teganukita 68

16
ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 31 Oktober 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Bil : 68 Jentera Umno mantap J entera Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sudah mantap dan berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan pada bila-bila masa. Ketua Penerangan Umno Negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya bersedia di segi fizikal dan mental, termasuk menyediakan penceramah yang terbaik bagi menangkis serangan daripada parti pembangkang. “Semua peti undi, bilik gerakan, perayu undi dan jentera parti di setiap peringkat kini berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13),” katanya ketika ditemui Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, Umno Terengganu memulakan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya sejak awal tahun di mana penceramah parti diberi input berkaitan pelbagai isu bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang gemar memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin Umno serta BN. “Kita menyediakan penceramah tidak kurang daripada 20 orang bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini,’ ujar beliau. Penerangan Umno negeri akan melancarkan ceramah besar-besaran di peringkat Parlimen dan DUN dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung program dan dasar kerajaan. Katanya, penceramah berkenaan akan menyalur- kan maklumat semasa mengenai bantuan dan program yang dilaksanakan Kerajaan BN bagi membantu rakyat tempatan, khususnya golongan berpendapatan rendah. Oleh: Kamarudin Mat Akib [email protected] - lihat ms 3 Bersedia di segi fizikal dan mental, termasuk menyediakan penceramah yang terbaik bagi menangkis serangan daripada parti pembangkang. DEMI MASA DEPAN CEMERLANG...Kerajaan negeri menyediakan peruntukan besar pada tahun ini bagi mengagihkan komputer riba secara percuma kepada semua guru-guru yang mengajar Tahun Lima di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri. Majlis penyampaian komputer berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. FOTO Harish Fadzillah | [email protected] Telefon pintar Magic W3 ke pasaran US - ms 5

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 08-Mar-2016

275 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

teganukita 68

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 68

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 31 Oktober 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Bil : 68

Jentera Umno mantap

Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sudah mantap dan berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan pada bila-bila

masa.Ketua Penerangan Umno Negeri, Dato’ Haji Ahmad

Razif Abd Rahman, berkata pihaknya bersedia di segi fizikal dan mental, termasuk menyediakan penceramah yang terbaik bagi menangkis serangan daripada parti pembangkang.

“Semua peti undi, bilik gerakan, perayu undi dan jentera parti di setiap peringkat kini berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13),” katanya ketika ditemui Teganukita, baru-baru ini.

Beliau berkata, Umno Terengganu memulakan

persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya sejak awal tahun di mana penceramah parti diberi input berkaitan pelbagai isu bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang gemar memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin Umno serta BN.

“Kita menyediakan penceramah tidak kurang daripada 20 orang bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini,’ ujar beliau.

Penerangan Umno negeri akan melancarkan ceramah besar-besaran di peringkat Parlimen dan DUN dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung program dan dasar kerajaan.

Katanya, penceramah berkenaan akan menyalur-kan maklumat semasa mengenai bantuan dan program yang dilaksanakan Kerajaan BN bagi membantu rakyat tempatan, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

- lihat ms 3

Bersedia di segi fizikal dan mental, termasuk menyediakan penceramah yang terbaik bagi menangkis serangan daripada parti pembangkang.

DEMI MASA DEPAN CEMERLANG...Kerajaan negeri menyediakan peruntukan besar pada tahun ini bagi mengagihkan komputer riba secara percuma kepada semua guru-guru yang mengajar Tahun Lima di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri. Majlis penyampaian komputer berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

FOTO Harish Fadzillah | [email protected]

Telefon pintar Magic W3 ke pasaran US

- ms 5

Page 2: teganukita 68

BIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)2

AM

LPT Fasa 2 dijangka siap sepenuhnya hujung 2014

Oleh: Aida Abd [email protected]

Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada

orang ramai pada akhir 2014.Sehingga kini, sebanyak

60 hingga 70 peratus daripada projek yang melibatkan 17 pakej itu sudahpun siap dengan dua daripadanya diserahkan tahun ini dan tiga pakej lagi pada tahun depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata berdasarkan taklimat kemajuan LPT Fasa 2 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) minggu lalu, kegagalan kontraktor menyiapkan mengikut tempoh ditetapkan dan timbul masalah berkaitan projek menye-babkan dua pakej perlu ditender semula.

“Ada pakej yang sudah siap sepenuhnya dan ada yang sedang rancak disiapkan yang dijangka selesai tahun depan. Dua pakej dijangka akan diserahkan pada November

dan Disember tahun ini, manakala tiga pakej lagi dijangka siap pada 2013.

“Kita minta pihak LLM dan Jabatan Kerja Raya supaya mana-mana pakej (jajaran) yang berjaya disiapkan dan bersambung itu dibuka kepada orang ramai tanpa perlu menunggu siap sepenuhnya, sebagaimana jalan Kampung Gemuroh-Bukit Besi yang mula dibuka untuk kemudahan umum sejak Ogos tahun lepas,” katanya kepada pemberita, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, dua pakej yang ditender semula mem-babitkan pakej empat meli-batkan laluan sepanjang 7.3 kilometer (km)menghubung-kan Stesen Penyelidikan Mardi ke Ladang Cherul, Kemaman serta pakej tujuh sepanjang 13.7 km dari Bukit Mempusi ke Felda Kertih 6, Kemaman.

Katanya, pihaknya ber-harap pada awal 2013 seba-hagian pakej dan jajaran boleh dibuka kepada orang ramai, sekali gus dapat mengurang-

kan kesesakan trafik di laluan pantai khususnya pada musim perayaan.

“Kemudahan LPT ini men-jadi alternatif kepada peng-guna untuk mengurangkan kesesakan di jalan pantai (Kuala Terengganu-Kuantan) terutama pada musim perayaan apabila orang ramai bers-esak-sesak memasuki dan meninggalkan Terengganu,” katanya.

LPT 1 sepanjang 160 km,menghubungkan Karak ke Kuantan, Pahang siap pada 2004. Sementara LPT 2 sepan-jang 185 km bermula dari Jabur dan berakhir di Gemuruh, di bahagian utara Kuala Tereng-ganu.

Infrastruktur yang meli-batkan lebuh raya bertaraf tinggi dengan empat -lorong dua hala, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seper-ti 10 persimpangan bertingkat, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, lampu jalan dan plaza tol dengan bera-saskan kriteria reka bentuk serta pemilihan laluan.

Tiga produk untuk TMT 2013 - Dato’ Abdul Rahin Tiga produk menarik

bakal diperkenalkan kepada para pelancong

khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 akan datang.

Dengan tema ‘Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Orang Baik-Baik’ - kebudayaan, cara hidup, kesenian dan warisan

yang menggambarkan rakyat Terengganu bakal dipromosikan kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) khusus dalam bidang penulisan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said berkata, kosa kata negeri Terengganu, makanan tradisional dan sejarah Batu Bersurat akan dibukukan dan dicetak semula untuk tatapan sekaligus memperkenalkan keunikan Terengganu di mata dunia.

“Dengan kerjasama

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penasihat, pihak kami akan menambah kosa kata sedia ada nukilan Tuan Shariff Tuan Putera untuk menonjolkan keunikan dialek tempatan kita yang tidak dapat dijumpai di tempat lain.

“Buku masakan milik penulis asalnya To Puan

Seri Aishahtun yang merupakan isteri bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad juga akan dicetak semula dengan menambah muka surat, gambar bagi menggambarkan kepada pelancong bagaimana rupa dan bentuk kuih-muih tradisional Terengganu,”

ujarnya kepada sidang media selepas majlis penyerahan cek kepada Pelita di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Katanya, sejarah Batu Bersurat yang dijumpai di Sungai Tersat, Kuala Berang turut menjadi produk untuk dikongsi dan diceritakan kepada pelancong asing.

“Semua ini adalah usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Terengganu,” katanya.

Latihan dan kemahiran yang disediakan Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menepati peredaran masa dan

memenuhi permintaan pasaran kerja membuatkan graduan pusat pengajian itu menjadi perhatian dan rebutan industri terkemuka di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Haji Syed Mohamad Noor Syed Mat Ali, berkata ber-dasarkan rekod setiap tahun, kira-kira 88 peratus daripada 9,000 jumlah graduan berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan atau setahun menamatkan pengajian.

Manakala bagi ILP Kuala Terengganu pula, hampir 93 peratus daripada 1,200 graduan tahun lalu berjaya mendapat pekerjaan di pelbagai industri dengan anggaran gaji per-mulaan RM1,200 sebulan.

“Lebih lama mereka bekerja, di samping menampilkan komitmen tugas berkualiti, lebih mahal gaji yang ditawarkan, ada kalanya boleh mencecah RM3,000 sebulan.

“Angka yang dicatatkan itu, merupakan peratusan membanggakan sekaligus membuktikan `produk’ keluaran ILP berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran industri,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kreativiti dan Inovasi ILP Kuala Terengganu, di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah ILP Kuala Terengganu, Encik Abdul Halim Abd Rahman dan Dekan Fakulti Pengajian Maritim Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wan Mohd Norsani Wan Nik.

Sempena program itu, sebagai 13 peserta daripada pelbagai jurusan mengambil bahagian dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi. Haji Syed Mohamad Noor turut mem-beritahu, pihaknya ada menubuhkan Unit Pemantauan Graduan bagi mengesan lebihan graduan yang masih men-ganggur.

“Jika mengetahui terdapat mana-mana industri me-merlukan tenaga kerja, kita akan cadang mereka yang ma-sih mencari kerja supaya bertugas di industri itu,” katanya.

Graduan ILP berkualiti

Keseluruhan pembinaan LPT Fasa 2 dijangka siap sepenuhnya akhir 2014 dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri seperti yang diberitahu Dato’ Haji Mazlan (gambar kecil) kepada pemberita, baru-baru ini.

