teganukita 44 (keluaran khas)

8
Bil: 44 1-15 Julai 2011 - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 terkini cepat tepat MENARIK DI DALAM PTIWRBNM 2011 LANCAR YANG Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyifatkan penganjuran Pro- gram Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia (PTI- WRBNM) 2011 mencapai matlamat terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di kalangan isteri wakil rakyat BN seluruh negara. “Ini termasuklah isteri wakil rakyat BN di bawah kerajaan `hok sana’, namun se- mangat mereka juga tidak pernah luntur dan sanggup menyertai PTIWRBNM dalam acara badminton, boling dan juga kebudayaan atas nama semangat setiakawan dan hubungan silaturrahim. “Tahniah dan syabas saya ucapkan dan diharapkan semangat sedemikian diteruskan supaya negeri `hok sana’ itu dapat dapat ditawan semula,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Sentuhan Songket sempena penutup PTIWRBNM 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Oleh: Aida Abd Rahman lihat ms-2 Gambar oleh Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah Budaya Terengganu dekat di hati ms 2 Produk Terengganu jadi tarikan ms 3 Serikandi puas hati - To’ Puan Sabariah ms 8

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 23-Mar-2016

254 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

teganukita 44 (keluaran khas)

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 44 (keluaran khas)

Bil: 44 1-15 Julai 2011 - http://teganukita.blogspot.comISSN 2180-4737

terkini cepat tepat

MENARIKDI DALAM

PTIWRBNM 2011 LANCARYang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyifatkan penganjuran Pro-gram Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia (PTI-WRBNM) 2011 mencapai matlamat terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di kalangan isteri wakil rakyat BN seluruh negara. “Ini termasuklah isteri wakil rakyat BN di bawah kerajaan `hok sana’, namun se-mangat mereka juga tidak pernah luntur dan sanggup menyertai PTIWRBNM dalam acara badminton, boling dan juga kebudayaan atas nama semangat setiakawan dan hubungan silaturrahim. “Tahniah dan syabas saya ucapkan dan diharapkan semangat sedemikian diteruskan supaya negeri `hok sana’ itu dapat dapat ditawan semula,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Sentuhan Songket sempena penutup PTIWRBNM 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Oleh: aida abd Rahman

lihat ms-2

CAPAI MATLAMAT

gambar oleh Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Budaya Terengganu dekat di hati

ms 2

Produk Terengganu jadi tarikan ms 3

Serikandi puas hati - To’ Puan Sabariah ms 8

Page 2: teganukita 44 (keluaran khas)

2 1-15 Julai 2011

Budaya Terengganu dekat di hatiYang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berharap Program Ta-hunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 mampu mendekatkan lagi semua peserta kepada keunikan budaya dan tradisi yang ada di Terengganu. “Sepanjang program tahunan ini berlangsung, para peserta bo-leh melihat sendiri suntikan pel-bagai elemen kesenian Terengga-nu. Adalah menjadi harapan kami untuk memperkenalkan keindahan seni warisan budaya negeri ke-pada semua peserta terutamanya kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu. “Sememangnya menjadi tuan rumah untuk penganjuran pro-gram yang sebegini besar bukan-nya suatu tugas yang mudah,” katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Program Tahunan Is-

teri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011, di Stadium Negeri, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Beliau turut bersyukur kerana mendapat kerjasama padu dari kerajaan negeri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk yang di-pengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, selain sokongan penuh sua-

Oleh: aida abd Rahman

mi masing-masing. Katanya, tidak dinafikan se-laku penganjur, Serikandi merasa bimbang jika segala kelengkapan serta kemudahan yang disediakan terdapat kekurangan. Bagaimana-pun, pihaknya cuba melakukan persiapan sebaik mungkin untuk keselesaan semua kontinjen. “Selama berada di sini, semoga semua peserta akan berpuas hati

dengan layanan dan persiapan yang telah kami sediakan sepan-jang penganjuran program tahu-nan ini berlangsung,” katanya. Menurutnya, penganjuran pro-gram yang bertujuan untuk men-gukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah di kalangan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional pastinya tercapai jika

dilihat dari komitmen dan peny-ertaan oleh semua kontinjen pada hari ini. Beliau seterusnya mengucap-kan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Di-pertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah atas kepercayaan yang diberikan kepada Serikandi bagi menggalas tanggungjawab se-bagai tuan rumah pada tahun ini.

