teganukita 32

24
Pentingnya menguasai media baru ms - 4 Alor Limbat naib johan ADC Kebangsaan ms - 20 Terengganu buka pusat perubatan pakar iHEAL ms - 2 Bil : 32(17 November 2010) - http://teganukita.blogspot.com TERENGGANU TERSENARAI DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD Murid Tahun Lima dan Enam khatam al-Quran menggunakan e-Book Hutan sempadan dibersih tanam kelapa sawit lihat ms 2 lihat ms 3 Pemenang Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 diberi ucapan tahniah oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu. – Gambar oleh Zulkipli Putra (Lagi gambar dan berita ms-21). Oleh: Esah Abdullah TERENGGANU muncul negeri per- tama di negara ini yang memperkenalkan khatam al- Quran menggunakan e-Book dan melakar sejarah, tercatat dalam Ma- laysia Book of Records. “Kini seramai 2,170 orang pelajar Tahun Lima dan Enam telah khatam al- Quran menggunakan e-Book sekaligus mengambarkan program ini boleh dijadi- kan medium untuk anak-anak kita mem- pelajari al-Quran,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Al- Quran dan Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Hadir sama, Pengerusi Jawatankua- sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia neg- eri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat KEGIATAN pembalakan secara haram terutama di kawasan sempadan Terengganu - Pahang dan Terengganu - Kelantan yang masih berleluasa ser- ta sukar dikekang menyebabkan Ker- ajaan Terengganu mengadakan polisi membersihkan hutan berkenaan bagi tujuan penanaman kelapa sawit. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri perlu mengetatkan undang-undang serta melaksanakan keputusan itu bagi memastikan tiada lagi kes kecurian balak, selain kawasan itu boleh di- manfaatkan untuk kepentingan ramai. “Kalau bersempadanan (Kemaman) dengan Beserah, Kerajaan Tereng- ganu memiliki kawasan pembalakan kira-kira 1,000 ekar (400 hektar). Bagaimanapun apabila Kerajaan Pahang meluluskan pembalakan di kawasan berhampiran persempadan- an (Pahang) menyebabkan kawasan (pembalakan) kita dicuri. Begitu juga di Kelantan dan semua kawasan sem- padan,” kata beliau ketika sidang me- dia selepas merasmikan Wajah Baru pejabat NSTP Cawangan Terengganu, di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau berkata, keluasan keselu- ruhan hutan untuk tujuan itu sedang dikenalpasti Kerajaan Terengganu dan keutamaan adalah pada kawasan yang berada di kedudukan tidak terla- lu tinggi dan mudah untuk dihubungi. Malah, usaha itu juga sejajar den- gan matlamat kerajaan negeri bagi membangunkan ladang rakyat yang bertujuan membantu rakyat miskin menambah pendapatan dengan bek- erja di ladang kelapa sawit. Kerajaan negeri menyasarkan 20,000 hektar kawasan untuk tu- juan penanaman kelapa sawit. Ba- gaimanapun, sehingga kini hanya

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 30-Mar-2016

264 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Teganukita 32

TRANSCRIPT

Page 1: Teganukita 32

Pentingnya menguasai media baru

ms - 4

Alor Limbat naib johan ADC Kebangsaan

ms - 20

Terengganu buka pusat perubatan pakar iHEAL

ms - 2

Bil : 32(17 November 2010) - http://teganukita.blogspot.com

lihat ms 22

TERENGGANU TERSENARAI DALAM MALAYSIA BOOK

OF RECORDMurid Tahun Lima dan Enam khatam al-Quran menggunakan e-Book

Hutan sempadan dibersih tanam

kelapa sawit

lihat ms 2

lihat ms 3

Pemenang Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 diberi ucapan tahniah oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu. – Gambar oleh Zulkipli Putra (Lagi gambar dan berita ms-21).

Oleh: Esah Abdullah

Terengganu muncul negeri per-tama di negara ini yang memperkenalkan khatam al- Quran menggunakan e-Book dan melakar sejarah, tercatat dalam Ma-laysia Book of Records. “Kini seramai 2,170 orang pelajar Tahun Lima dan Enam telah khatam al-

Quran menggunakan e-Book sekaligus mengambarkan program ini boleh dijadi-kan medium untuk anak-anak kita mem-pelajari al-Quran,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan

Gong Badak, Kuala Terengganu. Hadir sama, Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia neg-eri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat

KegiaTan pembalakan secara haram terutama di kawasan sempadan Terengganu - Pahang dan Terengganu - Kelantan yang masih berleluasa ser-ta sukar dikekang menyebabkan Ker-ajaan Terengganu mengadakan polisi membersihkan hutan berkenaan bagi tujuan penanaman kelapa sawit. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri perlu mengetatkan undang-undang serta melaksanakan keputusan itu bagi memastikan tiada lagi kes kecurian balak, selain kawasan itu boleh di-manfaatkan untuk kepentingan ramai. “Kalau bersempadanan (Kemaman) dengan Beserah, Kerajaan Tereng-ganu memiliki kawasan pembalakan kira-kira 1,000 ekar (400 hektar). Bagaimanapun apabila Kerajaan Pahang meluluskan pembalakan di kawasan berhampiran persempadan-an (Pahang) menyebabkan kawasan (pembalakan) kita dicuri. Begitu juga di Kelantan dan semua kawasan sem-padan,” kata beliau ketika sidang me-dia selepas merasmikan Wajah Baru pejabat NSTP Cawangan Terengganu, di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau berkata, keluasan keselu-ruhan hutan untuk tujuan itu sedang dikenalpasti Kerajaan Terengganu dan keutamaan adalah pada kawasan yang berada di kedudukan tidak terla-lu tinggi dan mudah untuk dihubungi. Malah, usaha itu juga sejajar den-gan matlamat kerajaan negeri bagi membangunkan ladang rakyat yang bertujuan membantu rakyat miskin menambah pendapatan dengan bek-erja di ladang kelapa sawit. Kerajaan negeri menyasarkan 20,000 hektar kawasan untuk tu-juan penanaman kelapa sawit. Ba-gaimanapun, sehingga kini hanya

Page 2: Teganukita 32

2 amRabu, 17 November 2010

Liew Kum menunjukkan kesan pembedahan injap jantung kepada Dato’ Seri Ahmad ketika melawatnya di Bukit Kecil, Kuala Terengganu. Turut hadir YB Toh Chin Yaw dan Dato’ Wan Hisham Wan Salleh.

dari ms 1

Terengganu buka pusat perubatan pakar iHEAL

JPN pantau guru SMA

Jaga imej negeri

Sasaran 30,000 pelajar khatam al-Quran tahun depan

Pemandu kereta sewa (teksi) di negeri ini diminta menjaga imej negeri dengan memberi layanan terbaik kepada pelancong serta me-lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan isu semasa sekaligus boleh membantu menaikkan imej negeri di mata orang luar. “Pemandu teksi ada-lah cerminan imej neg-eri dan setiap layanan baik yang diterima akan menjadi sebutan mereka sampai bila-bila,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat di majlis Mes-ra Pemandu dan Pemi-

lik Kereta Sewa Kuala Terengganu di Kompleks Nor Arfa Batik, Chender-ing, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sehubungan itu, ka-tanya, pemandu teksi perlu mengetahui banyak perkara mengenai negeri ini terutama tempat ber-sejarah, pusat peranginan seperti pantai dan pulau. “Biasalah orang luar akan bertanya macam-macam seperti kita juga kalau pergi ke tempat orang isu semasa atau pasal politik, jawablah dengan berhemah dan perkara yang baik-baik agar tidak timbul keke-liruan kepada mereka,” katanya.

JabaTan Pelajaran Terenganu (JPN) akan mengubah strategi pe-mantauan guru-guru Sekolah Menengah Agama (SMA) khusus-nya di bawah Kerajaan Persekutuan dengan mengambil kira kerja-kerja yang dilakukan oleh murid mereka. “Ianya menjurus ke-pada kerja-kerja yang diberikan guru kepada murid di bilik darjah dan di luar bilik darjah ,” kata Timbalan Pengarah JPN, Encik Razali Daud, di Majlis Anugerah Kece-merlangan Sekolah Me-nengah Agama (SMA) Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, Kuala Tereng-ganu, baru-bru ini. Katanya, penempatan guru-guru SMA (Perse-kutuan) seluruh negeri juga akan disusun se-mula bagi memastikan keberkesanan tugas dan tanggungjawab dalam memberi pendidikan ke-pada anak bangsa serta mewujudkan suasana baru yang lebih menye-garkan. “Selepas ini akan ber-laku banyak pertukaran

guru-guru dan berharap mereka dapat memberi sumbangan ke arah ke-cemerlangan pelajar serta melahirkan idea bernas di sekolah baru nanti,” katanya.Pihak JPN juga katanya, sedang melipatganda-kan usaha bagi me-mastikan kanak-kanak kategori orang kurang upaya (OKU) di negeri ini tidak tercicir dari-pada menerima pendidi-kan seperti kanak-kanak normal lain. “JPN akan beker-jasama dengan Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menge-nal pasti keluarga yang mempunyai anak-anak OKU dan akan mem-bantu apa saja yang diperlukan termasuk kh-idmat nasihat.

Oleh: Aida Abd Rahman

KeraJaan Terengganu memperuntukkan RM22 juta membuka pusat pe-rubatan pakar harian dike-nali sebagai `iHEAL’ ber-tempat di tingkat tujuh dan lapan Mid Valley, Kuala Lumpur kira-kira tiga bu-lan lalu. Pusat perubatan per-tama seumpamanya milik kerajaan negeri dilengkapi pelbagai kemudahan ter-masuk alat pemeriksaan menggunakan sinaran x-ray `Multi Slice CT Scan’ tercanggih yang mengand-ungi 640 slice berharga lebih RM8 juta. Pelbagai kemudahan kepakaran disediakan di pusat rawatan itu meliputi pergigian, jantung , neuro, strok, kanser payu dara, rawatan anti penuaan dan pembedahan plastik serta kolagen. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri mempe-runtukkan RM22 juta bagi membangunkan pusat raw-atan itu dengan 60 peratus sahamnya dipegang oleh Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Beliau berkata, pusat rawatan yang bakal diras-mikan November ini me-

nyediakan perkhidmatan di bawah satu bumbung dibangunkan sebagai ke-mudahan orang ramai ter-masuk rakyat Terengganu sendiri sekiranya terdapat kes kritikal yang memer-lukan rawatan pakar dan kemudahan di situ. “Kita akan melihat pada kes jika rakyat kita me-merlukan rawatan pakar di pusat rawatan itu kita akan hantar dan kita akan lihat bagaimana kadar dan caj kepada mereka yang akan ditentukan ke-

mudian,” katanya ketika melawat seorang pesakit injap jantung, Liew Kum, 70, di Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagan-gan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar. Kum yang mengalami masalah injap jantung sejak Disember 2008

menjalani pembedahan imbasan jantung yang menelan belanja kira-kira RM58,000, di Pusat Peru-batan Prince Court, Kuala Lumpur pada Ogos lalu menerusi bantuan dana Tabung Penyakit Kronik. Tabung yang mempe-runtukkan RM10 juta itu sudahpun dibelanjakan se-banyak RM400,000 bagi rawatan lima pesakit kro-nik termasuk pembedahan saluran injap jantung dan kanser payu dara sejak setahun lalu.

dan Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Haji Khalid Sintor. Katanya, sejumlah 16,929 pelajar telah berja-ya khatam al-Quran tahun ini dan program diadakan serentak di daerah-daerah seluruh negeri dengan Besut seramai 2,496 pela-jar, Setiu (1,626), Marang (1,972)Hulu Terengganu (1,749), Dungun (1,821), Kemaman (1,264) dan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (6,001). Katanya,sehingga kini kita sudah ada 50,000 e-Book yang diagihkan ke-pada pelajar-pelajar Tahun Lima dan Enam sejak dua tahun lalu dan insyaAllah 25,000 lagi akan diagihkan pada Disember nanti untuk pelajar Tahun Empat. “Dengan e-Book, mere-ka boleh membawanya ke mana sahaja dan bukan sa-haja untuk membaca nota-

nota pelajaran tetapi juga boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang lebih memudah dan menghafaz al-Quran,” katanya.. “Harap kejayaan ini, bukanlah rekod terakhir kita, insyaAllah tahun depan majlis khatam ini dapat diadakan secara serentak bersama kanak-kanak pra sekolah dan tadika di Stadium Sultan

Mizan,”katanya. Katanya, kerja-kerja pembersihan dan baik pu-lih stadium itu kini sedang giat dijalankan dan jika ianya siap seperti yang di-jadualkan, majlis khatam boleh diadakan di sini ta-hun depan. Dato’ Seri Ahmad mem-bayangkan tahun depan 30,000 pelajar khatam al-Quran, iaitu 10,000 bagi

kanak-kanak pra sekolah dan tadika dan 20,000 pelajar sekolah Tahun Satu hingga Enam. “InsyaAllah, hasrat ini akan dicapai berdasarkan perkembangan hari ini di mana pelajar-pelajar kita dilihat bersungguh-sung-guh mendalami al-Quran dengan menggunakan e-Book,” katanya.

Terengganu mencatat sejarahnya tersendiri apabila majlis khatam al-quran yang diadakan menggunakan e-Book.

YB Khazan bersama pemandu dan pemilik kereta sewa Kuala Terengganu di majlis ramah mesra di Kompleks Nor Arfa Batik, Chendering, Kuala Terengganu.

