANYA,PENYATA,PERINTAH,SERUAN , SAMA MAKSUD)
10. BENTUK-BENTUK AYAT ( AYAT TUNGGAL , MAJMUK)
11. SINONIM , ANTONIM , POLISIM12. PENJODOH BILANGAN & SIMPULAN BAHASA
BENTUK SOALAN TATABAHASA YANG BERGAMBAR. - GAMBAR SEBAGAI PENENTU JAWAPAN
- GAMBAR DAN KATA KUNCI SEBAGAI PENENTU JAWAPAN
- GAMBAR SEBAGAI PENGGANGU JAWAPAN
GAMBAR SEBAGAI PENENTU JAWAPAN
- Gambar memberikan 100% penerangan atau kunci kepada jawapan. - Perhatikan gambar dengan teliti untuk mengecam jawapan tepat. - Tanpa melihat gambar, murid-murid tidak akan tahu jawapan yang tepat.
Ayuni bercita-cita menjadi___________Malaysia yang pertama.
A seniwati
B peragawati
C sukarelawan
D angkasawan
GAMBAR DAN KATA KUNCI SEBAGAI PENENTU JAWAPAN
Gambar memberikan 50% penerangan atau kunci kepada jawapan.
Tanpa gambar, murid-murid masih boleh mencari kunci jawapan dalam soalan.
Namun, gambar membantu murid mencari jawapan dengan lebih tepat .
Kasim dan Salmah sedang makan durian _____________ ayahnya membersihkan durian yang baru dikutipnya.
A sementara
B supaya
C setelah
D ketika
GAMBAR SEBAGAI PENGGANGU JAWAPAN
JAWAPAN ADA PADA KUNCI DALAM SOALAN DAN GAMBAR MEMERANGKAP CALON
Terdapat dua batang pokok kelapa yang ditanam di _____________ rumah.
A belakang
B penjuru
C tepi
Teknik Menjawab Soalan Tatabahasa Bergambar
Baca arahan tentang soalan
Baca soalan dua kali
Cari kata kunci dan bulatkan kata kunci dalam soalan
Perhatikan gambar dengan teliti dan pastikan sama ada
Gambar sebagai penentu jawapan
ATAU
- Gambar dan kata kunci soalan sebagai penentu jawapan
ATAU
- Gambar sebagai penggangu
jawapan.
Baca kesemua pilihan jawapanA AB ATAU
BC C
D potong satu atau dua pilihan jawapan yang bukan kehendak soalan Kenal pasti jawapan tepat dan jawapan hampir tepat Tandakan jawapan pada kertas soalan Tandakan jawapan pada kertas jawapan. Jika soalan sukar dijawab, jawab soalan yang mudah dahulu
Terdapat dua batang pokok kelapa yang ditanam di _____________ rumah.
A belakang
B penjuru
C tepi
PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT
Empuk
Lemau
Lembik
Lembut
Bengkok
Bongkok
Condong
Serong
Senget
SINONIM
Danau = tasik
Dangau = pondok
Sumur = telaga
Terbitan = keluaran
Memamah= mengunyah
Menduga=mengagak
Membasmi=menghapuskan
Cadangan=usul
Mengemukakan=mengajukan
PENJODOH BILANGAN
Sekeping sijil penyertaan
Tongkol jagung
Genggam jagung
Buah pasu
Setangkai bunga
Secekak padi
Hiris bawang
Timbun pasir
SIMPULAN BAHASA
TULANG BELAKANG- ORANG YANG
MENJADI HARAPAN
TITIK PELUH – HASIL USAHA YANG
BERSUNGGUH-SUNGGUH
SERKAP JARANG – MENUDUH ORANG
TANPA USUL PERIKSA
BINTANG TERANG – NASIB YANG BAIK
ANGKAT BAKUL – PERBUATAN MEMUJI
DIRI SENDIRI
ANTONIM
SEBAK X GIRANG
JAHIL X ARIF
MENGGULUNG X MENGHAMPAR
MENYEDIAKAN X MENGHABISKAN
GARANG X LEMBUT
AKRAB X RENGGANG
LABUH X SINGKAT
SERING X JARANG
KATA MAJMUK
