teganukita 49 (keluaran khas)

8

Click here to load reader

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 22-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teganukita 49 (keluaran khas)

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 49 (keluaran khas)

Bil : 49 (15 - 30 September 2011) http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 Percuma

terkini cepat tepat

`BAGAI DITEMBAK PELURU K O M U N I S ’

KELUARAN KHAS

ApA untungnya Mat Sabu dan PAS mahu mengiktiraf komunis yang menyerang Ba-

lai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan? - soal Azlas Jaafar

(gambar kiri), 62, anak Allahyarham

Konstabel Jaafar Hassan (gam-

bar atas), salah seorang

anggota polis yang terkorban dalam ke-

jadian tahun 1950 itu.

Oleh: Fauzi MohdGambar oleh Harish Fadzillah

lihat ms 5

Mat Sabu cuba mencuci dosaKArisMAnyA cukup ‘hebat’ - Barangkali muzakarah ulama PAS berpendapat, apalah sangat dosanya seorang lelaki bertuala di bilik hotel yang berkunci rapat bersama isteri orang. Bukan mahu mengungkit cerita lama, tetapi ramai yang ‘kagum’ melihat kepimpinan parti itu dari dulu hingga sekarang berhempas pulas macam ‘babi menyodok hutan’ mempertahankan individu yang kini menjadi Timbalan Presiden PAS. Bagi mengekalkan imejnya sebagai ‘ayam sabung’ PAS, jentera parti itu menjelajah negara bagi memberitahu penyokongnya bahawa Mat Sabu ‘tidak gila’ apabila berkata komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Tatkala ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, PAS pusing cerita dengan mengajak rakyat dan kerajaan mengkaji semula sejarah negara bagi mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan. Tidak cukup dengan itu, UMNO dipersalahkan kerana tidak me-letakkan Mat Indera sebagai tokoh penting dalam sejarah kemerdekaan negara sebaris dengan Tok Janggut, Tok Bahaman dan Tok Gajah. Dalam masa yang sama, PAS mengambil peluang memuji Mat Sabu kerana ‘cerdiknya lebih cerdik’ daripada pakar-pakar sejarah, bekas pegawai tertinggi polis dan tentera serta profesor universiti yang ada di negara ini. MungkindalamfikiranMatSabu, sekiranya status sejarah Mat Indera berjaya ditukar dari seorang pengganas komunis kepada pejuang kemerdekaan, dia mungkin dapat mencuci dosa-dosanya. lihat ms 7

Kata anak tunggal itu, kenyataan membela komunis yang dibuat Mat Sabu pada 21 Ogos lalu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang mem-buktikan Timbalan Presiden PAS itu tidak menggunakan akal yang bijaksana. Walaupun dihadapkan ke Mahkamah Se-

syen Butterworth, Pulau Pinang pada 21 Septem-ber lalu, Azlas berkata, Mat Sabu tetap berasa diri dan partinya di pi-

hak yang betul, jauh sekali untuk berasa mereka bersalah. Jelas Azlas, Mat Sabu marah dan ‘men-gamuk’ apabila merasakan kedudukannya sebagai pemimpin politik mula tercalar den-gan pelbagai tohmahan dan kritikan yang ti-dak memihak kepada dirinya.

Gugur mereka sebagai Wira NegaraPeristiwa Bukit Kepong

ms 2,3Pas sanggup sokong komunis

Kekejaman komunis sukar digambarkan dengan kata-katams 5 ms 7

Rakyat perlu tolak pemimpin Pas ubah fakta sejarah

Page 2: teganukita 49 (keluaran khas)

2 15 - 30 September 2011

Penaung : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru)

Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita)

Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak (Besut), Amirullah Othman (Marang), Hazwan Rosli (Dungun), Mastura Jamaluddin (Hulu Terengganu), Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

