teganukita 37

24
Terengganu capai miskin sifar, lebih 10,000 keluar e-kasih ms - 10 Pelaburan besar cetus kegemilangan sukan negeri ms - 16 Jana pembangunan demi rakyat ms - 8 Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 Masjid Sultan monumen ke-22 di TTI ms-3 Gambar oleh Harish Fadzillah MENARIK SISIPAN TK2 D I D A L A M terkini cepat tepat Oleh: Ruslan Abd Rahman MENTERI BESAR, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegas- kan pendekatan “Dahulukan Rakyat” dalam setiap agenda pembangunan, termasuk urusan pentadbiran kerajaan mestilah diteruskan. Katanya, sama ada kakitan- gan kerajaan mahupun ahli poli- tik, mereka hendaklah saling bekerjasama dan saling mema- hami untuk memastikan rakyat mendapat faedah dan pembelaan MENDAHULUKAN RAKYAT dari pihak kerajaan “Apa juga perkhidmatan yang kita berikan, akhirnya biarlah rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan rakyatlah yang berhak menikmati hasil dari pembangunan,” katanya dalam satu wawancara khas sempena tiga tahun ‘Merakyatkan Pen- tadbiran dan Pembangunan’ Negeri Terengganu (MPPNT). Dato’ Seri Haji Ahmad men- erima watikah perlantikan seba- gai Menteri Besar Terengganu ke 13 pada 23 Mac 2008 dan mengangkat sumpah jawatan pada 30 Mac di Istana Maziah. Sebaik dilantik beliau mem- perkenalkan pendekatan Mer- akyatkan Pentadbiran dan Pem- bangunan dalam kepimpinan negeri bagi memastikan setiap pembangunan yang dijalankan benar-benar mendapat faedah- nya kepada rakyat. Beliau memberi contoh be- berapa langkah kerajaan yang secara terus dapat dinikmati oleh rakyat, seperti bantuan atap bagi rumah golongan miskin, pembe- rian e-Book untuk pelajar dan komputer riba untuk para guru. Katanya, bantuan atap dibel- anjakan kira-kira RM16 juta setiap tahun iaitu sebanyak RM500,000 bagi setiap ka- wasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Ini kerana kita tidak mahu lagi mendengar ada di kalangan rakyat di negeri ini tinggal di rumah yang beratap bocor dan tidak selesa,” katanya. BERJALAN LANCAR…Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said (empat dari kanan) meninjau kerja- kerja menebang balak dalam air berhampiran Pulau Bayas yang bakal dijadikan Pulau Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. lihat ms 2 Imam perlu latihan sebelum baca khutbah ms-20 Pekerti terpesona keindahan Terengganui ms-22

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 10-Mar-2016

255 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teganukita 37

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 37

Terengganu capai miskin sifar, lebih 10,000 keluare-kasih

ms - 10

Pelaburan besar cetus kegemilangan sukan negeri

ms - 16

Jana pembangunan demi rakyat

ms - 8

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.comISSN 2180-4737

Masjid Sultan monumen ke-22 di TTI

ms-3Gambar oleh Harish Fadzillah

MENARIKSISIPAN TK2

D I D A L A M

terkini cepat tepat

Oleh: Ruslan Abd Rahman

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegas-kan pendekatan “Dahulukan Rakyat” dalam setiap agenda pembangunan, termasuk urusan pentadbiran kerajaan mestilah diteruskan. Katanya, sama ada kakitan-gan kerajaan mahupun ahli poli-tik, mereka hendaklah saling bekerjasama dan saling mema-hami untuk memastikan rakyat mendapat faedah dan pembelaan

MENDAHULUKAN RAKYATdari pihak kerajaan “Apa juga perkhidmatan yang kita berikan, akhirnya biarlah rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan rakyatlah yang berhak menikmati hasil dari pembangunan,” katanya dalam satu wawancara khas sempena tiga tahun ‘Merakyatkan Pen-tadbiran dan Pembangunan’ Negeri Terengganu (MPPNT). Dato’ Seri Haji Ahmad men-erima watikah perlantikan seba-gai Menteri Besar Terengganu ke 13 pada 23 Mac 2008 dan

mengangkat sumpah jawatan pada 30 Mac di Istana Maziah. Sebaik dilantik beliau mem-perkenalkan pendekatan Mer-akyatkan Pentadbiran dan Pem-bangunan dalam kepimpinan negeri bagi memastikan setiap pembangunan yang dijalankan benar-benar mendapat faedah-nya kepada rakyat. Beliau memberi contoh be-berapa langkah kerajaan yang secara terus dapat dinikmati oleh rakyat, seperti bantuan atap bagi rumah golongan miskin, pembe-

rian e-Book untuk pelajar dan komputer riba untuk para guru. Katanya, bantuan atap dibel-anjakan kira-kira RM16 juta setiap tahun iaitu sebanyak RM500,000 bagi setiap ka-wasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Ini kerana kita tidak mahu lagi mendengar ada di kalangan rakyat di negeri ini tinggal di rumah yang beratap bocor dan tidak selesa,” katanya.

BERJALAN LANCAR…Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said (empat dari kanan) meninjau kerja-kerja menebang balak dalam air berhampiran Pulau Bayas yang bakal dijadikan Pulau Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

lihat ms 2

Imam perlu latihan sebelum baca khutbah

ms-20

Pekerti terpesona keindahan Terengganui

ms-22

Page 2: teganukita 37

2 amAhad, 20 Mac 2011

Terengganu destinasi popular

Firefly tetap beroperasi pada musim tengkujuh

Kemudahan sekolah bukan asas cipta kejayaan - Ahmad Razif

Kerajaan negeri me-minta supaya syarikat penerbangan tambang murah, Firefly Sdn Bhd (Firefly) meneruskan op-erasi penerbangan dua hala Terengganu-Sin-gapura walaupun pada musim tengkujuh mulai tahun depan. Perkara itu diputuskan kerana terdapat permint-

aan dan kecenderungan pelancong daripada negara berkenaan ke Terengganu khususnya bagi menyer-tai serta menyaksikan be-berapa acara antarabangsa termasuk Piala Monsun di Pulau Duyong dan Ke-johanan Kuda Lasak di Lembah Bidong yang berlangsung pada musim tengkujuh. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan, dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata faktor lain kerajaan negeri me-minta syarikat penerban-

gan berkenaan menerus-kan operasi pada musim itu selepas mendapati kekurangan penginap ho-tel pada Disember hingga Mac setiap tahun. Katanya, bermula 1 Mac lalu, Firefly menerus-kan perkhidmatan ke be-berapa destinasi termasuk Terengganu-Pulau Pinang dan Pulau Pinang-Subang yang dahulunya dilaksan-akan oleh Pelangi Air. “Bermula Mac juga, Firefly sudah bersetuju untuk mengadakan se-mula penerbangan tiga kali seminggu Subang-

Terengganu dan Penang- Subang. “Selain itu, pada tahun depan, kerajaan negeri membuat keputusan su-paya Firefly tidak boleh menutup dan menghen-tikan penerbangan pada waktu monsun kerana untuk memulakan semula perkhidmatan setelah me-maklumkan kepada orang mengenai pemberhen-tian sementara itu, amat sukar ,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, usaha meneruskan semula pen-erbangan yang pernah

dihentikan itu mampu memberi impak positif ke-pada kemasukan pelancong pada musim tengkujuh selain membantu menga-tasi masalah kemerosotan penginap hotel pada tiga bulan pertama setiap tahun itu. Firefly yang memulakan operasi di Terengganu se-jak 14 Julai 2009 menye-diakan perkhidmatan tiga kali seminggu pada Selasa, Khamis dan Sabtu dengan kapasiti muatan sehingga 70 penumpang dan mema-kan masa perjalanan sejam 20 minit.

Oleh: Kamarudin Mat Akib

KeduduKan Tereng-ganu sebagai antara tiga destinasi pelancongan popular di Malaysia pada tahun lepas, seperti yang diumumkan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malay-sia (MATTA), pastinya menggembirakan banyak pihak. Menurut MATTA, Terengganu yang me-nawarkan pelbagai pakej pelancongan yang me-narik di darat, tasik dan pulau, menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara bersama-sama Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pengusaha hotel, cha-let, rumah tumpangan dan ‘home-stay’ gembira kerana penginapan mer-eka mendapat tempahan berterusan. Pengusaha makanan,

barangan kraf dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pula pasti berpeluang me-nambah produk masing-masing. Manakala di pihak kera-jaan pula, kedudukan ini tentunya menjadi ‘kayu pengukur’ kepada usaha mereka untuk memajukan industri pelancongan. Tambah menggembi-rakan apabila Timbalan Presiden MATTA, John Tan, yang mengadakan

sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini mengumumkan bahawa permintaan bagi pelancon-gan domestik meningkat kira-kira 45 peratus pada tahun lalu. Bahkan beliau turut mensasarkan pertumbu-han yang sama bagi tahun ini dijangka meningkat ke-pada 46 peratus.Seramai 3.2 juta pelan-cong melawat Terengganu pada tahun 2009 dan tahun

lalu dianggarkan lebih tiga juta orang melawat negeri ini. Pelbagai usaha dilaku-kan kerajaan bagi menarik pelancong termasuk men-gadakan usahasama den-gan syarikat penerbangan komuniti pertama negara, Firefly (Sdn Bhd) bagi menyediakan perkhidma-tan penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Taman Tamadun Islam

(TTI) pula menyedia-kan perkhidmatan ‘river cruise’ sebagai daya tari-kan baru, bagi memboleh-kan pelancong menyusuri Sungai Terengganu. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pula mewujudkan ‘water front’ dan lanskap di Kampung Cina bagi mengindahkan panorama di sekitar bandar raya Kuala Terengganu. Piala Monsun yang mencatatkan Terengganu di peta dunia.Taman Re-kreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, di Kemaman, diwu-judkan bagi menempatkan pelbagai spesies haiwan untuk tarikan pelancong. Tasik Kenyir yang beru-sia 30 tahun pula diserikan dengan kewujudan Ke-nyir Island Hoping yang menampilkan pelbagai aktiviti seperti melihat burung di Taman Burung, 0rkid (di Taman Orkid) dan tanaman herba (Ta-man Herba).

PelBagai kemudahan asas dan pembelajaran yang disediakan di seko-lah-sekolah bukan asas untuk sesebuah berkenaan mencipta kejayaan, kata Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia neg-eri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman. Sebaliknya, kata beliau, ada sekolah yang mengh-adapi serba kekurangan di segi kemudahan be-lajar dan tempat tinggal pelajar, mampu mencipta kejayaan luar biasa dalam pelbagai peperiksaan. Contoh terbaik, ka-

tanya, Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Kampung Raja yang menghadapi

pelbagai masalah seperti ruang sekolah dan asrama yang terlalu sesak, tidak

cukup kelas dan kemuda-han bilik air, mampu men-cipta kejayaan luar biasa dan menjadi antara seko-lah terbaik di negeri ini. Sekolah tersebut diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pela-jaran kerana pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang dan juga menjadi sekolah terbaik di kalan-gan Sekolah Menengah Agama di Terengganu da-lam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010. “Pendidikan tidak ber-gantung kepada kemuda-han yang disediakan di

sekolah, tetapi ia bergan-tung kepada usaha gigih guru-guru dan pelajar un-tuk meraih kejayaan. Ini dibuktikan oleh Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang menghadapi pelbaagi kesukaran kerana bilangan pelajar semakin bertambah dari semasa ke semasa,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan tidak rasmi ke sekolah itu baru-baru ini. Sekumpulan wartawan dan jurugambar dari pel-bagai organisasi media turut serta dalam lawatan ke Sekolah Menengah Im-tiaz itu dan Taman Ilmu di

Kampung Tembila, anjuran Unit Komunikasi Negeri. YB Haji Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri tidak mengabaikan keper-luan dan kebajikan pelajar di sekolah-sekolah Imtiaz di negeri ini, sebaliknya usaha-usaha sedang diam-bil bagi menambah nilai pelbagai keperluan di seko-lah berkenaan. Malah, pihaknya ber-cadang untuk mewujudkan sekolah Imtiaz di daerah lain yang belum ada insti-tusi tersebut yang diwujud-kan bagi melahirkan hafiz dan hafizah.

Empangan hidroelektrik kedua siap 2015PeMBinaan empan-gan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir , Hulu Terengganu yang dimu-lakan tahun lalu mer-angkumi dua fasa di-jangka siap sepenuhnya menjelang 2015. “Setakat ini pembi-naan masih berada da-lam fasa pertama iaitu pembinaan empangan, terowong air dan stes-en janakuasa elektrik bawah tanah,” kata Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Encik Md. Yuslan Md. Yusof. Katanya, dalam fasa terakhir pembinaan merangkumi kerja-kerja mereka bentuk, me-masang serta menguji peralatan mekanikal dapat disiapkan sep-enuhnya dan anggaran peruntukan keseluruhan projek ini hampir RM1 bilion. “Empangan kedua ini dibina di kawasan Sun-gai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu dan mempunyai kapa-siti sebanyak 250 mega-watt,” katanya. Katanya, selain em-pangan itu, Tereng-ganu mempunyai dua buah stesen janakuasa hidroelektrik iaitu di Paka, Dungun dan Tasik Kenyir, Hulu Tereng-ganu. “Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Ismail di Paka mampu menge-luarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 mega-watt dan Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir mempunyai kuasa 400 megawatt,” katanya.

Terengganu yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik di darat, tasik dan pulau, menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara.

Ahmad Razif (dua dari kiri) ketika meninjau Sekolah Menengah Im-tiaz yang hampir siap dibina di Kampung Tembila, Besut.

ABDUL RAHIN

Page 3: teganukita 37

3Ahad, 20 Mac 2011am 3

dari muka 1

Nelayan Kuala Nerus akan dapat pangkalan baru

Maidam biayai pelajar kembali ke Mesir

Masjid Sultan monumen ke-22 di TTI

Masjid Sultan, Sin-gapura menjadi monumen ke-22 sedang dibangunk-an di Taman Tamadun Is-lam (TTI), Kuala Tereng-ganu yang dijangka siap pada Jun ini. Pembinaan monumen berkenaan termasuk da-lam pembangunan fasa kedua dengan peruntu-kan keseluruhan kira-kira RM6 juta itu sebagai menghargai permintaan ramai pengunjung dari Singapura yang mahu supaya ada mercu tanda daripada negara mereka turut diabadikan di pusat pelancongan terkenal itu. Pengarah Urusan TTI,

Engku Md Azmi Engku Abd Rahman, berkata Masjid Sultan yang di-bina pada skala satu nis-bah tujuh berbanding reka bentuk asal bangunan itu sebagai menghargai sokongan pengunjung negara berkenaan yang sering mencatat pengun-jung paling ramai ke TTI di kalangan pengunjung negara Asean. Katanya, selain Masjid Sultan, monumen Masji-dil Haram turut menjalani kerja pengubasuaian yang mana teater sedia ada bakal dinaik taraf kepada 3D yang dikenali sebagai virtual Hajj.

Engku Md Azmi berkata, fasa kedua itu juga turut melibatkan pembinaan kincir angin yang merujuk kepada kincir air umat Islam zaman lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Katanya, kincir yang berukuran diameter sem-bilan meter yang turut digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI itu adalah suatu inovasi Islam silam yang mahu diketengahkan semula untuk pengetahuan dan tontonan seluruh pen-gunjung TTI tidak lama lagi.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Tereng-ganu (Maidam) akan membiayai sebahagian kos tambang penerbangan 300 pelajar di bawah tajaannya kembali ke Mesir. “Kita memperuntuk-kan RM450,000 dengan anggaran RM1,500 set-iap pelajar terbabit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Haru-jan Sulaiman. Katanya, Maidam akan membantu menguruskan

permohonan visa dari Kedutaan Mesir kepada mana-mana pelajar yang belum berbuat demiki-an dan meminta mereka menghadirkan diri ke peja-bat Maidam untuk urusan itu. Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar termasuklah menyediakan khidmat jurugambar, bo-rang Visa, kos gambar dan caj permohonan Visa serta mengumpul dan mengurus permohonan Visa dengan

pihak kedutaan. “Pelajar juga diminta membawa bersama sali-nan muka depan Pasport Antarabangsa serta se-barang pengenalan lain seperti kad matriks bagi mengesahkan mereka adalah penuntut dari ma-na-mana IPT di Mesir,” katanya. Haji Wan Harujan ber-kata Maidam akan mem-bantu melicinkan urusan pelajar untuk kembali ke Mesir bagi menyambung

pengajian mereka yang tertangguh akibat pergo-lakan politik di negara itu baru-baru ini. Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan akan menyediakan pener-bangan secara sewa khas melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Kaherah, Mesir. “Maidam juga turut menhantar seorang pe-gawai pengiring bagi

memastikan kelancaran sepanjang perjalanan ke negara itu serta memban-tu urusan perjalanan ke destinasi masing-masing terutama pelajar tahun pertama yang belum biasa di negara berkenaan,” ka-tanya.

seBanyaK tiga pangkalan nelayan di kawasan Kuala Nerus akan dibangunkan bagi kemudahan kumpulan nelayan untuk melabuh-kan bot . Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata sebanyak tiga tempat yang dicadan-gkan iaitu Pangkalan Muda dan Pangkalan Pak Ali di Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Pangkalan Kampung Tok Ris di DUN Bukit Tunggal. Katanya, pangkalan berkenaan dibina ber-tujuan memberi kemu-dahan kepada bot besar dan nelayan pantai yang berlabuh di kawasan tersebut. “Buat masa kini, kita mempunyai lebih 10 pangkalan di kawasan Kuala Nerus dan akan ditambah secara berper-ingkat-peringkat beriku-tan kira-kira 1,500 pen-duduk di kawasan itu masih menyara hidup hasil tangkapan ikan di laut. “Pihak kami turut membuat keputusan un-tuk menaiktaraf pang-kalan sedia ada semata-mata untuk keselesaan nelayan dan menikmati kemudahan yang sepa-tutnya.

