teganukita 60

16
Habuan lumayan peneroka Tiada paksaan jadi peneroka Felda - ms 14 - ms 5 Buka ladang sawit untuk biayai pendidikan Pakej candat sotong ke peringkat antarabangsa - ms 2 Selamat Hari IBU “Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi'' Selamat Hari GURU Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan... terimakasih cikgu!! ( Berita penuh ms 4 ) Oleh: Kamarudin Mat Akib [email protected] M enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memin- ta peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan me- milih kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada golon- gan peneroka, sejak awal mereka masuk ke tanah rancangan hingga kini mereka mampu hidup mewah. Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 4,400 hektar bagi tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang sebagai pelaburan jangka panjang bagi mendapat- kan sumber kewangan membiayai pelajar-pelajar di negeri ini. FOTO Zulkipli Putra | [email protected] Khairul mahu pamer konsisten di Olimpik - ms 16 ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil:60, 1-15 Mei 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Para peneroka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan pihak kerajaan dan Felda dinasihatkan segera meninggalkan tanah rancangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid berkata, tiada gunanya golongan itu tinggal di tanah rancangan Felda jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kesusahan. MENARA TINJAU setinggi 10 tingkat akan dibina disebelah jambatan bagi menghubungkan Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dan Seberang Takir, melalui projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER). Manara tersebut yang turut dilengkapi restoran sebagai pelengkap menarik minat pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke Terengganu, bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, sempat meluangkan masa untuk melihat model pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dipamerkan di Muzium Negeri, baru-baru ini. Menara tinjau mercu tanda Bandar Kuala Terengganu

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 06-Mar-2016

280 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

teganukita 60

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 60

Habuan lumayan peneroka

Tiada paksaan jadi peneroka Felda

- ms 14- ms 5

Buka ladang sawit untuk biayai pendidikan

Pakej candat sotong ke peringkat antarabangsa

- ms 2

Selamat Hari Ibu

“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi''

Selamat Hari GURUKegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan...terimakasih cikgu!!

( Berita penuh ms 4 )

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji

Ahmad Said memin-ta peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan me-milih kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada golon-gan peneroka, sejak awal mereka masuk ke tanah rancangan hingga kini mereka mampu hidup mewah.

Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 4,400 hektar bagi tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang sebagai pelaburan jangka panjang bagi mendapat-kan sumber kewangan membiayai pelajar-pelajar di negeri ini.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

K h a i r u l m a h u p a m e r ko n s i s t e n d i O l i m p i k

- ms 16

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil:60, 1-15 Mei 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Para peneroka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan pihak kerajaan dan Felda dinasihatkan segera meninggalkan tanah rancangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid berkata, tiada gunanya golongan itu tinggal di tanah rancangan Felda jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kesusahan.

MeNARA TiNjAU setinggi 10 tingkat akan dibina disebelah jambatan bagi menghubungkan Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dan Seberang Takir, melalui projek Pembangunan ekonomi Wilayah Timur (eCeR). Manara tersebut yang turut dilengkapi restoran sebagai pelengkap menarik minat pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke Terengganu, bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, sempat meluangkan masa untuk melihat model pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dipamerkan di Muzium Negeri, baru-baru ini.

Menara tinjau mercu tanda Bandar Kuala Terengganu

Page 2: teganukita 60

BIL: 60, 1-15 Mei 20122

AM

Pakej candat sotong ke peringkat antarabangsa

Orang ramai berebut mendapatkan tandatangan Tun Dr Mahathir selepas majlis Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Rakyat perlu rasional tidak terpengaruh usaha pembangkang mencetuskan huru-hara Jangan bina negara atas keganasan

MOHD ROZALI

JHEAT belanja RM480,000 laksana kursus imarah

FOTO Harish Fadzillah | [email protected]

Rakyat negara ini diingatkan perlu lebih rasional agar tidak terus diperalatkan pemimpin pembangkang

yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentin-gan tertentu dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata jika rakyat berterusan terpedaya dengan usaha pembangkang itu, mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam. ``Saya harap rakyat tidak mu-dah diperalatkan orang lain. Jika tidak, kita (rakyat) pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam. ``Jangan biar diri kita terikut-

Oleh: Fauzi [email protected]

ikut dan jadi ganas seperti mana dianjurkan pihak tertentu untuk menghancurkan negara. Negara kita akan sentiasa aman damai kalau kita tidak terpengaruh dengan perbuatan mereka ini,'' katanya Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti pada majlis Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badk, baru-baru ini. Program dihadiri kira-kira 5,000 orang awam.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Neg-eri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah. ``Tapi ada pemimpin tertentu kata, adakan rusuhan dan demon-

strasi untuk menjatuhkan kerajaan adalah halal dari segi Islam. Mereka lebih memilih cara ini (rusuhan) seperti yang berlaku di negara lain untuk mencetuskan huru hara. ``Walaupun mereka tahu ia di-larang dalam Islam tapi ini tidak mempengaruhi mereka, sebaliknya mereka berdemonstrasi secara ganas untuk merebut kuasa,'' ujarnya. Tun Dr. Mahathir dalam ucapta-manya turut menjelaskan bahawa tindakan pembangkang mengan-jurkan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga mencetuskan kekecohan dan keganasan tempoh hari ber-tujuan menumbangkan kerajaan demi kerakusan dan tamak kuasa. Beliau turut menolak dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di negara ini sehingga mengundang bantahan pihak pembangkang termasuk

menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 itu. Sebaliknya, jelas beliau, sejak sekian lama, tidak pernah wujud pembohongan pada setiap kali pilihan raya yang diadakan di negara ini seperti mana dida-kwa pembangkang berbanding di negara lain khususnya negara-negara Arab. ``Kalau benarlah ada penipuan (dalam pilihan raya), kenapa setiap pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar. Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya menang tipis. ``Dan kalau ada penipuan, (maknanya) bodoh sungguhlah kerajaan ini (BN) nak tipu pun tak pandai. Lainlah di negara Arab, mereka di sana menipu dan sebab itulah boleh memerintah sehingga 40 tahun,'' ujarnya.

Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini me-lalui pakej terancang akan

dipromosikan ke peringkat anta-rabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. Pengarah Lembaga Penggal-akan Pelancongan Malaysia (Tour-ism Malaysia) Terengganu, Encik Mohd. Nasir Kushairi berkata, aktiviti menarik yang menyajikan pengalaman unik untuk menarik pelancong. ``Aktiviti tersebut akan dipro-

mosikan di semua 44 pejabat Tourism Malaysia di seluruh dunia sebagai salah satu tarikan ke Malaysia khususnya Terengganu. ``Mencandat sotong merupakan satu aktiviti yang unik dan hanya boleh dilakukan pada musim tertentu iaitu pada April hingga pertengahan Jun setiap tahun,'' katanya. Beliau berkata demikian sem-pena majlis ramah mesra ber-sama media dan meraikan Kelab Rekreasi Tourism Malaysia `Jom

Gi Candat 2012' di Hotel Seri Malaysia Marang, baru-baru ini. Sehubungan itu, katanya Tourism Malaysia Terengganu akan beker-jasama dengan agensi pelancongan, pengusaha bot dan hotel bagi menyediakan pakej berkenaan. Beliau berkata, dengan adanya penyelarasan itu aktiviti mencandat sotong dapat dipromosikan dengan sempurna yang diharapkan ia akan menjadi aktiviti terunggul di negeri ini setaraf dengan Piala Monsun dan kejohanan kuda lasak.

Program candat sotong tersenarai dalam kalendar Tahun Melawat Terengganu 2013.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mem-

belanjakan kira-kira RM480,000 bagi melaksanakan kursus pengi-marahan masjid seluruh Tereng-ganu sepanjang 2010 hingga tahun lalu. Daripada jumlah itu, seban-yak tujuh siri kusus dijalankan pada 2010 dengan melibatkan perbelanjaan hampir RM277,000, manakala lima siri kursus di-adakan pada tahun lalu dengan peruntukan RM203,000. Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd Rozali Saleh, berkata seramai 1,830 peserta di kalangan imam dan bilal menyertai kursus yang disediakan sebanyak tujuh siri dengan setiap siri merangkumi tiga sesi sepanjang 2010. ``Kehadiran peserta pada tahun lalu lebih baik dan meningkat apabila 2,342 atau 70.10 pera-tus peserta berjaya hadir ke semua empat siri kursus JHEAT melaksanakannya sejak awal hingga penghujung 2011. ``Jumlah pada tahun lalu itu tidak termasuk kursus fasa tiga yang dilaksanakan pada 3 November di tiga daerah, Kuala Tereng-ganu, Besut dan Marang yang merekod kehadiran 253 orang dengan perbelanjaan keseluruhan kira-kira RM35,000,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Haji Mohd Rozali berkata, sehingga kini, lebih 50 peratus peserta berjaya hadir ke setiap sesi kursus yang lazimnya dipe-runtukkan kepada 100 hingga 120 peserta itu. Beliau berkata, JHEAT akan terus mengadakan program pengi-marahan itu bagi memastikan peranan pemimpin barisan depan dalam masyarakat itu akan terus diperkasakan dan di pandang tinggi seluruh umat Islam.

Page 3: teganukita 60

BIL: 60, 1-15 Mei 2012 3

AM

Sebutan kes saman fitnah Harakah, Adun Pas ditetapkan pada 17 Mei

To’ Puan Hajah Zaitun dilantik Ahli Dewan Negara

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 Mei bagi sebutan kes saman fitnah

terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain sebelum ia mula dibicarakan pada Julai ini. Timbalan Pendaftar, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan lsmail Petra menetapkan tarikh tersebut sewaktu sebutan kes itu di kamar beliau 11 Mei lalu. Peguam Abdullah Omar Wahbi Bawadi hadir mewakili Kerajaan Terengganu selaku plaintif manakala

Oleh: Fauzi [email protected]

Syed Azman dan tiga lagi yang dinamakan sebagai defendan diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin. Pada prosiding terdahulu, mah-kamah menetapkan perbicaraan selama empat hari bermula 23 Julai ini. Pada 15 Disember tahun lalu, kerajaan negeri mendakwa artikel bertajuk `Seleweng RM30 juta bantuan sekolah?' yang ditulis oleh Syed Azman dan disiarkan di muka surat N5 di dalam akhbar Harakah bertarikh 11 hingga 13 November 2011 adalah salah, fitnah dan berniat jahat. Selain kerajaan negeri, turut dinamakan sebagai plaintif ialah

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said serta dua peniaga dari Hamie Enterprise, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin. Pihak plaintif menamakan Syed Azman; pemegang permit akhbar Harakah, Dato' Mustafa @ Hassan Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan syarikat penerbitan Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat. Menurut pernyataan tuntutan, kerajaan negeri menyatakan, telah bersetuju melaksanakan program Bantuan Pakaian dan Alatan Seko-lah bagi seluruh pelajar miskin

di negeri itu untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Bagi melaksanakan program tersebut, Menteri Besar telah menerima dua sebut harga daripada Hamie Enterprise dan sebuah lagi syarikat lain. Plaintif mendakwa, artikel terse-but antara lain menggambarkan pemberian kontrak itu tidak telus, tersalah urus dan secara salah mendapatkan keuntungan yang besar. Ekoran penerbitan tersebut, pihak plaintif menyatakan, reputasi dan nama baiknya telah terje-jas, perniagaannya rugi selain menanggung malu.

