teganukita 61

16
Beri mandat ( Berita penuh ms 2 ) Oleh: Kamarudin Mat Akib [email protected] ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil : 61, 15-31 Mei 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Menteri Besar cakna, berjiwa rakyat, kesayangan rakyat RAKYAT Terengganu perlu mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi mem- bolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan. R akyat Terengganu, khususnya mereka yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diminta memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan. ``Setiap orang perlu membuka hati me- reka, pakat dengan keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Katakan pada diri masing-masing bahawa inilah kerajaan (BN) yang kita semua mahu memerintah negeri Terengganu,'' kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Beliau berkata, sejarah dan rekod pen- tadbiran negeri Terengganu telah membuk- tikan bahawa dalam tempoh lebih empat tahun lalu (selepas PRU12), Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui Umno dan BN telah melakukan 300 peratus daripada apa yang patut dilakukan kerajaan yang memerintah. ``Setiap tahun Kerajaan BN telah mem- bawa perubahan dan pembaharuan kepada rakyat dan negeri ini. ``Dari segi kebajikan, kita telah menye- diakan segala kemudahan yang diperlukan oleh rakyat, bermula dari tempat tinggal (kediaman) yang lebih selesa, bantuan kebajikan, pakaian sekolah anak-anak dan bantuan bagi pesakit kronik,'' katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Teganukita. BAGI warga emas, Sulong Ali, 79, atau lebih dikenali sebagai Pak Long di kalangan penduduk Kampung Tanjung Kapur, Ladang, Kuala Terengganu, kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, ke rumahnya baru-baru ini, pasti menjadi kenangan manis sepanjang hayat. Kesudian Menteri Besar meluangkan masa untuk mengurut beliau yang menghidap penyakit angin ahmar itu, menambah lagi memori indah dalam hidupnya. Beliau yang tinggal bersama adiknya, Puan Minah, 70, yang juga menghidap angin ahmar sejak dua tahun lalu, begitu terharu dengan kunjungan pemimpin kesayangan rakyat Terengganu itu. FOTO Harish Fadzillah | [email protected] Pesta Pantai melestarikan budaya silam Terengganu - ms 3 Sisi hidup anak Pok Eid Tok Nyadat - ms 4 Bekas pemain T-Team hilang jari dapat perhatian - ms 16

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 25-Mar-2016

263 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teganukita 61

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 61

Beri mandat

( Berita penuh ms 2 )

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil : 61, 15-31 Mei 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Menteri Besar cakna, berjiwa rakyat, kesayangan rakyat

Rakyat terengganu perlu mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi mem-bolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan.

Rakyat Terengganu, khususnya mereka yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diminta memberi mandat kepada Barisan

Nasional (BN) bagi membolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan. ``Setiap orang perlu membuka hati me-reka, pakat dengan keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Katakan pada diri masing-masing bahawa inilah kerajaan (BN) yang kita semua mahu memerintah negeri Terengganu,'' kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Beliau berkata, sejarah dan rekod pen-tadbiran negeri Terengganu telah membuk-

tikan bahawa dalam tempoh lebih empat tahun lalu (selepas PRU12), Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui Umno dan BN telah melakukan 300 peratus daripada apa yang patut dilakukan kerajaan yang memerintah. ``Setiap tahun Kerajaan BN telah mem-bawa perubahan dan pembaharuan kepada rakyat dan negeri ini. ``Dari segi kebajikan, kita telah menye-diakan segala kemudahan yang diperlukan oleh rakyat, bermula dari tempat tinggal (kediaman) yang lebih selesa, bantuan kebajikan, pakaian sekolah anak-anak dan bantuan bagi pesakit kronik,'' katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Teganukita.

Bagi warga emas, Sulong Ali, 79, atau lebih dikenali sebagai Pak Long di kalangan penduduk Kampung Tanjung Kapur, Ladang, Kuala Terengganu, kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, ke rumahnya baru-baru ini, pasti menjadi kenangan manis sepanjang hayat. Kesudian Menteri Besar meluangkan masa untuk mengurut beliau yang menghidap penyakit angin ahmar itu, menambah lagi memori indah dalam hidupnya. Beliau yang tinggal bersama adiknya, Puan Minah, 70, yang juga menghidap angin ahmar sejak dua tahun lalu, begitu terharu dengan kunjungan pemimpin kesayangan rakyat Terengganu itu.

FOTO Harish Fadzillah | [email protected]

Pesta Pantai melestarikan budaya silam Terengganu

- ms 3

Sisi hidup anak Pok Eid Tok Nyadat

- ms 4

Bekas pemain T-Team hilang jari dapat perhatian

- ms 16

Page 2: teganukita 61

BIL: 61, 15-31 Mei 20122

AM

Menjadi pengacau ketika rakyat kini hidup senang-lenangPas seperti `lalat hijau’

Langau hijau (green bottle fly) merupakan sejenis se-rangga yang boleh terbang. Serangga ini lazimnya ber-

saiz lebih besar berbanding lalat rumah dan mempunyai badan yang warna hijau berkilat. Mengeluarkan bunyi berdengung-dengung,selain makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk ke-dalam perutnya melalui belalainya. Selain itu, ia juga mampu me-nyebarkan penyakit disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Demikian juga diibaratkan sikap dan tindakan puak Pas yang seperti langau hijau kerana kemunculan spesies serangga itu boleh mengganggu keselesaan ketika kita sedang asyik menik-mati juadah. ``Pas ini ibarat lalat hijau..Ada seekor sahaja tetapi menggangu kita ketika hendak makan. Malah kalau dibiarkan terbang bebas dan hinggap pada makanan.. boleh `peng' lalat menyebabkan makanan tidak lagi boleh dimakan,'' kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, ketika berucap di

Oleh: Aida Abd [email protected]

Majlis Bersama Peneroka Felda, baru-baru ini. Perumpamaan itu bagi beliau menggambarkan sikap sebenar Pas yang cuba menjadi `batu api' dengan menerobos ke kawasan peneroka Felda dan mengapi-apikan perkara yang tidak benar demi memastikan agenda politik mereka tercapai. ``Apa yang Pas laksanakan sepanjang lima tahun perintah Terengganu (1999-2004) ? Felda dia buat? Bila harga getah tu-run, dia mengambil kesempatan berceramah di Felda. Menghasut supaya peneroka Felda menentang kerajaan. ``Buat fitnah kepada pemimpin kerajaan dengan mengatakan harga getah turun dan bayar rendah kepada peneroka sebab kerajaan menanggung hutang banyaklah..sebab itu harga murah sebab nak bayar hutang. Bagaimana-pun, apabila harga getah naik..Pas senyap pula,'' katanya. Malah, Pas juga membuat tuduhan kerajaan mahu menggadai tanah peneroka. Sedangkan, kerajaan sudahpun memaklumkan bahawa tanah yang disenaraikan kira-kira 6,400 hektar dikenalpasti di selu-ruh Terengganu itu belum dihuni mana-mana peneroka sehingga kini. Tegas beliau lagi, senario hari

ini jauh berbeza berbanding satu masa dahulu di mana kerajaan ketika itu susah dan berdepan kekangan sumber kewangan menyebabkan rakyat termasuk golongan peneroka turut menerima tempiasnya. Bagaimanapun, hasil pemacuan dan kemajuan yang dijana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sentiada beruasa mengubah nasib rakyat dan negara, pelbagai usaha transformasi dilaksanakan yang memberi pelbagai limpah kenikmatan yang tidak terdapat di negara lain. ``Jika dulu rakyat terpaksa membeli pakaian serta buku teks sekolah, kini tidak perlu lagi ber-buat demikian kerana kerajaan menyediakan kemudahan itu. Bukan sahaja buku teks, e-Book pula kerajaan sediakan. Jika dulu yuran kena bayar, sekarang tidak perlu bayar. Hendak peperiksaan pun kena bayar, sekarang `free'. Ada bantuan pakaian sekolah kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat sediakan. Ada makan tambahan , susu segar di sekolah, kelas tambahan dan tuisyen. Semua ini masih lagi mahu mengatakan kerajaan BN zalim? Malah, musim raya seduakan dana hari raya pula RM300, beri pula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500,'' ujar beliau lagi.

SPR tubuh pasukan penguatkuasa kempen PRU13Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Malaysia sedang mengenal pasti ahli untuk menganggotai pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya di setiap Parlimen di Terengganu bagi meman-tau dan melancarkan aktiviti berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPRM, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan itu akan disertai empat ahli yang ter-diri daripada ketua pasukan penguatkuasa, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, pegawai polis sekurang-kurangnya yang berpangkat Inspektor dan wakil calon yang bertanding. ``Tidak ramai ahli dalam pa-sukan penguatkuasa berkenaan, bagaimanapun tugas dan ja-ringan amat luas dengan meng-gunakan balai polis seluruh negara..seluruh negeri. Kalau perlu buat rondaan mereka pergilah.. Kalau dapat aduan, ketua balai (polis) berdekatan akan semak aduan, kalau perlu ambil tindakan mereka akan pergilah. ``Ada negeri membuat pasu-kan mengikut Parlimen dan ada mengikut DUN (Dewan Undangan Negeri). Tetapi Terengganu buat masa kini, Pengarah (SPR negeri) bincang dengan pengurus pilihan raya (RO) untuk mengikut Parlimen sahaja,'' katanya di sidang me-dia sempena taklimat PRU13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus serta pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya dan parti-parti politik, di Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah SPR negeri, Haji Fakhrul Razi Ab Wahab. Datuk Wira Wan Ahmad berkata, pasukan ini akan dileng-kapi dengan kenderaan pacuan empat roda selain peralatan seperti kamera, tali dan gunting yang mungkin digunakan bagi tujuan menurunkan bendera atau sepanduk yang didapati melanggar undang-undang sepanjang berkempen. Pada masa yang sama, SPR juga kini berdepan dengan masalah kekurangan pegawai polis bagi ditugaskan dalam pasukan itu berikutan PRU yang berjalan serentak seluruh negeri.

Sumbangan RM1 juta bantu Pusat Dialisis Kemaman

Kerajaan negeri menyum-bang sebanyak RM1 juta

bagi Pusat Dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF)-Yayasan Buah Pinggang Kemaman (YBPK) yang dirasmikan baru-baru ini. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kewuju-dan pusat itu memberi makna yang besar bagi membantu memudahkan pesakit menjalani rawatan, di samping mengu-rangkan bebanan kewangan mereka dan keluarga. ``Sebahagian besar pendapatan digunakan dan pesakit jatuh miskin. Malahan terdapat juga kes pesakit terpaksa menjual tanah untuk menampung kos rawatan yang tinggi dan kos perjalanan ulang alik ke hos-pital,'' ujarnya. Kata beliau, pusat ini di-wujudkan sebagai tambahan kepada kemudahan serupa di Hospital Kemaman yang tidak lagi mampu menampung keperluan semasa. ``Tetapi kawasan terhad di Hospital Kemaman membatas-kan kita untuk menambah mesin yang diperlukan dan akhirnya kita buat keputusan untuk menggunakan bangunan terbengkalai di Pantai Teluk Mak Nik,'' katanya kepada pemberita selepas majlis per-asmian tersebut. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr. A. Rahman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Mohamed Awang Tera. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Par-limen Kemaman, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyumbangkan bantuan se-banyak RM100,000 kepada pusat dialisis berkenaan. ``Saya mengalu-alukan sumbangan daripada pelb-agai pihak lain seperti para kontraktor, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan lebih banyak kemudahan. ``Ia tentunya bagi menam-bah mesin hemodialisis bagi membolehkan lebih ramai pe-sakit menerima rawatan pada satu-satu masa,'' ujarnya.

