teganukita 26

13
Hutan Lipur Jambu Bongkok lokasi Jambori Asia ke-12 ms - 20 Terima kasih kerajaan kerana bantu kami ms - 22 Bulan madu ke 2: Shahrizat puji pendekatan Kerajaan Terengganu ms - 2 Bil : 26 (15 Julai 2010) - http://teganukita.blogspot.com lihat ms 3 lihat ms 2 lihat ms-3 Generasi kedua orang asli bakal miliki rumah baru SEKOLAH SUKAN TERENGGANU TPM beri jaminan akan membinanya seperti yang dijanjikan sebelum ini Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali KEWUJUDAN Sekolah Sukan di Terengganu akan menjadi realiti. Timbalan Perdana Men- teri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin memberi jaminan akan mengambil perjalanan penubu- han sekolah yang dicadang oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dua tahun yang lalu. Katanya, sukan adalah keg- iatan penting yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan pela- jar yang cergas dan sukan juga boleh memberi kecemerlangan dan membantu membentuk modal insan yang sempurna. Beliau berkata demikian da- lam ucapannya di Majlis Peras- mian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus, di dewan Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Ter- bang, Kuala Terengganu baru- baru ini. Hadir di majlis itu, Yang DiPertua Dewan Negeri, Teng- ku Putera Awang, Ahli Parli- men Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim dan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen berkenaan. Pengumuman mewujudkan Sekolah Sukan di Terengganu itu telah dibuat oleh Man- tan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu perasmian Sukan Ma- laysia (SUKMA) 2008 ketika mana Terengganu menjadi tuan rumah, setelah disuarakan oleh Dato’Ahmad yang berucap sebe- lumnya. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi re- spon kepada ucapan Ahli Parli- men Kuala Nerus, Dato’ Mohd. Nasir Ibrahim yang memperkat- akan tentang sekolah sukan yang dijanjikan itu. Selain itu, beliau juga turut meluluskan empat buah dewan orang ramai untuk keempat-em- pat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Nerus. Difahamkan bernilai RM- 250,000 setiap sebuah. Beliau juga berkata, akan memberi perhatian di atas permohonan pembinaan sebuah sekolah ren- dah dan agama, masing-masing dalam DUN Bukit Tunggal dan Telok Pasu. Tan Sri Muhyiddin berkata, perjuangan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera dan Mel- ayu akan diteruskan menyam- bung perjuangan Dasar Ekonomi Baru untuk memastikan sasa- ran sekurang-kurang 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera di negara ini. Beliau meminta rakyat terus memberi sokongan kepada ke- pimpinan, baik di peringkat pusat dan negeri bagi memas- GENERASI kedua ma- syarakat orang asli Sungai Pergam, Kemaman bakal memperolehi tanah tamba- han sebanyak 400 ekar dan 40 buah rumah baru dan kerja- kerja pembinaan akan bermu- la pada 2011. Kesemua mereka berjum- lah 469 orang dan merupakan penganut agama Islam. Menteri Besar Dato’ Ah- mad Said menyampaikan ber- ita baik ini kepada penduduk orang asli itu, sempena majlis ramah mesra beliau dengan orang-orang asli di kampung tersebut baru-baru ini. Katanya, kerajaan men- geluarkan kos sebanyak RM33,000 bagi satu unit rumah baru tersebut dan ini merupakan salah satu mani- festasi kerajaan negeri da- lam merakyatkan pentadbi- ran dan pembangunan bagi masyarakat orang asli. Dijangkakan pembinaan tersebut akan siap dalam seta- hun dan kerajaan menyedia- kan rumah diperbuat dari batu kepada mereka agar lebih ku- kuh dan selesa. “Kita tidak mahu masyarakat orang asli terping- Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersalaman dengan anggota Umno Bahagian Kuala Nerus sebaik tiba untuk merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu di Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 25-Mar-2016

262 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

teganukita 26

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 26

Hutan Lipur Jambu Bongkok lokasi Jambori Asia ke-12

ms - 20

Terima kasih kerajaan kerana

bantu kami

ms - 22

Bulan madu ke 2: Shahrizat puji pendekatan Kerajaan Terengganu

ms - 2

Bil : 26 (15 Julai 2010) - http://teganukita.blogspot.com

lihat ms 3lihat ms 2lihat ms-3

Generasi kedua orang asli bakal miliki rumah baru

SEKOLAH SUKAN TERENGGANUTPM beri jaminan akan

membinanya seperti yang dijanjikan sebelum ini

Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali

Kewujudan Sekolah Sukan di Terengganu akan menjadi realiti. Timbalan Perdana Men-teri, Tan Sri Muhyiddin Mohd.Yassin memberi jaminan akan mengambil perjalanan penubu-han sekolah yang dicadang oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dua tahun yang lalu. Katanya, sukan adalah keg-iatan penting yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan pela-jar yang cergas dan sukan juga boleh memberi kecemerlangan dan membantu membentuk modal insan yang sempurna. Beliau berkata demikian da-lam ucapannya di Majlis Peras-mian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus, di dewan Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Ter-bang, Kuala Terengganu baru-baru ini. Hadir di majlis itu, Yang DiPertua Dewan Negeri, Teng-ku Putera Awang, Ahli Parli-men Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim dan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen berkenaan. Pengumuman mewujudkan Sekolah Sukan di Terengganu itu telah dibuat oleh Man-tan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu perasmian Sukan Ma-

laysia (SUKMA) 2008 ketika mana Terengganu menjadi tuan rumah, setelah disuarakan oleh Dato’Ahmad yang berucap sebe-lumnya. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi re-spon kepada ucapan Ahli Parli-men Kuala Nerus, Dato’ Mohd.Nasir Ibrahim yang memperkat-akan tentang sekolah sukan yang dijanjikan itu. Selain itu, beliau juga turut meluluskan empat buah dewan orang ramai untuk keempat-em-pat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Nerus. Difahamkan bernilai RM-250,000 setiap sebuah. Beliau juga berkata, akan memberi perhatian di atas permohonan pembinaan sebuah sekolah ren-dah dan agama, masing-masing dalam DUN Bukit Tunggal dan Telok Pasu. Tan Sri Muhyiddin berkata, perjuangan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera dan Mel-ayu akan diteruskan menyam-bung perjuangan Dasar Ekonomi Baru untuk memastikan sasa-ran sekurang-kurang 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera di negara ini. Beliau meminta rakyat terus memberi sokongan kepada ke-pimpinan, baik di peringkat pusat dan negeri bagi memas-

Generasi kedua ma-syarakat orang asli Sungai Pergam, Kemaman bakal memperolehi tanah tamba-han sebanyak 400 ekar dan 40 buah rumah baru dan kerja-kerja pembinaan akan bermu-la pada 2011. Kesemua mereka berjum-lah 469 orang dan merupakan penganut agama Islam. Menteri Besar Dato’ Ah-

mad Said menyampaikan ber-ita baik ini kepada penduduk orang asli itu, sempena majlis ramah mesra beliau dengan orang-orang asli di kampung tersebut baru-baru ini. Katanya, kerajaan men-geluarkan kos sebanyak RM33,000 bagi satu unit rumah baru tersebut dan ini merupakan salah satu mani-festasi kerajaan negeri da-

lam merakyatkan pentadbi-ran dan pembangunan bagi masyarakat orang asli. Dijangkakan pembinaan tersebut akan siap dalam seta-hun dan kerajaan menyedia-kan rumah diperbuat dari batu kepada mereka agar lebih ku-kuh dan selesa. “Kita tidak mahu masyarakat orang asli terping-

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersalaman dengan anggota Umno Bahagian Kuala Nerus sebaik tiba untuk merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu di Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Page 2: teganukita 26

2 Khamis, 15 Julai 2010 am 3Khamis, 15 Julai 2010am

Bulan madu kedua: Shahrizat puji pendekatan Kerajaan Terengganu

Buka peluang pekerjaan

dari ms 1

Utamakan perpaduan-Muhyiddin

Oleh Suriati Ali

PendeKatan kerajaan negeri memperkenalkan program berbulan madu bermula Jun 2006 nyata memberi keberkesanan terutama kepada pasangan di ambang perceraian un-tuk terus mengecapi keba-hagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga. Berdasarkan perman-tauan penganjur Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), terh-adap 3,000 pasangan yang sudah mengikuti program fasa pertama tahun lalu, menunjukkan perkemban-gan membanggakan. Menteri Besar, Dato Ahmad Said berkata, kera-

jaan negeri memperun-tukkan RM300,000 bagi melaksanakan program sama untuk fasa ke dua semata-mata mengurang-kan kadar perceraian yang semakin membimbangkan di Terengganu. “Program dilaksana-kan secara berperingkat dan melibatkan 15 pasan-gan dalam setiap sesi itu dijalankan di beberapa lokasi strategik dan mend-amaikan, termasuk beber-apa pulau di Terengganu. “Pasangan dikenal pas-ti mempunyai masalah dan pernah mendapat khidma-ta kaunseling akan diuta-makan mengikuti program tiga hari dua malam ini,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefaha-man bagi Program Berbu-

lan Madu Kali Kedua, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Ab-dul Jalil, Pengarah LPP-KN, Dato’ Aminah Abdul Rahman dan Pengarah YPKT, Encik Shafarud-din Mustaffa. Tiga faslitator ber-pengalaman akan ber-

tanggungjawab terhadap setiap program yang dian-jurkan di mana bagi fasa kedua sebanyak 16 pro-gram bakal diadakan. Dato’ Sharizat berkata, pakar keluarga berpenda-pat krisis rumah tangga sering berlaku selepas lima tahun hidup bersa-ma dan tidak ketinggalan yang telah berkahwin antara tempoh 30 tahun hingga 35 tahun.

Kerajaan negeri akan berusaha lebih gigih bagi menyedia-kan peluang pekerjaan kepada belia mengang-gur sekaligus mengu-rangkan gejala mer-empit dan lari pelbagai masalah sosial. Memperhebatkan lagi skim siswazah menganggur (T-Gas) yang memberi peluang kepada lepasan siswa-zah mendapat pengala-man bekerja di pelbagai agensi kerajaan dan me-narik minat pelabur su-paya membuka empa-yar perniagaan antara langkah dilaksanakan bagi tujuan itu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, pendekatan itu cukup penting bagi mengelak pengangguran terutama di kalangan belia. Katanya, di samping itu, khidmat kaunsel-ing turut dititiberatkan bagi mengurangkan gejala sosial di mana masyarakat setempat termasuk ibu bapa, pendidik, pemimpin agama, peguam, doktor perlu memainkan per-anan dalam proses men-didik. “Kaunseling me-libatkan kebolehan menolong orang lain untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia. “Kebiasaanya kon-sep ini diamalkan da-lam bidang pendidikan, perubatan, agama, ke-masyarakatan, pemu-lihan pesakit, perkah-winan dan kekeluargaan bertujuan membantu in-dividu berkaitan seter-usnya melahirkan insan berfikiran rasional dan positif,” katanya baru-baru ini ketika berucap sempena Makan Malam Konvensyen Kaunsel-ing Kebangsaan 2010 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu. Katanya, dalam dunia kauseling ban-yak cabaran yang perlu diharungi untuk mem-bantu individu dan ko-muniti agar memahami kehendak dan keperluan diri sendiri serta orang lain.

tikan kemenangan dan tidak sampai terpedaya dengan tohmohan dan fit-nah yang dibuat oleh parti pembangkang. Sementara itu, sewaktu berucap di Setiu sebe-lum itu beliau meminta perpaduan diutamakan dan apa sahaja isu dan masalah yang timbul mes-tilah diselesaikan dengan

bijaksana. “Bermuhasabahlah kita dengan mengambil lang-kah yang bijaksana untuk selesaikan apa jua jika ada masalah. Lagi cepat masalah selesai, lagi baik kerana sebagai kerajaan kita banyak tanggung-jawab untuk dilaksanaan bagi kebaikan rakyat,” ka-tanya.

Tegasnya.kalau ada isu dan rasa tak puas hati, ters-inggung atau dipinggir-kan, apa saja perasaan dan sentimen yang mereng-gangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan perpaduan, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Pemimpin mendampingi rakyat

MB tunaijanji kepada warga guru

Orang aslihargai pemberiankerajaan

PemimPin perlu turun padang dan mendampingi rakyat. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bukan sekadar mengungkap pe-sanan itu, tetapi disertai dengan contoh dan tela-dan. Baru-baru ini beliau mendampingi rakyat dari segenap lapisan di daerah Kemaman, tidak terkecua-li di kawasan yang diwak-ilinya, Dewan Undangan Kawasan Kijal. Memulakan program bersama rakyat, Dato’ Ahmad menyertai aktiviti gotong-royong perdana dan menyerahkan 230 anak pokok k lapa pandan untuk ditanam di sekitar Masjid Titian Berayung, Kijal. Pengerusi jawatankua-sa masjid berkenaan, Che Wan Wahab Idris, mela-hirkan rasa terharu kerana Menteri Besar yang meng-hadiahkan anak pokok itu turut sama menanamnya bersama-sama ahli kariah

di kawasan itu. Selain itu, Menteri Be-sar turut menyumbangkan sebanyak 500 anak pokok jenis limau nipis dan nang-ka madu turut kepada pen-duduk sekitar. “Pelbagai pemban-gunan akan diperhebat-kan pada tahun hadapan di Kemaman di samping

pendemokrasian tanah satu lot, satu keluarga”, kata Ahmad Said sewaktu berucap kepada penduduk di majlis itu. Antaranya pembinaan jambatan Bukit Kuang empat lorong yang akan bermula tahun ini dan ini sekaligus dapat meningkat-kan ekonomi masyarakat

setempat di samping pelu-ang pekerjaan kepada pen-duduk, kata beliau. Dato’ Ahmad kemudi-annya bersolat Jumaat di Masjid Bukit Kuang dan selepas itu pula bersama-sama penduduk menun-aikan solat hajat di surau Kampung Che Wan, Pekan Kijal.