Menteri Besar Terengganu menekan butang merasmikan Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 dengan jayanya sambil dperhatikan Yang Dipertua Bakti serta Yang Dipertua Serikandi. Manakala (gambar kanan), To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

Solat hajat mohon kelancaranMenteRi Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan pegawai kanan kerajaan mengadakan solat hajat dan tahlil bagi memohon kepada A l l a h s.w.t agar Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Bari-san Nasional Se-Malaysia 2011 yang berlangsung di Terengganu se-lama tiga hari mulai 7 Julai lalu, berjalan lancar. Majlis tersebut yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Tereng-ganu, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz, diadakan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Ke-rajaan (Exco), wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan kerajaan. Majlis berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Surah Yaasin dan tahlil dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

Penganjuran bertambah baik - Datin Paduka Seri Rosmahdari ms-1

tuRut hadir, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak; Timbalan Perdana Men-teri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri merangkap Yang Di-pertua Bakti, Puan Sri Hajah N o o r a i n e e A b d R a h m a n . Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ah-mad Said dan isteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi), To’ Puan

Seri Hajah Norliza Mahmud serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bersama isteri masing-masing. Beliau berkata, kontinjen dari negeri pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Se-langor turut menunjukkan komit-men padu menghantar kontinjen

termasuk Selangor yang meng-hantar peserta paling ramai pada program kali ini. “Saya percaya sepanjang kejo-hanan ini berlangsung, pastinya ia bukan sahaja berlaku dalam sua-sana kesukanan malahan dipenuhi dengan semangat kekeluargaan dan keharmonian. Apa yang pasti, kemenangan sebenar ialah apabila kita mencapai permuafakatan dan perpaduan,” katanya. Katanya, sejak dua tahun lalu, prestasi PTIWRBNM meningkat dari tahun ke tahun bukan sahaja

dari tahap permainan peserta, malahan penganjurannya juga ber-tambah baik. Menurutnya, segala persiapan dijalankan dengan kemas, profe-sional dan teratur termasuk dalam aspek pengangkutan, makanan serta pegawai perhubungannya. “Terima kasih sekali lagi Seri-kandi dan Kerajaan Terengganu. Memang benar kata Menteri Be-sar, `negeri cantik, budaya me-narik, orang-orangnya baik dan makanannya pun terbaik,” kata-nya.

“Negeri cantik, budaya menarik, orang-orang-nya baik dan makanan-nya pun terbaik”

DATIN PADUKA SERI ROSMAH

Page 3: teganukita 44 (keluaran khas)

31-15 Julai 2011 3

Produk Terengganu jadi tarikanPROgRaM Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Na-sional Se-Malaysia 2011 turut menjadi platform bagi mempro-mosikan pelbagai produk Tereng-ganu secara dekat kepada peserta program itu. Peniaga yang bijak mempro-mosi produk masing-masing nyata dapat menarik minat pem-beli yang kebanyakannya terdiri daripada pelawat luar Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak. Pengusaha gerai yang juga Ahli Jawatankuasa Lembaga Ke-bajikan Perempuan Islam (LKPI), Marang, Puan Rosmaini Mohd Jantan, berkata dia dan beberapa rakan niaga lain berasa cukup ber-tuah kerana diberi peluang bernia-ga di tapak program itu.