Dato' Tengku Putera berkata, di segi kemudahan pendidikan kerajaan negeri menghulurkan

pelbagai bantuan dan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar hinggakan Terengganu mencatat kejayaan luar biasa dalam peperiksaan awam. ``Di bidang sukan pula, semua kemudahan untuk atlet tempatan disediakan dan kini kita menjadi kuasa baru sukan negara,'' kata Dato' Tengku Putera yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Bahkan, tambah beliau, Kerajaan BN turut memajukan kawasan pedalaman dengan penyediaan rumah kedai dan pelbagai bentuk rumah kediaman untuk rakyat, yang bakal menjadi pemangkin pembangunan di kawasan tersebut. ``Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said sebagai ketua kera-jaan pula, mengamalkan konsep pentadbiran yang mudah di mana beliau dan seluruh saf kepimpi-nan negeri mudah didekati oleh

Dari ms 1 rakyat. ``Beliau turut mengarahkan ketua-ketua jabatan dan pentadbir awam mempermudahkan semua urusan dengan rakyat, tanpa pro-tokol dan kerenah birokasi bagi membolehkan setiap program dan projek yang dirancang untuk rakyat, berjalan dengan lancar,'' katanya. Sehubungan itu, katanya, pen-gundi di negeri ini tidak perlu was-was dan berfikir panjang lagi untuk memilih calon-calon BN pada PRU 13 kerana mereka sangat sesuai bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. ``Umno Terenganu dan BN akan mengemukakan calon-calon yang terbaik dan mampu memenuhi tanggungjawab bagi membela nasib rakyat negeri ini,”katanya. Justeru itu, katanya, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan sebarang janji yang ditabur parti pembangkang, khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya pandai bermain dengan kata-kata bagi memancing undi.

Rakyat perlu undi Barisan Nasional

Setiap orang perlu membuka hati mereka, pakat dengan keluarga, saudara mara dan jiran tetangga bahawa inilah kerajaan (BN) yang kita semua mahu memerintah negeri Terengganu.''

``Tengku puTera

Page 3: teganukita 61

BIL: 61, 15-31 Mei 2012 3

AM

Pesta Pantai melestarikan budaya silam TerengganuAcara tradisi menjadi tulang belakang produk pelancongan negeriOleh: Aida Abd [email protected]

Kerajaan negeri berusaha mengembalikan kehebatan acara Pesta Pantai Tereng-ganu pada zaman 70-an

untuk diselami penduduk masa kini dengan memperkenalkan kon-sep `melestarikan budaya silam sebagai produk pelancongan’. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata pada awal 70-an hingga akhir 70-an lalu, sebaik pesawah selesai memban-ting tulang di sawah, mereka akan berkumpul dan berehat di pondok-pondok yang dibina di tepi pantai Batu Buruk bagi menikmati panorama indah sambil berhibur dengan permainan tradisi. Katanya, selari dengan pereda-

ran masa, acara yang digerakkan menerusi exco pelancongan itu akan diteruskan semula selepas sekian lama menyepi dengan memperkenalkan kesenian dari seluruh daerah untuk ditatapi penduduk seluruh Terengganu. ``Program ini menjadi satu produk pelancongan negeri yang mampu menggamit kehadiran pelancongan tempatan dan luar negara serta menjadi tulang belakang ekonomi, malah sumber pendapatan kepada negeri dan juga penduduk secara langsung,'' katanya ketika meras-mikan Pesta Pantai Terengganu, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelan-

congan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan terus mengeksploi-tasi kelebihan alam semula jadi yang terdapat di Terengganu serta mewujudkan infra baru berkaitan pelancongan supaya mampu me-narik kehadiran pelancong sekal-igus menjayakan matlamat Tahun Melawat Terengganu 2013. ``Terengganu mempunyai pantai yang paling panjang sejauh 244 kilometer, pulau yang cantik, laut membiru dan tasik terbesar Asia iaitu Tasik Kenyir di Kuala Berang. ``Masih banyak yang perlu diek-sploitasikan pada masa depan supaya supaya sektor pelancongan terus memangkin kepada sumber ekonomi negeri,'' katanya.

Dato’ Seri Haji ahmad Said bersama Dato’ abdul rahin menaiki beca VIp ke pesta pantai di Dataran Shahbandar.

YB Mohd Nor Tokoh Guru 2012Ahli Parlimen Hulu Tereng-

ganu, YB Mohd Nor Othman, 60, dipilih sebagai penerima

anugerah Tokoh Guru Tereng-ganu 2012 sempena sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri baru-baru ini. Beliau dalam karier perguruan selama 33 tahun menerima wang tunai RM5,000, senaskah al-Quran, satu set persalinan dan trofi yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Stadium Tertutup Kompleks Su-kan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah;

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abd. Rahman dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Zakaria Hussin. Mohd. Nor yang juga bekas Ketua Sektor Pengurusan Pem-bangunan Kemanusiaan, JPNT menyifatkan kerjaya sebagai guru sebagai ibadah untuk memoti-vasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau berazam untuk terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu

dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air. Mohd. Nor yang berasal dari Kampung Buluh, Kuala Berang adalah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Pendidikan Sejarah pada 1971 dan mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, Kuala Terengganu, pada 1976. Beliau juga penerima Anugerah Guru Khidmat Cemerlang Kebang-saan pada tahun 1996 pernah ditugaskan di SMK Tengku Am-puan Intan, SMK Landas, SMK Menerong dan SMK Ajil.

Tokoh guru Terengganu 2012, YB Mohd nor Othman menunjukkan anugerahditerima kepada isterinya yang disampaikan Menteri Besar pada sambutan Hari guru ke-41 peringkat negeri, yang diadakan di Stadium Tertutup kompleks Sukan negeri gong Badak, baru-baru ini.

YT sedia RM106 juta untuk biayai pelajar ke IPT tahun ini

Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM106 juta bagi membiayai pengajian lebih 3,700 pelajar di pelbagai

institusi pengajian tinggi termasuk 545 penuntut di 12 buah negara sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan dalam bentuk biasiswa dan pin-jaman itu antara usaha kerajaan negeri untuk meramaikan profesional dalam pelbagai bidang. Katanya, biasiswa yang diberikan termasuk melalui Skim Pelajar Cemerlang dalam beberapa universiti terkemuka dunia dalam pengajian seperti bidang perubatan, farmasi, bioteknologi dan kejuruteraan. ``Program yang bermula sejak 2005 itu sehingga kini menaja 48 pelajar di beberapa universiti terbaik di United Kingdom dan 24 pelajar lagi sedang menduduki A-Level,'' katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlan-gan Pelajar Semua A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadiah keseluruhan yang disampaikan sebanyak RM246,000. Turut hadir Pengarah YT, Encik Zakaria Yusof. Pada majlis itu, seramai 471 pelajar SPM 2011 yang mendapat semua A menerima wang tunai RM500 dan 17 daripada mereka yang memperoleh semua A+ diberi ganjaran komputer riba. Seramai 21 pelajar STPM 2011 yang berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara 3.80 hingga 3.99 diberi RM500 dan empat pelajar diberi sebuah komputer riba. Katanya, YT dijangka turut membelanjakan kira-kira RM18 juta tahun ini bagi program bantuan persediaan pelajar yang bakal menyambung pengajian ke pusat matrikulasi serta institusi pengajian tinggi antara RM500 dan RM1,000 seorang. Tahun lalu, katanya, YT membelanjakan RM17.42 juta untuk diagihkan kepada 23,339 pelajar. Pada 2010 (26,801 pelajar) dengan peruntukan RM20.03 juta. ``Pada 2009 (26,235 pelajar) dengan jumlah RM19.49 juta. Tahun sebelumnya, YT mengagihkan RM16.10 juta kepada 22,813 pelajar,'' ujarnya.

pelajar cemerlang menerima ganjaran komputer riba setiap seorang.

Page 4: teganukita 61

4

AMBIL: 61, 15-31 Mei 2012

Presiden Pas kejutkan `khayal’ Nik Aziz

FOKUS KHASOleh: Fauzi [email protected]

Sisi hidup anak Pok Eid Tok NyadatOleh: Fauzi [email protected]

Episod kisah Mat anak lelaki tunggal Pok Eid Tok Nyadat yang didokumentasikan dalam buku Ahmad Said

Dari Rakyat Untuk Rakyat terbitan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyorot susur-galur hidup Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said sejak kecil se-hingga kini. Paparan ilmiah buku itu menceri-takan sisi berbeza Ahmad Said yang merupakan anak kampung Teluk Kalong, Kemaman tegar dengan kepayahan hidup di masa kecil hingga mencapai menara gading. Buku setebal 198 muka surat itu karya bekas Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr. Aziz Dera-man dan Dekan Fakulti Pemban-gunan Sosial UMT, Prof. Madya Dr. Noraien Mansor dilancarkan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman baru-baru ini. Hadir menyaksikan pelancaran itu, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya. Karya itu merangkumi lapan bab termasuklah mengenali `Ahmad Said', alam pendidikan, tapak kerjaya, pentas politik dan

Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu ke-13. Banyak perkara yang disentuh penulis buku itu. Ada diantaranya begitu jarang disebut malah jauh dari pengetahuan masyarakat ter-masuk rakan-rakan beliau dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan. Untuk melihat sisi silam Ahmad Said, agak malang hanya ada dua keping gambarnya sewaktu kecil dipaparkan; satunya ketika berusia 12 tahun yang mudah ditelah semasa membuat kad pengenalan dan gambar dari album sekolah,

mungkin simpanan rakan. Dalam kehidupan kampung yang sering dibelenggu kepayahan, merakam gambar, memiliki dan menyimpannya sebagai kenan-gan bukan suatu yang mudah dilakukan. Ahmad Said, anak kepada pas-angan Said Mohd. dan Wook Ali yang dilahirkan pada 15 Februari 1953 membesar di sebuah rumah berlantaikan batang nibong dan beratapkan pelepah nipah. Ayahnya turut mencari nafkah dengan turun ke laut, menoreh getah dan berkebun manakala

ibunya di rumah membuat kuih, menganyam tikar atau menyalai ikan kering bagi menampung rezeki sekeluarga. Ketika meniti zaman remajanya buku itu menceritakan, Ahmad Said tidak pernah bercinta dan To' Puan Seri Hajah Norliza yang menjadi teman hidupnya adalah rakan sekampung yang dilamar ketika dia menjawat jawatan Pe-nolong Pegawai Daerah. Sikap keibuan Norliza mudah melembutkan hati dan sukar un-tuknya berpaling dari gadis itu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Dato’ Seri Haji ahmad Said di majlis pelancaran buku `ahmad Said - Dari rakyat untuk rakyat’ terbitan uMT yang menyorot susur-galur hidup Menteri Besar Terengganu itu.

