teganukita 64

24
ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 Julai -15 Ogos 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Bil : 64 - lihat ms 23 Terengganu kekal kuasa sukan S aya mengambil kesempatan sem- pena hari yang mulia ini untuk men- gucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Terengganu. Kepada perantau, saya dan keluarga mengucapkan selamat pulang ke kam- pung halaman masing-masing dan pandulah kenderaan anda dengan cer- mat serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Pada hari yang mulia ini ambillah kesempatan untuk menziarahi kedua ibu bapa kita, kaum keluarga, sanak saudara serta sahabat handai. Kunjung mengunjung sempena Aidilfitri ini merupakan tradisi turun Oleh: Aida Abd Rahman [email protected] Pembangunan jangka panjang dan perancangan yang teliti menjadi indikator utama yang menjulang Terengganu selaku kuasa sukan negara dan muncul juara Sukma buat kali keempat berturut-turut. Salam Aidilfitri G elaran juara buat kali keempat ber- turut-turut mem- buktikan Kerajaan Terengganu konsisten dalam menetapkan hala tujunya untuk memastikan pemban- gunan sukan negeri berada pada landasan yang kukuh. Sukma Terengganu ke-12: 61 emas 39 perak 47 gangsa Sukma Melaka ke-13: 47 emas 30 perak 43 gangsa Sukma K. Lumpur ke-14: 30 emas 8 perak 12 gangsa Sukma Pahang ke-15: 62 emas 24 perak 31 gangsa 2008 2010 2011 2012 KELUARAN KHAS Asam Gumpal pencuci mulut, pengikat selera - ms 5 S etiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, membuatkan pengusaha asam gumpal terkenal di bandar ini, Wan Kalsom Wan Jusoh yang dikenali dengan gelaran Kak Han tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat berganda berbanding hari biasa. Terengganu semakin gah dan berada pada landasan yang kukuh dalam bidang sukan negara. Penuntut Mesir kesal sertai Bersih - ms 9 - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said & Keluarga. temurun yang mampu memupuk ke- mesraan antara kaum keluarga dan sahabat handai kita. Justeru itu, saya minta tradisi ini dite- ruskan dan dipupuk di kalangan generasi muda. usah biarkan anak-anak kita melepak di depan televisyen atau bermain video game di dalam bilik saja pada sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri ini. Sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama ketepikan segala selisih faham, perbezaan ideologi politik, sambil kita semua mengeratkan semula tali silaturahim agar umat Islam dan bang- sa Melayu menjadi kuat. Tidak ada gunanya kita bergaduh sesama sendiri semata-mata disebab- kan perbezaan pendapat dan fahaman politik kerana ia merugikan umat Islam dan bangsa kita sendiri. Sementara kita masih bercakaran sesama sendiri, bangsa lain dan penganut agama lain sudah jauh meninggalkan kita dalam semua bidang. Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakyat Tereng- ganu jika sepanjang perkhidmatan saya sebagai Menteri Besar, terdapat kesi- lapan yang tidak disengajakan.

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 23-Mar-2016

271 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

teganukita 64 (versi digital)

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 64

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 Julai -15 Ogos 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Bil : 64

- lihat ms 23

Terengganu kekal kuasa sukan

Saya mengambil kesempatan sem-pena hari yang mulia ini untuk men-

gucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Terengganu. Kepada perantau, saya dan keluarga mengucapkan selamat pulang ke kam-pung halaman masing-masing dan pandulah kenderaan anda dengan cer-mat serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Pada hari yang mulia ini ambillah kesempatan untuk menziarahi kedua ibu bapa kita, kaum keluarga, sanak saudara serta sahabat handai. Kunjung mengunjung sempena Aidilfitri ini merupakan tradisi turun

Oleh: Aida Abd [email protected] Pembangunan jangka panjang

dan perancangan yang teliti menjadi indikator utama yang menjulang Terengganu selaku kuasa sukan negara dan muncul juara Sukma buat kali keempat berturut-turut.

SalamAidilfitri

Gelaran juara buat kali keempat ber-turut-turut mem-buktikan Kerajaan

Terengganu konsisten dalam menetapkan hala tujunya untuk memastikan pemban-gunan sukan negeri berada pada landasan yang kukuh.

Rentetan

Sukma Terengganu ke-12: 61 emas39 perak

47 gangsa

Sukma Melaka ke-13: 47 emas30 perak

43 gangsa

Sukma K. Lumpur ke-14: 30 emas 8 perak

12 gangsa

Sukma Pahang ke-15: 62 emas24 perak

31 gangsa

2008

2010

2011

2012

KELUARAN KHAS

Asam Gumpal pencuci mulut, pengikat selera

- ms 5

Setiap kali menjelang Ramadan dan

Syawal, membuatkan pengusaha asam gumpal terkenal di bandar ini, Wan Kalsom Wan Jusoh yang dikenali dengan gelaran Kak Han tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat berganda berbanding hari biasa.

Terengganu semakin gah dan berada pada landasan yang kukuh dalam bidang sukan negara.

Penuntut Mesir kesal sertai Bersih

- ms 9

- Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said & Keluarga.

temurun yang mampu memupuk ke-mesraan antara kaum keluarga dan sahabat handai kita. Justeru itu, saya minta tradisi ini dite-ruskan dan dipupuk di kalangan generasi muda. usah biarkan anak-anak kita melepak di depan televisyen atau bermain video game di dalam bilik saja pada sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri ini. Sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama ketepikan segala selisih faham, perbezaan ideologi politik, sambil kita semua mengeratkan semula tali silaturahim agar umat Islam dan bang-sa Melayu menjadi kuat. Tidak ada gunanya kita bergaduh

sesama sendiri semata-mata disebab-kan perbezaan pendapat dan fahaman politik kerana ia merugikan umat Islam dan bangsa kita sendiri. Sementara kita masih bercakaran sesama sendiri, bangsa lain dan penganut agama lain sudah jauh meninggalkan kita dalam semua bidang. Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakyat Tereng-ganu jika sepanjang perkhidmatan saya sebagai Menteri Besar, terdapat kesi-lapan yang tidak disengajakan.

Page 2: teganukita 64

BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)2

AM

RM38j untuk Program Jaya Diri

Kerajaan negeri membelan-jakan RM38 juta bagi me-nyediakan pinjaman modal perniagaan kepada 14,514

peserta Program Jaya Diri Yayasan Pembangunan Keluarga (PJDYPK) sejak 1995 sehingga kini. Pinjaman modal secara mikro kredit kepada isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin bagi membolehkan peserta mengusahakan projek eko-nomi untuk menambah pendapatan keluarga dengan menetapkan kadar bayaran yang mampu dijelaskan oleh peserta. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ah-mad Said, berkata YPK memainkan peranan penting sejak penubuhannya pada 1986 bagi membantu mem-bantu golongan miskin dan ibu tung-gal untuk mengubah nasib dan ke-

Oleh: Aida Abd [email protected]

hidupan dengan menjalankan perniagaan. “YPK sudah memberi kemudahan pinjaman kepada 14,514 orang den-gan jumlah RM38 juta sejak penubu-han program itu 17 tahun lalu. “Semua peserta kebanyakannya berjaya meningkatkan pendapatan mereka dengan menyertai program YPK ini. Hakikatnya, kerajaan berse-dia menyediakan kemudahan dan bantuan pinjaman modal, bimbingan, galakan mahu pun nasihat bagi me-mastikan masyarakat kita mampu mengubah kehidupan dan sikap ke arah lebih baik, demi memperbaiki ekonomi keluarga masing-masing” katanya di Majlis Berbuka Puasa Meraikan Peserta Program Jaya Diri YPK, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud dan

beberapa exco, pegawai kanan kera-jaan serta ketua jabatan. Menteri Besar turut mengingatkan masyarakat negeri ini supaya me-manfaatkan peluang dan ruang yang disediakan kerajaan bagi mengubah taraf kehidupan dan tidak `miskin minda’ sehingga sanggup menggu-nakan bantuan kewangan itu ke jalan yang tidak sepatutnya. Di majlis itu, seramai 32 penerima anugerah Program Jaya Diri Berdikari menerima sijil dan replika cek masing-masing berikutan kejayaan dalam perniagaan masing-masing yang di-sampaikan Menteri Besar. Selain itu, YPK turut membelanjakan RM4.77 juta bagi menyediakan pinja-man PJDYPK kepada 864 peserta sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Kesemua replika cek diterima wakil masing-masing mengikut parli-men.

Peserta Program Jaya Diri gembira selepas memperolehi suntikan modal daripada YPK disampaikan Menteri Besar Terengganu.Gambar : Zulkipli Putra | [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang berusaha mengenal pasti penerima ban-

tuan bulanan jabatan itu yang produk-tif bagi memastikan kumpulan itu mendapat bantuan Geran Pelancaran untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Timbalan Pengarahnya, Hajah Che Mah Darus, berkata mereka yang masih produktif boleh membuat per-mohonan secara berkelompok atau individu bagi membuka perniagaan atau menceburkan diri dalam bidang pertanian secara komersial. “Bantuan yang disediakan ini diberi sehingga RM2,700 bagi setiap permohonan dan mereka boleh mem-buat permohonan kedua bagi ban-tuan tambahan membesarkan per-niagaan,” katanya ketika ditemui di

JKM sedia bantuan geran berdikari

pejabatnya di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, tahun lalu seramai 175 penerima bantuan membabitkan RM265,000 di mana 117 daripadan-ya menjalankan perniagaan, jahitan (34), ternakan (11) iklan (8) dan masing-masing empat menceburi bidang pertanian dan perabot manaka-la satu tukang besi. Beliau juga memuji sikap enam peserta berkelompok dari Hulu Tereng-

ganu yang berjaya mengusahakan tanaman labu manis. “Kita ingin melihat mereka berdi-kari dan mampu mencari pendapa-tan yang lebih baik serta tidak terus bergantung kepada bantuan bulanan JKM semata-mata,” katanya. Katanya, pihaknya juga bersedia memberi khidmat latihan dan bimb-ingan kepada mereka yang tidak ada pengalaman dalam bidang yang ingin diceburi.

2011175 Penerima

dengan peruntukanRM265,000

HAJAH CHE MAH

SelamatHari RayaAidilfitri

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

“Saya mengambil kesempatan di

sini untuk mengucap-kan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada se-luruh penduduk Terengganu khusus-nya kepada penjawat-penjawat awam. Semoga kita bersama-sama menyam-but lebaran 1433 Hijrah ini dengan penuh meriah tetapi besederhana dalam persiapannya. “Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan selamat bertugas kepada mereka yang berkhidmat sepanjang perayaan ini, selain berharap Ramadan yang baru berlalu mampu mendidik kita menjadi penjawat awam yang berintegriti, menjalankan kerja dengan penuh ikhlas dan amanah seterusnya tugas kita mendapat keredhaan Allah s.w.t. “Saya juga menasihat perantau yang pulang berhari raya supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ketika membawa kenderaan dan mengelak tragedi pada musim perayaan.

Dari Abu Bakrah r.a bahawa Nabi saw. bersabda: “Dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadan dan bulan Zulhijah”.

Huraian Hadis: 1. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan memakai wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya 2 rakaat pada sebelah pagi di mana kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada menger-jakan sembahyang sunat Aidil Fitri atau Aidil Adha dengan melalui jalan yang berlainan.

Page 3: teganukita 64

3

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Sultan Mizan berkenan agih bantuan Aidilfitri

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah

Nur Zahirah berkenan berang-kat ke majlis Pengurniaan Bantuan Fakir Miskin sem-pena Hari Raya Aidilfitri, Yayas-an DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar,

Oleh: Esah [email protected]

Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan mengurniakan bantuan kepada fakir miskin di Taman Tamadun Islam, baru-baru ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Diper-tua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof. Tahun ini, YDSM membe-lanjakan RM120,000 bagi tujuan itu dan majlis ini meru-pakan agenda tahunan sejak yayasan ditubuhkan tujuh

tahun lalu. Seramai 120 warga emas dari semua daerah seluruh negeri menerima sumbangan berupa wang tunai RM250, baju Melayu, songkok dan kain pelikat (lelaki) manakala bagi wanita RM250, kain batik terap, sandal dan tudung. Bagi pelajar sekolah pula, seramai 270 kanak-kanak daripada keluarga miskin dari sembilan buah sekolah ter-pilih masing-masing menerima wang tunai RM150 setiap seorang. Antara sekolah terpilih ialah Sekolah menengah Kebang-saan (SMK) Sultan Ahmad (30)

dan SMK Bukit besar (30) manakala sekolah rendah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dir, SK Bukit Wan, SK Sungai Berua, SK Sungai Pergam, SK Pulau Redang dan Madrasah Al-Hidayah Batu Burok serta Madrasah Darul Ikhwan, Marang. Majlis bertujuan meraikan warga emas yang miskin dan pelajar sekolah seluruh negeri , selain membantu meringan beban mereka yang kurang bernasib baik di samping dapat menjalani ibadah puasa den-gan sempurna seterusnya merayakan Hari Raya Aidil Fitri dengan kesyukuran.

Serikandi cakna veteranBadan Amal dan Kebajikan

Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi)

tidak pernah melupakan jasa ahli-ahli veteran persatuan itu yang aktif sebelum ini menerusi Program Ziarah Ramadan. “Kami menghargai jasa dan bakti mereka kerana banyak

memberi tunjuk ajar kepada kami semua yang masih aktif sebagai ahli Serikandi,” kata To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud kepada Teganukita selepas menziarah beberapa buah rumah ahli veteran di sekitar Parlimen Kuala Tereng-ganu dan Kuala Nerus .

Apa yang dibual-kan To’ Puan Seri

Hajah Norliza Mahmud

dengan seorang veteran Serikandi sehingga mereka

tergelak besar.

