teganukita 36

16
ECER sasar pelaburan RM5 bilion ms - 6 Keunikan Muzium Terengganu ms - 13 Taman Ilmu tempatkan enam universiti ms - 3 Bil : 36 (01 Mac 2011) - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 lihat ms 2 lihat ms 3 TERENGGANU KEKAL NOMBOR 1 PNGK naik 2.49 peratus berbanding 2.49 peratus pada 2009. Seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00 Sebanyak 52 sekolah telah menduduki STPM tahun lalu dan 11 sekolah telah mencapai kecemerlangan PNGK lebih atau sama dengan sasaran 2.67 Calon terbaik negeri yang mendapat PNGK 4.00 adalah Nik Muhammad Afiq Mohamad Nasrudin dari SMK Putra Jerteh dan Aisyah Faizah Zaki (SMK Maarif, Besut) masing-masing memperoleh keputusan 4A 1A TATiUC latih pekerja tram Melaka Oleh: Suriati Ali KEPUTUSAN Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di Terengganu, terus mencatatkan peningkatan mem- banggakan apabila Purata Nilai Gred Ku- mulatif (PNGK) memperoleh 2.49 pera- tus berbanding 2.38 peratus bagi STPM 2009. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, berkata apa membanggakan , seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00 berbanding 8 pelajar bagi tahun sebelumnya. “Pencapaian calon yang mendapat 5 prinsipal pula meningkat sebanyak 0.26 peratus daripada 8.7 peratus berband- ing 8.44 peratus bagi 2009. Manakala 4 prinsipal meningkat 1.90 peratus (44.06 peratus 2010 dan 42.16 peratus 2009). “Pencapaian lulus penuh, turut menun- jukkan peningkatan sebanyak 1.10 pera- tus daripada 97.09 peratus berbanding 42.16 peratus 2009,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan Kepu- tusan Peperiksaan STPM, di pejabat beliau, Jalan Bukit Kecil, Kuala Tereng- ganu, baru-baru ini. Encik Razali berkata, daripada 18 mata pelajaran yang diambil pelajar, 10 subjek iaitu Kesusasteraan Melayu, Sains Su- kan, Seni Visual, Komputer, Matematik Tambahan, Syariah, Pengajian Perni- agaan, Bahasa Melayu, Pengajian Am dan Kimia menunjukkan peningkatan dan lulus penuh. “Sebanyak 52 sekolah telah men- duduki STPM tahun lalu dan 11 sekolah telah mencapai kecemerlangan PNGK lebih atau sama dengan sasaran 2.67. “Antara sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemaman memperoleh PNGK sebanyak 2.91; SMK Bukit Pay- ong, Besut (2.87); SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu (2.85); SMK Cheneh Baru, Kemaman (2.83); SMK Nurul It- tifaq, Besut (2.80) dan SMK Durian Guling, Marang memperoleh 2.78,” ka- tanya. Katanya, calon terbaik negeri yang mendapat PNGK 4.00 adalah Nik Mu- hammad Afiq Mohamad Nasrudin dari SMK Putra Jerteh dan Aisyah Faizah Oleh: Kamaruddin Mat Akib KOLEJ UNIVERSITI TATI (TA- TiUC) bakal melatih pemandu dan pekerja tram Melaka yang dijadualkan mula beroperasi di negeri bersejarah itu, pada pertengahan tahun depan. Perjanjian mengenai pengambilan pelajar bagi menjalani kursus lokomo- tif dan pekerja tram untuk tujuan terse- but dijangka dilakukan Mac ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ah- mad Said, turut hadir pada majlis pecah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, turut hadir pada majlis pecah tanah Projek Tram Melaka yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 30-Mar-2016

258 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teganukita 26

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 36

ECER sasar pelaburan RM5 bilion

ms - 6

Keunikan Muzium Terengganu

ms - 13

Taman Ilmu tempatkan enam universiti

ms - 3

Bil : 36 (01 Mac 2011) - http://teganukita.blogspot.comISSN 2180-4737

lihat ms 2 lihat ms 3

TERENGGANU KEKAL NOMBOR 1PNGK naik 2.49 peratus berbanding 2.49 peratus pada 2009. Seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00

Sebanyak 52 sekolah telah menduduki STPM tahun lalu dan 11 sekolah telah mencapai kecemerlangan PNGK lebih atau sama dengan sasaran 2.67

Calon terbaik negeri yang mendapat PNGK 4.00 adalah Nik Muhammad Afiq Mohamad Nasrudin dari SMK Putra Jerteh dan Aisyah Faizah Zaki (SMK Maarif, Besut) masing-masing memperoleh keputusan 4A 1A

TATiUC latih pekerja tram Melaka

Oleh: Suriati Ali

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di Terengganu, terus mencatatkan peningkatan mem-banggakan apabila Purata Nilai Gred Ku-mulatif (PNGK) memperoleh 2.49 pera-tus berbanding 2.38 peratus bagi STPM 2009. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, berkata apa membanggakan , seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00 berbanding 8 pelajar bagi tahun sebelumnya. “Pencapaian calon yang mendapat 5 prinsipal pula meningkat sebanyak 0.26 peratus daripada 8.7 peratus berband-ing 8.44 peratus bagi 2009. Manakala 4 prinsipal meningkat 1.90 peratus (44.06 peratus 2010 dan 42.16 peratus 2009). “Pencapaian lulus penuh, turut menun-jukkan peningkatan sebanyak 1.10 pera-tus daripada 97.09 peratus berbanding 42.16 peratus 2009,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan Kepu-tusan Peperiksaan STPM, di pejabat beliau, Jalan Bukit Kecil, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Encik Razali berkata, daripada 18 mata pelajaran yang diambil pelajar, 10 subjek iaitu Kesusasteraan Melayu, Sains Su-kan, Seni Visual, Komputer, Matematik Tambahan, Syariah, Pengajian Perni-agaan, Bahasa Melayu, Pengajian Am dan Kimia menunjukkan peningkatan dan lulus penuh. “Sebanyak 52 sekolah telah men-duduki STPM tahun lalu dan 11 sekolah telah mencapai kecemerlangan PNGK lebih atau sama dengan sasaran 2.67. “Antara sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemaman memperoleh PNGK sebanyak 2.91; SMK Bukit Pay-ong, Besut (2.87); SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu (2.85); SMK Cheneh Baru, Kemaman (2.83); SMK Nurul It-tifaq, Besut (2.80) dan SMK Durian Guling, Marang memperoleh 2.78,” ka-tanya. Katanya, calon terbaik negeri yang mendapat PNGK 4.00 adalah Nik Mu-hammad Afiq Mohamad Nasrudin dari SMK Putra Jerteh dan Aisyah Faizah

Oleh: Kamaruddin Mat Akib

Kolej universiti tati (TA-TiUC) bakal melatih pemandu dan pekerja tram Melaka yang dijadualkan mula beroperasi di negeri bersejarah itu, pada pertengahan tahun depan.

Perjanjian mengenai pengambilan pelajar bagi menjalani kursus lokomo-tif dan pekerja tram untuk tujuan terse-but dijangka dilakukan Mac ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ah-mad Said, turut hadir pada majlis pecah

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, turut hadir pada majlis pecah tanah Projek Tram Melaka yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Page 2: teganukita 36

2 am

Pertandingan memupuk kesedaran kebersihan

dari ms 1

Kejayaan pelajar dan kualiti pendidikan negeri

Program ETA diperluas ke seluruh negaraprogram English Teaching Assistant (ETA) yang dilaksanakan di be-berapa sekolah menengah terpilih di negeri ini bakal diperluaskan ke sekolah-sekolah seluruh negara bagi melahirkan lebih ra-mai pelajar terbilang yang mampu menguasai Bahasa Inggeris secara lebih men-dalam. Melalui konsep pembe-lajaran ETA, setiap pelajar nyata lebih berani men-jawab soalan, tidak gentar membentang hasil kerja dan gemar menjalankan pelbagai aktiviti berasas-kan penggunaan bahasa berkenaan. Program ETA yang su-dah bermula 2006 dengan setiap tahun terdapat 10 hingga 12 sekolah menen-gah dipilih untuk memberi ruang kepada pelajar uni-versiti di Amerika Syarikat mengajar di sekolah itu. Duta Besar Malay-sia ke Amerika Syarikat, Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis, berkata dia bangga

dan kagum kerana Kera-jaan Terengganu mampu mewujudkan program ETA yang nyata mampu membuka minda pelajar

menguasai subjek Bahasa Inggeris secara bijaksana. Dato’ Seri Jamalud-din yang berminat dengan kaedah itu akan mengam-

bilnya sebagai contoh atau model sebelum diper-luaskan ke sekolah lain se-luruh negara. “Pihak kami sedang

merangka kertas kerja berkaitan itu dan akan membentangkannya ke-pada Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa ter-dekat. “Jika mereka menya-takan persetujuan, kita akan laksanakannya sece-pat mungkin, secara tidak langsung mewujudkan kembali apa yang pernah dilaksanakan dahulu,” ka-tanya ketika kepada pem-berita selepas mengada-kan lawatan kerja bersama Duta Amerika Syarikat, Paul W. Jones di Sekolah Menengah Lembah Bi-dong, Setiu, baru-baru ini. Lawatan itu bertujuan mengetahui keberkesanan ETA yang dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri ini. Dato’ Seri Jamaluddin turut memberitahu, konsep

Zaki (SMK Maarif, Besut) masing-mas-ing memperoleh keputusan 4A 1A-. “ M a n a k a l a Nursyarihah Mohd Hasry dari SMK Ibrahim Fikri ber-jaya mendapat 4A 1B+; Nazhirah Mohd Zaki, pelajar

Oleh: Esah Abdullah

Kebersihan meru-pakan tunggak kepada kehidupan yang selesa dan harmoni selain men-jadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, kebersihan itu sebahagian daripada iman. “Islam menganjurkan umatnya sentiasa menga-malkan kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat ibadat kera-na suasana bersih, suci mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan im-pak kesejahteraan kepada umum,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah. Katanya, kerajaan mengambil inisiatif me-nganjurkan pelbagai pertandingan kebersihan dan keceriaan membabit-kan sekolah, kampung, kedai makan dan tadika dalam usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ke-pentingan kebersihan ber-mula daripada peringkat kanak-kanak. “Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biar-lah dari rebungnya’ dan

pendedahan awal kepada kanak-kanak di tadika penting bagi memastikan generasi akan datang sen-tiasa menghargai keber-sihan dalam segala aspek kehidupan,” katanya di majlis penyampaian had-iah Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri di Menara Yayasan Islam Terengganu (YIT), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pe-nolong Setiausaha Kera-jaan (Kerajaan Tempatan dan Tugas-tugas Khas) Haji Wan Mohd Lotfi Wan Ismail; Timbalan Penga-rah YIT, Haji Alias Jaafar dan Penolong Pengarah Kemas, Puan Zanna Ro-slan. Pertandingan yang membabitkan empat ja-batan pra sekolah seperti YIT, Jabatan Pelajaran Terengganu (JPT), Kema-juan Masyarakat (Kemas)

dan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini mampu menerapkan nilai murni dan budaya cintakan kebersihan alam sekitar. Sementara itu, Tadika YIT Parlimen Kuala Nerus menjadi johan kategori

bersepadu dan menerima wang tunai RM3,500 be-serta sijil, Tadika YIT Hulu Terengganu (kedua) menerima RM3,000, dan Tadika YIT Setiu (ketiga) menerima RM2,500. Manakala kategori in-

dividu, Tadika Kemas, Kampung Amer 11, Be-sut (johan) menerima RM2,000, Tadika Kemas Kampung Sungai Lerek, Setiu (kedua) menerima RM1,500 dan Tadika Ke-mas Kampung Pengkalan

Setar, Marang (ketiga) menerima RM1,000. Kategori berkenaan tu-rut bertanding di peringkat Parlimen dan johan men-erima wang tunai RM500 naib johan RM450 dan tempat ketiga RM300.

