teganukita 23

24
Pemangku Raja kurnia bintang pengakap ms - 4 Wau sinari budaya warisan ms - 22 Terengganu tawar Pulau Tasik Kenyir kepada UUM ms - 2 Bil : 23 (28 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com lihat ms 2 lihat ms 3 Kompleks Tabung Haji Terengganu siap 2012 Dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos RM69.3 juta Oleh: Suriati Ali KERAJAAN negeri bakal menambah 100 kelas al-Quran di Tabika Kemas se- luruh Terengganu bermula tahun depan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM800,000. Pendekatan itu dilaksanakan bertujuan memastikan lebih ramai kanak-kanak di negeri ini khatam al-Quran sebelum me- masuki alam persekolahan selain mela- hirkan lebih ramai masyarakat berilmu dan `celik’ al-Quran. Setakat ini hanya 300 daripada 800 Tabika Kemas seluruh Terengganu mem- punyai kelas al-Quran secara insentif dengan peruntukan RM2.4 juta setahun daripada kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bermula tahun ini, pihaknya akan menambah kelas al-Quran yang sedia ada dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 400 kelas dan membabitkan kos sebanyak RM3.2 juta. Katanya, dengan penambahan itu, kerajan negeri menjangkakan dalam tem- poh empat tahun lagi, semua kelas tabika milik Kemas akan mempunyai kelas al- Quran yang dibimbing guru agama tem- patan. “Tambahan kelas berkenaan dilak- sanakan secara berperingkat kerana guru yang dipilih untuk tujuan itu perlu mengi- kuti latihan dan kursus tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah sempena Hari Potensi Kanak-ka- nak Tabika Kemas Peringkat Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu. Oleh: Esah Abdullah KE BAWAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan maj- lis Pecah Tanah Komplek Tabung Haji Terengganu, di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini pada18 Mei lalu Berkenan berangkat sama, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Ag- ong, Tuanku Nur Zahirah. 100 kelas al-Quran ditambah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (depan) berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah Kompleks Tabung Haji Terengganu sambil disaksikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said (kanan) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, ejat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (kiri). Manakala model Kompleks Tabung Haji Terengganu (gambar kanan) yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 07-Mar-2016

261 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Teganukita 23

TRANSCRIPT

Page 1: Teganukita 23

Pemangku Raja kurnia bintang pengakap

ms - 4

Wau sinari budaya warisan

ms - 22

Terengganu tawar Pulau Tasik Kenyir kepada UUM

ms - 2

Bil : 23 (28 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com

lihat ms 2 lihat ms 3

Kompleks Tabung Haji Terengganu siap 2012Dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos RM69.3 juta

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri bakal menambah 100 kelas al-Quran di Tabika Kemas se-luruh Terengganu bermula tahun depan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM800,000. Pendekatan itu dilaksanakan bertujuan memastikan lebih ramai kanak-kanak di negeri ini khatam al-Quran sebelum me-masuki alam persekolahan selain mela-hirkan lebih ramai masyarakat berilmu dan `celik’ al-Quran. Setakat ini hanya 300 daripada 800 Tabika Kemas seluruh Terengganu mem-punyai kelas al-Quran secara insentif dengan peruntukan RM2.4 juta setahun daripada kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bermula tahun ini, pihaknya akan menambah kelas al-Quran yang sedia ada dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 400 kelas dan membabitkan kos sebanyak RM3.2 juta. Katanya, dengan penambahan itu, kerajan negeri menjangkakan dalam tem-poh empat tahun lagi, semua kelas tabika milik Kemas akan mempunyai kelas al-Quran yang dibimbing guru agama tem-patan. “Tambahan kelas berkenaan dilak-sanakan secara berperingkat kerana guru yang dipilih untuk tujuan itu perlu mengi-kuti latihan dan kursus tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah sempena Hari Potensi Kanak-ka-nak Tabika Kemas Peringkat Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

Oleh: Esah Abdullah

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan maj-lis Pecah Tanah Komplek Tabung Haji Terengganu, di Gong Badak, Kuala

Terengganu, baru-baru ini pada18 Mei lalu Berkenan berangkat sama, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Ag-ong, Tuanku Nur Zahirah.

100 kelas al-Quran ditambah

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (depan) berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah Kompleks Tabung Haji Terengganu sambil disaksikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said (kanan) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, ejat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (kiri). Manakala model Kompleks Tabung Haji Terengganu (gambar kanan) yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Page 2: Teganukita 23

2 Jumaat, 28 Mei 2010 am

Kompleks TH pertama Pantai Timur

Terengganu tawar Pulau Tasik Kenyir kepada UUMOleh: esah abdullah

Kerajaan negeri me-nawarkan tempat di Tasik Kenyir untuk dibangunkan sebagai cawangan kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), bagi memberi nilai tambah dalam bidang pendidikan negeri ini. “Terdapat banyak pu-lau di Tasik Kenyir yang belum dibangunkan dan UUM boleh pilih mana-mana yang sesuai,” kata Menteri Besar, Dato’ Ah-mad Said kepada pem-berita selepas memberi ucaptama di majlis Bicara Intelektual Terengganu Anjung Ilmu di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ah-mad Razif Abdul Rahman;

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman; Menteri Besar Dato’ Ahmad Said; Menteri Di Jabatan Per-dana Menteri, Mejar Jen-eral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor. Kompleks Tabung Haji (TH) yang bertaraf tiga bintang dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hek-tar dengan kos RM69.3

juta ini dijangka siap pada pertengahan 2012. Terletak 12 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu dan satu ki-lometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini dilengkapi 182 bilik, dewan bankuet serbagu-na, kolam renang tertutup untuk wanita, taman air kanak-kanak serta beber-apa kemudahan lain. Dato’ Seri Jamil Khir dalam ucapan di maj-lis itu melahirkan rasa terima kasih kepada kera-jaan negeri kerana telah

menyerahkan kawasan tapak untuk dibangunkan kompleks TH yang akan memberi banyak manfaat kepada jemaah di negeri ini begitu juga Pahang dan Kelantan. “Kompleks yang direkabentuk khas ber-sesuaian untuk kegunaan semasa dengan dewan ketibaan khas untuk je-maah, tempat berdaf-tar dan imigresen, tempat pemeriksaan bagasi serta dewan berlepas,” katan-ya. Kompleks ini akan

dibangunkan oleh anak syarikat milik penuh TH iaitu TH Properties Sdn Bhd dan akan diguna-kan untuk urusan operasi penerbangan haji bagi je-maah dari Wilayah Pantai Timur secara terus ke Jed-dah dan Madinah tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur. Menurut Dato’ Seri Jamil, di luar musim haji dewan ini dapat diguna-kan sebagai dewan ja-muan yang boleh memuat sehingga 1,000 orang dis-amping kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, restoran dan kolam re-nang.

“Dengan adanya kom-pleks ini, proses men-gurus para jemaah akan lebih teratur dan kawasan sekeliling yang luas da-pat mengelak kesesakan trafik yang biasa berlaku apabila rombongan kelu-arga menghantar jemaah ke dewan berlepas,” ka-tanya.

hampir 85 peratus graduan yang mengikuti kursus Industrial Skills Enhancement Program (Insep) Kolej Universiti TATi (TATiUC) berjaya memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang kemahiran di seluruh negara. Program Insep mula ditawarkan sejak 2002

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi. Menteri Besar berkata, cadangan tersebut akan dipanjangkan kepada Kerajaan Pusat supaya ka-jian dan penilaian terper-inci dapat dibuat sebelum keputusan dan kerajaan negeri memang bersedia memberi kawasan tersebut untuk mengembangkan bi-dang keilmuan di Tereng-ganu. “Kerajaan juga me-nawarkan tempat kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk dijadikan kampus mereka di Taman Ilmu Besut,” katanya. Dato’ Ahmad kemudi-annya mencadangkan 10 perkara bagi merealisasi-

kan agenda Terengganu se-bagai sebuah negeri anjung ilmu dengan meletakkan pendidikan sebagai instru-men utama untuk menca-pai kemajuan sekarang dan masa akan datang. “Antaranya ialah, jadi-kan negeri ini juara pen-didikan yang sentiasa be-rada di barisan hadapan dalam pendidikan Negara serta mengukir nama seba-gai sebuah negeri menara gading ternama,” kata be-liau. “Menjadikan negeri ini tempat lahirnya cendi-akawan ilmu dengan me-letakkan bidang pendidi-kan di tahap terunggul di samping tersenarai dalam peta pendidikan negara, bebas daripada pengang-guran dan kemiskinan,” katanya. Menurut Dato’ Ahmad, negeri ini mempunyai

kekuatan tersendiri yang boleh dijadikan asas, per-timbangan dan keyakinan sebagai sebuah negeri anjung ilmu kerana dari sudut sejarah Terengganu negeri terawal sebagai pusat perkembangan ilmu Islam berdasarkan pen-emuan Batu Bersurat di Hulu Terengganu. “Kesinambungan ke-cemerlangan ini terserlah dengan pencapaian yang konsisten dalam peper-iksaan awam dan tidak mustahil kejayaan rakyat negeri ini dalam bidang pendidikan dicemburui oleh negeri-negeri lain untuk sama-sama bersa-ing dan menjadi cabaran

kepada kita,” katanya. Katanya, pendidikan adalah asas kepada kema-juan spiritual dan fizikal sesuatu negara bangsa merupakan agenda da-lam pelan kemajuan dan pembangunan Terengganu masa depan. “Melalui pendidikan, kita dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang bukan saja dari segi moral dan fizikal tetapi kemiski-nan minda,” katanya. Katanya, usaha mem-beri pendidikan yang sem-purna kepada setiap rakyat merupakan satu pelaburan jangka panjang dan setiap tahun kerajaan menyedia-kan bajet yang besar untuk

Graduan Insep TATiUC laris di pasaranmelatih seramai 705 orang graduan dalam pelbagai bidang termasuk CNC Technology, Industrial Design, Industrial Motor Control, Water & Waste Water Analysis, Robotic & Automation, CAD/CAM Application, Indus-trial Plastic Technology, Electrical & Electronic For Industry, Multimedia & Graphic Design, Cisco

Certified Network As-sociate (CCNA), NDT (Ultrasonic Testing, Mag-netic Particle Testing & Liquid Penetrant Testing) dan Computer Technol-ogy & CCTV. Rektor TATiUC, Dr. Mohd Rozailan bin Ma-mat @ Ibrahim, berkata merupakan program lati-han untuk para graduan

bagi meningkatkan ke-mahiran dalam bidang tertentu yang diselia sepenuhnya Kementerian Kewangan. “Kursus ini lebih me-nekankan kepada latihan praktikal, di mana selain belajar di TATiUC, para graduan juga akan dide-dahkan kepada latihan industri di kilang-kilang di seluruh negara.

“Secara keseluru-hannya, program ini telah banyak membantu para graduan meningkatkan kemahirannya dan mem-perolehi pekerjaan yang setaraf dengan kemahi-ran yang dimiliki mereka dalam bidang tertentu,” kata beliau selepas me-nyampaikan sijil kepada 272 graduan berjaya me-

pendidikan. Sementara itu, Haji Ah-mad Razif berkata, usaha menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu satu realiti dan memerlukan komitmen daripada semua pihak seperti kerajaan, Pertubuhan Bukan Kera-jaan (NGO) dan individu disamping memperban-yakkan prasarana untuk meningkatkan pendidikan. “Program cetusan idea Menteri Besar ini meru-pakan agenda utama da-lam aspek pendidikan dan dapat mengubah corak pemikiran rakyat demi mengekalkan mutu pen-didikan yang cemerlang,” katanya.

namatkan kursus Insep masing-masing, di Awana Ballroom, Hotel Awana Kijal, baru-baru ini. Beliau berkata, keban-yakan graduan berkenaan juga diterima bekerja di kilang tempat mer-eka menjalani latihan dan praktikal sebelum me-namatkan kursus di TA-TiUC.

Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) berkenan melihat model Kompleks Tabung Haji Terengganu yang akan dibina di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Dato` Ahmad (kanan) menyambut kunjung hormat Tan Sri Nordin, Naib Canselor UUM dalam jemputan menyampaikan Bicara Intelektual Terengganu Anjung Ilmu di Kuala Terengganu.