Mahkamah Terengganu mantapkan pentadbiranKompleks Mahkamah Tereng-

ganu yang dilengkapi 20 unit kemudahan kompu-

ter sumbangan kerajaan negeri mampu memantapkan lagi urusan pentadbiran antara mahkamah di setiap negeri termasuk Mah-kamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Kecanggihan di makmal kom-puter itu turut meletakkan Tereng-ganu sebagai negeri pertama di Semenanjung selain Putrajaya yang dilengkapi sistem seumpama itu bagi mengikuti persidangan video di antara mahkamah untuk keper-

luan pengamal undang-undang dan orang awam. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata, kemudahan itu dapat membantu pengamal undang-undang, khususnya peguam untuk berinteraksi dengan mahkamah lain seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Buat masa ini ujarnya, sistem tersebut hanya digunapakai di kompleks mahkamah di Putrajaya serta di Sabah dan Sarawak. ``Terengganu menjadi negeri pertama di Semenanjung yang dilengkapi kemudahan ini selain

di Putrajaya, Sabah dan Sarawak,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan perasmian makmal komputer di Kompleks Mahkamah Terengganu, baru-baru ini. Penyerahan komputer tersebut disampaikan oleh Menteri Besar,

Dato' Seri Haji Ahmad Said kepada Pengarah Mahkamah Terengganu, Dato' Zainal Abidin Kamarudin. Majlis penyerahan itu turut disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin selain Tan Sri Arifin sendiri.

Menteri Besar bersama Tan Sri Arifin meninjau kemudahan makmal Mahkamah Terengganu.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

PRU 13 : Polis Terengganu bersiap sediaPolis negeri ini telah bersiap

sedia bagi mengawal keten-teraman perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Jamshah Mustapa, berkata persiapan sudah dilakukan sejak awal tahun ini melibatkan 3,150 anggota dengan beberapa siri kursus dan latihan berkaitan. Katanya, pihaknya sudah membuat kajian mengenai be-berapa lokasi panas yang dijangka memerlukan lebih pengawasan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingin sepanjang proses pilihan raya nanti. ``Antara penekanan yang di-berikan adalah terhadap anggota dan pegawai baru yang belum pernah bertugas pada pilihan raya sebelum ini,'' katanya. Beliau ditemui ketika melawat anggota polis Trafik Dungun, Sarjan Mazlan Idris, 54, yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bukit Besi Dungun, di Hospital Sultanah Nur Zahirah baru-baru ini.

PRIHATIN…Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melawat adik Muhammad Danish Aiman Abdullah ,2, mangsa dera teman lelaki ibu-nya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu kini dilaporkan s t a b i l s e l e p a s menjalani pembeda-han membuang darah beku dan pendarahan otak di kepala. Turut kelihatan, isteri Men-teri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Exco Kerajaan Negeri, YB Dr A. Rahman Mokhtar dan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustapa.

Jangan pertikai calon : FatimahPergerakan Wanita Umno

Perhubungan Terengganu mengingatkan semua pengundi terutama golongan wanita tidak mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) sebaliknya perlu memberi sokongan penuh tanpa mengira siapa dan latar belakang calon berkenaan. Ketuanya, Datuk Hajah Fatimah Hamat, berkata semua pihak perlu akur siapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan yang paling utama perlu menekankan kepada usaha mengekalkan kuasa BN di negeri dan negara ini. ``Keamanan dan kestabilan pemerintahan di bawah BN perlu dipertahankan dan menjadi tang-gungjawab semua rakyat yang cintakan kemakmuran,'' katanya kepada Teganukita. Melalui gerak kerja yang dilakukan oleh jentera wanita diperingkat akar umbi, beliau yakin BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. ``Saya yakin 50 peratus pen-gundi wanita adalah penyokong BN dan golongan ini merupakan pengundi setia yang tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak luar,'' katanya.

Page 4: teganukita 60

4

AMBIL: 60, 1-15 Mei 2012

Durian runtuh setimpal jasa penerokaKerajaan mengagihkan du-

rian runtuh kepada warga Felda sebagai insentif yang

setimpal kepada peneroka yang sudah banyak menabur jasa bagi menjana sektor perladangan di negara ini. ``Hari ini kita lihat pendapatan peneroka Felda getah ataupun kelapa sawit begitu lumayan. Saya dimaklumkan peneroka felda di sini pendapatannya lebih kurang RM2,600 sebulan seorang. ``Ini menggambarkan pendapa-tan mereka lumayan dan hidup selesa dengan tanah kebun, tapak rumah dan rumah hak mereka sendiri walaupun tinggal di kawasan luar bandar. Jauh lebih baik daripada mereka yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 yang tinggal di bandar,''

katanya ketika sidang media selepas menyampaikan durian runtuh kepada peneroka Felda, di dewan Felda Belara, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Asha'ari Idris; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Mohamad Ramli Nuh dan Pengurus Besar Lembaga Kema-juan Tanah Persekutuan (Felda) Wilayah Terengganu , Haji Abd Malib Abd Rani. Beliau berkata, pemberian du-rian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada

generasi kedua felda yang berakhir yang berakhir 22 Mei ini. Katanya, pada peringkat pertama pengagihan, sejumlah kira-kira RM4.9 juta diserahkan kepada tiga felda, iaitu Felda Belara (RM1.04 juta), Chalok ( RM2.15 juta ) dan Chalok Barat (RM1.7 juta). ``Ini durian runtuh. Malah, ti-dak pernah mereka mengimpikan mendapat RM15,000 ini. Tetapi biasalah, apabila kerajaan beri RM15,000 dia (pembangkang) kata kerajaan tiada duit. Apabila mereka memerintah pula mer-eka kata mahu beri RM50,000...Payahlah begini. ``Inilah yang dikatakan `sau-dagar janji'. Hanya berjanji sahaja..memang mudah berjanji. Saya pun boleh berjanji. Tetapi sama ada boleh buat atau tidak,'' katanya.

Warga Felda Belara, Felda Chalok dan Felda Chalok Barat gembira bersama replika cek masing-masing.

Penuntut IPT tidak harus jadi `kuda politik’Penuntut Pusat Pengajian

Tinggi (IPT) tidak harus menjadi `kuda politik' kepada individu di luar kampus kerana golongan itu jelas mempunyai agenda tersirat. Kebelakangan ini, ramai golongan politikal cuba mem-pengaruhi penuntut melalui isu tertentu semata-mata untuk mendapat keuntungan politik. Pemimpin pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Encik Mohd Ridzuan Mustafa berkata, perkara berkenaan semakin serius dan perlu di-tangani segera agar ia tidak menjejaskan tumpuan pelajar. ``Mahasiswa harus menjadi suara yang memperbaiki dan bukannya merosakkan ke-sejahtera dalam sesebuah ma-syarakat dan negara,'' katanya dalam Forum Pentas Mahasiswa `Isu-Isu Semasa' di Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Puak 'jumud' peralat si kecil sertai demonstrasi jalananSikap terdorong dan terikut-ikut

untuk melakukan penentan-gan menyebabkan penganjur dan peserta demonstrasi per-himpunan Bersih 3.0 bersikap ` jumud' sehingga gagal meletak-kan sesuatu perkara berasaskan logik, lantas membelakangkan aspek kemanusian serta paling tidak boleh diterima akal me-reka sanggup memperalatkan kanak-kanak. Akta Perhimpunan Aman 2011 jelas menggariskan bahawa se-seorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan. Mana-mana orang dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000. Namun, segelintir peserta perhimpunan dengan dangkal membawa anak kecil yang terlalu naif ke lokasi yang mencetus-kan tindakan ganas didalangi puak penentang kerajaan tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam akta berkenaan. ``Ibu bapa tidak sepatutnya membawa anak kecil yang be-lum mengerti apa-apa ke satu perhimpunan yang jelas boleh mengundang anasir tidak baik dan huru-hara. Tempat mereka bukan di situ, melihat segala kekacauan, menimbulkan ke-gusaran dan trauma dengan perilaku biadap segelintir manusia yang taksub terhadap sesuatu

perkara kerana didalangi senti-men politik. ``Anak kecil ini harus dilin-dungi dan ditempatkan di lokasi selamat, bukan diheret sama oleh ibu bapa yang kononnya mahu menuntut keadilan. Jan-gan jadikan mereka mangsa keadaan dan perkara itu amat dikesali, malah tidak sepatutnya terjadi pada era ini,'' kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri, Puan Nordiana Shafei, kepada Teganukita, baru-baru ini. Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhim-punan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu ber-langsung dengan aman, mereka gagal mematuhinya. Memetik kenyataan menerusi laman facebook `Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH' turut menyenaraikan `beberapa perkara yang tidak dibenarkan kepada peserta' ke perhimpunan Bersih berkenaan, termasuk perkara ke-12, bagi yang membawa anak-anak, `anda tidak dibenarkan mem-bawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan', manakala perkara ke-13 pula ` jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah'.

Wajah ceria 7,469 peneroka Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

Wajah ceria terserlah di wajah 7,469 pen-eroka Felda di seluruh negeri ini sebaik saja

mendengar pengumuman mereka bakal menikmati `durian runtuh' berjumlah hampir RM 112 juta berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Buat permulaan, setiap peneroka masing-masing diberi RM5,000 seorang dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat di lokasi yang ditetapkan, mulai 10 Mei lalu hingga 22 Mei, 2012. Selepas pengagihan fasa pertama, isteri peneroka akan menerima bahagian masing-masing RM5,000 seorang, sebagai ganjaran mereka berpenat lelah membantu suami mengusahakan tanah rancangan masing-masing. Pihak kerajaan tidak melupakan habuan untuk anak-anak peneroka dalam pengagihan keuntungan hasil penyenaraian FGVH, anak-anak mereka akan turut diberi

habuan berjumlah RM5,000 bagi setiap keluarga. Ini bermakna keseluruhan keluarga peneroka di negara ini, termasuk mereka yang menduduki 20 tanah rancangan Felda di Terengganu akan menerima `durian runtuh' berjumlah RM15,000 bagi setiap keluarga. Tanah Rancangan Felda yang terdapat di Terengganu ialah Belara, Chalok Barat, Chalok, Jerangau Barat, Mengkawang, Tersat, Jeran-gau, Neram 1, Neram 2, Cerul,

Seberang Tayor, Bukit Bading, Kerteh 1, Kerteh 2, Kerteh 3, Kerteh 4, Kerteh 5, Kerteh 6, Selasih dan Tenang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, menasihatkan peneroka supaya menggunakan imbuhan yang diberi kepada mereka den-gan cermat dan bijaksana serta menabung sebahagiannya, bagi masa depan mereka. Beliau juga meminta peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan memilih

kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada golongan peneroka, sejak awal mereka masuk ke tanah rancangan, hingga kini mereka mampu hidup mewah. Golongan peneroka sepatutnya menginsafi diri masing-masing di mana kira-kira 30 tahun dulu, mereka tidak memiliki sekelumit harta dan sebahagian besar dari-pada mereka dulu hidup dalam keadaan `kais pagi makan pagi'. Bagaimanapun, hidup mereka berubah selepas menjadi peneroka, hasil sikap prihatin pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berusaha gigih bagi membela nasib golongan peneroka. Kini pendapatan melebihi RM2,000 sebulan, mereka mampu hidup mewah dengan rumah besar, me-miliki kereta dan pelbagai aset lain. Tentunya, dengan pengorbanan besar pemimpin Umno dan BN bagi meningkatkan ekonomi peneroka, Menteri Besar dan saf kepimpinan Kerajaan BN Terengganu meng-harapkan mereka menyokong kerajaan tanpa berdolak-dalik lagi. Wahai peneroka, usahlah lokek untuk memberi undi kepada calon-calon BN bila tiba tarikh mengundi tidak lama lagi.

