teganukita 53

16
Kilang silika di Setiu Projek pembangunan lembah silika pertama dunia di Terengganu ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 53, 15-31 JANUARI 2012 Kelas bimbingan saudara kita dalam bahasa asing - ms 15 - ms 13 Kerajaan Terengganu terima dana khas RM200j - ms 2 Pelaburan bernilai RM350 juta itu melibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, Setiu, mulai April ini dan bakal beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun depan. Selain membuka laluan pelaburan ECER, projek itu mampu membuka se- hingga 600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir. > Berita penuh ms 5 Tasik Kenyir zon memancing bertaraf dunia - ms 3 “A pabila berniaga kita kena berusaha bersungguh-sung- guh dan jangan mudah putus asa apabila ditimpa masalah termasuk ketika berdepan dengan ekonomi yang meleset.” TERIMA KASIH PERDANA MENTERI E mpat sekawan dari Politeknik Kuala Terengganu (PKT), gembira menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) RM200 setiap pelajar yang diagihkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. FOTO Zulkipli Putra | [email protected] B ukan itu saja, pengun- jung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat sendiri bagaimana menganyam atap daun nipah, membuat manisan gula Melaka dan memproses daun rokok. - ms 10

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 25-Mar-2016

281 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teganukita 53

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 53

Kilang silika di SetiuProjek pembangunan lembah silika pertama dunia di Terengganu

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 53, 15-31 JANUARI 2012

Kelas bimbingan saudara kita dalam bahasa asing

- ms 15

- ms 13

Kerajaan Terengganu terima dana khas RM200j

- ms 2

Pelaburan bernilai RM350 juta itu melibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, Setiu, mulai April ini dan bakal beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun depan.

Selain membuka laluan pelaburan ECER, projek itu mampu membuka se-hingga 600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir.

> Berita penuh ms 5

Tasik Kenyir zon memancing bertaraf dunia - ms 3

“Apabila berniaga kita kena berusaha bersungguh-sung-

guh dan jangan mudah putus asa apabila ditimpa masalah termasuk ketika berdepan dengan ekonomi yang meleset.”

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

Empat sekawan dari Politeknik Kuala Terengganu (PKT), gembira menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) RM200 setiap pelajar yang diagihkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji

Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

Bukan itu saja, pengun-jung akan dibawa ke

rumah penduduk bagi melihat sendiri bagaimana menganyam atap daun nipah, membuat manisan gula Melaka dan memproses daun rokok.

- ms 10

Page 2: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 20122

AM

TATiUC, PETMAL latih belia NigeriaSeiring matlamatnya menjadi

universiti kemahiran menjelang 2015, kepakaran Kolej Univer-

siti TATI (TATiUC) diiktiraf di pe-ringkat antarabangsa apabila diberi kepercayaan untuk melatih belia dari Nigeria dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Kepercayaan itu terjalin melalui kerjasama di antara PETMAL Oil Sdn. Bhd. dengan TATiUC dan Uni-versiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui satu memorandum persefa-haman (MoU) yang ditandatangani di Wisma Darul Iman, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Pada majlis itu, PETMAL di-wakili Pengerusinya, Dato’Paduka Long Mohd. Noor Affendi Long Ibrahim manakala TATiUC diwakili Rektornya, Dr. Mohd. Rozailan Ma-mat@Ibrahim dan UniMAP oleh Naib Canselornya, Brigedier Jeneral Dato’Prof. Dr. Kamarudin Hussin sambil disaksikan Menteri Besar,

Dato’Seri Haji Ahmad Said. Sementara itu, Dato’Seri Haji Ah-mad berkata, pada peringkat awal seramai 50 belia Nigeria mengikuti kursus Teknologi Kimpalan Arca di TATiUC yang akan mengambil masa selama enam bulan.

Katanya, sepanjang kursus terse-but diadakan, PETMAL dipertang-gungjawab untuk menguruskan kemasukan pelajar dan aspek ke-wangan mereka. ``PETMAL merupakan syarikat yang dilantik kerajaan Nigeria me-

lalui satu badan yang diberi nama Program Perkembangan Belia un-tuk menguruskan latihan belia-belia Nigeria di negara ini. ``Segala perbelanjaan pelajar-pelajar ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Nigeria,”katanya. Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata, tahun depan jumlah pelajar yang bakal mengikuti kursus di TA-TiUC dan UniMAP akan bertambah selain penambahan dalam kursus yang ditawarkan. Jelasnya, seramai 500 orang lagi belia Nigeria akan dihantar di dua buah institusi pendidikan itu tahun depan untuk mengikuti pelbagai latihan kemahiran seperti bidang Pendawaian Elektrik, Pemesinan, Automotif dan juga Teknologi Kim-palan Arca. ``Dengan kemudahan pembelaja-ran yang selesa dan bertaraf dunia dalam bidang kejuruteraan di kolej ini, saya yakin pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi melalui penyer-taan dalam kursus yang diadakan ini,”ujarnya.

Belia Nigeria yang dilatih dalam bidang kejuruteraan berkenalan dengan Menteri Besar Terengganu.

Jangan `main api’ dengan isu murtadMenteri Besar, Dato’Seri

Haji Ahmad Said mem-beri amaran kepada mereka yang cuba ‘bermain api’ dalam usaha memurtadkan orang Melayu, termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) di ne-geri ini. Beliau mengingatkan pihak terbabit upaya menghormati umat Islam dengan menghenti-kan perbuatan yang bertentan-gan dengan Perlembagaan dan dikhuatiri akan turut mence-tuskan ketegangan kaum dan agama. Dato’Seri Haji Ahmad menyifatkan gerakan terse-but sebagai serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). ``Saya harap perkara ini diberi perhatian serius oleh JHEAT dan mengemukakan laporan kepada kerajaan. Kita juga minta kerjasama ma-syarakat Islam yang tahu men-genainya agar memaklumkan kepada pihak berwajib. ``Kita kena hormati orang Islam kerana ini negara Is-lam. Perkara ini adalah isu yang sensitif. Ini soal yang serius. Jangan cuba bermain api,”ujarnya. Beliau mengulas pendedah-an JHEAT bahawa wujud pihak tertentu yang kini bergerak aktif dalam misi memurtadkan orang Melayu di negeri ini ter-masuk OKU. Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd. Rozali Saleh ketika mendedahkan perkara itu ber-kata, gerakan itu turut menyu-sup ke hospital-hospital untuk memperdaya para pesakit yang ‘sebatang kara’selain mat-mat rempit dan golongan tidak berkemampuan. Mohd. Rozali turut meluah-kan kebimbangannya dengan gejala itu dan tindakan sewa-jarnya akan diambil bagi mem-bendungnya daripada menjadi bertambah serius. Dato’Seri Haji Ahmad bagaimanapun menjelaskan, pihaknya masih belum mener-ima laporan terperinci menge-nai perkara itu. Jelasnya, berbeza dengan pendakwah Islam yang berda-kwah secara menyampaikan ceramah, gerakan terbabit lebih licik dengan menabur bantuan bagi keperluan me-reka yang terdesak.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Wajah baru akhbar rasmi kerajaan negeri, Teganukita terus mendapat sambu-tan ramai sebagai wadah bacaan yang memuatkan berita semasa dari setiap pelusuk daerah di Tereng-ganu bertemakan `Me-rakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Teganukita yang diterbitkan dua kali sebulan itu boleh didapati di pejabat Unit Komunikasi Negeri, Jalan Pejabat dan tempat-tempat terpilih berhampiran anda.

TERKINICEPATTEPAT

Kerajaan Terengganu terima dana khas RM200 juta

Kerajaan negeri menerima bayaran balik Dana Khas Persekutuan berjumlah RM200 juta daripada Kementerian Ke-wangan Malaysia. Penyerahan itu dis-

empurnakan Ketua Setiausaha Perbendahara-an kementerian itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Menteri Besar Dato’Seri Haji Seri Ahmad Said di tingkat 16, pejabat Menteri Besar. Majlis penyarahan cek tersebut disaksi-kan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah. Hadir sama, Penasihat Undang-undang Neg-eri, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewan-gan Negeri, Dato’Haji Abdul Razak Ismail dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri. Dato’Seri Haji Ahmad Said memberitahu ba-hawa Kerajaan Pusat bersetuju membayar balik Dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu sebanyak RM1.7 billion termasuk RM770.344 juta yang digunakan Syarikat Perumahan Neg-ara Berhad untuk perlaksanaan projek itu di

Oleh: Suriati [email protected]

negeri lain dan Terengganu. Katanya, jumlah itu sebahagian daripada RM2.1 billion yang dituntut kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan bagi wang royalti itu. ``Kerajaan negeri juga sedang berbincang untuk menyelesaikan beberapa isu bagi memuktamadkan baki RM400 juta lagi daripa-da jumlah sebenar RM2.1 billion seperti yang dituntut. ``Setakat ini, Kerajaan Pusat bersetuju mem-bayar RM770.334 juta wang Dana Khas royalti Petroleum yang digunakan SPNB,” katanya. Menurutnya, pada masa sama, Kerajaan Pusat bersetuju membayar sebanyak RM1.7 billion dan RM400 juta lagi masih peringkat pertimbangan. ``Kerajaan negeri sudah berunding dan ber-setuju bayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat daripada jumalah RM1.7 billion itu sebanyak RM200 juta setahun. ``Kita juga menerima berita baik bahawa bayaran pertama RM200 juta sudah diterima dan dimasukkan ke dalam bank,” katanya.

Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz menyampaikan cek bayaran balik Dana Khas Persekutuan ke-pada Dato’ Seri Haji Ahmad di Kuala Tereng-ganu.

Page 3: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 2012 3

AM

Sasar 100 koperasi masjid setahunOleh: Fauzi [email protected]

Menerusi konsep 1Kam-pung 1Koperasi, K e -r a j a a n Terengga-nu menyasarkan untuk

menubuhkan koperasi di semua 491 masjid di Terengganu dalam tempoh lima tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pemban-gunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’Mohamed Awang Tera (gambar kecil), berkata dianggarkan 100 buah masjid di negeri ini akan menubuhkan kop-erasi masing-masing setiap tahun. ``Setiap masjid yang menubuh-kan koperasi, kerajaan akan bagi

geran sebagai bantuan sebanyak RM10,000. Dengan bantuan itu ko-perasi berkenaan bolehlah bergerak untuk buat bayaran pengurusan, beli peralatan, pejabat dan sebagainya. ``Malah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sendiri menyediakan pinjaman kepada koperasi sehingga RM10 juta untuk dijadikan modal jika terdapat projek berpotensi hen-dak dijalankan,”katanya. Beliau berkata demikian pada bengkel penubuhan Koperasi Khairi-ah Masjid Daerah Kuala Terengganu

baru-baru ini yang melibatkan 150 ahli jawatankausa masjid daerah itu. Dato’Mohamed berkata, kera-jaan melihat masjid merupakan in-stitusi yang berpotensi untuk mewu-judkan koperasi bagi meningkatkan ekonomi di setiap kariah. Katanya, dengan adanya koperasi di setiap masjid, ia boleh menye-diakan keperluan untuk ahli kariah dan modal untuk menggerakkan koperasi datangnya dari sumbangan ahli.

``SKM sendiri menyediakan pinjaman kepada koperasi sehingga RM10 juta untuk di-jadikan modal jika terdapat projek berpotensi hendak dijalankan.’’