Masjid Sultan, Singapura menjadi monumen ke-22 dibangunkan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

WAN HARUJAN

Mengenai e-Book pula katanya, menjelang akhir tahun ini kira-kira 90,000 lebih pelajar anak Tereng-ganu mendapat e-Book se-cara percuma. Begitu juga sebelum ini kita telah memberikan kira-kira 800 unit komput-er riba kepada guru-guru dan mulai tahun ini 3,500 guru yang mengajar Ta-hun Enam akan diberikan komputer riba dan seterus-nya mewujudkan sekolah maya di setiap DUN di Terengganu. Ini semua katanya un-tuk menjadikan Tereng-ganu benar-benar bertaraf dunia dalam pendidikan. Perumahan untuk rakyat

juga diberi keutamaan bagi memastikan rakyat menda-pat tempat tinggal yang se-lesa dan katanya pada masa ini 6,500 unit rumah untuk rakyat dibina dalam tem-poh tiga tahun lalu. Kerajaan akan terus berusaha menjayakan projek perumahan untuk rakyat pada setiap tahun. Dato’ Seri Haji Ahmad juga memberitahu fokus pembangunan seterusnya ialah menjadikan Tasik Kenyir Zon Bebas Cukai menjelang 2013 dan rakyat perlu terlibat sama agar mengambil faedah dari pembangunan itu. Hotel bertaraf tiga bin-tang dan chalet bertaraf lima bintang akan dibina

dilengkapi kolam renang dan pakej permainan jet ski , pusat pengeluaran barang-barang berjenama terbesar di Asia Tenggara juga akan diwujudkan, se-lain taman burung, taman ubat-ubatan,taman orkid, Gua Bewah dengan pene-muan rangka manusia pra sejarah dan sebagai desti-nasi memancing utama. “InsyaAllah rakyat Terengganu boleh me-nikmati peluang hasil dari usaha memajukan Tasik Kenyir ini sebagai destinasi pelancongan dunia,” katanya.

IKUTI WAWANCARA KHAS DI MUKA 8

Kerajaan cakna kepada rakyatBuKan sahaja sejarah bagi negeri Terengganu, bahkan sejarah bagi Malaysia penerbangan umrah terus dari Lapan-gan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Sebelum ini tidak per-nah penerbangan umrah dari lapangan terbang di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan inilah per-tama kali berlaku di Ma-laysia. Dato’ Kapten Nawawi juga orang Terengganu adalah ketua pilot mem-bawa kapal MH 8324 yang membawa 421 je-maah berlepas kira-kira jam 5.25 petang pada 18

Pertama di Malaysia: Penerbangan umrah terus dari Terengganu-Jeddah

Mac lalu. Pengerusi Jawatankua-sa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat yang mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ah-mad Said, Menteri Be-sar Terengganu berkata, adalah menjadi hasrat

Menteri Besar selepas ini setiap tiga bulan sekali penerbangan umrah terus ini dapat dijalankan dari LTSM-Jeddah. Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah hadir sama menghantar jemaah di LTSM.

Sebahagian peserta yang mengerjakan Umrah ke tanah Suci Mekah.

Page 4: teganukita 37

4 rencana

Tiga tahun menunaikan

keperluan untuk rakyat

Barisan Nasional (BN) tetap di hati rakyat

Belia berperanan jamin demokrasi, kesejahteraan rakyat terus subur

WAKAF RAKYATOleh: ANAK POK TEH

ANALISISOleh: RUSLAN ABD RAHMAN

dalaM situasi politik tanah air masa kini, mem-perolehi majoriti melebihi 2,000 apatah lagi 3,000 da-lam satu-satu pilihan raya bukanlah sesuatu yang mu-dah. Ia teramat luar biasa. Oleh itu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dengan ma-joriti 2,724 di Kerdau dan 3,643 di Merlimau adalah kemenangan yang nampak jelas bahawa pendirian rakyat untuk memilih BN. Ia dalah suatu petanda BN tetap di hati rakyat dan rakyat menolak Pas secara total. Apatah lagi sebelum-nya Pas telah tewas di PRK Galas (Kelantan) dan Ten-ang (Johor). Kekalahan Pas ini berlaku secara bertalu-talu. Pas sebuah parti yang berjuang atas nama agama Islam, tetapi sejak akhir-akhir ini sudah banyak tersasar jauh dari landasan perjuangannya, terutama apabila terlalu taksub den-gan rakan pakatannya DAP dan PKR. Malah agama Islam han-ya dijadikan ‘alat’ untuk mengaut keuntungan poli-tik kepartian mereka, seka-lipun memecah- belahkan umat Islam.

Macam-macam cara dan gaya dibuat oleh pemimpin mereka termasuk Mursy-idul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seperti me-nyifatkan siapa yang tidak menyokong Pas adalah ja-hiliyah. Nik Abdul Aziz mence-tuskan fatwa itu ketika berkempen pada PRK Ten-ang di Johor bahawa pen-gundi yang menyokong BN adalah golongan jahili-yah kerana mereka meno-lak Pas. Bila dikatakan tindakan pemimpin Pas sejak dahulu membuat fatwa sesuka hati dan membawa perpecahan mereka anggap perpecah-an itu adalah sesuatu yang lazim sahaja. “Malah, isu pecah-belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (s.a.w) dan Nabi Adam (a.s) lagi,” kata Nik Aziz sewaktu me-nyampaikan kuliah ming-guannya di Medan Ilmu, Kota Bharu, baru-baru ini. Kita tidak pasti sampai bila pemimpin Pas akan terus ‘memperalat’ agama untuk kepentingan poli-tik murahan mereka. Bagi mereka apapun yang mer-eka buat betul dan tidak salah, kecuali kalau pihak lain yang buat, perkara betul pun dianggap salah.

Apakah sesuai sifat de-gil terus diamalkan oleh pemimpin Pas dan tidak mahu menerima langsung pandangan orang lain un-tuk selama-lamanya. Dalam keadaan generasi sekarang yang sudah celik agama dan celik wawasan, tentulah mereka melihat

Pas ini semakin tidak ra-sional dan sebuah parti yang tidak mahu langsung mengendahkan pandangan serta teguran, hatta oleh bijak pandai agama yang ‘bebas’ dari pengaruh ma-na-mana parti politik seka-lipun. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mene-

gur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong Umno atau BN dalam pili-han raya akan masuk nera-ka manakala mereka yang mengundi Pas akan masuk syurga, kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.

Namun Nik Abdul Aziz dengan angkuhnya ber-kata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal dan haram dalam memi-lih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tin-dakannya itu ditegur oleh alim ulama negara ini. “Pendekatan itu kalau

jaBatan BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU (KBSJ) dan kerajaan negeri perlu menjamin kursus kepimpi-nan bagi melatih pemimpin belia serta program keu-sahawanan digerakkan dengan aktif kerana belia yang berpengetahuan, ber-ketrampilan, berkemahiran serta terlatih dalam bidang keusahawanan akan men-jadikan mereka ‘bebas’ dan tidak bergantung harap kepada kerajaan sepanjang masa. Belia dan remaja bukan sahaja menjadi aset pent-ing bagi tujuan membentuk kepimpinan masa hadapan tetapi mereka juga ‘tiang seri’ kepada kestabilan dan kemakmuran negeri dan negara. Memiliki belia yang bermasalah seperti terb-abit dengan gejala sosial, penagihan dadah, masalah moral dan ketinggalan da-lam pendidikan akan me-nyebabkan negara berada dalam keadaan cemas.

Apa yang penting un-tuk difikirkan oleh pihak berwajib – kerajaan negeri melalui Exco Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) ialah bagaimana menggerakkan belia agar aktif dan sama-sama me-nyahut program yang dirancang kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Persoalannya, sejauh manakah kita semua me-lihat belia dan remaja penting untuk menguku-hkan kestabilan dan kes-ejahteraan negeri dan neg-ara, khususnya pada masa hadapan. Belia adalah pengundi dan jika mereka aktif, banyak perkara membabit-kan usaha mengekalkan demokrasi dan keharmoni-an kaum akan dapat diger-akkan dengan sewajarnya.

Akhir-akhir ini, kita me-lihat pertubuhan belia layu dan tidak bermaya. Pertu-buhan belia pada peringkat kampung dan mukim begi-tu ‘letih’ seolah-olah tidak ada perangsang daripada pihak berwajib. Sedangkan jika mereka bergerak cergas, ia akan membantu kerajaan negeri khususnya dalam usaha mendapatkan input dalam konteks perancangan dan pembangunan yang di-laksanakan oleh kerajaan negeri selain input politik yang berguna untuk parti dan kerajaan menganali-sisnya. Jika masalah bajet men-jadi punca utama kepada layu dan letihnya perg-erakan belia di negeri ini, ruang masih banyak un-tuk diperbahas dan dibuat keputusan mengenainya. Ini kerana dalam Ba-

jet Negeri 2011, Kerajaan Negeri menyebut bahawa program Bakti Remaja serta program pembangu-nan dan latihan belia untuk kepimpinan, keusahawan dan kemahiran akan diter-uskan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke-tika membentangkan bajet berkenaan, berkata pro-gram itu bagi menjamin kesinambungan pemban-gunan negara berteraskan ilmu dan profesionalisme dalam usaha melahirkan golongan belia yang ber-daya saing dan sihat, ber-organisasi, keperibadian unggul dari segi rohani dan jasmani serta kerja ber-kumpulan. Exco Belia dan Sukan, Rozi Mamat sewajarnya menilai semua punca ke-napa belia letih dan lesu di Terengganu dan membuat

PejaM celik, pejam celik, kini tiga tahun sudah “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” Terengganu (MPPNT) , selari dengan “Rakyat Di-dahulukan” di peringkat nasional. Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sejak tiga tahun yang lalu terkenal sebagai sebuah kera-jaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dalam perancangan dan usaha pembangunannya. (Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 30 Mac 2008). e-Book yang diperkenalkan dan diberikan secara percuma untuk pelajar tanpa membebani ibubapa. Bahkan perbelanjaan yang besar di bidang pendidi-kan melampau ratusan juta ringgit setiap tahun ada-lah semata-mata untuk melihat rakyat berjaya dalam ilmu dan pelajaran. Bantuan atap biru, membaiki rumah dan membina rumah untuk golongan miskin adalah disampaikan terus untuk menolong rakyat. Jelapang padi diwujudkan untuk membolehkan rakyat petani bercucuk tanam dan memperolehi pendapatan. Perbelanjaan berbillion ringgit dalam tempoh lima tahun diuntukkan (2009-2013) untuk pembangunan infrastruktur, termasuk jalan-jalan raya adalah un-tuk rakyat dan kemudahan awam masyarakat. Tasik Kenyir dibangunkan untuk pelancongan yang lebih hebat dan bakal dijadikan Zon Bebas Cu-kai adalah untuk masa depan rakyat. Penerbangan Haji dan kini umrah pula terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Jedaah ada-lah untuk kemudahan rakyat dan umat Islam. Kemudahan bersukan, futsal dan sebagainya un-tuk belia ada bukti bahawa setiap apa jua yang dibel-anjakan adalah untuk rakyat, hatta buah kurma dan air zam-zam di bulan puasa adalah untuk rakyat. Oleh itu rakyat perlu melihat bahawa pendeka-tan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan ini adalah suatu yang istimewa. Kalaulah bangunan tinggi, projek besar dan hebat, tetapi bukan rakyat kebanyakan mendapat faedah daripadanya, ia tidaklah memberi makna apa-apa. Itulah pendekatan BN masa kini mewarisi tradisi membela rakyat sekian lama. Semoga tiga tahun MPPNT adalah permulaan kepada segala usaha pemerintah untuk menjadikan ‘rakyat’ sebagai sasaran dan menerima hak me-nikmati apa sahaja yang kerajaan urusbinakan.

Penaung : YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib

Penolong Pengarang 2 : Aida Abdul Rahman

Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto : Zulkipli Putra, Syed Abd Rahman & Harish Fadzilah

Pelatih : Mohamad Shahrir, Raja Faisal

Pengendali Blog : Harun Hassan

Ahad, 20 Mac 2011

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau majoriti besar adalah kemenangan yang nampak jelas bahawa pendirian rakyat untuk memilih BN.

Page 5: teganukita 37

5rencana

Barisan Nasional (BN) tetap di hati rakyat

Belia berperanan jamin demokrasi, kesejahteraan rakyat terus subur

dalam agama dipanggil dakwah dan dalam poli-tik pilihan raya dipang-gil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendeka-tan itu dalam mana-mana kempen pilihan raya,” ka-tanya mengulas kenyataan Mufti Perak itu. Itulah contoh sikap ang-kuh pemimpin Pas yang langsung tidak mahu men-dengar pandangan dan teguran ikhlas pihak lain, malah pandangan ikhlas Mufti itu pula diputarbelit-kan bagi membenarkan apa yang mereka (pemimpin Pas) lakukan dan meletak-kan begitu rendahnya te-guran seorang Mufti. Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sendiri memulakan fatwa ‘jihad menentang Umno’ sejak tahun 1981 lagi. Melalui amanat atau uca-pannya di Kampung Bang-gol Peradong Haji Hadi berkata: “Saudara-saudara seka-lian, percayalah! Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN bu-kan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan ka-fir, mengekalkan peraturan

jahiliyah. Oleh kerana itu kita menentang mereka, itulah kita berjuang mela-wan mereka. Saudara-saudara, per-juangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, ka-lau kita mati kerana ber-lawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita ada-lah mati Islam.” Namun sekarang apabila Pas mentadbir Kelantan, Kedah, bahkan Perak sebe-lum ini, perlembagaan mana yang mereka guna-kan? Di Pulau Pinang dan Selangor yang sama-sa-ma mereka membentuk kerajaan dalam pakatan pembangkang (DAP,PKR dan Pas) tidakkah mereka mengekalkan juga pera-turan yang dianggap oleh Haji Hadi sebagai pera-turan jahiliyah. Tidakkah perlembagaan dan peraturan yang dang-gap kafir itulah diterima pakai oleh pemimpin mer-eka? Atau mereka telah membuat perlembagaan baru di negeri-negeri itu? Jawabnya tidak pun! Malah kita lihat banyak peraturan-peraturan baru dibuat bercanggah dengan Islam, termasuk berkaitan

premis arak, pusat hiburan keterlaluan yang semakin bertambah dibenarkan. Bahkan pusat hiburan dan rumah-rumah urut di Se-langor sekarang ini ber-tambah berkali ganda dari sebelumnya. Di Selangor Pas bukan sahaja gagal melaksanakan apa yang dijanjikan malah turut bersubahat dengan rakan pakatan mereka un-tuk terus menyemarakkan perkara yang dianggap haram sebelum ini. “Dulu semasa pemer-intahan BN di Selangor mengikut statitik Majlis Keselamatan Negara, cuma ada 1,300 pusat hiburan tapi sekarang di bawah pe-merintahan pakatan pem-bangkang pusat hiburan makin bercambah lebih 4,000 pusat hiburan. Di Pulau Pinang semua orang sudah tahu apa yang sedang berlaku. Orang Is-lam dan Bumiputera terus menerima padahnya di bawah pakatan DAP, Pas dan PKR. Hendak melaksanakan perundangan Islam jauh sekali, malah perarakan Maulidur Rasul pun hen-dak dihapuspindakan. Di Kelantan walaupun sudah 20 tahun memerin-tah, hukum hudud dan pe-rundangan Islam tidak pun

dijalankan. Sementara di Kedah, soal hukum hudud dan perundangan Islam langsung tidak disentuh, malah didiamkan begitu sahaja. Oleh itu dalam situasi sebegini Haji Hadi hen-dak mengajak berlawan dengan siapa ? Berlawan dengan diri sendiri, dengan beliau dan orang-orang Pas sendiri? Kerana beliau te-lah melanggar segala yang difatwa dan diamanatkan

itu. Kesemuanya ini mem-buatkan perjuangan Pas ditolak majoriti rakyat kerana pemimpin mer-eka hanya pandai ber-main fatwa dan kata-kata agama sahaja, tetapi bila berkuasa tidaklah dibuat sebagaimana dikata. Rakyat Terengganu sendiri telah mengetahui segalanya sewaktu berada di bawah Pas selama em-pat tahun (1999-2004).