Page 3: Teganukita 32

3Rabu, 17 November 2010am

Takaful IKHLAS tawar skim perlindungan syariah

PBT perlu peka terhadap bahasa - Ahmad Razif

usaha menawarkan skim perlindungan be-rasaskan syariah kepada masyarakat merupakan suatu yang dapat memban-gunkan muamalat Islam dan semakin mendapat sambutan baik di negeri ini . “Saya ucapkan syabas kepada takaful IKHLAS, kerana mampu menarik 66,548 rakyat di negeri ini menjadi pelangan-nya,” kata Menteri Be-sar, Dato’ Seri Ahmad Said di Majlis Perasmian Pejabat Wilayah Tereng-ganu Takaful IKHLAS, di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiau-saha Kerajaan, Dato’ Ma-zlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ah-mad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Takaful IKHLAS Malaysia, Encik Sharkawi Alis. Katanya, penyediaan perkhidmatan perlindun-gan kewangan yang me-nawarkan pelbagai produk

perlindungan inovatif be-rasaskan prinsip dan nilai Islam mampu mendapat

perhatian masyarakat. “Anugerah yang di-terima oleh syarikat ini,

membuktikan komitmen yang luas sebagai penye-dia utama perlindungan

kepada umum dan saya yakin ramai lagi akan beri sokongan,” katanya. Sementara itu, Encik Sharkawi berkata, ta-hun kewangan syarikat terus meningkat dari-pada RM147 juta (2005), RM224 juta (2006), RM428 juta (2007), RM579 juta (2008) RM615 juta tahun lalu dan yakin mampu men-capai RM750 juta tahun ini. “Peningkatan yang memberangsangkan juga berlaku di negeri ini iaitu RM8.2 juta (2007), RM11.7 juta (2008) dan RM13.9 juta (2009) manakala tahun ini dijang-kakan meningkat kepada RM31 juta,” katanya. Takaful IKHLAS me-

nawarkan 90 pelan per-lindungan berlandaskan syariah Islam dan dengan pembukaan pejabat baru di negeri ini, syarikat sedang giat merekrutkan ejen-ejen baru bagi memberi peluang rakyat tempatan menyertainya dan secara tidak langsung membole-hkan mereka membaiki taraf hidup keluarga. Menteri Besar kemu-diannya telah menyam-paikan zakat perniagaan takaful kepada Persatuan Orang Cacat Pengliha-tan (RM5,000), Pondok Darul Salam (RM5,000), Pondok Falahiah, Setiu (RM5,000) dan 20 orang pelajar dari Mahad Tahfiz Wal Tarbiah, Tok Jiring, Kuala Terengganu.

KeraJaan negeri me-minta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih peka terhadap penggunaan bahasa pada paparan iklan, papan tanda dan nama jalan supaya tidak disalah erti oleh pelbagai pihak. Perkara ini selaras den-gan undang-undang yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dan perlu diikuti pihak berke-naan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Ting-gi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata penggu-naan bahasa cukup pent-ing terutama jika ingin dipaparkan kepada umum

dan masyarakat luar. Katanya, kempen bulan bahasa kebangsaan pada tahun ini merupakan kesi-nambungan usaha kerajaan untuk memperkasakan ba-hasa Melayu sebagai ba-hasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, sesuai dengan gagasan 1 Malaysia. “ Inilah bukti usaha kita untuk memperkukuhkan kecintaan dan kemega-han terhadap bahasa ke-bangsaan,” katanya ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar sempena Majlis Perlancaran Bulan Bahasa Kebangsaaan 2010 peringkat Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Lebih 2,000 peserta pel-bagai institusi dan agensi hadir di majlis itu yang tu-rut diserikan persembahan puisi, sketsa dan lafaz ikrar sumpah setia bahasa. Haji Ahmad Razif tu-rut menggesa masyarakat Terengganu memperbaha-rui iltizam dan azam bagi memantapkan kualiti sah-siah serta mengenali jati diri sebagai rakyat Malay-sia Sewajarnya, sebagai warganegara Malaysia, kita mempertahankan dan menghormati bahasa ke-bangsaan tanpa diselitkan bahasa asing lain dalam setiap perbualan.

Menteri Besar ketika merasmikan Pejabat Wilayah Terengganu Takaful IKHLAS di Kuala Terengganu.

AHMAD RAZIF

5,600 hektar kawasan yang sudah direzabkan bagi melaksanakan pro-gram itu. “Terdapat satu kawasan baru meliputi keluasan (kira-kira) 6,000 hektar yang baru dikenal pasti un-

Ladang rakyat membantu rakyat miskintuk tujuan membangunk-an ladang kelapa sawit itu. Sebanyak (kira-kira) 8,000 hektar lagi perlu di-cari termasuk keperluan pelaburan jangka panjang Yayasan Terengganu se-banyak 20,000 hektar un-

tuk ladang kelapa sawit. “Jika 400 hektar ladang kelapa sawit kita akan memperolehi tidak kurang RM 1 juta seta-hun keuntungan bersih. Jika kita memiliki 2,000 hektar, paling kurang

RM50 juta setahun (ke-untungan bersih). Kalau harga lebih mahal sam-pai RM2,000 lebih (per tan), keuntungan yang diperolehi pastinya akan bertambah,” katanya.

Dalam pada itu, Men-teri Besar meminta Jaba-tan Hutan (Terengganu) lebih serius menangani masalah pembalakan hu-tan secara haram beriku-tan terdapat kes kerajaan

negeri hanya menyedari wujud kecurian balak selepas meluluskan ka-wasan pembalakan hu-tan kepada pembalak berdasarkan pelan yang dikemukakan jabatan itu.

dari ms 3

- Adakah anda seorang kreatif?- Mampukah anda bekerja di luar waktu pejabat?- Adakah anda memiliki sekurang-kuranggya 2

tahun pengalaman dalam bidang penulisan?- Adakah anda fikir anda layak menjadi

wartawan?- Adakah anda mempunyai kelulusan Diploma

Sebaran Am atau sekurang-kurangnya STPM?- Jika anda memenuhi kreateria yang dikehendaki,

sila hantar permohonan untuk jawatan wartawan kepada:

PENGARAH UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.Tel: 09-631 3502, 623 0582

Fax: 09-631 2505

Tarikh tutup permohonan: 31 Disenber 2010

* Sila hantar sijil kelulusan/sijil persekolahan, Diploma dan bukti pengalaman anda beserta salinan kad pengenalan.

PeLuang PeKerJaan

Page 4: Teganukita 32

4 rencana

RENCANA PEN-GARANG

Penaung : Dato’ Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar.Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan NegeriPengarang : Rosli ZakariaPenulis Khas : Ruslan Abd RahmanKetua Pemberita : Aida Abd. RahmanWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli Putra & Syed Abd RahmanPengendali Blog : Harun Hassan

Waspada hadapi banjir

Rabu, 17 November 2010

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMANANALISIS

Pentingnya menguasai media baru

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ma-hukan masyarakat agar memahirkan diri dengan teknologi komunikasi baru, seterusnya mengua-sai media baru, terutama laman sosial seperti face-book dan twitter. Saranan itu jelas mem-buktikan betapa penting-nya kedudukan media baru itu, terutama dalam membentuk pemikiran massa. Facebook adalah salah satu media jaringan sosial yang sangat terkenal masa kini. Dengan facebook kita dapat berintreraksi dengan pelbagai lapisan orang, baik di peringkat tempatan, malah luar neg-ara (dunia)- tiada batas sempadannya. Melaluinya kita boleh kemukakan profil diri, hobi, salurkan maklumat, cerita, keinginan dan se-bagainya, malah boleh ‘chatting’ online dengan pengguna lain, khusus yang menjadi sahabat kita. Ia ibarat diari terbuka kita, sahabat kita boleh masuk menghantar apa-apa bahan kepada dalam bentuk tulisan atau gam-bar, boleh membuat komen dan sebagainya. Twitter pula pada dasarnya sama, ia lebih kepada hantaran maklumat kepada semua pihak secara ‘realtime’. Pendokong politik Pres-iden Amerika, Barrack Obama juga dikatakan

menggunakan twitter un-tuk memberitahu tentang apa yang dilakukannya setiap masa kepada awam. Pakar-pakar strategi per-ingkat dunia, artis, ahli perniagaan juga menggu-nakan media baru ini. Menurut kajian, se-banyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti me-dia baru seperti laman sosial Facebook dan Twit-ter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah. Katanya, jika diband-ingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut se-tia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana. Oleh itu, wajarlah sara-nan YAB Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu sewaktu berucap menggu-lung Perhimpunan Agung Umno supaya ahli-ahli parti menguasai media baru. Nampaknya inilah ‘poli-tik’ cara baru yang perlu dikuasai dan dihayati oleh pendokong parti, sesiapa yang tidak menguasainya pasti mereka akan diting-galkan perubahan. Sebab itulah perlunya transfor-masi dalam segala bentuk diperlukan, jika sesebuah parti dan pendokongnya mahu maju dan partinya terus bertahan. Keluarlah kita daripada politik cara lama, kedai kopi dan majulah ke de-

pan dengan menguasai media baru dan maklumat di hujung jari. Masa dulu ada pihak yang cukup anti me-dia arus perdana kerana kononnya tidak berpihak kepada mereka (pembang-kang), sehingga sanggup memboikot, bahkan mem-bakar pun akhbar, tetapi sekarang bagaimana kalau tidak puas hati dengan me-dia baru. Boikot atau bakar komputer? Dalam politik dan pilihan raya kita tidak perlu menerima hakikat peranan dan teori 3M, “Money,Machinery and Media” (Wang,Jentera dan Media). Media yang lebih ber-pengaruh ialah media baru, berbanding media cetak (berdasarkan pera-tusan yang menggunakan internet, mengguna dan membaca blog, faecebook, twitter dan sepertinya) lantaran itu penguasaan media baru ini amat pent-ing. Dato’ Seri Mohd.Najib berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad pun lakukan tranformasi dengan telah pun awal-awal menguasai media baru. Kalau mungkin men-guasai hal-hal lain tetapi tidak menguasai media ia tidak menjamin keme-nangan dalam pilihanraya, itu pendapat mereka yang meletakkan peranan me-dia begitu penting dalam mempengaruhi sokongan

pengundi kepada satu-satu pihak yang bertanding. Walau bagaimanapun, pemimpin dan orang-orang kanan pemimpin yang menguasai media baru perlulah bijak me-nilai bahan yang hendak disampaikan melalui me-dia baru. Janganlah pula gambar sedang makan di restoran bersama keluarga dan sa-habat handai hendak di-masukkan juga ke dalam facebook. Begitu juga bahan-bah-an pecisan, tulisan-tulisan memaki dan mencela, fit-nah dan gambar-gambar yang diedit untuk mem-persendakan pihak tertentu hendaklah dijauhi kerana amat juak dan murahan. Terengganu awal-awal lagi telah melihat media baru sebagai sebahagian dari kehidupan masa kini dan akan datang. Betapa pentingnya ia dikuasai dan ia perlu didedahkan di per-ingkat awal kepada rakyat negeri ini. Media baru itu juga dili-hat sebagai kaedah terbaik pembelajaran dan ilmu pengetahuan, bukan lagi bertumpu semata-mata cara-cara lama iaitu buku teks dan pengajaran di pa-pan hitam. Memastikan generasi di bangku sekolah rendah lagi menguasai teknologi maklumat komunikasi melalui program e-Book. Itulah pemikiran ke hada-pan seorang Menteri Be-sar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Masyarakat hari ini perlu memahirkan diri dengan teknologi komunikasi baru, seterusnya menguasai media baru, terutama laman sosial seperti facebook dan twitter. (Gambar hiasan)

sePerTimana biasa apabila masuk bulan Ok-tober atau November musim hujan dan banjir ber-mula di Terengganu. Kita perlu melakukan persediaan awal bagi menghadapi musim ini agar segala permasalahan yang bersabit dengannya dapat ditangani dengan baik.Penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan sentiasa berwaspada berikutan ban-jir di negeri ini dijangka kembali melanda dengan anggaran 40 peratus lebih buruk berbanding tahun sebelum ini. Itu hanyalah ramalan, namun kita berdoa keadaan pada kali ini tidaklah seburuk bagai yang dijangka.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said sendiri me-nasihati agar mereka yang tinggal dalam zon yang sentiasa dilanda banjir agar menyimpan segala do-kumen penting ditempat yang selamat bagi menge-lak sebarang kesukaran berlaku di kemudian hari, termasuk untuk perdaftaran anak sekolah dan pel-bagai hal yang berkaitan. Beliau berharap ibu bapa perlu peka terhadap bencana ini dengan memastikan anak masing-mas-ing berada di tempat yang selamat dan bukannya membiarkan mereka leka bermain air banjir. Sedih dan dukacitalah sekiranya masih berlaku kematian akibat banjir walaupun pelbagai amaran dan nasihat dikeluarkan pihak berkaitan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Minguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu baru-baru ini. Difahamkan pada tahun lepas sebanyak lima ke-matian dicatatkan ketika banjir tahun lepas. Amat mendukacitakan, ia bukan berlaku secara langsung akibat banjir tetapi kerana mangsa berke-naan bermain air. Sebanyak 123 pangkalan hadapan sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ke-tika bencana alam itu berlaku. Sebanyak 374 pusat pemindahan yang mampu menempatkan 48,192 mangsa banjir akan dibuka sebagai persediaan. Jumlah pembukaan pusat pe-mindahan ini ditambah berbanding 289 pusat pe-mindahan pada tahun lepas. Semua agensi kerajaan berkaitan termasuk po-lis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jabatan Pen-gairan dan Saliran (JPS) dan pejabat-pejabat daerah juga telah bersiap sedia mengikut peringkat masing-masing. Beberapa program kesedaran menghadapi ban-jir telah dianjurkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara di Terengganu bagi memberi kesedaran berhubung tindakan yang perlu diambil sebelum dan selepas banjir bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin. Melalui program ini, orang awam akan mengeta-hui peranan masing-masing ketika berlaku bencana alam itu.

Page 5: Teganukita 32

5rencana Rabu, 17 November 2010

Mengenang penyair T. Alias Taib

Di penjuru matamuPertemuan berlaku di penjuru matamu

yang unggu lalu membiru

Pertemuan berlaludi penjuru dadamu

yang sayulalu terharu

ingatan Kecil, 1950-an Semak basah sepanjang denai ke sekolahMenggigil menyambut kami di pagi lecah.Kami berhenti di selekoh pohon gajusMemungut embun berjuntai ke dalam botol( embun, kata guru kami,baik sebagai pelembut papan batu ).Kami rukuk pada daun rimbunMemenuhi botol dengan pesanan guru.

Ibu membekalku dan adikkuPapan batu, kalam batu, dan sebuah bukuYang ku panggil “buku pasu bunga”.Ibu juga membekalkan kamiKeledek rebus dan syiling lima sen( duit ini, berkali-kali pesan ibu,hanya penguat semangatpulangkan kembali tengah hari nanti ).

Entah berapa lama ku kelek semangat ibuBerulang-alik ke sekolah dengan botol embun.