Tasik Kenyir zon memancing bertaraf duniaKerajaan negeri optimis untuk

menjadikan Tasik Kenyir se-bagai zon pancing bertaraf du-

nia apabila usaha untuk mengekal serta menambah saiz populasi pelb-agai spesies ikan giat dilaksanakan di tasik pelancongan itu. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ah-mad Said, berkata selain merezab-kan Santuari Kelah sepanjang tiga kilometer di Sungai Petang, usaha turut digiatkan dengan melepaskan benih ikan yang diancam kepupu-san. Menurutnya, spesies ikan air tawar yang diancam kepupusan se-perti lampam, kerai, tenggalan dan siakap putih antara yang sedang dibiakkan di tasik berkenaan den-gan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ja-batan Perikanan dan Lembaga Ke-majuan Ikan Malaysia (LKIM). ``Isu penangkapan ikan secara tidak terkawal tidak lagi berbang-kit apabila usaha pemeliharaannya melibatkan pewartaan beberapa kawasan yang luas seperti Sungai Leban dan Sungai Petang di tasik ini. ``Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kita harapkan tiada lagi pen-gunjung yang mengeluh kerana semakin sukar untuk memperoleh hasil tangkapan di tasik ini yang

suatu ketika dahulu dianggap seba-gai syurga kaki pancing,”katanya selepas Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Men-teri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’Mohd. Johari Baha-rom, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah dan Pengerusi

LKIM, Dato’Mohd. Jidin Shafie. Pada majlis itu, lebih 10,000 benih ikan siakap putih dilepaskan dengan melibatkan kos keseluruhan RM100,000. Sementara itu, Dato’Seri Haji Ahmad memberitahu, spesis siakap putih yang mampu membesar se-hingga 23 kilogram seekor itu mampu mengembalikan Tasik Ke-

nyir sebagai yang menjadi buruan kaki pancing serata dunia termasuk China, Korea, Indonesia dan Singa-pura. ``Sehingga kini terdapat 38 spe-sies ikan di Tasik Kenyir dan apa yang penting spesies itu bukan seka-dar boleh dipancing malah boleh di-lihat dan sesuai dijadikan lokasi un-tuk kegiatan penyelidikan,”ujarnya.

Lebih 10,000 benih ikan siakap putih dilepaskan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

PMINTmahu kekal penarafan empat bintangPerbadanan Memajukan

Iktisad Negeri Tereng-ganu (PMINT) berhasrat mengekalkan kejayaan yang diraih sepanjang tahun ini termasuk penarafan tertinggi empat bintang bagi Penguru-san Kewangan PMINT dalam Laporan Audit Negara 2010. Selain itu, PMINT turut meraih Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2001 dan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S 2011 buat tahun ked-ua berturut-turut. Pengurus Besar PMINT, Dato’ Osman Muda ber-kata, pihaknya tidak mahu mendabik dada dan alpa den-gan pencapaian yang diraih sepanjang tahun ini. Sebaliknya, beliau mahu semua kakitangan mengekal-kan kejayaan dan pengik-tirafan itu pada masa akan datang supaya perbadanan itu dipandang tinggi serta memiliki pengurusan yang baik dan cemerlang. Katanya, bagi mengekal-kan kejayaan itu, semua pi-hak terutama pegawai dan kakitangan PMINT harus mempunyai sikap terbuka, meningkatkan ilmu dalam diri dari semasa ke semasa. ``Malah, kita juga perlu me-nambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi dan bersedia serta sanggup melakukan transformasi mengikut perkembangan semasa,” katanya ketika Ma-jlis Makan malam MPINT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Derita Iman Adam dapat perhatianPenderitaan Iman Adam Raman, 9,

yang koma sejak tujuh bulan lalu aki-bat menjadi mangsa langgar lari penung-gang motosikal dipercayai Mat Rempit mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said yang turut melawat mangsa di rumahnya, di Kam-pung Kebor Manir, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam kunjungan itu, Dato’Seri Haji Ahmad, bersetuju meluluskan sumban-gan sebanyak RM1,500 sebulan, terma-suk bantuan Jabatan Kebajikan Masyara-kat kepada ibu mangsa, Nik Ainy Mohd, 51, berjumlah RM200. Bantuan itu nyata meringankan beban keluarga mangsa yang terpaksa membe-lanjakan hampir RM2,000 sebulan bagi membeli pelbagai barangan keperluan seperti lampin pakai buang, ubatan dan susu khas.

Menteri Besar Dato’Seri Haji Ah-mad Said, berkata pihaknya cukup terharu dengan penderitaan mangsa yang terpaksa terlantar dan tidak mampu bercakap. ``Saya dukacita dengan sikap indivi-du yang melanggar Iman Adam kerana nyata tidak bertanggungjawab selain tiada perasaan belas kasihan,”katanya Mangsa, Iman Adam hanya mampu membuka mata, tetapi tidak boleh me-lihat selain lumpuh kerana otaknya tidak berfungsi berikutan koma ta-hap dua akibat kemalangan itu ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis ber-hampiran Sekolah Menengah Kebang-saan Manir, Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, pada 2 Mei lalu. Iman kadang kala memberi sedikit rangsangan dengan menggerakkan kepala apabila disentuh.

Iman Adam masih koma selepas menjadi mangsa langgar lari ditemani ibunya, Nik Ainy di rumahnya di Kampung Kebor, Manir.

Page 4: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 20124

AM

Institut al-Quran Terengga-nu (IQ) bakal dinaik-taraf menjadi sebuah kolej atau

kolej universiti menjelang 2015 bagi mengukuhkan peranannya sebagai institusi yang melahirkan ramai tokoh agama dan golongan quranik. Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Dato’Mazlan Ngah , berkata ia bagi melahirkan lebih ramai generasi berjiwa al-Quran pada masa depan. ``Kertas kerja mengenainya sedang disiapkan sebelum di-panjangkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan kelulusan. ``Kita harap ia akan me-letakkan IQ sebagai sebuah

Dato’ Haji Mazlan berbual dengan warga IQ selepas majlis Bual Bicara, baru-baru ini.

institusi pendidikan yang terulung,”katanya baru-baru ini. Turut hadir Pengarah IQ, Dr. Ahmad Bazli Shafie. Tambahnya, dalam usaha ke arah itu, pelan peranca-ngan telah diatur termasuk peningkatan prasarananya bagi memberi keselesaan pembelajaran. ``Untuk itu, kita dalam proses membina penempatan tambahan untuk pelajar-pe-lajar yang bakal memuatkan 500 pelajar. ``Ini merupakan langkah awal untuk memenuhi per-mohonan kemasukan yang semakin meningkat setiap tahun,”katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah IQ. Katanya, hanya seramai

56 pelajar berjaya memasuki institut berkenaan yang kini menampung 246 orang bagi mengikuti Pengajian Diploma Tahfiz wal Qiraat, Pengajian Persijilan Tahfiz wal Qiraat dan Pengajian Kuliah al-Furqan. Jelasnya, selaras den-gan hasrat itu juga, IQ bakal menawarkan tiga kursus di-ploma iaitu Pengajian Quran dan Qiraat, Pengajian Quran dan Hadis serta Pengajian Quran dan Bahasa al-Quran tidak lama lagi. Katanya, IQ yang diasas-kan pada tahun 1984 telah membimbing 1,000 pelajar yang memberi sumbangan kepada peningkatan syiar Is-lam di seluruh negara.

IQ Terengganu dinaiktaraf kepada Kolej Universiti 2015

Biarpun membesar se-bagai Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang pelajar dari Seko-

lah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu mencatat rekod apabila mun-cul calon Penilaian Mene-ngah Rendah (PMR) yang mengalami autisme pertama di negara ini memperolehi 9 A dalam keputusan peperik-saan itu, baru-baru ini. Anak sulung pasangan En-cik Zainuddin Muhamad den-gan Puan Rozina Mohd Ikram dari Taman Setia Durian Bu-rung, Kuala Terengganu mula dikesan mengalami penyakit itu ketika usianya dua tahun apabila sukar berkomuni-kasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran selain bersifat hiperaktif. Pelajar cemerlang berke-naan, Muhammad Danial Zainuddin, 16, mendapat A dalam semua mata pelaja-

Pelajar autisme cipta rekod 9A PMR

Dua beradik, Muhammad Danial dan Nurul Diana gembira melihat keputusan 9A PMR.FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Oleh: Aida Abd [email protected]

ran yang diambilnya turut berkongsi kejayaan dengan adiknya, Nurul Diana, 15, yang meraih kejayaan seru-pa. Dia pernah menerima an-ugerah Tokoh Pelajar sem-pena Hari Guru peringkat negeri dua tahun lalu adalah satu-satunya pelajar pendi-dikan khas yang menduduki PMR di SMKA Sheikh Abdul Malek, pada Oktober lalu. Muhammad Danial meru-pakan antara 23,157 calon PMR di seluruh Terengganu dan daripada jumlah itu, 91 calon adalah pelajar Pen-didikan Khas terdiri dari-pada enam calon masalah penglihatan, pendengaran (10), pembelajaran (75) dan kurang upaya fizikal (9). ``Saya sangat gembira den-gan kejayaan ini. Saya mena-sihati rakan-rakan yang sena-sib dengan saya supaya tidak menjadikan kecacatan dan kekurangan sebagai halan-gan untuk belajar bersung-

guh-sungguh serta mem-perolehi semua A,”katanya. Dia yang berhasrat men-jadi pensyarah suatu masa nanti pernah mencipta seja-rah apabila berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu walaupun men-galami kekurangan. Muhammad Danial yang gemar bermain catur dan badminton memperoleh 9A ketika peperiksaan percu-baan PMR, sentiasa memberi tumpuan penuh ketika di kelas dan meluangkan masa satu hingga dua jam bagi mengulangkaji pelajaran ber-sama adiknya, Nurul Diana apabila berada di rumah. Sementara Puan Rozina yang sanggup melepaskan jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat korpo-rat demi memberi tumpuan kepada anak sulungnya itu menganggap kejayaan yang diraih mereka terutama Mu-hammad Danial tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Terengganu juara lalu lintas Kebangsaan

Kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan

Pertandingan Pendidikan Lalulintas Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebang-saan 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketua Kontinjen, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kebaji-kan, Pembangunan Masyara-kat dan Wanita negeri) Encik Nasran Abd. Halim berkata, kontinjen negeri diumum se-bagai juara bersama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. ` J̀awatankuasa pertandi-ngan membuat keputusan

Kontinjen Terengganu gembira bersama hadiah dan piala kemenangan Pertandingan Pendi-dikan Lalulintas Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011, baru-baru ini.

berkenaan berdasarkan pun-gutan mata dalam tiga kate-gori dipertandingkan adalah sama,”katanya kepada Tega-nukita. Katanya, Terengganu mendapat tempat kedua ka-tegori sekolah rendah dan keempat kategori sekolah menengah dalam tiga kate-gori iaitu pemandu kereta, penjalan kaki dan penung-gang basikal. Tambahnya, negeri mem-bawa pulang sebuah piala (juara keseluruhan) dan wang tunai RM2,000 beser-

ta hadiah iringan (naib juara). Menurut Encik Nasran, kontinjen negeri diwakili 34 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemaman (17 pelajar) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Payoh, Kemaman (17 pelajar). ``Sekolah rendah dan menengah ini merupakan juara keseluruhan dalam Per-tandingan Pendidikan Lalu-lintas SHELL/MJKR/JPNT Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Litar Lalu-lintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman Mei lalu,”katanya.

TAHUKAH ANDA...

Perhilitan telah menye-rahkan 13 ekor singa, dua

tapir dan dua pasang ungka untuk dibela di

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, di Bukit Takal, baru-baru ini. Majlis pe-

nyerahan binatang berke-naan disempurnakan oleh

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Page 5: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 2012 5

EKONOMI

TDMP terima tauliah akreditasi amalan pertanian terbaikTDM Plantation Sdn Bhd

(TDMP) menerima pen-tauliahan akreditasi `Code of Good Agricultural Prac-tice for Oil Palm Estates and Smal lholdings’dar ipada Lembaga Kelapa Sawit Ma-laysia (MPOB). Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Haji Ab Halim Yusof, berkata akreditasi yang sah selama tiga tahun itu adalah satu kejayaaan bagi syarikat dalam usaha penambahbai-kan berterusan dalam kerja-kerja pengeluarannya. ``Pentauliahan ini bermak-na mutu dan pengeluaran Crude Palm Oil (CPO) mesti diperoleh daripada buah kelapa sawit yang baik dan selamat untuk diambil oleh pengguna. ```Akreditasi ini juga satu langkah awal yang diambil oleh TDMP bagi pematuhan` The Technical Barriers to Trade’yang dibuat oleh The World Trade Order (WTO) 1994 yang mengkehendaki beberapa piawaian tertentu dalam pembangunan ladang mengikuti amalan pengu-rusan yang baik,”katanya di majlis penyampaian sijil penghargaan sempena pen-

tauliahan itu, di Hotel Prim-ula Beach, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Di majlis itu, Pengerusi TDM Berhad, Dato’Roslan Awang Chik menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi TDMP, Dato’Mohd Jidin Shafee. Katanya, pengekalan mutu dan pengeluaran CPO sudah menjadi amalan op-erasi dan pengurusan di semua ladang kelapa sawit milik TDMP bagi memasti-kan produk makanan yang dihasilkan daripada minyak

kelapa sawit yang dikeluar-kan syarikat itu selamat serta dapat memulihara alam seki-tar. Selain itu, Dato’Mohd Ji-din turut menyampaikan si-jil latihan dan surat tawaran mengikuti Program Latihan Pegawai Luar kepada 20 pelatih terpilih. Beliau kemudiannya me-nyampaikan sumbangan kepada seorang kakitangan Ladang Fikri, Abd Aziz Abd Salam berikutan anaknya, Muhd Fakhrul, 16 yang men-gidap kanser usus.