Jalan Tekukur, Gong Lingai kampung terbersihJawatankuasa Keselamatan dan

Kemajuan Kampung (JKKK) Jalan Tekukur, Kuala Tereng-

ganu memenangi pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kam-pung Peringkat Negeri 2010/2011. Memiliki kepadatan 2,750 penduduk, kampung berkenaan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta RM250,000 sebagai dana bagi menjalankan projek pembangunan kampung. Hadiah kemenangan disampai-

kan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, di Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah. Sementara itu, bagi kategori kampung luar kawasan operasi pula dimenangi oleh Kampung Gong Lingai yang membawa pulang wang tunai RM25,000 serta peruntukan RM250,000 bagi menjalankan projek pem-bangunan kampung.

Jkkk Jalan Tekukur bersama hadiah kemenangan pertandingan kebersihandan keceriaan kampung peringkat negeri 2010/2011.

Percanggahan pendapat yang sering berlaku di kala-

ngan pemimpin Pas termasuk berkenaan isu masuk syurga jika mengundi parti itu pada pilihan raya membuktikan Pas sebuah `parti keliru'. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata perbezaan pendapat yang ketara antara Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam termasuk penyokong Pas sendiri. Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya seluruh umat Islam menilai dengan bijak-sana percanggahan pendapat itu lebih-lebih lagi berkaitan peluang masuk syurga. ``Janganlah campurkan an-tara politik dengan agama sehingga bercanggah dengan ajaran Islam. Abdul Hadi kata lain, Nik Abdul Aziz pula kata lain. ``Mana boleh kalau undi Pas akan dapat masuk syurga,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. Dato' Seri Haji Ahmad men-gulas percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dengan Nik Aziz berhubung peluang masuk syurga sekiranya seseorang itu menyokong dan mengundi Pas pada pilihan raya. Sebelum itu, Abdul Hadi mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti berkenaan pada pilihan raya malah parti itu tidak boleh berbuat demikian kerana sy-urga hanya hak Allah s.w.t.

Pas sebuah `parti keliru’

Ada yang masih ingat bagaimana `garangnya'

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat satu ketika dulu merencat kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ah-mad Badawi. Hadi nampak bahawa perpeca-han Melayu akan memberi `bala tersembunyi' kepada bangsa dan umat. Selepas PRU 12, Hadi menyam-but cadangan Abdullah supaya Umno dan Pas duduk berbincang bersama Timbalannya ketika itu, Nasharuddin Mat Isa yang

sudah memulakan langkah untuk bermuzakarah. Malangnya, Nik Aziz berjaya menyekat misi kerajaan perpad-uan itu yang barangkali mahu menjaga hati Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang bergelora mengatur rentak menawan Putrajaya pada 16 September. Keyakinan Menteri Besar Kel-antan itu kepada Anwar cukup tinggi. Marahnya Nik Aziz kepada Hadi, menyebabkan Nasharud-din menjadi mangsa. Macam-macam perkataan dihambur keluar dari mulut seorang ulama politik terha-

dap Nasharuddin hingga Nik Aziz dikatakan mengungkit yang dia kesal memberi laluan kepada Nasharuddin bertanding di Kelantan dan menang kerusi Parlimen Bachok. Kemarahan Nik Aziz terbawa-bawa sehingga Nasharuddin kalah dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas di tangan Mat Sabu. Baru-baru ini, apabila Nik Aziz menyebut isu muzakarah dengan Umno, Hadi membuka rentak `silat' yang mengendurkan Nik Aziz dengan kenyataan yang agak garang : Pas tidak bercadang untuk bermuzakarah dengan

Umno. Ada pihak yang menyebut, Hadi mahu ingatkan Nik Aziz. Dulu, masa beliau bercakap mengenai kerajaan perpaduan, Nik Aziz menjadi penentang. Sekarang, melalut mahu mengadakan ber-muzakarah? Kali ini Hadi boleh dikatakan berjaya `fire' Nik Aziz. Dalam situasi itu, Presiden Pas mewakili seluruh ahli parti itu sudah `bercanggah' dengan Mursyidul Am Pas. Nik Aziz tiada pilihan lain dan memberitahu isu muzakarah tidak diterus-kan kerana mahu menghormati Presiden Pas.

Page 5: teganukita 61

BIL: 61, 15-31 Mei 2012 5

EKONOMI

PMINT labur RM400j laksana pembangunan

Oleh: Suriati [email protected]

Perbadanan Memaju-kan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dijangka melabur

RM400 juta bagi melak-sanakan beberapa projek pembangunan hartanah, termasuk pembinaan tem-pat letak kereta bertingkat bagi menyelesaikan masalah kekurangan kemudahan itu di bandar Kuala Terengganu pada masa depan. Pengurus Besar PMINT, Dato' Haji Osman Muda, berkata langkah itu menggam-barkan keseriusan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat. ``Sesetengah daripada pro-jek ini sudah dilaksanakan seperti projek perumahan, sementara tempat letak kereta bertingkat dijan-gka dibina bersebelahan bangunan Wisma PMINT,'' katanya pada sidang media PMINT, baru-baru ini. Dato' Haji Osman ber-kata, projek pangsapuri kos rendah KP Perdana di

Kampung Kubang Parit di sini bernilai RM141 juta, mengandungi 120 unit rumah berkelulusan 700 kaki persegi. ``Projek itu sedang menunggu kelulusan sijil menduduki (CF) dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang dijangka diperoleh bu-lan depan. ``Rumah tersebut dijual pada harga RM65,000 seunit dan telah ditawarkan kepada pembeli yang disenaraikan oleh bahagian perumahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,'' katanya. Dato' Haji Osman ber-kata, projek lain yang dibina adalah projek pangsapuri mampu milik Pulau Duyong yang mengandungi 11 blok dengan keseluruhan 176

unit serta keluasan lantai 844.75 kaki persegi setiap unit. Katanya, projek pangsa-puri itu juga dalam proses mendapatkan kelulusan CF dan dijual pada harga RM42,000 seunit bagi rumah kos rendah dan RM68,000 seunit bagi rumah mampu milik. ``Projek seterusnya yang sedang dilaksanakan oleh PMINT ialah projek PB (Paya Bunga) Square setinggi 19 tingkat yang menelan be-lanja lebih kurang RM170 juta dan dijadualkan siap pada Julai 2013,'' katanya. Dato' Haji Osman berkata, pihaknya sedang mencari pembeli yang berpotensi untuk jualan blok hotel 19 tingkat manakala yang lain

dibuka untuk permohonan sewaan yang diuruskan oleh bahagian pengurusan harta PMINT, yang kini siap 46.02 peratus. Projek tempat letak kereta sembilan bertingkat adalah merupakan projek terbaharu yang akan dilaksanakan oleh PMINT bagi mengatasi masalah tempat letak kereta di pusat bandar raya itu terutamanya pada waktu pejabat dan cuti umum. Beliau berkata, kawasan Jalan Engku Embong Fati-mah di sini telah dipilih sebagai lokasi pembinaan tempat letak kereta bernilai kira-kira RM60 juta. Dato' Haji Osman ber-kata, ia mengandungi 718 lot tempat letak kereta, lapan lot kedai, pusat boling dan panggung wayang.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

(MBKT) yakin sasaran RM14 juta kutipan cukai taksiran (cukai pintu) pada 2012 berjaya dicapai berdasarkan pencapa-ian memberangsangkan pada tempoh empat bulan pertama tahun ini. Pengarah Bahagian Penilaian Pengurusan Harta MBKT, Puan Zanila Ibrahim, berkata pihaknya berjaya memperolehi RM4 juta kutipan hasil cukai pintu dalam tempoh empat bulan pertama tahun Ini. Katanya, melalui kaunter bergerak yang dibuka sejak Februari lalu di beberapa lokasi di ban-dar dan di kawasan pe-rumahan telah memberi kemudahan kepada orang ramai membayar cukai pintu masing-masing. ``Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai agar membayar cukai pintu termasuk mengedarkan risalah dan sebagainya,'' katanya kepada Teganukita.

MBKT sasar RM14 juta hasil cukai pintu

BISNESOleh: Suriati [email protected]

tembusi pasaran

Terengganuseluruh

Berpegang kepada misi memberi perkhidmatan dan produktiviti terbaik

kepada pelanggan, Cahaya Ilusi Enterprise yang dinaungi Encik Mohd Mazlan Yahya, 27, terus memahat nama sebaris dengan syarikat pengiklanan yang sedang meningkat maju di Bandar Raya Kuala Terengganu. Pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan dengan produk dan harga yang ditawarkan. Cahaya Ilusi yang beroperasi awal tahun 2007 menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk pengiklanan bercetak `indoor’ dan `outdoor’; tempahan ce-deramata, papan tanda, papan iklan, papan digital dan banting. Perkhidmatan lain seperti sewa kanopi, butik pengantin dan fotografi turut ditawarkan. Berbekalkan pengalaman kerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat periklanan di Terengganu enam tahun lalu membuatkan Encik Mohd Mazlan nekad membuka perniagaan sendiri walaupun pada awal-nya seakan bimbang dengan persaingan. Katanya, dia nekad me-nempuh pelbagai cabaran dan persaingan kerana pada ketika itu semangatnya untuk memiliki perniagaan cukup tinggi. “Saya mula berani membuka peniagaan ini selepas meli-

hat bekas majikan seakan tidak menang tangan menerima tem-pahan pelanggan. “Bermula daripada situ, saya yang diibantu isteri tercinta, Mahzunah Latifah Mohd, 27, mula menanam azam di samping mengumpul modal secara beransur-ansur,” katanya. Menurut Mohd Mazlan, pada awal perniagaan yang bermo-dalkan RM20,000, Cahaya IIlusi hanya berani menerima tempahan projek yang berskala kecil saja sebagai langkah berhati-hati, selain menguji tahap kemampuan. “Setiap tugasan dan projek yang diperolehi, saya mahu memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan produk, kualiti masa dan perkhidmatan terbaik. “Hasilnya Cahaya IIusi kini mula mendapat kepercayaan puluhan jabatan kerajaan dan swasta yang tampil menawarkan projek berskala besar dan kecil,” katanya. Katanya, menyiapkan pelbagai jenis papan tanda sempena Ke-johanan Sukan Berkuda Antara-bangsa 2008 di Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu, Lem-bah Bidong, Setiu, lima tahun lalu adalah peluang cukup berharga. “Saya cukup menghargainya kerana produk Cahaya IIusi menjadi bahan yang memainkan peranan penting di sepanjang kejohanan yang melibatkan warga asing,” katanya. Pelbagai usaha dilaksanakan Mohd Mazlan, termasuk mengikuti pelbagai seminar dan kursus untuk meningkatkan lagi kemahiran. Cahaya IIusi kini beroperasi di Mukim Tok Jamal, Jalan Pulau Musang,Kuala Terengganu. pekerja sedang memasang papan tanda yang ditempah hasil kerja tangan

Cahaya Ilusi enterprise.

projek paya Bunga Square setinggi 19 tingkat yang dilaksanakan pMInT kini sedang dalam pembinaan.

Page 6: teganukita 61

6 BIL: 61, 15-31 Mei 2012

RENCANA-

C a t a t a n Pengarang Pembangkang 'kaki' demonstrasi

PENAUNG: YAB DAtO’ SErI HAjI AHmAD SAID

mENtErI BESAr tErENGGANU. YB Haji Khazan Che mat

Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAt: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGArANG: ruslan Abdul rahman

timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGArANG 1: Kamaruddin mat Akib

(media Baru).

PEN. PENGArANG 11: Aida Abd. rahman

(Akhbar teganukita).

WArtAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi mohd Hj. mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (marang) Hazwan rosli (Dungun) mastura jamaluddin (H. terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

jUrUFOtO: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidang

Reda

ksi

siri 7

Orang teganu???Ingat dok lagi...

ANALISIS

Anak Exco Kerajaan (zaman pemerintahan Pas) dapat wang zakat

IA bukAn dOngeng, tetapi realiti semasa pembangkang berkuasa di Terengganu anak-anak Ahli Yang Berhormat Exco (Ahli Majlis Mesyua-rat Kerajaan Negeri) suatu badan tertinggi dalam kerajaan negeri pun diberikan wang zakat. Itulah pemimpin yang mendakwa mereka pejuang Islam, bercakap berdegar-degar men-genai amanah, keadilan dan perjuangan Islam, tetapi ‘ekor bergelumang dengan tahi”. Kebetulan Exco berkenaan mempunyai nama yang sama, cuba bin berlainan, tetapi berpendidikan Islam.Perbuatan pemimpin pembangkang itu menafi-

kan sama sekali hak orang susah dan miskin. Rakyat masih ingat semua ini, tiba-tiba pe-mimpin parti itu hari ini bercakap mengenai negarai kebajikan, seolah-olah rakyat lupa apa yang mereka lakukan semasa berkuasa. Ini petikan temual bersama rakyat miskin yang dinafikan haknya yang dibuat kira-kira 10 tahun lalu: “Suami saya bekerja sebagai kakitangan rendah pernah memohon bantuan Maidam untuk membiayai pengajian anak kami Yus-madi, 24 tahun untuk ke Universiti Al Azhar Mesir. Bagaimanapun permohonan anak kami tidak diluluskan. Jika Maidam meluluskan bantuan kepada lima anak Exco Kerajaan mengapa kami pula ditolak dan tidak mendapat bantuan itu,” kata Wan Sarah Wan Othman sambil menitiskan airmata.

Minah Mat Zin, 53 tahun ibu kepada 8 anak dari Seberang Takir: “Saya terpaksa mengga-dai barang kemas untuk biayai pengajian anak di Mesir, permo-honan anak saya dari keluarga miskin di tolak Maidam. Anak ahli Exco mereka luluskan, anak saya Wan Norsiah Wan Ngah,

22 tahun terpaksa meminta bantuan kewangan dari keluarga dan kawannya untuk membeli tiket kapal terbang ketika pulang bercuti bulan puasa lepas.” Kedua dua temuramah ini pada 27 Januari 2002 (lihat Berita Harian yang turut menyiarkan pada 28 Januari 2002). Mengenai isu penyelewengan pemberian

wang zakat oleh kerajaan Terengganu waktu itu, pemimpin utama mereka mulanya mencabar supaya dibuktikan. `̀ Saya minta umno kemukakan kepada pihak berkenaan. Saya beri lampu hijau untuk umno berbuat demikian dalam tempoh 24 jam,” kata pemimpin utama itu dengan sombongnya. Beliau yakin rakyat tidak akan mempercayai dakwaan yang dilemparkan oleh Umno (Utusan Malaysia, 23 Januari). Waktu itu, Ketua Penerangan Umno Negeri, Mohd. Nasir Ibrahim (sekarang Dato’) mende-dahkan penyelewengan itu. Lalu apabila dicabar pemimpin utama kerajaan negeri waktu itu, Mohd. Nasir pun menyambut cabarannya. Beliau yang berjaya mendapat dokumen yang mendedahkan nama anak-anak Exco Kerajaan Negeri yang terlibat dalam pemberian zakat. Bahkan kerajaan negeri waktu itu banyak lagi melakukan penyelewengan dalam hal berkaitan zakat itu termasuk tindakan melakukan kezali-man membatalkan pemberian zakat kepada fakir miskin yang berhak mendapatkannya yang berjumlah lebih 28,000 orang. Sebenarnya kerajaan pembangkang waktu itu menghadapi kerosakan imej teruk berhubung isu zakat ini. Adalah amat sukar bagi kerajaan pembang-kang waktu itu untuk menutup penyelewengan dalam pemberian zakat kepada anak pemimpin mereka yang bertaraf Exco Kerajaan itu. Hari ini mereka kononnya berjanji hendak menjadi juara kebajikan dan hendak tubuhkan negara kebajikan? Malulah sikit.

Oleh: Pengarang [email protected]

Membuat huru-hara dan mengadakan demonstrasi. Itulah kerja rutin parti-parti pembangkang di negara ini.

Hakikatnya, pembangkang tidak ada agenda atau program tertentu untuk kesejahteraan rakyat, tetapi bagi menampakkan kewujudan mereka, lalu sesuatu tindakan perlu dilakukan. Mereka merancang mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan kononnya bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan atau program yang dirancang untuk kebaikan rakyat. Di Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan bermacam-macam agenda dan pro-gram untuk rakyat, termasuk di bidang pendidikan. Kerajaan BN menghantar pelajar cemerlang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi, tetapi pemimpin pembangkang menghasut mereka membenci kerajaan hingga ada yang sanggup menyertai Perhimpunan Bersih.

Bila pelajar berkenaan dikenakan tindakan, pem-bangkang menghasut pelajar supaya mengadakan demonstrasi di Wisma Darul Iman bagi membantah tindakan itu walaupun hakikatnya hukuman ke atas pelajar itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Amat malang bila golongan pelajar turut digu-nakan oleh pembangkang untuk mengadakan demonstrasi berhubung isu penarikan balik pinja-man pengajian dan tanah di negeri ini. Terbaru, pada 8 Jun lalu, bukan saja golongan pelajar, kanak-kanak yang masih kecil turut dibawa menyertai Perhimpunan ‘Himpun dan Ingat’ di pe-karangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Tindakan itu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan mereka yang sanggup membawa anak kecil untuk men-

yertai perhimpunan itu, kerana terpengaruh dengan pihak pembangkang. Ibu bapa yang ‘kurang cerdik’ itu sanggup ber-himpun di situ walaupun menyedari anak kecil yang didukung itu rimas dengan keadaaan cuaca panas dan bunyi bising pembesar suara. “Saya tidak faham, apa yang mereka inginkan sehingga sanggup menganjurkan perhimpunan seumpama itu, kononnya mahu mencari kebena-ran dan keadilan. “Jika mereka mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak selamat dan mempunyai unsur rasuah, kita sudah melaporkannya kepada Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah jabatan itu menyiasat,” katanya. Kita amat berharap agar orang ramai tidak lagi terpengaruh dengan parti pembangkang yang sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi bagi mencapai kepentingan politik mereka.

Page 7: teganukita 61

7

RENCANA

Muslihat `saudagar janji’BIL: 61, 15-31 Mei 2012

Hanya pandai menabur janji walaupun sukar untuk dikotakan

Setiap kenyataannya seka-dar retorik demi meraih populariti dan perhatian umum. Usaha tanpa henti

itu bagi memastikan orang ramai percaya dan terpengaruh lalu melayakkan pemilik nama `Anwar Ibrahim' dan konco-konconya un-tuk menawan Putrajaya sekaligus mengetuai pentadbiran negara. Muslihat demi muslihat `saudagar janji' dengan mempertaruhkan ` janji mega' walaupun mereka sedar segalanya tidak realistik dan sukar dikotakan sama sekali. Terbaru, puak penentang kera-jaan yang diketuai Anwar Ibrahim itu berjanji untuk memberikan peneroka Felda RM50,000 dan bukan RM15,000 sebagaimana ganjaran sedang diagihkan ke-pada golongan itu oleh Kerajaan Pusat. Angka yang cukup lumayan, berbanding RM15,000 yang sedang diagihkan Kerajaan BN dan Umno kepada peneroka di seluruh negara hampir sebulan lalu. ``Mereka tidak pernah mengimpi-kan mendapat RM15,000 ini. Tetapi biasalah, apabila kerajaan beri RM15,000 pembangkang kata kerajaan tiada duit. Apabila mereka memerintah pula mer-eka kata mahu beri RM50,000..Payahlah (putar-belit) begini. ``Inilah yang dikatakan `sau-dagar janji'. Hanya berjanji sahaja..memang mudah berjanji. Saya pun boleh berjanji. Tetapi sama ada boleh buat atau tidak,'' kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini. Ironinya, Perdana Menteri men-gumumkan habuan berjumlah RM1.689 bilion kepada 112,000 warga peneroka, di mana jumlah itu lebih besar berbanding dengan peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Durian runtuh itu akan di-agihkan menerusi tiga fasa, di mana fasa satu RM5,000 untuk setiap peneroka, diikuti dengan fasa dua berjumlah RM5,000 kepada setiap isteri peneroka dan yang terakhir, fasa ketiga RM5,000 lagi akan diberikan kepada setiap peneroka generasi kedua Felda (anak-anak peneroka) dan jumlah itu belum termasuk pemberian saham Felda Global Ventures Holding. Menurut Dato' Seri Haji Ahmad, durian runtuh yang diterima peneroka Felda sebagaimana diu-mumkan Dato' Sri Mohd Najib itu suatu yang tidak pernah terlintas di fikiran golongan peladang itu.

WAKAF rAKYAtOleh: Aida Abd [email protected]

Pemimpin pembangkang itu cuba mengalih pandangan golongan yang sudah banyak mengalami transformasi hasil kecaknaan kerajaan yang menyediakan tanah rancangan bagi mereka mencurah keringat dalam sektor perladangan sekaligus berupaya melonjak ekonomi negara masa kini. Bukan hanya kepada peneroka, janji pertama dan masih tidak luput di benak yang seringkali ditabur kepada umum adalah untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri. Angkara keinginan yang membuak-buak mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Anwar sanggup membuat janji yang tidak masuk akal bersandarkan alasan Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ring-git setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan. Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri Kewangan,malangnya Anwar gagal memberi idea dan buah fikiran yang bernas kerana semua rakyat faham dan sedar, harga minyak petrol, diesel dan lain-lain bahan

api dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga bahan komoditi berkenaan di pasaran dunia. Umum juga sedia maklum, Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport min-

yak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasaran dunia. Lantaran itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaik-kan. Retorik yang diuar-uarkan `saudagar janji' bagi menurunkan harga minyak tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia. Selain isu minyak, banyak lagi yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) termasuk menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat. Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat, baru-baru ini. Pada 30 April lalu, Perdana Menteri mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pe-kerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak. Manakala dalam Bajet 2012, Kerajaan Selangor yang diperintah PR mengumumkan gaji minimum RM1,500 bagi pekerja-pekerja

syarikat berkaitan kerajaan. Anwar berkata, mereka bo-leh menguatkuasakan kadar gaji minimum RM1,1000 kerana ia memadai dengan harga minyak dan barang diturunkan serta memberi pendidikan percuma. ``Sebab itu saudara kena faham gaji minimum RM900 dengan harga barang melambung naik, dengan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan harga minyak tak turun memang tidak mencukupi bagi keluarga yang hidup di bandar,'' kata An-war ketika berucap pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan ``Menjulang Martabat Pekerja'' anjuran Kerajaan Selangor di Stadium Melawati, pada Mei lalu. PR juga menabur janji untuk mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX. Rakyat sudah mampu menilai `semua sandiwara’ yang dimain-kan golongan yang `terdesak' bagi memastikan cita-cita yang dicanang bersama rakan akrab - Pas dan DAP itu mampu men-jadi kenyataan, sedangkan diri sendiri diulit pelbagai skandal dan isu moral yang memual dan menyesakkan dada.