Sudah pasti Pilihan Raya Umum Ke- 13 se-makin dekat. Pun begitu BN atau Umno termasuklah di Terengganu jangan terlalu berasa selesa dengan senario kini. Sama ada dalam keadaan selesa atau pun dalam keadaan terhimpit, persiapan perlu dibuat dan jangan leka. Buatlah persiapan lebih awal untuk menghadap-inya. insya-Allah BN tetap di hati rakyat !

cadangan khususnya ke-pada Menteri Besar, jika ia membabitkan peruntukan atau kemudahan lain. Yang jelas dalam Ba-jet 2011, tekanan banyak diberikan kepada meng-gerakkan sukan dan men-jamin Terengganu menjadi kuasa sukan negara dan kurang kepada perubuhan dan pergerakan belia per-ingkat kampung dan daer-ah. Menarik sekali apabila JBS pada Ahad 6 Mac lalu, menyebut pihaknya menyasarkan penubuhan kira-kira 1,000 pertubuhan belia di seluruh negeri ini menjelang akhir tahun ini. Pengarah JBS Terengganu, Abd. Aziz Abd. Rahman memberitahu, penubuhan itu selaras dengan has-rat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah per-tubuhan belia di setiap

peringkat jawatankuasa kemajuan dan keselama-tan kampung (JKKK). Dengan kedudukan ke-tika ini sudah ada seban-yak 436 pertubuhan belia didaftarkan di negeri ini dengan kira-kira 30,000 ahli, gerakan oleh jaba-tan itu menyuburkan lagi penubuhan pertubuhan be-lia.. Dalam usaha ini, JBS perlulah bekerjasama dengan banyak pihak sep-erti Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Majlis Belia Daerah, selain majlis-majlis belia seperti Felda dan sebagainya un-tuk memastikan matlamat tersebut tercapai. Soal penting ialah, dengan wujudnya pertu-buhan belia di peringkat kampung, ia memberi pe-luang kepada golongan itu melakukan pelbagai

aktiviti yang secara tidak langsung dapat membend-ung gejala kurang sihat. Amatlah wajar sekiranta JBS bukan sahaja beru-saha menubuh tetapi juga memantau pertubuhan persatuan. Ia bagi me-mastikannya ia mematuhi peraturan yang ditetap-kan terutama mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi mengelakkannya di-batal, selain menjamin pertubuhan itu aktif un-tuk memenuhi matlamat penubuhannya. Sejauh ini sebanyak RM300,000 sudah diteri-ma daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi men-jalankan pelbagai aktiviti bagi tempoh setengah ta-hun ini namun, ia jauh daripada mencukupi.Adalah amat wajar kera-jaan negeri turut melihat kepada keperluan ini ker-

ana belia yang aktif, sihat , berwawasan akan mem-bantu negeri memacu pem-bangunan. Juga penting, JBS dan kerajaan negeri menjamin kursus kepimpinan bagi melatih pemimpin belia serta program keusaha-wanan digerakkan dengan aktif kerana belia yang berpengetahuan, berke-trampilan, berkemahiran serta terlatih dalam bidang keusahawanan akan men-jadikan mereka ‘bebas’ dan tidak bergantung harap kepada kerajaan sepanjang masa. Apabila belia sedar ba-hawa perniagaan adalah satu kerjaya, ini akan men-jadikan mereka berani un-tuk meneroka peluang den-gan berlatar-belakangkan persediaan kepimpinan serta kemahiran di dada mereka. Sesungguhnya usaha JBS perlu disokong dan kerajaan negeri perlu proaktif dengan menyedia-kan bajet dan kemudahan sesuai demi menjamin be-lia berperanan sewajarnya dalam menjamin demokra-si, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri terus dijaga!

Ahad, 20 Mac 2011

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dengan mejoriti besar nampak jelas bahawa pendirian rakyat untuk memilih BN.

Kerajaan Negeri menyebut bahawa program Bakti Remaja serta program pembangunan dan latihan belia untuk kepimpinan, keusahawan dan kemahiran akan diteruskan.

Kerajaan negeri juga mahu melahirkan belia yang aktif, sihat, berwawasan akan membantu negeri memacu pembangunan.

Page 6: teganukita 37

6 rencana

SEJARAH Seminar kaji Batu Bersurat Piagam Terengganu

Oleh: Aida Abd Rahman

Batu Bersurat Piagam Terengganu memperlihatkan wujudnya nilai ketamadunan yang tinggi masyarakat Mel-ayu dari segi budaya kehidupan merangkumi holistik dan kero-hanian serta linguistik. Huruf dan perkataan yang tercatat pada keempat-empat penampang Batu Bersurat Piagam Terengganu perlu dis-emak dan dikaji semula supaya transkripsinya menjadi lebih te-pat. Demikian antara dua resolusi yang dikeluarkan pada 2010 ha-sil seminar yang dilaksanakan secara tahunan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu sejak 2009. Seminar bagi menyelidik dan mengkaji isi kandun-gan Batu Bersurat Piagam Terengganu itu dengan tema `Wadah Intelektual Tamadun Melayu’diteruskan lagi tahun ini bertempat di Lembaga Mu-zium Negeri Terengganu. Pengarahnya, Haji Mohd Yu-sof Abdullah berkata, seminar terdahulu yang menggariskan tujuh resolusi diteruskan den-gan pelbagai sudut penyelidi-kan bagi memperkayakan ilmu yang terkandung dalam Batu Bersurat Piagam Terengganu. Katanya, dalam merungkai sejarah itu, banyak usaha di-jalankan oleh pelbagai pihak sama ada individu atau organ-isasi dalam menyalurkan mak-lumat serta hasil kajian ke satu tahap yang lebih tinggi serta global, sehingga ia benar-benar menggambarkan situasi sebe-nar masyarakat ketika itu. “Antara lain objektif semi-nar ini adalah mengkaji isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu dari sudut astronomi, membuat perband-ingan Batu Bersurat ini dengan batu bersurat yang ada diselu-ruh Nusantara serta menyelidik asal-usul batu yang digunakan ketika penyediaan teks Undang-Undang Islam yang dikuatkua-sakan oleh pemerintah Islam pada abad ke-14,” katanya.

Selain itu, katanya, semi-nar juga bertujuan menyelidik maksud lebih tepat berdasarkan kepada patah perkataan yang digunakan dalam Batu Bersu-rat dan merungkai sebanyak mungkin maklumat yang ter-kandung dalam Batu Bersurat

yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Beliau berkata, seramai 10 ahli akademik membentang kertas kerja mengenai sejarah rakaman manuskrip yang men-jelaskan mengenai hukum Is-lam yang diamalkan penduduk Terengganu melalui penguat-kuasaan pemerintahnya, Raja Mandalika itu dari sudut dan aspek berbeza. Antara tajuk pembentangan

adalah `Satu Inskripsi perun-dangan Islam Awal di Malaysia yang disampaikan Prof Dr Ab-dullah@Alwi Hassan (Sekolah Pengurusan Universiti e Asia), `Penangkis Gerakan Islam Melampau di Malaysia’ disam-paikan Prof Madya Dr Rahimi Affandi Abd Rahim (Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Ma-laya), Siapa Gerangan Pema-hat Tamra Benua Terengganu (Haji Hamdan Abd Rahman),

`Pencetus perubahan dari Ba-hasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik (Dr Amat Juhari Moain) dan `Mencari Asal-Usulnya’ Prof Madya Dr Mo-hamed Anwar Omar Din (Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Ke-budayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, kandungan res-olusi yang dikeluarkan pada 2010 juga meminta Seminar Batu Bersurat Piagam Tereng-ganu mencadangkan supaya fakta tarikh kedatangan Islam ke Terengganu bermula seawal tahun 1200 Masihi dan ianya dijadikan warisan karya ula-mak Melayu Islam yang perlu dipelihara memandangkan ia mengandungi segala butiran terpenting pemikiran dan pe-mahaman yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Pada masa yang sama, res-olusi turut memperlihatkan Batu Bersurat dicatat, dipahat pada batu sungai jenis dolerite yang banyak didapati di sungai sekitar Hulu Terengganu dan merupakan bukti tulisan jawi yang terawal di dunia. Malah, usaha mengkaji in-tipati terpenting Batu Bersurat perlu diteruskan sebagai ke-sinambungan dan rujukan ter-penting kepada generasi masa depan.

Pada masa yang sama, resolusi turut memperlihatkan Batu Bersurat dicatat, dipahat pada batu sungai jenis dolerite yang banyak didapati di sungai sekitar Hulu Terengganu dan merupakan bukti tulisan jawi yang terawal di dunia.

Batu Bersurat asal yang dipertontonkan kepada orang ramai di Hulu Terengganu

Bulatan Ladang di bandar Kuala Terengganu dihiasi replika Batu Bersurat.

MOHD YUSOF

Ahad, 20 Mac 2011

Page 7: teganukita 37
Page 8: teganukita 37

8 Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Jana pembangunan demi rakyatBeriKut adalah Wawancara Bersama Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said sempena tiga tahun sen-tuhan pentadbiran dan kepimpinannya kepada rakyat dan negeri Tereng-gan Darul Iman. PENGA-RANG. Selama tiga tahun memimpin berteraskan pendekatan `Merakyat-kan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT’) apa yang Dato’ Seri da-pat nyatakan? Alhamdulillah di bawah MPPNT, kebanyakan te-lah faham dan jelas, teru-tama di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan keseluruhannya , setelah kita adakan perjumpaan serta taklimat menge-nainya. Tanpa mengira kedudukan sama ada taraf pegawai mahupun orang politik, rakyatlah yang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik serta faedah daripada pemban-gunan yang dilaksanakan. Hasil maklum balas juga, didapati rakyat men-erima konsep dan apa yang dilaksanakan kera-jaan dengan hati terbuka. Malah, kita dapati perkh-idmatan kita juga diterima rakyat. Tumpuan banyak diberikan kepada bidang pendidikan? Ya, kita mahu menjadi-kan Terengganu “Negeri Anjung Ilmu”. Pembi-naan sesebuah negara dan bangsa adalah bermula dari pendidikan dan ilmu. Kita berusaha untuk me-

mast ikan

masa akan datang kita mempunyai keupayaan kewangan sendiri untuk pendidikan. Misalnya Yayasan Terengganu, kita usahakan tanaman sawit kira-kira 50,000 ekar den-gan jangkaan keuntungan akan datang antara RM50 hingga RM80 juta setahun bagi menampung keperlu-an agensi itu dalam pem-bangunan pendidikan. Kita juga telah perke-nalkan e-Book dan rakyat menerima dengan baik ke arah menjadikan pendidi-kan Terengganu bertaraf d u n i a . Dalam kon-teks ini, kita te-l ah memu-

l a -kan

fasa kedua iaitu kelas maya di beberapa buah sekolah. Bagaimana Dato’ Seri melihat pembangunan dan ekonomi Tereng-ganu di masa depan? Kita tidak boleh ber-gantung sepenuhnya kepada hasil petroleum kerana bahan itu tidak kekal. Kita beralih kepa-da industri pelancongan kerana kita mempunyai potensi yang besar untuk maju di bidang itu. Kita ada pantai,pulau, tasik dan pelbagai ka-wasan yang mempunyai daya tarikan. Tasik Kenyir yang terbiar kita akan ma-jukan sepenuhnya. Atas permintaan kita, kerajaan pusat telah meluluskan untuk menjadikan tasik itu sebagai ‘Zon Bebas Cukai’. Kita bergerak sekarang untuk menjaya-kannya, walaupun dari-pada kosong dan seme-mangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Tetapi saya yakin ia akan menjadi destinasi pelan-congan yang terkemuka, unik setanding, malah lebih hebat dari kawasan-kawasan bebas cukai lain di Malaysia. Apa jaminan, rakyat boleh memperolehi fae-dah dari pembangunan Tasik Kenyir ini? Mengapa tidak. Pel-uang-peluang pekerjaan akan banyak wujud mela-lui industri perhotelan, perkhidmatan bot, per-niagaan dan sebagainya. Masyarakat perlulah pro aktif kerana apabila dim-ajukan kelak keperluan bekalan makanan, hasil-hasil pertanian, pelbagai perkhidmatan dan seba-gainya. Yang penting juga ialah

menjaga kebersihan tasik ini dari sebarang sampah dan kekotoran. Kita akan wujudkan peraturan men-genainya dan mereka yang membuang sampah terpaksalah membayar kompaun. Bagaimana dengan bidang-bidang lain? Pertanian kita majukan macam biasa. Kita tam-bah nilai dan memberi kemudahan. Kita juga akan terus jayakan jela-pang padi Terengganu dan pertanian moden/ko-mersial. P e r i n d u s t r i a n

juga begitu, kita terus berusaha m e m -b a w a

pelabur untuk membuka kilang-kilang di negeri ini. Industri kecil dan sederhana (IKS) kita tingkatkan, khususnya melalui Yayasan Pemban-gunan Usahawan (YPU) yang bergerak cergas sekarang ini. Kita juga sedang beru-saha untuk terlibat sama dalam cari gali minyak yang dijalankan oleh Pet-ronas. Ini penting supaya kita juga mendapat man-faat dan dalam apa-apa bidang kontrak berkaitan cari gali yang boleh kita ceburi melalui syarikat yang kita wujudkan, sebab dah lebih 30 tahun Pet-ronas beroperasi di luar

p a n t a i neger i ini.

Bagaimana dengan pem-bangunan di daerah-daerah lain? Ya, kita melaksanakan pembangunan seimbang bagi semua daerah-daer-ah. Kita mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peran-an yang lebih aktif di tem-pat masing-masing. Kita m e m b e l a n j a k a n lebih RM300 juta seta-hun untuk membantu PBT selu-ruh neg-eri sama ada untuk p e r k h i d -matan dan p e r -

laksanaan pembangunan.Dalam tempoh 10 tahun akan datang kita mahu PBT dapat berdikari mela-lui pelbagai hasil. Justeru itu kita mengharapkan perancangan dibuat un-tuk memastikan hasil itu diperolehi melalui percu-kaian, pembinaan perke-daian dan sebagainya untuk menampung perbe-lanjaan masing-masing. Apa yang kerajaan lakukan untuk pemban-gunan di bidang kea-gamaan? Kalau hendak dikira, semua yang kita lakukan itu, kebaikan dari segi pentadbiran, perkhidma-tan dan pembangunan adalah sesuatu yang ditun-tut oleh agama Islam Yang Maha Suci. Pendidikan, ekonomi, pengurusan, pe-ru- mahan rakyat dan

sebagainya;

semua adalah bertepatan dengan suruhan Allah. Kita juga telah marta-batkan imam dan bilal di negeri ini dengan kenai-kan elaun masing-masing berjumlah RM800 dan RM600 sebulan di seluruh masjid di Terengganu. Sentuh sikit soal poli-tik, ada pihak sekarang memomokan bahawa

mereka hendak ganti parti pemerintah sekarang, hendak buat perubahan? Rakyat dah beri dah dulu, empat tahun. Tapi rakyat dah serik dah ker-ana ternyata mere-

ka gagal dan banyak perkara yang tidak

betul dilaku-k a n .

Rakyat telah menolak mereka, rakyat berkata,” BN-dulu, kini dan sela-manya”, BN tetapi di hati rakyat. Rakyat Tereng-ganu dah tahu mana yang lebih baik. Bermakna Dato’ Seri yakin Umno-BN terus akan diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13)? Ya, yakin. Insya Al-lah. Saya katakana tadi, rakyat Terengganu dah serik di tahun 1999-2004. Mereka menilai itu se-mua. Kita bekerja dan berperanan secara kolek-tif di semua Bahagian (Parlimen). Semua sayap-sayap (Wanita,Pemuda dan Puteri) memainkan peranan masing-masing. Insya Allah kita akan me-nang di semua Parlimen/Bahagian nanti dalam

PRU 13.

Tanpa mengira kedudukan sama ada taraf pegawai mahupun orang politik, rakyatlah yang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik serta faedah daripada pembangunan yang dilaksanakan.

AHMAD SAID

Page 9: teganukita 37

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Kejayaan demi ke-jayaan yang dicapai dalam setiap peperiksaan utama sejak kebelakangan ini, membuktikan kita berada di landasan tepat ke arah menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Berdasarkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumum baru-baru ini, Terengganu masih kekal sebagai juara peperiksaan STPM. Begitu juga den-gan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kita masih lagi juara selu-ruh negara. Tahun lalu, negeri ini menjuarai semua peperik-saan utama, bermula dari UPSR, PMR, Sijil Pelaja-ran Malaysia (SPM) dan STPM – satu pencapaian yang cukup hebat dan dicemburui negeri-negeri lain. Malah, berdasarkan prestasi semasa, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sum-ber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, begitu optimis negeri ini mampu mem-pertahankan kedudukan sebagai juara peperiksaan SPM yang bakal diumum-kan tidak lama lagi.