Syed Mohamad Noor melihat pameran hasil kerja pelajar ILP ketika merasmikan Hari Kreativiti dan Inovasi ILP Gong Badak, baru-baru ini.

Page 3: teganukita 68

3

AMBIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Pulau Rambutan di Kenyir

Pulau Selimbar Selatan seluas 42 hektar di Tasik Kenyir sedang dimajukan sebagai

Pulau Rambutan untuk di-jadikan produk pelancongan baru di kawasan utara tasik itu.

Produk pelancongan Kenyir Island Hopping (KIH) yang dibangunkan melalui Lembaga Kemajuan Tereng-ganu Tengah (Ketengah) itu melibatkan penanaman lebih 2,000 pokok rambutan dari-pada hampir 200 spesies dari seluruh dunia.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, sebanyak RM11.5 juta dipe-runtukkan bagi menyediakan kemudahan dan menempatkan pelbagai spesis rambutan kormersil, arboretum serta

nadir di pulau itu.Menurutnya, projek itu

melibatkan dua fasa iaitu pem-bangunan ladang yang telah bermula bulan lalu hingga Disember tahun depan.

“Fasa kedua melibatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam ber-mula Januari tahun depan hingga Disember 2014,” katanya kepada pemberita selepas upacara penanaman pokok rambutan di pulau itu baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat dan Pengurus Besar Ketengah, Haji Wan Mat Amin Wan Daud.

Menurut Dato’ Seri Haji Ahmad, pembangunan pulau yang terletak berhampiran

Pulau Orkid dan Pulau Burung melibatkan empat komponen utama iaitu kompleks pentad-biran, tapak semaian dan perkhemahan serta ladang rambutan.

Katanya, kemudahan galeri, kafe, menara tinjau, kios jua-lan, gerai cenderamata serta pusat penyelidikan mampu menjadikan Pulau Rambutan sebagai destinasi agro pelan-congan yang unik.

“Selain itu, ia diharapkan menjadi tempat edu-pelancon-gan untuk pelajar atau ahli akademik mengenali pelbagai spesies rambutan seperti muar gading, khaw tow bak, jarum mas, pulasan, pacat dan korlan.

“Kewujudan pulau tersebut sekali gus meletakkan Tereng-ganu sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pulau khusus untuk rambutan” ka-tanya.

Usaha menanam pokok rambutan giat dilakukan bagi menjadikan Pulau Selimbar Selatan di dalam kawasan Tasik Kenyir sebagai Pulau Rambutan yang merupakan produk baru pelancongan.

Oleh: Fauzi [email protected]

- dari ms 1

Sokongan padu rakyat kepada BN

45,000 benih ikan dilepaskan di Sungai Leban, Tasik Kenyir

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melepaskan 45,000 ekor benih ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir sebagai

satu usaha dalam memastikan populasi spesis ikan air tawar tidak pupus di tasik itu.

Pengurus Besar Ketengah, Haji Wan Mat Amin Wan Daud, berkata program kerjasama Jabatan Perikanan negeri itu sebagai tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan populasi sem-ulajadi ikan berkenaan.

Katanya, pelepasan itu melibatkan tujuh spesis benih ikan termasuk 30,000 ekor lampan sungai selain baung, rohu, tenggalan, lampam dan jelawat yang diperolehi daripada pusat pengembangan akuakultur Jabatan Perikanan di Perlok, Jerantut.

“Program ini diharapkan dapat mening-katkan dan mengekalkan populasi semula jadi ikan di perairan tempatan khususnya Tasik

Kenyir yang sememangnya terkenal sebagai destinasi popular untuk kaki pancing,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas Majlis Pelepasan Benih Ikan yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Per-dagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw dan Exco Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, baru-baru ini.

Menurut Haji Wan Mat Amin, sejak program itu diperkenalkan pada 1995, sebanyak 215,000 ekor benih ikan pelbagai spesies telah dilepas-kan ke tasik itu termasuklah 28,200 ekor pada tahun 2011 dan masing-masing 50,000 ekor pada 2010 dan 2009.

Pada 2008 sebanyak 25,000 ekor benih ikan patin dan baung telah dilepaskan dan 6,800 ekor spesis temoleh dan siakap dilepaskan antara tahun 1995 hingga 1997.

Pada masa yang sama pence-ramah Umno akan menjelas-kan isu-isu semasa kepada seluruh rakyat Terengganu agar mereka tidak dikelirukan dengan fakta-fakta tidak tepat seperti ditimbulkan parti pembangkang dalam ceramah mereka,” tambahnya.

Sebelum ini, semua peti undi diarah menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing, termasuk menyediakan bilik gerakan dan petugas daalm semua aspek, bagi memastikan kemenangan BN.

“Umno negeri mengarah-kan semua peti undi mem-bentuk petugas bagi men-

gendalikan urusan pilihan raya seperti jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi, jawatankuasa penerangan, kewangan, perbekalan, ‘polling and counting agent’, kesela-matan dan pengundi luar,” katanya.

Dato’ Haji Ahmad Razif berkata, pihaknya yakin den-gan persiapan yang teliti itu BN berpeluang untuk mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat negeri ini, termasuk daripada generasi muda.

“Kita harap Umno dan BN akan terus menang pada pilihan raya kali ini dan kekal memerintah di Terengganu dan negara ini,” ujarnya.

Dato’ Seri Haji Ahmad ketika melepaskan benih ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, baru-baru ini.

RM100,000 iktiraf pelajar, guru cemerlangKerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM100,000

bagi mengiktiraf kebolehan dan kemampuan guru, pe-lajar serta sekolah seluruh Terengganu yang mencapai keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan awam, kuri-kulum dan kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Peruntukan itu diagihkan kepada 358 penerima anugerah mengikut 36 kategori di Majlis Karnival Pendi-dikan Terengganu, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pengkitirafan itu merupakan satu usaha untuk meningkat-kan lagi potensi diri dan kemampuan guru, pelajar serta pejabat pelajaran bagi memperkasakan sektor pendi-dikan negeri.

“Agenda menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu dapat dicapai menerusi pelbagai usaha memperkasa pendidikan melalui pengiktirafan kepada murid dan guru yang berjaya mempamerkan keterbilangan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Page 4: teganukita 68

BIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)4

AM

iHeal lebar sayap ke Palembang

iHeal Medical Services Sdn. Bhd. (iHeal Medical), projek usahasama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWT) kini

melebarkan sayap perkhidmatan kesihatan ke negara jiran, Indonesia.

Perkara itu dicapai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani iHEal Medical dengan Pemerintah Kota Palembang di Indonesia, baru-baru ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika ditemui Teganukita berkata, pusat perubatan pakar yang beroperasi di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur itu akan memberi perkhidmatan kesihatan khususnya rawatan penyakit jantung kepada pesakit dari Palembang.

“Sejak beroperasi pada Jun 2010, iHeal Medical telah menerima tujuh pesakit jantung dari Palembang ter-masuk seorang Ahli Parlimen yang membuat pembedahan dan rawatan berkaitan jantung selain pesakit Indonesia dari daerah-daerah lain.

“Menerusi MoU ini juga, pesakit jantung yang dirujuk ke rumah-rumah sakit di Palembang akan diterbang-kan ke iHEAL untuk rawatan pakar yang terbaik,” katanya selepas majlis menandatangai MoU itu di Palembang, Indonesia, baru-baru ini.

MoU itu ditandatangani Pengarah Perubatan iHeal Medical, Dr. David Khoo Sin Keat dan Walikota (Dato’ Bandar) Palembang, Ir. Eddy Santana Putra dengan disaksikan Dato’ Seri Haji Ahmad.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata, bilangan warga Palembang dijangka bertambah susulan Mou itu

serta kemudahan perkhidmatan penerbangan terus yang disediakan AirAsia dari Palembang ke Kuala Lumpur.

“iHeal sudah pasti akan merebut peluang ini kerana saya diberitahu rumah-rumah sakit di Palembang masih belum memiliki kepakaran dan kemudahan seperti yang terdapat di iHeal.

“Dengan kepadatan penduduk 1.7 juta orang di kota ini, saya tidak menolak kemungkinan di masa akan datang, kita akan meneliti untuk membina cawangan di sini atau ber-tukar tenaga doktor pakar,” katanya.

Sejurus selepas itu, Dato’ Seri Haji Ahmad dan rombongan turut melawat Rumah Sakit Umum Daerah Palembang Bari iaitu salah sebuah daripada 26 rumah sakit dan klinik yang terdapat di kota berkenaan.

Majlis menandatangani MoU antara iHEAL Medical Sevices Sdn. Bhd. dengan Pemerintah Kota Palembang.

Oleh: Fauzi [email protected]

Kerajaan negeri akan memberi komitmen penuh dalam usaha merealisasikan pem-

binaan jalan raya baharu yang menghubungkan dua negeri meli-batkan laluan Hulu Dungun, Dungun ke Hulu Tembeling di Pahang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata usaha sudah digerakkan melalui beberapa siri perbincangan antara beberapa wakil rakyat dari Terengganu dan Pahang bagi merealisasikan perancangan itu.

“Kita akan ada perbincangan selepas ini sebelum membawa permohonan itu kepada kerajaan Pusat untuk dipertimbangkan selain kajian terperinci dari segi kos pem-binaan dan kelulusan.

Jalan baharu hubung Dungun-Tembeling

“Prasarana sejauh 24 kilometer ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman

terutama sektor pertanian dan pe-lancongan di kedua-dua kawasan,” katanya.

Jangan terpengaruh dengan pemimpin pembangkang

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta penduduk negeri

ini supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pemimpin pembangkang yang gemar menggunakan Islam sebagai alasan untuk memancing undi.

Katanya, mereka bijak memutar-belit isu berkaitan Islam sehingga timbul kecelaruan dan keraguan dikalangan masyarakat untuk menilai baik atau buruk kerajaan memerintah.