SMK Tengku Lela Segara, Marang memperoleh 4A 1B-,” katanya. Katanya, JPNT bangga dengan

Pemenang bersama hadiah Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri di Menara Yayasan Islam Terengganu (YIT), Kuala Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman.

Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis bersama guru ETA dan pelajar ketika mengadakan lawatan kerja bersama Duta Amerika Syarikat, Paul W. Jones di Sekolah Menengah Lembah Bidong, Setiu.

Pelajar SMK Ibrahim Fikri

Kuala Terengganu bersama

keputusan cemerlang

peperiksaan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia.

yang bakal dilaksanakan mungkin berbeza sedikit di mana menggunakan sistem pertukaran tenaga pengajar. “Seramai 300 hingga 500 guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di negara ini dijangka terlibat bagi memantapkan penggu-naan Bahasa Inggeris,” katannya. Sementara itu, Paul W.Jones, berkata idea pertukaran tenaga pen-gajar cukup baik dan sewajarnya dilaksanakan. Apabila pulang nanti, dia akan berbincang dengan Presiden. “Kerjasama dan hubun-gan baik antara Malaysia khususnya Terengganu dan Amerika Syarikat akan diteruskan untuk ke-pentingan bersama teruta-ma berkaitan ekonomi dan persahabatan,” katanya.

keputusan yang di-pamerkan ini. Tah-niah juga kepada pengetua, guru dan ibu bapa yang telah banyak mengor-

bankan masa dan tenaga semata-mata ingin melihat ke-jayaan pelajar dan kualiti pendidikan negeri.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 3: teganukita 36

3am 3

Taman Ilmu tempatkan enam universiti

dari ms 1

Usaha cari gali artifak diteruskan

Terengganu turut terlibat dalam projek Tram Melaka

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Harun Hassan

taman ilmu yang dibina di Kampung Tem-bila, Besut dan boleh me-nempatkan enam univer-siti, boleh mula digunakan akhir tahun ini, apabila se-bahagian besar komponen penting siap sepenuhnya. Lawatan Teganukita bersama-sama pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) petang semalam, mendapati sebahagian be-sar komponen utama sep-erti kerja-kerja prasarana, perpustakaan, pusat pela-jar, kompleks sukan, de-wan konvokesyen, kedia-man pelajar dan masjid, hampir siap. Pelbagai wakil media turut menyertai lawatan tersebut yang dianjurkan Unit Komunikasi Negeri (Ukom), bagi memberi-kan maklumat mutakhir mengenai prestasi projek bernilai lebih RM300 juta itu. Sehingga ini, kerja-kerja menyediakan prasa-rana sudah pun 90 peratus siap, masjid (70 peratus), perpustakaan (100 pera-tus), kompleks sukan (92 peratus), pusat pelajar (90 peratus) dan dewan konvokesyen (75 peratus) dan kediaman pelajar (95 peratus). Mengikut penilaian JKR, secara purata kemu-dahan asas untuk mem-bolehkan taman tersebut mula beroperasi sudah 85.29 peratus siap, ber-banding peratus sebenar 93.75 peratus. Sehingga ini, beberapa universiti termasuk dari luar negara berminat un-tuk membuka cawangan mereka di Taman Ilmu dan perbincangan sedang di-lakukan dengan kerajaan negeri bagi tujuan itu.

Difahamkan kerajaan negeri sedang menimbang permohonan tersebut dan masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya. Kerja-kerja terakhir (finishing) di beberapa komponen utama sedang giat dilakukan manakala perpustakaan sudah mula diisi dengan sebahagian perabot yang ditempah sebelum ini. Apabila siap semua komponen yang diran-cang, Taman Ilmu mampu menempatkan 35,000 pelajar di mana mereka akan berkongsi pelbagai kemudahan yang disedia-

kan di kawasan tersebut. Taman Ilmu meliputi kawasan seluas 700 ekar dan bakal menjadi pe-mangkin ekonomi negeri

Terengganu, khususnya di bahagian utara melibatkan derah Besut dan Setiu.

lebih banyak artifak berharga dijangka bakal ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, apabila usaha mencari gali bahan-bahan sejarah di kawasan tersebut diteruskan tidak lama lagi. Usaha mencari gali artifak di kawasan terse-but yang diuruskan pa-kar pengkaji bahan-bahan sejarah, merupakan ke-sinambungan kerja-kerja mencari gali yang dilaku-kan pada tahun 2009. Pegawai Perhubun-gan Awam dan Pemasa-ran Perbadanan Muzium Negeri Terengganu, Mohd Saberi Muda, ber-kata pihaknya yakin Gua Bewah menyimpan ban-yak khazanah berharga berdasarkan hasil pen-emuan usaha cari gali di kawasan itu yang dilaku-

kan sebelum ini. Beliau berkata, pada pencarian yang dilakukan dua tahun lalu muzium itu berjaya menemui pelbagai bahan sejarah, termasuk satu rangka manusia yang dipercayai berusia 11,000 tahun. Mohd Saberi berkata, Gua Bewah merupakan batu kapur yang menjadi penempatan terawal ma-nusia zaman pra-sejarah di negara ini. Sebanyak 613 artifak ditemui hasil kerja men-cari gali di kawasan terse-but yang dimulakan pada 2009 hingga tahun lepas. Kerajaan negeri mahu mengekalkan artifak ma-nusia kuno itu di Gua Be-wah sebagai daya tarikan pelancong ke Tasik Ke-nyir, khususnya di kalan-gan pencinta sejarah.

tanah Projek Tram Mela-ka yang dirasmikan Per-dana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Ayer Keroh, baru-baru ini. Projek berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh setahun merupa-kan satu lagi projek yang bakal meningkatkan bilangan pelancong ke Melaka Bandaraya Ber-sejarah dan secara tidak langsung turut menaik-kan nama Terengganu sebagai pelatih pekerja tram. Perdana Menteri da-lam ucapannya melahir-kan rasa teruja dengan hasrat kerajaan negeri Melaka untuk melaksan-akan projek tersebut dan berharap ia akan menjadi ikonik bukan saja kepada negeri Melaka, tetapi ke-pada negara Malaysia. Beliau berkata, projek itu amat istimewa kerana ia mampu mengelakkan masalah pencemaran dan mesra alam kerana menggunakan NGV. Katanya, pelaksanaan projek tersebut juga se-lari dengan hasrat Kera-jaan Pusat yang ingin mengetengahkan projek pelancongan yang mam-pan dan mengambil kira penjagaan persekitaran Projek tersebut akan dimulakan pada bulan Mei ini dan dijangka siap pada bulan Mei ta-

hun depan. Terengganu turut terli-bat dalam projek berke-naan apabila TATiUC dipilih sebagai institusi pengajian tinggi yang akan melatih petugas tram berkenaan. Hadir sama pada ma-jlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB Ahmad Razif Abdul Rah-man, Dato’ Mohamed Awang Tera dan Dato’ Zaaba Mohd Adib.

Kompleks pendidikan Terengganu yang dikenali sebagai Taman Ilmu megah berdiri dan akan dibuka pada penghujung tahun ini.

Keadaan dalam Taman Ilmu.

Gua Bewah menyimpan banyak khazanah berharga berdasarkan hasil penemuan usaha cari gali di kawasan itu yang dilakukan sebelum ini.

Terengganu turut terlibat dalam projek berkenaan apabila TATiUC dipilih sebagai institusi pengajian tinggi yang akan melatih petugas tram berkenaan

Dato’ Seri Najib menerima model Tram Melaka dari Tengku Abdul Rahman Al-Haj (dua dari kanan) disaksikan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Terengganu.

Perdana Menteri membunyikan loceng gimik perasmian Tram Melaka sambil disaksikan Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Melaka.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 4: teganukita 36

WAKAF RAKYATOleh: ANAK POK TEH

Amalkan hidup tanpa beg plastik

Oleh: RUSLAN ABD RAHMANANALISIS

Penaung : YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit KomunikasiPenasihat : Hambali Abdul Latiff, Pengarang Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit KomunikasiPenolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat AkibPenolong Pengarang 2 : Aida Abdul RahmanWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura

JamaluddinJurufoto : Zulkipli Putra & Syed Abd RahmanPelatih : Mohamad Shahrir, Raja FaisalPengendali Blog : Harun Hassan

Ladang Gemilang pastikan aset Bumiputera kekal di bandarusaha Pembangunan di Kampung Ladang yang membabitkan beberapa buah kampung sekitar yang sekian lama terping-gir dalam bandar Kuala Terengganu adalah usaha yang amat positif. Kalau dibiarkan kuasa pasaran menentukan su-dah tentu pembangunan hartanah dijalankan oleh swasta akan berterusan. Sudah tentu mereka yang kebanyakan orang-orang Melayu yang menghuni di situ, termasuk secara menumpang tidak mung-kin mampu untuk membeli hartanah atau unit-unit ru-mah dan kedai yang pasti tinggi harganya dijual oleh pihak swasta. Begitu juga keadaan perkampungan itu yang tidak terurus susun aturnya, sistem perpari-tannya dan rumah-rumah using menjadikan suasana yang mencacatkan peman-dangan yang memalukan, terutama kepada para pelancong yang menginap di hotel sekitarnya. Keadaan yang tidak ter-arah dan tersusun, tentulah membawa suatu bentuk ke-hidupan yang tidak selesa,

pincang dan menghasilkan pelbagai masalah social, lebih-lebih lagi dengan te-kanan hidup dalam bandar.Kita juga tentulah tidak mahu aset-aset Bumiput-era terlepas begitu sahaja dan mereka terus tinggal terpinggir, apatalah lagi kebanyakannya merupa-kan golongan yang ber-pendapatan rendah. Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said

sanggup berbelanja berju-ta-juta ringgit demi mem-bela nasib dan masa depan masyarakat di Kampung Ladang serta sekitarnya. Terdapat beberapa kat-egori orang-orang mer-eka berada di Kampung Ladang itu:• Mereka memiliki rumah dan tanah• Mereka hanya memiliki rumah tetapi menumpang di tanah orang• Mereka hanya menump-

ang di rumah dan tanah mi-lik orang, termasuk tanah milikan kerajaan. Keluarga dari kum-pulan kumpulan ini terus berkembang dan kadang-kadang terpaksa hidup berasak-asak dalam rumah membabitkan beberapa ke-luarga. Oleh itu kerajaan mengambil daya usaha membangunkan Ladang dan sekitarnya selain mem-bina pangsapuri untuk me-

tahu atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar ke-pada alam sekeliling termasuk manusia. Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta. Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Beg plastik dapat menyebabkan penghasilan ba-han toksik yang boleh menyebabkan masalah ke-mandulan kepada lelaki , sakit buah pinggang dan kanser. Selain itu kajian juga menunjukkan 100,000 hidupan marin mati setiap tahun akibat termakan benda asing yang diperbuat daripada plastik atau pencemaran laut yang berpunca daripada pembuan-gan plastik. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar memberitahu terdapat 13 pasar raya besar dan premis terpilih telah mengenakan caj antara 10 hingga 20 sen bagi setiap beg plastik pada kempen tanpa beg plastik setiap Sabtu. Dr. A. Rahman berkata, hasil daripada caj terse-but disimpan dalam dana khas yang akan digunakan untuk program-program kepenggunaan serta ke-masyarakatan yang menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar. Sejak awal tahun ini katanya, sejumlah RM3,782.70 hasil jualan plastik berjaya dikumpul dan usaha ini dilihat lebih kepada mendidik orang ramai supaya tidak menggunakan langsung beg plastik. “Kerajaan amat serius dalam hal berkaitan kesi-hatan rakyat dan hasil kajian, beg plastik merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan dan pence-maran alam sekitar,” katanya. Di beberapa negara Eropah mewajibkan peng-guna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai ‘Green Bag’ sebagai ganti beg plastik ketika mem-beli-belah. Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Beg plastik mengandungi satu bahan yang dike-nali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada 2002 berja-ya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia.