Page 3: Teganukita 23

3Jumaat, 28 Mei 2010am

dari ms 1

Usaha melahirkan masyarakat berilmu dan celik al-Quran

Pemangku Raja kurnia bintang pengakapOleh: Esah Abdullah

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muham-mad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pen-gurniaan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia 2010 di Istana Maziah, Kuala Tereng-ganu baru-baru ini. Turut berangkat, ke-kanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama, Yang DiPertua, Majlis Pe-nasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulza-man; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; Yang Dipertua, Dewan Un-dangan Negeri Tereng-ganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Timbalan Yang Dipertua

Dua qari dan qariah termuda, Ahmad Tarmizi Abd Rahman, 27, dari Kuala Terengganu dan Nur Hidayah Abdul Rahman, 19, dari Setiu berjaya mewakili Terengganu ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebang-saan di Kota Kinabalu, Sabah pada 29 Jun hingga 3 Julai ini. Kemenangan qari dan qari-ah berkenaan diumumkan pada malam ketiga yang juga malam penutup Tilawah al-Quran Kali ke-53, Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1431 Hi-jrah / 2010 Masihi, di Padang Astaka, Kuala Berang, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Ahmad Tarmizi, tutor Uni-versiti Pendidikan Sains Islam Malaysia, Selangor mengalah-kan enam peserta yang lebih berusia dengan memperolehi 86.67 mata meninggalkan Tuan Haji Mazlan Ibrahim yang mewakili Setiu, di tempat kedua dengan beza 3.01 mata, manakala tempat ketiga qari dari Marang, Zainal Adam den-gan pungutan mata 81.42. Sementara Nur Hidayah, pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebang-saan Sungai Tong, Setiu pula berjaya mengutip markah ke-seluruhan 82.67 mata, diikuti Hajjah Nasirah Ibrahim me-wakili Hulu Terengganu di tempat kedua dengan 81.75 dan ketiga Hajjah Raziati Mohd Ali (Marang) yang memperolehi 81.67 mata. Kemenangan di tempat pertama membolehkan Ah-mad Tarmizi dan Nur Hidayah membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta sijil, piala ir-ingan, piala pusingan dan pakej menunaikan haji. Manakala pe-menang kedua dan ketiga mas-ing-masing berjaya memper-olehi RM5,000 dan RM4,000 berserta sijil dan piala iringan.

Majlis Pengakap Malay-sia, Dato’ Aziz Jamalud-din Mohd Tahir. Tengku Sri Temen-gong Raja, Tengku Baha-ruddin Sultan Mahmud mengetuai penerima Bintang Semangat Rim-ba Emas Kelas 1, diikuti Dato’ Mazlan Ngah dan Dato’ Aziz Jamaluddin

Mohd Tahir. Pengerusi Jawa-tankuasa Pelajaran, Pen-gajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ah-mad Razif Abdul Rah-man; Ahli Parlimen Dun-gun, Haji Matulidi Jusoh dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Mohd

Nor Othman adalah di-antara 12 orang pen-erima Bintang Semangat Rimba Kelas 11. Penerima Pingat Perkhidmatan Gemilang (4 orang), Pingat Perkh-idmatan Setia (7), Pingat Perkhidmatan Baik (19) dan Pingat Perkhidmatan Lama (11), Sijil Kepu-

jian Ketua Pengakap Negara (15) dan 67 orang menerima Sijil Pengakap Raja. Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berkenan mengurnia-kan bintang, pingat dan sijil kepada 132 orang penerima daripada 2007 hingga 2010.

Hadir sama, To’ Puan Norliza Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Pengarah Kemas negeri, Nor Hazelina Hashim. Dato’ Ahmad ber-kata, menerusi usaha

ini, diharapkan sasaran kita untuk memastikan 20,000 kanak-kanak berusia bawah enam

Qari, qariah termuda wakil negeri

“Diharapkan sasaran kita untuk memastikan 20,000 kanak-kanak berusia bawah enam tahun khatam al-Quran tercapai”. - Dato’ Ahmad

tahun khatam al-Quran tercapai. “Kita percaya mela-lui pendekatan positif

ini, masa depan kanak-kanak ini akan terjamin kerana selain mempu-nyai pengetahuan tinggi

berkaitan pelajaran, ia mampu membaca al-Quran dengan lancar,” katanya.

DYMM Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Bintang Semangat Rimba Kelas 1 (Emas) kepada Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud (gambar kiri) dan Dato` Mazlan Ngah (gambar kanan).

Tengku Muhammad Ismail turut berkenan mengurniakan bintang, pingat dan sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia kepada 132 penerima.

AHMAD TARMIZI NUR HIDAYAH

Page 4: Teganukita 23

Oleh: RUSlAN ABDUl RAHMANANALISIS

4 rencanaJumaat, 28 Mei 2010

RENCANA PEN-GARANG

Kitab suci al-Quran ada-lah pengubat dan penawar hati, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82). Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satuhasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasa-nah adalah sama dengan sepuluh pahala. (Riwayat Tirmizi) Banyak lagi kalau hen-dak dipaparkan tentang kelebihan al-Quran. Tidak kurang juga berita tentang kejayaan anak Terengganu di bidang hafazan dan penghayatan al-Quran. Kerajaan Terengganu secara berterusan berusaha untuk menjadikan negeri ini terhimpun para hafa-zan al-Quran, generasi al-Quran dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan mereka, sekalipun telah mencapai kelulusan aka-demik lain. Ini bertepatan dengan warisan sejarah dan budaya Terengganu sejak dahulu berteraskan al-Quran. Ia bukan suatu retorik dan penyedap kata, seperti dilakukan oleh seseten-gah pihak yang melaung-laungkan Islam, tetapi apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN)Terengganu usahakan adalah secara praktikal dan direalisasi-kan. Semua ini perlu ber-mula di peringkat seawal usia kanak-kanak, barulah mencapai tahap kecemer-langan itu . Bahkan di Terengganu kini seramai 4,622 kanak-kanak Tadika berusia lima dan enam tahun yang ber-jaya khatam Al-Quran ta-hun 2009, suatu peningka-

Kerajaan Terengganu begitu peka terhadap pembangunan dan perkembangan sukan kerana meletakkan sukan sebagai sebahagian dari aspek pembangunan yang tidak diketepikan. Walaupun bidang sukan biasanya dikaitkan dengan usaha persatuan masing-masing, tetapi kerajaan negeri tidak pernah melepaskan tang-gungjawab untuk tujuan tersebut, sama ada melalui Majlis Sukan Negeri mahupun terus di bawah uru-san pentadbiran negeri. Selain bantuan-bantuan sukan, pembinaan ke-mudahan untuk bersukan, anugerah-anugerah sen-tiasa diberikan kepada ahli-ahli sukan yang telah mengharumkan nama negeri di persada negara, bahkan hingga ke peringkat dunia. Terbaru, Raja Pecut Le Tour de Langkawi, An-uar Manan menerima sumbangan RM10,000 serta sebidang tanah daripada kerajaan negeri Tereng-ganu. Sumbangan tersebut disampaikan sendiri Men-teri Besar Dato’ Ahmad Said selepas beliau mem-pengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri baru-baru ini. Tanah seluas 449 meter persegi bernilai RM36,000 yang terletak di kawasan Tok Adis Kuala Ibai adalah anugerah yang cukup bernilai bagi masa depan Anuar yang bukannya datang dari keluarga yang berada. Anuar yang mewakili sebuah kelab lumba basikal dari Korea akan menghadapi dua kejohan-an antarabangsa iaitu Singapore Endurance Race di Singapura dari 27 hingga 28 Mei dan De Tour Jakarta pada 13 Jun depan. Hadiah yang akan diterima oleh Anuar itu, sama seperti hadiah yang diberikan kepada pe-lumba basikal dunia Azizulhasni Awang, yang juga olahragawan negara sebagai mengiktiraf kejayaan-nya. Dengan pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri, diharapkan di masa-masa akan da-tang akan terus lahir bintang-bintang sukan negara dan dunia yang berasal dari Terengganu. Sekalipun berasal dari kampung, tetapi seja-rah sukan Terengganu telah banyak membuktikan bahawa ‘anak kampung’ juga mampu jadi jaguh dunia.

Jaguh sukan anak Terengganu di pentas dunia

Terengganu gigih melahirkan generasi al-Quran

tan yang ketara berbanding tahun 937 orang pada masa program ini diperkenalkan empat tahun dulu. Menteri Besar Dato’ Haji Ahmad Said memberitahu negeri Terengganu akan membelanjakan RM800,000 untuk membuka 10 lagi kelas mengaji al-Quran secara in-tensif untuk kanak-kanak tabika di Terengganu tahun ini. Sebelum ini kerajaan neg-eri membelanjakan RM3.2 juta untuk 300 kelas mengaji al-Quran di negeri ini. Ia sebagai komitmen kerajaan negeri dalam usaha melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemer-lang dalam akademik tetapi juga celik al-Quran, jelas Dato’ Ahmad baru-baru ini. Kerajaan negeri berhasrat menambah 100 kelas menga-ji setiap tahun sehingga men-jadi 800 kelas dalam masa empat tahun lagi. Beliau berkata, kerajaan negeri dijangka membelanja-kan RM6.4 juta setahun apa-bila keseluruhan 800 kelas mengaji itu wujud menje-lang tahun 2015.

Semua ini diusa-hakan semata-mata untuk melihat anak-anak Terengganu yang belajar di tadika akan khatam al-Quran sebe-lum melangkah ke seko-lah rendah dan sebelum ini seramai 2,000 mu-rid berjaya khatam al-Quran sebelum melang-kah ke sekolah rendah.

Kerajaan negeri me-letakkan sasaran untuk melihat 20,000 murid

tabika khatam al-Quran dalam tempoh empat ta-hun akan datang. Sebagaimana Dato’ Ahmad memperkenalkan e-Book, dalam hal ini juga Kerajaan BN Terengganu memperkenalkan buku elektronik i-iqra bagi me-mudahkan dan memupuk budaya membaca al-Quran di kalangan masyarakat . Dato’ Ahmad yang cu-kup responsif terhadap dunia teknologi maklumat (IT) masa kini berharap i-Iqra’ dapat digunakan oleh pelbagai lapisan bermula daripada kanak-kanak hingga ke warga emas un-tuk mendalami al-Quran. Alat elektronik yang menyamai komputer riba itu mengandungi 30 ju-zuk Al-Quran di samping surah lazim untuk memu-dahkan kanak-kanak mah-upun orang dewasa mem-pelajari tajwid dan hukum secara tepat. Difahamkan sebagai permulaan, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah memperkenalkan i-Iqra ini kepada murid-murid kelas bimbingan kanak-kanak (Tadika) YIT di negeri ini sejak tiga bulan lepas. Setiap kelas dibekalkan dengan seunit alat ini dan melalui kaedah itu pembe-lajaran Al Quran akan leb-ih mudah untuk dipelajari kerana ia turut dilengkapi suara. Sesungguhnya sikap terbuka pimpinan Dato’ Ahmad di Terengganu yang terus-menerus men-janakan program terbaik sama ada yang dilaksana-kan di zamannya atau sebelumnya asalkan baik untuk rakyat dan negeri amatlah disanjung tinggi. Sudah tentu apabila meletakkan program kea-gamaan dan berkaitan kitab suci al-Quran di tempat yang sewajarnya, Insya Allah Terengganu akan diberkati Ilahi.

Semua ini perlu bermu-la di pering-kat seawal usia kanak-kanak, barulah mencapai tahap kece-merlangan itu

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar.Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan NegeriPengarang : Rosli ZakariaTimbalan Pengarang : Kamarudin Mat AkibPenulis Khas : Ruslan Abd RahmanKetua Pemberita : Aida Abd. RahmanWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli PutraPengendali Blog : Harun HassanPelatih : Muhaini Muhammad : Nurul Faizah Abdullah

Terengganu giat melahirkan generasi celik al-Quran dan ianya sudah bermula dari sekolah tadika lagi.

Page 5: Teganukita 23

BUDAYAOleh: RUSlAN ABDUl RAHMAN

5rencana Jumaat, 28 Mei 2010

Wau sinari budaya warisanbagaiKan layang-layang putus tali...periba-hasa Melayu itu amat subur dalam masyarakat kita bagi menggambarkan tentang kehidupan yang terumbang-ambing. Apakah itu layang-layang dan bagaimana ia dikaitkan dengan kehidu-pan manusia dan apakah masih relevan untuk di-fahami oleh generasi kini dan akan datang tentang peribahasa itu, sekiran-ya mereka tidak faham dan menghayati layang-layang. Jangan sampai mereka (generasi kini dan akan datang) katakan layang-layang itu ialah sejenis burung sahaja yang sa-rangnya berkhasiat dan tidak tahu layang-layang itu ciptaan seni menjadi budaya permainan rakyat bangsanya. Layang-layang atau di sebelah Pantai Timur Semenanjung dikenali se-bagai ‘wau’ adalah suatu jenis permainan rakyat yang subur menghiasai ta-man budaya sejak lampau lagi. Meskipun bagaikan kata peribahasa, hidup se-gan mati tak mahu, tetapi tradisi permainan wau masih dapat bertenggek di pinggir kehidupan moden masa kini. Di Terengganu, per-mainan ini masih keda-patan di beberapa tempat, terutamanya di musim an-ginnya bertiup perlahan, di kawasan kampung dan sawah padi, hatta di ping-gir pantai pun permainan layang-layang turut keli-hatan. Walaupun ia tidak lagi bertaraf pesta sep-erti dulu-dulu, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu mempertahankan warisan budaya tradisi za-man berzaman. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekal-kan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa. Suatu cabaran pada hari ini, apabila semakin lama semakin dipinggirkan per-mainan rakyat terutama oleh golongan muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden seperti permainan

‘video game’, melayari in-ternet, pusat-pusat hiburan dan memberi masa yang banyak kepada gaya hidup moden yang sukar dibend-ung. Sering kita dengari rungutan penggiat bu-daya yang menganggap masyarakat belia di neg-ara ini sudah tidak lagi memandang tinggi per-mainan budaya sendiri. Ini merupakan cabaran yang terpaksa ditempoh dalam mengekalkan permainan tradisional. Mungkin di antara kita ingin tahu juga asal-usul wau. Menurut versi yang boleh dipercayai budaya bermain wau di tempat kita di bawa dari negara China sejak 2000 tahun yang lalu atau sejak kurun ke enam dan tujuh. Ini berdasarkan persa-maan unsur dan kaedah pembuatan wau. Meskipun budaya per-mainan wau ini tidak berkembang pesat, tetapi pendekatan mengantara-bangsakan permainan itu melalui festival sejak akh-ir-akhir ini amatlah pent-ing dalam menyuburkan kembali kegemilangan-nya. Dalam pada itu hasil seni rekaan wau kini dita-

mbah nilai dalam bentuk replika dan kraftangan untuk dijadikan cendera-mata. Pengolahan baru wa-jah wau dalam berbagai bahan seperti mengguna-kan seramik, perak, kristal bahkan emas merupakan suatu kreativiti yang amat positif. Kebijaksanaan mengo-lah budaya, menyuburkan rasa cinta pada budaya warisan dan menerapkan kepada generasi ke genera-si sudah tentu akan mem-beri sinar kecemerlangan budaya yang menjadi asas kekuatan jati diri.