“Puak jenis ini sewajarnya diketepi-kan kerana tiada pegangan kukuh untuk menjadi pemimpin.

“Pemimpin Pas yang mendakwa menegakkan Islam sebenarnya melaku-kan tindakan mengikut hukum mereka sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Menteri Besar Terengganu Bersama Guru, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Zakaria Hussin dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Dato’ Seri Haji Ahmad turut meminta penduduk negeri ini menolak Anwar dan Pakatan Rakyat kerana pemimpin parti itu banyak melakukan kegiatan yang mengkhianati negara termasuk menganjur Perhimpunan haram Bersih.

“Sama-samalah kita pelihara kerajaan yang ada sekarang ini kerana pemimpin Barisan Nasional (BN) melaku-kan semua perkara yang sepatutnya disediakan kepada rakyat negeri ini,” ujar beliau.

Menteri Besar menerima watikah Ikrar Warga Guru Negeri Terengganu daripada Haji Zakaria.

“Penduduk negeri ini perlu menolak Anwar dan Pakatan Rakyat kerana pemimpin parti itu banyak melakukan kegiatan yang mengkhianati negara termasuk menganjurkan Perhimpunan Bersih.” - Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Dato’ Seri Haji Ahmad merasmikan One Stop Center Pemuda Kampung Shukor ketika lawatan kerja ke Hulu Dungun, baru-baru ini.

Page 5: teganukita 68

5

EKONOMIBIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Pengusaha kabin tersohor Terengganu, Puan Azizah Aziz, 49, mampu melebar-kan sayap Ceria Kabin se-

hingga ke serata negeri walaupun pada awal perniagaan tidak men-genali apa itu kabin.

Juga tanpa memiliki kelulusan tinggi dan bekalan ilmu berkaitan bidang itu, Puan Azizah kini sema-kin `gah’ menerima tempahan pu-luhan kontraktor berjaya, jabatan kerajaan dan agensi kerajaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR), Ma-jlis Bandaraya Kuala Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Lembaga Pemasaran Pertanian Pesekutuan (Fama) se-tia menempah produk Ceria Kabin.

Rata-rata pelanggan menga-kui tidak serik berurusan dengan syarikat itu kerana mengetahui produk yang ditawarkan bermutu tinggi, memenuhi citarasa pelang-gan, moden dan canggih.

Pada awal perniagaannya, beliau seakan tidak berani memikul tanggungjawab yang diamanahkan pegawai atasan MBKT bagi mem-

bekalkan empat unit kabin ke tapak projek kitar semula.

“Saya bimbang dengan tugasan itu kerana bukan saja tidak meng-etahui lokasi pembekal, tiada peker-ja, malah tidak mengenali apa itu kabin.

“Dengan berbekalkan seman-gat dan dorongan tanpa jemu, kel-uarga dan suami tercinta, Mohd Zulkifli Nawang, saya nekad melak-sanakannya dalam tempoh dua minggu dan pelanggan menerima tanpa runggutan,” kata Puan Azizah.

Bermula dengan tugasan itu, beliau nekad melebarkan sayap perniagaan dengan menawarkan produk yang ada kepada beberapa kontraktor terkenal dan jabatan kerajaan di Terengganu.

Selepas mendapat kepercayaan pelbagai pihak, Ceria Kabin kini tidak putus-putus menerima tempa-han pelanggan tempatan dan luar Terengganu yang menginginkan pelbagai struktur kabin.

Apa yang diminta pelanggan seperti tandas bergerak, kios, cha-let, surau dan gerai jualan cuba diusahakan Puan Azizah walaupun ia sukar dilaksanakan.

Puan Azizah berkata, saban tahun, cita rasa pelanggan sentia-sa berubah-ubah, daripada kabin berstrukturkan papan lapis dan kayu

kepada aluminium dan pelbagai material moden.

Katanya, apa yang diinginkan pelanggan, dia seboleh-bolehnya cuba usahakan sehingga berjaya memenuhi cita rasa mereka.

“Saya pernah diberikan keper-cayaan MBKT untuk menyiapkan tandas kabin Orang Kurang Upaya (OKU), hasil idea dan komitmen pekerja berpengalaman, tandas itu berjaya disiapkan memenuhi cita rasa pelanggan.

“Apa yang membanggakan, hasil usaha itu turut mendapat per-hatian pelanggan luar negara yang meminta Ceria Kabin menyiapkan pondok pengawal di Tasik Kenyir,” katanya.

Bagi mendalami ilmu dan men-cari pengalaman dalam pelbagai bidang, pemilik Ceria Kabin itu ge-mar mengikuti pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan, ter-masuk kursus hawa dingin, spa dan kecantikan dan seni taman.

Puan Azizah mengakui melalui pendekatan itu, Ceria Kabin mam-pu berkembang melalui seminar dan kursus yang banyak memban-tu mencari pelanggan.

BISNESOleh: Suriati [email protected]

ECER labur RM20j bangunkan ladang herbaMajlis Pembangunan Ekonomi Pantai

Timur (ECER) melabur sebanyak RM20 juta bagi membangunkan ladang herba seluas 406 hektar di Durian Mentangau, Dungun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, pelaksanaan di bawah pro-jek Kelompok Herba ECER itu mampu mengukuhkan kedudukan ECER sebagai pusat kecemerlangan industri yang mampan dan berdaya maju dalam industri herba.

Menurutnya, pembangunan industri itu membantu mempercepatkan pemba-ngunan industri herba dan bioteknologi di ECER, memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar, meningkatkan peluang pekerjaan dan keusahawanan.

“Kerajaan negeri menyokong penuh usaha ini dengan menyerahkan tanah ter-biar yang asalnya milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT) kepada ECER untuk dibangunkan dan memberi faedah kepada rakyat tempatan khususnya.

“Manakala, LTAWT akan dapat tanah ganti,” katanya kepada pemberita di Peng-kalan Gawi, Tasik Kenyir baru-baru ini .

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekse-kutif ECER, Dato’ Jebasingam menyeru para penggiat industri, yang mempunyai kepentingan utama dalam industri herba menerokai peluang-peluang di dalam pem-bangunan kelompok herba dan bioteknolo-gi di ECER.

Katanya, projek yang akan bermula Januari tahun depan itu bakal menjamin kesediaan bahan mentah seiring, dengan hala tuju Malaysia dalam menjadi penera-ju pengeluaran nutraceuticals dan ubatan botani bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kami telah mengenalpasti 10 herba iaitu dukung anak, hempedu bumi, misai kucing, kacip fatimah, tongkat ali, roselle, noni, lemon myrtle dan gaharu yang ber-potensi tinggi dalam pasaran eksport terutama dalam bidang nutraceuticals dan phytomedicine,” katanya.

Telefon pintar Magic W3 ke pasaran USKerajaan negeri melalui anak

syarikatnya, TOP It Industries Sdn Bhd akan mula menghan-

tar 100,000 unit telefon pintar Magic W3 untuk pasaran ke Amerika Syarikat .

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, sebelum ini syarikat tersebut menghantar 50 unit iaitu pada bulan lepas untuk ujian pihak pengedar di negara itu.

Katanya, Magic W3 ini merupakan gajet tercanggih di dunia dan dikeluarkan oleh TOP IT Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang beroperasi di Gong Badak, Kuala Terengganu.

“Alat telekomunikasi pertama dunia ini menggu-

nakan perisian Windows 7 secara keseluruhan dan dilengkapi “GSM Voice’ dan kejuruteraan telephony,” katanya kepada pemberita di majlis Pengagihan Komputer Riba kepada Guru-Guru Tahun Lima, di

Stadium Negeri Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menteri Besar berkata, telefon berkenaan yang ber-

nilai RM3,000 seunit akan turut dipasarkan ke Eropah di mana sasaran utama golongan pro-fesional di seluruh dunia.

Dalam pada itu ketika melancarkan Magic W3 pada

20 Mac di Primula Beach Resort Menteri Besar memberitahu buat permulaan sebanyak 500 unit

telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan & Multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet itu, dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan Cina.

Ceria Kabin tawar khidmat terbaik

AZIZAH AZIZ

Telefon pintar Magic W3 tembusi pasaran luar negara.

Page 6: teganukita 68

6

RENCANABIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

PENAUNG: YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID

MENTERI BESAR TERENGGANU. YB Haji Khazan Che Mat

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG: Ruslan Abdul Rahman

Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib

(Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman

(Akhbar Teganukita).

WARTAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

JURUFOTO: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidan

g Red

aksi

- Pengarang.

Kebebasan memilih agama kepada orang Melayu Islam adalah

fahaman sesat

Ramai yang terkejut menyuarakan kebimbangan terhadap isu kenyataan mengenai kebebasan agama, termasuk

kepada orang Melayu oleh pihak yang tidak memahami Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria ikut memberikan reaksi mengulas isu berkenaan beliau mahu tindakan tegas terhadap pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan orang Melayu dan Islam.

Mufti Perak menasihatkan pihak tertentu supaya mendalami hukum Islam dan tidak bertindak sebagai `jaguh di atas pentas’ untuk mendapatkan `political mileage’ bagi meraih sokongan terutama golongan liberal yang mendakwa diri mereka sebagai golongan intelektual.

Kita berharap pihak terbabit mendalami hukum-hukum Islam jangan bercakap tidak tentu pasal hendak jadi jaguh di atas pentas sedangkan dia sendiri tidak tahu tentang hukum Islam yang boleh merosakkan Islam dan akan menyesatkan orang,

Pemimpin kanan sebuah parti politik terbabit dalam kontroversi sewaktu meng-hadiri forum bertajuk Negara Islam:Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?. Beliau dipetik berkata bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Pemimpin itu dipetik berkata:``Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama..Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama-rata.’’

Menurut Harussani, Islam tidak pernah memaksa orang masuk Islam tetapi apabila seseorang itu masuk Islam dia terikat dengan undang-undang Islam.