Dato’ Roslan Awang Chik (kiri) menyampaikan sijil akreditasikepada Dato’ Mohd Jidin.

PFK perkasa ekonomi, galak penyertaan usahawanKerajaan negeri melalui Yayasan Pem-

bangunan Usahawan Terengganu melaksanakan pelbagai program dan projek keusahawanan termasuk Pro-gram Flagship Keusahawanan (PFK) bagi memperkasakan ekonomi dan men-galakkan pembabitan rakyat negeri ini dalam bidang keusahawanan. Program PFK termasuk merancang dan menambah pembukaan T’Shoppe, T’Kafe, T’Crafts dan T’Lodge yang dijangka mampu memberi pulangan ber-kesan kepada pencapaian objektif pelak-sanaan program T-Brand. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata usaha dan pencapaian itu amat memberangsangkan dan terkeha-dapan berbanding negeri lain di negara ini serta melahirkan golongan usahawan yang berwibawa dan berdaya maju. Katanya, program PFK itu juga se-laras dengan hasrat kerajaan menja-dikan Terengganu Maju 2020 dengan memperkenalkan empat tonggak, iaitu Merakyatkan Pentadbiran dan Pemban-gunan, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Hala Tuju Negeri Terengganu.

Wan Hasnah dominasi dua bisnes

BISNES

Me n g u s a h a k a n dua perniagaan berlainan secara

serentak, tidak menimbul-kan masalah buat pemi-liknya, Wan Hasnah Wan Endut berikutan mempu-nyai minat mendalam dan pengalaman luas berkaitan kedua-dua bidang yang diceburi itu. Wan Hasnah berkata, dia yakin sekiranya se-seorang itu mempunyai minat, tekun berusaha, ju-jur dan bertanggungjawab dalam perniagaan, pasti berjaya walaupun terpaksa mengurus banyak syarikat dalam tempoh masa yang sama. Sebelum `terjun’secara serius dalam bidang itu, be-liau menimba pengalaman bekerja sebagai Pengurus Domestik Majlis Amanah Mara (Mara) di Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Terengganu selama empat tahun. Katanya, disebabkan mahu memenuhi minat dan ingin mewarisi pernia-gaan keluarga, dia nekad membuka Kedai Emas & Permata Wan Hasnah Wan Endut di Pasar Besar Kedai Payang sekitar 1992. ``Beberapa bulan kemu-

Oleh: Suriati [email protected]

dian, Saralisa Butik di Gong Kapas, Kuala Terengganu turut dibuka. ``Saya sentiasa ber-tawakal, nekad berusaha dan cekal hati mengurus dua perniagaan itu secara serentak walaupun pada awalnya berasa agak ragu-ragu kerana terpaksa men-gagihkan banyak masa dan tenaga,”katanya yang berkelulusan Diploma Hotel dan Katering dari Univer-siti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Apa yang diusahakan Wan Hasnah selama 20 tahun itu cukup berbaloi kerana songket, sutera dan batik mendapat sambutan membanggakan.

Puluhan pelanggan dari London, Arab Saudi, Indone-sia dan Singapura akan men-ghubungi beliau setiap kali ingin mendapatkan produk yang terkenal di Malaysia, khususnya di Terengganu itu. Wan Hasnah berkata, dia mempunyai kaedah tersend-iri untuk mempromosi pelbagai produk miliknya termasuk menyertai ekspo anjuran Perbadanan Kema-juan Kraftangan Malaysia dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di se-rata negeri dan negara. Dia bangga dan bersyu-kur kerana apa yang dilak-sanakan itu turut mendapat kepercayaan kerabat Diraja dan golongan kehormat.

Projek pembangunan lembah silika pertama dunia di Setiu

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan TRG Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) memeterai per-janjian persefahaman untuk memban-

gunkan lembah silika di Setiu, yang merupakan projek pertama di dunia. Menteri Besar, Dato` Seri Haji Ahmad Said berkata, pelaburan bernilai RM350 juta itu mel-ibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, Setiu, mulai April ini dan bakal bero-perasi sepenuhnya pertengahan tahun depan. Kerjasama mewujudkan Konsortium Silika Terengganu itu melibatkan pengeluaran pasir silika di kawasan seluas 1,200 hektar di Setiu dan Marang dengan jangkaan keluaran kasar 800,000 tan setahun. ``Konsortium itu turut melibatkan kepakaran dan teknologi pemprosesan syarikat tempatan dan antarabangsa dari Jepun, India dan Peran-cis untuk mewujudkan industri silika di Tereng-ganu. ``Selain membuka laluan pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), projek itu mampu membuka sehingga 600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir,”katanya selepas menyaksikan perjanjian berkenaan di Hotel Primula, baru-baru ini. Lembaga Tabung Amanah Warisan Neg-eri Terengganu diwakili Pegawai Kewangan

Oleh: Esah Abdullah dan Fauzi Mohd [email protected]

Kerajaan negeri, Dato` Haji Abdul Razak Ismail manakala Ketua Pegawai Eksekutif TIM, N. Surendren mewakili syarikat berkenaan. Turut menyaksikan, Pengerusi Kumpulan TIM, Tengku Sri Temenggong Raja, Dato` Seri Tengku Baharuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato` Haji Mazlan Ngah. Dato` Seri Ahmad berkata, dua kawasan de-posit silika yang dikenalpasti mampu bertahan sehingga 75 tahun itu akan melalui kajian kebolehlaksanaan secara teliti dan sistematik mengikut piawaian antarabangsa.

Katanya, penggunaan teknologi tinggi dan kepakaran luar negara akan menjamin kelua-ran gred dan mutu silika yang paling tinggi un-tuk kegunaan industri khas seperti pembuatan kaca panel solar, TV LED, LCD dan komponen elektronik yang lain. ``Pihak konsortium akan memperkenal-kan industri kraftangan kristal yang lengkap dengan studio, galeri, muzium serta bengkel latihan yang berpusat di Taman Tamadun Is-lam (TTI) yang dikenali sebagai Taman Kristal Terengganu,”katanya.

Dato’ Seri Ahmad dan Dato’ Seri Tengku Baharuddin menyaksikan pertukaran MoU antara kerajaan negeri dan TIM.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

Page 6: teganukita 53

6 BIL: 53, 15-31 Januari 2012

RENCANA

PENAUNG: YAB DAto’ SErI HAjI AHmAD SAID

mENtErI BESAr tErENGGANU. YB Haji Khazan Che mat

Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAt: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGArANG: ruslan Abdul rahman

timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGArANG 1: Kamaruddin mat Akib

(media Baru).

PEN. PENGArANG 11: Aida Abd. rahman

(Akhbar teganukita).

WArtAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi mohd Hj. mohamad Ishak (Besut) Amirullah othman (marang) Hazwan rosli (Dungun) mastura jamaluddin (H. terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

jUrUFoto: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidang

Reda

ksi

ANALISIS

Kecemerlangan sukan: Prof Khoo Kay Kim saran contohi Terengganu

Catatan PengarangGendang pilihan raya sudah kedengaran

Oleh: Ruslan Abdul [email protected]

Gendang Pilihan Raya Umum (PRU-13) semakin jelas kedengaran dan gemanya sudah dapat dirasai ketika ini. Sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang sudah membuat pelbagai persiapan bagi menghadapi PRU-13 itu. Bagi rakyat Terengganu, keselesaan di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) seka-rang, jauh dirasakan perbezaannya sewaktu pembang-kang berkuasa selama 4 tahun yang lalu. Perit dan pedih berada di bawah regim yang hanya pandai bersyarah, tetapi gagal mengurus tadbir negeri. Pelbagai kezaliman dan perbuatan ``membalas dendam`` hinggakan kanak-kanak tadika yang tidak bersalah pun dijadikan mangsa serta orang-orang tua yang sepatutnya menerima bantuan dinafikan hak mereka dipotong dari senarai atas dasar ``bukan orang

kita”. Malah wang zakat pun dirembat oleh anak-anak Exco Kerajaan yang memerintah ketika itu dan banyak lagi himpunan kezaliman pemerintahan regim yang menjanjikan kebajikan, tetapi sebenarnya kezaliman. Masih tidak lupa itu semua. Apa yang penting ialah pendokong parti pemerintah sekarang hendaklah terus teguh berpadu. Perdana Menteri, Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua ahli Barisan Nasional, (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh mem-beri kesan kepada kekuatan parti sebaliknya kesepaka-tan dan perpaduan dalam parti itu sangat penting bagi memastikan kemenangan besar terus berpihak kepada BN. Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata musim sudah sampai (pilihan raya), gendang pilihan-

raya dipalu dan gemanya sudah dapat dirasai. Dengan ini bererti bahawa persediaan kita tahap kesiapsiaga bertambah lebih mantap kerana hendak turun medan perang maka semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang. Kesiapsagaan yang dimaksudkan Dato’Seri Najib yang juga Pengerusi BN, juga mencakupi nasihat - elak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana rasa tidak puas hati. ``Paling penting kita jangan mencipta masalah, don’t create problems, bahasa mudah - jangan buat masalah. Ini adalah kerana asas kita, kekuatan adalah anggota kita.” Bersedialah!!!

Terengganu di bawah kepemimpinan Dato’Seri Haji Ahmad Said sudah tidak syak lagi amat berjaya di bidang sukan sehingga dikatakan sebagai `kuasa baru sukan` di

negara ini. Malah bukan sahaja di peringkat negara, kini sudah melampaui batasan hingga ke peringkat an-tarabangsa. Sebelum ini dua pelumba sensasi negara, Azizul-hasni Awang dan Fatehah Mustafa antara dua anak Terengganu yang terawal menempah tiket ke Sukan Olimpik London. Diikuti dua lagi pelumba basikal dijangka turut ke temasya sukan terbesar dunia itu tidak lama lagi. Dua pelumba berkenaan yang juga merupakan pasangan adik beradik, Mohd Harrif Salleh dan abangnya, Mohd Zamri. Selain dua atlet memanah, Khairul Anuar Moha-mad dan Nurul Syafiqah Hashim juga terpilih untuk beraksi di Sukan Olimpik bertaraf dunia itu. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, ber-kata sekurangnya-kurangnya enam anak Tereng-ganu akan bertarung di peringkat dunia itu. Katanya, kerajaan negeri akan menyediakan in-sentif kepada enam atlet berkenaan sebelum mere-ka bertolak ke sukan itu nanti sebagai galakan dan penghargaan atas kecemerlangan mereka di pentas dunia. ``Kita akan beri insentif sebelum mereka berang-kat. Sekurang-kurangnya mereka ada duit poket

sedikit kerana kita sudah berjanji untuk menye-diakannya tahun lalu,”katanya di Majlis Penyam-paian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan SEA dan Pra Asean , di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kerajaan negeri bersedia menyediakan peruntukan sebagai insentif kepada atlet cemer-lang untuk menyuntik semangat mereka, selain penghargaan atas kejayaan yang diraih selepas mengharumkan nama negeri serta negara Itulah salah satu cara Dato’Seri Haji Ahmad berusaha menjadikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan. Sebenarnya ialah kerana pentadbiran sukan di bawah kepempimpinan negeri sekarang amat ter-susun, persiapan lebih awal dan sistem penguru-san yang professional, itu di antara elemen utama menjadikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan tanah air. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan neg-eri, Rozi Mamat berkata, trend sukan di Tereng-ganu yang melihat sukan sebagai `sumber rezeki` juga merupakan antara faktor mendorong kepada lahirnya jaguh sukan bertaraf antarabangsa. Katanya, gabungan semua elemen itu telah ter-bukti dengan kejayaan Terengganu muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) buat kali ketiga berturut-turut. Sebelum ini, Terengganu berjaya merangkul kejuaraan buat kali pertama pada tahun 2008 ke-