Rakyat sudah mampu me-nilai `semua sandiwara’ yang dimainkan golongan yang `terdesak’ bagi memastikan cita-cita yang dicanang ber-sama rakan akrab - Pas dan DAP itu mampu menjadi kenyataan, sedang-kan diri sendiri di-ulit pelbagai skan-dal dan isu moral yang memual dan menyesakkan dada.

Hiasan

Page 8: teganukita 61

8 BIL: 61, 15-31 Mei 2012

RENCANA

Bagaisireh pulang ke gagang

Page 9: teganukita 61

BIL: 61, 15-31 Mei 2012

RENCANA9

Program Menteri besar masuk kampung boleh diibaratkan seperti `sireh pulang ke gagang', apabila sempat `pulang' dan menjenguk rumah bernombor

518A, di kampung Ladang yang pernah didiaminya kira-kira

36 tahun lalu. `̀ Saya tinggal

menyewa bersama kawan-kawan

ketika belajar di Sekolah

Adabi di bandar

Oleh: Esah [email protected]

ini,'' katanya yang turut meninjau di sekeliling rumah itu, baru-baru ini. Program anjuran Pergerakan Pemuda dan Penyelaras uMnO dun Ladang itu juga telah memberi kesempatan dato' Seri Haji Ahmad Said bertemu ibu angkatnya Puan eshah Mohamed atau Mok Mek, 80 tahun yang kini uzur. kehadiran Menteri besar bersama isteri, To; Puan Seri Hajah norliza Mahmud membawa sinar bahagia kepada penduduk di sekitar kampung berkenaan di mana 14 keluarga miskin, uzur, kurang upaya dan warga emas telah menyambut salam pemimpin nombor satu itu dengan genggaman erat. Rata-rata mereka ini bakal berpindah ke

rumah baru yang lebih selesa disediakan kerajaan kerana kawasan yang diduduki sekarang akan dibangunkan oleh kerajaan negeri dan ternyata mereka tidak keberatan demi pembangunan untuk generasi akan datang. Mengiringi lawatan itu, Pegawai daerah kuala Terengganu, Haji Wan nawawi Wan Ismail; Pegawai Pembangunan Parlimen kuala Terengganu, dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pegawai Pembangunan dun Ladang, dato' Haji Wan Hisham Wan Salleh. beberapa artis turut serta iaitu Shaheizy Sam, Sari Yanti dan CeO Metrowealth International group (MIg), dato' david Teo.

Page 10: teganukita 61

10

PELANCONGANBIL: 61, 15-31 Mei 2012

DESAKU

Oleh: Esah [email protected]

Sebaik tiba di Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, anda pasti terpegun melihat kein-

dahan persekitarannya yang berlatarbelakang Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali penduduk setempat 'Masjid Terapung'. Pelbagai kemudahan dise-diakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu semata-mata mahu menarik minat pengunjung tem-patan dan luar Terengganu ke lokasi sejauh lima kilometer (km) dari pusat bandar raya itu. Kemudahan seperti pondok rehat, laluan berjalan kaki, ta-man permainan, tandas dan kawasan riadah nyata memberi keselesaan kepada pengunjung yang kebiasaannya singgah un-tuk pelbagai tujuan. Destinasi lapang yang dipenuhi landskap indah, diselit dengan kejernihah air muara sungai, cu-kup sesuai untuk pengunjung beristirehat sambil menjamu selera bekalan yang dibawa bersama keluarga. Aktiviti lain seperti bebeku, memancing, berjoging dan berkhemah turut digemari pengunjung yang ingin men-gisi waktu terluang terutama di hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Bagi golongan pelajar pula, mereka gemar menjadikan lagun itu sebagai lokasi untuk mengulangkaji pelajaran atau melakukan perbincangan ber-sama rakan. Mungkin bagi mereka, pe-mandangan lagun yang indah dan tenang mampu memberi ilham dan mudah untuk meng-hafalkan sesuatu tugasan yang diarahkan guru atau pensyarah.

Apa yang menariknya, ahli rombongan dari pelbagai neg-eri turut tidak ketinggalan un-tuk singgah walaupun dalam tempoh singkat `dek’ terpukau suasananya yang nyaman. Pengunjung dari Marang. Mohd Rosdi Mat Amin, 35, berkata dia dan keluarga cukup mengemari persekitaran Lagun Kuala Ibai kerana pelbagai keunikan dapat dilihat. Katanya walaupun kawasan itu terletak berhampir pusat ban-dar raya Kuala Terengganu, ia mampu mengekalkan tradisi dan suasana kampung. “Saya gemar membawa keluarga ke kawasan ini pada sebelah petang, waktu itu suasananya cukup menarik kerana dapat

melihat bagaimana matahari secara perlahan-lahan bertukar merah-kemerahan. “Jika awal pagi pula, bot kecil nelayan belabuh di tepi Pantai Kuala Ibai bagi menunggah hasil tangkapan masing-masing,” katanya. Datuk Bandar Majlis Banda-raya Kuala Terengganu (MBKT) , Dato’ Adzlan Dagang, berkata kawasan Lagun Kuala Ibai yang dijaga rapi semakin popular di kalangan pengantin yang ingin mengabdikan lokasi itu dalam album perkahwinan. “Pendekatan itu secara tidak langsung membuatkan Lagun Kuala Ibai terus tersohor di ka-langan pelancong dan pecinta alam,” katanya.

rIADAH

Oleh: Suriati [email protected]

Lagun Kuala Ibai

permandangan menarik lagi menyamankan termasuk megahnya Masjid Terapung di Lagun kuala Ibai

Perkhemahan erat ikatan silaturahim

Penduduk Kampung Seri Kenangan mempunyai cara tersendiri untuk

mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran tetangga dengan mengadakan perkhemahan keluarga pada setiap tahun. Lokasi perkhemahan dia-dakan di pinggir kampung mereka dan semua penduduk beserta ahli keluarga akan bermalam di situ yang diselit dengan acara karaoke dan bebeku. Aktiviti berakit menyu-sur sungai selama tiga hari dua malam juga diadakan dengan penyertaan semua ahli keluarga. ``Program ini sudah menjadi acara tahunan kami dan mendapat kerjasama penuh penduduk di Kampung Seri Kenangan,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Haji Mohamad Saad, 51. Beliau yang mula men-jadi ketua kampung pada 2000 itu dan telah menerima anugerah menunaikan haji daripada kerajaan negeri pada 2006 mencipta be-berapa projek komersial untuk penduduk kampung agar lebih berdikari. Membawa slogan `kampung kita tanggungjawab kita' mereka sepakat mewujudkan industri kampung seperti perusahaan membuat rem-peyek, bengkel kenderaan bermotor dan ternakan ikan dalam sangkar yang diusa-hakan penduduk tempatan. Malah keenakan produk keluaran kampung berkenaan `Rempeyek Seri Kenangan' tersebar luas selain turut mendapat permintaan daripada pihak Istana Terengganu. ``JKKK Seri Kenangan pernah menerima perun-tukan sebanyak RM60,000 daripada Kementerian Luar Bandar di bawah Pakej Rang-sangan Ekonomi Kedua bagi melaksanakan projek ternakan ikan dalam sang-kar berjumlah 36 sangkar kesemuanya. ``Seramai 13 orang pen-duduk telah mengusahakan tanaman cili, timun dan terung secara berkelompok

di kawasan seluas tujuh hektar,'' katanya. Mempunyai kapasiti pen-duduk 600 orang (120 buah rumah) Seri Kenangan meru-pakan sebuah penempatan kampung tersusun yang diwujudkan pada 1990 dengan kawasan tapak rumah 0.2 hektar beserta 0.8 hektar tapak kebun yang ditanam dengan pokok durian. Hasil kegigihan dan se-mangat kerjasama penduduk, beberapa kejayaan pernah diraih dalam pertandin-gan yang disertai seperti Anugerah Desa Harapan Peringkat Kebangsaan dan menerima RM100,000 nilai projek. ``Terbaru, kita mendapat tempat kedua dalam Per-tandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan negeri yang diu-mumkan Mei lalu dan ke-menangan itu membolehkan kami menerima hadiah wang tunai RM15,000 serta projek RM150,000,'' katanya. Katanya, dalam pertand-ingan itu Kampung Seri Ke-nangan turut membolot dua lagi hadiah dalam kategori kebersihan persekitaran dalam kawasan kampung dan kepimpinan yang mem-bawa pulang wang tunai RM2,000. Selain itu, kampung ini juga menjadi pembekal beratus jenis pokok orkid untuk memenuhi Taman Orkid di Tasik Kenyir yang dibangunkan oleh kerajaan negeri dan tanaman ini telah diusahakan penduduk tem-patan.

MOHaMaD SaaD

Page 11: teganukita 61

11

AGAMABIL: 61, 15-31 Mei 2012

Agama dan kuasa tidak berpisah jua

MIMBARSumber : JAKIM

Setiap kali menjejakkan kaki di bumi Jordan, mengingatkan kita kepada sirah hidup enam orang panglima Kerajaan Afsus, bersama seorang pengembala kambing dan seekor

anjing yang dipanggil Qitmir. Kisah yang amat pelik tapi benar –benar berlaku. Ia berlaku sebelum tahun Masihi, yakni 600 tahun sebelum perutusan Nabi Isa a.s. Mereka terdiri daripada para pemuda yang diberikan hidayah, lalu beriman seteguh-teguhnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala.Ke-pada Tuhan Yang Esa. Tiada sekutu denganNya. Bilamana Raja Diqyanus mengaku dirinya sebagai tuhan. Panglima-panglima tadi berfikir panjang. Masakan benar dakwaan itu? Padahal dia juga seperti mereka. Makan dan minum. Letih dan ti-dur. Tidak mungkin! Mustahil! Diqyamus itu tuhan, walaupun ramai yang mengakuinya. Pada suatu malam dalam kemeriahan pesta yang diadakan, seorang panglima membisikkan ke telinga Diqyanus bahawa terdapat segerombolan bala tentera asing sedang bersiap-sedia di luar kota untuk menyerang kerajaannya. Dia panik dan menggelabah tidak keharuan, sehingga mahkota kebesarannya terjatuh dari kepalanya. Akhirnya secara senyap-senyap, Panglima Tamlikur bersama rakan-rakannya keluar dari istana dan mengambil keputusan meninggalkan negeri mereka bagi me-nyelamatkan diri dan iman mereka dari kezaliman raja. Berbekalkan sedikit makanan dan minuman, mereka melangkah, berjalan dan terus berjalan melarikan diri sehingga begitu jauh. Sehingga tidak kelihatan lagi kemilau cahaya kota Kerajaan Afsus. Akhirnya mereka berehat dekat satu bukit. Di situ mereka menemui satu lubang gua. Lalu mereka memasukinya hanya untuk berehat seketika. Mer-eka makan dan minum sedikit, kemudian mencari posisi tempat pembaringan yang sesuai untuk tidur sejenak bagi menghilangkan keletihan dan kepe-natan, sebelum meneruskan perjalanan mereka. Namun, mereka tidur di dalam gua kecil lama betul. Bukan satu jam. Bukan satu malam. Bukan

