teganukita 56 (keluaran khas)

12
ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 56, 1-15 MAC 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu. gov.my TAHUN Bersama Rakyat Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 22-Mar-2016

255 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teganukita 56 (keluaran khas)

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 56 (keluaran khas)

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 56, 1-15 MAC 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

TAHUNBersama Rakyat

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan

Page 2: teganukita 56 (keluaran khas)

2 BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Tabung penyakit kronik

Tabung Penyakit Kronik yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu sejak 2010 melibatkan peruntukan

berjumlah RM10 juta sudah memberi manfaat kepada lebih 500 pesakit yang menderita pelbagai penyakit

berbahaya dan memerlukan perhatian segera.

Kuasa baru sukan negara

Melahirkan pelumba basi-kal bertaraf dunia seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa, penubuhan

Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), menjuarai Piala FA 2011 dan mencipta hatrik muncul juara kali

ketiga berturut-turut dalam temasya Sukan Malaysia ke -14 pada

12 Jun 2011.

Terengganu sebagai negeri anjung ilmu mengekalkan reputasi sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam

peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat rekod dalam Malaysia Book of Re-

cords (MBOR) yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan

Sri Muhyiddin Yassin, 1 Mac lalu.

Juara UPSR 11 tahun berturut-turut

Zoo terbesar di Pantai Timur

Pembinaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal, Kemaman kini menjadi des-tinasi pilihan baru pelancong

ke Terengganu.

Pembangunan Tasik Kenyir

Tasik Kenyir dimajukan dengan projek Kenyir Island Hopping (KIH) yang me-liputi pembangunan 10 buah pulau di utara Pengkalan Gawi.

Rumah untuk rakyat

Kerajaan negeri mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah pelbagai jenis dalam tem-poh lima tahun yang berakhir pada 2013 akan datang.

Page 3: teganukita 56 (keluaran khas)

BIL: 56, 1-15 Mac 2012 3

Keluaran KhasSempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Terengganu perintis e-Book dan Kelas Maya

Program e-Book yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu kepada pelajar sekolah rendah merupakan lembaran sejarah pendidikan negara

manakala kelas maya akan diperluaskan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sehingga ini tiga sekolah iaitu Sekolah Kebang-saan (SK) Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu dan SK Telok Kalong, Kemaman telah memulakan konsep kelas maya.

Kuasa baru sukan negara

Melahirkan pelumba basi-kal bertaraf dunia seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa, penubuhan

Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), menjuarai Piala FA 2011 dan mencipta hatrik muncul juara kali

ketiga berturut-turut dalam temasya Sukan Malaysia ke -14 pada

12 Jun 2011.

Program Dana Remaja

Kerajaan negeri mempe-runtukkan kira-kira RM4 juta setahun di bawah Program Bakti Remaja

(PBR) membabitkan 50,000 orang setiap tahun. Melalui program berkenaan, setiap remaja yang

berumur 21 tahun ke atas layak menerima RM200

seorang.

Sebanyak 300,000 botol air zam-zam diagihkan kepada umat Islam seluruh negeri sempena menyambut ketibaan Ramadan setiap tahun. Agihan berkenaan dibuat melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK) bagi memastikan semua rakyat menerima pemberian kerajaan.

Agihan air zam-zam dan kurma percuma

Pembangunan Tasik Kenyir

Rumah untuk rakyat

Page 4: teganukita 56 (keluaran khas)

4 BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

`Segalanya untukmu rakyat’Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa berjumpa dengan warga emas di Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu manakala (gambar kanan) Dato’ Seri Haji Ahmad Said melawat warga emas yang terbaring sakit di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman, Terengganu.

Oleh: Ruslan Abdul [email protected]

Aura Dato’Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di peringkat pusat dan aura Dato' Seri Haji Ahmad Said serta barisan kepimpinan di

negeri ini sebenarnya telah membuatkan rakyat berasa kerajaan Barisan Nasi-onal (BN) cukup dekat di hati mereka, seperti juga dekatnya rakyat di hati Dato' Seri Najib, Dato' Seri Haji Ahmad dan barisan kepimpinan BN. Hubungan mesra dan kasih sayang antara rakyat dan kerajaan BN yang mentadbir dan mengurus segalanya untuk faedah rakyat, bagai hempedu yang sudah melekat di hati sejak dahulu lagi. Kerajaan yang ada ini bukanlah kerajaan yang datang dari angkasa, bukan juga kerajaan yang datang dari kayangan seperti dalam hikayat-hikayat versi lampau. Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata, kerajaan yang ada ini adalah datang-nya dari rakyat. Rakyat yang membuat pilihan dan sewajarnya kepada rakyat-lah dipastikan faedahnya dalam setiap pembangunan yang hendak dijalankan. Perkara pertama yang menjadi perkiraan ialah `faedah kepada rakyat'. Sehebat mana sekalipun sesuatu projek pemban-gunan, tetapi kalau tidak memberi nilai faedah kepada rakyat ia akan membuat rakyat menolak. Pemerintahan mestilah bertunjangkan persetujuan dan kehen-dak rakyat, itulah hakikat sebenarnya. Abraham Lincoln yang masyhur pernah berkata: ``Sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat''. Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar al-Khattab dikaitkan sebagai pemimpin yang amat cakna rakyat. Sudah menjadi kebiasaan Umar ibn Khattab, di waktu malam ia `meronda' keliling kota dan kampung untuk melihat secara lang-sung kondisi rakyatnya. Suatu malam, Umar mendengar tangisan anak-anak di sebuah pondok yang sangat seder-hana. Lalu Umar menghampiri pondok tersebut dan cuba melihat apa keadaan sebenarnya.Dia mendengar ibu anak-anak tersebut memasak sesuatu. Anak-anak yang awalnya menangis, sayup-sayup berhenti melihat ibunya sedang mema-sak. Namun masakannya tersebut tidak masak-masak sehingga anak-anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu mempersilakan tamunya untuk masuk dan dia tidak mengetahui bahawa tamu itu adalah Khalifah Umar. Wanita itu mengadu bahawa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apa-bila anaknya menangis ingin makanan, dia pura-pura memasak dengan mema-sukkan beberapa buah batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu. Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Umar karana tidak bertanggungjawab terhadap rak-yatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Umar terdiam sejenak. Kemudian, dia memohon diri meninggalkan pondok wanita itu. Dalam kegelapan malam, Umar berjalan menuju ke Baitul Mal (tempat menyimpan kekayaan negara) lalu ia mengambil sendiri beberapa karung