Rumah pangsa baju hujan
Rumah teres baju kemeja
Rumah tangga baju renang
Rumah api baju tidur
Rumah batu baju kurung
Rumah haram baju Melayu
Rumah kedai baju sejuk
Rumah sewa baju kebaya
KATA GANDA
ADU DOMBA GUNDAH-GULANA
BOLAK-BALIK INCANG-INCUT
BONGKAR-BANGKIR JERIH PERIH
COMPANG-CAMPING KUSUT-MASAI
CULANG-CALING LIANG-LIUK
DERAM-DERUM REMUK-REDAM
DESAS-DESUS SERBAH-SERBIH
GEGAK-GEMPITA SUSUR-GALUR
TEKNIK MENJAWAB SOALAN TATABAHASA
Baca arahan tentang soalan
Baca soalan dua kali
Cari kata kunci dan bulatkan kata kunci dalam soalan
Baca kesemua pilihan jawapan
A AB ATAU
BC C
D
potong satu atau dua pilihan jawapan yang bukan kehendak soalan
Kenal pasti jawapan tepat dan jawapan hampir tepat Tandakan jawapan pada kertas soalan Tandakan jawapan pada kertas jawapan. Jika soalan sukar dijawab, jawab soalan yang mudah dahulu
MEMILIH AYAT YANG BETUL Pilih ayat-ayat yang betul dan tandakan ( √ ). 1. Mary menampal sendiri gambarnya. ( ) Mary menampal gambarnya sendiri. ( ) 2. Saya pergi ke rumah Ahmad esok. ( ) Saya telah pergi ke rumah Ahmad esok.( ) 3. Pelancong itu membeli goreng pisang dari gerai di tepi jalan. ( ) Pelancong itu membeli pisang goreng dari gerai di tepi jalan. ( ) 4. Pendapat Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( ) Pendapatan Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( ) 5. Kami bercadang hendak melihat ke negara England. ( ) Kami bercadang hendak melancong ke negara England. ( ) 6. Kucing saya berjaga pada waktu malam. ( ) Kucing saya menjaga pada waktu malam. ( )
7. Dia membalut nasi lemak dengan daun pisang. ( ) Dia membungkus nasi lemak dengan daun pisang. ( ) 8. Buku itu dibaca oleh saya. ( ) Buku itu saya baca. ( ) 9. Jambatan itu dibuat oleh mereka. ( ) Jambatan itu mereka buat. ( ) 10. Ali memberitahu dia akan berpindah ke Sarawak. ( ) Ali memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Sarawak. ( ) 11. Inilah jam tangan yang amat termahal. ( ) Inilah jam tangan yang termahal. ( ) 12. Aminah memandikan kucingnya di pagi hari Ahad. ( ) Aminah memandikan kucingnya pada pagi hari Ahad. ( ) 13. Pak Wahid menyimpan koleksi lagu-lagu P. Ramlee. ( ) Pak Wahid menyimpan koleksi lagu P. Ramlee. ( ) 14. Rumah Selvi terletak antara sekolah dengan pasar mini. ( ) Rumah Selvi terletak di antara sekolah dengan pasar mini. ( ) 15. Kilang itu mempunyai 350 orang bekerja. ( ) Kilang itu mempunyai 350 orang pekerja. ( )
MEMILIH AYAT YANG BETUL Pilih ayat-ayat yang betul dan tandakan ( √ ). 1. Mary menampal sendiri gambarnya. ( ) Mary menampal gambarnya sendiri. ( / ) 2. Saya pergi ke rumah Ahmad esok. ( / ) Saya telah pergi ke rumah Ahmad esok.( ) 3. Pelancong itu membeli goreng pisang dari gerai di tepi jalan. ( ) Pelancong itu membeli pisang goreng dari gerai di tepi jalan. ( / ) 4. Pendapat Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( ) Pendapatan Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( / ) 5. Kami bercadang hendak melihat ke negara England. ( ) Kami bercadang hendak melancong ke negara England. ( / ) 6. Kucing saya berjaga pada waktu malam. ( / ) Kucing saya menjaga pada waktu malam. ( )
