teganukita 22

24
Terengganu menuju globalisasi acuan sendiri ms - 4 Sambutan bidang perubatan di luar dugaan ms - 20 Imtiaz bakal dibina di Cukai Kemaman ms - 21 Kerajaan serius tangani projek `sakit’ ms - 2 Bil : 22 (21 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com lihat ms 2 Pejabat SUK capai taraf empat bintang Kraftangan dari bahan terbuang…Kreatif, tekun dan sabar menjadi asas utama kumpulan Wanita Dinamik Felcra (Wadira) Keruak, Besut, Terengganu, yang menghasilkan pelbagai barangan kraf dan cenderamata diperbuat daripada surat khabar lama seperti bakul bunga, bekas pencil, bakul sampah, raga buah, rantai kunci, cawan, mug, bakul, kasut dan sebagainya. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felcra Keruak, Puan Rohani Mohd Yusof, 49 (gambar), berkata permintaan terhadap barangan kraf amat memberangsangkan dan sentiasa menyertai pameran jualan pada ekspo yang diadakan di dalam dan luar Terengganu. Usaha ini mampu menjana pendapatan keluarga kepada enam orang pengusaha kraf di Felcra berkenaan. – Gambar oleh Zulkipli Putra. Oleh: Ruslan Abd Rahman PEJABAT Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya memperolehi taraf empat bintang dalam sistem “Five Star Rating” yang diperkenalkan oleh kerajaan di peringkat kebangsaan. Kejayaan itu diharapkan dapat mem- beri semangat kepada pegawai dan kaki- tangan perkhidmatan awam di negeri ini untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah memberitahu demiki- an dalam perhimpunan bulanan kakitan- gan perkhidmatan awam bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman hari ini pertengahan Mei baru-baru ini. Perhimpunan ini adalah yang pertama dihadiri beliau selaku Setiausaha Kera- jaan Negeri Terengganu setelah dilantik sepenuhnya ke jawatan itu berkuatkuasa 15 April lalu. Beliau berkata, sehingga ini tiada lagi negeri yang mencapai tahap ‘five star’ kerana untuk mencapai ke tahap itu penglibatan di peringkat antarabangsa di- ambil kira, termasuk pembentangan ker- tas kerja dan seumpamanya di peringkat dunia. Dalam amanat khas yang disampai- kan, Dato’ Haji Mazlan mengingatkan kakitangan awam supaya mengutamakan khidmat awam mengatasi kepentingan diri supaya dengan itu dapat berlaku adil dan amanah. “Sekiranya kepentingan diri menga- tasi kepentingan awam dalam perkhid- matan, sudah tentu kita tidak berlaku adil dan gagal menjalankan tugas dengan amanah,” katanya. Menurut beliau di peringkat nega- ra Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menyaran- kan empat gagasan utama yang perlu menjadi fokus kakitangan awam iaitu: • 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pen- capaian Diutamakan • Model Baru Ekonomi • Rancangan Malaysia Ke 10 • Program Tranformasi Kerajaan. Pada majlis yang dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan perkh- idmatan awam di pusat pentadbiran neg- eri iaitu Wisma Darul Iman, Dato’ Haji Mazlan juga meminta kakitangan perkh- idmatan awam peringkat negeri meng- hayati konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT) yang dicetuskan Menteri Be- Memberi semangat kepada kakitangan awam menjalankan tugas lebih cemerlang

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 17-Mar-2016

260 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Teganukita 22

TRANSCRIPT

Page 1: Teganukita 22

Terengganu menuju globalisasi acuan sendiri

ms - 4

Sambutan bidang perubatan di luar dugaan

ms - 20

Imtiaz bakal dibina di Cukai Kemaman

ms - 21

Kerajaan serius tangani projek `sakit’

ms - 2

Bil : 22 (21 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com

lihat ms 2

Pejabat SUK capai taraf

empat bintang

Kraftangan dari bahan terbuang…Kreatif, tekun dan sabar menjadi asas utama kumpulan Wanita Dinamik Felcra (Wadira) Keruak, Besut, Terengganu, yang menghasilkan pelbagai barangan kraf dan cenderamata diperbuat daripada surat khabar lama seperti bakul bunga, bekas pencil, bakul sampah, raga buah, rantai kunci, cawan, mug, bakul, kasut dan sebagainya. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felcra Keruak, Puan Rohani Mohd Yusof, 49 (gambar), berkata permintaan terhadap barangan kraf amat memberangsangkan dan sentiasa menyertai pameran jualan pada ekspo yang diadakan di dalam dan luar Terengganu. Usaha ini mampu menjana pendapatan keluarga kepada enam orang pengusaha kraf di Felcra berkenaan. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

Oleh: Ruslan Abd Rahman

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya memperolehi taraf empat bintang dalam sistem “Five Star Rating” yang diperkenalkan oleh kerajaan di peringkat kebangsaan. Kejayaan itu diharapkan dapat mem-beri semangat kepada pegawai dan kaki-tangan perkhidmatan awam di negeri ini untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah memberitahu demiki-an dalam perhimpunan bulanan kakitan-gan perkhidmatan awam bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman hari ini pertengahan Mei baru-baru ini. Perhimpunan ini adalah yang pertama dihadiri beliau selaku Setiausaha Kera-jaan Negeri Terengganu setelah dilantik sepenuhnya ke jawatan itu berkuatkuasa 15 April lalu. Beliau berkata, sehingga ini tiada lagi negeri yang mencapai tahap ‘five star’ kerana untuk mencapai ke tahap itu penglibatan di peringkat antarabangsa di-ambil kira, termasuk pembentangan ker-tas kerja dan seumpamanya di peringkat dunia. Dalam amanat khas yang disampai-

kan, Dato’ Haji Mazlan mengingatkan kakitangan awam supaya mengutamakan khidmat awam mengatasi kepentingan diri supaya dengan itu dapat berlaku adil dan amanah. “Sekiranya kepentingan diri menga-tasi kepentingan awam dalam perkhid-matan, sudah tentu kita tidak berlaku adil dan gagal menjalankan tugas dengan amanah,” katanya. Menurut beliau di peringkat nega-ra Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menyaran-kan empat gagasan utama yang perlu menjadi fokus kakitangan awam iaitu:• 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pen-capaian Diutamakan• Model Baru Ekonomi• Rancangan Malaysia Ke 10• Program Tranformasi Kerajaan. Pada majlis yang dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan perkh-idmatan awam di pusat pentadbiran neg-eri iaitu Wisma Darul Iman, Dato’ Haji Mazlan juga meminta kakitangan perkh-idmatan awam peringkat negeri meng-hayati konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT) yang dicetuskan Menteri Be-

Memberi semangat kepada kakitangan awam menjalankan tugas lebih cemerlang

Page 2: Teganukita 22

2 Jumaat, 21 Mei 2010 am

Kerajaan serius tangani projek `sakit’

dari ms-1

Pendekatan 3T bagi menjayakan MPPNT - Dato’ Mazlan

TETAMU KEHORMAT…Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama (TYT), Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), baru-baru ini, yang hadir ke negeri ini untuk lawatan tidak rasmi. Sehari selepas itu, Tan Sri Khalil hadir pada Program Jom Ke Melaka sempena Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 di pasar raya Mydin Mall, Kuala Terengganu. Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, YB Datuk Seet Har Cheow. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

Persatuan Pelan-congan Terengganu menyokong penuh langkah kerajaan negeri mengadakan hubungan dagang dan pelancongan dengan Guangzhou China. Pengerusinya, Wan Supian Dato’ Wan Ishak berkata langkah itu amat positif untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri ini, di samping bidang-bidang lain yang ada potensi. Beliau juga me-nyarankan supaya kerajaan negeri bukan sahaja mengadakan hubungan seumpama itu dengan Guang-zhou, malah mengada-kan juga hubungan yang sama dengan bandaraya Hong Kong dan bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Wan Supian men-gulas tentang pandan-gan sesetengah pihak mengenai rombon-gan ahli perniagaan Terengganu yang diketuai Menteri Be-sar, Dato’ Ahmad Said ke Guangzhou, baru-baru ini. Katanya, kita mem-punyai Lapangan Ter-bang Sultan Mahmud yang bertaraf antara-bangsa, oleh itu amat perlu lapangan terbang itu berfungsi seba-gai lapangan terbang antarabangsa di Pantai Timur semenanjung, sebagaimana fungsi lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang di utara dan Senai, Johor di selatan. Beliau amat yakin bidang pelancongan akan dapat memacu ekonomi Terengganu bila lapangan terbang antarabangsa di neg-eri ini berfungsi seba-gai lapangan terbang antarabangsa.

Persatuan Pelancongan Terengganu sokong jalin hubungan dengan Guangzhou

Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri me-mandang serius kegagalan pemaju menyiapkan pro-jek utama mengikut jadual yang ditetapkan. Dua projek yang ber-depan dengan masalah itu termasuklah Lebuhra-ya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Taman Ilmu Besut yang kini terlewat kira-kira 65 hingga 68 peratus berbanding jadual asal. LPT2 yang sepatutnya siap keseluruhan pada tahun depan terpaksa di-lanjutkan setahun lagi, se-mentara Taman Ilmu yang

sepatutnya siap September tahun lalu hanya mencapai 48 peratus siap sehingga kini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata kera-jaan memandang serius masalah kelewatan dua projek berkenaan kerana kegagalan pemaju. “Masalah kita yang paling serius adalah men-genai pembinaan lebuh raya yang perlahan dan kemungkinan pemaju di beberapa pakej terpaksa ditamatkan kontrak serta ditender semula. Ini sudah tentu memakan masa yang lama untuk disiapkan. “Saya sudah mengarah-

kan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya memberi keu-tamaan menyiapkan (LPT) sempadan Kuantan-Kema-man dahulu,” katanya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sehingga kini, projek LPT2 di Kuala Terengganu khususnya di pakej Ge-muroh-Telemong berjaya disiapkan mengikut jadual termasuk sedikit jalan pe-nambahan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang dijangka siap selewat-le-watnya penghujung tahun depan. Menurut Dato’ Ahmad,

projek yang diuruskan MTD (MTD Group) tidak mengalami masalah kele-watan, sebaliknya terda-pat kira-kira lima syarikat pemaju (individu) yang banyak berdepan dengan masalah itu dan terpaksa ditamatkan kontrak. “Kerja pembinaan ter-lewat disebabkan kos bi-tumen meningkat sekali ganda berbanding dulu. Dulu kalau harga RM5 juta sekarang sudah mencecah RM10 hingga RM11 juta Apabila siap projek ini kelak kerajaan menang-gung kerugian sehingga RM5 juta hingga RM6 juta,” katanya.

Sementara kelewatan menyiapkan infrastruk-tur dan kemudahan Ta-man Ilmu menyebabkan program pendidikan yang dirancang kerajaan negeri terpaksa ditunda terlebih dahulu sehinggalah ban-gunan untuk menempat-kan pelajar di Taman Ilmu itu siap sepenuhnya. Sebelum ini, kerajaan negeri merancang men-empatkan Kolej Kejurura-watan dari Waikato Insti-tute Of Technology New Zealand di Taman Ilmu yang dijangka beroperasi pertengahan tahun depan.

sar, Dato’ Haji Ahmad Said. Dalam menjayakan pendekatan MPPNT, beliau menyarankan pendekatan 3T iaitu ‘Tawakal, Tindak dan Tahu” iaitu bertawakal dalam melakukannya, mengambil tindakan yang bersegera dan mengambil tahu persekitaran

serta cakna terhadap keper-luan pelanggan. Dato’ Haji Mazlan juga me-minta penjawat awam mem-budayakan nilai-nilai pengu-rusan korprat iaitu kepantasan bertindak, cepat membuat keputusan, integriti dan nilai untuk wang. “Berkhidmatlah dengan penuh kerjasama, muhibah, mesra, ikhlas dan bertang-gungjawab bagi sama-sa-ma mengubah pemikiran masyarakat serta berpegang teguh pada ajaran agama den-gan sentiasa bermuhasabah diri,” tegasnya.

Sekiranya kepentingan diri mengatasi kepentingan awam, sudah tentu kita tidak brlaku adil dan tidak amanah.