gandum untuk dihantarkan ke pondok wanita itu. Sampai dipondok wanita itu, Umar memberi salam dan masuk ke rumah itu untuk yang kedua kali. Dia mengambil gandum tersebut lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih belum sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khali-fahnya sendiri. Setelah siap, Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya. Mereka makan dengan penuh kebahagiaan. Melihat mereka gembira, Khalifah Umar berasa amat senang. Lalu dari mulut wanita tersebut muncul kalimat. ``Kalaulah Saidina Umar berbuat begini, alangkah baiknya....'', kata

wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya adalah Sayyidina Umar sendiri. Hari ini kandungan falsafah dari cerita khalifah Umar ini dihayati dan diterapkan dalam pengurusan kerajaan BN. Di Terengganu, rakyat yang susah diberi perhatian sepenuhnya, supaya kegembiraan itu dapat dinikmati bersama sepertilah yang diinginkan oleh wanita dalam kisah tadi. Sebenarnya inilah juga yang acap kali disebut oleh Dato' Seri Mohd.Najib supaya pemimpin turun ke bawah, merasai dan mendengar denyut nadi rakyat, tidak kira peringkat mana pun rakyat itu, kerana mereka tetap berhak mendapat pembelaan. Rumah

yang bocor diberikan atap, rumah-rumah untuk rakyat dibangunkan, malah yang terbaru dana pinjaman perumahan untuk rakyat diperkenalkan. Bantuan pakaian sekolah, bantuan persiapan melanjut-kan pelajaran dan pelbagai kemudahan diberikan supaya tidak timbul pelajar miskin gagal untuk meneruskan pen-gajian. Lebih RM300 juta setiap tahun dibelanjakan untuk pendidikan rakyat. Tabung Pesakit Kronik, bantuan rawatan dan perubatan, bahkan pemimpin sendiri turun padang menemui dan membantu rakyat. Tidakkah ini suatu pendekatan yang dibuat oleh khalifah-khalifah Islam? Bu-kan slogan Islam yang dilaungkan, tetapi ajaran Islam yang dipraktikkan dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan rakyat ini. Kepada pemimpin rakyat, sama ada yang sedang berkhidmat pada masa ini atau bakal dipilih nanti, marilah kita meneruskan agenda pembangunan dan pembelaan untuk rakyat. Marilah kita teruskan perjuangan dengan berpadu erat dalam apa jua keadaan sekalipun, sekain sebaju, berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, perjuangan untuk rakyat kita teruskan! Jangan sam-pai bahtera kita terbakar tidak berapi atau tenggelam tidak berair, jika kita gagal menerima hakikat rakyatlah yang menentukan kita barisan kepemimpinan dan kerajaan. Berjuanglah untuk rakyat!!

Rakyat yang membuat pilihan dan sewajarnya kepada rakyatlah dipastikan faedahnya dalam setiap pemban-gunan yang hendak dijalankan. Perkara pertama yang menjadi perkiraan ialah `faedah kepada rakyat'. Sehebat mana sekalipun sesuatu projek pembangunan, tetapi kalau tidak mem-beri nilai faedah kepada rakyat ia akan membuat rakyat menolak. Peme-rintahan mestilah bertun-jangkan persetujuan dan kehendak rakyat, itulah hakikat sebenarnya.

Pemimpin negara turun padang berjumpa rakyat.

Rumah penduduk yang bocor diberi bantuan atap baru.

Page 5: teganukita 56 (keluaran khas)

BIL: 56, 1-15 Mac 2012 5

Keluaran KhasSempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

MENJELANG PRU-13

BN Terengganu sedang mendahului pembangkang

Melihat kepada sambutan rakyat kepada Kerajaan Barisan Na-sional (BN) pada waktu ini sudah jelas menampakkan

