teganukita 74

16
Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu JOM KE TERENGGANU... Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik ISSN 2180-4737 http://www.teganukita.blogspot.com http://www.terengganu.gov.my Diterbitkan sejak tahun 2008 Bil: 74 • 1 Feb - 15 Feb 2013 • Percuma Sukan ms-16 Peteh KIDS Penduduk dapat rumah baru TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI...Lima penduduk Kampung Tanjung Kapor, Ladang begitu gembira bersama replika kunci Ladang Gemilang II, di majlis penyerahan kunci pangsapuri itu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini. HARISH FADZILLAH [email protected] R akyat Terengganu diminta mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) agar kecemerlangan bidang pendidikan yang sedang dinikmati penduduk negeri ini dapat diteruskan di masa depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata hanya BN yang mampu menyediakan segala bentuk kemudahan di bidang pendidikan seperti yang ada sekarang ini. “Terengganu kini mencipta nama di luar negara apabila beberapa pelajar yang menuntut di beberapa universiti terkemuka seperti Oxford Univer- sity dan Imperial College London, telah mencatat sejarah menjadi pelajar terbaik di pusat pengajian berkenaan,” katanya kepada Teganukita baru-baru ini. Oleh KAMARUDIN MAT AKIB [email protected] Rakyat Terengganu dinasihatkan mengundi calon-calon Barisan Nasional pada PRU 13 nanti bagi memastikan kecemerlangan dapat diteruskan di masa depan BERITA PENUH ms-2 Pertahan Kerajaan BN Janji Ditepati Hasil perjuangan Kerajaan BN untuk rakyat S eramai 25 keluarga dari Kampung Tanjung Kapor, Kuala Terengganu yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan di kawasan berkenaan menerima kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang 2, dalam satu majlis penyerahan kunci di pangsapuri berkenaan. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang membuat penyerahan kunci berkenaan mengingatkan semua penerima agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan. BERITA PENUH ms-4 Oleh ESAH ABDULLAH [email protected]

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 23-Mar-2016

245 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teganukita 74

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 74

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik

ISSN 2180-4737http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my Diterbitkan sejak tahun 2008 Bil: 74 • 1 Feb - 15 Feb 2013 • Percuma

Sukanms-16

Peteh KIDS

Pendudukdapat rumah baru

TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI...Lima penduduk KampungTanjung Kapor, Ladang begitu gembira bersama replika kunci Ladang

Gemilang II, di majlis penyerahan kunci pangsapuri itu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini.

HARI

SH FA

DZIL

LAH

h

arish

fadz

illah

@gm

ail.c

om

Rakyat Terengganu diminta mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) agar

kecemerlangan bidang pendidikan yang sedang dinikmati penduduk negeri ini dapat diteruskan di masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata hanya BN yang mampu menyediakan segala bentuk kemudahan di bidang

pendidikan seperti yang ada sekarang ini.“Terengganu kini mencipta nama di luar

negara apabila beberapa pelajar yang menuntut di beberapa universiti terkemuka seperti Oxford Univer-sity dan Imperial College London, telah mencatat sejarah menjadi pelajar terbaik di pusat pengajian berkenaan,” katanya kepada Teganukita baru-baru ini.

Oleh KAMARUDIN MAT [email protected]

Rakyat Terengganu dinasihatkan mengundi calon-calon Barisan Nasional pada PRU 13 nanti bagi memastikan kecemerlangan dapat diteruskan di masa depan

BERITA PENUH ms-2

PertahanKerajaan BN

Janj

i Dite

pati

Hasil perjuangan Kerajaan BN untuk rakyat

Seramai 25 keluarga dari Kampung Tanjung Kapor, Kuala Terengganu yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi

projek pembesaran jalan di kawasan berkenaan menerima kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang 2, dalam satu majlis penyerahan kunci di pangsapuri berkenaan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang membuat penyerahan kunci berkenaan mengingatkan semua penerima agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.

BERITA PENUH ms-4

Oleh ESAH [email protected]

Page 2: teganukita 74

2 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com

di dalam webLagi berita : Layari...

Anggota ATM patut terima kasih kepada kerajaan

www.teganukita.blogspot.com www.teganukita.blogspot.com

MB dianggap tetamu paling istimewa

www.teganukita.blogspot.com

Jangan terpengaruh janjimanis pembangkang

dari ms-1

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) patut berterima kasih kepada kerajaan kerana sudah banyak membantu anggota dan ahli keluarga bagi meningkatkan taraf hidup dan sosial anggota.

Pelajar IQT johan hafazan peringkat negeriKelancaran dan ketepatan seorang pelajar Institut al-Quran Terengganu (IQT) memperdengarkan bacaan hafazan al-Quran bagi tahap satu hingga 30 juzuk berjaya memikat juri untuk muncul johan pertandingan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2013/1434H.

“Kehadiran Menteri Besar bersama rombongan untuk menjenguk suami dan anak yang terlantar sakit dianggap tetamu paling istimewa dan cukup bermakna.

Sehubungan itu, beliau me-nasihatkan rakyat negeri ini supaya tidak memperjudikan nasib generasi akan datang dengan mengundi calon-calon parti pembangkang pada PRU 13.

“Saya minta rakyat Tereng-ganu usah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak pem-bangkang yang mahu mem-buat itu dan ini jika mereka memerintah negeri ini.

“Sejarah telah membukti-kan Terengganu telah mengalami zaman gelap di bawah pemerintahan Pas di mana tidak banyak program kece-merlangan pelajar dilakukan sepanjang pentadbiran parti itu (dari tahun 1999 hingga 2004),” katanya.

Sebaliknya, kata Dato’ Haji Ahmad Razif, dengan rangka kerja yang disediakan pemimpin BN dan dibantu warga pendidik bidang pendidikan dipacu dengan cemerlang, sekaligus membuahkan hasil yang amat positif.

“Terengganu mencipta kecemerlangan luar biasa, bukan setakat di negara ini apabila menjadi juara dalam pelbagai peperiksaan awam, tetapi pelajar kita mampu menempatkan diri antara 10 graduan terbaik di Imperial College London,” tambahnya.

Beliau turut menasihatkan warga pendidik di negeri ini supaya bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian yang diberikan baik oleh kerajaan negeri mahu pun Pusat, termasuk mengekalkan mereka di sekolah yang sama bagi tempoh yang agak lama.

“Guru-guru tidak ditukar dengan kerap seperti anggota keselamatan supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada usaha mendidik pelajar.

“Tetapi jika guru-guru ditukarkan setelah lama berkhidmat di sesebuah sekolah, usahlah pula membenci kerajaan dan mencaci pemimpin kerana itu perkara biasa dalam perkhidmatan perguruan,” ujarnya.

AHMAD RAZIF

Pasar borong bernilai RM50 juta yang akan dibina di Bukit

Payong, Marang bakal memberi kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk setempat dan peniaga tempatan untuk berurusniaga me-masarkan produk mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris berkata, kerajaan

negeri merancang untuk membina pasar borong berkenaan sejak 2006

lagi, bagaimanapun tertangguh dise-babkan beberapa masalah tertentu.

“Tapak pasar borong berkenaan seluas kira-kira 20 hektar sudahpun siap sepenuhnya.

“Cuma masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan laluan masuk kerana kedudukannya di tepi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di

mana menyukarkan lori-lori dari Cameron Highlands contohnya untuk menghantar sayur-sayuran kepada peniaga di pasar borong terbabit,” ujarnya.

Katanya, pembinaan pasar borong itu mampu menempatkan 120 sehingga 130 peniaga.

Jambatan Seberang Takir ditender Jun ini

Oleh NORAINI [email protected]

Pasar borong RM50jdi Bukit PayongMenempatkan 130 peniaga apabila siap nanti

Terengganu bakal memiliki sebuah jambatan baru yang unik bagi menghubungkan

Seberang Takir ke pusat bandar tidak lama lagi berikutan projek itu bakal ditender pada Jun ini.

Projek yang dibangunkan menerusi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan menjalankan kerja kepada pemaju terlibat dike-luarkan pada September nanti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jambatan

berkenaan unik berikutan boleh dibuka dan ditutup sebagai laluan kapal ke muara sungai Terengganu itu menjadi laluan alternatif yang baru kepada orang ramai dari Seberang Takir untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu.

“Jambatan itu akan menjadi jalan lingkaran kedua yang melibatkan dari Bulatan Ladang, seterusnya menghala ke muara Sungai Tereng-ganu melalui jambatan berkenaan sampai ke Seberang Takir. Selain itu, terdapat laluan baru empat lorong yang akan dibina daripada

Seberang Takir menghala ke Lapa-ngan Terbang Sultan Mahmud.

“Daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menggu-nakan laluan empat lorong sedia ada menghala ke Semarak terus ke Jambatan Sultan Mahmud, daripada Jambatan Sultan Mahmud ke Bukit Besar, seterusnya ke Jalan Pasir Panjang diikuti ke Kediaman Seri Iman,” katanya di sidang media selepas mempengerusikan Mesyu-arat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Jambatan Seberang Takir yang unik yang boleh dibuka dan ditutup dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

ASHA’ARI IDRIS

Page 3: teganukita 74

3BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com

Saya khuatir Paka-tan Rakyat (PR) menggunakan sega-la helah dan madah

bagi menidakkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengurus proses pilihan raya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Dato’ Rosol Wahid.

“Saya yakin dan percaya, SPR akan dipersalahkan sekali lagi jika kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Men-teri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak menang dengan majoriti mudah dan dapat mengekalkan mandat pe-merintahan.

“Namun, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dipertikaikan kenapa mereka boleh memerintah? Inilah sikap dan sifat pem-bangkang di Malaysia yang menjadi pembangkang yang tidak telus kepada rakyat bukan disifatkan `check and balance’ kepada kerajaan me-merintah,” ulas Dato’ Rosol menerusi laman blog milik beliau, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Ajil berkata rakyat

Malaysia kini dilihat lebih matang dalam memilih yang mana permata dan kaca ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya, PRU13 menja-di medan yang sengit buat kerajaan yang memerin-tah mengekalkan mandat, manakala pembangkang pastinya akan meneruskan usaha dan melakukan pel-bagai cara bagi merampas tampuk pemerintahan.

Menurut beliau, jika BN kekal mentadbir negara meng-gambarkan bahawa PR tidak akan mendapat tempat di hati rakyat pada masa-masa akan datang dan pada masa yang sama, mereka akan berusaha mengadakan segala tohmahan bagi menidakkan keputusan

rakyat dalam PRU13 kelak.Selain itu, menurut beliau

Dato Sri Mohd Najib juga sudah melakukan pelbagai pembaharuan dan transfor-masi dalam aspek politik, pentadbiran dan ekonomi termasuk memperkenalkan semula konsep 1Malaysia.

“Konsep 1Malaysia sebenarnya bermula sejak negara mula mencapai ke-merdekaan. Apabila diimbas kembali detik-detik negara mencapai kemerdekaan, tiga kaum utama negara bersepakat menerima segala perjanjian bagi menerima kaum Cina dan India sebagai salah satu komuniti dalam Malaysia. Melayu,Cina dan India sudah sekian lama bersatu- padu di bawah Malaysia.

“Malangnya, perasaan hasad dengki dan api kebencian yang tertanam segelintir kaum dalam Melayu, Cina dan India maka terbentuknya parti-parti serpihan pembang-kang,” katanya.

Beliau menambah, seme-mangnya diakui bahawa perlu ada pembangkang di dalam sesebuah kerajaan sebagai `check and balance’.

Bagaimanapun, pem-bangkang langsung tidak menghargai segala kebaikan

yang dilaksanakan Kerajaan BN, malah mengkritik secara membabi-buta tanpa memper-incikan kesan positif setiap dasar yang dilaksanakan itu.

“Saya percaya, tidak semua rakyat Malaysia ingin meli-hat kekacauan dan rusuhan kaum terjadi sekali lagi di Malaysia.

Oleh sebab itu, perpaduan tiga kaum utama di Malaysia amat penting. Bukan dis-alahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda politik tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang terh-adap keamanan mahu pun kedamaian yang sedia ada,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata `Arab Spring’ tidak akan terjadi di negara ini kerana menyifatkan suasana di Malaysia jauh berbeza dengan masyarakat Timur Tengah.

Rakyat Malaysia menurut Dato’ Rosol, lebih matang dan bijak memilih yang ter-baik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta penukaran rakyat secara Arab Spring tidak akan terjadi kecuali mereka tidak mampu menerima kenyataan hasil keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Pembangkang tidak telus - RosolHelah PR bagi menidakkan kredibiliti SPR mengurus proses pilihan raya

ROSOL WAHID

Bandar Raya Kuala Terengganu kian berubah wajah apabila kerajaan negeri memperuntukkan

RM150 juta bagi membangunkan pinggiran air dari Kampung Tanjung hingga Kampung Cina.

Projek fasa kedua sepanjang satu kilometer itu melibatkan keluasan empat hektar adalah sambungan kepada pembangunan pinggiran air sedia ada.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata pembinaan pinggiran air berkenaan se-dang giat dilaksanakan sebagai kesinambungan pembangunan bandar pesisir air dan daya tarikan pelancong ke bandar Kuala Terengganu.

“Kerja-kerja pembinaan waterfront di pinggir bandar ini sedang berjalan melibatkan sekitar Pasar Kedai Payang hingga Kampung Tanjung termasuk membina jeti pelancongan untuk ke Pulau Redang.

Waterfront fasa dua rancak dibangunkan

Pelajar cemerlang DUN Ladang terima insentifSeramai 244 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menerima insentif daripada kerajaan negeri berjumlah RM32,320.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM20,160 di-belanjakan untuk 168 pelajar yang mendapat 5A, sementara RM12,160 lagi kepada 76 pelajar yang meraih 8A dan 9A PMR.

Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh berkata, pelajar zaman se-karang beruntung kerana pelbagai bantuan disediakan pihak kerajaan kepada mereka.

Pemuda Barisan Nasional (BN) Terengganu menaruh harapan tinggi supaya lebih ramai calon muda diketengahkan pada Pilihan

Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi peluang pemimpin pelapis itu membarisi ke-pimpinan negeri.

Tanpa menyangkal pengalaman, jasa bakti dan kehebatan pemimpin BN yang terdahulu, Pengerusinya, Encik Saiful Bahri Baharuddin berkata dengan meletakkan lebih ramai calon muda juga memberi potensi lebih cerah kepada BN bagi memenangi PRU13 memandangkan lebih separuh pengundi di Terengganu adalah golongan muda.

“Jumlah pengundi muda berusia bawah 40 tahun adalah seramai 343,938 orang atau 54.60 peratus daripada keseluruhan 629, 869 orang pengundi sehingga suku ketiga tahun lalu di seluruh Terengganu.

“Saya memang mengharapkan penambahan calon muda kerana pengundi muda pastinya lebih tertarik kepada pemimpin muda berikutan mereka nanti dapat membawa mesej baru dan juga mampu

menjadi pemimpin pelapis,” katanya di Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Encik Saiful yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, berkata pada PRU 2008 lalu hanya empat calon dari komponen sayap parti itu dipilih bertanding serta memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRU 2008, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Haji Khazan Che Mat; Adun Telemong, Haji Rozi Mamat; Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Haji Wan Abdul Hakim Mokhtar (Adun Air Putih).

“Saya sudah mengemukakan senarai nama calon-calon dari peringkat Pemuda Umno dan juga rakan lain untuk dipertimbangkan oleh YAB Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Presiden Parti dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia.

“Saya berharap calon muda yang kita kemuka-kan dapat dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding di kerusi Dun dan juga Parli-men,” katanya.

Ketengah lebih ramai calon muda

Oleh AIDA ABD [email protected]

Pemuda BN mahukan lebih ramai calon muda diketengahkan pada PRU 13 nanti kerana Lebih separuh pengundi di Terengganu adalah golongan muda.

Page 4: teganukita 74

4 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com

Kerja baik pulih stadium libat dua fasa giat berjalan

Kerja membaik pulih Stadium Sultan Mi-zan Zainal Abidin yang sedang giat

dilaksanakan melibatkan dua pakej dengan peruntukan awal kira-kira RM15 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, kedua-dua pakej tersebut dijalankan secara serentak.

“Bagi pakej pembukaan semula bumbung stadium yang lebih kecil yang tidak terlibat dalam runtuhan tiga tahun lepas melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta kerana daripada kajian graviti yang dibuat bumbung tersebut juga

didapati tidak selamat.“Manakala, kerja-kerja bagi

pakej membaiki bumbung utama yang terlibat dengan runtuhan pula melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta berikutan kerja-kerja tersebut agak rumit dan memakan masa kerana ia perlu menyiapkan 306 rasuk dalam pelbagai bentuk dan saiz yang melibatkan tempat duduk utama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita pada Majlis Bantuan ‘One-Off’ Banjir Negeri Terengganu 2012/2013 Peringkat Daerah Dungun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-ba-

ru ini.Katanya, kerja-kerja bagi

pakej membuka semula bum-bung stadium telah selesai hampir 50 peratus.

Menurut beliau, setelah ker-ja-kerja awal tersebut selesai, pihaknya akan menjalankan kerja proses pemilihan bumbung dengan memberi keutamaan kepada pemilihan reka ben-tuk yang tidak membebankan struktur yang sedia ada.

Tambah beliau, kedua-dua pakej itu termasuk juga ker-ja-kerja pendawaian elektrik, mekanikal serta membaiki padang supaya sekurang-kurangnya kemudahan padang berkenaan dapat digunakan pada siang hari untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

Kerja membabitkan pembukaan semula, membaiki bumbungOleh NORAINI JUSOH

[email protected]

Mangsa banjir di Dungun legaSemua mangsa banjir di

Dungun yang ditempatkan di pusat pemindahan

berdaftar dan diiktiraf men-zahirkan perasaan lega dan gembira apabila menerima bantuan one-off RM500 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-baru ini.