Jurufoto : Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Sidang Pengarang

Pelik tapi benar - Atheis diterima sebagai

pejuang kemerdekaanKitA sedih dan hairan mengapa Pas bersungguh-sung-guh hendak mempertahankan komunis hingga sanggup mengatakan itu (komunis) pejuang kemerdekaan. Adakah perjuangan komunis yang ingin mewujudkan sebuah negara Republik Komunis dengan jalan meram-pas kuasa daripada British hendak disamakan dengan ji-had pejuang-pejuang Melayu awal menentang penjajah? Jauh langit dengan bumi kalau itu hendak dibanding-kan. Polis dan tentera pada masa itu bertugas menjaga ke-amanan dan keselamatan rakyat daripada pengganas ko-munis yang bertindak secara subversif ingin merampas kuasa. Satu lagi tentera dan polis pada masa itu bukanlah mempertahankan Kerajaan Kolonial British tetapi ber-juang mempertahankan Tanah Melayu waktu itu dan kedudukan Islam serta sultan-sultan daripada dirampas oleh Parti Komunis Malaya ( PKM). Orang-orang Melayu terutamanya pada masa itu fa-ham sekiranya Tanah Melayu / Malaya (Nama Malaysia belum wujud) jatuh ke tangan PKM maka di bumi mana lagi mereka dapat berlindung. Itulah sebabnya mereka bermati-matian berjuang un-tuk tanah air mereka bukannya mempertahankan sebuah kerajaan kolonial (British) seperti yang dituduh Pas. Untuk membuat komen fahami dahulu sejarah penubu-han PKM dan aspirasi perjuangan mereka, jangan pakai cakap sesuka hati sahaja hanya kerana kepentingan poli-tik dan diri. Sungguh tidak dapat diterima oleh akal, dari dulu kita diajar tentang komunis itu ajaran yang bertentangan den-gan Islam, mereka berfahaman Atheis (tidak percayakan agama) dan membuat pelbagai ancaman dan kejahatan, tiba-tiba Pas dan para pemimpinnya menyanjung komu-nis. Sungguh tidak percaya akan perbuatan Pas, tetapi benar, pelik tetapi benar.

Pas sokong komunissanggupUMnO dan pemimpin mereka teru-tama di era pra mardeka seringkali dikaitkan dengan British atau pen-jajah. Tapi jangan lupa Haji Ahmad Fuad, pengasas PAS adalah boleh di-anggap juga sebagai agen British. Memang dasar British adalah pecah dan perintah, justeru untuk memecahbelah sokongan Kuasa Raja Melayu dan Rakyat Raja terhimpun di dalam UMNO, perlulah parti lain diwujudkan. British sebenarnya sakit hati bila majoriti orang Melayu sokong UMNO gagalkan Malayan Union. British terpaksa akur kepada tuntu-tan UMNO. British beri syarat Ma-laya mesti aman dengan penduduk berbilang bangsa tidak bersengketa, pada hal Britishlah yang bawa buruh Cina dan India ke Malaya. Namun British sebenarnya manis dimulut sahaja, dibelakang British mahu mengagalkan hasrat UMNO mahu merdeka dari British. British cipta bemacam-macam pertubuhan untuk imbangkan UMNO dan orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, ke-hadiran Ahmad Fuad yang kecewa kalah bertanding jawatan Yang Di-pertua Agung UMNO (Presiden) tewas kepada Tunku Abdul Rah-man 11-57 undi. Sebelum itu Ahmad Fuad adalah Pengerusi Biro Agama UMNO pusat. Ahmad Fuad dilantik oleh Brit-ish menjadi Ahli Majlis Kerajaan British. Seterusnya Ahmad Fuad menubuhkan PAS pada tahun 1951. British sudah menjangka PAS akan menjadi ‘time bomb’ meletup men-ghuruharakan perpaduan orang Me-layu yang disuburkan oleh UMNO. British tahu PAS yang warna-war-na boleh menyokong apa sahaja. Begitu juga sekarang ini sanggup menghalalkan perjuangan komu-nis dengan meletakkannya sebagai pejuang kemerdekaan hanya untuk capai matlamat politiknya, hatta sanggup jual prinsip-prinsip Islam dan gadaikan kepentingan Melayu. “Hak serang Bukit Kepong (ko-munis) itulah pejuang kemerdekaan” kata Timbalan Presiden Pas, Haji Mat Sabu. Komunis dalam serangan itu diketuai oleh Mat Indera. Pas sedang membawa aliran pe-mikiran kemerdekaan sonsang yang memberi kefahaman sejagat merde-