Nyata Mufti Perak bimbang kerana akhir-akhir ini ada gerakan di negara ini yang cuba mencemarkan Islam dan memecah-belah-kan orang Melayu.

Dalam konteks ini, pihak berwajib katanya perlu bertindak lebih tegas kerana ia jelas mengancam akidah dan kepercayaan umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik, yang salah tetap salah di sisi agama Islam.

Pas yang sebelumnya mengecam permua-fakatan Umno dengan bukan Islam sehingga peringkat mengkafirkan orang Umno akhirnya begitu mesra sekali dengan

DAP.Sebaik sahaja Pas berkuasa di Terengganu

pada Disember 1999, Lim Kit Siang mengun-jungi Menteri Besar ketika itu Haji Abdul Hadi Awang dan berpeluk cium penuh kemesraan.Sedangkan ulama Pas pernah menghukum kafir dan haram jikalau orang Islam dan kafir beker-jasama memerintah.

Justeru dendam kesumat yang diamal-kan 606 ketua kampong di Terengganu dita-matkan oleh kerajaan Pas Terengganu lapor akhbar-akhbar pada Januari 2000.

Jawatankuasa Kemajuan dan Kesela-matan Kampung (JKKK) digantikan dengan Jawatankuasa Syura Rakyat yang kononnya lebih mulia kerana lantikan berdasarkan kelu-lusan agama dan tidak melakukan dosa besar dan meninggalkan dosa dosa kecil. Namun itu hanya di kertas, yang dilantik itu tidak pun me-menuhi syarat syarat demikian.

Penyu di bulatan ladang juga dibuang kononnya tidak Islamik dengan hiasan dan pa-meran binatang tetapi mengapa penyu hiasan yang sama dikekalkan di Hotel Primula, sotong dan udang hiasa di simpang bandar Ma-rang dikekalkan. Betapa celarunya hukum dan peraturan yang dibuat kerana mereka menya-takan kerajaan mer-eka akan meroboh semua patung hai-wan. (rujuk Berita Ha-rian 3 Mac 2000).

Menteri Besar Terengganu ketika itu pada Novem-ber 2000 membuat pengumuman ba-hawa telaga minyak ditemui di daratan Terengganu dan us-aha cari gali akan di-jalankan sendiri.(rujuk akhbar negeri Warta Darul Iman 8 Novem-ber 2000).

Rakyat begitu sangsi dengan ken-

yataan pemimpin berkenaan, sama ada berbohong atau tidak, lalu p e r t a n y a a n diajukan melalui persidangan De-wan Undangan Negeri, pada Disember 2000, tetapi dijawabnya pula tiada telaga minyak ditemui di da-ratan Terengganu. Ternyata pembohongan menjadi amalan. (rujuk akhbar Warta Darul Iman 22 Disem-ber 2000)

Pemimpin yang sama bila dikemukakan persoalan mengenai hudud menjawab perlak-sanaan hukum itu memerlukan masa yang pan-jang. Hukum hudud katanya adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam.

Mengapa bila berkuasa lain jawapannya se-dangkan beliau sendiri yang mengecam Umno kerana kononnya tidak melaksanakan hukum dan undang-undang menurut Islam.

Tentu kita masih ingat lima enakmen Islam yang didakwa perundangan Islam dibawa ke oleh Pas ke Dewan Undangan Negeri (Dun)Terengganu pada 26-28 Ogos 2000 dicedok terus dari Akta Parlimen yang dikemukakan oleh Umno dan BN untuk Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri sebelum itu.

Sebenarnya rakyat Terengganu tidak per-nah lupa semua perbuatan zalim dan pembo-hongan Pas semasa berkuasa 1999-2004. Kini di saat saat pilihan raya mereka datang lagi kononnya untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan janji yang lebih baik dan perubahan untuk faedah rakyat.

Sebenarnya rakyat Terengganu tidak per-nah lupa kezaliman kumpulan mereka semasa berkuasa.

Hudud hanyalah 0.0001 dari hukum Islam

siri 12ANALISIS

Oleh: Pengarang [email protected] Orang teganu???

Ingat dok lagi...

Imbasan...Kenyataan Haji Hadi mengenai hukum hudud.

Page 7: teganukita 68

7

RENCANABIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Ramai yang tertunggu-tunggu bilakah parlimen akan dibubar dan pilihanraya umum ke 13 akan ditetapkan . Apakah akh-

ir tahun ini atau awal tahun depan atau sehingga Mac atau April 2012? Penuh teka-teki sebenarnya.

Sebagai rakyat di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen tentu mereka mahu kuasa rakyat untuk menentukan peneru-san kepemimpinan negara yang aman membangun dan mereka dapat hidup dengan sejahtera.

Setiap undi itu amat bernilai untuk menentukan masa depan rakyat di neg-ara ini di semua peringkat tanpa men-gira pangkat dan kedudukan. Jika silap membuat pilihan dan terbina kepimpinan yang tidak memikirkan masa depan agama, bangsa dan negara, maka mer-analah hidup bangsa dan ummah di negara ini.

Apatah lagi pada masa ini berb-agai-bagai nilai baru yang merosakkan kedudukan Islam sebagai agama ras-mi negara sudah mula dibawa oleh pihak tertentu kepada rakyat seperti fahaman plluralisme-semua agama sama.

Fahaman baru tentang kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama iaitu dengan berkata orang Me-layu juga tertakluk kepada kebebasan memilih agama dan berbagai-bagai lagi yang langsung tidak memikirkan soal status bumiputera dan kedaulatan Islam di negara ini yang termaktub dalam perlembagaan.

Apakah kita boleh ,menerima fa-haman dan pemikiran baru yang tidak mendasari Islam dan perlembagaan yang sedia ada yang disediakan oleh pejuang terdahulu dalam soal-soal asas itu

Malah hingga sampai ke suatu per-ingkat golongan ini telah mula menerima amalan sex bebas, sesama jenis dan sebagainya yang kita sebut sebagai LBGT.

Golongan ini berpendapat perlu menghormati mereka yang membuday-akan amalan itu asalkan tidak melaku-kannya secara terbuka. Ajaran apakah yang sudah meresap dan pemikiran dan jiwa mereka?

Sanggupkah kita melihat orang Melayu dan umat Islam terpinggir dan hilang pedoman agama suatu hari nan-ti oleh tindakan pihak tertentu yang gilakan kuasa itu.

Di mana perginya golongan konon-nya ulamak dalam parti tertentu yang hanya melihat dengan tidak berkata-ka-ta atau bisu kelu apa atas kemungkaran yang sedang melanda hanya kerana berada dalam pakatan yang sama, pa-katan yang menjahanamkan Islam dan orang-orang Melayu.

Pakatan yang kononnya dibuat atas nama rakyat untuk membawa kebaikan kepada rakyat sebenarnya tidak benar.

Ini kerana pakatan itu sendiri ada-lah ke arah menjahanamkan rakyat dan negara ini dengan usaha-usaha untuk menggantikan kerajaan yang lebih lib-eral, bebas dan tidak terikat dengan asas perlembagaan yang memilihara kedudukan agama Islam, orang Melayu dan hak istimewa orang Islam.

Rakyat sebenarnya amat selesa dengan kerajaan yang sedia ada yang memelihara keba-jikan dan kesejahteraan hidup semua peringkat rakyat.

Mereka yang tahu menilai bahawa yang terbaik adalah kerajaan yang sedia ada kerana yang baru belum pasti membawa kebaikan dan keselamatan untuk mereka. Di Terengganu rakyat sudah ada pen-galaman pahit sewaktu Pas memerintah.

Menunggu PRU 13WAKAF RAKYAT

Oleh: Ruslan Abdul [email protected]

Ramai yang tidak sabar menunggu tarikh PRU 13 diumumkan.

Setiap undi itu amat bernilai untuk menentukan masa depan rakyat di negara ini di semua peringkat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Jika silap membuat pilihan dan terbina kepimpinan yang tidak memikirkan masa depan agama, bangsa dan negara, maka meranalah hidup bangsa dan ummah di negara ini.

Sebagai rakyat di sebuah negara yang mengamal-kan sistem demokrasi berparlimen tentu mereka mahu kuasa rakyat untuk menentukan peneru-san kepemimpinan negara yang aman membangun dan mereka dapat hidup dengan sejahtera.

Kini mereka (Pas dan pakatan pembangkang) datang menawar pelbagai perkara yang baik-baik kepada rakyat- tetapi rakyat Terengganu sudah serik atau Serik Doh Weh .

Page 8: teganukita 68

8

RENCANABIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Aidil Adha atau Hari Raya Korban yang dikaitkan dengan pengorbanan dua orang Nabi, iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail, disambut dengan meriah di negeri Tereng-ganu di mana setiap pelosok negeri penduduk menunaikan

ibadat korban.Keadaan ekonomi negara dan negeri yang kukuh serta didokong

kerajaan yang stabil, membolehkan ramai umat Islam mampu menunaikan ibadat tersebut pada setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata keadaan agak berbeza pada tahun 80-an di mana tidak ramai umat Islam di negara ini mampu melak-sanakan ibadat korban kerana pendapatan isi rumah pada waktu itu sangat rendah.

“Walaupun harga lembu, kambing dan biri-biri ketika itu jauh lebih murah berbanding sekarang, faktor kewangan menyukarkan

umat Islam melaksanakan ibadat ini,” ka-tanya.

