tajuk 1

Upload: muhammad-huzaifah

Post on 15-Jul-2015

4.022 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

y

TAJUK 1 : STRATEGI & PENEMPATAN INKLUSIF Lyin Gow (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak ketiadakeupayaan belajar bersama-sama rakan sebaya dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka Stainback & Stainback (1990) menyatakan bahawa inklusif merupakan program menempatkan kanak-kanak ke dalam bilik darjah sebagaimana kawan yang tidak mempunyai kecacatan Rasional inklusif

Memberi peluang untuk berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain

y

y

Memberi peluang untuk kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya

Ciri-ciri pelajar yang diinklusifkan

Mempunyai kemahiran 3M Tiada masalah tingkah laku Boleh mengikut arahan Boleh berkomunikasi

Jenis-jenis inklusif a) Inklusif penuh mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid biasa senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan guru pendidikan khas sekiranya ada masalah dari segi pembelajaran atau tingkah laku pelajar pendidikan khas tahun 6 boleh mengambil peperiksaan b) Inklusif separuh mengikuti pembelajaran kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja senarai nama murid pada daftar program pendidikan khas guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa c) Inklusif sosial : murid PK bercampur dgn murid perdanan dlm wktu2 terntu cth : wktu rehat, wktu PJ Kebaikan pendidikan inklusif

Wujud hubungan interaksi yang baik Mengurangkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel Mengurangkan stigma terhadap pelajar berkeperluan khas

Kelemahan pendidikan inklusif

Berlaku pengasingan daripada kanak-kanak biasa Guru biasa mengalami bebanan dan tanggungjawab yang lebih

INTERGRASI

Intergrasi ialah program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, bermasalah

pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan

Objektif pendidikan khas intergrasi

menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid pendidikan khas menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PENYESUAIAN Definisi Perbezaan individu didefinisikan sebagai ketidaksamaan individu dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial Murid pk vs murid normal Fizikal dan kesihatan Emosi dan sosial Kesediaan belajar Pengamatan Aspek perbezaan Jantina Fizikal Personaliti Kesihatan Gaya belajar

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN KUMPULAN Konsep

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar

Tujuan

Murid dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka

Prinsip pengajaran kumpulan

Pelajar bergerak bebas dan berbincang Alat dan bahan disediakan Perhatian guru penting Ahli kumpulan tidak semestinya tetap Melantik ketua kumpulan Arahan guru mestilah jelas

Kaedah pengajaran kumpulan

Persembahan, Rumusan , Sumbang saran, Main peranan , Simulasi dan Teknik jigsaw

Kebaikan pengajaran kumpulan

Meningkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran Pelajar yang lemah akan dibimbing dan pelajar cerdas akan terus maju Memperkembangkan kemahiran komunikasi Memupuk semangat positif seperti tolak ansur dan kerjasama

Kelemahan pengajaran kumpulan

Menimbulkan perasaan rendah diri Memerlukan penglibatan aktif murid Guru yang tidak cekap akan mengalami masalah kekangan masa

PENGAJARAN INDIVIDU

Definisi Turut dikenali sebagai self-direct, independent atau autonomous learning (Fry, 2003) Menekankan sistem pembelajaran yang fleksibel yang mengambil kira perbezaan individu dan gaya pembelajaran individu Murid banyak bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pembelajaran mereka dan mempunyai motivasi yang tinggi

Kaedah pembelajaran individu

Pengajaran kendiri melalui bahan media Pembelajaran berasaskan komputer dan multimedia Tugasan atau projek individu

Kekuatan pengajaran individu

Mempunyai penyataan objektif pembelajaran yang jelas untuk dicapai Melibatkan penglibatan aktif murid dalam memberi respon kepada bahan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk mendapat perhatian yang diperlukan Hubungan guru dan murid erat kerana berlakunya maklum balas

Kelemahan pengajaran individu

Memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi daripada murid Masalah logistik kerana perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran

TAJUK 2 : PROFESIONALISME GURU PENGENALAN

Profesionalisme ialah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987) 1. KEPERLUAN GURU a) KELAYAKAN GURU

Kelulusan ikhtisas guru pendidikan khas : Ikhtisas = pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendala Sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-muri Mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap Jenis kelulusan atau kelayakan : Diploma khas pendidikan / pemulihan khas (KDP) sijil perguruan khas pendidikan pemulihan khas (KSPK) - setahun Sijil kursus dalam cuti (KDC) pemulihan / pendidikan khas - 6 bulan Sijil kursus dalam perkhidmatan (KDP) pemulihan / pendidikan khas - 14 minggu Ijazah sarjana muda pendidikan khas - maktb

Kepentingan kelayakan guru :

Memberi maklumat mengenali murid-murid PK

Mendapat maklumat cara penilaian dan penapisan murid PK Menyatakan hak-hak murid PK dalam pendidikan Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani muri PK

b) MOTIVASI GURU

Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang Motivari instrinsik adalah motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita membuat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran Peranan guru dalam memotivasikan murid : ganjaran ambil berat penuhi keperluan pelajar terima pelajar seadanya berikan kata perangsang Kesan motivasi : menggalakkan semangat persaingan menarik perhatian pelajar dapat menimbulkan perasaan ingin tahu menghasilkan pembelajaran yang bermakna c) KETERAMPILAN GURU