tika mereka menjadi tuan rumah sebelum mengu-langinya di Melaka tahun lalu. ``Selepas berakhirnya Sukma 2010 di Melaka ta-hun lalu, kita hanya sempat berehat selama sebulan sebelum memulakan latihan secara konsisten. ``Untuk membentuk atlet terbaik dalam tempoh setahun memang tidak boleh, tetapi kebanyakan daripada atlet yang kita hantar bertanding telah dilatih sejak usia kecil lagi,”katanya.Menurut Rozi, di Terengganu sebenarnya telah wu-jud trend baru dalam bersukan yang mana aktiviti sukan dilihat sebagai acara wajib. ``Kita akan ada sekolah sukan sendiri dan beber-apa buah sekolah di negeri ini merupakan kuasa dalam pelbagai bidang sukan,”jelasnya. Penganalisis sukan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar atas) menyarankan Majlis Olimpik Ma-laysia (MOM) agar melihat modul yang digunakan Terengganu dalam mengurus dan mentadbir su-kan. ``Dulu Terengganu merupakan pasukan tercorot dalam sukan berbanding Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Secara drastik negeri dari Pantai Timur ini telah melonjak dan muncul sebagai juara Sukma dalam tiga edisi berturut-turut Semua itu, kata Kay Kim, adalah disebabkan ke-mampuan Terengganu mengenal pasti bakat dalam kalangan anak-anak tempatan. ``Terengganu boleh diibaratkan sebagai lubuk atlet berkualiti seperti yang dibuktikan dengan la-hirnya Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fate-hah dalam sukan berbasikal,”kata Profesor Tan Sri Khoo. Apa pun mempertahankan kejuaraan itu lebih hebat dan sukar, tetapi Terengganu mampu mem-pertahankannya selama tiga kali berturut-turut menjuarai Sukma. Bersama-samalah kita berjuang dan tingkatkan jati diri ke mana pun kita berjaya sampai dan say-angkan Terengganu negeri kita (Teganukita!!).

Page 7: teganukita 53

Hospital milik kerajaan Terengganu cipta sejarah dan keyakinan luar

Tiada yang dapat diucapkan oleh Fara Rohlan, 39 tahun, dari Jakarta Indonesia melainkan syukur yang tiada terhingga apabila suaminya yang disayangi Dwi Bina

Rachmawanto, 40, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass surgery) di Pusat Peru-batan i-Heal - Hospital yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri. Pembedahan adalah tanpa menggunakan pam (jantung palsu) bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru semasa pembedahan dijalankan, tetapi salur darah (bypass) dijahit dalam keadaan jantung sedang berdegup.

Dwi Bina seorang usahawan di Jakarta itu adalah rakyat asing pertama yang menjalani pembedahan, kata Menteri Besar Dato’Seri Haji Ahmad Said yang meluangkan masa seketika

melawat pesakit Dwi Bina di i-Heal Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dato’Seri Haji Ahmad memberitahu Pengarang Teganukita bahawa kedatangan pesakit dari luar itu membuktikan keyakinan terhadap keupayaan hospital berkenaan, khususnya pakar pembeda-han jantung yang juga Pengarah Hospital itu, Dr. David Khoo Sin Keat. Menteri Besar yang amat prihatin dan sentiasa memantau perkembangan hospital milik Kerajaan Negeri Terengganu sempat berbual beberapa ke-tika dengan Dwi Bina yang baru sahaja menjalani pembedahan, juga bertanya khabar kepada kelu-arga Dwi yang menemani sepanjang pesakit dari Jakarta dirawat di situ. Hadir sama ialah Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Dato’ Haji Wan Ahmad Nizam Ab-dul Hamid dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsudin Sulong.

Fara Roha berkata, keyakinan yang tinggi ke-pada kemampuan hospital itu dan pakar bedah

Dwi Bina Rachmawanto, 40, selamat menjalani pembedahan pin-tasan jantung (bypass surgery) di i-Heal, Hospital yang dibangunk-an oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri. Beliau seorang usahawan di Jakarta adalah rakyat asing pertama yang menjalani pembedahan di hospital berkenaan.

Kedatangan pesakit dari luar itu membuktikan keya-kinan terhadap keupayaan hospital berkenaan, khu-susnya pakar pembedahan jantung yang juga Penga-rah Hospital itu, Dr. David Khoo Sin Keat.

jantung, Dr. David Khoo membuatkan beliau serta keluarga membuat keputusan agar suaminya Dwi Bina menjalani pembedahan di situ, walaupun di luar negara sendiri. Dwi Bina menjalani pembedahan pintasan jan-tung kaedah baru itu pada 30 November selama satu jam lebih diketuai oleh Dr. David dan beberapa orang para pembantunya. Ia adalah pembedahan kaedah baru kali kelima di hospital berkenaan. Dwi menjalani pembedahan 3 pintasan jantung (LIMA-Bilateral Radial Arteries) iaitu menggunak-an salur darah dari tangan.

Kaedah ini membolehkan pesakit cepat sembuh kerana tidak memberhentikan fungsi jantung dan paru-parunya semasa pembedahan dijalankan. Pembedahan kaedah biasa, jantung dimatikan fungsinya terlebih dahulu semasa pembedahan dengan menggantikan“pam jantung palsu”dalam tempoh pembedahan. Ibu Nanie, iaitu emak kepada Dwi ketika ditemui mengakui kehebatan hospital berkenaan dan Dr, David yang telah lama dikenalinya kerana sebelum ini pun suaminya pernah menjalani pembedahan pintasan jantung dengan pakar itu. ``Ibu amat yakin dengan keupayaan Dr. Da-vid, lantaran itu ibu mahu anak ibu Dwi Bina juga menjalani pembedahan dengan pakar yang sama,”katanya.

Dwi menjalani pembe-dahan 3 pintasan jantung (LIMA-Bilateral Radial Ar-teries) iaitu menggunakan salur darah dari tangan.

`̀ Ibu amat yakin dengan keupayaan Dr. David, lan-taran itu ibu mahu anak ibu Dwi Bina juga menjalani pembedahan dengan pa-kar yang sama.”

WAKAF rAKYAtOleh: Ruslan Abdul [email protected]

BIL: 53, 15-31 Januari 2012 7

RENCANA

Menteri Besar ketika melawat Dwi Bina Rachmawanto selepas menjalani pembeda-han jantung di i-Heal, baru-baru ini.

Page 8: teganukita 53

8 BIL: 53, 15-31 Januari 2012

RENCANA

Karnival Hijrah cetus transformasi

Karnival Hijrah 2011 yang berlangsung selama tiga hari dari 22 hingga 24 Disember lalu, memberi ruang ke-pada penduduk negara ini, khususnya di Pantai Timur, memahami dan diberi pendedahan mengenai pencapa-

ian pembangunan Islam di Malaysia serta peranan pelbagai pi-hak, termasuk Kerajaan Terengganu, bagi meningkatkan syiar Islam. Program anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kera-jaan Negeri Terengganu dan TV- Al Hijrah, itu berjaya menarik kira-kira 200,000 pengunjung bagi menjenguk tapak pameran dan gerai-gerai jualan, bersama-sama keluarga masing-masing. Karnival Hijrah yang diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, itu turut bertujuan mempromosikan pelan-congan di Terengganu, di mana lokasinya berhampiran pusat membeli belah Pasar Besar Kedai Payang dan Bazar Warisan serta mengetengahkan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air kepada para pelawat dari luar Terengganu. Dengan tema “HIJRAH 1 TRANSFORMASI”, karnival tersebut dijayakan oleh 44 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Terengganu, bagi menonjolkan inovasi dan kemajuan yang telah diperkenal-kan oleh agensi masing-masing. Satu bonus bagi pihak penganjur apa-bila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru saja berang-kat pulang ke negeri ini selepas menamatkan tempoh perkhid-matan sebagai Yang di-Pertuan Ag-ong, berkenan merasmikan karnival berkenaan. Mengiringi keberangkatan baginda ial-ah Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Ba-haruddin; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TV- Al Hijrah, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor. Sebaik selesai menekan butang gimik pelan-caran Sultan Mizan berkenan berangkat ke tapak pameran, seterusnya mencemar duli ke konti TV-Al Hijrah, pameran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta beberapa agensi Pusat dan negeri . Antara agensi di bawah Jabatan Perdana Men-

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

Page 9: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 2012

RENCANA9

Karnival Hijrah cetus transformasi

Karnival Hijrah 2011 yang berlangsung selama tiga hari dari 22 hingga 24 Disember lalu, memberi ruang ke-pada penduduk negara ini, khususnya di Pantai Timur, memahami dan diberi pendedahan mengenai pencapa-

ian pembangunan Islam di Malaysia serta peranan pelbagai pi-hak, termasuk Kerajaan Terengganu, bagi meningkatkan syiar Islam. Program anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kera-jaan Negeri Terengganu dan TV- Al Hijrah, itu berjaya menarik kira-kira 200,000 pengunjung bagi menjenguk tapak pameran dan gerai-gerai jualan, bersama-sama keluarga masing-masing. Karnival Hijrah yang diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, itu turut bertujuan mempromosikan pelan-congan di Terengganu, di mana lokasinya berhampiran pusat membeli belah Pasar Besar Kedai Payang dan Bazar Warisan serta mengetengahkan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air kepada para pelawat dari luar Terengganu. Dengan tema “HIJRAH 1 TRANSFORMASI”, karnival tersebut dijayakan oleh 44 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Terengganu, bagi menonjolkan inovasi dan kemajuan yang telah diperkenal-kan oleh agensi masing-masing. Satu bonus bagi pihak penganjur apa-bila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru saja berang-kat pulang ke negeri ini selepas menamatkan tempoh perkhid-matan sebagai Yang di-Pertuan Ag-ong, berkenan merasmikan karnival berkenaan. Mengiringi keberangkatan baginda ial-ah Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Ba-haruddin; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TV- Al Hijrah, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor. Sebaik selesai menekan butang gimik pelan-caran Sultan Mizan berkenan berangkat ke tapak pameran, seterusnya mencemar duli ke konti TV-Al Hijrah, pameran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta beberapa agensi Pusat dan negeri . Antara agensi di bawah Jabatan Perdana Men-

teri yang menjayakan karnival itu ialah Jabatan Kemajuan Is-lam Malaysia (Jakim), Lembaga Tabung Haji Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jahwhar), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Ya-peim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia, International Zakat Organization (IZO), Yayasan Taqwa dan TV- Al Hijrah. Selain itu, karnival yang bersifat terbuka dan secara lang-sung itu turut melibatkan penyertaan badan-badan penyiaran seperti TV-Al Hijrah dan IKIM FM serta Salam FM dan Manis FM. FAMA juga turut serta dengan mini MAHA yang mengeten-gahkan hasil pertanian seperti buah-buahan tempatan dan produk-produk makanan yang dihasilkan dari tanaman tempa-tan. Pelbagai aktiviti lain termasuk pameran detik-detik kegemi-langan Islam yang julung kali diadakan dengan menampilkan beberapa artifak dan replika kegemilangan Islam seperti Lam-pu Masjid Mamluk, Astrolab, Sfera Bintang, dan Papan Lapis yang tertera perkataan “Bismillahirrahmanirrahim”. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula mempamerkan ke-pada pengunjung Alatan Penentu Tarikh Lahir Islam manakala Jakim pula menganjurkan Klinik al-Quran dan pameran ten-tang Halal Hub. Pengunjung berpeluang melihat sendiri alat menguji emas di khemah pameran Yapeim manakala Tabung Haji menyediakan perkhidmatan dan urusan haji.

TV- Al Hijrah mengadakan siaran secara langsung dari Dataran Shahbandar bagi program bual bicara AS-SALAMUALAIKUM dan KONSERT ULANG TAHUN TV- AL HIJRAH yang membariskan artis terkemuka. Tidak ketinggalan, rakaman program 30 MINIT

BERSAMA USTAZ DON, TERENGGANU BERSELAWAT dan DIALOG HARMONI turut diadakan. Sesi perkenalan dengan penyampai TV-Al Hijrah seperti Amin Idris, Ustaz Don Danial, Irma Hasmie dan Munif Isa yang diadakan di situ men-arik peminat rancangan tersebut. Selain itu, Forum Perdana bertajuk “Hi-

jrah Satu Transformasi ”serta program Adik-Adik-ku terbitan RTM turut diadakan bagi santapan rohani pengunjung.