Terengganu kekal nombor satu

“Sebenarnya saya orang paling berdebar setiap kali tiba masa peperiksaan akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran. Harapan yang diberikan pelbagai pihak, terutama sekali yang berkaitan den-gan bidang pendidikan untuk melihat kejayaan di-capai Terengganu, terlalu tinggi. “Bukan mudah untuk kita mengekalkan ke-juaraan, terutama seka-li UPSR di mana kini Terengganu menjadi juara buat tahun ke-10 berturut-turut. Beberapa negeri lain seperti Kelantan dan Se-langor sentiasa mengikut rapat kejayaan yang diraih oleh Terengganu. “Sudah tentu orang akan puji setiap kali kita ber-jaya, tetapi jika kita tidak mampu mempertahankan kedudukan ini, orang akan menunding jari dan men-cari silap kita. “Justeru itu, pemimpin kerajaan negeri yang diket-uai Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sen-tiasa mencari jalan untuk meningkatkan kecemer-langan pelajar di negeri ini,” katanya dalam per-temuan dengan wartawan Teganukita, baru-baru ini. Berbicara mengenai pro-gram 201052, YB Ahmad Razif berkata, pihaknya yakin matlamat tersebut akan dapat dicapai kerana bagi peperiksaan UPSR di mana kerajaan negeri me-letakkan sasaran 20 pera-tus daripada pelajar yang menduduki peperiksaan itu mendapat semua A, hampir membuahkan ha-sil. “Dalam peperiksaan UPSR pada tahun lalu, keputusan yang dicapai oleh pelajar di daerah Be-sut sudah melebihi sasaran

iaitu 20.1 peratus dari-pada jumlah pelajarnya mendapat semua A. Cuma peratus di peringkat neg-eri agak rendah iaitu 15.4 peratus. “Bagaimanapun, kita yakin dengan kerjasama erat semua pihak, khusus-nya di kalangan warga pendidik, hasrat tersebut akan dapat dicapai tidak lama lagi,” ujar beliau. Begitu juga sasaran 10 peratus pelajar yang men-duduki peperiksaan PMR mendapat semua A, sudah tidak jauh dari matlamat yang diidamkan apabila tahun lalu keputusannya mencapai 7.81 peratus. “Manakala keputu-san SPM dan STPM juga tidak jauh daripada sasaran dan kita harap-kan matlamat agar lima peratus calon SPM dan dua peratus calon STPM mendapat semua A dapat dicapai dalam tempoh ter-dekat ini,” katanya. YB Ahmad Razif berkata, skim bantuan RM1,000 seorang bagi setiap pelajar Tingkatan Enam di Terengganu, banyak membantu men-ingkatkan kecemerlangan pelajar. Selama ini lepasan SPM yang masuk ke Tingkatan Enam diabai-kan kerana bantuan hanya tertumpu kepada mereka yang memasuki institusi pengajian tinggi. Bantuan kepada pela-jar berkenaan akan diter-uskan dan pembahagian secara berperingkat akan dimulakan tidak lama lagi. Hasil pemberian terse-but agak memberangsang-kan apabila Terengganu turut meraih kejayaan den-gan mencatatkan keputu-san terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) buat ta-hun ketiga berturut-turut mulai 2008. Sebagai penghargaan kepada pendidik yang bertungkus-lumus men-didik pelajar hingga lulus dengan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan utama, kerajaan negeri menghadiahkan ‘pen drive’ kepada guru-guru.Menteri Besar menyam-paikan sendiri buah tan-gan tersebut kepada setiap guru dalam program yang diatur seluruh negeri. Kerajaan negeri mem-perkenalkan e-Book bagi meningkatkan mutu pen-

didikan di Terengganu, sekaligus menjadikan mas-yarakat negeri ini ‘celik komputer’. Program tersebut men-dapat pujian di kalangan pendidik, cendikiawan dan pemimpin kerajaan di dalam dan luar negara. Terbaru, Kerajaan Te-rengganu memperkenalkan konsep sekolah maya yang menggunakan kaedah pem-belajaran secara ‘online’ bagi meningkatkan peng-gunaan Teknologi Maklu-mat dan Komunikasi (ICT) di kalangan murid sekolah rendah. Sehingga ini, tiga buah sekolah di negeri dipilih sebagai projek perintis dan ia akan diperluaskan ke se-luruh negeri secara berper-ingkat-peringkat. Di peringkat pra-sekolah pula, program Terengganu Brilliant Kids (TBKids) diperkenalkan bagi me-narik minat kanak-kanak belajar menggunakan ke-mudahan ICT. Formula kecemerlangan Terengganu kini dicontohi banyak negeri lain yang tu-rut mengimpikan pelbagai kejayaan. “Kita tidak perlu susah hati ada negeri lain yang akan mengejar kita, sebaliknya semua pihak perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kejayaan ini dapat kita pertahankan. “Apa yang lebih pent-ing, ibu bapa, warga pen-didik dan semua pihak perlu mempertahankan kerajaan negeri yang sedia ada agar kesinambungan program yangdirancang dalam bidang pendidikan dapat diteruskan,” tegas beliau. Beliau berkata, belum pasti pihak lain dapat mempertahankan kejayaan yang digapai Terengganu sekarang ini jika negeri ini tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). “Sejak dahulu hingga sekarang, pemimpin Umno dan BN sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk mengangkat bidang pen-didikan. Kita tidak mahu generasi akan datang terus menerus mewarisi kemiski-nan keluarga mereka. “Kerajaan negeri mahu setiap rumah di Tereng-ganu sekurang-kurangnya ada seorang graduan yang yang bakal berusaha men-gubah nasib keluarga mer-eka, mengeluarkan kelu-arga dari garis kemiskinan, katanya.

9Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

AHMAD RAZIF

Page 10: teganukita 37

Oleh: Aida Abd Rahman

Isu kemiskinan menjadi kayu ukur pembangunan dan kema-juan yang dicapai sesebuah kerajaan. Malah, isu itu juga menjadi `modal’ perdebatan di mana-mana sama ada dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat mahupun di gelanggang poli-tik. Kerajaan negeri menerusi portfolio Jawatankuasa Kebaji-kan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita bertanggungjawab mengadakan pelbagai program dan pendekatan mengatasi masalah itu dan kesannya se-hingga tahun lalu, Terengganu berjaya mencapai sifar miskin tegar dan kurang 2.8 peratus miskin. Pengerusinya, YB Yahya Khatib Mohamad, berkata se-hingga kini, seramai kira-kira 20,000 jumlah kemiskinan di seluruh Terengganu merangku-mi kategori miskin tegar (kira-kira 100 orang), miskin (4,400 orang) dan selebihnya mudah miskin (15,500 orang) yang disenaraikan dalam sistem e-Kasih di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Ja-batan Perdana Menteri . Bagaimanapun, seramai 10,677 daripada golongan itu sudah terkeluar daripada pro-gram pembasmian atau sistem e-Kasih sehingga bulan lalu. Malah, menurut YB Yahya, sejak 2004 sehingga akhir ta-hun lalu, Terengganu berjaya turun daripada kedudukan ke-tiga sebagai negeri termiskin

s e l u r u h Malays ia k e -

pada

Terengganu capai miskin sifar, lebih 10,000 keluar e-Kasih

kedudukan kelima selepas Sa-bah, Sarawak, Kelantan dan Kedah. “Pengurangan kadar kemiski-nan itu berpunca daripada pel-bagai program yang dilaksana-kan Kerajaan negeri di pelbagai peringkat termasuk bantuan perniagaan menerusi Tabung Darul Iman dan Yayasan Pem-bangunan Keluarga (YPK) serta bantuan am lain melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi pelaksana,” ka-tanya kepada Teganukita ketika diwawancara di pejabat beliau, baru-baru ini. Program pembangunan masyarakat yang dilaksana-kan di bawah YPK termasuk program `smartstart’ iaitu `2nd honeymoon’ yang dijalankan sebanyak lima siri dengan setiap siri membelanjakan RM17,000, bermula tahun lalu dan bakal diteruskan tahun ini bagi mengukuhkan institusi ke-luarga serta mengelakkan ber-laku penceraian. YB Yahya berkata, selain 2nd honeymoon, program lain-nya adalah Keluarga Syurgaku, Ibu Sejati dan Parenting@Work menekankan nilai-nilai kece-merlangan yang disemai ke-pada pasangan muda agar gen-erasi akan datang lebih terarah serta mengikut acuan sebenar. Katanya, kerajaan juga serius untuk mengurangkan gejala so-sial di kalangan generasi muda yang terdedah kepada unsur luar dan kemajuan teknologi masa kini dan antara program berkaitan adalah Program Pengurusan Sosial dan Ke-pimpinan, Program saya Anak Terengganu, Program Taklif dan Kem Remaja Bestari. “ Program Taklif dan In-gat Sebelum Terkena berjaya menarik penyertaan 21, 254 pelajar sekolah sejak diper-kenalkan pada 2009 hingga 2010 bagi menyebar maklu-mat dan menyedarkan mer-eka mengenai bahaya anca-

man gejala sosial pada

diri dan masyarakat amnya,” kata beliau lagi. Sementara pembangunan modal insan secara menyelu-ruh pula merangkumi program latihan dan bimbingan kepada semua golongan bagi men-ingkatkan kualiti setiap indi-vidu dalam masyarakat seperti Kursus Kemhiran Ibu tunggal, Program Komuniti, Program Warga Emas dan Program pemimpin Masyarakat. Pada tahun ini, beliau berkata, kerajaan akan membina satu bengkel mem-buat kaki palsu dan kerusi roda di pusat latihan orang kurang upaya (OKU) di Taman Rahmat, Pulau Kereng-ga, Marang bagi memberi peluang kepada golongan itu berdikari serta menyumbang kepada keperluan semasa. Tabung Darul Iman memberi impak kepada kes yang memer-lukan tindakan segera dan me-nangani had peruntukan jabatan yang terhad serta prosedur ker-ja yang ketat terutama ketika berdepan dengan bencana alam seperti ribut, banjir dan keba-karan . “Ada kes rumah terba-kar, kalau rumah sendiri kita akan bantu membina rumah baru menerusi Program Pem-bangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang bernilai kira-kira RM33,000. Kalau rumah itu disewa, kita akan menyedia-kan saguhati dengan kadar ter-tentu dan bersesuaian antara RM2,000 hingga RM10,000,” katanya. Malah, selain membantu me-nyediakan benih padi dan bot kepada petani serta nelayan yang mengalami kerugian akibat bencana alam, kerajaan juga membantu menyelesaikan bayaran bil perubatan hospital sama ada 30 peratus, 50 pera-tus dan 100 peratus daripada

jumlah bil itu berdasarkan kesesuaian

dan kelayakan pemohon. Sepanjang tahun lalu, tabung itu menerima peruntukan kira-kira RM3.8 juta dengan RM2.3 juta sudah dibelanjakan. YB Yahya berkata, Tabung Penyakit Kronik yang diperke-nalkan sejak tahun lalu pula su-dah di- belanjakan

kepada 2 2 0 p e -s a k i t y a n g m e n -d e r i t a p e l b a -

gai pe-

nyakit berbahaya dan memerlu-kan perhatian segera termasuk pesakit jantung (71 kes), buah pinggang (57), kanser 36 kes dan lain-lain kes 56. Berdasarkan rekod, peruntu-kan diterima menerusi tabung itu sejak September tahun lalu berjumlah RM2 juta dan kira-kira RM360 ribu sudah dibel-anjakan sehingga Februari lalu. Tidak cukup dengan itu, ker-ajaan sudah pun membelanja-kan kira-kira purata RM70 juta setiap bulan dengan RM40 juta peruntukan kerajaan negeri dan selebihnya daripada Kerajaan Pusat bagi memberi manfaat dan membantu golongan yang layak menerima bantuan am bulanan JKM mengikut kat-egori seperti warga emas, ibu tunggal dan OKU. Jumlah penerima JKM juga merupakan di kalangan 20,000 peserta yang berdaftar melalui sistem e-Kasih atau melibatkan 500 unit rumah iaitu 9 hingga 10 peratus merangkumi keselu-ruhan penduduk Terengganu. Katanya, kerajaan juga me-nyediakan bantuan atap biru berjumlah RM500,000 di set-iap Dewan Undangan Negeri (DUN) pada setiap tahun. Ba-gaimanapun, kerajaan menyer-ahkan kepada Adun mahupun Pegawai Penyelaras Dun bagi memperuntukkannya kepada jumlah tertentu berdasarkan

keperluan di DUN masing-masing. Pada tahun ini, sebanyak tujuh unit rumah PPRT diper-untukkan pada peringkat awal di setiap DUN dengan kos RM33,000 setiap rumah dan jumlah iru dijangka bertambah melebihi 15 unit pada penghu-jung tahun ini. Selain bina baru, kerajaan juga peka dengan keperluan membaiki rumah dan mem-peruntukkannya kepada tujuh rumah pada tahun ini. Malah, selain RM500,000 disediakan kepada setiap DUN untuk tu-juan itu, peruntukan melalui projek-projek kecil di DUN juga boleh diagihkan bagi membaik pulih rumah ter-masuk menukar bumbung yang rosak dengan kos maksimum RM11,000 seunit. Sementara itu, katanya bagi program pendidikan awal kanak-kanak yang memberi penekanan terhadap penjagaan, pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di bawah umur empat tahun dengan mewujud-kan Taska Keluarga dan Taska permata di setiap DUN. Kerajaan menyediakan 65 Taska Keluarga dan Taska Per-mata di seluruh negeri melibat-kan 3,700 kanak-kanak yang turut memberi faedah kepada ibu bapa yang bekerja. Pada masa yang sama, YB Yahya berkata, seramai 20,000 golongan ibu tunggal turut mendapat perhatian kerajaan negeri, khususnya mereka yang menjadi ahli Kelab Ibu Tung-gal di setiap DUN, selain terli-bat dengan Program Cakna Ibu Tunggal yang disusun kerajaan menerusi YPK. Katanya, empat jenis ban-tuan atau keperluan utama ke-pada golongan itu merangkumi bantuan ekonomi, bantuan un-dang-undang, bantuan kekelu-argaan dan bantuan kesihatan yang melibatkan enam kom-ponen utama iaitu Program Pengupayaan Ibu Tunggal, Bantuan Pengurusan Kelab Ibu Tunggal, Program Peningkatan Ekonomi, Program Bimbin-gan Undang-Undang, Program Bimbingan kekeluargaan dan Pendidikan serta Program Kes-edaran dan Bimbingan Kesiha-tan.

10 Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

YAHYA KHATIB

Page 11: teganukita 37

11Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Menurut statistik, sepan-jang tahun 2010, Terengganu berjaya menarik kira-kira 2.5 juta pelancong melawat negeri ini dan dijangka meningkat ke-pada 3.5 juta tahun ini. Terengganu dijangka me-nikmati pertumbuhan pesat da-lam industri pelancongan pada masa depan di mana kepimpi-nan negeri mengambil tindakan proaktif dalam mengimbangi pembangunan dan pemuli-haraan alam sekitar. Perkara ini dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Pelan-congan, Kebudayaan, Kes-eniaan dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said ketika mengulas lanjut menge-nai agenda tersebut. Terengganu merupakan antara destinasi pelancongan utama di Pantai Timur berikutan keinda-han alam semulajadi di samp-ing memiliki panorama pantai yang menjaminkan kepuasaan kepada setiap pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Dalam usaha meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri, kerajaan negeri mempergiatkan pelbagai usaha menghidupkan kembali tradisi budaya warisan negeri bagi menarik minat pen-gunjung. Rentetan usaha tersebut, kera-

2.5 juta lawat Terengganu tahun lalujaan negeri akan menghidupkan semula semua jenis permainan tradisional yang ada di Tereng-ganu agar warisan berkenaan terus hidup dan bertahan untuk tatapan generasi akan datang. Menurut Datuk Abdul Rahin, Terengganu kaya dengan pelba-gai permainan tradisi dan seni warisan yang menjadi aset pent-ing bagi menarik minat orang ramai serta pelancong luar un-tuk datang ke sini. Katanya, kerajaan bercadang menganjurkan pertandingan permainan tradisional peringkat nasional bagi memberi peluang golongan belia menyertai apa saja permainan mengikut minat masing-masing. Beliau sekadar menyebut be-berapa permainan tradisional yang popular setakat ini iaitu gasing, seni silat, tarian tradisi dan wau yang turut terbahagi

kepada beberapa kategori da-lam setiap permainan. “Contohnya dalam permain-an wau, rata-rata dimonopoli oleh golongan muda bermula dari mencari, meraut buluh, membuat rekabentuk seterus-nya menaikkan wau,” katanya. Tasik Kenyir bakal menjadi destinasi pelancongan utama negeri Terengganu bila siap sepenuhnya kelak. Pulau Bayas akan menjadi hub pusat dagan-gan bebas cukai bakal menjana ekonomi negeri dengan lebih pesat. Beliau berkata, selain meng-galakkan pertumbuhan industri pelancongan, kerajaan negeri juga mengambil pendekatan terhadap pemuliharaan alam sekitar. Pendekatan Terengganu da-lam memajukan industri pelan-congan adalah berbeza ber-

banding negeri lain di Malaysia di mana industri itu di Pantai Barat kehilangan budaya dan warisan kerana membuka jalan kepada pembangunan tanpa garis panduan dan kawalan. Terengganu perlu mengeka-lkan pembangunan sedia ada supaya ciri-ciri unik dapat dikekalkan pada masa depan agar generasi akan datang da-pat menikmati keindahan panorama seperti hari ini. Sementara itu, pengerusi Presatuan Agen-Agen Pelancon-gan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) cawangan Terengganu, Wan Supian Wan Ishak berkata kerajaan neg-eri memberi galakan untuk pembangu-nan hotel dan pusat peranginan, sekaligus

meningkatkan lagi jumlah ke-datangan p e l a n -cong mu-lai tahun ini.