Keterampilan boleh didefinisikan sebagai kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikolotor dan penggunaan sumber yang berkesan (Ahmad, 1997 ; Zamri, 2007 Dalam konteks pendidikan khas keterampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas Keterampilan guru pendidikan khas : menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik memiliki pengalaman, bermotivasi tinggi dan kreatif mempunyai kemahiran dan teknik pengajaran yang baik mempunyai tahap kesabaran yang tinggi

d) LATIHAN GURU ASAS

Objektif latihan adalah untuk membentuk keupayaan ahli-ahlinya. Latihan dalam sistem pendidikan merupakan kesediaan untuk mempelajari tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru. Program mengenalpasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang diceburi Program yang terlibat : Kursus diploma perguruan malaysia (KDP) Program bacelor pendidikan Kursus perguruan lepasan diploma (KPLD) Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) Kursus diploma perguruan khas (KDPK) Program khas pengsiswazahan guru (PKPG) Contoh latihan asas guru : amali pengalaman berasaskan sekolah latihan mengajar Tujuan guru asas PK : memberi pengalaman yang baik mengenal pasti masalah murid-murid menggunakan pelbagai pendedahan untuk menangani masalah murid Isu latihan guru asas : ramai yang menganggap tanpa latihan guru asas seseorang mampu menjadi guru dan mengajar murid-murid infrastruktur dan kemudahan tempat guru menerima latihan guru asas guru biasa mengajar di kelas pendidikan khas tanpa latihan asas sistem pemilihan calon guru 2) PENINGKATAN PROFESIONALISME

Objektif : meningkatkan profesionalisme guru inovasi terkini dalam pendidikan memartabatkan profesion pendidikan mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan Kursus dalam perkhidmatan Menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah Program ini bermatlamat kepada peningkatan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan global Kursus yang ditawarkan termasuk program ijazah dan pasca ijazah Jenis kursus yang ditawarkan Kursus pendek kelolaan institut pendidikan guru malaysia (KPKI) Kursus khas pensarjanaan pensyarah Program pembangunan jurulatih malaysia Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu Kursus sijik perguruan khas (KSPK) satu tahun

3) SOKONGAN PENGURUSAN SEKOLAH

Kerjasama : guru besar tidak memahami konsep pendidikan khas guru aliran perdana tidak mengiktiraf pendidikan khas pihak sekolah hanya meletakkan program pendidikan khas dipinggiran pihak pejabat tidak memberi kerjasama dari segi keperluan kewangan dan kebenaran untuk aktiviti luar Kenaikan pangkat Penghargaan dan pengiktirafan : guru besar jarang mencalonkan guru PKsebagai guru cemerlang guru aliran perdana cemburu dengan elaun PK guru PK dianggap tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap sekolah Kebajikan : guru PK dikatakan mempunyai peruntukan sendiri dan sukar mendapat bantuan BBM dan sebagainya senioriti antara guru aliran perdana dan pendidikan khas guru PK sudah mendapat elaun khas

TAJUK 4 : PELABELAN, PENGASINGAN INTEGRASI Definisi Pelebelan Pelebelan didefinisikan sebagai mengecap seseorang mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelebelan juga boleh dianggap sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap esuatu perkara. Kesan Positif Pelebelan Kepada Murid

Masalah murid-murid lebih difahami Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU dan kemudahan Pnp yang dilaksanakan oleh guru berfokus terus kepada kemahiran asas untuk berdikari Membolehkan perkihdmatan khusus diberi kepada kanak-kanak untuk mengikut keperluannya contohnya seperti rawatan

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Murid

Mewujudkan sifat pemalu yang tinggi Murid sering diketepikan dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah Timbulnya pelbagai istilah negatif bukan sahaja menyebabkan murid patah hati untuk belajat tetapi menjurus kepada masalah disiplin

Kesan Positif Pelebelan Kepada Guru

Memudahkan guru membuat rancangan pengajaran individu Mengukur tahap murid berdasarkan ujian-ujian yang dilaksanakan Pelebelan dapat membantu dalam mengenal pasti faktor yang membawa kepada kecacatan atau masalah

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Guru

Guru pendidikan khas disama tarafkan dengan murid PK Menimbulkan persepsi negatif guru aliran perdana terhadap guru pendidikan khas Dikatakan tidak mahu bercampur gaul dengan guru perdana Dipandang sebagai golongan kelas kedua

Kesan Positif Pelebelan Kepada Ibu bapa

Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak

Mendapat kemudahan bantuan daripada kerajaan dan NGO

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Ibu bapa

Tekanan psikologi dan rasa rendah diri Tidak dapat menerima persepsi masyarakat terhadap anak-anak mereka Mereka dilihat sebagai liabiliti bukannya sebagai aset

PENGASINGAN Definisi Pengasingan

Pengasingan juga dikenali sebagai segregrasi. Segregrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Kesan Positif Kepada Murid

Mendapat tumpuan yang lebih Kemudahan infrastruktur yang lengkap Kurang masalah disiplin berlaku Kesan pembelajaran lebih baik

Kesan Negatif Kepada Murid

Peluang interaksi yang kurang dengan pelajar normal

Masalah penyesuaian diri dalam masyarakat Kurang mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa Meningkatkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel ke atas pelajar berkeperluan khas

Sokongan Dan Kerjasama a) Kerajaan Peruntukan kewangan yang terus dari kerajaan Pengurusan kewangan Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yang memudahkan pengetua membuat perancangan tentang pembangunan akademik, kokurikulum dan pengirisan sekolah

b) Kerjasama pelbagai disiplin Guru Pegawai Perubatan Ahli terapi Ahli psikologi Masalah Pembelajaran Sebagai 1 Kontinum a) Kontinum = kelompok b) Lokasi : kedudukan bangunan / kelas yang terasing Masalah ruang yang terhad c) Sosial : pergaulan yang terhad dengan warga sekolah, kurang penglibatan dalam aktiviti sekolah d) Kurangnya sokongan pihak pentadbir : layanan sebagai golongan kelas kedua kurangnya peruntukan kewangan sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaan awam