Oleh: Suriati ali “Saya mengambil peluang sepenuhnya untuk mempromosi barangan jualan seperti keropok, bahulu, dodol daun palas, kerepek pisang dan kerepek ubi kepada pelanggan,” katanya. Peniaga produk batik dan sutera, Cik Noraime Mohd, berka-ta program seperti ini sewajarnya diteruskan kerana dapat mempro-mosi pelbagai produk secara dekat kepada pelanggan. “Mereka tidak perlu pergi jauh dari lokasi kejohanan kerana semuanya boleh didapati di sini seperti pakaian sutera, kain batik dan makanan tradisional,” kata-nya. Pengusaha kedai emas, Puan Mahani Mohamed, berkata dia ti-dak akan melepaskan mempromo-si barangan jualan kepada peserta yang sememangnya mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Puan Mahani (tiga dari kiri) tidak menang tangan melayan pelanggan memilih pelbagai bentuk dan jenis emas yang sememangnya mempunyai kuasa beli yang tinggi sepanjang program berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Peranan isteri ahli politik dan wakil rakyat

Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengingat-kan semua isteri ahli politik dan wakil rakyat memainkan peranan sama penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami. “Ini adalah kerana bidang politik adalah sesuatu bidang yang sangat berlainan daripada profesion lain, tidak kiralah sama ada guru, doktor mahupun jurutera. “Apabila seseorang itu menjadi ahli politik, maka mereka akan dinilai dari pelbagai sudut dan salah satu yang kerap dinilai adalah peranan isteri. Itulah bezanya apabila berada di dalam bidang politik,” kata be-liau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bak-ti) ketika berucap di Majlis Pembu-kaan Program Tahunan Isteri Wakil-

Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Datin Paduka Seri Rosmah ber-kata, rakyat mahukan seorang wakil rakyat dan isteri menjadi wakil mere-ka yang positif serta berjiwa besar. Maka, jika si isteri tidak bersama-sa-ma memainkan peranan, maka si sua-mi pula akan menerima kesannya dan ini akan mengudang persepsi negatif dari masyarakat setempat. “Menyedari realiti perkembangan politik masa kini dan kematangan rakyat yang juga merupakan para pengundi dari itu, saya berpendapat para isteri wakil-wakil rakyat juga perlu memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan para suami bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Menurutnya, isteri wakil rakyat perlu mempunyai minda dan sikap yang terbuka serta menjalankan kewajipan membantu suami den-gan penuh komitmen serta dedikasi dalam menjaga kawasan masing-masing. Katanya,semua isteri perlu ra-jin mengikut suami balik ke ka-wasan, menjenguk rakyat jelata dan meneruskan khidmat bakti di tempat masing-masing melalui pelbagai ak-tiviti berorientasikan rakyat. “Bulan Ramadan sudah hampir tiba, selalulah turun padang berbuka puasa bersama orang-orang kam-pung dan rakyat jelata. Baru di pang-gil ‘wakil rakyat berjiwa rakyat’. “Dengan demikian, barulah benar-benar menghayati aspirasi 1Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,” katanya.

Datin Paduka Seri Rosmah ketika berucap pada majlis pembukaan PTIWRBNM 2011 di Stadium Negeri di mana beliau mengingatkan semua isteri ahli politik dan wakil rakyat memainkan peranan penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami.

Warna-warni di Malam Ulek MayangMalaM Ulek Mayang yang menjadi penyeri Pro-gram Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Na-sional Se-Malaysia 2011 yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman berlangsung dalam suasana penuh warna-warni. Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, menjadi tetamu ke-hormat acara tersebut. Yang Dipertua Serikan-di, To’ Puan Hajah Nor-liza Mahmud dan barisan jawatankuasa Serikandi menunjukkan kehebatan mereka melalui persemba-han tarian Ulek Mayang. Persembahan Ulek Ma-yang yang merupakan ta-rian tradisional negeri ini menarik perhatian peserta

Barisan jawatankuasa Serikandi menunjukkan kehebatan mereka melalui persembahan Ulek Mayang menyerikan lagi PTIWRBNM 2011 di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

dari luar Terengganu. Malam Ulek Mayang dia-dakan secara tertutup bagi meraikan 14 kontinjen dari seluruh negara yang men-yertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malay-sia 2011, baru-baru ini. Pada malam berikutnya, mereka menyertai Malam Sentuhan Songket di Taman Tamadun Islam yang diras-mikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Ulek Mayang merupakan tarian tradisional negeri Terengganu.”