Page 3: Teganukita 22

3Jumaat, 21 Mei 2010am

Oleh: Muhaini Muhammad dan Nurul Faizah Abdullah

Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM25 juta bagi mem-bangunkan Pulau Redang dan merancakkan lagi sek-tor ekonomi pelancongan Terengganu sejak 2008. Pengerusi Jawatankua-sa Pelancongan, Kebu-dayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Zaabar Mohd.Adib berka-ta, peruntukan berkenaan akan dibelanjakan bagi projek pembangunan yang telah dibahagikan kepada tiga fasa. Katanya, fasa pertama melibatkan laluan pejalan kaki awam dari Pasir Panjang ke perkampun-gan pulau berkenaan dan pembinaan pembentung di kawasan yang sama bagi tujuan menaik taraf sistem kumbahan untuk resort yang terdapat di kawasan itu. Fasa kedua adalah pro-jek membina jeti baru di Teluk Bakau bernilai RM5 juta, kemudahan lampu awam (RM1.6 juta), mem-bina ‘buggy track’ dari Teluk Bakau ke Telok Kalong (RM4 juta) dan mendalamkan Jeti Teluk

RM25 juta bangunkan Pulau Redang

Bakau (RM1 juta). “Manakala fasa tiga melibatkan pembinaan ‘buggy track’ dari Pasir Panjang ke Teluk Dalam bernilai RM5 juta dan jalan menyusur hutan dari penempatan ke Teluk Ka-long dan Pasir Panjang ,” katanya kepada me-dia selepas lawatan kerja beliau ke Pulau Redang sempena Redang Under-water Challenge (RUC) 2010, baru-baru ini. Beliau mengetuai lawa-tan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia, Jabatan Taman Laut dan Universiti Ma-laysia Terengganu (UMT) bagi melihat lebih dekat prestasi projek pemban-gunan Pulau Redang yang dimulakan sejak 2008.

Dalam lawatan terse-but, beliau turut meninjau beberapa lokasi menarik di sekitar pulau dan perkam-pungan di situ bagi me-mastikan kawasan berke-naan dijaga dan dipulihara dengan baik. Datuk Zaabar me-nyifatkan bahawa pulau-pulau di Terengganu ada-lah antara yang terbaik di dunia dan perlu dikekal-kan keindahannya sebagai produk pelancongan yang berkualiti. “Pada pandangan saya, pulau-pulau di Terengganu lebih hebat dari Pulau Maldives. Dengan penam-bah baikan Pulau Redang yang dijalankan oleh kera-jaan Terengganu dijangka akan meningkatkan lagi

bilangan pelancong yang akan mengunjungi Pulau itu,” katanya. Datuk Zaabar berkata, program itu merupakan satu sumbangan besar da-lam usaha mempertingkat-kan lagi sektor pelancon-gan di Terengganu. Katanya, pembangunan di pulau itu akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negeri dan nega-ra. “Sektor pelancongan merupakan tulang bela-kang kepada pembangu-nan ekonomi Terengganu dan aktiviti seperti ini dili-hat dapat mempertingkat-kan serta mengukuhkan lagi pelancongan dan ke-budayaan negeri ini,” ka-tanya.

Pertandingan mencipta blog atau website pelancongan anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) yang telah bermula sejak 1 April lalu telah menggerakkan semangat awam untuk turut serta mempromosi dan menjana indus-tri pelancongan di negeri ini. Sehingga ini hampir 100 orang mendaftar untuk menyertai pertandingan ini dan sebahagiannya te-lahpun mengemukakan hasil ciptaan masing-mas-ing. Pendaftaran masih dibuka hingga 30 Jun depan, bagaimana pun penyertaan yang awal amatlah dia-lu-alukan. Pelancongan tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil, lokasi dan destinasi semata-mata tetapi melibatkan soal budaya, seni yang cabangnya am-atlah luas dan mempunyai nilai tersendiri dalam konteks galakan pelancongan. Banyak produk-produk pelancongan yang boleh dikemukakan dalam pelbagai bentuk dan kreativ-iti peserta untuk memastikan blog atau website mendapat tempat di khalayak pengamal website dan blog. Sektor pelancongan telah terbukti menjana ekonomi, tetapi kefahaman dan penglibatan rakyat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa yang menjadi tanggungjawab kita bersama menjayakan-nya. Kesedaran memastikan destinasi pelancongan terpelihara dari segi khazanah alamnya, perseki-taran menariknya dan budaya perlu dipertingkat-kan. Contohnya, hari ini kita dapati 200,000 pelan-cong setahun berkunjung ke Pulau Redang, su-dah tentu memerlukan kesedaran yang tinggi untuk menjaga dan memulihara keindahan pulau terse-but, jika tidak ia boleh mengalami pencemaran dan kemusnahan habitat dalam masa yang singkat. Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Men-teri Besar, Rosli Zakaria yang mencetuskan pro-gram ini, berkata pertandingan blog mendapat sambutan seluruh negara dan perkembangan ini amat positif sekali dalam usaha mempromosikan pelancongan Terengganu. Bagaimana pun, beliau berharap peserta sentiasa mengaktifkan blog atau website pelancongan yang dikemukakan dan pihak Ukom yang mengendali-kan pertandingan itu sentiasa memantau perkem-bangan dari semasa ke semasa. Kategori penyertaan pelajar sekolah wajar dit-ingkatkan kerana di sekolah hari ini sudah wujud Persatuan Pelancongan Pelajar (3P) yang seharus-nya menjadi medan untuk mendidik masyarakat berkaitan pelancongan seawal usia. Begitu juga di peringkat pelajar Institusi Pen-gajian Tinggi (IPT) penglibatan mereka secara akademik boleh memberi input yang berguna bagi membantu mencemerlangkan pelancongan dalam konteks Terengganu. Masih belum terlambat untuk menyertai pertand-ingan ini dan untuk mendapat maklumat lanjut sila layari www.trgtourism.blogspot.com atau hubungi Unit Komunikasi Negeri (Ukom), Jalan Pejabat, nombor telefon 09 6313502.

Pertandingan blog cetus dimensi baru pelancongan Terengganu

Kerajaan negeri membangunkan Pulau Redang bagi merancakkan ekonomi pelancongan Terengganu.

Page 4: Teganukita 22

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar.Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan NegeriPengarang : Rosli ZakariaTimbalan Pengarang : Kamarudin Mat AkibPenulis Khas : Ruslan Abd RahmanKetua Pemberita : Aida Abd. RahmanWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli PutraPengendali Blog : Harun HassanPelatih : Muhaini Muhammad : Nurul Faizah Abdullah

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMANANALISIS

4 rencana

MereKa adalah sebang-sa dengan kita, berbangsa Melayu dan beragama Is-lam, bahkan budaya dan cara hidup mereka serupa dengan kita. Demikian orang-orang Melayu Islam yang ting-gal di Selatan Thailand. Malah sesetengah daripada mereka mempunyai per-talian keluarga yang dekat dengan orang Malaysia, khususnya yang bersem-padan dengan wilayah mereka, seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak. Lontaran cadangan Kerajaan Terengganu un-tuk memberi kemudahan kepada mereka menun-aikan fardhu haji melalui Lapangan Terbang Sul-tan Mahmud sudah tentu menjadi perkhabaran yang amat mengembirakan, malah mengharukan mere-ka. Tidak terfikir oleh kita sebelum ini untuk mem-beri kemudahan seum-pama itu kepada saudara kita, jiran kita yang perlu kita bantu. Ia bagaikan mengem-balikan nostalgia silam bahawa antara kita den-gan mereka sebenarnya berada dalam rumpun bangsa, kepercayaan dan adat yang serupa. Apabila Kerajaan Terengganu ber-cadang untuk menjadikan lapangan terbang di negeri yang sudah memasuki era antarabangsa (LTSM) se-bagai lokasi penerbangan jemaah haji dari selatan Thailand seperti Pattani, Yala dan Narathiwat ia sesungguhnya bukti pe-mikiran global pimpinan Terengganu masa kini. Kebanyakan kita mengetahui bahawa Pat-tani mempunyai sejarah yang hebat. Pattani ada-lah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masehi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang)

Terengganu menuju globalisasi acuan sendiriBeri kemudahan kepada umat Islam Selatan Thai tunai haji melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

adalah tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan ber-lindung daripada ribut tengkujuh. Malah selepas kejatu-han Melaka ke tangan Portugis, Pattanilah yang menjadi pusat agama perkembangan Islam menggantikan Melaka, se-lain pusat perniagaan. Di sinilah lahirnya ramai ula-mak-ulamak Islam yang menjadi rujukan kita di negara ini, malah terdapat alim ulamak di negara ini

asal-usulnya adalah dari Pattani. Narathiwat pula meru-pakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti pen-duduk yang beragama Islam 82%, manakala wilayahYala 68 peratus muslim. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata beliau telah berunding dengan rakannya di Thai-land untuk membawa je-maah haji dari sana mela-lui LTSM. Katanya ini kerana jika rakyat di Selatan Thailand hendak menunaikan fard-hu haji melalui Lapangan Terbang Bangkok, ia akan mengambil masa perjalan-an antara 18 dan 22 jam untuk sampai keibu kota Thailand itu, na-mun menerusi LTSM di sini ia cuma mengambil masa kira-kira enam jam sahaja. “Bagaimanapun je-maah haji Thailand yang hendak ke Mekah itu mesti melalui visa yang dikeluarkan negaranya,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Sebenarnya ramai di kalangan penduduk se-latan Thailand itu telah pun ada di Malaysia seba-gai pekerja dan peniaga. Contohnya restoran dan kedai-kedai makan yang sering kita nikmati keena-kan tomyam dan pelbagai masakan Thai- sebenarnya di belakang tabir masakan itu adalah mereka (orang Melayu Islam dari selatan Thailand). Tidak ada siapapun boleh menafikan bahawa dari segi sejarah lampau kita dan mereka berada dalam satu kesultanan, pemerintahan dan jaja-han takluk. Pattani, Yala, Naratiwat suatu masa dulu adalah bersama-sama da-lam satu naungan dengan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Bagi yang mempela-jari sejarah tentulah tahu akibat Perjanjian Ingg-eris – Bangkok 1909 telah memisahkan segalanya. Maka terpisahlah saudara, malah keluarga serumpun dan seagama ini di atas nama negara dan pemer-intahan yang berbeza. Namun dengan pemikiran yang kreatif pimpinan kita, pertolongan dan se-mangat kejiranan masih boleh diteruskan dengan penuh bijaksana. Ia juga sebagai men-genang jasa pejuang-pe-juang agama, alim ulamak dan pengamal ajaran suci Islam di wilayah-wilayah berkenaan. Sudah pasti perkhidmatan dan kemu-dahan yang kita mahu lak-sanakan ini adalah tanda penghormatan kita terh-adap cucu-cicit agamawan di sana, memahami sejarah dan budaya dan yang pent-ingnya kita mengamalkan globalisi mengikut acuan kita sendiri. Sama-samalah kita do-akan agar cadangan mem-bawa mereka menunaikan haji melalui negeri kita menjadi kenyataan.

“Pattani, Yala, Naratiwat suatu masa dulu adalahbersama-sama dalam satu naungan dengan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.”

KeutaMaan yang diberikan oleh kerajaan sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri terhadap bidang pendidikan di negara kita pada masa ini amatlah membanggakan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Pelaburan yang begitu tinggi dibuat untuk bidang pendidikan kerana percaya bahawa hanya melalui bidang pendidikan sahajalah dapat membentuk gen-erasi akan datang yang cemerlang dan menjanjikan kelangsungan masa depan bangsa dan negara. Ramai di antara kita merasakan kemudahan pen-didikan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat adalah perkara biasa, kecuali generasi lampau yang sempat merasakan kesukaran untuk mendapat peluang belajar di zaman mereka, terutama ketika negara belum mencapai kemardekaan. Masa dahulu peluang untuk menimba ilmu dan pendidikan hanya dimiliki oleh golongan berada dan bangsawan. Di waktu itu penduduk di kampung-kampung masih buta huruf dan tidak mengenal alam persekolahan, jauh sekali untuk melanjut pelajaran ke peringkat menengah dan lebih tinggi. Kalau berpeluang belajar pun di sekolah yang berupa bangsal buruk dan dibekalkan dengan ‘papan selit’ berpensilkan pensil batu. Hari ini zaman dan kehidupan pahit waktu itu sudah lama ditinggalkan, semua rakyat diberi pelu-ang untuk mendapat pendidikan terbaik atau disebut pendemokrasian pendidikan. Terengganu sendiri pada masa ini membuat pelaburan yang begitu tinggi dalam bidang pelaja-ran bagi mempertingkatkan kemudahan-kemudahan dan prasarana pendidikan yang sedia ada. Pelaburan dan perbelanjaan tahunan negeri untuk bidang pendidikan yang membabitkan ratusan juta ringgit setahun membuktikan keutamaan diberikan kepada bidang itu. Bantuan kepada rakyat untuk melanjutkan pela-jaran juga tidak dilupakan oleh kerajaan Terengganu sejak dahulu lagi. Tahun ini sahaja sebanyak RM108 juta bakal dibelanjakan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu untuk tujuan biasiswa dan pin-jaman dan penajaan kepada pelajar Terengganu. Terengganu juga menurut beliau menyediakan RM18 juta untuk bantuan persediaan 23,000 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pen-gajian tinggi tahun ini. Semua perkara ini perlu ada dalam pengetahuan rakyat dan para pelajar supaya sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa kerajaan hari ini amat memberi perhatian dalam urusan bantuan pelajaran rakyat.