Penduduk Ladang bagaikan tidak sabar untuk melihat perubahan pembangunan di kawasan mereka.

44

pada edisi lalu Wakaf Rakyat memperkatakan bagaimana Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said menghargai penjawat awam apabila meletakkan mereka sebagai di bari-san hadapan pentadbiran negeri yang berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbi-ran dan Pembangunan.’ Menyebut gagasan ini, kita tidak boleh ter-lepas pandang peranan pemimpin peringkat bawahan, bukan sahaja pemimpin politik dan masyarakat tetapi imam dan bilal. Sumbangan mereka ke-pada masyarakat setempat bukan sahaja amat diper-lukan tetapi amat penting bagi mewujudkan suasana harmoni dan perpaduan di kalangan penduduk, khususnya umat Islam. Satu perkara menarik yang ditimbulkan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said ialah kenapakah,

Imam & bilal ejen penting bina umat berdaya majuorang bukan Islam tidak berbalah mengenai agama mereka, malah mereka bersatu jika ada bencana menimpa atau rasa teran-cam. Sedangkan kita umat Is-lam khususnya di Tereng-ganu ini sering bertel-ingkah dan berpolimik mengenai Islam tidak ha-bis-habis? Siapakah boleh men-jawab dan mencari penye-lesaian kepada masalah itu? Kerana itu Menteri Besar meminta bijak pan-dai Islam melihat fakta kenapa orang bukan Islam tidak berbalah menge-nai agama mereka, malah nampak bersatu dan cuba mengatasi masalah kaum atau juga kumpulan mer-eka secara bersama-sama. Persoalan asas ini sebe-narnya ditimbulkan Men-teri Besar pada Bicara Eksekutif : Multaqa Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama Imam dan

Bicara Eksekutif: Multaqa Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama Iman dan Bilal di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Iman dan bilal memainkan peranan mengurangkan polemik dan perbalahan antara umat Islam di negeri ini. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 5: teganukita 36

Ladang Gemilang pastikan aset Bumiputera kekal di bandarnempatkan mereka den-gan lebih selesa, sekalipun golongan yang menump-ang atau tinggal di ‘tanah haram’ turut diberikan pe-luang. Langkah pertama ialah dengan membina pang-sapuri ‘transit’ untuk men-empatkan terlebih dahulu mereka yang terbabit se-bagaimana tiga kumpulan dan kategori tadi. Pangsapuri Ladang Gemilang 1 ini dileng-kapi tiga bilik tidur dan dua bilik air- amat selesa sekali berbanding dengan kehidupan sebelumnya di perkampungan yang padat dan tidak bersistem. Kesemua 192 orang te-lah mula menduduki pang-sapuri transit itu perten-gahan tahun lalu (2010) sebelum menjelang samb-utan Aidilfitri, penyerahan kunci disempurnakan oleh Menteri Besar sendiri. Ia dibangunkan di atas tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu. Kemudahan surau juga diadakan untuk menam-pung 200 jemaah pada satu- satu masa. Perlu difahami un-

tuk Pangsapuri Ladang Gemilang 1 ini adalah ‘transit’ dan mereka ting-gal sementara secara me-nyewa terlebih dahulu di sini sebelum berpindah ke Pangsapuri Ladang Gemil-ang fasa seterusnya. Sewa bulanan lebih kurang RM300 sahaja di kediaman yang begitu se-lesa ini merupakan suatu nikmat kalau hendak dibandingkan unit-unit ru-mah rumah seumpamanya di sekitar bandar ini antara RM700 hingga RM800 sebulan. Kadar sewaan ini hanya dibuka kepada mereka yang terlibat dalam perpin-dahan itu sahaja. Bagi rumah yang akan dijual kelak (Gemilang Fasa II) kerajaan mem-berikan subsidi 50 peratus bagi rumah kos rendah, manakala bagi Pangsapuri Ladang Gemilang bagi rumah mampu milik ber-harga RM150,000, dijual dengan harga RM75,000. “Sekarang ini kita jadi-kan transit dahulu untuk beberapa tahun bagi me-mudahkan mereka ber-pindah dan memudahkan kerja-kerja pembangunan

kampung mereka di-jalankan,” tegas Menteri Besar di majlis penyera-han kunci. Mereka yang termasuk dalam senarai penerima bantuan sewa rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mereka hanya perlu bayar RM126 sahaja setiap bu-lan Difahamkan berdasar-kan prosedur biasa, bagi tiga tahun pertama mereka bayar sewa dan selepas itu jika tiada aduan, bantahan serta tiada penyelewen-gan, kerajaan menetapkan tiga tahun pertama seba-gai bayaran permulaan ke-pada sewa beli rumah itu sebagaimana yang sudah dijelaskan. Sebenarnya pembangu-nan di Kampung Ladang dan pembinaan pangsapuri Ladang Gemilang adalah sesuatu yang berfaedah dan baik demi masa de-pan masyarakat di ping-gir bandar itu, di samp-ing perlunya kampung itu disusun atur dengan baik agar kelihatan cantik dan memajukan pelancongan sekaligus. Pangsapuri Ladang Gemilang 1 yang kini sudah diduduki sebahagian penduduk Ladang.

55

Imam & bilal ejen penting bina umat berdaya majuBilal di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam ba-ru-baru ini. Dato’ Seri Ahmad Said turut mengemuka-kan pertanyaan, menga-pakah kerana hanya tidak bersependapat mengenai perkara-perkara cabang dalam Islam kita di Tereng-ganu ini mula memusuhi saudara Islam kita sendiri? Apabila Menteri Besar mengemukakan persoalan ini, beliau sebenarnya men-gajak imam dan bilal ber-bicara mengenai masalah asas yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Amat jelas sukar bagi pentadbir atau penjawat awam serta orang politik menyelesai-kan isu ini walaupun ada di antara punca perpecahan sesame Islam di peringkat bawah diakibatkan oleh orang politik! Kerana sukarnya men-gatasi masalah perteling-kahan seperti ini, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri berharap imam dan bilal

memainkan peranan men-gurangkan polemik dan perbalahan antara umat Islam di negeri ini. Amat jelas bagi kera-jaan negeri, di sinilah le-taknya amanah dan keper-cayaaan kerajaan kepada warga imam dan bilal kerana seperti kata Dato’ Ahmad Said, “jika kita mahu kebaikan maka kita akan mendapat kebaikan dan jika kita menghenda-ki kemusnahan, kita akan menerima akibat dan kes-annya.” Di mana-mana juga, tidak terbatas di Tereng-ganu sahaja,warga imam dan bilal adalah institusi barisan hadapan yang da-pat mencorakkan pe-mikiran rakyat. Mereka adalah ejen penting da-lam menyampaikan hasrat kerajaan untuk memaju-kan negeri ini serta mem-bina umat yang berdaya maju. Amat jelas imam dan bilal tidak sewajarnya merasakan mereka tersisih

atau disisih dalam mema-jukan negeri dan membina rakyat yang berdaya maju bagi tujuan pembangunan negeri. Jawatan mereka penting dalam masyarakat Islam dan bukan Islam dan sudah sewajarnya mewarisi per-anan yang dimainkan oleh Rasulullah S.A.W. bukan sahaja dalam membimbing solat malah penting dalam membentuk masyarakat yang berdaya maju. Bagi kerajaan negeri, merekalah simbol penyat-uan umat. Ini dapat dilihat dengan jelas umpamanya melalui ibadah solat ber-jemaah, setiap umat Islam perlu mengetepikan segala bentuk perbezaan yang ada dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu imam. Namun di sebalik itu seperti ditimbulkan Men-teri Besar pada Multaqa berkenaan, jika berlaku pula solat dua imam, amat jelas menunjukkan masyarakat di kawasan itu telah dipisahkan oleh

politik. Persoalan dilem-parkan oleh Dato’ Seri Ah-mad Said ialah: “Mengapa kita mesti mempamerkan keegoan kita kepada masyarakat yang meng-harapkan bimbingan dari kita supaya menjadi umat yang lebih baik?” Ini bagaikan suatu cabaran oleh Menteri Be-sar agar imam dan bilal memperbaiki suasana kurang harmoni peringkat bawahan itu kepada suatu keadaan yang lebih mesra dan wujudnya perpaduan di kalangan umat Islam di negeri ini. Apa yang diharapkan ialah, sebagai pemimpin masyarakat setempat, personaliti dan tindak tanduk setiap Imam har-uslah sentiasa dijaga agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Seba-gai pemimpin masyarakat mereka bukan sahaja perlu dilihat sebagai orang yang ‘lebai’ dan berilmu agama tetapi juga kelihatan hebat pada setiap waktu dan ke-

tika. Kerajaan negeri juga mahukan agar Imam-iman menyediakan diri dengan ilmu yang men-cukupi yang memboleh-kan mereka bukan sahaja mahir dalam ilmu Fardhu Ain malah menguasai ke-mahiran lain seperti ilmu Psikologi, Kaunseling dan sebagainya. Kedudukan mereka yang ‘istimewa’ itu membolehkan mereka mengambil peluang men-jadi Guru Ta’mir yang mengajar di masjid-masjid dan memberikan khidmat nasihat agama di masjid, selain membuka kelas pengajian berkaitan agama dan kebudayaan Melayu seperti marhaban, berzanji, qasidah dan sebagainya. Usaha ini perlu dimula-kan dari sekarang kerana jika diabaikan, tidak mus-tahil jika suatu hari nanti ilmu-ilmu ini akan luput ditelan zaman. Yang juga diharapkan Menteri Besar ialah imam dan bilal hari ini perlu juga

mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan urusan keduniaan seperti ilmu pentadbiran, teknologi, teknologi maklumat dan sebagainya. Ini kerana merekalah penggerak dan pemangkin bagi segala kegiatan masyarakat set-empat. Natijahnya, baik atau buruk sesuatu masyarakat di Terengganu ini banyak bergantung kepada se-jauh mana imam dan bilal mampu melaksana dan memenuhi tanggungjawab mereka sewajarnya. Merekalah pemimpin agama setempat dan mer-eka jugalah contoh kepada masyarakat setempat. Pengiktirafan kerajaan terhadap mereka mampu menjadikan masyarakat Islam di Terengganu lebih bersatu dan melaluinya mereka dengan sendirinya tidak lagi terpinggir dari-pada jentera pembangunan negeri yang mendahulukan kepentingan rakyat menga-tasi segala-galanya.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 6: teganukita 36

6 rencana

Inspirasi seni khat

ECER sasar pelaburanRM5 bilion

EKONOMIBUDAYA

Oleh: Aida Abd Rahman

terengganu yang domi-nan dengan jolokan `Negeri Anjung Ilmu’ terus mengorak langkah memartabatkan satu lagi cabang ilmu apabila men-ganjurkan pertandingan seni khat peringkat kebangsaan pada 12 hingga 13 Mac ini. Pertandingan yang julung kali dianjurkan Persatuan Seni Khat Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Tereng-ganu bertemakan`Inspirasi Seni Khat TTI (Taman Tama-dun Islam)’ menawarkan had-iah keseluruhan berjumlah RM61,000 yang bakal disertai lebih 300 peserta dari seluruh Malaysia. Pengerusi jawatankuasa pertandingan, Dato’ Zubir Embong, berkata program yang berkampung di TTI merangkumi pameran, semi-nar dan juga pertandingan seni khat melibatkan penyer-taan penggiat, pengkarya dan peminat seni khat dari seluruh negara. Katanya, pertandingan yang menawarkan dua kat-egori, masing-masing spon-tan (terbuka) bagi 18 tahun ke atas dan spontan (sekolah) bagi yang berusia 13 hingga 18 tahun bakal mengetengah-kan karya khat yang popular termasuk Thuluth, Kufi, Na-sakh dan Diwani.