Kerajaan negeri menyasar-kan akan melahirkan 6,000 usahawan Bumiputera teru-tama dalam bidang peruncitan; pengedaran; perhotelan dan hospitaliti; pertanian dan in-dustri makanan halal menjelang 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera berkata, keempat-empat bidang itu berpotensi dijana un-tuk menarik penglibatan rakyat di bidang perniagaan . Berdasarkan kekuatan daripa-da segi maklumat dan sokongan pelbagai agensi seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), pihak kami yakin sasaran ini mampu dica-pai. Katanya, setiap tahun kera-jaan memperuntukkan RM1 juta melalui YPU bagi memberi pinjaman ke-pada usahawan-usahawan untuk membuka perni-agaan baru serta

6,000 usahawan Bumiputera menjelang 2013mengembangkan perniagaan sedia ada. “Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) yang di-bina di Kampung Kubang Jela, Manir membabitkan peruntu-kan RM26 juta dijangka siap akhir tahun depan. Kompleks tiga tingkat ini akan menyediakan ruang niaga untuk disewa, bilik pameran dan pusat pengeluaran moden serta tersusun. Kerajaan negeri menjanjikan kelainan dalam konteks pem-bangunan sektor keusahawa-nan dan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu. Ia bakal menjadi pemangkin kewujudan pusat pertumbuhan baru di kawasan ini dengan kedudukan yang strategik berhampiran jalan baru menghubungkan Losong, Kubang Jela, Jeram dan Gemu-ruh.

Dato’ Haji Mohamed berkata, separuh daripada KUT yang terletak 16 kilometer dari pusat bandar ini akan diubahsuai un-tuk menempatkan T’ Hotel ber-taraf tiga bintang dengan kapa-siti 99 buah bilik. “Dengan kadar RM90 seh-ingga RM220 sehari, hotel ini mampu menyelesaikan masalah kekurangan tempat penginapan bagi menjana sektor pelan-congan di Terengganu serta mewujudkan lebih 80 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. “Manakala sebahagian lagi KUT, akan menempatkan ruang pameran, pusat batik, pusat reka bentuk, pusat kraftangan, pusat kajian produk serta konsep ke-dai francais dan kedai khusus untuk mengkomersialkan produk tempatan,” katanya. Katanya, kompleks ini bakal

beroperasi seperti sebuah ‘mall’ dan

d a -

pat membantu pengusaha tem-patan dari segi penjenamaan dan pemasaran produk mereka. Di samping itu, katanya, kompleks ini bakal menempat-kan ruang pejabat anak syarikat YPU iaitu Cakna Sdn. Bhd. yang menguruskan T’ Shoppe.Kerajaan negeri menyedia-kan peruntukan RM8 juta un-tuk membuka 100 cawangan T’Shoppe menjelang tahun 2013 di seluruh Malaysia. Pada masa kini, terdapat 20 rangka-ian itu termasuk tiga T’Shoppe di luar Terengganu. Melalui slogan `Satu Kampung, Satu Koperasi’ kera-jaan menyasarkan 600 koperasi dengan keanggotaan seramai 500,000 individu. Pada masa sekarang seban-yak 438 koperasi telah didaftar-kan di seluruh Terengganu den-gan keahlian 241,109 orang. Ia dijangka mampu menyumbang

dua pera-

tus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri. Bagi menggalakkan komu-niti luar bandar melibatkan diri dalam bidang perniagaan, kera-jaan telah menyiapkan tujuh projek empat unit rumah kedai dua tingkat daripada 14 buah yang dirancang pada 2009 dan 2010. Enam buah projek masih dalam pelaksanaan manakala satu unit lagi bakal dibina ta-hun depan. Kerajaan bercadang menambaik projek Pusat Per-tumbuhan Desa (PPD) ini ke-

pada lapan unit rumah kedai dua tingkat di beberapa ka-wasan yang akan dikenal-pasti pada ta-hun hadapan.

AWANG TERA

ABDUL RAHIN

Page 12: teganukita 37

MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com12

3TAHUN

Page 13: teganukita 37

raKyat yang berhak menikmati segala pembangunan yang dirancang dan dilak-sana. Rakyat didekati, rakyat didahului, rakyat ditemui, rakyat dimesrai dan rakyat dibantu ke arah kehidupan yang lebih bererti. Justeru itu, bagi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said setiap apa yang kera-jaan rancang dan laksanakan, akhirnya ialah rakyat yang akan menikmati hasil-nya. Bukan setakat berada di bilik berhawa dingin merancang dan melakarkan pem-

MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNANbangunan, tetapi pemimpin turun send-iri melihat suasana sebenar kehidupan rakyat, gunanya membantu perancangan yang lebih berkesan dan memenuhi tun-tutan sebenar rakyat. Bahagia rakyat, bahagialah pimpinan kerajaan, derita rakyat derita bersama; itulah istimewanya Terengganu bumi Darul Iman, pemimpin dan rakyat bersa-ma seia sekata, setangkai sebau, semoga berkekalan selamanya. Semoga dengan pendekatan merakyat ini, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terus berada di hati rakyat.

13Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Page 14: teganukita 37

14 Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Oleh: Esah Abdullah golongan petani, penternak dan nelayan sering dikaitkan dengan kemiskinan dan kesukaran mereka menjalani kehidu-pan harian terus menjadi perbualan, biarpun ra-mai yang telah berjaya membina kehidupan hasil usaha gigih dalam bidang masing-masing. Namun kejayaan anak petani, nelayan dan pen-ternak dalam bidang pendidikan begitu mem-berangsangkan kebelakan-gan ini dan usaha kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bidang pen-didikan dilihat berjaya memberi suntikan seman-gat kepada mereka. “Hanya generasi baru yang mampu merubah ke-hidupan keluarga mereka utuk keluar dari kepom-pong kemiskinan,” kata Pengerusi Jawatankuasa

Pertanian ubah landskap hidupPertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Ashaari Idris. Usaha kerajaan memberi bantuan dan subsidi mem-bantu mereka berdikari dan berusaha menambah pendapatan menyara ke-luarga dalam bidang per-tanian dengan perkenalkan sistem pertanian moden untuk memberi pulangan lumayan kepada petani. “Untuk mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap keperluan beras, kerajaan menggalakkan golongan petani menanam padi secara berkelompok dan dalam bentuk komer-sial,” katanya. Kerajaan telah mewarta-kan kawasan Jelapang Padi Negeri di Setiu dan sudah pun melalui tiga fasa sejak dilancar oleh mantan Per-dana Menteri, Tun Abdul-lah Ahmad Badawi pada 2007 dan mampu menjana pendapatan baik kepada

petani. “Terdapat 9,393 orang penanam padi seluruh neg-eri membabitkan 17,196 hektar kawasan di mana jumlah ini termasuk petani yang mengusahakan padi secara tradisional di kam-pung-kampung,” katanya. Kerajaan negeri juga serius untuk melihat go-longan petani berjaya da-lam mengurus kawasan pertanian masing-masing lebih-lebih lagi ketika mengendalikan tanaman kelapa yang kini sedang mengalami kekurangan bekalan bahan berkenaan. Melalui penyelidikan dan kajian yang dijalankan Jabatan Pertanian, kelapa hibrid atau kelapa Matag ternyata mampu memberi pulangan lumayan kepada petani berdasarkan baka baru yang berbuah lebat antara 15 hingga 25 biji setandan. Mengambil kira kelebi-

han itu, jabatan telah mengagihkan 7,068 benih kelapa berke-naan kepada pekebun kecil seluruh negeri. “Seluas 250 hektar te-lah dikenalpasti di Setiu untuk penanaman kelapa Matag dan projek perintis ini dijangka mampu men-cari contoh terbaik kepada petani serta,” katanya. Kelapa hibrid yang

dikacukan hasil pende-bungaan silang antara

kelapa rendah Malaya dan kelapa Tagnanan

dari Filipina serta mempunyai ciri

agronomi yang baik seperti pertumbu-han cepat selain tidak cerewet un-

tuk dijaga serta sesuai

pada kebanyakan tanah di negeri ini.

Di samping da-pat mengeluarkan hasil

dalam tempoh tiga hing-ga empat tahun selepas berada di tapak pertanian dan mempunyai jangka hayat. sehingga 25 hing-ga 30 tahun untuk ber-tahan. Dalam peruntukan Ba-jet 2011 yang dibentang-kan pada akhir tahun lalu sektor pertanian mem-perolehi bajet keseluru-

han RM25.76 juta. Sehubungan itu peke-bun kecil kelapa yang berjumlah 9,917 orang seluruh negeri membabit-kan kawasan 3,354 hektar disaran untuk menganti-kan pokok kelapa sedia ada yang tidak produktif kepada tanaman kelapa Matag yang tebal isinya dan banyak santan. Jabatan Pertanian Neg-eri Terengganu menyedia-kan peruntukan RM1.18 juta bagi tujuan penanam semula dan pemulihan ka-wasan tanaman menerusi Program Pembangunan Industri Kelapa (PPIK).

Bagi menghargai per-anan dan tanggungjawab imam dan bilal di negeri ini, Kerajaan Terengganu bersetuju menaikkan ba-yaran imbuhan bulanan imam dari RM600 kepa-da RM800 manakala bilal daripada RM450 kepada RM600 sebulan, mulai awal tahun ini. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kera-jaan negeri menyediakan peruntukan yang besar iaitu kira-kira RM12 juta pada setiap tahun bagi membayar elaun imam dan bi-lal yang bertang-g u n g -j a w a b m e m -bantu

Nasib imam, bilal dibelamengimarahkan masjid. Pada masa yang sama, kerajaan negeri akan mempertimbangkan per-mohonan Jabatan Hal Eh-wal Agama Terengganu (JHEAT) agar dihidupkan semula bantuan khas tam-bang penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik untuk menunaikan fardu haji kepada imam dan bi-lal masjid mukim, yang berkhidmat melebihi 10 tahun dan belum pernah menunaikan haji. Kerajaan negeri

juga akan

meneruskan Program Anugerah Imam Bilal Cemerlang yang dimu-lakan sejak tahun 2006, sebagai motivasi kepada golongan tersebut untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Pengerusi Jawatankua-sa Agama dan Peneran-gan negeri, Haji Kazan Che Mat, berkata pada tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2.1 juta bagi melak-sanakan pelbagai program seperti kursus keagamaan dan lati- h a n , w a -

cana serta seminar, khusus untuk memartabatkan agama Islam. Beliau berkata, pada tahun lepas, kerajaan neg-eri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) meluluskan peruntukan kira-kira RM2.5 juta bagi mengadakan 25,691 ak-tiviti termasuk ceramah/kuliah agama di masjid dan surau, Kelas Pengaja-ran Agama di pejabat dan Kelas Mendalami Agama (Tafakkuh) di seluruh negeri. “Bagi program Skim Menghafaz al-Quran pula, kerajaan negeri menye-diakan peruntukan kira-kira RM2 juta setahun bagi membayar elaun kepada para hafiz dan hafizah,” ujar beliau. Dalam hal ini, mer-eka yang menghafaz al-Quran, termasuk pelajar Sekolah Menengah Im-tiaz dan Institut al-Quran boleh menghubungi JHEAT bagi mendap-atkan keterangan lanjut dan menghadiri ujian ke-layakan agar mereka da-

pat menikmati elaun yang disediakan melalui skim berkenaan. Pihak JHEAT men-gadakan ujian kelaya-kan secara terbuka bagi menguji para hafiz dan hafizah di mana mereka yang hafal 30 juzuk akan diberi imbuhan sebanyak RM1,000 sebulan sebagai galakan kepada mereka untuk terus menghafal ayat-ayat suci tersebut. Menurut beliau, kera-jaan negeri juga mengada-kan majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri pada setiap tahun bagi memilih wakil negeri ini ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui pendidikan pra-sekolah pula, kanak-kanak tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) yang berusia antra lima hingga enam tahun bu-kan saja diberi peneka-nan kepada pembelajaran al-Quran, tetapi mereka sudah mampu khatam al-Quran pada usia yang be-gitu muda lagi. Pada tahun 2008 se-ramai 2,660 kanak-kanak

telah khatam al-Quran, diikuti 4,622 orang pada tahun berikutnya dan 6,246 pada tahun 2010. “Kanak-kanak terse-but bukan setakat mampu khatam al-Quran pada usia yang muda, tetapi lebih membanggakan ada di antara mereka yang mampu menghafal surah Yaasin sebelum menjejak kaki ke bangku sekolah rendah,” katanya. Pada tahun 2008, se-ramai 142 orang kanak-kanak tadika di seluruh negeri telah hafaz surah Yaasin dan 22 orang hafaz surah tersebut beserta den-gan terjemahannya sekali. Manakala pada tahun 2009 pula seramai 177 orang hafaz surah Yaasin sementara 93 orang lagi hafaz surah Yaasin den-gan terjemahan.

ASHAARI IDRIS

KAZAN CHE MAT

Page 15: teganukita 37

15Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

P e r a n c a n g a n pembangunan negeri memberi fokus kepada tiga kriteria utama iaitu perancangan, pelaksan-aan dan pemantauan di mana melalui pemban-gunan yang sistematik dapat membantu sektor lain menyumbang kepada penjanaan pendapatan rakyat. Pengerusi Jawa-tankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Ke-mudahan Awam negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib, berkata tumpuan diberi terhadap beberapa komponen pembangu-nan prasarana meliputi rangkaian jalan, bekalan air, elektrik, pengangku-tan awam, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan telekomunikasi . Melalui Pembiayaan Kumpulan Wang Ama-nah Pengangkutan Awam

Sistem pengangkutan, jalan raya dimajukan

(KWAPA) Kerajaan Pusat memperuntukan RM112.05 juta untuk mempertingkatkan tahap pengangkutan awam di negeri ini. “Antaranya ialah pem-binaan Terminal Berse-padu di Kuala Tereng-ganu, Terminal baru di Dungun, Besut, Kema-man dan Marang serta menaiktaraf terminal di Setiu, Pembinaan Ter-minal `Park dan Ride’, `Transit Point ‘ di Hulu Terengganu serta hentian bas,” katanya. Pembinaan jalan KT-Bypass akan diteruskan sebagaimana yang diran-cang di kawasan bandar baru Bukit Besar dengan memastikan satu sistem rangkaian jalan yang sistematik dan teratur un-tuk menghubungkan Jam-batan Pulau Sekati, Jalan Tok Kong Bukit Guntong

dan Jambatan Losong Feri ke Bukit Datu. Jalan-jalan sokongan lain termasuklah Jalan Gong Nangka ke Bukit Kor, Marang; Jalan Mak Jintan, Setiu ke Batu Rakit, Kuala Tereng-ganu; jalan Tanjung Baru/Lerek/Kepah di Hulu Terengganu; jalan Pecah

Rotan ke Kampung Lin-gai, Kuala Terengganu dan naiktaraf Jalan Kubu ke Felda Chadur di Ma-rang. Keutamaan juga diberi terhadap projek pembi-naan velodrom lumba basikal bertaraf antara-bangsa di Kampung Balai Besar, Dungun serta be-berapa cadangan projek bangunan pentadbiran dan pembangunan ka-wasan bandar. Di bawah strategi pembangunan kedua iaitu mewujudkan sistem saliran sempurna dan terancang bagi mengatasi masalah banjir termasuk baiki sistem saliran, muara sungai dan hakisan pantai untuk beri kes-elesaan dan kesejahteraan kepada rakyat turut men-erima peruntukan yang besar. Katanya, rancangan

tebatan banjir menerima peruntukan RM1,019 bil-lion, program pemulihan sungai-sungai Tereng-ganu (RM169.5 juta), mengorek dan men-dalamkan kuala-kuala sungai (RM573 juta), mencegah hakisan pan-tai (RM163 juta), sistem saliran bandar (RM185 juta) dan pelan induk sa-liran bandar (RM7 juta). Di bawah strategi pembangunan ketiga ter-tumpu kepada menam-bah bekalan air bersih, berkualiti dan mencuku-pi serta memberi seratus peratus liputan bekalan air bersih di bandar dan luar bandar melalui be-berapa pendekatan yang dirancang. Ini termasuklah me-mastikan sumber beka-lan air mencukupi dan berkualiti dengan me-mulihara dan memperlu-

askan kawasan tadahan air serta pertingkatkan kualiti bekalan menje-lang 2015 di samping meningkatkan kecekapan operasi loji. Usaha sedang dibuat untuk menaik taraf sistem bekalan air di pulau-pulau peranginan termasuk me-nyediakan perkhidmatan penduduk setempat serta menggalakkan industri pelancongan serta men-gurangkan peratus ke-hilangan Air Tidak Ter-akuan (NRW) kepada 30 peratus menjelang 2015. Kerajaan negeri juga membelanjakan RM82.50 juta bagi melaksanakan projek pembangunan bekalan air seluruh negeri dua ta-hun lalu (2009) di mana RM72.5 juta adalah sum-ber pinjaman pusat dan RM10 juta sumber lang-sung negeri.