Page 4: teganukita 44 (keluaran khas)

4 1-15 Julai 2011

Penganjuran TerbaikOleh: Kamarudin Mat akib

teRengganu berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai tuan rumah Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 dengan baik dan sempurna. Program tiga hari itu yang bermula pada 7 Julai dan berakhir 9 Julai, berjalan lancar dan mendapat pujian para peserta yang terdiri daripada 14 pasukan dari seluruh negara. Justeru pelbagai pihak, termasuk Yang Dipertua Bakti, Datin Padu-ka Seri Rosmah Mansor, menyifatkan penganjuran program tahunan tersebut pada kali ini merupakan antara yang terbaik. Pada majlis penutup program itu yang dirasmikan Perdana Men-teri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Yang Dipertua Bakti itu mela-hirkan rasa bangganya kerana program kali ini mencapai matlamat,

terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di ka-langan isteri wakil rakyat BN dari seluruh negara.

Kira-kira 650 peserta yang menyertai program itu mula ‘berkampung’ di Kuala Terengganu sejak 5 Julai. Se-bahagian daripada peserta datang me-naiki bas manakala yang lain menaiki pesawat dan mereka ditempatkan di

Page 5: teganukita 44 (keluaran khas)

51-15 Julai 2011

Penganjuran Terbaikbeberapa hotel sekitar bandar ini. Majlis perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 7 Julai, di Stadium Negeri. Majlis tersebut dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontin-jen yang melibatkan para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan. Sebaik saja selesai majlis perasmian, pertandingan badminton di-mulakan di Stadium Negeri manakala pada sebelah petang acara ten-pin boling diadakan di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai. Pada sebelah malam hari kedua diadakan acara Malam Ulek Ma-yang di Wisma Darul Iman di mana para peserta menunjukkan kehe-batan mereka dalam acara kebudayaan. Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada hari akhir program itu yang diadakan di Stadium Negeri. Manakala pada sebelah malam, acara Malam Sentuhan Songket yang meru-pakan majlis penutup program terse-but, disempurnakan Perdana Menteri d i Taman Tamadun Islam.

Page 6: teganukita 44 (keluaran khas)

6 1-15 Julai 2011

Penaung : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit KomunikasiPengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit KomunikasiPenolong Pengarang 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru)Penolong Pengarang 2: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita)Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli Putra dan Harish FadzillahPelatih : Azwa Shamsuddin dan Nor Ezieantie IbrahimPengendali Blog : Harun Hassan

Sidang Pengarang

Ulek Mayang serta kehalusan songket tenun dan batik warnai keindahan TerengganuuleK Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradi-sional menjadi identiti Terengga-nu dalam kesenian kerana kerana menjadi amalan masyarakat Me-layu lama sejak beratus tahun lalu. Kini Ulek Mayang hanya di-persembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan dengan unsur khurafat dalam bacaan mentera, malah persembahan itu hanya berlang-sung beberapa minit sahaja. Olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras den-gan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini. Ulek Mayang sering dipersem-bahkan pada majlis penutup pro-gram promosi termasuk di luar negara antaranya Jerman, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ulek Mayang yang menampil-kan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan ne-layan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera. Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami peruba-han termasuk unsur khurafat diha-puskan. Satu lagi kesenian yang popu-lar di Terengganu ialah tarian ro-dat. Rodat adalah seni persemba-han tarian dan nyanyian warisan

Terengganu. Seni persembahan unik ini hanya ada di negeri itu yang sering dipersembahkan se-cara terbuka untuk majlis keraian atau pesta khususnya di luar ban-dar. Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenali sebagai pelenggok, pemukul gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita (mak inang) yang menampilkan empat gabungan posisi gerakan badan iaitu berdiri-berlutut-duduk-berpusing, diiringi dengan rentak dan alunan muzik dihasil-kan gendang tar atau kompang temborin. Rodat dipercayai berasal dari-pada singkatan `Hadrat Baghdad’ yang menjadi sebahagian bentuk seni persembahan hadrah atau ber-zanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang berasal dari Timur