Pelaburan besar di bidang

pendidikan

Kerajaan Terengganu memberi kemudahan kepada umat Islam Selatan Thailand menunaikan haji melalui LTSM Kuala Terengganu.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 5: Teganukita 22

BUDAYAOleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

5recana

Keris, tombak, lembing, rencong, pedang- apakah masih dikenali dan dicintai oleh generasi masa kini. Tergambarkah di minda mereka bentuk senjata-senjata lama yang suatu masa dulu subur mem-perkasakan budaya bangsa mereka. Meskipun semua itu hanya tinggal kenangan di lipatan sejarah, tetapi ia adalah sebahagian dari akar umbi budaya kita yang boleh membentuk jati diri anak bangsa. Lantas sebagai usa-ha membawa generasi kini menghayati budaya, khususnya berkaitan persenjataan dan baran-gan antik lain yang berada dalam lingkungan zaman lampau, pihak Muzium Negeri Terengganu baru-baru ini mengadakan pertandingan keris dan ba-rangan antik. Pengarahnya, Mohd.Yusof Abdullah menya-takan pihaknya berharap melalui program itu keg-emilangan masa lampau dapat ditampilkan kembali kepada generasi hari ini. Oleh kerana keris ini adalah pusaka bangsa Me-layu yang digunakan sejak 600 tahun dahulu, sudah tentu warisan ini berlegar di Nusantara. Justeru itu dalam pertandingan yang diadakan awal Mei baru-baru ini, penyertaan turut diterima dari Indonesia dan Singapura. Malah kalau mengikut fakta sebenar di Brunei, Selatan Thailand dan Se-latan Filipina, keris juga diperolehi dan diwarisi oleh orang-orang Melayu di negara-negara berke-naan. Mungkin panggilan bagi senjata itu berbeza, misalnya keris dikenali ‘sundang’ di Mindanao Filipina, ‘kujang’ di Jawa Barat dan ‘kareh’ di Su-matera. Menurut rujukan seja-rah, perkataan keris beras-al dari bahasa Jawa lama yang bermaksud bercekak di pinggang kerana senjata itu disemat di pinggang, cuma hulunya ditampil-kan. Warisan budaya de-mikian masih berakar umbi kerana berada di

Warisan budaya memperkasakan jati diri

rumpun yang sama, cuma sempadan alam dan politik yang memisahkan. Keris juga digunakan sebagai lambang kebesa-ran Raja-raja Melayu. Apabila berbicara men-genai keris, kita sering dikhabarkan tentang kehe-batan ‘keris Taming Sari’. Menurut cerita sejarah,Taming Sari ada-lah pahlawan hebat dari kepulauan Jawa, namun keris yang dimiliki oleh pahlawan itu dapat diram-pas oleh pahlawan Melayu Melaka, yakni Hang Tuah dalam satu pertarungan. Keris itu dibawa pu-lang ke Melaka. Rakan baiknya, Hang Jebat menggunapakai keris itu, tetapi apabila Hang Jebat mengamuk menderhaka kepada Sultan, Hang Tuah merampas kembali keris itu dari tangan Jebat, lalu dapatlah dibendung amu-kan Jebat menggunakan keris Taming Sari itu. Bagi

Hang Tuah pantang Mel-ayu derhaka kepada raja. Terlalu banyak lagenda keris dan barang-barang antik dalam lingkungan budaya Melayu, ada yang diterima akal dan ada yang tidak, ada yang bertentan-gan dengan syarak dan ada yang sebaliknya. “Ia mempunyai keuni-kan tersendiri, kami akan berusaha untuk memeli-hara warisan untuk tatapan generasi akan datang, “ kata Mohd.Yusof kepada media sewaktu ditemui sempena pertandingan keris dan barangan antik baru-baru ini. Dalam arus moden dan pelbagai teknologi yang melanda budaya generasi kini, diharapkan semangat kecintaan pada warisan budaya dan seni, termasuk keris dan barangan antik tinggalan budaya lampau menjelmakan jati diri dan rasa kasih kepada bangsa dan tanah airnya.

Muzium Negeri Terengganu mengambil inisiatif mempamerkan senjata pusaka bangsa.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 6: Teganukita 22

WAKAF RAKYATOleh: PUTERA PESISIR AIR

6 rencana

bulan Mei terdapat sambutan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Jurura-wat dan Hari Guru. Hari-hari itu semuanya ber-makna dalam kehidupan, masyarakat dan negara kita. Hari pekerja disambut setiap 1 Mei adalah tanda kita meraikan pekerja. Pekerja itu juga adalah diri kita sendiri, keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan semua orang, tentulah terkecuali kepada pen-ganggur, tetapi walau pun mereka menganggur, mer-eka juga tetap terhutang budi kepada pekerja dan perlu meraikannya. Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi, itulah tema sambutan kali ini. Memanglah pekerja memainkan peranan pent-ing ke arah perubahan dan masa depan negara, apatah lagi kalau pekerja yang sentiasa melakukan inovasi dan punyai daya rekacipta yang tinggi. Ekonomi negara berkembang adalah ker-ana adanya pekerja, dulu disebut buruh tetapi tidak lagi sesuai kerana pekerja hari ini ada yang berkolar putih dan berkolar biru. Namun yang pasti, pekerja mendapat peker-jaan dan dapat men-jalankan tugasnya sebagai pekerja dan majikan dapat melindungi mereka adalah kerana kita mempunyai sebuah kerajaan yang sta-bil dan negara yang aman.9 Mei lalu ramai yang meuar-uarkan tentang sambutan hari ibu. Syuku-rlah kini ia telah menjadi budaya dalam masyarakat kita, masyarakat anak-anak kita. Anak-anak kecil pun berlumba-lumba hendak memberikan hadiah kepa-da ibunya menjelang hari ibu itu, suatu perkemban-gan yang sungguh sihat dan wajar. Ajaran Islam amat me-nitik beratkan soal ket-aatan dan kasih sayang kepada ibu dan juga bapa. Membantah ibu, bermak-na kita menempah hidup yang tidak berkat, apatah lagi balasan di akhirat am-atlah dahsyat jika kita der-

Hari Pekerja, Ibu, Jururawat dan Guru

haka kepada ibu. Dalam budaya Melayu ada kisah ‘Tenggang’ yang ditimpa bencana apabila derhaka dan tidak mahu menerima kehadiran se-orang ibu yang miskin justeru keegoan dan ter-pedaya dengan isteri yang cantik dan kaya. Bahkan di zaman Rasu-lullah kita menemui kisah kesukaran sakaratulmaut apabila tanpa keampunan ibu. Banyak teladan yang boleh diambil dalam

banyak peristiwa dalam pelbagai versi berkaitan balasan kepada anak yang derhaka. Hari Jururawat tanggal 12 Mei. Dalam masyarakat

kita, termasuklah di kam-pung-kampung jururawat seringkali disebut ‘misi’ sebenarnya berasal dari Bahasa Inggeris ‘missy’ iaitu panggilan terhadap seorang wanita muda atau gadis, muncul gelaran atau panggilan itu di zaman pra mardeka. Pada masa itu, tidak ada lagi pengenalan diri/nama dipaparkan, lantas untuk panggilan mudah ialah ‘missy’ atau akhirnya berubah menjadi sebutan-nya ‘missi’.

Mungkin barangkali, dahulu ramai gadis yang memulakan kerjaya se-bagai jururawat dan tidak ada lagi apa yang dikata-kan jururawat lelaki.

Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai ‘Missy’ tidak kira siapa namanya yang sebe-nar, bahkan kekal hingga sekarang. Namun yang pastinya pengorbanan warga juru-rawat ini semunya dapat lihat, baik di hospital ma-hupun di klinik. Walau pun kedapa-tan kes-kes tertentu yang menimbulkan isu rasa tidak puas hati, tetapi ia amatlah terpencil dan tu-

gas yang mereka jalankan amatlah murni- membantu dan mengurus orang sakit atau yang sedang dirawat. Hari Guru yang dis-ambut setiap 16 Mei

mengenang jasa dan pen-gorbanan guru yang tidak ternilai dengan wang ring-git. Lantaran gurulah kita dapat membaca dan menu-lis. Setinggi mana sekali pun pangkat dan kedudu-kan seseorang, tetapi ber-mula dari curahan ilmu guru kepadanya. Hadiah yang paling berharga buat guru ialah bila melihat muridnya berjaya. Sungguh pun guru tidak membina bangunan, tetapi guru membina manusia yang akan tinggal didalam

bangunan itu. Guru mem-bina manusia dan menjana modal insan. Oleh itu , kita tidak mungkin da-pat membalas sepenuhnya jasa guru-guru kita.

Jasa guru akan terus bersambung selagi ada generasi. Sumbangan mer-eka tidak pernah putus. Sekali dia menjadi guru, selamanya dia akan di-panggil guru. sekalipun te-lah bersara, tetapi sebagai pendidik tiada perkataan bersara dalam hidup mer-eka. Parti keramat Melayu, UMNO juga lahir dalam bulan Mei, sebuah parti yang jasanya memardeka-kan negara, mengisi ke-mardekaan dan memper-

tahankan kemerdekaan. Sesungguhnya beras-askan hari-hari sambutan itu, bulan Mei adalah bu-lan yang amat bermakna kepada kita semua.

Sambutan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Jururawat dan Hari Guru pada bulan Mei amat bermakna dalam kehidupan masyarakat dan negara kita.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 7: Teganukita 22

2tkBi

l. 22

(21

Mei

2010

) ht

tp://

tega

nuki

ta.b

logs

pot.c

om

Pulau Tenggol syurga penyelam

ms 16,17

Lawatan kerja sehari MB ke DUN Bukit Payong

ms 12, 13

Aura Dato’ Hajjah Rogayah

ms 10

ms 8, 9

Page 8: Teganukita 22

YB TU

RUN

PADA

NG

8

2tkLatar pendidikan asas perjuangan YB Dato’ SeriDr. AbdullahOleh: Esah Abdullah

berMula pada 2004, apabila bergelar ‘wakil rakyat’ dan di-panggil ‘Yang Berhormat’ dirinya mula menjadi perhatian rakyat yang mendambakan perhatian dan pembelaan menerusi pembangu-nan, pendidikan dan pelbagai ke-mudahan untuk meneruskan ke-langsungan hidup. Kepimpinan beliau disenangi rakyat lalu keyakinan dan keper-cayaan telah diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila menang dengan majoriti yang meningkat kepada 10,590 undi berbanding PRU 2004 se-banyak 8,090 undi majoriti. Itulah Ahli Parlimen Besut, Yang Berhormat Prof. Dato’ Seri Dr. Abdullah Md Zin, merangkap Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Setelah dua penggal menjadi wakil rakyat, beliau membulatkan tekad untuk menjadikan Parlimen Besut sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) di negeri Tereng-ganu. “Biarlah tempias kebahagiaan dan kesejahteraan warga BN Besut menjadi igauan jiran kita khususnya di Pasir Putih dan Ba-chok, Kelantan,” kata Dato’ Seri Dr Abdullah dalam temubual dengan Teganukita.

Dilahirkan kira-kira 64 tahun lalu di Kampung Alor Selinsing, Jerteh, Besut, Dato’ Seri Dr. Ab-dullah amat mementingkan kualiti dalam bekerja serta tegas ketika membuat keputusan namun amat perihatin dan mudah tersentuh dengan masalah kesusahan rakyat. Tidak hairanlah setiap masalah rakyat yang sampai ke telinganya, tanpa berlengah beliau akan melu-angkan masa untuk bertemu mata dan bertanya khabar serta menghu-lur bantuan. Sebelum menjadi YB, beliau se-orang yang disegani dalam bidang akademik dan selama 27 tahun melalui fasa kehidupan dalam lingkungan para ilmuan serta me-megang beberapa jawatan penting di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dato’ Seri Dr Abdulalh berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin dari Uni-versiti Islam Madinah pada 1972 dan Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir (1973) kemudian Master Of Art dari Universiri Al-Azhar Cairo, Mesir (1974). Beliau kemudian memperoleh Diploma Pendidikan dari Univer-siti Ain Syam, Mesir (1975) dan seterusnya menerima anugerah Doktor Falsafah dalam bidang Dakwah dan Tasawuf dari Univer-siti of Kent, England (1986).

Kerjaya pertama beliau adalah sebagai guru di Kolej Islam Ke-lang (1976), kemudian menjadi Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Ma-laysia (UKM) (1980) dan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan di universiti yang sama pada 1993. Pada 1998, Dato’ Seri Dr Abdul-lah dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam dan seterusnya menjadi Timbalan Rektor (Aka-demik & Penyelidik) di Universiti Sains Islam Malaysia (1999). “Kita diangkat menjadi wakil rakyat oleh orang ramai, jadi sega-la keperluan mereka perlu didahu-lukan dan setiap pencapaian akan diutamakan,” kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2006-2008). Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut dan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara, Besut. Yang nyata kedua-dua bidang, baik akademik dan politik adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat jelata, demi agama, bangsa dan negara lalu beliau menjalankan amanah itu dengan sebaik mugkin. “Setiap pembangunan yang di-laksanakan, seiring dengan pem-bangunan dan perpaduan umat Is-lam seluruhnya,” katanya.