Meskipun bagaikan kata peribahasa, hidup segan mati tak mahu, tetapi tradisi permainan wau masih dapat bertenggek di pinggir kehidupan moden masa kini. Walaupun permainan wau tidak lagi bertaraf pesta seperti dulu-dulu, tetapi sekurang-kurangnya ia

mampu mempertahankan warisan budaya tradisi zaman berzaman.

Wau adalah permainan rakyat yang subur menghiasi taman budaya sejak lampau lagi.

Tradisi permainan wau terus dipraktikkan pada hari ini.

Page 6: Teganukita 23

WAKAF RAKYATOleh: PUTERA PESISIR AIR

6 rencanaJumaat, 28 Mei 2010

Kurangkan gula, elak penyakit

Diabetes atau ‘kenc-ing manis’ penyakit kron-ik disebabkan pengambi-lan gula yang berlebihan di samping punca-punca lain. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perka-ra ini, tetapi kurang mem-buat persediaan untuk mengelakkannya! Fakta yang diperolehi hampir setiap minit dua orang disahkan menghi-dap diabetes di seluruh dunia. Setiap tahun di-laporkan seramai empat juta maut akibat daripada penyakit tersebut. Penyakit ini juga berada di tangga keem-pat penyakit membawa maut.Di negara kita Malaysia dilaporkan tidak kurang juga kroniknya, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disah-kan menghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, sepa-ruh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes se-hinggalah dirawat set-elah berdepan salah satu komplikasi diabetes sep-erti berat badan menurun, keletihan, penglihatan ka-bur atau sentiasa dahaga atau haus. Penyakit kencing manis ataupun diabetes merupakan sejenis pe-nyakit yang disebabkan oleh ketinggian kandun-gan glukos atau gula da-lam darah, terutamanya selepas pengambilan ma-kanan oleh pengidapnya.Kegagalan mengawal kandungan gula yang berlebihan boleh me-nyebabkan sel mati dan tidak berfungsi. Penyakit kencing manis ini dikategorikan “ibu segala penyakit” dan “penyakit maut”. Cara terbaik mengata-si dari undangan penyakit ini; makanan yang perlu dielakkan ialah gula dan segala bentuk makanan yang mengandungi kand-ungan gula yang tinggi. B e r d a s a r k a n hakikat ini sudah tentu masyarakat perlu berse-dia untuk mengurangkan penggunaan gula dan makanan serta minuman yang mengandungi gula

dalam kehidupan harian mereka. Walaupun ‘budaya gula’ yakni penggunaan gula yang berlebihan da-lam kehidupan harian sudah sekian lama dia-malkan, namun di sinilah pengorbanan kita ditun-tut. Mendisiplinkan diri dan keluarga terhadap penggunaan gula amatlah dituntut bagi mengatasi diserang penyakit kronik ini. Kalau masyarakat me-nyedari perkara ini, tentu-lah juga dapat mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran seperti yang sering berlaku. Dalam sistem pasaran ekonomi terbuka, apabila permintaan tinggi akan berlaku kekurangan dan kemungkinan harga naik jika tidak dikawal, apabi-la permintaan berkuran-gan akan berlaku lamba-kan dan sudah pasti harga akan jatuh ke paras ter-bawah. Oleh itu, kita semua perlu menjadi pengguna yang bijaksana dengan langkah dua dalam satu, iaitu mengurangkan pen-gunaan gula bagi menge-lak serangan penyakit dan pada masa yang sama mengelak permint-

aan terlalu tinggi yang menyebabkan pihak pen-geluar atau pembekal menjadi begitu berkuasa menentukan keputusan. Biarlah kita sebagai masyarakat pengguna mengawal pasaran dan

membolehkan harga terus stabil dan tidak berlaku kekurangan, tindakan so-rok dan sebagainya. Walaupun di pihak kerajaan berbagai lang-kah diambil, misalnya mengawal harga, menam-

bah pengeluaran dan se-bagainya, tetapi di pihak masyarakat dan penggu-na juga ada peranan dan kuasanya yang tersendiri dalam menentukan pasa-ran. Permintaan yang

rendah adalah kuasa yang boleh menundukkan pasa-ran, pengeluar mahupun pengeksport,tetapi jika se-baliknya permintaan tinggi menyebabkan kuasa berpin-dah kepada pengeluar dan pembekal atau ejen2nya.

Pelbagai cara dan langkah diusahakan bagi menyedarkan pengguna serta orang ramai mengurangkan penggunaan gula dalam makanan seharian supaya tidak berdepan risiko penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan diabetes atau kencing manis dan penyakit kronik lain.

Page 7: Teganukita 23

2tkBi

l. 23

(28

Mei

2010

) ht

tp://

tega

nuki

ta.b

logs

pot.c

om

Produk belut laris di pasaran

ms 11

Sedia mendengar dan membantu semampunya

ms 15

Perhotelan, trek sukan serlah figura Kama Rezuan

ms 10

ms 12, 13

Page 8: Teganukita 23

YB TU

RUN

PADA

NG

8

2tk Jumaat, 28 Mei 2010

Ayah Su disayangi rakyat

Oleh: Esah Abdullah

panggilan ‘Ayah Su’ begitu sinonim dengan dirinya malah dengan gelaran itu beliau rasa amat dekat dengan masyarakat sekeliling dalam keadaan su-sah senang bersama di samping meneruskan hobi lama turun ke kebun pada waktu lapang. Malah perasaan bangga me-nyelinap kedalam sanubarinya set-elah masuk tahun ke tujuh berge-lar Yang Berhotmat, masyarakat tetap menganggapnya saperti dulu ketika menjadi pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan rumah-nya sentiasa terbuka menerima tetamu tanpa mengira waktu.. “Saya bersyukur kerana hubun-gan dengan masyarakat setempat bertambah erat dan mereka boleh berjumpa saya di mana saja di rumah atau di kebun,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Yang Berhormat Haji Asha’ari Idris. “Saya mahukan kesederha-naan, keseimbangan antara pem-bangunan fizikal dan rohani serta tidak abaikan kebajikan rakyat yang susah semata-mata kerana tumpuan kepada projek pemban-gunan,” katanya.. Baginya, tiada erti pembangu-nan yang tumbuh bagai cendawan tetapi kawasan terlepas ke tangan pembangkang dan kemenangan juga tiada makna jika kehidupan rakyat tidak boleh berubah. “Saya lahir dalam keluarga orang susah lalu setiap kesusahan dan kedaifan yang membelengu dika-langan masyarakat membuatkan saya tidak senang duduk selagi tidak dapat memberi pertolongan yang diperlukan,” katanya kepada Teganukita. Menyedari kadar kemiskinan masih tinggi dikalangan anak mukimnya, pelbagai program dilaksanakan untuk menaikkan taraf kehidupan antaranya mela-lui program sara diri Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)dan bantuan input pertanian agar dapat menjalani kehidupan lebih selesa. YB Asha’ari pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Pertanian (Dato’ Dr. Tengku Mahmud Man-sor) pada 1999 dan pernah kalah dalam cubaan pertama menjadi calon Barisan Nasional (BN) da-lam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999. Namun begitu, beliau menang pada peluang kedua yang diberi-kan oleh pucuk pimpinan parti da-lam PRU 2004 begitu juga dalam PRU 2008 beliau terus menjadi pilihan 13,000 pengundi dalam DUN Langkap. Dengan kemenangan itu tugas beliau bertambah apabila dilantik menduduki kerusi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang port-folio Pengerusi Jawatan Kebajik-an, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri. “Dengan tugas yang bertam-bah, langsung tidak membataskan

saya untuk memegang parang dan cangkul, kerana inilah ‘kayu golf’ tempat saya melepas penat di samping membantu untuk menge-luarkan peluh,” katanya. Sejujurnya YB Asha’ari men-gakui, tidak pernah mengimpikan berada pada kedudukan sekarang, kerana sejak menjadi ahli UMNO pada 1973, kekagumannya terh-adap sejarah perjuangan pengasas parti UMNO begitu tinggi. “Ketika menjadi penjawat awam pernah dua kali saya meno-lak tawaran bagi kenaikan pangkat semata-mata kerana politik dimana aktiviti parti saya akan terhalang dan berkubur jika saya terima ja-watan itu,” katanya yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK)

bahagian, Setiausaha, Naib Ketua dan kini Timbalan Ketua UMNO bahagian Setiu.. Ternyata tawaran pangkat dan gaji yang lumayan tidak mampu mengubah pendiriannya ketika itu yang sangat cintakan kerja-kerja kemasyarakatan melalui parti poli-tik yang dinggap begitu serasi den-gan jiwanya. Pengorbanan beliau ternyata berbaloi kerana sentiasa mendap-at sokongan padu daripada ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pe-muda dan Puteri UMNO serta 35 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan aktiviti hingga kep-eringkat akar umbi.

Nama : Haji Asha’ari bin Idris

Tempat Tinggal : Kampung Bukit Kecil, langkap, Setiu

Tarikh lahir : 9 Januari 1950

Nama Isteri : Zalihar Awang long

Bil. Anak : 7 orang (4 lelaki – 3 perempuan)

Kelulusan : Ijazah Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

bi

odata

Tidak megah sebagai wakil rakyat, YB Asha`ari sanggup menghambakan diri kepada rakyat walaupun terpaksa berjalan kaki meninjau masalah penduduk.

Penduduk kampung begitu bertuah kerana wakil rakyat sering mendampingi mereka walaupun di setiap majlis tidak rasmi.

YB Asha’ari (kanan) begitu prihatin kepada golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.

Keutamaan YB Asha’ari tertumpu kepada pendidikan selain pembangunan.

Page 9: Teganukita 23

2tkJumaat, 28 Mei 2010

Langkap tidak lagi ketinggalan

barOh Mak Jintan, Kampung Jelapang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lang-kap menjadi tumpuan apabila Perdana Menteri datang untuk majlis pecah tanah projek jela-pang padi negeri dua tahun lalu Tahun ini jelapang padi ber-tambah kepada 140 hektar ber-banding tahun lalu 73 hektar membabitkan 78 petani dengan purata pendapatan antara tiga hingga empat metrik tan sehek-tar Disamping tanaman padi, tanaman nanas juga begitu subur dan sedang mengeluarkan hasil di kawasan seluas 52 hektar yang diusaha 70 orang petani secara berkelompok di Kampung Bukit Kecil. YB Asha’ari berkata, ladang nanas kedua akan dibuka di Pan-cur Bederu membabitkan ka-wasan seluas 200 hektar di bawah projek ECER. “Projek ini memberi tum-puan terhadap golongan miskin di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk bekerja dan menyara keluarga,” katanya. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah mampu milik tidak diabaikan dan pihaknya sedang memantau beberapa pro-jek perumahan hampir siap serta pembinaan premis perniagaan untuk masyarakat setempat. Beliau menaruh keyakinan apabila, 85 buah Rumah Mesra Rakyat yang dibangunkan di Pe-kan Sungai Tong dapat memberi kegembiraan kepada 85 keluarga

kerana berjaya memiliki kedia-man yang selesa. “Begitu juga dengan 300 unit rumah mampu milik di Sungai Bari yang bakal dilaksanakan tahun ini dan dalam proses akhir pemilihan kontraktor,” katanya. Manakala 100 lot tapak ru-mah di Chalok Kedai, 50 lot sudah diproses untuk pemilikan manakala selebihnya dalam proses pemilihan peserta dan 100 lot lagi di Sungai Lerek be-rada dalam peringkat pembersi-han kawasan. Selaku wakil rakyat yang diberi kepercayaan untuk men-tadbir kawasan, beliau seboleh-nya ingin menunaikan semua permintaan rakyat tetapi bukan-lah secara serentak kerana setiap projek perlukan peruntukan. “Saya tidak suka berjanji, tapi seboleh mungkin cuba menunai-kan permintaan khususnya go-longan miskin yang benar-benar memerlukan pertolongan,” ka-

tanya. Katanya, pembinaan rumah kedai dua tingkat di Pekan Seri Langkap akan memberi nafas baru kepada peniaga tempatan begitu juga Bangunan Arkib Mara 16 pintu, kedua-dua projek ini dalam proses kemasukan pe-serta,” katanya. Menyedari pentingnya ilmu pendidikan, perhatian serius diberi dan adanya lima buah sekolah menengah dalam DUN Langkap memberi peluang se-luas-luasnya golongan pelajar menimba ilmu ditempat yang selesa. Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong ber-status biasa namun pelajar mam-pu mendapat keputusan cemer-lang dalam peperiksaan awam begitu juga SMK Bukit Nenas, sekolah sukan yang menjadi pili-han ibu bapa untuk anak mereka di samping SMK Chalok, SMK Langkap dan SMK Sungai Tong.