Terima kasih PM, terima kasih pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Page 5: teganukita 60

BIL: 60, 1-15 Mei 2012 5

EKONOMI

ypu e-mall.com urusniaga dalam talian

Buka ladang sawit untuk biayai pendidikan

Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 4,400 hektar bagi tana-

man kelapa sawit di Mer-chang, Marang sebagai pelaburan jangka panjang bagi mendapatkan sumber kewangan membiayai pe-

Oleh: Esah [email protected]

lajar- pelajar di negeri ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, projek pertama di bawah Program Ladang Kelapa Sawit Yayasan Terengganu (PLKSYT) ini akan diurus-kan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri . ``Usaha ini merupakan sebahagian daripada perse-

diaan kerajaan untuk tem-poh jangka panjang serta mengurangkan kebergan-tungan kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis nanti,'' katanya ke-pada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Katanya, kawasan ini merupakan tapak tanaman akasia tetapi ia tidak men-guntungkan lalu kerajaan mengambil inisiatif menu-karnya dengan tanaman kelapa sawit dan kerja-kerja menanam akan dim-ulakan pada Oktober nanti. Menurutnya, kerajaan

menyasarkan membuka 200 hektar ladang kelapa sawit di bawah program ini dan sedang mencari kawasan sesuai untuk mencapai sasaran berkenaan dan kos tanaman diang-garkan RM15,000 bagi setiap hektar . Katanya, kerajaan akan laksanakan projek ini secara

berperingkat, iaitu antara empat hingga lima ribu hektar setahun. ``Tanaman ini akan men-capai tempoh matang selepas tiga dan jika kita ada 200 hektar keuntungan dijan-gka boleh mencecah se-hingga RM70 juta setahun mengikut pasaran sekarang,'' katanya.

Yayasan Pembangunan Usahawan Tereng-ganu (YPU) menandatangani Perjanjian

Persefahaman (MoU) dengan Ads4bucks Network, sebuah portal pengiklanan dan komuniti sosial yang mempunyai 200,000 komuniti di seluruh Asia. Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Haji Azmi Razik berkata, MoU itu mewujudkan usahasama syarikat itu dengan YPU dan membuka peluang usahawan muda hari ini untuk mempromosikan produk mereka secara talian terus. ``Saya meminta usahawan Bumiputera segera mendaftar dengan kita dan me-lalui ypu e-mall.com ini produk mereka dapat dilanggan di seluruh dunia,'' katanya kepada pemberita di majlis Program Out-reach Tranformasi Bumiputera Berprestasi Tinggi di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem); Yang Dipertua (YDP) Dewan Perniagaan Melalyu Malay-sia (DPMM) Terengganu, Dato' Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar; YDP DPMM Perak, Dato' Mohd Muhiyuddin Abdullah; YDP DPMM Melaka, Datuk Ramly Mohamad dan YDP DPMM Negeri Sembilan, Dato' Ahmad Yusof. Katanya, perniagaan dalam talian kini menjadi satu keperluan dengan meng-gunakan website atau facebook untuk disebarkan kepada orang ramai. Menurutnya, MoU ini dibuat semata-mata untuk membantu usahawan muda hari ini untuk mempromosikan produk

Majlis menandatangani MoU antara YPU dengan Ads4bucks Network bagi membuka peluang usahawan muda mempromosikan produk mereka secara talian terus.

mereka secara lebih meluas dan tidak melalui orang tengah. Tambahnya, dari segi promosi dan pasaran melalui ypu e-mall ini menjimatkan masa dan tenaga kerana ia dapat dilakukan di rumah atau di mana saja tempat yang sesuai asalkan ada komputer riba. ``Terdapat 200,000 komuniti yang berdaftar dengan Ads4bucks dari seluruh dunia, akan melihat produk-produk usahawan kita yang dipaparkan sekaligus membantu mendapatan pasaran yang lebih meluas,'' katanya. Haji Azmi mengesa semua usahawan di negeri agar merebut peluang perniagaan secara maya ini yang mempunyai pen-garuh besar dalam dunia siber hari ini.

`̀ Terdapat 200,000 komuniti yang berdaftar dengan Ads4bucks dari seluruh dunia, akan melihat produk-produk usahawan kita yang dipaparkan sekaligus membantu mendapatan pasaran yang lebih meluas,’’ - Haji Azmi Razik, Ketua Pegawai Eksekutif YPUT.

Evolusi Seameq

BISNES

Oleh: Suriati [email protected]

Mengkomersialkan nama gelaran Semek kepada Seameq nyata membuahkan hasil kepada

pengusaha keropok ikan segera berje-nama Seameq, Puan Azizah Wan Hasan, 47, berikutan produk itu kian mendapat permintaan tinggi pelanggan sehingga ratusan ribu paket sebulan. Pada peringkat awal perniagaan keropok segera yang dihasil-kan Syarikat Maperow Sdn Bhd (Maperow), tidak mempunyai nama atau la-bel berbanding sekarang. Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan produk itu, mereka hanya memberitahu mahu membeli `keropok Kak Mek' atau `keropok Semek'. Bermula daripada situ, suami yang juga Pengurus Maperow, Encik Tajul Ariffin Mohd Rashid mendapat idea melabelkan semua keropok keluaran syarikat itu dengan nama Seameq. Empat tahun dalam pasaran, keropok Seameq semakin dikenali ramai, bukan saja pelanggan tempatan malah sudah memasuki pasaran luar Terengganu, ter-masuk Sabah dan Sarawak. Pelbagai pendekatan digunakan Map-erow untuk tujuan itu termasuk menawar-kan harga istimewa atau secara pukal kepada pemborong dan mempromosi keistimewaan produk melalui laman se-sawang terutama `facebook'. Apa yang dilaksanakan nyata berbaloi kerana syarikat itu kini terpaksa meng-hasilkah hampir 7,000 paket keropok sehari semata-mata mahu memenuhi pemintaan pelanggan. Malah, jumlah sedia ada itu akan meningkat sekali

ganda setiap kali menjelang cuti sekolah. Puan Azizah berkata, dia bagaikan tidak percaya apa yang diusahakan sekadar suka-suka dan acuh tidak acuh sewaktu ketika dulu kini berjaya memikat hati ramai pelanggan di serata negeri. Maperow yang beralamat Jalan Wan Haji Yakoob, Simpang Empat Tok Jiring, Kuala Terengganu turut bertindak se-bagai pemborong; pembekal hasil laut

segar dan sejuk beku; da-ging import; makanan

mentah basah dan makanan kering.

Dengan rang-kaian perniagaan

itu, Maperow berazam me-langkah lebih jauh supaya makanan tradisi

Terengganu itu terus dikenali ramai

termasuk kepada mereka yang tinggal

di luar negara. Pemintaan pelang-

gan yang semakin meningkat juga mendorong Puan Azizah untuk mencipta beberapa resipi terbaru iaitu keropok segera berperisa bawang putih dan lada hitam, nuget dan `burger' ikan, ``Kadangkala saya terpaksa menolak secara baik jika ada pelanggan yang menempah dalam kuantiti yang banyak dan menginginkannya dalam tempoh singkat. ``Kebiasaan pelanggan akan menem-pah lebih awal iaitu sebulan atau dua bulan lebih awal, jika mereka menjadi keropok Seameq sebagai `buah tan-gan' kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan,'' katanya . Tiada petua istimewa yang diamalkan melainkan sentiasa bersikap jujur dengan pelanggan, niat kerana Allah sewaktu berurusniaga dan menjaga kebajikan pekerja, selain memastikan rezeki yang berkat dan diredhai Allah s.w.t.

jadi pelaris

Page 6: teganukita 60

6 BIL: 60, 1-15 Mei 2012

RENCANACatatan Pengarang Umrah terus dari Terengganu-Jeddah menjadi kenyataan

PENAUNG: YAB DAto’ SERI HAjI AHmAD SAID

mENtERI BESAR tERENGGANU. YB Haji Khazan Che mat

Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAt: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG: Ruslan Abdul Rahman

timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin mat Akib

(media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman

(Akhbar teganukita).

WARtAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi mohd Hj. mohamad Ishak (Besut) Amirullah othman (marang) Hazwan Rosli (Dungun) mastura jamaluddin (H. terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

jURUFoto: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidang

Reda

ksi

ANALISISOleh: Pengarang [email protected] 6

Orang teganu???Ingat dok lagi...Tanaman rakyat dimusnahkanKroni bergaji RM15,000 sebulanturut diberikan tanah

Lagi mengenai Isu tanah yang digembar-gem-burkan oleh pihak pembangkang sebenarnya terpercik ke muka mereka sendiri. Lupakah kita semua semasa mereka (pembang-

kang) memerintah Terengganu, orang berpendapatan sehingga setengahnya mencecah RM15,000 sebulan juga diberikan kelulusan mendapat tanah. Ini sebagaimana tersenarai Peserta-Peserta Bagi Rancangan Tanah Berkelompok Tapak Rumah (TRB) bercampur Beris Meraga, Mukim Kijal Kemaman se-bagaimana yang dipersetujui Jawatankuasa Pemilih Daerah Kemaman bertarikh 30 Jun 2003. Yang bergaji RM15,000 sebulan dalam senarai itu berprofesion peguam, Jalan Jabor Kubur Kemaman. Waktu itu beliau berusia 40 tahun. Seorang lagi berjawatan Pengurus Kanan di se-buah syarikat gergasi yang beroperasi di Kemaman berpendapatan RM9,700.00 sebulan beralamat di Bukit Mentok, Kemaman. Waktu itu beliau berusia 33 tahun. Bayangkanlah betapa kronisma berlaku, sehingga sanggup meluluskan tanah kepada orang-orang kaya, sedangkan rakyat miskin yang lebih layak dinafikan hak mereka. Orang yang berpendapatan tinggi ini boleh membeli tanah, jadi dimanakah keadilan dan sifat kebajikan yang dilaung-laungkan oleh pembangkang. Apakah apabila mereka yang melakukan perkara tidak bermoral seperti ini atas dakwaan kononnya parti mereka berjuang atas nama Islam, maka boleh

berbuat sesuka hati. Begitu juga pada masa pembangkang memerintah Terengganu beberapa kawasan tanah yang dipe-runtukkan bagi projek rakyat dibahagikan kepada kroni-kroni mereka. Misalnya Padang Ragut Bukit Rambutan, Jabi- 43 hektar, tanah untuk projek Sekolah Menengah Jabi. Malah tanah yang pada asalnya telah diluluskan oleh kerajaan sebelumnya kepada rakyat dirampas dibahagikan kepada penyokong mereka seperti con-

tohnya yang berlaku di Rancangan Tanah Berke-lompok (RTB) Pangkalan Merbau, Setiu. Pada tahun 2003 juga, kerajaan negeri waktu itu merampas tanah milik 70 peserta Tanah Berkelom-pok Pertanian Padang Pulut di Jerangau, sedangkan mereka sudah diberikan lesen dan bertahun-tahun mengusahakan tanaman di kawasan itu. Selain itu, pihak kerajaan negeri waktu itu melantik juru ukur tanah kroni mereka dengan menswastakan kerja-kerja mengukur tanah. Rakyat yang baru dijanjikan tanah diminta mem-bayar kos ukur tanah berkenaan, antara RM350.00 hingga RM700.00 kononnya untuk tujuan mendapat tanah, sedangkan belum pasti memperolehinya kerana selepas itu akan melalui sesi temuduga oleh jawatankuasa di peringkat kampung yang dilantik terdiri daripada kroni-kroni pimpinan kerajaan negeri ketika itu. Sedangkan dari segi dasar dan peraturan tanah, hanya Pentadbir Tanah yang berkuasa mengikut dan menjalankan pentadbiran tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara, tetapi hak mereka dinafikan. Dan rakyat tentunya tidak pernah lupa, terutama di Panchor Berderu, Setiu di mana tanah mereka yang telah diusahakan dengan tanaman dirampas dan tanaman mereka dimusnahkan diketuai oleh orang nombor satu kerajaan negeri yang merintah sendiri waktu itu, turun padang memusnahkannya. Oleh kerana itu pembangkang janganlah terlalu sangat menuduh kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam hal tanah ini, kerana merekalah sebenarnya penghianat kepada rakyat dalam isu tanah ini dan tuduhan itu terpercik ke muka mereka sendiri.

Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya menangkat martabat umat Islam di negara ini, apabila penerbangan terus umrah, dari

Terengganu terus ke Jeddah, Arab Saudi menjadi kenyataan pada 25 Mei baru-baru ini. Malah ia merupakan kejayaan dan realiti kepada cita-cita kerajaan negeri di bawah pimpnan Dato’ Seri Haji Ahmad Said menjadikan negeri ini sebagai hub umrah dan haji di Pantai Timur apabila seramai 450 orang jemaah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 350 itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kira-kira pukul 3.50 pagi bagi kumpulan pertama. Mereka ini menjadi kumpulan penumpang pertama menggunakan perkhidmatan penerbangan terus ke Jeddah, tidak perlu bersusah

payah ke Kuala Lumpur lagi. Selain menjimat masa dan kos, lebih ramai ahli keluarga dan sahabat handai dapat menghantar dan menyambut kepulangan mereka melalui pintu masuk yang dekat ini. Inilah suatu lagi bukti tentang betapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) membuat transformasi ke arah meningkatkan martabat umat Islam di negeri Terengganu ini khususnya dan Malaysia amnya. Ia bukan omong-omong kosong seperti pihak pembangkang yang hanya berdegar-degar berbicara mengenai umat Islam, tetapi tidak mengusahakan program program untuk syiar Islam dan memar-tabatkan ummah, sebaliknya banyak membawa perpecahan. Penerbangan itu susulan daripada temeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan

negeri Terengganu dengan syarikat Penerbangan Saudi Arabian Airlines untuk meningkatkan pen-gendalian urusan umrah dan haji secara terus dari negeri ini. Malahan usaha ini juga mendapat sambutan baik daripada panel-panel ejen pengendali umrah, haji dan pelancongan termasuk Rayhar Travel, TH Travel, Zahafiz Travel, Interleisure Travel, Asari Murni Travel, Yaskin Travel dan Imtiyaz Travel. Penerbangan umrah kedua secara terus dari LTSM ke Jeddah dan Madinah dijadual pada 19 Julai depan pula.Demikianlah satu lagi kejayaan kita, kejayaan kera-jaan negeri Terengganu di bawah BN dan kejayaan umat Islam dan rakyat Terengganu.

Page 7: teganukita 60

7

RENCANA

Memuliakan `kerjasama luar tabie’ PKR, DAP

BIL: 60, 1-15 Mei 2012

Isu muzakarah antara kepimpinan PAS den-gan UMNO bukannya perkara baru, sudah beberapa kali ia timbul dan sudah acap kali ia senyap begitu saja.

Panas pada peringkat permulaan kemudian sejuk berpanjangan, saling tidak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam. Agenda muzakarah sering menjadi senjata terakhir pemimpin PAS apabila berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku parti itu. Dan kerap kali juga apabila UMNO menyahut salam muzakarah dari PAS, watak `berbelit-belit' Mursyidul Am parti itu, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disokong kuat beberapa pemimpin yang lain akan muncul dengan pelbagai syarat. Motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh pemimpin UMNO akan padam begitu saja. Walhal jika parti itu benar-benar ikhlas mahu membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan, apa perlunya menetapkan pelbagai syarat? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhla-san hati dan fikiran. Sedangkan dalam masa yang sama, pemimpin PAS termasuk Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang kelihatan begitu taat mengikut kehendak DAP dan PKR sepanjang `kerjasama luar tabie' mereka dalam pakatan pembangkang. Tidak kedengaran satu pun syarat yang mene-tapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk dan kehendak PAS. Dalam soal mengejar kuasa menawan Putra-jaya, PAS lebih memuliakan kerjasama dengan

WAKAF RAKYAtOleh: Fauzi [email protected]

PKR dan DAP. Sebaliknya, bila mahu berbincang soal bangsa dan umat, pelbagai syarat diberikan kepada UMNO. Pernah pemimpin PAS termasuk Nik Aziz mem-buat tapisan kepada dasar dan agenda perjuangan yang digerakkan PKR dan DAP? UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas Pilihan Raya Umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan. Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai? Belum sampai ke garis penamat, Nik Aziz meng-gunakan kuasanya sebagai `orang tua' dalam PAS untuk campur tangan dengan memusing cerita dan membantah kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan konon-nya sengaja mahu memecahkan kerjasama mulia PAS dengan DAP dan PKR. Episod muzakarah terbaru yang hangat di-perkatakan, turut mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama bersiri un-tuk menggertak rakan-rakan `sejati' PAS dalam keluarga Pakatan Rakyat. Mesej PAS kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran parti itu dalam gabungan berkenaan. Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islam yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena ketika itulah PAS akan mence-tuskan idea muzakarah dengan UMNO. Segalanya dilakukan oleh PAS atas kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah.

Agenda muzakarah sering menjadi senjata terakhir pemimpin PAS apa-bila berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku parti itu. Dan kerap kali juga apabila UMNO menyahut salam muzakarah dari PAS, watak `berbelit-belit’ Mursyidul Am parti itu, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disokong kuat beberapa pemimpin yang lain akan muncul dengan pelbagai syarat. Motifnya satu, supaya isu muza-karah yang sudah disambut oleh pemimpin UMNO akan padam be-gitu saja. Mesej PAS kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran parti itu dalam gabungan berke-naan. Ternampak jelas tatkala PAS meli-hat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islam yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena ketika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO. Segalanya dilakukan oleh PAS atas kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk ke-sejahteraan serta perpaduan um-mah.

- Ehsan

Page 8: teganukita 60

8 BIL: 60, 1-15 Mei 2012

RENCANA

Lindungi anak yatim

Pemimpin Masyarakat, warga pendidik dan Badan Bukan Kera-jaan diajak memberi kerjasama dan sokongan berterusan

kepada usaha memajukan anak yatim yang berada di sekolah rendah dan menengah di negeri ini. Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, berkata gan-jaran pahala daripada Allah s.w.t be-gitu besar kepada orang-orang yang menjaga dan melindungi anak-anak yatim. “Marilah bersegera membuat kebajikan kepada anak-anak yatim sebagai menyahut seruan Nabi

Oleh: Esah [email protected]

Gambar: Zulkipli [email protected]

dapat ganjaran syurga

Page 9: teganukita 60

BIL: 60, 1-15 Mei 2012

RENCANA9

Lindungi anak yatim

Pemimpin Masyarakat, warga pendidik dan Badan Bukan Kera-jaan diajak memberi kerjasama dan sokongan berterusan

kepada usaha memajukan anak yatim yang berada di sekolah rendah dan menengah di negeri ini. Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, berkata gan-jaran pahala daripada Allah s.w.t be-gitu besar kepada orang-orang yang menjaga dan melindungi anak-anak yatim. “Marilah bersegera membuat kebajikan kepada anak-anak yatim sebagai menyahut seruan Nabi

Muhammad s.a.w yang menjamin syurga bersama baginda terhadap orang yang menjaga dan melindungi anak-anak yatim,” katanya di majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-anak Yatim daerah Kuala Terengganu di Ke-diaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kerajaan negeri juga tidak pernah berhenti memberi sokon-gan dalam pembangunan pendidi-kan untuk melahirkan generasi celik ilmu dan cemerlang pada masa akan datang. Beliau turut mengingatkan pelajar tahun enam yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi agar belajar bersung-guh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang.

Sehubungan itu beliau turut men-gucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh negeri dan terus memberi khidmat mendidik anak bangsa den-gan penuh keikhlasan. “Masih belum terlambat, saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu diluar sana, meraikan jasa dan pengorbananan seorang ibu sebenarnya tidak terhad pada sesuatu hari sahaja sebaliknya sepanjang masa selagi ibu kita masih hidup,” katanya. Selain itu, mengingatkan anak-anak yang masih mempunyai ibu agar sentiasa mendengar kata dan jagalah hati ibu kerana doa seorang ibu mem-bawa kejayaan dunia dan akhirat. Beliau berterima kasih kepada Perkaya kerana usaha murni menjaga dan melindungi anak yatim di negeri ini semoga pertu-

Oleh: Esah [email protected]

buhan ini terus menjadi payung dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. To’ Puan Seri Norliza kemudiannya menyampaikan pakaian raya berupa sepasang baju kurung (perempuan) dan sepasang baju Melayu (lelaki) ke-pada 667 pelajar dari 81 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu.

Gambar: Zulkipli [email protected]

dapat ganjaran syurga

Page 10: teganukita 60

10

PELANCONGANBIL: 60, 1-15 Mei 2012

RIADAHOleh: Suriati [email protected]

Bandar Warisan Persisir Pantai adalah ter-jemahan tepat yang boleh diberi kepada ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu yang memiliki warisan sejarah, hasil kraf

dan khazanah alam semula jadi. Negeri yang tersohor dengan keropok lekor, songket, sutera, tembaga dan spesies penyu itu mampu menjadi tempat pelancongan terkenal dunia jika produk dan alam semula jadi sekira-nya dipromosi sebaik mungkin. Tema `Negeri Cantik Budaya Menarik’ yang pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu memang bersesuaian dan bertepatan dengan masyarakat serta keindahan alamnya. Pantai-pantai yang tidak asing di kalangan pelancong tempatan seperti Pantai Batu Burok, Pantai Marang dan Pantai Teluk Ketapang men-jadi medan penganjuran pelbagai kejohanan sukan air. Malah, Pantai Kijal, Kemaman juga tidak asing bagi pengunjung tempatan dan pelancong asing dari pelbagai negara, termasuk Singapura, Thailand dan Vietnam. Pantai Kijal menjadi destinasi pilihan pelan-cong asing yang mengambil peluang singgah bagi menghirup bayu segar, merasai pasir pantai yang memutih dan mendengar deruan ombak.