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Terengganu sebagai hub pelaburan yang berkom-petitif di rantau Asia dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dan perubahan supaya lebih banyak syarikat tempa-tan dan asing menyatakan minat untuk melabur. Program promosi pelaburan dan menaik taraf infrastruktur di ka-wasan sedia ada giat di-jalankan manakala lokasi berpotensi sebagai ka-wasan perindustrian akan terus dikenalpasti dan dis-elia bagi memastikannya mendapat keuntungan. Berdasarkan perang-kaan yang dicatatkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Lem-baga Kemajuan Perindus-trian Malaysia (MIDA) sebanyak RM2.8 bilion pelaburan dicatatkan pada tahun lalu, membabitkan 42 projek bermutu tinggi. Sebanyak RM2.1 bil-ion melibatkan pelaburan tempatan dan RM217 juta adalah pelaburan as-ing yang yang berminat

Terengganu bakal jadi hab pelaburanmelabur di pelbagai loka-si di Terengganu. Kawasan perindustrian Kerteh menjadi lokasi paling popular pelabur diikuti daerah Kemaman, Kuala Terengganu, Telok Kalong, Cheneh Baru Ketengah, Wakaf Tapai dan Batu Rakit. Kawasan Kerteh dan Kemaman menjadi lokasi pilihan berikutan terdapat bahan mentah seperti pe-troleum, petrokimia, sa-lika, minyak dan gas asli. Seramai 7,349 peluang pekerjaan dapat ditawar-kan kepada rakyat teru-tama golongan belia dan graduan Institut Penga-jian Tinggi Awam serta swasta hasil daripada pelaburan itu. Antara projek atau bi-dang yang memperoleh pelaburan tertinggi adalah

petroleum dan petrokimia iaitu mencatatkan RM1.8 bilion; penambaikan dan menaik taraf kilang mem-proses gas (RM300 juta); kimia dan barangan kimia (RM209 juta); barangan logam asas (RM236 juta) dan kilang ikan baja men-catat jumlah pelaburan sejumlah RM45 juta. Manakala barangan galian bukan logam men-catatkan jumlah pelaburan sebanyak RM44 juta; ba-

rangan elektrik dan elek-tronik (RM35 juta) dan barangan logam diben-tuk mendapat pelaburan RM15 juta. Pengerusi Jawatankua-sa Perindustrian, Perda-gangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw, berkata pelbagai pendeka-tan dilaksanakan kerajaan negeri semata-mata ingin menarik minat pelabur merancakkan ekonomi Terengganu. Katanya, ini termasuk menjalinkan hubungan baik serta mewujudkan misi perdagangan antara pelbagai negara terutama yang mempunyai ekono-mi kukuh seperti Jerman, China, Singapura, Cuba dan sebagainya.

“Apabila mampu mewujudkan hubungan dua hala, pihak kami akan memberi taklimat dengan memberitahu kelebihan yang dimiliki Terengganu iaitu petrokimia, bahan galian dan logam serta bahan plastik dan polim-er. “Kerajaan negeri juga turut mengadakan per-jumpaan dengan mana-mana persatuan perni-agaan terutama yang terlibat dengan industri berat dengan menawar-kan supaya turut melabur di Terengganu,” katanya. Menurutnya, apa-bila mereka menyatakan persetujuan untuk berbuat demikian, pelbagai man-faat mampu diperoleh

syarikat tempatan dengan membuka perniagaan hil-iran. Tidak ketinggalan, ker-ajaan negeri turut mem-beri penekanan terhadap pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui projek berprofil tinggi se-cara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) seperti pro-jek ̀ Metro Ethernet Fiber Optik’. Projek itu adalah tu-lang belakang rangkaian internet serta pembinaan pusat data di kawasan Perindustrian Batu Rakit, Kuala Terengganu dan pertama seumpamanya di Pantai Timur.

ZA’ABAR MOHD ADIB

TOH CHIN YAW

Page 16: teganukita 37

16 Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Oleh: Aida Abd Rahman

Menyedari sukan menjadi penunjuk atau indeks kemajuan pembangunan sesebuah negara selain mampu menjulang nama negeri dan negara di persada dunia, Kerajaan Terengganu satu-satunya negeri yang sang-gup melabur besar bagi menjana bidang itu, baik penyediaan atlet dan juga prasarana yang serba moden dan lengkap. Malah,peruntukan keseluru-han yang kadangkala berjumlah kira-kira RM40 hingga RM50 juta setahun itu antara lain juga bermatlamat bagi melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama negeri dalam pelbagai jenis sukan seh-ingga ke persada dunia. Kerajaan memperuntukkan RM1.5 juta setahun sebagai dana menyuntik semangat dan pengiktirafan yang berbaloi den-gan jasa serta sumbangan setiap atlet di pelbagai peringkat ke-jayaan. Sebagaimana umum menge-tahui, Terengganu menjadi `ki-lang’ yang melahirkan ramai atlet bertaraf dunia. Dalam su-kan berbasikal, Mohamad Azi-zulhasni Awang, Anuar Manan, Mohd Hariff Salleh dan Fatihah Mustaffa antara anak tempatan yang bakatnya digilap daripada persatuan peringkat negeri dan akhirnya mampu menyerlah di peringkat Asia serta dunia. Kejayaan Azizulhasni mer-angkul pingat Perak dalam Ke-johanan Lumba Basikal Trek Dunia di Poland dua tahun lalu melayakkan anak muda dari Dungun itu menerima ganja-ran RM20,000 beserta sebidang tanah daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Sementara Anuar pula men-erima RM10,000 serta satu lot tanah selepas muncul selaku Raja Pecut dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010. Sebagai juara Sukan Malay-sia (Sukma) 2008, setiap atlet yang meraih pingat emas layak menerima RM3,000, perak RM2,000 dan RM1,000 untuk pinat gangsa. Demi memasti-kan kesinambungan kejayaan atlet dalam temasya itu, Men-teri Besar menunaikan jan-jinya dengan menaikkan kadar insentif itu pada sukma 2010 apabila pemenang pingat emas memperolehi RM5,000, diikuti

Pelaburan besar cetus kegemilangan sukan negeri

perak (RM3,000) dan gangsa RM2,000. Terbaru, hampir RM100,000 diperuntukkan untuk Insentif Skim Kemenangan (Shake) dan Insentif Skim Wakil Negara (Swara) kepada 18 atlet dalam acara lumba basikal, skuasy, hoki lelaki, hoki wanita, sepak takraw, ragbi dan angkat berat. Dalam perasmian kontin-jen dan logo baru Terengganu dengan slogan `Terengganu Hanelang’ (handalan) yang bakal menyertai Sukma Ke-14 2011 di Kuala Lumpur 2 Jun hingga 12 Jun depan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat turut menzahirkan hasrat serupa dan

pastinya mahu melihat Tereng-ganu selaku kuasa baru sukan negara terus mengulangi ke-jayaan itu. Timbalan Setiausaha Kera-jaan (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda diberi mandat untuk mengetuai pasu-kan Terengganu selaku ketua kontinjen bagi menggalas misi meraih 24 pingat emas dalam Sukma ke-14 nanti. Pelantikan Dato’ Wan Aha-mad signifikan dengan komit-men beliau yang banyak memberi perhatian terhadap pembangunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Tereng-ganu (MSNT) yang terletak di bawah kawalan beliau. Malah, beliau bersama Menteri Besar juga antara dua watak utama yang merealisasikan penubuhan Terengganu Pro-Asia Cyling Team (TSG). Pasukan profesional yang mewakili benua Malaysia itu sudahpun membuktikan pelba-gai kejayaan dalam sekurang-kurangnya enam penyertaan peringkat Asia serta dunia ter-masuk di LTdL 2010 sehingga Jelajah Malaysia 2011 selaku pasukan terbaik negara sejak

penubuhannya lima bulan lalu.“Kita memiliki ramai bakat muda dan pelapis dalam sukan berbasikal. Kita ada kira-kira 30 atlet yang mewakili Sukma dan sebab itulah kita menubuhkan TSG bagi memastikan atlet dari-pada Terengganu mampu meny-erlah di peringkat negara serta dunia, selain mendapat penda-patan lumayan setanding den-gan pengalaman dan pencapaian yang ada,” kata YB Rozi lagi. Usaha mencari bakat baru dalam sukan tidak pernah henti dan antara program yang sudah masuk edisi ke tiga tahun pen-ganjuran adalah `Terengganu City Night Game’ yang dijalank-an pada minggu ketiga setiap bu-

lan. Setiap penganjuran yang memakan belanja kira-kira RM60,000 itu akan dilaksanakan pula ke setiap daerah bagi me-mastikan penyertaan yang lebih menyeluruh dan menggalakkan aktiviti lebih sihat di kalangan muda-mudi di Terengganu. Selain itu, katanya meman-dangkan hampir 90 peratus belia di Terengganu meminati sukan permotoran, kerajaan berhasrat mewujudkan litar lumba dengan lokasi khas sudah dikenalpasti pada tahun ini, sebagai usaha mencungkil bakat dalam sukan ekstrem itu. “Pada masa yang sama, se-jak beberapa tahun lalu, kera-jaan negeri memperuntukkan RM350,000 di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan konsep satu futsal, satu DUN. Selain itu, Kerajaan Pusat juga membangunkan satu gelanggang futsal di setiap Parlimen bagi memastikan belia Terengganu mempunyai tempat bersukan dan beridah,” katanya. Dalam sukan bola sepak, Terengganu tidak pernah ketan-dusan dengan bakat baru dan pe-main yang menyinar di pering-

kat negeri dan negara. Terbaru, kerajaan mengiktiraf enam anak Terengganu yang menjulang nama Malaysia ketika Kejo-hanan Piala Suzuki AFF 2010 di Bangkok apabila setiap pe-main menerima RM5,000 dan sebidang tanah. Di majlis penyampaian in-sentif itu, Menteri Besar turut menyampaikan dana kepada dua pasukan bola sepak profe-sional, Terengganu dan T-Team yang membariskan ramai bin-tang dan tidak kurang juga se-bahagian besarnya anak Tereng-ganu sendiri. Kerajaan negeri melalui MSNT merancang mekanisme jangka masa panjang untuk at-

let di Terenganu bermula seko-lah rendah sehingga ke sekolah menengah. Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu umpamanya, menjadi in-stitusi pendidikan yang menem-patkan pelajar yang memiliki bakat sukan dan mereka dibayar insentif khas sepanjang berada di sekolah itu. Malah baru-baru ini, Menteri Besar bersetuju me-nyediakan bantuan biasiwa jika pelajar berkenaan masih tidak mendapat sebarang bentuk ban-tuan pelajaran yang lain. Dari aspek lainnya, YB Rozi berkata, sesuai dengan latar alam semula jadi dan geografi negeri serta disokong dengan kemudahan prasarana bertaraf dunia, pelbagai penganjuran sukan antarabangsa berjaya di-anjurkan di Terengganu seperti Piala Kuda Lasak Dunia Sul-tan Terengganu, Formula Fu-ture dan Piala Monsun Pulau Duyong. Lain-lain acara, `Kapas-Ma-rang International Swimathon’, `Kenyir Motocross Champion-ship’, `Terengganu Masters- Golf’, `Kenyir Lake Interna-tional Triathlon’, `Terengganu Starhill Tasik Kenyir 4x4

Challenge’, `Terengganu Inter-national 4WD Rainforest Chal-lenge’ dan FEI World Endurance Championship. Kesemua penganjuran ini menjadi `trademark’ dan hala tuju terhadap kemajuan sukan apabila anak Terengganu tu-rut menimba pengalaman dan mendapat pendedahan bagi mencapai kejayaan lebih baik daripada ahli sukan profesional yang sedia ada,” katanya. Selain sukan, pembangunan belia juga dititikberatkan kera-jaan walaupun ada pertelagahan pendapat mengenai peruntukan bagi memajukan persatuan belia di seluruh Terengganu. YB Rozi berkata, dalam hal

itu, rakyat Terengganu khusus-nya belia sepatutnya lebih bersyukur kerana Terengganu menjadi antara negeri yang mengeluarkan peruntukan pal-ing besar, iaitu melibatkan kira-kira RM26 juta bagi program Dana Bakti Remaja yang diagi-hkan kepada setiap belia yang memenuhi syarat ditetapkan ter-masuk perlu menghadiri kursus dua hari. Kerajaan negeri juga akan berusaha untuk mewujudkan `Satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Satu Belia’ sebagai platform memerangi pelbagai masalah sosial dan mengaktif-kan belia dengan kegiatan ber-faedah di peringkat kampung atau cawangan masing-masing. Selain itu, menerusi Jabatan Belia dan Sukan Terengganu (JBST), kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran untuk mewujudkan 1,000 pertubuhan belia di seluruh negeri menje-lang akhir tahun ini, bagi men-galakkan golongan berkenaan bergerak secara berkumpulan melalui pelbagai aktiviti da-lam persatuan di peringkat akar umbi.

ROZI MAMAT

Page 17: teganukita 37

17Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Oleh: Esah Abdullah

Kerajaan negeri mempe-runtukkan RM72 juta di bawah Tabung Dana Khas khusus un-tuk pembangunan kesihatan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, dana khas ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Menaiktaraf Perkhidmatan Perubatan (MPP) (RM62 juta) dan Kebajikan So-sial Perubatan (KSP) sebanyak RM10 juta. Katanya, di bawah MPP, pel-bagai peralatan canggih dan ter-kini telah dibeli bagi membantu Jabatan Kesihatan Terengganu (JKT) memberi khidmat ter-baik dan bertaraf dunia kepada rakyat di negeri. Antaranya termasuklah 20 buah ambulans (RM3.2 juta), Mesin Tomografi Berkomputer (MSCT) (RM5.2 juta), Mesin Echocardiography (RM1 juta) dan peralatan untuk Program Perkhidmatan Reproduktif (PPR) (Bayi Tabung Uji) se-banyak RM500,000. Manakala di bawah KSP pula lebih menjurus kepada mem-bantu pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan membi-ayai rawatan termasuk pembe-lian peralatan seperti kaki pal-su, mesin oxygen concentrator, implant, lampin pakai buang, bekalan susu khas dan seba-gainya. “Sehingga akhir tahun lalu 3,165 orang pesakit telah mendapat bantuan berkenaan dengan jumlah perbelanjaan RM8.6 juta atau 82 peratus te-lah dibelanjakan,” katanya.Selain itu katanya, di bawah PBTU, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah berjaya melahirkan dua bayi (lelaki dan perempuan) yang dilahirkan 31 Ogos tahun lalu iaitu serentak dengan tarikh ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia . HSNZ merupakan satu dari-pada empat hospital kerajaan

di negara ini yang menawar-kan PPR dan

Peruntukan RM72 j untuk kesihatansetakat ini lima orang ibu ber-jaya melahirkan bayi termasuk seorang ibu lahirkan bayi kem-bar. “Kewujudan perkhidmatan ini telah memberi penghargaan baru kepada pasangan yang su-kar mendapatkan zuriat dengan bayaran yang jauh lebih murah berbanding di hospital swasta,” katanya. Katanya, kerajaan juga telah membeli sebuah mesin berkom-puter beharga RM2 juta yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan di mana mesin ini juga dapat diperting-katkan keupayaannya sehingga 128 imej. “Mesin ini juga mempunyai banyak kelebihan berbanding mesin CT scan biasa terutama bagi imejan dan isotropic bagi tujuan rekonstruksi multiplana (MPR) yang dapat menge-san sebarang pesakit dengan lebih terperinci serta berupaya melakukan pemeriksaan CT Kardiak, CT Colonografi, CT Angiografi, imej 3D dan Fluo-roscopi, semasa kes-kes inter-vensi radiologi,” katanya. Katanya, pembelian mesin ini sejajar dengan senario bi-dang perubatan negeri yang kian maju dan lebih membang-gakan, Terengganu merupakan negeri pertama di negara ini dan Asia Tenggara yang meng-gunakan peralatan canggih ini. Sementara itu, melalui Lem-baga Tabung Amanah Warisan telah memperuntukkan RM22 juta untuk membuka pusat pe-rubatan pakar harian dikenali sebagai Pusat Perubatan iHeal di Midvalley, Kuala Lumpur dengan menguasai 60 peratus kepentingan sahamnya. “Pusat ini dibina untuk ke-mudahan orang ramai termasuk rakyat Terengganu sekiranya terdapat kes-kes kritikal yang

memerlukan rawatan pakar di mana pelbagai kemuda-han disediakan di sini me-liputi pergigian, jantung, neuro, strok, kanser, payu dara, rawatan anti penuaan dan pembeda- h a n

plastik serta kolagen,” katan-ya. Menurut Dr. A. Rahman pusat ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin, memulakan operasi pada perte-gahan tahun lalu merupakan yang pertama seumpamanya milik kerajaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Multi-Slice CT Scan tercang-gih mengandungi 640 slice berharga lebih RM8 juta. Selain itu kerajaan juga mem-punyai tiga lagi pusat perubatan iaitu Kelana Jaya Medical Cen-tre di Selangor, Kuantan Medi-cal Centre di Pahang dan Kuala terengganu Specialist Hospital di Terengganu yang meng-gambarkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan kesiha-tan kelas dunia. Meneruskan legasi keperi-hatinan kerajaan menyedia-kan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, RM27 juta telah dilaburkan untuk membeli `Strawberry Park’ di Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri di mana peran-cangan mewujudkan institut ini sebagai ‘serampang dua mata’ iaitu memperkenalkan konsep pelancongan perubatan (medi-cal tourism) di negeri ini. “Institut ini akan dijadikan sebagai `post-treament cen-tre’ untuk pesakit yang selesai menjalani pembedahan jan-tung, sesuai dengan lokasinya di tepi pantai yang suatu waktu dulu menjadi tumpuan pelan-cong,” katanya. Kerajaan juga akan menaik taraf makmal dadah di Jaba-tan Patologi HSNZ untuk me-nyediakan perkhidmatan ujian pengesanan ‘Amphetamine Type Simulant (ATS) yang melibatkan perbelanjaan pen-gubahsuaian makmal dan pem-belian peralatan RM1.5 juta. “Katanya, ujian pengesan-an ATS dapat membantu agensi yang terlibat terutama pihak polis mempercepatkan kes pe-nyalahgunaan dadah terutama jenis ATS.