BN akan terus mendapat mandat dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Pertunjuk yang jelas bila kita mendapati program-program kerajaan dan parti pemerintah (Umno/BN), mendapat sam-butan dan sokongan amat baik rakyat - malah luar biasa. Baru-baru ini lawatan kerja Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak ke Terengganu, berbasikal dengan golongan belia serta menemui para penjual pasar minggu di Taman Shahbandar mendapat sambutan yang luar biasa. Begitu juga dengan pertemuan dengan rakyat di Parlimen Marang, kemudiannya makan bersama rakyat di perkarangan Masjid Al Muktafi Billah Shah (Ladang); di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk juga, puluhan ribu rakyat menyam-but dan bersama pemimpin nombor satu negara. Terbukti rakyat menerimanya. Keya-kinan terhadap kepemimpinannya amat terserlah! Bahkan sebelum ini, April lalu, Dato' Seri Najib ke DUN Bukit Tunggal dan Manir, juga mendapat sambutan luar biasa, walaupun Dun berkenaan berada di bawa pembangkang, tetapi sudah luntur pengaruh pembangkang. Terbaru Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Haji Mohd Yassin datang ke Terengganu menemui rakyat juga luar biasa sambutan dari rakyat. Lebih 20,000 rakyat bersama beliau tanpa berganjak di Parlimen Kuala Nerus. Sebelumnya ribuan anggota perkhid-matan awam mendengar amanat Timbalan Perdana Menteri itu di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud dengan tiada sebarang bantahan. Bahkan sebelumnya, bekas Naib Pres-iden Pas, Dato' Dr. Hassan Ali yang dis-ingkirkan oleh Pas mendapat sambutan ribuan rakyat dari pelbagai lapisan, termasuk badan-badan bukan kerajaan, jelas membuktikan pembangkang amat parah dan kehilangan arah tuju. Rakyat sebenarnya amat bahagia dan rasa terbela di bawah pengurusan dan pentadbiran kerajaan BN. Slogan ``1 Ma-laysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'' bukanlah sekadar slogan, tetapi diterjemahkan dengan pelbagai program kesejahteraan rakyat. Bantuan Rakyat 1 Malaysia jelas mem-buktikan betapa sayang dan caknanya kerajaan kepada rakyat. Di peringkat negeri Dato' Seri Haji Ahmad Said selaku Ketua Kerajaan Negeri menampilkan pendekatan ``Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran'' juga disusuli dengan pelbagai faedah pem-bangunan dan kebajikan untuk rakyat telah membuat keyakinan yang tinggi rakyat terhadap kerajaan BN. Malah rakyat hanya tersenyum lebar bila pembangkang yang mulai lemas menjanjikan perkara-perkara yang pelik untuk menggula-gulakan rakyat. Sepatah kata Dato' Seri Haji Ahmad, jangan

perdaya dengan gula yang manis...̀ `semut mati pun kerana gula''. Bekalan air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada setiap pengguna sungguh manis, seperti seorang lelaki yang sedang mencari cinta dari seorang wanita, berjanji apa sahaja untuk mem-perolehi cinta. Bahkan sampai menawarkan sesuatu yang amat sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN sekarang, iaitu sekolah agama dan institusi pengajian Islam. Di bawah BN Terengganu, kita ban-gunkan pendidikan agama dan moden, disepadukan, bahkan dari kita mempunyai Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (Unisza), Institut al-Quran yang bakal juga menjadi universiti, pusat pengajian Islam, sekolah-sekolah Imtiaz, bermacam-macam lagi. Tiba-tiba Pas baru berjanji hendak perbanyakkan sekolah agama jika diberi mandat; jauh ketinggalan ``keretapi'' puak-puak pembangkang ini.

Begitu juga gantian tanah untuk pemilik yang terlibat pengambilan balik tanah bagi pembangunan, semua dilaksanakan kerajaan, malah bukan ganti dengan tanah sahaja, tetapi rumah tempat ting-gal. cuma diputarbelitkan pembangkang, seperti isu pembangunan Ladang. Sebenarnya pembangkang, setiap kali mereka berjanji, mereka akhirnya akan terperangkap dengan janji. Kekejaman dan kezaliman rejim Pas sewaktu empat tahun berkuasa di Terengganu (1999-2004) sudah cukup menginsafkan rakyat. Negeri Berkebajikan ditawarkan lagi. Kebajikankah kalau kanak-kanak tadika di halau dari balai raya, kebajikan apakah bantuan penerima bantuan yang terdiri dari ``orang-orang miskin dan susah'' pun ditamatkan. Malah semasa berkuasa, , kuasa dis-alahgunakan, termasuk memberikan wang zakat kepada Exco Kerajaan (terdiri dari pemimpin Pas Terengganu) sendiri.

Malahan pakatan Pas dengan DAP serta PKR yang terang-terang menolak Islam tidak boleh diterima oleh rakyat Terengganu yang rata-rata berbangsa Melayu dan beragama Islam. Orang Terengganu tahu siapa sebenar pemimpin DAP dan hala tuju DAP yang boleh menjejaskan Melayu dan Islam, tambah bersuluh dengan pembongkaran oleh bekas pemimpin Pas sendiri, Dato' Dr. Hassan Ali. Pas tergelincir dari landasan dan sudah jauh terpesong. Mereka silap membuat percaturan banyak yang diludah suatu masa dahulu, dijilat semula. Justeru itulah penganalisa politik melihat bahawa potensi BN untuk terus berkuasa, terutama di Terengganu am-atlah besar. Dato' Seri Haji Ahmad, selaku Pengerusi BN Terengganu pun berkata, hanya satu dua DUN sahaja yang menjadi milik pembangkang, tetapi yang lain akan kembali semula ke pangkuan BN. Hanya menunggu saat dan ketika sahaja, tarikh pilihan raya umum (ke-13) diumumkan, jentera BN/Umno sedang membilang hari dan waktu untuk mem-pastikan kuasa orang Melayu, BN dan Umno terus berkuasa.

Oleh: Ruslan Abdul [email protected] Sambutan luar biasa daripada penduduk Marang

sebaik Perdana Menteri turun padang berjumpa rakyat di Kampung Paya, Marang, Terengganu.

Sokongan yang diberi oleh puluhan ribu rakyat Parlimen Kuala Nerus menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke kawasan mereka menunjukkan rakyat mula muak dengan dakyah palsu pembangkang.