INTEGRASI Definisi Integrasi Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa Integrasi juga didefinisikan sebagai menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa Masalah Normalisasi

kurang peluang dalam penglibatan kokurikulum memerlukan latihan yang khusus untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan kurang penyesuaian terhadap murid-murid biasa Masalah Disiplin pergaduhan dengan pelajar normal berkeliaran semasa PnP terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal kurang berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru Pemilihan Kelas berdasarkan kecacatan berdasarkan IQ

TAJUK 6 : MODEL PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS 1. MODEL HEWETT

Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :

a. Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra b. Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui c. Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik Kebaikan model :

Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber

Kelemahan model :

Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada pengawasan MODEL MONTESSORI

Pengenalan

Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu

Prinsip-prinsip

Menghormati kanak-kanak dan hak mereka Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri

Konsep asas dalam kurikulum

Minda yang mudah menyerap Persekitaran yang tersedia Didikan diri Bahan pembelajaran

STESEN

Definisi a. Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran b. Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada c. Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid

Rasional

Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan berfokus Disiplin murid senang dikawal

Matlamat

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan

Objektif

Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran Murid lebih berminat untuk belajar Murid belajar dalam suasana kondusif

Bilangan stesen

Sebanyak 14 buah stesen kemahiran mengikut komponen mata pelajaran berasaskan 4 bidang di dalam kurikulum pendidikan khas

Implikasi

Pengubahsuaian ruang fizikal Keperluan peralatan fizikal RPI disimpan di stesen KIOSK Merupakan pendekatan dimana pelbagai bahagian sudut dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu Diasaskan oleh Howard Gardner Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai dimana sati kelas boleh membina 8 kiosk. MODEL PENGAJARAN KUMPULAN

a. PENGAJARAN KOPERATIF

Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawb tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan Hasil secara kumpulan Guru berperanan sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif PENGAJARAN KOLABORATIF Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu stratei yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid Berasaskan kepada idea bahawa pembelajran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual Hasil secara individu Tidak memerlukan pemantauan guru KHIDMAT GURU PENDAMPING Definisi Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang dihadapi oleh murid Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu Peranan guru pendamping Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincngan Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas Menjalankan program yang berpusatkan murid Kepentingan guru pendamping Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah murid-murid yang telah diinklusifkan. Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri TAJUK 8 : KEPELBAGAIAN KOMPETENSI MURID KOMPOTENSI KENDIRI Teori motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik ialah motivasi yang terbatin dan merupakan penggerak kepada perlakuan untuk kepentingan sendiri atau untuk memperolehi ganjaran bagi diri sendiri Teori motivasi ekstrinsik Motivasi ekstrinsik merujuk kepada konsep yang berkait dengan peneguhan. Suatu proses apabila rangsangan atau peristiwa luar yang disebabkan oleh tindak balas itu meningkat Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya TeOri motivasi keperluan maslow Abraham Maslow (1943;1970) mengatakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki keperluan asas yang dapat dijelaskan dalam bentuk piramid yang bermula daripada petingkat yang paling rendah sehingga yang paling tinggi Keperluan fisiologi : keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup Keperluan keselamatan : bagi menjamin kesejahteraan hidup Keperluan kasih sayang : hubungan dengan insan yang lain Keperluan penghargaan kendiri : manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup Keperluan kesempurnaan kendiri : usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri KOMPOTENSI SOSIAL Kompotensi sosial bermaksud bagaimana individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain Kesedaran sosial a) Membangun individu lain : kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan b) Kesedaran organisasi : keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan semasA c) Berorientasi perkhidmatan : boleh menjangka, mengenal pasti dan memenuhi keperluan individu d) Empati : sedar akan perasaan dan keperluan orang lain dan mengambil berat e) Melayani kepelbagaian : membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia Kemahiran sosial a) Pengaruh : menggunakan pelbagai teknik untuk memujuk b) Pemangkin perubahan : memulakan hala tuju serta mengurus dan memimpin perubahan

c) Komunikasi : menyampaikan maklumat yang jelas dan meyakinkan d) Kepimpinan berinspirasi : memandu dan mendorong desakan visi

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PDK

Definifi, konsep dan falsafah PDK DEFINISI PDK Pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanakkanak Kelainan Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks stuktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada. KONSEP PDK Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU OBJEKTIF PDK Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawabmasyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha OKU Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. FALSAFAH PDK Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum CIRI CIRI PDK Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting Menggunakan teknologi

dan kos yang rendah Kaedah dijalanan secara di pusat dan seliaan di rumah Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada FAEDAH PDK Membantu ibu bapa mengetahui lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini. Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa lain. Mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan. Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai kebolehan sekiranya mendapat bimbingan. Sejarah penubuhan PDK di dalam dan luar negara SEJARAH PDK DALAM NEGARA Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila. Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang. Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan. Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat

pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini. SEJARAH PDK DI LUAR NEGARA Pemulihan dalam komuniti atau PDK lenih dikenali sebagai Community Base Rehabilitation atau singkatannya CBR. CBR adalah strategi dalam pembangunan masyarakat umum untuk pemulihan, kesamaan peluang dan inklusi sosial untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. CBR dilaksanakan melalui usaha bersama orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat, dan perkhidmatan kesihatan pendidikan, vokasional dan perkhidmatan sosial. CBR ini diwujudkan selepas perang dunia kedua dimana ramai askar-askar yang terlibat dalam peperangan tersebut yang mengalami kecacatan anggota badan ditempatkan untuk menjalani pemulihan terhadap anggota fizikal mereka. Ianya bertujuan untuk membantu mereka suapaya dapat menjalani kehidupan mereka bersama masyarakat seperti biasa. Pada tahun 1951 sebuah Unit Pemulihan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan berpandukan kepada dengan berpandukan kepada kemahiran dan menggunakan kemudahan yang sama seperti CBR. Pada tahun 1960, CBR cuba disebarkan kepada negara-negara membangun untuk membantu mangsa perang yang mengalami kecacatan. Namun ia tidak cukup untuk membantu keseluruhan mangsa di negara tersebut kerana ia hanya diwujudkan di ibu negeri sahaja di mana mangsa perang yang berada di kawasan kampung dan pedalaman tidak dapat merasai perkhidmatan ini. Pada tahun 1969 dan 1970 beberapa pertemuan telah diadakan oleh International Rehabilitation ,PErtubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan kumpulan berkaitan yang lain untuk membincangkan tentang cara untuk memastikan CBR dapat disebarkan kesemua negara termasuk negara miskin. Pada lewat 1970s dan sepanjang 1980s dan 1990s projek-projek perintis banyak telah dilancarkan di negara membangun di Afrika, Asia dan untuk satu takat lebih berkurangan di Amerika Latin, di bawah naungan CBR, sebilangannya mengikuti buku panduan yang dibangunkan oleh WHO, Training in the community for people with disabilities, lainnya disokong oleh ILO, UNESCO atau UNICEF, dengan selebihnya yang dimulakan oleh NGOs telah pun bekerja dengan orang kurang upaya dalam projek-projek bantuan teknikal. Satu sejarah terperinci dan penjelasan evolusi CBR, Prejudice and Dignity: An Introduction to Community Based Rehabilitation, adalah ditulis oleh penulis utama manual WHO CBR iaitu Einar Helander. Dua puluh tahun selepas pengenalannya, satu perundingan global bagi semakan semula negeri CBR telah dipanggil oleh WHO dalam kerjasama dengan pertubuhanpertubuhan PBB, NGOs, Organizations Disabled People, dihoskan oleh Kerajaan

Finland. Diadakan pada Mei 25-28, 2003 di Helsinki, ia telah dihadiri oleh kirakira 100 dijemput pengamal-pengamal CBR dan penyelidik-penyelidik dari seluruh dunia. Kertas kerja pertemuan itu menyatakan : Oleh kerana semua masyarakat adalah berbeza dari segi sosioekonomi, tanah, budaya dan sistem politik, maka tidak mungkin ada satu model CBR untuk dunia; umpuan CBR telah berkembang dari pemulihan perubatan ke arah sektor pelbagai yang lebih komprehensif pendekatan-pendekatan seperti akses untuk penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan vokasional, program penjanaan pendapatan dan penyertaan masyarakat dan inklusi dan; CBR sekarang ialah dilihat sebagai satu komponen penting pembangunan masyarakat Model PDK Model PDK terbahagi kepada 3 iaitu : Home Based. Centre Based. Centre-Home Based. HOME BASED Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan. Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari. Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan. CENTER BASED Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari. OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan. CENTER-HOME BASED Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari. Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

TAJUK 2 Teori Sosial

PRINSIP DAN ETIKA KERJA SOSIAL

TEORI EKOLOGIKAL PENGENALAN Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh

persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER - Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu :

a) Mikrosistem Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanakkanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005). Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Dalam kajian

yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

b) Mesosistem Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka. c) Eksosistem Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. d) Makrosistem Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaanpekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak

penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja. e) Kronosistem Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju.

No Sistem Huraian

Contoh 1 Mikro Sebahagian besar sosial individu dihabiskan Sekolah, tempat kerja, keluarga 2 Meso Pengalaman satu sistem Mikro mempengaruhi sistem Mikro lain Masalah tempat kerja bawa ke rumah 3 Ekso Pengalaman individu mempengaruhi individu lain Pelajar pasif mempengaruhi penyediaan aktiviti guru dalam pengajaran 4 Makro Sosial dalam masyarakat Budaya Melayu, Budaya Islam 5 Krono Sejarah perkembangan sosial individu Kehidupan moden jadikan kanak2 lebih maju

Implikasi Teori Ekologi Brenfenbrenner dalam Proses Pembelajaran Kanakkanak. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. a) mikrosistem Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi

oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai. b) mesosistem guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak. c) eksosistem pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas. d) makrosistem Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran muridmurid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan. e) kronosistem Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, muridmurid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan

ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negetif yang semakin menular kini. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL PENGENALAN Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. TEORI PEMODELAN BANDURA Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura Tiga unsur utama Individu (Motivasi intrinsik) Persekitaran (Rangsangan luaran) Tingkah Laku (Tindak balas) Teori pemodelan : Bandura Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Orang diperhatikan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling). Teori pemodelan : Bandura

4 unsur utama Perhatian (attentian) Mengingat (retention) Reproduksi (reproduction) Peneguhan/Motivasi (reinforcement/motivation) PEMERHATIAN Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktorfaktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. MENGINGAT Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktorfaktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. REPRODUKSI Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. PENEGUHAN/MOTIVASI Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran.