Masyarakat tempatan pasti pelik melihat sekumpulan warga asing sanggup berjemur walaupun ketika itu panas terik, tetapi tidak bagi golongan itu kerana mereka gemar suasana itu. Mereka akan memanfaat sepenuhnya masa yang ada jika berpeluang menjejak kaki di pantai, kerana mungkin sukar berbuat demikian di negara sendiri. Pantai Kijal yang terletak bersebelah dengan Awana Kijal, Golf, Beach dan Spa Resort memu-dahkan lagi pelancong luar Terenggganu dan pelancong asing bertandang ke pantai itu sama ada bersama keluarga atau bersendirian. Bagi mereka yang minat dengan aktiviti memancing, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) ada menyediakan jeti khas dan benteng semata-mata mahu memenuhi kepuasan pen-gunjung. Kemudahan lain seperti pondok rehat, laluan berjalan kaki, surau, tandas dan gerai makan turut disediakan. Yang Dipertua MPK, Haji Mustafar Khalid ber-kata, pihaknya sentiasa prihatin dengan kehen-dak pengunjung yang pastinya mahukan yang terbaik setiap kali singgah di kawasan pelan-congan. “Pihak kami bukan saja bertanggungjawab menyediakan kemudahan malah memastikan kebersihan di pantai kijal sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. “Orang ra-mai dingatkan supaya jangan mencuba aktiviti yang dilarang dan merbabaya, termasuk mandi, me-nyelam men-cari hidupan laut dan se-bagainya,” katanya.

Tema `Negeri Cantik Budaya Menarik’ yang pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu memang bersesuaian dan bertepatan dengan masyarakat serta keindahan alamnya.

Pantai KijalBayu menggamit ke

DESAKUOleh: Esah [email protected]

Fikri - tersirat seribu maknaFiksyen, inovatif, kreatif, rasional dan

integriti (Fikri) tercipta sebuah nama yang tersirat seribu makna, lambang

sikap positif dalam kehidupan lebih 1,938 orang penduduk ilham mantan Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Ibrahim Fikri. Pembinaan projek Perumahan Kos Rendah itu dimulakan pada tahun 1979. Bermula 1990 sudah empat orang pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) datang dan pergi iaitu Encik Mohamad Jusoh (1988–1992) Tuan Haji Ariffin Dolah (1993 - 2005) Encik Mazlan Ali (2006 - 2008) dan Encik Mohamad Ali (2009–Sekarang). Menurut Encik Mohamad (gambar), beberapa ke-jayaan telah diraih kampung berkenaan Mendapat tempat ketiga Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung (1992), tempat pertama Pertandingan Ke-bersihan dan Keindahan Kampung (1994) dan tempat keempat Pertandingan COMBI Peringkat Kebangsaan (2011). ``Kesepakatan dan semangat kerjasama yang terjalin memudahkan perlaksanaan aktiviti untuk masyarakat

kampung,'' katanya. Lokasinya yang terletak dalam Parlimen Kemaman dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, JKKK Kampung Fikri 1, mempunyai hubungan rapat dengan wakil rakyatnya iaitu Dato' Mohamad Awang Tera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri. Setiap program mendapat sokongan

erat daripada komuniti kampung termasuk Kawasan Rukun Tetangga serta Belia Sri Amar, UMNO Cawangan Sri Amar. Penduduk berbilang bangsa dan keturunan ter-masuk Melayu (432 keluarga), Cina (20 keluarga), India (4 keluarga) dan bangsa asing (4 keluarga) mengamalkan sikap ambil cakna mrupakan agenda utama perpaduan. ``Saya sentiasa ingatkan kepada mereka agar sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan dan pembangu-nan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional dan jangan sekali-kali menggigit tangan yang menyuap nasi ke mulut kita,'' tegasnya.

Page 11: teganukita 60

11

AGAMABIL: 60, 1-15 Mei 2012

Jangan leka dengan muslihat musuh

MIMBARSumber : JAKIM

Pantai Kijal Salam silaturahim dan salam perjuangan. Semoga Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Gagah Perkasa menjadikan kita hambaNya yang sentiasa berse-mangat berjuang dan berjihad untuk membangunkan

negara, mengekalkan keamananan dan memartabatkan bangsa demi masa depan yang gemilang. Selawat dan salam ke pangkuan nabi akhir zaman Nabi Muhammad s.a.w seterusnya kepada ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya r.a. “Lening, berasa deras sungguh masa berjalan. Kadang- kadang dok dang buat apa-apa. Malam doh heh!” Begitulah realiti hidup kita hari ini. Bagaimana hari-hari yang mendatang? Allah sahaja yang Maha Tahu. Namun, kita semua dapat merasakan betapa sehari ke sehari. Seminggu ke seminggu dan sebulan ke sebulan terlalu cepat masa berjalan. Kata orang, pejam celik, pejam celik, siang sudah pun bertukar malam. Malam berganti siang. Demikianlah ke-tentuan Allah s.w.t. Inilah hakikat yang akan ditempuhi oleh generasi akan datang sebelum tibanya hari kehancuran alam. Bahkan semakin tepat dan lebih pantas lagi. Memang kita tidak dapat menahan kepantasan per-jalanan masa. Namun, apa yang lebih penting ialah kita mempersiapkan diri dengan bekalan dan persiapan se-belum kiamat kecil dan besar. Baginda bersabda “Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah masa disingkatkan. Singkatnya masa berlalu, dirasakan setahun seperti sebulan, sebulan se-perti seminggu. Singkatnya masa berlalu, dirasakan seminggu seperti sehari dan sehari seperti sejam. Begitulah singkatnya masa dirasakan satu jam seperti satu percikan api sahaja”. Hari ini, di sebalik kepesatan pembangunan dan pen-capaian teknologi, apa yang digambarkan oleh Junjungan kita Rasulullah s.a.w sedikit sebanyak sudahpun kita merasainya. Namun, tidak semua orang ambil kisah. Kerana umat akhir zaman begitu sibuk dengan berbagai agenda dan pencapaian. Kecuali mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Mereka tidak akan hanyut dan tenggelam dalam lautan kesibukan. Mereka berfikir, bekerja dan membanting tulang untuk mencapai apa yang dihasratkan. Tetapi pada masa yang sama mereka

juga mengabdikan diri kepada Allah. Mereka menghayati peringatan Ilahi dan Nabi. Dari Allah mereka datang dan kepada Allah mereka kembali. Mereka sedar bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Pangkat dan jawatan cuma titipan Allah. Harta kekayaan adalah ujian dan mehnah. Sampai masa dan ketikanya, semua itu tidak berguna lagi kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang penuh keimanan berbekalkan amalan ibadat yang makbul. Dalam kesempatan ini, kita cuba menyentuh sekelumit agenda Yahudi Zionis sebagaimana yang digambarkan kepada Rasulullah s.a.w yang memanggil dan menyeru Baginda dalam perjalanan Isra’ dari Kota Mekah ke Masjidil Aqsa. Seruan itu bersuara : “ Tunggu aku Wahai Muhammad! Namun dengan bimbingan Malaikat Jibrael, Baginda tidak menghiraukannya. Baginda meneruskan perjalanannya. Jibrael menyatakan sekiranya Baginda menyapa, nescaya ramai di kalangan umat Baginda yang akan mengikut telunjuk Yahudi. Namun sejarah membuktikan betapa ramai sejak dahulu hingga sekarang orang-orang Yahudi tidak pernah kecewa dan berputus asa untuk memusnahkan umat Islam dari muka bumi ini. Berpegang kepada falfasah `Either Everyhing or Nothing’, mereka tetap berusaha sama ada menguasai semua yang ada atau menghancurkannya. Tanpa sikap bertolak ansur, mereka menggunakan pel-bagai dasar luar yang dirangka untuk memberi tekanan ke atas negara lain, terutama negara Islam supaya mengikut telunjuk mereka. Kerana itu, protokol tokoh Zionis yang dicetuskan dalam Mesyuarat Para Cendikiawan Zionis pada 1896

di Basle, Switzealand telah menjadi solusi atau agenda terpenting bangsa Yahudi untuk menguasai dunia secara keseluruhanya atas nama Protokol Yahudi. Sebanyak 24 protokol utama disusun dan digariskan bagi menjahanamkan semua agama, bangsa dan negara selain negara mereka. Antara lain mereka akan terus menganjurkan siri keganasan , kekacauan, kekejaman dan kekuasaan atas apa nama sekali pun demi mencapai matlamat mereka. Kerana itu, kita perlu sedar betapa berbagai cubaan untuk menggugat keamanan negara kita bukan suatu ruang berlaku begitu sahaja, tetapi di sana ada tangan-tangan yang merancang secara licik dan rahsia. Lihatlah nasib malang beberapa buah negara negara Islam selepas beberapa siri pemberontakan berlaku, sehingga memusnahkan negara-negara berkenaan. Di Barat mahu pun Timur, di Benua Eropah, Afrika dan Asia.Mereka akan bergerak dan terus bergerak dengan pelbagai strategi. Persoalannya kenapa dan mengapa hanya berlaku di negara-negara Islam? Kenapa tidak di negara-negara lain, apakah negara lain tidak ada masalah atau sebenarnya agenda keji daripada musuh-musuh Islam. Sama ada kita mengaku atau tidak, sesungguhnya negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara Islam yang amat dicemburi kejayaannya oleh Zionis. Kerana perpaduan, pembangunan, kemajuan yang dicapai bahkan perkembangan Islam yang hebat menjadikan negara kita disebut-sebut sebagai sebuah negara Islam contoh. Jesturu, sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini berbagai ancaman, tentangan dan fenomena keji tercetus.Kononnya atas dasar kebebasan bersuara dan kebebasan individu mereka cuba memperjuangkan fahaman liberalisme dan pluralisme, budaya hidup happis, black mental, LGBT, budaya hidup bebas, samseng dan berbagai-bagai lagi. Kerana itu, dalam mendepani semua itu kita mesti bersatu padu, kita mesti bermuafakat dan tidak pernah leka dengan tipu daya serta muslihat musuh-musuh kita. Tidaklah Rasullah s.a.w mengingatkan bahawa hendaklah kalian bersatu padu kerana sesungguhnya pertolongan Allah akan dikurniakan kepada umat Islam yang bersatu padu. Dalam hal ini juga, Allah mengingatkan kita di dalam surah Al –Imran ayat 105 yang bermaksud ``Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang telah berpecah-pecah dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan nyata. Mereka yang bersikap demikian, akan beroleh azab yang berat’’.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi

Page 12: teganukita 60

12

RENCANABIL: 60, 1-15 Mei 2012

YPKT perkasa pendidikan `dari rebung’

IKoN

jABAtAN & ANDA

Terengganu menjadi negeri contoh kerana kejayaannya mengge-

rakkan program perkem-bangan awal kanak-kanak yang meliputi perkhid-matan pengasuhan, pen-didikan serta penjagaan bayi dan kanak-kanak menerusi 43 buah Taska yang diwujudkan di seluruh negeri. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti, ak-tiviti Taska dirancang bagi memenuhi perkemban-gan secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal, bahasa, kognitif serta sosio emosi. Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Encik Mohd Safaruddin Mus-

Oleh: Fauzi [email protected]

taffa berkata, konsep bermain sambil belajar yang diterapkan dalam aktiviti Taska membolehkan kanak-kanak meneroka pengalaman baru mengi-kut kebolehan, minat dan kesediaan mereka. Pada masa ini ka-tanya, pengoperasian Taska di seluruh negeri itu merangkumi lapan buah di Parlimen Besut, Setiu (5), Hulu Terengganu (3), Kuala Nerus (4), Kuala Terengga-nu (6), Marang (3), Dungun (10) dan Kemaman (5). “Taska YPKT menggu-nakan kurikulum dan garis panduan bersepadu yang dikeluarkan Jabatan Ke-bajikan Masyarakat serta perananya dimantapkan dengan penerapan Pro-gram Permata Negara,” katanya kepada Tega-nukita baru-baru ini.