Affin Islamic Bank Berhad membina 40 unit rumah

kepada asnaf di negeri ini men-jadikan jumlah keseluruhan 300 unit rumah di seluruh negara di bawah pembiayaan wang zakat sejak 2006. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata selain Terengganu, negeri yang mendapatkan ke-mudahan rumah ini termasuk-lah Sabah, Pahang, Melaka, Kedah, Kelantan dan Perak. “Kami amat sukacita bila mendapat peluang untuk meng-hadiahkan rumah kepada kelu-arga miskin,” katanya kepada pemberita di majlis Penyerahan Kunci Perumahan Affin Islamic

Affin Islamic bina 300 rumah golongan miskin

Bank dan Maidam, Agihan Za-kat Hari Raya dan Berbuka Puasa di Masjid Padang Nanas, Parlimen Kuala Nerus, baru-baru ini. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang diiringi isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud menyempurnakan majlis berkenaan dan seterus-nya berbuka puasa bersama penduduk tempatan.

YT perkenal subjek I’dadi perkasa bahasa ArabYayasan Terengganu (YT)

memperkenalkan subjek I’dadi yang mengandungi tauhid, feqah, hadis, sirah dan tafsir sebagai satu subjek kebitaraan di Sekolah Menengah Imtiaz yang bertujuan memperkasakan bahasa Arab. Pengarahnya, Encik Zakaria Yusof, berkata YT telah berjaya menerbitkan buku teks I’dadi yang digubal oleh lujnah yang dilantik khas terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. “Buku teks ini digunapakai oleh pelajar di Imtiaz sahaja,” katanya pada majlis penutup Program Khas Asasi Ulul Albab 2012 Sekolah-sekolah Menen-gah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) dan Penyerahan Cek Ban-tuan Zakat Maidam kepada YT di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri , YB Haji Khazan Che Mat meras-mikan program itu. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Haji Wan Harujan Sulaiman. Katanya, YT mengambil ikti-bar daripada Siyyidina Umar al-Khattab yang berkata, “Ben-tuklah anak-anak mu mengikut zaman (ilmu kontemporari) kerana mereka dilahirkan pada era yang berbeza dengan kamu”. “Seramai 457 pelajar Tingka-tan Satu dari Lima Imtiaz selu-ruh negeri mengikuti program sejak Januari hingga Mei lalu yang menjadi niche area@etos@kebitaraan SM Imtiaz,” katanya.

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud.

Selamat Hari Raya Aidilfitri“Salam lebaran, Salam Merdeka dan Salam 1Terengganu.

Saya dan semua ahli Serikandi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, bulan kemenangan selepas sebulan berpuasa kepada seluruh rakyat Terengganu yang beragama Islam. Kepada semua jangan lupa untuk meneruskan tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sahabat handai dan saudara mara sepanjang lebaran ini bagi merapatkan hubungan silaturahim sesama kita tanpa mengira lapisan usia, latar belakang mahu pun kaum.”

Dari Aisyah r.a katanya: Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis pe-nyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar: “Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ? Hari itu adalah hari’Id.” Maka bersabda Rasulullah s.a.w: “Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (˜Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”

Page 4: teganukita 64
Page 5: teganukita 64

BISNES

Oleh: Suriati [email protected]

Asam

Gum

pal

pencuc

i mulu

t, peng

ikat se

lera

Tempahan yang diterima antara 1,500 hingga 2,000 biji asam gumpal dihasilkan dengan menggunakan 10 hingga 15 kilogram tepung sagu dengan bantuan lima pembantu sebaik menjelang awal Ramadan dan akhir Syawal.

Bahan lain yang tu-rut digunakan bagi meng-hasilkan sajian pencuci mulut tradisi Terengganu itu seperti santan, kacang hijau dan isi nangka.

Rata-rata pelanggan yang datang menempah makanan tradisional berke-naan bertujuan sebagai hidangan kepada tetamu di majlis berbuka puasa, rumah terbuka dan juga juadah kepada jiran atau saudara.

Disebabkan permin-taan yang tinggi berbanding kekangan masa dan tenaga kerja, Wan Kalsom sentiasa mengingatkan pelanggan supaya membuat tempa-han seminggu lebih awal bagi mengelak tempahan

Setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, membuatkan pengusaha asam gumpal ter-kenal di bandar ini, Wan Kalsom Wan Jusoh yang dikenali dengan gelaran Kak Han tidak

menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat berganda berbanding hari biasa.

gagal disiapkan mengikut masa yang dikehendaki pelanggan. “Saya seboleh-bolehnya mahu memenuhi pemintaan pelanggan wa-laupun ada yang menempah di saat akhir, tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana bilangan pembantu tidak mencukupi selain menyediakan dengan teliti mengikut sukatan ba-han bagi mengekalkan kualiti rasa asam gumpal. “Tempahan untuk majlis rumah terbuka sepanjang Aidilfitri juga sudah banyak diterima dan akan disiapkan sebagaimana diminta,” katanya. Kak Han memberitahu apa yang diusahakan itu adalah hasil turun-temurun dan tunjuk ajar ibunya, Hajah Aisyah Sulong yang turut bersama-sama men-gusahakannya hampir sepuluh tahun lalu. “Selepas ibu menyatakan tidak larat untuk men-gusahakannya, saya nekad mengambil alih sepenuh-nya di samping mengubah resepi ibu daripada asam gumpal halba kepada asam gumpal berisi nangka. “Pendekatan mengubah suai resipi nyata menjadi dan pelanggan lebih menggemarinya kerana bersaiz lebih kecil dan tidak kenyal,” katanya yang ditemui di premis perusahaannya di Batu Burok, Kuala Tereng-ganu. Menurutnya, pada hari biasa makanan tradisional itu dihasilkan sendiri, bagaimanapun apabila menjelang Ramadan dan Syawal, dia terpaksa meminta bantuan tiga hingga lima pembantu di kalangan jiran dan saudara yang tinggal berdekatan.

Katanya, sebelum serius dan memberi tumpuan sepenuh-nya membuat asam gumpal, dia ada mem-buka gerai makanan di Batu Burok, Kuala Tereng-ganu dan perniagaan itu hanya bertahan selama empat tahun itu. “Perniagaan itu terpaksa ditutup kerana tidak dapat memberi tumpuan kepada perniagaan asam gumpal, selain tidak mahu mengecewakan hati pelanggan yang sering menempah asal gumpal saya,” katanya.

5BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

JAYA DIRI

Pekerja sedang menyiapkan asam gumpal yang di-tempah pelanggan.

Hubungan kejiranan yang erat mampu memberi

kesan efektif bagi mengelak kejadian curi dan pecah rumah yang mungkin me-ningkat berikutan penghuni pulang bercuti di kampung masing-masing sepanjang musim perayaan. Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner, Dato’ Jamshah Mustapa, berkata hubungan baik dan rapat sesama jiran tetangga boleh mengurangkan risiko kawasan perumahan dan rumah yang tidak berpeng-huni menjadi sasaran pen-jenayah. “Apabila rumah kita kosong (ditinggalkan), kita beritahu jiran supaya memantau ka-wasan rumah kita. Malah, melalui Jabatan Perpaduan Negara diwujudkan Skim Kejiranan dan sebagainya yang menjadi salah satu usaha mengelak kejadian pecah rumah. “Kita dapati di kawasan yang mempunyai kejiranan yang erat, di mana terdapat Skim Kejiranan ini jenayah tidak berlaku disebabkan penjenayah suka kepada

orang yang tidak menge-nali dan tidak ambil kisah kehadiran mereka,” katanya ketika ditemui Teganukita, di pejabat beliau, baru-baru ini. Dato’ Jamshah berkata, sikap saling mengambil be-

rat mampu mengurangkan risiko kecurian dan pecah rumah beri-kutan tindakan bertanya , me-nyelidiki tindak-tanduk serta tujuan orang luar memasuki kawasan kejiranan dapat `me-matikan’ langkah penjenayah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu. Pada masa yang sama, beliau berkata penghuni rumah yang mahu meninggalkan rumah harus meningkatkan ciri kes-elamatan terutama mengunci rumah dengan sebaik mungkin, mengelak keadaan rumah yang gelap dan persekitaran yang semak berikutan tiga faktor berkenaan boleh mendorong kepada kejadian jenayah berke-naan. “Tiga faktor itu menjadi pen-dorong kepada kegiatan curi dan pecah rumah kerana pen-jenayah boleh menyorok sebe-lum menceroboh kediaman mangsa. “Modus operandi penjenayah lazimnya, pertama dia akan pastikan sebelum melakukan jenayah, pertama, mereka tidak akan ditangkap; yang kedua mereka tidak dicam, dan faktor ketiga, penjenayah dapat apa yang dikehendaki,” katanya.

Hubungan kejiranan erat, tingkat keselamatan kediaman

DATO’ JAMSHAH

Hubungan baik dan rapat sesama jiran tetangga boleh mengurang-kan risiko ka-wasan perumahan dan rumah yang tidak berpenghuni menjadi sasaran penjenayah.

Page 6: teganukita 64

6

RENCANA-

C a t a t a n P e n g a r a n g Salam Aidilfitri

PENAUNG: YAB DAto’ SERI HAjI AHmAD SAID

mENtERI BESAR tERENGGANU. YB Haji Khazan Che mat

Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAt: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG: Ruslan Abdul Rahman

timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin mat Akib

(media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman

(Akhbar teganukita).

WARtAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi mohd Hj. mohamad Ishak (Besut) Amirullah othman (marang) Hazwan Rosli (Dungun) mastura jamaluddin (H. terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

jURUFoto: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidan

g Red

aksi

siri 9ANALISIS

Oleh: Pengarang [email protected]

BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Pada Hari Raya Aidilfitri, sambil kita berjalan ke masjid untuk

menunaikan sembahyang sunat hari raya, ambillah kesempa-tan untuk menziarahi beberapa rumah saudara-mara atau jiran tetangga. Dalam perjalanan pulang, kita lalui jalan lain dan ziarah juga be-berapa rumah lain di sepanjang perjalanan. Ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang sepatutnya menjadi ikutan kita semua. Sambil berseronok menyambut lebaran, jangan kita lupakan nilai-nilai positif yang telah kita kutip sepanjang bulan Ramadan lalu untuk diamalkan pada masa-masa akan datang, bagi membentuk masyarakat yang gemilang dan terbilang.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri,

Haji Shamsuddin Sulong

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dipanjang-kan umur serta dikurniakan keamanan di bumi tercinta ini untuk menyambut

Hari Raya Aidilfitri. Berterima kasihlah kita kepada pihak yang menjaga keselamatan negara dan kepemimpinan yang bijaksana dalam mengurus negara tercinta ini. Marilah bersama-sama kita mengekalkan perpaduan, hidup dengan penuh kemesraan di antara satu sama lain- itulah sebenarnya manifestasi kesyukuran kita. Mereka yang berada dan berkemampuan, lihat-lihatlah juga saudara-mara, jiran tetangga, anak-anak yatim atau sahabat handai atau sesiapa sahaja yang perlu dibantu.

Hulurkanlah bantuan kepada mereka di hari yang mulia ini sebagai sedekah kita, walaupun berbagai bantuan sudah diberikan kepada golongan ini oleh pihak berkuasa. Mereka juga ingin bergembira seperti kita. Bermaaf-maafan juga dituntut di hari mulia ini, melangkaui segala, tanpa mengira kedudukan dan perbezaan-perbezaan tertentu. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa Mohon kemaafan untuk segala-galanya dan ucapkanlah Selamat Hari Raya dan berhati-hatilah di jalan raya.

Negeri kezaliman bukannya kebajikan

orang teganu???

Ingat dok lagi...

Negara kebajikan? Itulah yang dilaungkan oleh sebuah parti yang memperalatkan Islam. Parti pembangkang itu yang per-nah pernah memerintah Terengganu

(1999-2004) telah terbukti bukannya parti yang melakukan kebajikan tetapi melakukan sebaliknya (kezaliman). Fakta menunjukkan pada tahun 2000 kerajaan Terengganu ketika itu memotong 1492 penerima bantuan bulanan kebajikan masyarakat terdiri kalangan orang miskin, ibu tunggal dan warga emas, khususnya yang disyakki tidak memihak kepada parti mereka. Pada Julai 2001, kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan parti itu menamatkan elaun guru al-Quran di kampung. Turut ditamatkan elaun ialah mubaligh atau guru agama di bawah Yaya-san Islam Terengganu sejak Januari 2001. Bayangkanlah elaun pendakwah dan golongan yang memainkan peranan untuk syiar dan me-ningkatkan ajaran Islam, parti berkenaan yang berkuasa seketika di Terengganu sanggup berbuat demikian (menamatkan elaun). Begitulah juga mulai Januari 2001, imbuhan hafiz dan hafizah al-Quran, dihapauskan termasuk ada di kalangan mereka yang tidak dapat melihat (buta penglihatan) dan juga dipotong elaun Qa-riah b e r j a s a d a n t e r ke m u k a H a j a h R o g a y a h ( sekarang Dato’) Sulong. Fakta ini jelas bertentangan juga dengan dasar Islam yang dilaungkan oleh parti itu. Bila diberi kuasa, golongan yang berjasa dalam perjuangan Islam pun dikhianati dan aniayai.