Tokoh kaligrafi Islam, Pro-fesor Dr Muhammad Bukhari Lubis dari Universiti Pergu-ruan Sultan Idris (UPSI) akan mengemukakan ucaptama pada program itu, selain ke-munculan tokoh kaligrafi terkenal dunia dari Syria, Adnan Sheikh Osman sepan-jang seminar bagi berkongsi ilmu penulisan dengan peserta pertandingan ini. Beliau berkata, program itu akan menjadi forum untuk memperkasa dan menanam minat supaya kecintaan terh-adap khat subur di kalangan masyarakat khususnya golon-gan muda, selain membuka mata mengenai keindahan, rah-

sia dan nilai tulisan jawi atau khat ini kepada masyarakat Islam. “YAB Menteri Besar cukup berminat dengan program ini. Beliau turut menyediakan satu piala khas sebagai piala irin-gan dinamakan `Piala Menteri Besar Terengganu’ dan di-jangka pertandingan ini akan diadakan secara tahunan,” katanya ketika sidang akhbar mengenai program itu, di De-wan Konvensyen TTI, di Pu-lau Wan Man, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Uru-san TTI, Engku Md Azmi Engku Abd Rahman.

ANTRARA projek yang dipromosikan di dalam SEZ ECER ialah kluster Perindus-trian Minyak Sawit, masing-masing Pembangunan Pelan-congan Daratan Pantai Pantai Sepat, Cherating dan Kijal, Taman Halal Gambang, Ta-man Perindustrian Automotif Pekan, Taman Polimer Kertih dan Bandaraya Pelabuhan Kuantan. Issace berkata ECER meli-puti kawasan yang luas, yang boleh memenuhi keperluan negara-negara Timur Tengah

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia menyasarkan untuk me-narik pelaburan RM5 bilion (AS$1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbang dari Timur Ten-gah. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia menyasarkan untuk me-narik pelaburan RM5 bilion (AS$1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbang dari Timur Ten-gah. Ketua Peghawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata di Abu Dhabi semalam, ECER Ma-laysia berkeyakinan menarik lebih banyak pelaburan dari negara-negara Majlis Ker-jasama Teluk (GCC) pada ta-hun ini. “Kami sedang mengada-kan perundingan yang serius dengan beberapa pelabur ber-potensi dari Timur Tengah

dan menjangka mengumumkan perkembangan positif menje-lang tahun ini,” katanya pada forum “Invest Malaysia 2011” yang dilancarkan di Abu Dha-bi, baru-baru ini. Issace berkata wujud minat mendalam dari Timur Tengah terhadap ECER, terutama seka-li dalam bidang industri halal, pelancongan dan pertanian, khususnya ternakan ayam itik dan perikanan. Antara 2007 dan 2010, ECER menarik pelaburan ber-nilai RM35.6 bilion (AS$12.2 bilion), di mana RM15.3 bilion (AS$5.1 bilion) telah diterima. Beliau berkata kehadiran pelaburan Timur Tengah di da-lam ECER akan memberikan akses segera terhadap pasaran yang semakin bercambah di Timur Jauh dan Asia Pasifik, yang mempunyai penduduk empat juta orang dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang disatukan sebanyak AS$17 trilion.

Zon Ekonomi Khas ECERyang ingin meningkatkan pro-gram keselamatan makanan masing-masing. “Sambil Malaysia berkongsi banyak persamaan kebudayaan dengan Timur Tengah, ECER boleh menjadi satu destinasi pelaburan yang memenuhi sya-riah, pusat peranginan dan hotel bagi berorientasikan keluarga,” katanya. Katanya universiti dan kolej di GCC boleh juga mewujud-kan cawangan Malaysia mer-eka di ECER.

Inspirasi Seni Khat akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 12 Mac ini.

Dato’ Zubir menunjukkan salah satu hasil nukilan ‘Khat Kufi’

JEBASINGAM

ECER menyasarkan untuk menarik pelaburan RM5 bilion (AS$ 1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbangkan dari Timur Tengah.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 7: teganukita 36

7am

Kelas khas rekrut hafiz mulai tahun ini

Top IT ikat janji dengan Akram

Tapak rumah kini milik generasi kedua - Dato’ Nasir

Oleh: Esah Abdullah

perjanjian antara Top IT Sdn Bhd dengan Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) mem-buka satu laluan baru dalam dunia pendidikan negeri yang menuju kemuncak `negeri an-jung ilmu’. Kerjasama dua hala itu dilihat akan meledakkan satu dimensi baru dalam dunia pendidikan negeri di mana Top IT menyedi-akan sistem teknologi maklumat (IT) iaitu komputer riba untuk guru Akram dan e-Book untuk pelajar. Guru-guru Akram yang terba-hagi kepada 12 bidang termasuk Matematik, Sains, Bahasa Me-layu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, ICT dan Perkomputeran, Pendidikan Islam, Kajian Ke-masyarakatan, Teknik dan Voka-sional, Penyelidikan, e- Pantau dan Kokurikulum Rendah/Akram Rendah. Kumpulan guru Akram akan menyediakan 1,000 soalan sebu-

lan mengikut bahagian masing-masing untuk ujian pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di selu-ruh negeri. Majlis menandatangani per-janjian antara Top IT Sdn Bhd dan Akram di saksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman. Sementara Top IT diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Mohd Isa Nik dan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Neg-eri manakala Haji Che Abd Rani Mohd menjadi saksi. Akram pula diwakili Pengerusinya Encik Mustaffa Mohd dan disaksikan Pengarah Pelajaran, Encik Raza-li Daud.

mulai tahun ini kerajaan neg-eri mewujudkan satu kelas khas di sepuluh Sekolah Menengah Agama (SMA) negeri dalam usaha merekrutkan setiap pela-jar sebagai hafiz sebelum tamat tingkatan lima. Pelajar kelas berkenaan diwa-jibkan menghafaz enam juzuk setahun mulai tingkatan satu dan mereka dijangka mampu menamatkan 30 juzuk al-Quran sebaik tamat tingkatan lima. SMA terlibat adalah SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk; SMA Khairiah, SMA Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu; SMA Marang; SMA Mahmudiah, Kuala Be-rang; SMA Setiu; SMA Ittifaki-ah, Jerteh; SMA Maarif, Besut;

SMA Sultan Ismail, Dungun dan SMA Al- Falah, Kemaman. “Kerajaan sedar harapan masyarakat teralu tinggi un-tuk melihat anak-anak mer-eka menjadi hafiz al- Quran bila tamat sekolah menengah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat ketika merasmikan penutup Seminar Pemantapan Ummah Guru-guru Sekolah Menengah Terengganu sempena sambutan Maulidur Rasul di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato’ Sheikh Harun Ismail; Penolong Pesuruhjaya

Pembangunan Sumber Manusia, Encik Zahari Sulong dan 340 guru dari SMA, SMK, Seko-lah Menengah Imtiaz (SMI) dan Institut Al-Quran Tereng-ganu (IQT) serta guru-guru dari Timur Tengah. “Kewujudan kelas-kelas al-Quran di SMA, mampu menin-gkatkan jumlah pelajar yang hafiz selain pelajar hafiz dari SMI dan IQT,” katanya. Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi penekanan ke-pada Bahasa Arab dan al-Quran supaya apabila mereka berada dalam masyarakat, sekurang-kurangnya mereka boleh men-jadi pembantu imam dan bilal di 489 masjid yang terdapat di seluruh Terengganu.

Sementara itu, program pe-mantapan Bahasa Arab dan al-Quran yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu oleh kerajaan negeri dengan mengambil ten-aga pengajar dari negara Timur Tengah berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam bi-dang ilmu itu. Seramai 27 guru didatang-kan dari Mesir, Sudan dan Syria ditempatkan di sepuluh Sekolah Menengah Agama (SMA) neg-eri untuk mengajar Bahasa Arab dan al-Quran dalam tempoh dua tahun mereka berada di negeri ini. Di samping mengajar di kelas, guru berkenaan turut dilantik sebagai warden asrama bagi memberi peluang untuk mereka

bergaul dengan pelajar dengan lebih dekat serta secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di ka-langan pelajar.

peneroKa generasi kedua Felda Belara boleh menarik nafas lega apabila Ahli Parli-men Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri memberitahu isu pemilikan ta-nah tapak rumah di Bukit Perah dan Batu 20, Tepoh yang ter-gendala hampir 20 tahun kini

dalam proses pindah milik. “Kita menyedari generasi kedua Felda Belara menunggu lama bagi mendapatkan hak milik tanah di Bukit Perah dan Batu 20 yang diteroka oleh generasi pertama Felda Belara. Perkara ini telah dipersetujui oleh pejabat daerah dan kita hanya menunggu masa sesuai untuk mengusulkan kepada mesyuarat exco dalam masa terdekat”, kata Dato’ Nasir kepada Teganukita, baru-baru ini. Menurut Dato’ Mohd Nasir, pemindahan milik tanah itu perlu melalui banyak proses dalam memastikan pemba-hagian tanah berlaku dengan adil dan tidak berlaku pertin-dihan nama pada dua kawasan berbeza, sekaligus mengaki-batkan pemilikan berganda. “Sekiranya nama generasi kedua terdapat dalam senarai nama kawasan Bukit Perah, se-

cara automatik tapak rumah di Batu 20 akan diberikan kepada ahli keluarga yang lain”, ulas Dato’ Haji Nasir lagi. Kini terdapat 165 nama di Bukit Perah dan 65 nama di Batu 20 dalam kawasan Felda Belara yang merupakan salah satu Felda Bandaraya di Ma-laysia. Penama hanya perlu membayar 10 peratus harga premium daripada harga nila-ian tanah bagi mendapatkan tapak rumah itu. Dato’ Mohd Nasir menjelas-kan perkara tersebut dalam Majlis Perhimpunan Rapat dan Mesra Peneroka dan Gen-erasi Kedua Komuniti Pering-kat Felda Belara Bersama YB di Dewan Sivik Felda Belara yang turut dihadiri Ahli De-wan undangan negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.

Majlis menandatangani perjanjian antara Top IT Sdn Bhd dan Akram di saksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.

KHAZAN CHE MAT

MOHD NASIR

Kerajaan negeri akan mengadakan perjanjian usa-hasama dengan Royal College Surgeon of Ireland (RCSI) untuk membuka kampus cawangannya di negeri ini. Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan pe-gawai dari Yayasan Tereng-ganu (YT) akan ke Ireland untuk memeterai perjanjian berkenaan. “Dengan adanya usahasama ini, kita dapat jimat RM1 juta bagi seorang pelajar kerana kos sebenar pembiayaan sepa-njang enam tahun bagi setiap pelajar ialah RM1.5 juta,” ka-tanya. Dato’ Seri Haji Ahmad ber-

Kerajaan meterai janji dengan RCSI

kata, kerajaan akan menghan-tar 50 pelajar setahun ke RCSI untuk tempoh tiga tahun di Ireland setelah menghabis-kan pengajian tiga tahun di kampus cawangan tersebut, di sini. “Kerajaan akan mengeluar-kan belanja RM75 juta untuk 50 pelajar jika tempoh penga-jian enam tahun di Ireland, tetapi bila usahasama ini di-laksana kita mampu berjimat RM50 juta,” katanya. Katanya, bila kampus cawangan RCSI mula berop-erasi bukan setakat pelajar tajaan kerajaan negeri malah orang perseorangan yang mampu juga boleh hantar anak mereka untuk mengikuti pengajian dalam perubatan di sini.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 8: teganukita 36

hampir 4,000 peserta membabitkan 110 pasukan menyertai perarakan yang bermula dari Taman Shah Bandar, melalui bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sambil berselawat ke atas junjungan nabi, sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat negeri Terengganu yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah itu, baru-baru ini. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menjuarai pertandingan perarakan bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun; Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ( k a t e g o r i j a b a t a n

Kerajaan

Persekutuan dan badan berkanun Persekutuan) dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin pula kategori pelajar sekolah menengah. Manakala Akademi Bomba Malaysia Negeri Terengganu memenangi kategori badan-badan beruniform. Semua pasukan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta sijil penghargaan. Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Seri Laksamana Ra-ja, berkata kefahaman dan pen-ghayatan umat Islam berbeza-beza mengikut taraf dan latar belakang kehidupan sama ada yang masih kecil, dewasa atau warga emas. “Jika seseorang itu masih belajar, kadang-kadang mereka tidak memahami langsung apa itu Islam, kecuali sedikit maklumat asas mengenai aspek ibadat dalam

agama. “ M e r e k a mewakili sebahagian besar daripada keseluruhan

88

Semarak junjungan Rasulullah SAWumat Islam, mudah terpengaruh dengan adat budaya luar di mana bagi mereka, apa yang diikuti itu adalah benar dan betul,” katanya ketika berucap sempena perasmian sambutan itu. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Hajah Norliza Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Haji Razif Abd Rahman dan beberapa Exco Kerajaan Negeri. Tengku Laksamana Raja turut memberitahu, golongan yang mendapat pendidikan barat pula, sudah tentu mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna iaitu berteraskan wahyu, tetapi sebahagian besar daripada mereka ini mempunyai kedudukan yang baik dan tinggi dalam masyarakat. “Umat Islam juga sentiasa menghadapi cabaran daripada musuh yang tidak kelihatan seperti nafsu dan syaitan. Tidak ketinggalan musuh sesama sendiri iaitu manusia. Oleh itu, kita perlu s e n t i a s a berwaspada d a n berhati-hati

a g a r s e l a m a t daripada tipu daya

Selasa, 01 Mac 2011

Page 9: teganukita 36

99

Semarak junjungan Rasulullah SAWOleh: Esah Abdullah

Kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan Kelab Per-mata Maulidur Rasul bagi meng-umpul anak-anak yang dilahirkan pada 12 Rabiul Awal bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. “Mungkin empat lima tahun akan datang dan kita akan atur pelbagai aktiviti yang bersesuai dengan usia mereka termasuk me-nyertai perarakan pada sambutan Maulidur Rasul,” kata Pengerusi jawatankuasa Agama dan Pen-erangan Negeri, Haji Khazan Che Mat kepada pemberita selepas membuat kunjungan ke wad bersalin Hospital Sultanah Nur

Zahirah (HSNZ) sempena program Permata Mau-lidur Rasul, baru-baru ini. Hadir sama, Setiau-

saha Kera-j a a n negeri,

musuh. “Bertitik tolak daripada sikap tidak senang dengan umat Islam inilah, mereka melakukan pelbagai usaha untuk merosak dan menghancurkan walaupun antara kaum sendiri,” katanya,” katanya. Katanya, sasaran utama mereka adalah akidah umat Islam, al-Quran, hadis Rasullah, hukum-hukum Islam dan pelbagai pendekatan dilakukan, secara halus serta licik. Bagi mengelak semua ini, beliau menyeru semua pihak untuk bersatu hati, jangan sesekali mudah terpedaya dengan dakyah musuh-musuh Isam itu.

Kelab Permata Maulidur RasulDato’ Mazlan Ngah; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato’ Shaikh Harun Ismail dan Timbalan Pengarah Klinikal HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus. Katanya, program Permata Maulidur Rasul ini baru masuk tahun kedua di mana tahun lalu terdapat 70 orang bayi permata dan tahun ini 26 bayi lagi lahir di Hospital Kuala Terengganu dan jumlah ini belum dicampur den-gan hospital daerah-daerah. “Usaha ini di harap dapat me-nyemarakkan suasana sambutan di samping mengadakan cera-mah-ceramah di masjid dan surau serta marhaban, kelahiran bayi juga memberi seribu satu peras-

aan kepada pasangan suami isteri,” katanya. Katanya, ibu bapa yang mendapat bayi

pada tarikh berke-naan akan lebih

terasa dan perlu mendidik dan

membina kep-

eribadian anak mereka seperti yang dianjur dalam Islam. Haji Khazan kemudian-nya menyampaikan ham-per dan bantuan lain kepada bayi-bayi yang dianggap se-bagai permata di wad satu HSNZ sambil ber-harap dapat menyinari kehidupan keluarga, b a n g -sa dan negara.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 10: teganukita 36

10 rencana

Program masuk kampung

Hubungan akrabTerengganu-Melaka

TURUN PADANG

SERIKANDI

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Amirullah Othman

pemimpin Umno Ba-hagian Marang memulakan program ‘masuk kampung’ bagi meninjau sendiri pel-bagai permasalahan yang dihadapi penduduk kam-pung, khususnya di ka-langan mereka yang ber-pendapatan rendah. Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Neg-eri (DUN) Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, mela-wat tujuh warga emas dan mereka yang menghidap pelbagai penyakit kronik, semalam, bagi menyam-paikan bantuan. Dengan diringi kakitan-gan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Bukit Pay-ong, beliau memulakan kunjungan pertama ke rumah Ngah Said, 65, di Kampung Surau Panjang yang menghidap penya-kit lelah dan mengalami masalah kesihatan. Ngah sudah 17 tahun tidak dapat meneruskan

pekerjaannya sebagai bu-ruh dan mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat se-banyak RM200 sebulan. Pesakit dijaga isterinya, Lijah Embong, 63, yang sudah tidak larat untuk melakukan kerja berat bagi menyediakan keper-luan keluarganya. Dalam kunjungan itu, Encik Zaidi menghulur-kan bantuan makanan sep-erti beras, milo, susu dan biskut kepada Ngah dan berjanji akan menghulur-kan bantuan lain di masa depan. Selepas itu, beliau mengunjungi Abudin Is-mail, 75, di rumahnya di Kampung Surau Panjang yang menghidap penyakit ghout, usus dan kencing manis. Pesakit terlantar sejak lebih lima tahun lalu dan tidak dapat meneruskan kerjanya sebagai peraih ikan menerima bantuan makanan daripada Encik Zaidi, selain pemimpin kawasan itu turut meminta

mereka bersabar mengh-adapi dugaan. Beliau berkata, program tersebut akan diteruskan

bagi memastikan tidak ada rakyat yang mengh-adapi kesusahan tercicir daripada menerima ban-

tuan. “Inilah amalan mulia yang menjadi pegangan pemimpin Umno dan Bari-

san Nasional di mana kita memberi sumbangan ke-pada rakyat tanpa memilih bulu,” ujarnya.

Oleh: Suriati Ali

hubungan Tereng-ganu dan Melaka seme-mangnya cukup akrab dan banyak persamaan-nya kerana bersama-sama ingin maju dalam sektor pelancongan dan mem-perkukuhkan ekonomi negara. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Is-teri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) yang juga Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, berkata paling terkini, Terengganu turut terlibat dalam Pro-jek Mega Melaka Tram (PMMT) di Air Keroh yang dilancarkan Perdana Menteri pada 19 Februari lalu. Katanya, pekerja tram di Melaka akan dihantar ke Kolej Universiti Tati (Tatiuc) di Telok Kalong, Kemaman untuk dilatih dengan kemahiran pe-manduan trem. Pada masa sama kolej itu akan me-nyediakan kepakaran bagi

ujian landasan atau `test track’. “Projek (PMMT) adalah pertama seum-pamanya di dunia meng-gunakan gas asli sebagai tenaga penggerak. Malah teknologinya juga dicipta rakyat tempatan. “Sebagaimana kita maklum, Melaka telah mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Wari-san Dunia, manakala di Terengganu mengekalkan slogan Bandaraya Wari-san Pesisir Air,” katanya. Beliau berkata de-mikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Neg-eri Melaka (Bistari) dan Kelab Badminton Seri Murni (KBSM) di Prim-ula Beach Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Tetamu istimewa dari Melaka itu termasuk Isteri Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Bi-stari, Datin Seri Datuk

Wira Hajah Asmah Abdul Rahman turut dihiburkan dengan persembahan tar-ian tradisional dan nyany-ian lagu asli Terengganu. Dalam lawatan kerja selama tiga hari, rom-bongan seramai 18 orang itu dibawa melawat be-berapa lokasi terkenal di negeri ini, termasuk Taman Tamadun Islam (TTI), menyelusuri Sun-gai Terengganu dengan menaiki Bot Cruise, Pasar Besar Kedai Payang dan Bazar Warisan. Turut berlangsung per-lawanan persahabatan ac-ara badminton di Stadium Negeri, Kuala Terengganu bagi mengeratkan lagi si-laturahim. To’ Puan Norliza turut memberitahu, Terengganu aktif dalam projek penjag-aan alam sekitar terutama di Pulau Redang yang te-lah diiktiraf sebagai pulau tercantik di dunia. “Terengganu dan Melaka bersama-sama memberi tumpuan dalam sektor pelancongan, YAB

Menteri Besar Terengganu sendiri menyatakan hasrat mencontohi Melaka dalam bidang ini untuk menjadi-kan sebagai tulang bela-kang ekonomi,” katanya. Sementara itu, Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah, berkata dia cukup kagum dengan Tereng-ganu, kerana banyak pe-rubahan yang berlaku bukan saja berkaitan in-frastruktur, kemudahan awam malah kebersihan-nya terjaga rapi.

To’ Puan Seri Norliza Mahmud bertukar cenderamata dengan Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman.

Pengerusi Bistari, Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman dan rombongan menaiki bot menyusuri Sungai Terengganu sambil dihidangkan makanan tradisi Terengganu, nasi dagang.

Rombongan Bistari membeli-belah di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Zaidi memulakan program ‘masuk kampung’ bagi meninjau sendiri pelbagai permasalahan yang dihadapi penduduk kampung.ZAIDI MUDA

Selasa, 01 Mac 2011

Page 11: teganukita 36

11rencana

Matt Cafe mampupenuhi selera pelangan

BISNESMIMBAR

Oleh: Suriati Ali dan Shahrir Hamid

berKonsepKan ma-kanan segera Restoran Matt Cafe, terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu menawarkan lebih 50 jenis menu masa-kan panas dan segera yang nyata menepati citarasa pelanggan. Gabungan ayam gore-ng serta minuman `root beer float’ antara menu utama yang menjadi pi-lihan pelanggan apabila bertandang ke Matt Café. Terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Terengganu dan berdekatan dengan pelba-gai cawangan bank men-dorong 300 hingga 500 pelanggan pelbagai kaum mengunjungi restoran itu hampir setiap hari. Pemilik Matt Cafe, En-cik Mohd Harun, 37 ber-kata, sebelum membuka Matt Cafe pada 2004, dia bekerja di sebuah restoran makanan segera terkenal di bandar raya ini selama 10 tahun dan pernah me-megang jawatan tera-khir sebagai pengurus restoran. ”Berbekalkan pengala-man yang ada, saya nekad membuka perniagaan sendiri walaupun pada ke-tika itu majikan menawar-kan gaji yang tinggi. ”Pada awal perniagaan, saya menyewa tapak gerai milik bank di Jalan Sultan Ismail selama enam tahun sebelum tapak itu diambil balik pihak pengurusan untuk membina bangunan baru,” katannya. Katanya, sewaktu ber-niaga di tapak lama, hanya beberapa menu saja dita-warkan iaitu ayam goreng, nasi lemak, mee soto, mee kari dan laksa penang. ”Apabila berpindah ke lokasi baru, menu sedia ada dikekalkan dan me-nambah puluhan menu lain termasuk, nasi ayam dan pelbagai hidangan masakan tengah hari dan malam. ”Sebelum ini, saya ada membuka beberapa cawa-gan lain iaitu di Mayang Village, Mydin Mall; Gong Badak dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu seba-gai usaha membesarkan empayar Matt Cafe,” ka-tanya. Mohd berkata, tidak larat mengejar masa dan disebabkan beberapa fak-

tor lain yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa menutup cawangan di Mayang Village, Mydin Mall dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Manakala, restoran di Gong Badak, berpindah tangan kepada adik ipar yang kini tetap menawar-kan menu sama seperti di Matt Cafe. Usaha gigih di samping dokongan kuat isteri ter-sayang, Nor Suzila Mohd Zain, 39, Matt Cafe kini mampu meraih pendapa-tan mencecah RM 60, 000 hingga RM70,000 sebu-lan. Seramai 16 kakitangan termasuk enam tukang

masak berpengalaman sen-tiasa bersedia memenuhi cita rasa pelanggan Matt Cafe yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam kecuali hari Jumaat. Menurut Encik Mohd, tanpa pekerja, dia mung-kin tidak mengecapi ke-jayaan seperti hari ini se-hingga mampu memiliki beberapa aset berharga. Menggunakan moto ’Customers always right’, Matt Cafe mengalu-alu-kan pandangan mahupun cadangan bernas daripada pelanggan sama ada un-tuk menambah menu atau membaiki mutu perkhid-matan.

Pemilik Matt Cafe, Mohd HArun menunjukkan menu istimewa Char kuey teow. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Kira-kira 300 hingga 500 pelanggan pelbagai kaum mengunjungi restoran Matt Cafe setiap hari.

1

2

8 341

3

Gabun-gan ayam goreng serta minuman `root beer float’ antara menu utama yang men-jadi pilihan pelanggan di Matt Café.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 12: teganukita 36

Penduduk Pak Katak hargai perpaduan

Nekad bertempur demi emas negara

IKON

BAKTI JKKK

Oleh: Aida Abd rahman

di bahunya tergalas tanggungjawab yang cukup berat bagi membawa pu-lang sebutir pingat emas buat negara pada edisi Sukan SEA Ke-26 di Indo-nesia, November depan . Berbekalkan semangat kental dan nekad untuk bertempur habis-habisan di medan juang, anak kelahiran Kuala Terengganu itu kini gigih menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih tempatan sebelum berkampung dalam kem latihan di bawah Majlis Sukan Negara bermula Mac ini. Siti Rahmah Mohamed Nasir, gadis tangkas yang menggalas strategi me-ledak tendangan padu dan tepat serta mengelak serangan lawan bagi meng-utip mata berharga dalam kategori silat olahraga, amat teruja untuk mewakili Malaysia lantaran mahu menebus kekecewaan lampau, sekaligus menca-pai impiannya bagi memiliki koleksi emas pertama di peringkat antarabang-sa. Namun, sebalik kekentalan gadis berusia 24 tahun itu, tidak ramai yang menduga, dia kini berdepan dengan uji-an cukup hebat apabila idolanya yang juga bapa kesayangan, Mohamed Nasir Abd Jalil kini sedang menderita penya-kit ketumbuhan dalam kepala sejak be-berapa tahun lalu . Biarpun fizikal dan kudrat yang kian terbatas lantaran penyakit yang dider-itai, Mohamed Nasir atau lebih dike-nali sebagai Nasir Jalil, bekas pemain bola sepak Terengganu yang terkenal era 80-an, tidak pernah putus memberi sokongan kepada anak ketiga daripada enam beradik yang merupakan satu-satunya zuriat yang turut mengikut jejaknya yang aktif dalam lapangan sukan. “Selain ibu, Sharifah Aishah Syed Hussein Albar , bapalah individu yang memberi kekuatan dan moral yang tinggi kepada saya sehingga mampu berada di kedudukan sekarang. Saya mahu menebus segala pengorbanan dan penat lelah mereka membesarkan saya dan keluarga dengan membawa pulang kejayaan paling berharga itu kelak,” kata gadis manis itu penuh optimis ke-pada Teganukita, baru-baru ini. Mula berjinak-jinak dalam bidang sukan sejak berusia 16 tahun, namun pada awalnya bukan seni persilatan

yang diceburinya, sebaliknya cabang seni bela diri, taekwando. Siti Rahmah mula berjinak-jinak me-nyertai kelab taekwando di luar seko-lah atas minat yang bercambah dari kecil ditambah pula dengan dorongan kakaknya. Kelebihan figura gadis yang tegap namun masih memiliki kesantu-nan Melayu itu membawanya ke pelba-gai pentas pertandingan peringkat neg-eri serta kebangsaan. Sukan bela diri yang berasal dari Ko-rea turut membawa Siti Rahmah meny-ertai kira-kira 15 kejohanan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2006 dan di kejohanan itu dia berjaya mem-bawa pulang pingat perak. Bagaimanapun, akibat kemelut da-laman dan beberapa isu yang melanda ketika itu, Siti Rahmah nekad `menutup buku’ untuk menyertai sukan bela diri itu lagi. Ternyata rezeki masih memihak ke-

pada gadis kental itu apabila menerima `lamaran’ untuk menyertai silat olah-raga pada temasya Sukma 2008, biar-pun tanpa pengalaman dan keupayaan menguasai acara itu pada awalnya. Penghijrahan yang dilakukan bukan percaturan yang silap. Dengan latihan dan teknik berbeza Siti Rahmah tetap mampu menguasai acara itu biarpun `agak terlewat’ menyertai latihan bagi mewakili negeri buat pertama kali da-lam silat olahraga. Atas tiket dan pengalaman pernah menyertai kejohanan sukan member-inya kelebihan untuk merangkul emas buat Terengganu , sebelum menerus-kan rentak cemerlang bagi menghad-iahkan emas untuk kali kedua berturut-turut pada Sukma Melaka 2010 lalu. Dia yang bercita-cita menjadi juru-latih silat dan pesilat kelas dunia suatu masa nanti turut terpilih mewakili negara dalam `1st ASEAN Martial Art

Bangkok 2009’ dan berjaya membawa pulang perak untuk negara. Sejurus selepas itu, Siti Rahmah seka-li lagi meraih gangsa dalam penyertaan di `3rd ASEAN Indoor Games Vietnam 2009’, disusuli pingat perak ketika te-masya Jemputan ASEAN Games 2009. Pada penyertaan Sukan SEA Laos dua tahun lalu, Siti Rahmah memper-olehi pingat gangsa dan dari situ, dia nekad memperbaiki pencapaian untuk menambah pungutan emas buat negara dan seluruh rakyat Malaysia, sekaligus menjadi emas pertama yang hadir dalam kemuncak kariernya. “Vietnam mungkin antara lawan yang penuh muslihat dan akan mempertah-ankan emasnya pada sukan SEA kelak. Bagaimanapun negara lain juga tidak harus dipandang mudah kerana mereka

semua memiliki percaturan tersendiri untuk mendapatkan emas. Yang penting, saya akan melakukan yang terbaik dan memberi tumpuan sejak awal persaingan lagi,” kata gadis manis itu lag mengakh-iri perbualan dengan Teganukita.

Oleh: Esah Abdullah

bagai dalam satu keluarga besar, 975 orang dari 149 keluarga sentiasa berkongsi susah senang dan kerap ber-tanya khabar antara satu sama lain da-lam usaha menyemarakkan ikatan sila-turrahim antara jiran tetangga. “Sikap mengambil tahu merupakan satu amalan yang telah menjadi darah daging bagi penduduk Kampung Pak Tuyu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Raja Mat Raja Raja Muda, 60. Setiap kali apabila penduduk kam-pung dimasukkan ke hospital atau warga emas yang terlantar akibat uzur di rumah, amalan ziarah menjadi satu rutin biasa disertai dengan buah tangan sama ada dari JKKK, wakil Dewan Un-dangan Negeri (DUN) atau Ahli Parli-men.

“Kita tidak bersikap pilih kasih da-lam menguruskan masalah orang mis-kin, orang yang perlukan bantuan akan diberi sama rata, biarpun tahu mereka tidak sebulu dengan kita. Sehingga ini katanya, 12 keluarga te-lah menerima bantuan rumah bina baru dan 23 keluarga menerima peruntukan baiki rumah di bawah Program Pem-bangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk penduduk miskin. Biarpun mereka tidak kaya dengan harta benda tapi kaya dengan seman-gat di mana 60 peratus daripada jum-lah penduduk mengusahakan pelbagai tanaman pertanian dan hasilnya cukup bagi menyara keluarga malah ada yang mampu menghantar anak ke menara gading dan berjaya dalam karier.

Ketika menghadapi kekangan tempat tinggal yang terhad, akibat ketiadaan kawasan dan juga keperluan rumah kediaman oleh generasi kedua, peran-cangan pembinaan 250 unit peruma-han kos rendah berada dalam peringkat akhir sekaligus memberi berita gembira buat penduduk. Sementara itu 12 unit rumah sudah diduduki 12 keluarga yang menambah-kan lagi keceriaan penduduk, khusus-nya apabila musim kenduri kendara. “Setiap bulan mereka menjalankan aktiviti berkala dengan keluar beramai-ramai untuk membersih kawasan kam-pung, bergotong royong memasak dan makan bersama. Walaupun menjadi ketua kampung, Raja Mat bersikap sederhana serta tidak meletakkan dirinya sebagai orang besar dalam kampung, sebaliknya sen-tiasa bersedia membantu dan menye-lesaikan masalah yang timbul termasuk berkait hal-hal peribadi. “Biasalah, bila hidup sekampung, kita menjadi tempat mereka mengadu hal dan apa juga masalah,” katanya.

Gadis tangkas, Siti Rahmah (tengah) bersama rakan seperjuangan dalam seni silat olahraga

SITI RAHMAH

RAJA MAT

12 rencanaSelasa, 01 Mac 2011

Page 13: teganukita 36

Keunikan Muzium TerengganuDESTINASI

Oleh: Suriati Ali

KompleKs Muzium Negeri Tereng-ganu yang menyimpan lebih 10,000 kha-zanah dan artifak bukan saja sinonim dengan penduduk Terengganu malah pelancong luar negara ekoran berada di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan Taman Tamadun Islam (TTI). Terletak hanya lima kilometer (km) dari bandar raya Kuala Terengganu, menjanjikan ketenangan setiap kali pelancong mengunjungi kawasan berse-jarah yang ditubuhkan pada awal 1976 itu. Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Haji Mohd Yusof Abdullah, berkata kompleks muzium yang cukup unik dan menarik ini diil-hamkankan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah dengan meneka-nkan tiga aspek utama iaitu susun atur ruang, ukiran atau reka bentuk seakan rumah tradisional dan kedudukan ban-gunan. Katanya, kompleks ini ditubuhkan berasaskan kepada beberapa objektif tertentu sebagai garis panduan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti. Antaranya termasuk menyelamatkan budaya dan warisan sejarah; menjalank-an penyelidikan dan kajian; menyemai semangat cintakan sejarah dan budaya serta menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama. “Pendekatan pihak pengurusan LMNT menganjurkan pelbagai program tahunan nyata memberi impak positif apabila mendapat peningkatan bilangan pengunjung pada setiap tahun.

“Pada tahun 2009, seramai 119,796 pelawat dicatatkan, jumlah itu menin-gkat sebanyak 69 peratus di tahun set-erusnya dengan menjadikan jumlah 202,593 pengunjung,” katanya. Haji Mohd Yusof berkata pihaknya bangga dengan peningkatan jumlah pengunjung sekaligus membuktikan program yang dirancang mendapat sambutan pelbagai golongan dan usia. “Pameran haiwan berbisa yang dian-jurkan selama dua bulan dan berakhir 31 Disember tahun lalu, mencatatkan bilangan pengunjung paling tinggi berbanding program lain iaitu seramai 89,785 pelawat.

“Di atas pemintaan pengunjung terutama peminat haiwan, program seumpama itu akan terus dianjurkan,” katanya. Menurutnya, setiap program yang dianjurkan tidak semestinya di kom-pleks muzium, malah dianjurkan di se-rata tempat, termasuk di Kampung Petai Bubus dengan aktiviti perahu panjang dan Kampung Padang Hangus, Kuala Terengganu pula membabitkan program pelita raya,” katanya. “Pendekatan ini nyata menaikkan imej muzium yang sinonim dengan adat, budaya, khazanah, bahan sejarah dan alatan tradisional,” katanya. Untuk tahun ini sebanyak 12 program

Kompleks Muzium Negeri Terengganu menyimpan lebih 10,000 khazanah dan artifak bukan saja sinonim dengan penduduk tempatan malah pelancong luar negara.

Muzium Negeri Terengganu sering menjadi kunjungan tidak kira usia bagi melihat dan mengetahui sejarah lampau.

BATU BERSURAT

MOHD YUSOF

13rencana

bakal dianjurkan termasuk Pameran Picture + Word= Book; Pertandingan Mewarna Warisan Kita; Rampai Buda-ya; Pameran 1 Asean 1 Jalinan; Semi-nar Batu Bersurat dan Piagam Tereng-ganu (28- 29 Mac) dan Lumba Jelajah Muzium.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 14: teganukita 36

ECER peruntuk RM50 juta ternak kambing Boer

Kerajaan cari alternatif ganti limau madu

Seminar Antarabangsa Pendidikan Melayu 14 hingga 15 Mac

UKOM edar 1,000 VCD Wacana Ilmu

14 am

Kerajaan negeri akan mencari alternatif lain bagi menggantikan tanaman li-mau madu di Lembah Si-trus di Durian Mentangau, Dungun, bagi memastikan kawasan tersebut tetap di-gunakan untuk tujuan per-tanian. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, buat masa ini kerajaan negeri tidak ber-cadang untuk mengubah syarat tanah di kawasan tersebut bagi tujuan lain selain daripada pertanian. Bagaimanapun, katan-ya, perbincangan lanjut dengan pelbagai pihak akan diadakan bagi me-nentukan tanaman pal-

ing sesuai di kawasan itu, termasuk mengurangkan risiko yang dihadapi pen-gusaha. Mengulas rungutan

pengusaha tanaman limau di kawasan tersebut, Men-teri Besar berkata, mer-eka tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan

tanaman madu dengan komoditi lain, termasuk kelapa sawit kerana ia ber-tentangan dengan syarat tanah di situ. Mengikut laporan Teganukita sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Ashaari Idris, berkata pihaknya prihatin terhadap nasib yang dialami lapan pengusaha limau madu di kawasan itu yang dika-takan mengalami kerugian besar disebabkan serangan penyakit. “Kebanyakan pengusa-ha tidak mahu meneruskan tanaman limau dan mer-

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri melalui Wilayah Ekono-mi Pantai Timur (ECER) akan mengusahakan terna-kan kambing Boer dengan peruntukan RM50 juta di Pancor Bederu, Setiu. Projek agropolitan ber-impak tinggi itu dijangka mampu mengubah ekono-mi kira-kira 100 hingga 150 peserta di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan itu apabila dimajukan kelak. Pengerusi Jawatankua-sa Pertanian dan Asas Tani negeri, Haji Ashaari Idris, berkata ternakan kamb-ing ini dijangka mampu mengeluarkan golongan PPRT daripada kelompok kemiskinan kerana usaha itu mampu memperoleh pendapatan antara RM800 hingga RM1000 setiap pe-serta. Katanya, projek yang bakal dilengkapi kandang kambing dan rumah peser-ta kini dalam proses mem-bina tapak serta dijangka dapat memberi manfaat kepada peserta awal tahun depan. “Konsep yang bakal dijalankan cukup unik di mana setiap peserta yang dipilih mengikut program ini bakal diberi rumah. “Sekiranya mereka berjaya mengikut syarat dikehendaki kerajaan neg-eri iaitu berdisplin dan menjaga kambing dengan sempurna, rumah itu akan menjadi hak milik selepas tempoh lima tahun,” ka-tanya kepada Teganukita selepas mengadakan La-watan Kerja di Agropoli-

tan Pekan, Pahang, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Unit Pembagunan Ekono-mi Negeri Terengganu, Dato’ Mat Razali Kassim, Pegawai Daerah Setiu, Encik Ishamudin Hashim dan beberapa pegawai ka-nan kerajaan. Haji Asha’ari ber-kata, buat permulaannya kira-kira 2,000 ekor in-duk kambing Boer akan ditempatkan di situ.

unit KomuniKasi Negeri (Ukom) dengan kerjasama Biro Peneran-gan Badan Perhubungan UMNO akan mengedar-kan kira-kira 1,000 cak-era padat video (VCD) Wacana Ilmu secara percuma kepada rakyat Terengganu, mulai awal bulan ini. Kandungan VCD itu mampu menangkis segala tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang yang gemar menyatakan segala perubahan dan pembangunan dilaksana-kan kerajaan membazir dan merugikan wang rakyat. Ukom mengharapkan usaha yang dilaksanakan ini mencapai hasrat yang sepatutnya dan rakyat tidak lagi berpihak ke-pada pembangkang yang sememangnya gemar menidakkan apa yang di-lakukan kerajaan. Kandungan VCD hampir 1 jam itu me-nampilkan dua ahli panel iaitu YB Haji Muham-mad Ramli Nuh, Ahli Dewan Undangan Neg-eri (Adun), Tepoh. Manakala Pengarah Ukom, Haji Shamsudin Sulong yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan per-nah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

Antara isi kandungan wacana itu, YB Haji Muhammad Ramli ber-kata, perjuangan Umno cukup mulia kerana apa yang dilaksanakan kera-jaan semata-mata untuk rakyat, bangsa dan neg-ara dan bukannya untuk kepentingan diri. “Umno tidak pernah mengkhianati apatah lagi menganiaya rakyat, dakwaan yang dilem-parkan Pas hanya untuk kepentingan parti mer-eka sahaja, tiada motif lain. “Sebagai rakyat yang dianugerahkan Allah akal fikiran yang waras, kita perlu bijak berfikir dan jangan mudah ter-perdaya cakap-cakap kosong pihak pembang-kang,” ujarnya. Sementara itu, Haji Shamsudin berkata, Pas tetap Pas kerana parti itu tidak boleh menerima sebarang hakikat men-genai kebaikan dan ke-bajikan yang dilaksana-kan kerajaan. “Apa yang kita kes-alkan walaupun mereka sedar, setiap perubahan sama ada berkaitan pen-didikan, pembangunan dan infrastuktur yang di-usahakan, adalah untuk kepentingan bersama.

sempena gagasan Terengganu `Negeri An-jung Ilmu’, Persatuan Guru Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Terengganu bakal menjadi tuan rumah

Seminar Antarabangsa Pendidikan Melayu pada 14 hingga 15 Mac ini. Menurut pengerusi PPBMM, Che Soh Muda, seminar yang bertemakan`

Pendidikan Bahasa Un-tuk Membentuk Jati Diri’ kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Beliau berkata, seminar tersebut akan diadakan

di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Pem-bentangan kertas kerja oleh pendidik bahasa yang ternama dari Indonesia, Thailand, China dan Ma-laysia.

Che Soh berkata, mer-eka yang berminat me-nyertai seminar ini boleh mendapatkan keteran-gan lanjut dengan men-ghubungi segera Urusetia di Jabatan Pendidikan

Negeri Terengganu; Puan Mahshuri binti Ismail 014-8082334 atau Encik Nodin Mohadi 013-9801601 atau melayari website Urusetia. Tarikh tutup penyertaan pada 10 Mac 2011.

Kerajaan Terengganu akan mencari alternatif lain bagi menggantikan tanaman limau madu di Lembah Sitrus di Durian Mentagau, Dungun.