Tambah Encik Mohd. Safaruddin, tempoh pen-gasuhan lima hari seming-gu antara pukul 8 pagi hingga 5 petang itu turut membantu golongan ibu bapa yang bekerja dan berpendapatan rendah menguruskan penjagaan bayi serta anak-anak mer-eka. Katanya, yuran bulanan sebanyak RM200 dike-nakan untuk penjagaan kanak-kanak bawah satu tahun, berumur satu hing-ga empat tahun (RM180) dan berumur lima hingga sembilan tahun (RM150). Bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti para pengasuh dan guru di Tas-ka YPKT ujarnya, pelbagai kursus dan bengkel dian-jurkan bagi meningkatkan keberkesanan program di pusat asuhan itu. Antara program yang disertai termasuklah Kursus Pendidik Permata, Bengkel Bermain Bersama Kanak-

Kanak, Bengkel Cip-taan Kreatif Kanak-Kanak, Bengkel Pemakanan dan Hidangan Kanak-Kanak dan Bengkel Seni Persem-bahan Kanak-Kanak. “Turut dianjurkan bengkel penguasaan Bahasa Inggeris dan literasi awal kanak-kanak selain lawatan kerja guru-guru taska,” jelas beliau. Selain itu katanya, pro-gram Hafazan Muqaddam yang menjadi permulaan kepada pembelajaran al-Quran turut diberi penekanan di Taska YPKT. Tahun lalu kata Encik Mohd. Safaruddin, seramai 1,012 kanak-kanak di Taska YPKT berjaya menghafaz 23 surah muqaddam. “Ia langkah awal untuk kefahaman mengenai a p l i k a s i a l - Q u r a n sebagai sumber ilmu dalam pelbagai bidang seperti Sains, Biologi, Biotani, Fizik, Matematik atau Sains Kemanusiaan,” ujarnya.

Kayuhan energetik Fatehah

Oleh: Aida Abd [email protected]

Fatehah Mustapa, atlet kelahiran Kampung Langgar, Hulu Tereng-ganu cukup dikenali

ramai lantaran keupayaan menempatkan diri selaku pelumba wanita pertama Malaysia dan atlet wanita pertama Terengganu ke su-kan Olimpik London yang bakal berlangsung Julai ini. Dengan nada optimis, atlet yang baru mengin-jak usia 23 tahun tanggal 12 Mac lalu, nekad mahu

menggalas cabaran negara untuk merangkul kedudu-kan terbaik dalam acara trek berbasikal di temasya terulung dunia itu. ``Saya mahu menang dulu di peringkat awal, seterus-nya menempatkan diri ke pusingan akhir. Selepas itu mudahlah untuk memburu kemenanngan..Apa-apapun, saya nekad untuk melaku-kan yang terbaik walaupun persaingannya hebat dan seboleh-bolehnya mahu muncul atlet wanita per-tama membawa pulang

emas untuk negara. ``Di London nanti saya terpaksa bersaing dengan pelumba handalan dunia, antaranya jaguh Britain yang juga idola saya, Vic-toria Pedleton, yang sebe-lum ini banyak menjuarai perlumbaan besar dunia,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Selaku pelumba kedua terbaik Asia di belakang pelumba China, Guo Shuang, reputasi anak ke keenam daripada lapan beradik itu semakin membuka mata semua dan menjadi bualan ramai, apatah lagi menjadi atlet negara yang terawal menempah nama ke slot Olimpik London. Nama atlet wanita yang berjaya menerobos dominasi kaum lelaki dalam sukan lasak itu terus popular selepas meraih kejayaan demi kejayaan. Malah im-pak paling dirasai apabila merangkul pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Kuala Lumpur Februari lalu. Beliau merupakan peserta wanita pertama negara yang memenangi pingat emas sejak ACC diperkenalkan pada 1963 sekaligus menjadi tiket melayakkan pelumba elit negara untuk beradu di

Olimpik London 2012. Beliau yang menerima latihan secara intensif dan padu di bawah bimbingan John Beansley yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia pernah dinobat-kan Olahragawati Terbaik Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2006, Olahragawati Terengganu 2007 dan 2010 serta Atlet Wanita Terbaik Karnival Krismas Australia 2008. ``Sukma Kedah antara platform yang melonjak pembabitan saya dalam acara kegemaran saya ini. Di kejohanan itu, saya meraih enam emas sekaligus menobatkan saya selaku atlet wanita terbaik Sukma berkenaan. ``Sebelum Sukma Kedah, saya berpeluang mewakili Terengganu di Sukma Negeri Sembilan 2004 dan penyertaan pertama itu menghasilkan sebutir pingat emas dan perak pada acara lebuh raya,'' katanya. Kayuhan energetik pe-megang rekod kebangsaan menerusi acara 200 me-ter pecut dengan catatan masa 11.866 saat dan 500 meter ujian masa (35.989 saat) itu turut mengetuai kejayaan skuad berbasikal trek negara membolot tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa di Sukan Sea Indonesia ke- 26 tahun lalu.

Malah, ratu basikal trek negara berpewatakan penuh tenaga dan berani yang mula serius dengan acara berbasikal sebaik memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2000 itu turut merangkul tiga emas menerusi acara 500 meter ujian masa individu, pecut dan pecut berpasukan ketika bergandingan dengan Ju Pha Som Net. Pun begitu, Fatehah yang menduduki tempat kelima Kejohanan Dunia di Belanda Mac tahun lalu sepatutnya boleh menambah satu lagi koleksi emas, namun kekangan tayar pancit ketika beraksi dalam acara Scratch menutup peluang itu. Menyingkap sisi berbeza, tidak banyak kenangan perihal basikal yang boleh dikongsi, melainkan peristiwa beliau mengayuh kenderaan dua roda itu untuk pergi ke sekolah bersama rakan-rakan setiap hari. ``Masa zaman sekolah, saya sebenarnya terlebih dahulu aktif dalam sukan badminton, acara balapan dan trek, bola baling dan bola jaring. Sukan basikal hanya muncul sebaik melang-kah ke sekolah menengah,'' kata bekas murid Sekolah Kebangsaan Kampung Lang-gar, Kuala Berang itu. Menyedari, dunia sukan bukan selama-lamanya mampu ditawan, Fatehah akur yang

dia harus memilih bidang lain yang lebih terjamin apabila tiba usia persaraan nanti. Malah, atlet yang menanam hasrat meneruskan penga-jian peringkat sarjana muda dalam bidang perniagaan itu menjadi penerima ketiga biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM400,000 bagi merealisasikan hasratnya menyambung pengajian di Universiti Victoria, Melbourne bermula September depan. Beliau merupakan pelumba basikal kedua negara yang menerima biasiswa selepas pelumba yang menerima jolokan `The Rocket Pock-etman', Azizulhasni Awang dianugerahkan biasiswa serupa bernilai RM456,000 untuk menyambung pelajaran di Melbourne dalam bidang Pengurusan Sains Sukan. ``Saya pastinya tidak akan melepaskan peluang me-nikmati nasi dagang apa-bila pulang ke kampung halaman, khususnya yang disediakan ibu saya sendiri. Setakat ini rasanya tiada hidangan lain di dunia yang setanding dengan air tangan ibu,'' tutur atlet yang ge-mar mendengar muzik dan mengumpul ramai rakan dari serata dunia, selain memiliki lebih 4,400 rakan menerusi akaun facebook peribadinya.

Page 13: teganukita 60

BIL: 60, 1-15 Mei 2012 13

AM

Program Jejak Inovasi iktiraf inovator terbaik

Terima kasih UMNO, BN : Peneroka Felda

Penjawat awam usah ‘sabotaj’ kerajaan : MB

Oleh: Esah [email protected]

Program Jejak Inovasi Ke Akar Umbi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berjaya mengenal pasti 40 inovasi

yang dihasilkan di seluruh negeri Terengganu. Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Kerajaan YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh, berkata antara inovasi yang ditemui ialah sistem ternakan ketam kulit lembut (Kampung Mengabang Bakong), pembua-tan bot tradisional inovatif (Kg

Pulau Duyong), inovasi keropok lekor B.T.B 2209 (Bukit Tok Beng), inovasi tepung ubi gadung (Kam-pung Bukit Wan) dan pengeluaran makanan hidup untuk akuakultur (Mengabang Telipot). ``YIM akan mengiktirafkan lima inovator terbaik dan hasil inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan akan di beri bim-bingan serta dimasukkan kedalam Program Laluan Laju,'' katanya dalam program jejak inovasi di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, YIM akan membuat

kajian dari pelbagai sudut terma-suk dari segi komersial, pulangan kepada pengusaha serta peluang pasaran jangka panjang. Menurutnya, YIM merupakan sebuah sebuah agensi di bawah MOSTI yang menyasarkan untuk merekodkan 300 buah produk inovasi akar umbi menerusi pro-gram Jejak Inovasi di 15 lokasi di seluruh Negara pada tahun ini. ``Tahun ini, Jejak Inovasi telah bermula di Temerloh, Pahang pada (3-5 Mac), di Kelantan (13–15 April) dan Terengganu (28-30 April),'' katanya.

Seorang peneroka dari Felda Belara, Kuala Terengganu, Encik Mohd Zin Embong, ber-

kata pemberian RM5,000 kepada setiap peneroka itu diharap dapat digunakan sebaik yang mungkin dan alternatif terbaik termasuk membelanjakan wang agihan itu untuk menampung perbelanjaan ke Tanah Suci Mekah. ``Terima kasih Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, seluruh pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana peranan mereka membolehkan kita menjadi peneroka dalam Felda serta menikmati pelbagai kemudahan serta bantuan yang disalurkan sepertimana hari ini, pengagihan durian runtuh. ``Saya berharap pembangkang, tidak payah masuk ke dalam Felda dan mengganggu-gugat kehidupan peneroka Felda. Suatu masa dulu dia pernah kata kerajaan tipu rakyat. Bagaimanapun, apabila kita sudah senang, mereka datang pula ke Felda dan menghasut pe-neroka supaya mengikut mereka.Itu tidak betul,'' katanya. Encik Mohd Zin merupakan antara 7,469 peneroka seluruh Terengganu yang menikmati durian runtuh yang diagihkan menerusi

tiga fasa dengan jumlah RM5,000 setiap pengagihan yang berakhir 22 Mei ini. Beliau yang sudah lebih 30 tahun meneroka di tanah rancangan Felda Belara menerima durian runtuh itu daripada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, sempena Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Warga Felda di Felda Belara, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Seorang lagi peneroka yang juga generasi kedua Felda , Encik Nor Dollah, berkata ganjaran durian runtuh kepada peneroka, isteri dan generasi kedua berjumlah RM15,000 yang bakal diagihkan secara berperingkat itu memberi kejutan dan keceriaan kepada seluruh warga peneroka. Katanya, ganjaran itu merupakan nikmat pembangunan negara hasil percaturan dan kebijaksanaan kerajaan hari ini yang memberi banyak keuntungan kepada rakyat termasuk warga Felda di seluruh negara. ``Saya tidak jangka kerajaan akan mengumumkan durian runtuh ini kepada peneroka dan terima kasih kepada semua pemimpin yang bertanggungjawab mere-alisasikan perkara ini,'' katanya.

Peneroka Felda Belara dengan cara tersendiri untuk berterima kasih kepada pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab memberi durian runtuh kepada peneroka.