Page 6: teganukita 56 (keluaran khas)

6 BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas

MB penuhi aspirasi rakyatOleh: Kamarudin Mat AkibGambar oleh Zulkipli Putra dan Harish [email protected]

Diam tak diam, tanggal 23 Mac 2012, genap em-pat tahun Dato' Seri Haji Ahmad Said, menerajui

pentadbiran Negeri Terengganu, berpaksikan slogan ``Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan''. Walaupun tidak pernah mengimpikan jawatan tertinggi

dalam kerajaan negeri, kegigihan beliau menerajui pentadbiran negeri, membolehkan banyak kejayaan digapai dalam pelbagai bidang. Sikap Menteri Besar yang begitu `low profile' amat disenangi pel-bagai lapisan rakyat dan mereka mudah mendekati beliau dalam setiap program yang dihadirinya. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Dato' Seri Haji Ahmad tidak pernah jemu melayani rakyat yang memerlukan bantuan, wa-laupun ada waktu beliau terlalu penat kerana terpaksa menghadiri banyak majlis pada setiap hari. Ada kalanya dengan kaki terhincut-hincut kerana keced-eraan lama di lutut, beliau tetap hadir pada majlis bertemu rakyat,

semata-mata kerana tidak mahu menghampakan rakyat dan pihak penganjur. Sepanjang tempoh pentadbiran beliau, kejayaan paling jelas diukir di bidang pendidikan di mana Terengganu muncul juara per-ingkat negara bagi tahun ke-11 berturut-turut dalam peperiksaan UPSR, PMR dan STPM (ketiga berturut-turut) serta SPM (dua

kali berturut-turut). Bilangan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun yang kha-tam al-Quran semakin meningkat dari tahun ke tahun dan tahun ini dijangka lebih 30,000 orang mampu khatam al-Quran pada usia itu. Dengan penyediaan biasiswa kepada pelajar cemerlang, sema-kin ramai lulusan SPM di negeri ini diberi peluang melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di luar negara, sekaligus membantu menambah bilangan doktor dan pakar perubatan untuk berkhidmat di hospital seluruh negara. Di bidang sukan pula, Tereng-ganu muncul kuasa baru sukan

Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Page 7: teganukita 56 (keluaran khas)

BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas7

MB penuhi aspirasi rakyatkali berturut-turut). Bilangan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun yang kha-tam al-Quran semakin meningkat dari tahun ke tahun dan tahun ini dijangka lebih 30,000 orang mampu khatam al-Quran pada usia itu. Dengan penyediaan biasiswa kepada pelajar cemerlang, sema-kin ramai lulusan SPM di negeri ini diberi peluang melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di luar negara, sekaligus membantu menambah bilangan doktor dan pakar perubatan untuk berkhidmat di hospital seluruh negara. Di bidang sukan pula, Tereng-ganu muncul kuasa baru sukan

tanah air apabila mengungguli SUKMA untuk kali ketiga berturut-turut, juara Piala FA 2011 serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super bagi musim 2011.Pada tahun ini, pasukan `Penyu' berada antara pasukan teratas dalam Liga Super yang sedang menuju pertengahan musim. Hasil kegigihan kerajaan negeri meningkatkan bidang sukan, lahir ramai atlet bertaraf kebangsaan dan dunia seperti Azizulhasni Awang, Anuar Manan, Fatehah Mustafa dan Mohd Hariff Salleh. Paling membanggakan, Tereng-ganu mencatat sejarah sebagai negeri pertama menubuhkan pa-

sukan lumba basikal, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) yang kini sedang mengukir nama di persada antarabangsa. Dalam usaha menambah peluang pekerjaan kepada rakyat, kera-jaan negeri menarik pelaburan RM350 juta bagi melaksanakan projek pembangunan silika per-tama dunia di Saujana dan projek Intergrated Shrimp Aquaculture Park (iSHARP) bernilai RM260 di Penarik, kedua-duanya di Setiu. Di bidang pelancongan, tahun ini kerajaan negeri mensasarkan kedatangan 3.78 juta pelancong di mana tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Tereng-ganu. Bagi menarik pelancong, pelbagai usaha sedang dilakukan

untuk memajukan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan terulung di negara ini. Pada tahun 2010, sebanyak 44 projek pelaburan diluluskan melibatkan modal RM2.86 bilion dengan anggaran 7,966 peluang pekerjaan diwujudkan manakala sejak awal tahun hingga Oktober 2011, 25 projek diluluskan dengan nilai pelaburan RM1.88 bilion (4,007 peluang pekerjaan). Dalam tempoh empat tahun lalu, 23 projek Rumah Kos Rendah

dan Rumah Mampu Milik meli-batkan kos RM659.73 juta yang mengandungi 6,737 unit rumah dilaksanakan di seluruh negeri. Pada tahun ini, peruntukan RM80 juta disediakan kerajaan negeri, bagi tujuan yang sama melibatkan pembinaan 2,227 unit rumah, khusus untuk menyediakan kediaman lebih selesa kepada rakyat. Begitu cekal Dato' Seri Haji Ahmad dan saf kepimpinan Negeri Terengganu meniti ranjau dan duri serta jalan penuh liku bagi mentadbir negeri dengan hanya satu tujuan – memberi kemuda-han dan khidmat terbaik kepada rakyat Terengganu.

Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Page 8: teganukita 56 (keluaran khas)

8 BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Pelaburan besar berhasilOleh: Kamarudin Mat [email protected]

Pelaburan besar kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dalam bi-dang pendidikan, menampakkan

hasil positif apabila Terengganu berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperik-saan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sekaligus mencatatkan nama negeri dalam Malaysia Book Of Record (MBOR). Turut dicatat dalam MBOR ialah kejay-aan Kerajaan Terengganu melaksanaan Program e-Book di mana kemudahan berkenaan diagih secara percuma ke-pada semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam mulai 2009, membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. Dua berita itu yang amat menggem-birakan seluruh warga pendidikan dan rakyat negeri ini, disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran, pada Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri, Persekutuan dan Guru-Guru di Stadium Negeri, baru-baru ini. ``Semua kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil usaha semua pihak terutama pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Pada masa akan datang, kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan lagi penggunaan Kelas Maya di semua sekolah seluruh negeri ini supaya turut diiktiraf dalam MBOR,'' katanya ketika mengulas kejayaan itu. Kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Haji Ahmad sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi kepada sektor pendidikan. Buk-tinya, bagi Bajet 2012, sejumlah RM60.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek dan program dalam sek-tor tersebut.

Kejayaan besar yang diraih negeri ini di bidang pendidikan dengan mengung-guli keputusan semua peperiksaan utama baik di peringkat sekolah rendah, mahu pun sekolah menengah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, me-nyebabkan banyak negeri lain menjadi cemburu. Justeru itu, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dari beberapa negeri lain dihantar ke Terengganu untuk `berguru' dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, khusus bagi membolehkan mereka turut meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan di negeri masing-masing. Kerajaan negeri menyediakan kemu-dahan pembelajaran dan mendidik sejak dari peringkat pra-sekolah lagi termasuk memperkenalkan Program Terengganu Briliant Kids (TB-Kids) yang kini di-perluaskan di hampir semua tabika di negeri ini bagi memberi manfaat kepada kanak-kanak, terutama yang tidak mampu menumpukan perhatian dalam tempoh yang lama terhadap buku mata pelajaran. Pembelajaran menggunakan kecang-gihan bidang Teknologi Komunikasi Mak-lumat (ICT) dalam enam subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Moral dan Jawi itu mampu menggandakan daya ingatan kanak-kanak berbanding menghafal dan membaca buku. Hasil kerajaan negeri meperkenalkan Program Pintar al-Quran dan Kelas Fardu Ain (Kafa), hampir 30,000 kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun, berjaya khatam al-Quran pada tahun lalu. Dijangka lebih 30,000 kanak-kanak dalam lingkungan usia sama yang se-dang mengikuti kelas tadika Yayasan

Islam Terengganu, Kemas, pra-sekolah Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Perpaduan, mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka pada tahun ini. Sejak program e-Book diperkenalkan, 92,788 murid telah menerima kemudahan tersebut dan pada masa yang sama tiga sekolah rendah – SK Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Telok Kalong – dipilih menyertai Kelas Maya (Virtual Class). Sesungguhnya, Terengganu sen-tiasa dahagakan kejayaan dan lebih banyak lagi kejayaan di bidang pelajaran dan bidang-bidang lain bakal dicipta di masa depan jika kesinambungan pemerintahan Kerajaan Bari-san Nasional (BN) dikekalkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Penemuan artifak lonjak nama TerengganuPenemuan pelbagai artifak berharga di pelbagai

lokasi terutama di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu membuatkan Terengganu kini terus tersohor sekaligus mampu meningkatkan jumlah pelan-

cong serta dapat menjana ekonomi rakyat serta negeri. Terbaru, kerajaan negeri kini sedang menjalankan kajian dan penyelidikan secara menyeluruh bagi me-majukan satu lagi penemuan baru, yang terletak di bahagian atas Gua Bewah. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, penemuan yang cukup berharga itu ditemui pasukan gali cari Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) ketika menjalankan tugas mencari artifak dan khazanah alam pada pertengahan tahun lepas. Katanya, satu lagi rangka manusia turut di temui di gua sama, usia artifak itu belum diketahui kerana masih dalam kajian oleh pihak berkaitan. Sebelum ini masyarakat dikejutkan dengan pen-emuan rangka manusia yang berusia 16,000 tahun yang ditemui pada November 2009 ketika kerja-kerja eskavasi yang diketuai Prof Nik Hasan Shuhami Nik Abdul Rahman dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bantuan Jabatan Muzium Negara dan LMNT. Rangka tersebut yang dipercayai mayat seorang remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut

Oleh: Suriati [email protected]

dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. ``Penemuan artifak seumpama itu membuktikan Gua Bewah cukup berharga kepada kerajaan negeri dan kita akan terus memperkenalkan lokasi pelancongan itu di mata dunia. ``Kita tak bercadang untuk bawa pulang artifak yang ditemui dan kita akan kekalkan ia di sini dalam

usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri ini dan ke Tasik Kenyir. Pada masa sekarang kerja-kerja meningkatkan ke-mudahan untuk para pelancong di kawasan sekitar gua tersebut sedang dilakukan. ``Kita juga sedang menyediakan pelantar khas, bekas penutup kaca di kawasan rangka manusia yang tertua di negara ini ditemui, bagi tujuan keselamatan terhadap artifak yang sangat bernilai itu,'' katanya.