Bersama penduduk kampung minum kopi sambil mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.Menyampaikan bantuan kepada pelajar kurang upaya.

Rutin mingguan Dato’ Dr Abdullah apabila balik kampung, beliau sendiri akan membaca khutbah Jumaat di setiap masjid di dalam Parlimen Besut.

Bergambar bersama saudara muslim dalam satu masjlis yang diadakan di Besut.

Menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban penduduk mangsa kebakaran rumah.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 9: Teganukita 22

2tk

Pelaksanaan projek penting untuk rakyat BesutPeMbinaan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur dan projek Empangan Paya Peda dalam Parlimen Besut memberi impak besar terhadap perkembangan pembangunan masyarakat di daerah itu. Pembinaan ILIM fasa 1 yang menelan belanja RM2.7 juta su-dah siap sepenuhnya yang akan berfungsi sebagai pusat latihan kefahaman Islam di Pantai Timur, khusus kepada pegawai-pegawai agama yang berada di Pantai Timur. “Kita juga mengharapkan pro-jek Empangan Paya Peda yang bernilai RM333 juta dan dijang-ka beroperasi pada 2013, dapat membekalkan air ke seluruh ka-wasan jelapang padi di Besut dan Setiu,” kata Dato’ Seri Dr Abdul-lah. Katanya, seluruh rakyat meng-harapkan usaha kerajaan neg-eri mewujudkan jelapang padi terbesar ini dapat menampung keperluan beras rakyat tempatan serta mengurang kebergantungan import makanan utama itu dari luar negeri’

Nama: Prof Dato’ Seri Dr. Abdullah Md Zin

Tarikh lahir: 2 Ogos 1946

Tempat lahir:Kampung Alor Selinsing, Jerteh, Besut

Nama Isteri: Wan Naimah Wan Latif

Bil. Anak: 4 Orang (2 lelaki 2 perempuan)Kelulusan:

- Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah (1972)

- Ijazah Sarjana Syariah, Universiti Al-Azhar Cairo, Mesir (1973)

- Master Of Art, Dakwah, Universiti Al-Azhar, Cairo,Mesir (1974)

- Diploma Pendidikan, Universiti Ain Syam, Mesir (1975).

- Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf, Universiti Of Kent, England (1986)

Begitu juga katanya, pem-binaan jalan Keruak – Gunung Bongsu yang menghubungkan Bandar Kuala Berang ke Aring, Gua Musang dapat memendek-kan perjalanan orang ramai yang berulang alik antara kawasan berkenaan. “Usaha menjadikan Besut se-bagai bandar pelancongan juga sedang dijalankan dengan mem-perhebatkan promosi beberapa kawasan perkelahan dan tempat-tempat menarik yang terdapat di daerah ini,” katanya. Katanya, kejayaan besar pelajar daerah ini dalam peper-iksaan utama seperti Ujian Pe-nilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa tahun kebela-kangan ini, memberi gambaran jelas bidang pendidikan adalah taruhan utama jaminan masa de-pan yang cemerlang. “Pembinaan kampus Univer-siti Darul Iman Malaysia (UDM) di daerah ini menambah keya-kinan daerah ini akan muncul sebagai pusat pendidikan yang

mampu melahirkan ramai cendik pandai pada masa akan datang,” katanya. Dato’ Seri Dr Abdullah seter-usnya membayangkan, kemuncu-lan lebih ramai para ilmuan dari daerah ini memberi nafas baru terutama kepada generasi akan datang untuk terus memperkasa-kan bidang pendidikan. Kawasan kediaman golon-gan miskin di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diwujudkan di Kampung Nail dan 12 keluarga mula me-masuki rumah baru mereka yang harga keseluruhan RM300,000. “Golongan belia boleh me-manfaat masa pada hujung ming-gu dengan bermain futsal di mana dua dari lapan gelanggang rakyat yang berharga RM50,000 sebuah sudah siap dibina,” katanya. Setiap peti undi diberikan satu kios perniagaan berharga RM10,000 untuk menambah dana Jawatankuasa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK) menampung perbelanjaan aktiviti dalam kawasan.

B I O D A T A

Aksi Dr Abdullah ‘kukur nyior’ di satu majlis di Besut. Masyarakat Tionghua diberi perhatian dan tidak dipinggirkan.

Kediaman PPRT untuk golongan miskin.Gelanggang Futsal untuk riadah penduduk.

ILIM merupakan mercu tanda baru di Besut.

Rutin mingguan Dato’ Dr Abdullah apabila balik kampung, beliau sendiri akan membaca khutbah Jumaat di setiap masjid di dalam Parlimen Besut.

Bergambar bersama saudara muslim dalam satu masjlis yang diadakan di Besut.

Menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban penduduk mangsa kebakaran rumah.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 10: Teganukita 22

IKON

ANA

K TE

RENG

GANU

10

2tkOleh: Aida Abd Rahman

naManYa cukup dikenali kerana kejayaannya memar-tabatkan kitab junjungan Ra-sulullah SAW dan membawa bersama imej negeri kela-hiran, Terengganu di pentas dunia sebanyak tujuh kali dengan empat daripadanya berjaya dinobatkan johan peringkat antarabangsa. Aura Dato’ Hajjah Rogayah Sulong, 68, masih berbekas di hati rakyat Ma-laysia dan Terengganu khas-nya. Dia menjadi idola ramai qari dan qariah di era kini kerana puncak yang berjaya ditakluki di pentas tilawah al-Quran. Gemersik suara men-galunkan bacaan al-Quran dengan tajwid dan lenggok taranum yang menusuk jiwa pendengar ditagih ramai anak murid yang ingin men-dalami ilmu pengetahuan dan keunikan luar biasa yang jarang ditemui insan lain itu. Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mak Su’ juga menjadi guru yang membentuk kejayaan tiga qariah Terengganu, Hajjah Aminah Omar pada 1983, Hajjah Sepiah Mohamad (1998) dan Hajjah Maznah Awang (1999) untuk muncul johan peringkat antarabang-sa. Jasa dan pengorbanan ibu kepada tujuh anak berusia 30 hingga 42 tahun dalam memperka-sakan budaya mencintai kitab suci sekaligus menjulang nama Te r e n g g a n u serta Malay-sia, terlalu tinggi dan b u k a n calang-ca-lang orang m a m p u men-

Aura Dato’ Hajjah Rogayahgotakannya. Wanita yang mewarisi al-Quran sejak kanak-kanak daripada ibu, datuk dan ibu saudara itu mendambakan ilmu berkenaan bukan sema-ta-mata kerana ganjaran atau pengiktirafan, sebaliknya se-mangat yang ada pada beliau adalah semata-mata mahu melihat generasi baru dapat membaca al-Quran mengi-kut hukum tajwid serta men-guasai ilmu taranum. “Sejak Oktober lalu, Mak Su terima insentif wang tu-nai RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat hasil daripada johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. Alhamdulillah dengan rezeki tuhan,” kata beliau lagi. Sebagai pengiktirafan dan menyuntik iltizam serta pembakar semangat untuk terus menabur jasa kepada masyarakat Dato’ Rogayah dikurniakan darjah kebesa-ran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Dato’ daripada Sul-tan Terengganu, Sultan Mi-zan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan bag-inda ke-42, pada Julai 2004. Khidmat bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta Tokoh Maal Hijrah 2005 peringkat Terengganu itu masih diper-

lukan untuk membimb-ing generasi

celik al-

Quran. Kini, Dato’ Rogayah yang dilahirkan di Kam-pung Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu mencurahkan pengetahuan dengan mengajar mengaji di kelas dewasa yang bermula jam 9 pagi hingga 12 ten-gah hari. Waktu yang sama dan bezanya hanya lokasi, sama ada di Masjid Kuala Berang, Hulu Terengganu pada setiap Ahad, Masjid Jeran-gau (Isnin), Masjid Pa-dang Midin (Rabu), surau Tepoh, Kuala Terengganu (Khamis) atau di rumahnya sendiri di Kampung Durian Guling, Marang pada setiap Jumaat dan malam Selasa. Lantaran keadaan kesiha-tan yang tidak mengizinkan selepas diserang kencing manis 12 tahun lalu, selain angin ahmar beberapa ta-hun lalu, pergerakan nenek kepada 16 cucu itu kian ter-batas menyebabkan beliau tidak mengajar pada sebelah petang kerana memerlukan waktu rehat serta waktu sen-ggang untuk ke majlis lain. “Payah mencari qari dan qariah yang bersungguh-sungguh membawa nama negeri atau negara macam zaman Mak Su dulu, walau-pun sekarang banyak kemu-dahan disediakan. Tapi, Mak Su masih berharap dan tidak pernah berhenti untuk terus menurunkan ilmu ini kepada murid-murid lain supaya da-pat bergelar qariah yang baik dan cemerlang,” kata beliau ketika ditemui Teganukita, ketika sedang mengajar mengaji lebih sepuluh mu-rid, di Masjid Padang Midin, Kuala Terengganu, baru-ba-ru ini. Kebanyakan anak murid beliau adalah suri rumah berusia antara 30 hingga 50 tahun dan sebahagian-

nya turut menjadi tenaga pengajar al-Quran di kawasan masing-mas-ing. Selain itu, lebih 30 muridnya turut

belajar di rumah-nya, di Kampung Durian Guling, Marang setiap Jumaat dan malam Se-lasa yang m a n a s e p u l u h daripada mereka

adalah lelaki. Melihat figura beliau, ra-mai yang menafsir beliau se-orang yang tegas dan serius, apatah lagi ketika mengajar ilmu al-Quran yang memer-lukan fokus dan di-siplin

yang tinggi. Bagaimanapun, sang-kaan itu meleset sama sekali kerana beliau begitu mesra dan suka berseloroh ketika berbicara, malah pertemuan pertama dengan beliau seakan sudah berlangsung sejak sekian lama. Selain mengajar pen-duduk sekitar serta bakal qari dan qariah, beliau juga pernah mengajar di Pahang (1958-1960), Johor (1961-1964) dan melatih qari dan qariah yang dihantar Kera-jaan Sabah dan Sarawak pada 1988. Beliau turut menerima qariah dari Thai-land dan Singapura untuk belajar menjadi qariah selain turut memenuhi jemputan di majlis rasmi kerajaan dan perayaan negeri. Bakat yang ada padanya dikesan datuk dan ibu yang bertanggungjawab mengajar beliau mengaji, selain diter-uskan oleh arwah suaminya, Megat Osman Megat Chik yang menurunkan ilmu teknik berlagu atau taranum dalam bacaan. Malah suami tercinta juga yang memberi-kan cadangan kepada beliau menyertai musabaqah per-ingkat negeri. Kejayaannya di peringkat kebangsaan bermula ketika usia baru 19 tahun apabila dinobatkan sebagai johan qariah kebangsaan 1961 mengalahkan peserta yang lebih tua dan berpengala-man. Tempoh masa yang lama dan menimba banyak pen-galaman di bidang itu me-nyebabkan beliau sudah mampu menghafaz setiap himpunan huruf dan kalimah

dengan tajwid dalam Kalam Allah SWT itu bermula ju-zuk pertama hingga 30. “Pengalaman pertama berada di pentas

pertandingan den-gan harapan menjulang membawa nama dan has-rat negara memang sedikit mencemaskan. Gementar juga pada mulanya meli-hat lautan manusia yang menyaksikan persembahan kita, tapi apabila sudah acap kali perkara itu menjadi `alah bisa, tegal biasa’ selain meminta kekuatan dan ber-serah kepada Ilahi supaya semuanya lancar,” katanya. Ketekunan, disiplin dan semangat mencintai al-Quran menjadi resipi yang mencipta rekod terbaik apa-bila beliau muncul johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa dua tahun berturut-turut pada 1973 dan 1974. Kemenangan kali per-tama di pentas antarabangsa pada 1966 dan kali terakhir pada 1978 sebelum mengam-bil keputusan berundur dari-pada menyertai pertandingan itu setahun kemudian. “Selagi Allah memberi kekuatan dan kesihatan Mak Su akan terus mengajar anak murid menguasai ba-caan al-Quran dengan tajwid yang betul,” katanya yang kini tinggal bersama anak saudara yang dianggapnya sebagai `anak bongsu’, Haz-rul Harun @ Yusof, 30 dan menjadi peneman setia be-liau untuk ke mana sahaja terutama menghantar ke kelas mengajar al-Quran. Menutup bicara, menu-rut Mak Su ganjaran ha-sil kejayaannya juga tidak dianggap sebagai rezeki seorang, malah beliau berkongsi sedikit rezeki un-tuk golongan asnaf di Darul Falah, Marang dengan doa dan harapan semua pihak mendapat syafaat yang ber-panjangan.