Apatah lagi ketua-ketua kampung yang sedia ada, bila mereka memerintah ditamatkan, ke-rana ketua kampung yang sekaligus menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesela-matan Kampung dimansuhkan. Mereka juga memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah kerajaan dan diganti dengan pengambilan cuti. Ini tidak termasuk kezaliman menghalau kanak-

kanak Tabika Kemas melibatkan 391 premis tabika itu di seluruh negeri Terengganu pada waktu itu. Wang zakat juga diselewengkan dengan diberi-kan kepada anak-anak ahli Exco Kerajaan Negeri yang hendak menyambung pelajaran di luar neg-ara, menafikan hak orang miskin. Tidak pernah rakyat terfikir serakus itu golongan yang melaungkan perjuangan parti mereka berter-askan Islam kononnya. Ingat dok lagi, di bulan puasa (22 Ramadhan 1423H, bersamaan 27 November 2002 penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut di usir keluar oleh kerajaan yang berkuasa waktu itu dan pembinaan surau di perkampungan itu dihalang sama sekali. Pada Disember 2002, mereka menghalau guru dan pelajar MRSM-YT Besut dan Dungun supaya keluar dari premis itu, hingga pelajar terpaksa dipindahkan ke MRSM di negeri-negeri lain. Bahkan menjelang Aidilfitri bila pembahagian wang zakat fitrah dijalankan hanya kalangan pe-nyokong parti mereka sahaja diberikan di masjid-masjid dengan tapisan yang dibuat oleh jawatan kuasa di peringkat parti kampong me-reka terlebih dahulu. Berasaskan fakta-fakta ini, jelaslah bahawa parti yang mendakwa hendak menjadikan negara ini negara kebajikan sekiranya mereka memerin-tah, hanyalah pembohongan semata-mata atau retorik. Usahkan negara, negeri yang suatu masa di-serahkan kuasa kepada mereka pun mereka ja-dikan negeri yang penuh dengan kezaliman, bu-kannya kebajikan. Itulah realitinya. Sehingga akhirnya rakyat serik dan menolak mereka dalam Pilihan Raya Umum ke 11 (2004).

Page 7: teganukita 64

7

RENCANABIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Reaksi Pakatan Rakyat (PR) yang memberi tempoh masa seming-gu kepada kerajaan

supaya menukar tema Hari Merdeka menyerlahkan lagi kegusaran dan betapa pem-bangkang sedang menggelabah dengan slogan kemerdekaan J̀anji Ditepati’ itu.

Bukan satu kesalahan un-tuk menggunakan slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememang-nya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janji-janjinya.

“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati,”dipilih sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini. Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Ne-gara (NKEA). Pemilihan tema Hari Ke-bangsaan merupakan hak kerajaan memerintah ber-dasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak. “Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan. “Sebagai satu nilai univer-sal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disem-pitkan dengan mencari mak-na daripada sudut politik,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan baru-

baru ini. ‘Faktor Janji Yang Tidak Ditepati’ merupakan faktor utama yang menyebabkan kemerosotan populariti Ke-tua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak Oktober 2008 hingga sekarang. Rumusan itu dibuat ber-dasarkan kajian Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Ja-batan Pengajian Komunikasi Universiti Islam Antarabang-sa (UIAM) terhadap popula-riti lima pemimpin politik negara.

Bukan satu kesalahan untuk menggu-nakan slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememang-nya mencer-minkan komit-men kerajaan menunaikan janji-janjinya.

Pakatan gelabah dengan slogan `Janji Ditepati ‘

WAKAF RAKYAtOleh: Fauzi [email protected]

‘Faktor Janji Yang Tidak Ditepati’ meru-pakan faktor utama yang menyebabkan kemerosotan populariti Ketua Pembangkang, Dato’ Seri An-war Ibrahim sejak Oktober 2008 hingga sekarang.

Kajian itu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Ma-hathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 diikuti pula den-gan peningkatan populariti Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Mohd Najib. Manakala, Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, di-dapati populariti mereka merosot. Malah, kajian itu menemui satu penemuan yang menge-jutkan apabila populariti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim jatuh menjunam bermula Oktober 2008. Populariti Anwar berada di tempat tercorot berban-ding dengan Nik Aziz dan Guan Eng.

Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memer-intah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis ke-pada mana-mana pihak.

“Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat mur-ni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepa-da rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan. “Sebagai satu nilai universal, apa yang dipu-tuskan itu men-cakupi semua aspek kehidu-pan, kecuali ia disempitkan dengan men-cari makna daripada sudut politik,”

- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan

Page 8: teganukita 64

8

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Terengganu sedia RM8.7 juta bantu pelajar lanjut pelajaranOleh: Suriati [email protected]

Kerajaan negeri memperuntukan kira-kira RM8.7 juta bagi mem-

bantu 11,316 pelajar seluruh Terengganu melan-jutkan pelajaran ke pelb-agai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta sepanjang tahun ini. Melalui peruntukan itu, seramai 5,594 pelajar berjaya melanjutkan pe-lajaran ke peringkat ijazah layak menerima sumban-gan sebanyak RM1,000 seorang, 1,344 pelajar diploma (RM750 seorang), 1,986 pelajar matrikulasi (RM500) dan seramai 2,392 bagi pelajar sijil dan Sekolah Berasrama Penuh masing-masing memperoleh RM500. Menteri Besar, Dato’

Seri Haji Ahmad Said, berkata seramai 5,257 pelajar sudah pun mener-ima sumbangan masing-masing pada Jun lalu manakala selebihnya iaitu 6,059 akan meneri-manya dalam tempoh terdekat. “Kerajaan negeri sang-gup melakukan apa saja semata-mata mahu me-

lihat anak didik Tereng-ganu terus cemerlang mencipta nama di serata negeri dan negara. “Oleh itu apa yang kurang kita tambah, termasuk menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1.2 juta kepada Jabatan Pe-lajaran Negeri Tereng-ganu bagi melaksanakan program,” katanya ke-pada pemberita selepas mempengerusikan me-syuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Neg-eri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu kera-jaan negeri cukup bangga kerana apa yang disum-bangkan kepada pelajar sebelum ini mula menam-pakkan hasil yang mem-banggakan sama ada dalam bidang pendidikan mahupun sukan.

“Kerajaan negeri sang-gup melaku-kan apa saja semata-mata mahu melihat anak didik Terengganu terus cemer-lang mencipta nama di se-rata negeri dan negara.”

Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut hari raya khususnya kepada

perantau, pelajar dan warga pendidik seluruh negeri. Kepada perantau, berhati-hati di jalan raya, pastikan anda selamat tiba dan selamat kembali serta gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk menziarahi sanak saudara kerana ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita. Semoga hari raya tahun ini memberi kece-riaan kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Pengerusi Jawatankuasa pelajaran, pengajian tinggi, Sains, teknologi dan sumber Manusia negeri, Dato Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dari Umar bin Khathab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji.

Page 9: teganukita 64

9

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mengucapkan

terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Men-teri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah meluluskan penubuhan Yayasan Penyelidikan An-tartika Sultan Mizan. “Beta juga menghargai sokongan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili yang berusaha untuk merealisasikan penubuhan yayasan ini,” titah Baginda di majlis Pelancaran Yayasan Penyelidikan An-

Oleh: Esah [email protected]

tartika Sultan Mizan di Universiti Malaysia Tereng-ganu (UMT), baru-baru ini. Turut berangkat, Sulta-nah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ah-mad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili; Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah. “Beta berbangga yaya-san ini dilancarkan setelah genap tujuh bulan selepas lawatan Beta ke Antartika

iaitu pada November 2011 dan ini menunjukkan komit-men serta sokongan ikh-las daripada kerajaan terhadap program pen-yelidikan Antartika oleh rakyat Malaysia,” titah Baginda. Sultan Mizan Zainal Abidin kemudiannya mengesa sektor swasta untuk menyokong dan bekerjasama dengan yayasan itu dalam usaha untuk meningkatkan pe-nyertaan Malaysia dalam penyelidikan saintifik di Antartika. “Antartika merupakan makmal asli yang penting dan membolehkan pen-yelidik untuk mengesan serta memantau feno-mena alam sekitar di pe-ringkat global seperti penipisan ozon atmosfera, pemanasan global serta perubahan paras laut. “Beta gembira melihat adanya rakyat negara ini sudah memulakan usaha untuk membongkar mis-teri saintifik yang tersem-bunyi di benua sejuk itu dan berharap lebih ramai lagi terutama penyelidik muda menyertai usaha ini,” titah Baginda. Sultan Mizan berkenan menyampaikan Anugerah Penyelidikan Antartika Sultan Mizan kepada penyelidik iaitu Dr. Wan Mohd Rauhan Wan Hus-sin (UMT); Dr Chong Chur Wie (Internasional Medical Universiti) dan Abiramy a/p Krishnan (UMT).

Penuntut Mesir kesal sertai Bersih

Jelajah Merdeka Raya singgah berbuka di kediaman MB

Terengganu menjadi lokasi kedua laluan siri

penjelajahan ke negeri Pantai Timur selepas Pa-hang sebelum berakhir di Kelantan bagi Program RTM Jelajah Merdeka Raya 2012. Program yang meng-gabungkan tiga acara merangkumi sambutan bulan Ramadan, Hari Raya dan menjelang Kemerdekaan Ke-55 singgah untuk me-nikmati juadah berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ah-mad Said dan pegawai kanan kerajaan di Kedia-man Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sebelum itu, peserta penjelajahan sempat men-gagihkan bubur lambuk dan bendera di Hotel Per-mai, Kuala Terengganu, pada sebelah pagi. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata program anjuran Jabatan Penyiaran Malay-sia itu harus disokong dan menjadi inisiatif penting sebagai menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 tidak lama lagi.

Seorang pelajar Tahun 3 jurusan Perubatan dari Universiti Azhar

Mesir yang menyertai per-himpunan Bersih 2.0 tahun lalu, melahirkan rasa ke-sal kerana terlibat dengan perhimpunan tidak ber-faedah itu hingga menje-jaskan pembelajarannya dan banyak menyusahkan keluarga di tanah air. Muhamad Hasyim Che Ngah, 21, mengakui dia dan beberapa rakannya telah terpengaruh dengan pelawaan pihak pembang-kang untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah pada 9 Julai ta-hun lalu. Berikutan itu, Yayasan Terengganu (YT) meng-gantung pinjaman penga-jian Muhamad Hasyim dan lapan pelajar lain dari negeri ini selepas mereka didapati bersalah terlibat dengan perhimpunan ha-ram itu kerana tindakan mereka amat jelas melang-gar penjanjian antara kedua-dua pihak. “Saya menyesal di atas perbuatan itu yang dilaku-kan tanpa berfikir panjang. Kini saya terpaksa menang-gung risiko untuk melan-jutkan pelajaran di uni-versiti berkenaan tanpa pinjaman YT.

“Selepas YT menarik balik pinjaman pengajian, tidak ada pihak lain yang datang membantu saya kecuali rakan-rakan dan keluarga,” katanya ke-pada sidang media selepas mengunjungi Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Wisma Darul Iman, baru-baru ini bagi mela-hirkan rasa kesalnya atas perbuatan yang dilakukan tanpa berfikir panjang itu. Beliau turut memohon maaf kepada Menteri Be-sar, kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu atas kesilapan tersebut dan amat berharap diberi peluang kedua bagi mem-baiki kesalahan tersebut. Sementara itu, Menteri Besar ketika ditanya reaksi terhadap permo-honan pelajar berkenaan, berkata kes itu akan diru-juk kepada Lembaga Pen-garah YT dan keputusan muktamad akan diputus-kan pada mesyuarat lem-baga tidak lama lagi.

Salam Aidilfitri dan Salam Muhibah diucapkan

kepada semua perantau dan umat Islam di Tereng-

ganu, semoga hubungan sesama kita bertam-bah utuh dan erat hendaknya di hari yang mulia dan penuh berkat ini. Semoga kita dapat mengekalkan keharmo-nian, kesejahteraan hidup di bawah pimpinan kerajaan yang adil dan telus. Raikan lebaran ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyu-kuran.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri,

Dato’ Yahya Khatib Mohamad.

SelamatMenyambutLebaram

Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan jadi kenyataan

Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan melawat ruang pameran Yayasan Penyelidikan Antartika.

MuHAMAD HASyiM

Page 10: teganukita 64

10

PELANCONGAN

RIADAH

BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Saya dan keluarga mengambil kesempa-tan ini untuk mengucapkan selamat hari

raya aidilfitri kepada semua. Ambillah pelu-ang di hari raya ini untuk menziarahi sanak saudara bagi mengukuhkan lagi silaturahim antara kita. Saya juga menjemput semua pengundi dan rakyat Terengganu untuk sama-sama menghadiri rumah terbuka di rumah saya pada 22 Ogos ini bersamaan 4 Syawal. Di samping itu, sama-samalah kita merapat-kan hubungan dan saling beramah mesra sempena kehadiran Syawal ini. Kepada me-reka yang tinggal di luar daripada Tereng-ganu saya mengucapkan selamat memandu dan selamat tiba serta dapat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.

SalamAidilfitri

Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said.

Deretan bangunan lama yang masih gah berdiri dengan seni bina menarik dan warna memu-kau pandangan menjadi tarikan

di Kampung Cina yang terletak di pesi-sir Sungai Terengganu. Lokasi itu pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antara-bangsa terpenting di rantau ini pada abad ke-18 masih menyimpan pelbagai warisan bersejarah khususnya bangu-nan lama itu.