Kerajaan negeri mengingatkan semua penjawat awam agar

tidak menjadi `pengkhianat' ke-pada kerajaan serta mensabotaj usaha membangunkan kemudahan untuk rakyat negeri ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan melantik mereka ke jawatan masing-masing dengan lafaz ikrar menjaga rahsia kerajaan serta bersedia memberi per-khidmatan terbaik kepada orang ramai. ``Saya tahu ada yang telah sabotaj kerajaan serta sanggup membocorkan maklumat kepada pihak luar (pembangkang). ``Bukan saya tidak tahu siapa yang buat, semua data peribadi ada dalam komputer saya se-perti nama tempat tinggal dan pekerjaan malah bacaan sikap putih, kelabu, atas pagar dan hitam,'' katanya di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-

baru ini. Menteri Besar berkata, beliau tidak mengambil sebarang tinda-kan bukan bererti takut tetapi atas dasar bertolak ansur serta memberi peluang secukupnya, malah tidak menolak akan ber-tindak apabila tiba waktu sesuai. Katanya, penjawat awam meru-pakan golongan bertuah yang mendapat pelbagai keistimewaan pinjaman perumahan hingga tiga empat ratus ribu, gaji tetap setiap bulan dan peluang kenaikan pangkat serta tempoh perkhidmatan

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempat berbual dengan Dato’ Seri Haji Ahmad Said ditemani Dato’ Haji Mazlan Ngah selepas majlis berkenaan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

hingga usia 60 tahun. ``Berbeza dengan orang politik, jangka hayatnya dikira lima tahun sekali, jika bernasib baik terpilih lagi, manakala kelayakan membuat pinjaman juga sekitar RM150,000 saja kerana tempoh bekerja pendek,'' katanya. Dato' Seri Haji Ahmad meminta penjawat awam yang lama ber-khidmat menggunakan pengalaman yang ada untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada masyarakat serta menjadi teladan kepada pekerja baru.

Penjawat awam merupakan golongan bertuah yang diberi pelbagai keistimewaan.

Peserta Program Jejak Inovasi melihat cara-cara memproses ubi gadong di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Page 14: teganukita 60

14

AMBIL: 60, 1-15 Mei 2012

Penjawat awam terima APC, tunai hajiOleh: Esah [email protected]

Seramai 50 penjawat awam pelbagai peringkat menerima Anugerah Perkhidmatan Ce-merlang (APC) Peringkat

Negeri Terengganu 2012 yang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Kesemua penerima anugerah ini merupakan `insan bertuah' kerana akan dibawa menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah beserta wang tunai RM5,000. Kerajaan Terengganu merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang memberi anugerah tunai haji dan umrah kepada penjawat awam yang cemerlang termasuk imam, bilal dan ketua kampung yang dinilai setiap tahun. Pemergian mereka ke tanah suci itu menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Jeddah yang dilak-

Dua penerima APC, Haji Mohd Rozali (kiri) dan Haji Zulkifli.

sanakan kerajaan untuk tahun ketiga berturut-turut dan tahun ini menerusi syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Haji Mohd Rozali Salleh,56, yang bertugas selama 32 tahun sebagai penjawat awam telah mengepalai penerima APC. ``Anugerah ini sangat bererti kepada penjawat awam sebagai penghargaan dan tanda keyakinan kerajaan kepada mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,'' katanya. Menurutnya, inilah kerajaan untuk rakyat yang sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada siapa saja yang menun-jukan prestasi baik. Katanya, amalan ini amat sesuai dengan dasar kerajaan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan serta Rakyat Didahulukan, Pen-capaian Diutamakan. Bagi Timbalan Rektor TATiUC, Haji

Zulkifli Mohamad, 56, pencapaian sesuatu matlamat itu memerlukan kerja berpasukan hasil gabungan ketua jabatan hingga kepada pem-bantu pejabat dan ini bertepatan bila anugerah diberikan kepada semua penjawat awam daripada Gred R4 (pemandu) hingga Gred Utama `C'. ``Pendekatan diambil kerajaan negeri begitu unit kerana dengan memberi anugerah menunaikan

fardu haji dan umrah kepada individu ini dapat mendekatkan lagi seseorang itu kepada konsep kesyukuran,'' katanya. Tambahnya, pemberian ini tidak terhenti setakat itu saja malah ia memberi dorongan dan semangat serta inspirasi kepada yang terbabit untuk bekerja lebih baik sekali gus menjadi satu ibadat bagi umat Islam.

Klinik untuk penduduk PulauPerhentian

Kerajaan akan membuka sebuah klinik kesihatan

berharga RM25 juta di pusat peranginan Pulau Perhentian bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk di pulau itu selain untuk kemudahan pelancong. Pengerusi Jawatankuasa Ke-sihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata pembinaan klinik berkenaan sedang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan lagi tahap ke-sihatan penduduk. ``Saya berharap projek pem-binaan klinik berharga RM25 juta itu dapat dilaksanakan segera oleh kerajaan bagi mem-beri perkhidmatan kesihatan lebih selesa dan terbaik kepada penduduk pulau itu,'' katanya. Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut berkata,ketika ini pulau itu hanya mempunyai klinik desa yang sudah lama beroperasi manakala jumlah kakitangan pula amat terhad berbanding jumlah sebenar penduduk pulau itu. ``Ketika ini dianggarkan antara 30 hingga 40 orang penduduk datang ke klinik desa terbabit untuk mendapatkan rawatan,'' katanya . Beliau berkata, bagi tujuan itu seluas 1,437 hektar tanah telah diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke- 9 (RMK9) dan proses pengambilan tanah telah selesai dan sudah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Katanya, Kerajaan Pusat sudah menjelaskan bayaran RM420,312 kepada penduduk yang terbabit dengan pengam-bilan balik tanah terbabit.

DR A RAHMAN

Iman Adam Raman, 9, yang terlantar lumpuh di rumahnya di Kampung Kebor

Besar, Manir menerima bantuan sebanyak RM15,600 daripada kerajaan negeri menerusi

Bantuan RM15,600 untuk Iman dan Amalperuntukan Tabung Penyakit Kronik. ``Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang

sebelum ini pernah menziarahi keluarga kami,'' kata bapanya, Raman Abdullah, 59. Raman yang bertugas sebagai Renjer Hutan menerima cek bantuan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ke-budayaan dan Kesenian negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd. Said (gambar) di rumahnya baru-baru ini. Anak bongsunya itu lumpuh setelah dirempuh motosikal pada Mei tahun lalu sewaktu melintas jalan menuju sebuah kedai di Kampung Kubang Jela, Manir. Dato' Abdul Rahin turut menyampaikan bantuan berjumlah RM15,600 daripada tabung yang sama kepada Marzuki Mus-tafa, 43, bapa kepada Amal Haris, 7, yang terlantar di rumahnya di kampung yang sama akibat lemas semasa dilahirkan. Sementara itu, Dato' Abdul Rahin me-minta masyarakat agar melaporkan kes-kes penyakit kronik yang begitu mendesak kepada kerajaan negeri agar pesakit dapat dibantu melalui tabung berkenaan. ``Kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan yang wajar mendapat bantuan, jangan biar lama sehingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa,'' katanya.

Tiada paksaan jadi peneroka FeldaPara peneroka yang

merasakan diri mereka menjadi

mangsa penipuan pi-hak kerajaan dan Felda dinasihatkan segera meninggalkan tanah rancangan tersebut. Ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid (gambar) ber-kata, tiada gunanya golongan itu tinggal di tanah rancangan Felda jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kesusahan.

``Tidak ada paksaan untuk golongan pen-eroka tinggal di ta-nah rancangan ini jika merasakan diri mereka ditipu dan tertindas. Mereka boleh membuat pilihan untuk keluar dari Felda. ``Tindakan itu lebih

baik daripada sanggup menjadi duri dalam daging dan bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati kerajaan dalam memajukan tanah rancangan Felda,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Durian Runtuh kepada para peneroka Felda oleh Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Pada majlis itu, peneroka Felda Jerangau Barat menerima durian runtuh berjumlah RM1.83 juta, Felda Mengkawang (RM1.64 juta), Felda Tersat (RM925,000) dan Felda Bukit Bading (RM2.92 juta). Sementara seramai 101 peneroka Felda Jerangau Barat menerima suratan hak milik tanah iaitu kira-

kira empat hektar tanah ladang dan sehektar tanah tapak rumah. Beliau juga mencabar peneroka yang berasa sangsi atau curiga mengenai usaha kerajaan meny-enaraikan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia supaya tidak menerima tawaran membeli saham tersebut. ``Jangan sewenang-wenangnya tuduh kerajaan pengkhianat. Ti-dak munasabah Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua) yang bergolok bergadai untuk ban-gunkan Felda, ada pihak tuduh anak beliau (Dato' Sri Mohd Najib) mahu merosakkan Felda. ``Orang yang berkata demikian barangkali mempunyai masalah pemikiran yang perlu dirawat.'' katanya sinis.

Page 15: teganukita 60

15

AMBIL: 60, 1-15 Mei 2012

Usaha memastikan selu-ruh penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang

memiliki pelbagai latar kehidupan bebas dari kemiskinan dan tidak tercicir dalam arus pembangunan dilaksanakan secara intensif dan padu oleh Pegawai Pembangu-nan DUN, Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah. ``Penduduk Wakaf Mempelam masih ramai yang susah dan me-merlukan perhatian termasuk mereka yang uzur dan meng-hidap penyakit kronik. Mereka perlu dibantu dengan apa cara sekalipun.“Kalau mengharapkan `tok wakil' (Haji Abdul Wahid Endut) yang dipilih penduduk sendiri, maka semakin melaratlah hidup pen-duduk yang sedia susah itu. Sebab tok wakil Pas itu hanya muncul di majlis keraian yang ramai orang, bukan ke rumah penduduk yang susah dan sedang sakit, waima puak dia sendiri,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Haji Wan Mahyuddin mene-gaskan, walaupun majoriti dari-pada pengundi di DUN itu sudah membuat kesilapan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 33 tahun lalu dengan memilih Pas yang terang-terang gagal membela nasib mereka, kerajaan neg-eri tidak pernah meminggirkan penduduk yang sudah tersilap percaturan itu. Katanya, sebagai pemimpin yang dipilih sebagai wakil dan medium kepada kerajaan negeri, beliau yang dibantu 31 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam-pung serta 34 Ketua Cawangan dalam DUN itu nekad dan ikhlas membantu tanpa mengira status penduduk serta mereka di kalan-gan penyokong pembangkang. ``Saya tetap juga meneruskan rutin memasuki kawasan yang dikatakan `hitam' (kawasan kubu kuat Pas) demi memastikan bantuan tiba dan mereka yang memerlukan benar-benar menikmati bantuan itu tanpa ianya dipolitikkan. ``Kadangkala saya tidak terlepas daripada menerima cemuhan walaupun niat saya ikhlas mem-bantu. Mungkin mereka (puak Pas) berhati batu dan `keras keng' sehingga kita datang membantu pun mereka ini menganggap kita seperti `membawa bom' ke kawasan mereka pula,'' katanya. Katanya, puak yang dikatakan tegar itu sebahagian besar kini secara beransur-ansur sudah mula membuka mata, hanya berdiam diri dan mungkin api kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasi-onal (BN) yang tertanam dalam jiwa mereka kian terhakis meli-hat nikmat dan bantuan yang disediakan kerajaan BN dari dulu sehingga kini. Beliau berkata, angin perubahan yang mula menyerap di kawasan DUN itu sejak beberapa tahun lalu, termasuk kesedaran orang muda terhadap parti Umno dan BN dalam memperjuangkan na-sib bangsa, agama dan negara