BUDAYAOleh: RUSLAN ABD RAHMAN

baiT-baiT sajak ini walaupun pendek dan ringkas tetapi cukup mengesankan. Demikian cara permainan metafora yang begitu hebat oleh penyair anak Terengganu, Allahyarham T.Alias Taib. Dilahirkan di Kampung Padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu pada 20 Februari 1943 dan mendapat pendidikan tinggi Pusat Latihan Per-guruan Kuala Terengganu dari tahun 1960 hingga 1962. Sebaik tamat latihan guru, beliau mengajar di beberapa buah sekolah kebangsaan termasuk Sekolah kebangsaan Sun-gai Rengas, Kuala Tereng-ganu Bukit Besi,Teluk Pasu dan Mengabang Te-lipot Kuala Terengganu. Penulis rencana ini sempat menjadi murid beliau sewaktu di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot. Mulai 1974, beliau ber-pindah ke Kuala Lumpur dan mengajar di beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Datuk Kera-mat dan Sekolah Rendah Kebangsaan (L) Jalan Batu. Memulakan karier di bidang sastera pada 1964 setelah puisinya berjudul ‘Persembahan’ dan cer-pen pertamanya, ‘Dunia Pelayan’ masing-masing tersiar di dalam majalah Angkatan Baru edisi Oktober 1964 dan Mac 1965. Namun, dalam dunia kesusasteraan, genre puisi lebih menjadi pilihan uta-ma. Di tahun 1972, beliau menerbitkan sendiri kum-

pulan puisinya, Laut Tak Biru Di Seberang Takir yang memuatkan 44 buah sajak. Antara karya-karya lain ialah Angin dan Badai (antologi bersama, 1975), Kuala Lumpur (antologi bersama, 1975), Pemburu Kota (1978), Tinta Pena (antologi bersama, 1981), Pertemuan (antologi ber-sama, 1982), Bunga Geri-mis (antologi bersama, 1986). Karya-karya lain ialah Bintang Mengerdip (an-tologi bersama, 1984), Seberkas Kunci (1985) dan Puisirama Merdeka (antologi bersama, 1986). T.Alias Taib merupakan salah seorang pengasas Persatuan Sasterawan Muda Terengganu (Pelita) dan ahli Persatuan Penulis Nasional (Pena). Beliau pernah dilantik sebagai Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1998 hingga 2000 dan ter-pilih mewakili Malaysia untuk mengikuti kursus penulisan kreatif di Tai-wan pada tahun 2001. Melalui hasil karyanya anak Batas Baru ini ser-ing bercerita tentang ketu-hanan, keindahan alam, kemiskinan dan kasih sayang dengan dengan permainan metafora yang menarik. Gaya yang dibawanya bercorak kemanusiaan dan romantik seperti biasa disuarakan penyair Indo-nesia seperti W.S Rendra. Untuk menjiwai bahasa dan gaya romantisme da-lam puisi moden Malay-sia, selamilah sajak-sajak T. Alias Taib. Namun, kini tokoh yang telah mengabdikan diri dalam dunia kepe-

nyairan tersebut telah tiada, meninggalkan kita kira-kira enam tahun yang lalu (2004). Selepas ketiadaannya, kita semacam kehilangan lantunan puisi tentang ru-mah kilat, setinggan, Pasar Chow Kit atau erti kema-nusiaan di sebalik lorong-lorong gelap di ibu kota. Khalayak juga tidak mungkin lagi dapat mem-baca sajak-sajak tentang kelesuan Sungai Klang dan Gombak atau suara-suara protes gagak terhadap ma-nusia di sekitarnya. Sementara itu, keindah-an pada kebanyakan puisi-puisi penyair yang berasal dari angkatan pendidik dari Terengganu tidak bergan-tung kepada objek yang dilukiskan tetapi cara pen-gucapan serta kesesuaian bentuk yang dipilihnya. Dia salah seorang pe-nyair yang tidak pernah bosan dengan eksperi-men. Dengan bahasa yang ringkas dan mudah, beliau sentiasa cuba untuk me-nampilkan sesuatu yang baru. Seorang professor dan penyair terkenal Indo-nesia ada mengungkap-kan karya-karya T.Alias Taib merupakan jambatan antara tradisional dan moden dalam kesusaster-aan Nusantara. ”Sejumlah besar puisin-ya lebih merupakan puisi pictorial yang menggam-barkan satu kesan daripada peristiwa, objek atau im-basan rasa,” katanya. Demikianlah T.Alias Taib yang dunia puisi cu-kup merasai akan kehil-angannya. Jasa dan sum-bangannya, marilah kita kenangkan.

Page 6: Teganukita 32

6 rencana

WAKAF RAKYATOleh: PUTERA PESISIR AIR

Rabu, 17 November 2010

musim hujan dan banjir ada-lah lumrah bagi kita di Pan-tai Timur Semenanjung yang mengadap Laut China Selatan iaitu di negeri di Terengganu, Kelantan dan Pahang (sebelah timur). Ia kerap kali juga disebut sebagai monsun. Monsun membawa mak-sud angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim. Ada juga yang menyi-fatkan menyifatkan monsun adalah perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera. Perkataan monsun juga dikatakan terbit daripada per-kataan Arab mawsim.Dari is-tilah Arab tersebut, terbitnya juga perkataan mausam yang bermaksud “cuaca”. Sebelum diperkenalkan da-lam kosa kata Bahasa Melayu, istilah monsoon mula dipakai dalam bahasa Inggeris di In-dia, Bangladesh dan Pakistan dan negara-negara jirannya untuk bermaksud angin ken-cang bermusim yang bertiup dari Teluk Benggala dan Laut Arab di barat daya yang mem-bawa hujan lebat ke situ. Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-ma-na kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu. Oleh itu hujan monsun bu-kan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipas-tikan kewujudan sistem mon-sun). Bagi kita di Pantai Timur ini, gejala ini sudah menjadi biasa sejak dahulu lagi, cuma kalau tidak hujan di musim ini bermakna ada sesuatu pula yang tidak kena.Ada kemung-kinan sudah berlaku sesuatu terhadap fenomena alam dan atmesfora. Kita bersyukur di negara kita fenomena alam yang dah-syat seperti puting beliung, taufan,gempa bumi tidak ber-laku dan mengorbankan ban-yak nyawa. Sebenarnya kejadian-keja-dian itu merupakan tanda ke-besaran Allah dan kekuasaan-Nya. Firman Allah dalam surah Fussilat yang membawa mak-sud, “ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang yang terbentang luas ini), dan pada diri mereka sendiri, se-hingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al Quran ada-lah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu,

Suka duka musim tengkujuh

dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”. Oleh itu kita tidak perlu berasa cemas dan risau den-gan kejadian-kejadian sama ada monsun, hujan dan banjir tetapi sebaliknya hendaklah membuat persediaan untuk menghadapi segala ujian. Bah-kan sudah sampai ke pering-kat memanfaatkan monsun itu dengan mengadakan ‘Mon-soon Cup’ peringkat dunia di Terengganu. Kerajaan baik di peringkat pusat mahupun negeri sen-tiasa memberi perhatian yang bersungguh-sungguh bagi me-mastikan kejadian hujan dan banjir itu. Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk memastikan segala permasalahan yang tim-bul akan dapat diatasi dengan mudah, jika ada persiapan awal dibuat. Kita sering mendengar cer-ita kisah suka duka di musim hujan, banjir dan monsun ini seperti nelayan tidak dapat ke-luar ke laut mencari rezeki me-nyebabkan suka untuk menda-pat sesuap nasi. Dahulu tiada pilihan lain, peluang pekerjaan untuk mendapat wang tidak banyak seperti sekarang, begitu juga peluang mendapatkan bantuan

sukar,melainkan derma dn bantuan dari ‘orang kampung’ tetapi tidak ramai yang boleh membantu waktu itu kerana paras kemiskinan tinggi. Maksudnya sama-sama susah, bagaimana hendak menolong orang lain. Tiada kemudahan penyim-panan sejuk beku seperti hari ini, sebab itu nasi dimakan dengan ikan jeruk atau ‘guri’ iaitu ikan yang ditoskan den-gan garam beberapa bulan sebelumnya di dalam bekas tertutup. Ada juga yang mencerita-kan terdapat masakan gulai budu campur telur di musim hujan di zaman dahulu. Apa-bila diceritakan ini ramai yang ingin mengetahui dan merasai masakan ini, tetapi generasi sekarang mungkin sudah tidak mampu berbuat demikian ker-ana tidak ada resepinya dan cara-cara memasaknya ter-catat di mana-mana pun. Pelbagai jenis ubi juga boleh diperolehi di musim hujan kerana mereka yang mempu-nyai kebun tanaman ubi akan mengeluarkan hasil tanaman-nya itu kerana mengelak dari ditenggelami air dan rosak. Antara nama-nama ubi yang tidak asing lagi termasuklah ubi kayu, ubi setela, ubi be-sar, ubi keling dan ubi itik dan

pelbagai nama-nama yang su-kar generasi baru mengenalinya lagi. Makan ubi di musim hujan dikatakan sungguh enak, teru-tama yang masih panas iaitu makan sebaik sahaja selesai dimasak (rebus). Hari ini ubi kayu dicampur kelapa parut su-dah pun masuk ke hotel-hotel, termasuk di Hotel Primula. Ini suatu perkembangan yang sungguh membanggakan. Berbalik kepada perubahan masa kini, rakyat tidaklah lagi menderita seperti dahulu apa-bila berdepan musim banjir, bahkan ada diceritakan terdapat sesetengahnya yang mahu ting-gal di penempatan mangsa ban-jir walaupun tidak ‘layak’ ker-ana tidak dikatogerikan mangsa banjir. Ini disebabkan banyak kemudahan dan bantuan diper-olehi sepanjang berada di pen-empatan itu. Apa pun kita mengharapkan segala bantuan berkaitan ban-jir akan dapat sampai kepada sasaran yang betul-betul layak dan memerlukan. Ingast rakyat mesti didahulukan dan “Mer-akyatkan Pentadbiran dan Pem-bangunan”. Mereka yang terbabit dengan keadaan banjir hendaklah sen-tiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan jauhi tregedi yang tidak diingini, terutama men-

gawal kanak-kanak dari ber-main di kawasan yang berisiko tinggi. Fenomena alam yang ber-musim ini, hujan, banjir atau sebaliknya panas dan kemarau panjang perlu diterjemahkan dengan pemahaman bahawa, Allah sedang dan akan terus menguji keimanan dan ke-percayaan, persahabatan dan silaturrahim serta hubungan sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa, ketulusan niat dan kesempatan serta pelu-ang saling membantu. Kebenaran yang perlu dicari dan kesilapan yang perlu diper-baiki, keyakinan betapa Allah mampu melakukan segala yang manusia hanya mampu mer-ancang dan jangka, dan yang tidak terjangka dan terfikir oleh ramalan, kajian dan pandangan manusia, semuanya dari Allah. Seterusnya, hanya keyakinan teguh dan kepercayaan mut-lak kepada Allah sahaja yang boleh menjustifikasikan kera-sionalan fenomena alam sebe-gini.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia dan hikmah di sebaliknya.

Kita tidak perlu berasa cemas dan risau dengan kejadian-kejadian sama ada monsun, hujan dan banjir tetapi sebaliknya hendaklah membuat persediaan untuk menghadapi segala ujian itu.

Page 7: Teganukita 32

2tkBi

l. 32

(17 N

ovem

ber

2010

) ht

tp://

tega

nuki

ta.b

logs

pot.c

om

ms 12 & 13

Pastikan generasi kedua dapat miliki rumah sendiri

ms 8 & 9

Satria bidang perubatan

ms 11

Tasik Puteri indah bak namanya

ms 15

Page 8: Teganukita 32

YB TU

RUN

PADA

NG

8

2tk Rabu, 17 November 2010

Pastikan generasi keduamiliki rumah sendiri

B i o d a t a

Nama : Dato’ Haji Mohamed Awang Tera

Tempat Lahir : Kuala Terengganu

Nama Isteri : To’ Puan Hajah Wan Zaharah Wan Yahya

Bil. Anak : 9 Orang ( 4 lelaki dan 5 perempuan)

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya

Oleh: Esah Abdullah

buKan sekadar impian tetapi disertai dengan usa-ha keras yang berterusan untuk memastikan setiap generasi kedua mempunyai rumah kediaman sendiri, kerana memahami kesulitan yang dialami terpaksa bersesak-sesak menumpang di rumah ibu bapa biar-pun sudah mempunyai keluarga sendiri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Kemaman, Dato’ Mohamed Awang Tera mendengar dengan mata hati setiap rintihan dan rayuan, serta berazam mencari jalan terbaik dan memastikan mer-eka ada tempat berteduh. Kesibukannya menggalas tugas Ahli Exco Kera-jaan Negeri memegang portpolio Pengerusi Jawa-tankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri tidak membataskan beliau memberi perhatian jitu kepada rakyat dalam kawasannya. Beberapa penempatan rumah mampu milik diwu-judkan termasuk 88 unit di Taman IG Pesona den-gan kos RM65,000 sebuah tetapi dijual dengan har-ga RM45,000 sebuah dan keutamaan diberi kepada penduduk tempatan yang tiada tanah dan rumah. Dengan kepadatan penduduk berjumlah 80,000 orang termasuk 23,000 pengundi berdaftar, 12 per-atus daripadanya pengundi Cina, beliau mendapat kerjasama padu daripada 28 Jawatankuasa Kema-

juan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Per-satuan Kaum Tiong Hua. Segala bentuk bantuan disalurkan melalui JKKK dan anggota sayap seperti Wanita, Pemuda dan Put-eri bertindak menyampaikan maklumat keperluan di samping pelaksana aktiviti dan program untuk go-longan sasar. “Bila saya sibuk dengan tugasan Exco di pejabat di Wisma Darul Iman, tugas menziarah dan memenuhi undangan kenduri kendara masyarakat tempatan di-ambil alih isteri saya,” katanya kepada Teganukita di Pejabat Yayasan Pembangu-nan Usahawan (YPU) baru-baru ini. Beliau juga cuba merubah pendeka-tan terhadap generasi muda melalui pelbagai program yang boleh mendatangkan impak positif dan jaminan masa depan mereka ter-masuk kursus kemahiran dan latihan. “Mereka tidak lagi suka disogokkan dengan aktiviti sukan semata-mata tetapi memerlukan program yang lebih menjurus ke arah peningkatan dalam kerjaya serta ada jaminan masa depan kerana lambat laun mereka akan mempunyai keluarga sendiri,” katanya yang turut menggunakan pendekatan berinteraksi melalui laman sosial. Dato’ Mohamed yang sudah dua kali melalui suasana pilihanraya (2004-2008), berdepan den-gan pelbagai ragam masyarakat, sentiasa tenang dan akur dengan fitrah alam, setiap insan itu berbeza-beza cita rasa, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. “Menjadi Ahli Exco bukan alasan untuk menin-ggalkan kawasan kepada iateri atau pembantu, itu bukan prinsip saya menerima laporan dari orang kedua atau ketiga kecuali ada perkara yang perlu disegerakan dan saya kebetulan ada tugas di negeri,” katanya yang berpengalaman menjadi Pegawai Tad-bir selama lapan tahun (1974-1982).Sepanjang perkhidmatannya, Dato’ Mohamed telah menerima beberapa Bintang dan Pingat Kehormatan

sejak 1989 seperti Ahli Mahkota Pahang (A.M.P) , Setia Ahmad Shah Pahang (S.A.P) - 1997, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) – 1998 dan ter-baru, Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) pada 2006. Beliau pernah memegang jawatan Penolong Pen-garah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor (1974-1975), Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan Perbendaharaan Malaysia (Pe-

gawai Tadbr dan Diplo-matik) (1975-1977) dan Ketua Penolong Setiau-saha Kerajaan Negeri Pahang (1982-1988). K e r j a y a n y a tidak pernah terhenti dan terus bersinar dengan menjawat, Setiausaha Lembaga Pelabuhan Kuantan (1982-1984), Timbalan Pengu-rus Besar, Lembaga Pelabuhan Kuantan (1988-1994), Pengu-rus Besar, Lembaga

Pelabuhan Kuantan (1994-1997), Pengarah Urusan, Kuantan Port

Consortium Sdn Bhd (KPC) (1998-2004). Episod baru sebagai ‘YB’ bermula apabila me-nang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 11 atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2004 dan tahun sama dilantik menjadi Ahli Exco portpolio Pemban-gunan Industri dan Pelancongan negeri. Pada 2008 bertukar ke portpolio baru, Pemban-gunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri dan menjadi rutin harian beliau, berulang alik dari Kemaman ke Kuala Terengganu, mempengerusi-kan mesyuarat atau merasmikan majlis berkaitan di bawah portpolionya. “Hanya program berkaitan dengan tugas rasmi atau membabitkan program Tuanku Sultan dan Menteri Besar saya hadir, selebihnya saya bersama masyarakat dalam kawasan, melaksanakan program atau berkunjung ke rumah warga emas dan golongan miskin,” kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Memajuan Iktisad Negeri Terengganu..