YB Asha’ari (kanan) begitu prihatin kepada golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.

Keutamaan YB Asha’ari tertumpu kepada pendidikan selain pembangunan.

YB Asha’ari berbincang sesuatu dengan Dato’ Ahmad Said ketika Menteri Besar Terengganu itu mengadakan lawatan ke langkap, Setiu, baru-baru ini.

Page 10: Teganukita 23

IKON

ANA

K TE

RENG

GANU

10

2tk Jumaat, 28 Mei 2010

Oleh: Aida Abd Rahman

buKan calang-calang in-dividu mampu memikul dua tugas penting yang memer-lukan komitmen padu dan pengorbanan jitu bagi mere-alisasikan kedua-dua kom-posisi dalam hidup. Kama Rezuan Kamarud-din, 38, bukan hanya bertin-dak sebagai Pengurus Besar Batu Buruk Beach Resort (BBBR), sebaliknya juga menggalas tugas penting melahirkan atlit olahraga yang mampu bersinar di peringkat negeri mahupun negara. Anak ketiga daripada enam beradik dilahirkan dari latar keluarga berjiwa sukan balapan itu merupa-kan bekas atlit yang pernah menimba pengalaman di Majlis Sukan Negara Ma-laysia (MSN) selepas me-wakili Majlis Sukan-Sukan Sekolah Terengganu dan mewakili Terengganu di Sukan Malaysia (Suk-ma) Sarawak 1990, kini menjadi men-jadi pengurus pasukan olahraga Terengganu sejak 2006. K e -j a y a a n

Perhotelan, trek sukan serlah figura Kama Rezuan

meletakkan Terengganu di tempat keempat pada kes-eluruhan pencapaian olah-raga Sukma ke-12 di Kedah pada 2006 satu momen yang manis, disusuli pula kejayaan cemerlang berada di tangga kedua ketika menjadi tuan rumah pada temasya Sukma ke-12 2008. “Pastinya kita mengimpi-kan kejayaan dan Sukma Melaka 2010 kami mensasar-kan menjadi juara keselu-ruhan. Bukan mudah untuk mencapainya, apatah lagi su-kan olahraga agak istimewa kerana menuntut pengorbanan kudrat dan masa yang lebih banyak daripada setiap indi-vidu. Tiada istilah bersenang-lenang atau rehat panjang bagi memantapkan stamina atlit,” katanya yang memasti-kan latihan setiap hari antara 4.30 hingga 7 petang, kecuali

Jumaat. Mengakui

atlit Tereng-ganu ber-tuah kera-na bentuk

geografinya yang ber-

bukit dan pan-tai amat sesuai dijadikan loka-si latihan bagi meman tap -kan kekuatan

serta ke-cer-

dasan atlit. Malah kelebi-han itu juga menyebabkan MSN menghantar atlit lompat tinggi dan jurulatih dari Cuba menjalani latihan di Terengganu. Menyingkap pengor-banan dari perspektif lain-nya, Kama Rezuan dengan inisiatif sendiri sanggup membawa atlit yang ting-gal jauh dari bandar Kuala Terengganu menetap ber-sama keluarganya di Chen-dering, Kuala Terengganu demi memastikan kesele-saan dan kemudahan mere-ka berlatih serta ke sekolah berdekatan. “Sudah ada lima atau enam atlit di bawah pen-gurusan saya berjaya me-wakili negara sejak 2006. Kita berbangga dengan pencapaian mereka dan tidak menghalang mereka mewakili Malaysia seter-usnya bernaung di bawah MSN,” katanya yang memilih suri hidup dari Pasir Mas, Kelantan, Siti Aishah Musa, 28. Kama Rezuan yang juga Setiausaha II Persatuan Olahraga Terengganu turut memegang jawatan sebagai

ahli jawatankuasa Persatuan Perkasa Alam, ahli Persatuan Ba-jet Hotel Terengganu, ahli Dewan Perniagaan Melayu Terengganu dan ahli Per-satuan Pelancongan Negeri Terengganu. Beliau memiliki Diplo-ma Pengurusan Hotel ber-hasrat meneruskan legasi bapa tercinta, Allahyarham Haji Kamaruddin Maidin, satu nama yang cukup ter-nama dalam arena sukan negara dan menjadi anak

Terengganu pertama ke Su-kan Olimpik Rome pada 1960. Kegigihan dan semangat arwah tetap bersemarak dan Kama Reza mahu denyut nadi bapa dan kecintaan arwah terhadap olahraga terus segar dengan memas-tikan atlitnya di bawah ken-daliaanya yang berusia 14 hingga 23 tahun mampu me-nyinar di peringkat antara-bangsa. Allahyarham merupakan atlit pertama negara yang memenangi lima pingat emas dalam lima Sukan Sea berturut-turut sejak 1959 da-lam acara lompat jauh dan dua pingat emas dalam acara lompat kijang. Tokoh sukan negara itu meninggalkan seorang balu, Hajjah Rajemah Sheikh Ah-mad, 65, juga bekas atlit dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1966 serta enam anak. Mengakui beliau banyak mewarisi sikap bapanya yang lebih menumpukan kepada pekerjaan dan komitmen tugas daripada banyak ber-cakap dan meminta-minta, ternyata pengalaman dan

kepayahan yang ditempuhi sejak kecil mematangkan beliau. Sikap prihatin dan pe-nyayang bapa kepada se-orang putera itu, Kama Reza Shah, sembilan bulan bukan hanya didedikasikan kepada anak didik ketika di trek su-kan, bahkan Kama Rezuan juga turut menjaga tiga anak yatim piatu yang kini beru-sia 14 hingga 17 tahun sejak enam tahun lalu. Tiga beradik itu, Mohd Hasrul Rosli, Munirah dan

Nor Srina dianggap seperti keluarga sendiri apatah lagi kedua ibu bapa mereka ke-tika hayatnya pernah tinggal bersama keluarganya kerana turut sama membantu di kedai makan Warung Pak Maiden yang diusahakan ke-luarga beliau sejak 24 tahun dulu. Warung Pak Maiden pada asalnya adalah sebuah pondok kecil yang dibina pada 1986 untuk dijadikan sebagai rumah kelab olah-raga oleh arwah bapanya. Namun, pondok itu akhirnya menjadi kedai makan dan terus diubahsuai dari setahun ke setahun bagi menampung permintaan ramai pelang-gan. Kedudukan warung yang strategik di tepi pantai yang menjadi tumpuan pelan-cong, mendorong keluarg-anya membina 20 unit chalet berasaskan kayu berdekatan warung berkenaan kira-kira enam tahun kemudian sebe-lum BBBR pula beroperasi secara rasmi pada Jun 2000. “BBBR amat berdaya maju kerana industri hotel berkembang dengan baik

di Terengganu, malah kami mensasarkan pada tahun ini, BBBR dapat dimaju-kan dengan membangunkan hotel lima tingkat, 61 bilik dan satu apartment,” katan-ya. Berkat kesabaran dan keberanian anak muda yang berbintang Cancer itu, kini zon perniagaan kian gah dan semakin mendapat perhatian, selain BBBR juga menjadi lambang kejayaan Bumiputera di Terengganu dalam industri perhotelan.Kama Rezuan bersama keluarga.

Tempat di mana beliau dilantik sebagai pengurus hotel BBBR. Pasukan olahraga bimbingan Kama Rezuan meraikan kejayaan demi kejayaan dalam temasya sukan yang disertai.

Page 11: Teganukita 23

11

2tk

BISN

ES

Jumaat, 28 Mei 2010

Oleh: Esah Abdullah

shirah B’Lux merupakan syarikat bumiputera pertama yang menternak, memproses serta menjual produk kesi-hatan dan produk makanan segera berasaskan belut di negara ini.

Sebagai permulaan tiga produk yang

diperkenal-kan dan

Produk belut laris di pasaran

berada dipasaran ialah Jelly Belut (makanan kesihatan) Kopi Shirah (minuman 4 + 1) dan Losyen Belut cam-puran serai wangi dan halia. Pemilik Shirah B’Lux, Che Rashirah Yaakub,44, dari Kampung Kubu, Ma-rang ketika ditemui mela-hirkan rasa yakin dengan jalan yang dipilih beliau dan suami, Rahimi Ibrahim, 46.

K a t a n -ya, dua lagi produk yang bakal berada di pasaran ialah Kapsul Belut iaitu tablet untuk p e n a w a r masalah da-laman dan M i n y a k Belut yang kini dalam

pros-e s

menunggu kelulusan Ke-menterian Kesihatan Malay-sia. “Sehingga ini produknya berjaya menembusi beber-apa negeri seperti Kedah, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelan-tan, Selangor, Pahang dan Terengganu,” kata ibu kepa-da lima anak berusia enam hingga 15 tahun. “Sasaran tahun ini untuk membuat promosi ke Sabah dan Sarawak di samping melantik pengedar tamba-han di beberapa kawasan yang jauh dari pusat ban-dar,” katanya. Setelah masuk tahun kedua berada di pasaran, produk yang berasaskan belut ini mula mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai kerana yakin dengan khasiat belut yang sudah diketahui umum. “Saya amat berterima kasih kepada Yayasan Pem-bangunan Usahawan (YPU) Terengganu yang melulus-kan dua pusingan pinjaman

berjumlah RM60,000 bagi memudahkan

saya men-jayakan

projek ini,” katanya kepada Teganukita. Katanya tanpa sokon-gan YPU, agak sukar untuk menghasil dan melebarkan pemasaran ditambah pula ini produk baru yang me-merlukan kesabaran tinggi bagi meyakinkan orang ramai tentang kebaikan produk. Membuka cerita ba-gaimana mula mendapat ilham meneroka dunia be-lut, Che Rashirah berkata ia seperti didorong sesuatu un-tuk mengenali lebih dalam kerana belut sudah sinonim dalam perubatan tradision-al untuk menyembuh luka dalaman terutama selepas pembedahan dan menambah tenaga kepada si pengamal-nya.. “Saya melayari internet dan meneliti satu persatu keistimewaan dan khasiat spesis ikan mirip ular ini, yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan,” katanya. Beliau kemudiannya mengikuti kursus menter-nak belut di Perak dengan biayaan sendiri dan kesem-patan mengiktui kursus yang sama di Indonesia membuka fasa baru dalam hidupnya. “Badan saya seram sejuk bila pertama kali pegang belut kerana ketika kursus semua peserta diwajibkan memegang belut, namun sampai bila saya mesti men-jauhkan diri dengan habitat itu,” katanya disusuli keta-wa kecil. Kemahuan mengatasi rasa geli dan takut, hasrat

mahu mencipta sesuatu yang orang lain jarang buat mem-beri kekuatan kepadanya un-tuk terus mengikuti kursus lanjutan seterusnya sehingga ke peringkat pembenihan. Menjadi kelebihan kepa-da pasangan suami isteri ini kerana Rahimi tersenarai di bawah projek enonomi pe-serta Felcra yang turut mem-bantu merealisasikan impian mereka untuk meneruskan usaha tersebut.. Kini beliau memiliki kepakaran menternak dan menjalankan pembenihan belut secara komersial dan mempunyai tiga buah ko-lam peliharaan belut sendiri tetapi turut mendapatkan bekalan daripada orang awam kerana bekalan sen-tiasa tidak mencukupi. Melalui YPU beliau melancarkan produk per-tamanya Mac lalu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamad Awang Tera sekaligus me-niup semangatnya terus berkobar-kobar. Melalui YPU juga beliau akan diberi peluang mengi-kuti rombongan kerajaan negeri menyertai karnival perkenal produk tempatan di Dubai tahun depan untuk mempromosikan produk be-lut keluarannya.

RASHIRAH YAAKUB

Page 12: Teganukita 23

1212 Jumaat, 28 Mei 2010

Pesta ngambat ikan meriah

Khasiat:Demam, tulang patah, kelemumur, hu-luran, herba bersalin, tenaga bersalin.