Prinsip pelaksanaan Menentu dan menggunakan model yang sesuai dgn perbezaan individu dalam pembelajaran sosial. Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur Memupuk keupayaan mengawal dan memanipulasi diri dengan menggunakan pemirian refeksi diri dan maklum balas drp model (jurulatih) Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik drp mudah kpd kompleks dan demontrasi berulang-ulang. Memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh keyakinan terhadap tingkahlaku yang ditirunya. dengan memberi peneguhan positif. Ciri-ciri teori Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. Implikasi teori Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat. Hasilan guru dpt kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Prinsip dan etika kerja sosial di pelbagai peringkat DEFINISI Satu seni (art), sains, dan sebagai satu profesion yang menolong manusia untuk menyelesaikan masalah mereka sama ada secara personal, kumpulan (terutamanya keluarga) dan juga masalah-masalah komuniti (Farley & Etc. all, 2006). Kerja sosial profesional bekerja dengan orang-orang untuk :- meningkatkan kemampuan dan kefungsian sosial mereka mengakses sumber-sumber dan sokongan sosial - membangun perkhidmatan manusia yang responsif dan humanistik memperluaskan struktur sosial masyarakat yang - memberi peluang kepada setiap warga negara. Kerja sosial menjalankan Amalan dalam lima konteks, iaitu politik, geografi, sosioekonomi, budaya dan spiritual. Prinsip asas kerja sosial adalah prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat (definisi yang diterima pakai IFSW General Meeting in Montreal Canada, July 2000). Kerja sosial adalah satu profesion

yang ingin membawa perubahan sosial kepada masyarakat secara umum pada peringkat pembentukan perkembangan individu. FALSAFAH KERJA SOSIAL Berdasarkan Kamus Dewan, falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah merangkumi gugusan kepercayaan, sikap, nilai, prinsip etika dan Amalan yang dipegang oleh profesion tersebut. Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Kategori Bidang Falsafah a) Metafizik Bidang falsafah yang memikirkan tentang sesuatu kewujudan di dunia ini meliputi aspek semula jadi, manusia dan ketuhanan. b) Epistemologi - Bidang falsafah yang memikirkan tentang ilmu pengetahuan. c) Etika Bidang falsafah yang memikirkan tentang persoalan moral pada manusia seperti tindakan yang dilakukan, perbezaan tindakan moral dan tidak bermoral, serta tindakan yang betul dan salah. d) Logik Bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. e) Estetika Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan. Falsafah kerja sosial amat berkait rapat dengan pegangan nilai Prinsip-prinsip Teknik Amalan Kerja Sosial Pumphrey (1957) yang dipetik Siporin (1975) membincangkan pengertian nilai pada tiga peringkat. Nilai ultimasi dan nilainilai abstrak. Nilai-nilai intermidiasi. Nilai-nilai instrumental atau operasional.

TAJUK 3

PROGRAM PEMULIHAN DI PDK

Penubuhan PDK

a) syarat-syarat penubuhan Bagi ibu bapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan. b) prosedur penubuhan LANGKAH 1 PKMD menerima permohonan menubuhkan PDK daripada ibubapa OKU/ Komuniti/ pemimpin tempatan melalui faks, surat, telefon atau datang sendiri ke Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah LANGKAH 2 PKMD mengenalpasti kawasan yang mempunyai OKU yang ramai iaitu melebihi daripada 7 orang melalui Rekod Pendaftaran OKU di pejabat Kebajikan Masyarakat/ Hospital/ Jabatan Kesihatan/ Penghulu Mukim. LANGKAH 3 PKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibubapa/ penjaga OKU dan pemimpin tempatan. PKMD akan menerangkan Konsep Program PDK dan cara pelaksanaannya. Komuniti diminta berbincang dan memberi maklumbalas kepada PKMD dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh perjumpaan LANGKAH 4 PKMD mendapat maklumbalas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk menubuhkan PDK. Sekiranya komuniti bersetuju, ahli Jawatankuasa PDK perlu dibentuk yakni yang terdiri daripada : 1. Ibubapa OKU 2. Komuniti setempat 3. Pemimpin tempatan 4. Wakil jabatan Kesihatan 5. Wakil Jabatan Pendidikan Khas PKMD sebagai Penasihat dan Pembantu Kebajikan Masyarakat sebagai bendahari PDK. LANGKAH 5 Ahli Jawatankuasa PDK mengenalpasti 1. Bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis PDK dan 2. Membuka Akaun PDK

LANGKAH 6 Setiausaha PDK perlu mengisi BORANG PERMOHONAN GERAN TAHUNAN PENUBUHAN PDK BARU yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD untuk tindakan selanjutnya. LANGKAH 7 PKMD memeriksa pengisian borang tersebut dan sekiranya lengkap, PKMD akan menghantar permohonan kepada JKMM melalui Pengarah Negeri LANGKAH 8 JKMM akan memproses permohonan daripada JKMN. Kelulusan diperolehi berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun memohon LANGKAH 9 JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan (Lulus/ditangguhkan kelulusan). PKMN memaklumkan kepada PKMD LANGKAH 10 Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli Jawatankuasa PDK mengenai : 1. Pelantikan Pekerja PDK 2. Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK 3. Akaun PDK yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun) LANGKAH 11 Jawatankuasa PDK membuat iklan Jawatan Pekerja PDK (Rujuk Carta Aliran Pelantikan Pekerja PDK dan Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK) LANGKAH 12 Temuduga bagi jawatan pekerja PDK akan dijalankan oleh Jawatankuasa PDK dengan kehadiran Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Surat lantikan akan disediakan oleh jawatankuasa PDK LANGKAH 13 Kelas PDK akan dibuka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK Pentadbiran PDK Pengenalan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri. Ia merupakan satu lagi pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya. Di sini disediakan tempat dan memberi peluang kepada orang kurang upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar,

kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. Definisi Pemulihan Dalam Komuniti ialah satu kaedah pembangunan komuniti untuk orang kurang upaya di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah Pemulihan Dalam Komuniti ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa. Secara umumnya program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh Pemulihan Dalam Komuniti yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di Pemulihan Dalam Komuniti melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain. Secara keseluruhannya Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga Pemulihan Dalam Komuniti ini. Jabatan ini yang bertanggungjawab dan berperanan seperti berikut: Bayaran sewa premis. Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan. Saguhati