Dato’ Mohamed Awang Tera sentiasa disenangi rakyat kerana sikap prihatin dan caknanya.

Bergotong-royong memasak bubur asyura.

Page 9: Teganukita 32

2tkRabu, 17 November 2010

Pastikan generasi keduamiliki rumah sendiri

Elak rakyat tercicir terima bantuan kerajaanLaPan program pendidikan dilaksana dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini membabit-kan anugerah Pelajar Cemerlang, penyampaian e-Book dan baucer pakaian sekolah, hari potensi kanak-kanak Tabika dan perjumpaan dengan warga pendidik dalam DUN. Program ziarah ke rumah pesakit kronik, war-ga emas, orang kurang upaya dan keluarga mis-kin tegar dilakukan sepanjang masa dan tahun ini 22 buah keluarga terbabit sudah dikunjungi Dato’ Mohamed dan isteri To’ Puan Wan Zaha-rah Wan Yahya. “Dari segi pengagihan bantuan dan sumban-gan, sebolehnya saya ingin semua rakyat dapat merasai pemberian kerajaan terutama golongan miskin yang memerlukan sumbangan berben-tuk barangan atau wang ringgit,” katanya. Golongan muda tidak pernah diabaikan, ker-ana mereka adalah aset negara yang perlu dijaga dengan sempurna agar pewaris bangsa ini mam-pu meneruskan agenda kepimpinan sekarang dalam mengekalkan kestabilan dan perpaduan semua kaum. Saban tahun, pelbagai program dan aktiviti diatur dan dilaksanakan, antaranya pertandingan futsal, badminton, takraw, bola jaring, dana rem-

aja dan lawatan bermaklumat sentiasa mengisi ruang hujung minggu mereka. “Golongan muda dilihat lebih terdorong ke-pada aktiviti sukan tetapi pada sisi lain mereka berpandangan jauh dan perlukan suatu yang leb-ih bermakna untuk masa depan mereka termasuk memerlukan peluang pekerjaan dan sebagainya,” katanya. Katanya, setakat ini enam gelanggang futsal dibina dengan kos RM150,000 setiap satu, ter-masuk sebuah lagi masih dalam pembinaan dan projek ini dapat mengurangkan gejala lepak wak-tu malam kerana mereka ada tempat berkumpul pada waktu itu. Tahun ini saja katanya, pihak DUN telah me-luluskan binaan rumah baru kepada 18 keluarga di bawah Projek Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT), 15 rumah baik pulih dan 56 buah ban-tuan atap biru dan JKKK sentiasa membuat ba-cian bagi mengenalpasti keluarga yang layak menerima bantuan. Sikap Dato’ Mohamed mengutamakan keper-luan penduduk pedalaman lebih-lebih lagi ke-luarga miskin, beliau sentiasa memastikan ba-rangan seperti tongkat, kerusi roda, katil, cermin mata, laptop dan sebagainya ada dalam sim-

panan di pejabat agar dapat dihulur segera, jika terdapat permintaan dari JKKK. “Kelab Ibu Tunggal (KIT), persatuan belia, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), surau, masjid sentiasa berada dalam senarai perhatian, kerana ia membabitkan keperluan ramai dan sumbangan juga dihulur untuk menyambut hari-hari kebesaran masyarakat Melayu Islam dan Cina dalam DUN,” katanya. Projek pembinaan rumah ibadat juga diambil serius dan beberapa masjid sudah siap dan dalam pembinaan termasuk di Kuala Kemaman (2010), Paya Berenjut (2008), Paya Padang (2009) manakala Masjid Mak Langam dalam perancan-gan. “Tahun ini enam surau berjaya dibaik pulih iaitu di Kampung Nyior, Geliga Permai, Haji Muda, Geliga Jambatan, Kuaters Polis dan Casa Limbong dan sebuah bina baru di Kampung Jaya,” katanya. Untuk melancarkan urusan bantuan kepada masyarakat, jentera DUN sentiasa bergerak aktif dan maklumat sayap parti serta JKKK yang ada di setiap kampung, segala keperluan di akar umbi dapat disalurkan dengan berkesan.

Menjenguk sambil memberi bantuan kepada penduduk miskin.

Kesihatan dan keselesaan rakyat menjadi agenda utamanya. Penduduk menerima kunci rumah PPRT.

Melawat warga emas yang uzur di kawasan beliau.

Page 10: Teganukita 32

IKON

ANA

K TE

RENG

GANU

10

2tk Rabu, 17 November 2010

Satria bidang perubatan

Oleh: Aida Abd Rahman

“boLeh ke jadi doktor kekgi (akan datang)? Susoh (rumit) kerja tu,” soal si tu-kang gunting pada anak keli-ma daripada sebelas beradik apabila si anak membicara-kan cita-citanya sebaik men-jadi antara anak kampung pertama berjaya memasuki Kolej Melayu Kuala kangsar (MCKK), Perak ketika di Tingkatan Empat kira-kira 48 tahun lampau. Keraguan si ayah terjawab apabila anak kesayangan-nya itu kini menempa nama dalam dunia perubatan dan menunjangi institusi pen-didikan ulung negara selaku Pengarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Cawan-gan Pahang sejak 1 Jun 2008. Cita-cita bergelar doktor direalisasikan sebaik berusia 32 tahun sejurus menamat-kan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada 1976 dan memperolehi Ijazah Sarjana Kesihatan Awam di Univer-siti Filipina (1979). Ketika itu, Prof Dato’ Dr Kamaruza-man Wan Su, 62, mendapat tawaran berkhidmat di pusat perubatan di bandar, namun menolaknya demi mahu menabur jasa kepada orang kampung sendiri. Prof Kamaruzaman yang memberi perkhidmatan se-

cara bergerak dengan menaiki van dari sebuah kampung ke sebuah kampung di kawasan Jerteh berasa puas melihat penduduk kampung teru-tama daripada kampungnya sendiri, Kampung Raja, Besut tersenyum dan ceria sebaik mendapat rawatan. “Saya puas hati dapat mer-awat orang kampung. Dua minggu selepas melakukan pemeriksaan dan rawat mer-eka, saya pusing kampung untuk `follow-up’ perkem-bangan mereka. Kita berikan khidmat yang sebaik mung-kin kerana itulah impian dan harapan yang saya tanam sejak kecil lagi,” katanya ke-tika diwawancara Teganukita, baru-baru ini. Bapa kepada enam cahaya mata hasil perkongsian hidup kira-kira 34 tahun lalu den-gan teman sekampung yang juga pendidik, Datin Hajah Zahariah Mansor, 56, men-ganggap pengiktirafan yang diterima kini bukan semudah yang disangka dan bukanlah atas landasan lahir daripada keluarga kaya mahupun go-longan bijaksana. Berkat didikan dan sumber pendapatan bapa , Wan Su Wan Othman, (kini berusia lebih 100 tahun) sebagai tu-kang gunting sebelum men-jadi penggiat seni kraftangan, Prof Kamaruzaman menyi-fatkan beliau cukup terhu-

tang budi dengan tunggak keluarga yang juga mentor pencetus kejayaannya itu. Tabir silam ketika kanak-kanak dan alam perseko-lahan juga banyak me-matangkan beliau. Beliau pernah menjual kuih yang dihasilkan arwah ibu, Fa-timah Mustafa di sekolah bagi menambah wang saku dan membeli peralatan pelajaran. Sebaik mengin-jak ke MCKK pula beliau sanggup mengepos RM10 daripada RM40 elaun di-terima di situ pada setiap bulan buat belanja dapur ibu tercinta. Prof Kamaruzaman hanya menyasarkan tempat di MCKK selepas asrama penuh tersohor itu menjadi sebutan guru-guru serta orang kampung, sebelum mencari bahan bacaan dan menyelidiki maksud sebe-nar `MCKK’, selain ber-tambah semangat apabila ada anak kampung beliau sudah berjaya ke situ. Beliau yang menjadikan tokoh pendidikan, Profe-sor Diraja, Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid sebagai ikon, selain tokoh kemanusian , Profesor Al-bert Schweitzer sebagai rujukan terpenting serta sumber inspirasi bagi me-mantapkan kerjaya, men-ganggap profesionnya kini

menuntut cabaran dan kes-abaran yang tinggi. Kerahan tenaga dan ilmu pengetahuan, pengalaman dan sokongan semua pihak menyebabkan Prof Kamaru-zaman berjaya mengemudi satu jabatan yang baru ditu-buhkan di pusat pendidikan itu dengan beliau bertindak sebagai arkitek utamanya. Cabaran itu didepani be-liau apabila bergelar Pen-garah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) (1983-1992) yang pertama sebelum ditukarkan sebagai Timbalan Dekan (penguru-san) di Sekolah Perubatan USM (1992-1993) dan Pen-syarah Komunikasi Peru-batan di sekolah yang sama (1992-1999). Ketika berkhidmat di USM, beliau kemudiannya mendapat tawaran selaku Ketua Jabatan Komunikasi Perubatan Kuliah Kejuru-rawatan di UIA (Kampus Pahang) selama dua tahun sebelum dilantik pula Tim-balan Dekan (akademik) di jabatan yang sama sehingga 2004. Kemudiannya, barulah Prof Kamaruzaman diper-tanggungjawabkan sebagai Dekan Kuliyah Kejurura-watan merangkap Penga-rah UIA yang juga selaku `orang pertama’ di tampuk pengurusan berkenaan.

Ketokohan dan kecintaan yang tinggi dalam ilmu me-nyebabkan beliau mahu kes-emua zuriatnya meneruskan legasi kecemerlangan dan hidup dalam lingkungan selesa. Anak sulung, Mu-nyati, 33, guru sekolah; anak kedua, Zatul Rawihah, 31, pegawai Sains di UIA, anak ketiga, Nasrul Zaman, 28, radiografer di Pusat pe-rubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Manakala anak keempat, Anis Syahirah, 21, penun-tut jurusan Arkitek di UIA; anak kelima Adli Zaman, 19, penuntut Matrikulasi (Arkitek) dan bongsu, Adi-lah Suhailin, 17, bersekolah di Kuantan. Menurut Prof Kamaruza-man dia tidak menetapkan bidang dan profesion yang harus dipilih oleh anak-anaknya. Bagaimanapun menerapkan budaya berkongsi pandangan dan idea bagi memastikan pili-han tepat dan relevan. Pun begitu, ada antara anaknya turut menunjukkan kecenderungan dalam bi-dang pertukangan kraf yang diwarisi daripada datuknya yang merupakan Tokoh Seni Negara 1997. Warisan seni kraf itu kini diteruskan abang sulung beliau, Wan Mustafa, 71.

Prof Dato’ Kamaruzaman Wan Su

arkitek dalam bidang perubatan. (Gambar

kanan), bersama keluarga tersayang.

Page 11: Teganukita 32

11

2tk

BISN

ES

Rabu, 17 November 2010

Satria bidang perubatan

Produk Pertima dapat sambutan

Pekerja PERTIMA sedang melakukan kerja pengetinan dag-ing korban disamping mengeluarkan produk untuk syarikat ternama lain secara sistematik.