Hajjah Rogayah sedang mengajar mengaji kelas dewasa.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 11: Teganukita 22

11

2tk

BISN

ES

Perabot dan kraftangan berasaskan rotansecara komersial

Oleh: Suriati Ali

ae Krafneka milik sep-enuhnya bumiputera, Encik Azhar Embong, 39, ingin berkongsi idea, manfaat dan keuntungan bersama pen-duduk setempat terutama golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Ter-miskin (PPRT) dan suri ru-mah. Syarikat itu yang me-nawarkan perkhidmatan membuat dan menjual pel-bagai kelengkapan rumah, cederahati dan pelbagai jenis hiasan rumah berasaskan ro-tan, bakal memperkenalkan sistem bekerja di rumah jika mendapat persetujuan pihak berkaitan. Encik Azhar yang ber-tindak sebagai pengurus, berkata dia ingin membantu masyarakat dengan men-jalankan kerja tanpa perlu hadir ke kilang atau di mana-mana syarikat kraftangan. “Pendekatan ini mampu membantu masyarakat teru-tama suri rumah yang ingin mencari pendapatan samp-ingan di mana sebelum ini hanya mengharap kepada satu sumber sahaja. “Dalam perancangan, AE Krafneka akan membekal-kan rotan untuk menghasil-kan barangan tertentu sep-erti bingkai gambar, bakul dan pasu bunga kepada suri rumah yang berminat untuk menceburi bidang ini,” ka-tanya. Menurutnya, bagi indi-

vidu yang tidak mempu-nyai asas dan pengalaman dalam bidang ini, mereka tidak perlu risau kerana AE kraftangan dapat membantu mencari tenaga pengajar berpengalaman. “Oleh itu, pihaknya in-gin berkongsi idea untuk melaksanakan projek ber-manfaat ini sekaligus mam-pu menambah koleksi `Satu Daerah Satu Industri’ yang pernah diperkenalkan kera-jaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sebelum ini. “AE Krafneka yakin, jika program ini terlaksana, sedikit sebanyak membantu membasmi kemiskinan, kerana jika seseorang itu se-rius untuk menceburinya, ia mampu meraih keuntungan dalam RM30 hingga RM50 terhadap satu setiap produk dihasilkan,” katanya. Katanya, pendapatan itu diperoleh tanpa perlu ber-susah payah keluar bekerja, hanya menjalankan tugas ketika mempunyai waktu

lapang di rumah sekaligus dapat menjimatkan masa dan tambang bas atau teksi. “Selain itu, mereka juga tidak perlu memikirkan mengenai pasaran kerana pihaknya akan membeli produk yang dihasilkan itu walaupun dalam kuatiti ban-yak. “Saya yakin, hasil titik peluh yang dihasilkan ada pembeli kerana sepanjang 21 tahun membuka perni-agaan, pihaknya menjalink-an hubungan baik dengan pengusaha hotel, resort, cha-let, homestay dan peminat perabot rotan tempatan dan luar negara,” katanya. Katanya, bukan mudah untuk maju dalam sesuatu perniagaan kerana pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sebelum AE Krafneka dapat berada sebaris dengan pen-gusaha kraftangan lain. “Cabaran seperti tidak mampu membayar pinjaman bank dan ketiadaan wang untuk perbelanjaan keluarga dianggap sebagai adat resam perniagaan di samping perlu cekalkan diri supaya tidak mudah berputus asa dengan dugaan yang dihadapi. “Alhamdulilah, saya ber-jaya menghadapi cabaran itu secara bijaksana, hasil sokongan keluarga terutama

isteri Puan Zaiton Musa, saya mampu kekalkan per-niagaan ini dan bercita-cita supaya terus maju setanding perniagaan di negara China,” katanya. Menurutnya, dia me-mulakan perniagaan seawal umur 18 tahun sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pela-jaran Malaysia (SPM) Voka-sional di Sekolah Menengah Vakasional, Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. “Bagi menambah penge-tahuan, saya melanjutkan pelajaran di Institut Kraftan-gan Malaysia dalam bidang seni kraf selama tiga tahun. Azhar berkata, dia tidak mahu hasil kraftangan Terengganu hanya dianggap sebagai warisan tanpa ada inisiatif mengkomersialkan-nya secara bijaksana. “Produk AE Krafneka

seperti bakul buah, rak buku, rotan perhiasan, kerusi teta-mu dan rehat, pasu bunga dan pelbagai lagi barangan yang diperbuatkan daripada rotan manau, anyam serta saga itu kini diusahakan isteri sambil dibantu anak Anas Azzarbu, 18 dan empat pekerja. “Anas menunjukkan mi-nat berkaitan kraftangan dan saya mengharapkan be-liau bakal menjadi pelapis supaya perniagaannya tidak berkubur begitu sahaja,” ka-tanya. AE Krafneka yang berop-erasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang turut menawarkan perkhimatan membaik pulih perabot selain menjual pel-bagai produk semurah RM1 sehingga RM18,000 bergan-tung kepada kualiti rotan.

Kerja membuat kerusi rotan yang ditempah pelanggan.

AZHAR EMBONG

Kerja melentur rotan di bengkel membuat perabot di AE Krafneka. Hanya rotan yang bermutu menjadi pilihan untuk membuat perabot dan barangan lain.

Perabot rotan yang bergaya dan bermutu menjadi pilihan ramai.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 12: Teganukita 22

1212

Menjadi amalan bagi Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bersama rakyat di mana-mana sahaja bagi memastikan sendiri ke-mudahan dan pembangunan sam-pai kepada rakyat. Baru-baru ini pada 8 Mei 2010, beliau dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud mengadakan lawatan kerja sehari ke kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, bermula 8.00 pagi hingga ke lewat malam. Beberapa program membabit-kan perasmian program dan projek pembangunan dilakukannya, di samping bersama rakyat bergot-ong-royong membantu menukar atap rumah orang miskin, sarapan pagi dan makan tengahari bersa-ma penduduk serta lain-lain acara yang cukup sesuai dengan sifatnya yang mesra rakyat. Sama ada program berbentuk rasmi dan tidak rasmi semuanya disempurnakan tanpa sebarang rasa kekok kerana matlamatnya

Rakyat perlu mengsyukuri nikmat pembangunan

Lawatan kerja sehari MB ke DUN Bukit Payong

ialah untuk memberi perhatian kepada ‘orang kampung’ , kerana dalam jiwan-ya amat sensitif berkaitan usaha-usaha untuk menolong golongan yang susah dan memerlukan pertolongan. Turut sama dalam lawatan kerja itu termasuklah Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Ismail, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Azlan Dagang, Pegawai Daerah Marang, Abdul Rahman Che Ali dan beberapa pegawai kanan kerajaan neg-eri dan Persekutuan. Pimpinan setempat juga turut sama mengiringi Menteri Besar dan rom-bongan sempena lawatan yang amat bermakna itu. Dato’ Ahmad berkata, lawatan ker-ja itu adalah sebagai usaha pentadbiran negeri untuk meninjau sendiri masalah rakyat dan sedaya-upaya membantu menyelesaikan-nya walaupun kawasan itu berada di bawah wakil rakyat pembangkang. Beliau berharap, rakyat

meneruskan hidup bersatu-padu, sen-tiasa bergotong-royong dan mening-katkan pendapatan melalui kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan, termasuk pasar dan sebagainya.

Rakyat perlu bersyukur di atas nikmat pembangunan dan pelbagai ke-mudahan yang disediakan kerana ber-syukur itu adalah ajaran agama Islam Yang Maha Suci.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 13: Teganukita 22

1313

WARISAN ALAM

JUADAH TERENGGANU

Kunyit Putih(Curcuma aeruginosa)

Khasiat:Merawat sakit perut dan menyembuh luka bagi wanita selepas bersalin

Kaedah:Daun kunyit putih perlu ditumbuk bersama daun be-tik sebelum diperah dan diminum bagi mengurangkan sakit perut dan menyembuhkan luka wanita bersalin.

Keistimewaan:- Kunyit putih boleh membesar sehingga ketinggian

satu meter, mempunyai keistimewaan berdaun tunggal dan tegak.

- Isinya agak lembut, berwarna putih kekuningan dan berbau wangi.

Kaedah Pembiakan:- Rizomnya

bahan-bahannya:1 batang katih (kaki lembu atau kerbau)1 camca teh belacan5 ekor ikan kembung/selayang2 sudu besar lada giling2 sudu besar asam jawa2 sudu besar kicap1 cawan air½ keping manisan½ cawan cukaGaram secukupnya

Cara Membuatnya:• Katih lembu/kerbau direbus atau dibakar terlebih da-

hulu. Kemudian potong kecil-kecil.• Ikan direbus dan ambil isinya serta tumbuk biar han-

cur• Manisan dikikis lumat dan disagat. Ramas belacan dan

asam jawa bersama satu cawan air serta masukkan ke dalam manisan yang disagat tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan isi ikan yang telah dihancurkan

• Lada giling, kicap, cuka dan garam secukup rasa di-masukkan sekali dan kacau

• Masukkan katih yang dipotong kecil ke dalam bekas yang mengandungi bahan yang dikacau sebati itu dan gaul hngga rata

Rojak Katih

Rakyat perlu mengsyukuri nikmat pembangunan

Lawatan kerja sehari MB ke DUN Bukit Payong

Rakyat perlu bersyukur di atas nikmat pembangunan dan pelbagai ke-mudahan yang disediakan kerana ber-syukur itu adalah ajaran agama Islam Yang Maha Suci.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 14: Teganukita 22

BAKT

I JKK

K

14

2tkKerjasama harmoni Felcra

Keruak beri pulanganOleh: Esah Abdullah

terPisah 34 kilo-meter dari pusat bandar Jerteh tidak mengha-lang usaha 548 pen-duduk Felcra Keruak menempatkan kampung mereka pada senarai teratas dalam kategori kampung paling ceria dan bersih di Parlimen Besut. Mencatat kejayaan sepanjang 14 tahun kebelakangan ini dan diangkat sebagai johan daerah dalam pelbagai kategori pertandingan kebersihan dan keceri-aan pada 1996, 2000, 2002, 2004-2007 serta 2009, selain berjaya mengumpul hadiah wang tunai RM65,000 sepanjang tempoh tersebut. Jalinan kerjasama yang erat disertai se-mangat ingin maju, ternyata misi melahir-kan masyarakat yang penyayang, harmoni dan bersyukur di bawah konsep ‘kampung ku syurga ku’ berjaya di-gapai. Usaha mempert-ingkatkan keupayaan masyarakat ke arah mencapai potensi ekonomi mampan dis-usuli rangkaian kerja yang berkesan, setiap anggota masyarakat diberi galakan mence-burkan diri dalam pel-bagai aktiviti yang boleh memberi pulan-gan lumayan. Melalui penubu-han Koperasi Peserta Felcra (KPF) dan Wanita Dinamik Fel-cra (Wadira) lahir-

lah pengusaha Kicap Wadi, perusahaan kraf tangan, ukiran kayu, tanaman fertigasi, men-ternak lembu, kambing kaprima, ikan keli dan projek `homestay’. Pelbagai bidang lain diceburi untuk menam-bah pendapatan kelu-arga seperti membuka kelas jahitan, bengkel kenderaan berat, beng-kel motosikal, katering, peralatan perkahwinan dan kontraktor. Pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Encik Jusoh Chik, 53, ketika ditemui Teganukita menyuara-kan rasa gembira kera-na menjadi sebahagian

anggota masyarakat Felcra Keruak. “Penduduk di sini sentiasa sepakat dan ringan tulang melak-sanakan aktiviti rutin, seperti gotong royong,” katanya. Pelaksanaan aktiviti menjadi lebih mantap dan tersusun bila ja-watankuasa mesyuarat bersetuju mewujudkan lima kawasan dan me-namakan Taman Seri Rohani, Taman Seri Kemboja, Taman Seri Wangi, Taman Seri Kembangan dan Ta-man Seri Indah dan melantik seorang ketua di setiap taman sebagai pemantau. Berada dalam ka-wasan Dewan Undan-gan Negeri (DUN) Hulu Besut dan Parlimen Besut, Felcra Keruak tidak pernah terpinggir daripada arus pemban-gunan dan kemudahan infrastruktur. Saling lengkap melengkapi, masjid, dewan orang ramai, telefon awam, pusat komputer, padang bola, padang permainan

kanak-kanak, pusat sumber dan tapak

perkuburan telah mem-beri kelancaran perg-erakan dan keselesaan penduduk disini. Perlaksanaan ak-tiviti terus lancar berkat kerjasama Pergerakan Wanita, Pemuda, Put-eri dan Belia 4B yang berganding bahu me-mastikan setiap p r o g r a m disusun d i -

akhiri d e n g a n

kejayaan.