PENDIDIKAN

PELANCONGAN

Page 9: teganukita 56 (keluaran khas)

BIL: 56, 1-15 Mac 2012 9

Keluaran KhasSempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

KIH sedia gamit pelancongKenyir Island Hopping (KIH)

yang meliputi 10 pulau di kawasan Tasik Kenyir mula menggamit pelancong apabila sebahagian daripada projek berkenaan telah pun siap dan mula dibuka kepada pelancong. Salah satu daripada pulau yang dibangunkan melalui projek KIH dan dimulakan sejak dua tahun lalu, dijadikan Taman Burung yang kini menempatkan 120 spesies

burung. Sebahagian dari-pada burung tersebut yang amat jinak dan dilepaskan berkeliaran di pulau itu, diimport dari luar negara. Taman Burung dan Taman Herba mula dibuka kepada para pelawat secara tidak rasmi. Di Pulau Herba, pelawat bukan saja boleh mengenali beribu-ribu spesies herba yang ditanam di situ, tetapi mereka juga berpeluang menikmati air Tongkat Ali,

KESIHATAN

Terengganu mencipta sejarah pe-rubatan negara apabila menjadi negeri pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara yang menggu-

nakan peralatan canggih Mesin Tomo-grafi Berkomputer Multiclise (MSCT) yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan. Mesin berharga RM2 juta ini juga dapat ditingkatkan keupayaan sehingga 128 imej melebihi keupayaan mesin scan bi-asa terutama bagi imejan dan isotropik bagi tujuan rekostruksi multiplana (MPR) mengesan penyakit.

Oleh: Esah [email protected]

Mesin ini juga mempunyai banyak kele-bihan berbanding mesin CT scan biasa terutama bagi imejan dan isotropic bagi tujuan rekostruksi multiplana (MPR) yang dapat mengesan sebarang penyakit dengan lebih terperinci. Ia juga berupaya melakukan pemer-iksaan CT Kardiak, CT Colonoggrafi, CT Angiografi, imej 3D dan Flioroscopi semasa kes-kes intervensi radiologi. Sehubungan itu kerajaan negeri menjadi penyumbang terbesar melalui Tabung Dana Khas Perubatan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan yang terbaik untuk rakyat negeri ini. Sejumlah RM72 juta yang disalurkan melalui dana berkenaan bertujuan membeli pelbagai kemudahan peralatan termasuk 20 buah ambulan (RM3.2juta), mesin Echocardiography (RM1 juta) dan peralatan untuk perkhidmatan Reproduktif bagi Program Bayi Tabung Uji (RM500,000). Sumbangan dana khas kebajikan sosial perubatan pula membantu pesakit yang tidak berkemampuan dalam membiayai rawatan termasuk pembelian kaki palsu, mesin, oxygen concentrator, implant, lampin pakai buang, bekalan susu khas, kerusi roda dan sebagainya. Sumbangan berkenaan berhasil mem-

bangunkan Perkhidmatan Perubatan Reproduktif (program Tabung Uji) bagi membantu pasangan mendapat zuriat melalui In-Vitro Fertilization (IVF) dan Intra-Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI). Terengganu merupakan diantara em-pat hospital kerajaan di negara ini yang menawarkan program tabung uji untuk memberi pengharapan baru kepada pas-angan yang sukar mendapat zuriat dengan bayaran jauh lebih murah berbanding hospital swasta. Melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri telah memperuntukkan RM22 juta untuk membuka pusat perubatan pakar harian dikenali sebagai Pusat Perubatan iHeal di Midvalley, Kuala Lumpur dengan penguasaan 60 peratus kepentingan sa-ham. Pusat perubatan ini dibina bagi ke-mudahan orang ramai termasuk rakyat Terengganu sendiri sekiranya terdapat kes kritikal yang memerlukan rawatan pakar. Pelbagai kemudahan kepakaran disediakan di pusat perubatan ini meliputi pergigian, jantung, neuro, strok, kanser payudara, rawatan anti-penuaan dan pembedahan plastik serta kolagen.

Cipta sejarah perubatan negara

EKONOMI

RM2 juta suntik usahawan baru

Kerajaan negeri melu-luskan peruntukan RM2 juta kepada usahawan yang

mahu memulakan per-niagaan serta bersedia menambah peruntukan itu tahun depan sebagai usaha dan galakan kepada usahawan baru sekaligus melonjakkan ekonomi negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) melalui

Tabung Pembangunan Usa-hawan bertanggungjawab menyediakan beberapa skim pembiayaan dan pinjaman bagi membantu usahawan menjalankan perniagaan dan aktiviti mereka. ``Aturkanlah strategi yang sewajarnya dalam mengu-rus dan mengembangkan perniagaan masing-masing agar selari dengan matla-mat kerajaan. Jika ianya dapat dicapai bukan sahaja mampu memberi manfaat

kepada kerajaan malahan kepada rakyat serta semua pihak,'' katanya. Menteri Besar berkata, semua pihak perlu yakin dasar kerajaan yang ber-prinsipkan merakyatkan pentadbiran dan pem-bangunan adalah satu pendekatan terbaik dan langsung tidak menggu-gat kelancaran perniagaan tetapi satu paradigma untuk menjana kecemerlangan sebenar.

``Dalam menggalakkan perkembangan perniagaan, saya bersama rakan-rakan dalam kerajaan negeri akan memastikan suasana iklim mesra perniagaan dan merangsangkan budaya keusahawanan menjadi paksi dalam merealisasikan Terengganu sebagai des-tinasi perniagaan terbaik di Pantai Timur,'' katanya.