Kaedah:Daun mata ayam dilumat dan disapu-kan di kepala, selepas itu dibungkus se-lama lebih kurang satu jam bagi meng-hilangkan kelemumur.

Keistimewaan:- Pokok herba renek ini tumbuh me-

liar di kawasan ladang, kebun ge-tah dan buah-buahan. Daunnya

WARISAN ALAMMata ayam (Myrsinaceae)bergelembung di tepi dan pucuk muda biasanya dibuat ulam.

- Buahnya pula berjambak dan berwar-na merah apabila masak.

Kaedah Pembiakan:- Biji benih atau keratan batang.

Habitat:- Lazimnya tumbuh di kawasan tanah

pamah.

Oleh: Aida Abd RahmanGambar oleh: Zulkipli Putra

KeuniKan aktiviti yang menjadi tradisi segelintir masyarakat kampung seperti pesta `ngambat ikan’ di Sungai Nerus, Setiu boleh dikomersialkan se-bagai produk pelancongan negeri dalam usaha menarik pelancong tempatan dan luar ke perkampungan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Haji Asha’ari Idris, berkata satu pelan khusus secara formal akan disusun bagi memastikan program yang dijalankan secara tradisi di Sun-gai Nerus itu mampu menjadi produk pelancongan negeri. Beliau yang juga Ahli Dewan Un-dangan Negeri (Adun) Langkap, ber-kata program menghambat ikan atau `ngambat ikan’ lazimnya menjadi ak-tiviti masyarakat kampung di sekitar sungai itu setiap tiga kali setahun pada Mac hingga April kerana ikan dapat di-tangkap lebih banyak pada musim itu, terutama selepas hujan. “Program menghambat atau menang-kap ikan ini menjadi satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk dikongsi bersama. Malah, program ini boleh dis-usun secara khusus dengan lebih formal untuk menjadikannya sebagai satu tari-kan dan produk pelancongan negeri,” katanya ketika mengetuai program me-nangkap ikan, di Sungai Nerus, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankua-

sa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Adun Jabi, Haji Ramlan Ali. Kira-kira 600 penduduk kampung sekitar termasuk Kampung (Kg) Lang-kap, Kg Pengkalan Merbau, Kg Kasa, Kg Payung dan Kg Pelung menyer-tai program yang julung kali diada-kan secara besar-besaran melibatkan pemimpin setempat itu. Pelbagai spesis ikan sungai seperti Lampan, Sebarau dan Baung dapat di-tangkap dalam aktiviti yang memer-lukan peserta bergerak sehala secara beramai-ramai dalam jarak 200 meter sebelum mengepung ikan di perangkap yang sudah tersedia dipasang di tengah sungai. Selain itu, peserta juga berjaya me-naikkan seekor Kaloi seberat hampir 10 kilogram dalam program itu. Bagaimanapun, menurut Haji Asha’ari, bukan jumlah ikan yang menjadi taruhan dalam penyertaan itu, tetapi semangat muhibah dan kerjasa-ma yang lebih penting ketika menjaya-kan program itu. Katanya, hasil tangkapan itu lazim-nya akan diagih-agihkan sesama peserta di kalangan penduduk kampung sama ada dibawa pulang ke rumah masing-masing atau dimasak secara bergotong- royong dan dijamu sesama penduduk kampung.

Page 13: Teganukita 23

1313Jumaat, 28 Mei 2010

Pesta ngambat ikan meriah

akok berlaukbahan-bahannya;10 biji telur ayam10 sudu gula300 gram tepung gandum

bahan Untuk inti;500 gram daging lembu500 gram bawang besar2 sudu besar rempah kuma 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih1 inci haliaGaram dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:• Pukultelurdengangulahinggakembang• Masukkantepunggandum,kacauhinggarata

Cara Membuat inti:• Dagingdirebusdandihirishalus• Bawangbesardipotongnipis• Campurkansemuarempahyangtelahdigiling• Sediakankualidenganminyak,bilapanasmasukkan rempahbiar

garing dan masukkan daging• Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama

gula dan garam secukup rasa• Masukkan kedalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti,

selepas itu masukkan separuh lagi.

JUADAH TERENGGANUWARISAN ALAM

Oleh: Aida Abd RahmanGambar oleh: Zulkipli Putra

KeuniKan aktiviti yang menjadi tradisi segelintir masyarakat kampung seperti pesta `ngambat ikan’ di Sungai Nerus, Setiu boleh dikomersialkan se-bagai produk pelancongan negeri dalam usaha menarik pelancong tempatan dan luar ke perkampungan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Haji Asha’ari Idris, berkata satu pelan khusus secara formal akan disusun bagi memastikan program yang dijalankan secara tradisi di Sun-gai Nerus itu mampu menjadi produk pelancongan negeri. Beliau yang juga Ahli Dewan Un-dangan Negeri (Adun) Langkap, ber-kata program menghambat ikan atau `ngambat ikan’ lazimnya menjadi ak-tiviti masyarakat kampung di sekitar sungai itu setiap tiga kali setahun pada Mac hingga April kerana ikan dapat di-tangkap lebih banyak pada musim itu, terutama selepas hujan. “Program menghambat atau menang-kap ikan ini menjadi satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk dikongsi bersama. Malah, program ini boleh dis-usun secara khusus dengan lebih formal untuk menjadikannya sebagai satu tari-kan dan produk pelancongan negeri,” katanya ketika mengetuai program me-nangkap ikan, di Sungai Nerus, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankua-

sa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Adun Jabi, Haji Ramlan Ali. Kira-kira 600 penduduk kampung sekitar termasuk Kampung (Kg) Lang-kap, Kg Pengkalan Merbau, Kg Kasa, Kg Payung dan Kg Pelung menyer-tai program yang julung kali diada-kan secara besar-besaran melibatkan pemimpin setempat itu. Pelbagai spesis ikan sungai seperti Lampan, Sebarau dan Baung dapat di-tangkap dalam aktiviti yang memer-lukan peserta bergerak sehala secara beramai-ramai dalam jarak 200 meter sebelum mengepung ikan di perangkap yang sudah tersedia dipasang di tengah sungai. Selain itu, peserta juga berjaya me-naikkan seekor Kaloi seberat hampir 10 kilogram dalam program itu. Bagaimanapun, menurut Haji Asha’ari, bukan jumlah ikan yang menjadi taruhan dalam penyertaan itu, tetapi semangat muhibah dan kerjasa-ma yang lebih penting ketika menjaya-kan program itu. Katanya, hasil tangkapan itu lazim-nya akan diagih-agihkan sesama peserta di kalangan penduduk kampung sama ada dibawa pulang ke rumah masing-masing atau dimasak secara bergotong- royong dan dijamu sesama penduduk kampung.

Page 14: Teganukita 23

BAKT

I JKK

K

14

2tk Jumaat, 28 Mei 2010

Oleh: Aida Abd Rahman

traDisi wau kapal terbang yang diwa-risi sejak turun temurun menjadikan Kampung Surau Panjang yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Raya Kuala Tereng-ganu istimewa dan unik berbanding kampung lain di Terengganu. Dengan kepadatan kira-kira 2,000 pen-duduk dari pelbagai lapisan usia dan latar kehidupan, ternyata tradisi dan budaya pengikat kemesraan dan perpaduan di kalangan penduduk, masih am-puh dan terus dipertah-ankan sehingga kini. Kelebihan bentuk muka bumi yang dili-puti kawasan pertanian terutama sawah padi pula membolehkan per-mainan tradisi itu kekal bertahan kerana ia di-mainkan di kawasan lapang dan landai selepas musim menuai antara bulan Mac hing-ga Mei setiap tahun. Bukan hanya wau kapal terbang `gergasi’ yang menjadi tumpuan dan tarikan ramai, penduduk yang keban-yakannya bertani dan bekerja kampung selain berkhidmat di agensi kerajaan dan swasta itu turut menghasilkan wau lain seperti wau bulan, burung, merak, barat dan sewah mengikut kreativiti serta cetusan idea yang tersendiri. Usaha mempertah-ankan permainan tra-disional itu mendapat

Tradisi lama warnai Kampung Surau Panjang

kata sepakat dan ker-jasama padu kebanya-kan penduduk, apatah lagi kampung yang dit-erajui Pengerusi Jawa-tankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kam-pung (JKKK), Encik Mamat Ramli Embong dengan dibantu tim-balannya, Che Salleh Osman saling meleng-kapi dalam menunaikan tanggungjawab sosial di kampung mereka. Menurut Encik Ma-mat, kerja menyiapkan wau kapal terbang ger-gasi itu melibatkan kos kira-kira RM300 den-gan dua arkitek utama, Mat Zin Hassan, 58 dan Mansor Yusof, 42 selain dibantu lima pekerja yang mengambil masa dua bulan untuk disiap-kan itu amat rumit dan

memerlukan ketelitian dalam segala aspek ter-utama dalam pemilihan buluh yang baik. Keunikan wau kapal terbang itu juga pernah menarik minat pihak penganjur di Festival Wau Antarabangsa di Johor yang menjemput kampung berkenaan menyertai program mereka, sekaligus men-gangkat keunggulan tradisi kampung Mel-ayu itu di mata penggiat seni seluruh negara. Ironinya, permainan wau sudah tidak lagi menjadi aktiviti pen-duduk di kebanyakan kampung kerana lam-bakan permainan yang lebih moden dan mer-entasi teknologi mak-lumat, namun wau bagi kebanyakan penduduk

di Kampung Surau Pan-jang masih popular seh-ingga ada yang sang-gup bersekang mata hingga tengah malam bagi menyiapkan wau mengikut kepakaran masing-masing. “Ia sudah menjadi tradisi zaman berzaman kampung kami dan kampung sekitar ter-masuk Kampung Surau Haji Daud, khususnya selepas musim menuai pada pertengahan tahun sebegini. “Pertandingan yang melibatkan 150 wau yang menampilkan pel-bagai corak dan aneka warna dengan pengli-batan semua peringkat usia termasuk warga emas, kanak-kanak serta wanita yang me-nyokong dari belakang membuktikan permua-fakatan kami sangat utuh, sekaligus menon-jolkan identiti budaya kepada generasi muda secara berterusan,” kata beliau ketika ditemui Teganukita, di Kam-pung Surau Panjang, baru-baru ini. Selain tradisi wau yang masih subur, Encik

Mamat juga berbangga kerana kampung yang berada di Parlimen Ma-rang serta mendapat perhatian baik daripada Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Neg-eri Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, itu juga terkenal dengan kes-enian Rodat. Penggiat rodat Kam-pung Surau Panjang, Razak Senik masih lagi berjaya memper-tahankan kesenian popular Terengganu itu dan keunikan kesenian itu mewarnai pelba-gai pertandingan serta persembahan di pering-kat nasional mahupun antarabangsa seperti di Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Selain itu, makanan tradisional terengganu, ‘bepang’ yang dihasil-kan daripada beras pulut juga berasal dari kam-pung berkenaan dan kini mendapat pasaran di seluruh daerah selain berjaya dijual di luar Terengganu khususnya di Bukit Bunga dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Biarpun kampung terletak di DUN yang dimenangi wakil rakyat pembangkang ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu serta hampir sebahagian penduduk merupakan pengikut parti pem-bangkang, kampung Surau Panjang tidak pernah terpinggir dari arus pembangunan. Kemudahan in-frastruktur seperti seko-lah, masjid, jaringan jalan raya dan teleko-

munikasi yang serba lengkap dan lancar memajukan kehidupan penduduk tanpa ada sempadan dengan pen-duduk di bandar. Pun begitu, Encik Mamat masih meng-harapkan suatu masa nanti segala kemuda-han lebih selesa seperti dewan serbaguna da-pat dibina di kampung mereka kerana seh-ingga kini, penduduk terpaksa menumpang di bangunan Tabika Ke-mas untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta bermesyuarat. “Apabila ada de-wan itu kelak, maka penduduk dapat lebih aktif dan sebarang program seperti sukan dalam gelanggang sep-erti badminton, sepak raga dapat dijayakan. Kami berharap ia juga menyemakkan lagi per-muafakatan di kampung kami,” kata beliau. Biarpun berasal dari pinggir bandar dengan latar belakang ibu bapa hanya bekerja kampung, segelintir anak muda kampung berkenaan berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan serta berkhidmat dalam bidang profesional sep-erti peguam, doktor dan jurutera. Kejayaan dalam pen-didikan juga mendor-ong ramai anak muda dari kampung berke-naan berhijrah untuk mengisi peluang dalam kerjaya masing-masing di bandar-bandar besar.

Tradisi wau kapal terbang yang diwarisi sejak turun temurun menjadikan ianya istimewa dan unik berbanding kampung lain di Terengganu.

Penglibatan semua membuktikan permuafakatan Kampung Surau Panjang sangat utuh, sekaligus menonjolkan identiti budaya kepada generasi muda.