7. Dia membalut nasi lemak dengan daun pisang. ( ) Dia membungkus nasi lemak dengan daun pisang. ( / ) 8. Buku itu dibaca oleh saya. ( ) Buku itu saya baca. ( / ) 9. Jambatan itu dibuat oleh mereka. ( / ) Jambatan itu mereka buat. ( ) 10. Ali memberitahu dia akan berpindah ke Sarawak. ( ) Ali memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Sarawak. ( / ) 11. Inilah jam tangan yang amat termahal. ( ) Inilah jam tangan yang termahal. ( / ) 12. Aminah memandikan kucingnya di pagi hari Ahad. ( ) Aminah memandikan kucingnya pada pagi hari Ahad. ( / ) 13. Pak Wahid menyimpan koleksi lagu-lagu P. Ramlee. ( ) Pak Wahid menyimpan koleksi lagu P. Ramlee. ( / ) 14. Rumah Selvi terletak antara sekolah dengan pasar mini. ( ) Rumah Selvi terletak di antara sekolah dengan pasar mini. ( / ) 15. Kilang itu mempunyai 350 orang bekerja. ( ) Kilang itu mempunyai 350 orang pekerja. ( / )
KESALAHAN TATABAHASA1. Apakah nama kucing itu?
2. Siapa sahaja boleh datang ke seminar itu.
3. Projek itu disiapkan oleh saya.
4. Puan Munah menghadiahkan Amin sebuah buku.
5. Puan Munah menghadiahi sebuah buku kepada Amin.
6. Kasut itulah yang termahal sekali di sini.
7. Ah! Itu alasanmu semat-mata.
8. Taklimat itu adalah bukan untuk semua.
9. Salimah sayangkan anak bongsunya.
KESALAHAN TATABAHASA
10. Sejak dari kecil lagi kita telah didik dengan ilmu
agama.
11. Ali terlibat di dalam kemalangan jalan raya.
12. Para-para pengundi dikehendaki menyemak nama terlebih dahulu.
13. Suhaida mempunyai sebuah impian yang besar.
14. Setengah ibu bapa lebih suka jika anak mereka tinggal di asrama.
15. Rumah saya terletak antara masjid dengan balai raya.
1.
1. Bagi soalan tatabahasa yang mempunyai banyak pilihan jawapan yang betul atau soalan huruf roman, teliti setiap ayat dan garisi kesilapan perkataan dalam ayat.
2. Kemudian, potong ayat yang salah dan potong jawapan yang mengandungi pilihan ayat yang salah itu.
PILIHAN JAWAPAN BERHURUF ROMAN
POLISIM /KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Air di tasik itu kelihatan tenang.
II Bot yang dinaiki oleh Ramli kelihatan tenang.
III Ramli tenang menunggu umpannya di makan
ikan.
IV Memancing boleh menyebabkan fikiran kita
tenang.
A I , II dan IV sahaja C I , III dan IV sahaja
B II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Air di tasik itu kelihatan tenang.
II Bot yang dinaiki oleh Ramli kelihatan tenang.
III Ramli tenang menunggu umpannya di makan ikan.
IV Memancing boleh menyebabkan fikiran kita tenang.