Tengah. Rodat sebenarnya dibawa ma-suk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui Pulau Sambas di Indone-sia. Dikatakan pedagang dari Sam-bas dan Pontianak datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas tenunan dengan perahu besar pada awal abad ke-19. Pada sebelah malam anak ka-pal Sambas berkumpul sambil memukul rebana kecil dan me-nyanyi serta menari hingga larut malam. Dipercayai kampung yang mula-mula menerima seni rodat di Terengganu adalah Kampung Pa-sir Panjang dan Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu. Namun seni persembahan yang popular suatu ketika dulu kini se-makin dilupai apabila hanya lima

Oleh: Putera Pesisir air kumpulan terdiri daripada warga emas yang masih membuat per-sembahan di Terengganu. Selain rodat, seni persembahan lain seperti nyanyian lagu rakyat, Ulek Mayang, gamelan, wayang kulit, teater dan tari turut mewar-nai seni tradisional warisan bumi Terengganu. Selain kaya dengan kebudayan unik, Terengganu juga sinonim dengan penghasilan kraf seperti songket dan batik. Antara pengusaha songket yang mendapat tempat di hati peminat dari dalam dan luar negara ialah pemilik Terengganu Songket, Zainab @ Ngah Mamat, 65 yang beroperasi di rumahnya di Kam-pung Bukit Depu, Jalan Pasir Pan-jang, Kuala Terengganu. Tokoh Kraf Negara 2002 itu mewarisi bakat membuat songket daripada arwah nenek dan ibunya serta mampu menghasilkan song-ket seawal usia 12 tahun. Zainab yang mempunyai 50 pe-kerja sambilan dan enam pekerja tetap gemar menghasilkan songket bermotifkan alam semula jadi se-perti bunga, tumbuhan dan buah-buahan. Songket yang dijual ber-harga antara RM35 dan RM15,000 yang mempunyai tiga ukuran lebar iaitu dua meter, 2.25 meter dan 2.5 meter, manakala labuh sama ada 30 inci, 37 inci dan 42 inci. Harga sehelai songket bergan-tung pada jenis benang sama ada kapas atau sutera, corak, bunga dan tempoh masa menghasilkan-nya. Contoh songket berharga RM15,000 yang ditempah pe-mimpin negara memerlukan masa tujuh bulan untuk disiapkan. Songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihan pem-beli, manakala orang kenamaan yang mementingkan kualiti tidak berkira untuk memilih songket bernilai ribuan ringgit. Batik juga mengalami perkem-bangan mengikut peredaran za-man dan cita rasa pemakainya. Jika dulu batik hanya terhad pada batik yang dicop atau dilukis tan-gan atas kain fuji atau kapas, na-mun sejak 1992, batik mengalami perubahan apabila kain sutera dari China menambah fabrik sedia ada.

Harga sehelai songket bergantung pada jenis benang sama ada kapas atau sutera, corak, bunga dan tempoh masa menghasilkannya. Contoh songket ber-harga RM15,000 yang ditempah pemimpin negara memerlukan masa tujuh bulan untuk disiapkan. Songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihan pem-beli, manakala orang kenamaan yang me-mentingkan kualiti tidak berkira untuk memilih songket berni-lai ribuan ringgit.

Kini Ulek Mayang menjadi identiti kesenian dan sering dipersembahkan pada sesuatu majlis bagi mempromosikan Terengganu kepada pelancong dalam dan luar negara termasuk dari Jerman, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Warisan kraf nenek moyang Terengganu iaitu songket menjadi pilihan setiap kali berkunjung ke negeri itu kerana kehalusan penghasilannya.