Bagaimanapun keadaan itu telah be-rubah kerana hari ini ramai umat Islam mam-

pu berbuat demikian kerana faktor ekonomi yang kukuh serta kesedaran untuk membantu golongan

kurang bernasib baik melalui ibadar korban.“Apabila membelanjakan apa yang dimiliki untuk memban-

tu golongan yang memerlukan, kita perlu ikhlas agar apa yang dilakukan akan diberkati Allah s.w.t begitu juga dengan ibadat kor-ban,” katanya.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Noraini [email protected]

Aidil Adha meriah di Terengganu

Page 9: teganukita 68

RENCANA 9BIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Aidil Adha atau Hari Raya Korban yang dikaitkan dengan pengorbanan dua orang Nabi, iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail, disambut dengan meriah di negeri Tereng-ganu di mana setiap pelosok negeri penduduk menunaikan

ibadat korban.Keadaan ekonomi negara dan negeri yang kukuh serta didokong

kerajaan yang stabil, membolehkan ramai umat Islam mampu menunaikan ibadat tersebut pada setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata keadaan agak berbeza pada tahun 80-an di mana tidak ramai umat Islam di negara ini mampu melak-sanakan ibadat korban kerana pendapatan isi rumah pada waktu itu sangat rendah.

“Walaupun harga lembu, kambing dan biri-biri ketika itu jauh lebih murah berbanding sekarang, faktor kewangan menyukarkan

umat Islam melaksanakan ibadat ini,” ka-tanya.

Bagaimanapun keadaan itu telah be-rubah kerana hari ini ramai umat Islam mam-

pu berbuat demikian kerana faktor ekonomi yang kukuh serta kesedaran untuk membantu golongan

kurang bernasib baik melalui ibadar korban.“Apabila membelanjakan apa yang dimiliki untuk memban-

tu golongan yang memerlukan, kita perlu ikhlas agar apa yang dilakukan akan diberkati Allah s.w.t begitu juga dengan ibadat kor-ban,” katanya.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan

segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. termasuk dikurniakan kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil inisiatif bagi menegakkan syiar Islam.

Di negeri Terengganu, selain ibadat korban yang dilakukan secara individu, pihak kerajaan negeri dan pemimpinnya turut men-ganjurkan ibadat itu di serata tempat di seluruh negeri.

“Melalui ibadat korban ini kita berharap ia dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai erti korban yang sebenar bagi umat Islam, khususnya kepada umat Islam di Terengganu,” katanya.

Di Besut, Korban Perdana anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Besut, menarik perhatian apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang bersama penduduk daerah itu menumbangkan lembu korban.

Sempena majlis itu, Menteri Besar turut menunjukkan ketangkasan menumbangkan lembu pertama untuk disembelih bersama penduduk yang disaksikan lebih 1,000 tetamu yang hadir.

Malah, selepas haiwan untuk korban itu disembelih, Dato’ Seri Haji Ahmad menyertai orang ramai bergotong royong melapah dan memotong daging lembu untuk diagih kepada golongan miskin dan orang ramai.

Sebanyak 22 ekor lembu disediakan Pemuda Umno Bahgain Besut sempena majlis itu yang diadakan di perkarangan Kilang Pointray di Kawasan Perindustrian Gong Medang,Besut.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar; Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Haji Muhamad Pehimi Yusof: Adun Hulu Besut, Haji Nawi Mohamad; Adun Jabi, Haji Ramlan Ali; Pegawai Daerah Besut, Encik A Rahim Mokhtar; Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB) Encik Ibrahim Mohamad dan Ketua Pemuda Umno Besut, Encik Mahadi Musa.

Aidil Adha meriah di Terengganu

Page 10: teganukita 68

10

PELANCONGANBIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

DESAKU

Oleh: Mastura [email protected]

Kisah Kampung Tok Lawit unik

Kisah Kampung Tok Lawit cukup unik dan mem-punyai mitos tersendiri.

Dikatakan penghijrahan lelaki tua dari Gunung Lawit ke satu kawasan dan membuka penempatan baru, memberi-kan namanya untuk diabadi-kan sebagai nama kampung tersebut.

Tok Musis dan Tok Bunga Tanjung hadir ke kampung itu selepas Tok Lawit memajukann-ya. Dikatakan Tok Bunga Tanjung merupakan seorang keramat dan apabila meninggal dunia, kuburnya sepanjang lapan kaki dan dikatakan batu nisan sentiasa beranak.

Bagaimanapun, disebabkan amalan khurafat pada masa itu bermaharajalela, ia hilang begitu sahaja.

Kampung Tok Lawit yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Telemong, mempunyai keluasan satu Kilometer persegi dengan anggaran 90 buah rumah dan 528 orang penduduk.

Kebanyakan penduduk bekerja sendiri dan kira-kira 30 peratus sebagai kakitangan awam dan swasta. Kebanyakan penduduk mengusahakan padi, getah dan hasil kebun sebagai sumber pendapatan utama.

Kampung itu menghasilkan padi dengan keluasan 63 hektar yang memberikan pulangan 40,000 tan padi semusim.

Kawasan Padi Paya Rapat di bawah Skim Padi Benih Jabatan Pertanian merupakan keistimewaan Kampung Tok Lawit di mana benih padi dari kampung itu dijadikan benih bagi kegunaan seluruh penanam padi di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Suhaimi Ali yang juga ketua cawangan Kampung Tok Lawit, lebih mesra dipanggil Pok Mie, seorang yang berpandangan jauh dalam mentadbir serta memajukan kawasannya selari dengan perkembangan semasa.

Dengan berpandukan slogan “Semakin Tunduk Sema-kin Berisi menuju 1Desa 1Matlamat”, beliau berusaha un-tuk kemajuan Kampung Tok Lawit itu dengan mengadakan pelbagai program seperti mengemping dan berendoi, gotong royong perdana bersama Badan Bukan Kerajaan dan program kepenggunaan.

Beliau turut menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Persatuan Pengerusi JKKK Daerah Hulu Terengganu bagi mem-bantu peluang-peluang ekonomi dan pendidikan yang selari dengan pemikiran alaf baru supaya Kampung Tok Lawit tidak ketinggalan.

SUHAIMI ALI

Jika disebut mengenai masjid atau rumah ibadat, pasti umat Islam mengakui bahawa Terengganu antara negeri yang paling banyak

memiliki masjid selesa, berstruktur unik dan cantik.

Perangkaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), sebanyak 485 masjid dibina di Terengganu iaitu 436 masjid mukim dan 49 masjid kerajaan.

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Kristal, Masjid Abidin, Masjid Kuala Kemaman, Masjid Seberang Jertih, seringkali disinggahi pelancong kerana keunikan rekabentuknya.

Seni bina Islam pada Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung; Masjid Kristal dibina daripada kaca dan keluli di Taman Tama-dun Islam, Pulau Wan Man dan Masjid Abidin atau Masjid Puteh pula merupakan antara masjid yang tertua di Terengganu.

Pesuruhjaya JHEAT Haji Mohd Rozali Saleh, kerajaan negeri membina 41 masjid dengan kos keseluruhan kira-kira RM200 juta di seluruh Tereng-ganu menerusi Rancangan Malaysia Ke

Sembilan (RMK-9) (2005-2009).Daripada jumlah itu, sebanyak 22

masjid dibina pada 2008, diikuti 2009 (tu-juh dan masing-masing pada 2010 (10) serta tahun lalu (dua).

“Kira-kira 65 peratus daripada ke-seluruhan projek pembangunan masjid itu berjaya disiapkan sehingga tahun lalu, sementara 14 masjid lagi masih dalam kerja pembinaan.

“Sebanyak 19 masjid siap dibina pada 2008, dikuti enam masjid pada 2009, dua masjid lagi siap dibina pada 2010.

“Jumlah masjid yang siap dibangunkan adalah 27 buah dengan kos kira-kira RM127 juta sepanjang 2008 hingga 2010 di seluruh Terengganu,” katanya.

Haji Mohd Rozali berkata, sebanyak 14 masjid sedang dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2008 se-hingga tahun lalu dengan kos keseluru-hannya kira-kira RM73 juta.

Katanya, antara masjid berkenaan Masjid Raja Bukit Besar (Ladang), Masjid Kampung Wakaf Baru (Seberang Takir), Masjid Kampung Pauh Telemong, Mas-jid Sentul Patah (Rhu Rendang) , Masjid Banggol Mempelam dan Masjid Kubang Parit, Kuala Terengganu.

Oleh: Suriati [email protected]

Keunikan masjid di Terengganu

Masjid Tebauk

Masjid Terapung

Masjid Kayu, Besut

Masjid Kristal

RIADAH

Page 11: teganukita 68

11

AGAMABIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Kekeliruan agama tidak wajar dibiarkan

Kekeliruan umat Islam hari ini khu-susnya berkaitan isu agama tidak seharusnya dibiarkan tanpa pen-jelasan.

Pendekatan yang diambil oleh Jabatan Mufti negeri dan agensi-agensi kerajaan lain dengan mengadakan pelbagai program untuk memberi dan meningkat-kan pemahaman kepada masyarakat seharusnya dicontohi.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat di Seminar Pen-didikan Fatwa dan Falak Negeri Tereng-ganu kali ke-2 bertempat di Dewan Majlis Daerah Setiu, baru-baru ini.

“Penganjuran seminar sebegini dapat mengelakkan kekeliruan dan dapat men-jelaskan dengan lebih lanjut kekeliruan yang biasa berlaku dalam masyarakat kita terutamanya berkaitan istilah-istilah dalam agama Islam.

“Apabila sesuatu hukum dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kebiasaan-nya ia berdasarkan pada kajian yang men-dalam, justeru sekiranya masyarakat ku-rang arif mengenainya maka akan timbul salah faham,” ujarnya.

Haji Khazan berkata, hukum hudud merupakan salah satu perkara yang masyarakat hari ini masih ramai yang keliru dan memerlukan penjelasan lanjut mengenainya.

“Dengan adanya seminar sebegini sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan

pertel ingka-han antara orang ramai b e r k a i t a n isu hudud c o n t o h n y a , melalui pen-jelasan yang diberikan oleh pakar atau orang yang arif mengenai ilmu agama,” ujar beliau.

Menurut Haji Khazan, tidak seperti zaman Rasulullah s.a.w,di mana tidak tim-bul soal pertelingkahan dan kekeliruan se-suatu hukum, masyarakat kita pada hari ini sentiasa memerlukan peringatan dan penjelasan kerana ada pihak-pihak ten-tentu yang tidak bertanggungjawab cuba memutarbelitkan sesuatu hukum.