A I , II dan IV sahaja C I , III dan IV sahaja
B II, III dan IV sahaja
POLISIM /KATA BANYAK MAKNA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN Kenal pasti format petikan secara umum Baca kesemua soalan sahaja terlebih dahulu untuk mendapat gambaran awal tentang petikan dan jawapan yang perlu dicari Garisi kata kunci yang terdapat pada setiap soalan Pastikan anda fahami fungsi perkataan KECUALI, TIDAK BENAR dan BENAR
Baca Baca petikan – 1 kali Baca soalan dan semua pilihan jawapan Cari jawapan dalam petikan dan gariskan ayat yang membuktikan pilihan jawapan anda dan tuliskan nombor soalan dalam petikan Bagi soalan maksud perkataan, gantikan kesemua pilihan jawapan ke dalam ayat yang mengandungi perkataan tersebut untuk menentukan jawapan yang tepat
Tandakan jawapan pada kertas soalan Tandakan jawapan pada kertas soalan
Bengkel Teknik Menjawab
Bahasa Melayu Kertas Satu
011
BENTUK SOALAN
Terbahagi kepada 3 bahagian :
A: 10 markah/15 minit
B : 30 markah/40 minit
C : 20 markah/20 minit
BAHAGIAN A
1.Bahan grafik dan bukan grafik.
2.Gambar tunggal bersiri atau berpusat.
3. Graf,peta, jadual atau pelan.
4. Bina 5 ayat ( tersirat dan tersurat )
LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB SOALAN
1. Satu nombor hanya sepotong ayat.
2. Ayat yang dibina menceritakan apa yang terdapat dalam gambar dengan jelas( ayat majmuk yang lengkap).
3. Berikan nama pada watak dalam ayat .
4. Senaraikan kata kerja( aktiviti ) kata sifat (situasi) kedua-duanya (umum).
5. Buat jadual (kotak jawapan)
6. Gunakan kata hubung yang sesuai seperti dan, sambil,untuk ,yang dan sebagainya.
7. Ayat terpesong ialah ayat yang menceritakan apa yang tidak terdapat dalam gambar.
8. Ayat yang terbaik ialah ayat yang menceritakan apa yang terdapat dalam gambar serta penerangan jelas iaitu ayat yang ada penerang dan keterangan.
9. Semak dari segi ejaan, tanda baca ,imbuhan,kosa kata dan struktur ayat.
Contoh Jawapan Bahagian ASenarai kata kerja yang terdapat
dalam gambar:
1. Mencabut rumput
2. Menabur makanan ikan
3. Memberi ikan makan
4. Berbual-bual / melihat burung
5. Membersihkan taman sains
A B C D
CEMERLANG
BAIK MEMUASKAN
MINIMUM
CADANGANMARKAH: 9-10
8-7 6-4 1-3
1. Ayat gramatis
2. Menepati grafik
3. Kosa kata luas
4. Tanda baca, ejaan dan imbuhan tepat tanpa kesalahan
1. Ayat jelas2. Menepati
grafik3. Kosa kata
sederhana4. Sedikit
kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1.Ayat mudah2. sesuai
dengan grafik
3. Kosa kata terhad
4. banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1. Ayat terpesong
2. Tidak sesuai dengan grafik
3. Kosa kata tidak sesuai
4. Tidak menguasai tanda baca dan ejaan serta imbuhan
Bahagian B
Jenis soalan:1. Karangan berformat dan tidak berformat.
2. Diberi 3 soalan dan boleh memilih salah satu daripadanya.
Cara-cara menjawab:
1. Pastikan tajuk berformat atau tidak berformat.
2. Fahami kehendak soalan
3. Garisi kata kunci dalam soalan.
4. Pilih yang kamu tahu.
5. Pastikan banyak isi.
6. Buat peta minda:
a. Pendahuluan
b. 5 isi dengan huraian dan contoh.
c. Penutup
7. Gunakan penanda wacana: -walaupun,selain daripada itu, namun demikian, tambahan
pula dan lain-lain lagi.
8. Masukkan simpulan bahasa, peribahasa atau kiasan.
9. Gunakan bahasa yang sesuai dengan jenis karangan.
10. Semak karangan yang dibuat.
BAHAGIAN B
1. Baru-baru ini,Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan.Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu sewaktu mengikuti lawatan tersebut.