Oleh: Suriati Ali

PerTima Terengganu Sdn Bhd (Pertima), anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) ber-jaya menghasilkan produk dalam tin, pengetinan dag-ing korban, mengeluarkan produk untuk syarikat ter-nama lain secara sistematik. Syarikat yang mempu-nyai 60 kakitangan bahagian pentadbiran, teknikal dan operasi ditubuhkan pada 1972, kini dalam proses me-nambah baik operasi kilang selepas mendapat peruntu-kan kerajaan negeri seban-yak RM3.5 juta pada tahun lalu. Pengurus Besar Pertima, Encik Mohammad Latef, berkata kos itu mampu men-ingkatkan keupayaan kilang selain menambah beberapa kekurangan mesin mem-proses dan pengeluaran. Katanya, pihaknya sedaya upaya berusaha mempelba-gaikan pengeluaran kilang, sejajar dengan hasrat untuk menjadikan Pertima sebagai hub-halal utama, menjadi peneraju bagi sektor pem-buatan produk dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global. “Kejayaan Pertima men-embusi pasaran terbuka den-gan aktiviti dalam kontrak pengetinan pelbagai produk telah memperlihatkan hasil yang baik dan aktiviti ini akan diperkukuhkan bagi menjamin kejayaan syarikat pada masa depan seperti me-nyediakan pusat penyembe-lihan dan sebagainya, “Pada masa akan datang, pihaknya akan mencari leb-ih banyak ruang pasaran dan peluang dengan mengeluar-kan pelbagai makanan ha-lal dalam tin untuk pasaran antarabangsa,” katanya ke-tika ditemubual Teganukita Menurutnya, kebanyakan

syarikat antarabangsa mem-percayai kemampuan Perti-ma berikutan sudah bertapak hampir 38 tahun di Tereng-ganu selain lebih 20 tahun menjadi pembekal tunggal kepada semua agensi kera-jaan di Malaysia. Katanya, setiap tahun Pertima memproses seban-yak 300 tan daging kamb-ing biri-biri korban dengan menghasilkan lebih 250,000 tin. “Apabila siap men-jalankan proses pengetinan, ia akan dihantar melalui lapan buah kontena ke neg-ara-negara yang mengalami konflik kemanusiaan seperti di Republik Chad di Afrika dan Lubnan di Timur Ten-gah. “Sehingga ini tiga badan bukan kerajaan luar nega-ra melaksanakan kontrak pengetinan daging dengan Pertima iaitu Islamic Re-lief Worldwide dari United Kingdom, Muslim Aid Aus-tralia dan Human Appeal

International Australia,” ka-tanya. Encik Muhammad berkata Pertima tidak hanya menum-pukan pasaran di luar negara sahaja, malah turut ligat di pasaran Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. “Pertima adalah satu-sat-unya syarikat milik kerajaan negeri yang mengeluarkan produk makanan dalam tin seperti sardin dalam sos to-mato, kuah sate, tumis bilis serta kari ayam dan menda-pat kepercayaan pelbagai pasar raya ternama di negara ini. “Tesco, Giant Hypermar-ket, Carefour, Mydin, Sa-basun Hyperuncit dan ke-dai runcit antara pelanggan tetap yang giat mempromosi produk keluaran Pertima,” katanya. Katanya, Sardin Pertima antara produk paling laris di mana setiap bulan hampir 250,000 tin dikeluarkan. “Bagi melancarkan op-erasi, Pertima melantik be-

berapa agen pemasaran bagi menghantar produk yang di-hasilkan ke seluruh negara. “Memandangkan per-mintaan yang diterima seka-rang agak baik, pihaknya mengalu-galukan mana-mana individu yang bermi-nat menjadi agen pemasaran dengan menawarkan komis-en menarik” katanya. Menurutnya, produk ter-baru yang dihasilkan adalah kuah sate dalam tin dengan memulakan pasaran akhir Julai lalu iaitu beberapa minggu sebelum Ramadan. “Berdasarkan tempoh pasaran yang hampir me-masuki lima bulan, sambu-tan terhadap produk itu cuk-up baik dan akan menambah bilangan keluaran dari masa ke semasa,” katanya. Katanya, bagi mem-pastikan produk Pertima benar-benar bermutu, ujian kawalan akan dijalankan setiap kali melalui peringkat memproses dan pengelu-aran.

“Penyelidikan serta ka-jian makmal turut dilaku-kan bagi memastikan setiap produk memenuhi spesifika-si ditetapkan, paling penting mengikut syariat Islam dan mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. “Beberapa produk lagi akan dikeluarkan secara ber-peringkat bagi melebarkan lagi pasaran yang sedia ada,” katanya. Beliau, kejayaan syarikat adalah hasil bimbingan dan gadingan semua pihak ter-masuk Lembaga Pemasaran Hasil Persekutuan, Suru-hanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jakim. “Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malay-sia (MIHAS), Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pelbagai ekspo anjura pel-bagai agensi antaran aktiviti tetap yang diikuti Pertima sebagai langkah memperke-nalkan jenama dan produk syarikat,” katanya.

Page 12: Teganukita 32

1212

WARISAN ALAM

Rabu, 17 November 2010

a Ji SaMat(Prismatomeris glabra)

Pengorbanan guru diiktirafOleh: Aida Abd Rahman dan Suriati AliGambar oleh : Zulkipli Putra dan Syed Abdul Rahman

Pengorbanan guru yang mampu melahirkan generasi berwiba-

wa dan berkebolehan seh-ingga bergelar cendeki-

awan tidak pernah dipandang sepi

kerajaan neg-eri.

Khasiat: Menguatkan tenaga batin lelaki dan sakit urat.

Kaedah: -Air rebusan daun Aji Samat perlu direbus sebelum diminum bagi merawat tenaga batin lelaki dan sakit urat.

Keistimewaan: - Pokok herba Aji Samat boleh membesar sehingga lima meter.- Keistimewaannya memiliki daun panjang,

mempunyai batang yang keras dan berwarna kekuningan. Daunnya pula apabila matang akan berwarna hijau tua.

Kaedah Pembiakan:- Biji benih dan anak pokok habitatPokok ini lazimnya tumbuh di kawasan berbukit.

Page 13: Teganukita 32

1313

JUADAH TERENGGANU

Rabu, 17 November 2010

tEPUNG KaPUR

KeraJaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1.3 juta bagi mengagihkan komputer riba kepada 800 guru Tahun Enam di seluruh sekolah rendah Tereng-ganu.Pendekatan itu dilaksanakan bagi me-mantapkan lagi keupayaan guru men-didik murid untuk mencapai sasaran 20 peratus A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini. Kerajaan negeri beriltizam untuk menobatkan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu dan akan melakukan apa saja termasuk mengeluarkan peruntukan besar semata-mata mencapai impian itu. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) menyeru supaya ibu bapa dan warga pendidik saling berkerjasama untuk meneruskan usaha yang diama-nahkan serta memikul tanggungjawab secara dinamis dan progresif. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Encik Ahmad Razif

Pengorbanan guru diiktiraf Pelbagai pengiktirafan diberikan ter-masuk menaja lawatan sambil belajar kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya merealisasikan hasrat kera-jaan negeri khususnya dalam merekodkan Terengganu sebagai negeri terbaik dalam keempat-empat peperiksaan utama dan penting di negara ini. Terbaru, Menteri Besar, Dato’ Seri Ah-mad Said meraikan 3,568 guru sekolah me-nengah dan rendah seluruh Kuala Tereng-ganu sambil menyampaikan pemacu pena (pendrive) eksklusif sebagai cenderahati kenang-kenangan kepada seorang demi seorang guru berkenaan. Dato’ Seri Ahmad berkata, cenderahati itu sebagai kesinambungan kepada usaha memastikan Terengganu bukan sahaja muncul sebagai `negeri anjung ilmu’, bah-kan menjadikan formula `201052’ sebagai sasaran pencapaian cemerlang dalam em-pat peperiksaan utama tahun ini menjadi kenyataan. “Jika Terengganu berjaya mengekalkan juara dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk kali kes-

epuluh berturut-turut tahun ini, seramai 50 guru besar dan guru penolong kanan yang berjaya mengekalkan prestasi terbaik akan dipilih menyertai lawatan sambil belajar ke luar negara,” kata beliau dalam Majlis Perjumpaan Bersama Guru Seluruh Kuala Terengganu, di Taman Tamadun Islam, baru-baru ini. Manakala 30 pengetua terbaik masing-masing bagi pencapaian Penilaian Me-nengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut berpeluang ke luar negara sebagai insentif kecemerlangan daripada Kerajaan Terengganu. Sementara guru yang berjaya mengeka-lkan rekod dua tahun berturut-turut terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak terkecuali bakal menikmati percutian ke luar negara ber-dasarkan pencapaian peperiksaan itu kelak. Dalam pada itu, kerajaan negeri mem-belanjakan RM2.4 juta bagi menyediakan cenderahati berkenaan kepada kira-kira 22,000 guru sekolah rendah dan menen-gah seluruh Terengganu.

Komputer percuma untuk guruAbd Rahman, berkata melalui pendidi-kan, kita boleh menyelesaikan perkara pokok, terutama berkaitan kemiskinan sama ada miskin minda sama fizikal Katanya, Terengganu Anjung Ilmu merupakan antara agenda penting da-lam usaha Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang senada dengan agenda perdana 1 Malaysia iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. “Langkah awal merealisasikan mat-lamat itu jelas dibuktikan melalui pe-capaian membanggakan dalam semua peperiksaan utama. “Untuk memastikan kesinambun-gan kejayaan ini, kerajaan negeri telah memperkenalkan objektif baru iaitu 20 10 5 2 di mana dalam peperiksaan Uji-an Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu mendapat 20 peratus keseluruhan A, Penilaian Menengah Rendah (10 peratus A), Sijil Pelajaran Malaysia (5 peratus A) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia berusaha memperoleh 5 pera-tus A pada 2010.” Katanya.

bahan-bahannya:

• 600 gram tepung gandum• 1/2 cawan air kapur sireh• 1 biji kelapa muda (untuk inti)• 2 keping manisan• Sedikit garam

Cara membuatnya:• Kelapa diparut dan digaul dengan sedikit ga-

ram dan ketepikan

• Manisan diracik halus, kemudian dimasak

• Tepung gandum dibancuh dengan air, air kapur dan air manisan yang dimasak hingga cair

• Kacau hingga rata dan masukkan ke dalam loy-ang serta kukuslah selama satu jam

• Bila sejuk dipotong dan dihiris nipis dan bole-hlah digaul dengan kelapa parut bercampur ga-ram tadi. Kemudian bolehlah dihidang.

Page 14: Teganukita 32

To’ Puan Wan Mek

BAKT

I JKK

K

14

2tk

Bersatu menjayakan wawasan

Shahrul Nazri Harun me-mikul tugas berat sebagai Pengerusi JKKK Pagar Ubi.

Oleh: Esah Abdullah

buKan satu tapi lima buah kampung berada di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kema-juan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pa-gar Ubi dan keadaan ini lain dari kebiasaan iaitu sebuah kampung satu JKKK. Selain Kampung Pa-gar Ubi terdapat Kam-pung Bukit Payong, Wakaf Mesira, Pondok Lalang dan Lebang Be-sar dengan keramaian penduduk 1,100 orang dari 225 keluarga yang terletak dalam Kawasan Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Tepoh Parlimen Kuala Nerus. “Dengan jumlah penduduk yang ramai, bertambah meriah suasana ketika men-gadakan kenduri ken-dara dan aktiviti ke-masyarakatan seperti gotong royong,” kata Pengerusi JKKK Kam-pung Pagar Ubi, Shah-

rul Nazri Harun, 35. Walau ter-golong dalam kat-egori ‘orang muda’ be-liau sanggup memikul tanggung jawab besar sebagai ketua kam-pung setelah penduduk tempatan sebulat suara memilihnya mengan-tikan Haji Harun Taib yang melepaskan jawa-tan atas sebab kesihatan pada Mac lalu. Agenda utama yang ada dalam benak fikirannya ialah un-tuk merapatkan jurang antara orang muda dan golongan veteran dengan mengadakan pertandingan wau, su-kan rakyat, gotong royong, pertandingan futsal dan badminton. “Golongan ini perlu diberi peluang menon-jolkan kebolehan mela-lui aktiviti yang mereka suka dan orang lama bertindak memberi sokongan dan galakan,” kata Shahrul Nazri yang

m e m e g a n g jawatan ben-dahari JKKK sebelum di lantik menjadi

pengerusi.

M e n y -ingkap sejarah lampau, asalnya kawasan hutan dan paya yang di terokai beberapa penduduk dari Kampung Tanjung Sabtu dan Petai Bubus untuk tanaman padi ba-hagian paya dan mena-nam ubi kayu bahagian tanah tinggi. “Pengasas sebenar kampung ini adalah moyang saya, kemudi-an diikuti sanak saudara lain dan lama kelamaan mereka sepakat mendiri-kan rumah dan menetap di sini, “ katanya yang aktif dalam pergerakan pemuda. Mereka sama-sama bersetuju memberi jolo-kan nama tempat ini, Kampung Pagar Ubi kerana setiap rumah dipenuhi dengan tana-man ubi dan batang ubi juga turut dijadikan pa-gar sempadan kawasan

antara satu sama lain. Orang dulu-dulu amat kreatif dan ber-tindak untuk jangka masa panjang, pembi-naan pagar memang perlu untuk mengelak ganguan musuh tana-

man tapi pada waktu lain pagar itu (ba-

tang ubi) yang membesar dan berisi, menda-tangkan ha-sil dan boleh mengenyang-kan perut seisi keluarga.

“ R a t a - r a t a pekebun mena-

nam ubi kayu dan batangnya dijadikan

pagar, akhirnya nama Kampung Pagar Ubi kekal sampai hari ini dan sebahagian besar penduduk juga mempu-nyai pertalian keluarga antara satu sama lain,” kata Shahrul Nazri yang disenangi semua golongan di kampung-nya. Beliau yang suka berdamping dengan golongan veteran, ban-yak mendapat nasihat dan tunjuk ajar berguna terutama ketika berde-pan dengan pelbagai karenah masyarakat serta usaha menarik golongan muda meny-ertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan. “Orang muda sering dikaitkan dengan ‘darah muda’ tapi ia tidaklah sampai memudaratkan kampung dan setakat ini beberapa pendeka-tan diambil dengan perancangan yang teliti hasil perbincangan ber-

sama jawatankuasa pe-muda,” katanya. Beliau melahiran rasa bangga hasil gabungan tenaga tua,muda, wan-ita dan remaja, kam-pung ini berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan pelita raya anjuran kerajaan negeri baru-baru ini. Sebagai ketua kam-pung, beliau perlu bijak merancang sebarang aktiviti yang dilaksana-kan dan memastikan setiap kampung dalam taklukannya menda-pat apa yang diperolehi jiran dari kampung sebelah. “Tidak merumitkan, kerana saya anak jati Kampung Pagar Ubi dan kenal semua pen-duduk lima kampung yang menjadi tempat saya bermain sejak kecil dan segala pe-masalahan berbangkit akan dibawa ke meja mesyuarat melalui wak-il-wakil yang dilantik,” kata Shahrul Nazri. Setakat ini beberapa pertubuhan bukan kera-jaan (NGO) sudah ber-tapak di kampung ini seperti Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Perg-erakan Wanita dan Pe-muda, hubungan yang terjalin melalui pelba-gai aktiviti begitu akrab dan harmoni. Dalam perancan-gan akan datang be-liau berhasrat untuk menghidupkan semula Persatuan Belia 4B yang sudah berkubur, kerana ketiadaan pemimpin yang benar-benar boleh memberi komitmen

akibat kekangan waktu dan bertugas di luar ka-wasan. “Saya juga ber-cadang menubuhkan Kawasan Rukun Tet-angga (KRT) untuk menyemarakkan ak-tiviti kemasyarakatan termasuk kawalan keselamatan kampung yang lebih berkesan,” katanya. Katanya, sebagai ketua kepada 1,100 orang penduduk, keadi-lan dan kesempurnaan menjadi impiannya dan setiap kekusutan yang timbul akan dirujuk kepada jawatankuasa veteran untuk mencari jalan penyelesaian.