MAMAT RAMlI EMBONG

Page 15: Teganukita 23

SERI

KAND

I

15

2tkJumaat, 28 Mei 2010

Oleh: Suriati Ali

“saya amat suka kalau bertemu den-gan masyarakat dan berkongsi apa-apa masalah yang dihada-pi, sekurang-kurang-nya apa yang mampu ditolong, kita tolong,” kata To’ Puan Seri Wan Naimah Ab Aziz, 51. Beliau tidak gemar kalau ada dikalangan masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan Parlimen Be-sut menjadikan alasan, segan untuk berbual dan berkongsi cerita. “Mereka tidak perlu malu, kerana saya juga rakyat biasa, sedia mendengar dan mem-bantu semua orang tanpa mengira per-ingkat umur, pangkat dan keturunan,” kata wanita yang amat baik tetapi tegas itu. Beliau merupakan isteri kepada Ahli Par-limen Besut, Dato’ Seri Prof Dr Abdullah Mu-hammad Zin dan ibu kepada empat orang cahaya iaitu Hanan, 31, M. Fakhri, 29, Anas Hamdi, 25 dan Madihah, 21. To’ Puan Seri Naimah berkata, dia dan keluarga kini ting-gal di luar Terengganu, tetap meluangkan masa sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu bertujuan merapatkan

Sedia mendengar dan membantu semampunya

silaturahim, saling berk-erjasama dan wujud sifat sayang antara rakyat. “Keadaan itu sudah biasa bagi saya, walau-pun agak kelam kabut pada pandangan umum kerana terpaksa men-gagihkan masa bersama penduduk setempat dan keluarga . “Masa seminggu sekali, dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menyertai pelbagai ak-tiviti berfaedah seperti sukaneka, hari keluarga, bacaan Yassin, mela-wat penduduk uzur dan kematian saudara,” ka-tanya yang menetap di Kampung Alor Lintang, Besut apabila pulang ke kawasan. Katanya, pelbagai isu dibincangkan apa-bila dapat bersua muka sehingga kadang-kala tidak sedar masa berla-lu. Dia seronok dengan cara itu, kerana dirinya sejak azali sememang-nya suka mencari kawan untuk berkonsi cerita. “Bagi mereka yang mempunyai masalah dan memerlukan ban-tuan pula, seboleh-bolehnya memberitahu suami supaya berusaha menyelesaikan secepat mungkin, jika tidak me-libatkan pihak lain,” ka-tanya. Ketika berkongsi cerita, To’ Puan Naimah berkata, di zaman serba canggih ini, bukan mu-

dah untuk mendidik anak kerana banyak pengaruh negatif ter-paksa dihadapi. Perkara itu turut dihadapi oleh kami berdua. “Keempat-empat ca-haya mata membesar di kawasan bandar, su-dah tentu banyak dug-aan terpaksa ditempuh termasuk budaya hidup, cara pemakaian dan pergaulan antara rakan. “Allahamdulliah, berkat doa dan kesaba-ran, saya dan suami

mampu menghadapinya dan kini kesemua anak dapat melanjutkan pela-jaran sehingga ke Insti-tut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan dua daripada mereka sudah memiliki kerjaya yang diimpikan,” katanya. Katanya, sejak ke-cil, anak-anak banyak menghabiskan masa bersamanya berband-ing suami yang sentiasa sibuk dengan tugas har-ian. “Kesempatan itu, saya berusaha mendidik

kesemua anak-anak dengan menitikberat-kan soal agama, teru-tama berkaitan solat, mengaji, adat pergaulan dan tertib ketika berada di luar rumah. “Saya gemar berpe-san kepada anak-anak , supaya sentiasa ingat kepada Allah S.W.T da-lam apa jua tugas yang dilakukan, jangan suka melepak dengan kawan bermasalah, mesti be-rada di rumah sebelum jam 6.30 petang dan

sekeluarga,” katanya yang mengamalkan kaedah didikan kedua ibu-bapanya.

hormat kepada orang yang lebih tua,” katan-ya. “Saya gembira den-gan kelakuan anak-anak yang tidak banyak mendatangkan masalah dalam hidup kami sua-mi isteri. “Tiada petua is-timewa untuk mendidik mereka , cuma kami amalkan doa tertentu selepas solat dengan meminta Yang Maha Kuasa permudahkan perjalanan hidup kami

“Kami amalkan doa tertentu selepas solat dengan meminta Yang Maha Kuasa permudahkan perjalanan hidup.”

TO` PUAN SERI WAN NAIMAH Turun padang membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Turut dijemput merasmikan sebuah butik di Besut.

Keprihatinan To` Puan Seri Wan Naimah melawat warga emas yang uzur.

Page 16: Teganukita 23

DEST

INAS

I

16

2tk Jumaat, 28 Mei 2010

Oleh: Suriati Ali

jiKa disebut Hutan Lipur Sekayu (HLS) Hulu Terengganu, ia cukup dikenali, malah destinasi yang dipenuhi lebih 500 spesies flora dan fauna itu pasti menjadi igauan indah kepada pengunjung untuk kembali bertandang sekalipun merupakan destinasi pelancongan yang telah lama di Terengganu. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegar-kan, dikelilingi pula dengan keindahan alam semula jadi, sangat sesuai untuk beristirehat serta berekreasi bersama keluarga. Lokasi sejauh 56 kilometer (km) dari pusat Ban-dar Kuala Terengganu dan 16 km dari Pekan Ajil dibuka secara rasmi pada 15 Mei 1983. Bermula tarikh itu HLS diselia dengan sem-purna oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT). Pelbagai kemudahan disediakan untuk kemuda-han pengunjung termasuk kios jualan, chalet, tandas, balai serbaguna, pondok istirehat, tapak perkhema-han, kawasan berbeku, bilik persalinan dan jambatan gantung. Penolong Pengarah Unit Rekreasi (JPNT), Encik Zailani Man, berkata HLS sememangnya tersohor di kalangan masyarakat tempatan dan luar Terengganu lantaran keunikan tersendiri termasuk memiliki tiga tingkat air terjun dan hutan yang belum diteroka. Katanya, pelbagai kaedah dilaksanakan pihaknya bertujuan memberi keselesaan terbaik kepada pen-gunjung yang terdiri pelbagai kaum dan peringkat umur. “Setiap laluan yang terdapat HLS terutama untuk menuju ke kawasan air terjun `bertingkat’ sentiasa dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik. “Bagi mereka yang meminati tumbuhan liar, JPNT mengambil inisiatif memasang papan tanda dengan dilengkapi nama saintifik di beberapa pokok tertentu, termasuk Petaling (ochanostachys amenta-cea), Kelat (syzygium spp) dan Nyatoh (Madhuca malaccensis), Meranti (magnoliophyta) dan Damar Hitam (shorea hopeifolia),” katanya. Menurutnya, langkah itu bukan sahaja memudah-kan pengunjung membuat kajian malah mengetahui

Sekayu tetap jadi igauan pengunjung

lebih mendalam terutama berkaitan fizikal tumbuhan itu sama ada jenis tinggi, renek atau menjalar. “Kebiasaannya pelajar dari pelbagai Institut Pen-gajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta mengambil kesempatan itu untuk menyiapkan tugasan masing-masing. “Sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah HLS, mereka boleh berhubung terus dengan Pusat Mak-lumat dan Infomasi JPNT tersedia di lokasi yang sama,” katanya. Encik Zailani berkata, kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga dan secara berkumpulan sebelum menyertai pelbagai aktiviti seperti mendaki, meredah hutan, berkhemah, berbeku dan melawat ta-man herba. “Bagi ahli keluarga yang kurang berminat dengan aktiviti itu, mereka boleh berehat dan bermalam di beberapa chalet yang direka menyerupai rumah tra-disional Melayu. “Mereka tidak perlu risau mengenai harga sewa berikutan chalet di beri nama Manau, Semambu dan Sega itu ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM50 hingga RM120 seunit,” katanya. Katanya, apa yang membanggakan, kemudahan ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga ter-paksa menolak permintaan apabila tiba musim cuti sekolah dan umum. “Memandangkan chalet sedia ada masih tidak mencukupi, pihaknya bercadang menambah kemu-dahan itu dengan membinanya bertentangan dengan air sungai,” katanya.

Untuk sampai ke sini:

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan

awam seperti bas atau teksi dari bandar Dungun atau pusat bandar

Kuala Terengganu.

Tidak sukar untuk pengunjung mendapatkan bekalan makanan atau barangan lain kerana di pintu masuk ke Hutan lipur Sekayu disediakan kedai beraneka.

Teratai subur di kolam yang terletak di jalan masuk ke air terjun.

Seronok melintasi sungai melalui jambatan gantung. Hujung minggu dan musim cuti sekolah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Taman Orkid turut disediakan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Permandangan begini boleh dilihat sepanjang perjalanan ke Sekayu.

Masih tidak puas menikmati keindahan Hutan lipur Sekayu, rumah tumpangan dan chalet disediakan untuk pengunjung bermalam.

Air sungai Sekayu mengalir dingin dan menyegarkan.

Page 17: Teganukita 23

2tkJumaat, 28 Mei 2010

Hujung minggu dan musim cuti sekolah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Taman Orkid turut disediakan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Indahnya panorama Hutan lipur Sekayu di kala matahari mula terbit.

Permandangan begini boleh dilihat sepanjang perjalanan ke Sekayu.

Pintu masuk ke Hutan lipur Sekayu yang terletak di Hulu Terengganu. Masih tidak puas menikmati keindahan Hutan lipur Sekayu, rumah tumpangan dan chalet disediakan untuk pengunjung bermalam.

Air sungai Sekayu mengalir dingin dan menyegarkan.

Page 18: Teganukita 23

2tk

ms 16, 17

Page 19: Teganukita 23

MIMBARSusunan : Muhaini Muhammad Sumber: JHEAT

19agama Jumaat, 28 Mei 2010

WAKTU SOLATnegeri terengganu(28 mei hingga 5 jun 2010)

masyaraKat yang murni dan harmoni ialah masyarakat yang men-gibarkan panji-panji kemu-liaan melalui amalan soleh dan akhlak terpuji. Sekali-gus mereka pula berpadu tenaga dan fikiran, me-nentang habis-habisan apa jua budaya, amalan atau akhlak keji yang boleh mencemarkan moral dan maruah mereka. Firman Allah Ta’ala da-lam surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud: “ Dan hendaklah ada di antara satu puak yang menyeru kepada kebaji-kan, dan menyuruh ber-buat segala perkara yang baik, serta melarang dari-pada segala yang salah. Dan, mereka yang de-mikian ialah orang yang berjaya.” Maka di antara budaya keji dan terkutuk yang perlu dihindari dan diten-tang dengan keras oleh se-mua pihak ialah `Jenayah Zina’. Semoga kita semua menginsafi akibat buruk jenayah zina dan terpang-gil untuk sama-sama menghindari dan memer-anginya daripada menjadi barah yang boleh meng-hancurkan kemuliaan dan maruah umat Islam. Al-Quran menggam-barkan perbuatan zina da-lam bentuk yang sangat keji seperti firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Israq ayat 32 yang ber-maksud: “ Dan jangan-lah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” Dalam firman Allah Ta’ala itu, zina diletakkan sebagai perbuatan dosa yang terlalu hina dan mer-upakan amalan yang san-gat buruk dan jahat. Zina adalah satu-sat-unya jenayah yang boleh merosakkan sahsiah ses-eorang, perbuatan yang boleh menghancurkan maruah sebagai insan ber-budi mulia dan pelakunya ditimpa laknat kemurkaan Allah Ta’ala. Zina adalah diantara dosa yang sangat dahsyat. Imam Ahmad Rahma-tullahi A’laihi berkata yang bermaksud: “Aku tidak tahu dosa yang paling dahsyat selepas jenayah membunuh,selain dari-pada zina.” Allah s.w.t menyenarai-kan dosa zina bersama