juga satu tahun. Tetapi mereka ditidurkan Allah s.w.t di dalam gua tersebut selama 309 tahun. Subhanal-lah!! Ajaib sungguh. Tetapi itulah kehendak Allah! Apabila Allah menghendaki sesuatu perkara, tiada apa yang pelik di sisi Allah s.w.t. Sebaik mereka bangun dari tidur, pakaian mer-eka tidak terjejas. Cuma bekalan makanan dah hancur. Anjing Qitmir yang menjaga di luar pintu gua juga hanya tinggal tulang sahaja. Kemudian, Panglima Tamlikur ke Bandar untuk membeli beka-lan makanan. Lorong-lorong ke bandar dirasakan begitu asing. Dia merasa janggal kerana tidak seorang pun warga kota yang dikenali. Kenapa? Kerana di luar pengetahuan Tamlikur, bahawa dia dan rakan-rakannya telah hidup di zaman yang lain. Bukan lagi pada zaman Raja Diqyanus yang kafir. Tetapi kini di zaman kerajaan Islam di Zaman Nabi Isa a.s. Bahkan matawang pun turut bertukar. Demikianlah Allah rakamkan kisah mereka di dalam satu surah yang khusus di dalam al-Quranul Karim iaitu surah al-Kahfi (Gua). Pada hari ini, umat Nabi Muhammad s.a.w. dapat menyaksikan gua kecil tempat persembunyian tujuh pemuda yang budiman itu. Hanya sekitar 30 hingga 35 Kilometer daripada Bandar Amman, Jordan. Dikatakan tulang temulang yang terdapat di situ adalah tulang temulang mereka bagi membukti-kan wujudnya kisah Ashabul Kahfi. Terasa nyaman berada dalam gua tersebut, walaupun cuaca di luar begitu panas. Telaga dan kolam kecil untuk minuman pemuda-pemuda itu masih ada. Sebuah masjid juga dibangunkan sebagai memperingati kisah ajaib mereka sejak zaman pemerintahan Raja

Abdul Rahman. Memang benar, sesungguhnya di sepanjang za-man, Allah menunjukkan bahawa kuasa dan agama tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya umpama saudara kembar yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kuasa amat penting untuk dilaksanakan tuntutan agama dalam sesebuah kerajaan. Begitu juga agama. Ia begitu penting sebagai jaminan pelaksanaan ajaran dan syiar agama. Ia mesti berjalan seiringan. Tanpa kuasa, tuntutan agama tidak dapat dilaksanakan. Dan tanpa agama, akan hilanglah kompas pemerin-tahan sesebuah kerajaan. Justeru, insaflah wahai saudara-saudaraku! Betapa kuasa itu amat penting dijaga dan dipertahankan untuk menegakkan syariat Allah s.w.t. Sekali kuasa umat islam hilang, maka bukanlah suatu yang mudah untuk diambil kembali. Bagaimana nasib Palestin sehingga hari ini? Bagaimana nasib Mas-jidil Aqsa selepas kuasa Khalifah Islam tersungkur. Lihatlah dengan hati basirah kepada umat Islam negara-negara Islam yang sedang bergolak hari ini. Ingatlah sesunnguhnya kuffar yang memusuhi kita sentiasa merancang untuk memecah-belahkan perpaduan kita agar kita bermusuhan, bertelagah dan berperang. Inilah yang sedang digerakkan di tanah air kita melalui pelbagai saluran seperti eko-nomi, budaya dan politik. Semoga umat kita tetap yakin dan konsisten di atas landasan perjuangan yang digarapkan. Semoga kita tetap patuh kepada ajaran Islam, taat kepada kepimpinan umat islam serta memiliki semangat juang dan keyakinan yang teguh sepersis keyakinan pemuda-pemuda terbilang Ashabul-Kahfi dalam mentransformasikan negara kepada Baldatun Toyyiban Wa Rabbun Ghafur.

Page 12: teganukita 61

12

RENCANABIL: 61, 15-31 Mei 2012

IKONOleh: Aida Abd [email protected]

“Sebelum ini saya dikenali se-bagai wartawan penyiaran dan pembaca berita, kini saya bersyukur kerana melangkah

setapak lagi selepas Timbalan Pengarang Media Prima, Datuk Mohd Ashraf Abdul-lah memberi peluang bagi mengacara `Program’. Tambah mengujakan, program pertama di bidang pengacaraan ini adalah Program `Teganu Kita’. “Sebagai anak jati Terengganu, saya begitu bangga apabila diberi peluang untuk memperkenalkan negeri kelahiran kepada seluruh rakyat Malaysia. Malah tidak berasa janggal mengacarakannya dalam loghat Terengganu apabila diarah Penerbit, Khairizal Ghairollah. Jika loghat Kelantan, sebelah utara popular di kalangan rakyat Malaysia, saya juga mahu loghat `Teganu’ turut dimartabatkan. Kita perlu ada keyakinan dan mengangkat tradisi kita,”ulas personaliti televisyen unggul negara, TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengenai tugas yang sedang dijayakan kini.

Suryani merupakan anak kelahiran Kampung Padang Midin, Kuala Tereng-ganu memilih untuk berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur demi merealisasikan hasrat bergelar wartawan penyiaran yang ver-satile dan berjaya. Wanita yang bertubuh kecil namun mem-punyai karisma itu memulakan karier dengan bernaung di bawah Media Prima Berhad pada Disember 2005 sebagai eksekutif wartawan penyiaran menerusi tugasan di meja jenayah dan laporan khas. Kes berprofil tinggi dan menjadi tumpuan seluruh negara seperti kes bunuh diri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, kes penyeludupan dadah melibat warga Iran, kes makmal dadah di Kajang, pasport palsu, dua pengawal keselamatan hos-pital mati ditembak serta kes tembakan melibatkan Ketua Polis Daerah Temerloh beberapa tahun lalu antara rentetan kes yang mengisi jadual tugasannya. Sementara kes mahkamah seperti pembunuhan Altantuya, kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik, kes Raja Azmi didakwa, kes hasutan Karpal Singh dan embunuhan Datuk Sosilawati juga mendapat `sentuhan’ Suryani. Tidak terkecuali, laporan Khas mengenai `Pink Lady’, Penjenamaan Semula Badan Kehakiman Negara, Umno Terus Mara, Analisis Perhimpunan Umno, kes peny-eludupan dadah, kes pemerdagangan orang serta kes pelacuran. “Sepanjang melaksanakan tugasan itu,

Berkongsi pengalaman yang sukar di-lupakan dan mencetus dimensi berbeza, personaliti yang mengagumi Christiane Amanpour selaku idola bidang penyiaran sejak bangku sekolah lagi itu, tidak mung-kin melupakan saat terpilih mengikut misi kemanusiaan bersama Penyelaras Aman Malaysia, Dato Mukhriz Mahathir di Gaza (2008) dan setahun kemudian, di Sharong-kola, Bangladesh. “Pada masa yang sama, cabaran paling saya tidak dapat lupakan ketika menemuramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Sarawak. Sebagai seorang wartawan yang masih baru, ia bukan satu tugas mudah apabila diminta oleh editor bertanyakan beberapa soalan kepada beliau. Bagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar biarpun saya diherdik selain menerima kritikan hebat oleh pengikut beliau ketika itu,” ujar Nik Suryani lagi. Figura yang menyanjungi mantan Per-

dana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengakui tugasan mewawancara ramai tokoh seperti Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor menerbitkan inspirasi, kematangan dan disiplin diri. Dari sisi lainnya, Suryani pernah merangkul beberapa anugerah sepanjang kariernya termasuk Berita TV Terbaik sempena Malam Media- Umno 2011 , `Female 50 Most Gor-geous People 2009’, Dokumentari Terbaik `Benar Tapi Pelik’ RTM 2003/2004 dan Pro-gram Hiburan Terbaik RTM 2004. Menutup bicara, Suryani tidak mahu umum menganggap pembabitannya dalam bidang penyiaran berpaksikan populariti, sebaliknya profesion itu sebagai platform membantu dan menyelesaikan masalah masyarakat menerusi pembongkaran dan laporan yang tiada infinitinya.

saya banyak belajar daripada editor dan rakan setugas yang tidak pernah lokek ilmu. Kini saya ditugaskan di meja politik khusus untuk penugasan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pula yang pastinya turut memberi pengalaman ber-beza, “ tegas pemilik bintang Capricorn itu lagi.

Anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Haji Megat Dera-man Megat Stan dengan Zaimah Baharu ini sering mencuri tumpuan penonton tat-kala bersiaran kerana aura perwatakan dan lontaran bicara yang penuh pesona. Dia kini yang sering muncul selaku pe-nyampai Buletin Pagi menamatkan pen-gajian di Akademi TV3 pada 2000, terlebih dahulu mengutip pengalaman sebagai wartawan dan penolong penerbit di KRU Motion Pictures Sdn Bhd dengan khidmat terakhir selaku Penerbit Penyelaras Program (KRU) pada 2004. Malah, Suryani juga pernah menjadi pengurus acara , penolong pengarah dan penerbit penyelaras di beberapa syarikat produksi termasuk Nizarman, Eurofine, KRU Berhad pada 2005.

Malah, Suryani juga pernah menjadi pengurus acara , penolong pengarah dan penerbit pen-yelaras di beberapa syarikat produksi termasuk Nizarman, Eurofine, KRU Berhad pada 2005.

Nik Suryani vs

Teganu KitajABAtAN & ANDA

Urusan zakat Maidam melalui kaunter bergerak

Kemudahan kaunter bergerak bagi perkhidmatan pertanyaan zakat, taksiran dan bayaran zakat secara

terus (tunai dan cek) yang disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan itu di negeri ini. Kaunter bergerak itu telah diubahsuai serta dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut keperluan untuk tujuan operasinya untuk mengutip zakat dari satu tempat ke satu tempat di seluruh negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, sebuah van bernilai kira-kira RM180,000 itu diselia oleh beberapa kakitangan Maidam bagi melicikan pelbagai urusan berkaitan zakat. ``Di kaunter itu, kita turut menyediakan pelbagai risalah berkaitan pembayaran zakat kerana Maidam sedar masih ramai di antara kita terutama golongan muda

Oleh: Fauzi [email protected]

yang tidak faham sepenuhnya tentang perkara itu. ``Hasrat kita, kaunter itu bukan sekadar untuk bayaran zakat, malah ia mampu menjawab beberapa keraguan berkaitan hukum Islam itu. Kita turut paparkan tayangan video untuk tujuan itu,'' kat-anya kepada Teganukita baru-baru ini. Terbaru menurut Haji Wan Harujan, kaunter bergerak itu akan berada di Dewan Sivik Felda Selasih, Besut pada 7 Jun bermula 9 pagi hingga 5 petang, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang (8 Jun), Dewan Sivik Felda Kertih 6, Kemaman (20 Jun). Katanya, kaunter itu turut berada di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang pada 17 Jun hingga 2 Julai sempena kursus Haji. ``Maidam turut menempatkan kaunter berkenaan pada program dan aktiviti yang melibatkan penyertaan masyara-kat yang besar seperti pekan budaya, karnival rakyat dan ekspo niaga,'' jelas beliau. Mana-mana pihak yang ingin mendapat-kan perkhidmatan itu, bolehlah memuat turun borang permohonan itu di laman sesawang, www.maidam.gov.my. Borang yang lengkap diisi hendaklah difaks ke Seksyen Zakat MAIDAM di talian 09-6247917.

wan HaruJan

Page 13: teganukita 61

BIL: 61, 15-31 Mei 2012 13

AM

Kreatif Siti Nazira RM10,000Kerajaan negeri memilih pelajar Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nazira Abdul Rahman, 23, dari Kampung Pauh, Kuala Berang sebagai pemenang Pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Beliau menerima wang tunai RM10,000. Empat lagi peserta turut memperoleh wang saguhati masing-masing berjumlah RM1,000. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pertandingan yang terbuka kepada pelajar UiTM itu bertemakan `Aspirasi Darul Iman - Satu Idea Seribu Harapan’. “Logo ciptaan Siti Nazira sememangnya menampilkan pelbagai keunikan Terengganu di mana mempunyai gambaran berkaitan penyu, kejohanan perayu layar, songket, tembaga dan pulau. Kita akan gunakan logo itu bagi memper-giatkan lagi usaha bagi mempromosi TMT 2013 yang kini sedang rancak dijalankan,” katanya. - Oleh Suriati Ali.