Penduduk yang ke-banyakannya terdiri dari nelayan sekitar Kampung Tengah, Che Wan dan Ibai Penunjuk serta ahli Persat-uan Nelayan Kawasan Ki-jal mengadakan solat hajat memohon Allah S.W.T memurahkan rezeki dan hasil pendapatan mereka sebagai nelayan.

gir dalam menikmati transformasi pemban-gunan, dan mereka juga berhak untuk turut menikmati sama arus pembangunan dan per-modenan yang berlaku di negara ini”, katanya dalam majlis tersebut. Orang asli Sungai Pergam ini bertutur menggunakan ‘bahasa samakbri’ dalam pertu-turan harian. “Saya telah biasa dengan mereka dan boleh memahami apa yang disampaikan ke-pada saya walau pun menggunakan bahasa Malaysia yang ber-campur dengan bahasa ibunda mereka itu,” kata Dato’ Ahmad. Kedatangan Men-teri Besar itu disambut dengan penuh adat tra-disi masyarakat orang asli termasuk tarian sewang yang dikenali sebagai tarian selamat datang dipersembah-kan bagi menyambut kedatangan pemimpin utama kerajaan negeri ke kampung mereka. Pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam-pung (JKKK) Sungai Pergam, Roslan Ismail berkata, pemberian tanah tambahan dan rumah kepada mereka amatlah dihargai. Katanya, ini menun-jukkan bahawa kera-jaan tidak mengamal-kan dasar diskriminasi, malah semua golongan diberi perhatian. “Kesudian Menteri Besar datang ke Sungai Pergam ini akan kami kenang sampai bila-bila dan saya berharap selepas ini beliau akan datang lagi,” katanya. Lawatan Dato’ Ah-mad ke kampung itu adalah merupakan salah satu program mendampingi pen-duduk daerah Kema-man yang merupakan daerah asal beliau.

Oleh Wan Haironniza Wan Naim

Guru-Guru diminta menunjukkan contoh te-ladan yang baik kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing di samping ber-integriti. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyifatkan guru-guru sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam mencorak generasi akan datang dan negara memerlukan generasi yang berilmu, berkemahi-ran dan bermoral. Beliau menyatakan de-mikian ketika berucap di majlis sambutan Perayaan Hari Guru 2010, pering-kat Daerah Kemaman yang dihadiri kira-kira 3000 orang guru di daerah berkenaan. Dalam hal lain, Dato’ Ahmad memberitahu ker-ajaan negeri sedia mem-bantu guru-guru yang menghadapi penyakit kronik dan tidak mampu membiayai rawatannya.

Beliau juga mengu-mumkan bagi mempering-katkan kemudahan bela-jar kepada semua lapisan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, tambahan 20 buah sekolah menen-gah dan 40 buah sekolah rendah akan dibina tahun hadapan di negeri ini. Sebuah Sekolah Me-nengah Imtiaz di bawah Yayasan Terengganu juga dalam proses pembinaan di Kemaman yang akan memberi peluang kepada 1,000 orang pelajar terbaik memasuki sekolah beras-rama penuh itu, katanya. Sempena majlis itu Dato’ Ahmad juga turut menyampaikan cendera-mata yang disumbangkan oleh kerajaan negeri ke-pada 3182 guru daerah Kemaman, anugerah-anugerah kecemerlangan guru dan sekolah serta to-koh guru 2010. Pada majlis itu Haji Mohamad Yong Hitam telah diumumkan sebagai tokoh guru daerah Kema-man.

Pasangan yang mengikuti Bulan Madu yang dianjurkan YPKT bergambar di akhir program. Manakala (gambar kanan) Dato` Seri Shahrizat yang memuji langkah Kerajaan Terengganu mewujudkan program itu demi mengeratkan kembali ikatan perkahwinan pasangan terbabit.

DaTo` SEri ShahriZaT

Menteri Besar bersama nelayan mengadakan solat hajat di surau Kampung Che Wan, Kijal, memohon memurahkan rezeki dan hasil tangkapan.

dari ms 1

TaN Sri MUhYiDDiN YaSSiN

DiKUNJUNGi TETaMU KhaS...Menteri Besar, Dato’ ahmad Said menerima kunjungan Duta Thailand ke Malaysia, Tuan Terutama Thana Duangraeana di pejabatnya di WismaDarul iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

Page 3: teganukita 26

oleh: rUSlaN aBDUl rahMaNANALISIS

4 rencana 5rencana

RENCANA PEN-GARANG

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar.Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan NegeriPengarang : Rosli ZakariaPenulis Khas : Ruslan Abd RahmanKetua Pemberita : Aida Abd. RahmanWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli PutraPengendali Blog : Harun HassanPelatih : Wan Haironniza Wan Naim

Pengusan zakat cemerlang

WAWANCARAoleh: rUSlaN aBDUl rahMaN

Hikmah di sebalik peristiwa

PenGurusan wang zakat yang sempurna ada-lah penting kerana ia ada kaitannya dengan pengu-rusan, imej dan umat Islam itu sendiri. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Tereng-ganu (Maidam) adalah agensi yang bertanggung-jawab dalam hal ehwal punggutan zakat dan pen-gagihannya. Pengiktirafan Ketua Audit Negara kepada Maid-am sebagai Majlis Agama Islam pertama di Malay-sia menerima sijil bersih audit penyata kewangan bagi tahun 2009 amatlah bernilai sekali. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman pengiktirafan pada 15 Jun lalu itu adalah hasil pemeriksaan daripada transaksi perakaunan yang didokumenkan dengan tepat, tia-da penyelewengan atau pembaziran berlaku serta penyimpanan rekod secara teratur dan mencukupi oleh Jabatan Audit Negara. Pemilihan Maidam sebagai majlis agama Islam yang mempunyai rekod bersih berkaitan penyata kewangan membuktikan agensi itu mengamalkan prinsip amanah dan telus dalam mengurus tadbir sistem kewangan. Kita berharap umat Islam akan tidak akan lupa kewajipan membayar zakat sama ada dalam kon-teks individu mahupun agensi, perniagaan dan se-bagainya. Pengertian zakat pada bahasa ialah tumbuh; berkembang; subur atau bertambah atau dapat pula berarti membersihkan atau mensucikan. Menurut hukum Islam (istilah syara’), zakat ada-lah nama bagi suatu pengambilan tertentu dari harta yang tertentu, menurut sifat-sifat yang tertentu dan untuk diberikan kepada golongan tertentu. Oleh itu apabila pengurusan agensi zakat seperti Maidam ini diperakui cemerlang sudah tentu keya-kinan akan meningkat lagi. Kejayaan ini merupakan suatu lagi kekuatan negeri Terengganu dalam aspek pengurusan yang berkaitan keagamaan, termasuk pengurusan zakat. Diharapkan punggutan zakat akan terus menin-gkat dan mereka yang memperolehi bantuan zakat dalam pelbagai perkara akan bertambah mengikut kelayakan yang ditetapkan agama. Sesungguhnya wang zakat dengan pengurusan yang baik dan cemerlang itu adalah komponen yang penting sebagai nadi pembangunan dan sosio-ekonomi negeri dan masyarakat.Tahniah kepada Maidam dan kepada pegawai dan kakitangannya yang telah menjalankan tugas den-gan amanah lagi bertanggungjawab.

sesuatu perkara perlu-lah dilihat secara positif dan sebagaimana manu-sia biasa kita tidak dapat mengetahui kenapa ses-uatu perkara itu Allah jadi-kan atau disebut hikmah di sebalik peristiwa. Misalnya tentang ke-naikan harga gula di pasa-ran yang bukan sahaja di hadapi oleh rakyat Malay-sia, tetapi di negara-negara lain juga yang telah lama menghadapi situasi ini. Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilo-gram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan 16 Julai lalu se-cara positifnya membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat di samping da-pat menjimatkan duit kera-jaan yang juga duit rakyat bagi membayar subsidi. Bukan sedikit RM1 bil-lion setahun untuk mem-bayar subsidi gula kalau mahu dikekalkan dengan harga lama, sedangkan ia bukanlah terlalu membe-bankan sangat untuk di-tanggung oleh masyarakat pengguna yang kebanya-kannya berkemampuan. RM1 billion duit kera-jaan dan rakyat itu boleh dipulangkan semula untuk tujuan pembangunan dan keperluan orang-orang miskin. Apatah lagi kenaikan itu dilihat secara agar rakyat berusaha mengu-rangkan pengambilan gula . Kata orang, “kurangkan gula dalam minuman dan makanan, banyakkan gula dalam senyuman “.Tidak boleh dinafikan pada masa ini masyarakat kita mengambil gula se-cara berlebihan, kalau da-pat dikurangkan, kenaikan ini tidak akan memberi kesan kepada kewangan keluarga. Sudah tentu ini juga dapat membantu kempen gaya hidup sihat di negara ini yang sudah diusahakan sejak sekian lama. Penggunaan gula secara berlebihan boleh mem-bawa kegemukan beri-kutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai

“Pesakit kencing manis bakal meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang akhirtahun 2010”

jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung. Malaysia antara 10 negara dunia yang rakyat-nya mempunyai penyakit diabetis paling tinggi dan hikmah di sebalik kenai-kan harga gula akan dapat membantu rakyat men-jalani hidup sihat. Kenaikan harga gula 25 sen itu tidaklah seber-apa kalau dinilaikan den-gan kos rawatan terhadap penyakit yang datang menyerang akibat dari pengambilan gula berlebi-han. Kita perlu mengubah budaya atau cara hidup kita dalam mengambil gula kerana menurut dok-tor perubatan kita sebe-narnya tidak perlu gula sebab makanan yang di-ambil seperti nasi turut mempunyai kandungan gula. Malaysia kini berde-pan dengan fenomena rakyatnya mengalami pel-bagai penyakit kronik sea-wal usia muda berikutan kegagalan mengamalkan gaya pemakanan sihat. Kajian perubatan menda-pati kita hanya perlu satu sudu gula satu hari kerana badan kita boleh tukarkan makanan lain menjadi gula. Jangan ditanya pada parti pembangkang, sudah tentu apa yang berlaku ini adalah kesempatan untuk mereka bagi mendapatkan keuntungan politik mura-han. Semua yang kerajaan l Bairsan Nasional (BN) akukan akan diputar atau ‘spin’ supaya rakyat me-lihat buruk dan hasilnya rakyat beralih sokongan kepada mereka. Itu saja. Sebaliknya, kalau apa yang mereka lakukan, termasuk oleh kerajaan milik mereka di beberapa negeri, sekalipun buruk dan terbukti menyele-weng akan di ‘spin’ men-jadi baik dan wajar pula. Pemimpin yang terb-abit dengan skandal gambar bogel pun dibela- pemimpin yang terbabit dengan bawa isteri orang

ke hotel itu pun dipertah-ankan, pemimpin mereka yang rasuah dan cerai is-teri sesuka hati juga tidak mengapa, ini semua sudah cukup kalau kita mengerti itulah sikap pembang-kang. Ukuran salah bagi mer-eka ialah BN, betul adalah parti pakatan mereka. Mu-dah penilaian mereka. Pemimpin dan pe-nyokong parti mereka ada juga doktor perubatan. Mereka sebenarnya tahu pesakit dibetis (kencing manis) akibat pengam-bilan gula dijangka akan meningkat kepada 1.3 juta orang pada tahun 2010. Tahap kesedaran masyarakat kesan dari pengambilan gula yang berlebihan masih lagi ren-

dah. Inilah masanya untuk meminta supaya mem-praktikkan amalan mengu-rangkan gula dalam minu-man dan makanan harian mereka. Ini semua adalah berte-patan dengan ajaran Islam, supaya manusia menjaga kesihatan dan tidak mem-bazir apatah lagi memu-daratkan diri. Islam juga mengajar agar tidak men-derhaka dan membuat po-rak peranda kepada pemer-intah dan pemimpin selagi mereka tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Bantulah pemerintah menjalankan urus tadbir untuk kebaikan negara dan rakyat dan bukannya ber-tindak untuk menghancur-kan.

industri pelancongan mempunyai potensi sebagai alternatif bagi meningkatkan sumber eknomi dan pendapatan negeri di masa akan datang. Berikut adalah wawancara Teganukita dengan Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Wan Supian Dato’ Wan ishak bagi menyoroti perkara berkenaan.

Pelancongan memacu ekonomiBila persatuan ini ditubuh dan apa peranannya?

Ia ditubuhkan kira-kira 32 tahun yang lalu. Meng-umpulkan semua pengusaha pelancongan dalam semua sektor termasuklah kedai makan, homestay, perkhid-matan bot, chalet dan lain-lain. Sebenarnya bidang perlancongan ini amat luas membabitkan keseluruhan aspek yang ada hubungkaitnya dengan perusahaan dan perkhidmatan pelancongan. Mereka bergabung dalam persatuan sebagai ahli. Melalui persatuan ahli-ahli boleh kemukakan idea. Idea ke arah memajukan industri dan persatuan menja-di pengantara. Kita sebenarnya berhubungan rapat pula dengan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai per-anan yang sama, misalnya Pejabat Setiausaha Kerajaan, bahagian pelancongan, Pejabat Kementerian Pelancon-gan di negeri ini, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Lembaga Kemajuan Terengganu Terengganu (pelancongan) dan sebagainya lagi.

Ada terlibat sama dengan penganjuran program den-gan kerajaan?

Jika diberi peluang, persatuan dan ahli-ahli kita ter-libat. Misalnya kita baru saja membantu Fiesta Bulan Candat Sotong 2010. Kali ini lebih kurang 1,000 orang menyertai empat sirkit candat sotong yang diadakan sepanjang tahun ini meliputi sirkit di Kuala Tereng-ganu, Marang, Dungun dan Setiu. Dengan penglibatan swasta, anak-anak syarikat kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam fiesta ini ia tidak dibebankan kepada kerajaan semata-mata, bahkan dapat menjimatkan kewangan kerajaan negeri, selain meningkatkan promosi dan penyertaannya. Ini merupakan tahun kedua penganjuran seumpama itu dan sambutan amat memuaskan. Kita telah perluas-kan kegiatan itu meliputi semua daerah-daerah di negeri ini di samping menjual pakej penyertaan secara meluas. Didapati 50 peratus penyertaan dari luar Terengganu , malah luar negara. Sebenarnya itulah hasrat sebenar kita dalam apa jua penganjuran program agar penyertaan dari luar lebih ramai, sesuai dengan matlamat pelancon-gan itu sendiri, yakni membawa masuk pelancong dan berbelanja di negeri ini.