“Orang muda sering dikaitkan dengan ‘darah muda’ tapi ia tidaklah sampai memudaratkan kampung dan setakat ini beberapa pendekatan diambil dengan perancangan yang teliti hasil perbincangan bersama jawatankuasa pemuda”

Page 15: Teganukita 32

To’ Puan Wan MekOleh: Suriati Ali

bersara awal seba-gai jururawat perbidan-an dan beralih kepada bidang politik membuat-kan, To’ Puan Wan Mek Wan Long, 56, bertukar perwatakan pendiam kepada seorang yang gemar berborak dan peramah. Beliau isteri kepada Pegawai Pembangunan DUN Sura, Dungun dan Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA, Dato’ Haji Rosli Mat Hassan mengakui dua bidang itu cukup berbeza dan pengalaman dilalui akan diingati sampai bila-bila. Menurutnya, sewaktu bertugas sebagai juru-rawat selama 25 tahun dan mengambil kepu-tusan bersara awal ke-tika berusia 46 tahun, dia hanya menumpu-kan perhatian kepada kerjaya semata –mata, kadang-kala sahaja dapat bergaul dengan masyarakat luar. “Apabila terikat dengan jadual kerja, pelbagai seminar dan kursus perlu dihadiri, tidak ketinggalan turut melakukan kerja lebih masa sekiranya ada pe-sakit yang memerlukan perkhidmatan walaupun pada waktu itu, orang

ramai sedang enak dibuai mimpi. “Mungkin kerana terlalu fokus kepada kerja, secara sendirin-ya, saya jarang berbual hanya bersembang bersama rakan ketika waktu rehat sahaja,” kata To’ Puan Wan Mek yang membaha-sakan dirinya sebagai Kak Wan. Katanya, situasi itu kini berubah apabila dia menceburi bidang politik di tambah pula diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Persuruhjaya Skuad Sayang Wanita Umno Dungun (SS-WUD) dan Ahli Jawa-tankuasa (AJK) Ba-hagian Dungun. “Apabila secara rela hati memegang jawatan dalam poli-tik, pelbagai lapisan masyarakat dapat di-dampingi dan kenali termasuk pemimpin utama peringkat neg-eri, Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), kampung; go-longan profesional, berpendapatan rendah dan pelbagai kaum. “Pendekatan ini memberi makna dan pengalaman yang be-gitu luas kerana dapat saling mengenali bukan sahaja peringkat atasan malah mereka kurang

berkemampuan,” ka-tanya ketika ditemubual Teganukita. Beliau berkata, se-baik sahaja diberi ama-nah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya SSWUD, pelbagai ak-tiviti dijalankan bersa-ma rakan seperjuangan lain. “Aktiviti seperti melawat mangsa keba-karan, lemas; ibu tung-gal yang tidak memi-liki rumah, menziarahi

mereka yang sakit dan kehilangan anggota keluarga sambil men-ghulurkan sumbangan nyata memberi ke-san mendalam kepada masyarakat. “Mereka gembira dengan kehadiran kami, kerana mengetahui, SS-WUD yang dilancarkan oleh Perdana Menteri,

Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Oktober ta-hun lalu, sememangnya cakna kepada rakyat,” katanya. To’ Puan Wan Mek berkata, tugas dan tang-gungjawab SSWUD sama seperti skuad sayang di kawasan lain iaitu melakukan kerja-kerja kebajikan, kesukarelaan dan ke-masyarakatan kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan

wang ringgit. “Dalam skuad ini, kami menekankan tiga aspek dalam menjalank-an tugas iaitu disiplin, intergriti dan konsistensi bertujuan mengelak ce-muhan serta pandangan serong masyarakat. “Setiap tugasan dan aktiviti yang dilaku-kan akan dihantar ke-

pada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malay-sia, Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menilai sejauh mana keberkesanan ak-tiviti yang dijalankan,” kata ibu kepada tujuh permata hati. Anak sulung Kak Wan diberi nama Ar-lina, 29, diikuti Azadi, 28, Alif, 25, Afiyah, 22, Anwar, 20, Anisah, 19, dan paling bongsu Ari-fuddin, 14. Empat anak beliau sudah memiliki ker-jaya yang diimpikan manakala selebihnya masih menuntut di uni-versiti tempatan dan sekolah menengah. Menurut Kak Wan, tidak sukar untuk men-didik anak-anak kera-na mereka diterapkan cara hidup sederhana dan displin yang cu-kup tinggi sejak di awal usia lagi. Apabila dewasa mereka secara sendiri mengetahui apa yang digemari atau se-baliknya oleh kedua ibu bapa mereka. “Saya dan suami cu-

“Apabila secara rela hati memegang jawatan dalam politik, pelbagai lapisan masyarakat dapat didampingi dan kenali termasuk pemimpin utama peringkat negeri, Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), kampung; golongan profesional, berpendapatan rendah dan pelbagai kaum.

kup tidak mengemari anak-anak pulang lewat sekiranya ingin keluar bersama rakan disamp-ing mengetahui dengan siapa mereka keluar. “Pendekatan itu membuatkan anak-anak rapat dengan kami se-bagai ibu bapa, tidak hairan setiap kali pulang ke kampung halaman, anak-anak termasuk cahaya mata sulung yang mendirikan rumah tangga, tidak sabar-sabar ingin berkongsi cerita,” katanya. Kak Wan berkata, dia memberi komit-men sepenuhnya da-lam Badan Amal dan Kebajikan Isteri wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dengan menghadiri pro-gram yang dianjurkan jika ada kelapangan. “Antara aktiviti yang sering diikuti, termasuk perlawanan badminton, kejohanan bowling, seminar dan lawatan sambil belajar,” katan-ya.

To’ Puan Wan Mek bersama keluarga tersayang. SERI

KAND

I

15

2tk

TO’ PUAN WAN MEK

Bersatu menjayakan wawasan

Page 16: Teganukita 32

DEST

INAS

I

16

2tk Rabu, 17 November 2010

Tasik Puteri indah bak namanyaOleh: Suriati Ali

TasiK PuTeri terletak di Bandar Bukit Besi, Dungun yang masih belum dicemari dengan arus pembangunan, dihidupkan kembali sebagai taman rekreasi, selain memperkenalkannya sebagai salah satu tempat wajib sing-gah kepada mereka yang inginkan ketenangan selepas penat bekerja. Menyedari lokasi yang terletak 33 kilometer dari bandar Dungun dan 77 Kilometer dari Kuala Terengganu itu kaya dengan keindahan alam semula jadi serta berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong, beberapa pendeka-tan dilaksanakan kerajaan negeri mela-lui Lembaga Kemajuan Terengganu

Tengah (Ketengah). Antaranya termasuk menganjurkan Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2008 membabitkan sukan ber-kayak, festival air dan sukan berkenu. Insfrastruktur seperti tandas, surau, kafeteria, laluan joging, pondok rehat, lot parkir dan landkap turut disediakan di kawasan itu bagi menambah kesele-saan pelancong yang ingin mengada-kan aktiviti bersama berkeluarga atau rakan. Cukup sesuai bagi mereka yang mi-nat dengan program perkhemahan dan bebeku, kerana Ketengah turut me-nyediakan tapak untuk tujuan itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata beberapa aktiviti berkaitan su-kan air akan ditambah bagi memberi-kan impak yang lebih positif dalam memperkenalkan keindahan tasik itu kepada orang ramai terutama pelan-cong luar. Katanya, lokasi berhampiran jalan utama yang boleh menuju ke Kuan-tan dan Kuala Lumpur cukup unik dan mempunyai sejarah tersendiri. “Ia bukan sahaja mempunyai tasik yang luas dan tumbuhan hutan menghi-jau malah mempunyai sejarah tersendi-ri berkaitan bekas lombong bijih besi. “Jika dikenang kembali kepada se-

jarah lampau, lombong yang boleh membawa rezeki kepada ribuan pen-duduk pada suatu ketika dahulu di-jumpai oleh Ahli Kajibumi Jepun, ber-nama Kuhara pada 1916,” katanya. Katanya, penemuan bijih besi bukan sahaja dapat merancakkan ekonomi negeri malah menaiktaraf hidup pen-duduk selain menjadikan kawasan itu terkenal sehingga ke luar negara. “Selepas lebih satu dekad, kawasan itu terpaksa ditutup kerana permint-aan daripada pelabur terhadap bahan galian semakin berkurangan. Hasil perbincangan pihak berkaitan terpaksa membuat keputusan menutup lombong itu 1 Oktober 1970.

Page 17: Teganukita 32

2tkRabu, 17 November 2010

“`Dek’ kerana sayangkan bahan sejarah yang terdapat di lombong itu, Ketengah tidak mensia-siakan ka-wasan itu dengan mengambil keputu-san menwujudkan galeri khas bertem-pat di rumah bekas Pengurus Lombong Bukit Besi,” katanya. Pembinaan galeri yang menempat-kan beberapa peralatan menguji kand-ungan bijih besi, contoh penemuan batu, peta dan carta itu cukup pent-ing kepada pelancong dan pengkaji untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan bahan sejarah. Datuk Rahin berkata, tidak musta-hil Tasik Bukit Puteri suatu hari nanti akan disenaraikan semula dalam des-

tinasi pelancongan Terengganu dan dijadikan sebagai lokasi wajib singgah sekiranya tempat itu diberikan perha-tian khusus dan promosi secara berter-usan. Katanya, kerajaan negeri percaya, lokasi itu akan bertambah jumlah pelancong selepas siapnya pembinaan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus in-duk Bukit Besi yang terletak hanya bersebelahan. Pembinaan kampus berkenaan akan menjadikan Bukit Besi sebagai pusat kecemerlangan akademik sekali gus menukar kawasan itu daripada suram, berkembang menjadi kawasan mem-

Page 18: Teganukita 32

2tk

ms 11

Page 19: Teganukita 32

MIMBARSusunan : Rita Sumber : JHEAT

19agama

WAKTU SOLATnegeri Terengganu(17 november - 23 november 2010)

Rabu, 17 November 2010

Umat Islam sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah

IMSAK

SUBUH

SYURUK

ZUHUR

ASAR

MAGHRI

B

ISYAK

17 RABU 5.26 5.36 6.56 12.55 4.16 6.50 8.0318 KHAMIS 5.26 5.36 6.57 12.55 4.16 6.50 8.0319 JUMAAT 5.26 5.36 6.57 12.55 4.16 6.50 8.0320 SABTU 5.27 5.37 6.57 12.55 4.17 6.50 8.0321 AHAD 5.27 5.37 6.57 12.55 4.17 6.50 8.0322 ISNIN 5.27 5.37 6.58 12.56 4.17 6.51 8.0423 SELASA 5.27 5.37 6.58 12.56 4.18 6.51 8.04

IMSAK

SUBUH

SYURUK

ZUHUR

ASAR

MAGHRI

B

ISYAK

17 RABU 5.28 5.38 6.59 12.57 4.18 6.52 8.0518 KHAMIS 5.28 5.38 6.59 12.57 4.18 6.52 8.0519 JUMAAT 5.29 5.39 6.59 12.57 4.18 6.52 8.0520 SABTU 5.29 5.39 7.00 12.57 4.19 6.52 8.0521 AHAD 5.29 5.39 6.59 12.58 4.19 6.52 8.0522 ISNIN 5.29 5.39 7.00 12.58 4.19 6.52 8.0523 SELASA 5.30 5.40 7.00 12.58 4.19 6.52 8.06

IMSAK

SUBUH

SYURUK

ZUHUR

ASAR

MAGHRI

B

ISYAK

17 RABU 5.27 5.37 6.58 12.56 4.18 6.52 8.0518 KHAMIS 5.28 5.38 6.58 12.57 4.18 6.52 8.0519 JUMAAT 5.28 5.38 6.58 12.57 4.18 6.52 8.0520 SABTU 5.28 5.38 6.59 12.57 4.19 6.52 8.0521 AHAD 5.28 5.38 6.59 12.57 4.19 6.52 8.0622 ISNIN 5.28 5.38 6.59 12.57 4.19 6.53 8.0623 SELASA 5.29 5.39 7.00 12.58 4.19 6.53 8.06

IMSAK

SUBUH

SYURUK

ZUHUR

ASAR

MAGHRI

B

ISYAK

17 RABU 5.25 5.35 6.56 12.55 4.17 6.51 8.0418 KHAMIS 5.26 5.36 6.56 12.55 4.17 6.51 8.0419 JUMAAT 5.26 5.36 6.56 12.55 4.17 6.52 8.0420 SABTU 5.26 5.36 6.56 12.56 4.17 6.52 8.0521 AHAD 5.26 5.36 6.57 12.56 4.18 6.52 8.0522 ISNIN 5.26 5.36 6.57 12.56 4.18 6.52 8.0523 SELASA 5.27 5.37 6.57 12.56 4.18 6.52 8.05

KAWASAN

HARI

TARIK

H

HARI

KAWASANHULU TERENGGANU

TARIK

H

HARI

KAWASANBESUT, SETIU

KEMAMAN DUNGUN

JADUAL SOLAT NEGERI TERENGGANU DARI 17 NOVEMBER HINGGA 23 NOVEMBER 2010

TARIK

H

HARI

KAWASANKUALA TERENGGANU DAN MARANG

TARIK

H

Pada 10 Zulhijjah, ber-kumpul berjuta-juta umat Islam dari segenap pen-juru alam, menunaikan fardu haji rukun Islam ke-lima. Mereka berada dita-nah suci, bumi diturunkan wahyu dan rahmat, disini-lah tempat bertemu para jemaah haji, iaitu di kota yang harmoni, dirahmati dan di pelihara oleh Allah dengan jaminan keamanan yang menyeluruh. Di bumi yang bertuah inilah Allah menempatkan rumahNya sebagai lambang syiar Is-lam yang diberkati. Di kota mekah yang dimuliakan, saudara Islam bertemu saudara Islam yang lain dan menjalinkan persaudaraan berdasar-kan kepada roh Islam yang murni, merentasi sebarang ikatan darah, keturunan, bangsa atau fahaman. Jali-nan yang disimpulkan itu adalah daripada tali temali ajaran agama yang mere-sap masuk ke dalam darah, setiap sendi dan saraf hing-galah tiada lagi perbezaan di antara kaya dengan miskin, pembesar dengan rakyat akar umbi disisi Al-lah. Syiar atau dasar yang menyatukan mereka tidak lain daripada tauhid kepada Alllah yang diisyaratkan oleh kaabah kiblat yang satu bagi seluruh umat Mu-hammad SAW. Para jemaah haji yang berjiwa satu dalam tauhid, satu dalam kiblat dan satu dalam ukhwah Islamiah, mengenepikan segala kes-ibukan hidup kerana beriba-dah kepada yang maha Esa.Semua perhimpunan,dan

Merealisasikan hikmah ibadat haji

muktamar , ijtimar atau kovensyen walau sehebat mana, tidak setanding dengan matlamat suci lagi syumul yang digarapkan dalam terutama dari sisi mencari keredhaan Allah taa’la dan menjalin per-saudaraan umah. Ini ialah kerana untuk merealisasi kan keteguhan dan kesatu-an tauhid, umat Islam tidak teragak-agak mengorbank-an wang ringgit atau tenaga semata-mata untuk meraih rahmat, kasih sayng dan kerehdaaan Allah taa’la. Demikian juga bagi membuktikan persau-daraan seagama dan seakidah,mereka mem-benamkan apa jua ben-tuk perbezaan darjat atau kedudukan. Mereka sang-gup pula mengutamakan keperluan dan keselesaan saudara seagama. Justeru itu,walaupun bilangan je-maah haji sangat ramai serta berada dilokasi yang terhad dan dalam keadaan yang kurang selesa, mer-eka sanggup berkongsi malahan mengutamakan saudara seagama mereka untuk mendapatkan ruang atau keselesaan. Tiada rungutan atau jelingan tajam, tiada perbalahan atau pertengkaran. Mer-eka mempamerkan wajah yang redha dan hati yang ikhlas. Itulah keunikan jemaah haji di mekah dan demikianlah prinsip-prinsip persaudaraan, per-paduan dan rasa kekitaan yang perlu dihayati bukan hanya oleh para haji atau hajjah malah seluruh umat Islam termasuk mereka

yang sedang berkira-kira untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya atau pun yang hanya bermimpi untuk ke tanah suci dis-ebabkan kedaifan hidup. Dalam suasana umat Islam di negara tercinta ini berada dalam kemelut perpecahan yang mem-bimbangkan, terutama ber-hadapan dengan perpaduan warga bukan Islam yang sedang mencongak-congak untuk menguasai tampuk

kuasa negara ini, maka se-luruh bangsa melayu Islam perlu kembali kepada kes-atuan tauhid yang menga-tasi segala fahaman. Mereka wajib bergerak, bertindak dan beroperasi semata-mata mencari keredhaan Allah. Meraka wajib mengutamakan prin-sip-prinsip persaudaran seagama meskipun tinda-kan ini bercanggah dengan cita-cita politik, pertubu-han atau peribadi.