Lagi bakal ditarik balik pinjaman

Dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang dikenalpasti terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0

di Dataran Merdeka, April lalu, bakal ditarikbalik pinjaman. Difahamkan salah seorang daripada mereka yang sedang menuntut di Trefound Educare Kuala Terengganu, dipercayai mem-punyai pertalian keluarga dengan

Oleh: Suriati [email protected]

Amaran terhadap sikap segelintir pelajar yang seolah-olah mencabar kerajaan negeriseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata tindakan itu sebagai amaran terhadap sikap mereka yang seolah-olah men-cabar kerajaan negeri sedangkan sudah sedia maklum syarat dan peraturan sebagai pelajar untuk tidak terlibat dengan perhimpunan haram tersebut. Menurut beliau, kedua-dua pe-lajar berkenaan telah diberikan surat tunjuk sebab dan nasib

mereka bakal diketahui selepas mesyuarat Lembaga Pengarah YT diadakan dalam masa terdekat. ``Kita kesal dan kecewa kerana masih ada pelajar-pelajar yang tidak mengambil iktibar selepas sembilan pelajar sebelum ini dikenakan tindakan sama kerana menyertai demonstrasi haram di luar negara. ``Selain dua pelajar ini, kita juga sedang mengumpul bukti terhadap beberapa lagi pelajar lain termasuk di bawah tajaan dan pinjaman YT yang disyaki turut

terlibat dalam demonstrasi itu,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu pada Hari Keluarga 1Malaysia, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurut Dato' Seri Haji Ahmad, pihaknya mempunyai bukti ku-kuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar itu ekoran rakaman video yang turut dimuatnaik sendiri kedua-duanya pelajar itu menerusi laman sosial masing-masing.

Perkaya cari dana untuk bina pusat tahfizPertubuhan Anak-anak Yatim

Terengganu (Perkaya) telah mewujudkan jawatankuasa

khas yang di pengerusikan oleh Naib Yang Dipertuanya, Haji Harun Hasan bagi memungut dana untuk membina Pusat Tahfiz Perkaya, di Jerangau, Dungun. Yang Dipertua Perkaya, Dato' Dr. Tengku Mahmud Mansor (gambar) berkata, orang ramai berpeluang membuat amal jariah dengan tampil menderma apa saja (barangan atau wang) bagi menjayakannya. ``Perkaya akan membina blok bangunan empat tingkat yang di-jangka menelan belanja RM40,000 dan akan dijadikan asrama yang boleh menampung 150 pelajar,'' katanya. Menurut Dato' Dr. Tengku Mahmud, pengambilan pertama seramai 20 pelajar ke pusat itu dijangka bermula pada awal tahun depan.

Tapak cadangan pusat tahfiz berkenaan diwakafkan oleh isteri Allahyarham Dato' Haji Awang Jabar, To' Puan Mariam Abdul-lah kepada Perkaya yang bernilai kira-kira RM1 juta. Kepada mereka yang ingin menderma boleh menghubungi Pejabat Perkaya di Jalan Pusara, Kuala Terengganu melalui talian 09- 6224924 atau Pengerusi Jawatankuasa Dana, Haji Harun Hasan 019-9848545.

Pembangkang sengaja `cipta’ isu remahPihak pembangkang yang

kini kehabisan modal sengaja mencari isu remeh dan tidak munasabah semata-mata mahu membu-rukkan kebenaran serta ke-bajikan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata semakin hebat orang BN mentabdir Terengganu ma-kin kuat hasad dengki puak Pas. ``Apabila tengok orang BN maju, mereka akan mencip-ta pelbagai helah dan fitnah supaya timbul kebencian di kalangan rakyat,'' katanya. Katanya, inilah sifat sebenar puak Pas sejak daripada azali lagi yang se-memangnya gemar melihat perpecahan. ``Sepanjang pemerintahan Pas di kawasan yang ditak-luki mereka, apa kebajikan atau pembangunan yang dilaksanakan untuk rakyat. ``Jelas mereka tidak berbuat apa-apa melainkan hanya BN sehingga kini setia berbakti kepada rakyat walaupun di kawasan kubu Pas,'' katanya kepada pemberita selepas merasmi-kan Bangunan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Teluk Ketapang, Seberang Takir, baru-baru ini.

Sinar sebalik kunjungan MBAlam keriangan sebagai kanak-kanak hampir tidak wujud

dalam diari hidupnya. Keterbatasan pergerakan Nur Fatihah Abdul Karim, 11, yang mengalami penyakit sendi lembik (hilang upaya fungsi otot) sejak dilahirkan dengan tangan dan kakinya seakan-akan daun yang terkulai layu. Di satu sudut rumahnya, e-Book yang disumbangkan kerajaan negeri menjadi teman bermain dengan menggunakan jari-jemari kedua-dua belah kaki yang sedikit kuat berbanding tangannya menjadi Fatihah anak sulung dari-pada empat beradik yang be-lajar di kelas pendidikan khas di Sekolah kebangsaan Bukit Payong terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk melaksanakan kegiatan hariannya. Kehadiran Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said untuk menjengah kehidupan-nya di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu, baru-baru

ini seakan-akan memberikan harapan baru buat Fatihah dan keluarganya. Bapanya, Abdul Karim Abdul-lah, 39, seorang penjual ikan dan ibunya Mahani Mat Leha, 33, mengucapkan terima kasih dan syukur dengan perhatian yang diberikan oleh kerajaan. Selain menghulurkan sum-bangan peribadi, Menteri Besar memaklumkan bahawa Fatihah akan dirujuk secepat mungkin

kepada penelitian pakar saraf di hospital milik kerajaan negeri di Kuala Lumpur, iHeal Medical Centre. ``Kita akan membantu bagi membolehkan kanak-kanak ini menjalani rawatan. ``Jika perlu dibuat pembeda-han dan sebagainya, Kerajaan Terengganu akan membiayai sepenuhnya perbelanjaan itu melalui Tabung Penyakit Kronik,'' katanya.

rombongan Menteri Besar ke rumah adik nur Fatihah, baru-baru ini.

Page 14: teganukita 61

14

AMBIL: 61, 15-31 Mei 2012

Sebahagian Jkkk dari seluruh daerah yang hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar di Stadium negeri, baru-baru ini.

JKKK diminta pantau hal ehwal kampung - MBTurun padang bertemu, menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Kesela-

matan Kampung (JKKK) sentiasa memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung khusus-nya mengenai permasalahan dan kesihatan penduduk. ``Jangan sampai mereka masuk surat khabar, kerana ini membabitkan nama baik wakil rakyat kawasan berkenaan,'' katanya di majlis Per-jumpaan Menteri Besar bersama JKKK Daerah Kuala Terengganu bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kerajaan menyediakan peruntukan RM1 juta setiap kawasan untuk bantu rakyat di kampung-

Oleh: Esah [email protected]

kampung yang menghadapi pel-bagai kesukaran. ``Bantulah siapa saja yang layak, biar pun mereka berlainan parti, mudah-mudahan mereka nampak siapa yang lebih mengambl berat terhadap kebajikan rakyat,'' ka-tanya di hadapan kira-kira 2,227 orang daripada 293 JKKK dalam daerah ini. Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Ke-senian dan Warisan negeri, Dato' Haji Abdul Rahin Mohd Said dan Pegawai Daerah Kuala Tereng-ganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali. Turut hadir, Pegawai Pemban-gunan Parlimen Kuala Tereng-ganu, Dato' Haji Wan Ahmad

Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Adun Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh ; Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok, Dato' Haji Che Mat Jusoh dan Pegawai Pembangunan DUN Manir, Haji Yusof Hitam.

Menteri Besar juga berharap tidak ada yang mengambil sikap sabotaj parti semata-mata kerana tidak sebulu dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti. ``Kalau parti kuat, kerajaan akan kuat dan JKKK juga akan teguh tapi jika parti rebah JKKK pun

akan lenyap,'' katanya. Menteri Besar kemudiannya mengajak semua organisasi dalam kampung termasuk cawangan Umno dan JKKK berpadu tenaga pertahankan parti dan kerajaan demi masa depan bangsa Melayu yang gemilang.

Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) syari-

kat milik penuh kerajaan negeri yang beroperasi di Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu berjaya mewujudkan sebuah anak syari-kat, TTITC Production Sdn. Bhd. Komposisi baru syarikat itu bertanggungjawab memantau, mengendali dan mengawal kerja-kerja pengeluaran perabot, binaan, hiasan dalaman, kabinet dapur, khidmat pembinaan, khidmat nasihat, latihan dan motivasi, khidmat penyewaan dan prasa-rana latihan. Sejajar dengan perkembangan industri negara, Ttitc Production berjaya menjalankan perniagaan berasaskan kayu yang kini mem-punyai permintaan tinggi di dalam dan luar negara. Pengurus Besar TTITC, Haji Ajlan Mohamad, berkata sejak beroperasi 15 tahun lalu, secara berperingkat mengorak langkah dan kini menawar lapan kursus teras Sijil Kemahiran Malaysia

TTITC production hasil perabot kayu

(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). ``TTITC juga menyediakan kursus jangka pendek disamping menjalin hubungan strategik dengan agensi lain bagi memantapkan operasi harian seiring dengan perkem-bangan sektor latihan kemahiran serta pasaran tenaga kerja masa kini,'' katanya. Katanya, TTITC merupakan pusat latihan bertauliah melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan, rekabentuk serta seni bina bangunan. Menurutnya lapan kursus disediakan antaranya, jurubina berasaskan kayu, pembuat per-abut, jurumesin kayu, ukiran kayu, pelukis pelan senibina dan eksekutif pengeluaran perabut, vokasional training officer (V.T.0) serta kursus atas permintaan. Setiap peserta layak mendapat pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) dan Perbadanan Tabung Pembangu-nan Kemahiran (PTPK) yang diuruskan oleh TTITC.

Bengkel latihan TTITC yang beroperasi di kampung Teris, kuala Berang.