Kacip Fatimah dan Mas Cotek yang disediakan di pulau berkenaan. Manakala Taman Orkid yang sedang rancak dilaksanakan dijangka siap pertengahan tahun ini dan boleh dibuka kepada peminat orkid selepas pembinannya siap. Secara keseluruhan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pembangunan yang dirancang melalui projek KIH sudah pun siap manakala kerja-kerja pembinaannya berjalan lancar. Sebagai sokongan kepada projek KIH, kerajaan negeri merancang membina Taman Tema Air di Pulau Poh di mana projek itu dijangka dimulakan pertengahan tahun ini. Selepas projek itu siap kelak, sudah pasti Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia ter-besar di Asia Tenggara akan menjadi lokasi pelancong yang terkemuka di rantau ini.

Page 10: teganukita 56 (keluaran khas)

PENAUNG: YAB DAto’ SEri HAji AHmAD SAiD

mENtEri BESAr tErENGGANU. YB Haji Khazan Che mat

Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASiHAt: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGArANG: ruslan Abdul rahman

timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGArANG 1: Kamaruddin mat Akib

(media Baru).

PEN. PENGArANG 11: Aida Abd. rahman

(Akhbar teganukita).

WArtAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi mohd Hj. mohamad ishak (Besut) Amirullah othman (marang) Hazwan rosli (Dungun) mastura jamaluddin (H. terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

jUrUFoto: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidang

Reda

ksi

10 BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas

Tanggal 23 Mac 2012 genap sudah empat tahun Dato' Seri Haji Ahmad Said mengemudi bahtera pentadbiran dan pembangunan Kerajaan Terengganu. Dalam tempoh 366

hari sepanjang 2011 beliau memikul amanah sebagai pimpinan utama negeri, pelbagai ke-jayaan diukir melalui anjakan perubahan dan transformasi Terengganu.

Umrah terus Kuala Terengganu-Jeddah: Terengganu menjadi negeri pertama menawar-kan penerbangan umrah secara terus dari La-pangan Terbang Sultan Mahmud ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah, Arab Saudi pada 18 Mac 2011. Ketua pilot, Kapten Dato' Mohd Nawawi Awang yang juga anak Terengganu menerbangkan pesawat MH 8324 membawa 451 jemaah ke tanah suci.

Piala FA - Kemarau 11 tahun berakhir: Tarikh 11 Jun 2011, Terengganu menamat-kan kemarau 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menundukkan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Red Warriors membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat Terengganu dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin pada saat akhir masa penuh. Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias menjadi wira Skuad Penyu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-109 masa tambahan.

Terengganu cipta hatrik temasya Sukma: Tidak sampai 24 jam menjuarai Piala FA, Terengganu mencipta hatrik muncul juara kali ketiga berturut-turut dalam temasya Sukan Ma-laysia (Sukma) pada 12 Jun 2011. Daya juang atlet Terengganu terbukti dengan kejayaan di gelanggang sendiri pada 2008, rekod itu kekal semasa Sukma edisi ke-13 di Melaka dan ke-14 di Kuala Lumpur dengan meraih 30 emas, 8 perak dan 12 gangsa.

Logi bio-metionina RM2 bilion di Kertih: Pembinaan logi bio-metionina pertama di dunia seluas 70 hektar di Taman Polimer Kertih, Kemaman menjadi pemangkin perkembangan pesat Terengganu yang menerima limpahan pelaburan menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek usahasama CJ Cheiljedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis dengan pelaburan RM2 bilion. Pelaburan bioteknologi terbesar di Malaysia itu beroperasi 2013 dengan 500 peluang pe-kerjaan mahir tempatan. Loji itu berkeupayaan mengeluarkan 80,000 tan produk bioteknologi setahun

Pembedahan jantung pertama di iHeal: Hospital yang dibangunkan di Mid Valley, Kuala Lumpur oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu, iHeal Medical Centre mela-kar sejarah dalam perkhidmatan perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama terhadap pesakit wanita, Yap Nyok Lin, 50 tahun pada 13 Oktober 2011. Pembedahan itu diketuai sendiri oleh Pengarah Kesihatan-nya, Dr. David Khoo Sin Keat dengan disaksikan Dato' Seri Haji Ahmad Said.

Oleh: Fauzi [email protected]

KTCC simbol transformasi Terengganu: Projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan Terengganu dengan nilai pelaburan RM5 bilion dalam tempoh tiga tahun, mewujud-kan 82,000 peluang pekerjaan menjelang 2020. Projek berkeluasan tujuh kilometer radius itu melibatkan lima komponen iaitu Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang dan Tanjung serta Tebing Pesisir Air. Majlis pecah tanah disempurnakan Dato' Seri Haji Ahmad Said pada 21 Oktober 2011.

Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

4utama tahun ke - 10 kejayaan

20,133 khatam Quran, diiktiraf MBOR: Seramai 20,133 murid sekolah rendah di seluruh Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila berjaya khatam al-Quran beramai-ramai sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada 29 Oktober 2011. Lebih unik, sebahagian daripada mereka yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain itu turut menggunakan e-Book untuk khatam al-Quran pada majlis berasingan yang diadakan serentak di setiap Parlimen.

Page 11: teganukita 56 (keluaran khas)

BIL: 56, 1-15 Mac 2012 11

Keluaran Khas

20,133 khatam Quran, diiktiraf MBOR: Seramai 20,133 murid sekolah rendah di seluruh Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila berjaya khatam al-Quran beramai-ramai sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada 29 Oktober 2011. Lebih unik, sebahagian daripada mereka yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain itu turut menggunakan e-Book untuk khatam al-Quran pada majlis berasingan yang diadakan serentak di setiap Parlimen.