Page 7: teganukita 44 (keluaran khas)

71-15 Julai 2011

Malam Sentuhan Songket penuh gemilangMeRiaH dan mempesonakan. Demikian suasana Malam Sentu-han Songket yang diserikan den-gan pelbagai acara pentas di maj-lis kemuncak sempena penutup Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 yang berakhir 9 Julai lalu. Majlis penutup yang berlang-sung kira-kira tiga jam itu dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalan-nya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Selain persembahan nyan-yian oleh dua penyanyi cilik dari Terengganu yang menambahkan kehangatan malam yang berte-makan tenunan songket, majlis tu-rut diserikan dengan persembahan fesyen songket oleh 16 `model sambilan’ di kalangan anak-anak Serikandi termasuk dua anak perempuan Menteri Besar. Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian hadiah dan trofi kemenangan bagi kejohanantenpin boling dan badminton. Pasukan Bakisa (Sabah) yang diketuai Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tus-sin muncul johan selepas menga-lahkan naib johan, pasukan Bakti yang diketuai Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan mata 4-1. Pasukan Bistari (Melaka) yang

Oleh: aida abd Rahman

menumpaskan Baiduri (Perak) dengan mata 3-2 meraih tempat ketiga. Sementara Pasukan Baiduri (Perak) muncul juara dalam per-tandingan tenpin boling dengan jatuhan pin sebanyak 4,363, di-ikuti naib johan milik pasukan Ka-

sih (Selangor) (3,954 jatuhan pin) dan tempat ketiga pula dimenangi Bakti dengan 3,879 jatuhan pin. Datin Azizah Salleh dari pasu-kan Baiduri A (Perak) yang berja-ya mencatat jatuhan pin terbanyak (200) muncul pemain yang mem-

buat jatuhan pin tertinggi. Pada penghujung majlis, bebe-rapa ahli Serikandi turut menun-jukkan bakat menyanyikan lagu rakyat bersama artis kebudayaan negeri. Sebelum itu, acara penyerahan

bendera kejohanan PTIWRBNM kepada Yang Dipertua Teratai, Da-tin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim selaku ketua kontinjen Pa-hang turut diadakan sebagai sim-bolik Pahang selaku hos program itu pada tahun depan.

Negeri Terengganu dekat di hatiDari jauh kontinjen datang ke mari Kenangan bersama sentiasa diingatiAkan dikenang saban hari

Bermain bola di tengah padangCuacanya panas bukan kepalangKalau ada umur yang panjangJumpa lagi di negeri Pahang

Permata Koir Negara ke Vienna, AustriaPROgRaM Permata Seni Nega-ra mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih untuk menyertai `World Peace Choral Festival’ di Vienna, Austria, bermula dari 25 hingga 28 Julai ini. Isteri Perdana Menteri, Da-tin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata penyertaan di festival itu merupakan julung kali buat anak-anak kecil mengadakan persem-bahan di luar negara. “Saya bagi pihak rakyat Malay-sia mengucapkan tahniah dan ber-bangga dengan pencapaian anak Permata Seni Koir yang berjaya menyertai World Peace Choral Festival di Vienna,” katanya. Datin Paduka Seri Rosmah ber-kata, walaupan baru berusia seta-hun lima bulan, program Permata Seni Negara ternyata amat berke-san apabila bakat anak-anak yang diasuh di bawah program ini mula diiktiraf, bukan sahaja di dalam

negara, malah di luar negara. “Penyertaan ini satu pengikti-rafan besar dan amat bermakna kepada keberkesanan program Permata Seni Koir. Seperti semua sedia maklum, Austria amat dike-nali dengan kumpulan-kumpulan koirnya yang menjadi tanda aras bagi kumpulan koir seluruh dunia. “Bukan mudah untuk dipilih menyertai festival koir yang dia-dakan di negara berkenaan, na-mun menjadi sesuatu yang amat dibanggakan apabila Permata Seni Koir terpilih dari hampir 40 koir ternama dari seluruh dunia untuk menyertai World Peace Choral Festival 2011,” katanya. Ahli Permata Seni Koir yang akan menyertai Festival terdiri daripada 37 anak-anak yang beru-mur antara lapan hingga 11 tahun danpenyanyiSyafinazSelamatse-laku konduktor kumpulan. Sepuluh lagu akan dipersem-

bahkan merangkumi Anak Rusa Nani, Tepuk Amai-Amai, Buih Sabun dan Sepuluh Budak Hi-tam. Lagu-lagu Inggeris pula ialah Hush A Bye Mountain, One Song, When The Saint Go Marching In, SyncopatedClock,FireflydanFu-raha,” katanya. Katanya, persembahan akan diadakan di lokasi terkemuka se-perti di City Hall Vienna, Kursa-lon, Augarte Palace, Schoenbrunn Palace, Grand Festival Hall Of The University Of Vienna, Uni-ted Nations dan Golden Hall Of Musikverein. Selain itu, lima ahli Permata Seni Koir yang terpilih juga akan digandingkan dengan lima peserta dari setiap negara yang mengam-bil bahagian dalam persembahan gabungan termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Chekoslovakia, beberapa negara Eropah lain dan Malaysia.