''Sistem pendidikan di Malaysia setaraf negara maju'' - bekas PM ThaiUniversiti Prince of Song-

kla, Thailand mengagumi kecemerlangan sistem pen-

didikan negara yang dilihat ber-jaya menjadikan Malaysia setaraf negara maju, sekaligus berhasrat mencontohi sektor itu untuk di-amalkan di negara mereka. Delegasi seramai 16 anggota daripada universiti itu diketuai Ahli Lembaga Penasihat , Encik Chuan Leekpai turut melihat sendiri proses sistem pendidikan negara serta melawat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (Sester) dalam rangka lawatan dua hari ke Terengganu. Encik Chuan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand me-nyatakan rasa kagum terhadap sistem pendidikan Malaysia yang terlalu cepat berkembang dengan

melahirkan generasi muda krea-tif serta mampu muncul sebagai kuasa baru pendidikan di Asia Tenggara. ``Walaupun Thailand agak terke-belakang dalam bidang pendidikan, namun ada juga beberapa bidang

ia mendahului Malaysia daripada segi kemajuan teknologi seperti bidang pertanian dan kesihatan,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat pendidikan di Sester, semalam. Turut hadir Presiden universiti itu Profesor Dr Boonsom Siribumrangsukha. Sementara itu Penolong Kanan Pentadbiran Sester, Encik Jamil Sakmim mengalu-alukan kedatangan rombongan dari universiti tersebut yang dianggap amat bermakna untuk bertukar idea terutama dalam bidang pendidikan. ``Sebagai sebuah sekolah beras-rama penuh, saya bangga kerana terpilih untuk dijadikan model kepada pendidikan di negara jiran itu serta bercadang mengadakan kunjungan balas bagi melihat lebih dekat pendidikan di sana,'' ujarnya.

Kagum terhadap sistem pendidikan Malaysia yang ter-lalu cepat berkem-bang dengan melahirkan generasi muda kreatif serta mampu muncul sebagai kuasa baru pendidikan di Asia Tenggara.''.

``

Page 15: teganukita 61

15

AMBIL: 61, 15-31 Mei 2012

Litar untuk 'Mat Rempit'Oleh: Aida Abd [email protected]

Dalam usaha menangani masalah kegiatan lumba haram di kalangan gen-erasi muda di negeri ini,

kerajaan negeri bakal membina sebuah litar lumba berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu tahun depan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kewujudan litar lumba tersebut diharap dapat mengatasi masalah kegiatan mat rempit yang berlumba secara haram dan sering mengganggu ketenteraman pengguna jalan raya yang lain. Katanya, selain itu, ia juga merupakan langkah pertama negeri Terengganu untuk mencungkil lebih ramai bakat baru dalam sukan permotoran, sekali gus melahirkan pelumba profesional yang mampu menaikkan nama negeri dan negara ke peringkat lebih tinggi. ``Mat rempit tidak seharusnya menjadikan jalan raya sebagai tempat mereka menunjuk aksi dan bakat kerana ia membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Sudah tiba masanya mereka membuktikan kehebatan menunggang motosikal dengan berlumba di litar yang kita sediakan ini.

Bagi mengatasi kegiatan lumba haram ``Mana tahu, satu masa nanti mereka boleh bergelar jaguh dalam sukan permotoran dan menjadikan Terengganu sebagai tempat melahirkan pelumba mo-tosikal handal satu hari nanti,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program Evolusi R di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat dan Pre-siden Rempit United Encik Wazi Abdul Hamid. Kira-kira 5,000 orang memenuhi perkarangan program bagi me-nyaksikan acara perlumbaan motosikal serta konsert hiburan melibatkan artis terkemuka negara. Menteri Besar berkata, litar lumba berkenaan bakal dibina berdasarkan piawaian litar lumba yang biasa bagaimanapun ke-mudahan itu bergantung ke-pada keluasan tapak di lokasi berkenaan. Katanya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti di kitar itu secara berkala pada setiap minggu bagi menarik penyertaan golongan belia dan kemudahan itu dimanfaatkan sepenuhnya sekali gus menan-gani masalah lumba haram di jalan raya.

RM100 ribu ringankan sengsara Adam

Semak status tempat mengundi - Wan AhmadSemua pengundi yang sudah berdaf-

tar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyemak status tempat mengundi masing-masing dengan SPR bagi mengelak sebarang kekalutan yang boleh menjejaskan kelicinan proses pilihan raya nanti. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata semakan pendaftaran itu dibuka sepanjang tempoh sebulan bermula 1 hingga 30 Jun dengan

menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 15888, selain menyemak menerusi laman web SPR ataupun datang terus ke pejabat SPR berhampiran. ``Kita hendak sangat rakyat seluruh negara yang berdaftar sebagai pengundi dengan SPR supaya membuat semakan daftar pemilih. ``Generasi muda serta generasi lama sekarang pasti memiliki telefon bimbit dan

buatlah semakan daftar pemilih dalam tempoh sebulan ini kerana apabila mem-buat semakan barulah mereka tahu di mana mereka mendaftar dan di mana mereka mengundi,'' katanya baru-baru ini. Datuk Wira Wan Ahmad berkata, banyak aduan di kalangan pengundi kebelakan-gan ini bahawa mereka tidak menyedari alamat mengundi mereka `berpindah' ke lokasi lain. Bagaimanapun, beliau percaya kejadian `berpindah' alamat itu sebenarnya disedari

oleh pengundi itu sendiri kerana individu berkenaan yang perlu mengisi borang untuk perpindahan tempat mengundi atau pertukaran alamat dan tidak boleh dilakukan oleh pihak lain. ``Ramai pengundi menyatakan mereka tidak sedar `dipindahkan', SPR hairan juga kerana kita terima borang permohonan pertukaran alamat dan proses sebagai bertukar alamat. Kita tidak proses sewenang-wenang tanpa menerima borang pertukaran alamat,'' katanya.

Keprihatinan Kerajaan Terengganu menyum-bangkan RM100,000

kepada Adam Akhbar Ali, 10, yang menghidap pe-nyakit tumor saraf tunjang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membolehkan Adam mendapatkan rawatan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat dengan kadar yang segera. Menurutnya, sumbangan RM100,000 itu adalah peruntukan Tabung Pe-nyakit Kronik yang meny-alurkan bantuan kepada individu yang layak bagi kes-kes penyakit kritikal dan memerlukan rawatan segera. ``Pengerusi Jawatankuasa

Kebajikan, Pembangu-nan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad akan menghantar cek seberapa segera dalam tempoh terdekat, mungkin dalam masa tempoh dua atau tiga hari lagi. ``Saya harapkan sum-bangan ini akan membo-lehkannya mendapatkan

rawatan. Mudah-mudahan Adam akan sembuh den-gan segera dan kembali ceria semula,'' katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam akhbar Sinar Harian sebelum ini mel-aporkan Tabung Adik Adam ditubuhkan mem-

bolehkannya mengumpul wang bagi menampung kos rawatan yang diper-lukan. Adam yang menghi-dap penyakit tumor saraf tunjang, kini bergantung dengan ubat tahan sakit kerana mengalami sakit kepala berpanjangan, ke-san daripada penyakit yang dialaminya itu.

Dato’ Seri Haji ahmad Said menyapa peserta program evolusi r di DataranShahbandar, kuala Terengganu.

Dato’ Yahya khatib (kiri) menyampaikan bantuan kera-jaan Tereng-ganu kepada adik adam yang diterima oleh ayahnya, akh-bar ali di Shah alam, baru-baru ini.

Page 16: teganukita 61

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

Bekas pemain T-Team hilang jari dapat perhatian

PSTNT terima ganjaran khas RM95,000

Bekas pemain bola sepak Piala Presiden Pasukan T-.Team, Mohd Zuhairie

Ahmad Tarmizi, 22, terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri yang sudi menyum-bang sejumlah RM20,000 bagi meringankan bebanan selepas mengalami kecacatan tangan akibat kemalangan tahun lalu. Beliau yang putus semua jari kanan akibat digilis pen-gisar tebu ketika berniaga air tebu di Bazar Ramadan, Marang pada 7 Ogos tahun lalu, berazam menggunakan wang itu sebaik mungkin bagi menambahkan modal per-niagaan keluarga yang kini membuka kedai makan. ``Wang yang diperoleh ini

cukup berharga kerana saya kini tidak dapat melakukan aktiviti lain kecuali membantu keluarga berniaga di warung,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Ketika menceritakan ke-jadian lalu, Mohd Zuhairie yang bermain di posisi per-tahanan berkata dia yang membantu abang (Mohd Zulhaimie Ahmad Tarmizi) berniaga air tebu memasuk-kan ruas-ruas tebu ke dalam pengisar, kira-kira jam 5.30 petang.

``Namun tanpa disangka, secara tiba-tiba tangan kanan tersangkut dan termasuk ke dalam mesin itu lalu digilis.Saya terus menjerit sekuat hati kerana terlalu sakit, tetapi malangnya tiada siapa yang dengar kerana bunyi enjin pengisar itu terlalu bising,'' katanya. Beliau yang panik melihat tangannya berlumuran darah cuba mematikan suis mesin itu namun tidak berjaya kerana kedudukannya agak jauh. ``Saya masih tidak perasan lima jari saya putus sehing-galah saya dapat tarik keluar tangan kanan,'' katanya.

Oleh: Suriati [email protected]

Kerajaan negeri mengagihkan in-sentif khas sebanyak RM95,000 kepada Pasukan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) sebagai

penghargaan menjulang nama Tereng-ganu pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Khir Johari di Manjong, Perak, 4 hingga 8 April lalu. Seramai 19 pemain termasuk pegawai menerima insentif itu di mana setiap in-dividu memperoleh RM5,000.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri menyatakan rasa syukur dan bangga di atas kejayaan pasukan itu yang berjaya menjulang nama Terengganu buat kali pertama selepas 49 tahun dipertandingkan. ``Usaha, semangat dan komitmen perlu diteruskan untuk mencipta nama pada kejohanan seterusnya, termasuk Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 Pahang Julai ini,'' katanya selepas Majlis Penyampaian In-sentif di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan Presiden PSTNT, Encik Shapian Ali. Pada majlis sama, Bekas pemain bola sepak Piala Presiden T-Team, Mohd Zuhai-rie Ahmad Tarmizi yang putus semua jari kanan akibat dimamah mesin tebu turut menerima bantuan kecederaan sejumlah RM20,000. Manakala, bekas pemain bola sepak kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia pada Kejohanan Olimpik Musim Panas pada 1972, Encik Harun Jusoh dan bekas pemenang pingat emas Sukan Sea, Encik Abdul Razak Ismail, menerima pakej umrah 2012 yang masing-masing

bernilai RM6,800. Menteri Besar turut memberitahu, sebelum ini, kerajaan negeri sudah pun mengagihkan insentif RM20,000 kepada empat pemain hoki Terengganu yang berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Remaja Asia. ``Insentif khas sebanyak RM15,500 tu-rut disumbangkan kepada lima pemain Terengganu yang telah terpilih mewakili negara menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun Piala Cappy di Croatia. ``Pemain Terengganu adalah yang teramai dipilih untuk mewakili pasukan negara, di mana Muhammad Firdaus Ramli diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengetuai pasukan negara itu,'' katanya.

Dato’ Seri Haji ahmad Said diperhatikan Dato’ Haji Mazlan dan YB rozi Mamat menyampaikan cek kepada Mohd Zuhairie.

ISSN 2180-4737 | Bil: 61, 15-31 Mei 2012

Seramai 19 pemain termasuk pegawai menerima insentif itu di mana setiap individu memperoleh RM5,000.

pegawai dan pemain pasukan Sepak Takraw negeri Terengganu gembira bersama insentif yang dihulurkan kerajaan negeri selepas menjadi juara kejohanan Sepak Takraw piala khir Johari, baru-baru ini.