“Saya berharap Jabatan Mufti negeri akan mengadakan seminar sebegini dari semasa ke semasa untuk menjelaskan se-suatu isu berkaitan agama yang mungkin timbul untuk mengelakkan kekeliruan di ka-langan masyarakat.

“Selain itu, orang ramai juga dinasi-hatkan sentiasa merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama seperti Jabatan Mufti negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan agensi-agensi berkaitan sekiranya timbul kekeliruan terhadap sesuatu hukum atau fatwa yang disampaikan oleh pihak-pihak diragui,” katanya.

Oleh: Noraini [email protected]

HAjI KHAZAN CHE MAT

Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu

dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan me-makan pemberian sedekah?” Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedekah”. Huraian Hadis:

- Keluarga Rasulullah tidak harus menerima pemberian dalam bentuk sedekah dan dihalalkan dalam bentuk hadiah.- Teguran Rasulullah SAW kepada Hasan bin Ali merupakan suatu pengajaran yang baik.- Setiap perkara yang salah hendaklah diberitahu (ditegur) dengan baik serta menyatakan dengan hikmah.- Islam mengajar umatnya berterus terang atas perkara-perkara larangan.- Pemerintah wajib mengumpulkan zakat dan membahagikannya kepada yang lain, semuanya hendaklah dilakukan dengan penuh teliti dan amanah.

MAKSUD HADIS :

Perkara yang salah mesti ditegur

Page 12: teganukita 68

12

FokusBIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Pendekatan `Merakyatkan Pentad-biran dan Pembangunan’ yang diamalkan kerajaan negeri berjaya menyelami masalah rakyat seh-

ingga ke peringkat akar umbi.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,

Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Dato’ Yahya Khatib Mohamad berkata, berkata melalui Bajet 2013, ker-ajaan negeri memperuntukkan RM43 juta bagi membasmi kemiskinan, menampung dana pinjaman dan mewujudkan pelbagai program kepada golongan miskin di Terengganu.

Katanya, pihaknya komited dan ber-tanggungjawab mengeluarkan belanja besar pada setiap tahun semata-mata tidak mahu rakyat negeri ini terus dibeleng-gu kemiskinan.

“Apa yang diusahakan sebelum ini menampakkan kejayaan cukup positif apabila golongan yang dibantu itu berjaya keluar daripada kelompok e-Kasih atau miskin tegar.

“Selain itu, mereka juga tidak lagi bergantung kepada bantuan pihak tertentu, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya selepas hadir pada satu majlis di Marang, baru-baru ini.

Katanya, apa yang membanggakan, Terengganu disenaraikan negeri paling

berjaya berbanding negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Kedah menurunkan kadar kemiskinan.

“Berdasarkan perangkaan, seramai 14,000 peserta daripada 43,000 golon-gan itu keluar dari paras kemiskinan

bermula 2008 hingga kini.“Pelbagai faktor mengapa seseorang

itu disenaraikan sebagai peserta e-Kasih, antaranya sikap malas berusaha, mang-sa perceraian, masalah tekanan hidup dan sebagainya,” katanya.

Kerajaan negeri sudah berusaha pelbagai cara semata-mata mahu mam-bantu golongan itu berjaya, termasuk memberi pinjaman perniagaan, peruntu-kan membaiki rumah serta atap dan bantuan persekolahan.

Peruntukan RM43 juta untuk basmi kemiskinan

Pelbagai program yang dilakukan kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan dengan memberi pelbagai bantuan seperti bantuan perniagaan dan peralatan supaya mereka keluar dari kelompok e-Kasih atau miskin tegar.

“Kerajaan komited dan bertanggungjawab mengelu-arkan belanja besar pada setiap tahun semata-mata tidak mahu rakyat negeri ini terus dibelenggu kemiskinan. Apa yang diusahakan sebe-lum ini menampakkan ke-jayaan cukup positif apabila golongan yang dibantu itu berjaya keluar daripada kelompok e-Kasih atau miskin tegar.” - YB Dato’ Yahya Khatib

Oleh: Suriati [email protected]

Pembukaan daerah kelapan, Kuala Nerus dijangka akan membuka 70 peratus peluang pekerjaan baru

kepada penduduk tempatan bagi mengisi pelbagai jawatan di bawah perkhidmatan awam di pusat pen-tadbiran daerah baru itu.

Sementara 30 peratus lagi jawatan akan diisi me-nerusi penempatan di kalangan kakitangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu .

Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail, berkata kewujudan daerah baru itu pastinya memerlukan sekurang-kurangnya 70 pera-tus kakitangan baru bagi melancarkan operasi dan pengurusan pusat pentadbiran itu nanti.

“Sebaik sahaja mendapat kelulusan Kerajaan Pu-sat, kita akan segera melaksanakan kerja susulan termasuk pemecahan jabatan, pembahagian lot-lot tanah dan mukim yang pastinya akan melibatkan pen-strukturan dan penetapan semula sempadan di bawah daerah baru itu nanti.

“Daerah baru itu nanti akan melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Batu Rakit, Seberang Takir, Bukit Tunggal dan Tepoh yang merangkumi dua mukim besar serta kira-kira satu pertiga daripada kawasan Kuala Terengganu,” ka-tanya kepada media selepas program Luncheon Talk anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT), di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Bandar Raya Kuala

Terengganu, Haji Samiun Salleh dan Penolong Pen-garah JPNT, Encik Mohd Iskandar Jaafar.

Katanya, seramai 292 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang terdapat di seluruh Kuala Terengganu kini juga akan berkurangan sebaik dipindahkan ke Kuala Nerus berdasarkan pemecahan sempadan.

“Keseluruhan DUN Batu Rakit di Parlimen Kuala Nerus secara keseluruhann-ya berada di bawah Kuala Terengganu dan selepas ini mereka akan berada di pusat pentadbiran baru (Kuala Nerus) pula.

“Manakala DUN Manir (Parlimen Hulu Terengganu) juga berada di (daerah) Kuala Terengganu , manakala di Parlimen Marang, DUN Bukit Payong dan Alor Limbat sebahagiannya juga terletak di (daerah) Kuala Tereng-ganu,” katanya.

Menurutnya, daripada 23 mukim dengan 29 peng-hulu di Kuala Terengganu, dua mukim dengan tiga hing-

ga empat penghulu akan berkhidmat di daerah baru itu.Pembangunan daerah Kuala Nerus di tapak selu-

as 200 hektar di Gong Badak mula dilaksanakan per-tengahan tahun ini dengan kerja-kerja tanah yang mem-babitkan kos dianggarkan berjumlah RM20 juta.

Peringkat pertama melibatkan pembinaan tapak bangunan, sistem perparitan dan kolam takungan ser-ta jaringan jalan raya.

Daerah baru Kuala Nerus buka 70 peratus peluang kerja kepada penduduk tempatan

Sebahagian tetamu yang hadir di Program Luncheon Talk anjuran jabatan Penerangan Negeri Terengganu di sebuah hotel di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Page 13: teganukita 68

13

KHASBIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Kerajaan negeri sudah berusaha pelbagai cara semata-mata mahu mam-bantu golongan itu berjaya, termasuk memberi pinjaman perniagaan, peruntu-kan membaiki rumah serta atap dan bantuan persekolahan.

Peruntukan RM43 juta untuk basmi kemiskinan

Pelbagai program yang dilakukan kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan dengan memberi pelbagai bantuan seperti bantuan perniagaan dan peralatan supaya mereka keluar dari kelompok e-Kasih atau miskin tegar.

Perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang kepada

penghuni pangsapuri Ladang Gemilang 1 mengadakan aktiviti kemasyarakatan secara bersama.

Ketua Wanita Umno, Pangsapuri Ladang Gemilang 1, Puan Salbiah Yusof berkata, walaupun terdapat perbeza fahaman politik, kaum wanita di sini khususnya sentiasa bekerjasama dan saling tolong menolong menjayakan sesuatu aktiviti yang dianjurkan.

“Sebagai contoh, melalui program salam sayang yang pihak kami anjurkan ini umpamanya, selain dapat berkumpul mengadakan majlis bacaan yasin yang dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk, program sebegini juga dapat membuka ruang kepada penghuni di sini duduk berbincang menyele-saikan sesuatu masalah yang dihadapi.

“Melalui perbincangan, kita dapat meyelesaikan se-suatu isu yang timbul dengan lebih berkesan tanpa perlu menunding jari kepada pihak-pihak tertentu,” ujarnya ketika ditemui Teganukita

selepas selesainya program tersebut, baru-baru ini.

Puan Salbiah berkata, hubungan seperti adik bera-dik antara penghuni pang-sapuri terbabit memudahkan mereka berurusan.

“Saya sangat berpuas hati kerana program salam sayang pada kali ini menca-pai sasaran kerana sebaha-gian besar yang hadir terdiri daripada pembangkang.

“Tujuan pihak kami men-ganjurkan program sebegini sebenarnya adalah untuk memberi penjelasan lanjut kepada kaum wanita khusus-nya mengenai isu-isu yang

sering diputarbelitkan oleh pihak pembangkang teruta-manya isu hak milik pang-sapuri Ladang Gemilang 1.

“Justeru, pihak kami telah menjemput Pegawai Pembangunan Dewan Undan-gan Negeri Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh untuk memberi keterangan lanjut serta membuka peluang ke-pada penghuni di sini mendapat penjelasan daripada Dato’

secara terus,” ujarnya.Katanya, dalam perkem-

bagan lain, Persatuan Wani-ta Umno Pangsapuri Ladang Gemilang 1 turut aktif men-ganjurkan aktiviti kemas-yarakatan lain, antaranya seperti majlis sebatang kara, gotong royong membersihkan surau serta aktiviti ziarah orang sakit untuk mengekalkan hubungan baik antara mereka yang telah lama terjalin.

Penghuni Pangsapuri Ladang bersatu

SALBIAH YUSOF

Dato’ Wan Hisham ketika meluangkan masa bermesra dan mendengar suara penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang, baru-baru ini.

JKR sedia RM2.6j bina terowongKerajaan negeri melalui Ja-batan Kerja Raya (JKR)

memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membina te-rowong di bawah jalan dari Pu-lau Kambing ke Sekolah Me-nengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Bukit Kecil.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir Shafii Mohamad, berkata projek yang beropera-si pada 12 Mac lalu dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan tapak yang dijangka siap sepenuhnya pada 18 Disember ini.

“Setakat ini kira-kira 70 peratus kerja-kerja pembinaan terowong telah siap dan dijang-ka boleh digunakan oleh orang ramai dalam masa dua bulan lagi.

“Apabila siap sepenuhnya nanti, terowong dua hala yang berukuran panjang 35 meter dan mempunyai ketinggian 3.5 meter ini akan memberi manfaat kepada rakyat Terengganu ter-utamanya penduduk sekitar,” ujarnya ketika dihubungi Tega-nukita, baru-baru ini.

Katanya, kenderaan berat tidak boleh melalui terowong ini

kerana ianya hanya khusus un-tuk kenderaan seperti motosikal, kereta, van dan lori-lori kecil sahaja.

“Tujuan utama terowong ini dibina adalah untuk memudah-kan, menjimatkan masa orang ramai serta menjamin kesela-matan pelajar sekolah yang sebelum ini terpaksa melalui jalan sesak serta jauh untuk berulang alik dari rumah ke se-kolah.

“Justeru, dengan adanya terowong ini nanti, pengguna jalan raya dan penduduk sekitar Pulau Kambing dapat jadikan terowong ini sebagai jalan alternatif selain dapat menge-lakkan mereka terlibat dengan kesesakan jalan raya teruta-manya jika ingin pergi ke kawasan sekitar Sek. Men. Jenis Keb. Chung Hwa Wei Sin,” ujar beliau.

Ekoran projek ini masih belum siap sepenuhnya, Ir Shafii Mohamad turut menasihatkan orang ramai sentiasa berha-

ti-hati menggunakan jalan raya di kawasan pembinaan terowong terbabit.

“Di waktu puncak, kebiasaan-ya jalan tersebut sedikit sesak ekoran kerja-kerja pembinaan terowong masih berjalan, oleh itu saya berharap orang ramai sentiasa berwaspada dan ber-sabar agar tidak berlaku perk-ara yang tidak diingini,” ujarnya.

Terowong dua hala akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar disamping keselamatan kepada pengguna jalan raya terutama pelajar sekolah.

“Justeru, dengan adanya terowong ini nanti, pengguna jalan raya dan penduduk sekitar Pulau Kambing dapat jadikan terowong ini sebagai jalan alternatif,” - Ir Shafie.

Page 14: teganukita 68

14

AMBIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Terengganu belanja RM12 juta untuk TPK

Kerajaan negeri akan membelan-jakan kira-kira RM12 juta bagi

memberi manfaat kepada hampir 4,000 kanak-kanak Taska Permata Keluarga (TPK) di seluruh Tereng-ganu, bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ber-kata manakala pada tahun-tahun sebelumnya, kerajaan negeri mempe-

runtukan lebih RM10 juta setahun semata-mata menyediakan pelbagai kelengkapan dan kemu-dahan pendidikan awal.

Katanya, jumlah TPK di Terengganu adalah se-banyak 84 buah termasuk 66 daripadanya dikenda-likan Yayasan Pembangu-nan Keluarga Terengganu (YPKT).

“Jumlah ini menunjuk-kan betapa seriusnya serius kerajaan negeri dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat

pendidikan sempurna se-jak di awal usia lagi.

“Kanak-kanak pada usia empat tahun ke bawah mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi dan sentiasa teruja den-gan perkara baru malah mereka juga mudah me-niru apa yang orang de-wasa lalkukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hafaz Muqaddam Kanak-kanak Taska YPKT, di Stadium Tertutup Gong Badak,

Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Morliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Timbalan Pengeru-si Jawatankuasa Keba-jikan, Pembangunan Mas-yarakat dan Wanita negeri, Haji Nawi Mohamad dan Pengarah YPKT, En-cik Mohd Safaruddin Mus-taffa.

Dalam majlis itu, se-ramai 1,106 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun dari Taska Perma-ta YPKT seluruh Tereng-ganu berjaya menghafaz 23 surah muqaddam.

Majlis turut disusuli dengan acara penyampaian sijil hafaz muqaddam dan cenderahati.

Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu justeru itu, kita perlu membimbing dan mendidik mereka den-gan sewajarnya kerana proses pembelajaran per-lu dimulakan ketikan ini.

“Dalam erti kata lain segala apa yang dilihat daripada persekitarnya itu merupakan satu pros-es pembelajaran kepada mereka.

“Apa yang dididik dan diasuh berdasarkan kokuri-kulum Permata, menun-jukkan perkembangan positif dan memberang-sangkan,” katanya.

Oleh: Suriati [email protected]

Kanak-kanak Taska Permata Keluarga dari seluruh daerah berkesempatan mengenali lebih dekat pemimpin kerajaan negeri ketika Program Hafaz Muqaddam di Stadium Tetutup Gong Badak.

Jadilah seorang penderma organ

Jumlah penderma organ di Terengganu masih rendah apabi-

la hanya merekodkan 1,700 penderma.

Yang Dipertua Per-satuan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengga-nu (Serikandi) yang juga isteri Menteri Besar , To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berkata, pen-dermaan organ kurang mendapat sambutan walaupun kempen kese-daran giat dilakukan.

Katanya, pada 2006 hingga 2009 hanya ter-dapat 88 orang pengikrar diikuti 438 (2010) dan 535 orang pada tahun lalu manakala sehingga Julai tahun ini terdapat 422 orang.

Beliau berkata de-mikian di majlis perasmian Minggu Kempen Keseda-ran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Tereng-ganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Katanya, sejak program ini diperkenalkan pada

1975, hanya dua orang saja yang berjaya membuat pemindahan organ di negeri ini.

Menurutnya, sehing-ga Julai tahun ini 15,000 pesakit sedang menung-gu buah pinggang di mana bilangan ini tidak termasuk

pesakit yang menunggu pemindahan jantung, hati dan paru-paru.

Menurutnya, dari segi undang-undang dan agama, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pendermaan organ diharuskan dalam Islam.

To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud diberi penerangan mengenai pendermaan organ selepas merasmikan Minggu Kempen Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri, baru-baru ini.

BN Terengganu ikut arahan pusat, umum calon lebih awalBarisan Nasional (BN) Terengganu berse-

dia menerima arahan pucuk pimpinan parti untuk mengumumkan nama-nama calon lebih awal dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU)-13).

Pengerusinya, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, BN Terengganu tidak ada masalah jika pucuk pimpinan meminta berbuat demikian.

“Kita akan ikut arahan, kalau Perdana Menteri putuskan umum lebih awal kita akan buat, “ katanya.

Diminta mengulas mengenai sikap ‘cah keting’ kalangan mereka yang tidak berpuas hati terhadap calon, beliau berkata perkara begitu boleh berlaku bila-bila masa saja sama ada umum awal atau lambat.

“Orang jahat ni tidak kira masa atau tem-pat, kalau sudah dari awal ada niat dia akan buat dan kita tidak perlu takut kerana per-kara ini biasa dalam politik,” katanya.

Bagi beliau, umum awal atau lambat ebih kurang sama saja masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangannya tetapi bagi orang yang rasional tidak ada masalah.

Pemuda yakin rakyat setia kepada BNPergerakan Pemuda Umno Terengganu

yakin rakyat negeri ini, termasuk di ka-wasan pembangkang akan terus setia ber-sama Barisan Nasional (BN) kerana mereka pernah melalui pengalaman perit di bawah pemerintahan pembangkang suatu ketika dulu.

Ketuanya, Encik Saiful Bahari Baharuddin, berkata penduduk tempatan tidak akan lupa pemeritahan Kerajaan Pas pimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang hanya bercakap dan berceramah sepanjang masa, tetapi tidak melaksanakan apa yang termaktub di dalam manifesto yang dijanjikan.

“Jika mereka melaksanakan amanah dan melunaskan segala janji, takkan rakyat khususnya pengundi menukar kerajaan negeri dalam sekelip mata sahaja dan mereka hanya memerintah sepenggal,” katanya.

Katanya, komitmen kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang cukup prihatin dengan nasib rakyat, tentunya menyukarkan lagi tugas pembangkang pada pilihan raya umum nanti.

Menurut beliau, pihaknya bukan mahu mendabik dada malah jauh sekali untuk bersikap angkuh, namun itulah hakikat sebe-nar yang mana kerajaan pimpinan BN men-gambil sikap bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.

“Dari sudut golongan muda pula, pel-bagai program dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi sayap parti turut mengambil pendekatan yang sama.

“Dengan kata lain, golongan muda di negeri ini cukup bertuah. Begitu juga golon-gan lain, mereka sama sekali tidak pernah dipinggirkan kerajaan negeri,” katanya.

Page 15: teganukita 68

15BIL: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

Lima acara warnai Bulan Pelayaran Terengganu 2012

Lima acara pelayaran mengisi kalendar Bulan Pelayaran Terengganu sepan-

jang November ini sebe-lum menjelangnya acara kemuncak Piala Monsun, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 3 hing-ga 8 Disember depan.

Pengerusi Jawatan kuasa Pelancongan, Ke-budayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata acara dianjurkan Persatuan Pelayaran Terengganu dengan ker-jasama Persatuan Pela-yaran Malaysia dan T-Best Events.