apabila membanjiri majlis anjuran BN dan Umno memberi mesej bahawa PRU ke-13 memberi pet-anda baik kepada BN. ``Apa lagi yang penduduk DUN ini mahukan kerana segalanya serba lengkap dan tersedia buat mereka. Jadi kita yakin dan ber-harap 24,310 pengundi berdaftar dalam DUN ini (sehingga 2011 lalu) tidak lagi tersilap langkah pada PRU 13 nanti. ``Kita memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 6,767 isi rumah menerusi tujuh fasa pengagihan termasuk dua daripadanya proses rayuan yang diserahkan sejak awal tahun lalu. Jika penerima BR1M bersama isteri atau suami masing-masing, tahu erti bersyukur, bermakna lebih 13,000 pengundi sudah memi-hak kepada BN. Majoriti itu akan memberi kemenangan kepada BN,'' katanya. Selain BR1M, seramai 1,188 pen-duduk menerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Dana Hari Raya (6,600 penerima), Dana Remaja (2,400 penerima) serta lebih 200 penerima bantuan cermin mata. Dalam perkembangan yang sama, kerajaan membina empat buah masjid yang setiap satu berharga sekitar RM3 juta hingga RM4 juta iaitu Masjid Tok Jamal, Masjid Gelugor Kedai, Masjid Kuala Bekah dan Masjid Kubang Parit (dalam pembinaan). Malah, bagi memenuhi kehendak belia pula, empat gelanggang futsal dibangunkan di Kampung Losong (futsal tertutup), di Du-rian Burung (dua futsal terbuka) dan Kampung Panji (satu futsal terbuka), selain satu lagi futsal tertutup yang bakal dibina tahun ini. Selain itu, untuk memudahkan masyarakat sekitar mendapatkan rawatan kesihatan yang dengan kadar yang murah dan tidak mem-bebankan, kerajaan negeri akan mewujudkan Klinik 1Malaysia di Kampung Kubang Parit dalam tempoh terdekat. ``Sebelum ini penduduk yang tidak berkemampuan dan memer-lukan rawatan kesihatan segera dibantu dengan menyediakan perkhidmatan membawa doktor turun padang menerusi program `Doktor Bersama Masyarakat' dengan kerjasama JKKK yang diadakan sejak tiga tahun lalu. ``Dalam program itu, kita turut menyediakan borang-borang ban-tuan kebajikan kepada penduduk yang diselaraskan menerusi agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,'' katanya.

Taman rekreasi RM5jsepanjang Sungai TerengganuKerajaan negeri bercadang

mewujudkan taman rekreasi di sepanjang lokasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang terletak di pinggir Sungai Terengganu dengan peruntukan kira-kira RM5 juta, bermula tahun ini. Pegawai Pembangunan DUN Manir, Encik Yusof Awang Hi-tam, berkata perancangan itu selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memacu sektor pelancongan negeri menerusi program menyusuri Sungai Terengganu sehingga ke Sungai Berang, Hulu Terengganu di mana lokasi penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang. ``Program menyusuri sun-gai dengan menaiki bot ini akan melibatkan kira-kira 10 kampung dalam DUN Manir yang berada di pinggir Sun-gai Terengganu sehingga ke Telemong (Hulu Terengganu). ``Kami sedang berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri serta Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memastikan projek itu dapat dibangunkan dengan lancar dalam tempoh yang dijadualkan,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Katanya, pada peringkat awal, projek membangunkan kemudahan sekitar sungai itu akan dimulakan dengan kerja menambak sekitar kawasan pasir.

Menurut Encik Yusof, projek membangunkan taman rekreasi di sepanjang sungai ini akan dibangunkan secara berper-ingkat-peringkat sebelum ia selesai keseluruhannya. Beliau berkata,usaha itu dijangka mampu menjana pendapatan sebahagian penduduk yang terlibat dengan industri desa khususnya pengusaha makanan seperti keropok, bahulu dan akok, manakala kraf tangan seperti tikar mengkuang dan nyiru. ``Kita mengambil peluang dan ruang yang ada untuk memastikan kelebihan alam semula jadi di kawasan sungai dengan pasir dan pemandan-gan indahnya akan dieksploi-tasikan dengan baik supaya dapat menjana ekonomi dan memberi faedah kepada ma-syarakat setempat,'' katanya.

YUSOF

Penduduk jangan salah pilih 'tok wakil' Wakaf Mempelam

FoKUS KHASOleh: Aida Abd [email protected]

Penduduk DUN Wakaf Mempelam begitu ceria dan terasa terbela nasib mereka apabila pemimpin Umno/BN turun padang ke kawasan mereka.

Konsep `turun padang’ yang diamalkan pemimpin Umno/BN memang di-nantikan penduduk Wakaf Mempelam kerana wakil rakyat mereka (pemimpin Pas) hanya makan gaji buta dan tidak langsung menjenguk mereka.

WAN MAHYUDDIN

Page 16: teganukita 60

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

ISSN 2180-4737 | Bil: 60, 1-15 Mei 2012

Oleh: Fauzi [email protected]

Kejohanan Perahu Layar Anta-rabangsa Piala Monsun yang diadakan sejak tujuh tahun lalu di Pulau Duyung ternyata kekal

menjadi acara pelayaran terbaik selepas berjaya menarik lebih 900 juta penonton di seluruh dunia yang menyaksikan liputan siarannya di 176 negara. Penganjuran oleh T-best Events Sdn. Bhd. (T-best) mencatatkan peningkatan dalam Nilai Media Kasar sebanyak 60.3 peratus berbanding tahun 2010 dengan nilai RM896.5 juta yang mana liputan media online merupakan penyumbang tertinggi selepas televisyen, percetakan dan radio. Presiden T-Best, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata, penganjuran kejohanan kapal layar itu juga berjaya menarik sebanyak 156,624 orang pengunjung merangkumi jumlah yang hadir di sepanjang Piala Monsun dan Karnival Monsun yang telah dianjur di semua daerah sebagai usaha mempromosi kejohanan itu. Katanya, kejohanan itu turut me-mainkan peranan penting dalam men-jana pembangunan ekonomi di negeri itu terutamanya penduduk setempat apabila mencatat peningkatan kadar penginapan, perusahaan dan peniaga kecil-kecilan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun sebelumnya. ``Ini terbukti apabila jumlah perbe-lanjaan bagi pengunjung tahun lalu mencecah RM16.2 juta merangkumi perbelanjaan penginapan hotel, beli-belah, makanan dan minuman, pengangkutan, penerbangan domestik, lawatan ke des-tinasi pelancongan serta perbelanjaan pengunjung ke Karnival Monsun di tujuh buah daerah. ``Selain itu, penganjuran itu juga tu-

rut memberi peluang pekerjaan kepada seramai 1,753 orang kakitangan ter-masuk kontraktor, pekerja sementara, pekerja pembersihan dan sebagainya dalam melicinkan acara itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pem-berita selepas majlis penghargaan dan pengumuman KPI Piala Monsun di Ri-Yaz Heritage Resort dan Spa, Pulau Duyong, baru-baru ini.

Kriket Terengganu cari bakat baruPersatuan Kriket Negeri Tereng-

ganu (PKNT) bakal memperluaskan peranannya dengan mencungkil

bakat baru dalam acara itu di peringkat akar umbi menerusi program pencarian bakat bermula bulan depan. Pengerusinya, Encik Apli Yusof (gambar kecil) berkata, usaha yang mendapat sokongan Majlis Sukan Negeri Tereng-ganu (MSNT) itu bagi mengembalikan kegemilangan sukan itu di negeri ini yang dianggap `sudah berkubur' oleh sesetengah pihak. Menurutnya, di peringkat Sukan Ma-laysia (Sukma), negeri ini sudah lebih

20 tahun tidak terlibat dalam acara berkenaan walaupun sukan itu pernah melonjakan nama Terengganu sekitar tahun 1980-an. ``Kerjasama akan dijalinkan dengan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bagi mencari kira-kira 20 atlet lelaki bawah 20 tahun dengan bantuan jurulatih dari-pada MCA sendiri serta bekas pemain kriket Terengganu. ``Mulai tahun depan, PKNT akan meny-ertai beberapa kejohanan peringkat remaja kebangsaan untuk memberi pendedahan dan mengasah bakat pemain-pemain yang baru ke tahap lebih tinggi,'' katanya

baru-baru ini. Tambah En-cik Apli, den-gan keupayaan pasukan sedia ada, Terengganu turut memberi saingan kejo-hanan kriket kebangsaan anjuran MCA bermula April lalu di Kuala Lumpur dan akan berakhir awal Jun ini. Katanya, pasukan bimbingan Zainal Fitri Zainal Abidin itu dibarisi 20 pemain berwibawa seperti Ruzmi Awang, Hamrizal Haris, Ahmad Yusaidie Ibrahim, Nizam

Semaon, Mohd Azhar Ahmad dan lima pemain dari Pakistan. ``Kita harap mereka mampu mem-beri saingan terbaik bagi membuktikan Terengganu masih mempunyai pemain yang disegani dalam acara ini. Ia pent-ing bagi menaikkan moral persatuan untuk melahirkan pelapis baru pada masa depan,'' katanya. Dari segi prasarana sukan itu kata Apli, PKNT masih belum mempunyai kemudahan lengkap untuk latihan atau apa jua penganjuran pertandingan per-ingkat negeri. ``Buat masa ini, kita tumpu sepenuhnya latihan dan sesi pencarian bakat akan datang di padang Kompleks Sukan Gong Badak,'' jelas beliau.

Khairul mahu pamer konsisten di OlimpikOleh: Aida Abd [email protected]

Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad, 21, tidak mahu meletakkan

sasaran pingat pada temasya London Julai ini, namun berjanji untuk menampilkan persembahan konsisten sepanjang persain-gan, khususnya dalam acara berpasukan.

Anak jati Kampung Pasir Gajah, Kemaman itu pelengkap trio memanah kebang-saan bergandingan dengan Cheng Chu Sian serta Haziq Kamaruddin selepas muncul kumpulan atlet pertama layak ke Olimpik secara merit setelah meraih tempat kesembilan acara berpasukan

pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali, baru-baru ini. ``Saya tidak mensasarkan pingat, kerana masih baru dalam acara ini. Pada usia baru 21 tahun, saya rasa naik begitu mendadak dan tidak mahu jatuh dengan cepat. ``Untuk acara individu, saya tidak yakin sangat untuk sasar pingat. Bagaimanapun saya berhasrat untuk membuat persemba-han dengan konsisten dan dapat mengawal sepenuhnya persaingan bagi memburu mata nanti,'' katanya. Dalam kejohanan Memanah Dunia di Torino, trio yang diketuai pemanah berpengalaman, Chu Sian mengharungi pertarungan penuh dramatik sebelum berjaya menjadi pasukan kesembilan terbaik sekali gus menempah tiket bersama-sama Korea Selatan, Perancis, Mexico, Itali, Ukraine, China dan Amerika Syarikat manakala Great Britain layak au-tomatik selaku tuan rumah. Kejayaan mereka di luar jangkaan dan amat membanggakan setelah pasukan negara berdepan saingan sengit daripada pasukan handalan dunia. Selain Khairul Anuar, seorang lagi atlet memanah dari Terengganu, Nur Shafiqah Hashim turut layak ke Olimpik London 2012.

Piala Monsun kekal terbaik