Program yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Shahbandar, Kuala Tereng-ganu anjuran bersama Ja-batan Perdana Menteri, Kera-jaan Negeri Terengganu dan TV- Al Hi-jrah, itu berjaya menarik kira-kira 200,000 pengunjung.

Page 10: teganukita 53

10 BIL: 53, 15-31 Januari 2012

PELANCONGAN

rIADAHOleh: Suriati [email protected]

Kampung Wakaf Mempelam du-lunya dikenali sebagai Kampung Tok Jamal mempunyai 100 pera-

tus kemudahan awam seperti bekalan elektrik dan air bersih kepada 2,015 orang penghuni dari 425 keluarga. Lokasinya sembilan kilometer dari pusat bandar memberi kelebihan anak watan di sini menimba rezeki di pusat bandar melalui agensi kerajaan (50 pe-ratus), swasta (30 peratus) perniagaan dan pertanian (20 peratus). Jawatankuasa Kemajuan dan Kese-lamatan Kampung (JKKK) Wakaf Mem-pelam mewujudkan satu pangkalan data kampung dengan membina laman sesawang iaitu jkkk-wakafmempelam.blogspot.com untuk memberi kemu-dahan kepada masyarakat mendapat maklumat mengenai profail kampung dengan lebih cepat. Pengerusinya, Encik Husin Mohd Nor (gambar atas) mengharapkan laman ini menjadi perantaraan me-nyampaikan maklumat terus kepada masyarakat setempat atau orang luar untuk mendapatkan panduan lengkap tentang peranan dan aktiviti JKKK di samping membina kekuatan masyara-kat melalui kemudahan jaringan glo-balisasi. Anggota penyelaras zon diwujud-kan kepada 11 bahagian untuk cakna masyarakat serta berperanan melak-sanakan pelbagai aktiviti dalam kelom-pok lebih kecil tetapi menyeluruh. Pihak JKKK akan terus menjalankan

Oleh: Esah [email protected]

t a n g g u n g -jawab dan a m a n a h untuk mem-pastikan per-k h id m at a n yang cekap dan terbaik ke atas segala urusan yang b e r k a i t a n

dengan pentadbiran, pembangunan fizikal, kebajikan dan keselamatan ke arah memperkukuhkan nilai kua-liti masyarakat serta kecemerlangan dalam pengurusan. Layanan sama rata kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan atau fahaman poli-tik dapat membantu dalam merealisa-sikan satu model anggota masyarakat yang penuh adat, bersopan-santun, berwawasan, berdinamik, kreatif serta produktif ke arah memperkasakan masyarakat pengasih dan penyayang. Sebagai percubaan JKKK telah menerbitkan buletin kampung setebal 32 halaman untuk tatapan semua ge-nerasi warga kampung dan masyara-kat luar yang berminat mengetahui perkembangan semasa. Perancangan awal buletin ini diter-bitkan sekali setahun dan jika kewa-ngan mengizinkan pihak JKKK ber-azam untuk menerbitkannya setiap enam bulan sekali dengan merakam semua aktiviti komuniti kampung serta topik-topik yang menarik untuk tatapan ramai.

Kampung Jenangjanji kedamaian

DESAKU

Laman sesawang medium penduduk berinteraksi

Kampung Wakaf

Mempelam maju seiring pembangu-nan negeri.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

Jika anda meminati suasa-na perkampungan Melayu yang indah, nyaman dan bebas daripada sebarang

pencemaran udara, jangan lupa singgah di Pengkalan Raja Kampung Jenang, Marang se-tiap kali mengunjungi Tereng-ganu. Cukup mudah ke lokasi yang jauh daripada kesibukan ban-dar raya dan kesesakan lalu lintas itu di mana hanya perlu mendapatkan perkhidmatan bot sewa yang setia menanti di jeti Marang. Perjalanan yang mengam-bil masa kira-kira satu jam itu seakan hanya seketika perjala-nannya kerana pengunjung sentiasa disajikan dengan pa-norama indah termasuk kehi-jauan pokok bakau dan kejerni-han air sungai Marang. Pengunjung juga berpelu-ang melihat beberapa kumpu-lan monyet mencari makanan, kera bergayut, memerang, tuntung dan puluhan spesies burung leka dengan kitaran hidup mereka. Apa yang membanggakan, di kampung itu masih kekal dengan pelbagai adat, budaya dan permainan tradisional Me-layu walaupun di kebanyakan kawasan lain sukar untuk meli-

hatnya. Penduduk kampung yang sememangnya ramah me-layan tetamu masih memper-tahankan pelbagai jenis per-mainan tradisional dan juga pakar memasak pelbagai jenis makanan tradisional. Setiap kali tetamu sing-gah di lokasi itu, mereka ber-peluang menikmati pelbagai hidangan tradisional Melayu seperti rojak betik, ketupat pu-lut, air tuak, onde-onde, puteri mandi, buah gomok dan se-bagainya. Bukan itu saja, pengunjung akan dibawa ke rumah pen-duduk bagi melihat sendiri bagaimana menganyam atap daun nipah, membuat mani-san gula Melaka dan mem-proses daun rokok. Bagi pelancong asing atau luar negara, gelagat beruk me-metik buah kelapa pasti men-jadi kenangan terindah beri-kutan situasi itu sukar dilihat di tempat kelahiran mereka.

Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana gula Melaka dibuat dan kemudahan jeti untuk mereka yang datang dengan bot sambil menyusuri Sungai Marang.

Silat tradisional dipersembahkan bagi menyambut kunjungan tetamu di Kampung Jenang.

Bukan itu saja, pengunjung akan dibawa ke rumah pen-duduk bagi melihat sen-diri bagaimana menganyam atap daun nipah, mem-buat manisan gula Melaka dan memproses daun rokok.

Fikir dahulu sebelum bertindak

Page 11: teganukita 53

BIL: 52, 1-15 Januari 2012 11

AGAMA

MIMBARMIMBARSumber : JAKIM

، مك هندقله دسفادوكن يغ خمرلغ إنسان اوسها ممبينا دالم دغن دكنالي اتاو فنديديقن دان فغتاهوان عالمو انتارا إنسان اونتوق مالهيركن انتارا عالمو دان تربيه كسفادوان برواجب فيهق فرانن كسفادوان اين فروسيس دالم صلح. ساليغ مستيله ايبوباف دان سكوله فيهق فمرينته، ياءيت بركرجاسام دان مغمبيل تغضوغجاوب دغنسباءيق موغكين.6 ايات التحريم سورة دالم وتعالى سبحانه اهلل فرمان ديري فليهاراله برإيمان! يغ اورغ “واهاي مقصودث: كامو دان كلوارض كامو دري افي نراك يغ باهن باكارنثباتو; فنجاضاث مالئكة٢ يغ كرس كاسر; تيدق مأنسي دان مريك، كفد دفرينتهكنث يغ سضاال دالم اهلل كفد مندرهاك دفرينتهكن يغ سضاال مالكوكن تتف فوال مريك ”.دان يغ ساغت هوبوغن تردافت منبر فمرهاتين كفد برداسركن قوات بهاوا فغليباتن ايبوباف دالم مماجوكن فنديديقن انق٢.بولت٢ سخارا مثره بوليه تيدق ايبوباف دميكين دغن مننتوكن دالم سمات-مات ضورو٢ دان سكوله فيهق كفد مماءين هندقله ايبوباف انق٢. كخمرالغن دان كجاياءن فرانن دان كرجاسام رافت دغن فيهق سكوله. ايبوباف اداله اسس كفد مننتوكن داسر فمبيناءن أخالق، جاتي ديري دانانق٢ ترهادف ايبوباف تومفوان بيال انق٢. كخمرالغن منيغكت. سماكين انق٢ كخيخيرن قدر مك بركوراغن، ممرلوكن فنديواساءن دان فمبسرن اول فريغكت فد انق يغ تالدن جالن فنونجوق ترأول اورغ سباضاي ايبوباف فنديديقن إسالم، ساعت كريتيكل باءيق. منوروت فرينسيف موليا، أخالق مورني، نيالي ترس ممبينا فروسيس دالم برموال سبنرث مسرا يغ كومونيكاسي دان سايغ كاسيه منخافاي مريك سهيغضاله انق٢ كهيدوفن أول داري جماعه فارا منصيحتكن منبر دميكين دغن بالغ. اوسيا بوليه تيدق ايبوباف اين، تيمفوه كريتيكل دالم بهاوا سكالين افا جوا سكاليفون. انق٢ واالو منديديق دالم ديري ملفسكن دغن تردده اكن انق٢ مك برت، مغمبيل تيدق كيت جك كمولياءن هيلغ عقيده، روسق سفرتي ضجاال فلباضاي كيت فنديديقن. دالم كتيغضالن جوض مرواه دان أخالق يغ مميليه تاهو تيدق كليرو، منجادي انق٢ ماهو تيدق منوروت مريك. كهيدوفن دالم بوروق يغ اتاو باءيق فروفيسور دوكتور يوسف القرضاوي، بهاوا كسن يغ فاليغاين هاري كإيبوبافاءن كؤاليتي كلماهن عقيبة منونجول ممودهكن يغ انق٢ أخالق ترخابوتث اتاو ترفيسهث اداله سوسيال ضجاال كريسيس دالم مريك منددهكن .دان برضنتوغ فالجرن دالم كيت انق٢ فريستاسي فنخافاين ايبوباف برسوغضوه-سوغضوه فنيالين دان فرنخغن كفد عالمو ممبوداياكن فرلوله ايبوباف اين حل دالم سنديري. منجامين دالم انق٢. سهارين كهيدوفن دالم أخالق دان فنديديقن كجاياءن مننتوكن ايبوباف فوغسي كبركسانن منتفكن سكالين ايبوباف منصيحتكن منبر مك انق٢، مننتوكن باضي اوكورن سباضاي فتونجوق ببراف انق٢ اوليه دلقسناكن مستي يغ تيندقن دان توجو هاال انق٢ ممستيكن فرتام: بريكوت: سفرتي انتاراث كيت ممستيكن كدوا: سهاري. 5كالي فرض صالة منونايكن هاري، ستياف القراءن ممهامي دان ممفالجري انق٢ كامفت: حالل. ماكانن مندافت انق٢ ممستيكن كتيض: مثيمق بوكو٢ التيهن دان كرج ستياف مات فالجرن، كليم:كانم: دان انق٢ فالجرن مات ستياف ساسارن منتفكن كلس ضورو دغن فربينخغن دان فرجومفاءن مغاداكن

“ منمفوه ضربغ فرسكوالهن “

Fikir dahulu sebelum bertindak

Maksud Hadis:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah ber-sabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama,

orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (al-Bukhari)

HuraianSetiap perbuatan ada matlamatnya. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjag-anya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Semoga Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Kaya, menjadikan kita umat yang mempunyai akal fikiran yang

jernih, yang tahu membezakan an-tara yang hak dengan yang batil. Tahu menilai mana yang baik dan mana pula yang buruk. Supaya dengan itu, kita tidak akan ditimpa bencana di dunia dan azab di akhirat. Di dalam surat al-Hujurat (bilik-bilik) menerusi ayat 6, Allah s.w.t mengingatkan umat Islam supa-ya tidak terburu-buru menerima dan mengiyakan sesuatu berita yang disampaikan oleh orang yang fasiq. Sebaliknya menurut Ibnu Abbas r.a. di dalam tafsirnya, berdasarkan ayat-ayat yang dimulakan dengan ungkapan “Wahai orang-orang yang beri-man..”, maka kita wajib berfikir, merenung jauh, mengkaji dan menyelidik serta menyiasat kesahi-han sesuatu berita yang disampaikan sebelum ber-tindak. Persoalannya, siapakah orang yang fasiq dalam konteks ayat tersebut. Maka dijelaskan di dalam kitab-kitab tafsir yang berautoritatif bahawa orang-orang yang fasiq ialah manusia yang mem-bawa berita fitnah, yang mereka-reka cerita, yang membawa berita bohong, yang mengeluarkan pandangan yang sesat lagi menyesatkan bahkan mengelirukan orang, yang melaga-lagakan orang Islam yang akhirnya membawa kepada permusu-han, perpecahan dan kehancuran umat Islam dan negara mereka. Kita dapati di zaman mutakhir ini, ada seseten-gah pihak berkepentingan dengan sengaja memu-tar-belitkan fakta. Semata-mata kerana menagih sokongan ramai dan berkehendakkan kuasa, maka lahirlah al-Nammam (pengadu domba) dan al-Fat-tan (pembawa fitnah). Mereka menghasut, berbo-hong dan menyebarkan pelbagai cerita-cerita palsu sehingga lupa kupiah serban di kepala. Kerana taksub kepada sesuatu pihak, mereka sanggup ber-bohong. Menafikan kebaikan orang lain dan mem-benarkan puak-puak mereka. Walaupun ia ber-canggah dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Sebagai contoh, salahkah kita berterima kasih kepada pihak kerajaan yang banyak membantu? Ti-dakkah budaya berterima kasih daripada ajaran Is-lam? Berapa banyak ayat-ayat al-Quran yang men-ganjurkan kita berterima kasih dan bersyukur? Tidakkah baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa sesiapa yang berteri-

ma kasih kepada sesama manusia bererti dia bersyukur kepada Al-lah? Siapa boleh menafikan beta-pa banyak bantuan yang diterima oleh kerajaan, dalam pelbagai as-pek. Sejak kita lahir sehingga hari

kematian. Sama ada dalam aspek pembangunan agama, pendidikan, keselamatan, kesihatan, bah-kan kemajuan dan kemakmuran negara. Kerana itu, kita umat Islam diajar dan dididik supaya jangan mudah percaya sesuatu berita yang disebarkan. Jangan terlalu cepat membenarkan berita fitnah dan bohong, yang hari ini boleh diper-olehi daripada pelbagai sumber termasuk melalui sebaran maya sepeti facebook, twitter dan seum-pamanya. Kita bimbang, jika umat Islam mengikut hawa nafsu dan tidak lagi berfikir panjang untuk menyelidik kebenaran berita yang disampaikan, akan berlakulah bencana seperti yang disebut-se-but oleh ahli-ahli tafsir iaitu perpecahan umat yang melarat kepada perbalahan dan pertelagahan yang tidak berkesudahan. Maka kalau ini yang terjadi, kita sekali lagi bimbang akan berlakunya bencana yang kedua yang disebutkan oleh ahli tafsir iaitu apabila negara umat Islam yang merdeka dijajah semula oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah nasib negara Iraq yang dahulunya merdeka. Kerana ketamakan kuasa, permusuhan dan perbalahan yang tidak berkesudahan di antara orang-orang Islam Sunni, Syiah dan Kurdish. Akh-irnya kita dapat melihat sendiri, bagaimana kuasa barat menjajah dan meratah hasil mahsul negara itu sehingga tiada apa lagi yang tinggal di bumi Iraq. Berapa ramai rakyat yang terkorban. Berapa ramai anak-anak yang mati. Dan berapa banyak rumah dan bangunan yang hangus hancur? Begi-tulah nasib umat Islam di Afghanistan, Bosnia dan banyak lagi. Marilah kita berpegang kepada ajaran Islam yang murni yang menyeru kita bersatu- padu. Kera-na Allah bersama umat yang bersatu- padu dan Al-lah membenci umat yang berpecah-belah. Bersatu -padulah kita. Jangan lagi berpecah- belah. Sayang-ilah nasib anak cucu kita akan datang. Bayangkan, bagaimana nasib mereka jika pada masa itu negara kita bukan orang Islam yang punya. Bukan lagi di-perintah oleh orang Melayu. Pada masa itu, tiada guna lagi keluhan bahkan tangisan darah sekali pun. Kerana sekali kita jatuh, maka musuh-musuh kita pasti tidak akan memberi peluang kepada kita untuk bangkit kembali.

Page 12: teganukita 53

12 BIL: 53, 15-31 Januari 2012

RENCANA

IKoNOleh: Mohamad [email protected]

Keluarga Mahmud Hamzah ikon kepada penduduk Besut

Agak jarang persatu-an yang diasaskan dalam bentuk keluar-ga mampu mengan-

jurkan pelbagai aktiviti bukan sahaja untuk ahlinya malah kepada penduduk setempat. Bagaimanapun, Keluarga Mahmud Hamzah Cakna (KMHCakna) dari Kampung

Gong Bayor, Besut, yang di-asaskan pada 1997 dengan keanggotaan ahli mencecah 250 keluarga boleh dijadikan contoh kepada pertubuhan sukarela lain kerana ia se-buah pertubuhan keluarga yang mampu membuktikan kehebatannya kepada pen-duduk negeri ini. Pengerusinya, Rokman Nordin, 46, berkata, sejak di-tubuhkan pihaknya berjaya menganjurkan pelbagai pro-gram berbetuk kemasyaraka-tan bukan sahaja untuk ahli

keluarga terbabit malah turut membabitkan masyarakat se-tempat. Pada asasnya KMHC ditu-buhkan sebagai penggerak kepada tautan kasih yang lebih erat antara ahli kelu-arga, namun sehingga ini ia menjadi lebih segar apabila pelbagai aktiviti kekeluar-gaan dan kemasyarakatan dilaksanakan. Menurut Mahmud, seba-hagian besar aktiviti yang dilaksanakan adalah bete-raskan kerohanian, ekonomi,

pendidikan dan kebajikan. KMHCakna juga patut dicontohi kerana mereka mampu manjana ekonomi menerusi penubuhan Koper-asi Keluarga yang dinamakan ``KMHCakna Berhad`` ditu-buhkan pada 2009 bagi men-jalankan aktiviti ekonomi. Katanya, terbaru Program Mengacau Bubur Asyura yang diadakan di perkaran-gan salah seorang ahli ke-luarganya, Esah Ibrahim di Kampung Gong Bayor, dalam

kawasan DUN Kota Putera. Program bertemakan “Asyura Menjana Silatul-rahim Unggul” bertujuan memupuk semangat kekelu-argaan selain menyemarak-kan konsep bersedekah dan menanam sikap cintakan pada agama melalui kerja kerja amal. Katanya, aktiviti itu turut mendapat perhatian Ahli Par-limen Besut, Dato’Seri Dr Abdullah Md Zin dan Adun Kota Putera, Muhamad Pe-himi Yusof yang memberi

sumbangan kewangan bagi membantu penganjuran pro-gram berkenaan. Pada majlis itu pihaknya berjaya menyediakan 10 kawah bubur asyura dan 2,500 bubur asyura yang siap dibungkus dan diagih-kan kepada orang ramai ter-masuk penduduk kampung itu serta kampung berhampi-ran. Rokman berkata, bagi memeriahkan progam pi-haknya juga turut mengan-jurkan pertandingan me-warna untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun yang juga mendapat sambu-tan membanggakan. ``Pada tahun ini KMHC merancang menganjur lebih banyak

program kema-syarakatan ter-masuk membantu golongan kurang berada dan yang terbabit dalam sebarang bentuk bencana,”katanya. Katanya, program terdekat ialah `̀Kem-bara Kasih KMH-Cakna 2012”Besut-

Guasa Musang, Kelantan yang dijangka diadakan sempena cuti sekolah pada Mac depan. Menurutnya, program membabitkan 150 peserta dan akan menggunakan perkhidmatan kereta api dari Tanah Merah ke Gua Musang, Kelantan untuk mengadakan lawatan ahli keluarga selain tempat menarik di Kelantan.

jABAtAN & ANDA

Keluarga Mahmud Hamzah bergotong-royong membuat bubur asyura. (Gambar kecil) Mahmud Hamzah.

Sebahagian daripada 250 keluarga Mahmud Hamzah berkumpul menjayakan pelbagai aktiviti untuk penduduk setempat.

Pasar bawah payung sasar jualan RM25jOleh: Fauzi [email protected]

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yang memainkan peranan proaktif untuk mengangkat pasar tani sebagai satu penjenamaan popular telah me-

ningkatkan keyakinan orang ramai terhadap produk yang dipasarkan. Kewujudan pasar tani di seluruh negeri dan negara telah banyak mengubah kehidupan para petani apabila mereka dapat memasarkan produk dan hasil tani mereka terus ke-pada para pengguna. ``Sejak wujud hampir 30 tahun yang lepas, pasar tani yang menjadi pusat pemasaran hasil pertanian segar telah menjalani proses tranformasi sesuai dengan keperluan semasa,”kata Pengarah Fama Terengganu, Encik Hasan Jusoh (gambar kecil atas) kepada Teganukita, baru-baru ini. Kata beliau, usaha Fama menyediakan khidmat urus setia bagi memenuhi permintaan peserta dan para pengunjung antara faktor yang berjaya meningkatkan nilai hasil pasar tani di negeri ini setiap tahun. ``Selain mendapat sambutan pengguna yang bertambah setiap tahun, nilai pasaran pasar tani terus meningkat apa-bila mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong yang turut berbelanja di pasar ini,” jelasnya. Tambah Hasan, Fama mensasarkan jualan pasar tani di Terengganu tahun ini meningkat hampir RM25 berbanding RM22.5 juta tahun lalu. ``Biasanya sasaran kita tidak meleset, tambahan pula keadaan ekonomi negara semakin baik. Ditambah pula kuasa beli rakyat semakin meningkat dan kesedaran untuk mendapatkan bahan mentah yang segar dan sihat,”jelasnya. Dalam perkembangan sama, Hasan berkata tahun ini pi-haknya merancang akan membuka tiga buah lagi pasar tani baru iaitu di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut menjadikan 19 buah kesemuanya.

Menurut beliau ketiga-tiga buah pasar tani baru yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada lebih 120 orang itu dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya Mei atau Jun depan. ``Melalui pembukaan itu, Fama bakal memberi pekerjaan kepada lebih 1,000 orang melalui pasar tani yang ada, selain mendidik peserta pasar tani menjadi usahawan,”ujarnya. Sehingga hujung tahun lalu katanya, Fama berjaya mendaftar seramai 921 usahawan yang bernaung di bawah agensi itu di mana daerah Besut seramai 299 usahawan, Kemaman (170), Kuala Terengganu (155), Hulu Terengganu (132), Dungun (120) dan Marang (45). Kata Hasan, jumlah itu akan bertambah dan pihak Fama negeri dan daerah sentiasa membuka peluang keusahawa-nan ini seluas-luasnya kepada rakyat dan petani yang bermi-nat memasarkan produk mereka. Mengenai Agro Baazar Kedai Rakyat, beliau memberitahu, matlamat Fama menubuhkan kedai rakyat itu adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil perta-nian yang diusahakan oleh orang kampung. Katanya, penubuhan kedai itu merupakan satu mekanisme menangani kemiskinan dan memberi mereka peluang me-nambah pendapatan. ``Kedai rakyat itu menawarkan barang keperluan asas dan pelbagai produk pertanian pada harga berpatutan bagi mengawal inflasi serta memudahkan masyarakat mendapat bekalan,” katanya. Terengganu mempunyai lima buah Agro Baazar yang beroperasi di bandar Marang, Bukit Payong, Telaga Mengku-du (Marang) dan dua lagi di Kuala Berang, Hulu Terengganu. ``Agro Baazar menyediakan outlet pemasaran alternatif kepada masyarakat setempat yang bersifat kekal dan mudah ditemui dimana pemilikinya mestilah mempunyai modal yang mencukupi dan rekod perniagaan yang baik.”katanya.