Perkampungan Felcra ini asalnya

merupakan sebuah rancangan Tanah Belia dimajukan oleh Felcra pada 1972 dengan gaji

bulanan RM75 di mana, 105 belia berusia 18 ta-hun ke atas mula me-menuhi rumah kongsi yang disediakan untuk bekerja di ladang. Pada 1980, mereka dibenarkan berpindah ke rumah baru dan

hidup bekeluar-ga serta diberi-kan kawasan

ladang getah (kini kelapa

sawit) seluas empat hektar setiap seorang

untuk diusahakan. Bermula dari episod tersebut hingga seka-rang, rutin kehidupan diteruskan sebagai pekebun dengan penda-patan isi rumah kini mencecah RM2,000 ke atas dan ahli keluarga yang terus bertambah,

membuatkan jawa-tankuasa mesyuarat mencari altenatif baru untuk menempatkan generasi kedua. Sebuah kawasan yang boleh memuatkan 70 buah rumah sudah dikenal pasti dan kini dalam proses pelak-sanaan dan berharap wujudnya penempatan baru ini menambah ke-ceriaan kampung yang kini sunyi dari keriuhan kanak-kanak. . “Kami juga sedang menunggu penuh sabar untuk menerima geran hak milik setelah 14 tahun bermastautin di sini dan berharap sem-pat melihat sekeping kertas yang amat ber-makna dalam hidup kami itu,” katanya.

Pintu gerbang laluan masuk ke perkampungan Gerakan Daya Wawasan Felcra Keruak, Besut, Terengganu.

Penduduk Felcra Keruak kreatif menghasilkan ukiran kayu bagi menambah pendapatan.

Pelbagai bentuk barangan kraf yang dihasilkan dengan surat khabar lama.

JUSOH CHIK

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 15: Teganukita 22

SERI

KAND

I

15

2tkKerjasama harmoni Felcra

Keruak beri pulangan

Oleh: Suriati Ali

“tugas dan peranan isteri kepada seorang pemimpin tetap sama, sekalipun di posisi mana jawatan suami, asalkan ia tidak lari daripada lingkungan berbakti kepada rakyat. “Berbakti kepada rakyat, membantu penduduk dan segala hal ehwal berkaitan rakyat sentiasa dalam pemerhatian kita da-lam konteks membantu suami yang berge-lar pemimpin, itulah perkara yang penting dan perlu diutamakan,” kata To’ Puan Halijah Ali, suri kepada Yang Dipertua Dewan Un-dangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Katanya, tiada lang-sung perbezaan sewak-tu suami menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Yang Dipertua (YDP) Dewan kerana tugas dan tang-gungjawab itu seakan sama iaitu membantu serta menyelesaikan masalah rakyat. Beliau berkata, suaminya sejak dulu lagi rapat dengan rakyat terutama di ka-wasan Hulu Tereng-ganu, walaupun seka-rang ini bertukar tugas, aktiviti turun padang bagi melawat pen-duduk yang uzur dan kematian saudara serta merasmikan program, tetap dijalankan sama sewaktu menyandang Ahli Parlimen.

“Sudah menjadi ke-biasaan dan tidak pelik bagi saya, sekiranya suami tiada di rumah dalam tempoh satu hingga dua minggu kerana terpaksa meng-hadiri mesyuarat dan perjumpaan bersama pemimpin di kawasan lain. “Tugas itu bagaikan sudah sebati dengan jiwa suami sejak terlibat dalam politik Semata-mata untuk kesejahter-aan rakyat,” katanya ketika ditemubual Teganukita. Hasil pengkonsian hidup bersama insan tersayang, To’ Puan Halijah kini memi-liki lima cahaya mata. Anak sulung diberi nama, Tengku Hapiz kini berusia 27 tahun, diikuti Nur Haphizah, 25, Nur Haqimah, 23, Nur Hidayah, 19 dan paling bongsu Muham-mad Hakimi, 12. To’ Puan Halijah, berkata sebagai suri ru-mah dia dapat menum-pukan sepenuh masa dalam mendidik anak-anak sama berkaitan pelajaran atau agama. “Selain itu, ia juga memberi satu kelebi-han untuk mendalami apa jua masalah rakyat secara berdepan, selain dapat menghulurkan bantuan dengan kadar segera. “Sebagai isteri YDP Dewan, saya cukup ge-mar menghadiri pro-gram kemasyarakatan kerana bukan sahaja dapat berbual mesra

antara penduduk kam-pung malah mengerat-kan hubungan,” katanya yang memiliki hobi me-masak dan berkebun. Menurutnya, anak-anak sudah dewasa, mudah baginya meran-cang pelbagai urusan termasuk melawat pen-duduk uzur serta ke-matian saudara, meng-hadiri program anjuran

agensi tertentu, kenduri kahwin dan kesyukuran tanpa sebarang halan-gan. “Suami sentiasa menyokong aktiviti itu kerana mengetahui ianya membawa ban-yak faedah kepada diri mahupun masyarakat setempat. “Penduduk di ka-wasan Hulu Terengganu

cukup gemar memberi kerjasama sekiranya rakan sekampung men-gadakan kenduri kah-win, kesyukuran, tahlil dan sebagainya. “Tanpa memberi banyak alasan segala persiapan seperti mem-basuh perkakas, mendi-rikan khemah dan me-nyediakan pelbagai bahan mentah untuk tu-

juan itu, dilakukan den-gan sebaik mungkin,” katanya. Dia mengharap-kan suasana ini dapat dikekalkan sehingga ke generasi seterusnya kerana bukan sahaja memberi impak positif kepada diri sendiri malah dapat menaikkan imej kawasan itu di ka-langan masyarakat luar.

To’ Puan Halijah (gambar atas) bersama keluarga tercinta.

Jika ada masa

lapang, To’ Puan

Halijah bersama

suami membantu

menyelesaikan

masalah rakyat.

To’ Puan Halijah

(kanan) menjenguk

warga emas yang

uzur.

Seiring berbakti bersama suami

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 16: Teganukita 22

DEST

INAS

I

16

2tkPulau Tenggol syurga penyelam

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

aKHIR April lalu, 20 penyelam dari Persatuan Menyelam Ocean Elements mengadakan program pembersihan pantai dan dasar laut di perairan Pulau Tenggol. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za’aba Mohd Adib. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk me-mulihara khazanah laut kerana keindahan alam bawah laut ini perlu dipulihara termasuk terumbu karang dan pelbagai spesis hidupan laut. Di manakah Pulau Tenggol itu? Pulau Tenggol terletak di laut Terengganu berdekatan Dungun. Pulau Tenggol masih ter-pulihara dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu yang cukup is-timewa untuk dikunjungi. Jika diperhatikan pulau Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu ba-hagian yang menghadap tanah besar. Selain dari itu hanya tebing batu. Ia terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyelam skuba untuk melihat kehidupan marin den-gan dekat. Seperti juga Pulau Redang, Pulau Teng-gol ialah sebuah taman merin (marine park) yang diwartakan. Pulau Tenggol merupakan destinasi menyelam yang mempesonakan dan terletak hanya 45 minit (menggunakan bot laju) dari persisiran pantai Kuala Dungun, tetapi hapir dua jam kalau bot biasa yang digunakan nelayan. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai ‘syurga’ lebih-lebih lagi di kalan-gan penggemar aktiviti menyelam skuba. Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengun-jur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut mem-bentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut - seperti dinding kanvas bagi hidupan laut - yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba. Penyelaman skuba (scuba diving) dan snorkel-ing ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pen-

galaman yang tidak dapat di lupakan. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, rumpai laut (seaweed), bat-fish, penyu, Napoleon Wrass, clownfish dan jerung paus. Aktiviti ini mesti dirancang. Anda boleh membuat tempahan dengan boatman atau pengusaha perhidma-tan bot terlebih dahulu, bot laju untuk tujuan “day-trip diving”. Sebaik-baiknya tibalah di jeti Kua-la Dungun pada awal pagi. Selepas menikmati sarapan di restoran dekat jeti, anda boleh berlepas ke sana. Tempat-tempat selaman yang dila-wati ialah Teluk Air Tawar, Rajawali,

Tokong Batu, Tokong Timur dan Tanjung Gemuk. Peralatan untuk aktiviti scuba div-ing boleh disewa atau di bawa sendi-ri. Anda boleh menyelam dengan memakai t-shirt dan track bottom . Jika anda mampu bawalah kamera underwater sekali untuk merakam ke-hidupan merin. Kadar sewaan bot laju ialah lebih kurang RM600-RM650 sehari. Kos itu boleh kongsi ramai-ramai. Bot boleh muat seramai 6 orang maksimum. Sewa ini termasuk

bot, petrol, pemandu bot dan makan tengahari . (Peralatan skuba dan makanan ringan sendiri). Anda boleh pergi dan balik pada hari yang sama, sudah tentu tiada kos penginapan jika tidak bermalam di sana. Jika anda merancang bermalam di Pulau Tenggol, di sini terdapat sebuah resort iaitu Tenggol Island Resort (nama lama ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar. Ia terdiri dari chalet-chalet kayu berlatarbelakang hutan tropika. Per-alatan skuba boleh disewa di sini. Selain itu, aktiviti memancing di laut juga sesuai di sekitar pulau ini, tetapi hendaklah melepasi dari taman marin (marine park) yang diwarta-kan. Banyak ikan-ikan dari pelbagai spesis di laut lepas ini.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 17: Teganukita 22

2tkPulau Tenggol syurga penyelam

Bagaimana hendak ke Pulau Tenggol: Dari Kuala Terengganu dan Kuantan, anda boleh menaiki bas ekspres atau teksi untuk ke Dungun, khususnya Kuala Dungun. Jarak Dungun - Kuala Terengganu ialah lebih kurang 80 kilometer. Jarak Kuantan - Dungun lebih kurang 130 kilome-ter. Jarak Dungun-Kemaman (Cukai) lebih kurang 70 kilometer sahaja. Bilakah waktu sesuai untuk ke sini? Bulan November hingga March sahaja tidak ses-uai. Di waktu ini tiada aktiviti sukan air dan seseten-gah resort mungkin ditutup. April hingga Oktober setiap tahun amat sesuai ke sini. Talian Untuk Dihubungi : Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian 09-622 1433 / 1893. Menurut nasihat agensi pelancongan, walaupun penginapan di pulau ini mempunyai resort yang sele-sa, tetapi pelawat disarankan menempahnya terlebih dahulu. Sebaik-baiknya disekalikan dengan pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 18: Teganukita 22

2tk

ms 11

Page 19: Teganukita 22

MIMBARSusunan : Nurul Faizah Abdullah Sumber: JHEAT

19agama

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 21 HINGGA 28 MEI 2010

setiaP yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah den-gan manusia, tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan Allah s.w.t, di mana bila ajal seseorang itu telah sam-pai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya, tidak kira di mana seseorang itu berada. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Jumu’ah ayat 8, yang bermaksud; “ Katakanlah ( wa-jahi Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri darinya itu, tetaplah ia akan me-nemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Al-lah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan ( serta membalasnya),” Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah dari jasadnya, maka tinggallah se-gala apa yang dimiliki sama ada ahli keluarga, saudara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluarga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dike-bumikan. Pada saat itu, dia akan melangkah ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pem-balasan di hari akhirat kelak. Apa yang jelas dari wujudnya kematian kehidupan yang silih berganti dalam perjalanan hidup ini ialah betapa dunia yang didi-ami ini sebenarnya bersifat se-mentara dan begitulah kehidupan manusia di dunia ini pun bersifat sementaran juga. Oleh sebab it-ulah, Islam datang menjelaskan kepada umatnya tentang hakikat

Lambaian Barzakhpenciptaan dan kejadian manu-sia ialah berdasarkan kepada so-alan: Dari manakah kita datang? Kenapakah kita datang? Dan, ke mana pula kita akan pergi? Jawapan tersebut ialah, dari Al-lah kita datang, kerana Allah kita hidup dan kepada Allah jugalah kita akan kembali. Dari sini, persepsi seorang Muslim amat jelas tentang matlamat sebenar kehidupan dan kematian yang mewarnai pentas kehidupan ini. Dengan kata lain, kehidupan di dunia ini menurut kaca mata se-orang yang beriman kepada Al-lah, adalah merupakan jaminan yang menuju ke alam akhirat atau seumpama kebun akhirat di mana seseorang akan menuai hasilnya di hari akhirat kelak. Setiap saat, setiap minit, se-tiap jam dan setiap hari kita se-makin dekat denga alam kubur. Tetapi kita tidak tahu bilakah saat kematian kita. Adakah esok? Adakah lusa? Adakah ke-matian kita datang mendadak dan tiba-tiba? Atau kematian datang selepas kita merana kes-akitan, kita tidak tahu, dan kita tidak mampu berbuat apa-apa tentangnya kerana kematian adalah urusan Allah s.w.t. Apa yang boleh kita laku-kan adalah membuat persiapan menghadapi kematian. Kata-kanlah, kita diberitakan bahawa bekalan air di rumah kita akan terputus bila-bila masa sahaja. Apakah yang akan kita lakukan? Adakah kita biarkan sahaja seh-ingga bekalan air kita terputus? Atau, kita dengan segera mem-buat persiapan menyimpan air di dalam beberapa baldi? Begitulah