ANALISIS

ka, hatta komunis pun diiktiraf seb-agai pejuang kemerdekaan. Bukan orang lain mengiktiraf komunis, tetapi kenyatan Timbalan Presiden Pas sendiri iaitu Mat Sabu. Memberi garisan minda, konon komunis juga pejuang kemerdekaan. Nampaknya PAS amat buta akal, hati, jiwa dan ilmu kerana Perjanjian Baling 28 dan 29 Disember 1955 ti-dakdijadikanlandasanberfikiryangbaik. Kemasukan Komunis melalui Siam pada 1927-1928 yang akh-irnya membentuk sebuah Parti Ko-munis Malaya pada 1930. Komunis memiliki senjata api daripada Ing-geris semasa pendudukan Jepun, dan bergerak sebagai MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah, komunis sudah gila talak, tidak mahu undur langsung daripada kelangsun-gan perjuangan komunis yang sesat itu. Komunis mahu memerintah Ma-laya (Tanah Melayu). Pandangan Mat Sabu ini ada ke-benarannya? Tunjukkan dalam per-kataan dan pernyataan Mat Sabu ini, yang mana satu adalah benar? Mat Indera menentang British? Persoalannya, jika benar Mat In-dera ikhlas menentang Bristish ke-napa Mat Indera tidak bina pasukan yangterdiridaripadaparahafizdantasawuf dalam pasukan tersebut, dan berpakat dengan lebih banyak sekolah pondok di Malaya ketika itu untuk menentang British? Mengapa perlu Mat Indera guna platform Ko-munis? Jika Mat Indera tubuhkan pasu-kan Islam ketika itu, sudah tentu PAS juga mungkin akan wujud lebih awal pada tahun 1946 juga, sama ada sebelum atau selepas UMNO dilahir-kan pada 11 Mei 1946, yang sifatnya sebagai pengimbang kepada Kekua-tan Politik Melayu. Tetapi realitinya Pas tidak lahir daripada kesedaran hakiki begitu. Sebaliknya Pas lahir daripada ru-suk British yang menghasut mereka untuk berpisah daripada UMNO. Selepas peristiwa Pilihanraya 1955, yang mana Pas menang 1 kerusi, agenda British adalah untuk mencaca-marbakan UMNO kerana kekuatan Kuasa Raja Melayu dan Rakyat Raja terhimpun di dalam UMNO. Natijahnya, lahirlah Pas yang kini menjadi duri dalam daging dalam perpecahan bangsa Melayu (Gambar atas) laporan akhbar mengenai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. (Gambar tengah) Senarai anggota polis yang terbunuh dalam peristiwa Bukit Kepong dan (gambar bawah) tarikh keramat kemerdekaan

negara pada 31 Ogos 1957.

Page 3: teganukita 49 (keluaran khas)

3

sokong komunis ANALISIS Oleh: Putera Pesisir Air

hingga ke saat ini. Umat Melayu kena ingat, ba-hawa British telah mengakui gagal dalam misi Malayan Union pada 1 April 1946 disebabkan seluruh per-satuan Melayu berpayung di bawah UMNO. Umat Melayu juga kena ingat, bahawa British tidak peduli pun apabila Pasukan RAMD di bawah Leftenan Adnan Saidin bersendirian di atas Bukit Timah. Umat Melayu juga harus ingat, bahawa British memberi peluang merdeka bermula pada 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1967, dan selepas 10 tahun barulah Malaysia dilepaskan sepenuhnya. Sebab itulah di Pulau Pinang, dalam zaman tersebut masih ada tentera Australia dan New Zealand, askar Gurkha. Pangkalan Udara ma-sih di bawah selia Inggeris. Apa jadi jika 13 Mei 1969 berlaku pada 13 Mei 1967 di Kuala Lumpur? Sudah pasti Malaysia tidak akan dilepaskan daripada ikatan kemerdekaannya. Untuk kelompok yang diresapi fahaman Pas, serta sanggup untuk iktiraf komunis, maka dipersilakan, kerana anda akan terus menangung seksa dunia yang tidak berkesuda-han. Musa Ahmad dalam temuramah panjang lebar telah memberi pen-gakuan bahawa Pasukan Komunis Melayu yang dipimpin oleh Mat In-dera, Abdullah CD, Rashid Maidin dan ramai lagi sebenarnya: 1. Malu untuk keluar dari hutan bertemu masyarakat kerana melang-gar bai’ah perguruan ilmu tarekat masing-masing. 2. Tidak sanggup berjumpa den-

teganukita

gan waris-waris yang terbunuh dek tangan-tangan Komunis Cina, ker-ana mereka akur bahawa komunis yang ditaja oleh Partai Koumintang China memberi kesan sampingan kepada kefahaman ajaran Islam yang luhur dan suci. 3. Pemimpin Komunis Melayu hanyalah boneka Komunis Cina yang diteraju oleh Chin Peng dan Chien Tein. Oleh sebab itulah Pengerusi Parti Komunis Malaya disandang oleh Musa Ahmad, sep-erti yang dipersetujui oleh Kongres Parti Komunis Dunia di Jerman pada tahun 1948. Amat terang lagi bersuluh tembe-lang Pas dan para pemimpinnya, Ko-munis yang tidak beragama (Atheis) boleh disokong? Di mana diletak-kanya buku Kemestian Memerintah Secara Islam karangan Presiden Pas yang menyatakan fahaman yang selain Islam adalah ditolak. Tetapi sekarang??

(Gambar atas) laporan akhbar mengenai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. (Gambar tengah) Senarai anggota polis yang terbunuh dalam peristiwa Bukit Kepong dan (gambar bawah) tarikh keramat kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Gerakan komunis di Tanah Melayu yang di-katakan begitu zalim sehingga Pas sanggup iktiraf komunis sebagai pejuang negara.

Pas sedang memba-wa aliran pemikiran kemerdekaan son-sang yang memberi kefahaman sejagat merdeka, hatta komunis pun diikti-raf sebagai pejuang kemerdekaan.