Page 13: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 2012 13

AM

Bina 6,757 rumah untuk rakyat

Kelas bimbingan saudara kita dalam bahasa asing

Majlis Agama Islam dan Adat Mela-yu Terengganu (Maidam) meran-cang mewujudkan lebih banyak kelas bimbingan Saudara Kita

(SK) khusus dalam bahasa asing seperti Thai-land dan Kemboja berikutan bilangan saudara muslim dari negara berkenaan yang agak ra-mai di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman, berkata setakat ini terdapat sebuah kelas bahasa Thailand di Kompleks Darul Hidayah di bawah bimbingan seorang muslim warga Thailand. ``Kita yakin dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, penyampaian dakwah dapat difahami dengan lebih berkesan,”katanya. Katanya, Maidam telah menaja beberapa tenaga pengajar dari negara Thailand terma-suklah yang berkelulusan Institusi Dakwah Islamiyyah Perkim, Pengkalan Chepa. ``Kita berhasrat membuat tajaan penuh kepada SK atau keluarganya yang cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Sijil Pelaja-

Oleh: Esah [email protected]

ran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pe-lajar ke peringkat lebih tinggi dalam bidang agama,”katanya. Tambahnya, usaha ini bagi melahirkan pendakwah kalangan saudara baru. Selain itu katanya, tajaan dalam bidang kri-tikal juga akan diutamakan dengan harapan mereka yang berjaya dapat menjadi idola dan perangsang kepada masyarakat. ``Maidam juga sedia pertimbang menaja dalam bidang lain termasuk bidang ke-mahiran seperti kulinari, teknikal dan sebagainya,”katanya. Sehubungan itu, seramai sembilan saudara baru menerima cenderahati berupa sebuah al-Quran dan barangan dapur dari pihak Mai-dam. Penerima berkenaan termasuk dua pen-syarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dari Myanmar, Abdul Hadi Thani Abdullah (Pensyarah Jabatan Phatalogy) dan Nur Hidayah Win Abdullah (Pensyarah Ja-batan Kejururawatan). ``Mereka akan menjadi tenaga pengajar sambilan di kelas yang kita adakan khu-sus untuk memberi bimbingan saudara baru,”katanya.

Kerajaan negeri membina 6,757 unit rumah awam kos rendah dan mampu mi-lik dalam tempoh tiga tahun membabit-

kan kos hampir RM700 juta tanpa melibatkan pinjaman daripada Kerajaan Pusat. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri melalui Per-badanan Memajukan Iktisad Negeri Tereng-ganu (PMINT) giat melaksanakan projek pe-rumahan bagi memastikan sasaran sebanyak 10,000 unit rumah bagi tempoh lima tahun (2008-2013) di seluruh Terengganu. ``Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga sedang menyusun semula Bandar Kuala Terengganu. Kita tahu nilai tanah di Bandar Kuala Terengganu mahal yang menyebabkan kita terpaksa mengambil balik tanah ini den-gan harga yang tinggi. ``Kita mahu memastikan geopolitik ma-syarakat Melayu dapat dikekalkan dalam bandar. Contohnya, apabila kita mengambil balik 15 ekar tanah di Ladang Tok Pelam

dengan harga mengambil balik tanah meli-batkan RM80 juta. Seterusnya kita akan tem-patkan penduduk terlibat dalam satu penem-patan yang sama iaitu di Ladang Gemilang (Pangsapuri),”katanya. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Neg-eri, Dato’Abdul Razak Ismail dan Pengurus Besar PMINT, Dato’Osman Muda. Dalam perkembangan yang sama, Men-teri Besar turut memuji langkah pengurusan PMINT yang melakukan transformasi baru dengan hanya memberi tumpuan kepada bi-dang pelaburan tertentu yang berdaya saing dan mampu menjana keuntungan kepada per-badanan itu. ``Kita mahu melihat PMINT berdaya saing dan mengorak langkah bagi menentukan hala tuju barunya sebagai agensi terbesar kerajaan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi serta fizikal negeri selain mampu menambah lebih ramai kakitangan,”katanya.

Kerajaan negeri membina pangsapuri Ladang Gemilang bagi memasikan rakyat memiliki rumah sendiri yang lebih selesa di dalam kawasan bandar.

Warga INSPI masak bubur asyura

Seperti institusi pengajian lain, Institut Pengajian Islam (INSPI) Yayasan Islam Terengganu, di Binjai, Kemaman juga tidak ketinggalan memasak bubur asyura

sempena sambutan bulan Muharam baru-baru ini. Menurut Pengetua INSPI, Ustaz Firdaus Khairi Abdul Kadir, kira-kira RM2,500 di-belanjakan bagi memasak empat kawah bubur asyura dengan dibantu penduduk Kampung Pengkalan Binjai. `̀ Kami juga amat berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar kerana sudi meluangkan masa ber-sama kami memasak bubur asyura dan menyumbangkan peruntukan makan ten-gah hari,” katanya. Katanya, program itu diadakan secara gotong-royong bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar INSPI dengan penduduk setempat.

FOTO Nurul Aziela Saberi | [email protected]

Program Latihan Pegawai Luar TDM Plantation Sdn. Bhd. jaminan masa depan``Saya mahu memanfaat-

kan latihan diberikan TDMP (Sdn Bhd) sebaik mungkin untuk memastikan suatu masa nanti saya boleh menjadi pengurus ladang dan meningkatkan taraf hidup keluarga,”kata Mohd Aswadi Razak, 27, dari Ladang Jaya Sungai Tong, Setiu, selepas menerima sijil latihan dan surat tawaran mengikuti Program Latihan Pegawai Luar anjuran TDM Plantation Sdn Bhd, baru-baru ini.

Mohd Aswadi antara 20 pelatih yang terpilih mengikuti program itu ber-kata, dia memohon untuk mengikuti latihan tersebut kerana mahu memastikan suatu masa nanti mampu mendapat pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Selain Mohd Aswadi, pe-rasaan gembira dan teruja turut dikongsi Mohd Aiman Ramli, 23, dari Ladang Pinang Mas, Bukit Besi, Dungun. ``Saya gembira kerana

terpilih menyertai latihan ini sejak Oktober lalu dan mahu memanfaatkan pelu-ang sepanjang enam bulan ini dengan penuh kesung-guhan.

``Selain dapat ilmu dan kemahiran, TDMP juga sediakan elaun kepada pelatih,”katanya lagi. Seorang lagi peserta, Mohd Faizul Che Seman, 23,

MOHD ASWADI MOHD AIMAN MOHD FAIZUL

dari Ladang Pelantoh, Ke-maman pula berhasrat me-miliki pekerjaan yang lebih baik dan sanggup mening-galkan pekerjaan sebelum ini sebagai pengawal kesela-matan. ``Ini peluang terbaik dan saya akan mengikuti pro-gram ini dengan penuh dedikasi bagi mendapatkan kemahiran mengenai pen-gurusan ladang sebelum melakukan pekerjaaan itu apabila tamat program ini nanti,”katanya.

Seramai 49 pelatih mengikuti program yang menjadi antara tanggung-jawab sosial TDMP Sdn Bhd bagi menambah baik ke-hidupan pekerja ladang dan mengurangkan kemiskinan golongan itu sejak diperke-nalkan bermula 2007. Semua pelatih menjalani latihan di ladang masing-masing selama enam bulan dan ditawarkan gaji serta elaun RM650, perumahan selain pelbagai kemudahan lain yang ada di ladang.

Page 14: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 201214

AM

2,000 nelayan dan penternak terima bantuan

Kerajaan negeri memberi bantuan RM200,000 kepada 2,000 nelayan dan penternak di negeri ini bagi men-gurangkan beban golongan itu khususnya pada musim tengkujuh.

Bantuan RM100 setiap penerima itu disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada majlis perjumpaan dengan warga berkenaan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dan Jabatan Perikanan negeri itu turut meliputi sesi penjelasan berkaitan peluang dan skim bantuan kerajaan untuk mengubah nasib golo-ngan berkenaan.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

118 guru kelasKafa disambung pelantikan

Seramai 118 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) dari kawasan Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Kota

Putera menandatangani surat per-janjian penyambungan pelantikan mereka, baru-baru ini. Majlis menandatangani surat perjanjian bagi mengajar di 11 buah sekolah rendah dalam Dun berkenaan disaksikan oleh Ahli De-wan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, YB Muhammad Pehimi Yu-sof. Kumpulan guru berkenaan merupakan sebahagian daripada 470 guru Kafa yang disambung semula perkhidmatan mereka un-tuk bertugas mengajar al-Quran dan fardu ain di 43 buah sekolah rendah di daerah ini sepanjang ta-hun ini. Terdahulu dalam ucapannya, YB Muhammad Pehimi meminta usaha perlu dilakukan untuk me-nyedar dan menyakinkan ibu bapa bahawa mata pelajaran Kafa sama penting dengan mata pelajaran lain seperti matematik, sains dan bahasa inggeris. ` J̀ika sebelum ini ibu bapa sang-gup berhabisan wang ringgit un-tuk menghantar anak-anak mer-eka mengikuti tuisyen bagi mata

pelajaran tersebut kali ini biarlah mereka juga merasa Kafa itu sama pentingnya. ``Biarlah ibu bapa merasa kelas-kelas Kafa yang diadakan di seko-lah sama pentingnya dengan mata pelajaran akademik lain dan bu-kan menjadi pilihan kedua dalam mendidik mereka menjadi insan berguna,”katanya. Menurutnya, kaedah dan teknik terbaik perlu dilakukan supaya kelas-kelas Kafa lebih diminati oleh pelajar dan bukannya diambil si-kap acuh tak acuh oleh pelajar dan juga ibu bapa mereka. ``Guru-guru juga perlu pastikan pendidikan Kafa boleh menjadi bu-daya yang diamalkan oleh pelajar selain mampu memperbaiki akhlak dan peribadi pelajar serta men-jauhkan mereka dari gejala yang berlaku sekarang.”katanya. YB Muhammad Pehimi berkata, tidak ada gunanya pelajar cemer-lang dalam akademik dan mampu memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi pada masa yang sama aspek akhlak dan peribadi mereka terabai. Beliau menambah, jika pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pendidikan al Quran serta fardu ain akan membantu mereka menjadi seorang pelajar yang lebih sempurna untuk bersaing di alam pendidikan.

Oleh: Mohamad [email protected]

YB Muhammad Pehimi menyaksikan majlis menandatangani surat per-janjian penyambungan pelantikan guru Kafa.

Kawasan 24,500 hektar tampung keperluan beras - YB Asha’ariTerengganu memerlukan

kawasan seluas 24,500 hektar tanaman padi bagi

memastikan bekalan beras men-cukupi untuk memenuhi per-mintaan penduduk negeri itu menjelang 2020. Pengerusi Jawatankuasa Per-tanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Asha`ari Idris, berkata ketika ini kira-kira 17,000 hek-tar tanah ditanam padi dengan kemampuan pengeluaran beras hanya 17,000 tan metrik bagi pasaran tempatan. Katanya, Terengganu terpak-sa mengimport hampir 40 pera-tus bekalan beras untuk menam-pung keperluan penduduknya. ``Setakat ini kawasan penge-luaran padi paling luas yang kita ada di negeri ini adalah di Setiu melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta. ``Kita anggarkan kawasan baru seluas 24,500 hektar

itu akan mampu menge-luarkan bekalan beras seban-yak 146,000 tan metrik yang saya yakin cukup untuk keper-luan seluruh rakyat negeri ini,”katanya baru-baru ini. Mengulas lanjut, YB Asha`ari berkata, mulai tahun depan sel-uas 1,300 hektar kawasan terbi-ar di daerah Marang dan daerah ini akan dibangunkan dengan

projek tanaman padi. Setakat ini 700 hektar ka-wasan terbiar dikenalpasti di Ma-rang manakala 600 hektar lagi di Kuala Terengganu. Tambahnya, kerajaan berusa-ha memenuhi 70 peratus keper-luan padi negeri berbanding ke-tika ini hanya 58 peratus dengan membangunkan semua kawasan terbiar. ``Sebelum ini saya melawat beberapa kawasan di daerah Ma-rang dan saya lihat masih banyak tanah sesuai ditanam padi tetapi terbiar sedangkan kemudahan asas hampir semuanya ada.“Kebanyakan kawasan tersebut merupakan bekas sawah padi dan memang sesuai untuk projek jelapang padi yang dicadangkan itu.“Bagaimanapun ia memerlukan masa bagi persiapan tapak serta pembinaan parit dan kita yakin hasrat itu akan direalisasikan nanti,”katanya.