“Ini kerana set-iap tangkapan kes yang me-merlukan ujian p e n g e s a h a n

terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan ini men-gakibatkan tertuduh terpaksa direman lebih lama di lokap se-mentara menunggu keputusan ujian,” katanya. Menurut Dr. A. Rahman, pusat ATS ini dapat membantu mempercepatkan penyelesaian kes dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah dan Terengganu satu-satunya negeri di Pantai Timur dan kedua di negara ini selepas Kuala Lum-pur yang menyediakan perkhid-matan ini. Sementara itu, isu bekalan dan kenaikan harga menjadi tumpuan utama Pejabat Perda-gangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu yang membabitkan bekalan gula, minyak masak dan kelapa. “Beberapa tindakan telah di-ambil bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barangan juga tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga termasuklah pemantauan fizikal setiap hari di lokasi pasar awam, pasar tani, pasar malam, kedai runcit, pasar raya dan hypermarket di seluruh daerah di negeri ini,” katanya. Bahagian penguatkuasa juga katanya, sentiasa mendapatkan maklumat barang kawalan se-cara terperinci dan berkala di peringkat pengedar dan pem-borong, membuat pemeriksaan segera ke atas aduan pengguna dan mengambil tindakan ke atas peniaga yang tegar. Sehubungan itu PPDNKK telah melaksanakan program berkaitan kepada kumpulan sasar terdiri dari komuniti se-tempat, pelajar dan guru-gu-ru dan telah membelanjakan RM856,000 membabitkan 170 program yang dijalankan sejak 2008-2010. Di bawah Program Penge-daran Barang Perlu (PPBP) yang dilaksanakan di Pulau Perhentian, Besut dan Kam-pung Basong, Hulu Terengganu dengan kos RM67,740 dan item utama ialah gula, minyak ma-sak, tepung gandum, beras, Lpg petronas dan 50 item barangan keperluan utama penduduk. Katanya, program ini ber-tujuan menyamaratakan harga barang keperluan di setiap pe-

lusuk dan memastikan setiap peringkat rakyat dapat merasa satu harga yang seragam sama ada di bandar atau di luar ban-dar. Beberapa lokasi baru sudah dikenalpasti tahun ini untuk di-laksanakan program berkenaan antaranya ialah Sungai Sayap, Keruak, Besut, Mukim Pasir Raja, Hulu Terengganu dan Pu-lau Redang, Kuala Terengganu. Sementara itu, kempen mem-banteras aktiviti cetak rompak dan penjualan barang tiruan ter-us diperhebatkan untuk mem-beri kesedaran kepada peniaga di samping melindungi peng-guna. “Sejumlah 926 kes dikenakan tindakan dalam tempoh 2008-2010 dan disabitkan dengan be-berapa akta kepenggunaan ter-masuklah Akta Kawalan harga 1946 (408 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 (58 kes), Akta Sewa Beli 1967 (7 kes). Akta Timbang dan Sukat (165 kes), Akta Prihal Dagan-gan 1972 (209 kes), Akta Hak Cipta 1987 (30 kes), AktaJualan langsung 1993 (1 kes), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (48 kes) dan tiada kes dalam Akta Careka Optik 2000,” ka-tanya. Katanya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini seban-yak 77 kes telah dikenakan tindakan dan Akta Timbang dan Sukat menyumbang jum-lah terbesar iaitu 47 kes diikuti Akta Kawalan harga 17 kes, Akta Prihal Dagangan (9) dan masing-masing dua bagi Ak-tarPerlindungan pengguna dan Akta Kawalan bekalan. Tahun ini katanya, PPDNKK akan meneruskan tanggung-jawab yang diamanahkan dan memperuntukan RM390,000 untuk melaksanakan 60 pro-gram di seluruh negeri. PPDNKK juga memperkenal-kan program Tranformasi Kedai Runcit (Tukar) dan Pemodenan Bengkel Automotif (Atom) yang akan emmberi penekanan kepda peruncit dan pengusaha bengkel yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh jabatan.

A. RAHMAN MOKHTAR

Page 18: teganukita 37
Page 19: teganukita 37

MIMBARSusunan : Raja Faisal Sumber : JHEAT

19agama

Program T-Skor: Akram sedia 12,000 soalan sebulan

YDP, pegawai daerah serius tangani denggi

guru-guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) menyediakan 12,000 soalan sebulan bermula Januari lalu un-tuk semua pelajar yang menghadapi peperiksaan awam pada pertengahan dan hujung tahun ini. “Fokus soalan tertum-pu kepada subjek pent-ing yang terdapat pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penila-ian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Si-jil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” kata Setiausaha Akram, Encik Nordin Ambak. Guru Akram terba-hagi kepada 12 bidang termasuk Matematik,

Sains, Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina, ICT dan Perkomputeran, Pendidikan Islam, Ka-jian Kemasyarakatan, Teknik dan Vokasional, Penyelidikan, e- pantau dan Korikulum Rendah/Akram Rendah di mana setiap bidang akan me-nyumbang 1,000 soalan sebulan. Encik Nordin berkata, setiap soalan akan dise-mak oleh satu panel khas terdiri daripada Jawa-tankuasa Penilaian diang-gotai 14 guru-guru pakar dan cemerlang yang di-lantik Jabatan Pelaja-ran Negeri Terengganu (JPNT). “Melalui kerjasama

dengan Top IT Sdn Bhd, soalan-soalan berke-naan akan diakses terus dengan menggunakan nombor identiti pelajar terbabit bagi tujuan latih tubi,” katanya. Terdapat 800 guru Akram terpilih antara

guru-guru cemerlang se-luruh negeri dan bertang-gungjawab menyediakan soalan untuk Program T-Skor dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadikan Negeri An-jung Ilmu.

yang dipertua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah selu-ruh Terengganu digesa mengambil serius kaedah pengurusan sampah dan kebersihan di kawasan masing-masing bagi mengelak peningkatan kes demam denggi di negeri ini. Pengerusi Jawatankua-sa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata peranan dua pemimpin di setiap daerah itu amat penting untuk memastikan wabak denggi tidak terus menu-lar dan mencatat angka yang membimbangkan. Katanya, dalam Me-syuarat Majlis Tindakan Negeri yang terbaru, Jabatan Kesihatan Neg-eri turut meminta yang dipertua pihak berkuasa tempatan serta pegawai daerah menekankan as-pek penjagaan alam sekitar dan kebersihan di kawasan pentadbiran masing-masing. Bagaimanapun, menu-rut Dr A Rahman, rekod negeri menunjukkan sejak beberapa minggu lalu, catatan kes demam denggi lebih rendah dari-pada tahun lalu dan bera-da di bawah median tiga tahun. Beliau berkata demiki-an kepada Teganukita se-bagai mengulas laporan akhbar Berita Harian, baru-baru ini mengenai Terengganu antara tujuh

negeri yang mencatat peningkatan kes demam denggi dalam tempoh seminggu mulai 13 Feb-ruari lalu, menjadikan 420 kes berbanding 391 kes pada minggu sebel-umnya. Mengikut statistik ter-baru yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Terengganu dan Johor meningkat 12 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kes),

Sabah (sembilan), Sara-wak (lapan) dan Melaka tujuh kes. Dr A Rahman juga ber-harap semua masyarakat mengambil langkah proaktif bagi menangani isu ini lebih awal serta tidak hanya mengharap-kan tindakan jabatan kes-ihatan dan pihak berkuasa tempatan semata-mata untuk membersihkan ka-wasan mereka apabila dikesan terdapat kes de-

mam denggi. “Kesedaran dan men-taliti individu lebih pent-ing dalam isu menjaga alam sekitar dan kawasan sekeliling terutama sekitar rumah sendiri. Jangan bi-arkan sampah merata-rata, longkang dan parit tidak diselenggara dengan betul sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan punca kepada pelba-gai wabak lain,” katanya.

Ahad, 20 Mac 2011

Guru-guru Akram menerima komputer riba daripada Kerajaan Negeri Terengganu bagi memudahkan mereka menyediakan soalan-soalan dalam Program T-Skor.

Kebersihan harus diutamakan bagi memastikan wabak denggi tidak terus menular dan mencatat angka yang membimbangkan.

Page 20: teganukita 37

am20 am

Imam perlu latihan sebelum baca khutbah

Terlalu awal tentukan soal calon

Pokok vanila tanaman berpotensi tinggi

3,600 guru bakal terima komputer ribaOleh: Kamarudin

Mat Akib

iMaM-imam di negeri ini diminta supaya membaca isi kandungan khutbah terlebih dahulu sebelum menyampaikan kepada jemaah pada hari Jumaat, agar ia dapat disampaikan dengan lebih lancar. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, jika bacaan khut-bah disampaikan dalam keadaan kurang lancar, para jemaah tidak dapat menghayati kandungan-nya dan kadangkala seba-hagian besar jemaah tidak khusyuk serta mengantuk ketika khutbah dibacakan. Beliau berkata, jika keadaan itu berlaku has-rat pihak berkuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan peneran-gan kepada rakyat mela-lui khutbah tidak akan tercapai kerana ia kurang mendapat perhatian je-maah. “Biasanya khutbah Ju-

maat diedar ke masjid-masjid lebih awal, jadi eloklah imam-imam baca dulu kandungan khutbah ini sebelum disampaikan kepada jemaah masjid,” katanya ketika berucap pada majlis Bicara Ekse-kutif : Multaqa YAB Men-teri Besar bersama Imam dan Bilal di Pusat Kon-vensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, ada ses-etengah imam tidak me-neliti langsung khutbah yang diberikan kepada mereka, hinggalah pada hari Jumaat dan mer-eka membacanya dalam keadaan tidak lancar. Lebih menyedihkan ada imam yang salah me-nyebut perkataan tertentu, khususnya yang diambil daripada perkataan bahasa Inggeris atau terma-terma tertentu seperti H1N1. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar turut meminta imam dan bi-lal mengadakan program

pengimarahan masjid yang turut memberi tumpuan kepada usaha menarik golongan muda ke tempat ibadat itu. Beliau berkata, lang-kah itu penting kerana kehadiran golongan muda ke masjid secara tidak langsung boleh menghin-darkan mereka daripada terjerumus dalam kegiatan yang boleh merosakkan masa depan mereka serta merugikan negara. “Dalam hal ini, imam

dan bilal serta jawa-tankuasa masjid boleh menggunakan sebahagian daripada tabung masjid untuk menjalankan pro-gram-program pengi-marahan dari semasa ke semasa. “Kerajaan negeri sendiri sedia membantu men-jayakan pelbagai program pengimarahan masjid bagi memastikan kedatangan jemaah terus bertambah,” ujar beliau.

Pengerusi Badan Per-hubungan UMNO Tereng-ganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegaskan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi men-genai calon-calon yang akan bertanding pada pi-lihan raya umum akan da-tang. Sehubungan itu, be-liau tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai calon mana yang perlu bertanding atau wakil rakyat mengundur-kan diri bagi memberi la-luan kepada muka baru. “Terlalu awal untuk ko-men, kita tak tahu lagi bila piliihan raya (umum) akan diadakan,” katanya kepada wartawan ketika diminta memberi komen menge-nai lima wakil rakyat da-lam Umno Bahagian Be-sut yang dikatakan sedia berundur bagi memberi laluan kepada muka baru bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Mengikut laporan akh-bar , bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) Jertih dan Ahli Parlimen Besut, Dato’ Dr Abdullah Md Zin, sepakat menyatakan kesediaan untuk berundur bagi memberi laluan kepa-da calon baru bertanding.

Tiga lagi Adun lain yang menyatakan has-rat sama ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian yang juga Adun Hulu Be-sut, Nawi Muhamad; Naib Ketua Bahagian merang-kap Adun Kota Putra, Mu-hammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar yang juga Adun Kuala Besut. Mereka sepakat me-nyatakan hasrat itu pada majlis perasmian Mesyu-arat Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pe-muda dan Puteri Bahagian

di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Ke-muntong, Jertih, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, pucuk pimpinan

parti akan menentukan calon-calon yang sesuai untuk bertanding di setiap kawasan Dewan Undan-gan Negeri dan Parlimen apabila tiba masa pilihan raya akan diadakan.

Kerajaan negeri akan menjalankan ka-jian terperinci menge-nai pokok vanila yang tumbuh meliar di be-berapa kawasan di neg-eri ini yang dikenal-pasti sebagai tanaman yang berpotensi tinggi dan mampu memberi pulangan lumayan ke-pada petani. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pasa-ran tanaman itu yang mahal dan mencecah sehingga beratus ring-git per kilo selain terdapat permintaan daripada pelabur yang mendorong kerajaan negeri menerusi Jaba-tan Pertanian Negeri Terengganu bagi meli-hat perkara itu dengan lebih mendalam.Katanya, selepas ka-jian dijalankan dan terbukti ia mampu memberi pulangan lu-mayan, kerajaan negeri akan menimbang un-tuk mengkomersialkan tanaman itu sebagai sumber pertanian yang baru di negeri ini. “Saya arahkan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani supaya me-lihat (pokok vanila) dan kita ada vanila yang hidup meliar di Terengganu serta su-dah banyak ditebang oleh orang ramai ker-ana mereka tidak men-genali pokok berke-naan. Jika pokok itu ada potensi kita akan tanam,” katanya ketika sidang media, di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ah-mad berkata, vanila yang merupakan tana-man baru di negara kita dilihat jauh ber-potensi daripada kenaf khususnya kenaf yang sama spesies seperti di Mexico. “Ada pelabur bermi-nat dan kita minta buat ujian terlebih dahulu di kawasan seluas 20 hek-tar. Mereka (pelabur) mahu kawasan yang luas, tetapi Tereng-ganu tidak mempunyai kawasan yang luas, kecuali dengan men-jalankan secara beras-ingan yang mana 40 hektar di sana, 40 hek-tar di sini,” katanya.

seraMai 3,600 guru Tahun Enam sekolah rendah di negeri ini bakal menerima komputer riba secara berperingkat-peringkat, dalam tempoh terdekat ini. Pengagihan itu adalah kesinambungan pembe-rian kemudahan itu di mana pada 14 Februari lalu 800 guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram), menerima ke-mudahan tersebut. Pada tahun ini, sera-mai 4,400 guru di selu-ruh negeri akan meneri-ma komputer riba selaras dengan hasrat kerajaan memperluaskan penggu-naan peralatan teknologi Maklumat dan Komu-nikasi (ICT) di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri. Komputer riba terse-but yang mengadungi pengisian sama dengan e-Book kini sedang da-lam proses terakhir sebe-lum diserahkan kepada pemilik masing-masing.Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Tereng-ganu (JPNT), Haji Zubir Embong berkata, pem-berian komputer riba kepada guru-guru terli-bat adalah sumbangan cukup berharga daripada kerajaan negeri dan be-lum pernah dilakukan di negeri lain. Katanya, JPNT den-gan kerjasama kerajaan negeri akan mengada-kan majlis khas untuk pengagihan peralatan itu yang bakal diterima se-cara peringkat mengikut mata pelajaran. “Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab mungkin menjadi penerima per-tama sebelum diikuti guru mata pelajaran lain termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris. “Saya mengharapkan guru menerima komput-er riba memanfaatkan-nya sebaik mungkin,” katanya

“Terlalu awal untuk komen, kita tak tahu lagi bila piliihan raya (umum) akan diadakan.”