Kilang keluli RM1.8 bilion pelaburan terbesar China di Malaysia: Eastern Steel Sdn. Bhd. pada 5 Disember 2011 memulakan pembinaan fasa pertama kilang keluli bersepadu bernilai RM1.8 juta di Taman Perindustrian Be-rat Kemaman. Syarikat tempatan, Hiap Teck Venture dan China Shougang Group memeterai perjanjian pembinaan kilang di bawah Eastern Steel secara berperingkat. Siap sepenuhnya fasa satu menjelang 2013 dengan kapasiti pengeluaran keluli 1.5 juta tan metrik setahun serta 2,000 peluang pekerjaan. Ia merupakan pelaburan pertama China Shougang dalam kilang keluli di luar China dan pelaburan asing langsung China terbesar di Malaysia setakat ini.

Lembah Silika 1,200 hektar pertama di dunia: Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan TRG Industrial Minerals Sdn. Bhd. (TIM) pada memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) pada 11 Januari 2012 untuk membangunkan lembah silika yang pertama di dunia. Pelaburan bernilai RM350 juta itu melibatkan pembinaan kilang bersepadu di Saujana, Setiu dan beroperasi pertengahan 2012. Konsortium Silika Terengganu diwujudkan untuk mengeluarkan pasir silika di kawasan seluas 1,200 hektar di Setiu dan Marang. Deposit silika di kawasan itu mampu bertahan sehingga 75 setahun.

UPSR, e-Book rekod Terengganu dalam MBOR: Kejayaan Terengganu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pelaksanaan program e-Book percuma kepada pelajar diiktiraf dalam Malaysia Book of Records. Sijil pengiktirafan bersejarah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin kepada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said tanggal 1 Mac lalu.

Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

410 kejayaan

Page 12: teganukita 56 (keluaran khas)

12 BIL: 56, 1-15 Mac 2012

Keluaran Khas Sempena 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Terengganu selaku kuasa baru sukan negara tidak pernah ber-henti melahirkan atlet yang disegani dan mampu mencipta

nama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Faktor geografi Terengganu yang memiliki pantai, bukit serta kawasan bercerun mempengaruhi penglibatan ramai anak negeri ini dalam pelbagai bidang sukan, selain usaha padu Kera-jaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang menjadikan sukan antara bidang tumpuan. Sukan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) ke-17 2012 yang baru melabuh tirai memahat Terengganu selaku tuan rumah peringkat akhir penganjuran itu. Lebih manis, sembilan pelumba kelahiran Terengganu, Anuar Manan, Mohamad Adiq Hussainie Othman, Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh, Mohd Nur Rizuan Zainal, Amir Mustafa Rusli,

Oleh: Aida Abd [email protected] Ahmad Fallanie Ali, Mohd. Shahrul

Mat Amin dan Mohd Saufi Mat Senan bergabung tenaga bagi menjayakan misi negara dalam LTdL edisi kali ini. Atlet tersohor sukan berbasikal yang juga anak Terengganu, pelumba keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang dan ratu keirin, Fatehah Mustafa dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2011. Azizulhasni dan Fatehah antara atlet negara yang terawal menempah tiket ke Olimpik, London dan mengiringi pasangan jaguh dunia itu, dua lagi atlet negeri ini bagi acara memanah iaitu Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim. Selain itu, Terengganu juga men-jadi tumpuan bagi penganjuran sukan ekstrim seperti Terengganu Starhill 4x4 Challenge, Motosikal Lasak Asia 2011, Perhentian Island Challenge, World Invitational Jetrace Challenge dan Rainforest Challenge International Terengganu 2011.

Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu pula menjadi antara lokasi utama dunia bagi penganjuran sukan berkuda seperti Kejohanan Malaysia –Thailand Open Endurance Challenge Trophy 11, RTES Endurance Ride dan Piala Sultan Mizan. Lakaran kejayaaan lain, tanggal 11 dan 12 Jun tahun lalu, Terengganu menamatkan kemarau 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpas-kan negeri tetangga, Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Keesokan harinya pula mencipta rekod muncul juara kali ketiga berturut-turut temasya itu selepas meraih 30 emas, 8 perak dan 12 gangsa pada Sukma ke-14 Kuala Lumpur. Pada Sukma 2008, Terengganu yang beraksi selaku tuan rumah meledak dengan pungutan 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa untuk muncul juara buat kali pertama, sekaligus menjarak-kan jurang di kedudukan terbaik yang pernah diraih di tangga keenam pada

Sukma Selangor 1998, selain 15 emas sebagai pungutan pingat terbanyak (Sukma Kedah 2006). Kesinambungan `Terengganu Nelang' dan `Terengganu Hanelang' terus mem-pertahankan Terengganu selaku kuasa baru sukan negara untuk temasya edisi ke-13 Melaka, dua tahun lalu dengan pungutan 47 emas, 30 perak dan 43 gangsa. Selain menyediakan habuan RM2.3 juta sebagai insentif dan biasiswa kepada atlit pelajar, Sukma Ke-14 serta pemain bola sepak Terengganu, kerajaan negeri turut memberikan cuti umum pada 19 Jun lalu sebagai hadiah buah seluruh rakyat yang sentiasa menyokong kepada kejayaan itu. Usaha menjana kemajuan sukan negeri tidak pernah padam dan ini terbukti apabila sekolah sukan kedua dengan peruntukan RM25 juta yang mampu menampung 800 pelajar sedang dibangunkan di kawasan seluas lapan hektar berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

SUKAN

Sukan masyhurkan Terengganu di peta dunia