Petugas PDK- RM800 sebulan. Peralatan. Utiliti. Program / aktiviti Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK. Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK. Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers SET, PT , OT, SW) Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan. PDKNet- www.pdknet.com.my Pengiktirafan: Anugerah Pusat PDK Cemerlang. Anugerah Petugas PDK Cemerlang. Anugerah Keluarga Cemerlang CARTA ORGANISASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA a) organisasi PDK di peringkat pusat Penasihat PDK Negeri Penyelaras PDK Negeri Penasihat PDK Daerah Penyelaras PDK Daerah Pengerusi PDK Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan Kuasa

b) Carta organisasi Pemulihan Dalam Komuniti Penasihat Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Wakil Pejabat Pendidikan Wakil Pejabat Kesihatan Wakil Pasukan Polis Diraja Malaysia Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan kuasa

Pentadbiran PDK sentiasa berusaha menjadikan PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan

yang bersesuaian. Peranan PDK 'One Stop Centre'' : Pusat Intervensi Awal OKU. Pusat Sumber maklumat OKU. Pusat Rujukan OKU. Pusat Pendaftaran OKU. Pusat Advokasi. Di dalam pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti ini terdapat banyak masalah dan halangan yang perlu ditempuh. Sebagai sebuah pusat pemulihan kekurangan peralatan untuk pelatih orang kurang upaya fizikal amat ketara di pusat ini. Selain itu ruang pembelajaran yang tidak mencukupi juga telah memberi kesan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar disini.Penglibatan ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang kurang aktif juga menyebabkan Pemulihan Dalam Komuniti ini nampak kurang aktif. Selain itu masalah utama yang sering membebankan pusat ini ialah masalah kewangan untuk minyak van dan perbelanjaan runcit. Gaji dan elaun kakitangan juga perlu disemak semula bagi menjaga kebajikan kakitangan di sini. Sebagai sebuah pusat pentadbiran pertubuhan sosial semua yang terlibat seharusnya mengetahui dan memahami akta pekerja sosial bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah Pusat Pemulihan Komuniti. Akta Pekerja Sosial ialah suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan pelesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial. Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan mereka dalam komuniti. Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah. Akta ini adalah satu strategi penting dalam inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial. Dengan menetapkan piawaian kecekapan profesional pekerja sosial, akta ini akan dapat meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan kebajikan masyarakat keseluruhannya, terutama dari aspek penjagaan, keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dan keluarga di Malaysia. Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan akta.

Akta ini akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan. Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malaysia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial. Program di PDK (a) Pentaksiran dan Penilaian (b) Intervensi Awal (c) Latihan Urus Diri (d) Latihan Vokasional (e) Bengkel Terlindung (a) Pentaksiran dan Penilaian Rekod dan laporan Seorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran semasa dia berada dalam kelas KBSR. Laporan-laporan mengenai maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid tersebut. Sampel kerja Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel kerja yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu mambuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Ujian Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir ujianujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru Ujian Rujukan Kriteria : tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid. Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama. Kuiz :

ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada murid tersebut memahami apa yang diajar Probe : kalau seorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh menjalankans esuatu tugasan dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti member penyampaian yang berlainan, guru sebenarnya telah menjalankan probe Pemerhatian : Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para professional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Temubual : guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid. Ujian Rujukan Kriteria URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untukmenilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu. Biasanya kemahiran yang diuji bisanya hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya dalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut. Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan criteria pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80% Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan. Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru menulis apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan. Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Maka guru bolehlah mebgajar kemahiran yang baru. Analisis Tugasan Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan, mereka tidak dapat menyiapkan dengan sempurna. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya. Sebelum menguasai tugasan yang diberikan. Murid

pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut. Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut Analisis Ralat Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya. Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya. Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar. (b) Intervensi Awal Penilaian ke atas pelatih di PDK adalah penting supaya program -program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap pelatih mengikut kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan masing-masing. Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri contohnya: 1)Pelatih PDK yang tidak mahu bercakap: merangsang minat membina keyakinan diri memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan rakan sebayanya boleh dijalankan. 2)Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup Bagi kanak-kank yang hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi membantunya mengawal diri (selfcontrol) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya. (c)Latihan Urus Diri Antara aktiviti latihan urus diri ialah: Menyikat rambut Melipat baju Memberus gigi Mencuci tangan Cara penggunaan tandas Cara makan dengan betul Objektif aktiviti Pengurusan Diri: Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian. Bil Jenis Kursus Tempoh 1. IT Komputer 24 bulan 2. Membaiki Radio dan TV (Elektronik) 24 bulan 3. Jahitan 24 bulan 4. Lukisan 24 bul Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna. (d) Kursus Vokasional Syarat-syarat: Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal Berkelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mengikut jenis kursus Berumur 18 hingga 40 tahun Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri Jenis-jenis Kursus Bil Jenis Kursus Tempoh 1. IT Komputer 8 Bulan 2. Pembantu Tadbir Sistem Maklumat 10 Bulan 3. Juruelektrik 10 Bulan

4. Elektronik 18 Bulan 5. Protestik dan Orthotik 18 Bul

Kursus Pra Vokasional Syarat-syarat: Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal Berumur 14 hingga 25 tahun Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri Jenis-jenis Kursus

Taman Sinar Harapn (TSH) Institusi ini memberi latihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk. Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah: Kelas akademik asas (3M). (e) Bengkel Terlindung