Di kota uang dimuliakan, saudara Islam bertemu saudara Islam yang lain dan menjalinkan persaudaraan berdasarkan kepada roh Islam yang murni.

Di bumi yang bertuah inilah Allah menempatkan rumahNya sebagai lambang syiar Islam yang diberkati.

Page 20: Teganukita 32

am20 amRabu, 17 November 2010

Alor Limbat naib johan ADC Kebangsaan

Panggung wayang tarikan baru di Kerteh

Oleh: Esah Abdullah

memPerKasaKan modal insan, meningkat-kan peluang ekonomi dan memperbaiki kualiti hidup penduduk setempat antara ciri-ciri yang diamalkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam-pung (JKKK) Alor Limbat, Marang. Ditambah dengan urus tadbir kampung yang cekap dan mapan, memboleh-kannya diangkat ke tangga kedua (naib johan) dalam Anugerah Desa Cemer-lang (ADC) Peringkat Ke-bangsaan yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dengan kemenangan tersebut JKKK Alor Lim-bat, membawa pulang had-

iah berjumlah RM175,000 yang akan digunakan un-tuk membangunkan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat setempat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyampai-kan hadiah kepada JKKK yang menang dalam ADC yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Be-sar Jawatankuasa Kema-juan dan Keselamanatn Kampung/Persekutuan (JKKK/JKKP) dan dihadi-ri lebih 8,000 JKKK dan JKKKP seluruh negara. JKKK Alor Limbat, menjadi johan dalam per-tadingan ADC Peringkat Negeri Terengganu tahun lalu sekaligus melayakan diri ke pertandingan per-ingkat kebangsaan tahun ini.

Kejayaan ini bukanlah kali pertama bagi Kam-pung Alor Limbat men-gengam hadiah dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan yang dis-ertainya sama ada diper-ingkat negeri dan kebang-saan. Dalam pertemuan

beberapa bulan lalu, Pengerusi JKKK Alor Limbat,Haji Mat Saman Ali sentiasa memberi perhatian serius terhadap kebersihan dan keceriaan kampung mereka yang didiami lebih 1,000 pen-duduk. “Semangat kerjasama,

saling bergotong royong yang dizahirkan penduduk kampung bukan semata-mata untuk menyertai pertandingan malah hobi berkenaan dilakukan set-iap hari untuk keselesaan dan keceriaan kampung,” katanya.

Urus tadbir kampung yang cekap dan mapan, membolehkan Kampung Alor Limbat dinobatkan naib johan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan.

Imbas kembali ketika penduduk Kampung Alor Limbat menyambut kedatangan para hakim.

Dato’ Seri Ahmad Said (tengah) bersama skuad jenazah di majlis penyerahan van kepada Yayasan Islam Terengganu di Wisma Darul Iman.

PenanTian sekian lama penduduk Tereng-ganu untuk mengisi waktu senggang bek-erja dan bersantai ber-sama keluarga sambil menonton wayang akhirnya menjadi re-aliti apabila panggung wayang baru di Kom-pleks Mesra Mall, Kerteh, Kemaman, dibuka kepada pengun-jung sejak 25 Septem-ber lalu. Kompleks Mesra Mall yang turut dileng-kapi pusat beli-belah serba moden, pusat boling dan gelanggang futsal bernilai kira-kira RM100 juta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd menjadi tari-kan pengunjung teru-tama golongan belia beriadah dan bersukan sehingga lewat malam. `TGV Cinemas’ yang mempunyai lima panggung dengan kap-asiti 780 tempat duduk, mampu memberi ke-seronokan kepada pengunjung tempatan mahupun pelancong bersantai bersama kel-uarga sambil menonton wayang. Ketua Pegawai Op-erasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV Mesra Mall me-nampilkan reka bentuk serba baru dan kontem-porari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha mereka untuk menarik minat golongan muda. Katanya, reka bentuk menitikberatkan kes-elesaan penonton. “Tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang un-tuk menjamin kesele-saan pengunjung. “Kami cuba menye-diakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawag-am bukan sahaja seka-dar menonton wayang tetapi untuk bergem-bira bersama insan ter-sayang,” katanya.

KeraJaan negeri kini memiliki dua van pen-gurusan jenazah sebagai kemudahan masyarakat Islam di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman menyele-saikan masalah mengurus-kan penghantaran jenazah ke mana-mana destinasi berdasarkan keperluan dan rundingan pihak terlibat. Setiap van berharga RM130,000 seunit mas-ing-masing sumbangan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bakal ditempatkan di YIT Kuala Nerus dan Institut Pengajian Islam Negeri (Inspi) di kemaman. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said men-erima kunci kenderaan itu daripada Pengarah YIT, Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail dan Pengurus Besar Maidam, Haji Wan Haru-jan Sulaiman yang kemu-diannya diserahkan kepa-da `skuad jenazah’ YIT. Skuad jenazah ditu-buhkan sebagai satu lagi usaha memberi khidmat kepada masyarakat di neg-eri ini menguruskan segala

Dua van lancarkan pengurusan jenazah

keperluan apabila terdapat kematian melibatkan me-mandi dan mengkafankan jenazah, solat jenazah, ba-caan talkin serta pengebu-mian. Seramai 20 kakitangan mengendalikan skuad jenazah YIT Kuala Nerus, manakala 40 lagi di Inspi untuk mengurus-kan jenazah di peringkat Kemaman. Haji Md Kamaru Al-

Amin berkata, kemuda-han pengurusan jenazah termasuk penghantaran jenazah yang disedia-kan diharap dapat mem-beri perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat Islam yang memerlukan bantuan den-gan segera, sempurna dan lancar. Katanya, skuad jenaz-ah memberi perkhidma-tan kepada umat Islam

yang memerlukan dengan mengenakan sedikit caj berdasarkan keperluan

pelanggan serta pakej tertentu yang ditetapkan pihak pengurusan.

Seramai 20 kakitangan mengendalikan skuad jenazah YIT Kuala Nerus, manakala 40 lagi di Inspi untuk menguruskan jenazah di peringkat Kemaman.

Page 21: Teganukita 32

am 21am Rabu, 17 November 2010

Blog media baru yang berkesan - MBOleh: Esah AbdullahGambar oleh Zulkipli Pu-tra dan Syed Abdul Rah-man

bLog merupakan media baru yang boleh membantu rakyat, negeri dan negara menyampaikan mesej ke-pada orang awam terutama pelayar internet. “Melalui blog juga, ia boleh diguna untuk me-naikan dan menjatuhkan seseorang,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Majlis Penyampa-ian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Tereng-ganu 2010, di Primula Beach Resort, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Tereng-ganu, Encik Ahmad Fathil Abdul Ghani; Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Encik Rosli Zakaria; Peng-arah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Encik Roshali Taha dan Ketua Sektor ICT, Jabatan Pelajaran Terengganu, merangkap Ketua Hakim Pertandin-gan, Encik Nasir Ismail. Katanya, apa pun tujuan blog dicipta, yang pasti ada kreativiti untuk menyalur-kan makumat seperti me-nyalurkan mesej kerajaan negeri untuk pelancongan yang akan menjadi tulang belakang ekonomi negeri pada masa akan datang. “Pertandingan ini juga merupakan perintis kepa-da usaha memperkasakan sektor pelancongan untuk perkenalkan nama Tereng-ganu di serata dunia dan kerajaan tidak perlu men-geluarkan belanja yang be-sar untuk membayar iklan promosi,” katanya. Beliau kemudiannya bersetuju iklan itu suatu yang penting untuk tujuan promosi, tetapi keindahan dan kebersihan satu-satu destinasi itu dengan sendi-

rinya boleh menjadi bahan bualan pelancong apabila mereka kembali ke negara asal masing-masing. “Mungkin pada masa akan datang pertandingan ini diadakan dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pelancongan’ dengan skop yang lebih luas, mer-angkumi perspektif sosial dan ekonomi serta men-gajak peserta untuk me-nayalurkan kepada umum usaha kerajaan memban-gun negeri,” katanya. Pertandingan yang dibuka selama enam bu-lan bermula April hing-ga September ini dengan tema ‘Terengganu Di Hati Ku’ menerima 398 peny-ertaan dari seluruh negara, dari jumlah tersebut, 261 peserta layak bertanding dan dipantau oleh urusetia bagi memastikan tiada ak-tiviti tidak sihat berlaku di laman blog penyertaan. Pertandingan ini juga mendapat hit hampir 23,000, yang turut dila-yari dari seluruh dunia seperti United Kingdom, Russia, Indonesia, Sin-gapura, Egypt, Mongolia, Slovenia, Taiwan, France, Canada dan Netherlands. Puan Norhaizan Abd Kadir dari Kuantan, Pah-ang muncul johan Katego-ri Terbuka, dengan hadiah RM10,000 serta pengi-napan dan seunit kamera digital,tempat kedua Encik Suzairi Zakaria dari Setiu (RM7,000 serta pengi-napan) dan ketiga Encik Syahreil Hafiz Sham-suddin dari Shah Alam, Selangor(RM5,000 serta penginapan). RM3,000 (keempat) dan RM2,000 (kelima) serta masing-masing RM500 kepada 10 pemenang saguhati. Kategori IPT, johan di-menangi Encik Moham-mad Syazwan Safwan Jaa-far dari Marang, Terenggau dengan hadiah RM7,000, seunit kamera digital

serta penginapan, Fairuz Abdul Rashid dari Kuala Terengganu (kedua) den-gan hadiah RM5,000 serta penginapan dan Aliashim Albani dari Kuala Tereng-ganu (ketiga) dengan had-iah RM 3000 serta pengi-napan. Tempat keempat mendapat RM2,000 dan kelima RM1,500 dan tu-juh pemenang saguhati (RM300). Kategori Sekolah dime-nangi Syukrina Muhamad Razak dari Kedah, dengan hadiah RM5,000. Wan Aini Athirah Wan Mohd Rahim dari Kuala Tereng-ganu (kedua) dengan hadiah RM3,500 dan Siti Haziqah Ismail dari Kema-man, Terengganu (ketiga) dengan hadiah RM2,500. Tempat keempat RM1,500, kelima RM1,000 dan mas-ing-masing kepada enam orang pemenang saguhati (RM250).

Tuah Norhaizan selepas dipilih sebagai pemenang pertama Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 kategori Terbuka yang membawa pulang RM10,000.00.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad melihat terbitan khas buku ‘Menyusuri Terengganu’ yang dimuatkan artikel dan juga gambar-gambar di dalam blog peserta sambil diberi penerangan oleh Rosli Zakaria dan Ahmad Fathil

Peserta kategori sekolah menerima hadiah daripada Menteri Besar Terengganu.

Sebahagian peserta yang menghadiri majlis penyampaian hadiah di Primula Beach Resort

Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) pertandingan dari unit komunikasi Negeri Terengganu.

Apa pun tujuan blog dicipta, yang pasti ada kreativiti untuk menyalurkan makumat seperti menyalurkan mesej kerajaan negeri untuk pelancongan yang akan menjadi tulang belakang ekonomi negeri pada masa akan datang.

Page 22: Teganukita 32

am22 amRabu, 17 November 2010

Kami ibarat ibu - YDP Serikandi

Imtiaz yakin dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan PMR

400 hektar ladang herba di Pasir Raja

TATiUCuniversiti penuh menjelang 2015

Usah gusar derma organ

KemPaT-emPaT Sekolah Menengah Imtiaz, mensasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.03 bagi peperiksaan Penilaian Me-nengah Rendah (PMR) dan 1.30 untuk Sijil Peperiksaan Malay-sia (SPM) selepas cemerlang dalam peperiksaan percubaan lalu. Pengarah Yayasan Tereng-ganu (YT) Encik Aziz Mamat, pihaknya bangga dengan penca-paian yang ditonjolkan pelajar dan harap dapat dikekalkan di tahun seterusnya. Katanya, Imtiaz juga meletak-kan sasaran 60 pelajar daripada 186 jumlah calon SPM menda-pat keputusan 11A manakala 20 pelajar 11A+ dalam peperiksaan kelak. “Apa yang membanggakan, kesemua graduan lepasan Imti-az berjaya menempatkan diri ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara. “Sehingga kini, seramai 50 pelajar ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti ternama luar negara iaitu Jordan dan Me-sir. Kebanyakan mereka memil-ih bidang profesional seperti pe-rubatan dan pergigian,” katanya ketika berucap sempena Majlis Anugerah Hafazan dan Haflah At-Takhaarruj 2010, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Hadir sama, Pengerusi Jawa-tankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Encik Ahmad Razif Abd Rahman dan beberapa pegawai kanan kera-jaan. Seramai 509 pelajar tingkatan

tiga dan lima dari Sekolah Me-nengah Imtiaz (Imtiaz) Besut, Imtiaz Dungun, Imtiaz Kuala Terengganu dan Imtiaz Kuala Berang diraikan sempena ma-jlis itu yang diserikan dengan persembahan nasyid. Manakala 177 pelajar yang berjaya khatam menghafaz 30 juzuk menerima Anugerah Hafazan dan seorang pelajar di setiap Imtiaz menerima Anuger-ah Ulul Albab. Encik Aziz turut memberi-tahu, pembelajaran di Imtiaz adalah satu model pembelajaran holistik di mana setiap individu

memaksimumkan tanpa mem-inggirkan aspek spiritual dan kerohanian. Katanya, dalam usaha mem-budayakan al-Quran di kalangan pelajar, Imtiaz telah menerap-kan program hafazan di dalam sistem pendidikannya. “Setiap pelajar diwajibkan menghafaz satu muka surat se-hari, satu juzuk sebulan dan khatam menghafaz 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun iaitu ketika di tingkatan tiga. Apa-bila masuk tingkatan empat dan lima, mereka perlu mengulang-nya kembali,” katanya.