Bakti prihatinBaKti yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyumbang RM4,000 kepada keluarga mangsa kebakaran yang mengorbankan dua nyawa pasangan kembar seiras berusia tiga tahun, di Kampung Durian Mas, Manir, Kuala Tereng-ganu. Bakti dan 13 kontinjen dari seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, bermula 6 hingga 9 Julai lalu. Keprihatinan pertubuhan wanita itu sebagai menunaikan tang-gungjawab sosial bagi meringankan bebanan keluarga mangsa yang menderita akibat musibah itu. Dalam kejadian 5 Julai lalu, pasangan kembar, Fatin Fazanah Hamid dan Nor Fatin Fazana ditemui rentung dengan kedua-duanya saling berpelukan dalam timbunan kain di bilik mereka oleh pasukan bomba sejurus berjaya memadamkan kebakaran yang bermula kira-kira 9.18 pagi itu.

Majlis kemuncak `Malam Sentuhan Songket’ sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2001 meriah dan mempesonakan yang diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Page 8: teganukita 44 (keluaran khas)

8 1-15 Julai 2011

Serikandi puas hati - To’ Puan SabariahBadan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan negeri dan jabatan-jabatan kerajaan yang membantu menjayakan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Raky-at Barisan Nasional Se-Malaysia, baru-baru ini. Naib Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Hajah Sabariah Dato’ Muhammad Yusof, berkata pi-haknya berpuas hati kerana ber-jaya menganjurkan program kali ini dengan penuh gemilang. “Rata-rata kontinjen yang ter-libat puas hati dan memuji kelan-caran program, termasuk penem-

Oleh: Kamarudin Mat akib patan peserta dan pengangkutan sepanjang empat atau lima hari mereka berada di Terengganu,” katanya Beliau berkata, sebagai tuan rumah Terengganu berusaha me-nyediakan kemudahan dan perkh-idmatan terbaik kepada semua kontinjen. “Kita telah banyak belajar dari negeri-negeri lain yang menjadi tuan rumah sebelum ini supaya kita menjadi tuan rumah terbaik,” katanya. Penat lelah Serikandi dan pel-bagai agensi kerajaan membantu mengadakan persiapan bagi pro-gram ini sejak lebih dua minggu sebelum program itu, berbaloi apabila ia mendapat pujian Yang Dipertua Badan Amal dan Ke-

bajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Isteri Perdana Menteri menyi-fatkan penganjuran Program Ta-hunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat

Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 mencapai matlamat terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di kalangan isteri wakil rakyat BN dari seluruh neg-ara. Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Serikandi se-bagai tuan rumah, Datin Paduka Seri Rosmah berharap semangat setiakawan yang dibentuk melalui program itu diteruskan supaya negeri yang dikuasai parti pem-bangkang dapat dapat ditawan semula oleh BN pada pilihan raya umum akan datang. To’ Puan Sabariah berkata, kerjasama dan sikap ‘sporting’ kontinjen juga banyak membantu pihaknya menjayakan program tersebut.