Page 4: teganukita 49 (keluaran khas)

am4 15 - 30 September 2011 teganukita

nAMA Mat Indera mencetus polemik mengenai siapakah le-laki itu. Ada yang mendakwa dia seorang tali barut komunis semasa peristiwa berdarah se-rangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 25 Februari 1950, namun ada yang melihatnya di sisi yang lain. Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, berdasarkan fakta sejarah peristi-wa Bukit Kepong, Mat Indera di-dapati dengan sengaja dan sedar menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan bertindak se-bagai Panglima Rejimen Ke-10. “Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh ang-gota di bawah kepimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan

sebagaiNamanya kekal

Oleh: Fauzi Mohd keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar utama negara pada 8 Sep-tember 2011. Pakar Sejarah yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, Prof. Dato’ Dr. Ramlah Adam berkata, kekeja-man komunis mengatasi segala-galanya. Katanya, gerombalan antara 180 hingga 200 komunis yang memulakan serangan kira-kira pukul 4.30 pagi itu bukan sahaja membakar balai polis menjadi arang dan debu, tetapi sanggup mencampak anggota polis yang cedera ke dalam bara api. “Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api yang sedang membara. Ada yang ber-pelukan menanti kematian yang menyeksakan. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa keke-jaman komunis. Mereka rentung

seperti arang. “Hanya Yusoff Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk me-minta bantuan. Seramai 25 orang terkorban mempertahankan balai polis itu. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar,” katanya. Mengukuhkan kenyataan itu, Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dilaporkan pernah menge-sahkan bahawa Mat Indera meru-pakan seorang panglima pemer-intah komunis di negeri Johor. Bekas Pengarah Polis Cawa-ngan Khas, Datuk Zulkifli Ab.Rahman memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh Chin Peng dalam satu wacana yang dia-dakan pada 22 dan 23 Februari 1999 di sebuah universiti terke-muka di Canberra, Australia. Berkongsi cerita bekas Tim-balan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Dato’ Jaafar

Onn, 79 yang juga anak pejuang kemerdekaan, Dato’ Onn Jaafar, peristiwa tragis itu berlaku ketika pihak komunis cuba menguasai Tanah Melayu sebaik saja Jepun menyerah kalah. Katanya, ramai orang Melayu termasuk mereka yang berpen-garuh dalam masyarakat seperti imam, penghulu dan pegawai dae-rah dibunuh kejam oleh pengganas komunis. “Paling saya tidak boleh lu-pakan ialah seorang ibu dan anak-anaknya dibakar hidup-hidup dalam sebuah rumah kerana eng-gan menyokong perjuangan ko-munis. Kesemua mereka adalah orang Melayu,” katanya yang di-petik dari Utusan Malaysia pada 8 September 2011. Sementara itu, bekas Ketua Po-lis Daerah Pagoh, Dato’ Seri J.J. Raj dalam wawancara bersama

Chin Peng dilaporkan pernah mengesahkan bahawa Mat Indera merupakan seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor.

DATO’ DR. RAMLAH DATO’ ABDUL GHANI

WIRA BUKIT KEPONG, YUSOFF RONO

Mingguan Malaysia berkata, sehari sebelum kejadi-an menyayat hati itu, beliau telah melawat balai polis berkenaan, iaitu salah satu daripada 40 balai dan pondok po-lis bawah jagaannya. Dalam kunjungan itu katanya, beliau bertemu dengan Ketua Balai, Sar-jan Jamil Mohd. Shah, Tok Penghulu Bukit Kepong, Penghulu Ali serta bebe-rapa orang ‘mata-mata’ dan tamatkan lawatan kira-kira pukul tujuh petang untuk pu-lang semula ke Pagoh. Bercerita mengenai peranan Mat Indera dalam serangan itu, dia yang meng-gunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri

sekiranya mahu selamat dan Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali. “Sarjan Jamil menjawab yang pihak polis tidak sesekali men-yerah diri. Dia berkata, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan ang-gota telah meninggal dunia dan ada juga yang cedera parah,” kata-nya. Apabila ditanya bagaimana beliau mengenalpasti bahawa Mat Indera yang memberi arahan serangan itu, kata J.J. Raj, “Saya mendapat laporan yang dikumpul-kan dan sumber utama yang mem-berikan kami maklumat adalah dua tiga orang anggota komunis yang berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian. “Salah seorang daripada me-reka dikenali sebagai Ching yang menceritakan apa sebenarnya ber-laku,” ujarnya.

militan komunisMAT INDERA

Page 5: teganukita 49 (keluaran khas)