Acara pertama KFC- Monsoon Regatta (8 hing-ga 11 November) diikuti Mari Belayar (16 November), Heritage Bay Cup (23 No-

vember), MOTOUR Tourism Cup (24 November) dan Sirkit Match Racing Ma-laysia (MMRC) pada 28 November ini.

Beliau berkata demiki-an pada sidang media bagi mempromosikan Bulan Pelayaran Terengganu

2012, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, ba-ru-baru ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Pela-yaran Malaysia, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Tahun Melawat Tereng-

ganu 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.

Dato’ Abdul Rahin berkata, acara sampingan itu bertujuan memberi pendedahan terhadap acara Piala Monsun dan penggiat industri pelan-congan negeri,” katanya.

Dato’ Abdul Rahin (kanan) ditemani Dato’ Wan Hisham memperkenalkan lima kalendar Bulan Pelayaran sebelum menjelangnya acara kemuncak Piala Monsun.

Oleh: Aida Abd [email protected]

JIWA PENYAYANG...Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud meluangkan masa melawat Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Teluk Ketapang, baru-baru ini bersama ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengga-nu (Srikandi).

Beliau turut men-yampaikan sumban-gan kepada penghuni pusat jagaan yang terdiri daripada lapan kanak-kanak perempuan dan 12 lelaki itu.

To’ Puan Seri Hajah Norliza dan ahli Srikandi yang lain sempat meninjau blok kediaman yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik itu.

Lapan atlet Terengganu terima PJKLapan atlet negeri antara 185

orang penerima pingat di Istia-dat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negeri sempena ulang tahun yang ke-50 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Mazi-ah, Kuala Terengganu.

Mereka ialah Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim (sukan memanah); Amir Mustafa Rusli, Muhamad Adiq Husainie Oth-

man, Mohd Harrif Salleh (sukan berbasikal); Mohamad Azwar Abu Bakar@Ibrahim dan Abdul Rahman Razali (sukan paralimpik) serta Muhamad Zubir Mohd Azmi (bola sepak) Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negeri di Istana Maziah.

Umno siap siaga hadapi PRU 13 Umno Tereng-

ganu siap siaga dalam semua

aspek bagi meng-hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU), termasuk meng-gerakkan jentera pilihan raya di setiap peringkat dan menye-diakan bilik gerakan di semua peti undi, bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Penelitian terperinci panel hakim bagi Pertandingan Kecemerlangan Kesiapsiagaan Peti Undi Negeri Terengganu, mendapati jen-tera parti Umno telah melakukan persiapan rapi dan teratur serta moral dan keyakinan petugas menghadapi PRU 13 berada pada tahap maksimum.

Malah, lebih membanggakan apabila panel tersebut mendapati peti-peti undi Umno di seluruh negeri telah membuat bacaan sikap pengundi di kawasan masing-masing secara menyeluruh, termasuk mengenal pasti pen-gundi luar, bagi rujukan pucuk pimpinan parti.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsuddin Sulong, berkata panel hakim itu yang dilantik Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu bagi meneliti persiapan jentera parti di seluruh negeri memulakan tu-gas mereka di Peti Undi Pasir Akar (DUN Hulu Besut, Bahagian Besut), pada 5 Oktober lalu.

“Bagi mengadili persiapan peti-peti undi berkenaan, peneltian panel hakim ini meliputi persiapan di kalangan kepimpinan Umno dari peringkat cawangan, peti undi, DUN, Bahagian hinggalah kepada Badan Perhubungan Umno Negeri.

“Dalam lawatan di setiap peti undi yang telah ditetapkan, pihak kami turut menilai organisasi yang ada, termasuk sayap-sayap parti, Pemuda, Wanita, Puteri, DUN dan Parlimen,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.

Beliau berkata, panel hakim berkenaan turut menilai portfolio yang diwujudkan di peringkat peti undi bagi mengendalikan urusan pilihan raya seperti jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi, jawatankuasa penerangan, kewangan, perbekalan, ‘polling and counting agent’, keselamatan, pengundi luar dan Ketua 5/Ketua 10.

“Panel juga turut menilai persiapan dari segi penyediaan perayu-perayu undi, gerak mesra, Teknologi Maklumat (IT) dan tugas-tugas khas,” tambah beliau.

Haji Shamsuddin berkata, bagi men-jayakan pertandingan itu lapan peti undi dipilih bagi mewakili lapan bahagian iaitu Pasir Akar (Besut), Tempinis (Setiu), Sekayu (Hulu Terengganu), Jeram (Kuala Nerus), Bukit Besar (Kuala Terengganu), Atas Tol (Marang), AMBS (Dungun) dan Beris Meraga (Kemaman).

“Panel hakim melawat peti undi terakhir hujung bulan Oktober iaitu peti undi Sekayu di Kampung Durian Bador yang terletak dalam DUN Telemong dan Bahagian Hulu Tereng-ganu,”katanya.

HAjI SHAMSUDDIN

Dua atlet merakam kenangan bersama Menteri Besar selepas majlis berkenaan.

Page 16: teganukita 68

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected] Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

ISSN 2180-4737 | Bil: 68 (15 - 31 Oktober 2012)

K erajaan negeri menye-diakan ganjaran RM3,000 kepada setiap atlet hoki Terengganu

selepas kejayaan melakar ke-juaraan di pentas final, Kejo-hanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan, baru-baru ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, gan-jaran berjumlah RM72,000 itu sebagai penghargaan kerajaan kepada pemain dan barisan pengurusan yang berjaya mem-bawa balik piala itu ke negeri ini selepas 50 tahun membu-runya.

“Kejayaan ini amat mem-banggakan kita dan ini men-gambarkan anak-anak Tereng-ganu mampu mencipta kejutan walaupun ini bukan sukan pilihan kita,” katanya kepada pember-ita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji

Mazlan Ngah; Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan negeri YB Haji Rozi Mamat dan Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap Presiden Persatu-an Hoki Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Menteri Besar berkata, mulai tahun depan Terengganu

akan mempunyai pasukan sendiri yang diurus secaraprofesional untuk menyertai Liga Hoki Malaysia (LHM) yang sebelum ini hanya disertai oleh Kelab-kelab dari agensi kera-

jaan dan swasta.“Usaha ini adalah untuk

memastikan bakat-bakat pemain tidak terpendam begitu sahaja, kerana rugi jika mereka tidak menyertai apa-apa pertandin-gan dalam tempoh masa yang

panjang,” katanya.Sehubungan itu, pemain

akan didedahkan dengan menyer-tai pelbagai kejohanan dan perlawanan persahabatan un-tuk menambah stamina mere-ka.

“Setakat ini, terdapat lima orang atlit dari negeri ini yang mewakili negara dan berharap setelah kita mempunyai pasu-kan nanti lebih ramai muncul pemain yang boleh bermain dengan pasukan negara,” ka-tanya.

Dato’ Seri Haji Ahmad kemu-diannya meminta Presiden Per-satuan Hoki Terengganu supaya memastikan hasrat menyertai LHM dapat direalisasikan sele-pas mematuhi setiap syarat-syarat penyertaan yang ditetap-kan pihak terbabit.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada semua pemain dan pengurusan kerana telah meng-harumkan nama negeri dalam acara hoki di negara ini.

Oleh: Esah [email protected]

Ganjaran buat pemain hoki negeri

Pengorbanan pasukan hoki Terengganu sehingga muncul juara Kejohanan Hoki Piala Tun razak ke-50, baru-baru ini berbaloi apabila kerajaan negeri memberi ganjaran kepada mereka.

Kejayaan Terengganu bergelar juara Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak ke-50, menambah semangat Kerajaan Terengganu untuk membentuk satu pasu-

kan yang lebih mantap bagi menyertai Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berhasrat membawa pasukan hoki

ke peringkat lebih berprestij kerana Terengganu terbukti sudah melahirkan ramai pemain hoki profesional di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

“Sebagaimana saya sebutkan baru-baru ini, kita telah pun bersetuju untuk menyertai liga hoki peringkat kebangsaan pada tahun hadapan dan kita telah mengarahkan pihak terlibat supaya mendaftar serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak liga berkenaan.

Terengganu akan sertai Liga Hoki Malaysia

Tujuh pasukan pelayar negara kini sedang beru-saha sedaya upaya merebut peluang ke per-saingan terakhir merebut satu slot peserta `wild

card’ bagi mewakili Malaysia di kejohanan Piala Monsun, Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 3 hingga 8 Disember ini.

Bagaimanapun pasukan pelayaran negara per-lu melalui siri terakhir Sirkit Match Racing Malaysia (MMRC) yang berlangsung tiga hari bermula 28 November ini bagi meningkatkan mata terkumpul daripada keseluruhan empat sirkit sekali gus menaik-kan ranking dunia dan bergelar juara keseluruhan.

Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia Dato’ Wan Hisham Wan Salleh, berkata tiga nama

pasukan pelayaran yang mencipta nama di tiga siri MMRC seperti Jeremy Koo, Hazwan Hazim dan Masyuri Rahmat.

“Buat masa ini, saingan masih terbuka dan ter-tumpu antara mereka bertiga di mana hanya satu pasukan negara yang akan mewakili negara dalam kejohanan berprestij bersama 11 lagi pasukan terbaik dunia.

“Oleh itu, juara keseluruhan bagi acara MMRC secara automatik akan layak mewakili Malaysia ke acara Piala Monsun 2012,” katanya kepada pem-berita selepas sidang akhbar pengenalan Piala Monsun 2012 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dato’ Wan Hisham yang juga Pengarah T-Best Events untuk penganjuran Piala Monsun 2012 berkata lapan pasukan terbaik dengan tiga lagi wild card dari luar negara akan berkumpul di Pulau Duyong bermu-la hujung November ini.

Tujuh peserta negara berentap mara ke Piala Monsun 2012Oleh: Aida Abd [email protected]

Skipper pasukan negara sedang bergelut untuk menempah `wild card’ untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Piala Monsun 2012.