Oleh: Suriati [email protected]

Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Tereng-ganu. Keistimewaan perigi ini bukan sa-haja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk se-tempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ. Perigi itu juga mempunyai keistime-waan tersendiri kerana airnya dipercayai tidak pernah kering malah masih digu-nakan sehingga kini. Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindus-trian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata pihaknya menyokong jika ada sebarang cadangan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini. Katanya, dari segi sejarah, Kampung Cina dan kawasan sekitarnya pernah menjadi kawasan perdagangan dan perniagaan terpenting di kalangan ahli peniagaan daripada pelbagai bangsa dan negara termasuk Britain, China dan Thailand. “Malah, pertumbuhan awal perniagaan di Kuala Terengganu bermula di Kampung Cina. “Sangat wajar Kampung Cina ini dipulihara sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini,” katanya. Menurutnya, langkah itu bukan sa-haja mampu mempopularkan negeri ini malah memartabatkan kembali kawasan yang pernah menjadi tapak perniagaan dan perdagangan terpenting di rantau ini pada abad ke-18. “Dulu saya pernah mendengar ura-ura pihak-pihak tertentu yang mahu men-gusahakan Kampung Cina dijadikan tapak warisan dunia, tetapi sekarang ia diam begitu sahaja,” katanya. Dato’ Toh Chin Yaw berkata, masyara-kat berketurunan Cina yang paling padat menetap di negeri ini ialah di Kampung Cina dan ia menjadi pilihan kerana kedudukannya di sebelah kanan muara Sungai Terengganu menjadi tempat berlabuh wangkang. “Rumah dibina bertiang tinggi bagi mengelakkan ancaman pasang surut air sungai atau banjir. Ia menyerupai bentuk rumah yang terletak di negeri China,” katanya.

warisan sejarahKampung CinaKawasan yang pernah menjadi tapak perniagaan dan perdagangan terpenting di rantau ini pada abad ke-18.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”

Kampung Cina, tapak warisan dunia yang terkenal di bandar Kuala Terengganu dengan bangunan lama dan kesan sejarahnya.

Page 11: teganukita 64

11

AGAMABIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Takbir kemenangan umat Islam

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tia-da Tuhan yang berhak disem-bah dengan sebenarnya kecu-

ali Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan segala kepujian milik Allah. Bermula malam 1 syawal, tiada lagi Solat Sunat Terawih. Tiada lagi majlis Iftar Jamaie. Tiada lagi suara selawat dan salam yang disambut dengan penuh semangat oleh para jemaah. Yang ada ialah masjid surau yang menunggu para pengunjung untuk mengimarahkannya. Mashaf-mashaf al-Quran juga menanti tangan-tangan bersih untuk membuka lembarannya agar dibaca dan ditatap ayat-ayatnya secara mendalam. Mana dia orang-orang yang rindu dendam kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk terus berselawat dan salam kepada Baginda? Mungkin kerana itulah, sejak dahulu lagi masyarakat kita bertakbir raya den-gan nada yang mendayu-dayu, sedih dan hiba. Kadang-kadang mampu men-galirkan airmata, kerana menangisi permergian bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan keistimewaan itu. Entah

mereka berpeluang lagi atau tidak untuk menemuinya pada tahun-tahun yang mendatang? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sejak bilakah nada takbir sedemikian diucapkan oleh umat Islam di negara kita? Saya tidak pasti. Tetapi, seingat saya itulah nada yang terucap di masjid surau. Kita mendapati, sebaik sahaj ahli jemaah selesai bertakbir, tampak wajah keriangan mereka. Semacam puas dengan lafaz dan nada takbir yang di-ucapkan. Lain pula dengan laungan takbir hizbi siyasi di negara kita. Mereka ber-takbir tanpa mengira tempat dan wak-tu tertentu. Takbir itu tidak salah, teta-pi kenapa sehingga beberapa orang kafir harbi mencela dan menghentam musuh politik mereka turut dilaungkan takbir? Padahal musuh politiknya kalangan umat Islam. Ayat mana dan hadis mana yang dibaca bahawa kafir harbi lebih baik daripada orang Islam? Padahal orang Islam itu satu akidah, satu sya-hadah dan satu kepercayan tauhid. Benarlah seperti yang kita ketahui bahawa takbir ada macam-macam.

Segala-galanya bermula dari hati kita. Apa sebenarnya niat kita mengucapkan takbir itu? Ikhlas kerana Allah atau hanya semata-mata slogan? Apapun, saya yakin matlamat para mukmin yang baru sahaja selesai men-jalani ibadat puasa sepanjang Ramadan bersama ibadat-ibadat nawafil yang lain pasti tiada yang lain diharapkan dari-pada takbirnya kecuali redha Allah. Apa dan bagaimanakah rohani kita selepas ini? Hanya Allah Yang Maha Tahu. Namun, kalau sekiranya di bulan Ramadan lagi, kita sudah terbiasa men-caci maki orang lain, menfitnah dan menuduh yang bukan-bukan kepada musuh politik, konon demi kebenaran dan keadilan. Siap menyebut nama jawatan dan individu tertentu secara jelas semasa bertazkirah padahal itulah al-Ghibah (umpatan) yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya. Astaghfirullahal Azim. Yang dulu-dulu tu cukuplah. Ber-taubatlah kepada Allah. Semoga semangat hari raya tahun ini mencetuskan semangat baru untuk kita memiliki minda hijrah yang positif demi kegemilangan masa depan umat kita di dunia hingga akhirat.

Kullu ‘Am Wa Entum Bikhairi.. Penulis mengucapkan Maaf zahir dan batin kepada seluruh pemi-nat setia Teganukita, baik dekat mahu pun jauh. Segenap kepujian dan kesyuran kita ucapkan ke-pada Allah Jalla Wa’Ala terha-dap segala nikmatNya dalam negara yang aman dan damai ini. Semoga hari raya ini men-jadi permulaan yang baik un-tuk kita melangkah ke depan dengan azam yang mantap agar menjadi insan yang kaya. Kaya ilmu, harta, akhlak dan jiwa raga untuk menagih sim-pati rahmat Ilahi ke Syurga Firdaus. Berhati-hatilah sepanjang perjalanan di alam maya ini.

Page 12: teganukita 64

12

RENCANABIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

PM berbuka, terawih di Tepoh

B aki 10 Ramadan terakhir lebih bermakna buat penduduk di

Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, apabila menerima kunjungan pemimpin nombor satu negara, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk berbuka puasa dan berte-rawih bersama penduduk tempatan.

Oleh: Aida Abd [email protected]

Perdana Menteri diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, turut menikmati jamuan moreh dan bermesra dengan penduduk tempatan selepas selesai menunaikan so-lat Isyak dan terawih di Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Sebelum itu, beliau me-lengkapkan jadual lawatan dengan menghadiri maj-lis berbuka puasa ber-sama-sama rakyat ber-

tempat di padang bola Kampung Padang Nenas. Menteri Besar serta saf kepimpinan Kerajaan Terengganu ketua-ketua jabatan dan penjawat awam agensi kerajaan negeri dan Persekutuan dan pemimpin masyara-kat setempat turut me-meriahkan majlis itu. Sejurus selepas itu, beliau menyampaikan sumbangan Ihsan Ra-madan kepada warga

Page 13: teganukita 64

RENCANA13BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

PM berbuka, terawih di Tepoh

emas, orang kurang upa-ya, ibu tunggal dan kelu-arga miskin berjumlah RM170,000 sumbangan Yayasan 1Malaysia De-velopment Berhad. Dato’ Sri Mohd Najib turut menyampaikan sumbangan jubah, air zam-zam dan kurma ke-pada imam dan bilal di Parlimen Kuala Nerus. Dato’ Seri Haji Ahmad

dalam ucapannya me-nyifatkan kedatangan Perdana Menteri pada majlis itu sebagai kun-jungan amat ditunggu-tunggu oleh rakyat. “Ia adalah satu majlis yang amat besar makna-nya kepada penduduk di DUN Tepoh dan ka-wasan sekitar serta se-luruh rakyat Terengganu,” katanya.

Page 14: teganukita 64

14

RENCANA

Yayasan Islam pelopor si cilik pintar al-Quran

BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Si badang gegar Sukma

Oleh: Aida Abd [email protected]

IKoN

Keupayaan Mubin meningkatkan prestasi mencuri tumpuan penggiat sukan itu, apatah lagi sukan yang kurang popular di kalangan belia berbanding acara lain seperti bola sepak dan futsal itu sedang ketandusan bakat baru.

Badang kelahiran Seberang Takir, Kuala Terengganu mengukir mo-men paling magis dalam profe-sionnya apabila angkatan 171ki-

logram (kg) dalam acara clean & jerk pada Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, bulan lalu berjaya memadamkan rekod lama 170kg bekas atlet negara, Mohd Hidayat Hamidon pada Kejo-hanan Kebangsaan di Pulau

Pinang sembilan tahun lalu.

Keupayaan Abdul Mubin Rahim, 21, merangkul kilauan emas bagi kategori berat badan 77kg untuk mencipta rekod baru kebangsaan itu, memahat nama sebagai olahragawan di temasya berke-naan. At- let elit kebangsaan Majlis

Sukan Negara (MSN) menerima pendedahan awal dalam sukan lasak terbabit bermula di Seko-lah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir ketika berusia 13 tahun sebelum

diserapkan menjalani latihan secara intensif di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lum-pur dua tahun kemudian. Minat dan cintanya yang mendalam menyebabkan dia mencari inisiatif men-gadakan latihan apabila berada di rumah dengan

menggunakan tin berisi si-men yang dihasilkan send-

iri bagi memantapkan fizikal dan stamina.

“Saya juga sering m e n g a n g k a t barang-barang berat ketika di rumah. Malah, setiap kali me-

nukar tong gas yang kosong saya juga

akan mengangkatnya

jABAtAN & ANDASejarah Sukma tercipta apabila anak Terengganu, Abdul Mubin Rahim berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara angkat berat.

Usaha melestari ilmu al-Quran di kalangan si cilik terus diperkasakan

pelbagai pihak khususnya jabatan dan agensi kerajaan negeri yang bertang-gungjawab secara langsung mengurus-kan program pra sekolah. Sehubungan itu, kira-kira 9,000 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di institusi kelolaan kerajaan ne-geri dan Pusat di Terengganu akan menyertai Majlis Khatam dan Pintar al-Quran yang dijangka diadakan pada Oktober atau November ini. Sehingga kini, 6,727 kanak-kanak sudah mendaftar, malah angka itu se-makin bertambah dari minggu ke minggu sebelum menjelangnya program itu tidak lama lagi. Penyertaan di kalangan kanak - kanak berusia lima dan enam tahun menerusi

gabungan pra sekolah di bawah Yaya-san Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional (JPIN). Berdasarkan rekod, jumlah penyer-taan kanak-kanak terhadap program itu semakin meningkat pada setiap tahun berikutan mendapat sokongan dan komiten padu daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa, guru dan pemimpin setempat. Pengarah YIT, Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail, berkata program yang mula diperkenalkan pada 2006 itu, hanya

937 kanak-kanak dari tadika YIT yang menyertainya. “Setahun kemudian iaitu pada 2007, tadika JPNT dan Kemas bersetuju bersama-sama tadika YIT menyertai program itu dengan jumlah penyertaan seramai 2,010 kanak-kanak. “Pada 2008 pula, tadika JPIN me-nyatakan persetujuan ingin bersama-sama tiga tadika lain dengan menjadi-kan jumlah 2,660 kanak-kanak kesemuanya,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Menurutnya, apa yang membang-gakan jumlah itu terus meningkatkan dengan penglibatan keempat-empat

HJ MD KAMARuL AL-AMiN

Oleh: Suriati [email protected]

Page 15: teganukita 64

15

RENCANABIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

setinggi mungkin kerana selain mem-bantu ibu, saya juga mahu membuktikan kekuatan sendiri,” tuturnya sambil ber-selang tawa kepada Teganukita, baru-baru ini. Keupayaan Mubin meningkatkan prestasi mencuri tumpuan penggiat sukan itu, apatah lagi sukan yang kurang pop-ular di kalangan belia berbanding acara lain seperti bola sepak dan futsal itu sedang ketandusan bakat baru. Ruang yang terbentang buat anak keenam daripada 13 beradik itu digu-nakan dengan sebaiknya untuk merang-kul posisi paling selesa, demi melenyap-kan keraguan keluarga terutama kedua orang tuanya, Rahim Ali, 54 dan Zawiah Abd Rahman, 50, bahawa pemilihan karier sejak di bangku sekolah itu ada asasnya. Pendedahan demi pendedahan dalam Kejohanan Angkat Berat Remaja yang dianjurkan secara sirkit tiga kali setahun menjadi medan mengasah p e n -galaman dan meningkatkan tahap ang-katan sebelum penglibatannya dijulang untuk mewakili negara di Sukan Koman-wel New Delhi bagi kategori 85kg dua tahun lalu. Pentas Sukma menjadi medan Mubin melebar langkah dalam acara kegemaran-nya itu yang dimulai dengan Sukma ke-11 Kedah, di mana penglibatan pertama di temasya 2006 itu tidak menghadirkan sebarang pingat, sebelum penyertaan di Sukma Terengganu 2008 berjaya meraih

emas selepas mengumpul mata terting-gi 115kg bagi acara snatch dan 156kg bagi acara clerk & jerk. Sementara Sukma ke-13 Melaka dua tahun lalu pula menyaksikan pemuda yang lahir tanggal 6 Januari 1991 itu mengegarkan arena angkat berat untuk membolot dua emas menerusi angkatan 140 kg acara snatch dan 175kg acara clerk & jerk bagi kategori berat 85kg. Aksi Mubin itu berjaya meleburkan rekod dipegang sejak 11 tahun lalu untuk mem-perbaharui rekod baru dan terus diper-tahankan sehingga kini, sebelum dia melakar hatrik meraih emas bagi kate-gori berat 77kg di Sukma Pahang lalu. “Sebelum ini, saya tidak pernah teruja untuk menyertai penutup Sukma. Bagaimana-pun, memandangkan ini adalah pentas Sukma terakhir saya, saya turut serta bersama rakan lain bagi meraikan kejay-aan Terengganu yang muncul juara buat kali keempat berturut-turut. “Tidak sangka pula, cakap-cakap men-gatakan saya mungkin akan menaiki pentas menerima anugerah olahragawan daripada Perdana Menteri benar-benar menjadi kenyataan. Itu sesuatu yang san-gat manis dan berbaloi sepanjang karier saya,” katanya yang mendedikasikan kejayaan kepada jurulatih, Mohd Azrul Che Mat serta seluruh keluarganya. Tanpa kelibat ibu dan bapa di lokasi pertandingan berikutan tiada kemuda-han pengangkutan sendiri untuk mem-bawa mereka, bukan halangan untuk atlet itu meresap doa, semangat dan harapan orang tuanya menerusi perbua-lan telefon sebelum pertandingan, bagi membuktikan kejaguhannya. “Syukur Alhamdulillah. Penat lelah, perjuangan saya dan pengorbanan masa untuk memberi tumpuan penuh terhadap sukan ini sehingga tiada masa untuk berhibur dan lepak seperti rakan sebaya yang lain akhirnya berbaloi,” kata atlet yang muncul antara penerima insentif tertinggi daripada Kerajaan Terengganu berjumlah RM23,500 termasuk RM10,000 ganjaran khas sebagai olahragawan. Menurut Mubin lagi, dia berhasrat un-tuk terus menetap di kampung dan men-cari pekerjaan tetap bagi membantu ibu bapa dan keluarganya yang hidup serba sederhana serta hanya bergantung ke-pada pekerjaan bapa sebagai tukang rumah, sambil meneruskan misi dalam arena angkat berat itu.

Kejayaan penduduk di Kampung Gong Batu mengusahakan ter-nakan ikan dalam sangkar

menjadi buah mulut penggemar siakap dan kerapu dari dalam dan luar Tereng-ganu. Sehingga ini mereka menjadi pem-bekal utama ikan ke negeri Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang den-gan jumlah penghantaran 10,000 metrik tan (mt) seminggu. Berkat usaha penduduk yang mahu keluar dari kepompong kemiskinan, 80 peratus daripada 1,023 masyara-kat kampung itu mengambil peluang terhadap persekitaran yang memiliki sungai air payau bagi menjalankan perusahaan pembiakan siakap dan kerapu. “Pada keseluruhannya mereka mampu menjana pulangan pulangan kira-kira RM10 juta setahun hasil jualan ikan kerapu dan siakap ,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Batu, Bandar Permaisuri, Setiu Encik Abdul Manaf Ahmad, 48. Kerja hakiki mereka rata-rata se-bagai nelayan yang saban hari ber-panas dan berhujan di tengah lautan demi mencari sesuap nasi untuk anak isteri yang turut berdepan dengan risiko yang tidak terduga dengan akal manusia. Katanya, mengusahakan ikan dalam sangkar tidak sukar dan han-ya perlu meluangkan masa dua jam dalam sehari sudah memadai demi merubah kehidupan masa depan. Usaha mereka bermula dari bawah yang dirintis oleh dua tiga orang pen-duduk menggunakan modal sendiri.

Gong Batu lubuk ikan sangkarDESAKU

Oleh: Esah [email protected]

Selepas usaha menampakkan hasil ia diikuti jiran yang lain dengan mem-buka tiga empat sangkar atau lazim-nya dikenali sebagai p̀etak’ oleh penduduk tempatan. “Kata penggemar ikan, siakap dan kerapu dari Gong Batu isinya manis kerana ia diternak dalam sungai ter-buka dan bukannya dalam kolam yang diusahakan pada sesetengah tempat,” katanya yang menjadi ketua kampung sejak sembilan tahun lalu. Sebagai sebuah perkampungan nelayan, suri rumah turut membantu suami dengan mengusahakan anya-man lekar dari lidi pokok nipah, rokok daun nipah serta menjual lokang, kepah serta kerang yang dikutip dari hutan nipah. “Sebagai memenuhi tuntutan gen-erasi siber hari ini sebuah pusat Bestari.Com akan memulakan oper-asinya pada Oktober depan yang berbekalkan 11 unit komputer untuk kemudahan pelajar dan juga orang dewasa,” katanya. Di samping itu katanya, sebuah Perpustakaan Desa yang dilengkapi dengan pelbagai tajuk buku, risalah menjadi tumpuan pelajar sekolah rendah dan menengah mencari se-bagai bahan rujukan belajar. Sebagai ketua dalam kampung beliau sentiasa bersama-sama anak buahnya melakukan kerja gotong royong yang dijadualkan sekali dalam sebulan. “Jujur dan ikhlas bekerja untuk kepentingan awam serta tidak lalai menilai siapa diri kita dan siapa ‘bos’ kita membolehkan segala urusan berjalan lancar,” katanya.

Keupayaan penternak ikan sangkar di Kampung Gong Batu, Setiu amat mem-banggakan kerana mampu menjana pendapatan kira-kira RM10 juta setahun hasil jualan ikan siakap dan kerapu.

937 kanak-kanak dari tadika YIT yang menyertainya. “Setahun kemudian iaitu pada 2007, tadika JPNT dan Kemas bersetuju bersama-sama tadika YIT menyertai program itu dengan jumlah penyertaan seramai 2,010 kanak-kanak. “Pada 2008 pula, tadika JPIN me-nyatakan persetujuan ingin bersama-sama tiga tadika lain dengan menjadi-kan jumlah 2,660 kanak-kanak kesemuanya,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Menurutnya, apa yang membang-gakan jumlah itu terus meningkatkan dengan penglibatan keempat-empat

tadika iatu seramai 4,622 kanak-kanak pada 2009; manakala 6,246 kanak-kanak (2010) dan pada tahun lalu pula, seramai 7,930 kanak-kanak berjaya khatam al-Quran. “Bermula awal persekolahan lagi, mereka mula mengaji dengan bantuan guru tadika masing-masing bagi men-guasai al-Quran serta mengamalkan perkara-perkara asas sebagai seorang Islam,” katanya “Pihak kami yakin dengan adanya program seumpama ini, setiap pelajar di Terengganu mahir membaca al-Quran sebelum memasuki sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Page 16: teganukita 64

16

FOKUS KHAS

EKSKLUSIF Oleh: Kamarudin Mat Akib [email protected]

BN terus bela nasib generasi baru

BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Exco berbuka dengan pasukan keselamatan

Ahli Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri (Exco), YB Dato’ Haji Ahmad

Razif Abd Rahman, melu-angkan masa untuk ber-buka puasa bersama-sama anggota pasukan keselamatan yang bertu-gas menjaga keamanan di sempadan negara. Beliau turut membawa kira-kira 20 pemimpin belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, berbuka puasa di Markas Taktikal

BN 9 Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan, pada hari ke-19 umat islam berpuasa (8 Ogos lalu). “Saya sengaja mem-bawa pemimpin belia bersama-sama rombongan hari ini supaya mereka turut merasai pahit getir dan kesusahan yang di-alami anggota pasukan keselamatan menjalani ibadat puasa sambil ber-tugas mempertahankan benteng negara,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di markas tersebut.

Lima kakitangan Unit Komunikasi Negeri, ter-masuk Timbalan Pengarah, Saudara Ruslan Abd Rah-man, turut menyertai rombongan berkenaan yang diadakan khusus bagi menghargai pasukan ke-selamatan kerana jasa dan pengorbanan mereka. Dato’ Haji Ahmad Razif berkata, seramai 329 ang-gota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Gong Badak, ditugaskan untuk mengawal kawasan sem-padan negara dari Rantau Panjang hingga ke Peng-kalan Kubor selama satu bulan, mulai 16 Julai lalu. Pasukan PGA melaku-kan kerja-kerja menga-wal sempadan negara secara bergilir-gilir dengan pasukan lain dari Pantai Timur. “Saya mengambil kes-empatan untuk berbuka puasa dengan anggota PGA pada hari ini bagi memberi semangat ke-pada mereka yang sang-

gup berkorban mening-galkan anak dan isteri bagi menjalankan tugas men-jaga sempadan negara, tanpa mengira masa dan waktu. “Kunjungan ini juga merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada anggota pasukan ini yang sanggup berkorban sepan-jang perkhidmatan mer-eka demi agama, bangsa dan negara,” katanya. Pada kesempatan itu Dato’ Haji Ahmad Razif mengagih-agihkan sum-bangan berupa makanan kepada semua anggota PGA yang bertugas di situ. Beliau turut menyam-paikan sumbangan cek bernilai RM10,000 dari-pada Kerajaan Tereng-ganu kepada Kelab Ke-bajikan Polis PGA Gong Badak. Penyerahan cek replika bagi tujuan itu diserahkan Dato’ Ahmad Razif ke-pada Pegawai Memenrin-tah Batalion 9, Supt Mohd Abduh Ismail.

Dato’ Haji Ahmad Razif bersama anggota PGA Batalion 9 Gong Badak yang berada di sempadan negara menyiapkan juadah berbuka puasa.

Kuih tradisional pilihan pengunjung bazar Ramadan

Puluhan kuih tradisional Terengganu seperti nekbat sira, onde-onde, puteri mandi, buah gomok, tepung pusu, asam gumpal, tepung

pelita dan akok telur mendapat sambutan setiap kali Ramadan. Tinjauan Teganukita di beberapa bazar Ramadan di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu mendapati kebanyakan pengunjung tidak melepaskan peluang membeli kuih tradisional. Peniaga bazar Ramadan, Rohayu Alias, 26, ber-kata setiap tahun beliau menjual kuih-muih pada bulan puasa dan antara kuih yang dijual termasuk kuih menganang telur yang diperbuat daripada tepung gandum dan telur. “Dalam sehari, saya boleh jual 300 biji menga-nang dengan harga sebiji RM2.50,” katanya yang menjual di Bazar Ramadan Batu Enam. Sementara itu, Nur Masjidil Aina Wahab, 36, berkata kuih tradisional seperti kuih ulat bulu laris dijual kerana keunikan dan keenakan rasanya. Selain kuih tempatan, terdapat juga kuih baru yang jarang ditemui seperti kuih tradisional dari Thailand iaitu kuih Locong. Menurut penjualnya, Ibrahim Abu Bakar, 42, beliau mendapat bekalan kuih itu daripada seorang temannya berasal dari Thailand dijual dengan harga RM1.50 sebungkus.

Pelbagai juadah berbuka puasa termasuk kuih tradisonal Terengganu beleh didapati di Bazar Ramadan.

Salam Lebaran

Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua

rakyat Terengganu khususnya penduduk kawasan Dewan Un-dangan Negeri Chukai, semoga hari raya tahun ini membawa keberkatan kepada mereka. Kepada perantau rancanglah perjalanan pulang secara bera-mai-ramai dan ambil peluang

menziarah sahabat handai dan tempat-tempat menarik di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamad Awang Tera.

Page 17: teganukita 64

17

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Salam Lebaran

Saudara kita, Orang Asli terima zakat RM350,000

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Tereng-ganu (Maidam)

memperuntukkan RM350,000 wang zakat untuk diagih-kan kepada 950 saudara kita dan masyarakat Orang Asli di seluruh Tereng-ganu sempena Ramadan tahun ini. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim, berkata setiap saudara kita mener-ima RM350 seorang bagi mereka yang memiliki tanggungan tidak lebih dari tiga orang, manaka-la RM450 kepada pene-rima yang mempunyai tanggungan empat orang atau lebih. Peruntukan keseluruhan yang disediakan Maidam termasuk bagi menyediakan cendera hati berupa bis-kut raya selain sebahagian daripada mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. “Istimewanya pada ta-hun ini, selain saudara kita dan Orang Asli, Maidam juga menjemput wakil dari bangsa lain, Cina dan India yang bukan ber-

Oleh: Aida Abd [email protected]

agama Islam bagi menge-ratkan lagi silaturahim sesama kita. “Malah, sambutan amat baik apabila semua jem-putan datang dari semua daerah dan pada zahir tetamu yang hadir keli-hatan lebih ceria pada kali ini berbanding tahun se-belumnya,” katanya beliau selepas majlis Berbuka Puasa dan Agihan Zakat Aidil Fitri Saudara Kita Negeri Terengganu Tahun 1433/2012, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat; Ketua Pegawai Eksekutif Maidam,

Dato’ Senara Muda bermesra dengan saudara kita yang hadir pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Saudara kita mendaftar untuk mendapatkan wang zakat daripada Maidam, baru-baru ini.

Haji Wan Harujan Sulai-man dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Mohd Rozali Salleh. Dato’ Senara Muda berkata, majlis berbuka puasa kali ini agak meriah dengan penyertaan ter-besar yang melibatkan 490 saudara kita dan

masyarakat Orang Asli. “Tahun ini juga berbeza sedikit kerana diadakan di Hotel Primula berband-ing tahun-tahun sebelum ini dijalankan di Kompleks Darul Hidayah, Maidam (Pusat Bimbingan Saudara Kita)di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu,” katanya.

Terengganu berpontensi tandingi destinasi terkemukaTerengganu berpotensi meningkatkan mutu, tari-

kan dan keunggulan produk dan perkhidmatan pelancongannya setanding dengan destinasi pelan-congan lain yang terkemuka di dunia. Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelan-congan Malaysia Negeri Terengganu (PKPMNT), Cik Mazshida Ruslal, berkata walaupun secara relatif-nya Terengganu masih baru dalam industri pelan-congan di persada antarabangsa, namun industri itu mampu berkembang dengan baik menerusi pelbagai usaha termasuk menganjurkan kursus berkaitan pelancongan kepada barisan hadapan kakitangan awam. “Pembangunan industri pelancongan ini boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha membina, memperluas dan mempelbagaikan asas ekonomi negeri dalam sektor perkhidmatan su-paya sektor ini menjadi lebih dinamik, progresif dan berdaya maju,” katanya ketika berucap sem-pena Kursus Mesra Malaysia Siri III, di Hotel Permai Kuala Terengganu, baru-baru ini. Cik Mazshida berkata, PKPMNT yang beropera-si sejak 1 Januari 2010 lalu dengan menggabung-

kan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Pe-jabat Pelesenan Timur berperanan dalam membantu kerajaan negeri serta penggiat industri pelancongan dalam menjadikan Terengganu seb-agai gerbang utama pelancongan ke Wilayah Pan-tai Timur. Katanya, usaha mencapai hasrat sebagai gerbang utama pelancongan di Pantai Timur dengan mem-beri penekanan kepada skop pembangunan fizikal dan modal insan industri pelancongan, acara pelan-congan, homestay, pelesenan dan juga penguat-kuasaan pelancongan. “Kita baru sahaja menganjurkan program 1̀Ma-laysia Green & Clean’- Siri Jelajah Terengganu serta program `Plant A Tree’ dalam usaha memas-tikan destinasi pelancongan di Terengganu sen-tiasa bersih dan indah,” katanya. Kursus anjuran PKPMNT sepanjang dua hari disertai 34 peserta di kalangan kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk Unit Komuni-kasi Negeri Terengganu, Bomba, Jabatan Pengang-kutan Jalan, Polis, Jabatan Perhilitan Negeri Tereng-ganu dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

NGO jangan jadi topeng pembangkangKerajaan negeri kesal dengan sikap pembang-

kang yang gemar menjadikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai perkakas dan topeng

untuk menonjolkan diri sendiri kononnya pem-bela bangsa. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata apabila berjaya memikat hati NGO, pelbagai ha-sutan dan fitnah keji dileparkan supaya pihak itu membenci kerajaan mentadbir. Katanya, budaya seumpama ini boleh melum-puhkan usaha murni kerajaan yang sememang serius ingin membantu masyarakat dalam pelbagai aspek. “Mana-mana ahli NGO diminta menjauhi kelom-pok manusia dikesan mahu menghasut dan meng-khianati agenda kerajaan kerana tiada kesan positif diperoleh sebaliknya memberi kesan buruk pada diri sendiri,” katanya. Teks ucapan Menteri Besar dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat pada Majlis Perasmian Program NGO Dihatiku di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan NGO Negeri Terengganu, YB Senator Haji Abdul Rahman Bakar; penceramah khas yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan Muda dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri. Lebih 2,000 peserta yang juga ahli NGO hadir pada program yang bertujuan memupuk seman-gat berpersatuan dan menjalin hubungan sila-turahim antara pemimpin negeri. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu wa-laupun pertubuhan bukan kerajaan terikat dengan pelbagai undang-undang dan akta yang dikenakan, namun tidak menghalang pertubuhan itu untuk bergerak aktif.

Maaf Zahir BatinSaya dan seisi keluarga memo-

hon berbanyak-banyak maaf kepada semua Muslimin dan Muslimat, khususnya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sem-pena Hari Raya Aidilfitri ini. Bagi umat Islam, pada ke-sempatan yang ada ini marilah kita sama-sama bersikap saling memaafkan segala kesalahan saudara kita, usah di-simpan segala dendam di hati. Ambillah kemuliaan bulan Syawal ini untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita dan hindari diri masing-masing dari-pada melakukan perbuatan yang boleh melukakan hati orang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan

Negeri, YB Haji Khazan Che Mat

Page 18: teganukita 64

18

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Pembiayaan RM10.6j untuk 10,606 pelajar

Oleh: Suriati [email protected]

Kerajaan negeri membelanjakan RM10.6 juta un-tuk diagih kepada

10,606 pelajar Tingkatan Enam Atas melalui Program Bantuan Pendidikan yang mula diperkenalkan sejak 2008. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bantuan wang tunai RM1,000 kepada setiap pelajar yang tidak mendapat biasiswa itu mampu memberi dorongan dan galakan kepada me-reka untuk terus kekal cemerlang dalam peperik-saan yang bakal diduduki kelak. Katanya, pada masa sama ia turut membantu meringankan beban kelu-arga untuk membeli ke-lengkapan pembelajaran seperti buku rujukan dan alat tulis. “Kerajaan negeri be-rasa kagum, prestasi pelajar kita amat mem-berangsangkan dan peratusan pelajar cemer-lang turut meningkat bila program ini diperkenalkan sejak enam tahun lalu.

“Apa yang diharapkan semuanya berjaya men-capai cita-cita yang diimpi-kan, di samping mampu mengekalkan Terengganu sebagai negeri terbaik dalam semua peperiksaan utama,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ma-jlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Tereng-ganu kepada Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Ma-laysia (STPM) 2012 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Seramai 2,150 pelajar

Tingkatan Enam (Atas) pelbagai sekolah seluruh Terengganu hadir mener-ima sumbangan tersebut yang disampaikan Dato’ Seri Haji Ahmad. Berdasarkan jumlah pelajar itu, kerajaan ne-geri melalui YT membe-lanjakan lebih RM2.1 juta bertujuan mahu melihat pencapaian cemerlang yang diperoleh setiap pe-lajar dapat peperiksaan utama itu nanti. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains,

Sebahagian pelajar Tingkatan Enam Atas menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan negeri.

Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah YT, Encik Zakaria Yusof dan Pengarah Ja-batan Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakaria Hussin. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan melakukan apa saja untuk memberi nilai tambah di bidang pendidikan kerana menyedari hanya dengan ilmu pendidikan yang ce-merlang mampu mengubah landskap ekonomi negeri dan negara.

DATO’ SERi HAJi AHMAD

RM168 juta ubah wajah WaterfrontTaman Rekreasi Waterfront,

Pulau Kambing bakal berubah wajah dan mampu menggamit

lebih ramai pengunjung dalam dan luar Terengganu tidak lama lagi apabila kerja menaik taraf lokasi pelancongan yang menelan be-lanja kira-kira RM168 juta bakal dilaksanakan bermula tahun depan. Kerja mereka bentuk, membina dan menyiapkan infrastruktur di pusat tumpuan pelawat di pinggir Sungai Terengganu itu termasuk dalam projek pembangunan pelan-congan negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelan-congan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata kompo-nen yang terlibat dalam projek berkenaan seperti kerja menambak kawasan seluas 6.2 hektar dan pembinaan 535 lot parkir kender-aan kepada pengunjung. “Kerja-kerja lain yang akan diban-gunkan di kawasan itu termasuk

membina sebuah jeti berukuran 25 meter x 100 meter untuk ke Pulau Redang,dua jeti terapung, lima unit wakaf, satu kilometer (km) laluan pejalan kaki dengan tiga meter lebar (kiri jalan) dan satu km laluan pejalan kaki dengan dua meter (kanan jalan). “Kawasan landskap seluas satu

km dengan dua meter lebar (kiri jalan) dan satu km trek jogging dengan tiga meter lebar (kiri jalan) juga akan dijalankan nanti,” kat-anya. Beliau berkata, dua projek lain yang akan dibangunkan menerusi projek pembangunan pelancongan negeri pada tahun depan ialah menaik taraf Jeti Pelancongan Pu-lau Redang, dan membangunkan bekalan elektrik ke Pulau Perhen-tian Kecil, Besut. Katanya, kedua-dua projek ma-sing-masing membabitkan kos RM2 juta dilaksanakan Jabatan Kerja Raya dan RM32 juta menerusi Tenaga Nasional Berhad. “Kerja-kerja di Jeti Pelancongan Pulau Redang termasuk meng-ganti baru `handrail’, menyiapkan struktur jeti dan menaik taraf tem-pat duduk. Manakala di Pulau Per-hentian Kecil pula melibatkan kerja kabel dan s̀ubstation’ TNB,” katanya.

Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Di kesempatan ini saya beserta keluarga

mengucapkan selamat menyambut ketibaan Sy-awal dengan penuh kes-yukuran.

Semoga hari raya tahun ini memberi keceriaan dan kegembiraan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara Terengganu amnya dan sama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t agar keamanan dan kesejahteraan ini terus berkekalan. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat me-nyambut hari raya Aidilfitri kepada selu-ruh rakyat Terengganu, maaf zahir dan batin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri,

Datuk Haji Za’abar Mohd Adib

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepa-

da semua rakyat Tereng-ganu yang beragama Islam. Semoga hari raya ini memberi pel-uang untuk kita merapatkan persaudara-an dan hubungan tanpa mengira bangsa dan agama melalui budaya saling kun-jung-mengunjungi dan bermaaf-maafan. Kepada perantau, berhati-hati pulang ke kampung dan sentiasa bersabar ke-tika di jalan raya bagi mengelak sebarang tragedi yang tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri,

Dato’ Toh Chin Yaw.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Page 19: teganukita 64

19

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Bakti remaja diteruskan selagi rakyat pilih BN - Ahmad

Oleh: Fauzi [email protected]

Kerajaan Tereng-ganu akan menerus-kan program Bakti Remaja seki-

ranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat dan kepercayaan untuk memer-intah oleh para pengundi negeri ini pada masa akan datang. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri mengakui program itu memberi ban-yak kebaikan kepada golongan muda kerana ‘saguhati’ berupa wang tunai itu dimanafaat sebaik mungkin oleh golongan berkenaan. Setiap tahun kata beliau, sumbangan sebanyak RM200 seorang diagihkan bukan sebagai ‘gula-gula’ politik, sebaliknya satu penghargaan kepada golongan belia yang aktif dengan program-program kemasyarakatan. “Golongan belia perlu diberi saguhati kerana mereka meluang masa

dan tenaga secara su-karela dalam persatuan masing-masing untuk pel-bagai aktiviti kebajikan, sosial dalam masyarakat.“Kerajaan BN yang ada pada hari ini cakna belia, cakna orang muda. Sebab itu janji kita, selagi BN memerintah program Bakti Remaja akan dite-ruskan,” katanya ketika berucap pada program Pembahagian Dana Bak-

ti Remaja di Dewan Sivik Kijal, Kemaman baru-baru ini. Tambah Dato’ Seri Ah-mad, kerajaan negeri komited menjayakan pro-gram itu walaupun jumlah agihan dana semakin bertambah setiap tahun. Tahun ini, kerajaan neg-eri memperuntukkan kira-kira RM24 juta untuk di-agihkan kepada golongan remaja yang layak di se-

luruh negeri. Pada tahun 2011, ke-rajaan negeri membelan-jakan RM24 juta untuk memberi manafaat ke-pada 95,219 remaja, manakala tahun sebelum-nya, RM23.42 juta diagih-kan kepada 95,252 pene-rima di seluruh negeri.

Golongan muda akan terus mendapat saguhati daripada kerajaan negeri sekiranya mereka memilih BN.

Kakitangan awam jadi contoh kibar Jalur GemilangKakitangan awam di

negeri ini diminta mengibarkan Jalur

Gemilang di rumah atau kenderaan masing-masing sempena sambutan bulan kemerdekaan bagi mem-beri contoh kepada ma-syarakat lain. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ber-kata tahap kesedaran rakyat di negara ini untuk mengibarkan Jalur Gemi-lang pada sambutan bulan kemerdekaan masih lagi rendah. Beliau berkata, untuk memupuk kesedaran rakyat supaya mengibar-kan bendera, kerajaan Pusat telah melancarkan kempen tersebut dan ia juga akan dilaksanakan di negeri ini sehingga 18 September depan. Beliau berkata demiki-an pada majlis berbuka

puasa bersama warga Batalion 18 RAMD di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pegawai Memerintah Kem tersebut, Lt. Kol. Nasha-ruddin Mohamad serta isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza

Mahmud. Pada majlis itu, Dato’ Seri Haji Ahmad turut me-nyalurkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM1 juta untuk membina dewan baru serta RM10,000 aktiviti kem berkenaan. Sejurus selepas itu, Menteri Besar bersolat Isyak dan Terawih di Mas-jid Seberang Takir bersa-ma kariah kampung berke-naan.

Menteri Besar menyampaikan sumbangan untuk Tabunf Kebajikan Rejimen 18 RAMD.

Salam SemurniSyawal

Saya dan isteri men-gucapkan Selamat

Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Terengganu yang beragama Islam, khususnya perantau. Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa. Di samping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kun-jung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam. Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan ber-tambah erat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, - Haji Asha’ari Idris.

Page 20: teganukita 64

20

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Kerajaan negeri, UiTM cadang hantar pelajar bidang pergigian

Kerajaan negeri bercadang meng-hantar sekumpulan pelajar bagi mengikuti pengajian dalam bidang pergigian di negara In-

dia melalui kerjasama yang diadakan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ia seba-hagian daripada penerusan usaha penghantaran lebih ramai anak negeri ke luar negara untuk mempelbagaikan penguasaan ilmu dan kemahiran. Katanya, sekiranya proses perbin-cangan di antara kerajaan negeri dan UiTM selesai dalam masa terdekat, penghantaran pelajar akan dibuat ber-mula Mac ini. “Pada masa ini, perbincangan masih

berlangsung dan difahamkan, kerajaan India menawarkan lebih 200 tempat kepada UiTM untuk menghantar pelajar bagi mengikuti kursus itu di mana kos pengajian termasuk penginapan serta makan minum akan ditanggung. “Melalui kerjasama yang akan diada-kan dengan UiTM, mereka menawarkan tempat untuk pelajar Terengganu dalam bidang yang sama di mana pelajar perlu mengikuti kursus persedian awal di UiTM sebelum meneruskan penga-jian mereka di India,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Pendidikan Tereng-ganu 2012 di Pusat Dagangan Tereng-ganu (TTC), baru-baru ini. Karnival anjuran kerajaan negeri den-gan kerjasama Kolej Universiti TATI (TA-TiUC), Kolej Pusat Pembangunan Kema-hiran Negeri Terengganu (TESDEC) dan Pusat Latihan Industri Perkayuan Tereng-ganu (TTITC) itu disertai 22 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Program tiga hari itu bertujuan me-nyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya serta membantu pelajar lep-asan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Menurut Dato’ Ahmad Razif, melalui kerjasama itu membolehkan Tereng-ganu meneroka satu lagi bidang baru di mana ia belum dilakukan sebelum ini. “Konsep yang kita buat ini menggu-nakan konsep offshore di mana pelajar akan mengikuti pengajian di India dan sijil akan dikeluarkan oleh UiTM manaka-la kita juga akan menggabungkan kepa-karan pensyarah daripada kedua-dua universiti. “Ini merupakan kerjasama kita yang pertama dengan negara India melalui UiTM dan kita masih tunggu keputusan kerajaan negeri tentang perkara terse-but,” jelasnya.

Kerajaan negeri sentiasa menjadi-kan belia sebagai rakan kongsi dengan memastikan setiap isu

dan beban hidup belia dapat diatasi secepat mungkin. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata permasalahan, beban dan isu belia sentiasa diambil kira dan ter-bela dalam setiap keputusan yang di-laksanakan kerajaan. “Saya ingin katakan bahawa, setapak saudara-saudari (belia) melangkah ke dataran ini, maka 10 tapak kerajaan akan datang mendekatkan diri kepada saudara-saudari untuk mendengar, me-mahami dan mendengar setiap denyut jantung generasi belia pada hari ini. “Kerajaan negeri beriltizam dengan usaha belia hadir ke dataran ini mem-buktikan belia bersedia untuk didekati dan kerajaan akan melangkah untuk menyelinap masuk ke hati sanubari generasi muda bagi memahami golon-gan muda untuk sama-sama memban-

gunkan negeri ini,” kata beliau ketika berucap sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2012, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Pengerusi Majlis Belia Negeri Tereng-ganu, Encik Mat Yusof Mat Ali serta lebih 2,000 belia mewakili persatuan belia. Menteri Besar berkata, kerajaan ber-janji untuk sentiasa bersama generasi muda berkongsi pandangan dan men-yokong pembabitan mereka dalam usaha memaju dan membangunkan negeri. “Perhimpunan hari ini juga membuk-tikan proses memperkasakan golongan belia sedang berlaku. Ia juga membuk-tikan semangat sukarelawan di kalangan generasi muda semakin meningkat,” katanya. Beliau kemudiannya menyampaikan

Anugerah Perdana Belia Negara Pering-kat Negeri Terengganu 2012 kepada Mohd Fauzi Mat Adam, 32, dan kate-gori wanita, Cik Erniesalwani Saidi, 26. Anugerah Khas Tokoh Belia dimenan-gi oleh Abdul Karim Mohamad, 40, Manakala kategori Pertubuhan Belia

pula dianugerahkan kepada Belia Felda Kerteh I, Ketengah Jaya, Dungun. Dato’ Seri Haji Ahmad turut men-yerahkan replika cek berjumlah RM788,000 kepada Encik Mat Yusof yang mewaki-li badan gabungan belia seluruh Tereng-ganu sebagai bantuan pentadbiran.

Belia sebagai rakan kongsi kerajaan

Majlis Agama Islam dan Adat Me-layu Terengganu (Maidam)

memperuntukkan RM14 juta sebagai wang bantuan zakat kepada 33,000 penduduk asnaf, fakir dan miskin di seluruh negeri sempena Ramadan tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim, berkata pengagihan bantuan berjumlah RM350 kepada penerima yang mempunyai tanggungan tiga ke bawah dan RM450 kepada penerima yang mempunyai tanggungan lebih dari tiga orang itu mula dilaksanakan sejak 1 Julai se-hingga 12 Julai lalu. “Pengagihan bantuan yang ber-langsung hampir dua minggu itu dilaksanakan menerusi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. “Daripada seluruh daerah, Kuala Terengganu menjadi daerah yang mencatat penerima bantuan ter-tinggi pada kali ini di mana seramai 9,494 penerima dengan peruntukan lebih RM3 juta,” katanya. Katanya, bantuan itu disampaikan sebelum tibanya bulan Ramadan bagi memberi keselesaan kepada penerima terutama warga emas dan mereka yang uzur untuk ke pusat pengagihan dan berbelanja sem-pena sambutan awal Ramadan. Sementara itu, beliau berkata Maidam menjangkakan kutipan za-kat pada tahun ini berjumlah RM100 juta berbanding kutipan tahun lalu sebanyak RM88 juta.

RM 14 juta agihan zakat tahun ini

Penerima Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Terengganu bersama hadiah masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Terengganu, terutama peniaga-peniaga dan juga

kakitangan yang bertugas di klinik serta hospital. Di samping itu, kita juga perlu bermaaf-maafan antara satu sama lain dan lupakan sengketa lama. Lebih elok lagi jika kita sama-sama mengajak generasi baru agar mengekalkan tradisi berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengeratkan lagi perpaduan dan silaturahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr Haji A Rahman Mokhtar.

Oleh: Fauzi [email protected]

Page 21: teganukita 64

21

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Banyak indikator utama yang menyumbang kejayaan Tereng-ganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) sepanjang empat

edisi yang bermula 2008 dengan men-gumpul 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa, berbanding kedudukan terbaik berada di tangga keenam Sukma Selangor 1998 dan meraih 15 emas sebagai pungutan pingat terbanyak pada Sukma Kedah 2006. Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Ibni Amin Busu, berkata faktor utama penyumbang kejayaan itu adalah dasar kerajaan Terengganu yang me-letakkan sukan pada satu landasan tepat berbeza jika dibandingkan kerajaan negeri lain. “Kerajaan Terengganu meletakkan pembangunan selari dengan sektor utama yang lain dengan melibatkan peruntukan besar kepada sukan se-hingga mampu menggalakkkan atlet, penggiat sukan, persatuan serta MSNT untuk bergiat dengan aktif dalam pembangunan sukan negeri. “Faktor lainnya, selepas diberi hak menjadi tuan rumah Sukma 2008, kita menyediakan pelan pembangu-nan sukan secara terancang yang bermula sejak 2006 lagi, iaitu dua tahun lebih awal serta berkesinambun-gan sehingga tahun seterusnya,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di pejabat beliau, baru-baru ini. Encik Ibni berkata, program pe-nyediaan atlet juga mengguna pakai modul latihan serta kaedah persiapan atlet kebangsaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan kaedah berkenaan disesuaikan dengan keperluan serta persekitaran atlet negeri. Katanya, kerjasama erat di kalan-gan semua pihak melibatkan kerajaan negeri, persatuan, penggiat sukan dan Jabatan Pelajaran Negeri Tereng-ganu (JPNT) mampu mengelakkan timbulnya masalah berkaitan sukan dan merealisasikan hala tuju dengan lebih efektif. “Setiap persatuan sukan pula di-tubuhkan jawatankuasa kerja masing-masing yang terdiri di kalangan wakil daripada persatuan sukan, MSNT, wakil Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan orang perseorangan daripada panel penasihat kejurulati-

Indikator utama menyumbang penguasaan Terengganu - Ibni

Oleh: Aida Abd [email protected]

han negeri Terengganu yang terdiri daripada pakar akademik Sains Su-kan bagi membolehkan mereka berkongsi idea dan ilmu berkaitan pengalaman masing-masing. “Peranan pegawai perhubungan sukan atau l̀iasion officers’ juga banyak membantu melancarkan uru-san pentadbiran dan mengurangkan karenah birokrasi dalam memastikan program latihan berjalan dengan baik dan berterusan,” katanya. Encik Ibni berkata, penubuhan jawatankuasa ini menjadikan setiap acara sukan ini sebagai tanggung-jawab bersama dan tiada pihak yang boleh menuding jari menyalahkan pihak lain apabila timbulnya sebarang masalah. “Ini mewujudkan persekitaran yang selesa di kalangan mereka kerana boleh berbincang dan duduk semeja bagi men-yelesaikan perkembangan sukan negeri. Keakraban ini menjadi

faktor menyumbang kejayaan kita,” katanya. Pada masa yang sama, jawatankua-sa kerja turut memantau program latihan mengikut mekanisme ditetap-kan, selain mewujudkan jawatankua-sa operasi di kalangan pengurus pasukan, pengurus sukan dan jurulatih khusus bagi memantau program lati-

Sempena lebaran ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga

Terengganu walau di mana saja berada. Kepada kaum wanita, rancang dulu sebelum berbelanja, jagalah ekonomi keluarga sebaik mungkin dan sebagai ibu awasi anak-anak dari bermain mercun dan bunga api serta didiklah mereka agar menghormati orang yang lebih dewasa. Kepada perantau yang akan pulang berhari raya di kampung berhati-hati di jalan raya dan memandu secara berhemah, biar lam-bat asalkan selamat sampai ke destinasi.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu,

Datuk Hajah Fatimah Hamat

han sahaja, berbanding jawatankua-sa kerja yang merangkumi semua aspek. “Latihan secara berterusan dan dirangka lebih awal. Selesai Sukma Pahang 2012 kita akan memulakan latihan untuk Sukma 2014, semen-tara Sukma tahun depan kita sudah mulakan latihan sejak tahun lalu. “Dari segi atlet dan pengurus pa-sukan yang diserahkan kepada per-satuan masing-masing juga dilantik lebih awal dan seharusnya individu yang bertanggungjawab terhadap kemajuan sukan itu, sementara pen-gurus sukan yang bertindak sebagai penghubung antara persatuan dan MSNT dilantik di kalangan pegawai MSNT,” katanya. Katanya, setiap sukan juga me-nyediakan pelan periodisasi latihan masing-masing yang dirangka ber-sama pakar daripada Majlis Sukan Negara Malaysia dan para profe-sional bidang akademik universiti di seluruh Malaysia dalam bengkel yang dilaksanakan pada awal musim. Beliau berkata, latihan atlet secara bersepadu beserta insentif kemenan-gan pingat, elaun bulanan yang se-

makin meningkat serta biasiswa ke-pada pelajar di seko-lah sukan juga men-dorong semangat dan kesungguhan me-reka. Katanya, atlet yang menerima elaun atau insentif Skim Latihan Atlit (Fasa I) akan menerima RM130 bermula akhir tahun sehingga November tahun seterusnya, manakala bermula Disember berikutnya

sehingga Jun tahun semasa (menjelang Sukma) akan menerima bayaran RM390 (Fasa II). “Jika atlit memenangi emas di Sukma Pahang, mereka akan mendapat Skim Bintang Cemerlang pada sesi latihan seterusnya yang bernilai RM300 untuk setiap emas, RM200 (perak) dan RM100 (gangsa) setiap bulan bermula Ogos,” katanya yang men-gakui kadar elaun berkenaan adalah paling tinggi ditawarkan berbanding negeri lain. Malah, MSNT juga menjalinkan persefahaman dengan institusi pen-gajian tinggi di seluruh Terengganu supaya atlit dapat memasuki pusat latihan kemahiran apabila tamat persekolahan kelak untuk menyam-bung pengajian bagi mengikat me-reka terus menjalani latihan dan mewakili Terengganu. Selain itu, penambahbaikan struk-tur MSNT dengan penekanan ke-pada c̀ore-business’ dan c̀aretaker itu, program pemantapan kerohanian yang diadakan dari masa ke semasa termasuk program motivasi dan kem berasingan serta berkelompok juga memberi impak secara langsung kepada kemajuan atlet. “Unit Sukan Berprestasi Tinggi dari MSN turut diwujudkan di Terengganu yang digunapakai sebagai pengurus sukan bagi mewujudkan kerjasama dua hala. Selain melatih etlet pelapis, mereka juga turut melatih etlet Suk-ma. “Kita juga mengambil jurulatih luar negara bagi bagi menaikkan tahap dan prestasi acara tertentu seperti sepak takraw, taekwando, squash, renang dan badminton, selain diban-tu jurulatih tempatan,” katanya.

Page 22: teganukita 64

22

AMBIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

Pembangunan jangka panjang dan peran-cangan teliti menjadi rahsia kejayaan Tereng-

ganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) hingga muncul juara empat kali berturut-turut temasya berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata pelbagai aspek diutamakan termasuk berkaitan kebajikan atlet, komitmen tinggi seluruh ahli kontinjen dan sokongan padu pemimpin. Katanya, sifat kerajaan negeri yang tidak l̀okek’ un-tuk mengagihkan insentif kepada atlet setiap kali mem-perolehi kejayaan antara fak-tor atlet Terengganu mem-punyai semangat juang yang tinggi bagi menggapai kejay-aan. “Kita bersetuju untuk men-gagihkan insentif kemenangan kepada setiap atlet, masing-masing RM5,000 bagi setiap pingat emas, RM3,000 (per-ak) dan pingat gangsa RM2,000 sejak 2008 lagi. “Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf kejayaan anak-anak Terengganu di bidang sukan dan menghulurkan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa bagi mening-katkan prestasi mereka,” katanya. Menurutnya, biasiswa un-tuk atlet sekolah sukan turut diperkenalkan di mana mer-eka yang belajar di sekolah biasa layak menerima elaun bulanan RM50 manakala bagi Sekolah Sukan Bukit Nenas diberi RM60. “Skim lain yang turut diper-kenalkan adalah biasiswa atlet Sukma, bintang kece-merlangan, skim hadiah ce-

Oleh: Suriati [email protected]

merlang dan skim wakil negara di mana jumlah pem-bayarannya bergantung ke-pada jenis skim,” katanya. Sebagai rekod, Terengganu muncul juara Sukma buat kali pertama pada edisi 2008 ketika menjadi tuan rumah temasya tersebut, sekali gus menamatkan dominasi Se-langor yang cukup digeruni suatu ketika dahulu. Beraksi di laman sendiri pada 2008, kontinjen Tereng-ganu ternyata mengambil segala kelebihan untuk mem-bolot 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa. Momentum itu diteruskan pada Sukma 2010 di Melaka yang menyaksikan kontinjen Terengganu sekali lagi dita-balkan selaku juara dengan pungutan 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Kontinjen Terengganu terus berada pada trek ke-

jayaan apabila menjuarai temasya Sukma buat kali ketiga berturut-turut selepas membawa pulang 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa pada edisi 2011 di Kuala Lumpur. Bagi edisi Sukma kali ini, Terengganu tampil lebih ber-gaya apabila membawa pulang 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa, seterusnya meninggalkan Selangor di tempat kedua dengan catatan 47 emas, 54 perak dan 60 gangsa. Kejayaan merangkul 62 emas itu merupakan penca-paian terbaik Terengganu setakat ini biarpun tuan rumah Sukma ke-15, Pahang tidak mempertandingkan bebera-pa acara seperti kenu dan mendayung yang dianggap ‘kekuatan’ kontinjen Tereng-ganu Hanelang itu.

Impak positif lantik bapa angkat

Kerajaan negeri akan meneruskan program pelantikan bapa angkat

bagi memegang setiap satu acara pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) sebagaimana dilakukan pada Sukma ke-15 Pahang baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, pelantikan bapa angkat itu dilakukan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen terbukti berhasil dan memberi kesan positif kepada pencapaian cemerlang atlet yang bertan-ding pada Sukma edisi kali ini. “Justeru itu, kita sebulat suara akan teruskan program ini un-tuk edisi Sukma seterusnya,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sam-butan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pada majlis itu, kontinjen Sukma Terengganu turut dirai-kan dengan penuh gemilang oleh lebih 5,000 hadirin dan peminat yang membanjiri da-taran itu. Dato’ Seri Haji Ahmad ber-kata, program perlantikan bapa angkat itu akan dilakukan lebih awal menjelang Sukma ke-16 di Perlis pada 2014 bagi membolehkan mereka bersama membuat perancangan dengan lebih teliti berhubung sasaran

kutipan pingat, latihan dan se-bagainya. “Idea pelantikan bapa angkat dalam kalangan wakil rakyat ini hadir menerusi perbincangan bersama dengan pegawai Majlis Sukan Negeri Tereng-ganu (MSNT) untuk terus me-ningkatkan kecemerlangan sukan di negeri ini. “Kita lihat dengan adanya bapa angkat ini, ia telah menun-jukkan graf kemajuan yang memberangsangkan walaupun kita melantik mereka (bapa angkat) dalam jangka masa singkat sebelum atlet bertolak ke Pahang pada ketika itu,” katanya. Pelantikan bapa angkat den-gan lebih awal itu nanti mampu memberi peluang kepada wakil rakyat untuk turut sama men-galas tanggungjawab bermula daripada sesi pemilihan atlet sehinggalah ke sesi latihan serta meletakkan sasaran pin-gat dalam acara sukan masing-masing. “Justeru, kita mahu wakil-wakil rakyat ini nanti turut menggalas cabaran terlibat secara langsung untuk terus memajukan acara sukan yang di pimpin mereka. “Begitupun kita juga akan terus meningkat pembangunan sukan-sukan lain yang agak ketinggalan seperti akuatik, gimrama, badminton dan se-bagainya,” katanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan masyarakat di seluruh

negeri yang kita cintai ini. Sama-sama kita meningkatkan perpa-duan di kalangan umat Islam dan usah bertelingkah sesama sendiri kerana per-buatan itu merugikan kita semua. Lupakan segala sengketa lama, salam perdamaian dihulurkan buat semua.

Ketua Puteri UMNO Terengganu, Puan Nordiana Shafie Kerajaan Terengganu sentiasa mengiktiraf kejayaan anak-anak Terengganu dalam bidang sukan.

RahsiakejayaanTerengganu

“Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf kejayaan anak-anak Terengganu di bidang sukan dan menghulurkan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa bagi meningkatkan prestasi mereka.”

Meraikan kemenangan Sukma empat tahun berturut-turut.

Page 23: teganukita 64

23BIL: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012)

dari ms 1 Semangat HanelangPada edisi kali ini,

Sang penyu yang bertandang ke Pahang dengan

kekuatan `hanelang’ di-ketuai Ketua Kontinjen, Haji Wan Nawawi Wan Ismail terus mencetus fenomena untuk mengekal-kan kuasa sukan negara. Pencapaian 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa merupakan pen-capaian terbaik yang per-nah diraih kontinjen Terengganu, berbanding kejuaraan tiga edisi Sukma terdahulu. Kejuaraan pertama selaku tuan rumah pada Sukma ke-12 2008 dengan membolot 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa di-

anggap segelintir pihak sebagai jaguh kampung. Namun, berbekalkan usaha dan perancangan efektif, teliti dan jitu yang didukungi bapa pemban-gunan sukan negeri, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, semua kontinjen akhirnya akur dengan kehebatan Tereng-ganu yang terus memper-tahankan kejuaraan dua tahun kemudian di Sukma Melaka 2010 apabila meraih 47 emas, 30 perak dan 43 gangsa. Malah, Terengganu terus melakar hatrik kejuaraan pada Sukma Kuala Lumpur tahun lalu dengan membawa pulang 30 emas, 8 perak dan 12 gangsa. Menteri Besar berkata pembangunan jangka pan-jang dan perancangan yang teliti menjadi indikator utama yang menjulang Terengganu selaku kuasa

sukan negara dan muncul juara buat kali keempat berturut-turut. Malah, atlet negeri ini yang bertanding di Sukma bermula pada usia muda dan dijanjikan peluang beraksi di peringkat anta-rabangsa sekiranya menun-jukkan potensi memberang-sangkan. Kejayaan Terengganu pada edisi Sukma Pahang turut menafikan pengua-saan Selangor selaku

juara Sukma tujuh kali sejak 1988 untuk meng-huni tangga kedua den-gan koleksi 47 pingat emas, 54 perak dan 60 gangsa. Sejarah turut tercatat pada Sukma lalu apa-bila menyaksikan atlet angkat berat Terengganu, Abdul Mubin Rahim di-umumkan olahragawan mengiringi Frenceay Titus dari Sabah yang muncul olahragawati.

Hadiah berganda untuk Si BadangKerajaan negeri men-

gumumkan insentif tambahan RM10,000

kepada Olahragawan Su-kan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang, Abdul Mu-bin Rahim, 21, sebagai penghargaan selepas kejayaan meraih anugerah istimewa itu di temasya sukan berprestij negara, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata hadiah berkenaan sebagai mengiktiraf keg-emilangan anak kelahiran Seberang Takir, Kuala Terengganu itu selepas mencipta kejutan dengan memecah rekod bekas atlet negara Mohd Hi-dayat Hamidon pada Ke-johanan Kebangsaan di Pulau Pinang sembilan tahun lalu. “Sebagai menghargai kejayaan atlet terbaik kita (Abdul Mubin) kerajaan negeri memutuskan menerusi Mesyuarat Exco

yang baru selesai tadi untuk menyumbang ke-pada Abdul Mubin seban-yak RM10,000,” kata beliau ketika berucap di Majlis Sambutan Kejayaan Atlet dan Pegawai Sukma Ke-15 Pahang, di Wisma Darul Iman, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Tereng-ganu, Haji Zainal Abidin

Hussin. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, imbuhan tamba-han kepada Abdul Mubin itu akan diserahkan ber-sama insentif kemenangan kepada semua atlet dalam majlis khas sebelum Hari Raya Aidil Fitri nanti. “Kita juga bersetuju untuk mengagihkan insen-tif kemenangan kepada setiap atlet, masing-ma-sing RM5,000 untuk setiap pingat emas, RM3,000 (perak) dan pingat gangsa RM2,000 dalam tempoh dua minggu hingga 10 hari sebelum menjelangnya Hari Raya (Aidil Fitri) nan-ti sebagaimana yang di-inginkan oleh mereka (atlet),” katanya. Katanya, pihaknya juga bersedia menimbang per-mohonan tanah oleh atlet yang berusia 18 tahun ke atas mengikut prosedur biasa yang bergantung kepada kekosongan lo-kasi tanah berkenaan.

ABDuL MuBiN

Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada Olahragawan iaitu peserta angkat berat Terengganu.

Pelari pecut 100 meter Terengganu turut merancakkan lagi pungutan pingat dan kekuatan hanelang.

Saya serta keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada mus-

limin dan muslimah. Di kesempatan ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menjalankan ibadah puasa den-gan sempurna. Kepada yang akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung, sila pastikan rumah sentia-sa selamat dan berkunci.manakala kepada yang memandu,patuhilah undang-undang jalan raya yang ada. Sementara kepada anak-anak kecil sekalian, elakkan daripada bermain mercun bagi mengelak tragedi yang tidak diingini berlaku.Marilah bersama-sama kita menyambut hari raya yang mulia ini dalam keadaan aman se-jahtera dan bergembira bersama keluarga dan sahabat handai.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner, Dato Jamshah Mustapa

Saya dan keluarga penuh hormat dan takzim mengu-capkan salam lebaran dan menyambut kemerdekaan

buat semua umat Islam di Terengganu. Marilah sama-sama kita jadikan sambutan hari raya kali ini sebagai landasan bagi memperkukuhkan ikatan perpaduan di kalangan umat Islam dan kaum-kaum lain selaras dengan gagasan 1Malaysia. Teruskan amalan kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan supaya terus subur dan diwarisi oleh generasi akan datang bagi mengukuhkan lagi hubungan per-saudaraan sesama kita.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Encik Saiful Bahri Baharuddin.

Page 24: teganukita 64

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

TERENGGANUBOLEH!

Salam lebaran dan salam Merdeka buat se-luruh rakyat Terengganu dan juga para belia

yang bakal menjadi pewaris dan pemimpin masa depan. Diharapkan kedatangan Syawal pada kali ini akan memberi seribu rahmat dan makna ke-pada semua umat Islam. Kepada perantau, kami sekeluarga mengucap-kan selamat pulang dan berhati-hati di jalan raya ketika balik dan pulang semula menjalankan tu-gas di negeri orang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat

Atlet Terengganu yang beraksi ce-merlang pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang

baru-baru ini, mendapat penghargaan berupa wang tunai RM1.6 juta dari-pada kerajaan negeri sebagai ganjaran memenangi pelbagai jenis pingat pada temasya tersebut. Kesungguhan mereka mempamerkan aksi yang terbaik pada kejohanan itu membolehkan Terengganu terus kekal sebagai kuasa sukan negara dengan mengekalkan kedudukan sebagai juara Sukma buat kali keempat berturut-turut. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menyampaikan ‘durian runtuh’ tersebut kepada atlet sambil meraikan mereka pada majlis berbuka puasa di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini.

Atlet yang memenangi pingat emas menerima wang tunai RM5,000 bagi setiap pingat yang dimenangi manaka-la perak RM3,000 dan gangsa RM2,000. Atlet memanah, Nurul Iryani muncul atlet paling banyak menerima insentif dengan jumlah RM25,000 dan diikuti peserta angkat berat, Abd Mubin Rahim yang menerima RM23,500. Manakala atlet lumba basikal, Zah-raa Anuawar pula menerima insentif wang yang berjumlah RM20,000. Secara keseluruhan atlet olahraga menerima paling banyak insentif yang berjumlah RM194,000 dan diiikuti me-manah (RM119,000) serta lumba ba-

sikal (RM169,000). Majlis berbuka puasa tersebut diadakan khusus bagi menghar-gai sumbangan atlet, para pegawai dan jurulatih yang bertungkus-lumus menyum-bang tenaga bagi mengekalkan negeri Terengganu sebagai kuasa sukan negara. Tereng-ganu bang-kit pada peringkat perten-

gahan dan akhirnya muncul juara Sukma ke-15 selepas meraih 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.

Terengganu menyimpan impian besar untuk mengatasi rekod Selangor yang pernah muncul sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma) selama enam tahun berturut-

turut. Bermula sebagai juara Sukma pada tahun 2008, Terengganu tidak menoleh ke belakang lagi apabila menguasai kejohanan tersebut pada setiap temasya hingga kini menjuarai Sukma buat kali keempat berturut-turut. “Pada kejohanan Sukma di Pahang baru-baru ini, banyak pihak tidak menjangka yang Tereng-ganu akan mengekalkan kejuaraan sukan terse-but. “Ini memandangkan pada peringkat permulaan kejohanan tidak banyak pingat emas yang kita

Oleh: Kamarudin Mat [email protected] menang dan saingan terdekat meninggalkan kita

agak jauh dari segi pungutan pingat,” katanya ketika meraikan atlet, pengurus pasukan dan pegawai Sukma pada majlis berbuka puasa di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini. Terengganu yang bermula agak perlahan pada peringkat awal temasya sukan terulung di Malay-sia itu, bangkit pada peringkat pertengahan dan muncul juara Sukma ke-15 selepas meraih 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa. Menteri Besar berkata, beliau amat kagum dengan kegigihan dan semangat juang tinggi yang dimiliki atlet Terengganu yang terus berjuang pada kejohanan Sukma di Pahang. “Saya yakin jika atlet kita mengekalkan seman-gat mereka dan terus berlatih bersungguh-sung-guh, Terengganu akan muncul juara lagi pada kejohanan akan datang,” katanya penuh yakin.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri berkeyakinan tinggi bahawa rekod Selangor dapat diatasi kerana semua kemudahan dan insentif untuk mereka, termasuk menjalani latihan di luar negara, telah disediakan. “Dari segi bajet untuk sukan, Selangor hanya menyediakan RM4 juta untuk atlet mereka bagi menghadapi Sukma, tetapi Terengganu menye-diakan peruntukan RM7 juta. “Secara keseluruhan bajet untuk atlet kita (termasuk insentif kejayaan) Terengganu menye-diakan peruntukan RM12 juta pada tahun ini,” katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri memberi komi-men yang tinggi terhadap bidang sukan dan sen-tiasa menghargai mereka yang berjaya dan meng-harumkan nama negeri di persada negara mahu pun antarabangsa.

ISSN 2180-4737 | Bil: 64 (15 Julai - 15 Ogos 2012) Selamat Hari Raya Aidilfitri

RM1.6 juta bonus atlet