YB ASHA’ARI

Penubuhan daerah Kuala Nerus naikkan moral BNCadangan kerajaan negeri menjadikan Kuala Nerus sebagai suatu daerah pen-

tadbiran baru, mendapat pujian pelbagai pi-hak kerana ia memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat. Langkah itu juga mampu menaikkan moral Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendengar bisikan nurani dan ke-hendak rakyat, serta cakna kepada keper-luan mereka. Mereka berpendapat langkah amat tepat bagi memajukan Kuala Nerus yang kini men-empatkan pelbagai institusi pengajian tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, YB Haji Muhammah Ramli Nuh (gambar) berkata, penduduk di kawasan tersebut menunggu pengumuman rasmi daripada Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said,

berhubung penubuhan daerah baru Kuala Nerus. ``Saya bagi pihak penduduk di Kuala Nerus merakamkan penghargaan dan terima kasih dengan komitmen dan perhatian serius yang ditunjukkan kerajaan negeri bagi mewujud-kan daerah Kuala Nerus. ``Saya sendiri dan beberapa wakil rakyat se-belum ini sentiasa berjuang dan mengemuka-kan pandangan kepada kerajaan negeri agar diwujudkan daerah Kuala Nerus,”katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Menteri Besar sewaktu membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini mengumumkan

kerajaan negeri memperuntuk-kan RM20 juta sebagai perse-diaan awal bagi mew ujudka n daerah Kuala Nerus. Peruntukan bagi tahun 2012 itu bagi m e m u l a k a n kerja-kerja ke

arah mewujudkan pusat pentadbiran apabila pentadbirannya dipisahkan daripada daerah

Kuala Terengganu kelak. ``Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendengar keluhan rakyat dan bersedia memenuhi kehendak mereka,”ujar beliau. Cadangan menjadikan Kuala Nerus se-bagai satu daerah pentadbiran baru telah disuarakan sejak sekian lama oleh para pe-mimpin setempat. YB Haji Muhammad Ramli berkata, pen-gumuman tersebut akan menaikkan moral kerajaan BN di kalangan penduduk negeri ini, khususnya di Kuala Nerus. ``Kita harap penubuhan daerah baru ini akan memudahkan pihak kerajaan menan-gani pelbagai masalah yang berlaku di ka-wasan ini,”ujarnya.

Page 15: teganukita 53

BIL: 53, 15-31 Januari 2012 15

AM

Pendapatan lumayan usaha T’Shoppe beri tuah

Oleh: Aida Abd [email protected]

Komitmen tinggi terhadap ke-dai rangkaian T ̀S h o p p e sehingga mampu menghasil-kan pendapatan lumayan

mencecah RM80,000 sebulan mem-beri tuah kepada pemilik kedai serbaneka itu, apabila diumumkan penerima Anugerah Khas Usahawan Flagship Yayasan Pembangunan Us-ahawan (YPU)Terengganu sempena Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2011, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pemilik T ̀ Shoppe Durian Bu-rung di bawah pengurusan SB Asba Trading Sdn Bhd, Adibah Shairah Ah-mad menerima RM3,000, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ah-mad Said. Turut hadir, Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’Haji Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pembangu-nan Luar Bandar, Usahawan dan Ko-perasi negeri, Dato’Mohamed Awa-ng Tera dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik. Selain anugerah Khas Usahawan Flagship yang pertama kali diper-kenalkan dalam AUT, lapan lagi anugerah turut dipertandingkan dengan menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM54,000 beserta piala, sijil penghargaan dan cenderahati sumbangan Nuriz Kos-metik kepada semua pemenang. Bagi kategori Tokoh Usahawan dimenangi Chong Fah Ming yang mengusahakan perniagaan berasas-kan pemasangan produk alat tulis, kasut serta pakaian di bawah Syari-kat S.P. Chong Sdn Bhd, di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. ``Saya rasa gembira dan bangga dengan anugerah tokoh usahawan yang julung kali saya terima ini.

Penerima Anugerah Usahawan Terengganu bergambar kenangan bersama Menteri Besar pada majlis penyam-paian hadiah di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@ gmail.com

Dengan pengiktirafan ini menaikkan semangat untuk terus rajin dan beru-saha memajukan perniagaan ini bagi meningkatkan ekonomi di Tereng-ganu. ``Apabila berniaga kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa apa-bila ditimpa masalah termasuk ke-tika berdepan dengan ekonomi yang meleset,”katanya. Fah Ming yang kini memiliki

bangunan dan gudang sendiri ha-sil perniagaan yang bermula sejak 1984 berjaya membawa pulang RM10,000 beserta piala, sijil peng-hargaan dan cenderahati sumban-gan Nuriz Kosmetik. Bagi kategori perkhidmatan dan perdagangan dimenangi MSET Engi-neering Corporation Sdn Bhd, MBM Dagang Sdn Bhd dan DSA Dynamics (M) Sdn Bhd; Kategori Perkilangan dan Pembuatan pula diraih TMM Engineering Services Sdn Bhd, PSM Academy (M) Berhad dan Lieos Technology Sdn Bhd. Ziq Bakery & Cake, Kilang Padi Nazra Sdn Bhd dan Berkat Nazri Nazir Enterprise muncul pemenang bagi Kategori Industri Makanan dan Asas Tani, sementara Kategori Pe-niaga dan Penjaja Kecil dimenangi Zie Florist, diikuti Demong Beach Resort dan HNH Industries Sdn Bhd masing-masing memenangi Kategori Pelancongan serta Usahawan Kilang YPU. Selain itu, dua wartawan, Adnan Mohamad dari Utusan Malaysia dan Majidah Ismail daripada RTM pula masing-masing berjaya mem-bawa pulang RM2,500, piala dan sijil penghargaan menerusi kemenangan bagi kategori khas Media.

``Apabila ber-niaga kita kena berusaha ber-sungguh-sungguh dan jangan mu-dah putus asa apabila ditimpa masalah termasuk ketika berdepan dengan ekonomi yang meleset.”

Pemenang Tokoh Usahawan, Chong Fah Ming pemilik syarikat S.P. Chong Sdn. Bhd. bersama hadiah yang dimenanginya.

PPAT cipta alat pengesan rak bukuKeprihatinan Perpustakaan

Awam Terengganu (PPAT) mencipta alat pengesan rak

buku nyata menggembirakan pengguna kerana dapat men-cari buku yang mereka kehendaki dalam tempoh 30 saat berbanding 10 minit sebelum ini. Pengarah PPAT, Puan Nor Ak-mal Abdul Fatah, berkata bagi menggunakan alat itu, pengguna hanya perlu menaip tajuk buku dikehendaki pada komputer yang disediakan di perpustakaan sebe-lum maklumat mengenai kedudu-kan buku itu dipaparkan dan se-cara automatik lampu di rak buku terbabit menyala. ``Kita mula guna alat penge-san rak buku tersebut awal tahun lepas dan ia mendapat maklum balas yang amat menggalakkan daripada pengguna, bahkan ter-dapat juga permintaan dari per-pustakaan luar Terengganu untuk berkongsi idea. ``PPAT sememangnya bersedia untuk mempromosi apa yang di-laksanakan ini kepada pihak luar,

tetapi selepas menyedari banyak as-pek perlu ditambahnilai, ia terpaksa ditangguhkan dahulu,”katanya ke-tika dihubungi Teganukita. Puan Nor Akmal berkata, alat pengesan rak buku pertama seumpamanya itu adalah hasil ciptaan petugas PPAT sendiri yang mahu melihat pembaharuan dalam kualiti perkhidmatan demi kemudahan pengguna. ``Penggunaan alat itu juga menjadikan buku-buku di rak lebih tersusun rapi, kemas dan berada dalam susunan lebih siste-matik dan PPAT bercadang me-nyelaraskan penggunaannya di seluruh perpustakaan daerah di Terengganu,”katanya. Nor Akmal berkata, alat penge-san rak buku ini telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Pengiktirafan Per s ek i t a r a n Berkualiti 5S pada 27 Jun lalu dan Anugerah Khas Juri MPC Utara iaitu kategori Kumpulan Paling Kreatif sempena Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia kali ke-tiga pada 11 Jun tahun lalu.

Peruntukan RM81 juta pulih Pantai Tok Jembal akibat hakisan

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meninjau kawasan hakisan di Pantai Tok Jembal yang mengalami hakisan se-

hingga 100 meter mengakibatkan jalan, gerai dan kemudahan awam di kawasan itu dihanyutkan ke laut. Kerajaan negeri menganggarkan kerja-kerja mengatasi ma-salah hakisan itu menelan belanja kira-kira RM81 juta, meliputi kos menambak dan membina benteng ombak di sepanjang pantai berkenaan. “Kerja-kerja membaikpulih akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik menerima kelulusan peruntukan daripada Ke-rajaan Pusat,. “Saya harap kementerian dapat meluluskan secepat mung-kin agar kita dapat memulakan kerja-kerja membina benteng ini kerana jika kita lambat kerosakan ini akan merebak ke ka-wasan penduduk sekitar pula,” kata Menteri Besar. Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Datuk Ban-dar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Haji Ad-zlan Mohd Dagang.

Page 16: teganukita 53

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

Yang Di-Pertuan Muda Tereng-ganu, Tengku Muhammad Ismail berkenan menyertai cabaran per-lumbaan kuda lasak sejauh 40 ki-

lometer (km) pada RTES Endurance Ride, baru-baru ini. Tengku Muhammad Ismail yang menunggang kuda ‘RTES Annaversary’ mewakili pasukan Royal Terengganu En-durance Stable (RTES) bersaing bersama dengan 55 peserta lain dari pelbagai ne-gara. Pelepasan kejohanan itu dilakukan Menteri Besar Terengganu, Dato’Seri Haji Ahmad Said di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu . Turut berangkat menyaksikan pelepas-an itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Tiga anakanda baginda, Tengku Nadhi-rah Zahrah, Tengku Muhammad Mua`az dan Tengku Fatimatuz Zahra’turut berke-nan berangkat memberi sokongan. Tetamu kehormat yang hadir Pengerusi

Oleh: Suriati [email protected]

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ne-geri, Datuk Za`abar Mohd Adib; Timbalan Setiausaha Kera-jaan (Penguru-san), Dato’Haji Wan Ahamad Wan Muda dan be-berapa pegawai kanan kerajaan negeri. Berdasarkan keputusan, Noor Nerina Ernie Hashim menunggang kuda `Bilad El’berjaya mengondol tempat pertama manakala Encik Shahruddin Abdul-lah yang menunggang `Kerbadalan Ammor’selesa berada di tempat kedua dan Muhamad Ziyad Muhamad Hamzah (Reid River Akopoolco) menduduki tempat ketiga. Pada kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu turut menampilkan beberapa peserta berpengalaman lain de-ngan menyertai kategori sejauh 80 km.

Ganjaran buat atlet cemerlangKecemerlangan atlet dari negeri ini di pentas antara-

bangsa terus mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Terbaru, 40 atlet yang berjaya memungut pingat pada

temasya Sukan SEA Indonesia dan Sukan Para ASEAN Solo Indonesia 2011 menerima ganjaran keseluruhan berjumlah RM134,500. Daripada keseluruhan ganjaran itu, seramai 29 atlet me-wakili negara pada temasya Sukan SEA mendapat imbuhan RM85,500 dengan pelumba paling sensasi, Fatehah Mustafa, 23, menjadi atlet yang menerima insentif tertinggi berjumlah RM10,500 selepas memungut tiga emas. Sementara 11 atlet dari Terengganu yang mewakili negara Sukan Para ASEAN Solo Indonesia 2011 mendapat ganjaran berjumlah RM49,000. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said berkata, Terengganu menjadi ne-geri yang menghantar atlet teramai ke temasya Sukan SEA iaitu 64 orang yang mewakili 9.05 peratus daripada jumlah keseluruhan 658 atlet seluruh Malaysia. ``Semua atlet dan pegawai berkenaan sudah menerima insentif Skim Wakil Neg-ara atau SWARA sebanyak RM1,000 bagi acara individu dan RM750 bagi atlet ber-pasukan dan jumlah keseluruhan perun-tukan yang dibayar RM57,300,”katanya di Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan SEA dan Para Asean, baru-baru ini. ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 53, 15-31 JANUARI 2012

Sultan Mizan Zainal Abidin tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar-gam-

bar peserta yang mengambil bahagian dalam RTES Endurance Ride di Terengganu Interna-tional Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini, di mana Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, turut mengambil bahagian.

Tengku Muhammad Ismail sertai kuda lasak