Seramai 2111 mangsa banjir bagi daerah tersebut menerima bantuan itu yang melibatkan peruntukan se-banyak RM1,055,500.

Seorang penerima, Azman-izam Abdul Razak, 33, dari Kampung Tepus, Bukit Besi berkata, beliau tidak menyang-ka rumahnya turut dilanda banjir dan menganggarkan nilai kerugian yang terpak-sa ditanggungnya melebihi RM1000.

“Saya tidak sangka rumah turut dinaiki air ekoran banjir baru-baru ini kerana sebelum ini tidak pernah berlaku se-demikian.

“Walau bagaimanapun, saya bersyukur dan berbang-ga kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Be-sar kita turun padang untuk

menyerahkan bantuan banjir kepada mangsa banjir dan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Na-sional (BN),” katanya.

Rakannya, Md Zaid Abdul-lah,42, juga dari Kampung Tepus, Bukit Besi berkata, dengan bantuan kerajaan negeri yang diterima hari ini dan ditambah dengan bantuan kerajaan pusat

yang telah diterima baru-baru ini dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir di kampungnya.

“Saya begitu gembira dengan bantuan yang diberikan dan sangat bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat ter-utama yang ditimpa bencana alam seperti saya dan mangsa banjir yang lain,” ujarnya.

Bagi Duyah Abdul Rahman, 68, pula berkata, bantuan wang tunai sebanyak RM500 yang diterimanya akan digunakan sebaik mungkin untuk meng-gantikan barangan penting yang rosak akibat banjir ba-ru-baru ini.

“Saya akan gunakan wang ini untuk perbelanjaan makan minum dan membeli keleng-kapan rumah yang rosak akibat banjir,” katanya.

Seramai 2111 mangsa banjir daerah Dungun menerima bantuan ` One Off ` melibat-kan peruntu-kan sebanyak RM1,055,550.

MB serah kunci rumahPangsapuri Ladang Gemilang II

dari

ms-1

Seramai 25 keluarga dari Kampung Tanjung Kapor, Kuala Terengga-

nu yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan di kawasan berkenaan menerima kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang 2, dalam satu majlis penyerahan kunci di pangsapuri berkenaan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ah-mad Said yang membuat penyerahan kunci berkenaan mengingatkan semua penerima agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasion-al (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.

“Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka yang selalu menyebarkan fitnah serta buruk sangka terhadap usaha kerajaan membela rakyat diberi hidayah Allah SWT,” katanya ketika berucap di majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Ladang Gemilang 2, baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Neg-eri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abd Razak Ismail dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

(PMINT) Dato’ Haji Osman Muda.Turut hadir, Pegawai Pembangu-

nan Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Haji Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh.

Menteri Besar mengulangi kata-kata yang selalu disebut beliau sebelum ini bahawa kerajaan BN sentiasa men-jaga kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman parti serta sedia mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi untuk dipertimbang sebelum membuat keputusan bagi kepentingan semua.

Beliau turut mengingatkan supaya tidak mendengar sebarang hasutandan fitnah pembangkang kerana mereka akan sentiasa menyalahkan kerajaan biar pun pada hakikat sebenar, golongan itu turut menikmati pembangunan hasil perjuangan Kerajaan BN.

Pangsapuri Ladang Gemilang 2 dib-ina setinggi 17 tingkat termasuk empat tingkat pertama khusus untuk pakir kereta serta 192 unit rumah dengan kos pembinaan RM198,000 seunit.

DUYAH MD ZAID AZMANIZAM

Menteri Besar menyampaikan kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang II kepada pemiliknya.

Kerja-kerja membaikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sedang giat dijalankan.

Page 5: teganukita 74

5BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com

Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai tardisional terkenal di Terengganu

bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut di-bina berhampiran Pasar Payang, tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan bagi mem-bolehkan kerja-ker-ja pembinaan projek berkenaan dimulakan,.

“Projek ini melibat-kan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang

dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 secara one-off ke-pada Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Peringkat Negeri

Terengganu di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penga-rah Hal Ehwal Veteran ATM, Dato’ Zulkifli Mazlan dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu, Encik Alias Razak serta 975 orang bekas tentera dari daerah Kuala Terengganu,

Marang, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun manakala kerja-kerja menyiapkan pasar sementara di Pulau Warisan memakan masa antara empat hingga enam bulan,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja memindahkan peniaga di Pasar Payang hanya akan dijalankan sebaik sahaja a pasar sementara siap sekaligus mengharapkan peniaga dapat bersabar kerana kerajaan akan menyediakan

ruang niaga yang lebih selesa kepada mereka.

Katanya, kerajaan negeri akan memilih satu syarikat terbaik daripada tiga syarikat yang menge-mukakan permohonan bagi mengendalikan projek berkenaan.

Menurutnya, nama Pasar Kedai Payang akan dikekalkan kerana sudah sinonim dengan pelancong dan pelawat ke negeri ini.

Pasar Kedai Payang berubah wajahfokus

Oleh ESAH [email protected] Menyediakan hotel lima bintang 23 tingkat, 30 tingkat

apartment dengan pelaburan lebih RM400 juta

Setiap usaha kerajaan bagi membu-dayakan al-Quran di kalangan mas-yarakat negeri ini bukan sahaja mampu

mendatangkan kebaikan dan keberkatan kepada negeri, malah turut meningkatkan kefahaman agama serta mewujudkan kesejahteraan di kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat, berkata dengan lahirnya masyarakat yang memahami al-Quran dengan cara yang betul pasti mampu menghalang golongan tertentu melakukan kekeliruan menerusi pandangan dan tafsiran yang tersendiri demi kepentingan peribadi atau politik mereka.

“Oleh itu, hari ini apabila lahir ramai golongan ulamak dan mereka yang men-getahui mengenai agama yang berada di pelbagai jabatan dalam negara kita, mereka mengajar di sana-sini, maka kefahaman agama semakin meningkat, hari ini semakin banyak perubahan dalam bidang agama tanah air.

“Kalau dahulu dengan mudah ayat al-Quran dibaca dan ditafsirkan dengan cara mendesak, maka dengan peningkatan ilmu hari ini ditafsir dengan cara yang sebenar berdasarkan pendapat ulamak,” katanya di Majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Haji Khazan berkata, usaha kerajaan mewujudkan lebih ramai golongan ilmuwan dalam bidang agama dan al-Quran itu sudah cukup memberi kefahaman kepada orang ramai bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu menepati tuntutan agama.

Beliau berkata, jika dahulu dengan mudah orang menganggap sesiapa yang tidak menjalankan hukum Allah s.w.t tergolong dalam golongan kafir, jika kerajaan tidak melaksanakan hukum hudud juga dianggap kafir dan orang yang menyokong kerajaan juga dianggap kafir.

Bagaimanapun, katanya dengan perubahan masa apabila ramai yang berpengetahuan agama dan mengetahui tafsiran al-Quran maka tuduhan kafir itu dapat diperbetulkan maksud dan pengertiannya.

“Ayat (mengenai kafir) itu ada tafsirannya, sesiapa yang tidak melaksanakan hukum agama dengan mengingkari barulah dia kafir.. kafir apabila dia tidak melaksanakan atas sebab-sebab yang lain tanpa dia meng-ingkari, maka ini boleh jadi mereka fasik atau dosa besar dan sebagainya. Inilah tafsir yang sebenar dan apa yang kita mahukan daripada masyarakat kita,” katanya.

Budaya cintai al-Quran,elak tafsiran mengelirukan

Larangan pasang bendera di jambatan, bulatan

Kerajaan negeri menggesa semua pemimpin dan penyokong politik

supaya segera menurunkan bendera parti masing-masing yang dipasang di tempat awam terutama pada jambatan dan bulatan seluruh negeri ini berikutan perbuatan itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya sudah mengar-ahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mengeluarkan notis arahan ke-pada semua parti politik di kawasan masing-masing agar tidak memasang dan segera menurunkan bendera yang dipasang di lokasi tidak dibenarkan itu.

“PBT meminta supaya semua bendera parti politik tidak dibenarkan sama sekali dipasang di jambatan sama

ada sekarang mahu pun ketika kempen pilihan raya kerana kita menerima ban-tahan dan rungutan daripada orang ramai.

“Selain jambatan, kita juga tidak mem-benarkan bendera dipasang di bulatan kerana boleh menghalang dan menje-jaskan pandangan pengguna jalan raya,” katanya baru-baru ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, jika

gagal mematuhi arahan berkenaan, PBT akan bertindak menurun dan merampas bendera berkenaan serta boleh dikenakan denda kepada mana-mana parti politik terbabit.

“Kita ada kuasa mendenda mereka, tetapi buat permulaan kita merampas dulu bendera berkenaan. Ini kerana apa jua pemasangan di kawasan PBT perlu mendapatkan kebenaran PBT terlebih dahulu, jadi kita berhak mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar dengan amaran kita,” katanya.

Katanya, pihaknya juga kesal den-gan tindakan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya membuat pengu-bahsuaian pada tiang lampu di bandar ini untuk memasang bendera parti mereka sehingga mencacatkan pemandangan serta merosakkan harta benda awam.

Tindakan memasang bendera di atas jambatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Page 6: teganukita 74

6 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com analisis

ULASANPENGARANG

JANJI DITEPATI KERAJAAN,jangan terpedaya

janji kosong pembangkang

Barang yang dikata, itulah yang dikota. Janji mesti ditepati. Itu pendekatan dan slogan yang universal, nilai yang amat positif tidak kira siapa mereka.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sendiri telah meletakkan sebagai kewajipan di pihak kerajaan untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan adalah merupakan suatu pengharapan yang tinggi, agar kehidupan mereka lebih selesa, selamat dan terpelihara.

Manifesto yang dikemukakan kepada rakyat setiap kali pilihanraya bukanlah sekadar janji kosong, tetapi ia adalah merupakan janji yang mesti ditepati.

Kerajaan sekarang melalui manifesto pada penggal pilihanraya yang lalu misalnya, menjanjikan kepada rakyat untuk menjadikan negara yang “Selamat, Aman, Makmur”, menepati kehendak majoriti rakyat Malaysia menuju masa depan lebih baik.

Orang ramai jangan terpedaya dengan sesetengah pihak yang hanya pandai berjanji dengan janji-janji manis dan mengemukakan manifesto yang sungguh enak lagi menarik, namun akhirnya ia hanyalah janji kosong atau janji yang tinggal janji.

Di Terengganu kita sudah melalui pengalaman pahit sebelum ini di mana golongan berkenaan yang berjanji itu dan ini, tetapi berakhir dengan janji kosong.

Kebaikan yang dijanjikan bertukar menjadi sebaliknya kerana golongan ini menjadi seperti ‘tikus membaiki labu’- yang telah baik bertukar menjadi rosak dan binasa.

Oleh itu jangan sampai ‘pisang berbuah dua kali’.Berwaspadalah, bila menjelang musim pilihanraya,

golongan ini akan datang lagi kepada rakyat dengan manifesto yang kadang-kadang tidak masuk akal, yang bakal menjadi janji kosong semata-mata.

Jangan sampai, mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan.

- Ruslan Abdul Rahman

INGAT DOK LAGI

Sidang RedaksiYAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID

MENTERI BESAR TERENGGANU

YB HAJI KHAZAN CHE MATPENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA DAN

PENERANGAN NEGERIPenaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONGPENGARAH UNIT KOMUNIKASI

Penasihat

RUSLAN ABDUL RAHMANTIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASIPengarang

KAMARUDDIN MAT AKIBMEDIA BARU

Penolong Pengarang 1

AIDA ABD RAHMANAKHBAR TEGANUKITAPenolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAHSURIATI ALI

NORAINI JUSOHHJ MOHAMAD ISHAK (BESUT)

AMIRULLAH OTHMAN (MARANG)MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU)

NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN)Wartawan

ZULKIPLI PUTRAHARISH FADZILLAH

Jurufoto

*HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar TEGANUKITA diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANUTERENGGANU DARUL IMANTel: 09 6230582 / 09 6313502

Fax: 09 6317504Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: [email protected] / [email protected]

Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu). - Petikan dari Utusan Malaysia.

CORAT CORET

JANJI DITEPATI KERAJAAN, JANGAN TERPEDAYA JANJI KOSONG PEMBANGKANG

TERBONGKAR AKHIRNYA...anak saudara kroni parti berkenaan dikatakan menggunakan namanya untuk membolot kawasan balak seluas 6,500 ekar terletak di Merang, Setiu, Terengganu.

OLEH: LANG [email protected] yang ketika itu ada-

lah seorang gadis cantik, berusia 26 tahun tiba-tiba menjadi ‘glamour’ apabila

terbongkar kerajaan Terengganu pada waktu itu meluluskan kepa-da beliau kawasan balak melalui sebuah Yayasan milik Kerajaan Terengganu seluas 6, 500 ekar!

Suzana gadis berasal dari Hulu Terengganu dengan tiba-tiba mem-punyai syarikat yang didaftarkan ditubuhkan pada 10 Julai 2003 dengan jenis perniagaan Pem-balakan dan Menjual Kayu.

Gadis ini adalah pekerja di se-buah kilang papan di Wakaf Tapai yang dimiliki bukan Melayu, kroni parti pemerintah waktu itu.

Suzana adalah anak saudara

kepada orang kuat parti tertentu di kawasan itu. Kawasan balak yang diberikan kepada gadis ini seluas 6 500 ekar atau 2 600 hek-tar...teramatlah luas, terletak di Merang, Setiu Terengganu.

Nilai kawasan ini pada waktu itu tidak kurang dari RM5juta atau RM6 juta atau lebih.

Kelulusan kawasan balak kepada Suzana ini tidak dibuat melalui tender terbuka.

Suzana diperalatkan oleh syarikat atau kilang papan tempat beliau bekerja dan syarikat itu adalah kroni kepada pemimpin kerajaan waktu itu.

Pengerusi Pelaburan yayasan milik kerajaan Terengganu waktu itu adalah merupakan pemimpin kanan dalam parti terbabit, begi-tu juga pengerusinya pemimpin utama parti berkenaan.

Balak Untuk Gadis Kroni...

?

Page 7: teganukita 74

7BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.comrencana

WAKAF RAKYAT

Pasar Kedai Payangdimajukan lagi

YANG TERANG LAGI BERSULUH

WALAUPUN Ketua Pemuda Pas Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim menuduh pembinaan Zoo Kemaman membazir dan merugikan rakyat, tetapi kanak-kanak PASTI milik PAS serta sekolah tahfiz dan maahad tetap berkunjung ke zoo berkenaan.

OLEH: BAYU [email protected]

Isu pembinaan semula Pasar Kedai Payang yang baru bukanlah isu politik.

Ia sebenarnya adalah soal keselamatan peniaga dan orang ramai yang membeli

belah di pasar bersejarah itu.Usaha kerajaan negeri untuk membina

bangunan baru Pasar Kedai Payang seha-rusnya dilihat secara positif dan rasional.

Pasar Kedai Payang yang wujud zaman berzaman itu perlu melalui proses menaik-kan taraf dan pembinaan semula untuk keselamatan dan keselesaan .

Ia seiring dengan perubahan zaman dan lingkungan pembangunan sekitarnya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, keadaan Pasar Kedai Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandar Kuala Terengganu yang ber-taraf bandaraya, iaitu Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memu-tuskan untuk membina semula Pasar Kedai Payang dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat

dan mampu menarik lebih ramai orang termasuk pelancong membeli-belah di situ.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menye-diakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Kedai Payang.

Ia dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun ini.

Kerajaan negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Kedai Payang yang sedia ada, setelah Jabatan Kerja Raya Malaysia atau JKR mengesahkan ia tidak selamat diduduki.

Pihak JKR menjelaskan, sememangnya bangunan Pasar Kedai Payang terutama di bahagian anjung yang berada di dalam sungai di bahagian pasar basah perlu di-rombak dan bina semula.

Terdapat struktur binaan yang telah reput dan rosak di bahagian bawahnya dan boleh menyebabkan keruntuhan bila-bila masa sahaja.

Timbalan Pengarah JKR Negeri Ir. Haji Abdul Manan Embong sendiri mengesahkan bahawa terdapat laporan bertulis berkaitan perkara itu.

Oleh itu jelaslah di sini bahawa pembinaan semula pasar berkenaan adalah berkaitan

rapat dengan keselamatan pengguna. Bahkan kebanyakan peniaga bersetuju

dengan usaha murni kerajaan negeri dalam pembangunan semula pasar tersebut.

Peniaga ikan di Pasar Kedai Payang, Mustafa Kamal Mohd berterima kasih ke-pada pihak kerajaan negeri kerana mahu majukan pasar berkenaan.

Apatah lagi katanya dengan keputusan membenarkan semua peniaga, termasuk penjual barangan basah untuk turut ber-sama-sama berniaga apabila siap Pasar Kedai Payang baru kelak.

Sesungguhnya untuk pembangunan dan pembinaan semula sesuatu bangunan, ia tidak dapat tidak amat perlu dijalankan untuk kebaikan bersama.

Tidak timbul soal menghapuskan warisan seperti dakwaan sesetengah pihak yang cuba menghasut pemikiran rakyat supaya menolak pembangunan oleh kerajaan.

Apatah lagi pasar berkenaan bakal dibina semula dengan bangunan yang lebih baik.

Malah menara ‘jam besar’ yang penuh memori akan ditempatkan semula di pintu masuk pasar baru itu nanti.

Di Arab Saudi pun, termasuk di Mekah dan Madinah pembangunan dilakukan untuk keselesaan, sekalipun melibatkan bangunan

dan tempat bersejarah dalam Islam.Misalnya rancangan pihak berkuasa

Arab Saudi membina semula salah satu daripada tiga buah masjid tertua di dunia yang menjadi mercu tanda kesayangan seluruh umat Islam, iaitu Masjid Nabawi di Madinah.

Oleh itu orang ramai diminta tidak ter-pedaya dengan hasutan pihak tertentu yang cuba memalsukan maklumat dengan mengatakan kerajaan hendak menghapus-kan warisan dan menghalang peluang para peniaga untuk berniaga di situ.

Malah 1,000 lot kedai bakal disediakan dan untuk sementara menunggu pembinaan siap, mereka akan dipindahkan ke sebuah pasar pasang siap sementara bersebelahan pasar sekarang.

Sudah pasti masa depan Pasar Kedai Payang akan lebih terjamin dengan pem-baharuan yang dibuat itu, sesuai dengan tuntutan masa, terutamanya dalam usaha menarik pengunjung termasuk pelancong, lebih-lebih lagi hotel dan apartmen turut dibina berhampiran pasar tersebut.

Orang ramai dan para pelancong pula tentulah lebih selesa dan selamat di pasar baru yang dijangka siap dan beroperasi tidak lebih dari tiga tahun lagi.

Perbincangan antara kerajaan dengan peniaga sebelum sebarang tindakan dilakukan terhadap Pasar Kedai Payang

Pasar Kedai Payang yang ada sekarang ini dikatakan tidak selamat lagi.

Pas, seperti meludahke langit.....

Page 8: teganukita 74

8 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com rencana

Pas dok rok perintah Terengganu - PM

Rakyat Terengganu diingatkan Pas dok rok perintah negeri ini kerana pemimpin parti itu hanya pandai bercakap, tetapi tidak melakukan apa-apa program untuk

kepentingan rakyat.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun

Abdul Razak, berkata hasil tinjauan beliau di kalangan pengayuh beca di negeri ini mendapati Pas gagal melaksanakan tanggungjawab se-bagai kerajaan ketika memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004.

Sewaktu melakukan lawatan kerja ke Tereng-ganu baru-baru ini, Perdana Menteri yang menaiki beca ke Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis sarapan pagi bersama rakyat, sempat bertanya kepada pengayuh beca berkenaan mengenai Pas dan jawapan diberi ialah “Pas mengarut”.

“Saya tanya dia (pengayuh beca) kenapa Pas mengarut, dia jawab “Pas pandai cakap saja, buat dok”. Saya tanya lagi, dulu Pas perintah

macam mana, dia jawab “Pas habok tadok (tidak buat apa-apa)”. Tukang kayuh beca tadi kata bukan dia saja cakap begitu, tetapi rakan-rakan-nya pun cakap begitu juga,” Dato’ Seri Mohd Najib ketika berucap pada majlis pe lanca ran P rogram Je la jah Jan j i Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shanbandar, baru-baru ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Awang; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Terengganu.

Kira-kira 60,000 orang membanjiri dataran berkenaan bagi mendengar amanat Perdana Menteri yang cukup bernas dan sentiasa diberi tepukan gemuruh oleh pada hadirin.

Justeru itu, Perdana Menteri menegaskan

Oleh KAMARUDIN MAT [email protected]

Page 9: teganukita 74

9BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.comrencana

Pas dok rok perintah Terengganu - PMmacam mana, dia jawab “Pas habok tadok (tidak buat apa-apa)”. Tukang kayuh beca tadi kata bukan dia saja cakap begitu, tetapi rakan-rakan-nya pun cakap begitu juga,” Dato’ Seri Mohd Najib ketika berucap pada majlis pe lanca ran P rogram Je la jah Jan j i Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shanbandar, baru-baru ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Awang; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Terengganu.

Kira-kira 60,000 orang membanjiri dataran berkenaan bagi mendengar amanat Perdana Menteri yang cukup bernas dan sentiasa diberi tepukan gemuruh oleh pada hadirin.

Justeru itu, Perdana Menteri menegaskan

hanya BN yang mampu memerintah negeri Terengganu dan membela nasib rakyat tempaatan.

“Saya yakin dan percaya bumi Terengganu akan kekal kepada BN pada pilihan raya kali ini,” katanya diringi tepukan gemuruh pelbagai lapisan masyarakat dan penduduk negeri ini yang berbilang bangsa di mana kehadiran mereka bagi memberi sokongan kepada Kerajaan BN dan Perdana Menteri.

Dato’ Seri Mohd Najib berkata, Terengganu semakin maju di bawah pemerintah Kerajaan BN dan bermacam-macam program, termasuk menyediakan kediaman lebih selesa dilaksanakan bagi kemudahan rakyat.

“Tadi semasa dalam kereta Menteri Besar kata 10,000 buah rumah dibina di Terengganu dalam tempoh empat tahun lalu. Sebanyak 8,000 rumah sudah siap dan 2,000 unit lagi akan siap tidak lama lagi,” katanya.

Sempena lawatan itu, beliau sempat menghadiri program walkabout di Pasar Kedai Payang dan Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Tereng-ganu bagi meninjau keperluan para peniaga.

FOTO: ZULKIPLI PUTRA dan HARISH FADZILLAH [email protected]

Page 10: teganukita 74

10 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com pelancongan

riadah

Gua Bewah singkap khazanah lampau

Gua Bewah yang terletak 578 meter dari aras laut di Tasik Kenyik, Hulu Terengganu, cukup dikenali sebagai gua batu kapur yang mempunyai bentuk dan formasi stalaktit serta stalagmit yang unik

seperti bentuk burung unta dan lembaga manusia yang sedang sujud.

Namun, di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa Gua Bewah adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik.

Menurut sumber masyarakat terdahulu, nama Gua Bewah dipercayai berdasarkan kedudukannya yang berdekatan dengan Bukit Bewah.

Sekumpulan penyelidik arkeologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang menjalankan kerja penggalian November 2010, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.

Sebelum ini, Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu dilaporkan pernah melakukan kerja penggalian pada Julai 1976 dan antara artifak yang ditemui ketika itu termasuk rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerang siput sedut.

Pengunjung yang berminat untuk menikmati keindahan gua ini, perlu mendaki 240 anak tangga untuk ke pintu gua sebelum dapat merasai suasana udara sejuk di dalam gua selain melihat pokok keladi besar dan cili padi hidup subur di hadapan pintu gua berkenaan.

Gua Bewah juga dilengkapi dengan sistem solar untuk menyalurkan kuasa elektrik bagi pencahayaan lampu di dalam gua berkenaan bagi kemudahan pengunjung yang berkunjung ke situ.

Di samping itu, kerajaan negeri membina laluan untuk memudahkan pergerakan pengunjung dan pengunjung juga boleh membawa lampu suluh kera-na tidak semua kawasan di dalam gua berkenaan dilengkapi

dengan lampu.Mereka yang berminat untuk mengunjunginya boleh

mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan menaiki rumah bot untuk ke gua berkenaan menerusi ejen yang disediakan iaitu Bahtera Petang Houseboat.

Bahtera Petang Houseboat mampu memuatkan mak-simum 12 orang dalam satu-satu masa dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh yang dikehendaki oleh pengunjung.

Bagi pakej dua hari satu malam, bayaran yang dikenakan oleh perkhidmatan itu ialah RM280 dan pakej tiga hari dua malam, RM470 dikenakan manakala RM188 akan dikenakan sekiranya pengunjung menambah sehari bermalam.

Bahtera Petang Houseboat mempunyai dua bilik di mana satu bilik mempunyai dua katil bujang manakala sebuah bilik lagi mempunyai dua buah katil bertingkat dan lebihan enam penumpang lagi, mereka akan diberi kelengkapan tidur untuk tidur lobi rumah bot.

Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan rumah bot melalui

Jeti Jenagor atau Pangkalan Gawi.

Di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa Gua Bewah adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik.

Oleh SURIATI [email protected]

Penemuan rangka manusia dipercayai

dari zaman Mesolitik di Gua Bewah.

Page 11: teganukita 74

11BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.comekonomi

SKM sasar 600 koperasi berdaftar

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu mensasarkan sebanyak 600 koperasi dapat didaftar-kan di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini.

Pengarah SKM, Encik Wan Mohd Sabri Wan Harun berkata, kira-kira RM318 juta modal pusingan di-jangka dapat dikumpulkan dan mampu menjana keuntungan sebanyak RM20 juta dalam tempoh berkenaan.

Katanya, sebahagian besar koperasi baru yang akan diaftarkan itu membabitkan koperasi masjid, iaitu seku-rang-kurangnya 50 buah dapat didaftarkan pada tahun ini.

“Sehingga akhir tahun lalu sebanyak 523 koperasi telah didaftarkan dengan keahlian seramai 235,000 dan modal terkumpul sebanyak RM303 juta.

``Koperasi berkenaan mampu menjana keuntungan sebanyak RM18 juta pada tahun lalu, manakala modal saham terkumpul ialah sebanyak RM96 juta,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Media Terengganu Berhad (Komedia) di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Encik Ayob Mamat.

Encik Mohd Sabri berkata, daripada jumlah koperasi yang berdaftar itu 15 buah dikategorikan koperasi yang berskala besar, 24 buah separa besar dan selebihnya adalah berskala sederhana dan kecil.

Beliau menambah, daripada jumlah koperasi berdaftar itu, dikenalpasti kira-kira 10 peratus koperasi tidak aktif dan gagal melaksanakan aktiviti dengan baik.

``Sebahagian besar dikenal pasti berpunca daripada masalah modal dan usaha pemulihan sedang dilakukan untuk memastikan ia bergerak aktif,’’ katanya.

Beliau memuji Koperasi Adik Kakak (KODIKA) Pulau Rusa yang cukup cemerlang dalam mengendalikan pel-bagai aktiviti dan mampu menyediakan pinjaman kepada ahli tanpa menghadapi masalah untuk pembayaran balik.

Katanya, SKM ada menyediakan kemudahan pinjaman untuk membantu koperasi termasuk pinjaman tanpa cagaran tidak melebihi RM50,000 dan pinjaman RM1 juta dikenakan faedah dua peratus, manakala RM10 juta dengan faedah dan cagaran.

Mengenai koperasi media beliau berharap KOMEDIA dapat bergerak aktif bersama koperasi lain untuk sama-sama menyumbang kepada KDNK negeri sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2020.

Oleh AIDA ABD RAHMAN dan SURIATI [email protected]

Adun ilmu, pengalaman

terbit buku kuasai 3M

niaga

Tersentuh melihat kanak-kanak tidak mampu menguasai konsep Membaca, Menulis dan Mengira

(3M) walaupun sudah menjangkau usia 12 tahun, mendorong Pengarang Puan Puan Ros Haya Aziz menghasilkan buku aktiviti penulisan kanak-kanak bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau yang juga Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman (SKSB) menerbitkan buku itu pada 2004 dengan keluaran pertama 5,000 naskah beserta Cakera Padat (CD).

Bilangan itu terpaksa ditambah hampir

setiap tahun kerana mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Kebanyakan pelanggan, terutama ibu bapa kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun berminat mendapatkan buku itu selepas mendapati isi kandungan-nya mudah difahami dan diikuti anak masing-masing.

Puan Ros Haya, berkata dia bagaikan terpanggil untuk menghasilkan buku itu kerana menyedari masih ada segelintir pelajar gagal menguasai 3M walaupun pelbagai pendekatan dilaksanakan.

Katanya, ilmu dan pengalaman yang dicungkil ketika mengajar kanak-kanak

di kelas pemulihan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I selama lapan tahun menguatkan lagi semangat berkenaan.

“Berpandukan kepada kajian, kanak-kanak yang gagal menguasai 3M mampu pulih sekiranya mendapat kerjasama pelbagai pihak, terutama ibu bapa dan guru.

“Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya di mana perlu bersama-sama individu terdekat mengikuti pelbagai aktiviti luaran, sabar melayan karenah dan memberi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya.

Beliau yakin kanak-kanak mampu

mendapat keputusan maksima sekira-nya patuh kepada konsep dan turutan diterapkan dalam buku aktiviti dan CD terbitannya.

Dalam buku aktivitu itu turut diterap-kan cara dan gaya baru, mesra pelajar dalam pendidikan dengan menampilkan visual yang mudah serta menarik untuk berinteraksi.

Formula yang diketengahkan itu mampu meningkatkan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar sekaligus menghapuskan fenomena buta huruf di kalangan pelajar bagi membentuk generasi cemerlang akademik.

Dalam buku aktivitu itu turut diterapkan cara dan gaya baru, mesra pelajar dalam pendidikan dengan menampilkan visual yang mudah serta menarik untuk berinteraksi.

Oleh SURIATI [email protected]

Page 12: teganukita 74

12 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com rencana

Al-Quran sebagai sebuah kitab petunjuk dan kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad

s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Mengungkap setiap hurufnya ber-mula dari Surah al-Fatihah hingga Surah an-Nas merupakan ibadat dan membuktikan kecintaan yang tiada tolok bandingannya terhadap Allah s.w.t dan relevan sepanjang zaman.

Para penghafaz al-Quran adalah orang yang istimewa di sisi Pencipta dan para Rasul. Menyedari hakikat itu, Kerajaan Terengganu berusaha menerajui pembentukan generasi al-Quran melalui pembudayaan ilmu dengan mewujudkan Institut al-Quran

Terengganu (IQT).Sebelum dinamakan

sebagai IQT pada 2 Januari 2007, pusat pengajian yang berhasrat muncul sebagai tempat penyelidikan dan rujukan terkenal di rantau ini yang sebelum ini dikenali dengan sebagai Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu sudahpun melahirkan 721 pelajar sejak 25 tahun lalu.

Pelbagai kejayaan diraih pelajar IQT yang mengikuti Program Persijilan Syahadah dan Diploma Lepasan SPM serta Program Pengajian al-Furqaan selain mereka terbukti mampu menjadi para huffaz yang berjaya.

Seorang pelajarnya, Ikhwan Amin Hidayat, 19 (gambar), dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu antara pelajar pusat pengajian itu yang bakal menggalas tanggungjawab mewakili Terengganu di Majlis Hafazan Pering-kat Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 4 hingga 8 Mac ini.

Kelancaran dan ketepatan anak sulung daripada tiga beradik memper-dengarkan bacaan hafazan al-Quran bagi tahap satu hingga 30 juzuk berjaya memikat juri untuk meraih markah tertinggi daripada semua peserta yang bertanding bagi tahap itu.

Ikhwan Amin mengumpul markah keseluruhan 99.38 peratus menewaskan peserta di tempat kedua, Mohd Izzat Mat Nor, 24, dari Institut Pengajian Islam Kuala Berang (99.08 peratus) dan ketiga, Ahmad Miqdad Mohd Abidin, 19, juga dari IQT (98.56 peratus).

Kemenangan cahayamata pasangan Hidayat Mustafa, 45, dengan Kamariah

Abdullah, 47, yang lahir tanggal 17 Ogos 1994 membolehkan anak muda membawa pulang wang tunai RM7,000 dan sijil penyertaan.

Menurut pelajar yang berhasrat menyambung pengajian di Universiti Jordan dalam bidang Syariah itu, dia memperuntukkan masa antara dua hingga empat jam sehari bagi men-gasah minda dan ingatannya, selain sentiasa menunaikan solat hajat supaya memperolehi keyakinan dalam setiap urusan terutama dalam majlis hafazan.

Bekas johan hafazan peringkat negeri bagi tahap satu hingga 20 juzuk tahun lalu itu sentiasa mengelak dari-pada memakan makanan yang boleh melemahkan daya ingatan terutama organ dalaman binatang, makanan ringan, minuman bergas dan kafein.

“Alhamdulillah bersyukur dengan kejayaan ini. Saya akan sentiasa men-gasah ingatan dan memperbetulkan bacaan saya bagi mempersiapkan diri menjelang pertandingan peringkat kebangsaan nanti.

“Saya jadikan guru tasmi’ al-Quran, Ustaz Hazwan Abdul Rahman sebagai sumber inspirasi saya. Selain itu, kedua ibu bapa juga penguat semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam bidang ini,” katanya.

Oleh AIDA ABD [email protected]

desakuJawatankuasa Kemajuan dan Kesela-matan Kampung (JKKK) kini sudah melangkah jauh kehadapan dalam

usaha mengimbangi tuntutan semasa dan kepesatan pembangunan negeri.

Sebahagian besar pentadbiran JKKK kini turut menyediakan pelan pemban-gunan kampung masing-masing sejajar dengan peredaran waktu.

“Pelan pembangunan perlu bagi mengariskan hala tuju sesebuah kam-pung dalam usaha membangunkan mas-yarakat yang tinggal di pedalaman,” kata Pengerusi JKKK Kampung Hilir Darat Batu Rakit, Encik Zainal Awang Ngah, 50.

Setelah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan di kawasan seluas 19.6 hektar dibangunkan sebagai kebun buahan dan kini dalam proses penana-man anak pokok buahan seperti durian, dokong, duku dan sebagainya.

Aspek pembangunan, pendidikan, kebajikan, sosial dan agama menjadi

teras membina masyarakat berkualiti serta terpisah daripada gejala tidak sihat.

Kampung Hilir Darat terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Parlimen Setiu, di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu dan berada dalam ruang lingkup Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan jarak 28 kilometer dari pusat bandar.

Masyarakatnya dikatakan 70 peratus bekerja sebagai petani, penanam padi bermusim manakala selebihnya makan gaji dengan kerajaan, swasta dan badan berkanun.

Encik Zainal yang menjadi ketua kampung sejak 13 tahun lalu mempunyai cita-cita besar untuk membawa nama dan warga kampungnya berada pada tangga teratas sebagai sebuah kampung paling bersih dan cantik merangkumi semua aspek.

“Kita perlu menanam azam yang tinggi disertai dengan usaha gigih jika

mahu mengapai kejayaan dan langkah itu sudah bermula tahun ini dengan menyertai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan negeri,” katanya yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO cawangan pada usia 18 tahun hingga 40 tahun (tamat tempoh).

Perubahan ketara berlaku dalam mas-yarakat kampung baik golongan wanita, pemuda dan puteri yang menunjukkan kesungguhan menghias rumah dan hala-man masing-masing dan sikap ini perlu dijadikan budaya sampai bila-bila.

“Sungguh pun mendapat ‘nombor’ itu penting bila menyertai pertand-ingan tetapi perubahan positif yang ditunjukkan anak buah di kampung lebih penting dan saya akan pastikan ia tidak patah separuh jalan,” katanya.

Katanya, sembilan zon diwujudkan bagi penyelarasan tugas ahli-ahli jawatankuasa dengan menetapkan paling kurang 10 buah rumah seorang jawatankuasa.

Semai budaya cintakan kebersihan

Kilauan permata dari IQTikon

Oleh ESAH [email protected]

Page 13: teganukita 74

13BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.comagama

A llah s.w.t berfirman: “Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam

Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.

Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu.

Yang jelas al-Quran al-Karim tidak menjelaskan berhubungan dengan Nabi Idris. Yang ketahui hanya ba-hawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya.

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: “Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?.” Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: “Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentin-gan kepadamu” Kata Malaikat Izrail “Kepentingan apa itu?” Jawab Nabi Idris “Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut”. Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan men-cabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar

Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. “Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s “Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit.”

Kata Malaikat Maut: “Secara ha-lus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-la-manya.” Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam.” Kata Malaikat Maut “Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah”.

Mala Allah memberi wahyu ke-pada Malaikat Maut dengan firman: “Pergilah engkau ke Neraka Jaha-nam bersama-sama Nabi Idris a.s”. Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala ma-cam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang beru-pa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli ner-aka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,” maka Malaikat Maut berkata “Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah.” Maka Allah memberi izin pada Ma-laikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di da-lamnya nampak bermacam-macam

nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang ber-harga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata “Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hil-ang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkann-ya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail “Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga,” maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. “Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga.” Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman “Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah mera-sakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: “Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: “Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya”. (keluar daripada syurga).

“Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga” sedangkan Al-lah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. “Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman aza-li dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga.”

Dan Allah telah berfirman kepa-da rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. “Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”

Nabi Idris a.skisah nabi

mimbar

Page 14: teganukita 74

14 BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak bakal dinaiktaraf

menjadi universiti Islam ketiga di negara ini selepas Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dato’ Haji Jailani Ngah ber-kata, perancangan itu memandang-kan tidak ada lagi universiti Islam di Pantai Timur, selain cawangan UIA di Kuantan Pahang.

“Setakat ini perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berjalan lancar dan berharap ia akan menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di UniSZA

baru-baru ini.Katanya, UniSZA me-

mang dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai kursus berkaitan Islam dan sudah menjadi sebutan sejak awal op-erasinya yang dikenali sebagai Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) .

“Kini sudah sampai masanya untuk dinaiktaraf ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, UniSZA tidak mem-punyai masalah dari aspek kemudahan kerana mempunyai fasiliti yang dapat memenuhi tahap sebagai universiti Islam dan perkara itu akan direal-isasikan sebaik sahaja pengumuman mengenainya dibuat oleh Menteri KPT tidak lama lagi.

“Untuk megekalkan identiti Islam yang sekian lama menjadi sebutan, nama UniSZA akan dikekalkan walaupun sudah bertukar taraf nanti,” katanya.

Katanya, pelbagai faktor yang boleh menyokong UniSZA sebagai sebuah universiti Islam walaupun tiada nama khusus (Islam) berikutan pengajian yang ditawarkan di pusat pengajian tinggi itu sememangnya menjurus ke arah itu.

UniSZA akan naik taraf universiti Islam ketiga

JAILANI NGAH

Oleh ESAH [email protected]

Usaha untuk terus membangunkan bidang Sains Marin dalam kerangka akademik dan penyelidikan dengan

penglibatan lebih banyak universiti adalah wajar me-mandangkan keperluan yang tinggi serta prospek yang luas di bidang itu.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili berkata, tidak dinafikan perkem-bangan terkini bidang sains dan teknologi di negara ini banyak menyentuh aspek Sains Marin.

“Pertumbuhan negara melalui eskplorasi petroleum

dan gas sangat berkait rapat dalam bidang ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Bengkel Sains Marin dan Ekosistem di Ri-Yaz Heritage Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Direktorak Osenografi Kebangsaan (NOD), Haji Shahruddin Yusof; Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Prof. Dr. Mohd Lokman Hussain dan Prof. Dr V.R. Vijayan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta wakil-wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti

Malaysia Perlis (UNIMAP).Katanya, bidang ini bukan saja keperluan negara

tetapi pasaran kerjaya adalah tinggi permintaannya di seluruh dunia selain dari perubahan iklim dunia termasuk Tsunami banyak kaitannya dengan bidang Sains Marin.

Menurutnya, kepakaran dalam bidang ini khususnya untuk ramalam iklim dunia masih belum mencukupi untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa negara kita.

Katanya, INOS adalah antara institut penyelidikan marin oseanografi yang tertua dan mantap di mana penubuhannya untuk menjadi pusat penyelidikan serantau di negara ini.

Bidang Sains Marin dalam kerangka akademik UMT

Sekolah Kita di HSNZ

ExxonMobil memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi melaksanakan pelbagai program

kecemerlangan pendidikan termasuk mewujudkan Sekolah Kita di hospital dan modal insan di negeri ini setiap tahun.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Hubungan Kerajaan ExxonMobil Subsidiari, ExxonMobil Malaysia, Encik Farid Jaafar berkata setakat ini dua Sekolah Kita diwujudkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan hospital Kemaman yang memberi manfaat besar kepada pesakit kanak-kanak yang terpaksa meninggalkan persekolahan kerana menerima rawatan.

“Kita menyediakan dana bagi menggerakkan kelas itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemu-dahan termasuk komputer dan bahan bacaan di samping suasana yang menceriakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan Pengerusi Subsidiari ExxonMobil Malaysia, J. Hunter Farris ke ‘Sekolah Kita’ di HSNZ bagi meninjau perkembangannya selepas dinaiktaraf.

Katanya, kemudahan itu memberi peluang ke-pada pesakit kronik dan talasemia di wad pediatrik yang menerima rawatan panjang atau pesakit yang kerap menerima rawatan harian dan mem-bolehkan mereka memanfaatkan masa dengan aktiviti pembelajaran secara santai dalam suasana menggembirakan.

Menurutnya, kelas ini mendapat bantuan tenaga pengajar daripada pelajar Fakulti Bahasa Univer-siti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) yang mengajar secara sukarela setiap minggu secara bergilir.

“Pada masa ini terdapat antara 15 hingga 20 kanak-kanak dalam satu masa dan ExxonMobil bersedia untuk menimbang peruntukan tambahan bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak mendapat manfaat,” ujarnya.

penyelidikan

Kerajaan BN iktiraf peranan NGOPertubuhan bukan kerajaan (NGO)

merupakan kuasa ketiga dalam sesebuah negara selepas Kerajaan

Pusat dan negeri serta parti poiitik.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri, merangkap Ketua Peneran-gan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslam berkata, NGO main peranan penting ke arah memacu pembangunan dan kemajuan negara.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengiktiraf peranan mereka dan mengadakan perhimpunan di setiap negeri untuk mendengar su-ara dari akar umbi,” katanya dalam sidang media di majlis Himpunan Barisan 1Malaysia Peringkat Negeri Terenganu di Taman Tamadun Islam baru-baru ini.

Oleh itu katanya pemimpin dan jawatankuasa NGO perlu mendapa-tkan isu sebenar mengenai dasar-dasar negara dan isu semasa melalui

pelbagai cara. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji

Ahmad Said telah menyampaikan ucaptama dan perasmian penutup majlis berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri merangkap Pengerusi Sekretariat

Himpunan Barisan 1Malaysia, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Biro tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali.

“Kerajaan tidak pernah meming-girkan NGO dan sentiasa bersikap terbuka serta sedia mendengar pan-dangan, cadangan untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Pemimpin dan juga ahli dari pelbagai NGO bersama Datuk Haji Ahmad Maslam dan Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika majlis Himpunan Barisan 1Malaysia peringkat negeri di

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Kanak-kanak yang menerima rawatan panjang sedang mengikuti kelas persekolahan seperti biasa di hospital.

Page 15: teganukita 74

15BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013www.teganukita.blogspot.com

Permata Negara bekerjasa-ma dengan Pusat Penyeli-dikan dan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan

(NCDRC) di Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI) menjalankan beberapa kajian penyelidikan bagi memberi lebih nilai kepada Pro-gram Permata.

Isteri Perdana Menteri merang-kap Penaung Program Permata, Datin Paduka Seri Rosmah Man-sor berkata, para penyelidik turut menyediakan cadangan aktiviti menarik bagi memantapkan lagi proses pembelajaran anak-anak.

“Penyelidikan berkonsepkan aplikasi ini melihat beberapa aspek dalam proses pembelajaran boleh dimantapkan seperti pengajaran awal matematik dan terapi lukisan,” katanya ketika berucap meras-mikan Taska Permata Keluarga Serdang Baru, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu petang semalam.

Hadir sama, isteri Menteri Be-sar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, To’ Puan Hajah Halijah Ali; isteri Setiausaha Kerajaan To’ Puan Hajah Rohani Abdullah; Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Encik Mohd Safaruddin Mustaffa serta isteri ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Selain itu katanya, himpunan lagu-lagu tradisional turut diter-

bitkan dalam bentuk CD di mana koleksi itu digubah semula sesuai untuk dinyanyikan sebagai satu cara memperkenalkan kanak-kanak dengan lagu-lagu tradisional.

“Semua hasil penyelidikan tel-ahpun dibukukan bagi berkongsi maklumat dan sebagai pemudahcara untuk pendidik mengaplikasikan-nya,” katanya.

Menurutnya, pendidik juga dapat mempelajari teknik dan kaedah baru dalam melaksanakan proses pembelajaran di samping memberi kepelbagaian kepada ak-

tiviti pembelajaran agar sentiasa menarik bagi mengekalkan minat kanak-kanak untuk terus belajar.

Katanya, sehingga ini 654 buah Taska di seluruh Negara telah meng-gunakan Program Permata yang berkongsi aspirasi menyediakan platform awal bagi melahirkan modal insan yang akan menjadi kebanggaan negara.

“Saya percaya pendidikan berkualiti merupakan salah satu strategi yang boleh diambil sebagai persediaan membina modal insan terbaik sekali gus menangani ma-

salah sosial di kalangan remaja,”.“Kanak-kanak dari usia kecil

mempunyai peluang untuk digilap dan dikembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya.

Datin Paduka Seri Rosmah ber-kata, rakyat seharusnya merasa bertuah mempunyai kerajaan yang sentiasa menyokong pelaksanaan program yang mementingkan ke-bajikan mereka.

Program Permata Negara dimantapkan

Datin Paduka Seri Rosmah bersama kanak-kanak Taska Permata Keluarga Sedang Baru, Bukit Tunggal.

Oleh ESAH [email protected]

Terengganu bakal miliki kereta api laju - Dato’ Toh

Penduduk Terengganu bakal menerima perkhidmatan kereta api laju sebagai alternatif

pengangkutan awam untuk ke beberapa destinasi di negara ini apabila projek menaiktaraf lan-dasan itu diluluskan.

Pengerusi Jawatankuasa Perin-dustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw berkata, projek menaiktaraf landasan sudah diluluskan dan kini dalam proses kajian dan reka bentuk.

“Projek berkenaan dianggarkan menelan kos hampir RM2 bilion,” katanya dalam sidang media di majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Katanya, setakat ini kita mendapat kelulusan untuk menyambung dan melebarkan landasan dari Pelabuhan Kemaman terus ke Bukit Besi.

Menurutnya landasan asal dari Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan ke Kemaman dan Kerteh dikhaskan untuk muatan kargo sahaja.

Katanya, usaha menaiktaraf landasan akan disambung ke Bukit Besi ke Chabang Kerteh seter-usnya ke Teluk Kalong, diikuti Pelabuhan Kemaman, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.

“Projek ini juga akan disesuaikan dengan teknologi terkini, iaitu untuk kegunaan pengangkutan kargo dan pengangkutan awam,”

katanya.Katanya projek ini diharap-

kan berterusan ke laluan Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab

dan terus ke Kuala Lumpur yang akan menjadikan satu sistem pen-gangkutan lengkap dalam pem-bangunan aktiviti industri di sini.

Pandu puteri rai warga emas

Persatuan Pandu Puteri Ma-laysia Cawangan Terengganu

meraikan seramai 100 warga emas di seluruh negeri ini se-bagai tanda kasih sayang dan prihatin kepada golongan itu.

Program yang diadakan serentak seluruh negari itu sebagai usaha badan sukarela yang merasakan golongan warga emas sewajarnya mendapat perhatian dan kasih sayang daripada setiap anggota masyarakat untuk terus menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.

Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawan-gan Terengganu, Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah ber-kata usaha yang didakan ini juga adalah untuk menjalinkan koloborasi murni antara ahli khasnya ahli remaja bersama warga emas.

``Kita inginkan anak-anak dididik dengan nilai akhlak mulia, berbudi pekerti dan menghor-mati orang tua, bukan sahaja ibu bapa sendiri setapi semua orang dewasa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Pandu Puteri Bersama Warga Emas Terengganu di De-wan Utama Yayasan Pemban-gunan Keluarga (YPK) negeri yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah YPK, Puan Ramlah Idris, baru-baru ini.

Sehubungan itu program terse-but turut diadakan pemeriksaan kesihatan kepada orang awam khususnya warga emas dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Warga emas juga turut me-nerima cenderahati di samping dihiburkan persembahan.

Sementara itu, Puan Ramlah berkata, YPK sedang mengenal-pasti warga emas terlantar untuk dibantu dalam pelbagai apsek termasuk pemeriksaan kesihatan, peralatan dan makanan yang akan dimulakan pada akhir bulan ini.

Katanya, Unit Khas yang ditubuhkan oleh YPK akan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk doktor, juru-rawat dan belia untuk membantu golongan tersebut.

Selain itu kataya,YPK juga berusaha untuk mengenalpasti golongan warga emas di seluruh negeri untuk menyertai kelab warga emas yang telah diwu-judkan di setiap kawasan.

Dato’ Toh Chin Yaw disambut dengan tarian naga pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Tengku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

Page 16: teganukita 74

Sukanhttp://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my Diterbitkan sejak tahun 2008 Bil: 74 • 1 Feb - 15 Feb 2013 • Percuma

TEGANUKITA

TERKINI • CEPAT • TEPAT

Oleh NORAINI [email protected]

bola

sepa

k

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

RM1.1jPadang bola sintetik

Terengganu muncul negeri pertama memiliki padang bola sepak sintetik atau padang rum-put tiruan apabila kemudahan sukan bernilai RM1.1 juta siap dibina di Kampung Tok Jiring,

Kuala Terengganu.Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery

Cheek berkata, projek padang bola sintetik merupakan model baru bagi pembangunan infrastruktur bola sepak negara.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi membina dua padang bola sepak sintetik di setiap negeri.

“Kampung Tok Jiring dipilih sebagai lokasi pertama di Terengganu untuk membina padang bola sintetik dan antara projek peringkat awal.

“Sekiranya ber-jaya, semua padang sekolah dan awam di negara ini akan diganti dengan padang sintetik secara berpering-kat-peringkat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat padang bola sepak sintetik di Kampung Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, padang bola sepak sintetik dalam Parlimen Kuala Nerus itu juga telah menepati piawaian minimum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Berbanding padang rumput biasa yang membabitkan kos sekitar RM500,000, kos untuk membina padang bola sepak tiruan agak mahal iaitu antara RM1.1 dan

RM1.7 juta setiap satu.“Walau bagaimanapun, proses penyelenggaraannya

tidak memerlukan kos tambahan dan lebih menjimatkan sehingga mampu bertahan sehingga lapan hingga 10 tahun,” ujarnya.

Menurut beliau, padang bola sepak sintetik juga menggunakan teknologi tinggi dengan dilengkapi sistem perparitan di bahagian bawah padang berkenaan yang dapat mengalirkan air jika hujan.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (duduk depan) ditemani YB Ramli Nuh melihat

padang bola sepak sintetik yang siap dibina di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Akademi Bolasepak Peteh Kids Terengganu (Peteh Kids) mensasarkan 500 pe-

serta menjelang penghujung 2013 dan akan diperkembangkan ke seti-ap daerah dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis muda khususnya bagi pasukan bola sepak di negeri ini.

Pengarahnya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata usaha yang dilakukan itu mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripa-da PBSNT sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjad-ikan Terengganu sebagai pengeluar bakat sukan negara.

“Selepas ini, mereka (peserta)

yang berbakat dan memiliki poten-si dalam sukan ini akan dihantar ke akademi MY Kid Negeri untuk digilap seterusnya ke peringkat na-sional.

“Siapa tahu dalam tempoh 10 ta-hun akan datang ada dalam kalan-gan ahli Peteh Kids ini bakal meng-harumkan nama Terengganu dan negara dalam sukan bola sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ak-ademi Bolasepak Peteh Kids yang disempurnakan oleh Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di padang Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu, ba-ru-baru ini.

Usaha lahir pelapis muda melalui Peteh Kids

Peserta Peteh Kids yang terdiri daripada pelajar sekolah sedang mendengar taklimat `coach’, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas pelancaran Akademik Bolasepak Peteh Kids di Kuala Terengganu, baru-baru ini.