Hindari jenayah zinajenayah syirik dan pem-bunuh. Satu lagi bukti bahawa perbuatan zina itu sangat dimurkaiNya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Furqan ayat 68-69 semasa memperincikan sifat hambaNya yang ber-taqwa yang bermaksud: “ Dan, juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak mem-bunuh jiwa yang diharam-kan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak, dan tidak pula mereka berzina; dan se-siapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab siksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.” Sudah tentu penghara-man perbuatan zina dan dikategorikan sebagai dosa terbesar itu mempu-nyai keburukan dan kesan negatif yang boleh merun-tuhkan nilai manusia seba-gai makhluk yang mulia. Para ulama mendapati risiko buruk zina kepada kehidupan manusia adalah seperti boleh membawa kepada kepapaan, boleh memendek umur, boleh menyebabkan pelakunya dikeji, dihina dan dikutuk oleh masyarakat di samp-ing menyebabkan kemu-rungan, tekanan jiwa dan merana. Dari aspek kesi-hatan pula, jenayah zina mengundang berbagai pe-nyakit yang dahsyat dan menggerunkan seperti Si-filis, kanser, dan AIDS. Apa yang lebih mena-kutkan penyakit kronik ini boleh menjangkiti pasan-gan suami atau isteri dan anak-anak yang tidak ber-dosa. Di samping itu, un-tuk yang terlibat dengan jenayah zina boleh me-nyebabkan kemandulan, keguguran dan kecacatan bayi yang dikandung. Dari segi sosial dan moral pula, jenayah zina adalah penghinaan teruta-ma kepada golongan wan-ita dan merupakan pencab-ulan penghormatan yang sukar dipulihkan. Ia juga boleh mencetuskan tragedi yang dahsyat seperti pem-bunuhan bayi yang tidak berdosa, perhambaan seks dan permusuhan yang sen-git di antara individu yang terlibat. Islam tidak meng-haramkan satu-satu jena-

yah itu melainkan dig-ariskan kaedah-kaedah bagi mengelakkan ianya berlaku. Demikian juga larangan jenayah zina, di mana Islam menyediakan beberapa langkah bagi menghindari gejala sosial yang sangat keji ini. Di antara langkah mengha-lang perbuatan zina ialah; pertama: Islam meng-galakkan berkahwin bagi pasangan yang mampu, malahan masyarakat di-gesa membantu golongan yang kurang mampu untuk berkahwin. Firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Nur ayat 32 yang bermak-sud: “Dan kahwinkanlah orang bujang dari ka-langan kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mer-eka miskin, Allah akan memberi kekayaan ke-pada mereka dari limpah kurniaNya,kerana Allah maha luas rahmatNya lagi maha mengetahui.” Kedua: Islam menun-tut supaya diperangi setiap faktor yang boleh mendor-ong kepada jenayah zina seperti perintah mengawal penglihatan mata, menjaga kehormatan dan menutup aurat. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang bermak-sud: “Katakanlah ( wa-hai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereak menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mer-eka, sesungguhnya Al-lah maha mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakan-lah kepada perempuan-perempuan yang beriman

itu supaya menyekat pan-dangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan per-hiasan tubuh mereka.” Ketiga: Islam meng-haramkan pergaulan bebas terutama berdua-duaan di antara lelaki dan perem-puan yang halal kahwin. Sabda Rasulullan s.a.w yang bermaksud: “Bila sahaja sepasang lelaki dan perempuan berdua-dua di tempat sunyi, su-dah pasti mereka adalah bertiga dengan syaitan ( yang menggoda supaya mereka berdua melaku-kan perbuatan hina).” Larangan berdua-duaan meliputi di antara pegawai dengan pegawai atau kaki-tangan, guru dengan mu-rid, doktor dengan pesakit, belia dengan beliawanis, lebih-lebih lagi artis sesa-ma artis atau bersama peminat. Bagi mence-tuskan rasa gerun, Islam menyenaraikan jenayah zina sebagai dosa yang dikenakan hukum hudud. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap se-orang dari keduanya se-ratus kali sebat, dan jan-ganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasi-han terhadap keduanya dalam menjalankan a-gama Allah, jika benar kamu beriman kepada Al-lah dan hari akhirat, dan hendaklah diseksa huku-man seksa yang dikena-kan kepada mereka itu, oleh sekumpulan dari orang yang beriman.”

Budaya keji dan terkutuk yang perlu dihindari dan ditentang dengan keras oleh semua pihak ialah jenayah zina.

Page 20: Teganukita 23

am20 amJumaat, 28 Mei 2010

prOgram penyusu-nan semula Bandar Raya Kuala Terengganu untuk mewujudkan Bandaraya Warisan Pesisir Air me-merlukan penstrukturan semula penempatan ter-masuk proses perpindahan penduduk terlibat ke pen-empatan lebih tersusun. Perpindahan itu bagi membolehkan kampung

Oleh: Aida Abd Rahman

pencapaian sekolah bandar dan luar bandar dalam program penguku-han Bahasa Inggeris mem-beri gambaran baik dalam usaha merapatkan jurang pendidikan bahasa antara-bangsa di kedua-dua pen-empatan itu. Ini terbukti apabila Pro-gram Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan Sekolah-sekolah Tereng-ganu 2010 menyaksikan penyertaan dan pengua-saan sekolah di luar ban-dar yang bersaing dengan sekolah di bandar. Dalam pertandingan itu, kategori `Speech Choir’ dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Durian Guling, Marang, manakala tempat kedua SMK Teng-ku Mahmud 2, Besut dan tempat ketiga SMK Sultan Sulaiman, Kuala Tereng-ganu. Kategori `Smart Eng-lish’ pula dimenangi Sekolah kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu diikuti tempat kedua dan ketiga, SK Ran-tau Petronas dan SK Gong Kapas, Kuala Terengganu. “Justeru, kerajaan neg-eri amat mengalu-alukan usaha Yayasan DiRaja

Program Bahasa Inggeris rapat jurang bandar dan luar bandar

Sultan Mizan untuk mem-perkasakan pencapaian Bahasa Inggeris, terutama dalam komunikasi harian di kalangan murid-murid di Terengganu. “Inovasi dan kreaviti aktiviti berbahasa Inggeris melalui pelbagai pertand-ingan yang diadakan di se-luruh negeri sesungguhnya merupakan nilai tambah kepada usaha memperka-sakan pendidikan Tereng-ganu,” kata Menteri Be-sar Dato’ Ahmad Said, di Majlis Penutup, di Dewan Konvensyen Taman Tama-dun Islam, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Berkenan berangkat ke majlis dan menyempurna-kan pengurniaan hadiah,

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abi-din dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur zahi-rah. Hadir sama, Ahli Ma-jlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Lembaga Pe-megang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Profesor Emeritus Dr Abdul Rahman Em-bong Dato’ Ahmad berka-ta, kerajaan negeri telah memperuntukkan seban-yak RM250 juta untuk bidang pendidikan bagi 2010 termasuk menyedia-kan pelbagai insentif lain untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri Tereng-ganu.

Antaranya peruntukan khas kepada peningkatan pencapaian peperiksaan awam, pengagihan e-book, kelas dan peperiksaan maya, peruntukan untuk sekolah elit dan primer, biasiswa serta pinjaman.

Sementara Dato’ Profe-sor Dr Abdul Rahman ber-kata, program penguku-han itu lihat sebagai satu platform kepada pelajar untuk meningkatkan dan memantapkan penguasaan mereka dalam berbahasa

Inggeris. “Program ini merupa-kan satu daripada program Yayasan DiRaja Sultan Mizan dalam bidang pen-didikan untuk menyum-bang kepada usaha kera-jaan dan pihak lain dalam membina dan memajukan modal insan anak-anak Terengganu,” katanya. Bagaimanapun, ka-tanya pada tahun pertama penganjuran program ini tidak melibatkan pelajar sekolah elit dan sekolah berasrama penuh tetapi hanya melibatkan sekolah harian biasa untuk mem-beri peluang penyertaan kepada pelajar yang seder-hana pencapaiannya dalam berbahasa Inggeris. Beliau menambah, pro-gram ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai ac-ara tahunan di samping ya-kin ia akan terus mendapat sambutan daripada pelajar dan guru sekolah yang ter-libat. “Minat, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar serta sokongan padu guru akan diterjemahkan men-jadi usaha yang berkesi-nambungan dan mantap untuk meningkatkan pen-guasaan bahasa itu dalam pelbagai segi sama ada secara lisan mahupun tu-lisan,” katanya.

Penduduk Ladang pindah demi pembangunan bandar raya

tersebut dibangunkan den-gan kediaman serba moden termasuk rangkaian kedai. Kira-kira 50 keluarga dari kampung berkenaan terlibat dengan perpinda-han ke penempatan baru di Flat Ladang Gemilang (FLG) 1 16 tingkat yang terdiri daripada 192 unit kediaman kos rendah dan 88 unit kos sederhana ber-

mula Jun ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said meninjau sendiri tapak projek dan penempatan penduduk ter-libat di Kampung Ladang, baru-baru ini. Beliau diiringi Pen-gurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Zakaria Awang

melawat sekitar kawasan itu kira-kira sejam sambil mendengar taklimat dari-pada pihak PMINT dan Pejabat Tanah dan Galian Terengganu mengenai status dan perkembangan projek berkenaan. “Saya puji tindakan kerajaan negeri membina FLG 1 kerana nyata mem-bantu penduduk setem-

pat terutama golongan di bawah Program Pemban-gunan Rakyat Termiskin (PPRT) mendapat kadar sewa yang rendah” kata seorang penduduk tempa-tan, Zamani Zakaria, 27. Beliau gembira den-gan pembangunan yang telah dibawa oleh Kera-jaan Terengganu kepada masyarakat tempatan teru-tamanya penduduk di ka-wasan Kampung Ladang. Seorang lagi penduduk setempat, Mohd Afrul Is-mail @ Awang, 33, juga menyokong tindakan kera-jaan negeri dalam menin-gkatkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat dan pembinaan kemudahan baru itu amat bertepatan dengan dasar dan matla-mat kerajaan negeri yang sentiasa menjaga kebaji-kan rakyat. “Pembinaan FLG 1 ini mencerminkan kerajaan

yang cukup prihatin serta menjaga kebajikan rakyat setempat. “Selain projek pembi-naan FLG 1 ini, saya difa-hamkan pembinaan FLG 2 juga bakal disiapkan mengikut perancangan bagi menampung keperlu-an dan kemudahan rakyat Terengganu, “katanya. FLG 1 yang melibat-kan perbelanjaan RM35 juta memberi keselesaan dengan komposisi tiga bilik tidur dan 2 bilik air, manakala bagi unit kos sederhana pula, terdapat empat buah bilik serta 3 bilik air, selain kemudah-an sampingan dan kesela-matan yang terjamin. Untuk permulaan, flat ini hanya dibuka untuk sewaan sahaja iaitu antara RM126 hingga RM300 bagi unit kos rendah dan RM 800 bagi kos seder-hana.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal

Abidin berkenan menyampaikan hadiah

kepada pemenang.

Kategori `Speech Choir` dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang

Menteri Besar ketika melakukan tinjauan di Kampung ladang.

Page 21: Teganukita 23

am 21am Jumaat, 28 Mei 2010

Oleh: Aida Abd Rahman

usahawan di negeri ini disarankan supaya mener-oka segmen baru ekonomi yang diyakini boleh mem-beri pulangan lumayan dan tidak semata-mata bergantung kepada produk tradisi mereka. Bagi meningkatkan daya saing dalam bidang perniagaan masing-mas-ing, usahawan juga perlu menjadikan 4E (Expand, Explore, Execute dan Ex-cel) atau berkembang, meneroka, bertindak dan cemerlang sebagai pand-uan utama. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata ker-ajaan negeri mengakui sumbangan usahawan bagi memajukan lagi ekonomi negeri namun peranan sek-tor ini perlu diperhebatkan lagi supaya percambahan dapat dilihat dan dirasai

penDeKatan Uni-versiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan kursus peringkat sijil atau pra UiTM kepada 800 pelajar miskin dan anak yatim di setiap negeri, nya-ta mengembirakan golon-gan itu kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tertinggi. Syarat untuk mengikuti program ini cukup mu-dah di mana setiap pela-

Terokai segmen baru ekonomi

dengan lebih meluas. “Saya ingin men-yarankan supaya usa-hawan bergiat dalam industri berkaitan atau memiliki persamaan agar mewujudkan jaringan su-paya produk dan perkhid-matan mereka menembusi pasaran baru dalam dan luar negara,” kata beliau di Majlis Perasmian Karnival Usahawan Muda Tereng-ganu (KUMT) 2010, di Pusat Dagangan Tereng-ganu, Kuala Terengganu,

baru-baru ini. Majlis disempurnakan Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Tengku Muhammad Ismail Sul-tan Mizan Zainal Abidin. Baginda diiringi Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja dan isteri, To’ Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail; Ahli MPPR, Dato’ Abdul Kadir Sulaiman. Turut berangkat, ke-kanda baginda, Tengku

Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama, isteri Men-teri Besar, To’ Puan Norli-za Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangu-nan Luar Bandar, Usaha-wan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera. Selepas Pemangku Raja berkenan merasmikan kar-nival itu, majlis disusuli pula dengan penyampaian bantuan mesin jahit oleh Dato’ Mohamed kepada

wakil pelatih Yayasan Tu-anku Nur Zahirah. Dato’ Mohamed da-lam ucapannya sebelum itu, berharap mulai tahun depan beberapa kegiatan usahawan perlu dilaksana-kan bermula di peringkat sekolah rendah lagi dalam usaha meningkatkan pros-es pembudayaan keusaha-wanan dikalangan pelajar. Katanya,kerajaan mela-lui Yayasan Pembangunan Usahawan dan Suruhanja-ya Koperasi Malaysia mensasarkan lebih banyak koperasi sekolah rendah dapat dilaksanakan mulai tahun ini dan bertindak menyalurkan kepakaran dan peruntukan bagi me-realisasikan hasrat itu. Sehingga kini, seramai 1,756 usahawan yang ma-joritinya usahawan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun menjadi ahli Sa-habat Usahawan Terengganu.