perumpamaan kehidupan kita di dunia. Tahukan kita bagaimanakah keadaan di alam kubur? Ra-sulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur akan menyeru: Akulah rumah dagang yang asing. Akulah rumah yang sunyi sepi. Akulah rumah yang penuh dengan tanah. Akulah rumah yang penuh dengan ulat,” ( Hadith ri-wayat Al-Tirmizi dan Al-Baihaqi ). Kubur adalah tempat yang gelap dan sempit. Orang Islam yang banyak melakukan dosa dan maksiat akan menda-pati kuburnya amat gelap, akan tetapi orang-orang soleh akan mendapati kuburnya terang. Begitupun, terangnya kubur mereka tidaklah seperti terangnya siang hari, tetapi sep-erti malam yang diterangi oleh bulan purnama. Ketahuilah bahawa setiap manusia yang masuk ke alam barzakh, akan dihimpit oleh kubur. Rasulullah s.a.w men-erangkan bahawa kubur akan menghimpit mayat tersebut seh-ingga hancur luluh tulang-tulang rusuknya. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w pernah ber-doa agar meringankan himpitan kubur atas anaknya, Zainab. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Bahawa se-sungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman

syurga atau sebuah gaung dari gaung-gaung neraka,” ( Ha-dith riwayat Al-Tirmizi dan Baihaqi). Kubur boleh menjadi salah satu taman syurga bagi mer-eka yang beramal soleh. Tetapi kubur juga boleh menjadi lubang

neraka bagi mereka yang banyak dosa. Orang-orang yang banyak melakukan dosa dan sedikit pa-hala, akan mendapati kuburnya sempit sehingga hancur lu-luh tulang-tulang, gelap-gelita sekelilingnya, tiada berteman kecuali ulat, ular, kala jengking dan segala serangga yang ber-bisa. Malaikat akan datang dan memukulnya dengan tukul besi sehingga terpekik mayat terse-but kerana kesakitan. Pekikan tersebut boleh didengar oleh se-mua makhluk kecuali manusia dan jin. Begitulah keadaan seh-ingga hari kiamat. Ketahuilah, kita hidup di dunia ini tidak lama. Jarang kita dengar mereka yang usianya sampai 100 tahun. Tetapi ke-hidupan kita di alam kubur lebih

lama, malah terlalu lama. Be-gitulah, orang yang mati 1000 tahun dahulu, masih lagi diaz-abkan kerana hari kiamat belum tiba. Maka janganlah kita ter-pedaya dengan beberapa detik keseronokan melakukan dosa

dan maksiat, tetapi menyebab-kan kita merana di kubur beribu tahun lamanya. Ini belum lagi di hari akhirat. Dan apabila kita merasai kepenatan beribadat, keperitan berpuasa dan berso-lat, ingatlah bahawa kepenatan tersebut hanya sebentar sahaja. Sedangkan ia membolehkan kita berhayat di kubur beribu tahun lamanya. Dan ini belum lagi balasan syurga di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w yang ber-maksud: “ Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat per-hentian di alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru-hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan begitulah sebaliknya,”

Setiap manusia tidak boleh lari dari ajal seperti yang ditetapkan Allah s.w.t.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 20: Teganukita 22

am20 am

Kesedaran menolak rasuah semakin tinggi

jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mensasarkan untuk memperoleh kuti-pan cukai sebanyak RM585 juta pada tahun ini berbanding sasaran RM500 juta pada tahun lepas. Pengarahnya Dato’ Aziz Yacub berkata peningkatan sasaran perolehan cukai itu berikutan keadaan ekonomi pada masa kini yang semakin sta-bil dan kukuh. “Pada tahun lepas JKDM Terengganu membuat kutipan se-banyak RM480 juta daripada RM500 juta yang kita sasarkan, tetapi pada tahun ini kami yakin kutipan itu akan meningkat. “Lebih 90 peratus kutipan itu disumbang-kan oleh cukai yang di-kutip daripada industri gas dan petroleum, dan setakat bulan lepas kita berjaya membuat kuti-pan sebanyak RM127 juta,” katanya ke-pada Bernama ketika ditemui selepas pro-gram ujian kemahiran menembak jemputan jabatan itu di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini. Beliau berkata sejak pertengahan Febru-ari hingga Isnin lepas, JKDM Terengganu melakukan pemerik-saan terhadap 167 pre-mis di Kuala Tereng-ganu dan Kemaman dan berjaya mengesan 16 kes cuba mengelak cukai kastam melibat-kan rokok dan arak. Aziz berkata ia me-libatkan nilai baran-gan berjumlah ham-pir RM5,000 dengan nilai cukai sebanyak RM18,950

Kutipan Kastam cecah RM585 juta tahun ini

Oleh; Esah Abdullah

PerMintaan melan-jutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke Ru-sia dan Mesir mendapat sambutan di luar dugaan dan setakat ini 360 orang telah menjalani temuduga. Daripada jumlah terse-but, 100 orang masing-masing 50 ke Rusia dan 50 lagi ke Mesir akan dipilih biarpun semua pemohon berkenaan sebenarnya mempunyai kelayakan,” beritahu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Beliau memberitahu demikian kepada pem-berita selepas menyampai-kan sumbangan bantuan persediaan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS Sesi 2010/2011 di Stadium Tertutup, Kom-pleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Seramai 1,960 daripada

Sambutan bidang perubatan di luar dugaan

2,223 pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke ma-trikulasi dan Asasi Sains serta ke sekolah berasra-ma penuh menerima sijil penghargaan dan bantuan pesediaan RM500 setiap seorang. . Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,

Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ah-mad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Haji Aziz Mamat. Sehubungan itu, kera-jaan negeri melalui (YT)

membelanjakan RM18 juta sebagai bantuan pela-jaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) membabit-kan 23,000 pelajar tahun ini. “Kita berharap anak-anak yang berjaya ini da-pat merubah kehidupan keluarga masing-masing

di samping dapat mewu-judkan kestabilan politik negara,” katanya. Sementara itu, Penga-rah YT, Haji Aziz Mamat berkata, pemberian bantu-an persediaan mula diper-kenalkan sejak 2006 den-gan peruntukan RM15.5 juta membabitkan 21,880 pelajar. “Tahun berikutnya ter-dapat 22,513 pelajar den-gan peruntukan RM16 juta manakala RM16.5 juta membabitkan 22,813 pela-jar dan tahun lalu seban-yak RM18.9 juta kepada 25,464 pelajar,” katanya. Katanya, setiap pela-jar yang berjaya ke IPTA dan IPTS menerima ban-tuan persediaan RM1,000 (Ijazah), RM750 (Diplo-ma) dan masing-masing menerima RM500 kepada mereka yang mendapat ta-waran ke kursus matriku-lasi dan ke sekolah beras-rama penuh.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Tereng-ganu (MAIDAM) ber-jaya memungut RM16 juta wang zakat manakala RM17 juta diagihkan ke-pada golongan fakir mis-kin bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini. Ketua Pegawai Ekse-kutif MAIDAM, Encik-Wan Harujan Sulaiman,

Maidam kumpul RM16 juta empat bulan pertamaberkata walaupun agihan wang zakat lebih tinggi daripada perolehan, ia adalah lebihan wang zakat akhir tahun lepas yang masih belum sempat di-agihkan. “MAIDAM masih mempunyai kira-kira RM15 juta wang zakat yang belum sempat di-agihkan pada akhir tahun

lepas. Wang berkenaan kita agihkan pada tahun ini kepada fakir miskin,” katanya. Beliau menyatakan demikian pada program MAIDAM Bersama Masyarakat Hulu Tereng-ganu yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk

Tengku Putera Tengku Awang, baru-baru ini. Pada majlis itu, 120 orang fakir miskin diberi agihan wang zakat antara RM250 dan RM300 se-orang, bantuan persekola-han untuk anak-anak orang miskin, bantuan membaiki rumah dan bantuan perala-tan masjid.

Wan Harujan berkata tahun ini, MAIDAM me-nyasarkan untuk memun-gut antara RM60 juta dan RM65 juta sumbangan zakat perniagaan, zakat pendapatan serta zakat emas berbanding sebanyak RM74 juta yang diperoleh tahun lepas dan RM66 juta pada 2008.

MenolaK rasuah sewajarnya dijadikan se-bagai budaya dan amalan hidup bagi setiap penjawat awam, bertujuan menaik-kan imej agensi kerajaan di mata masyarakat. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM) Tereng-ganu, Encik Ahmad Saberi Hussin, berkata usaha me-merangi jenayah rasuah bukan semudah yang dis-angka kerana setiap kes perlu diperhalusi sehingga ke akar umbi. “Katanya, jika perkara yang dilakukan itu terbuk-ti benar , barulah individu terbabit bakal dikenakan hukuman seadil mungkin. “Menerusi pelbagai dasar yang diusahakan pihak berkaitan, penjawat awam dilihat telah men-

ingkatkan tahap integriti masing-masing dan ke-bencian terhadap amalan rasuah semakin mening-kat,” katanya. Menurutnya, berdasar-kan perangkaan SPRM, seramai 133 penjawat awam dituduh melakukan rasuah pada 2007; 104 kes membabitkan golon-gan yang sama pada 2008 dan angka itu terus menu-run sehingga 90 kes pada 2009. “Perlaksanaan pro-gram yang sistematik, operasi secara profesional

dan kaedah penyampaian maklumat berkaitan ba-hana rasuah antara faktor kesedaran ini berlaku,” katanya. Katanya, SPRM turut mengingatkan masyarakat supaya menjauhi amalan menyogok kakitangan awam, hukuman berat ter-masuk penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima ganda jum-lah suapan atau RM10,000 bakal dikenakan. Katanya, berdasarkan kajian ahli kriminologi, jenayah rasuah adalah satu

perbuatan paling licik serta sukar dibanteras, sepuluh kes rasuah yang berlaku, hanya satu kes yang di-laporkan. “Ini kerana kedua-dua pihak sama ada pemberi atau penerima mendapat faedah masing-masing set-iap kesalahan yang dilaku-kan,” katanya. Ahmad Saberi berkata, cubaan menyogok atau memberi rasuah didapati berlaku untuk mengelak diri daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Pelajar gembira selepas menerima bantuan daripada Kerajaan Terengganu untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS sesi 2010/2011.

AHMAD SABERI

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 21: Teganukita 22

am 21am

seKolah MENEN-GAH (SM) Imtiaz bakal dibina di Cukai, Kemaman dengan peruntukan hampir RM50 juta sebagai usaha menambah bilangannya, beritahu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Menurut beliau, pihaknya bangga dengan perkembangan SM Im-tiaz berikutan kebanyakan pelajarnya berjaya mem-peroleh keputusan cemer-lang dalam Penilaian Me-nengah Rendah (PMR).“Tahun lepas separuh pelajarnya memperolehi keputusan cemerlang da-lam PMR,” katanya. Difahamkan, sistem pendidikan yang diter-apkan di setiap SM Im-tiaz terus mendapat pujian pelbagai pihak di mana terdapat negeri lain turut mengikuti apa yang dilak-sanakan kerajaan Tereng-ganu. “Pelan Sekolah Imtiaz Cukai sedang di rancang oleh pihak berkaitan,” ka-tanya ketika berucap di Program Mesra Univer-

Imtiaz bakal dibina di Cukai, Kemaman

siti Malaysia Terengganu (UMT) bersama penduduk Kampung Payoh, Kema-man. Sempena program itu, Dato’ Ahmad meluang masa melawat 36 pen-duduk uzur dan miskin dengan menghulur sum-bangan berbentuk baran-gan keperluan. Mereka nyata gembira dengan kehadiran Dato’ Ahmad bersama Isteri To’ Puan Norliza Mahmud dan Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman selain mengharapkan pro-gram diteruskan di tahun akan datang. Dato’ Ahmad juga ber-kata, kerajaan negeri sang-gup mengeluarkan belanja besar semata-mata ingin melihat kejayaan anak kelahiran Terengganu di bidang pendidikan dan tahun ini mengeluarkan peruntukan RM240 juta untuk tujuan itu. Katanya, negeri lain ingin mencipta kejayaan seperti Terengganu, ber-

jaya menjadi juara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sembilan tahun berturut-turut tetapi tidak sanggup mengeluar-kan belanja dalam jumlah yang besar. “Golongan pelajar ter-masuk guru serta ibu bapa sewajarnya bersyukur kerana memilki kerajaan yang cakna terhadap pen-didikan,” katanya.