15 - 30 September 2011 5teganukita am

“tApi, apabila orang lain di-hina dan dituduh pula sebagai alat penjajah, dia masih gagah berceramah. Bukan nak mohon maaf, tapi tuduh orang lain ti-dak tahu kerana dia rasa dia lebih tahu. “Saya tidak pandai berce-ramah macam dia (Mat Sabu). Dia boleh hina ayah saya, kawan-kawan ayah saya di khalayak ramai atas pentas ce-ramah. Perit ada, luka pun ada, lebih perit dari ditembak peluru komunis,” katanya ketika di-hubungi Teganukita. Azlas kini menetap di Kam-pung Perpindahan, Cendering, Kuala Terengganu bersama ibu saudaranya yang juga kakak kepada Allahyarham Jaafar, Minah Mohamad, 85 tahun. Tambahnya, dia sangat kesal dengan kenyataan keterlaluan Mat Sabu tanpa mengambil kira perasaan orang lain khususnya keluarga anggota keselamatan. Menurutnya, walaupun bapa-nya terkorban ditembak komu-nis dalam peristiwa itu semasa usianya baru setahun, apa yang menimpa bapanya itu dicerita-kan arwah ibunya, Seri Ahmad berulang kali sebelum mening-gal dunia pada 1993. “Memang ketika kejadian saya baru berumur setahun tapi setelah diberitahu ibu saya, arwah bapa adalah seorang pejuang yang mempertahankan negara daripada komunis.

`Komunis bukan hero’dari ms-1 “Biarpun arwah bapa hanya

ditembak, tapi ada anggota po-lis dibunuh kejam, dibakar dan anggota badan dikerat-kerat. Komunis memang pengkhianat, sangat zalim dan mereka bukan-nya hero,” katanya. Azlas memberitahu, dia han-ya mempunyai adik lelaki tetapi meninggal dunia semasa bayi dan dia bersama ibu serta bapa-nya tinggal di Muar, Johor, neg-eri kelahiran keluarga sebelah ibunya. Setelah kematian ibu bapa-nya, dia kemudiannya menetap di Cendering, Terengganu sejak kira-kira 30 tahun lalu. Sementara itu, dalam per-tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin, Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dankeluarga mereka yang memper-tahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Po-lis Bukit Kepong pada 23 Feb-ruari 1950. Beliau turut dikenakan tudu-han pilihan memfitnah tigaanggota polis, Konstabel Jaafar Hassan, Konstabel Yusoff Rono dan Konstabel Marin Abu Ba-kar Daud serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam peristiwa itu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku-man penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kekejaman komunis sukar digambarkan dengan kata-katasUKAr untuk digambarkan den-gan kata-kata bagaimana perlakuan kejam dan tidak berperikemanu-siaan yang dilakukan komunis ter-hadap orang awam ketika mereka bermaharajalela dulu. Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Terengganu, Haji Kahar Hamzah berkata, beliau terlibat se-cara langsung dalam operasi mem-banteras komunis melalui gerakan bawah tanah di negeri Pahang. Katanya, nyawa orang awam tidak ada harga langsung bagi ko-munis dan mereka akan tembak bila ada perkara yang tidak disukai atau melawan cakap mereka. Katanya, perletakan senjata oleh komunis pada 1989 tidak bermakna berkuburnya ideologi komunis di negara ini. Menurutnya, satu persatu isu dit-imbulkan dan contoh terdekat bila ada pihak mengiktiraf komunis se-bagai wira. Haji Kahar melahirkan rasa ter-kilan dan sedih dengan fenomena yang berlaku hari ini yang telah mengembalikan ingatannya pada zaman negara berada diambang kekacauan akibat pengaruh komu-nis. “Ada gerakan halus cuba mem-pengaruhi masyarakat Melayu hari ini agar bertelagah sesama sendiri dan usaha meretakkan perpaduan kalangan masyarakat berbilang kaum semakin teserlah,” katanya. Beliau harap generasi hari ini ti-dak mudah terpengaruh dengan da-kwaan pihak berkenaan yang jelas mempunyai agenda untuk merun-tuhkan keharmonian negara ini.

Oleh: Esah Abdullah

KAHAR HAMZAH

Mayat...

anggota polis...

hangus terbakar.

Page 6: teganukita 49 (keluaran khas)

am6 15 - 30 September 2011 teganukita

Jasa pejuang negara dikenang

Azlas (kanan) bersama neneknya menunjuk-kan gambar ayahnya, Konstabel Jaafar yang terbunuh mempertahankan Bukit Kepong dari serangan komunis.

To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud (kiri) turut bertanya khabar kepada anak pejuang negara ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Perpindahan Cendering.

Begitu khusyuk Dato’ Seri Haji

Ahmad Said mendengar ceri-

ta Azlas, anak Allahyarham

Konstabel Jaafar yang terbunuh

memperta-hankan Bukit

Kepong.