Oleh Suriati Ali

menTeri besar, Dato’ Seri Ahmad Said memberitahu, sel-uas 400 hektar bakal diusahakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk menanam lebih sepuluh jenis tumbuhan herba di Pasir Raja, Dungun sebagai langkah mengelak kepupusan, menambah pendapatan rakyat dan menjana ekonomi negeri.. “Tanaman herba seperti Tong-

kat Ali, Kacip Fatimah, Dukung Anak dan Misai Kucing akan ditanam penduduk setempat dengan mengutamakan golon-gan ibu tunggal dan pendapatan rendah,” katanya. Sementara itu, katanya, ECER turut mengusahakan ter-nakan kambing kaprima atau dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai kambing boer, membabitkan kawasan seluas 200 hektar di Pancur Berderu,

Setiu . “Projek ternakan yang di-jangka bermula tahun depan itu mampu menawarkan pendapa-tan RM500 sehingga RM1,500 kepada penduduk yang terli-bat, “katanya selepas mem-pengerusikan mesyuarat Exco baru-baru ini. “Di kawasan bersebelahan pula akan dibina 150 unit ru-mah bagi menempatkan pekerja ladang.

Kami bersedia memberi khid-mat dan sokongan moral kepada anak-anak semua bagi membina kehidupan yang lebih baik pada hari ini dan masa depan. Ang-gaplah kami seperti ibu sendiri sebagai tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi. Demikian kata-kata yang dis-ampaikan Yang Dipertua Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi),To’ Puan Seri Nor-liza Mahmud ketika menghadiri majlis bersama warga Sekolah Tunas Bakti (STB) Perempuan (P), Marang, di dewan sekolah itu, baru-baru ini.

Kurangnya kesedaran selain was-was untuk men-derma kerana dibimbangi disoal malaikat apabila mati kelak, antara faktor utama kurangnya penderma organ berbangsa Melayu berband-ing bangsa asing. Pengarah Kesihatan Neg-eri Terengganu, Dr Nordiya-nah Hassan, berkata kerajaan boleh menyediakan prasa-rana canggih untuk rakyat seperti hospital, peralatan moden dan sumber kewan-gan namun keputusan untuk menderma organ atau tisu tidak boleh dipaksa seba-liknya perlu kerelaan hati untuk berbuat demikian. “Berdasarkan perang-kaan, kebanyakan penderma organ sama ada paru-paru, buah pinggang, jantung dan kornea adalah bangsa asing dan jarang sekali berbangsa Melayu atau umat Islam, faktor ini berlaku mungkin disebabkan terikat dengan kepercayaan, tidak boleh menderma kerana dibim-bangi disoal malaikat apabila mati kelak. “Penderma tidak perlu bimbang kerana Majlis Fat-wa Kebangsaan telah me-mutuskan menderma organ seperti kornea, jantung dan sebagainya apabila mening-gal dunia kelak diharuskan dalam Islam,” katanya. Beliau berkata, perkara itu tidak menjadi satu kesala-han kerana kita membantu mereka yang terdesak selain menghilangkan perderitaan mereka yang sakit. “Pihaknya sangat meng-alu-alukan masyarakat hari ini terutama golongan muda yang sihat untuk melaku-kan perkara baik ini, kerana buat masa ini terdapat lebih 10,000 pesakit di negara ini sedang menunggu hanya un-tuk mendapat sebiji buah pinggang. “Seseorang itu, memer-lukan keikhlasan hati yang cukup tinggi, tidak ragu-ragu dan mendapat persetujuan keluarga terdekat terumata ibu bapa, isteri atau suami dan anak-anak sebelum men-derma,” katanya. Tambahnya, mendapat persetujuan adalah perkara paling penting, kerana dibim-bangi akan wujud campur tangan pihak tertentu ketika tiba saat pemindahan walau-pun pada awalnya penderma bersetuju untuk menderma. “Jumlah penderma di Terengganu cukup kecil ber-banding negeri lain iaitu han-ya dua orang. Kekurangan ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya kesedaran, timbul perasaan takut, campur tan-gan pihak luar, dan was-was. “Menyedari kelemahan itu, pihaknya akan men-gadakan pameran bergerak atau `road show’ di seluruh Terengganu, bermula awal November ini.

Beliau yang juga isteri Men-teri Besar, berharap supaya anak-annak di STB mampu berubah menjadi anak yang baik dan sentiasa memberi yang terbaik untuk kedua ibu bapa, sseterusnya mampu menjadi belia yang baik dan pemimpin yang disegani pada masa de-pan. “Maju dan mundur sebuah negeri pada masa depan adalah bergantung kepada aset yang merupakan belia yang ada pada hari ini, termasuk anak-anak semua,” katanya.

KoLeJ universiTi Tati (TATiUC) sebuah universiti kemahiran tinggi milik penuh kerajaan negeri Terengganu menyasarkan untuk menjadi universiti penuh kemahiran menjelang 2015. Pelbagai langkah mem-perkasakan bidang akademik dan penyelidikan bagi melon-jak TATiUC setapak lagi serta mengukuhkan kedudukan sebagai universiti kemahiran dan menampung lebih ramai pelajar. Pengerusi Lembaga Pen-garah TATiUC, Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kolej universiti itu kini sedang mempersiapkan kakitangan akademiknya ke arah itu ter-masuk menghantar pensyarah-nya belajar ke peringkat yang lebih tinggi. “Setakat ini kita mempu-nyai seramai 120 pensyarah dengan 70 peratus daripada mereka mempunyai kelulusan di peringkat sarjana. “Bagaimanapun kita masih masih belum mempunyai pensyarah di peringkat pro-fesor madya dan profesor dan sehubungan itu kita telah mula menghantar mereka un-tuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tingi,” katanya selepas Majlis Kon-vokesyen TATiUC kali ke-4 di Dewan Besar Kampus Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Teluk Kalong, Kemaman, ba-ru-baru ini. Hadir sama, Canselor TA-TiUC, Tan Sri Ir Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Re-ktornya, Dr Rozailan Mamat. Majlis konvokesyen kali ini melibatkan 375 graduan, 234 daripadanya peringkat diplo-ma, 119 graduan diploma ting-gi (HnD) manakala selebihnya adalah di peringkat sijil. Beliau berkata, selari den-gan itu, TATiUC bakal me-nawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam tem-poh masa yang disasarkan itu manakala tenaga akademiknya terus dihantar menyambung-kan pengajian di peringkat tertinggi. Haji Ahmad Razif berkata, sebagai persediaan ke arah itu juga, universiti kemahiran itu juga dalam usaha memper-lengkap dan menambah kemu-dahan yang ada di kampusnya berikutan pertambahan pelajar setiap tahun. Katanya, kampus induknya kelak bakal dilengkapi lebih banyak kemudahan termasuk dewan konvokesyen, perpus-takaan dan kompleks sukan yang kondusif setara dengan IPT lain dan dijangka siap sep-enuhnya pada 2014.

Pelajar Imtiaz selepas menerima Anugerah Hafazan dan Haflah At-Takhaarruj 2010 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman.

TO’ PUAN SERI NORLIZA

Page 23: Teganukita 32

am 23sukan Rabu, 17 November 2010

Bekas penyerang bola sepak Terengganu meninggal

Oleh: Aida Abd Rahman

KeJohanan Pesta Perahu Panjang Kuala Terengganu 2010 menyaksikan Pasukan Tanjung Sabtu menjuarai kat-egori 20 pendayung dalam pertandingan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Kemenangan itu memboleh-kan pasukan berkenaan meraih wang tunai RM4,000 manakala pasukan Jeram Kuala Nerus muncul sebagai naib juara dengan memperoleh RM3,000 , sementara tempat ketiga mi-lik Jeram Manir (RM2,000) dan keempat, Buluh Gading (RM1,000). Bagi kategori sepuluh pend-ayung pula dijuarai oleh pasu-kan Kenu (RM1,500) manaka-la Kelab Petai Bubus sebagai naib johan (RM1,000), tempat ketiga menjadi milik Bang-gol Peradung (RM700) dan Buluh Gading pula keempat (RM500). Juara bagi kedua-dua kat-egori akan mewakili Tereng-ganu ke kejohanan antarabang-sa yang dianjurkan Kerajaan Terengganu buat pertama ka-linya pada Mac tahun depan dan dijangka disertai 10 pasu-kan negara di rantau ini seperti Indonesia dan Thailand. Bagi kategori ujian masa, pasukan Kenu sekali lagi men-jadi juara dengan menggondol wang tunai RM3,000 diikuti Jeram Kuala Nerus (RM2,000) dan tempat keempat milik Jer-am Manir (RM800). Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw. Program itu yang diadakan di terusan sepanjang 700 meter di Pulau Warisan disertai lapan pasukan yang berentap mengi-kut tiga kategori yang diper-tandingkan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata simbolik kejohanan diadakan di muara Sungai Terengganu sebagai satu mani-festasi rakyat Terengganu pada zaman silam yang menjadikan perahu sebagai alternatif pen-gangkutan dan perhubungan. “Kita pilih Sungai Tereng-ganu sebagai lokasi pertand-ingan bagi mempromosikan Pulau Warisan dan Double Frontage Road, Kampung Cina yang baru siap dibina, berharga RM75.4 juta,” katanya. Dalam pada itu, pertandin-gan seumpama itu juga pernah diadakan di Jeram Hilir, Jeram Manir, Tanjung Sabtu serta di tasik berdekatan tapak stadium Gong Badak, Kuala Tereng-ganu sekitar 1970-an.

beKas pemain bola sepak Terengganu Mohd Nor Botok, 60, meninggal dunia pada 28 Oktober lalu akibat kanser usus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Pemain seangkatan legenda bola sepak negara Mokhtar Dahari itu meninggal kira-kira jam 5.30 pagi di sisi beberapa keluarga terdekat. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam anak, dua

lelaki dan empat perempuan berumur antara 22 hingga 40 tahun serta 12 cucu. Anaknya Rosmainoor, 36, berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu kerana pe-nyakit barah dalam usus dan menjalani pembedahan sem-inggu sebelum itu. Rosmainoor yang tu-rut di sisi bapanya sebelum menghembuskan nafas terakh-ir mendapati arwah beberapa jam sebelum kejadian semakin

pulih dan dibenarkan keluar dari HSNZ. Bagaimanapun ketika membantunya berdiri pada awal pagi, arwah tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum meninggal. Mohd Nor merupakan pe-main bahagian penyerang yang terkenal pada tahun 60-an ber-sama-sama Sulaiman Rejab, Harun Jusoh dan Abdullah Mo-hamad. Katanya bapa beliau pernah menyertai pengurusan pasukan

Aksi kategori 20 pendayung ketika menyertai Kejohanan Pesta Perahu Panjang Kuala Terengganu 2010 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Kejohanan Pesta Perahu Panjang Kuala Terengganu 2010 mendapat sambutan ramai.

Tanjung Sabtu juara kategori 20 pendayung

T-Team dan pasukan jabatan-jabatan kerajaan Terengganu selepas bersara dari bermain bolasepak. Turut menziarahi keluarga Allahyarham, Menteri Be-sar, Dato’ Seri Ahmad Said dan rakan seperjuangan serta pemimpin Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT). Jenazah dikebumikan kira-kira pukul 11.30 pagi ini di tanah perkuburan Islam Kam-pung Gong Balai, Mercang, Marang.

Page 24: Teganukita 32

sukan Bil. 32 (17 November 2010) http://teganukita.blogspot.com

ms 23

Tanjung Sabtu juara kategori 20 pendayung

Penunggang muda juara cabaran kuda lasak 2010

Oleh: Aida Abd Rahman

Penunggang muda beru-sia 19 tahun dari pasukan Teng-ku Mahkota Kelantan, Wan M.S.Norhafizi Wan M.S. Norzi-han, berjaya mencuri tumpuan ramai apabila muncul juara Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2010 di Ta-man Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini. Norhafizi yang berjaya mendahului 68 peserta dalam kejohanan sejauh 120 kilome-ter (km) dengan catatan masa

“Norhafizi yang berjaya mendahului 68 peserta dalam kejohanan sejauh 120 kilometer (km) dengan catatan masa enam jam 20 minit dan 23 saat meraih wang tunai RM30,000 hasil kemenangan itu”.

enam jam 20 minit dan 23 saat meraih wang tunai RM30,000 hasil kemenangan itu. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenaan menyampaikan had-iah kepada pemenang kejo-hanan itu. Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Neg-eri, Dato’ Mazlan Ngah. Tempat kedua pula jatuh ke-pada penunggang dari Tereng-ganu yang mewakili State of Terengganu Endurance Team (STET), Ahmad Azura Abdul Ghani dengan catatan masa

enam jam 20 minit dan 41 saat. Manakala tempat ketiga,dimenangi oleh Dato’ Shuib Ishak dari pasukan Ar-Raudhah Equine Centre dengan masa enam jam 21 minit dan lapan saat. Dengan kemenangan itu, Ahmad Azura dan Dato’ Shuib masing-masing memperolehi hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000. Dua lagi penunggang STET, Wan Mohd Kamaluddin Wan Yusof dan Shahruddin Abdul-lah berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima peserta terbaik dengan Wan Kamalud-din (tempat keempat) merekod masa (6’44:32s), sementara Shahruddin ( kelima) dengan catatan masa 7’06:46s. Kejohanan edisi kelima itu dianjurkan bersama oleh Kera-jaan Terengganu dan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES).