teganukita 70

16
Bil : 70 ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 30 November 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my RM1.995b Bajet 2013 Oleh: Kamarudin Mat Akib [email protected] - lihat ms 2 M enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membentangkan Bajet 2013 yang berjumlah RM1.995 bilion dengan mengekalkan tema “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat” seperti yang digunakan ketika Bajet 2012. Bajet 2013 menyaksikan kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding Bajet 2012 yang berjumlah RM1.950 bilion. Dari segi kutipan hasil bagi tahun 2013, kerajaan menganggarkan akan memperolehi hasil sebanyak RM2.005 bilion berbanding RM1.950 bilion pada tahun 2012. Menteri Besar berkata, dengan mengambil kira jumlah hasil dan perbelanjaan mengurus, Bajet 2013 menjurus kepada Belanjawan lebihan sebanyak RM10 juta di mana penyediaannya sangat tepat dan selari dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan komitmen untuk mengurang- kan defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Disatukan. Bajet 2013 yang dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri baru- baru ini memberi fokus kepada empat strategi teras iaitu mengurang defisit, memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri. • Mengurangkan defisit • Memantapkan pembangunan modal insan • Memelihara kesejahteraan rakyat • Meningkatkan daya saing Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menunjukkan buku laporan Bajet 2013 yang dibentangkan beliau di Dewan Undangan Negeri Terengganu, baru-baru ini. Muhyiddin tidak pernah jemu ke Terengganu T idak pernah jemu bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mengunjungi dan bertemu rakyat Terengganu. Pada akhir September lalu, Tan Sri Muhyiddin datang bertemu rakyat Terengganu, kini akhir Disember 2012 beliau datang lagi, iaitu dalam tempoh tiga bulan sahaja. Sebelum ini beliau menggesa rakyat Terengganu memberi mandat lebih kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang lebih banyak kemajuan dan pemban- gunan, fizikal dan spiritual (pembangu- nan modal insan) untuk rakyat. “Rakyat harus berasa cukup bertuah kerana dapat hidup dalam sua- sana negara yang aman, dengan Malaysia telah menjadi negara yang hendak dicontohi oleh banyak negara lain. - lihat ms 4 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 29-Mar-2016

270 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

teganukita 70

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 70

Bil : 70ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 30 November 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

RM1.995bBajet 2013

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

- lihat ms 2

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membentangkan Bajet 2013 yang berjumlah RM1.995 bilion dengan mengekalkan tema “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat” seperti yang digunakan ketika Bajet 2012.

Bajet 2013 menyaksikan kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding Bajet 2012 yang berjumlah RM1.950 bilion.

Dari segi kutipan hasil bagi tahun 2013, kerajaan menganggarkan akan memperolehi hasil sebanyak RM2.005 bilion berbanding RM1.950 bilion pada tahun 2012.

Menteri Besar berkata, dengan mengambil kira jumlah hasil dan perbelanjaan mengurus, Bajet 2013 menjurus kepada Belanjawan lebihan sebanyak RM10 juta di mana penyediaannya sangat tepat dan selari dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan komitmen untuk mengurang-kan defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Disatukan.

Bajet 2013 yang dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini memberi fokus kepada empat strategi teras iaitu mengurang defisit, memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri.

• Mengurangkan defisit• Memantapkan pembangunan modal insan• Memelihara kesejahteraan rakyat• Meningkatkan daya saing

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menunjukkan buku laporan Bajet 2013 yang dibentangkan beliau di Dewan Undangan Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Muhyiddin tidak pernah jemu ke Terengganu

Tidak pernah jemu bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mengunjungi

dan bertemu rakyat Terengganu.Pada akhir September lalu, Tan Sri

Muhyiddin datang bertemu rakyat Terengganu, kini akhir Disember 2012 beliau datang lagi, iaitu dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Sebelum ini beliau menggesa rakyat Terengganu memberi mandat lebih kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang lebih banyak kemajuan dan pemban-gunan, fizikal dan spiritual (pembangu-nan modal insan) untuk rakyat.

“Rakyat harus berasa cukup bertuah kerana dapat hidup dalam sua-sana negara yang aman, dengan Malaysia telah menjadi negara yang hendak dicontohi oleh banyak negara lain.

- lihat ms 4

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Page 2: teganukita 70

AM

Suara, pandangan guru didengari

Bajet kesejahteraan rakyat

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)2

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melarang mana-mana pihak di Terengganu

menganjur atau mengadakan ceramah agama tanpa tauliah semata-mata mahu menjamin kesucian agama Islam.

Baginda bertitah, pada masa sama, larangan itu mampu mengawal kestabilan negara dari elemen tidak si-hat dan kecelaruan fakta di kalangan rakyat terutama umat Islam.

“Beta juga berhasrat me-lihat program keagamaan dan aktiviti pengajaran agama Islam di negeri ini dapat dise-marakkan dan dipergiatkan terutama di masjid dan surau dalam usaha membendung gejala buruk dan kemerosotan akhlak masyarakat masa kini.

“Oleh itu, beta menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan bekerjasama untuk memas-tikan negara terus maju, aman dan harmoni,” titah baginda pada Majlis Pelancaran Sam-butan Maal Hijrah peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, ba-ru-baru ini

Keberangkatan baginda disambut, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Hadir sama, Pengerusi

Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh.

Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan `Wassatiyah Tong-gak Kesatuan Ummah’ itu menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Dato’ Ismail Ali dan Tokoh Keluarga Mithali pula, Haji Mohd Ismail, 74 ber-sama pasangannya Teh @ Mariam Abdullah, 70 dari Kam-pung Pak Madah, Marang.

Manakala Tokoh Saudara Kita dianugerahkan kepada Mohd Ridzuan Ang Abdullah; anugerah Masjid Mukim terbaik (Masjid Kampung Bukit Chempa-ka) dan Masjid Kerajaan Terbaik dimenangi Masjid Bukit Payong.

Titah baginda, sesung-guhnya Malaysia adalah bumi bertuah dan dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran walaupun dunia kini dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.

“Justeru, tema sambutan

Maal Hijrah pada kali ini, `Was-satiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ sangat sesuai dan perlu dihayati bersama.

“Beta percaya tema ini akan menyumbang ke arah penyelesaian sesuatu perti-kaian dan membawa kepada keamanan manusia seluruh-nya.

“Hijrah bukan bermaksud rehat tetapi untuk meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah,” katanya.

Sultan Mizan larang ceramah tanpa tauliah

Oleh: Suriati [email protected]

“Bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan negeri terus berdaya saing dan berdaya tahan, kerajaan memberi pene-kanan kepada langkah-langkah memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri mlalui pen-gurusan fizikal kewangan yang ketat dan berhemah.

“Langkah-langkah yang dicadangkan termasuklah melaksanakan kawalan dalaman yang lebih ketat, pemotongan peruntukan, pengurangan per-belanjaan dan dalam masa yang sama meningkatkan hasil kerajaan,” katanya.

Bagi menjayakan strategi kedua, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM53.51 juta bagi membentuk insan yang berpengetahuan dan berkema-hiran tinggi.

“Program pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah bermatlamat melahirkan insan yang holistik dan seimbang serta memupuk perpaduan nasional.

“Usaha ke arah ini telah menampakkan hasilnya melalui pelbagai kejayaan yang dicapai dalam program “Flahsip” pen-didikan daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke uni-versiti.

“Malah, Terengganu mam-pu menjadi peneraju kepada negeri-negeri lain dalam usaha memajukan bidang pendidikan kerana sebahagian besar pro-gram yang dilakukan di negeri ini belum dilaksanakan di tem-pat lain dan sebahagiannya pula telah menjadi ikutan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain,” ujarnya.

Melalui strategi ketiga pula, Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada usaha-usaha membasmi kemiskinan dan memperbaiki ketidaksamaan sosio-ekonomi secara membi-na dan produktif.

“Matlamat kerajaan adalah mengsifarkan miskin tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada 1.0 peratus pada tahun 2013,” katanya.

Katanya, sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dan seterusnya menjadikan setiap tahun adalah Tahun Melawat Terengganu, kerajaan bersetu-ju menambah pertuntukan pem-bangunan daripada RM138.85 juta pada tahun 2012 kepada RM186.74 juta tahun 2013 bagi melaksanakan pelbagai projek pelancongan (strategi keempat).

Kerajaan sentiasa men-dengar suara dan pan-dangan guru menerusi

Kesatuan Kebangsaan Guru-Gu-ru Lepasan Maktab Semenan-jung Malaysia (KKGLMSM) bagi memastikan golongan pendidik dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedika-si serta mencapai tahap pro-fesionalisme terbaik untuk menghasilkan anak bangsa yang cemerlang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata me-nerusi KKGLMSM pelbagai manfaat dinikmati golongan pendidik termasuk gaji permu-laan yang sama antara guru sekolah menengah dan rendah yang mempunyai kelulusan yang sama, Time Base Promotion, Perkhidmatan 2 Skim, ganjaran kepada guru cemerlang dan kenaikan gred sehingga DG52 dan DG54.

“Justeru itu, dengan pelbagai

manfaat dan kemudahan yang disediakan kerajaan, guru ha-ruslah sentiasa memberikan pendidikan yang terbaik kepa-da anak-anak kita.

“Golongan pendidik perlu berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa, sebaliknya harus lebih inovatif dan kreatif kera-na gurulah yang menentukan kecemerlangan anak bangsa,” katanya ketika berucap sem-pena Sambutan Jubli Emas KKGLMSM di Hotel Permai, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pen-gajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Presiden KKGLMSM, Datuk Jemale Paiman dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Hashim Mohd Zin.