Azlas menerima sumbangan tanda penghargaan pihak polis kepada ayahnya yang berjuang menentang komunis sehingga ke titisan darah terakhir.

Sebahagian daripada bekas anggota polis yang turut hadir pada majlis penjelasan isu semasa berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsuddin Sulong menjelaskan sesuatu kepada media berhubung isu Bukit Kepong dan pengganas komunis.

Page 7: teganukita 49 (keluaran khas)

15 - 30 September 2011 7teganukita am

tEntU ada yang tidak kena bila Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat teguran keras agar jangan ada pi-hak yang cuba mengubah fakta sejarah dengan mengagung-agung-kan kezaliman pengganas komunis pada zaman darurat. Mungkin setelah meneliti po-lemik yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab itu, Per-dana Menteri turut terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan bagi meredakan kemarahan rakyat Malaysia, khususnya ahli keluarga yang terlibat secara langsung den-gan kekejaman yang pernah dilaku-kan komunis. “Komunis zaman darurat zalim dan membunuh orang dengan ke-jam. Sebab itulah jangan sesiapa yang hendak mengubah sejarah negara kita, jangan ada sesiapa yang mengagungkan orang yang sebenarnya kejam dan mengkhia-nati bumi bertuah ini,” begitu tegas Perdana Menteri memberi amaran. Kenyataan beliau itu pastinya merujuk kepada kata-kata Timba-lan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengeluarkan ucapan men-yinggung perasaan seluruh rakyat negara ini, khususnya di kalan-gan bekas pejuang kemerdekaan

Oleh: Kamarudin Mat Akib

negara. Bagi keluarga salah seorang mangsa Tragedi Bukit Kepong yang juga merupakan rakyat Terengga-nu, Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan, penghinaan yang dilaku-kan Mat Sabu terhadap mangsa se-rangan pengganas itu, merupakan satu penghinaan yang tidak mampu mereka tanggung. Azlas, 62, anak tunggal Kon-stabel Jaafar, tidak dapat mengung-kapkan dengan kata-kata kesedihan dan betapa terguris hatinya dan se-luruh ahli keluarga terhadap peng-

hinaan pemimpin Pas itu. Sepertimana Perdana Menteri, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, juga turut marah den-gan penghinaan yang telah dilaku-kan oleh Mat Sabu. Lantas beliau dengan diringi isteri, To’ Puan Norliza Mahmud meluangkan masa baru-baru ini untuk melawat anak mangsa trage-di Bukit Kepong di rumahnya di Kampung Perpindahan, Cendering. Turut hadir menjenguk Azlas yang tinggal bersama ibu sauda-ranya, Minah Mohamad, 85, Pega-wai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad

Farid Wan Salleh dan Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Dato’ Hamzah Md. Jamil. Justeru tidak hairanlah jika bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr. Mohammad Fairus Khairud-din menyifatkan perbuatan

Mat Sabu yang mengang-gap anggota keselamatan

yang terkorban dalam peristiwa di Bukit Ke-

pong bukan hero sebenar, sebagai mencari pulisiti murahan. Dalam nada yang keras, be-liau menyarankan pemimpin Pas itu dilucutkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia. Fairus yang kini dilantik Pena-sihat Politik kepada Menteri Besar Terengganu berkata, rakyat negara ini tidak dapat menerima kenyata-an yang mengatakan komunis se-bagai pejuang negara dan menuduh pejuang kemerdekaan sebagai pengkhianat negara.

“Kita perlu mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan ter-masuk melucutkan taraf kerakyatan Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya. Kita sebagai warganegara yang masih waras pula, perlu menolak pemimpin Pas dan parti itu secara total sebagai hukuman kepada ke-nyataan tidak bertanggungjawab itu.

Rakyat perlupemimpin pas

tolakubah fakta sejarah

Dato’ Seri Haji Ahmad menunjukkan gambar kenangan Konstabel Jaafar yang terbunuh mempertahankan Bukit Kepong dari serangan komunis.

Mat Sabu `nyanyuk’ sejarahdari ms-1

DOsA Mat Sabu yang berkata : “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita menge-

nai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati polis British. Hat (yang) serang

Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat

Indera. Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditu-tup”.