Pra UiTM : Peluang kepada pelajar miskinjar hanya perlu mendapat sekurang-kurangnya em-pat kepujian dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil. Naib Canselor UiTM, Prof Dato’ Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, pelajar yang berjaya mengikuti kursus pra UiTM ditawar-kan pelbagai keistime-waan, termasuk mendapat elaun bulanan dan tidak perlu membayar yuran se-

mester. “Pihaknya mengehad-kan seramai 800 pelajar semester di setiap negeri, jika pelajar yang terpilih ini menunjukan prestasi cemerlang dalam bidang di ambil, mereka ditawar-kan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat leb-ih tinggi sehingga mem-peroleh ijazah. “Pendekatan dilaksana-

kan ini semata-mata ingin membantu golongan itu untuk melanjutkan pela-jaran universiti tempa-tan di mana sebelum ini tidak diberi peluang selain kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis `Dinner Talk’ bersama Dato’ Ir Dr Sahol, Ri-Yaz Kuala Terengganu.

Oleh: Suriati Ali

Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) berjaya men-catatkan keuntungan sebelum cukai seban-yak RM 77 juta walau-pun berdepan dengan keadaan ekonomi dan pasaran domestik tidak menentu. Ketua Pegawai Ek-sekutif syarikat itu, Encik Badrul Hisham berkata, bahagian per-ladangan syarikat itu telah menyumbang sebanyak 79 peratus, penjagaan kesihatan 20 peratus manakala sektor makanan mem-beri hasil satu peratus kepada hasil kumpu-lan. Katanya, tahun 2009 merupakan ta-hun yang sangat men-cabar bagi industri minyak kelapa sawit apabila purata harga Minyak Sawit Mentah (CPO) hanya berharga RM2,237 berband-ing RM2,884 satu tan metrik pada tahun sebelumnya. “Keadaan ini dis-ebabkan beberapa fak-tor iaitu, ekonomi yang lemah, anjakan dari-pada pasaran komoditi ke ekuiti, peningkatan kos buruh serta baja dan penyusutan dolar Amerika Syarikat. “Namun begitu, TDM berasa lega kerana ekonomi dunia sudah beransur pulih dengan menjangkakan harga dagangan CPO sekitar RM2,000 hing-ga RM2,600 satu tan metrik pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyu-arat Agung TDM Ber-had ke 45, di Ri-Yaz, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

TDM jana untung RM77j

DATO` IR SAHOl HAMID

Pemenang bersama Menteri Besar selepas menerima hadiah pada Karnival Usahawan Muda Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu.

Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama kekanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melawat gerai pameran Usahawan Muda Terengganu.

BADRUl HISHAM

Page 22: Teganukita 23

am22 amJumaat, 28 Mei 2010

SATU tubuh unit pasukan khas

Miskin tegar berjaya dikurangkan

Oleh: Kamarudin Mat Akib

syariKat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan menubuh-kan pasukan khas di setiap daer-ah bagi menangani masalah paip bocor, sekaligus mengurangkan kerugian yang terpaksa ditang-gung kerajaan akibat kehilangan sumber air (NRW). Bagi tujuan tersebut, SATU akan mengambil 30 kakitangan baru dan setiap unit akan dileng-kapkan dengan kenderaan dan pelbagai peralatan bagi menan-gani masalah berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Haji Husain Embong, berkata pihaknya serius menan-gani masalah NRW yang kini pada kadar 36 peratus di mana kerajaan negeri kerugian di segi hasil kutipan kira-kira RM18 juta setahun. Beliau berkata, pihaknya me-letakkan sasaran untuk mengu-rangkannya pada kadar 30 pera-tus menjelang akhir tahun 2010. “Punca utama berlaku NRW ialah penggunaan paip-paip lama daripada jenis asbestos cement (AC) di mana sebahagiannya berusia lebih 20 tahun,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan 100 hari kepimpinan beliau di syarikat tersebut. Beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha mengambil beberapa langkah tertentu, ter-masuk menggantikan paip lama dengan paip yang baru sama ada

daripada jenis Ductile Iron (DI), Mild Steel (MS) atau uPVC, bergantung kepada jenis tanah. “Ketiga-tiga jenis paip yang akan digunakan menggantikan AC didapati lebih tahan lama dan kualitinya lebih terjamin berbanding AC,” tambahnya. Selain itu, SATU akan men-ingkatkan prestasi kakitangan

melalui kursus-kursus yang di-adakan dari semasa ke semasa.SATU juga akan menambah bilangan vendor bagi member-cepatkan kerja-kerja membaiki kebocoran paip dan kerosakan sistem bekalan air di seluruh negeri. Haji Husain berkata, dari segi aduan pengguna pula, bilangan

aduan yang diterima SATU di seluruh negeri telah berkurangan daripada 29,860 kes pada tahun 2007 kepada hanya 20,296 kes pada 2009. Bagi tahun 2010, sehingga 10 Mei 2010 sebanyak 10,395 dike-mukakan kepada SATU di mana sejumlah 5,925 kes merupakan aduan yang berkaitan kebocoran

dan paip pecah di seluruh neg-eri. Mengenai krisis air yang dihadapi beberapa negeri lain di negara ini berikutan musim kemarau, pihak SATU juga mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan ia tidak men-gancam pengguna di Tereng-ganu.

terengganu berjaya mengurangkan peratusan miskin tegar di negeri ini iaitu sebanyak 2.5 %, dan menjelang akhir tahun 2010, sasaran sifar miskin

tegar disasarkan dijangka dapat dicapai. Pengarah jabatan Ke-bajikan Masyarakat Neg-eri, Encik Zuhaimi Omar, berkata perkembangan itu

amat positif dalam usaha membasmi kemiskinan, khususnya miskin tegar. Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) akan terus membantu dalam ben-tuk kebajikan di samp-ing memberi kesedaran kepada penerima bantuan kebajikan untuk menuju ke arah masa depan yang lebih baik. Bantuan yang disalur-kan oleh Jabatan Kebaji-kan Masyarakat terbahagi kepada dua, iaitu skim bantuan am Negeri dan skim bantuan Persekutu-an. Antara jenis-jenis ban-tuan yang diperuntukan di bawah bantuan am negeri ialah, bantuan bulanan ke-pada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, tanggungan ban-duan, pusat tahanan dan pesakit. Manakala bantuan

sekaligus seperti bantuan sekolah, bantuan pemuli-han bencana, dan bantuan segera bagi kes-kes seperti kes terdampar dan memer-lukan bantuan segera. Bantuan Persekutuan seperti bantuan Kanak-kanak, Orang Tua, Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan tidak bekerja, pesakit terlantar dan lain-lain disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri setiap bulan. Encik Zuhaimi berkata, gabungan di bawah bantu-an am negeri dan perseku-tuan itu menjadikan rakyat Terengganu yang perlukan bantuan tidak menghadapi masalah dan sentiasa dapat diselesaikan. “Walau bagaimanan-pun kita perlu mengurang-kan usaha kebergantungan kepada bantuan, kecuali benar-benar memerlukan dan tidak mampu,” jelas-nya.

Dalam usaha menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu (TNAI), beberapa perkara yang per-lu dipastikan dalam pendidikan Terengganu ter-masuklah peluang mendapatkan pendidikan yang sama rata. Sehubungan dengan itu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dipastikan dalam TNAI sebagaimana berikut:• Semua murid dibangku sekolah mestilah men-

guasai 3M (membaca, menulis dan mengira)• Semua murid hendaklah pandai solat dan celik

al-Quran• Semua murid mesti celik computer• Semua murid dapat menguasai banyak bahasa,

terutama Bahasa Inggeris• Pelajar terbimbing dengan kehebatan minda

untuk menjadi seorang yang kreatif dan ino-vatif

• Pelajar cemerlang dalam bidang ko-kuriku-lum dan menjadi generasi cergas serta sihat, sekaligus menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Beliau menghuraikan perkara ini ketika me-nyampaikan ucaputama di majlis Bicara Intelek-tual, Terengganu Negeri Anjung Ilmu baru-baru ini.

Perkara yang perlu menjayakan TNAI

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong (kiiri) menerima cenderahati tanda kenangan sempe.na 100 hari kepimpinan beliau

ZUHAIMI OMAR

Page 23: Teganukita 23

Lumba basikal tekad pertahan emas di Sukma Melaka

terengganu akan pertahankan sembilan pinggat emas dalam acara lumba basikal dikejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Melaka pada 10 hingga 18 Jun depan. “Pada Sukma 2008, sembilan daripada 18 pingat yang dipertand-ingkan menjadi milik kita,” kata Yang Diper-tua Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT), Dato’ Ahmad Sidi Ismail. Katanya, peserta kita dibarisi sekurang-kurangnya lima pe-lumba kebangsaan iaitu Fatihah Mustafa, Haris Salleh,Shahrul Afizan, Adiq Kusaini Osman dan Shahrul Mat Amin dimana mereka ini men-jadi sandaran negeri un-tuk memungut pingat

Oleh; Esah Abdullah

Kemunculan ra-mai pelumba basikal dari Terengganu yang berjaya mengukir nama dalam kejohanan bertaraf antarabangsa menjadi-kan negeri ini sebagai ‘ pembekal utama’ pelum-ba basikal kepada pasu-kan Negara. “Dalam Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTDL) lalu lima dari-pada enam pelumba ada-lah anak Terengganu,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ke-pada pemberita sebaik menyerahkan replika cek bernilai RM10,000 dan geran tanah kepada raja pecut LTDL 2010, Anuar Manan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengeru-si Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah serta ibu dan bapa Anuar, iaitu Encik Manan Muda dan Puan Azizah Ariffin. “Kerajaan negeri sen-tiasa menghargai dan

am 23am Jumaat, 28 Mei 2010

emas. Dato’ Ahmad Sidi melahirkan keyakinan 24 pelumba basikal negeri yang terdiri daripada 12 lelaki dan 12 wanita akan memberi tentang sengit dalam kejohanan itu dan perlu pertahankan pin-gat emas yang diperolehi dalam Sukma 2008 di Terengganu. “Semua pelumba kita dalam keadaan baik dan kini sedang mengikuti latihan fasa akhir sebe-lum bertolak ke Melaka, “ kata Dato’ Ahmad Sidi. Beliau berkata, pelba-gai strategi yang enggan dinyatakan akan diguna-kan bagi mempastikan pencapaian terbaik peserta lumba basikal Terengganu pada Sukma kali ini. “Bagaimana kita hen-dak pertahankan keung-gulan kita dalam acara lumba basikal di Sukma nanti tidak boleh diberita-

hu kerana ini soal strategi dan rahsia kita, “ katanya. Beliau begitu bangga dengan kelahiran jaguh-jaguh sukan lumba basikal hingga ke peringkat ke-bangsaan dan antara-bangsa di negeri ini yang sekaligus membuktikan bahawa Terengganu bukan lagi ‘jaguh kampung’. “Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang mengambil berat mem-berikan ganjaran kepada jaguh-jaguh lumba basikal yang mengharumkan nama negeri ini, “ ujarnya. Beliau berharap, ke-jayaan itu tidak bermusim, tetapi dengan usaha-usaha yang persatuannya dengan kerjasama kerajaan, akan terus lahir dari masa ke semasa jaguh-jaguh sukan lumba basikal dari negeri ini.

Terengganu ejen lahir jaguh basikal negara

mengiktiraf mana-mana anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam apa saja bidang yang dice-buri,” katanya. Dato’ Ahmad berkata, tanah lot banglo seluas 449 meter persegi ber-harga RM36,000 yang terletak di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai diberi-kan sebagai tanda peng-hargaan kerajaan negeri di atas kecemerlangan Anuar dalam sukan lum-ba basikal. Sehubungan itu,, sep-erti yang pernah diuar-uarkan tidak lama dulu satu pasukan LTDL akan diwujudkan dan kini da-lam proses akhir iaitu mendapat persetujuan Ahli-ahli Mesyuarat Ker-ajaan Negeri. “Untuk mewujudkan sebuah pasukan lumba basikal, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 juta hingga RM2 juta di samping akan mencari penaja untuk pa-sukan nanti,” katanya. Dato’ Ahmad juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai untuk menamakan

pasukan LTDL tempatan itu. Mengenai Sukan Ma-laysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung di Melaka pada Jun depan, Dato’ Ahmad melahirkan harapan bahawa kontin-jen Terengganu mampu mempertahankan ke-juaraan yang disandang pada Sukma ke-12 lalu. “Kita percaya kontijen kita sudah membuat per-siapan rapi dalam usaha mengekalkan kejuaraan dalam Sukma akan da-tang,” katanya.

“Kerajaan negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf mana-mana anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam apa saja bidang yang diceburi”Anuar ditemani kedua ibu bapanya menerima cek RM10,000 dan geran tanah daripada Kerajaan

Terengganu yang disampaikan Dato` Ahmad sambil diperhatikan Dato` Mazlan, Datuk Abdul Rahim dan Dato` Ahamd Sidi.

DATO’ AHMAD SIDI ISMAIl

Page 24: Teganukita 23

sukan Bil. 23 (28 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

ms 23

Lumba basikal mahu pertahan emas di Sukma Melaka

ms-23

HABUAN ANUAR

Wang tunai RM10,000 dan sebidang tanah menjadi milik raja pecut le Tour de langkawi 2010, Anuar Manan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada beliau.

lihat ms 23