Format : Surat Kiriman Tidak RasmiPendahuluan : Kata penghadap surat
Isi: 1. Tujuan menulis surat
2. Tarikh,penganjur,jumlah peserta,tujuan
lawatan,bayaran
3. Tempat yang dilawati
4. Kesan/faedah
Penutup : Harapan
BAHAGIAN B
2. Kamu dan rakan kamu telah berbual-bual tentang persediaan menghadapai peperiksaan UPSR yang bakal kamu hadapi pada bulan September nanti.Tulis perbualan tersebut selengkapnya.
A B C D
CEMERLANG BAIK MEMUASKAN
MINIMUM
CADANGAN MARKAH: 24- 30
16-23 08 - 15 00- 07
1. Penyampaian menarik
2. Pengolahan idea cemerlang
3. Ayat gramatis
4. Kosa kata yang luas
5. Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan.Tiada sebarang kesalahan.
1. Penyampaian jelas
2. Pengolahan idea baik
3. Ayat menarik
4. Kosa kata sederhana
5. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1. Penyampaian ringkas dan mudah
2. Pengolahan idea dasar sahaja
3. Ayat dasar4. Kosa kata
terhad5. banyak
kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1.
Penyampaian terpesong
2. Pengolahan tiada kaitan
3. Ayat tidak difahami
4. Kosa kata tidak sesuai
5. Tidak menguasai kemahiran tanda baca, ejaan dan imbuhan
FORMAT : DIALOGPendahuluan : Kata Sapaan
Isi : Persiapan sebelum peperiksaan
-baca buku tambahan
-Perbincangan kumpulan
- jadual waktu belajar
- kelas tambahan
-Bertanya guru,rakan,keluarga
- kem motivasi
- berdoa dan bersembahyang hajat
Penutup : harapan
BAHAGIAN CJenis-jenis rangsangan:
a. bahan sastera- pantun, sajak atau cerita
b. bahan bukan sastera- rencana, berita, dialog.
c. karangan berformat
Jenis-jenis soalan:1. Amalan-amalan baik - perbuatan yang baik dilakukan.2. Nilai-nilai murni. - 16 nilai murni.3. Pengajaran. - perkara baik dalam cerita yang patut dicontohi. - perkara yang tidak baik dalam cerita harus diteladani.4. Kebaikan / faedah.
Nilai-nilai murni:1. baik hati2. Berdikari3. Hemah tinggi4. Hormat5. Kasih sayang6. Keadilan7. Kebebasan di sisi undang-undang.8. Berani
9. Kebersihan fizikal dan
mental10. Jujur11. Rajin12. Kerjasama13. Sederhana14. Kesyukuran15. Rasional16. Semangat bermasyarakat
Cara-cara menjawab:
1. Baca arahan soalan.2. Garisi kata kunci dalam soalan.3. Baca karangan rangsangan.4. Baca ayat demi ayat.5. Garisi kata kunci dalam karangan rangsangan.6. Senaraikan seberapa banyak amalan baik/nilai murni /pengajaran/ kebaikan.
7. Buat kotak jawapan(rangka) atau jadual.8. Bina ulasan dalam satu perenggan.9. Gunakan penanda wacana.10. Mesti menggunakan kata ganti diri kita.11. Jangan menggunakan nama watak itu semula.12. Semak ayat yang telah dibina.
Contoh Soalan Amalan Baik :Jason bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Jason mengemaskan bilik tidurnya. Selepas itu, Jason akan ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama ayah dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan ayahnya. Jason juga membawa bekal yang disediakan oleh ibunya. Jason dan kakaknya berjalan kaki ke sekolah. Jason memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas. Sekiranya dia sampai awal di
sekolah,dia membaca buku di kantin.
Contoh Jawapan:
Contoh Soalan Pengajaran:Semasa kakak pergi bekerja,adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain,tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri. Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai.Emak memarahi adik. Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.
Contoh Jawapan
Contoh Soalan Nilai Murni
Contoh Jawapan
PINTU KECEMERLANGAN SENTIASA TERBUKA
ASALKAN SAYA SANGGUP BERUSAHA DAN BEKERJA KUAT
SEPANJANG MASA
JANGAN BERI DALIH
TAPI KATA
BOLEH !