Ahad, 20 Mac 2011

Para imam dan bilal seluruh Terengganu bersalaman dengan Dato’ Seri Haji Ahmad ketika hadir pada Majlis Bicara Eksekutif.

ZUBIR EMBONG

IDRIS JUSOH ABDULLAH MD ZIN

NAWI MUHAMAD PEHIMI YUSOF

Page 21: teganukita 37

am 21am

Hari Keluarga KWDI:Tuah milik Azam

Oleh: Aida Abd Rahman

tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ketua Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Ahmad Azam Hitam, 45, menjadi individu paling bertuah daripada 1, 018 ahli Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) yang berdaftar, apabila mendapat hadiah utama berupa sebuah moto-sikal Yamaha LC 135 sempena Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman 2010, di Pusat Dagangan Tereng-ganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam acara cabutan bertuah itu, Ahmad Azam dari Kampung Hiliran Masjid, Kuala Terengganu pertama kali naik pentas untuk menerima hadiah berharga RM6,300 hasil cab-utan yang dilakukan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. “Syukur Alhamdulillah. Saya bercadang menggunakan motosikal pertama milik saya ini sebagai kend-eraan untuk berulang alik ke tempat kerja,” katanya yang sudah 21 tahun berkhidmat di Pejabat SUK. Sementara itu, Menteri Besar berkata hubungan yang baik pada hari keluarga itu sepatutnya diter-uskan pula apabila berurusan den-gan masyarakat luar serta mem-beri perkhidmatan terbaik supaya imej sektor awam dihormati semua pihak. “Ia juga selaras dengan konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ , di mana rakyat diu-tamakan dan mereka akan berasa lebih selesa dalam apa jua aspek,” katanya. Selain dua hadiah utama itu, lapan hadiah lain bagi `grand finale’ termasuk I-Pad, TV LCD, `set home theater’, kamera video, mesin basuh, peti sejuk dan Samsung Galaxy. Kira-kira 3,000 kakitangan ter-masuk ahli keluarga masing-masing hadir ke majlis yang menyediakan lebih 300 hadiah cabutan bertuah itu. Antara acara termasuk penyam-paian hadiah kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan awam 2010, kakitangan yang akan pencen dan sukaneka sep-erti meniup belon hingga pecah dan mengupas bawang.

Ahad, 20 Mac 2011

Tersenyum lebar Ahmad Azam apabila diumumkan peserta paling bertuah memenangi sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang disampaikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Pemenang bergaya dengan set sofa yang diperolehi dalam cabutan bertuah.

Dapat juga hadiah cabutan bertuah biarpun tak dapat buat balik hadiah Bonanza.

Gelagat dan gaya peserta pertandingan tiup belon hingga pecah kategori kanak-kanak.

Peserta lelaki dengan aksi tersendiri dalam acara mengupas kulit bawang.

Sebahagian daripada kakitangan KWDI yang hadir memeriahkan Hari Keluarga di Pusat Dagangan Terengganu.

Daftar sahaja sudah dapat hadiah berupa satu pakej Milo 2 kilogram.

Dato’ Mazlan Ngah menyampaikan hadiah I-PAd kepada pemenang.

Dato’ Abdul Razak Ismail mengucapkan tahniah kepada pemenang ‘Set Home Theather’.

Dato’ Eazali Kassim bersama pemenang bertuah sebuah mesin basuh.

Datuk Wan Ahamad Wan Muda menyampaikan Samsung Galaxy kepada pemenang cabutan bertuah.

Page 22: teganukita 37

am22 am

TATiUC sedia kemudahan pembelajaran bertaraf antarabangsa

Pekerti terpesona keindahan Terengganu

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Kolej Universiti TATi (TA-TiUC) di Kemaman menyedia-kan pelbagai kemudahan pem-belajaran, khususnya di bidang teknikal yang bertaraf antara-bangsa. Justeru itu, tidak hairanlah jika permintaan untuk melanjut-kan pelajaran ke TATiUC begitu mendadak sejak kebelakangan ini, kata Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ah-mad Razif Abdul Rahman. Beliau berkata, lebih 5,000 orang pelajar memohon me-masuki pusat pengajian tersebut setiap tahun kerana sesetengah kursus yang disediakan di situ tidak ditawarkan di pusat-pusat pengajian lain di negara ini.

Terbaru, TATiUC bakal me-nawarkan bidang pengajian loko-motif, khususnya kepada bakal pekerja dan pemandu lokomotif yang akan berkhidmat dengan tram yang sedang dirancang di Melaka. Menurutnya, disebabkan perkembangan pesat dan per-mintaan kemasukan yang tinggi ke TATiUC, pihak kerajaan neg-eri merancang menjadikan pusat pengajian tinggi tersebut kepa-da universiti penuh menjelang 2013. “Sebelum ini, kita merancang menjadikan TATiUC sebagai uni-versiti penuh pada tahun 2015. Bagaimanapun, disebabkan per-mintaan yang menggalakkan di kalangan pelajar tempatan dan luar negara, kita mahu menjadi-kan TATiUC sebagai universiti penuh pada tahun 2013,” katan-

ya.Pada sesi pengajian akan datang yang dijadualkan berpuluh-puluh pelajar dari luar negara, termasuk Indonesia dan Timur Tengah bakal melanjutkan pen-gajian mereka di TATiUC. Bagi menampung kemasu-

kan lebih ramai pelajar pada sesi akan datang yang diang-garkan 900 pengambilan pelajar baru, pihak pengurusan TATiUC membangunkan kompleks Pusat Pupuk Semangat di Telok Ka-long, sebagai kampus kedua TA-TiUC.

Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah menengah dan rendah kepada pelajar di negeri ini, selepas sekolah-sekolah dibu-ka semula mulai Mac ini. Proses pengagihan bantuan berkenaan yang sepatutnya dimulakan awal tahun ini di-tangguh sementara beriku-tan pertindihan senarai nama mereka yang layak menerima bantuan tersebut. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata berdasarkan senarai nama terakhir seramai 109,216 pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1,200 ke bawah, layak menerima sum-bangan tersebut. Beliau berkata, proses pen-gagihan bantuan berkenaan diteruskan selepas kira-kira 2,654 nama pelajar yang ber-tindih dalam permohonan bagi tujuan itu selesai disemak se-mula. Kerajaan negeri men-etapkan setiap keluarga akan mendapat bantuan maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 bagi setiap keluarga.

Pakaian sekolah diagih Mac ini

Persatuan Kebajikan Is-teri Wakil-wakil rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) terpesona menyaksikan keindahan Tereng-ganu selepas dibawa meninjau tempat menarik dan bersejarah negeri dalam lawatan rasmi ke negeri ini selama tiga hari, baru-baru ini. Rombongan terdiri ahli-ahli Pekerti diketuai Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin iaitu isteri Menteri Besar Neg-eri Sembilan, merangkap Yang Dipertua Pekerti,.

Rombongan diraikan da-lam satu majlis makan malam bersama -sama To’ Puan Seri Norliza Mahmud, isteri Menteri Besar Terengganu merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) , di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk. Di samping melawat tempat menarik ahli-ahli Pekerti dan Serikandi juga mengadakan perlawanan persahabatan bad-minton dan boling di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Rombongan Pekerti turut dibawa ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man bagi melihat keunikan dan keindahan monumen yang tersergam indah di Taman Monumen, selain me-nyaksikan Masjid Kristal serta menaiki `River Cruise’ sambil menikmati keindahan Bandar Kuala Terengganu melalui jalan air. Sebagai pelengkap kepada lawatan itu, Pekerti turut me-luangkan masa berharga mereka untuk singgah ke Pasar Payang bagi membeli batik, barangan kraf, barangan tembaga dan juga makanan tradisional seperti ker-opok lekor, semang dan coklat nisan.

Ahad, 20 Mac 2011

Kompleks Pusat Pupuk Semangat di Telok Kalong, Kemaman dibangunkan sebagai kampus kedua TATiUC.

Tanda sokongan tidak berbalah bahagi, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama pasukan badminton Serikandi dan Pekerti sebelum perlawanan.

Ahli Pekerti bersantai menaiki bot River Cruise menikmati keindahan pesisir air di Kuala Terengganu.

Rombongan Pekerti diketuai Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin diraikan dalam satru majlis makan malam.

Serikandi dan Pekerti merakam kenangan di depan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Page 23: teganukita 37

am 23sukan

Di sebalik lonjakan kejayaan Sukma

JBST dapat peruntukan RM300,000 - Abd Aziz

Oleh: Aida Abd Rahman

seBaliK kejayaan Tereng-ganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dengan pun-gutan 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa, hakikatnya Tereng-ganu sebelum itu hanya mam-pu meraih kedudukan terbaik berada di tangga keenam pada temasya Sukma Selangor 1998, selain 15 emas sebagai pun-gutan pingat terbanyak pada Sukma Kedah 2006. Pelbagai elemen dan fak-tor penyumbang kejayaan itu, antaranya program latihan ber-struktur bermula lebih awal iaitu hampir dua setengah berbanding sebelumnya yang hanya dalam tempoh yang singkat. Malah, setiap sukan menyediakan pelan perodiasa-si latihan m a s i n g -masing y a n g

dirangka bersama pakar dari-pada Majlis Sukan Negara Ma-laysia dan para akademik uni-versiti.Selain itu, peranan yang dig-erakkan jawatankuasa antara Majlis Sukan Negeri Tereng-ganu (MSNT) dengan persatuan sukan menerusi jawatankuasa kerja yang telah menyelesai-kan banyak masalah berkaitan birokrasi disusuli pula peman-tauan berterusan pihak berke-naan. Faktor lainnya, penambah-baikan struktur MSNT den-gan penekanan kepada `core-business’ dan `caretaker, iaitu peranan pegawai perhubungan sukan di setiap jenis sukan serta adanya program pemantapan kerohanian yang dilaksanakan

dari masa ke semasa termasuk program

motivasi serta kem berasingan ma-hupun berkelom-

pok. Malah, sokon-gan padu kerajaan neg-eri terutama dalam aspek peruntukan k e w a n g a n antara perka-ra penting yang me-nyuntik se-mangat dan k o m i t m e n

u n t u k

merealisasikan kejayaan itu. Sukma 2008 yang menyaksi-kan Terengganu beraksi selaku tuan rumah juga menrangsang semangat luar biasa atlet yang bertanding di mana menyum-bang 5 hingga 10 peratus ke-jayaan itu. Tidak kurang juga dengan pendedahan program latihan dan pertandingan luar negara serta pelantikan lebih awal

pengurus pasukan yang mem-bantu memperkemaskan

lagi persiapan pasukan

sebelum bertarung di medan sebenar . Berdasarkan kepada faktor kejayaan itu, kerajaan negeri merangka program penyediaan atlet yang sama dengan me-nambahbaik segala keperluan perlu termasuk memperkemas-kan mekanisme pemantauan latihan serta penekanan kepada kehadiran dalam latihan dalam program penyediaan atlet 2010. Pengerusi Jawatankuasa Be-lia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata hasilnya Sukma ke-13 Melaka 2010, Terengganu sekali lagi kekal juara mutlak walaupun ada beberapa jenis sukan yang tidak memihak kepada pasukan Terengganu kerana pengadilan yang kurang adil dan tidak telus. Katanya, kejayaan itu sekaligus membuktikan Terengganu bukanlah jaguh kampung yang hanya mam-pu menjadi juara di laman sendiri, tetapi juga mampu meraih kejuaraan itu di negeri orang. “Kita sudah meletak-

jaBatan Belia dan Sukan Terengganu (JBST) menerima peruntukan RM300,000 dari Kementerian Belia dan Sukan untuk menjalankan aktiviti lati-han dan kepimpinan kepada belia-belia di negeri ini. Pengarah JBST, Encik Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, peruntukan ini hanya untuk program dan aktiviti sehingga bulan Jun manakala baki enam bulan seterusnya akan diter-ima pada pertengahan tahun

ini. Katanya, jabatan itu telah menggariskan beberapa pro-gram kursus dan latihan untuk memantapkan kepimpinan belia di kawasan masing-masing. “Tumpuan diberi kepada pemimpin belia di pering-kat pertengahan yang baru mengambilalih kepimpinan persatuan setelah penguatkua-saan had umur 40 ke bawah pemimpin belia,” katanya di majlis Pelepasan Jelajah Proton

- Majlis Belia Malaysia bagi Zon Timur di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. JBST juga meneruskan pro-gram k-bestari yang melatih golongan belia yang berminat dalam bidang keusahawanan untuk mengikuti kursus dan latihan di Tesdec selama enam bulan. “Kita percaya tahap penge-tahuan kepimpinan muda perlu diberi pendedahan dan melalui kursus-kursus mereka mampu

bangkit menjadi pemimpin yang berwibawa,” katanya. Selain itu JBST juga sedang mengenal pasti beberapa tempat untuk tujuan latihan kemahiran kepada golongan belia mengi-kut minat dan kecenderungan masing-masing. Kepada belia wanita, mereka boleh mengikuti jahitan, masa-kan dan jabatan ada menyedia-kan bajet dalam kursus-kursus berkenaan.

kan tapak asas dalam pemban-gunan sukan kita pada landasan yang betul kepada sukan-sukan yang sudah membuktikan ke-jayaan dalam Sukma yang lalu. “Sukan-sukan lain mesti me-mastikan asas pembangunan yang sama bagi sukan masing-masing. Jika masih lagi belum mantap, sukan ini perlu meman-tapkan persediaan dahulu sebe-lum turun ke medan juang yang sebenar,” tegas beliau lagi. Beliau juga mengingatkan at-let supaya tidak terlalu ghairah untuk bertanding sedangkan pe-nyertaan mereka akan menam-bah koleksi rekod buruk sukan yang tidak pernah menyum-bangkan sebarang pingat kepa-da negeri sejak awal penyertaan dalam sejarah Sukma lagi. Katanya, tumpuan perlu ke-pada persiapan pasukan yang mantap terlebih dahulu dan apabila sudah bersedia barulah masuk gelanggang serta dapat meraih kejayaan supaya orang lain lebih menghormati pasu-kan kita.

“Kita percaya tahap pengetahuan kepimpinan muda perlu diberi pendedahan melalui kursus-kursus”

Ahad, 20 Mac 2011

Page 24: teganukita 37

ms 23

ms 23

Di sebalik lonjakan kejayaan Sukma

JBST dapat peruntukan RM300,000

sukan Bil. 37 (20 Mac 2011) http://teganukita.blogspot.com

SYABAS...

TSG pasukan terbaik MalaysiaOleh: Aida Abd Rahman

PasuKan yang me-wakili benua Malaysia yang dibentuk Kerajaan Terengganu, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) muncul pasukan terbaik negara dalam Jelajah Malaysia (JM) 2011 yang melabuhkan tirai 13 Mac lalu. TSG mempertaruh-kan enam pelumba yang dibarisi Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin,

Yusrizal Usoff, Moham-mad Saufi Mat Senan dan Motoi Nara dalam peny-ertaan sulungnya di JM kali ini. Dalam perlumbaan terakhir dan juga pering-kat keenam, Mohd Hariff Salleh memenangi Jersi Hijau sekaligus meme-gang status sebagai Raja Pecut JM edisi ke-48 ta-hun ini. Kecemerlangan Mohd hariff sesuatu yang cukup bermakna buat pelumba kelahiran Kuala Tereng-

ganu sambil menyifatkan 2011 menjadi permulaan yang baik dalam kari-ernya. Sebelum ini, gelaran itu pernah diungguli ra-kan sepasukan yang juga ketua pasukan TSG, Anu-ar Manan, pada JM edisi 2006, 2007 dan 2009. Sementara Anuar pula terpaksa berpuas hati den-gan kemenangan di tem-pat ketiga kategori yang sama dengan ketinggalan empat mata berbanding Mohd Hariff yang me-

mungut 66 mata keselu-ruhan. Dua pelumba TSG tu-rut melakar kedudukan kedua dan ketiga terbaik bagi kategori pelumba terbaik Malaysia.Ked-ua-dua pelumba muda itu, Mohd Shahrul dan Yusrizal masing-masing ketinggalan tiga saat dan hampir dua minit di be-lakang pemegang Jersi Putih, Amir Mustafa Rosli (Polis Diraja Ma-laysia).Di peringkat kelima sebe-

lum itu, Anuar yang mem-bantu rakan sepasukan dan saling merencana strategi dengan Mohd Hariff pada JM 2011, berada di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya itu, sebe-lum kedudukan kedua itu dirampas Ioannis Ta-mouridis dari pasukan SP Tableware Pro dalam per-lumbaan berikutnya. Siri JM disertai 20 pa-

sukan tahun lalu, menin-gkat kepada 30 pasukan yang menyaksikan per-saingan sengit melibat-kan 180 pelumba yang saling mencabar dalam persaingan enam pering-kat yang berstatus 2.2 dengan jarak keseluru-han perlumbaan sejauh 1,111 kilometer bermula 8 Mac lalu.