Ada mengatakan perkembangan pelancongan di neg-eri ini masih perlahan?

Ya, yang perlahan atau masih di tahap belum cemer-lang itu perlu kita pertingkatkan. Ia perlu kepada kes-edaran dan kerjasama semua. Kita jangan hanya fikir keuntungan dalam jangka masa pendek. Jangan kita mengaut untung berlebihan dengan mengambil kesem-patan sementara hingga boleh menjejaskan imej pelan-congan kita dalam jangka masa panjang. Pelancong luar akan serik jika kita berbuat demikian dan sebenarnya kita sama ada secara sedar atau tidak melakukan ses-uatu yang menjejaskan indisutri itu dalam jangka masa panjang.Kefahaman dan kesedaran pengusaha dan masyarakat terhadap konsep dan pendekatan bidang ini perlu dibuat dari masa ke semasa, dari semua sektor. Kalau boleh kita perlu lakukan secara bulanan menge-nai kefahaman dalam industri ini.

Kesedaran awal macam mana?

Itu amat perlu. Bahkan kita mewujudkan Persatuan

Perlancongan Pelajar di semua sekolah atau 3P-di sekolah menengah di negeri ini. Kita harap di pering-kat sekolah lagi dibimbing dan diasuh mengenai po-tensi dan keperluan bidang ini.Tadi ada disebut tentang hubungan baik dengan pihak kerajaan untuk sama-sama majukan industri ini. Memang hubungan baik sentiasa terjalin. Kami juga kadang-kadang berbincang terus dengan Exco Pelan-congan negeri, beri pandangan dan pendapat. Juga dengan Ketengah, Tourism Malaysia untuk mencari idea-idea terbaik bagi kemajuan dan kecemerlangan bidang ini. Persatuan memberikan maklum balas dan sampaikan pandangan-pandangan ahli kepada pihak kerajaan dan agensi-agensinya. Itulah cara terbaik dan persatuan saya sebutkan tadi sebagai pengantara.

Terengganu mempunyai produk pelancongan yang menarik?

Tidak siapa pun boleh nafikan itu kelebihan yang ada di negeri kita. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang terdapat dalam negari kita. Tempat-tempat perkelahan juga banyak, sama ada di pantai, pulau atau di kawasan pedalaman seperti tasik dan air terjun. Kita sebenarnya perlu membimbing kesedaran masyarakat supaya menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Alam yang indah itu perlu dijaga den-gan baik, termasuk menjaga kebersihan sekitarnya dan menjauhi dari gejala-gejala yang boleh memusnahkan keindahan itu. Pulau-pulau di negeri Terengganu mempunyai air yang jernih. Ramai yang tidak mengetahui bahawa alam di bawah laut itu begitu indah, lebih indah dari alam di permukaan bumi. Hanya mereka yang berke-bolehan menyelam ke dasar laut boleh menikmatinya, khususnya melalui aktiviti ‘diving’. Kita juga ada pilihan destinasi selain laut dan pulau.Kita mempunyai Tasik Kenyir yang kini sedang dima-

jukan secara bersungguh oleh kerajaan negeri, khusus-nya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri. Kita juga kaya dengan seni budaya, sejarah dan tinggalan sejarah serta pelbagai keunikan yang boleh dimanfaatkan untuk produk pelancongan kita. Baru-baru ini pemimpin negeri kita ada nyatakan mahu mempastikan hotel-hotel dan resort pelancongan yang berkualiti di pulau, khususnya Pulau Redang. Kami menyokong penuh dan harap apa yang disu-arakan itu tidak disalah tafsir. Di Pulau Redang mis-alnya, kita banyak fauna dan flora yang unik seperti batu karang, hidupan laut dan di atas pulau itu sendiri. Bayangkan dalam masa tertentu, pulau itu menerima kunjungan pelancongan lebih 2000 orang sekaligus. Kalau tidak diurus dengan baik dan membiarkan apa yang saya sebutkan tadi keuntungan jangka pendek, su-dah tentu dalam masa jangka panjang segalanya akan musnah.

Mengenai usaha kerajaan negeri membawa masuk pelancong dari China, khususnya Guangzhou?

Itu sememangnya dialu-alukan. Malah kami ber-pendapat bukan dari bandaraya itu sahaja, perlu ada kerjasama dengan bandararaya pelancongan terkemuka lain, misalnya Ho Chi Minh (Vietnam), Hong Kong dan sebagainya. Begitu juga dengan lapangan terbang negeri kita yang telah dibina dengan baik bertaraf antarabangsa. Sudah tentu ia perlu dimanfaatkan bagi tujuan antara-bangsa agar dapat menjadikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang sesuai dengan kewujudan lapangan terbang antarabangsa itu sebagaimana fungsi lapangan terbang antarabangsa di Senai Johor dan di Bayan Lepas Pulau Pinang yang menjadi pelengkap kepada Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Bayan Lepas pintu masuk di Utara, Senai di Selatan dan kita pintu masuk antarabangsa untuk kawasan itu.

DaTo’ WaN SUPiaN

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 4: teganukita 26

WAKAF RAKYAToleh: PUTEra PESiSir air

6 rencana 2tk

Bil.

26 (1

5 Ju

lai 2

010)

htt

p://t

egan

ukita

.blo

gspo

t.com

Farinawati - arkitek songket

ms 11

Kah Mah masih aktif di usia emas

ms 15

Dampingi rakyat sejak jadi doktor lagi

ms 8 & 9

ms 12, 13

PaKatan atau kerjasama politik bukanlah perkara baru. Persepakatan antara kaum yang sudah tentu membabitkan orang-orang Islam dan bukan Islam sudah lama dirintisi oleh Umno, MCA dan MIC melalui ‘Perikatan’ sehingga kita men-capai kemerdekaan. Hari ini ada pihak tertentu baru berbicara mengenai hal tersebut. Tidak tahu mengapa baru sekarang, sedangkan dulu fikiran dan ilmu pihak yang berkenaan amat negatif men-genai perkara ini, sehingga timbul isu mengkafirkan sesa-ma Islam akibat tindakan ber-pakat dan bekerjasama ini. Hari ini baru berbicara ten-tang pakatan dan kerjasama politik ini yang diistilahkan sebagai ‘tahaluf siyasi’ yang sebenarnya telah lama wujud. Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama orang Islam dengan bukan Islam yang tidak bermatlamatkan Islam di da-lam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sa-ma-sama menghadapi musuh yang sama. Musuh yang sama itu mis-alnya termasuklah komunis, penjajah dan lain-lain. Dalam suasana hari ini, tahaluf si-yasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam un-tuk menghadapi musuh yang sama. Namun amatlahlah tidak betul orang Islam tertentu bek-erjasama dengan bukan Islam (tahaluf Siyasi) untuk menen-tang musuh politiknya yang sama dalam konteks kepar-tian, sehingga akhirnya beker-jasama untuk menghancurkan orang Islam juga.Kerjasama yang dipelopori oleh ‘Perikatan’ dan BN ada-lah untuk menentang musuh-musuh luar yang hendak men-gancam negara yang didiami bersama, bukan untuk meng-hancurkan sesama Islam. Kini ternyata apa yang te-lah dibuat oleh “Perikatan” dan “Barisan Nasional’ yang dipelopori oleh Umno sejak sekian lama baru terbukti kebe-narannya sehingga membawa pemimpin-pemimpin lain yang berada di pihak pembangkang untuk mengikuti jejak yang pernah ditolak dan dicemuh itu. Bahkan pembaca tentu

Kerjasama politik telah lama diamalkan BN

“amatlah tidak betul orang islam tertentu bekerjasama dengan bukan islam (tahaluf Siyasi) untuk menentang musuh politiknya yang sama dalam konteks kepartian, sehingga akhirnya bekerjasama untuk menghancurkan orang islam juga”.

masih ingat fatwa ‘kafir ber-ikat’ pada Ogos 1963 oleh de-wan ulamak sebuah parti yang bersidang di kediaman Men-teri Besar Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, telah men-geluarkan hukum bersifat fat-wa “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”. Harap-harap tuduhan ini te-lah ditarik balik setelah pihak berkenaan sudah insaf dan memahami konsep berikat tersebut yang mereka sendiri sedang berusaha lakukan kini. Kalau hendak dibuktikan,sebenarnya pakatan yang dirintisi oleh Umno mela-lui Perikatan dan BN adalah berkesan kerana berasaskan saling mengerti di antara satu sama lain untuk perpaduan dan keamanan. Buktiknya telah terbina ker-

ajaan dan pemerintahan secara bersama dalam tempoh hingga lebih 50 tahun sampai kini, walaupun ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Apa yang hendak ditiru oleh pihak pembangkang seka-rang hanya baru di peringkat permulaan, itupun masih lagi dalam polemik sesama mereka sendiri tentang kewajaran tin-dakan itu. Masyarakat sama ada umat Islam dan orang bukan Islam di negara ini janganlah ter-perangkap dalam istilah dan tindakan-tindakan berpusing mereka yang beralih arah dari sebelum ini, kononnya suatu pendekatan yang baru, berke-san dan pragmatis atas sifat parti mereka adalah untuk se-mua (for all). Sedangkan apa yang dilaku-kan itu telah lama dipraktik-kan oleh Umno dan BN yang sebelumnya telah dicemuh dan diberi hukum yang bukan-bu-kan kepada orang Islam yang terlibat dalam kerjasama poli-tik itu. Halal dan Islamik kalau dilakukan oleh kumpulan mereka, tetapi haram dan ber-tentangan dengan Islam kalau dilakukan oleh orang lain, itu-lah sifat pemimpin dan pengi-kut yang menggunakan nama Islam untuk parti mereka.

Persepakatan antara kaum sudah lama dirintis oleh Umno, MCa dan MiC melalui Perikatan sehingga mencapai kemerdekaan.

Khamis, 15 Julai 2010

Page 5: teganukita 26

YB TU

RUN

PADA

NG

8

2tk2tk

Dampingi rakyat sejak jadi doktor lagi

Pengkalan TUDM terbesar negara di Kuala Besut

Oleh Esah Abdullah

PenGhijrahan dari se-orang doktor kepada seorang wakil rakyat seperti menyam-bung suatu tugasan yang tidak pernah selesai, mengubati, mencari punca penyakit dan memberi suntikan penawar bagi meredakan segala kesaki-tan yang dialami rakyat. Sifat semulajadi seorang doktor amat mudah tersen-tuh bila berhadapan dengan pesakit, begitu juga seorang wakil rakyat sentiasa berse-dia membantu ahli masyarakat yang menghadapi kesulitan hidup. “Tumpuan diberikan ke-pada golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya, kerana mereka insane istime-waan dan perlu diutamakan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Yang Berhormat (YB), Dr. A Rahman Mokhtar.Peruntukan tiga hari dalam seminggu disusuli pro-

gram masuk kampung antara pendekatan beliau untuk men-dengar dan melihat kehidupan yang dilalui penduduk kam-pung secara terus tanpa mela-lui orang ketiga. “Saya lebih suka pergi ber-jumpa mereka dan bukan mer-eka yang datang mencari saya di rumah atau di pejabat,” kata Yang Dipertua, Badan Mua-fakat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut. Sebelum menjadi wakil rakyat, YB Dr. A. Rahman per-nah bertugas di Hospital Kuala Lumpur (1984), Klinik Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Kuala Krai, Kelantan (1985-1986), Klinik Kesihatan, Ta-nah Merah (1986-1988) dan Pejabat Kesihatan Machang, Kelantan, kemudiannya mem-buka klinik Dr.A Rahman di Besut (1991). “Memahami ragam masyarakat sama seperti ber-hadapan dengan karenah pe-sakit, paling penting kesaba-

ran dan ikhlas dalam setiap keputusan yang diambil,” kata Pengerusi Tetap UMNO Seberang Barat dan Jawa-tankuasa Penerangan UMNO Bahagian Besut. Katanya, kerjasama erat yang ditunjukkan 35 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sayap parti Wanita ,Pemuda dan Puteri melancar-kan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di peringkat kam-pung. “Hasrat saya 14,180 pen-gundi di Kuala Besut dapat merasai nikmat pembangunan yang disediakan oleh kerajaan dan sentiasa dalam keadaan sedar bahawa pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) telah memberikan yang terbaik ke-pada mereka,” kata Ahli Me-syuarat Kerajaan negeri, port-polio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri sejak 2008. Beliau mengakui mempu-

nyai masa yang agak terhad dalam kawasan, namun kes-empatan yang ada dihabiskan untuk masuk keluar kampung bersama isteri meninjau kalau-kalau ada rumah uzur, long-kang tersumbat serta jalann kampung dan jalan pertanian selesa digunakan. “Tanpa berkira bila dan di-mana pertemuan amat berhar-ga, sambil minum di warung kopi, menziarah warga emas

dan bertemu warga nelayan di pantai, pengusaha keropok dan petani sambil menghirup udara petang,” katanya.Walaupun perlu berkejar masa, ke Kemaman, Dun-gun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Terengganu dan Ma-rang kerana tugas selaku ahli Exco menuntut kebijaksanaan beliau mengatur jadual, agar semua rakyat mendapat keadi-lan saksama.

Kuala Besut tidak terping-gir dari menerima arus pem-bangunan walaupun peratus penduduknya terdiri daripada keluarga nelayan dan petani namun kemudahan prasarana dan pembangunan infrastruk-tur tumbuh dimerata tempat. Penempatan Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak yang menempatkan 11 buah Kapal Terbang Sukoi merupakan pengkalan TUDM terbesar di negara ini, menjadi kebang-gaan seluruh warga Besut. Pembinaan bangunan ke-dai dua tingkat yang berharga RM1.4 juta di pekan Kuala Besut kini 60 peratus siap dan lot perkedaian 16 pintu di Pekan Baru juga dalam per-ingkat pembersihan tapak. Pembinaan benteng pe-nahan ombak berharga RM400,000 sedang dilaksan-akan bagi mengelak hakisan dan projek pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Ma-laysia (LKIM) di Kuala Besut untuk kemudahan nelayan ke-luar masuk mencari rezeki di laut. Golongan muda merupa-kan aset penting Negara dan

mereka memerlukan bimb-ingan diperingkat akar umbi serta sentiasa memanfaatkan waktu dengan kegiatan yang berfaedah. “Empat buah gelang-gang futsal berharga antara RM150,000 hing-ga RM300,000 ribu di-bina di Kampung Pantai (RM250,000), di Kampung Tok Has (RM150,000) dan Gong Nering (RM150,0000 kini 70 peratus siap,” kata YB Dr. A. Rahman. Demi keselesaan dan kes-ejahteraan rakyat katanya, setiap tahun peruntukan RM1 juta disalurkan melalui Peja-bat Daerah untuk bina dan baiki jalan-jalan kampung, longkang dan sebagainya. Untuk keselesaan umat Islam serta bagi menampung pertambahan penduduk, ten-der pembinaan masjid baru di Pulau Perhentian sudah dikeluarkan dengan anggaran kos RM20 juta yang boleh memuatkan 750 jemaah pada satu-satu masa. “Usaha juga sedang di-jalankan untuk memanfaat-kan 80 hektar kawasan ter-biar di Kampung Baroh Raja,

Bukit Puteri untuk tanaman padi dan pihak Jabatan Parit Saliran (JPS) sedang men-jalankan kerja-kerja mem-baikpulih sistem perparitan,” katanya. Katanya, 39 petani terb-abit dalam projek ini dan dijangka mula menanam pada Oktober depan apabila kerja-kerja menyedut air dari sungai Besut serta mem-perelokkan sistem perparitan dikawasan terbabit dijangka selesai. Nasib nelayan pesisir pan-tai sentiasa mendapat perha-tian dan pembelaan daripada kerajaan di mana pembinaan tukun-tukun tiruan dilakukan di sekitar Pulau Perhentian untuk menambah pembiakan ikan yang menjadi sumber utama pendapatan nelayan pantai. Bidang pendidikan men-jadi keutamaan kerajaan negeri dan dalam rancangan Malaysia Ke-10 (RMK -10) sebuah sekolah menengah baru akan dibina di Alor Peroi bagi mengelak waktu sekolah dua sesi yang se-dang dihadapi pelajar Seko-lah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut

Nama : Dr. a. rahman bin MokhtarTempat lahir : Pulau Perhentian, Besut,

TerengganuTarikh lahir : 22 Mac 1958Nama isteri : azizah binti N. omarBil. anak : 4 orang ( 3 lelaki 1 perem-

puan)Kelulusan : ijazah Perubatan, Universiti

Kebangsaan Malaysia : Master of Public health

(M.P.h) Universiti Filipina.

B I O D A T A

Sesuai portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr. a. rahman sentiasa mengambil berat kesihatan rakyat.

Penduduk kampung yang sentiasa dahagakan pembangunan di kawasan mereka. Tunjuk bakat menyertai sukaneka bersama penduduk kampung. Pembinaan bangunan kedai dua tingkat yang berharga rM1.4 juta.

80 hektar kawasan terbiar di Kampung Baroh raja, Bukit Puteri untuk menanam padi.

Pengkalan TUDM Gong Kedak di Kuala Besut.

Jeti pelancongan Kuala Besut untuk kemudahan bot pelancong berulang alik ke pulau berhampiran

Dr. a.rahman bertanya khabar warga emas melalui rutinnya turun padang untuk mendekati rakyat.

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 6: teganukita 26

IKON

ANA

K TE

RENG

GANU

10

2tk

11

2tk

BISN

ESProf Dr Aziz ubah lanskap hidup

Oleh Aida Abd Rahman

sejaK kecil lagi dia su-dah memasang angan-angan untuk mengubah lanskap kehidupan apabila dewasa kelak.Kini, lakaran impian itu menjadi realiti apabila dilan-tik menerajui pentadbiran universiti ulung di Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai Naib Canselor (NC) sejak 12 April 2009. Atas tiket pengalaman selama hampir 30 tahun se-bagai pendidik dan pentad-bir sememangnya memberi kelebihan buat Profesor (Prof) Dr Aziz Deraman bagi menggantikan NC ter-dahulu Prof Dato’ Dr Sulai-man Md Yassin. Bapa kepada enam caha-ya mata yang lahir tanggal 8 November 1959 itu berke-lulusan Sarjana Muda Sains Komputer dan PhD dalam bidang sama, sebelum ini menyandang jawatan Tim-balan Naib Canselor (Aka-demik dan Antarabangsa) UMT. Beliau terlibat dalam pengajaran Program sarjana Muda dan Sarjana di UKM sejak 1984 hingga 2008 se-lain terlibat dalam pengaja-ran sambilan Program Pusat Teknologi Maklumat di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sara-wak, Universiti Utara Ma-laysia dan Kolej Pelajaran Yayasan Mara. Kekentalan dan komit-men beliau terhadap kerjaya juga mem-bolehkan be-liau meng-hasilkan 15 tajuk penye-lidikan s e j a k 1 9 9 1 ( d e n -g a n g e r a n D A G S ,

IRPA, FRGS, Sciencefund dan GUP), selain menerbitkan lapan buku dan bab, 92 pros-iding, 33 jurnal dan 69 pener-bitan. Beliau juga amat aktif da-lam aktiviti konsultansi meli-batkan 15 aktiviti perundingan berdaftar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkan agensi kera-jaan pusat, kerajaan negeri dan pihak swasta sejak 1992 hingga 2008. Pada 1982, beliau memula-kan karier sebagai penganali-sa sistem di Kementerian Per-tahanan Malaysia, sebelum mengorak langkah sebagai pendidik di UKM tiga tahun kemudian. Sepanjang di UKM, beliau menerajui pelbagai jawatan di bidang pentadbiran sep-erti Timbalan Dekan, Fakulti Komputer & Matematik, Tim-balan Pengarah bagi Pusat Komputer dan terakhir seba-gai Dekan bermula Mac 2001 hingga Oktober 2007 sebelum kembali ke Terengganu pada November 2007 untuk berkh-idmat di UMT sebagai Tim-balan Naib Canselor. Jasa dan pengalaman luas beliau sebagai anak Tereng-ganu yang berjaya membole-hkan beliau dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Tereng-ganu, Anugerah Negeri (Julai 2005),Anugerah Perkhidma-tan Terpuji dari UKM (2000) dan Anugerah Perkhidmatan 20 tahun (2004). Menyingkap latar silam, Prof Dr Aziz ketika kecil bercita-cita menjadi juruter-bang. Hasrat itu tersemat ke-

mas di jiwa dan kian

m e m -

bara melihat kepayahan bapa, Deraman Abdullah yang terpaksa berperang dengan kudrat dan masa yang terbatas bersama ke-luarga demi pekerjaan se-bagai pemandu lori. Nilai sepuluh sen ke-tika kecil dulu bagi beliau cukup besar. Lantas den-gan inisiatif sendiri beliau pernah menjual ais ketul di tepi jalan berhampiran ru-mahnya pada bulan Rama-dan selain menjaja aiskrim pada musim mengetam

padi walaupun memper-olehi upah sekadar 20 sen setiap balang yang dijual. Pada awal 1970-an bapa beliau terpaksa mem-bawa mereka sekeluarga berpindah meninggalkan kampung halaman di Sim-pang Tokku, Chabang Tiga ke Kuantan Pahang un-tuk mencari peluang yang lebih baik demi keselesaan dan kelangsungan hidup. Selain memandu lori, bapa dengan dibantu ibu, Jarah Nik Dir juga mem-bela ayam bagi menam-bah pendapatan keluarga. “Ayam dibela untuk di-jual, bukan untuk dimakan sendiri. Duit jualan bapa terpak-sa agih untuk pelbagai keg-unaan yang lebih penting. Kadang-kadang kita doa-kan ayam sakit supaya ter-paksa disembelih, dapatlah kami merasa sekali-sekala keenakan lauk ayam. “ Apabila diimbas kem-bali peristiwa lampau saya bertuah kerana bermula dari hidup susah, berusaha dan berdikari sendiri den-gan mencipta kejayaan dalam pelajaran. Kejayaan akan hadir dengan ilmu pendidikan yang baik. Al-hamdulillah saya berjaya dan akan meneruskan ke-jayaan ini untuk melihat ke-jayaan anak bangsa,” kata beliau ketika diwawancara Teganukita di pejabat be-

liau di UMT, baru-baru ini. A n a k ketiga daripada enam beradik itu pernah menimba ilmu

di Sekolah Ke-bangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga, Kuala T e r e n g g a n u sebelum ber-tukar ke SK

Galing (Kuantan); SMK Alor Akar Kuantan dan SM Sains Pahang (kini SMK Sultan Haji Ahmad Shah) bermula tingkatan empat. Ketika sibuk mentelaah pelajaran dan berdepan den-gan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Prof Dr Aziz masih sempat menambah pendapa-tan dengan menjadi kedi . Kini, penglibatan secara tidak langsung ketika alam sekolah itu pula bertukar menjadi konsep bersosial yang didampingi golongan eksekutif seperti beliau se-jak 20 tahun lalu. Selepas cemerlang da-lam SRP dengan agregat 17 beliau berjaya menerus-kan pelajaran di SM Sains Pahang dan diumumkan sebagai calon terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cita-cita awal sebagai juru terbang terpaksa dilupakan beliau selepas permohonan ke Maktab Tentera DiRaja ditolak disebabkan beliau mengambil aliran Melayu. Sebaik tamat sekolah menengah dengan rekod akademik yang cemerlang, beliau kemudiannya menda-pat tawaran menyambung Matrikulasi dalam bidang perubatan. Bagaimanapun hanya dua minggu bertahan kerana jiwa mudanya ketika itu sukar menerima `dunia makmal’ dan akhirnya ber-hijrah pula ke jurusan Sains Komputer. “Saya kemudiannya be-ralih ke bidang Sains Kom-puter yang baru diperkenal-kan di IPT ketika itu dengan mendapat tajaan Yayasan Terengganu (YT) dan Ja-batan Perkhidmatan Awam sehinggalah berjaya menda-pat ijazah dan menyambung pula peringkat PhD,” ka-tanya yang kini menjadi se-orang daripada Ahli Lemba-ga Pengarah YT sejak 2004. Pada masa yang sama,

beliau kini juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Bia-siswa Sultan Ismail Nasirud-din Shah (sejak 2006), ahli Jawatankuasa tetap Bahasa Melayu Negara ( 2003), selain dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelaburan un-tuk syarikat Top IT Indus-tries Sdn Bhd sejak 2008 yang bertanggungjawab da-lam projek e-Book. Beliau yang memilih te-man sekampung yang juga adik kenalan abangnya , Rohana Salleh, 46, sebagai suri hidup berpegang kepa-da prinsip mengelak dari-pada menyusahkan orang lain, supaya dia sendiri tidak akan disusahkan oleh orang lain kelak. “Elakkan daripada kita menganggap sesuatu tugas atau perkara itu tidak pent-ing, sebaliknya perlu dis-elesaikan dengan cara yang terbaik supaya hasilnya kelak akan memberi im-pak yang baik untuk semua pihak ,” kata Prof Dr Aziz lagi. Berbicara soal tanggung-jawab yang tergalas kini, Prof Dr Aziz dengan seluruh warga UMT menyasarkan untuk menjadikan UMT se-bagai pusat pengajian ulung yang bertaraf tinggi dari as-pek menghasilkan graduan berkualiti, selain mampu menjadi universiti berciri-kan penyelidikan tanpa me-nafikan UMT sebagai pusat pengajian berfokus dalam masa lima tahun lagi. Ketika tumpuan terhadap kerjaya ditekankan, beliau juga mahu kecemerlangan itu diteruskan oleh enam zuriat yang menjadi pe-waris legasi kehidupannya. Anak sulung, Azman, 24, sedang mengikuti pengajian Kejuruteraan Automotif Universiti Teknologi Petro-nas (UTP) di bawah tajaan Mara.

Oleh Suriati Ali

minat, pantang mengalah dan sentiasa berusaha perlu wujud dalam diri setiap in-dividu sekiranya serius ingin menceburi perniagaan me-nenun dan menjual songket. Pemilik syarikat Naj Songket, Farinawati Ya-haya, 35, berkata prinsip dan mempunyai cita-cita ingin berjaya cukup penting sekiranya ingin maju dalam perniagaan songket kerana bidang ini memerlukan kes-abaran yang tinggi dan kete-litian ketika menenun. Katanya, pada mulanya, dia kurang yakin dengan perniagaan songket kerana tidak ramai yang serius menceburinya kecuali gen-erasi terdahulu yang sudah mengetahui selok-belok berkaitan pakaian termahal ini. “Disebabkan minat men-dalam, saya didorong suami sedaya upaya mempelajarin-ya dengan menuntut ilmu di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang, Selangor selama dua tahun dan mempelajari kelemahan serta keistime-waan songket dengan mer-eka yang sudah pakar. “Selepas hampir dua ta-hun menceburi bidang ini, pelbagai keistimewaan men-genai songket dapat diketa-hui termasuk berkaitan kual-iti kain dan benang, bentuk corak paling mahal dan se-bagainya,” katanya. Menurutnya, tidak rugi sebenarnya, seseorang in-dividu mendalami ilmu dan

Farinawati- arkitek songket

Pelbagai kaedah diusahakan Naj Songket untuk melariskan produk antaranya membuathebahan melalui laman web, facebook dan mengedar risalah

serius menceburi perniagaan songket, kerana ia mampu dijual sehingga mencecah ratusan ribu sehelai jika be-nar-benar berkualiti. “Selain itu, ia turut men-jadi pilihan golongan di istana, dan orang kenamaan untuk dibuat pakaian serta dijadikan cederamata. “Lebih membanggakan, songket bukan hanya terhad untuk dibuat pakaian malah dijadikan penghias dinding ( seni khat ), pakaian pengan-tin, tas tangan, pelapik ping-gan, sarung kusyen, cadar dan album,” katanya. Farinawati berkata, kebi-asaannya tujuh corak utama digunakan untuk menam-bahkan seri songket iaitu flora fauna, bunga penuh, bunga bertabur, corak jalur, siku keluang, tapak catur dan pucuk rebung. “Songket yang diusa-hakan hampir 5 tahun ini mendapat sambutan mem-banggakan sehingga terpak-sa menolak tempahan jika pelanggan membuat tempa-han di saat akhir. “Kebiasaannya pelang-gan mengemari corak ring-kas untuk disesuaikan pada setiap barangan hiasan yang diimpikan,” katanya.

Menurutnya, barangan per-hiasaan yang diperbuatkan daripada songket dijual antara RM5,000 hingga RM6,000 menjadi pilihan pelanggan tempatan dan luar negara termasuk Indo-nesia dan Brunei. “Bahan mentah seperti benang sutera, kapas dan pelbagai kelengkapan untuk dibuat songket diperoleh daripada pembekal dari Kelantan dan Kuala Lum-pur. “Dalam pemilihan benang, seseorang pene-nun memerlukan ketelitian kerana dibimbangi tiruan dan mudah rosak,” katanya yang mengusaha perniagaan dikediamannya, Taman Pu-tri Payong, Marang. Pelbagai kaedah diusa-

hakan Naj Songket untuk melariskan produk antaran-ya membuat hebahan mela-lui laman web, face book dan mengedar risalah.

Bersama keluarga tersayang

Betapa halusnya tenunan sehingga menghasilkan songket yang bermutu tinngi.

FariNaWaTi

Bahan mentah seperti benang sutera dan kapas yang diperolehi dari luar Terengganu.

Farinawati tekun menenun songket warisan Terengganu.

Beg yang dihasilkan dengan songket.

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 7: teganukita 26

12 1312 13

BuBur lAmBuk JUADAH TERENGGANUWARISAN ALAM

Oleh Suriati Ali

s e m a n G a t kerjasama,hidup ber-muafakat dan saling membantu tanpa mengi-ra aktiviti atau program merupakan kunci utama Kampung (Kg) Alor Limbat, Marang berjaya menyertai Pertandingan Anugerah Desa Cemer-lang (ADC) peringkat kebangsaan 2010. Memiliki taman hutan seluas 1.8 hektar, unit pembersih kampung, jambatan gantung antara keistimewaan yang me-layakkan kampung itu memenangi anugerah sama peringkat negeri pada tahun lalu sebelum terpilih ke peringkat set-erusnya. Kemenangan pering-kat negeri, melayakkan kampung itu, menerima habuan hampir RM1 juta daripada kerajaan negeri termasuk RM500,000 nilai projek, lawatan sambil belajar selama lima hari ke New Zea-land untuk 15 Ahli Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta wang tunai bernilai RM50,000. Sebelum ini, Kam-pung Alor Limbat juga pernah menjuarai dan menggondol beberapa anugerah lain dalam pertandingan peringkat kebangsaan serta daerah termasuk Program Kum-pulan Pendengar Penon-ton dan Pembaca (K3P) atau sekarang ini lebih dikenali Komuniti Be-

Bahan-bahannya;4 gelas beras1 ikat daun pucuk midin/pucuk paku merah1 ikat daun cekur manis15 helai daun kadun4 helai daun ulat bulu/daun kaduk/daun ubi kayu5 tangkai daun kesum6 batang serai2 biji kelapa (1/2 untuk buat kerisik dan ½ untuk santan)20 ulas bawang merah2 inci halia1 sudu besar lada hitam½ cawan kicap15 ekor ikan selayangGaram, gula dan serbuk perasa

Khasiat: - Kencing manis, darah tinggi, batu karang dan dedas

(kecing tidak lawas).

Kaedah: - Rebus pokok misai kucing sebelum diminum untuk

mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, batu karang dan dedas.

- Boleh juga hanya merendam 3 hingga 4 helai daun herba ini bagi merawat penyakit yang sama.

Keistimewaan: - Pokok herba ni tumbuh meliar di kawasan tanah

pamah. Daunnya berbentuk kecil dan tirus. Batangnya kecil dan mudah patah.

Cara membuatnya:• Semua daun-daun dibersih dan dipakai• Ikan direbus, ambil isinya dan dihancurkan• Bawang merah, halia dan lada hitam ditumbuk lumat• Beras dibersih dan direbus hingga kembang.• Masukkan kerisik kedalam beras kacau hingga rata dan

masukkan bahan rempah kacau lagi• Serai diketuk dan masukkan ke dalam periuk beras• Apabila semua sudah bergaul, masukkan semua daun-

daun tadi dan balik-balikkan hingga rata• Bila daun sudah layu, masukkan santan hingga tenggelam

bahan-bahan daam periuk• Masukkan juga ikan, garam, kicap, gula dan serbuk perasa.

Masak hingga mendidih

mIsAI kucIng( Ortosiphon stamineus )

- Kebiasaannya ditanam di tepi rumah sebagai landskap dan penyeri halaman.

Kaedah Pembiakan: - Keratan batang.

habitat: - Lazimnya tumbuh di kawasan tanah pamah.

Saling kerjasama kunci kejayaan Alor Limbatstari pada 2002. Selain itu, anugerah desa harapan dalam Pertandingan Gerakan Dewan Wawasan (2003) dan Pertandingan Ke-bersihan dan Kecerian Kampung peringkat daerah Marang (2007). Kedudukan DUN Alor Limbat, agak istimewa kerana terbahagi kepada dua sebahagian iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlis Daerah Ma-rang (MDM). Kedudukan geografi itu memberi pelbagai kelebihan, termasuk pro-jek pembangunan, ke-mudahan prasarana dan tidak ketinggalan kes-epakatan masyarakat un-tuk memenangi beberapa anugerah.. Pengerusi JKKK, Kg Alor Limbat, Haji Mat Saman Ali berkata kam-pung ini memiliki keis-timewaan tersendiri hasil kerjasama dan kesepaka-tan penduduk yang kini berjumlah lebih 1,000 orang. Katanya, setiap lorong yang terdapat di kam-

pung ini di beri gelaran sempena nama orang terdahulu bertujuan mengenang jasa serta tatapan genarasi muda. “Keistimewaan lain mempunyai pondok prihatin yang mendapat kerjasama dan kelulu-san Polis Diraja Ma-laysia (PDRM) untuk mengawal jenayah atau kegiatan tidak bermoral lain, Medan Info Desa yang berfungsi melatih penduduk celik komput-er. “Selain itu, kami juga mempunyai se-puluh unit rumah kedai dan koperasi untuk mengisi tabung JKKK” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Neg-eri, YB Haji Alias Ab-dullah, berkata pihaknya bersyukur dan mengu-capkan tahniah kepada warga Alor Limbat ker-ana berjaya membawa imej kampung dan neg-eri di peringkat antara-bangsa. “Kejayaan ini bukan saja mampu mengangkat martabat malah menon-jolkan kelebihan yang

ada dan mencari pengal-aman untuk terus cemer-lang di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap Sempena Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang pering-kat kebangsaan di kam-pung itu, baru-baru ini.Seramai 11 rombongan panel hakim diketuai, Encik Mohd Ali Sabran disambut meriah pen-duduk sebelum menaiki `buggy’ bagi melihat keadaan dan kelebihan kampung beberapa pe-gawai kanan kerajaan negeri. itu. Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji A.Rahman Che Ali, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri, Pengerusi JKKK kam-pung itu, Haji Mat Sa-man dan penduduk set-empat. Katanya, seman-gat kerjasama, saling bergotong-royong yang dizahirkan penduduk .kampung bukan sema-ta-mata untuk menyer-tai sesuatu pertandingan malah setiap hari untuk keselasaan dan kecerian kampung.

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 8: teganukita 26

BAKT

I JKK

K

14

2tk

SERI

KAND

I

15

2tk

Oleh Suriati Ali

Walaupun usianya sudah lanjut, bekas Senator Ahli Dewan Negara, Hajah Rah-mah Salleh, 73, masih aktif menghadiri pro-gram-program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Umno. Malah, jika kesiha-tannya mengizinkan, beliau yang lebih terke-nal dengan panggilan Kak Mah lebih senang memandu sendiri kere-tanya untuk ke tempat majlis tertentu diada-kan. Walaupun kadang-kadang anak-anak sering melarang Kak Mah berbuat demiki-an, beliau bertegas mahu memandu send-iri kerana tidak ingin menyusahkan orang lain selain merasakan dirinya masih mampu menjalankan tugas tersebut. Kak Mah yang sentiasa ceria ketika ditemubual Teganuki-ta, berkata tiada petua istimewa untuk beliau kekal sihat, kecuali mengamalkan minum air suam, kurangkan minuman bergula serta bergas dan mengelak mengambil makanan berlemak.

Kak Mah masih aktif di usia emas

“Dalam persatuan dan NGo yang disertai,

Kak Mah hanya hadir mesyuarat dalam dua

atau tiga kali dalam tempoh dua bulan. Dengan itu, dapat Kak Mah agihkan

masa sama ada untuk diri sendiri atau

masyarakat”

“Sejak remaja Kak Mah jarang minum air sejuk kerana bimbang mengalami lenguh-len-guh dan sengal badan, petua diamalkan ini tu-rut menjadi amalan ibu dan ayah suatu ketika dulu,” katanya yang cu-kup petah bila diajak berbual. Ibu kepada tujuh ca-haya mata, iaitu Rohazi-mah Haji Osman, 55, Mohd Hasnan, 54, Mohd Hasbi, 51, Wahida, 42, Mohd Fahmi, 39, Mohd Khairul Nizam, 37, dan Mohd Lutfi, 35, itu tidak lekang diundang untuk menghadiri pelbagai majlis yang diadakan di sekitar kawasan itu, se-lain aktif berpersatuan. Antara persatuan dan NGO yang disertai adalah Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), Persatuan Perempuan Sedar (Surianita), Umno Veteran dan Majlis Be-kas-bekas Wakil Rakyat Terengganu (Mubarak). Hajah Rahmah ber-kata, walaupun aktif berpersatuan, Kak Mah tidak sedikit pun berasa sibuk dan tidak cukup masa untuk melakukan aktiviti di rumah dan kampong seperti men-gaji, berkebun, berzanji,

membaca surah Yassin dari rumah ke rumah, menghadiri majlis ke-syukuran dan kenduri kahwin. “Dalam persatuan dan NGO yang diser-tai, Kak Mah hanya hadir mesyuarat dalam dua atau tiga kali dalam tempoh dua bulan. Den-gan itu, dapat Kak Mah agihkan masa sama ada untuk diri sendiri atau masyarakat. “Sejak kecil seme-mangnya Kak Mah gemar mencari kawan dan apabila menginjak

dewasa mula diisi den-gan menyertai pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan,” ka-tanya yang kini mem-punyai 26 cucu dan tiga cicit. Beliau mula mem-babitkan diri dalam Umno sekitar tahun 1955 di mana ketika itu dia bersama be-berapa rakan lain ber-juang berhabis-habisan demi melihat Umno memenangi Pilihan Raya Umum pertama atau ketika itu dikenali sebagai Pilihan Raya

Umum Persekutuan. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dipikul termasuk di-herdik dan dicaci ke-tika memancing undi di kalangan penduduk di setiap kawasan, pal-ing tidak boleh dilupa ketika dibaling dengan selipar oleh seorang penduduk yang kurang menyenangi kedatan-gan kami. “Kejadian itu mem-buatkan Kak Mah se-makin bersemangat untuk terus berjuang walaupun terpaksa

mengeluarkan belanja sendiri. Jika tiada duit tambang, Kak Mah tidak segan silu me-minta rakan untuk berkongsi duit semata-mata ingin mengisi minyak dan membeli makanan. “Disebabkan se-mangat menebal dalam jiwa, Kak Mah sang-gup meningggalkan anak yang masih kecil bersama arwah ayah, Haji Salleh Puteh dan arwah suami, Haji Os-man Abdullah untuk keluar maraih undi dan menghadiri mesyu-arat,” katanya. Katanya, mujur ke-luarga terutama suami faham dengan apa yang dilakukan, seh-ingga saat ini Kak Mah cukup terhutang budi dengan mereka yang sanggup mengorbank-an masa menguruskan segala keperluan anak dan keluarga. “Semua pengala-man itu masih segar dalam ingatan dan akan terus dikenang ke akhir hayat, jika ada pihak yang sudi mendengar, Kak Mah akan terus bercerita panjang leb-ar,” katanya yang ting-gal di Kampung Gong Limau, Kemaman.

Surau Haji Yaakob terpahat kukuh

di hati masyarakatOleh Amirullah Othman

harimau mati men-inggalkan belang, ma-nusia mati meninggal-kan nama. Jasa bakti yang ditinggalkan ter-pahat kukuh dan menja-di sebutan dari generasi ke generasi. Kampung Surau Haji Yaakob, berasal daripada nama seorang terbilang, guru agama yang sentiasa mengajak masyarakat mendekati rumah Allah dan ber-sikap rendah diri, dis-egani dan dihormati penduduk disitu. Berkat kerjasama penduduk kampung yang dikepalai Haji Yaakob, terbinalah sebuah surau yang sederhana besarnya un-tuk kemudahan tempat beribadah dan majlis keagamaan lain seperti mendalami bacaan al-Quran dan kelas fardu ain. Semasa hayatnya, Arwah mengajarkan ilmu tauhid, feqah, asas-asas membaca al-quran dan lain-lain namun itu kisah yang berlaku beratus tahun dulu dan kini keakraban dan keharmonian terus kekal menjadi amalan masyarakat tempatan. Malah kelahiran beberapa golongan ulamak negeri seperti Dato’ Engku Muhsin Abdul Kadir Al Idrus iaitu bekas Menteri Muda Kementerian Be-lia & Sukan Malaysia dan Dato’ Engku Em-bong Al Idrus Kadir, Ahli Majlis Fatwa Neg-eri Terengganu. Kampung Surau Hj. Yaakob merupakan sebuah kampung yang berasaskan pertanian dan ramai kalangan penduduk yang membi-na keluarga berkat hasil pertanian dan ada yang

mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Setelah melewati egnerasi ke generasi kini Kampung Surau Hj. Yaakob ditadbir urus oleh Ustaz Mamat Budin Ahmad selaku Pengerusi Jawatankua-

sa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK) merangkap Ketua Umno Cawan-gan dan Pengerusi Khairat Kematian. Berat mata meman-dang berat lagi bahu yang memikul, Ustaz Mamat Budin turut dibantu sayap parti iaitu Ketua Wanita, Puan Zunira Sulong, Ketua Pemuda Roslan Puteh dan Ketua Puteri Noor Fatihah Abdul Halim. Pengerusi Jawa-tankuasa Masjid, Mohd Nor Mohamad dan bari-san jawatankuasa serta Pengerusi Belia, Mohd Shahir Mohd Shafie sentiasa berganding bahu menjalankan ak-tiviti untuk masyarakat kampung. Yang besat sama dipikul dan ringan sama dijinjing itulah yang menjadi amalan pen-

duduk kampong dan se-gala pemasalahan yang timbul akan ditangani bersama seperti kata pepatah cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Keakraban penduduk Kampung Surau Haji Yaakub membolehkan

ketua kampung dan barisan jawatankuasan-ya mengatur program dengan lancar termasuk aktiviti bergotong

royong membersih ka-wasan kampung dan juga rumah ibadat serta tanah perkuburan. Dengan jarak hanya setengah jam perjalan-an berkereta dari pusat Bandar, penduduk

kampong ini tidak su-kar berulang alik ke bandaraya kerana ke-mudahan jalan raya yang baik disediakan

oleh kerajaan. Malah ramai golon-gan muda mudi yang keluar beberja makan gaji di pusat bandar

selaku kakitangan kera-jaan, badan berkanun dan swasta bagi me-nambah pendapatan ke-luarga

MaMaT BUDiN

Gelanggang futsal Kampung Surau haji Yaakob untuk aktiviti penduduk. - Gambar oleh amirullah othman

Penduduk kampung mengambil upah menjahit baju bagi menambah pendapatan mereka.

Kak Mah bersama rakan seperjuangan.

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 9: teganukita 26

DEST

INAS

I

16

2tk2tk

Jom kenali....PSKTOleh Wan Haironniza Wan

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu atau ringkas-nya PSKT mungkin jarang didengari oleh segelintir masyarakat Terengganu kerana dominasi perkataan Planetarium lebih popular dan selalu menjadi sebu-tan masyarakat di negeri ini. Pengarah Urusan PSKT, Dr. Mohd Zaki Mohd Said berkata, terdapat tiga elemen diterapkan iaitu nilai sains, ICT (teknologi maklumat & komunikasi) dan Islam. Kombinasi elemen ini diperkenalkan hanya di PSKT kerana beliau ingin membawa kelainan dalam memberi dan menerapkan ilmu tentang sains dan teknologi kepada pengunjung. Berbekalkan falsafah “pembelajaran sepanjang hayat menerusi penerokaan dan penemuan bagi me-nyemai minat terhadap sains dan teknologi di kalan-gan pengunjung”, menjadikan pengisian yang diba-wa PSKT mudah difahami dan diminati oleh semua lapisan umur. Terdapat tiga key business yang ditampilkan oleh PSKT kepada khalayak iaitu jangkauan dalaman (in-reach) iaitu galeri sains, planetarium, aktiviti sains dan pertunjukan sains, manakala (outreach) jang-kauan luaran yang menampilkan ‘ portable dome’, ‘robotic camp’ dan sebagainya. Ketiga, projek pembangunan untuk bangunan baru PSKT di Kampung Laut yang sedang dalam pembinaan akan menjadi perintis dalam melahirkan modal insan berjiwa saintis serta produk yang di-hasilkan sendiri oleh PSKT mampu bersaing diper-sada antarabangsa. Selain itu, PSKT mempunyai daya tarikan tersendiri terutama di galeri sains yang menerapkan tiga tema iaitu science discovery, house of wisdom dan exploration yang masing-masing mempunyai sudut (corner) pameran yang mempamerkan bahan-bahan sains dan teknologi yang bersifat interaktif. ‘House of wisdom’ itu sendiri merupakan sudut

sains Islam yang terdiri daripada beberapa buah ki-osk dengan coursewarenya dicipta dan dihasilkan sendiri oleh staf PSKT serta hanya terdapat di negeri ini sahaja. Dalam kunjungan Teganukita ke PSKT, salah satu contoh courseware tentang sains dan Islam ditunjuk-kan dan ia sangat menarik dan mudah difahami serta dalam masa yang sama, pelbagai pengetahuan baru tentang sains, Islam dan alam sekitar saling berkaitan dapat didedahkan kepada pengunjung. Bagaimanapun, tidak lengkap andainya pengun-jung tidak berkunjung ke planetarium yang hanya bersebelahan dengan galeri sains. Planetarium merupakan prasarana yang menjadi pe-mangkin kepada pembangunan PSKT dan kerajaan negeri dalam menyebarkan informasi tentang sains, teknologi dan angkasa lepas yang digembelingkan bersama-sama ciri komersial berteraskan kepada teknologi maklumat. Selain itu juga, planetarium berperanan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat tentang aspek astronomi, fizik dan metereologi dengan lebih jelas kerana berkemampuan menonjolkan kejadian-kejadian di langit secara realiti dengan simulasi lan-git, bulan dan bintang melalui cahaya yang terhasil daripada projektor universal. Sebanyak 60 penonton boleh dimuatkan dalam satu masa dan terdapat dua jenis filem iaitu ‘Infinity Express’ yang mengisahkan perjalanan kepada alam penemuan terhadap pencarian sistem solar, pemetaan dunia dan alam semesta. Manakala, ‘The Origins of Life’ menayangkan tentang pencarian manusia terh-adap hidupan yang menduduki bumi. Antara daya tarikan yang terbaru daripada PSKT ialah ‘portable dome’ yang fungsinya sama dengan planetarium tetapi mampu dibawa kemana sahaja terutama ketika menganjurkan program ke sekolah atau ekspo di sekitar Terengganu. Inilah keunikan yang ditonjolkan oleh PSKT da-lam memartabatkan ilmu sains dan teknologi kepada

masyarakat dalam dan luar bandar. Pelbagai aktiviti sains dan teknologi dilakukan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah seperti bengkel sains dan matematik, program sains dan banyak lagi untuk menberi pendedahan awal dan menarik minat pelajar sekolah dan kanak-kanak ter-hadap bidang sains. PSKT juga mempunyai gerai cenderamata den-gan pelbagai koleksi barangan yang kreatif dan ino-vatif yang membolehkan pengunjung mengabdikan kenangan dan menjadikan cenderahati tersebut seba-gai koleksi peribadi sebelum meninggalkan PSKT.

Tidak sempurna sekiranya kedatangan anda ke PSKT tidak mencuba sendiri peralatan yang disediakan.

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.

PSKT sentiasa penuh dikunjungi pengunjung terutama pelajar sekolah yang mahu menambahkan lagi ilmu sains.

Banunan baru PSKT di Kampung laut yang sedang dalam pembinaan akan menjadi perintis dalam melahirkan modal insan berjiwa saintis.

anda boleh menguji minda dalam beberapa permainan berasaskan sains.Di sinilah pengunjung boleh melihat dan menterjemahkan ahli-ahli sains dari pelosok dunia.

Tidak lengkap andainya pengunjung tidak berkunjung ke planetarium yang hanya bersebelahan dengan galeri sains.

Pengisian yang dibawa PSKT mudah difahami dan diminati oleh semua lapisan umur.

ilmu sains boleh diperolehi dan dipelajari di PSKT.

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 10: teganukita 26

MIMBARSusunan : Muhaini Muhammad Sumber: JhEaT

19agama2tk

ms 16 & 17

WAKTU SOLATnegeri terengganu(15 julai hingga 21 julai 2010)

Raja dan Sultan adalah ketua agama lambang

kedaulatan negeriB a g i n d a a l -S u l t a n a d a l a h ketua negeri dan k e t u a a g a m a y a n g s e n t i a s a m e m e l i h a r a d a n m e n j a g a k e a m a n a n , k e s e j a h t e r a a n serta kedaulatan negeri ini.

S e s u n g g u h n y a i s l a m t e l a h mewajibkan ke a t a s u m a t n y a supaya mentaati U l i l a m r i (pemerintah).

tanGGal 20 Julai 2010, merupakan hari ulang tahun Keputeraan Duli Maha Mulia Sultan Terengganu ke-48. Hari keputeraan ini sangat memberi erti dan makna dalam kehidupan kita sebagai rakyat di negeri bertuah ini. Baginda Al-Sultan adalah ketua neg-eri dan ketua agama yang sentiasa memelihara dan menjaga keamanan, kese-jahteraan serta kedaulatan negeri ini. Sebagai umat Islam hendaklah sentiasa ber-syukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini kerana status negeri Terengganu di bawah naungan kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang diikti-raf dan dicontohi dunia, sama ada di kalangan neg-ara-negara Islam mahu-pun bukan Islam. Pengik-tirafan tersebut diberikan adalah kerana pelaksan-aan serta penghayatan Is-lam dalam pemerintahan negara dan negeri-negeri, telah diamalkan dengan adil dan penuh hikmah oleh pemerintahan secara berterusan, dan ianya telah dapat diterima oleh rakyat seluruhnya dengan selesa. Negeri yang aman, makmur serta berdaulat ini, adalah merupakan satu nikmat anugerah kurniaan Allah s.w.t. Ia tidak mung-kin diperolehi, kecuali dengan adanya usaha-usaha gigih dan kebijak-sanaan Ulil Amri dalam mentadbir negeri ini. Oleh itu, sebagai rakyat hen-daklah sentiasa taat dan patuh kepada kepimpinan negeri sepanjang masa. Sesungguhnya Islam telah mewajibkan ke atas umat-nya supaya mentaati Ulil Amri. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 59, yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada Ulil Amri dari kalangan kamu. Kemu-dian jika kamu berselisih

dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia ke-pada Allah dan Rasulnya, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akh-irat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih elok pula kesudahan-nya.” Manakala Rasulullah s.aw. bersabda, yang ber-maksud; “Sesiapa yang taat kepadaku, sesung-guhnya dia taat kepada Al-lah, dan sesiapa yang taat kepada Amir-Ku (pemer-intah), sesungguhnya dia taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya dia derhaka kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka Amir-Ku (pemerintah), maka ses-ungguhnya dia derhaka kepadaku.” Berdasarkan kepada maksud ayat suci al-Quran dan Hadis di atas, jelaslah bahawa Islam menyuruh supaya sentiasa menump-ahkan taat setia kepada pemerintah, demi menja-min keharmonian, kemak-muran dan kesejahteraan hidup berterusan. Ketaatan dan kepatu-han kepada pemerintah, merupakan kunci kejayaan rakyat di negeri Tereng-ganu khasnya dan Malay-sia amnya. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa memperteguhkan nilai-nilai murni tersebut, su-paya akan terus mendapat rahmat nikmat kemakmu-ran, kesejahteraan dan ke-berkatan dari Allah Taala. Jangan ada mana-mana pihak cuba menganggu gu-

gat kehidupan yang aman bahagia ini, dengan men-imbulkan sebarang per-masalahan atau kekacauan. Justeru, untuk memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mengelakkan berlaku-nya perkara-perkara yang boleh membahayakan dan merugikan semua. Kita juga hendaklah sentiasa hidup bersatu padu, saling hormat menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain, agar men-jadi bangsa yang kuat dan disegani. Kita semua hen-daklah menghindari dari sifat-sifat mazmumah sep-erti budaya fitnah memfit-nah, tuduh menuduh dan cemuh mencemuh, kerana sifat-sifat tersebut boleh mengundang pergadu-han, perpecahan dan lebih menakutkan lagi boleh mencetuskan suasana huru hara dan peperangan. Hal demikian juga akan me-nyebabkan kita menjadi lemah dan hidup mender-ita. Akhirnya, marilah sa-ma-sama menanamkan si-fat ketaqwaan dalam diri, agar ianya menjadi kekua-tan untuk kita melaksana-kan segala perintah Allah Taala dan Rasulnya serta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah den-gan mematuhi undang-undang negeri dan negara serta peraturan-peraturan yang digariskan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa demi kesejahteraan hidup sementara ini. Disamping itu kita juga hendaklah sentiasa mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan per-paduan antara kaum, bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Surah Al-Hajurat ayat 13 yang bermaksud; “Wa-hai umat manusia! Sesung-guhnya kami telah men-ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu saling

berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang pal-ing taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan menjunjung segala per-intahNya dan menjauhi segala laranganNya. Se-sungguhnya umat yang bertaqwa disisi Allah ialah mereka yang sentiasa mengamalkan akhlak yang baik dan nilai hidup mur-ni untuk menjamin kes-ejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Setiap negeri ada Ulil Amri yang memerintah, tidak patuh kepada pemer-intah samalah tidak patuh kepada Allah dan Rasul. Sebagaimana sedia mak-lum negeri kita menga-malkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Ber-pelembagaan, oleh yang demikian Raja atau Sultan adalah ketua agama dan lambang kedaulatan kera-jaan negeri ini. Baginda Sultan menjadi payung perlindungan kepada selu-ruh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menghormati dan memuliakan Tuanku Sul-tan dengan mentaati dan mematuhi peraturan-pera-turan, undang-undang dan apa jua arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Maka dengan demikian itu, ada-lah diharapkan negeri kita sentiasa aman dan rakyat seluruhnya dapat hidup makmur dan bahagia di bawah naungan pemer-intahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Khamis, 15 Julai 2010

Page 11: teganukita 26

am20 am am 21am

Jenayah di Terengganu menurun

Hutan Lipur Jambu Bongkok lokasi Jambori Asia ke-12

mB cakna rakyat dan pendidikan

Media massa pengaruh persepsi rakyatmedia massa disara-nkan membatu mem-bawa suara dan pan-dangan rakyat serta menyebarkan dasar-dasar baru yang dilak-sanakan pihak kera-jaan. “Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bersifat terbuka dan sentiasa mahu mend-engar suara dan pan-dangan rakyat. “Apa yang dike-hendaki oleh rakyat, denyut nadi rakyat perlu disampaikan kepada kerajaan oleh media, sama ada media elektroknik, cetak atau media baru seperti in-ternet, blog, facebook dan sebagainya,” kata Ketua Pengarah Pen-erangan, Datuk Ab-dullah Morad ketika menghadiri Program Mesra Media 1Malay-sia, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program julung kali anjuran Pejabat Pen-erangan Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua-sa Agama dan Pen-erangan negeri, Haji Khazan Che Mat. Datuk Abdullah, berkata media mem-punyai peranan sangat penting khususnya untuk menyebar dasar-dasar kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia dan Pelan Transforma-si Nasional iaitu usaha pembaharuan yang telah digerakkan oleh kerajaan. Sehingga kini, ter-dapat 44 buah akhbar beroperasi dalam Neg-ara termasuk tiga milik pembangkang dan 27 akhbar di Sabah dan Sarawak. “Media bersama dengan agensi kerajaan seharusnya bergand-ing bahu, bekerjasama memberi pejelasan dengan baik. Pada masa yang sama, media menyediakan kemu-dahan kepada rakyat untuk bersuara, untuk melahirkan pandan-gan mereka dan media juga menjadi saluran serta jambatan kepada rakyat untuk disalur-kan semula kepada kerajaan,” katanya.

menteri Besar Tereng-ganu, Dato’ Ahmad Said amat cakna rakyat ter-masuklah di bidang pen-didikan masa kini yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beliau tidak putus-putus hadir sendiri majlis penyampaian e-Book dan bantuan pakaian sekolah menemui sendiri ibubapa dan pelajar sekaligus. Awal Julai lalu, beliau berbuat demikian di ka-wasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemasik di sebelah pagi dan di sebe-lah petang di kawasan be-liau sendiri, Dun Kijal. Dalam ucapan di ked-

ua-dua tempat itu beliau berulang kali menyatakan hasratnya untuk meli-hat pelajar dari negeri ini mampu bersaing dalam pelbagai bidang profeison-al, termasuk kedoktoran

(perubatan), kejuruteraan, penerbangan dan seba-gainya. Beliau berharap dengan perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri masa kini, lebih ramai pelajar

Terengganu, termasuk pelajar perempuan seka-lipun berjaya di dalam bidang-bidang berkenaan.Bahkan katanya, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu sanggup ber-belanja untuk menghantar para pelajar ke luar negara sekalipun dalam keadaan kewangan yang terhad. Selain dari hasil min-yak, katanya kerajaan negeri cuba menambah pendapatan negeri den-gan pelaburan penanaman kelapa sawit termasuk di Indonesia yang akan di-gunakan juga bagi keper-luan pendidikan, termasuk menghantar pelajar ke luar negara.

“Kita sanggup meng-hantar anak Terengganu ke Russia, Mesir dan lain-lain lagi dan sedang me-mikirkan ke lain-lain tem-pat lagi untuk memberi peluang yang terbaik ke-pada pelajar Terengganu,” katanya. Dato’ Ahmad berkata, pendekatannya dalam usa-ha pendidikan dan ilmu pengetahuan untuk pelajar Terengganu tanpa diskrim-inasi atau ‘memilih bulu’.“Misalnya pemberian pin-jaman, biasiswa, agihan e-Book, pakaian seko-lah dan sebagainya tidak pernah mengambil kira politik kepartian keluarga mereka, “ katanya.

Oleh Aida Abd Rahman

Kes jenayah seluruh Terengganu menurun da-lam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komision-er I Datuk Mohd Shukri Dahlan. “Terengganu mencatat-kan sebanyak 1,968 kes dalam tempoh itu berband-ing 2,666 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu dan ia menunjukkan penu-runan sebanyak 698 kes atau 26.2 peratus. Sasaran awal kita ialah penurunan sebanyak 20 peratus,” kata beliau di Majlis Mesra Me-dia dan Polis, Di Hotel YT Midtown Kuala Tereng-

ganu, baru-baru ini. Daripada 1,968 kes yang dilaporkan, sebanyak 490 kes berjaya diselesai-kan setakat ini. Sementara itu, polis Terengganu sudah bersiap sedia untuk melaksanakan kempen pemanduan berhe-mah menjelang sambutan Aidilfitri pada awal Sep-tember ini bagi menangani kes kemalangan jalan raya sempena perayaan terse-

but. Kempen bersepadu melibatkan kerjasama Ja-batan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bakal dilaksanakan pada awal Ramadan bertujuan melan-carkan pergerakan trafik di Terengganu semasa bulan puasa dan menjelang hari raya. “Ia penting bagi men-gurangkan kemalangan

yang sering berlaku teru-tama ketika Hari Raya Ai-dilfitri semakin hamper. “Saya juga menyambut baik kerjasama oleh pihak lain terutama pertubuhan media seperti Kawat yang bersedia membantu dalam kempen yang pastinya da-pat dilaksanakan secara menyeluruh bagi menin-gkatkan kesedaran semua pihak,” katanya.

jamBori Pengakap Peringkat Asia kali ke-12 bakal diadakan di Hutan Lipur Jambu Bongkok, bermula 4 hingga 9 Jun tahun depan, demikian diberitahu oleh Menteri Besar, Dato’ Said. Katanya, pemilihan Hutan Lipur Jambu Bong-kok sebagai lokasi kem jambori tersebut adalah untuk memperkenalkan-nya sebagai hutan lipur yang kaya dengan keuni-kan pokok ‘balau pasir’, ‘pokok gelam’ dan juga tanah beris yang jarang ditemui di hutan lipur lain. Kem pengakap ini juga bakal menyaksikan Terengganu menjadi tuan rumah buat kali kedua siri Jambori Kebangsaan yang sebelum ini pernah menja-

di tuan rumah pada tahun 1997, siri ke-9. Lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan jalan raya dan berdekatan dengan kawasan pelan-congan terkenal Rantau Abang. Sehubungan den-gan itu katanya sebanyak kira-kira 54 ekar tanah akan digunakan untuk pembangunan hutan lipur tersebut sempena den-gan Jambori Asia tahun hadapan, katanya sewaktu membuat lawatan ke lokasi berkenaan baru-baru ini. Beliau memaklum-kan hutan lipur ini akan dibangunkan pada tahun ini dengan menyedia dan mengemaskinikan infr-struktur sedia ada seperti menaiktaraf bekalan air dan system perparitan, mewujudkan pejabat pen-

gurusan persatuan pen-gakap, padang kawat, cha-let , termasuk untuk VIP dan pelbagai kemudahan lain”. “Ini juga merupakan pelaburan jangka panjang dalam mempromosikan hutan lipur yang terdapat di Terengganu dan mam-pu memberi daya tarikan pelancong dan pengun-jung”. tambah beliau. Dijangkakan seramai 8000 peserta pengakap dan 1000 pegawai akan terlibat dalam Jambori Asia 2011. Selain itu, kata Dato’ Ahmad jambori pengakap ini juga amat menekankan pemuliharaan alam sekitar dan setiap peserta diingat-kan agar tidak menggang-gu gugat khazanah alam di sini.

Hargai dan jaga e-Book

Penghulu kenalpasti 100 keluarga miskin setiap Dun

Tindakan tegas diambil jika terbukti salahKerajaan negeri akan bertindak tegas sekiranya terdapat mana-mana penjawat awam di negeri ini tidak amanah dalam menjalankan tu-gas termasuk menyele-weng, salah guna kuasa dan menerima rasuah. Dato’ Ahmad Said berkata, kesalahan yang dilakukan itu dalam pe-merhatian dan jangan terkejut sekiranya dia bersama pegawai Suru-hanjaya Pencegah Ra-suah Malaysia (SPRM) turun memantau dan mengambil tindakan te-gas jika terbukti benar. Katanya, dia kesal dengan sikap segelintir

kakitangan kerajaan yang tidak amanah ketika men-jalankan tugas. Apa yang dilakukan dilakukan itu boleh merosakkan imej ja-batan selain menimbulkan rasa sangsi masyarakat yang ingin berurusan. “Saya mengetahui perkara ini dipercayai di-lakukan oleh segelintir pihak selepas mendapat laporan beberapa pihak tertentu. Semua perkara yang jelas menyalahi hu-kum agama dan melanggar etika perkhdmatan awam, perlu diberhentikan segera sebelum tindakan tegas di-ambil”, katanya. Beliau berkata de-mikian kepada pemberita

selepas Majlis Penyerahan e-Book dan Baucer Paka-ian Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Resak, Marang. Seramai 618 murid Ta-hun Lima daripada tujuh sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, menerima e-Book yang diagihkan sendiri Dato’ Ahmad. Manakala kira-kira 2,200 baucer pakaian sekolah bernilai lebih RM400,000 disampaikan kepada pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan Kese-lamatan Kampung (JKKK) sebelum diagihkan kepada pelajar miskin dan kurang berkemampuan.

Oleh Aida Abd Rahman

semua penghulu di negeri ini diminta meny-enaraikan 100 keluarga setiap Dewan Undangan Negeri yang dikategori-kan sebagai miskin dan termiskin bagi mengelak keciciran dalam aspek pengagihan bantuan se-lain mengemaskini data kemiskinan menerusi pro-gram e-Kasih. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata be-liau sendiri akan melihat laporan yang diserahkan penghulu berkenaan bagi meneliti kesahihan data yang dikumpulkan itu se-lain membandingkan data

sedia ada dengan data kemiskinan yang dike-luarkan pihak pembanci kemiskinan yang lain di setiap Dun. “Kalau perlu turun ke setiap Dun saya akan tu-run dan jumpa satu per-satu (penduduk miskin) dan mungkin jumlahnya antara 4,000 hingga 5,000 seluruh negeri dan jumlah di setiap daerah mungkin lebih kurang 1,000 orang.Saya mahu memeriksa laporan (data) berkenaan sama ada mereka betul-betul miskin atau tidak,” katanya di Majlis Penu-tup Wacana Pembangu-nan Daerah 2010 ke arah Merakyatkan Pentadbi-

ran dan pembangunan, di Hotel Permain Inn, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Tereng-ganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail ; Yang Diper-tua Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM), Haji Zaidi Hussin dan Pengeru-si KPPSM Terengganu, Haji Zabli Abd Ghani. Menteri Besar berkata, dengan adanya maklumat benar dan tepat itu nanti pastinya akan memudah-kan sebarang proses pen-gagihan bantuan yang sepatutnya disalurkan ke-pada penerima selain da-

pat mengenalpasti rekod sebenar dan kedudukan Terengganu dalam sena-rai penduduk miskin serta termiskin di seluruh Ma-laysia menerusi program e-Kasih. Berdasarkan rekod ka-dar kemiskinan tertinggi terbaru yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, Terengganu kini berada di tangga ketujuh berband-ing sebelum ini di tangga kedua selepas Kelantan. Penurunan itu berikutan kadar kemiskinan yang semakin menurun dengan jumlah 480 keluarga ter-miskin dan 5,000 miskin seluruh Terengganu. Pada masa yang sama, Menteri Besar turut meng-ingatkan penghulu supaya mengambil berat dan me-maklumkan kes penduduk di mukim masing-masing yang berdepan dengan pe-nyakit kronik ke pejabat beliau atau menerusi pe-gawai beliau untuk tinda-kan susulan. “Kalau ada kes pesakit kronik penghulu perlu ambil berat dan maklum segera ke pejabat saya atau melalui setiausaha saya kerana kita ada tabung khas bagi membantu mer-eka yang berkenaan,” kata beliau lagi. Program tiga hari se-jak 11 Julai lalu diser-tai 69 penghulu seluruh Terengganu bertujuan menjelaskan hala tuju daerah semasa selaras dengan dengan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan pering-kat daerah, selain menda-pat maklum balas pegawai dan kakitangan yang diper-tanggungjawabkan mema-jukan daerah serta menge-mukakan resolusi untuk diperhalusi kepimpinan negeri.

Kira-Kira 75,000 murid sekolah rendah yang berkenaan di neg-eri ini, sama ada sudah memiliki pemberian per-cuma e-Book atau bakal memperolehnya diingat-kan supaya menghargai pemberian itu seperti mana menyayangi ba-rangan berharga lain. Ini penting kerana bukan senang setiap mu-rid untuk memperolehi pemberian yangbernilai itu jika tanpa bantuan percuma dari pihak kerajaan. Pengerusi Jawa-tankuasa Pelajaran Pen-gajian Tinggi, Sains, Teknologi dan SumberManusia Negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kera-jaan negeri cukup kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghargai setiap pem-berian percuma daripada kerajaan. “Dalam pengagihan e-Book, ibu bapa adalah individu penting yang perlu bertanggungjawab menjaga barangan itu su-paya tidak mudah rosak dan disalah guna,” katan-ya ketika berucap di Ma-jlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Rendah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di Dewan Seko-lah MenengahKompleks Seberang Takir (Kom-star), Kuala Terengganu baru-baru ini. Seramai 588 murid

Tahun Lima bagi lima sekolah rendah di DUN itu gembira menerima e-Book masing-masing yang disampaikan send-iri Encik Razif. Menurut YB Razif, pengagihan e-Book turut membuka ruang dan pe-luang pelbagaipihak menerima man-faat, termasuk membuka peluang pekerjaan kepa-da graduanteknologi maklumat un-tuk memenuhi jawatan kosong sebagai Pegawai EksekutifMaklumat (EIO). “Sejak e-Book diagi-hkan, seramai 460 grad-uan lepasan pelbagai In-stitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sudah me-menuhi jawatan itu yang ditempatkan di seluruh sekolah rendah negeri ini. “Terbaru, iaitu bermu-la tahun depan, kerajaan negeri turut mewujudkan jawatansebagai Juruteknik Kom-puter,” katanya.

DaTUK MohD ShUKri DahlaN

Kembar tiga gembira sambil menunjukkan e-Book kepada ibunya yang disampaikan Menteri Besar Terengganu.

Dato` ahmad Said melihat kawasan perkhemahan yang akan dijadikan lokasi Jambori asia ke -12

Menteri Besar ketika mengadakan sidang media di hutan lipur Jambu Bongkok.

Murid sekolah ditemani ibu bapa mendapatkan e-Book yang diagihkan oleh Menteri Besar di daerah Marang.

Sebahagian daripada penghulu seluruh negeri Terengganu yang hadir pada Wacana pembangunan daerah 2010 ke arah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan di Kuala Terengganu.

ahMaD raZiF

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 12: teganukita 26

am22 am am 23am

“Terima kasih kerajaan kerana bantu kami”

Sokongan agensi berkaitan terjemah dasar kerajaan

Kursus Bahasa Inggeris pengajar Britain

Oleh: Aida Abd Rahman

“terima Kasih ker-ajaan bantu kami.Bantu-an kerajaan negeri untuk saya melanjutkan pela-jaran ke luar negara da-lam bidang kejuruteraan marin menguatkan lagi semangat dan iltizam saya menggapai cita-cita seba-

gai pensyarah kelak,” kata Luqman Abdul Halim, 18, selepas mendapat tajaan biasiswa Program Skim pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Sesi 2010/2011, di Kediaman Seri Iman, malam sema-lam (16 Jun). Luqman memperolehi 10A dalam Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) ditemani ibu bapa, Abdul Halim Muhamed, 51, dan Junai-dah Abu Samah, 45, dari Padang Nenas, Kuala Terengganu merupakan seorang daripada sepuluh pelajar cemerlang yang menerima tajaan kera-jaan negeri setiap tahun bagi mengikuti program

A- Level di Lembah Ber-ingin, Selangor, selama dua tahun. Mereka ditawarkan RM30,000 setahun seba-gai persediaan menyam-bung pelajaran di univer-siti terpilih luar negara dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan dan kedoktoran. YT juga menaja lapan pelajar menerusi Skim Pelajar Cemerlang Pro-gram Berkembar yang akan mengikuti pro-gram persediaan selama tiga semester dalam bi-dang Sains dan Perni-agaan dengan jumlah antara RM24,000 hingga RM27,000 setahun. Seorang lagi pelajar terlibat, Nor Atiqah Mohd

Zainudin dari Kampung Bukit Besar, pula menyi-fatkan peluang itu sep-erti `bulan jatuh ke riba’ kerana dia mahu mem-buktikan kepada keluarga suatu masa nanti selepas tamat pengajian dia mahu bergelar sebagai akauntan terkenal. “Sumbangan besar kerajaan yang prihatin dengan pendidikan anak Terengganu ini menjadi suntikan semangat kepa-da saya mengejar cita-cita dengan belajar bersung-guh-sungguh untuk tidak mensia-siakan sokongan semua pihak yang mem-bantu,” katanya yang memperolehi 11A dalam SPM yang lalu. Perasaan yang sama

“saya mengharapkan semua agensi terlibat di bawah (portfolio) perta-nian member kerjasama sepenuhnya bagi memu-dahkan YB Asha’ari men-jalankan tugas baru ini. Sokongan agensi kera-jaan berkaitan amat pent-ing bagi menterjemahkan dasar kerajaan sebaik mungkin,” kata Pengerusi Belia dan Sukan Negeri, YB Rozi Mamat di majlis serah tugas pengerusi Ja-watankuasa Pertanian dan

Industri Asas Tani yang diterajui beliau sebelum ini kepada YB Haji Ashaari Idris. YB Asha’ari sebelum ini Pengerusi Jawatankua-sa Kebajikan, Pembangu-nan Masyarakat dan Wan-ita Negeri mengambil alih portfoliou itu berkuatkuasa 1 Julai lalu.YB Rozi berkata, sokongan dari bawah penting bagi memastikan pemimpin dapat melaksanakan tang-gungjawab yang diama-

nahkan dengan baik dan lancar sekaligus mengelak daripada mendatangkan kesan kepada orang politik seperti beliau. “Kalau tidak bergerak dari bawah pastinya akan mendatangkan bahana kepada orang politik sep-erti saya kerana pemimpin politik yang akan dipilih dalam setiap pilihan raya. Kalau rosak dari bawah pastinya memberi kesan sepenuhnya dan rosak ha-

bis,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun men-jalankan tugas (portfolio Pertanian dan Asas Tani), beliau banyak mengenal pasti apa yang perlu dilak-sanakan bagi menjayakan bidang itu di Terengganu. Ia katanya, bolehlah diteruskan YB Asha’ari dan berharap beliau dapat meneruskan kesinambun-gan sektor berkenaan khususnya dalam men-

jayakan projek kamb-ing kaprima dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

aKademi Pembangu-nan Profesionalisma Darul Iman (DIPDA), sebuah akademi milik Trefound Educare Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat di bawah Yayasan Terengganu) memperkenalkan kursus Bahasa Inggeris yang melibatkan tenaga pen-gajar dari Britain dalam usaha meningkatkan mu-tu penguasaan bahasa berkenaan di kalangan rakyat tempatan, bermula

tahun ini. Buat permulaan, seramai 40 peserta, melibatkan 14 kakitangan awam dan peserta lain yang juga terdiri dari pelajar yang bakal memasuki universiti serta individu yang baru memasuki alam pekerjaan menyertai kursus berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Trefound Educare Sdn. Bhd, Dr. Wan Shaari Wan Ismail

berkata, program yang julung kalinya diadakan di negeri ini telah diadakan di premis DIPDA, di jalan Sultan Ismail agak unik memandangkan kelainan “method” yang digunakan berasaskan cara pembelajaran terkini dengan mengaplikasikan kemahiran secara terus di kelas. Beliau menambah, apabila menyertai kelas ini, peserta akan

menyedari bahawa kemahiran berbahasa Inggeris ini bukanlah sesukar yang disangka, malah begitu senang untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Untuk program-program yang akan datang, katanya DIPDA bercadang untuk mengadakan program yang lebih khusus iaitu lebih memfokuskan terhadap kumpulan-

kumpulan yang tertentu, antaranya seperti program untuk pelajar sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta persediaan awal memasuki dunia pekerjaan. Katanya juga, selain itu DIPDA tidak ketinggalan untuk mengadakan program Bahasa Inggeris sebagai persediaan bagi pelajar jurusan perubatan yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Program pra persediaan

ini melibatkan seramai 100 peserta dan akan diadakan dalam tempoh lima hari iaitu selama enam jam sehari. DIPDA berharap pada masa yang akan datang, program ini akan dapat dilaksanakan di Pahang dan Kelantan pula, katanya. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Trefound Educare Sdn. Bhd di Jalan Sultan Ismail atau menghubungi 09-6309491.

Sukan rakyat warnai Piala Monsun

Teruskan perjuangan arwah –YB Rozi

atlet Terengganu diharap dapat menerus-kan bakat dan kemahi-ran masing-masing bagi mengharumkan nama negeri ini sebagaimana semangat dan sumbangan yang pernah diberikan Allahyarham Mohd Fadli Muhammad, 19, sebe-lum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 6 petang, Isnin lalu. Pengerusi Jawa-tankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat mewakili Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ber-kata demikian di majlis menyampaikan sumban-gan wang tunai kepada keluarga mangsa, di ru-

mahnya di Jeram Hulu, Tepoh, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. “Saya berharap rakan-rakan beliau yang lain dapat meneruskan lagi perjuangan arwah kerana arwah seorang pemain yang sangat berbakat dan berkaliber. Yang mana kita difahamkan sejak berumur 14 tahun lagi arwah sudah mewakili Terengganu dalam semua kejohanan peringkat seko-lah, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan juga terbaru, Sukan Ma-laysia (Sukma). Selain itu, beliau juga ketuapasukan bola tampar bagi pasukan Terengganu,” katanya . Walau bagaimanapun,

YB Rozi berkata, den-gan kembalinya arwah ke rahmatullah tidak menghalang perjuangan rakan-rakan beliau, ter-utama rakan seperjuan-gan daripada Kampung Jeram (Tepoh) yang ber-jaya melahirkan ramai bakat baru dalam sukan bola tampar. Sementara itu, pihak Kerajaan Terengganu sangat berterima kasih dengan keprihatinan Ker-ajaan Melaka sepanjang SUKMA baru-baru ini dan perkara berkaitan. “Pihak kita masih be-lum menubuhkan ja-watankuasa penyiasat. Bagaimanapun setakat ini kita hanya menerima laporan daripada Jabatan

Kesihatan Negeri Tereng-ganu yang menunjukkan mangsa mengalami jang-kitan kuman daripada paru-paru ke bahagian otak. “Pihak MSNT boleh menghubungi Kemente-rian Kesihatan jika masih

ada keraguan daripada mana-mana pihak un-tuk penyiasatan lebih lanjut,”katanya. YB Rozi berkata, lap-oran perubatan menge-sahkan Mohd Fadli meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di

Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat serangan kuman daripada paru-paru ke otak. Malah, laporan itu sekaligus menolak speku-lasi mengatakan arwah dijangkiti H1N1.

Oleh Esah Abdullah

Piala Monsun 2010 diteruskan dengan mem-beri ruang yang seluas-luasnya bagi pembabi-tan penduduk tempatan mengambil bahagian sama dalam beberapa ak-tiviti sukan rakyat yang disepadukan dengan ke-johanan tersebut. Kerajaan ingin me-lihat lebih ramai rakyat tempatan membabitkan diri dalam kejohanan Piala Monson yang akan berlangsung di Pulau Duyong Terengganu pada 30 November hingga 5 Disember tahun ini. Beberapa acara sep-erti pertandingan perahu panjang, memancing ser-ta beberapa sukan rakyat dijangka akan mewarnai sepanjang kejohanan yang berprestij itu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata penglibatan lebih ramai rakyat tempatan dalam aktiviti sampingan yang disediakan mengambar-kan peranan dan sokon-gan rakyat tempatan lebih meluas berbanding tahun sebelumnya. “Acara ini mampu mewujudkan 1,722 pekerjaan baru dan kira-

kira 600 pekerjaan samp-ingan diperlukan untuk membantu menyelaras dan melancarkan per-jalanan program,” ka-tanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen per-janjian antara T-Best dan Media Prima Berhad, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Pengerusi T-Best, Tan Sri Sabaruddin Chik dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Edito-rial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A. Talib telah menandatangani perjanjian persefahaman sebagai penyiar rasmi sepanjang kejohanan ber-langsung. Dengan termenterain-ya penjanjian ini diya-kini dapat meningkatkan liputan media cetak dan media elektronik serta kesedaran terhadap ac-ara sukan terbesar yang mampu meletakkan nama Malaysia dan Terengganu di dalam peta dunia. “Ramai penduduk tem-patan berpeluang men-eroka bidang perniagaan sendiri berkaitan per-lumbaan malah ada yang membesarkan perniagaan kerana kebanjiran pelan-cong dan penonton dari

luar negara,” katanya. Katanya, pihak hotel juga mendapat faedah kerana sebelum pengan-juran Piala Monsun, ka-dar penginapan bilik hotel kurang 15 peratus ketika musim tengkujuh tetapi kini kebanyak hotel ham-pir penuh dalam tempoh tersebut. “Pemilihan Media Pri-ma yang memiliki pakej media lengkap meliputi

rangkaian televisyen TV3, NTV7 dan 8TV selain rangkain akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta radio HotFM, Fly-FM dan OneFM akan me-nyemarakkan lagi liputan kejohanan itu nanti,” ka-tanya. Sementara itu, Datuk Ahmad A. Talib berkata pihaknya amat berbe-sar hati apabila dipilih

menjadi rakan media ke-pada acara sukan bertaraf antarabangsa ini. “TV9 akan memberi publisiti berkaitan Piala Monsun ini menerusi se-mua rangkaian stesen di bawah naungan media Prima termasuk rancan-gan terbitannya seperti Nasi Lemak Kopi O, Ber-ita TV9, Chopp dan pada masa sama akan mem-buka `booth’ sepanjang

juga dikongsi rakannya, Nurul Afifah Mohd Yu-sof, biarpun dilahirkan di Pahang, kedua-dua ibu bapa yang berasal dari Terengganu turut mem-beri tuah kepadanya men-erima penajaan YT bagi melanjutkan pelajaran di bidang perakaunan yang diimpikan sejak bangku sekolah rendah lagi. “Alhamdulillah, reze-ki dan nasib menyebelahi saya apabila kedua-dua orang tua `anak Tereng-ganu’ memberi kelebihan kepada saya meneruskan pelajaran dengan bantuan kewangan kerajaan neg-eri,” kata bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah yang mendapat 7A dalam SPM lalu.

(ECER) seperti kambing boer, lembu tenusu serta pengeluaran makanan.

acara perlumbaan nanti,” katanya. Kejohanan edisi ke-6 tahun ini merupakan per-lumbaan pusingan ke-10 dan terakhir siri WMRT yang diadakan di Pulau Duyong selepas siri per-tama bermula di Perancis, Jerman, Kore Selatan, Portugal, Sweden, Swit-zerland, Denmark, Ber-muda dan China.

Pertukaran MoU antara Media Prima Berhad yang diwakili Datuk ahmad a. Talib (kiri) dengan T-Best yang diwakili pengerusinya, Tan Sri Sabaruddin Chik dan disaksikan Dato` ahmad Said.

YB rozi menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga mangsa di Jeram hulu, Tepoh baru-baru ini.

YB roZi YB aSha`ari

lUQMaN aBDUl haliM JUNaiDah aBU SaMahNor aTiQah

Menteri Besar Terengganu bermesra dengan pelajar di program Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Sesi 2010/2011 di Kediaman Seri iman, baru-baru ini.

Khamis, 15 Julai 2010 Khamis, 15 Julai 2010

Page 13: teganukita 26

sukan Bil. 26 (15 Julai 2010) http://teganukita.blogspot.com

ms 23

Teruskan perjuangan arwah - YB Rozi

ms-23

Siti Rajiah nerangkul 7 emas dalam acara kanu pada temasya Sukma di Melaka baru-baru ini.

“Pemilihan Media Prima yang memiliki pakej me-dia lengkap meliputi rangkaian televisyen TV3, TV9, NTV7 dan 8TV selain rangkaian akhbar New Straits Times, Berita harian dan harian Metro serta radio hotFM, FlyFM dan oneFM akan menyemarakkan lagi liputan kejohanan itu nanti”

MEDIA PRIMA PENYIAR RASMI PIALA MONSUN