MB dikunjungi Menteri Brunei.Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, menerima kunjungan Menteri Hal Ehwal Luar Neg-eri & Perdagangan Kedua, Brunei Darulssalam Tuan Yang Terutama (TYT) Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato’ Seri Setia Lim Jock Seng. Turut mengunjunginya, Ketua Set-iausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Rastam Mohd Isa. Kunjungan yang turut disertai 12 delegasi itu diadakan di Awana Kijal Spa & Resort, Kijal, Kemaman pada masa sama turut menghadiri Mesyuarat Ketiga antara Malaysia dan Brunei. Dalam mesyuarat yang berlangsung di tempat yang selama dua hari bermula 8 Mei itu, membincangkan berkaitan pelaksanaan `Exchange Of Letter’ dan penyelarasan kemudahan logistik. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

PrograM Hari Kesiha-tan Sedunia 2010 pering-kat Terengganu mencer-minkan keperihatinan kerajaan negeri terhadap perkhidmatan kesihatan serta berhasrat membantu rakyat hingga tahap op-tima. Sambutan gilang gemil-ang bertemakan ̀ Urbanisa-si & Kesihatan’ bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu bermat-lamat memperkenalkan tindakan yang boleh diam-bil oleh masyarakat untuk mengurangkan risiko kesi-hatan akibat proses urban-isasi. Pengerusi Jawatankua-sa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, rakyat Terengganu menikmati

Agenda kesihatan seiring pembangunan

pelbagai keistimewaan dalam aspek perkhidma-tan kesihatan dan mereka sebenarnya golongan yang amat bertuah. Katanya, sebanyak RM10 juta diluluskan dalam Bajet 2010 untuk disalurkan dalam bentuk tabung bantuan penyakit kronik bagi golongan yang berpendapatan rendah. “Peruntukan yang besar ini hanya untuk Terengganu dan tidak ada di negeri-negeri lain. Selain memberikan man-faat yang berganda bagi rakyat Terengganu, perun-tukan ini juga memasti-kan masyarakat mendapat kemudahan dan bantuan khas dalam aspek kesiha-tan,” kata beliau.

Kerajaan memperuntukkan hampir RM50 juta untuk membina imtiaz di Chukai Kemaman.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 22: Teganukita 22

amam22 am

Sasar 2,000 peserta BOTR tahun depanOleh: Aida Abd Rahman dan Suriati Ali

Kerajaan negeri mensasarkan penyertaan 2,000 peserta dengan 500 kenderaan pacuan empat roda (4x4) pada pengan-juran Boat On The Road (BOTR) tahun depan, berbanding 50 penyertaan dengan 200 peserta pada tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pihaknya bercadang untuk meningkatkan nilai hadiah utama kepada RM10,000 dan menyediakan pelbagai hadiah iringan yang lebih menarik. “Kalau boleh, kita juga mahu menempatkan pe-serta di pulau dan bukan di pengkalan seperti pengan-jurannya kali ini kerana kerajaan negeri bercadang menjadikan BOTR acara tahunan. “Penganjuran kali per-tama, kerajaan negeri berjaya menarik penyer-taan peserta tempatan dan mungkin untuk tempoh dua tahun lagi kita akan bawa peserta dari luar negara pula,” katanya. BOTR anjuran Kera-jaan Terengganu dan Ber-ita Harian bersama TV3 mendapat sambutan luar biasa dan majlis pelepasan diadakan di Seri Pentas, Bandar Damansara, me-nyaksikan lebih 50 kend-eraan dengan 200 peserta menyertainya. Turut hadir, Penga-rah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Dato’ Ah-mad A Talib dan Penga-rang Kumpulan Berita Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima,

Dato’ Manja Ismail. Dato’ Ahmad menyi-fatkan ekspedisi itu bakal menjadi satu lagi produk pelancongan negara yang mampu mempromosi Terengganu sebagai ‘Syur-ga Kaki Pancing’. “Program ini sekaligus dapat menarik lebih ra-mai kaki pancing ke Tasik Kenyir dan menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan pelancongan sebagai tulang belakang ekonomi negeri. “Produk pelancongan sedia ada perlu dipert-ingkatkan supaya dapat memberi pelbagai pilihan kepada pelancong dan ker-ana itulah saya mewujud-kan Kenyir Island Hoping (KIH) sebagai pendekatan terbaik untuk terus mem-promosi Tasik Kenyir dan Terengganu khususnya,” katanya sebelum majlis

pelepasan peserta ekspe-disi. Tasik Kenyir yang wu-jud sejak 30 tahun lalu itu katanya, hanya dikenali sebagai lubuk pemanc-ing kerana tidak banyak aktiviti lain yang ditawar-kan di situ menyebabkan kerajaan negeri mewujud-kan Kenyir Island Hop-ing (KIH) dengan mem-bangunkan 10 pulau di tasik buatan manusia itu dengan pelbagai tema sep-erti Taman Burung, Taman Orkid, Taman Herba dan Taman Rama-rama. Katanya, beliau ber-harap program seperti BOTR ini juga akan dapat mempromosikan pelan-congan di Terengganu ap-atah lagi kerajaan negeri sudah memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan penambahbaikan tasik terbabit.

Sementara Dato’ Ah-mad A Talib berharap berharap jika acara da-pat diadakan tahun depan, jumlah penyertaan akan ditambah sehingga 100 kenderaan. Katanya, acara seum-pama ini dapat membantu kerajaan mempromosikan aktiviti memancing dan cabaran kenderaan 4x4 di tempat menarik seluruh negara. “Kami menerima ban-yak permohonan lebih daripada apa disasarkan namun perlu mengehad-kan kepada 50 kenderaan yang lengkap dengan bot saja bagi menyertai ekspe-disi ini. Kehadiran mereka bukti program ini berjaya menarik minat kaki panc-ing dan penggemar sukan lasak,” katanya.

Dato’ Ahmad Said bersama Datuk Meor, Datuk Manja melepaskan peserta BOTR di Sri Pentas Bandar Damansara. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Ekspedisi memancing sambil santai BOTR memperlihatkan peserta melepaskan semula ikan yang dipancing.

Kawasan pendaratan bot di Pangkalan Gawi dipenuhi peserta dan pancuan empat roda bagi menjayakan Boat On The Road.

Peserta bersama bot menuruni Bukit Kijal Kemaman dalam perjalanan ke Tasik Kenyir.

Ikan Toman yang membaham umpan seorang pesertaPemenang meraikan kejayaan bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said selepas majlis penyampaian hadiah di Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 23: Teganukita 22

sukan 23 sukan

Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) mer-angka pelan induk (blue print) Pembangunan Sukan 10 Tahun bagi memajukan sukan di negeri ini secara teran-cang dan berjangka panjang. “Melalui rancangan ini, mana-mana persat-uan sukan yang sukan-nya terlibat dalam ran-cangan jangka panjang akan digerakkan secara bersama jawatankuasa masing-masing,” kata Pengerusi Jawatankua-sa Belia dan Sukan neg-eri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said. Katanya, jawa-tankuasa pemandu Pembangunan Sukan 10 Tahun terdiri dari-pada presiden-presiden persatuan sukan yang terbabit seperti MSN..Majlis-majlis Sukan Daerah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah serta lain-lain agensi sukan. Menurut Datuk Ab-dul Rahin, terdapat su-

Rangka pelan induk pembangunan sukan 10 tahun - Datuk Abdul Rahin

kan-sukan yang atlitnya cemerlang di peringkat antarabangsa tetapi per-satuannya tidak aktif. “Langkah sewajarnya akan diambil oleh kera-jaan melalui MSN untuk mengerakkan persatuan sedemikian bagi me-mastikan perkembangan atlitnya tidak terjejas,” katanya. Sehingga ini katanya, terdapat 77 buah per-satuan dan kelab sukan berada di bawah gabun-gan MSN dan daripada jumlah tersebut 32 buah persatuan sukan negeri yang terbabit dalam Su-kan Malaysia (Sukma) adalah aktif kecuali Per-satuan Bola Keranjang. Katanya, daripada jumlah tersebut hanya 40 persatuan dan dua bertaraf kelab yang ber-daftar secara sah den-gan Pesuruhjaya Sukan mengikut Akta Pemban-gunan Sukan Malaysia 1997 (AKTA 576) dan Akta Majlis Sukan Neg-ara 1971 (AKTA 29). Menurut Datuk Ab-

dul Rahin, kesemua per-satuan yang aktif mem-punyai jawatankuasa kerja bersama antara persatuan sukan negeri dan MSN di mana se-gala aktiviti pengelolaan pertandingan dan pem-bangunan sukan dilak-sana bersama sepanjang tahun. Sehubungan itu ka-tanya terdapat lapan buah persatuan dan dua kelab secara aktif men-gendalikan aktiviti pem-bangunan sukan masing-masing walaupun sukan terbabit tidak menyertai Sukan Malaysia.

Kerajaan mengalu-alukan penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kelab permotoran dalam menganjurkan ak-tiviti permotoran serta mempelbagaikan aktiviti yang menjurus kepada sukan ekstrem itu di selu-ruh daerah. Pada masa yang sama, kerajaan negeri pula akan memperbanyakkan ge-langgang sukan di selu-ruh Terengganu dalam usaha mencungkil bakat baru dalam sukan itu, sekaligus membendung kegiatan mat rempit. Pengerusi Jawatankua-sa Belia dan Sukan neg-eri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata kera-jaan negeri juga mahu NGO turut terlibat dalam menganjurkan aktiviti permotoran melibatkan golongan muda di pering-kat daerah.

Gelanggang permotoran cungkil bakat sukan ekstrim

“Kita harap pembi-naan gelanggang per-motoran ini secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah mat rempit di negeri ini,” ka-tanya selepas merasmi-kan pameran automotif di Kompleks Muzium Neg-eri Terengganu, di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sehingga kini, kerajaan negeri membina dua litar iaitu di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dan Lembah Bidong, Setiu. Katanya, litar di Kom-pleks Sukan Negeri Gong Badak yang menelan be-lanja RM400,000 kini di-gunakan untuk acara lum-ba motosikal `sprint’ oleh pelbagai pihak termasuk kelab-kelab permotoran. Beliau berkata, litar di Lembah Bidong yang digunakan untuk acara ‘drift’ bagi kereta dan mo-

tosikal pula terpaksa ditu-tup selepas masyarakat setempat mengadu ia menjadi tempat masalah sosial berleluasa. ‘’Kerana kawasan tersebut dikelilingi semak samun menyebabkan disalahguna oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab, jadi kita terpaksa tutup tempat itu. ‘’Namun, jika ada pihak yang sanggup me-mastikan ia dapat diatasi ketika menganjurkan ac-ara permotoran di litar itu, kita tidak ada masalah membukanya,” kata be-liau. Katanya, satu perhim-punan kelab permotoran negeri Terengganu yang dijangka dihadiri 10,000 peminat motor diadakan di Stadium Tertutup di Gong Badak pada 18 Mei ini.

Klinik rawat kuda bertaraf antarabangsa pertama di Pantai TimurOleh: Aida Abd Rahman

sebuah klinik diwu-judkan khusus untuk merawat kuda di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lem-bah Bidong, Setiu yang pertama seumpamanya di Pantai Timur memulakan operasi pertama pada 30 April lalu. Klinik yang dikenali sebagai Hospital Ekuin RTES/UPM itu bertujuan

meningkatkan kemuda-han bertaraf antarabangsa di taman perlumbaan kuda lasak itu. Pengerusi Jawatankua-sa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata klinik kuda itu mampu menyediakan rawatan ringan untuk 300 ekor haiwan itu pada satu-satu masa. Antara kelengkapan yang disediakan di klinik itu adalah kemudahan

sinar-X, ultrasound dan pengambilan darah. Buat permulaan, klinik kuda itu bakal beroperasi setiap Jumaat dan Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan di-jangka akan ditambah waktu operasi sekiranya mendapat sambutan ra-mai dan berdasarkan kep-erluan semasa. ‘’Pusat rawatan kuda yang pertama seumpa-manya di Pantai Timur

mampu merawat 300 ekor kuda pada satu-satu masa dan masa operas-inya akan ditambah jika terdapat permintaan dari-pada orang ramai. ‘’Buat permulaan, klinik ini hanya merawat kuda milik ahli Royal Terengganu Equestrian Stable (RTES),” katanya ketika ditemui di TIEP, Setiu, baru-baru ini. Beliau berkata, hospi-tal itu akan memastikan

kuda mendapat rawatan dengan lebih cepat selain menjimatkan kos pemilik dan penunggang daripada menghantarnya ke Kuala Lumpur. Datuk Abdul Rahin berkata, pihak penguru-san akan membuat garis panduan untuk mengena-kan bayaran kepada orang luar yang ingin mendapat khidmat rawatan di klinik rawatan kuda berkenaan. “Sementara untuk kes

kuda yang mengalami kecederaan berat dan memerlukan pembeda-han, sebuah hospital akan dibuka di Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu tidak lama lagi, “ katanya. Katanya, hospital yang mampu merawat keceder-aan serius sedang dalam peringkat melengkapkan kemudahan dan dijangka bakal beroperasi pada Jun ini.

Terdapat sukan-sukan yang atletnya cemerlang di peringkat antarabangsa tetapi persatuannya tidak aktif.

Seekor kuda sedang menjalani rawatan di klinik kuda.

Jumaat, 21 Mei 2010

Page 24: Teganukita 22

sukan Bil. 22 (21 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

ms 23

ms 23

Khidmat Khalid ditagih lonjak T-TeamGelanggang

permotoran cungkil bakat sukan ekstrim

Klinik kuda

Klinik yang dikenali sebagai Hospital Ekuin RTES/UPM itu bertujuan meningkatkan kemudahan bertaraf antarabangsa di taman perlumbaan kuda lasak itu.

ms-23

Rangka pelan induk pembangunan sukan 10 tahun ms-23