PTIWRBNM 2011 : Limpahan rezeki kepada peniaga

Semarak semangat hadapi pilihan raya - Menteri BesarKeHadiRan semua isteri wakil rakyat yang berkampung di Terengganu sempena Program Ta-hunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 diharap mampu menyemarakkan lagi se-mangat bagi berdepan pilihan raya akan datang, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau berkata, isteri wakil rakyat yang menyertai perlawanan badminton umpamanya, sanggup cedera ketika di gelanggang ma-sing-masing demi memastikan la-wan tidak mendapat kemenangan dengan mudah. “Melihat kepada kesungguhan para isteri ketika di gelanggang dan peranan mereka yang sentiasa

bersama suami demi menyokong perjuangan suami sebagai wakil rakyat, maka mereka juga berper-anan dalam memastikan Barisan

Nasional menang dengan cemer-lang pada pilihan raya nanti,” ka-tanya ketika berucap pada majlis ‘Malam Sentuhan Songket’ sem-

pena penutup PTIWRBNM 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu,baru-baru ini. Menteri Besar berkata, walau-pun Terengganu tersohor sebagai negeri yang cemerlang dalam pendidikan dan sukan di negara ini, namun di kalangan persatuan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional seluruh negara, Serikan-di tidaklah sehebat mana. Pun begitu, Serikandi sebagai hos program yang diadakan di se-tiap negeri dalam tempoh 15 tahun ini tetap menunjukkan peningka-tan dan menampilkan persemba-han yang meyakinkan dalam pel-bagai acara selain turut memberi cabaran kepada semua pasukan yang bertanding.

KeHadiRan peserta Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Raky-at Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 ke Tereng-ganu memberi limpahan rezeki kepada peniaga di negeri ini teru-tama yang menjual produk dan makanan tradisional. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata peniaga restoran atau individu yang terlibat diminta supaya tidak bersikap tamak haloba atau ‘cekik darah’ ketika berurusniaga seba-liknya perlu menawarkan harga yang berpatutan kepada pelang-gan.

“Peniaga juga perlu bijak men-gambil hati dan bersikap peramah bertujuan menjaga imej Tereng-ganu yang sememangnya terkenal dengan adat ketimuran dan berso-pan santun,” katanya kepada Tega-nukita. Dato’ Haji Mazlan turut mem-beritahu bahawa dia kagum den-gan kebolehan dan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) kerana mampu men-

ganjurkan PTIWRBNM di mana melibatkan 14 negeri atau kontin-jen termasuk Sabah dan Sarawak. “Jika tiada komitmen tinggi daripada pelbagai pihak, sudah tentu ia menemui kegagalan dan tidak mampu mengadakan pelb-agai aktiviti sehebat ini,” katanya. Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Nerus, Puan Norhayati Ismail, berkata dia bangga kerana terpilih mengi-kuti program ini dengan membuka

gerai jualan makanan tradisional di perkarangan Stadium Negeri Kuala Terengganu. Katanya, pelbagai jenis juadah dan menu tradisional seperti onde-onde, puteri mandi, tepung pelita, tepung pasung dan sebagainya nyata dapat sambutan pembeli. “Kami manfaat sepenuhnya program berlangsung selama em-pat dengan mempromosi keena-kan kuih tradisional, keunikan dan keindahan Terengganu,” katanya.

Bakisa singkir Bakti PaSuKan badminton Bakti yang diketuai Da-tin Paduka Seri Rosmah Mansor muncul naib johan dalam perlawanan badmin-ton akhir sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, baru-baru ini. Mereka terpaksa akur dengan kehebatan pasu-kan Bakisa (Sabah) yang diketuai Datin Seri Pan-glima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin yang berjaya mendapat johan dengan mata 4-1. Datin Paduka Seri Ros-mah yang berpasangan dengan Datin Sri Lee Sun Loo muncul satu-satunya regu yang berjaya mem-beri mata kepada Bakti, sebelum empat pasangan regu Bakisa m e n d o m i -n a s i kesemua perlawanan untuk muncul pemenang utama, dalam perlawanan berlangsung lebih tiga jam. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Ab-dul Razak menyampaikan hadiah kepada pemenang badminton dan tenpin bo-ling. Terdahulu Dato’ Seri Mohd Najib yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira jam 2.30 petang dengan disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

DATO’ HAJI MAZLAN

TO’ PUAN SABARIAH

Dato’ Seri Haji Ahmad Said (kanan) sempat bermesra dengan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Men-teri) dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Timbalan Perdana Menteri) di Kuala Terengganu.