Setelah diasak, Mat Sabu pada 2 September di Kota Bharu, Kelantan mempertahan kenyataannya semasa berceramah bahawa Mat Indera yang men-getuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong tetap pejuang kemerdekaan walaupun 25 nyawa anggota keselamatan dan keluarga mereka dibunuh komunis dalam tragedi itu. Mat Sabu berkata : “Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan pihak polis jangan panik sebelum 31 Ogos waktu itu kerajaan memerintah adalah Bri-tish selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka. “Tafsiran saya, mereka bekerja dengan pihak British. Polis bila-bila masa pun terkorban, dikorban dan berkorban kerana mereka ikut dasar pemerintah yang menguasai mereka.” Berdasarkan pada kenyataan itu, Mat Sabu dili-hat cuba untuk mewujudkan tafsiran baru bahawa

individu yang pernah berkhidmat dengan pihak British sebelum merdeka tidak layak untuk diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. Hari yang sama, Mat Sabu juga enggan memo-hon maaf atau menarik balik kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong meskipun Pengerusi DAP, Karpal Singh menuntut dia berbuat demikian sehari sebelum itu. Namun, perkara itu disangkal oleh Majlis Pro-fesor Negara (MPN) pada 9 September yang me-nyifatkan Timbalan Presiden PAS itu mempunyai niat buruk dan jahat kerana menyalah tafsir sejarah berhubung tragedi Bukit Kepong tanpa mempunyai pengetahuan yang sewajarnya mengenai kejadian itu. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya MPN, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, meski-pun British mengetuai seluruh pentadbiran Perseku-tuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah Melayu bukan tanah jajahan British. Menurutnya, Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya ter-masuk institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadikan semua pegawainya adalah pegawai Ta-nah Melayu dan bukannya pegawai British.

lagi berita ms 8

Page 8: teganukita 49 (keluaran khas)

am8 15 - 30 September 2011 teganukita

“MErEKA diambil bekerja atau dibayar gaji untuk menyara hidup melalui hasil Persekutuan Tanah Melayu, bukannya (dari) Britain. Maka untuk menuduh para ang-gota polis, pemimpin parti politik atau pegawai Melayu sebagai pega-wai British adalah tidak masuk akal sama sekali. “Oleh itu, apabila golongan kiri seperti komunis menentang ang-gota polis maka mereka menentang pasukan keselamatan Tanah Me-layu, meskipun ianya diketuai oleh Pesuruhjaya British,” katanya. Ulasan itu disambut ‘ketawa orang bodoh’ oleh sebahagian pe-mimpin PAS dengan menyatakan apa yang diperkatakan oleh pakar sejarah dan pemimpin badan bu-kan kerajaan (NGO) sebagai ke-nyataan orang yang takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Langsung tiada kaitan! Sampai bila pemimpin PAS mahu bercakap seperti orang berfikir dengan ke-pala lutut? Adakah mereka sudah lupa se-jarah menceritakan para pengasas parti itu pernah mengadap pegawai British untuk penubuhan PAS. Sia-pa lagi yang meluluskan penubu-han itu kalau tidak British. Ketua Penerangan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menge-

Siapa lebih hebat menipu?...dari ms 7

luarkan kenyataan membela Mat Sabu: “PAS mengangap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tetapi berpendirian baha-wa Mat Indera patut digolongkon sebagai salah seorang pejuang ke-merdekaan yang berhaluan kiri.” “PAS yakin dengan hasil peny-elidikan yang tercatat dalam buku Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan pejuang kemerdekaan,” katanya yang di-petik daripada akhbar rasmi PAS, Harakah bertarikh 12-15 Septem-ber 2011. Berkait perkara itu, Yayasan Warisan Johor (YWJ) menjelaskan terdapat satu lagi artikel dalam buku Pengukir Nama Johor ber-judul Bajuri Haji Siraj, hasil kajian dan tulisan Sahgidon Dirhan. Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan berkata, Sahgidon dalam kajiannya menyifatkan Mat Indera sebagai pemimpin komunis Me-layu yang melakukan kekejaman terhadap bangsanya sendiri. Kenapa PAS tidak sentuh perkara ini sedangkan ia datang dari buku yang sama. Sejarah ti-dak pernah salah apabila meletak-

kan Mat Indera sebagai pengganas komunis yang belot pada bangsa dan agamanya. Malah, dalam Harakah ber-tarikh 9-11 September 2011 jelas memaparkan catatan asal dalam artikel buku tersebut yang bertulis: “Walau apa pun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun satu persoalan besar yang perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini, adakah Mat Indera seorang petualang atau seorang pejuang?” Sudah terang lagi bersuluh! Bagaimana Mat Sabu dan Dato’ Tuan Ibrahim boleh memberi ke-nyataan bahawa buku Pengukir Nama Johor memberi pengiktira-fan bahawa Mat Indera pejuang kemerdekaan. Sedangkan penulis buku itu memberi persoalan bukan mem-beri jawapan. PAS sebenarnya berdiri di atas dahan yang rapuh untuk menegakkan perkara yang mereka sendiri tidak pasti. Tidak cukup dengan itu, PAS memetik kenyataan adik Mat In-dera, Baharom Shah Indera, 65, yang disifatkan ahli sejarah seb-agai meragukan dan tidak berpijak kepada fakta sejarah yang sebenar.

Baharom bercerita dari lubuk hati sebagai adik kepada Mat In-dera dengan memetik perkataan ‘mustahil’, ‘tidak percaya’, ‘saya difahamkan’ dan ‘saya diberitahu’. Itu hanya dengar cakap. Perkataan itu menunjukkan Ba-harom tidak jelas peranan di seba-lik tabir abangnya sebagai Ketua Regimen ke-10 gerakan pertubu-han pengganas Parti Komunis Ma-laya (PKM). Harakah keluaran 12-15 Sep-tember 2011 memetik kenyataan Baharom sebagaimana tertulis: “Abangnya seorang yang men-dalami agama itu mustahil sekali akan menjadi anggota komunis”, “Baharom berkata, dia difaham-kan abangnya tidak terlibat dalam serangan.”

“Ujar Baharom, Mat Indera datang lewat dan kedatangan itu bukanlah untuk menyerang.” Inilah akibatnya, PAS dan Ha-rakah terlalu banyak panglipurlara untuk bercerita dalam pelbagai versi dan siri. Awal-awal lagi kata Mat Sabu, “Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang ke-merdekaan sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indera,” Kata Mat Sabu, Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, tetapi Baharom pula menafikan,abangnyatidakterlibatdalam serangan. Antara Mat Sabu dan Baharom, siapa lebih hebat menipu?

“sAyA tidak akan memaafkannya sampai bila-bila, kerana kekejaman yang dilakukan pihak komunis, saya menjadi anak yatim ketika usia tiga tahun,” kata pesara polis Encik Mansor Endut, 67, dari Kam-pung Pasir Tinggi, Bukit Payong, Marang. Katanya, ketika kejadian beliau masih kecil dan tidak mengerti apa-apa tetapi ibunya telah bercerita perkara sebenar yang berlaku kepa-da ayahnya ketika beliau berumur tujuh tahun. Ketika kejadian ayahnya Allahyarham Endut Abdul Rahman bertugas sebagai guru di sebuah es-tet di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sementara beliau tinggal bersama ibunya di Terengganu. “Bila ibu cerita ayah mati kerana ditembak komunis, saya jadi marah dan berazam untuk membalas den-dam,” katanya ketika ditemui di majlis Bicara Media bersama Bekas Anggota Polis anjuran Unit Komu-nikasi Negeri (Ukom) di Hotel Per-mai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Encik Mansor menyertai pasu-

Oleh: Esah Abdullah kan keselamatan pada 1 Mac 1967 ketika berusia 23 tahun semata-ma-ta kerana ingin membalas dendam di atas kematian ayahnya. “Memang saya berdendam keti-ka itu, maklumlah darah muda tapi bila usia semakin matang, sebagai rakyat yang cintakan tanah air men-jadi tanggung jawab saya untuk pertahankan negara daripada anca-man pihak komunis,” kata bapa ke-pada tujuh anak berusia 19 hingga 37 tahun. Selama 31 tahun menjadi anggota keselamatan dengan menganggotai Skuad 67 serta bertugas di merata tempat termasuk di Depo Polis Kuala Lumpur, beliau berbangga dapat menghabiskan separuh usianya untuk berbakti ke-pada negara, walaupun tidak pernah bertempur dengan komunis seperti yang dicita-citakan ketika mula berkhid-mat. Seorang lagi bekas ang-gota polis yang ditemui, Encik Sharom Aziz, 75, dari Wakaf Tapai, Ajil turut mencerita pengalaman be-berapa penyeksaan dilaku-kan oleh komunis terha-dap orang kampung ketika

beliau bertugas di Sungai Pertau, Hulu Pahang sekitar 1966. “Pernah berlaku di depan mata saya, seorang penjaja roti ditembak hingga terburai isi paha kerana ti-dak memberi roti bila diminta oleh kumpulan mereka, pendek kata jika sesiapa bantah cakap akan kena tembak,” kata pesara polis serta bapa kepada tiga anak berusia 38 hingga 46 tahun. Katanya, walaupun sudah lama tinggal pasukan anggota kesela-matan tetapi semangat kepahlawa-nannya tidak pernah luntur serta mudah ‘naik darah’ bila ada orang cuba mengangkat perjuangan ko-munis se-bagai hero.

Tidak akan maaf sampai bila-bila

Encik Sha-rom mula ter-babit dalam p a s u k a n k e s -elamatan p a d a 1954 se-b a g a i P o l i s Tambahan d e n g a n gaji RM114 s e b u l a n dan bersara setelah ber-khidmat sela-ma 38 tahun.

(Gambar kiri) YBhg. Tan Sri Mohamed Hanif Omar ketika berkunjung ke Bukit Kepong pada 23 Februari 1976 bagi memperingati peristiwa Bukit kepong manakala (gambar kanan), Mansor Endut.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 / 09 - 623 0582 Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]