YB Asha’ari memegang anak birir-biri ketika melawat Agropolitan Pekan di Pahang, baru-baru ini. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Projek agropolitan berimpak tinggi bakal diberi sebuah rumah kepada peserta terpilih mengikuti program ini yang akan dilakukan di Terengganu tidak lama lagi.

eka lebih berminat untuk menanam kelapas sawit kerana harga komoditi ini tinggi di pasaran dan kurang risiko berbanding limau madu. “Bagaimanapun, cadan-gan ini bertentangan den-gan dasar kerajaan negeri yang mahu menjadikan kawasan ini sebagai Lem-bah Sitrus. Manakala syarat tanah kawasan ini hanya boleh ditanam den-gan limau madu kerana ia diwartakan sebagai ka-wasan limau madu,” ka-tanya kepada pemberita selepas melawat kawasan berkenaan. Sebelum ini kerajaan

negeri memutuskan ka-wasan seluas 1,500 hektar di Durian Mentangau ini dijadikan kawasan tana-man limau madu secara besar-besaran di mana lapan syarikat masing-masing diserahkan 50 hek-tar untuk memajukannya dengan tanaman tersebut. Selepas serangan pe-nyakit beberapa tahun lalu, pengusaha berke-naan dikatakan keberatan untuk meneruskan tana-man tersebut kerana bim-bang risiko penyakit dan mereka lebih cenderung menggantikan tanaman itu dengan kelapa sawit.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 15: teganukita 36

15sukan

TSUK ketuai misi pertahankan juara Sukma

Perunding dilantik periksa struktur stadium

Beriadah melalui Senam Seni

Oleh: Aida Abd Rahman

timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) negeri, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda dilantik sebagai `Chef De Mission’ atau Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Terengganu sekaligus menggalas misi Tereng-ganu selaku `Kuasa Baru Sukan Negara’ untuk kekal sebagai juara Sukma kali ketiga berturut-turut. Beliau menerima pen-tauliahan bagi mengetuai kontinjen `Terengganu Hanelang’ itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, dalam majlis sempena pelancar-an Kontinjen Terengganu Sukma Ke-14 , di Stadi-um Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, 1 Mac lalu. Dato’ Wan Ahamad berbesar hati dengan pelantikan itu dan akan menjalankan tanggung-jawab yang diberikan den-gan sebaik mungkin serta bekerjasama dengan se-mua pihak khususnya Ma-jlis Sukan Negeri (MSN)

serta pengurusan sukan yang lain bagi menjaya-kan matlamat dan hasrat semua itu. “Walaupun bagi men-capai kecemerlangan dan mengekalkan kejayaan sebagai `kuasa baru su-kan negara’ dengan menjuarainya untuk kali ketiga-tiga berturut-turut bukan perkara yang mu-dah untuk dicapai, saya akan berusaha dan mem-beri komitmen yang sewa-jarnya demi kepentingan sukan negeri dan negara amnya. Sama-sama kita berdoa dan melakukan yang terbaik untuk tujuan murni ini,” katanya. Dato’ Wan Ahamad merupakan individu yang tidak asing dalam pem-bangunan sukan Tereng-ganu kerana MSN adalah

satu jabatan yang terletak di bawah kawalan beliau secara langsung. Malah, beliau adalah antara pengasas kepa-da penubuhan Pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) dan dilantik selaku Timbalan pengerusi Pengurusan TSG. Beliau sendiri yang mengambil inisiatif tinggi untuk memastikan has-rat Menteri Besar untuk menubuhkan satu pasukan berbasikal bertaraf dunia serta mengumpul pelum-ba negeri ini bagi memas-tikan kebajikan mereka terjaga dapat direalisasi-kan dengan tertubuhnya pasukan TSG, sekaligus menjadikan Terengganu satu-satunya negeri yang memiliki pasukan basikal

profesional. Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu pada 20 Ogos 1956 berkelulu-san Ijazah Sarjana Muda Ekonomi kepujian (Anali-sa) Universiti Malaya dan Diploma Lepasan Ijazah Undang-Undang dari Uni-versiti Metropolitan Man-chester, United Kingdom. Dato’ Wan Ahamad sebelum berkhidmat se-bagai TSUK (Pengurusan) pernah berkhidmat sebagai Guru Besar Pusat pendidi-kan Yayasan Islam Bukit payong, Marang (1987) dan pegawai Tadbir negeri Terengganu pada 1 Febru-ari 1988 sebagai Penolong Pegawai Daerah, pejabat daerah Marang, selain menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar (16 April 2008).

TCNG jelajah daerah cungkil bakat sukan

terengganu City Night Games (TCNG) bakal menjelajah ke set-iap daerah mulai Mac ini bagi mencungkil bakat baru dan pelapis sukan khususnya sukan yang berprestasi tinggi seperti basikal serta kanu. Pengerusi Jawa-tankuasa Belia dan Su-kan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata TCNG yang dijalankan di lokasi yang sama berhampiran Kompleks Sukan Neg-eri, Gong Badak, Kuala Terengganu setiap bulan sejak tiga tahun lalu akan diadakan di setiap daerah pula mengikut giliran dan keutamaan kepada daerah yang sudah ber-sedia untuk menjadi tuan rumah.TCNG di Gong Badak merangkumi sukan ber-prestasi tinggi, sukan lasak dan sukan massa,

acara hiburan, persemba-han, pameran, jualan dan demonstrasi bukan hanya membuka peluang kepa-da masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur menyertainya, mala-han turut menarik penyer-taan peminat sukan dari negeri lain seperti Kelan-tan, Pahang dan Kedah. Haji Rozi berkata, pel-bagai acara sukan yang dipertandingkan di TCNG (Gong Badak) termasuk hoki, bola jaring, boling padang, memanah, kanu, lumba basikal, `drift car’, lumba kereta kawal dan `motorcross’ yang lazim-nya dijalankan pada min-

ggu ketiga setiap bulan. “Bagaimanapun, sukan TCNG di daerah adalah mengikut kesesuaian dan sukan teras yang lazimnya popular di kawasan itu, se-lain persiapan tuan rumah untuk menganjurkan sukan tertentu. “Sebagai contoh, pada Mac katakan Hulu Tereng-ganu akan menjadi tuan rumah, diikuti April di Kemaman dan Besut pada bulan berikutnya,” katanya selepas meras-mikan TCNG di Kom-pleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu akan melantik perunding bagi memeriksa kekuatan struktur bangunan Stadi-um Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA), Gong Badak, Kuala Tereng-ganu. Kerja peringkat kedua susulan runtuhan bum-bung stadium dijangka mengambil masa tiga bu-lan, sebelum rekabentuk bagi membaik pulih se-mula bumbung stadium berkenaan disiapkan. Pengarah JKR Tereng-ganu, Ir Haji Shahawai Awang, berkata hasil siasatan teknikal menge-nai Stadium SMZA dis-erahkan kepada Pengu-rusan Kompleks Sukan Negeri sejak awal bulan lalu, untuk tindakan lan-jut pihak kerajaan neg-eri. “JKR kini dalam pros-es semakan integriti atau menyemak kekuatan struktur bangunan sta-dium melalui perunding yang bakal dilantik,” ka-tanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Ir Haji Shahawai ber-kata, selepas kedua-dua peringkat selesai, JKR akan melaksanakan per-ingkat ketiga iaitu pem-binaan baru yang bakal dijalankan sejurus tender dikeluarkan. “Selepas semua per-ingkat itu selesai dan lengkap mengikut tem-pohnya, barulah bum-

bung stadium itu dapat dibina baru dan dijangka siap tahun depan ,” ka-tanya. Struktur sebahagian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun 2009, kira-kira jam 9 pagi. Menurut laporan sebe-lum itu, kegagalan pihak yang dilantik membina SSMZA bernilai RM292 mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca bumbung stadium berke-naan runtuh.

aKtiviti Senam Seni, trend baru beriadah sambil melakukan sena-man yang pertama kali diperkenalkan menda-pat sambutan pelbagai lapisan masyarakat sama ada dewasa, belia dan kanak-kanak. Program di Dataran Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini ber-jaya menghimpunkan peserta yang datang se-cara bekeluarga sekali-gus menceriakan suasana dengan penghayatan seni yang menggembi-rakan, suatu trend baru yang amat positif dalam masyarakat, termasuk di Terengganu. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad

Wan Muda dan isteri tu-rut sama menyertai kira-kira 300 peserta. Turut sama, kakitangan Air Asia dan Firefly. Senam Seni itu diir-ingi dengan muzik ala zapin, taici, bollywood, poco-poco dan juga rentak muzik orang asli, menjadikan para peserta cukup terhibur. Program yang pernah dilancarkan di pering-kat nasional pada 2008 adalah senaman yang merangkumi semua tar-ian kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu memulihara warisan budaya selain mempromosikan amalan penjagaan kesihatan.

Dato’ Wan Ahamad (tengah) menerima pentauliahandaripada Rozi Mamat (kanan) bagi mengetuai kontinjen “Terengganu Hanelang”.

Hasil siasatan teknikal mengenai Stadium SMZA diserahkan kepada Pengurusan Kompleks Sukan Negeri sejak awal bulan lalu, untuk tindakan lanjut pihak kerajaan negeri.

Selasa, 01 Mac 2011

Page 16: teganukita 36

Sukma 14 : Buru juara kali ketiga berturut-turut

ms 15

TSUK ketuai misi pertahankan juara Sukma

sukan Bil. 36 (01 Mac 2011) http://teganukita.blogspot.com

Oleh: Aida Abd Rahman

terengganu nekad untuk meneruskan ke-juaraan buat kali ketiga berturut-turut pada te-masya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, Kuala Lumpur pada 2 hingga 12 Jun ini. Pada edisi Sukma kali ini, Kontinjen Terengganu mensasarkan 48 pingat keseluruhan dengan 24 emas, 15 perak dan sem-bilan gangsa.

Bagi mencapai hasrat itu, semua pengurus su-kan digesa melakukan perubahan kepada kaedah dan mekanisme penyedi-aan atlet yang lebih baik, mampan dan lebih meya-kinkan untuk mengulangi kejayaan itu. “Jangan sesekali kita merasa selesa dengan ke-jayaan lalu tanpa melaku-kan apa-apa tindakan ke arah memastikan ke-jayaan tersebut berulang dengan lebih cemerlang.

“Hari ini saya bersama-sama tuan akan menjadi agen kepada perubahan itu. Marilah kita bersa-ma-sama bertekad utnuk memastikan terengganu sentiasa dinobatkan seba-gai `Kuasa Baru Dalam Sukan Negara’,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, ketika majlis pelancaran logo & kontinjen Sukma ke-14 Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak,

Kuala Terengganu, 1 Mac lalu. Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan negeri, Haji Zainal Abidin Hussin dan Timbalan Setiausaha Ker-ajaan Negeri, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda. Dato’ Wan Ahamad tu-rut menerima pelantikan sebagai Ketua Kontinjen Terengganu daripada Haji Rozi serta menerima plak pentauliahan dan sasaran pungutan pingat pada Sukma ke-14 nanti.

Acara yang dipertaruh-kan untuk menyumbang emas paling banyak ada-lah kanu, 10 emas ( em-pat perak dan dua gang-sa) manakala berbasikal empat emas, diikuti judo tiga emas (lapan perak dan dua gangsa). Acara lain, lawan pedang (dua emas), bola tampar pantai, futsal, rag-bi masing-masing men-sasarkan satu emas. Haji Rozi berkata, se-banyak 20 jenis sukan

dipersetujui untuk diper-tandingkan sepanjang temasya itu nanti dengan sukan berkenaan adalah daripada kategori Sukan Pilihan. Sementara itu, logo baru Terengganu yang dinamakan `Terengganu Hanelang’ dengan meng-gunakan penyu belimb-ing sebagai ikon baru sukan negeri ini turut dilancarkan secara sim-bolik.