Jabatan juga berusaha mendapatkan orang kurang upaya berkerja di Bengkel Terlindung (sheltered workshop) seperti Bengkel Daya Klang, Selangor Bengkel dan Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Objektif penubuhan Bengkel Terlindung ini adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka dan pada masa yang sama melatih mereka berdikari supaya OKU juga mampu diintegrasikan ke dalam masyarakat. Syarat-syarat Kemasukan: a. OKU anggota / akal yang telah disahkan oleh pegawai perubatan. b. Telah mendapat latihan dari Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Setempat. c. Sihat tubuh badan dan boleh menguruskan keperluan sendiri. d. Berusia 18 hingga 45 tahun. e. Terlatih dalam bidang-bidang yang dipohon. Perkhidmatan yang disediakan oleh Bengkel Daya seperti: a. Khidmat jahitan b. Khidmat percetakan c. Perkhidmatan Am (unit ini menjalankan kerja-kerja ringan sub-kontrak dari kilang-kilang yang berhampiran, contohnya pemasangan komponen produkproduk yang berasaskan plastik, getah, aloi dan sebagainya). d. Khidmat kraftangan dan lain-lain

Penempatan OKU di PDK a) Jenis dan tahap kecacatan/masalah Kurang Upaya Pendengaran (Termasuk pekak dan bisu): a) Minima (Mild) - (20 - < 30 db)

b) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 db) c) Teruk (Severe) - (60 - < 90 db) d) Profound - (> 90 db) Kurang Upaya Penglihatan Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata) Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata). Kurang Upaya Fizikal Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll Cerebral Palsy Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki Quadriplegi -Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki Masalah Pembelajaran Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi: a) Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun) b) Down' SyndromeAutisma c) Attention Deficit Hyperactive Disorder d) Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll e) Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun) b) kemudahan peralatan Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan - Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya Kemudahan Perlepasan/Pengecualian Cukai - Perlepasan/pengecualian cukai bagi ibu bapa mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Potongan cukai kepada pembayar cukai yang membeli peralatan khas untuk keguanaan diri, anak atau ibubapa kurang upaya. Potongan cukai kepada majikan-majikan yang mengambil/menawarkan pekerja kurang upaya. Perlepasan tambahan untuk OKU sendiri dan isteri. Pencen Terbitan - Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (Bhg. Pencen) menyediakan pencen

terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia. Kemudahan Alat Ganti / Alat Sokongan Tiruan - Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU. Kemudahan Peluang Pekerjaan - Komitment Kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya di mana 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan kurang upaya. Jabatan Tenaga Kerja telah menyediakan perkhidmatan pendaftaran peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya yang berminat untuk bekerja di sektor swasta. Kemudahan Membeli Kenderaan Nasional Pengecualian cukai jualan sebanyak 10% ke atas pembelian kereta/motosikal nasional bagi OKU yang boleh memandu. Setiap pemohonan boleh dimajukan terus kepada Kementerian Kewangan, dengan disertakan dokumen berikut: laporan perubatan, pengesahan doktor, Kad kenal Diri Orang Kurang Upaya, Kad Pengenalan, Lesen Memandu yang sah, dan maklumat kenderaan (model, nombor enjin, nombor chassis dll.) Kemudahan Telekom - Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan OKU seperti: pengecualian bayaran sewa bulanan, panggilan 103 (operator) dikecualikan caj, dan menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan c) kepakaran sumber manusia

Peningkatan kualiti program PDK OBJEKTIF Membolehkan OKU hidup berdikari Meningkatkan penglibatan masyarakat luar Dapat berkembang supaya dapat menghadapi cabaran dan keperluan yang baru mengikut keperluan semasa Strategi-strategi a) Meningkatkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di

negeri dan daerah: Mewujudkan PDK baru mengikut keperluan di peringkat daerah Meningkatkan latihan dan kualiti perkhidmatan di PDK dengan menganjurkan kursus mengikut zon dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti Kebangsaan untuk pekerja PDK dan Kursus untuk ibubapa dan Ahli Jawatankuasa PDK. Meningkat dan memperluaskan pelaksnaan Rumah Kelompok. Pendaftaran orang kurang upaya. b) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan: Masyarakat digalakkan untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bagi membantu kanak-kanak OKU c) Meningkatkan penglibatan NGO: Dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan. Melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan. Contoh aktiviti adalah seperti berikut:sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar. perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program. Pembangunan Kesukarealaan d) Menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untuk membantu Pegawai dan Kakitangan JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif penubuhannya: Cara menguruskan Pusat PDK serta memberi panduan secara menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK. e) Pertambahan tenaga pekerja selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baru iaitu 1 pekerja : 5 OKU berbanding 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini. f)Latihan Bagi Pekerja PDK untuk memastikan kualiti pembelajaran dan program pemulihan di PDK: Menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi Contoh : JKMM telah menjalinkan kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dimana sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di negara ini untuk membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Guru Pendidikan Khas g) Menggunakan PDK Net : Sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK mewujudkan saluran rangkaian yangberkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat

dalam pemulihan dan pembangunan OKU h) Menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibubapa dan masyarakat tempatan. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU Kesimpulan : Berikut merupakan strategi-strategi yang boleh digunapakai untuk meningkatkan kualiti program PDK ke arah yang lebih baik samada dari segi pemulihan dan perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran dan lain-lain yang berkaitan dengan PDK. TAJUK 4 KHIDMAT PELBAGAI DISIPLIN Pihak yang terlibat a) ibu bapa Ibubapa dan keluarga OKU memainkan peranan penting dalam PDK. Ibubapa dan keluarga boleh membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan PDK. Dengan memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas-tugas di PDK oleh itu hanya ibubapa dan ahli keluarga OKU sahaja yang faham dan mengerti bagaimana hendak menguruskan dan mengendalikan anak - anak mereka. Dengan melibatkan diri didalam PDK, ibu bapa boleh belajar kaedah-kaedah membantu mengawal dan mengasuh anakanak supaya dapat diintegrasikan didalam masyarakat. Mereka juga boleh bergaul sama dengan ibubapa anak-anak OKU yang lain untuk sama-sama berkongsi perasaan, pengalaman dan cerita berkenaan dengan anak-anak OKU dan juga bertukar-tukar idea dan pendapat untuk membantu anak-anak OKU. Kehadiran ibubapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau mendapat latihan daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau meneruskan sesi pembelajaran dan latihan yang di jalankan di PDK setelah pulang ke rumah. Untuk memajukan PDK ibubapa boleh membantu menghebahkan fungsi - fungsi PDK kepada masyarakat. b) komuniti Memberikan motivasi kepada mereka yang mempunyai anak yang berkelainan upaya Tidak memandang serong kepada kepada golongan OKU Tidak meminggirkan golongan OKU Memberi khidmat secara sukarela untuk membantu golongan OKU di PDK Membantu untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri golongan OKU. c) badan bukan kerajaan Menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan OKU Memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan OKU Membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan

golongan OKU dalam kalangan petugas PDK Memberikan bantuan kewangan Contoh badan bukan kerajaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Yayasan Sindrom Down Kiwanis d) kementerian kesihatan Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi. Carta Alir Perkhidmatan Kesihatan Langkah 1 : Penilaian Awal Penilaian awal dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak. Dapatkan penilaian oleh pengamal perubatan di klinik kesihatan / klinik pakar kanak-kanak / klinik pakar perubatan pemulihan.

Langkah 2 : Pengesahan Ketidakupayaan Pengesahan dalam Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan KanakKanak Dengan Keperluan Khas . Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat bantuan / perkhidmatan kebajikan. Langkah 3 : Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan, pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling dan pegawai pemakanan. Langkah 4 : Perancangan Rawatan Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra-sekolah / sekolah khas / sekolah vokasional Langkah Selanjutnya :

Kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah yang serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya e) jabatan kebajikan masyarakat Pendaftaran dan Kad Kenal Diri Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Bantuan Alat Tiruan/Otortik Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. Geran Pelancaran Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Elaun Pekerja Cacat (EPC) Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. Bengkel Terlindung Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Latihan Kemahiran Vokasional Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik,

elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masingmasing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana ember peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. e) agensi-agensi kerajaan lain JABATAN PENGANGKUTAN JALAN Pengecualian Cukai Jalan. OKU Fizikal. Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja - Kemudahan pengangkutan awam - Potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress ( Mulai 20 Julai 2009 ) - MAS 50% penerbangan domestik - KTM 50% bagi semua kelas

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA: Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari (Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti. Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (sepenuh masa) meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian. Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/ pengajian jarak jauh) diberi pada

kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran p

Aisya Humaira Kaitan Proses Normalisasi Dengan Falsafah Pendidikan Khas Dalam Konteks Pendidikan Khas Di Malaysia 2/07/2010 Ditulis oleh: Kulanz Salleh Normalisasi merujuk kepada pendekatan yang berkait rapat dengan budaya. Dalam konteks pendidikan khas, proses normalisasi adalah bertujuan memberi hak kepada individu kurang upaya supaya mereka dapat menyesuaikan dan membiasakan diri dengan cara hidup normal orang lain dalam sesebuah masyarakat. Penyesuaian tersebut merangkumi tugasan-tugasan harian sama ada di rumah, sekolah mahupun persekitaran. Falsafah Pendidikan Khas yang menjadi garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas pula adalah: Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha beterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika difahami secara total, petikan falsafah di atas memperlihatkan secara jelas perkaitannya dengan proses normalisasi kanak-kanak pendidikan khas. Matlamat utama mendidik kanak-kanak dengan keperluan khas adalah memastikan mereka dapat mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka merancang dan menguruskan kehidupan sendiri sama seperti individu normal yang lain. Selain itu, tujuan normalisasi adalah untuk meningkatkan peluang-peluang

penyesuaian yang sihat dalam masyarakat oleh individu yang kurang upaya. Faktor-faktor normalisasi banyak dipengaruhi dari ibu bapa, kurikulum sekolah dan juga masyarakat. Ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan yang penting di dalam membentuk dan mempengaruhi sikap dan kebiasaan diri kanak-kanak istimewa ini. Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak kanak yang sebaya dengan mereka dalam beberapa aspek penting, malah mereka juga mempunyai perbezaan dalam pola perkembangan masingmasing. Kanak-kanak istimewa mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan-keperluan khas. Murid-murid cacat penglihatan belajar menulis dan membaca menggunakan tulisan Braille dan kemahiran-kemahiran asas pergerakan termasuklah kemahiran berjalan. mengurus diri dalam bilik air, tandas dan sebagainya. Murid-murid cacat pendengaran pula belajar bahasa isyarat, bacaan bibir dan ejaan jari; murid-murid yang terencat akal memerlukan kurikulum yang mudah yang menekankan pembelajaran urutan dari bahan-bahan konkrit; muridmurid yang menghadapi masalah tingkah laku menerima pelajaran yang menegaskan tugasan terhadap modifikasi tingkah laku. Sementara itu, pentadbiran dan pengurusan pula melibatkan pelbagai aspek, termasuk latihan guru, perancangan yang teliti bagi perkembangan, penggunaan akreditasi yang efektif, penggunaan bahan yang praktikal dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah dan kesedaran pentingnya motivasi. Kejayaan dalam pendidikan ini juga membawa kepada normalisasi bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Sebagai rumusan kepada tafsiran, perkaitan dan tujuan normalisasi seperti yang dibincangkan dia atas, maka jelas sekali bahawa matlamat yang hendak dicapai dalam visi Falsafah Pendidikan Khas yang digunakkan oleh Kementerian Pendidikan, khususnya dalam pendidikan khas ialah menjurus ke arah menormalisasi kanak-kanak atau pelajar golongan berkeperluan khas. Like Follow Post Yesterday at 7:19pmo