Menteri Besar berkata, ke-

cemerlangan anak bangsa menjadi kayu ukur kepada ke-majuan ekonomi dan pemban-gunan negara serta memastikan segala perancangan kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri tercapai satu masa nanti.

“Terengganu sendiri pada satu ketika dulu sering keting-galan dalam aspek pendidikan berbanding negeri jiran, Kelan-tan yang jauh kehadapan. Bagaimanapun, dengan pela-buran yang tinggi terhadap sektor itu jika dibandingkan dengan negeri lain, membole-hkan Terengganu cemerlang dalam bidang pelajaran sejak beberapa tahun lalu.

“Kerajaan Pusat mempe-runtukkan bajet tahunan untuk pelajaran berjumlah RM38 bilion, satu peruntukan yang cukup besar dan diberi keutamaan berbanding sektor lain. Manaka-

la Terengganu membelanjakan RM340 juta untuk pendidikan dan antara negeri paling tinggi memperuntukkan bajet bagi sektor itu,” katanya.

Katanya, daripada keseluru-han bajet tahunan itu, sebanyak RM113 juta disediakan bagi penajaan melanjut pelajaran di luar negara, menyediakan `one-off’ untuk anak negeri yang berjaya meneruskan pengajian di peringkat ijazah, diploma/matrikulasi dan sijil.

- dari ms 1

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Dato’ Ismail Ali sambil diperhatikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

FOTO Harish Fadzillah | [email protected]

Menteri Besar memukul gong gimik perasmian Sambutan Jubli Emas KKGLMSM di Hotel Permai.

Page 3: teganukita 70

AM3BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Terengganu terus mengekalkan kesinam-bungan kecemerlangan dalam Ujian Pencapa-

ian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila pencapaian calon di seluruh negeri berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) mengata-si Gred Purata Nasional seban-yak 0.10.

Pencapaian minimum gred C dan cemerlang semua A bagi semua mata pelajaran turut mengatasi nasional, masing-mas-ing mencatat 0.17 peratus dan 4.28 peratus.

Pengarah Jabatan Pelaja-ran Negeri Terengganu (JPNT), En-cik Zakaria Hussin berkata enam mata pelajaran berjaya men-gatasi pencapaian nasional berdasarkan perbandingan Gred Purata Mata Pelajaran Negeri dengan Gred Purata Mata Pe-lajaran Nasional.

“Enam mata pelajaran yang mengatasi pencapaian nasion-al adalah bahasa Melayu (Pe-mahaman) (SK) (0.06), bahasa Melayu (Penulisan) (SK), baha-

sa Melayu (Pemahaman) (SJKC) (0.04), bahasa Inggeris (SK)(0.06), bahasa Inggeris (SJKC) (0.08) dan Sains (0.17).

“Walaupun pencapaian

negeri merosot sedikit dengan GPN menurun 0.07 daripada 2.14 (2011) kepada 2.21 tahun ini, peratusan calon yang mem-perolehi pencapaian baik den-

gan minimum Gred C, iaitu tidak termasuk semua A bagi semua subjek meningkat sebanyak 1.57 peratus daripada 55.54 peratus pada tahun lalu kepa-da 57.11 peratus tahun ini,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Haji Zubir Em-bong.

Encik Zakaria berkata, pen-capaian calon cemerlang yang mendapat semua A menurun sebanyak 2.34 peratus, iaitu daripada 15.56 peratus pada 2011 kepada 13.22 peratus pada tahun ini.

Bagaimanapun katanya, peratusan calon yang memper-olehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pen-capaian minimum meningkat sebanyak 1.16 peratus, dari-pada 2.35 peratus (2011) ke-pada 3.51 peratus (2012).

Seramai 23,196 murid se-kolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta yang men-duduki UPSR seluruh Tereng-ganu tahun ini.

UPSR: Terengganu atasi nasionalOleh: Aida Abd [email protected]

GLC ikrar jauhi amalan rasuahAnak-anak Syarikat Ker-

ajaan Negeri (GLC) sama sekali tidak dibenarkan

mendekati atau memberi rasuah sebaliknya melaksanakan tanggung jawab dengan penuh dedikasi memajukan syarikat bagi meraih keuntungan.

Setiausaha Kerajaan Nageri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berka-ta semua anak syarikat kerajaan negeri dikehendaki membuat ikrar dan menandatangani su-rat akuan bagi menjauhi perk-ara-perkara berkaitan dengan amalan rasuah.

“ Bukan saja anak syarikat kerajaan negeri tetapi syarikat lain yang ada hubungan dengan kita juga perlu menjaga hubun-

gan dan bersih dalam sebarang urusan,” katanya selepas mem-pengerusikan Majlis Ikrar In-tegriti Korporat di Wisma Darul Iman.

Hadir sama, Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Halimah Md Sharif dan Timbalan Peng-arah (Pencegahan) SPRM Terengganu Encik Mohd Yasin Jusoh.

Katanya, samada meneri-ma atau memberi rasuah dalam syarikat-syarikat berkaitan yang membuat urusan perniagaan tidak dibenarkan mengamalkan rasuah.

“Prestasi anak-anak syari-kat setakat ini agak baik con-

tohnya EPIC yang mampu cacat keuntungan paling tinggi tahun ini dan berharap selepas buat ikrar ini, semuanya beri tumpuan untuk capai peningkatan mas-ing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, 53 anak syarikat kerajaan negeri telah melafaz ikrar yang diketuai oleh Encik Ramli Ismail dari Tereng-ganu Incorporated (Terengga-nu Inc) dan seterusnya menan-datangani surat akuan dan menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya akan serahkan surat akuan ini kepada SPRM dalam Seminar Sistem Integriti Kor-porat di Kota Bharu awal Disember ini,” katanya.

Kerajaan negeri meminta kontraktor yang terlibat den-

gan projek pembangunan Pulau Bebas Cukai, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu supaya menyegerakan projek mas-ing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, ada beberapa projek yang terlewat daripada jadual kerja dan ber-harap masalah itu dapat dia-tasi segera.

Katanya, pembangunan di kawasan itu sepatutnya dapat disiapkan April 2014, sebelum dapat beroperasi sepenuhnya sebagai Pulau Bebas cukai pada Ogos tahun yang sama.

“Sekarang ini sebanyak 10 projek termasuk prasarana berskala besar sedang berjalan, termasuk Kompleks Bebas Cukai, Kompleks Kastam Pulau Bayas.

“Gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsep-kan Factory Outlet juga sedang berjalan lancar,” katanya ke-pada pemberita selepas men-gadakan lawatan kerja dan perjumpaan bersama kontrak-tor berkaitan di Pulau Petang, Tasik Kenyir, baru-baru ini

Katanya, status Tasik Keny-ir sebagai pulau bebas cukai akan membantu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri dan rakyatnya, terutama penduduk setempat.

“Kita harap ini akan men-jadi pemangkin kepada sektor pelancongan Terengganu. Se-lama ini kita anggap Tasik Ken-yir sebagai sebuah tasik yang ‘tidur’ kerana hampir 30 tahun tidak ada kegiatan dan pem-bangunan, “ katanya.

Kontraktor diminta percepatkan projek

Pelajar-pelajar cemerlang gembira sambil menunjukkan keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 di Sekolah Kebangsaan Durian Mas II Dungun, Terengganu.

Perkembangan terkini kerja-kerja pembangunan Pulau Bayas yang akan dijadikan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Terengganu pengeluar utama tanaman melonTerengganu mun-cul negeri terbesar mengeluarkan tanaman melon dengan kejayaan menghasilkan pendapatan kira-kira RM10 juta sejak beroperasi 2006. Selain di-pasarkan di dalam negara melon juga mendapat per-mintaan tinggi di Dubai, Hong Kong dan Singapura.

Page 4: teganukita 70

4

AMBIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah melahirkan keyakinan dengan keupayaan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk bersaing di pering-kat global dalam era global-isasi yang kian mencabar dan iklim ekonomi dunia yang se-makin kompetitif.

Titah baginda, bagi mem-perkukuhkan daya saing graduan, UMT perlu berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang kreatif dan inova-tif melalui program-program akademik yang menjurus ke-pada pembangunan modal insan.

Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT bertitah demikian di majlis Konvokesyen UMT Ke-10 di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis itu. Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mah-mud; Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman dan Ahli-

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan beserta isteri.

“Beta bangga apabila Kementerian Pengajian Ting-gi (KPT) telah mengiktiraf In-stitut Oseonografi dan Sekitaran (INOS) sebagai Pusat Kece-merlangan Pengajian Tinggi yang ketujuh dan berharap melalui pengiktirafan ini INOS dapat melonjakkan keupayaan dan pencapaian dalam bidang tujahan kelestarian ekologi marin selain menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan UMT.

“Beta turut merasa bang-ga dengan pencapaian pela-jar UMT yang menyerlah bukan sahaja dalam akademik mala-han dalam kemahiran insani-ah dan kejayaan mereka dalam beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa amat menyer-lah,” titah baginda.

Titah baginda, selain penekanan kepada aspek pengajaran dan penyelidikan, UMT harus terus berusaha memperkasakan kapasiti dan kualiti pegawai akademik, pegawai pengurusan dan pro-fesional serta kakitangan sokongan agar mengamalkan

budaya kerja cemerlang yang menjadi visi dan misi universi-ti sebagai asas penghasilan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

“Dalam situasi masyarakat kini yang berhadapan dengan krisis integriti, pembudayaan amalan integriti perlu diperkukuh-kan bagi menjamin keberke-sanan dan kebolehpercayaan proses pengajaran, pembe-lajaran, penyelidikan, pener-bitan dan khidmat masyarakat di samping mampu memper-teguhkan keperibadian pela-jar sebagai modal insan yang jujur dan berakhlak mulia,” titah baginda.

Tuanku Canselor kemu-diannya merakamkan seting-gi tahniah kepada graduan dan juga semua ibu bapa, penjaga dan keluarga yang mengha-rungi pelbagai rintangan men-didik dan membesarkan anak-anak dalam suasana semakin mencabar ini.

Majlis konvokesyen meli-batkan 2,080 orang graduan iaitu 102 orang menerima diploma, 1866 orang (ijazah sarjana muda), 99 orang (ijazah sarjana) dan 13 orang (ijazah doktor falsafah).

UMT mampu bersaing di peringkat global

Oleh: Esah [email protected]

Semua pengamal media di negeri ini disaran menyertai Ko-perasi Media Terengganu Berhad bagi menjana pendapa-tan serta ekonomi menerusi rangkaian strategik dalam

pelbagai sektor.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usa-

hawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, ber-kata menerusi keanggotaan itu nanti, kumpulan media dapat menyalurkan idea bernas yang boleh diterjemahkankan bagi tujuan menambah pendapatan di kalangan ahli khususnya dalam bentuk dividen menerusi perniagaan dan pelaburan tertentu.

“Saya yakin dan percaya Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) yang sudah lama mengimpikan koperasi ini dapat mengembang-kannya setanding koperasi lain yang maju di negeri ini,” katanya ketika menyampaikan surat kebenaran menubuhkan Koperasi Media Terengganu Berhad secara rasmi kepada Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Rosol Wahid dan Penga-rah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu, Encik Zahari Omar.

Koperasi Media Terengganu medium jana ekonomi

Terengganu merupakan antara negeri yang menerima pe-

runtukan tertinggi di bawah pro-gram latihan pembangunan untuk ahli-ahli peladang di neg-ara ini.

Pengarah Bahagian Pem-bangunan Modal Insan Lemba-ga Pertubuhan Peladang (LPP), Encik Mohd Naser Harun ber-kata, negeri Terengganu akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 untuk dimanfaatkan 32, 670 orang ahli.

“Mengikut rekod kita, sebe-lum ini Terengganu hanya me-nerima sekitar RM10 hingga RM15 ribu sahaja dan ini mer-upakan bajet tinggi berbanding tahun sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Sam-butan Hari Inovasi LPP Negeri Terengganu di Dewan Wawasan, Wisma Peladang, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Lem-baga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Encik Sham-suddin Mat Rani dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Encik Sawal-luddin Ahmad.

Katanya, LPP memperun-tukan RM2 juta bagi menyediakan latihan pembangunan kepada kira-kira 800,000 ahli-ahli per-tubuhan peladang seluruh negara tahun depan.

Menurutnya, peruntukan pembiayaan latihan berkenaan turut melibatkan Sabah dan Sarawak serta dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Perta-nian Kemubu (Kada).

“Kita menyediakan perun-tukan yang agak lumayan tahun depan untuk latihan ahli-ahli peladang supaya mereka dapat melipatgandakan usaha mening-katkan pendapatan keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut, Encik Mohd Naser berkata, usaha tersebut diselaraskan di seluruh negara bagi menyokong hasrat kerajaan untuk mengeluarkan pemakanan yang cukup dan selamat.

Bajet tinggi untuk manfaat 32,000 peladang

TPM dan rakyat Terengganu bagai suatu ikatan yang sungguh mesra- dari ms 1

Sultanah Nur Zahirah berkenan menganugerahkan ijazah kepada graduan di Majlis Konvokesyen UMT Ke-10 di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini.

Ini adalah suatu hakikat yang harus kita sedari dalam kita hendak menjadikan negara ini terus maju, negara dapat mengagihkan kekayaan kepada seluruh rakyat, (dan) hidup lebih sempurna,” katan-ya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Tereng-ganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said di DUN Wakaf Mempelam akhir September lalu.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan

berkata terdapat banyak negara yang sudah menca-pai kemerdekaan lebih lama daripada Malaysia tetapi tidak dapat dibangunkan dan masih berlaku pergolakan dan pergaduhan kaum.

“Kemerdekaan tidak menjamin negara itu maju dan rakyatnya hidup aman dan selamat, sebab itu kita di Malaysia harus menghar-gainya, jangan ambil mudah soal ini kerana ini berlaku kerana ada usaha yang di-buat oleh kepimpinan kerajaan kita yang diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional,”

Kehadiran Tan Sri Muhyiddin amat dialu-alukan rakyat Terengganu dan beliau dengan Terengganu bagaikan suatu ikatan yang sungguh mesra, tidak jemu-jemu untuk ke Terengganu.

“TPM menggesa rakyat Terengganu memberi mandat lebih kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang lebih banyak kemajuan dan pemban-gunan, fizikal dan spiritual (pembangunan modal insan) untuk rakyat.

“Rakyat harus berasa cukup bertuah kerana dapat hidup dalam suasana negara yang aman, dengan Malaysia telah menjadi negara yang hendak dicontohi oleh banyak negara lain.”

Page 5: teganukita 70

5

EKONOMIBIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Sebanyak RM22,108,311 keuntun-gan berjaya diraih oleh 504 koper-asi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 234,179 sehing-

ga akhir Jun lalu.Timbalan Pengarah Suruhanjaya Ko-

perasi Malaysia (SKM) Terengganu, Haji Mohd Mazlan Deraman, berkata berdasar-kan statistik pihaknya, jumlah keuntungan meningkat berbanding tempoh yang sama berakhir Disember 2011 (RM20,179,601.62)

dan 2010 (RM16,383,473.69). “Jumlah keuntungan semakin mening-

kat dengan pertambahan koperasi baru setiap tahun. Ia juga disumbang melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing.

‘’Kesedaran orang ramai menyertai koperasi sebagai sebuah institusi yang mampu memberi manfaat dari aspek pendapatan dan pembiayaan kewangan turut mempengaruhi peningkatan jumlah keuntungan serta aset terkumpul,” katan-ya kepada Teganukita, baru-baru ini.

Haji Mohd Mazlan berkata sehingga Jun lalu juga, SKM berjaya merekodkan RM387,559,374.05 aset terkumpul dengan RM243,402,389.63 jumlah dagangan ser-ta RM182,317,364.74 pegangan saham.

Pada masa yang sama, beliau menasi-hatkan anggota koperasi memperkukuh-kan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru.

Katanya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan.

Koperasi jana untung RM22 jutaOleh: Aida Abd [email protected]

Terdapat 100 orang petani di negeri ini terlibat dengan

projek tanaman gaharu (karas) sama ada dalam bentuk skala kecil atau besar yang melibat-kan kawasan seluas 120 hek-tar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris berkata, mereka tidak perlu menyediakan kawasan yang luas kerana setiap 0.4 hektar sudah mampu ditanam sehing-ga 500 pokok.

“Jika tidak mahu mengu-sahakan sehingga matang iaitu lima tahun, mereka boleh menjual anak pokok yang mam-pu mencecah sehingga kira-ki-ra RM300 satu pokok,’’ katanya, baru-baru ini.

Haji Asha’ari berkata, kayu gaharu merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan min-yak wangi dan boleh dieksport kerana potensinya yang besar berikutan permintaannya yang tinggi di Asia Barat.

Katanya, selain industri minyak wangi, kayu gaharu turut

digunakan untuk membuat perhiasan, tonik minuman, teh dan sabun,

Manakala di negeri ini gaharu diguna bagi industri minyak wangi dan teh yang di-hasilkan melalui daun pokok tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan negeri amat menggalakkan pemilik tanah memajukan ta-naman ini kerana potensinya yang besar berikutan permint-aannya yang tinggi.

Beliau kemudiannya menye-ru orang ramai yang mempunyai tanah terbiar agar memanfaat-kannya dengan tanaman pokok gaharu kerana mampu memberi pulangan lumayan.

Kayu gaharu beri hasil lumayan

SERAH ZAKAT PERNIAGAAN...Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada MIDF Property Berhad sebanyak RM150,000 oleh Pengurus Besarnya Mohd Yusoff Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Tidak ramai wanita yang berani menceburi bidang perniagaan berasaskan

sektor pembekalan dan perkh-idmatan kerana ia mempunyai banyak risiko dan cabaran yang perlu ditempohi terutama bersaing dengan bangsa lain.

Bagaimanapun, seorang

usahawan wanita Datin Ma-ziah Musa,42, dari Besut, boleh dijadikan contoh kerana bersikap

berani dan sedia mengha-dapi cabaran untuk mem-bentuk sebuah syarikat Bumiputera yang berupaya

menyertai pelbagai sektor berasaskan perkilangan.

Penubuhan Pointray Group satu bukti keberanian beliau untuk berada pada tahap sama taraf dengan syarikat perkil-angan lain di negara ini dalam

meningkatkan pemba-ngunan sektor berkenaan.

Pointray Group yang ditubuhkan pada 1990 ber-

giat aktif dalam bidang pem-buatan dan perkilangan dan kini berupaya menyediakan 27 bidang kerja utama dalam mema- sarkan pelbagai

produk.

Menjawat jawatan Ketua Pengarah Eksekutif, Maziah anak kelahiran daerah Besut kini muncul antara usahawan wanita yang berjaya mempelopori dalam bidang perusahaan perabut, tekstil, makanan be-rasaskan Islam, hiasan jalan, pejabat, peralatan hawa din-gin, elektronik dan permaidani.

Menurut Maziah, selain mempunyai kilang yang berop-erasi di Kuala Lumpur pihak-nya juga mengembangkan sayan dengan membuka kilang di Kawasan Perindustrian Gong Medan, dekat Kampung Raja, Besut.

Katanya, pembukaan kilang di Besut sebahagian daripada usaha syarikat untuk membantu Kerajaan Negeri dan penduduk tempatan men-jana ekonomi melalui peluang pekerjaan yang diwujudkan.

Menurutnya, kilang milik syarikat itu di Besut yang berop-erasi awal tahun ini menyediakan pengeluaran tilam dan peralatan perabut.

Beliau berkata,pembuatan tilam mendapat pasaran baik terutama pemilik hotel di seluruh negara yang sememangnya mempunyai ikatan perniagaan yang berterusan dengan syari-kat berkenaan.

Selain itu,katanya, syarikat terbabit juga yang berdaftar dengan Kementerian Kewan-gan telah diiktiraf oleh kemen-terian sebagai syarikat milik Bumiputera untuk membekalkan pelbagai pralatan pejabat di seluruh jabatan dan agensi kerajaan.

“Ramai golongan remaja sebahagian besarnya Bumi-putera diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan diambil bekerja di syarikat kami,” katanya.

BISNESOleh: Mohammad [email protected]

Pointry Group lambang kejayaan wanita

(Gambar kanan) - Kilang Pointry Group yang beroperasi di Besut,

Terengganu, manakala pekerja sedang membuat bantal

(gambar kiri).

DATIN MAZIAH MUSA

Page 6: teganukita 70

PENAUNG: YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID

MENTERI BESAR TERENGGANU. YB Haji Khazan Che Mat

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG: Ruslan Abdul Rahman

Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib

(Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman

(Akhbar Teganukita).

WARTAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

JURUFOTO: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidan

g Red

aksi

- Pengarang.

Rakyat Terengganu serik doh

di bawah pembangkang

Sembahyang dua imam kerana berlainan politik adalah kejadian benar

6

RENCANABIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Pemimpin dan parti yang pernah dito-lak oleh rakyat Terengganu kerana pelbagai kezaliman, kerakusan,

penipuan dan putar-belit kini datang kem-bali menabur janji kononnya mereka akan menjadi kerajaan yang terbaik.

Sebenarnya rakyat Terengganu sudah alami segala penindasan dan penderitaan di bawah pimpinannya dan partinya, atau disebut sebagai ‘serik doh weh”.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri menyebut per-kara ini sewaktu berucap di perhimpunan agung Umno baru-baru ini:

“Soalnya, adakah layak pemimpin seperti ini, yang hendak diangkat oleh rakyat untuk membela untung nasib mereka?

Waima, dulu pun, selepas saja satu penggal menjadi Menteri Besar, orang Terengganu terus menolak kepimpinan beliau.”

Demikian disebut oleh Dato’ Seri Mohd.Najib, suatu perkara yang amat perlu difahami dengan jelas bahawa kita perlu menolak parti dan pemimpin yang telah terbukti tidak berupaya dan melakukan pelbagai kemungkaran.

Jelas parti dan orang yang memimpin parti itu telah ditolak oleh rakyat kerana rakyat telah menilai kemampuan, kejujuran dan segalanya tentang parti dan pimpinan parti itu.

Puluhan ribu ekar kawasan balak diberi pada kroni, tanah puluhan hektar ladang diberikan kepada wakil rakyat dan isterinya, zakat diberikan kepada anak Exco Kerajaan, kanak-kanak tabi-ka Kemas dihalau dari balai raya, wang bantuan orang miskin dipotong, gaji wakil rakyat dinaikkan, tanah dirampas dibaha-gi kepada kroni dan berbagai kezaliman dan kepincangan yang masih menghantui rakyat Terengganu. (terlalu banyak untuk disenaraikan penyelewengan mereka).

Hari ini mereka datang lagi menjaja ke-baikan, kononnya mereka akan membawa rakyat dan negeri ke arah yang lebih baik.

Rakyat dan pengundi Terengganu tidak akan masuk ke lubang biawak buat kali kedua.

Rakyat Terengganu sudah selesa dan sejahtera dan bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Kesan fatwa mengkafirkan Umno oleh pemimpin Pas,

khususnya melalui Uca-pan Haji Hadi pada tahun 1981 di Kampung Bang-gol Peradong, maka berlakulah perpecahan sesama umat Islam di negara ini, sebagaimana di sebut oleh Per-dana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Mungkin bagi sesetengah pihak ia diang-gap sebagai suatu yang sukar dipercayai, tetapi hakikatnya ia adalah benar-benar ber-laku. Video dan gambar kejadian itu masih tersimpan.

Berita Harian bertarikh 19 Julai 1982 melaporkan, umat Islam mengecam pertu-buhan politik yang terbabit dengan kegiatan membiarkan pengikut mereka melakukan perpecahan di dalam masyarakat dengan sembahyang dua imam dalam satu masjid dan dua masjid dalam satu kampung di Tereng-ganu.

Mereka menganggap perbuatan itu sebagai perosak dan pencabul kehormatan dan ke-sucian Islam dan bukannya pejuang Islam yang sebenar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas waktu itu, Ustaz Abdul Latif Muhammad mengakui wujudnya perpecahan antara penyokong Pas dan Umno di Terengganu.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Berita Harian itu beliau juga tidak menafikan kejadian sembahyang dua imam dalam satu masjid dan mendirikan dua buah masjid dalam

satu kampung ekoran keadaan itu.

Pada masa itu di-laporkan kira-kira 30 buah masjid dan surau didirikan melalui kelab-ke-lab parti berkenaan dan pengikut parti itu bersem-

bahyang di kelab berkenaan. Menurut laporan Utusan Melayu bertarikh

5 November 1986 pula, mendirikan sembahyang Jumaat berasingan dalam satu kariah adalah haram, ditegaskan oleh Mufti dalam satu edaran buku yang bertajuk ‘Fatwa Mufti” yang diedar-kan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu pada masa itu.

Pada masa itu di Besut kejadian mengada-kan sembahyang Jumaat di tempat berasingan dua sekampung adalah paling banyak iaitu 26 tempat. Antaranya termasuklah Gong Pasir, Bukit Tanah, Benting Lintang, Bukit Puteri, Tok Sabah, Lapan Kotak, Gong Duek, Tok Dor Dalam dan lain-lain.

Di Setiu terdapat lima tempat, Marang empat tempat, Kuala Terengganu tiga tempat, Dungun (1) dan Hulu Terengganu (2).

Oleh itu apa yang sebut oleh Dato’ Seri Mohd. Najib adalah perkara yang benar-benar berlaku dan rakyat Terengganu, terutama penduduk di kampung yang terlibat adalah saksinya.

Kejadian nikah dua kali (nikah semula) kerana anggap pernikahan terdahulu dengan jurunikah Umno tidak sah, tanah kubur beras-ingan, tidak makan gulai masakan orang Umno yang dianggap sembelihan tidak sah dan se-bagainya juga benar-benar berlaku.

siri 13

ANALISISOleh: Pengarang [email protected]

Orang teganu???

Ingat dok lagi...INGAT DOK LAGI...imbas kembali

perbuatan terkutuk yang dilakukan pengikut dan penyokong Pas melaku-kan sembahyang dua iman di sebuah

masjid di Gong Pasir, Besut pada tahun 1982.

Page 7: teganukita 70

WAKAF RAKYAT

Oleh: Ruslan Abdul [email protected]

7

RENCANABIL: 70 (15 - 30 November 2012)

“Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba mem-perdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir

melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia pasti kenal siapa dia.

UMNO dicap kafir kerana beker-jasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Kesan amanat pada tahun 1981 itu bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi juga telah menana-mkan benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.

Natijahnya, muncullah tragedi Me

mali, peristiwa Lubok Merbau, ke-jadian sembahyang dua Imam, perceraian suami isteri, perseteruan keluarga ser-ta wujudnya fahaman haram memakan sembelihan oleh orang-orang UMNO.

Soalnya, adakah layak pemimpin

seperti ini, yang hendak diangkat oleh rakyat untuk membela untung nasib mereka? Waima, dulu pun, selepas saja satu penggal menjadi Menteri Besar, orang Terengganu terus menolak ke-pimpinan beliau.”

Di atas adalah merupakan sedut ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.

Najib Tun Razak dalam perhimpunan agung Umno baru lalu selaku Presiden Umno.

Memanglah semua tahu bahawa amanat atau ucapan Ahli Parlimen Ma-rang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada-lah merupakan racun berbisa memba-

wa perpecahan umat Islam seperti beberapa natijah yang disebut oleh Dato’ Seri Najib itu.

Sembahyang dua imam bukan don-geng, contohnya ini berlaku pada 17 Julai 1982 di masjid Gong Pasir, Besut.

Pada tahun 1963, Dewan Ulamak Pas Kelantan menyebut: Orang Islam Umno menjadi kafir kerana bekerjasa-ma memerintah negara dengan orang kafir, atau ringkasnya disebut sebagai ‘kafir berikat’.

Jadi persoalannya sekarang bagaimanakah dengan fatwa itu apa-bila Pas sendiri bekerjasama dengan bukan Islam (DAP) memerintah di Pulau Pinang, Perak sebelum ini, Selangor?

Itulah persoalan yang sebenarnya dan perkara yang berkaitan Islam tida-klah boleh dipermainkan sesuka hati, maksudnya membuat hukum dan fatwa yang mengikut selera dan kepentingan politik.

Haji Hadi juga pernah mengatatakan “Tuhan Jadikan Kita Untuk Bergaduh’. Bayangkan sampai begitu sekali beliau sanggup menafsir ayat suci al-Quran surah Al-Baqarah ayat 251, dalam satu ucapannya di Bukit Kulim Marang Tereng-ganu pada 24 September 1980, lebih awal sebelum amanat Haji Hadi di Bang-gol Peradong pada 1981.

Dato’ Abu Bakar Chik pada 13 No-vember 1983 di Kampung Darat Batu Rakit menyebut dalam ucapannya ba-hawa Pas adalah Hizbullah (parti Allah) dan Umno adalah Hizbus Syaitan (par-

ti Syaitan) dengan menafsirkan sesuka hatinya ayat 19 dan 22, surah Al Mu-jadalah.

Haji Hadi juga yang pada tahun 1986, waktu itu menjadi Naib Presiden Pas juga menyatakan dalam ceramahnya di Jertih Besut bahawa Pas parti Allah, dengan katanya parti yang bermatlamat mewujudkan negara Islam boleh ditaf-sirkan sebagai parti Allah.

Persoalannya sekarang bila Pas telah bertukar kepada memperjuangkan negara kebajikan bagaimana?

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri ketika men-gulas dakwaan Pas parti Allah sebagai perbuatan menyekutukan Tuhan untuk kepentingan politik.

Kesan amanat Haji Hadi pada tahun 1981 itu bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi juga telah menanamkan benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.

Perhimpunan Agung Umno 2012 banyak berkisar mengenai perpecahan Melayu dan Umat Islam khasnya dan bagaimana kuasa yang ada kepada UMNO/BN untuk memastikan ianya kembali bersatu.

KELENTONG RAKYAT...masihkah kau ingat bagaimana Haji Hadi memeluk Lim Kit Siang tetapi dalam masa sama menuduh Umno kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Amanat Haji Hadi yang sesat lagi menyesatkan

Umno dituduh kafir bekerjasama dengan bukan Islam, Pas bekerjasama dengan DAP bagaimana pula?

Page 8: teganukita 70

8

RENCANABIL: 70 (15 - 30 November 2012)

PERHIMPUNAN LUAR BIASAPerhimpunan Agung

Umno Ke-66 yang ber-langsung di Pusat Da-gangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

baru-baru ini, bukan sekadar perhimpunan biasa.

Sebaliknya ramai ahli dan penyokong Umno sama ada yang berpeluang menjadi per-wakilan atau yang berada di luar dewan sebagai pemerhati, mengikuti perhimpunan itu den-gan penuh semangat dan daya juang yang tinggi, sebagai per-sediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Rata-rata ahli Umno yang berada di PWTC begitu berse-mangat menunggu kerah-an tenaga daripada pucuk pimpinan parti bagi mengha-dapi PRU 13 selepas Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melontarkan kata-kata hikmat bagi meniup-kan semangat mereka untuk berjuang bagi memenangkan calon-calon Barisan Nasional (BN).

Sepanjang persidangan itu, terpancar kesungguhan 2,759 perwakilan yang berada di da-lam dewan bagi mendengar se-tiap amanat pemimpin-pemi-mpin parti.

Sudah tentu mereka akan membawa balik pesanan terse-but ke peringkat bahagian dan cawangan serta disebarkan kepada ahli-ahli Umno per-ingkat akar umbi dengan satu harapan- mengekalkan pemer-intahan Kerajaan BN pada PRU 13.

Perhimpunan kali ini yang merupakan terakhir sebelum PRU 13, banyak mencetuskan linangan air mata daripada per-wakilan, terutama apabila ada wakil yang membangkitkan isu agama dan masa depan bang-

sa Melayu.Ramai yang menangis apa-

bila ada pembahas yang men-gajak semua perwakilan men-yanyikan lagu “Warisan” bagi membangkitkan semangat mereka untuk mempertahank-an negara daripada dikuasai pembangkang yang berseng-kokol dengan kuasa asing un-tuk menjatuhkan Kerajaan BN.

Pada perhimpunan itu juga pemimpin mengambil peluang melalui lafaz ikrar dan doa yang memohon restu perjuangan Umno diberkati Allah. Tidak ada doa yang meminta dijah-anamkan pemimpin atau ahli daripada parti pembangkang.

Semua ahli Umno menyedari mereka kini mempunyai tang-gungjawab besar untuk meng-galas tugas yang diamanahkan pemimpin bagi mempertahank-an negara daripada dicabuli musuh yang cemburu dengan keharmonian negara yang didi-ami rakyat berbilang bangsa.

Manakala di pihak pemimp-in Umno pula, mereka sepa-tutnya menginsafi apa yang diperkatakan oleh Presiden menerusi lima soalan cepumas bagi membuktikan kesetiaan pemimpin terhadap apa saha-ja keputusan yang dibuat untuk kemenangan parti pada PRU13 tidak lama lagi.

Pengalaman lampau ban-yak mengajar pemimpin supaya tidak mengingkari keputusan parti jika ada antara mereka tidak terpilih untuk dicalonkan atau diminta bertukar kawasan, kerana semua yang dilakukan itu untuk kepentingan parti.

Semoga riwayat Tereng-ganu seperti apa yang berlaku pada 1999 tidak lagi berulang sebaliknya terus kekal sebagai negeri yang mampu menum-bangkan pembangkang pada PRU 13 yang dianggap pal-ing getir dalam sejarah politik tanah air.

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Mohamad [email protected]

Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengibarkan sepanduk Barisan Nasional sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut kelihatan, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga pemimpin sayap Umno, Khairy Jamaluddin, Dato’ Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Dato’ Shahrizat Abdul Jalil selepas sidang akhbar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melawat pusat media di PWTC.

Perwakilan dan ahli Umno menyerbu gerai jualan songket dan batik Terengganu.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama wakil pelajar luar negara.

Ahli Umno yang mengikuti persidangan di luar dewan.

Page 9: teganukita 70

RENCANA 9BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

PERHIMPUNAN LUAR BIASA

Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengibarkan sepanduk Barisan Nasional sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut kelihatan, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Para perwakilan mengaminkan bacaan doa sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012.Tiga pemimpin sayap Umno, Khairy Jamaluddin, Dato’ Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Dato’ Shahrizat Abdul Jalil selepas sidang akhbar.

Page 10: teganukita 70

10

PELANCONGANBIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Pantai Air TawarRIADAH

Hirup udara Laut China Selatan di

Makan angin – mungkin itulah rancangan yang sedang dirangka ibu bapa bagi mengha-

biskan cuti panjang persekolah-an bersama anak-anak mereka. Jangan pening kepala, kerana nun di Utara Terengganu, desti-nasi terbaik untuk disinggahi merupakan hamparan pantai memutih pasirnya dihiasi per-mandangan dan suasana yang pasti tidak menghampakan.

Daerah Besut yang menjadi sempadan antara negeri Tereng-ganu dan Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau tetapi juga jajaran pantainya yang menjadi sumber tarikan

pelancongan di daerah itu.Pantai Air Tawar yang

terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Jerteh, empat kilometer dari Kuala Besut atau tiga kilometer daripada Bukit Keluang merupakan pantai yang kerap dikunjungi penduduk tempatan mahu pun pelancong luar.

Daripada pantai ini jelas kelihatan Pulau Perhentian yang merupakan pulau yang tidak asing lagi dalam peta pelancon-gan Terengganu.

Kadangkala lokasi ini menjadi persinggahan wajib bagi mereka datang secara berkum-pulan ataupun berkonvoi sema-ta-mata mahu melepaskan penat sambil menikmati bekalan yang dibawa.

Di Pantai ini, kemudahan seperti tandas, kerusi, surau,

wakaf, gerai-gerai jualan dan taman permainan kanak-kanak tersedia untuk para pelawat. Setiap hujung minggu aktiviti perkelahan dan sukan pantai kerap diadakan di sini.

Pesta kebudayaan dan kesenian akan diadakan pada setiap tahun di pantai ini bagi menarik lebih ramai pelancong.

Bagi mereka yang ingin bermalam, terdapat beberapa chalet dan homestay sekitar pantai ini dengan harga berpatut-an, antaranya adalah MNI Homestay yang mana anda boleh menghubungi Wan Azizah di talian 013 9232625 atau 09 6668890 untuk tempahan.

Mungkin anda boleh berehat sementara di sini bersama keluarga dan menghirup angin Laut China Selatan di Pantai Air Tawar ini.

Oleh: Suriati [email protected]

Penduduk Landas bersatu

Mentaliti o r a n g k a m -

pung perlu berubah un-tuk menerima segala pem-b a n g u n a n yang disalur-kan kerajaan untuk mer-apat jurang p e r b e z a a n

penduduk di bandar dan luar bandar.“Saya sentiasa mengingatkan

mereka, penghijrahan keluar dari garis kemiskinan perlu dilakukan dengan usaha bersungguh-sungguh serta sentiasa terbuka menerima saranan dari pihak berkuasa seperti jabatan pertanian dan lain-lain agensi pembangunan.

“Semangat perpaduan dan sa-ling bekerjasama yang diamalkan masyarakat meringankan tugas seo-rang ketua kampung,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese-lamatan Kampung (JKKK) Kampung Landas, Encik Muzir Salim, 35.

Terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Parlimen Hulu Terengganu dengan jumlah pen-duduk 986 orang daripada 215 kelu-arga.

Di sini terdapat tiga kategori pen-duduk iaitu kampung tradisional, pe-rumahan kakitangan Mardi, TDM dan perumahan kakitangan kilang kelapa sawit.

“Jumlah penduduk agak ramai, namun semangat kerjasama teserlah setiap kali diadakan program kemas-yarakatan seperti aktiviti menanam pokok hiasan sepanjang jalan utama dan jalan kampung yang mendapat kerjasama semua pihak tanpa mengi-ra fahaman politik,” katanya.

Kampung Landas tersenarai di antara 17 JKKK dalam Parlimen Hulu Terengganu yang akan menyertai pertandingan pentadbiran JKKK ter-baik tahun depan.

Encik Muzir dilantik menjadi ketua kampung cukup teruja untuk mem-buat perubahan bagi menjadikannya sebuah perkampungan yang bersih dan ceria serta bebas dari sebarang penyakit.

JKKK selalu mengadakan pro-gram kemasyarakatan, perjumpaan dan perbincangan antara penduduk kampung dengan pihak jabatan kes-ihatan dan pertanian untuk mencari pendekatan meningkatkan amalan penjagaan kesihatan serta mence-buri pertanian moden.

DESAKU

Oleh: Esah [email protected]

MUZIR SALIM

Page 11: teganukita 70

11

AGAMABIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rah-mat untuk seluruh alam dan merupakan Ra-

sulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhn-ya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seo-rang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang men-getuai angkatan tentera Islam, membawa peru-bahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kem-bali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin, yang bermaksud ‘yang terpuji’.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mu-karramah.Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa-diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: USIA 5 TAHUN • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan ten-tang pengutusan seorang nabi di kalangan bang-sa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN• Terlibat dalam peperangan Fijar. ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda

menyertai peperangan itu beberapa hari dan ber-peranan mengumpulkan anak-anak panah saha-ja.• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan per-niagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asa-diyah.• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; le-laki suruhan Khadijah.• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan be-berapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pem-besar-pembesar dan penduduk Mekah.• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletak-kan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung per-letakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulaw-al/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Mun-awwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W:1. Khadijah Binti Khuwailid2. Saudah Binti Zam’ah3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)7. Zainab Binti Jahsy8. Maimunah Binti Harith9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Ma-sakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W:1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lela-ki bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi meninggal sebelum dewasa.

Biodata dan sejarah ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Page 12: teganukita 70

12 BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

IkonPrestasi sekolah luar bandar (hulu) terbaik

Empat sekolah rendah di Hulu Tereng-ganu tersenarai sebagai 10 se-kolah yang merekodkan penca-paian terbaik berdasarkan nilai

Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012.

Sekolah yang mendahului pencapa-ian GPS berkenaan adalah Sekolah Ke-bangsaan (SK) Tapu (1.12), SK Kemat (1.23), SK Teris (1.34) dan SK Kuala Berang (1.37). Sementara SMK Chalok (1.23), SK Kampung Bari Sungai Tong (1.50), SK Kampung Jaya, Setiu (1.51), SK Rantau Petronas, Kemaman (1.51), SK Tepus, Dungun (1.51) dan SK Tok Dor, Besut (1.52).

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hus-sin, berkata semua sekolah yang terletak di luar bandar tersenarai sebagai sekolah terbaik berdasarkan nilai GPS berikutan jumlah pelajarnya yang kecil berbanding sekolah terletak di dalam bandar.

“Murid Tahun Enam yang menduduki UPSR di sekolah luar bandar tidak ramai berbanding sekolah di dalam bandar. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah khususnya dapat mem-beri lebih tumpuan kepada murid yang disasarkan mampu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan itu.

“Oleh itu, sekolah yang kecil dengan jumlah muridnya yang kecil pastinya mem-punyai potensi besar bagi menyumbang prestasi dan pencapaian terbaik kepada GPS dan juga Gred Purata Negeri (GPN) secara keseluruhannya,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, ba-ru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Haji Zubir Embong.

Encik Zakaria berkata, SK Tapu ump-amanya hanya mempunyai 20 murid yang menduduki UPSR dengan 16 daripada mereka berjaya memperolehi keputusan

Murid sekolah hulu dari Kuala Berang yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Oleh: Aida Abd [email protected]

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan pertambahan pelajar

kepada 8,500 pelajar menjelang 2015 berbanding jumlah sekarang iaitu 7,800 pelajar.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo , berkata untuk menca-pai sasaran ini, UMT berusaha meman-tap dan meningkatkan kualiti program sedia ada supaya dapat melahirkan graduan pelbagai kebolehan.

Katanya, sebagai sebuah universi-ti yang berkembang pesat dari segi in-frasturuktur mahupun akademiknya, UMT sentisa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan budaya penyelidikan kepada setiap warga akademik dan pelajar.

“Pendekatan ini sejajar dengan has-rat UMT untuk menjadi universiti kom-prehensif berfokus yang terunggul di Malaysia. Selain itu, penekanan khusus turut diberikan bagi memantapkan presta-

UMT sasar pertambahan pelajar 8,500

Perjalanan hidup profesor ulung penuh drastik

Kebijaksanaan dalam bidang akademik terser-lah semenjak di peringkat sekolah rendah lagi apabila melangkau kelas dari darjah empat

terus ke darjah enam dan istilah ‘tuang sekolah’ tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Anak tunggal kepada pasangan Haji Ambak Ibrahim seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu serta Hajah Selema Mat Zain seorang suri rumah itu sering mengikut ayahnya memancing dan suka memerhati kehidupan komu-niti ikan dan alam sekitar.

Setelah memasuki alam persekolahan di Seko-lah Kebangsaan Sultan Sulaiman (1958) beliau menanam minat untuk mendalami keunikan ekolo-gi populasi hidupan laut serta bercita-cita menjadi pegawai pertanian.

Begitulah secebis rentetan kehidupan masa lalu seorang ahli akademik ulung , tenaga pengajar, penyelidik dan pakar rujuk di bidang Sains Perikanan, Prof Dr Mohd Azmi Ambak, 61, penerima Anugerah Profesor Emeritus Bidang Sains di Majlis Konvokesy-en Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini.

Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT.

Beliau yang berasal dari Lorong Haji Jamil, Kua-la Terengganu, tidak pernah menduga akan mener-ima penghormatan sebegitu tinggi di bidang akade-mik yang telah menjadi darah dagingnya selagi hayat dibadan.

Berpengalaman 38 tahun dan mula aktif membuat penyelidikan pada 1978 di samping minat menulis artikel dalam jurnal dan buku pertama beliau berta-juk ‘Freshwater Fishes of Peninsular Malaysia (1983) hingga kini masih lagi menjadi rujukan di seluruh dunia.

Sehingga ini beliau berjaya menghasilkan sem-bilan buah buku yang berkait dengan perikanan dan buku terbarunya bertajuk ‘Fishes of Malaysia’ telah dilancarkan Sultanah Nur Zahirah tahun lalu.

Perjalanan kehidupannya penuh drastik, bermu-la dengan mengikuti program pra-universiti di Insti-tut Teknologi Mara (ITM) (1968) kemudiannya me-

neruskan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Malaya di bidang Sains Pertanian (1970) dan ditawarkan ke jawatan pegawai pertanian pada 1973 dan berkhidmat sebagai pensyarah di ITM setahun kemudian.

Kecintaannya terhadap ilmu dan alam sekitar merangsang beliau meneruskan pengajian ke per-ingkat Sarjana di Universiti of Salford, United Kingdom dan seterusnya mengambil program Doktor Falsa-fah di bidang perikanan secara sambilan tanpa mengambil kira bebanan tugas dan tanggung jawab yang dipikul.

Kewibawaan beliau sebagai pemimpin terserlah apabila dilantik ke beberapa jawatan penting dalam universiti termasuklah Ketua Jabatan Biologi Peri-kanan dan Akuakultur (UPM/1982), Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (1984), Pemangku Ketua Pusat Perikanan dan Sains Samudera (1990).

Timbalan Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (1991), Pengarah (1995) Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Gunaan, UPM Terengganu (1996) dan dilantik ke jawatan Profesor pada 1997 dan apabila Kolej Universiti Sains dan Teknoloji Malaysia (Kustem) ditubuh pada 2001 beliau dilantik sebagai dekan pertama Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Beliau juga memegang jawatan Pengarah Per-tama Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) (2004) dan Dekan Sekolah Siswazah (2006) dan setelah Kustem dinaiktaraf sebagai Universiti Malaysia Terengganu beliau dilantik sebagai Dekan Sekolah Siswazah kemudiannya meletak jawatan di UMT (2009) kerana ingin menumpukan masa membuat kajian dan penulisan.

Sehingga kini lebih 200 penerbitan dalam bentuk jurnal, makalah dan kertas kerja berjaya dihasilkan untuk paparan di peringkat kebangsaan dan antara-bangsa serta turut berjaya membimbing lebih dari-pada 60 pelajar pasca-siswazah peringkat sarjana dan PhD.

Prof Dr Mohd Azmi yang pernah dinobatkan se-bagai pemenang NAGA Award anjuran World Fish Center di mana anugerah berkelas dunia ini sebagai pengiktirafan kepada bukunya bertajuk ‘Marine Fishes and Fisheries of Malaysia itu telah menerima dana penyelidikan lebih RM6 juta sepanjang meng-harungi dunia akademiknya.

Kini beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pen-garah Universiti (2012-2015) kini memantapkan kepakaran dalam bidang perikanan dengan mem-fokuskan penyelidikannya serta aktif mengadakan kerjasama dengan institusi dan industri dalam dan luar negara.

Beliau juga memberi khidmat pakar runding kepada agensi kerajaan dan swasta seperti pelan perancangan strategik dan perikanan rekreasi di Tasik Kenyir serta projek sumber air di Kelantan.

Sebagai ahli akademik ulung, Prof Dr Mohd Azmi tidak pernah mengabaikan tanggung jawab seorang bapa yang penyayang kepada 10 anak yang kini jelas mewarisi kejayaannya di mana mereka berjaya memilih kerjaya masing-masing sebagai jurutera, pensyarah, peguam dan ahli perniagaan.

“Saya terharu di atas penganugerahan gelaran Prof Emeritus kepada saya dan ia merupakan peng-hargaan tertinggi setelah 38 tahun berkecimpung dalam bidang akademik , sesungguhnya sumbangan saya hanyalah ibarat setitik air di lautan yang luas,” katanya ketika memberi ucapan balas di majlis kon-vokesyen.

Oleh: Esah [email protected]

Page 13: teganukita 70

13BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

FokusPrestasi sekolah luar bandar (hulu) terbaik

cemerlang yang mencatat A bagi semua mata pelajaran.

Sementara itu, Katanya, SK Paya Bunga yang terletak dalam Bandar Raya Kuala Terengganu pula merekodkan dua daripada 10 murid yang mengambil peperik-saan itu mencapai keseluruhan A bagi mata pelajaran yang diambil.

“Oleh itu, GPS berkenaan bukanlah menjadi kayu ukur utama yang menggam-barkan bahawa pencapaian sekolah di bandar menurun sebaliknya situasi itu perlu dinilai daripada pelbagai aspek ter-masuk bilangan calon murid,” katanya.

Katanya, pencapaian calon cemerlang (semua A) di bandar dan luar bandar pada tahun ini mengalami penurunan masing-mas-ing sebanyak 2.23 peratus dan 2.05 pera-tus.

Walau bagaimanapun, peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik (min-imum C tidak termasuk semua A) di kedua-dua lokaliti berkenaan meningkat, mas-ing-masing 1.11 peratus dan 2.18 peratus.

Menurutnya, daripada pencapaian itu juga menunjukkan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi ber-banding calon bandar iaitu sebanyak 1.0 peratus.

“Begitu juga dengan dengan peratu-san calon yang memperolehi semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum masing-masing telah meningkat sebanyak 0.93 peratus dan 1.49 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa tahap pen-guasaan minimum calon di bandar adalah lebih berbanding calon di luar bandar den-gan beza sebanyak 0.56 peratus,” katan-ya.

Encik Zakaria berkata, peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat menerusi nilai Gred Pu-rata (GP) yang mengurang iaitu 0.06 bagi bandar dan 0.07 bagi luar bandar, semen-tara jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar bertambah sebanyak 0.01 mata nilai GP.

Pengarah JPNT, Encik Zakaria ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Murid sekolah hulu dari Kuala Berang yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

si sumber manusia yang merupakan aset utama dalam proses untuk menjadikan impian ini satu kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika be-rucap pada Majlis Santapan Malam sempena Majlis Konvokesyen ke 10 UMT di Taman Tamadun Islam, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Pro Cancelor UMT Tan Sri Samsudin Osman dan beberapa exco kerajaan negeri.

Prof Datuk Dr. Ibrahim turut mem-beritahu, langkah-langkah berkaitan dengan penambahan pensyarah baru serta penghantaran tutor dan pensyar-ah melanjutkan pelajaran bagi menca-pai sasaran 70 peratus tenaga penga-jar UMT berkelayakan Ph.D menjelang 2015.

“Ketika ini, daripada 393 pensyarah

yang aktif, 209 pensyarah mempunyai kelayakan Ph.D,” katanya.

Katanya, sehinga Jun, 2012, UMT telah menerima kelulusan untuk 44 pro-jek penyelidikan bernilai RM6.1 juta dar-

ipada pelbagai penyumbang dana.“Apa yang membanggakan penyeli-

dik kita juga telah memperoleh pengik-tirafan sama ada peringkat kebangsaan mahupun luar negara,” katanya.

UMT sasar pertambahan pelajar 8,500

Dua penuntut UMT gembira selepas menerima penajaan Biasiswa Tuanku Canselor UMT.

“Murid Tahun Enam yang menduduki UPSR di sekolah luar bandar tidak ramai berbanding sekolah di dalam bandar. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah khususnya dapat memberi lebih tumpuan kepada murid yang disasarkan mampu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan itu. Oleh itu, sekolah yang kecil dengan jumlah muridnya yang kecil pastinya mempunyai potensi besar bagi menyumbang prestasi dan pencapaian terbaik kepada GPS dan juga Gred Purata Negeri (GPN) secara keseluruhannya.”

Page 14: teganukita 70

14

AMBIL: 70 (15 - 30 November 2012)

JKNT kenal pasti lokaliti tangani denggi

Jabatan Kesihatan Neg-eri Terengganu (JKNT) giat mengenal pasti kawasan bermasalah

denggi di setiap daerah den-gan melihat kepada kejadi-an kes denggi, penemuan tempat pembiakan aedes yang banyak serta tahap kebersihan persekitaran di setiap kawasan sebagai aktiviti utama bagi menangani masalah denggi menerusi Pelan Tindakan Pencegah-an dan Kawalan Denggi Khas.

Pelan tindakan yang dilaksanakan dalam tempoh dua bulan sehingga Disem-ber ini mengikut daerah dise-diakan berdasarkan masalah denggi yang dikesan berlaku di setiap daerah seluruh Terengganu.

Pengarah JKNT, Dr Anwa Sulaiman, berkata pelan dipantau secara terperinci oleh Pihak Vektor negeri yang memfokuskan lokaliti yang bermasalah denggi di seluruh daerah dengan merencanakan serta melaksanakan aktiv-iti-aktiviti kawalan dan pence-gahan secara berkesan.

“Aktiviti lain termasuk meningkatkan keberkesanan pemeriksaan aedes teruta-ma di kawasan bermasalah denggi dengan pemantauan

pegawai penyelia daerah atau negeri mengikut jadual yang telah disediakan, got-ong-royong di kawasan yang bermasalah denggi dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mas-yarakat setempat.

“JKNT turut menjalank-an semburan pencegahan di kawasan yang terdapat banyak pembiakan aedes setelah gotong-royong dilak-sanakan, selain aktiviti pemus-nahan jentik-jentik aedes (Larvaciding) dijalankan terutama di kawasan ber-potensi pembiakan aedes seperti di ladang-ladang atau kebun-kebun yang sukar dilakukan proses pembersi-han di mana aktiviti ini boleh mengawal kewujudan nyamuk aedes dewasa sehingga tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, baru-baru ini.

Dr Anwa berkata, pihak-nya turut meningkatkan ak-tiviti promosi kesihatan ten-tang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dengan menyediakan bunting, poster, pondok-pondok in-formasi serta mengadakan pameran-pameran dan ce-ramah denggi sebagai usa-ha menyedarkan orang ramai mengenai masalah itu.

Selain itu, JKNT juga meningkatkan aktiviti pen-

guatkuasaan aedes di seluruh negeri Terengganu.

“Sehingga 3 November lalu, jabatan kami melakukan pemeriksaan pembiakan jentik-jentik aedes ke 165,014 unit pelbagai kategori premis di seluruh negeri Terengga-nu, di mana 1,021 (0.62 pera-tus ) premis didapati positif aedes.

“Dalam pemeriksaan itu, semua premis yang didapa-ti positif pembiakan aedes telah dikompaun sebanyak RM500 setiap premis mengi-kut Akta Pemusnahan Serang-ga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000),” katanya.

Beliau berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 8,675 amaran atau notis pembersi-han juga dikeluarkan terha-dap premis yang didapati tidak menjaga kebersihan.

Oleh: Aida Abd [email protected]

DR ANWA SULAIMAN

Terengganu In-corporated Sdn Bhd (TISB),

sebuah syarikat pela-buran milik penuh Kerajaan Negeri Terengganu, men-ganjurkan seminar “Internal Audit Col-loquium 2012” den-gan tema “Why and How Auditors Must Change”, di Bangunan TISB, KawasanPer-industrianChendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Seminar itu di-hadiri 50 peserta yang terdiri daripada Juru audit Dalaman mer-angkumi syarikat di bawah kumpulan TISB dan pelbagai agensi Kerajaan Negeri Terengganu.

Seminar ini mer-upakan yang pertama dianjurkan oleh Jabatan Audit Dalaman Kum-

pulan TISB dengan objektif utama untuk meningkatkan peranan Juruaudit Dalaman seiring dengan pe-rubahan semasa dalam melaksanakan perkhidmatan pen-

gauditan dan perund-ingan secara profe-sional dan berkualiti.

Selain itu, sem-inar ini juga merupa-kan platform untuk perkongsian idea dan

maklumat bagi mening-katkan hubungan kerjasama di antara syarikat induk, anak-anak syarikat di bawah kumpulan dan juga jabatan serta agen-si kerajaan berkaitan.

Pelajar perlu menanam tekad ingin berjaya tanpa mengi-

ra institusi mana tempat me-nimba ilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Haji Ah-mad Razif Abdul Rahman (gambar) berkata, pelajar tidak perlu berasa rendah diri kera-na tidak berpeluang melanjut-kan pelajaran di Institut Pen-gajian Tinggi Awam (IPTA).

``Sentiasa bersyukur dan sikap rendah diri hendaklah dihapuskan, yang penting be-rusaha untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi kerana kejayaan tidak akan dicapai jika tiada usaha,’’ katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penu-tup Seminar Sehari Kepekaan Gender Di Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2012 bersama Kolej Inforana anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu (PPWNT).

Dato’ Ahmad Razif berka-ta, setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri dan ini sudah banyak terbukti kejayaan seseorang bukannya hanya kerana mempunyai kelulusan daripada IPTA tetapi juga mer-eka di kalangan institusi swas-ta atau institusi kemahiran.

Seramai 300 peserta dar-ipada pelbagai institusi terma-suk institusi kemahiran menyer-tai seminar tersebut yang mengundang Perunding Psi-kologi Keluarga dan Guaman Syarie Kompleks Akademi Pengajian Islam Universiti Ma-laya, Puan Suzana Ghazali bagi membincangkan topik `Pen-genalan Gender, Isu-isu Sema-sa dan Keganasan Gender’.

Terdahulu, Pengarah PPWNT Hajah Norrani Abdul Rahman berkata seminar itu bertujuan memberi pendedahan menge-nai kesaksamaan gender ke-pada pelajar IPT yang merupa-kan bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

Pelbagai penemuan baru serta isu semasa berkaitan

alam sekitar diketengahkan 400 penyelidik yang menyertai Kongres Antarabangsa Men-genai Penyelidikan Alam Seki-tar atau lebih dikenali ‘Interna-tional Congress of Environmental Research’ (ICER) 2012 yang bermula 22 hingga 24 November yang lalu.

Kira-kira 300 peserta yang menyertai program julung kali dianjurkan oleh Pusat Pemba-ngunan Sosioekonomi, Univer-siti Malaysia Terengganu (UMT) terdiri daripada penyelidik luar negara termasuk dari India, Iran, Nigeria, Sri Lanka serta Thailand manakala 100 pe-serta lagi terdiri daripada penyelidik tempatan.

Program selama tiga hari yang mendapat kerjasama Jurnal Penyelidikan dan Pem-bangunan Alam Sekitar (JERAD).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian, Perdagangan dan Alam Seki-tar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata kerajaan negeri sen-tiasa mengalu-alukan kedatan-gan para penyelidik yang datang ke sini untuk membentangkan hasil kajian mereka.

“Kerajaan negeri berbang-ga dengan usaha yang dilaku-kan UMT melalui penganjuran progam yang melibatkan penyertaan di peringkat an-tarabangsa yang membolehkan perkongsian maklumat serta pendapat dalam konteks yang lebih meluas.

“Melalui kongres ini UMT yang banyak membantu ker-ajaan negeri dalam bidang penyelidikan dan pembangunan alam sekitar di Terengganu diharap dapat mengenalpas-ti masalah seterusnya menye-barkan konsep kesedaran selain dapat menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar khususnya penduduk di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena ma-jlis Makan Malam dan Majlis Perasmian ICER 2012 di Prim-ula Beach Hotel, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Penyelidik ketengah penemuan baru, isu alam sekitar

Tanam tekad untuk berjaya

TISB anjur seminar juru audit dalaman

Peserta seminar anjuran TISB merakam kenangan beramai-ramai.

Page 15: teganukita 70

15BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said

m e n y e m p u r n a k a n majlis pra-pelanca-ran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan sempena Maha 2012 yang se-dang berlangsung pada masa itu, bagi m e m p r o m o s i k a n pelbagai produk pelancongan yang disediakan di negeri Terengganu.

Menteri Besar berharap pengunjung Maha 2012 diberi pendedahan yang meluas mengenai destinasi pelan-congan, termasuk Tasik Kenyir, bagi menarik minat mereka melancong ke negeri ini.

“Kita mempunyai banyak desti-nasi pelancongan termasuk pantai dan pulau-pulau yang cantik, kuih-muih tradisional yang enak dan kraf-

tangan yang unik.“Terengganu juga

mempunyai tasik bua-tan manusia yang ter-besar di Asia Tenggara yang kini dibangunkan sebagai detinasi pelan-congan yang menarik,” katanya ketika beru-cap merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir Ahli Maj-lis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, Dato’ Abd Ra-hin Said, Dato’ Toh Chin Yaw dan YB Haji Asha’ari Idris.

Menteri Besar ber-harap pelbagai usaha yang dilakukan kera-jaan negeri bagi me-majukan bidang pelan-congan akan menarik lebih ramai pelancong

ke Terengganu, terutama pada tahun depan.

“Kita akan menyediakan prasa-rana yang lebih baik bagi memudah-kan pelancong datang ke negeri ini, termasuk menyediakan jalan empat lorong dari sebelah selatan (Ke-maman) menuju ke pusat Bandar Raya Kuala Terengganu,” jelasnya.

Fokus

Simbolik pra-pelancaran TMT 2013

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

“Kita mempunyai banyak destinasi pelancongan termasuk pantai dan pulau-pulau yang cantik, kuih-muih tradisional yang enak dan kraftangan yang unik. Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang kini dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.’’

Page 16: teganukita 70

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

ISSN 2180-4737 | Bil: 70 ( 15 - 30 November 2012 )

Selepas dikecam hebat beriku-tan prestasi hambar musim ini, T-Team dan barisan arkitek baru bersama 26 pemain ter-

masuk dua pemain import berjaya membentuk skuad bola sepak bergelar ‘Titans’ untuk kembali ke medan Liga Malaysia, musim depan.

Apa yang penting, dan sudah pas-ti diharapkan juga oleh ribuan pemi-nat-peminat bola sepak tempatan ialah kesinambungan prestasi memuaskan seperti dipersembahkan musim lalu (kelas lima pasukan terbaik) kini di-tuntut kembali daripada kesebelasan pilihan yang bakal memikul cabaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab-dul Rashid Jusoh, berkata, T-Team kini turut bebas daripada belenggu masalah

malah lebih yakin selepas diberi gelar-an Titans, ia mampu mencipta gah musim depan.

“Tetapi jangan lupa, kesebelasan pemain Titans yang dicipta rata-rata pemain tempatan ‘berdarah muda’ berusia bawah 25 tahun.

“Kecuali ketua pasukan, Mohd Marzuki Yusof yang akan memasuki usia 32 tahun depan. Tiada aral, proses mendaftarkan pemain dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya, baru-baru ini.

Beliau menambah, Titans mem-buru sekurang-kurangnya satu piala musim depan dan harapan pasti ter-

jurus kepada pengendali yang juga bertindak selaku pengurus pasukan, Peter James Butler.

“Lantikan Butler adalah langkah ke hadapan perlu dilakukan kerana

di atas kertas setakat ini tindakan melantik beliau merupakan peluang terbaik Titans untuk bersaing setand-ing dengan pasukan gergasi lain di samping melunaskan harapan ribuan peminat, pasti akan cuba ditunaikan barisan pemainnya,”katanya.

Terdahulu, Titans mengikat kontrak selama setahun dua pemain import-nya, Antwi George Boateng dari Gha-na dan Caleb Colman Folan dari Ireland.

Titanssedia

gempurSenarai Pemain T-Team (Titans) 2013:

Penjaga gol:Suhardy Alby, Mohd Iqbal Suhimi.Pertahanan:Mohd Shazlan Alias, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Aizulrizwan Mustafa, Mohd Nuraliff Zainal Abidin, G. Mahathevan, Mohd Marzuki Yusof, Mazlizam Mohamad, Mohd Syuhiran Zainal, Humaidi Azmi.Tengah:Ismail Halil, Saiful Mohamad, Mohamad Hasbullah Awang, Antwi George Boateng, Mohd Badrul Hisyam Morris, Azrul Hazran Amiluddin Baki, Shafuan Adli Shaari, Pritam Singh Charun Singh, Muhamad Naim Zakaria, Muhammad Hafizan Talib, Ahmad Takhiyuddin Roslan.Penyerang:Mohd Muinuddin Mokhtar, Abdul Latiff Suhaimi, Caleb Colman Folan, Yusri Abas.

Oleh: Zulkipli [email protected]

Pasukan T-Team menjalani latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pertandingan sukan luncur ombak mampu menjadi satu

produk pelancongan yang dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ke-budayaan, Kesenian dan Warisan

negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said.

Beliau berkata demikian keti-ka merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pe-menang pertandingan ‘Terengga-nu Rip Curl Pro Contest 2012’ ber-tempat di Pantai Peranginan Batu

Buruk, baru-baru ini.P e r t a n d i n g a n

yang berlangsung se-lama tiga hari bermu-

la 30 November lalu berjaya menar-ik penyertaan 120 peserta dari 12 buah negara termasuk Malaysia, Maldive, Indonesia, Taiwan serta Thailand.

Kejohanan anjuran Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Rip Curl Malaysia dan Asian Surf-ing Championship (ASC) buat kali kedua menawarkan hadiah yang cukup lumayan kepada para pe-menang.

Sukan luncur ombak tarik pelancong ke Terengganu